Monday, 22 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 22 Aug 2016 08:25 PM PDT

ROTIKAYA


Tomok Ajari Anak Menabung Sejak Dari Kecil

Posted: 22 Aug 2016 08:06 PM PDT

Mahu menjadikan amalan menabung sebagai salah satu tabiat sepanjang hayat, Tomok dan isterinya kini sudah mula mendedahkan tentang faedah menabung bukan sahaja untuk masa sekarang malah untuk masa hadapan.

BACA: Tomok Tetap Berpuasa Selepas Pembedahan Bahu

“Mungkin ada yang menganggap anak-anak kita terlalu kecil untuk memahami mengenai kewangan, tetapi sebenarnya tidak. Apabila diajar, mereka akan faham erti berjimat-cermat dan sebab apa kita perlu menyimpan duit”

“Kalau dilihat masyarakat di Barat, kanak-kanak seawal usia setahun sudah didedahkan dengan ilmu kewangan. Bukan mahu mengatakan duit adalah segala-galanya, tetapi saya mahu ajar mereka menyimpan agar ia dapat digunakan ketika dalam keadaan terdesak,” jelasnya kepada BH Online.

Menurut Tomok, dia juga sudah membuka akaun tabung haji buat kedua dua anaknya selain akaun bank biasa. Malah isteri Tomok menambah, perkara tersebut sebenarnya adalah salah satu cara untuk membuat persediaan bagi mereka menyambung pengajian pada masa akan datang. (rtky/s)

6- Tomok Ajar Anak Menabung Dari Kecil - ROTIKAYA 5- Tomok Ajar Anak Menabung Dari Kecil - ROTIKAYA 4- Tomok Ajar Anak Menabung Dari Kecil - ROTIKAYA 3- Tomok Ajar Anak Menabung Dari Kecil - ROTIKAYA 2- Tomok Ajar Anak Menabung Dari Kecil - ROTIKAYA 1- Tomok Ajar Anak Menabung Dari Kecil - ROTIKAYA

Awie Harap Dapat Hak Penjagaan Anak Sulung

Posted: 22 Aug 2016 01:39 AM PDT

Setelah sekian lama berusaha mempertahankan hak penjagaan anak sulungnya, Awie berharap keputusan mahkamah berkaitan dengan hak penjagaan anak sulungnya, Putera Ahmad Merrah, akan berpihak kepadanya. Dalam masa yang sama, Awie berharap segala yang telah diusahakan oleh beliau selama ini terutama berkaitan dengan anak-anak akan membuahkan hasil.

BACA: Awie Anggap Nafkah Anak RM4,000 Mengarut

“Saya harap sesuatu yang baik berpihak pada saya selepas apa yang telah diusahakan dan perjuangkan selama ini bersama peguam saya. Saya juga harap saya tidak lagi teraniaya. Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini, apa yang saya cakap semuanya relevan dan sah tapi sering dipertikaikan pihak sebelah Rozana,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin menggantung keputusan kes tunjuk sebab berhubung kegagalan penyanyi itu mematuhi arahan mahkamah membabitkan hak penjagaan sementara anak sulungnya yang sepatutnya berada bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun serta pembayaran kos mahkamah masing-masing berjumlah RM900 dan RM5,000.

Dalam permohonan itu Awie kemungkinan akan berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 sekiranya gagal memberikan tunjuk sebab. Sementara itu mahkamah turut memerintahkan penyanyi itu untuk memberikan tunjuk sebab bagi menjelaskan kegagalan beliau untuk membayar dua kos mahkamah yang berjumlah RM5,900 kepada Rozana.

Keputusan tersebut telah dibaca oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nur’Azura Jamaluddin di dalam bilik pendaftar. Sementara itu, peguam yang mewakili Rozana Nor Azmi Arif, Nor Azmi Mohd Arif berkata, pihaknya kini menunggu keputusan tentang tiga perintah yang dilanggar oleh penyanyi rock itu pada 22 Oktober depan untuk semakan berkaitan yang dikemukakan. (rkty/w)

Ruhainies Rela Kawin Duda, Hindari Suami Orang

Posted: 22 Aug 2016 12:14 AM PDT

Terpalit dengan kontroversi bersama suami Adira AF baru-baru ini, empunya badan Ruhainies menyatakan bahawa dia kini masih belum berpunya. Bagaimanapun, untuk soal kahwin, pelakon ini tidak mahu menjadi perampas hak milik orang lain.

BACA: Ruhainies Tarik Diri Dari Projek Datuk Red

"Kalau saya ada teman lelaki pun, statusnya bukan suami orang. Saya tidak mahu ambil hak orang, tapi kalau berstatus duda saya boleh terima. Bagaimanapun, orang itu bergelar duda bukanlah sebab bercerai kerana mahu berkahwin dengan saya”

"Maksud saya, sewaktu kenal itu memang sudah berstatus duda. Itu saya boleh pertimbangkan," jelasnya kepada Kosmo! Online. Tambahnya buat masa sekarang dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada dunia lakonan.

Malah Ruhainies juga memberitahu bahawa jika dia sudah berpunya, perkara tersebut tidak akan disembunyikan daripada pengetahuan media. Apa pun, semoga Ruhanies bijak mengatur langkah dalam industri hiburan tanah air. (rtky/s)

6- Ruhainies Rela Kawin Duda, Hindari Suami Orang - ROTIKAYA 5- Ruhainies Rela Kawin Duda, Hindari Suami Orang - ROTIKAYA 4- Ruhainies Rela Kawin Duda, Hindari Suami Orang - ROTIKAYA 3- Ruhainies Rela Kawin Duda, Hindari Suami Orang - ROTIKAYA 2- Ruhainies Rela Kawin Duda, Hindari Suami Orang - ROTIKAYA 1- Ruhainies Rela Kawin Duda, Hindari Suami Orang - ROTIKAYA

Sport Planet Langgar Ipoh, Bayar Kurang Dapat Lebih!

Posted: 21 Aug 2016 07:39 PM PDT

Berita baik untuk orang Ipoh, kini Sport Planet bakal berada di PHL Convention Centre, Menglembu Ipoh (tempat luas!) dan tahukah anda, barangan sukan di sana ada diskaun sehingga 70%! Nak tahu lagi, jom baca 7 sebab kenapa anda kena serbu jualan penghabisan musim oleh Sport Planet ini.

1. Jom serbu PHL Convention Centre, 25 Ogos hingga 4 September ini!

WhatsApp Image 2016-08-22 at 11.14.38 AM

2. Dibuka jam 10 pagi hingga 10 malam. Barang di sini memang murah murah

3- Sport Planet Langgar Ipoh, Bayar Kurang Dapat Lebih - ROTIKAYA

3. Jutaan produk terdapat dari barangan berjenama antarabangsa seperti Puma, NIke, Timberland, Yonex, Adidas dan macam macam lagi!

5- Sport Planet Langgar Ipoh, Bayar Kurang Dapat Lebih - ROTIKAYA

4. Bukan saja kasut, pakaian sukan, beg, stokin dan macam macam laagi barangan sukan anda boleh dapatkan

2- Sport Planet Langgar Ipoh, Bayar Kurang Dapat Lebih - ROTIKAYA

5. Pakaian dalam wanita berjenama antarabangsa pun ada juga! Harga memang terbaik

6- Sport Planet Langgar Ipoh, Bayar Kurang Dapat Lebih - ROTIKAYA

6. Masa terbaik untuk berjimat, bayar kurang tapi dapat lebih!

7- Sport Planet Langgar Ipoh, Bayar Kurang Dapat Lebih - ROTIKAYA

7. Sport Planet memang dipercayai, jual barangan berkualiti

1- Sport Planet Langgar Ipoh, Bayar Kurang Dapat Lebih - ROTIKAYA

Jadi, tandakan awal awal pada kalendar anda dan jangan lupa untuk ikuti perkembangan dan tawaran terkini Sport Planet di Facebook mereka. Jangan lupa tau untuk hadir di PHL Convention Centre, 25 Ogos hingga 4 September ini!

AMMBOI DOT COM

Posted: 22 Aug 2016 12:36 PM PDT

AMMBOI DOT COM


11 KHASIAT DAN BAHAN DISEBALIK CINCAU YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU

Posted: 22 Aug 2016 05:58 AM PDT

Sebut sahaja cincau rasanya semua orang kenal kot. Ammboi pasti ramai yang menggemari agar-agar yang popular dikalangan rakyat Malaysia dan juga negara Asia yang lain. Air Cincau dikenali ramai kerana khasiatnya yang dikatakan menjadi penyejuk badan. Dalam pada itu, cincau juga boleh sahaja dicampurkan dengan pelbagai jenis minuman antaranya dengan air sirap bandung, air tembikai […]

The post 11 KHASIAT DAN BAHAN DISEBALIK CINCAU YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 22 Aug 2016 10:38 AM PDT

KedahLanie.info


Kerusi PAS milik Amanah, isytihar Salahuddin Ayub

Posted: 22 Aug 2016 07:34 AM PDT

PETALING JAYA : Kerusi yang ditandingi PAS adalah milik Amanah, isytihar timbalan presidennya, Salahuddin Ayub selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengintai kerusi yang dimenangi parti Islam pada PRU13 lepas.

Salahuddin menambah pihaknya bagaimanapun sudi membincangkan kerusi yang diinginkan parti Melayu baharu itu.

“Berkenaan apa yang dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, kita mengharapkan supaya parti Bersatu cepat diluluskan pendaftarannya.

“Bila telah ada aktiviti parti itu, kita bersedia untuk duduk semeja berbincang tentang hasrat Tan Sri Muhyiddin,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya samada ruang untuk Amanah bertanding semakin mengecil selepas Muhyiddin mengumumkan pihaknya mengintai dan mengenalpasti kerusi milik PAS dan PKR yang sesuai ditandingi Bersatu pada PRU14 nanti.

Dalam pilihan raya lepas, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan 85 kerusi DUN daripada 73 kerusi Parlimen dan 236 kerusi DUN yang ditandinginya.

Sebahagian besar pimpinan Amanah merupakan bekas ahli PAS yang tewas dalam pemilihan parti 4 Jun tahun lalu. Amanah kini mempunyai enam ahli Parlimen dan enam ahli DUN.

Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan Amanah terbabit dalam perlawanan tiga penjuru melawan PAS dan BN.

Manakala Bersatu sebahagiannya terdiri daripada bekas ahli Umno yang memberontak terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu berhasrat untuk menyertai PRU14 bersama Pakatan Harapan (DAP-PKR-Amanah), Gagasan (PAS-Ikatan), Saksama (5 parti Malaysia Timur, 1 parti Malaysia Barat), PSM dan BN.

“Asalkan bukan kerusi yang kita sudah menang,” kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada FMT, mengulas hasrat Muhyiddin itu.

Dalam pilihan raya lepas, PKR menang 30 kerusi Parlimen dan 49 kerusi DUN daripada 99 kerusi Parlimen dan 172 kerusi DUN yang ditandinginya.

“Tak ada isu bertanding makin kecil,” tegas Tian Chua. “Kita kena bagilah kerusi yang kita tak boleh menang tetapi dia (Bersatu) ada potensi menang.”

“Biasalah kerjasama macam itu.”

Persamaan kami jatuhkan Najib – Tun Mahathir

Posted: 22 Aug 2016 04:04 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEishlBCXCBYOVZ3YakBkO4YaiqELg98cqRMJHY-xyyTgOd-yqu3OFyZYLeAvzay7WAlLZu2JIQiKOQu-WtAo6FuhyIfGsME5Z1UgsGuGq_1kbMT4U5RaG5y80SONA_2y_dAlcIkFnwNi4Wy/s1600/mahathir6.jpg
Tun Dr Mahathir Mohamad duduk bersama sekutu lama dan bekas musuh politiknya, mendapatkan sokongan untuk menandatangani deklarasi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Di antara yang bersamanya ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

"Hanya ada satu persamaan di kalangan kami, sebagai rakyat kami melahirkan kebimbangan dan kerisauan berhubung apa yang berlaku di negara kita.

"Kami mahu menandatangani deklarasi yang termasuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri," kata Dr Mahathir pada sidang media padat dengan petugas media di Kuala Lumpur hari ini.

Di antara yang hadir ialah Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Datuk Zaid Ibrahim dan aktivis Hishamuddin Rais.

Deklarasi itu ditandatangani seramai 58 individu yang menyokong penyingkiran Najib termasuk isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir mengetuai deklarasi itu dan membacakannya di hadapan media.

"Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada kerajaan yang dipimpin Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional," kata Dr Mahathir membacakan deklarasi itu pada sidang media di Pusat Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini.

Pas tidak akan lepaskan kerusi kepada parti lain – Iskandar

Posted: 22 Aug 2016 03:09 AM PDT

 Pas tidak akan lepaskan kerusi kepada parti lain - Iskandar
Memberi reaksi kepada cadangan satu lawan satu oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam, Pesuruhjaya Pas Selangor,Datuk Iskandar Abdul Samad bertegas semua kerusi yang ditandingi parti itu dalam pilihanraya lepas tidak akan dilepaskan kepada parti lain.

"Pas Selangor bertegas untuk tidak melepaskan kerusi-kerusi yang ditandingi pada PRU lepas kepada mana-mana parti baru," tulis beliau di status facebooknya.

Beliau bagaimanapun setuju dengan cadangan perlawanan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasioanal (BN).

"Saya memang setuju satu lawan satu tapi jangan kacau kerusi Pas dan Pas tak kacau kerusi orang," katanya.

Muhyiddin dalam sidang media Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata beliau akan memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Bersatu katanya, ditubuhkan atas matlamat untuk bersama-sama pembangkang melawan Umno BN.

"Matlamat kita untuk bersama-sama rakan-rakan pimpinan yang lain, parti-parti yang sehaluan dengan kita baik dalam Pakatan Harapan, Amanah ataupun Pas nak bekerjasama dengan syarat kita dapat wujudkan satu kesatuan yang kukuh dan kita pastikan bila kita menghadapi pilihan raya kita bertanding atas satu lawan satu," katanya.

Dakwa Agong MO1: MP BN Langkawi mohon maaf pada DYMM Tuanku

Posted: 22 Aug 2016 02:22 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvQ2zhTaY5Q1w81P7h_w1cprWbwrpQJXetyUxxyMT2VpiZGvC0huKScyuzj1s0tDhfBUNF4aIy_8oJ9S6iQOEHFoeLvhaeDcl4MZoqvGYYAsLRoJZtAJ9D-XEj4uKKfYfAf2EZfMoSbUo/s1600/nawi+langkawi.jpg
Anggota Parimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad hari ini memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah 'Malaysian Official 1' atau 'MO1" di lama siosial minggu lalu.

Katanya, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Seri Paduka tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa yang cuba dinyatakannya,

"Patik sebagai rakyat bawahan Kedah dan Malaysia, menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengan ketinggian ketaatan yang tiada tolok bandingnya, dan amat menyesal dengan apa yang berlaku.

"DYMM Tuanku adalah suci dan bersih dari segala hal pergolakan politik rakyat jelata dan tidak ada secebis zarah pun kaitan dengan isu DOJ (Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat) dan 1MDB.

"Oleh itu, patik dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan dari Tuanku sekiranyaperkara yang menjadi viral ini menyentuh dan mengguris hati kecil di sanubari Tuanku," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam tulisan di Facebook minggu lalu, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

http://mk-cdn.mkini.net/1031/7cae86b21fc0929ddef58c8322722dcf.jpg"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.

"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.

"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.

Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."

Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.

Berikutan tulisan itu, Nawawi dibidas pelbagai pihak dan ramai yang mendesaknya supaya memohon maaf dengan PERKASA mahu Yang di-Pertuan Agong bertindak dengan manarik balik gelaran 'datuk' yang diberikan kepada Nawawi.

Semalam, Yang Dipertua Majlis Kerabat Diraja Kedah Syed Idrus Syed Baharom berkata institusi Raja-raja Melayu tidak wajar dipermain-mainkan.

"Tuanku Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah (negara) dan baginda bukan pentadbir. Justeru mengapa kita libatkan dia?" katanya.

Nawawi dalam kenyataannya turut memohon ampun dan maaf kepada Majlis Kerabat Diraja Kedah.

Sambil menyatakan kekesalannya, beliau juga berjanji untuk sangat berhati-hati di masa hadapan apabila membuat kenyataan atau sebarang komen di media sosial khususnya membabitkan Seri Paduka.

"Ampun Tuanku sembah patik beribu-ribu ampun. Pohon keampunan jua dari DYMM Tuanku terhadap patik sebagai rakyat yang setia pada DYMM Tuanku," katanya.

MO1, menurut DOJ adalah seorang pegawai awam kanan yang didakwanya menerima AS$ 731 juta dana yang disalurkan dari 1MDB.

DOJ juga berkata MO1 mempunyai pertalian dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa hanya orang bodoh tidak tahu siapa itu MO1, manakala pembangkang menuding jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, bagaimanapun, menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam, dan mendakwa tuduhan seperti itu adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkannya.

Adakah APANDI ALI merangkap PEGUAM NEGARA sudah berada di AMERIKA sekarang ini..???

Posted: 22 Aug 2016 02:07 AM PDT

Shahbudin Husin, 

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/08/apandi-ali-department-of-justice-1mdb.jpg
Hari ini, 22 Ogos adalah tarikh yang sepatutnya bermula perbicaraan saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap empat individu untuk membeku aset-aset mereka yang didakwa dibeli dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan.

Oleh kerana waktu Los Angelas adalah terkebelakang 15 jam berbanding waktu Malaysia, kita mungkin hanya dapat mendengar khabar berita mengenai perbicaraan itu menjelang lewat malam nanti.

Mereka yang dinamakan dalam saman sivil itu ialah Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaishi dan Mohamad Al-Badawy. Aset yang ingin disita pula berjumlah AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta daripada AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta yang dikesan oleh penyiasat FBI telah diselewengkan daripada 1MDB.

Mohamad telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi sejak sekian lama dan tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut. Khadem pula ditangkap di Abu Dhabi kira-kira seminggu yang lalu.
Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua mereka akan hadir atau sebaliknya dalam perbicaraan hari ini untuk mempertahankan pelucutan hak aset yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS itu.

Begitu juga, tiada khabar berita sama ada Jho Low dan Riza Aziz akan hadir atau tidak. Juga tidak diketahui di mana kedua-dua mereka berada pada waktu ini.

Ada khabar mengatakan Riza Aziz berada di Malaysia pada minggu lalu, tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya.

Jho Low juga begitu, tiada siapa tahu di mana beliau berada ketika ini. Cuma diberitakan kapal mewahnya sedang berada di perairan Hong Kong.

Dengan itu, tidak pasti sama ada mereka akan hadir dalam perbicaraan untuk mempertahankan aset-aset yang mahu dibekukan itu atau akan membiarkan saja ia dirampas oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Dalam waktu yang sama, Peguam Negara, Apandi Ali juga dilihat senyap seribu bahasa sejak akhir-akhir ini dan tidak  mengesahkan sama ada akan hadir atau tidak mengikuti perbicaraan tersebut.

Hanya pada 1 Ogos lalu, Apandi ada memberikan kenyataan untuk mempertimbangkan kemungkinan beliau sendiri atau menghantar pegawainya untuk hadir menghadiri perbicaraan itu.

Apakah Apandi atau pegawai Jabatan Peguam Negara sudah berlepas ke Amerika sekarang ini?

Jika Jho Low dan Riza Aziz tidak menghadirinya, keputusan perbicaraan barangkali sudah boleh dijangka dan ia pasti akan memasuki episod seterusnya seperti kemungkinan akan disusuli saman jenayah dan sebagainya.

Ketidakhadiran Jho Low dan Riza Aziz juga tentunya tidak memerlukan Apandi atau pegawainya hadir untuk mengikuti perbicaraan. 

Bagaimana jika Jho Low dan Riza Aziz tiba-tiba hadir, tetapi tiada sesiapa daripada Jabatan Peguam Negara Malaysia menunjukkan muka mereka?

Tidakkah ia bermakna Jho Low dan Riza Aziz seperti tidak diberikan sokongan moral oleh Malaysia?

Tak simpatikah kerajaan Malaysia pimpinan Najib kepada Jho Low dan Riza Aziz? (SH 22/08/2016).

Untuk negara Husam tidak gentar ditangkap

Posted: 22 Aug 2016 12:30 AM PDT

SUSUPAN TENGAHARI

Husam dan Mathias didamping pimpinan Amanah dalam
sidang akhbar menjelang tengah hari tadi., 
Salah seorang wartawan yang hadir dalam sidang akhbar Husam Musa dan Mathias Chang di sebuah restoran di Lembah Pantai menjelang tengah hari tadi, bertanya kepada Husam apakah beliau tidak takut ditangkap oleh Najib Razak ekoran tindakan yang dilakukan sekarang ini.

Soalan itu timbul mungkin wartawan berkenaan melihat kepada kerakusan Najib selama ini menggunakan apa sahaja instrumen dan akta untuk mempertahankan tindakan dan kedudukannya dengan menangkap sesiapa yang cuba mengugatnya.

Adun Salor itu memberi reaksi kepada pertanyaan itu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bimbang, dengan berkata; "Saya tidak fikir sesiapa akan tangkap saya kerana saya bertindak bagi pihak negara, dan pasti perdana menteri akan sokong saya."
Husam bergambar kenangan selepas sidang akhbar.
Sambungnya lagi dalam nada sinis; "sesungguhnya perdana menteri tidak akan menahan seseorang yang cuba hendak mendapatkan kembali harta yang dicuri. Tidak mungkin!" Jawaban Husam itu menunjukkan bekas Naib Presiden Pas itu sudah bersedia berhadapan dengan apa jua risiko dalam membela hak rakyat.

Husam pasti tahu natijah kemungkinan yang didepaninya dengan apa yang sedang dilakukan.

Menurut akal waras, iya, kenapa Najib harus tangkap dan marah dengan tindakan Husam dan Mathias itu. Bagi orang waras tidak perlu berasa takut bahkan perlu berterima kasih atas tindakan mereka berdua kerana mengambil tanggungjawab demi negara. Berusaha membawa balik wang negara (1MDB) yang disalah gunakan adalah satu tanggungjawab terpuji dan perlu disokong.

Najib sebagai PM orang bertanggungjawab ke atas negara ini patut berterima kasih dan salute kepada keberanian mereka berdua kerana beliau sendiri tidak berani berbuat demikian. Seharusnya tugas untuk mengembalikan wang rakyat yang "dimakan" di luar negara itu diperjuangkan entiti yang lebih dominan dan berkedudukan daripada Husam dan Mathias, misalnya Pemuda Umno, Pemuda parti agama, atau pun Perkasa(m). Mereka tidak boleh mendiamkan diri kerana diam itu bersubahat.

Tetapi semua mereka membisu seribu bahasa, bahkan ada yang berfikiran gila mahu menunggu empat orang saksi mengesahkan apa yang berlaku itu baharu hendak bertindak?

Sebelum ini berkali-kali Najib dan agennya menjelaskan bahawa tidak ada kehilangan dan salah guna wang dan kedudukan (kuasa) dalam syarikat strategi 1MDB itu. Bagaimana pun dalam masa sama, beliau gagal menunjukkan bukti konkrit atas dakwaanya ini menyebabkan orang ramai konfius.

Sementara beberapa pihak lain dalam penyiasatan mereka pula menunjukkan ada tanda-tanda berlaku penyelewengan, termasuk siasatan oleh Bank Negara (BNM), SPRM, PDRM dan juga PAC. Pengumuman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk menyaman bagi menyita dan merampas aset yang dibeli daripada wang 1MDB, telah memeranjatkan Najib dan secara tidak langsung mengukuhkan lagi hasil siasatan badan-badan di Malaysia.

Husam juga menegaskan tugas dan tanggungjawab menyelamatkan wang dan aset negara adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat negara ini. Manakala tindakan beliau bersama Mathias itu adalah sebagai rintisan kepada tindakan lebih menyeluruh dan berkesan lagi dari itu. Dalam pada itu katanya dia akan memaklumkan tindakan itu kepada Raja-Raja Melayu dan juga perdana menteri.

Langkah Husam itu juga dilihat sebagai keberanian dan kesanggupannya menyingsing lengan baju dan seluar untuk negara. Perjuangan beliau dan tindakannya makin global dan tidak terkepung di laman rumah sahaja. Tindakan itu juga sebagai tambahan kepada ikhtiar untuk membenteras rompakan ke atas khazanah negara dan ia perlu disokong.

Rakyat yang kesal dan sedih apa yang berlaku ke atas 1MDB seharusnya bangun bersama Husam dan Mathias itu dengan sepenuh hati dan dokongan bukan sahaja dengan tenaga dan fikiran tetapi juga material. Mungkin untuk tujuan ini perlu ada pihak yang membentuk sebuah tabung untuk membantu Husam dan Mathias dalam membela dan menyelamat wang negara khususnya yang dicuri daripada 1MDB itu.  

Pun begitu seberapa banyak wang dikupul ia tidak menjamin tugas itu berjaya, tetapi setidak-tidaknya sumbangan berkenaan menunjukkan kita juga ada tanggungjawab demi negara.

Sepanjang sidang akhbar itu Husam didampingi penguam terkenal yang juga bekas Presiden Majlis Peguam Zainon Zakaria serta beberapa pemimpin Parti Amanah Negara, antaranya Dr Mohd Hatta Ramli, Raja Kamarulbahrin Shah Raja Ahmad, penasihat Amanah, Ustaz Ahmad Awang, Faiz Fadzil dan lain-lain. Sidang media itu mendapat liputan mengejutkan apabila semuua media hadir kecuali media PB.

Tindakan Husam dan Mathias itu bukan merupakan tindakan personal atau bersifat individu, jauh sekali kerana dengki terhadap Najib. sebalik ianya boleh dianggap tindakan nasional yang perlu disokong oleh setiap warga yang ada tanggungjawab dan maruah kepada negara dan benciklan kepada pengkhinat.

Rakyat yang kesal dan sedih apa yang berlaku ke atas 1MDB seharusnya bangun bersama Husam dan Mathias itu dengan sepenuh hati dan dokongan kekuatan materian dan fikiran. Mungkin untuk tujuan ini perlu ada pihak yang membentuk sebuah tabung untuk membela dan menyelamat wang negara khususnya yang dicuri daripada 1MDB itu.

Pada 11 Ogos 2016, Husam dan Mathias telah memfailkan saman tuntutan (class action) kepada lapan individu di mahkamah selatan New York, Amerika Syarikat. Lapan defendan itu ialah;

1. Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada Najib Razak,
2. Low Taek Jho.
3. Goldman Sachs Group Inc.
4. Timothy Leissner.
5. Christopher Joey Mcfarland.
6. RedGranite Picture Inc.
7.Derba Whelan Johnson.
8. Metropolis IX Capital Advisors, LLC.
[wm.kl.3:55 pm 16/08/16]

Isu timbalan MB: Ahmad Bashah boleh usul kepada jemaah pemangku Sultan Kedah

Posted: 21 Aug 2016 11:30 PM PDT

Oleh DALIA ISMAIL

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan, seorang menteri besar boleh mengemukakan usul keperluan jawatan timbalannya kepada pemangku Sultan Kedah walaupun perkara itu tidak terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri seperti di dakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Saya malas nak jawab di dewan, bila beliau kata tidak ada dalam undang-undang tubuh negeri untuk lantik jawatan timbalan menteri besar.

"Kalau ikut perlembagaan di peringkat persekutuan sekalipun jawatan timbalan perdana menteri tidak wujud, hanya ada jawatan perdana menteri dan menteri-menteri sahaja.

"Kalau diusulkan kepada jemaah pemangku Sultan Kedah tiada masalah kalau beliau mahu," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Khamis lalu, Mukhriz yang juga Adun (Bebas) Ayer Hitam ,mencadangkan agar jawatan timbalan menteri besar diwujudkan untuk membantu Ahmad Bashah berikutan faktor kesihatan menteri besar itu yang sebelum ini mengalami komplikasi usus.

"Saya bangkitkan dalam dewan untuk pastikan kebajikan rakyat tidak diabaikan, jika ada seorang MB atas masalah kesihatan tidak dapat jalankan tugas, jadi mungkin boleh dipertimbangkan wujudkan jawatan timbalan menteri besar atau menteri besar baru.

"Sebab saya risau zaman saya kerja dulu (ketika jadi menteri besar) urusan banyak bukan setakat hadiri majlis sahaja, kerja-kerja memikir, selesaikan masalah rakyat, rancang masa depan negeri, ini kerja 24 jam tujuh hari seminggu," ujar bekas menteri besar lagi.

Ditanya siapakah yang layak untuk dicadangkan sebagai timbalan menteri besar? Beliau enggan mengulas sebaliknya mendakwa pandangan yang dikemukakannya itu turut dipersetujui majoriti Adun BN dan pembangkang.

"Masa saya cadangkan Adun BN senyap tetapi saya tahu ramai yang berharap (bersetuju) manakala reaksi Adun pembangkang sudah tentu bersetuju kerana memikirkan kepentingan rakyat, macamana kita mahu teruskan keadaan ini jika masalah kesihatan berterusan kerana beliau masih lagi menjalani rawatan susulan," ujarnya.

Dalam sidang Dun itu, Ahmad Bashah yang juga Adun Bakar Bata, membidas kenyataan Mukhriz kerana mencadangkan pengwujudan jawatan timbalan menteri besar, sedangkan perkara itu tidak terkandung di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

Ahmad Bashah dipetik berkata, beliau menerima positif cadangan Mukhriz, yang juga bekas menteri besar negeri itu, dengan membuat penelitian terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tetapi tidak langsung menemui peruntukan mengenai jawatan berkenaan.

Ahmad Bashah berkata, beliau tidak menjangka mengalami masalah kesihatan hampir sebulan ketika baru dilantik menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, sepanjang menjalani rawatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din, yang diibaratkannya sebagai panglima dilapangan, komited menjalankan tugas-tugas pentadbiran negeri.

1MDB : Rakyat menantikan suara Ulamak penentang korupsi.

Posted: 21 Aug 2016 11:14 PM PDT

*KENYATAAN MEDIA*

*1MDB: RAKYAT MENANTIKAN SUARA ULAMAK PENENTANG KORUPSI*

www.amanah.org.my

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini semakin berleluasa sementara melakukannya pula seperti diizinkan dan menjadi perkara biasa. Isu 1MDB sudah menjadi isu antarabangsa apatah lagi Department Of Justice (DOJ), Amerika Syarikat telah mendedahkan segala-galanya.

Isu ini awalnya pernah didedahkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim di parlimen, kemudian diperincikan oleh YB Rafizi Ramli dan YB Tony Pua. Sarawak Report kemudian membuat pendedahan lanjut sehingga berlakunya pergolakan yang menyaksikan Peguam Negara dihentikan, Ketua Pesuruhjaya SPRM berhenti awal, Timbalan Pengarah Cawangan Khas diambil tindakan, serta pembunuhan terhadap Kevin Morais serta pengasas AmBank yang didakwa ada kaitan dengannya. Malah, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir memainkan peranan meneruskan pendedahan penyelewengan 1MDB yang menjadi beban kerajaan sekarang ini.

Nama "Malaysia Official One" iaitu Perdana Menteri Malaysia dan tiga orang yang lain terdedah dengan begitu jelas sekali. Singapura, Luxemborg, Hong Kong, England dan negara-negara lain mempermainkan imej Malaysia dengan begitu teruk sekali. Malaysia digelar negara "Kleptocracy" iaitu negara yang diperintah oleh perompak dan pencuri.

Masalahnya penentangan daripada rakyat terhadap rasuah dan penyelewengan agak perlahan. Umat Islam perlu kepada orang seperti Imam Nawawi untuk muncul menegur, mengkritik dan menentang pemerintah yang mengenakan cukai kepada rakyat yang berlebihan.

Umat Islam memerlukan orang seperti Ayatullah Khasyani yang menggerakkan rakyat Iran bersama pejuang-pejuang  NGO menumbangkan Shah yang pertama dalam isu penyalahgunaan kuasa dan perniagaan oleh syarikat-syarikat tembakau yang memusnahkan kehidupan dan menyebabkan kemiskinan kepada petani.

Umat Islam memerlukan orang seperti Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong yang menetang British, dan mengkritik percukaian yang dikenakan terhadap penduduk di Terengganu pada masa itu.

Sekarang ini, umat Islam kaya dengan ulama-ulama yang menghukum, yang menggelarkan kumpulan-kumpulan yang tidak sealiran sebagai munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan lain-lain perkataan jelik lagi. Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.

Menjelmalah orang seperti ini untuk menjadi ikutan rakyat supaya kita dapat menentang segala bentuk korupsi. Kami dahagakan ulama-ulama seperti itu, bukan ulama yang menghukum seperti sekarang ini.

Pemerintah yang korup perlu dijatuhkan dan diganti dengan pemerintah yang lebih adil.

Harapan Baru

*MOHAMAD BIN SABU*
Presiden
Parti Amanah Negara
22 Ogos 2016
19 Zulkaedah 1437H

Husam & Mathias Chang - Kita menang saman, wangnya milik negara

Posted: 21 Aug 2016 10:30 PM PDT

MATTHIAS CHANG: KITA MENANG SAMAN WANGNYA MILIK NEGARA

Husam_Matthias_Chang saman 1mdb riza aziz jho low

Datuk Husam Musa dan Matthias Chang mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).

Dalam sidang media hari ini Husam berkata, tujuan tuntutan ini dibuat difokuskan kepada usaha untuk membawa balik harta yang dicuri atau dirompak dari rakyat Malaysia.

"Kita fokus kepada harta yang dicuri bukan pencuri atau perompaknya," kata Husam dalam sidang media yang penuh sesak dengan wartawan dan jurugambar itu lapor Malaysia Dateline.

Turut serta bersama Husam adalah Datuk Zainur Zakaria, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia yang banyak membantu tindakan ini.

Zainur dalam kenyataannya hari ini berkata, tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika adalah bagi pihak kerajaan mereka manakala tindakan Husam dan Matthias adalah bagi pihak rakyat Malaysia.

Ini berikutan kegagalan pegawai yang dilantik oleh kerajaan gagal melaksanakan tugas ini.

"Pegawai kita yang sepatutnya bertindak lebih kepada mencari makan saja," kata Zainur kesal dengan kelemahan dan kegagalan mereka bertindak bagi pihak negara.

Matthias pula berkata, semua pihak patut bersama menyokong tindakan ini kerana ia adalah 'class action' iaitu mereka berdua hanya mewakili wakyat negara ini.

"Apabila kita menang nanti, wangnya adalah milik negara bukan dapat kepada kita pun," katanya.

Matthias juga berkata, semua pihak patut mengucapkan terima kasih kerana peguam Amerika sedia mengambil kes ini secara sukarela dengan bayaran yang berpatutan sahaja.

Datuk Husam Musa menyifatkan, adalah satu perkara yang mengaibkan jika tidak dibuat sebarang tindakan untuk mengambil balik wang yang dicuri melalui 1MDB.

Tindakan ini tidak berniat untuk berlawanan dengan mana-mana pihak di Malaysia tetapi sekadar menuntut hak rakyat.

"Kami akan maklumkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri tentang tindakan ini agar dapat kerjasama semua pihak dalam tindakan ini dan doakan kejayaannya," kata bekas naib presiden Pas itu dalam sidang media pagi ini bersama Matthias Chang.

Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).

Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.

Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.

Red Granite Pictures adalah penerbit filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza Aziz dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.

Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.

Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya, Metropolis 1X. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.

Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.

Sungguh Tepat Kata Almarhum TG Nik Aziz: Tuhan Buat Husam Untuk Malaysia

Posted: 21 Aug 2016 09:30 PM PDT

Sungguh Tepat Kata Almarhum TG Nik Aziz: Tuhan Buat Husam Untuk Malaysia


Mereka patriot, wira rakyat, tokoh wartawan puji tindakan Husam dan Matthias

Tindakan Datuk Husam Musa dan Matthias Chang menyaman lapan pihak di Mahkamah New York, Amerika Syarikat mendapat pujian dari tokoh wartawan negara Datuk A Kadir Jasin.

"Tahniah dan terima kasih kepada Husam dan Chang kerana susah payah, pengorbanan dan risiko yang mereka tanggung mengemukakan saman sivil itu.

"Mereka adalah patriot dan wira rakyat," kata Kadir dalam tulisan di blog beliau malam tadi.

Husam dan Matthias membuat saman sivil melalui tuntutan 'class action' terhadap lapan pihak bagi mendapatkan gantirugi terhadap kehilangan wang negara melalui 1MDB.

Tindakan itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan pada Khamis 11 Ogos oleh peguam di Amerika.

Bagi Kadir, tindakan ini boleh memenuhi janji yang tidak ditunaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang membuat ancaman untuk saman akhbar Wall Street Journal (WSJ) kerana kononnya memfitnah beliau.

Akhir Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kemukakan saman KARI (Kleptocracy Assets Recovery Initiative) ke atas lima orang termasuk anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, di Los Angeles.

Kemudian, pada 13 Ogos media massa atas talian melaporkan yang dua orang rakyat Malaysia – peguam Matthias Chang dan wakil rakyat Husam Musa – telah juga mengemukakan saman ke atas Riza dan gengnya di New York.

Husam dan Matthias mengemukakan apa yang dipanggil "class action suit" yang bertujuan mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.

"Saman class action adalah sejenis saman di mana salah satu pihak yang terlibat adalah sekumpulan orang yang mewakili anggota kumpulan mereka. Ia berasal di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang ke Eropah, Australia, New Zealand, Kanada, India dan Argentina," tulis Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar The New Straits Times itu.

Chang dan Husam menamakan pengasas bersama syarikat perfileman Red Granite Pictures iaitu Riza dan Christopher Joey McFarland sebagai defendan.

Turut dinamakan adalah sahabat akrab keluarga Mohd Najib, Low Taek Jho atau lebih terkenal sebagai Jho Low, peguam cukainya, Debra Whelan Johnson dan bekas eksekutif kanan kumpulan kewangan Goldman Sachs, Timothy Leissner.

Juga dinamakan adalah Goldman Sachs and firma milik Johnson - Metropolis IX Capital Advisors LLC.

Husam dan Chang mengemukakan saman itu bagi pihak rakyat jelata Malaysia.

Menurut kertas mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan secara sedar menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB untuk faedah peribadi termasuk mengadakan majlis suka ria untuk bintang filem Hollywood, Leonardo DiCaprio dengan tujuan mengambil hati beliau.

DiCaprio memegang watak utama dalam filem "The Wolf of Wall Street" yang dibiayai oleh syarikat filem anak Rosmah Mansor.

Mereka mengemukakan enam tuduhan dan tuntutan ke atas defendan, tulis Kadir lagi. -MD

ULASAN GB

Datuk Husam Musa, sekalipun telah dipecat dari PAS selaku bekas Naib Presidennya, Husam masih terus gigih berusaha untuk rakyat Malaysia. Kali ini beliau bersama bekas peguam Tun Mahathir mengemukakan saman bagi pihak rakyat Malaysia untuk mendapatkan ganti rugi ke atas kecurian duit milik negara itu dan merampas harta benda yang dibeli dengan duit curi tersebut.

Banyak pihak memuji tindakan Husam bersama Matthias, termasuklah wartawan veteran di atas, A.Kadir Jasin. Mereka berdua dianggap "wira rakyat" kerana susah payah, pengorbanan dan risiko yang mereka tanggung mengemukakan saman sivil itu.

Kecuali PAS. PAS tidak tahu menilai Husam malah tidak menghargai permata-permata yang ada di dalam partinya. Mereka dibaruakan, ditololkan, dihalau keluar, dipecat malah segala macam makian dan kecaman dihamburkan terhadap mereka.

Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Permata itu tetap permata walaupun dimana ia berada.

Sungguh tepat kata-kata Almarhum TG Nik Aziz, bahawa Husam dibuat untuk Malaysia, bukan sekadar untuk negeri Kelantan.

Isu Pimpinan PAS berebut tanah - Fatah bantah mungkin nak selamatkan harta parti?

Posted: 21 Aug 2016 08:12 PM PDT

Fatah bantah mungkin nak selamatkan harta parti?

BEREBUT TANAH
 
 
Tanah yang menjadi pertikaian antara Yang di-Pertua Pas Rantau Panjang Abdul Fatah Haron dengan Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustapa Ali, bekas TMB Kelantan Abdul Halim Abdul Rahman serta bekas Adun Tendong dan anak-anak(?), rupa-rupanya kini sedang dibangunkan projek perumahan mampu milik.
Pelan lokasi projek PR1MA di Lubuk Jong.
Projek itu dikendali oleh Syarikat Perumahan Negara 1Malaysia (PR1MA).

Tapak untuk tujuan projek itu sedang dalam proses pembersihan dan persiapan. Kerja-kerja pembersihan tapak sedang rancang dijalankan. Papan tanda projek berkenaan juga sudah lama dibangunkan.

Semalam saya menerima beberapa keping gambar dihantar oleh seorang rakan di Rantau Panjang menunjukkan projek itu berjalan seperti mana dirancangkan.


Sekiranya projek ini terlaksana maka kawasan Lubuk Jong akan jadi pusat bandar baharu menggantikan bandar lama Pasir Mas yang lesu dan terbiar.
Papantanda projek PR1MA.
Daripada pelan projek itu menunjukkan tanah itu berkedudukan bertentangan dengan Kolej Komuniti Lubuk Jong. Ia berdekatan dengan Taman Tengku Anis serta bandar baharu Lubuk Jong. Sebelah tanah yang dipertikaikan itu juga masih kosong? Memang tanah itu sangat strategi dan nilainya mahal.

Sementara itu menurut sumber dari Pejabat Tanah dan Jajahan di Pasir Mas, projek perumahan rakyat mampu milik itu mempunyai lebih 1,669 unit pelbagai jenis. Tanah yang melibatkan pembinaan projek itu hampir 100 hektar.
Bantahan tidak menghentikan projek?
Pihak PR1MA sudah pun membuat bayaran ke atas tanah berkenaan bernilai kira-kira RM19 juta. Wang untuk bayaran itu bagaimana pun tidak diserahkan kepada pemilik tanah berkenaan, masih dalam pegangan amanah Peguam.

Nama-nama yang tertera dalam cabutan SSM ialah Abdul Halim Abdul Rahman, Mustapa Ali, Wan Othman Wan Sulaiamn dan nama-nama "berbintikan" Wan Othman. Mereka ini adalah pemilik tanah yang dibangunkan projek perumahan berkenaan.
Kedudukan tanah memang strategik dan mahal.
Menurut cabutan itu pemegang syer terbanyak ialah Abdul Halim Abdul Rahman dikuti Mustapa Ali. Nama Abdul Fatah Haron tidak ada langsung dalam nama syarikat Galeri Tani Sdn Bhd yang dibuat cabutan terbaharu. Pemunya ialah nama-nama orang di atas tadi. Mungkin nama Abdul Fatah pernah wujud sebelum ini?

Wang sebanyak kira-kira RM19 juta masih dipegang oleh pihak peguam yang menguruskan jualbeli tanah berkenaan di antara syarikat Gelari Tani dengan PR1MA.

Ada juga dakwaan kononnya tanah berkenaan milik Pas Kelantan berdasarkan pengetahuan umum ianya dibeli dengan menggunakan wang parti agama itu. Nama-nama dalam syarikat berkenaan adalah sebagai nomine sahaja. Nama Fatah katanya wujud sebelum ini tetapi beliau keluar daripada syarikat itu kerana mengelakkan timbul pertindihan kepentingan (conflict interest). Ketika proses pembelian tanah itu Fatah katanya menjadi Ahli Jawawatankuasa Hal Ehawal Tanah (JHET).

Adalah dipercaya Fatah membuat bantahan itu kerana bimbang wang hasil jualan tanah berkenaan diselewengkan. Ada munasabahnya kerana pembelian tanah itu sebahagiannya menggunakan wang parti? Ertinya tindakan Fatah membuat injuksi ke atas tanah berkenaan bukan menganggu projek itu tetapi menjaga sesuatu yang menjadi hak milik parti.

Bagai mana pun kenapa timbul masalah sehingga terheret ke mahkamah apabila tanah itu dibeli PR1MA, indivdu penama dalam syarikat meemiliki tanah berkenaan mengakui ia adalah milik mereka dan tidak ada kena mengena dengan parti. Katanya Fatah sudah beruding cara baik tetapi gagal.

Bagi menjelaskan perkara ini elok kalau Abdul Halim dan Mustapa Ali khasnya boleh membuat penjelasan dengan menunjukkan bukti-bukti menunjukkan mereka mengeluarkan wang sendiri untuk membeli tanah yang dijual kepada PR1MA itu. Penjelasan ini penting bagi mengelakkan tanggapan berlaku penyelewengan dan pecah amanah.
 
 Penjelasan bersama bukti dan dokumen itu juga penting bagi mengelakkan fitnah besar ke atas mereka berdua. Paling perlu dielakkan tohmahan yang pemimpin Pas makan tanah. Sejarah lampau dimana para pemimpin Pas makan balak dan jadi Jin Tanah hendaklah tidak berlaku lagi. Bersambung. [wm.kl.11:45 am 18/08/16]
 

Kerabat gesa Nawawi mohon ampun

Posted: 21 Aug 2016 07:08 PM PDT

 Syed Idrus Syed Baharom
ALOR SETAR – Majlis Kerabat Diraja Kedah menzahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap kenyataan dibuat Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang mendakwa 'Malaysian Official One' (MO1) adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Yang Dipertuanya, Syed Idrus Syed Baharom berkata, tindakan tersebut adalah tidak berasas dan bertanggungjawab kerana mengaitkan Tuanku yang juga Sultan Kedah dalam isu berkenaan.

"Saya tak faham dengan Nawawi ini, baru-baru ini ramai orang buat laporan polis mengenai masalah ini. Dengar kata benda ini dah macam jenayah, tapi tak mengaku dan mengatakan tidak libatkan Agong pula.

"Kami sebagai Majlis Kerabat Diraja Kedah rasa kecewa dan kesal mengikut apa yang dibuat oleh Nawawi di Facebooknya mengatakan MO1 itu adalah Agong. Saya tak kisah dia nak sebut apa sekalipun, tapi jangan kaitkan ia dengan Agong," katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, Nawawi selaku wakil rakyat tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian apatah lagi membuat dakwaan tanpa mendapatkan pengesahan daripada pihak yang mula menyebut MO1 iaitu Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebelum mendakwa siapa individu yang dimaksudkan.

"Kalau kata Agong, itu darah daging kami. Saya tak suka orang buat macam ini. Hari ini banyak pihak yang tak kenal siapa Agong, siapa alim ulama dan siapa kadi. Kita kena faham betul-betul siapa itu Agong, adakah Agong layak bersama pihak-pihak lain di negeri ini.

"Agong sebagai pemerintah, bukan pentadbir. Kenapa libatkan dia? Saya tak mahu dengar lagi cerita macam ini. Selalu kita buat laporan sana... laporan sini... tapi tak ada apa-apa tindakan yang berkesan kerana kelemahan kerajaan kita ataupun pentadbiran negeri-negeri," katanya.

Syed Idrus berkata, jika dibandingkan dengan negara jiran sudah tentu gelaran Datuk yang dimiliki Nawawi akan ditarik semula termasuk dikenakan hukuman penjara sekiranya diambil tindakan.

"Saya perhatikan pentadbiran hari ini kadang-kadang berat sebelah. Kalau orang yang tak mentadbir atau bukan kerajaan, dia boleh ambil tindakan macam-macam. Tapi kalau kena pada orang yang berkenaan seperti wakil rakyat dan ahli parlimen, mungkin tiada apa-apa tindakan diambil.

"Saya rasa kesal. Sepatutnya kerajaan kena timbang sama rata dan tentukan salah atau benar, jangan pilih bulu. Pada hari ini saya perhatikan banyak yang pilih bulu (berat sebelah)," katanya.

Tegasnya, mana-mana pihak sekalipun sekiranya ingin berpolitik disarankan supaya tidak melibatkan istana.

"Ini amaran keras bukan saja kepada Nawawi, tapi sesiapa saja rakyat supaya jangan libatkan perkara-perkara macam ini. Kami pihak Kerabat tak mahu dengar lagi hal macam ini, walau sesiapa pun dengan pihak istana.

"Dia (Nawawi) patut nilai diri dia. Dia kata macam tak bersalah, macam mana nak minta maaf. Tapi dia pada mata umum bersalah, patut menghadap Tuanku dan minta ampun. Bukan setakat masuk dalam akhbar dan televisyen saja, dia kena atur satu hari minta menghadap Agong dan minta ampun secara rasmi. Kalau minta maaf dalam akhbar ia seperti hilang diambil angin lalu saja," katanya.

Tambahnya, apa pun penjelasan Nawawi berhubung maksud MO1, beliau hendaklah mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak berkenaan yang menyebut MO1 sebelum membuat sebarang komen atau dakwaan.

"Kita nak buat apa-apa pun kena siasat dulu. Dia sebagai ahli parlimen pula kena ambil tahulah. Ini soal maruah paling besar sekali. Dulu orang sanggup berperang kerana maruah," katanya.

Najib selamat kerana 3 tokoh dikhianati, kata Dr M

Posted: 21 Aug 2016 06:49 PM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak telah "dikhianati".

Jika tidak, kata Dr Mahathir, Najib sudah berdepan dengan tindakan pihak berkaitan di negara ini.

"Zeti tidak bersalah, begitu juga Abu Kassim dan Gani Patail, namun mereka dikhianati oleh salah seorang di kalangan mereka.

"Jika tidak Najib sudah berdepan dengan tindakan sekarang," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun Dr Mahathir enggan menjelaskan dengan lebih lanjut sama ada dalang dimaksudkannya itu adalah salah seorang daripada tiga tokoh terbabit.

Beliau merujuk kepada bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ketiga-tiga mereka didakwa Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun bersekongkol untuk menggulingkan Najib daripada jawatannya sebagai perdana menteri.

Tuduhan cari publisiti

Malaysiakini pada 26 Julai melaporkan Khairul Azwan menuduh ketiga-tiga individu berpengaruh itu juga terbabit dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dalam laporannya yang juga diperolehi oleh Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Ketika diminta mengulas Zeti enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan Khairul Azwan (gambar) sebaliknya memberitahu beliau akan mendapatkan khidmat peguam.

Gani pula menganggap tuduhan konspirasi itu adalah perbuatan seseorang yang ingin mencari publisiti.

"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun Dr Mahathir berkata apa yang disampaikannya itu sekadar "khabar angin".

"Saya tak boleh biarkan mereka menyaman saya sebab saya tak ada wang seperti dimiliki Najib," katanya.

Semalam Khairul Azwan sekali lagi mengulangi mempertahankan laporan polis dibuatnya dengan mendakwa Dr Mahathir bercadang mengadakan sidang media untuk wartawan asing pada 26 Julai bagi 'menyerang' Najib.

Dia juga mendakwa Dr Mahathir adalah sebahagian daripada konspirasi berkenaan.

"Tidak benar sama sekali. Kalaulah saya boleh berbuat begitu," kata Dr Mahathir mengenai dakwaan Khairul Azwan itu.

Turut hadir di sidang media itu presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

OhDunia.My

Posted: 22 Aug 2016 08:16 AM PDT

OhDunia.My


Jurulatih Atlet Gusti Tanggal Pakaian Bantah Keputusan

Posted: 22 Aug 2016 12:34 AM PDT

Rio De Janeiro – Hari terakhir Olimpik Rio dikejutkan dengan kontroversi membabitkan acara gusti lelaki. Atlet Mongolia, Ganzorigiin Mandakhnaran menentang Ikhtiyor Navruzov dari Uzbekistan dalam penentuan pingat gangsa bagi acara disiplin 65 kilogram.


Jurulatih Atlet Gusti Tanggal Pakaian Bantah Keputusan

Baca selengkapnya

Pelajar UMS, UM Ditahan Cuba Ceroboh UiTM Seri Iskandar

Posted: 21 Aug 2016 06:50 PM PDT

Polis menahan tiga penuntut universiti awam yang melakukan demonstrasi dan cuba menceroboh kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, 5.50 petang semalam.


Pelajar UMS, UM Ditahan Cuba Ceroboh UiTM Seri Iskandar

Baca selengkapnya

Penduduk Cedera Parah Bergaduh Angkara Menonton Drama TV

Posted: 21 Aug 2016 06:39 PM PDT

HABIGANJ, Bangladesh: Menurut laporan BBC, seramai 15 penduduk kampung Dhol di daerah Habiganj cedera parah dalam pergaduhan yang melibatkan pisau, parang dan kayu Khamis lepas.


Penduduk Cedera Parah Bergaduh Angkara Menonton Drama TV

Baca selengkapnya

“Akhirnya Saya Dapat Bertemu Si ‘Awang’ Kecil Saya” — Zarina Anjoulie

Posted: 21 Aug 2016 05:52 PM PDT

Aktres kontroversi Zarina Anjoulie selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, di Brunei. Memetik laporan Harian Metro, Zarina berkata, sebelum ini dia menyangka anak sulungnya yang dilahirkan di sebuah hospital di Brunei itu perempuan.



Baca selengkapnya

myartis.com

Posted: 22 Aug 2016 02:42 AM PDT

myartis.com


"SAYA HARAP DAPAT HAK JAGA ANAK SULUNG" - AWIE

Posted: 22 Aug 2016 01:07 AM PDT



"Saya harap sesuatu yang baik berpihak kepada saya selepas apa yang saya usahakan dan perjuangkan selama ini bersama peguam saya. Saya juga berharap saya tidak lagi teraniaya

"Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini, apa yang saya cakap semua relevan dan sah tapi sering dipertikaikan pihak sebelah sana (Rozana)," kata Awie yang berharap keputusan mahkamah berkaitan hak penjagaan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 9, akan berpihak kepadanya dan juga berharap apa sahaja yang diusahakan selama ini daripada awal terutama berkaitan anak-anaknya membuahkan hasil.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, selaku responden hadir bersama peguam syarie, Mohd Syafiq Norizan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

IDZHAM ISMAIL AKHIRI ZAMAN BUJANG 27 OGOS INI

Posted: 22 Aug 2016 12:29 AM PDT



Tahniah diucapkan buat pelakon Idzham Ismail yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pramugari, Siti Nur Abilah Shamsudin atau lebih mesra dipanggil Bella pada 27 Ogos ini.

Difahamkan, pasangan ini mula rapat sejak setahun lalu dan tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan memulakan hidup baru sebagai suami isteri.

Menurut Idzham, sudah tibanya masa dia menjadi suami setelah berjumpa seorang wanita yang betul-betul memahami dirinya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AL-FATIHAH - BAPA AZHAN RANI MENINGGAL DUNIA

Posted: 21 Aug 2016 10:47 PM PDT



Menerusi laman Instagram pelakon Azhan Rani, beliau memaklumkan bahawa bapa tercintanya, Abdul Rani Sabri, 71, telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 7.20 pagi semalam di kediaman mereka. Jenazah bapanya telah selamat dikebumikan pada hari yang sama selepas waktu Zuhur.

"Tanggal 21 ogos 2016 bersamaan 18 zulkaedah 1437.. abah saya ABDUL RANI BIN SABRI (71) telah pergi menemui penciptaNya..

"Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 7:20 pagi dirumah kami dan jenazah beliau selamat dikebumikan selepas zuhur pada hari yang sama...



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TAKZIAH - BAPA IR RADZI KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 21 Aug 2016 03:07 PM PDT



"Allahyarham dimasukkan ke hospital semalam (Sabtu) dan keadaannya dalam keadaan tenat pada hari ini (Ahad) sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir," kata Aszuad Zakaria iaitu pengurus kepada penyanyi, Ir Radzi.

Difahamkan, bapa Ir Radzi meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang semalam akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Menurut pengurusnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarganya di Institut Jantung Negara, Kuching Sarawak.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SELAMAT BERSALIN - ZARINA ANJOULIE TIMANG ANAK LELAKI

Posted: 21 Aug 2016 02:48 PM PDT



Pelakon Zarina Anjoulie akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki Jumaat lalu pada jam 8.30 pagi selepas sakit selama dua hari. Dia melahirkan bayi tersebut di sebuah hospital di Brunei.

"Saya masih belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini saya menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya bayi lelaki. Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si 'Awang' kecil saya," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 22 Aug 2016 02:32 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Ruhainies Rela Kawin Duda Hindari Suami Oghang

Posted: 22 Aug 2016 02:02 AM PDT


Terpalit dengan gosip bersama suami Adira AF baghu baghu ni empunya badan Ruhainies menyatakan bahawa dia la nih masih dok belum berpunya Bagaimanapun untuk soai menikah pelakon ni tak mau men...

Lisa Surihani Kongsi Tip Turun Berat Badan Hingga 11kg

Posted: 22 Aug 2016 01:52 AM PDT


Umum sedia maklum bahawa berat badan aktres cun Lisa Surihani meningkat secara ketara semasa mengandungkan anak sulungnya Yahaira Leanne Malah walaupun selepaih melahiaqkan Yahaira berat badan L...

Digi Membuat Pelaburan Melebihi Rm250 000 Pada Grabgaih Vase Dan Locai Usher

Posted: 22 Aug 2016 12:42 AM PDT


Digi sebelum ni telah menyatakan sokongan untuk arena startup selain turut mai dengan bahagian Digi X yang mana merupakan sebuah makmal inovasi milik Digi dalam usaha untuk mai dengan pelbagai pe...

4 Makanan Yang Mampu Membersihkan Paru Paru Dalam Tempoh 3 Hari

Posted: 22 Aug 2016 12:22 AM PDT


Sesetengah oghang barangkali turut mengalami masalah paru paru sungguhpun depa tak penah menyalakan rokok dalam hidup depa tapi ada jugak individu yang penah menghabihkan umoqnya selama 40 tahun d...

Khai Bahaq Mohon Ampun Takdak Niat Menghina Negeri Sarawak

Posted: 21 Aug 2016 10:44 PM PDT


kalau hampa aktif di media so siall dan tau pasai aplikasi terkenai Smule tent sekali hampa kenai dengan penyanyi baghu Khai Bahaq yang la nih mula mencipta nama di dalam industri nyanyian Malaysi...

Zul Ariffin Dipilih Bintangi Filem Tombiruo

Posted: 21 Aug 2016 10:42 PM PDT


Buat penggemaq novel konfem hampa tau tentang pasai karya femes Awang Murshid iaitu Tombiruo Penunggu Rimba bukan Difahamkan novel berkenaan akan ditayangkan di layaq perak pada tahun hadapan d...

Kerangka Tertiris Mengesahkan Iphone 7 Pluih Dilengkapi Dwi Kamera

Posted: 21 Aug 2016 09:42 PM PDT


Hanya beberapa minggu saja lagi sebelum iPhone 7 akan dilancaqkan secara rasmi Terdapat puluhan gambaq peranti ni dah tertiris namun kesahihannya diragui khabaq angin palin awai didengari ialah...

Zulin Aziz Sedia Menikah Kalau Ada Calon Sesuai

Posted: 21 Aug 2016 08:06 PM PDT


Mempunyai hubungan ghapat bersama Ariz Forteen Zulin Aziz tak penah menyatakan secara terang sejauh mana serius hubungan depa berlangsung Bagaimanapun apabila ditanya pasai soai jodoh Zulin hab...

Cheq Akoq Kalau Kamal Adli Bukan Jodoh Cheq

Posted: 21 Aug 2016 08:04 PM PDT


kalau sebelum ni Kamal Adli penah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Emma Maembong masa ditanya pasai pergolakan hubungan cinta depa Namun bagi Emma tindakannya yang tak penah mengumumka...

Dibantai Pasai Pakai Seksi Izara Aisyah Mohon Ampun

Posted: 21 Aug 2016 08:02 PM PDT


Gara gara penampilannya yang disifatkan meghojoh mata oleh warga laman so sial pelakon Izara Aishah memintak ampun berhubung perkara berkenaan di laman Facebook tak mudah melatah Izara mengakui...

Cheq Serah Soai Jodoh Dengan Kamal Kepada Tuhan Emma Maembong

Posted: 21 Aug 2016 07:46 PM PDT


Hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli sehingga la nih masih dok dihimpit pelbagai spekulasi dan gosip ghamai yang ingin tau apakah statuih sebenaq hubungan depa baghu baghu ni Kamal ada melamp...

Stacy Sahkan Dah Mengandung Empat Bulan

Posted: 21 Aug 2016 07:44 PM PDT


Selepaih Akim Ahmad mengumumkan isterinya Stacy mengandung menerusi satu ucapan di akaun Instagramnya terpalin baghu Stacy pulak mengesahkan kandungan beliau dah mencecah empat bulan Bukan saja...

Datuk Shake Dipilih Sebagai Guru Besaq Af 2016

Posted: 21 Aug 2016 07:42 PM PDT


Akademi Fantasia 2016 telah pun bermula dan kemarin teka teki pasai sapadiakah yang bakai dilantik sebagai guru besaq telah terjawab apabila penyanyi femes pada tahun 80 an iaitu Datuk Shake telah ...

Adakah Ni Gambaq Playstation 4 Versi Baghu Dengan Rekaan Nipih

Posted: 21 Aug 2016 12:42 PM PDT


Sony sedia menjaduaikan acara khusus pada awai September kelak tang mana depa dijangka berkongsi lanjut pasai PlayStation 4 Neo masa tu la nih beberapa minggu sebelumnya beberapa gambaq mai pa...

Neelofa Ngaku Penin Pala Ditanya Soai Jodoh

Posted: 21 Aug 2016 11:04 AM PDT


Serin dihujani dengan pertanyaan jodoh Neelofa ngaku berasa penin pala dengan perkara terlibat pasai faktoq umoq yang semakin meningkat buat beliau lebih dok pikiaq keinginannya untuk berumah tang...

Zarina Anjoulie Selamat Lahiaqkan Anak Sulong

Posted: 21 Aug 2016 11:02 AM PDT


Tahniah diucapkan kepada pelakon Zarina Anjoulie yang telah selamat melahiaqkan bayi sulong depa bayi lelaki pada Jumaat lepaih jam 8 30 pagi di Brunei berita gembira tu turut dikongsi meneru...

Fakta Pelik Sukan Olimpik Dan Acara Yang Tak Lagi Di Pertandinkan

Posted: 21 Aug 2016 09:22 AM PDT


bandaqraya Rio De Janeiro Brazil bakai mengucapkan selamat tinggai kepada atlet atlet terhebat dunia yang bersain dalam Sukan Olimpik 2016 Sebagai sebuah institusi globai yang masih dok bedighi ...

Lumen Mengoptimasikan Kecerahan Skrin Pada Macos Mengikut Kandungan Yang Hampa Sedang Tengok

Posted: 21 Aug 2016 03:42 AM PDT


Bagi hampa yang menggunakan macOS barangkali hampa telah mengetahui pasai perisian macam F lux yang mengoptimasikan paparan skrin mengikut masa dan menjadikan skrin lebih jingga sekaliguih mengur...

Punca Kegagalan Mutlak Lcw Memburu Pingat Emaih Olimpik Dan Bwf

Posted: 21 Aug 2016 03:22 AM PDT


Lee Chong Wei gagai lagi memburu pingat emaih olimpik peribadi dan emaih pertama negara dalam temasya sukan Olimpik Sama macam yang cheq jangkakan masa menonton perlawanan akhiaq Lee Chong Wei ber...

beautifulnara

Posted: 22 Aug 2016 01:56 AM PDT

beautifulnara


Zul Ariffin Dipilih Bintangi Filem Tombiruo

Posted: 21 Aug 2016 09:40 PM PDT

Buat penggemar novel pasti anda tahu tentang karya terkenal Awang Murshid iaitu Tombiruo : Penunggu Rimba bukan?

Difahamkan, novel berkenaan akan ditayangkan di layar perak pada tahun hadapan dan ia menggabungkan empat syarikat dibawah penerbitannya iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan.

Menurut Najwa Abu Bakar selak Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, pihaknya berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan tiga syarikat lain untuk menjayakan filem adaptasi novel yang cukup mendapat hits.

Tombiruo menyaksikan sebuah filem yang sarat dengan aksi, elemen kekeluargaan serta memaparkan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia yang jarang dipaparkan di dalam filem tempatan.

Selain itu, filem ini juga disokong oleh tenaga produksi yang berpengalaman luas dalam pembikinan filem dari dalam dan luar negara serta barisan pelakon handalan tanah air.

Kami sudah bersedia membuat percaturan dalam merangka promosi bagi filem ini agar ia mampu membuatkan peminat dan penonton teruja.

Filem Tombiruo yang sudah mula menjalani penggambara di Sabah pada 31 Julai dan bakal mengadakan penggambaran di sekitar kawasan hutan di Lembah Klang menampilkan gabungan tiga pelakon hebat tanah air.

Zul Ariffin bakal memegang watak utama iaitu Ejim bersama Farid Kamil dan Nabila Huda.

Lebih menarik lagi  menggabungkan dua pengarah iaitu Nasir Jani yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan filem Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87, bersama Seth Larney yang pernah terlibat dalam penghasilan filem Hollywood seperti The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader.

Nasir akan memberi sentuhan teliti pada elemen drama dan penataan seni, manakala Larney akan memberi tumpuan pada sudut teknikal, babak aksi dan kesan khas.

Selalunya kalau filem adaptasi novel pasti akan berkisar mengenai kisah cinta sahaja, kali ini filem Tombiruo akan memaparkan sesuatu yang berbeza penuh dengan aksi dan pelbagai lagi elemen yang cukup menarik. Tidak sabar pula kami ingin melihat filem ini.

Ada peminat novel Tombiruo tak dekat sini?

Sumber Berita : Media Hiburan

(15 FOTO) Sekitar Majlis Aqiqah Yusuf Iskandar

Posted: 21 Aug 2016 09:16 PM PDT

Hujung minggu lepas, satu majlis aqiqah telah diadakan buat  Yusuf Iskandar iaitu anak pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Bertemakan warna putih, majlis aqiqah Yusuf berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran ibu bapa Hairul dan Hanis, rakan selebriti, saudara dan rakan karib pasangan tersebut.

Yusuf serta ibu bapanya kelihatan cukup cantik, segak dan comel mengenakan pakaian rekaan eksklusif Jovian Mandagie.

Siapa yang tidak geram melihat pipi Yusof yang gebu  bukan? Menariknya, Yusuf sememangnya seorang bayi yang mudah untuk dijaga dan sedikit pun tidak meragam sepanjang majlis aqiqah berkenaan.

Khas buat peminat Yusuf berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis aqiqah beliau dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Dikecam Netizen Kerana Berpakaian Seksi : Izara Aishah Mohon Maaf

Posted: 21 Aug 2016 08:21 PM PDT

Gara-gara memuat naik foto beliau berpakaian seksi ketika menghadiri KL Fashion Week bersama rakan karibnya Kilafairy, pelakon Izara Aishah telah mendapat kritikan daripada netizen.

Ramai yang berpendapat pakaian Izara itu terlalu mencolok mata kerana menampakkan bentuk badannya dengan jelas.

Berikut antara komen netizen :-

Tidak mudah melatah, Izara telah tampil memohon maaf berhubung isu berkenaan dan mengakui ada kebenaran disebalik setiap kritikan yang beliau terima.

Izara berjanji beliau akan cuba berpakaian lebih sopan selepas ini.

Bagus Izara Aishah ni, tidak mudah melenting apabila ditegur oleh peminat. Iyalah, peminat yang tegur sebenarnya sayang pada Izara dan mahu melihat beliau menjadi seorang artis yang lebih baik. Tak gitu?

Khai Bahar Mohon Maaf : Tiada Niat Menghina Negeri Sarawak

Posted: 21 Aug 2016 07:56 PM PDT

Jika anda aktif di media sosial dan tahu mengenai aplikasi popular Smule, tent sekali anda kenal dengan penyanyi baru Khai Bahar yang kini mula mencipta nama di dalam industri nyanyian Malaysia.

Baru-baru ini Khai ada muncul didalam program Malaysia Hari Ini (MHI) dan difahamkan Khai tersasul beliau mula aktif bernyanyi di Smule kerana tiada aktivi lain yang boleh dilakukan ketika beliau menetap di Sarawak.

Kenyataan Khai itu telah membangkitkan kemarahan pengguna media sosial terutama sekali penduduk negeri Sarawak.

Walaubagaimanapun, Khai menerusi akaun Instagramnya telah tampil memohon maaf dan menafikan beliau sengaja ingin menghina negeri tersebut.

Berikut penjelasan Khai di Instagram :-

Assalamalaikum… Khai minta maaf untuk semua warga Sarawak, Khai tidak ada niat untuk menghina negeri Sarawak. Khai sayang Sarawak, dah lama Khai stay sana. Cuma sedih bila korang cakap Khai menghina, Khai bukan nak pertahankan diri atau apa. Memang salah khai sebab tersasul perkataan mcm tu.  Khai tak bermaksud  langsung,khai tak paksa siapa-siapa untuk sukakan khai, just nak tahu kepada yang post video Khai , kenapa di cut video time tu?  Kenapa tak up full video? Sekali lagi saya minta maaf semua.. memang salah saya.

Rasanya selepas ini Khai perlu lebih berhati-hati ketika bercakap dan belajar lagi cara seseorang artis menjawab soalan daripada wartawan dengan lebih baik. Apa-apa pun, kita tidak boleh mempersoalkan niat Khai dan menghukum beliau.

Sumber Berita : Instagram Khai Bahar

Stacy Sahkan Sudah Hamil Empat Bulan

Posted: 21 Aug 2016 07:11 PM PDT

Selepas Akim Ahmad mengumumkan isterinya Stacy hamil menerusi satu ucapan di akaun Instagramnya, terbaru Stacy pula mengesahkan kandungan beliau sudah mencecah empat bulan.

Bukan sengaja mahu merahsiakan kehamilannya sebelum ini, Stacy hanya mengikut nasihat orang tua yang tidak menggalakkan untuk terlalu teruja dan mengumumkan berita berkenaan ketika kandungan masih lagi berada di peringkat awal.

Sebenarnya sudah lama kami berhajat mahu membuat pengumuman mengenai kehamilan ini. Apatah lagi ramai orang yang bertanya bila ingin menambah ahli keluarga.  Tetapi kata orang kurang manis kalau berkongsi berita itu terlalu awal kerana bermacam dugaan boleh timbul pada tempoh itu. Walau hidup dalam zaman moden, petua orang tua ada sebabnya.

Insan paling gembira mendengar perkhabaran ini tentu saja Akim dan keluarga kedua belah pihak. Bella juga sudah tahu dia akan dapat adik.

Stacy memberitahu beliau tidak mengalami sebarang alahan teruk tetapi mengakui badannya cepat merasa letih serta emosinya kadang kala tidak menentu.

Disebabkan emosinya itu tidak stabil, Stacy berharap tiada pihak yang akan kecil hati kerana beliau harus menolak beberapa undangan nyanyian berikutan keadaannya itu.

Walaupun alahan tidak teruk, badan saya lemah dan cepat letih. Kadangkala saya cuba menyibukkan diri tetapi kerap juga saya lebih banyak berehat membuatkan ada undangan yang terpaksa saya tolak.

Keadaan emosi juga kurang menentu. Saya cuba mengawal diri. Syukur suami dan keluarga sangat memahami situasi saya. Kerap juga peminat tanya mengenai berat badan naik atau ternampak perut berisi.

Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lepas di i Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum berkahwin, Stacy telah mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Bella yang kini sudah berusia 4 tahun.

Sumber Berita : BH ONLINE

Datuk Shake Dipilih Sebagai Pengetua AF 2016

Posted: 21 Aug 2016 06:50 PM PDT

Akademi Fantasia 2016 telah pun bermula dan semalam teka teki mengenai siapakah yang bakal dilantik sebagai pengetua telah terjawab apabila penyanyi terkenal pada tahun 80 an iaitu Datuk Shake telah diumumkan sebagai pengetua AF 2016.

Pengumuman it dibuat menerusi siaran langsung konsert pertama AF 2016 semalam yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Untuk pengetahuan semua, Datuk Shake  mula mencipta nama dalam bidang seni di peringkat antarabangsa apabila single berjudul You Know I Love You mendapat sambutan hebat di Perancis termasuk negara Eropah pada awal 1980-an.

Antara lagu berbahasa Melayu popular nyanyiannya pula ialah Ummi, Pulanglah, Kau Bungaku dan Anugerah Dari Kegagalan.

Pengalaman beliau dalam bidang seni ini cukup luas dan sememangnya layak untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengetua.

Berbicara mengenai peserta AF 2016 pula, tahun ini ada dua orang peserta wanita bukan Melayu iaitu areshma Martin John Patrick, 18, dan Jasper James Supayah, 23.

Manakala, lima peserta wanita lain ialah Nur Hafizah Longkip, 23, Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Nurul Rahils Rashun, 20, Isyariana Che Azmi, 26 dan Siti Aishah Abdul Razak, 20.

Sementara tujuh lelaki yang dipilih menyertai AF2016 pula terdiri daripada Mohamad Ammal Shafiq , 21, Amir Syazwan Masdi, 20, Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Azarul Rais Mansor, 22, Halmy Hamizan, 23, dan Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Zizan Razak masih lagi kekal sebagai pengacara AF 2016 tetapi beliau bergandingan bersama Alif Satar untuk tahun ini.

Barisan tenaga pengajar pada tahun ini ialah tenaga pengajar lain ialah Edry Abdul Halim ( Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine ( Guru Tarian & Koreografi) dan Shahrolbahri (Guru Vokal). Kali ini ada dua wajah baharu di AF iaitu pelakon cukup berbakat Ellie Suriaty dan penyanyi dangdut popular dan terkenal dengan sifat terus-terang, Mas Idayu.

Ellie memikul tanggungjawab sebagai Guru Seni Persembahan dan Mas Idayu pula sebagai Guru Persembahan Vokal.

Adakah Akademi Fantasia pada tahun ini mampu menarik perhatian penonton dan memberikan kelainan?  Ada yang sudah menonton konsert pertama AF semalam? Sila berikan komen anda dibawah.

Sumber Berita : mStar Online

Zul Ariffin Nafi Sudah Merisik Zahirah Macwilson

Posted: 21 Aug 2016 06:25 PM PDT

Tentu ada semua tahu bahawa Zul Ariffin sememangnya sedang hangat bercinta dengan pelakon Zahirah Macwilson dan hubungan mereka sudah lama juga terjalin.

Walaubagaimanapun pasangan ini jarang sekali menampilkan kemesraan mereka di media sosial dan kisah cinta mereka juga jarang diperkatakan.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Zul telah terbang ke Perth, Australia untuk merisik Zahirah.

Namun, Zul menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan beliau ke Australia bersama kakaknya atas urusan perniagaan.

Biasalah, kalau berada di luar negara sudah pasti kita akan cari peluang untuk berjumpa orang Malaysia di sana. Kalau betul saya merisik, kenapa saya tidak bawa ibu saya sendiri ikut ke sana

Ditanya mengenai perkembangan terkini hubungan beliau dan Zahirah,  Zul nampaknya enggan memberikan komen lanjut dan lebih selesa untuk berbicara soal kerjayanya sahaja.

Saya lebih selesa untuk bercerita mengenai kerja sahaja dan lain-lain mengenai kisah cinta, saya tidak akan kongsikan.

Pasangan selebriti ini cukup pandai menjaga hubungan mereka dan begitu tegas untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai percintaan mereka kepada umum. Apa-apa pun, kami harap Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson kekal bahagia dan siapa tahu ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita : Utusan Online

Neelofa Akui Tertekan Apabila Sering Ditanya Soal Jodoh

Posted: 21 Aug 2016 06:10 PM PDT

Neelofa, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Malah, di usia yang agak muda Neelofa sudah mampu membinar empayar perniagaan beliau sendiri dan memiliki apa yang beliau inginkan.

Namun, beliau tidak berapa bertuah apabila tiba soal percintaan. Walaubagaimanapun, Neelofa tidak mengeluh dan menganggap perkara itu sebagai satu dugaan buat dirinya.

Allah sedang menguji, besar nikmat yang dilimpahkan bermakna besar juga dugaan yang datang. Begitupun, doa saya tidak pernah putus agar suatu hari nanti Allah datangkan kepada saya seorang lelaki, tidak saja mampu membahagiakan saya tetapi juga membimbing saya.

Neelofa pada masa yang sama mengakui beliau merasa tertekan apabila sering ditanya soal jodoh apatah lagi faktor usia beliau yang semakin meningkat membuatkan beliau lebih memikirkan soal untuk mendirikan rumah tangga.

Ada yang juga mendakwa saya tertekan apabila memikirkan soal ini. Hakikatnya, apabila orang ramai sering memperkatakan dan bertanya mengenainya, memang saya rasa tertekan dengan soal itu.

Saya sedar faktor usia juga membuatkan saya kini sedang memikirkan soal jodoh dan keinginan untuk berumah tangga. Tapi saya tidak mahu tergopoh-gapah.

Mungkin Allah SWT ingin memberikan jodoh yang terbaik buat Neelofa. Kadang-kadang kita bertemu dengan pasangan yang sesuai dengan diri kita awal dan ada yang lambat. Namun, jangan berputus asa dan terus berdoa.

Sumber Berita : Harian Metro

Saya Serah Soal Jodoh Dengan Kamal Kepada Tuhan – Emma Maembong

Posted: 21 Aug 2016 05:44 PM PDT

Hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli sehingga kini masih dihimpit pelbagai spekulasi dan gosip. Ramai yang ingin tahu apakah status sebenar hubungan mereka.

Baru-baru ini, Kamal ada meluahkan hasratnya bahawa beliau ingin membaiki hubungan mereka dan memperisterikan Emma.

Berbicara mengenai kenyataan Kamal, Emma menerusi  Berita Harian enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara berkenaan dan menyerahkan soal itu kepada Allah SWT.

Untuk hal ini, tidak manis rasanya saya sebagai perempuan memberi komen berlebihan. Cuma bagi pihak saya, kalau betul jodoh saya bersama dia, dengan izin Tuhan kami akan bersatu suatu hari nanti.

Saya tidak pernah katakan kami sedang bercinta. Cuma saya nyatakan saya mengenali Kamal dan sampai sekarang saya masih lagi sedang mengenali dia. Jadi, sekiranya hubungan kami tidak jadi, tidak timbulnya isu.

Kalau sampai ke jinjang pelamin saya bersyukur. Kalau jodoh tak kesampaian, saya akur dia bukan jodoh saya.

Seperti yang anda semua tahu, minggu lepas ayah Emma telah megalami kecederaan selepas ditetak oleh penyamun. Disebabkan perkara itu juga, Emma akui ia membuatkan beliau berfikira sekali lagi untuk berkahwin kerana siapa yang akan menjaga ayahya itu nanti.

Mungkin dahulu saya rasa sudah bersedia untuk berkahwin. Tapi selepas apa yang terjadi pada ayah, saya mula berfikir, jika saya berkahwin siapa yang akan menjaga ayah? Ayah bukanlah penghalang untuk saya berkahwin. Jika saya sudah berkahwin pun, saya pasti boleh menjaga dia. Tapi buat masa sekarang biar saya fokus dengan ayah dahulu.

Bagaimanapun, saya tetap akan berkahwin suatu hari nanti. Cuma pasangannya masih menjadi tanda tanya. Biarlah saya berjalan mengikut arus.

Daripada kenyataan Emma, jujur kami rasa beliau seakan merasa kecewa dengan sesuatu. Emm, setiap hubungan pasti ada pasang surutnya dan ia sebenarnya menguji kesetiaan dan kasih sayang keapda pasangan. Kalau ada jodoh antara mereka berdua,  pasti Emma dan Kamal akan bersatu juga.

Sumber Berita : Berita Harian

ROTIKAYA

Posted: 21 Aug 2016 08:29 PM PDT

ROTIKAYA


Zulin Aziz Sedia Kahwin Jika Ada Calon Sesuai

Posted: 21 Aug 2016 07:41 PM PDT

Mempunyai hubungan rapat bersama Ariz Forteen, Zulin Aziz tidak pernah menyatakan secara terang sejauh mana serius hubungan mereka berlangsung. Bagaimanapun apabila ditanya mengenai soal jodoh, Zulin memberitahu dirinya sudah bersedia untuk berumah tangga dan mengenai soal jodoh pula beliau lebih selesa menyerahkannya kepada takdir Ilahi.

BACA: Ariz Forteen Tak Suka Ditanya Tentang Zulin Aziz

“Pada usia sekarang memang saya mula berfikir tentang mencari teman hidup dan keinginan melalui fasa perkahwinan seperti mana orang lain juga. Saya sudah bersedia untuk berumah tangga cuma buat masa ini saya masih belum bertemu dengan calon yang sesuai. Bukan isu memilih atau cerewet tetapi belum ada yang datang secara serius untuk berkahwin”

“Tambahan pula apabila bercakap mengenai perkahwinan, ini terletak pada jodoh dan ketentuan Allah. Saya tidak menolak jika ada yang mendekati tetapi masih belum jumpa yang sesuai dengan saya,” katanya kepada m Star Online mengenai keinginannya untuk mendirikan rumah tangga namun masih belum mempunyai calon insan istimewa yang sesuai untuk dijadikan suami.

Sebelum ini, Zulin pernah mengakui bahawa ramai pihak sering bertanyakan mengenai hubungan beliau bersama Ariz Forteen yang diketahui sememangnya rapat. Namun Zulin menafikan bahawa beliau sedang bercinta dan memilih untuk tidak komen berlebihan mengenainya kerana risau hubungan yang mungkin sedang terjalin itu terputus ditengah jalan. (rkty/w)

1- Zulin Aziz Sedia Kahwin Jika Ada Calon Sesuai - jpeg 2- Zulin Aziz Sedia Kahwin Jika Ada Calon Sesuai - jpeg 3- Zulin Aziz Sedia Kahwin Jika Ada Calon Sesuai - jpeg 4- Zulin Aziz Sedia Kahwin Jika Ada Calon Sesuai - jpeg 5- Zulin Aziz Sedia Kahwin Jika Ada Calon Sesuai - jpeg 6- Zulin Aziz Sedia Kahwin Jika Ada Calon Sesuai - jpeg

“Saya Akur Kalau Kamal Adli Bukan Jodoh Saya”

Posted: 21 Aug 2016 07:13 PM PDT

Jika sebelum ini Kamal Adli pernah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Emma Maembong ketika ditanya mengenai pergolakan hubungan cinta mereka. Namun bagi Emma, tindakannya yang tidak pernah mengumumkan status sebenar hubungan mereka dan dianggap sebagai bersahabat dengan Kamal, pasrah jika pada akhirnya tiada jodoh diantara mereka.

BACA: Polis Buru Suspek Rompak Bapa Emma Maembong

“Tidak manis rasanya saya sebagai perempuan memberi komen berlebihan. Cuma bagi pihak saya, kalau betul jodoh saya bersama dia, dengan izin Tuhan kami akan bersatu. Jadi sekiranya hubungan kami tidak jadi, tidak timbulnya isu. Tapi kalau sampai ke jinjang pelamin, saya bersyukur. Kalau jodoh tidak kesampaian, saya akur dia bukan jodoh saya”

"Kalau imbas balik kenyataan yang pernah saya berikan sebelum ini, saya tidak pernah mengatakan kami sedang bercinta. Cuma saya nyatakan bahawa saya mengenali Kamal dan sampai sekarang saya masih sedang mengenali dia,” katanya kepada Projek MMO mengenai pergolakan hubungan cinta mereka yang mulai renggang sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, hubungan cinta diantara Emma dan Kamal dikatakan hambar apabila masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman Instagram. Malah perkara itu juga telah disahkan sendiri oleh kedua-dua pihak, namun Kamal memilih untuk meletakan semua kesalahan yang menjadi penyebab kerengangan hubungan cinta mereka diatas bahu beliau.

Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai kewujudan pihak ketiga yang mungkin menjadi punca kerentakan hubungan mereka, Kamal tampil menafikannya. Namun dalama masa yang sama terpalit pula nama Fatiya Latiff yang didakwa menjadi orang ketiga didalam perhubungan itu walaupun Fatiya sendiri menolak dakwaan terbabit dan cuba bersikap profesional. (rkty/w)

2- %22Saya Akur Kalau Kamal Bukan Jodoh Saya%22 - jpeg 3- %22Saya Akur Kalau Kamal Bukan Jodoh Saya%22 - jpeg 4- %22Saya Akur Kalau Kamal Bukan Jodoh Saya%22 - jpeg 5- %22Saya Akur Kalau Kamal Bukan Jodoh Saya%22 - jpeg 6- %22Saya Akur Kalau Kamal Bukan Jodoh Saya%22 - jpeg 7- %22Saya Akur Kalau Kamal Bukan Jodoh Saya%22 - jpeg

Dikritik Kerana Pakai Seksi, Izara Aisyah Mohon Maaf

Posted: 21 Aug 2016 07:09 PM PDT

Gara-gara penampilannya yang disifatkan menjolok mata oleh warga laman sosial, pelakon Izara Aishah memohon maaf berhubung perkara berkenaan di laman Facebook. Tidak mudah melatah, Izara mengakui kebenaran kata-kata yang terdapat di laman sosial.

BACA: Izara Aishah Elak Jawab Soal Kahwin

2- Pakai Seksi, Izara Aisyah Mohon Maaf - ROTIKAYA

Dalam kenyataannya itu, Izara memohon maaf di atas penamplannya itu selain menjelaskan bahawa dia menerima segala teguran peminat dan juga warga laman sosial yang lain.

3- Pakai Seksi, Izara Aisyah Mohon Maaf - ROTIKAYA

Ada sesetengah peminatnya menasihati Izara dengan cara baik namum tidak dapat dihalang juga komen-komen yang terus menerus menghukum Izara bagaikan tiada ruang untuk memperbaiki diri.

Apa pun, tahniah kepada Izara kerana tidak mudah melenting mahupun mengeluarkan kenyataan melulu apabila sesuatu perkara menjadi hangat di laman sosial sekaligus menampilkan sisi matang pelakon ini. (rtky/s)

Neelofa Akui Tertekan Ditanya Soal Jodoh

Posted: 21 Aug 2016 10:36 AM PDT

Sering dihujani dengan pertanyaan jodoh, Neelofa akui berasa tertekan dengan perkara terbabit kerana faktor usia yang semakin meningkat membuatkan beliau lebih memikirkan keinginannya untuk berumah tangga. Namun begitu, usahawan berjaya ini tidak mahu bersikap terburu-buru membuat keputusan untuk bernikah selain masih tidak mempunyai calon lagi.

BACA: Neelofa Mahu Doa Bertemu Jodoh Di Mekah

"Saya sedar faktor usia juga membuatkan saya kini sedang memikirkan soal jodoh dan keinginan untuk berumah tangga. Tapi saya tidak mahu tergopoh-gapah. Ada yang juga mendakwa saya tertekan apabila memikirkan soal ini. Hakikatnya, apabila orang ramai sering memperkatakan dan bertanya mengenainya, memang saya rasa tertekan dengan soal itu”

"Allah sedang menguji saya, besar nikmat dilimpahkan bermakna besar juga dugaan yang akan datang. Begitupun, doa saya tidak pernah putus agar suatu hari nanti Allah datangkan kepada saya seorang lelaki, tidak sahaja mampu membahagiakan saya tetapi juga boleh membimbing saya,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, sebagai seorang ahli perniagaan serta kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara didalam bidang seni sedikit sebanyak menjadi faktor utama jodohnya tiba lewat. Malah tambahnya, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa kedudukannya sebagai seorang selebriti telah menyebabkan punca ramai lelaki takut untuk mendekatinya.

Terdahulu, dikhabarkan Neelofa dan keluarga bakal menunaikan haji tidak lama lagi. Berikutan dengan itu, selain menumpukan perhatian melakukan ibadah, beliau turut berkongsi doa lain yang ingin dipohonnya apabila tiba di tanah suci Mekah nanti adalah untuk mendapat jodoh yang baik. Neelofa dikatakan bakal berangkat ke tanah suci pada bulan September ini. (rkty/w)

1- Neelofa Akui Tertekan Ditanya Soal Jodoh - jpeg 2- Neelofa Akui Tertekan Ditanya Soal Jodoh - jpeg 3- Neelofa Akui Tertekan Ditanya Soal Jodoh - jpeg 4- Neelofa Akui Tertekan Ditanya Soal Jodoh - jpeg 6- Neelofa Akui Tertekan Ditanya Soal Jodoh - jpeg 7- Neelofa Akui Tertekan Ditanya Soal Jodoh - jpeg

Zarina Anjoulie Selamat Lahirkan Anak Sulung

Posted: 21 Aug 2016 10:13 AM PDT

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Zarina Anjoulie yang telah selamat melahirkan bayi sulung mereka, bayi lelaki pada Jumaat lalu, jam 8.30 pagi di Brunei. Berita gembira itu turut dikongsi menerusi laman Instagramnya selepas melalui kesakitan selama dua hari di hospital.

BACA: Zarina Anjoulie Kini Hamil Anak Pertama

Screen Shot 2016-08-22 at 1.00.07 AM

“Saya masih belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini saya menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya bayi lelaki. Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si 'Awang' kecil saya,” katanya kepada Harian Metro sambil berkongsikan pengalaman beliau bersalin sebelum selamat melahirkan anak sulungnya.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, Zarina yang sebelum ini hanya mendedahkan separuh wajah anak lelakinya di Instagram, kini telah berkongsi wajah penuh anak sulung beliau kepada semua peminat yang pasti teruja untuk melihat wajah comel bayi itu. Gambar bayi comel tersebut turut dimuat naik berserta dengan nama bayi beliau, Martin Ezra Mikael.

Menerusi gambar tersebut, orang ramai mula membanjiri laman sosial pelakon itu dengan ucapan tahniah kerana selamat melahirkan bayi pertama mereka. Tidak kurang juga yang turut memuji kecomelan bayi tersebut. Walau apapun, tahniah diucapkan sekali lagi kepada Zarina dan suami, semoga kelahiran bayi ini dapat menceriakan lagi rumah tangga yang terbina. (rkty/w)

1- Zarina Anjoulie Selamat Lahirkan Anak Sulung - jpeg 2- Zarina Anjoulie Selamat Lahirkan Anak Sulung - jpeg 3- Zarina Anjoulie Selamat Lahirkan Anak Sulung - jpeg 5- Zarina Anjoulie Selamat Lahirkan Anak Sulung - jpeg 6- Zarina Anjoulie Selamat Lahirkan Anak Sulung - jpeg 7- Zarina Anjoulie Selamat Lahirkan Anak Sulung - jpeg

No comments:

Post a Comment