Sunday, 7 August 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 07 Aug 2016 12:24 PM PDT

MySensasi


Pokemon Go Dilarang Untuk Orang Islam

Posted: 07 Aug 2016 07:18 AM PDT

Pokemon Go Dilarang Untuk Orang Islam. Sebelum sampai ke Malaysia, permainan ini telah menjadi satu fenomena di negara lain. Namun telah pun boleh dimain secara rasmi pada 6 ogos 2016 di Malaysia. Sudah pasti bila sesuatu yang baru dan panas akan menjadi perhatian pemain game di Malaysia apa lagi telah sekian lama menanti kemunculannya. Memetik satu ...

KedahLanie.info

Posted: 07 Aug 2016 10:12 AM PDT

KedahLanie.info


Kalau nak haramkan POKEMON GO pakai hujah nie rasanya bagus dan bernas..!!

Posted: 07 Aug 2016 07:11 AM PDT

Info ini disalin dan tampal dari sebuah Telegram berkumpulan bertajuk "why u shouldn't play Pokémon Go".

Diaorang cakap haram diaorang ada bagi reason. Bacalah dulu. Dulu orang pun paranoid jugak waktu first FB Messenger keluar sebab FB Messenger mintak permission macam-macam yang boleh jadi potential spying apps.

Pokemon Go ni memang guna GPS dan submit data-data koordinat pada server. Jadi ada potensi data-data ni boleh diguna untuk "menjajah" negara tanpa kita sedar. Macam kereta Google Maps yang lalu depan rumah kamu tu, dia rekod gambar dan koordinat hampir seluruh Malaysia. Cuma beberapa lokasi seperti military base tak dibenarkan masuk.

Tapi kalau ada orang main pokemon dalam military base? Kereta Google Maps pun tak masuk dalam rumah kamu, tapi kalau kamu main Pokemon Go dalam rumah? Dalam bilik? Data tu dah berpotensi untuk dibuat maps yang lebih detail, dengan koordinat GPS dan gambar sebab kamu dah bagi permission untuk app ni guna kamera kamu dan hantar pada server di luar negara.

Kamu rasa pelik macamana Facebook boleh kenal rupa kamu dalam gambar walhal kamu tak tag pun kan? Sebab teknologi begitu dah ada! Facebook dah ada data wajah kamu. Kali ini kamu dengan rela hati tangkap gambar bilik tidur kamu berserta koordinat.

Banyangkan 1 juta orang participate untuk main Pokemon Go. Lama kelamaan data Pokemon Go akan jadi lebih lengkap untuk memetakan seluruh negara Malaysia, luar dan dalam rumah.

Bayangkan: Gambar dalam rumah kamu, geotagged, simpan di server luar negara. Rasa tak selamat? Kamu sendiri yang bagi kebenaran waktu nak Install.

Nota:

Info di atas tidak diperbetulkan dari segi tatabahasa bagi mengekalkan keaslian maklumat.

NAK NANGIS ATAU KETAWA? KENAPA TAK CADANG PUTUS HUBUNGAN DENGAN AS?

Posted: 07 Aug 2016 06:28 AM PDT

Makin parah nampaknya tahap percubaan pemimpin UMNO mahu mengautakan orang-orang Melayu sekarang ini.

Malas nak ulas panjang-panjang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini,  nak bagi peluang penjenguk blog ini mengulasnya pula.

Kadang-kadang tak tahu sama ada mahu menangis atau ketawa bila pemimpin bercakap seperti ini. Malu kat rakyat beb!!

Cuma nak bagi satu contoh, jika mahkamah negeri Melaka mengambil tindakan merampas harta pencuri yang berasal daripada Kedah atau Perak, apakah ia bermakna Melaka mahu campurtangan dan menjatuhkan kerajaan negeri tersebut?

Tetapi, jika benar Idris Haron ada fakta kukuh bahawa Amerika ada perancangan mahu menjatuhkan Najib dan membunuh orang Melayu sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Iraq, ada baiknya beliau mencadangkan kepada kerajaan agar memutuskan hubungan diplomatik dengan kuasa besar itu.

Jangan gebang besar depan perwakilan UMNO saja? (SH 07/08/2016).

Jangan jadi negara lindungan China

Posted: 06 Aug 2016 10:00 PM PDT

A Kadir Jasin

DALAM blog saya (The Scribe A Kadir Jasin), saya telah beberapa kali mengulas mengenai jangkitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap ekonomi negara.

Saya ibaratkan skandal 1MDB sebagai wabak yang boleh merebak menjadi jangkitan besar-besaran. Dalam bahasa yang lebih mudah, saya mengibaratkannya sebagai Sang Kelembai. Apa yang disentuhnya menjadi batu.

Yang terakhir disedut ke dalam lohong hitam (black hole) cakerawala korporat ini adalah China Communications Construction Company (CCCC) milik Kerajaan China.

Seperti saya sebutkan dalam kolum minggu lalu, CCCC adalah antara pemain baharu dalam sektor pembinaan dan infrastruktur negara kita.

Berapa saluran berita asing telah mengaitkan syarikat pembinaan raksasa kerajaan China ini dengan konspirasi rasuah yang sekali lagi melibatkan 1MDB.

Ia didakwa terbabit mengembungkan (inflate) kos pembinaan Projek Kereta Api Pantai Timur (ECRP) daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion bagi membantu 1MDB mengatasi hutang berjumlah RM50 bilion.

Dalam tulisan minggu lalu juga, saya menimbulkan tanda tanya mengenai bagaimana syarikat-syarikat milik negara dari China memperoleh banyak projek raksasa dan strategik di Malaysia dalam jangka masa yang sangat singkat.

Akhbar nasional Australia, The Australian memetik jurucakap CCCC sebagai berkata ia tidak mengembungkan nilai kontrak kereta api dengan 1MDB bagi menutup hutang 1MDB.

Apa yang boleh difahami daripada laporan The Australian itu ialah CCCC telah secara diam-diam memperoleh kontrak 1MDB bagi membina landasan baharu dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan melalui Mentakab, Kuantan dan Kuala Terengganu.

Dakwaan bahawa CCCC terlibat dalam konspirasi rasuah menjadi berwibawa kerana ia telah diharamkan oleh Bank Dunia daripada mengambil bahagian dalam projek yang dibiayainya.

Pada 29 Julai 2011, Bank Dunia mengumumkan sekatan ke atas CCCC dan anak-anak syarikatnya kerana melakukan penipuan dalam kontrak Fasa 1, Projek Penambahbaikan dan Pengurusan Jalan Raya Kebangsaan Filipina.

Di bawah sekatan yang diundurkan tarikh kepada 12 Januari 2009 itu, CCCC tidak layak mengambil bahagian dalam sebarang projek jalan raya dan jambatan yang dibiayai oleh Bank Dunia hingga 12 Januari, 2017.

Kes rasuah di luar negara yang melibatkan syarikat-syarikat negara China, khususnya CCCC, sudah diketahui ramai. Misalnya pada tahun 2014, dua pegawai kanan Lembaga Pelabuhan Tanzania dihadapkan ke mahkamah kerana mengembungkan projek AS$523 juta (kira-kira RM2.1 bilion) yang kemudiannya diberikan kepada CCCC.

Diplomat dan eksekutif asing di Malaysia mula menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai pengaruh luar biasa syarikat China di negara kita.

Mereka berkata, walaupun mengalu-alukan persaingan tetapi mereka mendakwa tidak dapat bersaing jika syarikat dari China mendapat layanan istimewa atau menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan oleh piawaian antarabangsa.

Malangnya, semakin banyak negara dan kerajaan di dunia yang pelahap modal serta pelaburan China sehingga sanggup membelakangkan fakta dan berita negatif mengenai tindak-tanduk pelabur China.

Sudah wujud petanda bahawa kebangkitan China sebagai kuasa baharu ekonomi dan dasar ketenteraannya telah mula memberi kesan ke atas negara-negara kecil di Asia Timur dan Australasia.

Selain pengaruh ekonomi, China juga mula menampakkan taring di segi politik dan ketenteraan dengan memperluaskan tuntutan ke atas Laut China Selatan dengan membina pangkalan tentera berhampiran Asia Tenggara.

Kesan dasar hegemoni baharu China ini telah melemahkan kerjasama serantau, khususnya Asean, dan menjadikan sesetengah negara di rantau seakan-akan negeri lindungan (vassal state) China.

Kesimpulannya, walaupun kerjasama ekonomi dengan negara China adalah baik dan perlu tetapi kita wajib berhati-hati agar tidak hilang kedaulatan dan, tanpa kita sedari, menjadi negara naungannya. Wallahuaklam.

* Datuk A Kadir Jasin,
Tokoh Wartawan Negara

Datuk Paduka Husam Musa Dengan Idea " Politik Baru Di Malaysia "

Posted: 06 Aug 2016 09:00 PM PDT

Oleh Hayar Hassan


Nama Datuk Paduka Husam Musa @ DPHM tentunya sudah tidak asing bagi orang awam Malaysia yang penuh minat mengikuti perkembangan politik Tanah Air khususnya rakyat bumi Kelantan Darul Naim. ADUN Salor ini yang telah menang atas tiket PAS semenjak PRU ke 12 telah diberikan kepercayaan oleh Almarhum TGNA menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa @ Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan mulai 8.3.2008 sehinggalah TGNA meninggal dunia. Sebelum itu, TGNA yang menjawat jawatan MB telah melantik DPHM menjadi Setiausaha Akhbar MB.

DPHM akhir-akhir ini kembali menarik perhatian ramai apabila membuat suatu kenyataan terbuka , agak provokasi dan pedas terhadap survival Kerajaan PAS Kelantan pada Majlis Dailog Dengan Rakyat di Kota Bharu lewat 1Julai 2016 lalu. DPHM meramalkan bahawa PAS akan gagal untuk membentuk Kerajaan Negeri Kelantan selepas PRU ke 14 nanti ! Tiada respon segera dari pimpinan PAS Pusat ke atas kenyataan DPHM ini. Adakah mereka terkejut dan cemas ke atas kenyataan DPHM ini ? Walau apa pun kenyataan DPHM itu hampir ada kebenarannya. Pada waktu ini PAS Kelantan sepertinya tiada mempunyai tokoh yang berkarisma untuk menerajui Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Dahulu ketokohan dan karisma Almarhum TGNA lah yang memenangkan PAS dalam setiap PRU ! Ini adalah fakta yang sukar disanggah oleh semua orang.

Setelah dua minggu berlalu, iaitu pada 13 Julai 2016, selepas DPHM membuat kenyataan yang agak kontroversi itu, barulah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man @ DTITM, selaku Timbalan Presiden Pas membuat kenyataan terbuka, mengajak parti-parti pembangkang membuat "Genjatan Senjata " sesama parti-parti pembangkang. DTITM mengajak semua parti pembangkang menghentikan serangan sesama sendiri. Tugas utama parti-parti pembangkang adalah untuk menjatuhkan UMNO/BN. Anjuran DTITM ini telah disambut secara positif oleh semua pimpinan PH. Kita semua berharap ini adalah suatu titik permulaan yang baik untuk kesepakatan parti-parti pembangkang dalam menghadapi PRU ke 14 nanti. Sayangnya saranan DTITM ini tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh lain-lain pimpinan PAS Pusat

Kembali menyorot sosok yang bergelar DPHM ini, di peringkat Parlimen , DPHM telah terpilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal mulai 1994 hingga 2004. Ringkasnya sosok tubuh yang bergelar DPHM ini bukanlah sebarangan aktivis dalam PAS. DPHM mempunyai pengalaman yang luas dan komitmen yang tinggi terhadap PAS dan Kerajaan Kelantan Darul Naim semasa TGNA menjadi MB. Beliau dikatakan sebagai "Blue Eyed Boy "@ anak emas TGNA. Beliau suatu masa dahulu dikatakan mempunyai masa depan politik yang amat cerah khususnya untuk warga Kelantan Darul Naim. Akhbar portal popular Malaysiakini.com telah memertabatkan beliau sebagai "Newsmaker of The Year 2003".

DPHM adalah penasihat utama kepada Almarhum TGNA khususnya dalam bidang ekonomi, kewangan, politik dan pembangunan Kelantan. Berbekalkan peribadi yang tidak tercalar, dihormati, disegani oleh semua pihak, tepat dalam mengambil keputusan politiknya, Almarhum TGNA berjaya mengemudi pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan Darul Naim selama 23 tahun. Suatu pencapaian yang luar biasa, memandangkan UMNO/BN sentiasa memasang perangkap dan tipu muslihat untuk mencemarkan intergriti serta kepimpinan TGNA dan seterusnya menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan Darul Naim. Namun impian buruk ini tidak kesampaian sewaktu TGNA masih hidup. Sama-sama lah kita tunggu dan lihat jika ianya akan berjaya setelah ketiadaan Almarhum TGNA sebagai Menteri Besar dan ketiadaan DPHM dalam barisan kepimpinan Exco Kerajaan PAS Darul Naim

Berbekalkan sekeping ijazah ekonomi daripada Universiti Malaya ( BEc 1980 - 1983 ) , DPHM mula mendekati PAS dengan tekad untuk memberikan sumbangannya kepada kelangsungan politik PAS Kelantan dalam bidang ekonomi dan kewangan. Umum berpendapat bahawa pada waktu itu PAS amat ketandusan orang-orang yang berkelulusan ekonomi dan kewangan. Kebanyakan daripada lulusan-lulusan bidang ini memilih untuk aktif dalam UMNO kerana peluang dan labanya amat besar sekali jika dibandingkan daripada apa yang boleh ditawarkan oleh PAS. Setelah saya amati DPHM adalah antara beberapa orang politikus-politikus pembangkang yang mampu memberikan analisa dan saranan yang bernas berkaitan dengan ekonomi dan kewangan negara. Keupayaan beliau adalah setara dengan YB Rafizi Ramli daripada PKR dan YB Tony Phua daripada DAP. Komen-komen mereka adalah ditunggu-tunggu oleh semua orang. Amat rugi lah bagi PAS yang telah memecatnya. Pada waktu ini orang ramai masih menunggu-nunggu jika ada pemimpin-pemimpin PAS yang mampu berbicara tentang ekonomi, kewangan dan pelaboran yang merupakan nadi kelangsungan ekonomi sesabuah negara.

Kekurangan DPHM pada mata sesetengah pimpinan PAS dan segelintir ahli-ahli PAS adalah kerana DPHM tidak mempunyai ijazah Pengajian Islam atau Syariah yang boleh melayakkannya bergelar Al Fadhil Ustaz. Gelaran Ustaz , Tuan Guru dan fasih berbahasa Arab sepertinya menjadi syarat utama untuk seorang pemimpin PAS menghayati Kepimpinan Ulamak ! Apakah pendapat ini betul ? Adakah ada sebarang dalil yang qat'ei untuk menyokong pandangan ini. Setahu saya konsep Kepimpinan Ulamak ini bermunculan dalam PAS setelah wujudnya Negara Republik Rakyat Islam Iran yang dipimpin oleh Imam Khomenie. Sekitar tahun 80'an, orang Islam seluruh dunia begitu teruja dengan kejayaan Revolusi Islam Iran. Namun apabila berlakunya perang saudara di Syria, Iraq dan Yemen, baru lah terserlah akan kesesatan dan kezaliman orang-orang Syiah terhadap masyarakat Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sekarang ini rata-rata orang Islam di negara ini atau di Nusantara yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah amat mencurigai akan kegiatan-kegiatan orang Syiah. Sepertinya konsep Kepimpinan Ulamak sudah tidak relevan lagi. Apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia sudah cukup untuk kita renungi.

Semenjak tersingkirnya Kumpulan Erdogan daripada kepimpinan utama PAS Pusat, masa depan DPHM dalam PAS semakin malap. Komen dan pandangan DPHM terhadap Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim tidak disenangi pimpinan PAS khususnya PAS Kelantan. Keberaadaan DPHM dalam PAS amat dicurigai dan seluruh gerakgerinya dipantau. Akhirnya pada 23 April 2016 DPHM dipecat sebagai ahli PAS atas tindakan melanggar tatatertib.

Sosok yang bergelar DPHM ini yang dikatakan lebih gemar bergerak secara solo dalam maneuver politiknya seringkali membuat kenyataan-kenyataan yang mengkajetkan banyak orang. Terbaru, DPHM telah melontarkan idea " New politik " @ Politik Baru Malaysia. Mantan MB Selangor yang juga mantan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib bersetuju dengan konsep baru DPHM ini.

Menurut DPHM, sasaran utama Politik Baru Malaysia adalah pengundi-pengundi baru dan generasi baru yang lebih mudah untuk didekati . Pengundi-pengundi lama terutamanya orang-orang Melayu sukar untuk berubah kerana mereka telah dimomokkan dengan slogan " Masa Depan Orang Melayu Dan Islam akan hancur seandainya UMNO/BN tewas dalam PRU, Ketuanan Melayu Hanya Boleh Diperjuangkan Oleh UMNO/BN ". 

Oleh yang demikian Gagasan Politik Baru Malaysia ini yang dicetuskan oleh DPHM wajar dipertimbangkan oleh pimpinan Pakatan Harapan @ PH. Kalau perubahan politik boleh berubah di negara-negara lain seperti Indonesia, Myanmar, India, Turki, Tunisia dan lain lagi, apa kah halangannya untuk ianya juga berlaku di Malaysia. Semua warga yang inginkan perubahan terhadap iklim politik di negara yang tercinta ini wajarlah berperanan ke arahnya. Semoga DPHM segera membuat keputusan memilih untuk menganggotai parti-parti dalam PH kerana sumbangannya amat diperlukan terutamnya di Kelantan Darul Naim. Wajar sekali DPHM mengetuai PAN Kelantan Darul Naim.

Sekian, terima kasih.

Hayar Hassan

Tidak perlu gusar dengan cercaan bahawa Amanah khadam DAP.

Posted: 06 Aug 2016 08:00 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar


Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengingatkan anggota partinya tidak perlu gusar dengan tuduhan dan cercaan bahawa Amanah adalah khadam kepada DAP. Katanya gelaran demikian bukan baharu, bahkan berlaku sejak lama dulu, masa Fadzil Noor dan Nik Aziz masih ada dan memimpin Pas lagi.

Tuduhan itu bukan sahaja dilemparkan kepada Amanah, tetapi Dr Mahathir yang kini galak berusaha menjatuhkan Najib Razak juga dituduh sebagai barua dan khadam kepada DAP.

Apa yang hendak saya ulas sebagai renungan di sini, apabila semua hal-hal buruk dicampakkan kepada DAP, dan DAP dijadikan modal untuk mengukuhkan kedudukan Najib oleh orang yang sokong Najib, maka jelas dan nyata kehebatan parti bernama DAP itu.

Serangan bertalu-talu kepada DAP menunjukkan parti itu hebat dan berpotensi. Dalam dunia politik cacian berlebihan itu memberi publisiti mengahkan sesebuah parti berkenaan.

Apabila DAP diperlakukan demikian, maka parti itu merupakan sebuah parti yang hebat.

Tengok parti-parti lain, seperti PKR, Parti Cinta Malaysia dan sebagainya tidak dicaci dan diburukkan seperti DAP kerana parti itu tidak punya potensi dan kehebatan seperti DAP.

Di sinilah kesilapan orang yang mencerca DAP untuk memburukkan orang lain, mereka telah salah dalam membaca sifar atau kali2 dalam politik. Trims.

'Hanya orang bodoh tak tahu siapa MO1, tapi Najib tak terlibat' - Datuk Abdul Rahman Dahlan

Posted: 06 Aug 2016 07:00 PM PDT

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata adlah bukan rahsia mengenai siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai identiti MO1 kerana sesetengah pihak mendakwa MO1, yang disebut 36 kali dalam dokumen mahkamah DOJ, sebenarnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya pada sidang akhbar, sambil menambah mereka yang sudah biasa dengan isu itu dan membaca dokumen mahkamah akan tahu siapa yang MO1.

"Soalan yang paling penting ialah mengapa mereka meletakkan Malaysian Official 1 (dalam kertas mahkamah dan bukannya terus menamakannya)?

"Malaysiakini tak tanya, mereka hanya tanya siapa MO1. Mengapa mereka (DOJ) tidak menamakan dia tetapi nama MO1 ...?

"Sebab mengapa orang itu tidak dinamakan sebagai Najib adalah kerana beliau tidak terlibat atau sebahagian daripada siasatan," katanya.

DOJ hanya menggunakan ini bagi merujuk mengenai seseorang kerana menamakan beliau tidak akan berlaku adil kepadanya, katanya.

"Ini sebenarnya satu petunjuk bahawa Najib bukan di kalangan orang-orang yang disiasat," katanya.

"Mereka menggunakan nama samaran kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan dan ini adalah satu perkara yang baik," katanya.

Rahman, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata demikian selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Umno bahagian Kepong malam tadi.

Pakatan Rakyat Dan Pakatan Harapan ,Persamaan Dan Perbedaan

Posted: 06 Aug 2016 06:00 PM PDT

Oleh Hayar Hassan


Mengikut sejarahnya Pakatan Rakyat@PR telah direalisasikan pada tahun 2008 oleh beberapa tokoh pemimpin PAS,PKR dan DAP pada 1 April 2008 . PR kemudiannya menyertai PRU ke 12 dan ke 13. Prestasi terbaik PR adalah dalam PRU ke 13. PR mempunyai 89 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi parlimen.. PR juga mempunyai 239 kerusi DUN daripada 576 keseluruhan kerusi DUN. Di samping itu, PR mampu menghantar 8 ahli-ahlinya ke Dewan Negara. PR juga meraih undi popular 51.0 % daripada keseluruhan undi. Ini bermakna PR lebih popular daripada BN. PR juga masih mampu menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Itu lah kenangan yang amat manis buat pemimpin dan penyokong-penyokong PR !

Namun begitulah putaran kejadian alam ini, sesuatu yang bermula pasti akan menemui penghujungnya. PR telah berkubur pada 16 Jun 2015. PR hanya dapat bertahan selama sekitar lebih kurang 7 tahun. Banyak faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan PR tidak dapat bertahan lama seperti BN. Kebanyakan daripada kita sudah maklum akan faktor-faktor tersebut.

Namun demikian, pimpinan PKR, DAP dan golongan Anwarinas dalam PAS tidak berlarut-larut dalam kesedihan apabila PR berkubur. Barang yang lepas tak perlu dikenang, biarkannya berada dalam lipatan sejarah sahaja. Kita hanya perlu mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi. Pastinya semua kejadian itu ada hikmahnya.

Setelah 3 bulan masa berlalu, Pakatan Harapan@PH berjaya ditubuhkan pada 22 September 2015. Keanggotaannya tetap daripada parti-parti pembangkang utama, cuma PAS tetap memilih untuk bersendiri membentuk apa yang dikatakan Blok ketiga. Tempat PAS telah diambil oleh Parti Amanah Negara@Amanah. Walau pun PAS telah dijemput bersama, namun undangan itu tetap dipandang sepi oleh pimpinan PAS terkini. Biarkan lah PAS dengan sikapnya yang suka bersendirian dan Kepimpinan Ulamaknya. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Semua orang boleh memilih caranya sendiri dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Hanya selepas 7 bulan penubuhan PH, ujian kesepakatan dan kerjasama PH diuji dengan PRN Sarawak. Ternyata BN mengambil manafaat daripada terkuburnya PR apabila membubarkan DUN Sarawak. Dalam kedaan yang singkat dan perbedaan kesefahaman yang belum kuat lagi antara pimpinan PH Semenanjung Malaysia dan pimpinan parti-parti pembangkang Sarawak, PRN Sarawak tetap diadakan. Ternyata, PRN Sarawak tidak memperlihatkan kesepakatan yang mantap antara PH dan parti-parti pembangkang Sarawak. Banyak berlaku pertandingan pelbagai penjuru antara parti-parti politik pembangkang Sarawak. Lebih malang lagi ada juga terjadi pertembungan antara parti-parti dalam PH itu sendiri. Hujung-hujungnya BN menang penuh bergaya dalam PRN Sarawak dan tetap mempunyai majoriti 2/3.

Tidak lama selepas PRN Sarawak, berlaku lagi 2 PRK di Semenanjung Malaysia yang juga dimenangi oleh BN. Ternyata BN akan terus memenangi setiap PRK atau PRN kalau parti-parti pembangkang tidak bersatu. Pertandingan 3 penjuru akan menyebabkan BN menang mudah. Itulah sifirnya. Dalam hal ini BN akan sentiasa berusaha keras untuk terus memperalatkan mana-mana parti pembangkang yang kurang cerdik agar pertandingan 3 penjuru tetap terjadi untuk kawasan Parlimen atau DUN yang dimenangi oleh parti pembangkang dengan majoriti yang tipis.

Apakah wajar sebuah parti politik pembangkang yang sudah lama wujud terus diperalatkan oleh UMNO/BN?

PR dan PH memang mempunyai persamaan. Matlamat utama kedua-duanya adalah untuk mengalahkan UMNO/BN dalam proses pilihanraya. Namun PH ini selepas PRN Sarawak , PRK-PRK Sungai Besar , Kuala Kangsar dan yang terakhir selepas pembatalan cadangan PRN Pulau Pinang, lebih bersedia, lebih terurus dan lebih sepakat dalam banyak hal. Komen-komen positif daripada tokoh-tokoh PKR, DAP dan AMANAH selepas YAB Saudara Lim Guan Eng membatalkan rancangan mengadakan PRN Pulau Pinang amat melegakan ahli-ahli parti dan penyokong-penyokong PH.

Dato' Seri Mohamad Azmin Ali , Timbalan Presiden PKR dan Dato' Mujahid Yusof Rawa, Naib Presiden AMANAH memuji keputusan bijaksana KM Pulau Pinang membatalkan rancangan mengadakan PRN Pulau Pinang itu. Komen-komen positif mereka berdua menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin PH adalah lebih matang, tidak berprasangkaburuk antara satu sama lain dan saling hormat menghormati.

Akhir-akhir ini mereka lebih bijaksana menguruskan perbedaan pendapat. Menurut YB Saudara Nga Kor Ming, Pengerusi DAP Perak, keputusan KM Pulau Pinang itu membuktikan bahawa DAP amat menghargai semangat konsensus yang diamalkan oleh PH. Perjanjian PH yang ditandatangani pada tahun 2015 itu mengikat dan mewajibkan semua parti-parti dalam PH mengikutinya. Semua keputusan dasar wajib mendapat persetujuan ketiga-tiga parti dalam PH. Inilah yang ingin ditonjolkan oleh YAB Saudara Lim Guan Eng.

Berbeza dengan BN, dalam banyak hal, UMNO membuat keputusan muktamad tanpa merujuk pandangan 12 komponen parti dalam BN. Contohnya , UMNO mengizinkan pembentangan RUU Persendirian yang dikemukakan oleh Presiden PAS tanpa mendapat persetujuan daripada komponen parti-parti BN.

Amalan konsensus dalam PH tentunya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat kepada PH. Inilah bezanya antara PR dahulu dengan PH sekarang. Pemimpin-pemimpin PH sekarang ini lebih berjaya menguruskan perbezaan-perbezaan mereka. Semoga budaya murni ini dapat diteruskan dan menjadi amalan semua pemimpin dan ahli-ahli parti-parti PH. Hormat menghormati antara satu sama lain dan setia kepada perjanjian yang telah dibuat adalah kunci utama kejayaan PH. Amalkan selalu peribahasa Melayu " Bagai Aur Dengn Tebing ".

Sekian, Terima Kasih.

Hayar Hassan

Pekerja asing akan bertambah dalam negara

Posted: 06 Aug 2016 05:20 PM PDT

Pekerja asing akan bertambah


ALOR SETAR – Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM) bimbang terhadap penguatkuasaan akta baru Imigresen berkenaan Pas Penggajian (Kategori III) Pekerja Mahir yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos lalu.

Presidennya, Leftenan Kolonel (H) Che Hassan Che Johan berkata, perkara itu dikhuatiri menyebabkan berlaku pertambahan pekerja asing khususnya warga Bangladesh di Malaysia.

"Melalui Pas Penggajian ini, tempoh kelulusan jawatan dan kontrak kerja maksimum diberikan kepada mereka selama 12 bulan dan gaji pokok, tidak termasuk elaun yang diberikan sebanyak RM2,500 hingga RM4,999.99 sebulan.

"Kelulusan ini diberikan kepada 15 negara iaitu Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Langka, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakstan, India, Indonesia dan akhir sekali Bangladesh. Pas ini tidak membenarkan mereka bawa tanggungan, maknanya tidak boleh bawa isteri," katanya kepada media.

Menurutnya, kebanyakan Pas Penggajian yang diberikan pada sebelum ini telah disalah gunakan oleh pihak tertentu dengan membawa masuk pekerja yang tidak mahir, serta tidak mempunyai sijil kelayakan yang diiktiraf kerajaan mereka mahupun Malaysia.

"Saya nasihatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) lebih teliti sebelum membawa mereka ini masuk ke Malaysia. Pertamanya perlu bekerjasama dengan agensi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Malaysia) dan Jabatan Tenaga Kerja supaya mereka ini ditapis terlebih dahulu di negara asal.

"Saya takut sebab banyak pekerja-pekerja mahir ini mereka buat penipuan di atas sijil. Jadi tidak ada sesiapa yang boleh mengesahkan bagi pihak kedutaan kita di seberang laut, contohnya Bangladesh. Bila keluar arahan mereka tak ada satu SOP (prosedur operasi standard) yang mengatakan siasat dahulu sijil itu sama ada tulen atau tidak," katanya.

Che Hassan turut berpandangan pekerja-pekerja asing, khususnya Bangladesh terlalu terdesak untuk datang ke Malaysia mencari rezeki dan sanggup membayar berbelas ribu ringgit kepada ejen untuk membolehkan mereka datang ke negara ini.

"Saya tak hairan kalau mereka sanggup memberi sebanyak RM12,000 atau mungkin RM20,000 kepada ejen mereka di sana supaya dapat masuk ke sini. tujuan mereka untuk bekerja, mereka tak pilih kerja,"katanya.

Katanya, pekerja mahir di Malaysia ini cukup hebat, lebih daripada mampu untuk menjalankan kerja mahir ini. Kalau ikutkan mahir ini di Thailand lebih hebat lagi dalam pengurusan pembinaan dan perkhidmatan. Saya ingat Bangladesh ini hanya mahir dalam tukang jahit, selain buruh kasar.

"Jangan hanya kata juruteknik, tapi bila datang ke lapangan terbang dan pegawai (Imigresen) kita persoal mana spanar dan pemutar skru pun tak kenal. Ini memang banyak berlaku apabila mereka datang ke lapangan terbang untuk dapatkan pelepasan Imigresen, pegawai kita memang disuruh mengikut SOP yang ditetapkan, akan tanya mereka datang bekerja ataupun sebagai pelajar," katanya.

Katanya, sekiranya nisbah seramai 15 orang pekerja asing dibawa masuk ke Malaysia, kebiasaannya 10 orang tidak ada kemahiran dan hanya menumpang sahaja atas status pekerja mahir untuk masuk ke negara ini.

"Saya ingin katakan ada pekerja mahir telah dibawa masuk, tapi bekerja sebagai tukang sapu dan pencuci kereta. Saya ada bukti pekerja ini ditempatkan di mana. Ini membuktikan mereka telah salah guna pas yang sepatutnya digunakan sebagai pekerja mahir.

"Mulai 1 Ogos, mereka dibenarkan masuk oleh majikan-majikan yang perlu untuk mendapatkan khidmat mereka sebagai pekerja mahir. Saya ingat pekerja mahir ini tidak dapat jangka berapa ramai, tapi apabila dah dibenarkan ada syarikat yang bersekongkol dengan agen-agen yang terlibat untuk menerima wang pekerja asing," katanya..

Che Hassan mendakwa, sekiranya sebuah kilang itu memerlukan 20 pekerja mahir, mereka boleh membuat permohonan sehingga 40 orang pekerja mahir dengan 20 daripadanya itu akan dicampakkan di mana-mana lokasi lain.

Pokemon Go: Ini jawapan Mufti Pahang

Posted: 06 Aug 2016 04:54 PM PDT

Pokemon GO
KUANTAN - Orang Islam disarankan agar mengelak daripada terjebak dengan sebarang permainan yang boleh mencetuskan kemudaratan hingga boleh memesongkan akidah si pemain.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman berkata, sekiranya permainan tersebut boleh memesongkan akidah seseorang maka ia akan menjadi haram di sisi agama Islam.

"Isu permainan karektor Pokemon dan aplikasi Pokemon Go sekiranya asasnya boleh merosakkan maka kita boleh terima ia sebagai haram.

"Walaupun bagi Pejabat Mufti Negeri Pahang masih belum mengeluarkan sebarang fatwa khas berhubung aplikasi permainan ini namun ia boleh diterima sekiranya permainan tersebut boleh membawa kepada masalah dan kemudaratan.

"Bukan mudah untuk tentukan haram sewenangnya memandangkan perlu membuat mesyuarat dan kajian melalui jawatankuasa yang telah dilantik.. namun sekiranya di beberapa negara dan negeri lain sudah mengeluarkan fatwa, sama ada haram atau sebaliknya, kita boleh dan kena terima memandangkan ia mempunyai kaitan dengan orang Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, ibu bapa khususnya perlu mengawal dan tidak membiarkan anak-anak tenggelam dalam kelalaian yang boleh merosakkan mereka.

"Permainan tersebut adalah satu aplikasi yang direka maka kita seharusnya lebih peka dan melihat kesan-kesannya selepas itu.... paling penting melihat daripada segi keselamatan.

"Justeru kita mengesyorkan agar melihat terlebih dahulu bentuk permainan atau aplikasi yang tidak mempunyai sebarang unsur yang boleh mendatangkan keburukan," katanya.

OhDunia.My

Posted: 07 Aug 2016 08:41 AM PDT

OhDunia.My


Inilah Sebab Mengapa Mufti WP Melarang Permainan Pokémon Go

Posted: 06 Aug 2016 11:57 PM PDT

KETIKA satu Malayisa sedang 'bersorak' apabila aplikasi Pokémon Go sudah boleh diakses di Malaysia, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pula melarang umat Islam bermain Pokémon Go.


Inilah Sebab Mengapa Mufti WP Melarang Permainan Pokémon Go

Baca selengkapnya

Pelajar Rugi Deposit Bilik Sewa, Guna Islam Dapat Duit Mudah

Posted: 06 Aug 2016 11:37 PM PDT

Berikut ini adalah luahan hati pelajar yang tertipu dengan sendikit sewa bilik.
Assalamualaikum sahabat. Tujuan saya menulis di sini bukan mengaibkan atau meminta simpati. Apatah lagi meraih populariti. Sekadar peringatan dan langkah berjaga-jaga supaya tidak terjadi lagi perkara seperti ini.


Pelajar Rugi Deposit Bilik Sewa, Guna Islam Dapat Duit Mudah

Baca selengkapnya

Neelofa Terima Seruan Tunai Haji, Berangkat 5 September Ini

Posted: 06 Aug 2016 11:38 PM PDT

KUMPULAN pertama jemaah haji dari Malaysia telah pun berlepas ke tanah suci bagi menunaikan ibadah rukun Islam kelima. Antara selebriti yang turut mendapat seruan haji pada tahun ini adalah ahli perniagaan, pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa.


Neelofa Terima Seruan Haji, Berangkat 5 September Ini

Baca selengkapnya

Keputusan Permohonan UPUOnline Pelajar Lepasan STPM 2016/2017

Posted: 06 Aug 2016 11:12 PM PDT

KUALA LUMPUR - Status keputusan permohonan UPUOnline untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf sesi akademik 2016/2017 boleh disemak secara dalam talian bermula pukul 12 tengah hari esok.


Keputusan Permohonan UPUOnline Pelajar Lepasan STPM 2016/2017

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 07 Aug 2016 02:09 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Lawak Lip Sync Dari Motoki Maxted

Posted: 07 Aug 2016 01:32 AM PDT


Hujung minggu ni apa kata kita layan video lawak yang boleh mengerinkan gusi Video ni dimuat turunkan oleh soghang youtuber yang diberi nama Motoki Maxted Video lip sync ni ditangkap di dalam gh...

Bekerja Dari Rumah Lebih Mudah Dan Menyeronokkan

Posted: 07 Aug 2016 12:22 AM PDT


Work At Home Mom WAHM atau bekerja dari rumah sungguh baq hang menjadi pilihan pompuan moden pada masa la nih ni adalah disebabkan tuntutan hidup dan tanggungjawab kepada anak anak dan suami ...

Cheq Bukan Nak Menunjuk Rumah Baghu

Posted: 06 Aug 2016 08:02 PM PDT


sapadia tak teruja setelah berhempaih pulaih berusaha akhiaqnya mampu memiliki sebuah rumah dengan duit sendiri begitulah jugak dengan Neelofa yang baghu baghu ni berkongsi ruang di rumah barunya ...

Cerpen Awak Lagi

Posted: 06 Aug 2016 06:22 PM PDT


Rambang mata Arelia memilih semua baju di hadapannya All of them are gorgeous ni baghu saja kedai pertama yang dimasukinya Belum lagi kedai kedai yang lain Gambaq hiasan Namun apabila dok ...

Menarik Lukisan Yang Dihasilkan Menggunakan Benang

Posted: 06 Aug 2016 05:32 PM PDT


Dulu ada dikongsikan hasil lukisan yang dilukih menggunakan krayon Hari ni apa kata kita tengok pulak hasil lukisan yang dihasilkan menggunakan benang Teknik melukih menggunakan benang dan alat ...

Cara Untuk Keloi Kucin Di Pelbagai Negara Yang Berbeza

Posted: 06 Aug 2016 01:36 PM PDT


Bagi pemilik dan penggemaq kucin konfem depa dah biasa untuk keloi kucin kesayangan depa Tak ceghita la panggey untuk makan ke atau sekadaq suka suka Bagi kita di Malaysia bunyi yang palin bia...

Memperkenaikan Iriss Abyss Kucin Kembaq Yang Mempunyai Mata Yang Sangat Memukau

Posted: 06 Aug 2016 01:34 PM PDT


Kucin yang comey serin kali mampu untuk menghiboqkan kita tak kiralah sama ada dapat bermain dengan depa atau hanya sekadaq tengok gambaq saja Dalam post kali ni kami nak kongsikan kepada hampa ...

Tips Untuk Memanaihkan Pizza Yang Dah Sejuk Untuk Menjadi Lazat

Posted: 06 Aug 2016 01:32 PM PDT


Di sini nak kongsi dengan semua lagu mana nak panaihkan semula pizza yang dah sejuk supaya menjadi rangup dan lazat barangkali selepaih baca tips kat bawah ni hampa tak ragu ragu lagu untuk memb...

Menarik Kasut Snicker Bagi Penggemaq Pokemon Go

Posted: 06 Aug 2016 09:38 AM PDT


Pokemnon Go telah pun di lancaqkan di Malaysia baghu baghu ni Apakah benda yang pentin selain smartphone untuk bermain Pokemon Go Kajian menyatakan kasut yang selesa merupakan satu elemen yang ...

10 Gunung Di Asia Yang Palin Digemari Oleh Pendaki Dari Malaysia

Posted: 06 Aug 2016 09:36 AM PDT


Makin ghamai dalam kelompok oghang Malaysia yang gemaqkan aktiviti sukan lasak Tapi mendaki gunung kira sukan lasak ke barangkali kalau sampai ke tahap Everest barangkali boleh dikira sebagai su...

Parodi Tayloq Swift Oleh Makcik Makcik Berumoq Lingkungan 82 Tahun

Posted: 06 Aug 2016 09:34 AM PDT


Sapa yang tak kenai dengan Tayloq Swift la la nih ni Tayloq bukan saja femes pasai perwatakannya yang cun dan comey musik videonya jugak banyak mendapat sambutan dari remaja remaja di seluruh du...

Rakaman Jarak Makro Ke Ataih Pil Yang Terurai Di Dalam Ayaq

Posted: 06 Aug 2016 09:32 AM PDT


Dalam hidup ni mesti semua oghang penah telan pil yang diberikan oleh doktoq kan Dan mesti penah tertanya apakah rupa apabila pil yang dimakan ni sedang mengurai di dalam perut baghu baghu ni ada...

Neelofa Bakai Tunai Ibadah Haji September Ni

Posted: 06 Aug 2016 05:02 AM PDT


Tahniah buat pelakon dan pengacara Neelofa pasai bakai menunaikan ibadah haji pada September ni berita hat sama dok habaq tadi dikongsikan bersama Harian Metro selain menyatakan bahawa pemergiann...

5 Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit Oleh Para Nabi Dan Wali

Posted: 06 Aug 2016 03:22 AM PDT


Makanan berkhasiat ni penah dimakan oleh oghang oghang soleh nabi nabi para wali dan alim ulama dahulu kala kalau diamalkan dan dimakan selului khasiatnya mampu menuembuhkan pelbagai jenih peny...

Tindik Hidung Fathia Latiff Dibantai Hebat

Posted: 06 Aug 2016 02:04 AM PDT


Gara gara upload gambaq selfie yang menampakkan hidungnya bertindik Instagram pelakon berkenaan dihujani pelbagai komen dan jugak kritikan terhadap Fathia Latiff sedangkan Fathia dah menyatakan ...

Cheq Masih Dok Belum Sedia Berhijab

Posted: 06 Aug 2016 02:02 AM PDT


walaupun lebih kughang setahun memeluk agama Islam setelah mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad Stacy Anam habaq bahawa beliau masih dok belum bersedia untuk berhijab Berikutan tu beliau j...

myartis.com

Posted: 07 Aug 2016 01:48 AM PDT

myartis.com


INSTAGRAM DIGODAM - IZREEN AZMINDA LUAH RASA TERKILAN

Posted: 06 Aug 2016 07:59 PM PDT



"Saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Lebih membuatkan saya terkilan, banyak gambar dalam akaun Instagram itu sudah tiada lagi dalam simpanan saya. Sebelum ini, saya begitu berhati-hati terutama apabila mendapat tahu banyak akaun rakan artis lain yang menjadi mangsa penggodam.

"Setiap kali menerima e-mel berkaitan Instagram, saya tidak akan membukanya. Saya takut jika ia datang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi, ia tetap berlaku dan saya begitu terkilan," demikian kata Izreen Azminda yang menjadi mangsa terbaharu apabila akaun laman sosialnya itu yang mempunyai 1.2 juta pengikut diceroboh, kelmarin.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"SAYA MAHU BERTUDUNG DENGAN IKHLAS, BUKAN KERANA TERPAKSA" - STACY

Posted: 06 Aug 2016 05:58 PM PDT



Stacy atau nama penuhnya Ummu Syaikhah Stacy Anam memberitahu bahawa beliau masih belum bersedia untuk bertudung walaupun hampir setahun memeluk agama Islam setelah mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad.

Berikutan itu, beliau juga berpendapat bahawa perubahan itu biarlah berlaku secara semulajadi dan datang dari hati yang ikhlas, bukan secara terpaksa kerana orang lain.

"Tentang tudung, beri saya masa. Saya tidak mahu tergesa-gesa dan berubah secara drastik. Biarlah ia berlaku seiring dengan keikhlasan dan kehendak sendiri dan bukan kerana orang lain," jelasnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

5 SEPTEMBER INI - NEELOFA TUNAI HAJI BERSAMA IBU BAPANYA

Posted: 06 Aug 2016 04:31 PM PDT



"Alhamdulillah impian saya untuk membawa ibu bapa menunaikan Haji tercapai. Saya terkejut dan teruja apabila disahkan mendapat tempat untuk menunaikan haji tahun ini," demikian kata pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa, 27, yang bakal mengerjakan ibadah Haji bersama ibu bapanya pada 5 Sepetember ini.

Difahamkan, Neelofa dan ibu bapanya akan berada di tanah suci Mekah selama 15 hari dan dijangka pulang pada 20 September depan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 06 Aug 2016 08:29 PM PDT

ROTIKAYA


“Saya Bukan Nak Menunjuk Rumah Baru”

Posted: 06 Aug 2016 06:50 PM PDT

Siapa tidak teruja setelah berhempas pulas berusaha akhirnya mampu memiliki sebuah rumah dengan duit sendiri, begitulah juga dengan Neelofa yang baru-baru ini berkongsi ruang di rumah barunya di laman Instagram. Namun ada pula pihak mengatakan beliau cuba menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki sehingga tidak memikirkan faktor keselamatan.

BACA: Neelofa Bakal Tunai Ibadah Haji September Ini

“Ia adalah hak peribadi saya yang dirasakan tidak keterlaluan untuk dikongsikan kepada umum. Orang tidak mengetahui lokasi rumah itu jadi tiada masalah keselamatan pun kalau saya kongsinya di media sosial. Saya berhak untuk berkongsi apa saja dilaman sosial. Jika tak dikongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsikannya di laman youtube Ilofayou”

“Rumah berkenaan sudah siap sepenuhnya dan boleh diduduki setelah hampir setahun ianya diubah suai. Saya juga bakal berpindah ke rumah tersebut dalam masa terdekat bersama kakak saya,” katanya kepada m Star Online mengenai rumah barunya yang baru sahaja siap diubah suai hampir setahun lalu dan bakal berpindah dan tinggal di rumah baru itu.

Sementara itu, dalam perkembangan kerjaya pula, Neelofa ada mendedahkan bahawa beliau akan kembali beraksi dalam drama terbaru berjudul Suri Hati Mr Pilot yang akan digandingkan bersama dengan pelakon kacak, Fattah Amin selepas tiga tahun berehat dari dunia lakonan dek kerana memberikan perhatian sepenuhnya serta sibuk didalam bidang perniagaan.

Sebelum ini, Neelofa juga sempat mengumumkan berita baik dimana beliau bakal menunaikan ibadah haji bersama ibu bapanya pada 5 September depan. Walau apapun, semoga segala perancangan dan urusan yang dirancang akan dipermudahkan olehNya dan semoga Neelofa juga terus dilimpahkan dengan rezeki dan sukses didalam bidang yang diceburi. (rkty/w)

1- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22  - jpeg 2- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22  - jpeg 3- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22  - jpeg 4- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22  - jpeg 5- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22  - jpeg 6- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22  - jpeg

Neelofa Bakal Tunai Ibadah Haji September Ini

Posted: 06 Aug 2016 02:28 AM PDT

Tahniah buat pelakon dan pengacara Neelofa kerana bakal menunaikan ibadah haji pada September ini. Berita tersebut dikongsikan bersama Harian Metro selain menyatakan bahawa pemergiannya ke Tanah Suci kali ini adalah bersama ibu bapanya.

BACA: Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang

“Alhamdulillah impian saya untuk membawa ibu bapa menunaikan Haji tercapai. Saya terkejut dan teruja apabila disahkan mendapat tempat untuk menunaikan haji tahun ini. Insya-Allah kami akan ke Makkah pada 5 hingga 20 September ini”
Menurut Neelofa, sebelum ini dia sudah mengerjakan umrah sebanyak dua kali.

“Saya sedar dugaan dan ujian ketika menunaikan haji akan lebih mencabar. Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat keberkatan Ilahi,” katanya.

Tambah Neelofa, antara doa yang ingin dipanjatkan ketika mengerjakan haji nanti adalah dipertemukan jodoh secepat mungkin. Sebelum ini, Neelofa pernah menafikan bahawa dia terbabit dengan mana-mana skandal melibatkan suami orang. (rtky/s)

7- Neelofa Bakal Tunai Haji September Ini - ROTIKAYA 5- Neelofa Bakal Tunai Haji September Ini - ROTIKAYA 4- Neelofa Bakal Tunai Haji September Ini - ROTIKAYA 3- Neelofa Bakal Tunai Haji September Ini - ROTIKAYA 2- Neelofa Bakal Tunai Haji September Ini - ROTIKAYA 1- Neelofa Bakal Tunai Haji September Ini - ROTIKAYA

“Saya Masih Belum Sedia Bertudung”

Posted: 06 Aug 2016 12:42 AM PDT

Walaupun hampir setahun memeluk agama Islam setelah mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad, Stacy Anam memberitahu bahawa beliau masih belum bersedia untuk bertudung. Berikutan itu beliau juga berpendapat bahawa perubahan itu biarlah berlaku secara semulajadi dan datang dari hati yang ikhlas, bukan secara terpaksa kerana orang lain.

BACA: Walau Sibuk, Akim & Stacy Sedia Terima Cahaya Mata

"Keputusan ini diambil ekoran jadual kerja yang padat. Tambahan pula, Akim banyak beri tunjuk ajar kepada saya. Pendekatannnya lebih santai seperti mengajar kanak-kanak tentang agama. Dia tidak paksa sebaliknya beri banyak masa. Tak dinafikan bukan mudah untuk mendalami ilmu agama. Khususnya perkara berkaitan sebutan dalam bacaan ayat al-Quran”

"Tentang tudung pula, berilah saya masa. Saya tidak mahu tergesa-gesa dan berubah secara drastik. Biarlah perubahan itu berlaku seiring dengan keikhlasan dan kehendak diri sendiri dan bukan atas dasar kerana orang lain,” katanya kepada Projek MMO mengenai persediaan beliau untuk memakai hijab setelah memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Stacy turut menegaskan bahawa suaminya tidak pernah lalai mendidiknya dalam menguasai ilmu agama menyebabkan dirinya lebih senang untuk belajar dan memahami Islam di rumah. Dengan itu, Stacy telah mengupah seorang ustazah yang akan ke rumahnya untuk mengajar beliau mengaji serta mempelajari tentang kelebihan Al-Quran.

Sebelum ini, Akim yang juga suami kepada Stacy pernah didakwa bersikap dayus kerana membiarkan isterinya yang sudah memeluk agama Islam tidak bertudung. Namun bagi beliau, adalah lebih baik jika Stacy diberikan masa memperlajari satu persatu tentang agama Islam sebagaimana beliau saudara baru dan masih banyak perlu dipelajarinya. (rkty/w)

1- %22Saya Masih Belum Sedia Bertudung%22 - jpeg 2- %22Saya Masih Belum Sedia Bertudung%22 - jpeg 3- %22Saya Masih Belum Sedia Bertudung%22 - jpeg 4- %22Saya Masih Belum Sedia Bertudung%22 - jpeg 6- %22Saya Masih Belum Sedia Bertudung%22 - jpeg 7- %22Saya Masih Belum Sedia Bertudung%22 - jpeg

Tindik Hidung, Fathia Latiff Dikritik Hebat

Posted: 05 Aug 2016 11:10 PM PDT

Gara-gara memuatnaik gambar selfie yang menampakkan hidungnya bertindik, Instagram pelakon berkenaan dihujani pelbagai komen dan juga kritikan terhadap Fathia Latiff – sedangkan Fathia sudah menyatakan bahawa ia adalah palsu.

BACA: Buka Aurat Di Luar Negara, Fathia Latiff Dikritik

8- Tindik Hidung, Fathia Latiff Dikritik Hebat - ROTIKAYA

Perdebatan bermula apabila ada pihak mula mempertikaikan taraf keislaman Fathia kerana bertindik sedemikian rupa maka perang komen pun tercetus. Segala peringkat perdebatan sehinggalah menjurus kepada hukum hakam agama yang dipertikaikan.

Bagaimanapun, setelah diteliti, Fathia mungkin tidak meninggalkan sebarang komen berhubung perkara berkenaan. Malah ada juga yang memohon agar pelakon tersebut memadam gambar berkenaan. Okay, sekian sahaja cerita artis pada Sabtu ini. (rtky/s)

7- Tindik Hidung, Fathia Latiff Dikritik Hebat - ROTIKAYA 5- Tindik Hidung, Fathia Latiff Dikritik Hebat - ROTIKAYA 4- Tindik Hidung, Fathia Latiff Dikritik Hebat - ROTIKAYA 3- Tindik Hidung, Fathia Latiff Dikritik Hebat - ROTIKAYA 2- Tindik Hidung, Fathia Latiff Dikritik Hebat - ROTIKAYA 1- Tindik Hidung, Fathia Latiff Dikritik Hebat - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment