Saturday, 13 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 13 Aug 2016 12:13 PM PDT

MySensasi


Jadual Carta Keputusan EPL 2016-2017

Posted: 13 Aug 2016 09:10 AM PDT

Jadual Carta Keputusan EPL 2016-2017. Liga paling popular didunia, Liga Perdana Inggeris atau English Premier League. Bila sebut EPL pasti ramai yang akan membicarakan tentang kelab seperti Manchester United, Chelsea, Manchester City, Arsenal, Liverpool, Tottenham dan banyak lagi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sukar diramal kelab yang mampu menguasai carta liga EPL dan tiada lagi ...

Keputusan Badminton Sukan Olimpik 2016

Posted: 12 Aug 2016 06:59 PM PDT

Keputusan Badminton Sukan Olimpik 2016. Badminton menjadi sukan yang diberikan harapan tinggi untuk mendapatan pingat emas buat Malaysia. Dato Lee Chong Wei adalah sandaran utama dalam misi emas pertama Sukan Olimpik. Untuk saingan Sukan Olimpik Rio 2016, Malaysia menghantar wakil dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, Bergu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Untuk peringkat ...

KedahLanie.info

Posted: 13 Aug 2016 10:16 AM PDT

KedahLanie.info


Tanpa ANWAR politik Malaysia tiada gelombang

Posted: 13 Aug 2016 05:39 AM PDT

TANPA ANWAR POLITIK MALAYSIA TIADA GELOMBANG

UNTUK merubah landskap politik Malaysia. Kita harus sedar ia misti ada kocakan. Kocakan akan mengalumkan gelombang. Tanpa gelombang ombak tidak membedal pantai. Jika pantai tidak dibedal, pasirnya tidak akan berubah. Tanpa apa-apa perubahan ia tidak membawa apa-apa momentum. Tanpa momentum percayalah landskap politik Malaysia akan terus menjadi milik penguasaan UMNO-BN.

Sesatunya ikon politik negara yang boleh mencetuskan momentum sekaligus manpu merubah landskap politik tidak lain dan tidak bukan susuknya bernama Anwar Ibrahim. Ikon politik besar di rantau Asia malah populariti dan karismatiknya merentasi sempadan dunia antarabangsa.

Jika pembangkang benar-benar inginkan satu peralihan kuasa politik baru yang diimpikan, tidak akan terzahir tanpa Anwar sebagai ikon pencetusnya. Anwar insan yang berjiwa kukuh dan teguh, sekaligus memiliki sifat-sifat keberanian yang kental, keunggulan daya tahan yang kuat jika dibandingkan tiada ada satu nama-nama tokoh politik besar yang ada di negara kita dewasa ini. Keberanian Anwar diakui semua, dalam negara dan juga di dunia antarabangsa. Kehebatan beliau sukar ditandingi.

Tokoh-tokoh politik negara seperti Najib Tun Razak, Hj Abdul Awang, Lim Kit Siang, Tun Mahathir sukar ,menandingi dan menepis kelebihan wibawa pengaruh Anwar dalam kancah politik negara.

Tanpa Anwar di persada politik Tanahair. Iklim politik suhunya sentiasa menurun, sejuk dan suram. Ombak tidak mengalum. Tanpa alunan ombak tsunami tidak mungkin akan berlaku. Tanpa tsunami membelasah tebingan pantai. Pepasir tidak berubah ke mana-mana.

Negara tanpa ikon pemimpin politik yang berani,menjadikan rakyat berjiwa penakut. Tanpa pemimpin politik kental tidak berganjak di barisan hadapan, rakyat akan undur melangkah terus ke belakang.

Mengenali Anwar satu dalam sejuta rakyat, pencarian dan penantian kita amatlah sukar. Bersabarlah Anwar ,rakyat tetap menanti tuan. Pintu penjara tidak akan terbuka dan terkopok dengan sendiri. Mendekam rasa hari demi hari. Kami dari luar juga hiba  jiwa kacau tidak pernah merasa erti rahmat makna kemerdekaan.

Dari teratak cabuk, melalui teropong buruk meneropong politik jalanan dari jauh.

J. Jamaluddin

Disebabkan FOBIA DAP.. maka tertubuhnya BERSATU benarkah akan memecahkan undi melayu?

Posted: 13 Aug 2016 05:33 AM PDT

Aris Awang

BismillahirRahmanirRahim

FOBIA DAP

Saya hantar keputusan undian Sinar Harian (Seperti Gambar Di Bawah) kepada satu group Pegawai Kanan/Pesara Kedah ... salah seorang telah hantar whatsApp peribadi kepada saya seperti berikut:-

[6:19pm, 13/08/2016] +60 12-xxx 8600: As salam Tuan Aris...bersatu menang undian melalui Sinar Harian..sebab orang Umno bukan baca pun sinar harian..yg dok baca tu org org seperti saya dan Tuan saja...atas pagar....😀

[6:19pm, 13/08/2016] +60 12-xxx 8600: Tuan Aris...

[6:21pm, 13/08/2016] +60 12-xxx 8600: Yang paling seronok bila ujud pulak parti bersatu..ialah DAP...telah berjaya pecah pecahkan Melayu...😁

Saya jawab ringkas seperti berikut:-

[6:30pm, 13/08/2016] Aris Awang: Wsalam - Tidak ada sangkut paut dengan DAP.

DAP bertanding di kerusi MCA, GERAKAN dan MIC.

Sedangkan BERSATU akan bertanding di kerusi UMNO.

Jika BERSATU menang tetap Melayu menang.

Umno jangan takuti 'nyamuk' BERSATU, sindir Muhyiddin

Posted: 13 Aug 2016 02:36 AM PDT

Malaysiakini

Umno tidak harus berasa takut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang disifatkan hanya sebuah 'parti nyamuk' yang belumpun secara rasmi ditubuhkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden penaja parti baru itu berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa parti itu tidak boleh dibenarkan untuk menggunakan singkatan 'BERSATU' kerana perkataan itu begitu biasa.

"Ya, parti kita begitu umum, Umno tidak perlu takut parti ini. Ia seperti sebuah parti nyamuk, belum terbentukpun," katanya selepas menghadiri kempen derma darah di Kuala Lumpur, hari ini.

"Sayapun tidak mempunyai ahli lagi, kita belum ada cawangan dan bahagian seperti mereka (Umno), kita tidak mempunyai juta ahli, kita tidak mempunyai wang. Jadi mereka tidak perlu begitu bimbang mengenai parti ini," katanya.

"Adakah ini bermakna Umno merasakan kelahiran parti baru sebagai ancaman sebenar, mereka kata ia serpihan, serpihan tidak akan bertahan, jadi mengapa bimbang?

"Apa yang besar sangat mengenai nama sahaja?" tanya beliau lagi.

Muhyiddin, bagaimanapun, menasihatkan para pengkritiknya agar tidak terlalu banyak mengkritik parti itu.

"Ia adalah hak untuk mengkritik, ini adalah demokrasi. Rakyat mempunyai hak untuk mengatakan apa yang mereka mahu katakan.

"Tetapi, lebih kurang mereka berkata mengenai parti ini adalah lebih baik, berilah kami peluang, saya fikir rakyat Malaysia mahu diberikan peluang (kepada Bersatu)," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Tengku Adnan menyatakan rasa tidak bersetuju dengan nama parti baru yang diterajui oleh Muhyiddin yang didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Selasa lalu.

Katanya, pihak berkuasa perlu menyemak semula nama BERSATU yang sepatutnya tidak boleh diguna pakai.

Kata Tengku Adnan, BERSATU adalah perkataan sinonim yang sering digunakan sekaligus boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Mereka tak boleh gunakan perkataan BERSATU kerana ia adalah perkataan yang biasa digunakan, saya pun sering gunakan Bersatu Malaysia Maju, jadi ini akan menimbulkan kekeliruan, ini saya merayu sangat.

“Nak lulus, luluslah tapi saya minta mereka jangan pakai BERSATU, sebab dulu saya pun tak faham kenapa ROS luluskan nama AMANAH,” katanya.

Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai bantahan itu, namun adalah dipercayai nama BERSATU dikaitkan dengan lagu rasmi Umno iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Lagu itu sering berkumandang setiap kali mesyuarat atau perhimpunan agung di televisyen dan juga radio.

Antara liriknya berbunyi:

Umno Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Cogan Katanya
Umno Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Pakatan PAS & IKATAN dalam blok ketiga dikenali sebagai Gagasan Sejahtera

Posted: 13 Aug 2016 01:23 AM PDT

Sinar Harian

KUALA LUMPUR- Pas hari ini mengumumkan bahawa kerjasama politik parti itu, bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kini akan dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

Mengumumkan perkara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,perkara itu dipersetujui bersama antara Pas dan Ikatan dalam mesyuarat bersama pada dua Ogos lalu, di ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut.

"Persefahaman politik ini menjadi satu gagasan baharu kepada lanskap politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.

"Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup, kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu Blok Umno/BN: dan satu lagi jalur politik yang menekankan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat," katanya dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Pas, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Hadi berkata, pendekatan Gagasan Sejahtera akan membawa budaya politik matang dan sejahtera.

"Kita akan memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan kelompok...menyokong kebaikan berasaskan kebenaran, bukan berasaskan pembinaan persepsi semata-mata.

"Politik damai dan Diplomasi serta politik berasaskan penyelesaian bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif Gagasan Sejahtera adalah membawa penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat," katanya.

Oleh itu ujarnya, pendekatan budaya politik matang dan sejahtera ini memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidakstabilan sosial dan ekonomi.

Terdahulu Pas dan Ikatan sebelum ini, menjalinkan kerjasama yang dikenali sebagai Blok Ketiga.

Orang sekarang pandai lesap duit parti, kata Akhbar Satar

Posted: 13 Aug 2016 12:05 AM PDT

PETALING JAYA: Dana parti terdedah kepada penyelewengan kerana di negara ini kebanyakan derma politik dimasukkan ke akaun persendirian, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M).

Malah sistem pengurusan derma politik jika diperbaiki atau diubah tidak membantu sekiranya ia dikendalikan orang yang tidak berintegriti, tegas Datuk Akhbar Satar.

“Orang sekarang ini kreatif. Pandai tipu sana, bohong sini, dia ada cara dia,” kata Akhbar ketika dihubungi FMT. “Apa pun cara Umno dahulu atau import sistem dari Eropah kalau orang yang mengendali itu tak berintegriti tak berguna juga.”

Beliau mengulas nukilan Tun Musa Hitam dalam bukunya ‘Frankly Speaking’ yang menceritakan amalan urus derma politik pada zamannya. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu bersara daripada Umno pada 1987.

“Zaman itu, ketirisan dan salah guna dapat dielakkan,” tulis Musa. “Malangnya, prosedur sedemikian tidak lagi menjadi amalan biasa pada hari ini.”

Menurut Musa, bekas TPM Tun Dr Ismail Abdul Rahman ketika menguruskan wang parti menetapkan setiap sumbangan kepada Umno mesti diisytiharkan, direkodkan dan tidak boleh diterima secara peribadi.

“Tak ada orang di Malaysia yang nak bagi dana politik tak berharap sesuatu,” kata Akhbar mengulas syarat ketat yang dinyatakan Musa itu.

“Di luar negara apa yang parti politik buat adalah isytihar sumbangan secara dalam talian. Yang pertama, mereka lebih telus. Yang kedua, dana tak diseleweng. Itu yang terbaik,” tegasnya.

Menurut Akhbar, menangani penyelewengan derma untuk parti tidak semestinya perlu sistem pengurusan dana yang kompleks.

“Kita nak orang yang mengendali ada integriti. Selesai banyak masalah,” ujarnya.

PAS akan saman Sarawak Report di UK bulan depan

Posted: 12 Aug 2016 11:57 PM PDT

PAS akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan ini.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS akan memfailkan saman itu di England.

"Kita telah membuat keputusan akan membawa kes itu ke mahkamah di England kerana kita difahamkan media tersebut berpusat di sana.

"Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini.

"Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan ini," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Isnin lepas PAS membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report kerana didakwanya berniat jahat dan mencemar nama baik parti serta dasar Islam yang menjadi teras kepada parti itu.

OhDunia.My

Posted: 13 Aug 2016 08:46 AM PDT

OhDunia.My


KJ Sedih Rakan Terbaring Di Atas Jalan Di Belakang Lori Sampah...

Posted: 13 Aug 2016 06:51 AM PDT

Status menteri bukan penghalang Khairy Jamaluddin Abu Bakar merasai tugas pengutip sampah yang semakin dipinggir anak muda tempatan. Menteri belia dan sukan semalam lengkap mengenakan rompi kalis cahaya dan pakaian ala pekerja pembersihan Alam Flora untuk menjayakan sebuah filem pendek selama lima minit.


KJ Sedih Rakan Terbaring Di Atas Jalan Di Belakang Lori Sampah...

Baca selengkapnya

Kali Ke-3 Ditahan Di 'Airport' AS, Shah Rukh Khan Mengamuk Di IG

Posted: 13 Aug 2016 06:39 AM PDT

WASHINGTON DC – Aktor popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan menyuarakan rasa tidak puas hati menerusi laman Twitter pada 12 Ogos setelah ditahan pihak imigresen lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) buat kali ketiga.


Kali Ke-3 Ditahan Di 'Airport' AS, Shah Rukh Khan Mengamuk Di IG

Baca selengkapnya

Video: Budak Diterkam Singa Ketika Siaran TV Kerana Menangis

Posted: 13 Aug 2016 05:47 AM PDT

Seorang kanak-kanak diterkam oleh seekor singa semasa siaran langsung dalam sebuah rancangan televisyen di sini.  Memetik The Sun, haiwan itu menarik dan mengigit kaki kanak-kanak kecil itu dihadapan ibunya selepas mereka duduk berdekatan dengan haiwan itu semasa siaran langsung program televisyen Con Sello de Mujer.


Video: Budak Diterkam Singa Ketika Siaran TV Kerana Menangis

Baca selengkapnya

Gadis 14 Tahun Kantoi 'Bersetubuh' 8 Kali Sehari Dengan 10 Rakan

Posted: 13 Aug 2016 05:31 AM PDT

Seorang remaja 14 tahun mengakui melakukan seks hingga lapan kali sehari bersama 10 rakan sebaya, termasuk di rumahnya.


Gadis 14 Tahun Kantoi 'Bersetubuh' 8 Kali Sehari Dengan 10 Rakan

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 13 Aug 2016 01:52 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Dropship Bisnes Tanpa Modai Tapi Untung Lumayan

Posted: 13 Aug 2016 12:22 AM PDT


Dropship barangkali istilah yang janggai dan jarang di dengaq oleh sesetengah oghang Namun bagi depa yang hari hari bergelumang dalam dunia bisnes istilah ni konfem dah tak asin lagi ditelinga ...

Aznil Nawawi Elak Riak Promosi Produk Sendiri

Posted: 12 Aug 2016 11:02 PM PDT


Disaat ghamai artis diluaq sana berlumba mempromosikan produk kosmetik depa dengan pelbagai cara Datuk Aznil Nawawi pulak lebih selesa ambik pendekatan berserderhana memasaqkan produk beliau Anel...

Kj Cuba Try Test Jadi Mat Bangla Sapu Sampah Dikenali Dengan Nama Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury

Posted: 12 Aug 2016 09:34 PM PDT


menteghi Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin KJ bakai jengoi dalam satu babak filem pendek berdurasi 5 minit dengan melakonkan watak soghang mat bangla yang dikenali dengan nama Ahmad Khairy Ja...

Abang Cheq Cuma Nak Jadi Satu Satunya Pompuan Yang Awak Ingat

Posted: 12 Aug 2016 09:32 PM PDT


barangkali hampa dah penah membaca ceghita ni tapi kami akan kongsikan ia jugak pasai ni penah terjadi dan akan teruih terjadi Sekadaq peringatan semuga hampa tak jadi dirinya Ikuti kisahnya ...

Penyakit Misteri Liang Roma Badan Ditumbuhi Kuku

Posted: 12 Aug 2016 06:22 PM PDT


soghang bekaih pelajaq perundangan dari Universiti of Memphis Amerika Syarikat Shayna Isom telah didapati menghidap sejenih penyakit pelik apabila mengalami pertumbuhan kuku yang berlebihan Ia d...

Lawak Teknik Penutupan Teloq Menggunakan Telop

Posted: 12 Aug 2016 05:34 PM PDT


Sebelum baca artikel dan tengok gambaq kat bawah ni nak tanya sket la hampa semua tau tak TELOP tu pebenda maksudnya TELOP tu adalah singkatan bagi TELevision OPticai Slide Projectoq atau den...

Staq Wars Rogue One Akan Ditayangkan Hujung Tahun 2016

Posted: 12 Aug 2016 05:32 PM PDT


Siri wayang Staq Wars terpalin baghu akan dok ada di panggung wayang seluruh dunia pada 16 Disember 2016 Siri terpalin baghu ni diberi tajuk Rogue One Staq Wars Story adalah murapakan siri ...

5 Perbezaan Instagram Stories Dan Snapchat Stories

Posted: 12 Aug 2016 12:22 PM PDT


Hanya sehari selepaih dilancaqkan awai bulan ni ciri terbaharu Instagram yang dipanggey Instagram Stories dah pun menerima pelbagai reaksi pengguna Palin menjadi tumpuan tentu sekali pasai persam...

Warga Singapura Bermain Pokemon Go Terjumpa Mayat Terapung Di Sungai

Posted: 12 Aug 2016 09:32 AM PDT


Sejak pengenalan permainan video Pokemon Go di negara Asia ghamai oghang Malaysia dan Singapura tergila gila berjalan sana sini untuk mendapatkan Pokemon depa Walau bagaimanapun apa yang dijump...

Sony Malaysia Memperkenaikan Peranti Audio Extra Bass Yang Terkini

Posted: 12 Aug 2016 06:42 AM PDT


Sony merupakan satu jenama yang tak asin dikalangan pengguna tempatan dan menawaqkan produk elektronik yang pelbagai Salah satu penawaran dari depa adalah peranti audio macam fon kepala dan juga...

Misteri Personaliti Mollie Fancher Yang Membingungkan

Posted: 12 Aug 2016 06:22 AM PDT


Mollie atau nama sebenaqnya Mary J Fancher lahiaq di Massachuesetts Amerika Syarikat pada 16 Ogos 1848 sebelum berpindah dan membesaq di Brooklyn New York Pada bulan Mei 1864 berlaku kemalanga...

Hidung Sumbat Berdarah 2 Petanda Kanser Yang Tak Dijangka

Posted: 12 Aug 2016 05:36 AM PDT


Bukan niat untuk menakutkan namun itulah kenyataan Hidung selului tersumbat dan serin berdarah adalah satu daripada petanda bagi penyakit kanser nasofarinks atau kanser pangkai hidung Kanser ya...

Mengamalkan Perhambaan Moden Malaysia Dok Ada Dalam Senarai Ke 29

Posted: 12 Aug 2016 05:34 AM PDT


Malaysia diletakkan di kedudukan 29 daripada 167 negara dalam senarai globai perhambaan moden menurut badan Walk chemeyy Foundation yang berusaha membanteraih semua bentuk perhambaan Indeks kajia...

13 Tanda Tanda Saka Dok Ada Di Dalam Tubuh Badan Manusia

Posted: 12 Aug 2016 05:32 AM PDT


hampa semua penah ghasa tak macam tak sedap badan susah nak tidoq selului lesu mahupun selului hilang tumpu dan berasa diri terlalu lemah keyakinan Ada yang kata ni masalah otak dan jasad tapi...

Shaheizy Sam Cemaih Terperangkap 7 Jam Dalam Kapai Terbang

Posted: 12 Aug 2016 05:02 AM PDT


baghu baghu ghamai dok beceghita Shaheizy Sam telah terbang ke Switzerland bagi menghadiri Festivai Filem Locarno ke 69 yang turut menyaksikan filem lakonannya Interchange ditayangkan Di sebalik...

10 Fungsi Huawei P9 Pluih Yang Mampu Menyaingi Iphone Hampa

Posted: 12 Aug 2016 03:42 AM PDT


Huawei pada tahun ni telah mencurik perhatian ghamai dengan melancaqkan Huawei P9 dan P9 Pluih bersama kamera berkembaq yang disahkan oleh Leica Ia bukan saja membawakan keupayaan kamera yang bai...

Ubat Hospitai Yang Jadi Punca Meninggai Dunia Pucuk Dan Lemah Tenaga Batin

Posted: 12 Aug 2016 03:22 AM PDT


Terdapat pelbagai jenih ubat moden dan dadah yang mempengaruhi daya berahi dan seksuai and dan berikut adalah senarai ubat yang boleh jadi punca meninggai dunia pucuk dan lemah tenaga batin Gambaq...

myartis.com

Posted: 13 Aug 2016 01:50 AM PDT

myartis.com


KERETA VELLFIRE - PENGASAS AURAWHITE TERIMA NASIB SAMA SEPERTI CHE TA

Posted: 12 Aug 2016 07:58 PM PDT



Kereta pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta sehingga kini masih belum ditemui sejak ia hilang dicuri oleh dua suspek di kediamannya sebuah kondominium di Subang Jaya, 9 Ogos lalu. Terkini pengasas AuraWhite, Furyna Azmer juga mengalami nasib sama petang semalam apabila keretanya jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu hilang dicuri.

Furyna menerusi laman sosial Facebook dan Intagramnya, telah meminta jasa baik orang ramai membantu mencari keretanya bernombor plat SS 234 itu dengan cara memviralkan beberapa keping foto kenderaan miliknya itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

FOTO & VIDEO: REZEKI LARA ALANA - PUNYAI PROGRAM REALITI SENDIRI, 'LARA OH LARA'

Posted: 12 Aug 2016 07:20 PM PDT



Wah... kecil-kecil lagi anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana sudah mempunyai program realiti TV beliau sendiri. Lara nampaknya mengalahkan populariti anak selebriti lain.

Nampaknya, tidak mustahil satu hari nanti beliau juga akan aktif dalam bidang seni seperti ibu bapanya. Lepas ini peminat Lara boleh lah melihat bagaimana kehidupan seharian beliau.

Program berkenaan yang bertajuk 'Lara Oh Lara' bakal menemui penonton mulai 17 Ogos ini jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Cayalah Lara!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GELARAN DATUK - IFA RAZIAH TAK MAHU IA DIPERTIKAIKAN

Posted: 12 Aug 2016 05:13 PM PDT



"Ya... saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.

"Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja," demikian kata penyanyi dangdut Ifa Raziah, 41, yang enggan berkongsi maklumat terperinci mengenai darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk diterimanya selepas ia dipersoalkan dan diperkatakan dalam forum hiburan di internet.

Ini kerana kata Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, darjah Ahli Setia Diraja yang diterimanya itu adalah daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KENA TETAK: BAPA EMMA MAEMBONG STABIL, DIBENAR PULANG

Posted: 12 Aug 2016 04:27 PM PDT



Pada Khamis lalu, bapa pelakon Emma Maembong, Ismail Embong, 68, menjadi mangsa samun hingga mengalami kecederaan serius di kepala, jari dan siku akibat ditetak oleh penyamun dalam kejadian tidak disangka di rumahnya di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ismail ketika itu berseorangan di rumahnya dan didatangi seorang lelaki bersenjatakan parang yang terus menetaknya. Meskipun kehilangan komputer riba, dompet dan telefon bimbit... namun syukur nyawanya selamat walaupun telah ditetak berkali-kali.

"Keadaan bapa saya berada dalam keadaan stabil dan beransur baik," ujar Kakak Emma, Shikin Maembong ketika dihubungi media.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BERIMEJ BARU - RAJA EMA SELESA DENGAN STATUS BERTUDUNG, BUKAN BERHIJAB

Posted: 12 Aug 2016 03:36 PM PDT



Alhamdulillah... Seorang lagi selebriti wanita Malaysia kini telah pun mengambil keputusan untuk bertudung. Pelakon dan penyanyi, Raja Ema, 47, telah tampil dengan imej baharu iaitu mengenakan tudung ketika hadir menjayakan Majlis Kemuncak Lawak Vaganza (Hot FM) dan Super Karoks (Kool FM).

Bagaimanapun kata Ema, dia yang tampil dengan imej menutup aurat tidak selesa dikatakan telah berhijab, sebaliknya lebih senang dengan status bertudung.

Dalam masa sama, Ema berkata yang beliau kini dalam proses membiasakan diri dengan penampilan baharu berkenaan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 12 Aug 2016 08:27 PM PDT

ROTIKAYA


Shaheizy Sam Cemas, Terperangkap 7 Jam Dalam Pesawat

Posted: 12 Aug 2016 02:59 AM PDT

Baru-baru dikhabarkan Shaheizy Sam telah terbang ke Switzerland bagi menghadiri Festival Filem Locarno ke-69 yang turut menyaksikan filem lakonannya, Interchange ditayangkan. Di sebalik kegembiraan itu, Sam dikatakan berdepan situasi menakutkan apabila terperangkap didalam pesawat selama tujuh jam akibat insiden sebuah kapal terbang lain terbakar.

BACA: Shaheizy Sam, Isteri Tak Bertanggungjawab Isu Baju Raya Tak Siap

Peristiwa ngeri terbabit telah dikongsi oleh pengarah filem Interchange yang turut bersama Sam, Dain Said menerusi status di akaun Facebook. Berikutan kejadian itu, pesawat yang dinaiki oleh mereka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai disamping kehilangan bagasi ketika tiba di Lapangan Terbang Locarno.

“Sam terpaksa menunggu bagasinya untuk beberapa hari dan terpaksa membeli pakaian baharu sementara mendapatkan begnya semula. Cabaran buat Sam, dia mendapatkan semula bagasi berkenaan kira-kira dua jam sebelum majlis berprestij itu bermula,” katanya kepada Berita Harian Online menceritakan detik cemas yang dialami ketika dalam perjalanan ke Switzerland.

Terdahulu, filem itu mendapat pengiktirafan Festival Filem Locarno apabila dipilih untuk tayangan khas. Interchange dijadualkan berada di pawagam pada awal tahun 2017. Filem seram supernatural ini menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia termasuk Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Iedil Putra, Nadiya Nissa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah. (rkty/w)

1- Shaheizy Sam Cemas, Terperangkap 7 Jam Dalam Pesawat - jpeg 2- Shaheizy Sam Cemas, Terperangkap 7 Jam Dalam Pesawat - jpeg 3- Shaheizy Sam Cemas, Terperangkap 7 Jam Dalam Pesawat - jpeg 4- Shaheizy Sam Cemas, Terperangkap 7 Jam Dalam Pesawat - jpeg 5- Shaheizy Sam Cemas, Terperangkap 7 Jam Dalam Pesawat - jpeg 6- Shaheizy Sam Cemas, Terperangkap 7 Jam Dalam Pesawat - jpeg

No comments:

Post a Comment