Friday, 9 December 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 09 Dec 2016 11:50 AM PST

MySensasi


Sinopsis Drama Sein dan Luna Lestary TV3

Posted: 09 Dec 2016 08:32 AM PST

Sinopsis Drama Sein dan Luna Lestary TV3. Kepada peminat drama cinta remaja, pastikan tidak ketinggalan menonton drama terbaru di slot lestary yang akan mengandingkan pelakon baru selaku teraju utama disamping pelakon hebat sedia ada. Drama sebanyak 13 episod ini akan mula ditayangkan pada 9 disember 2016 setiap rabu hingga jumaat dengan mengandingkan Mimi Lana dan …

The post Sinopsis Drama Sein dan Luna Lestary TV3 appeared first on Info Semasa.

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena

Posted: 09 Dec 2016 08:07 AM PST

Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena. Peminat drama melayu pastikan anda bersama slot Samarinda TV3 dengan drama terbaru yang mengandingkan pelakon Tiz Zaqyah dan Raja Afiq. Telah pun mula ditayangkan pada 30 November 2016 setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam. PELAKON LARA CINTA AMEENA Drama sebanyak 15 episod terbitan Tanah Beris Film Production dibarisi oleh barisan pelakon seperti Raja …

The post Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 09 Dec 2016 10:05 AM PST

KedahLanie.info


KENAPA PAS PERLU DIBUBARKAN?

Posted: 09 Dec 2016 06:30 AM PST

Katakanlah konon-kononnya Umno yang memerintah sekarang melaksanakan sepenuhnya syariat islam dalam konteks sistem pentadbiran dan pemerintahan. Negara Malaysia bertukar wajah dari sistem Sekular  kepada sistem islam yang menyeluruh(islamic state). Dan Negara Malaysia yang majmuk ini pun sudah jadi Negara islam sistem ala-ala Khalifah di zaman silam.

Apa jadi dengan Pas. Pas akan dibubarkan. Wajarkah Pas dibubarkan? tentu sekali wajar kerana kehendak Pas yang selama ini termaktud dalam diri para jemaah sudah terlaksana.

Kadang-kadang saya lihat Pas berhujah dalam perkara-perkara yang mungkin tidak termanpu dan tercapai untuk dilaksanakan di negara majmuk ini. Kalaupun benar sistem syariat tercapai dan Umno melaksanakannya nanti. Maka pas berjanji akan di bubarkan, kerana perjuangan mereka ketika itu tidak berfungsi apa-apa lagi. Pas hanya berfikir setakat ini. Secara spontan on the stop. Tidak mengapa pas...

Sepatutnya Pas berhujah bagini. Pas akan terus survival dan sesekali tidak perlu di bubarkan. Sekalipun syariat berjalan, Pas hendaklah terus ujud menjadi pengkritik Umno, walaupun Umno sekarang sudah membentuk kenegaraan bersyariat islam di dalamnya. Bukan maknanya apabila syariat berjalan. Pemimpin dan pemerintah itu tidak korap,tidak rusuah, tidak zalim, tidak menyeleweng, tidak menindas, tidak nepotisme/kronisme,

Ketirisan akan berlaku juga,penyelewengan dan kezaliman akan tetap ujud kerana ia bersifat fitrah dari dahulu hingga sekarang.Apa lojiknya Pas tiba-tiba hendak di dbubarkan?

Saya tidak paham dengan politik Pas hari ini. Jangan marah hanya meluahkan pandangan dan pendapat yang berbeza sahaja.

Pas mahu tanding semua kerusi Permatang Pauh

Posted: 09 Dec 2016 05:56 AM PST


Jamsari Samad

PERMATANG PAUH - Pas Permatang Pauh mempertikaikan keputusan Parti Amanah Negera yang mahu bertanding di kerusi Permatang Pasir yang selama ini menjadi kubu kuat Pas sejak sekian lama.

Ketua Penerangannya,Jamsari Samad berkata, Pas tetap dengan pendirian untuk terus menentang Umno dan ia berjaya direalisasikan apabila telah beberapa kali mengalahkan parti itu dalam beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu di kerusi berkenaan.

Bagaimanpun, kentayaan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam yang menyatakan minat untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh amat mengejutkan.

"Adakah Amanah mahu bersekongkol dengan Umno untuk merampas kerusi itu daripada kami pada PRU akan datang. Saya yakin usaha mereka akan sia-sia kerana rakyat akan memilih Pas pada PRU akan datang.

"Pas Permatang Pauh mengalu-alukannya sesiapa sahaja mahu bertanding kerana ia hak demokrasi,cuma persoalan disini mengapa Dun Permatang Pasir untuk mereka bertanding?," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Jamsari berkata, umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga Dun dan Parlimen Parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh Pas namun atas semangat toleransi Pas memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.

Katanya, untuk PRU akan datang Pas akan bertanding di kerusi Dun Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir termasuk meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Kami juga berhak meletak calon ketiga Dun dan Parlimen kerana kami tiada apa-apa ikatan dengan Pakatan Harapan Pulau Pinang lagi.

"Saya mahu menasihatkan Mujahid supaya selesaikan dahulu krisis perpecahan ahli dalam Amanah Pulau Pinang sebelum bercita-cita bertanding di Permatang Pasir," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Dr Mujahid yang menyatakan parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi di kawasan Dun berkenaan kini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari parti Pas.

Menurutnya, walaupun hubungan persahabatan antara beliau dan Salleh Man agak rapat, namun mereka tetap terikat dengan polisi parti.

"Amanah sangat berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir kerana Pas bukan lagi salah satu parti dalam Pakatan Harapan. Oleh itu, mengapa kita perlu memberi laluan kepada mereka?

"Memang benar saya berkawan baik dengan Salleh Man tetapi dalam hal parti, polisi perlu diutamakan. Tidak kira lah bagaimana baik pun kita dengan orang itu, polisi parti tetap yang pertama kerana beliau bukan lagi dalam Pakatan, melainkan beliau menyertai Amanah," katanya.

Apabila Rizal Ghazali u.turn untuk kekal bersama Kedah....

Posted: 08 Dec 2016 06:58 PM PST

Azmi serah pada pengurusan
Wartawan Sinar Harian
9 Disember 2016

Rizal Ghazali yang berada dalam radar Felda United kekal bersama pasukan Kedah bagi mengharungi musim 2017.

PENGENDALI Felda United, Azmi Mohamed akan menyerahkan kepada pihak pengurusan berkenaan tindakan Mohd Rizal Ghazali membuat 'pusingan U' kekal bersama Kedah.

Terdahulu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar mengesahkan Rizal  kekal bersama skuad Hijau Kuning dan menafikan berita penghijrahannya ke pasukan lain. 

Menurut Azmi, tindakan itu menimbulkan sedikit keraguan kerana Rizal sudah  menandatangani kontrak bersama The Fighters.

"Kalau ikutkan sebelum ini, Rizal memang dah membuat keputusan untuk bersama Felda dan sudah pun menandatangani kontrak bersama kami.

"Keputusan Rizal berpatah balik ke Kedah itu...saya serahkan kepada pihak pengurusan.

"Status tersebut kita masih belum tahu dan masih menunggu keputusan akhir nanti," ujarnya.

Azmi turut mengesahkan senarai pemain akan membarisi Felda sudah hampir lengkap dan dalam fasa rundingan terakhir dengan beberapa pemain.

"Senarai pemain masih belum lengkap penuh, tapi boleh saya katakan progress kita 80 peratus.

"Kita sedang dalam rundingan terakhir dapatkan kembali Shahrul Saad, juga dalam perbincangan akhir mendapatkan penyerang import baru Argentina ganti Francis Forkey Doe," katanya.

Apa sikap sebenar Malaysia terhadap Myanmar?

Posted: 08 Dec 2016 06:49 PM PST

DATO' ISKANDAR A SAMAD

PERDANA Menteri mesti memberi penjelasan kepada rakyat kenapa Panglima Angkatan Tentera Malaysia berada di Myanmar walhal beliau dilihat lantang menyuarakan nasib masyarakat Rohingya di negara itu.

Akhbar Myanmar Times melaporkan Panglima Angkatan Tentera itu berada di negara tersebut untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.

Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada sebuah himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas.

Sikap sedemikian tidak akan memberi tekanan kepada pemerintah Myanmar untuk memberhentikan pembunuhan dan kezaliman kerana negara tidak kelihatan serius memperjuangkan nasib masyarakat Islam itu.

Kecuali kehadiran Panglima Angkatan Tentera adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah negara itu.

DATO' ISKANDAR A SAMAD
7 Disember 2016 – HARAKAHDAILY 7/11/2016

Jika Ini Kenyataan PAS, PH & PPBM Tak Perlu Layannya Lagi...

Posted: 08 Dec 2016 05:54 PM PST

Greenboc.

Pas tidak perlu menang pilihan raya jika tolak kerjasama, kata PPBM 

Sesuatu yang pelik jika mana-mana parti politik tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan apabila mempunyai peluang sebaliknya mahu jadi pembangkang semata-mata.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Kamarudin Md Nor berkata, jika Pas berpendirian enggan bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya mewujudkan blok politik tersendiri, parti itu tidak perlu berhasrat untuk menang pilihan raya. 

"Saya merasa ganjil bila ada parti politik bercadang untuk jadi pembangkang sahaja. 

"Agak pelik pula bila sesebuah parti politik itu tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan bila ada peluang. 

"Jika difikirkan begitu, lebih mudah untuk jadi parti pembangkang sahaja kerana tidak perlu menang dalam pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline. 

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali semalam dipetik berkata, Pas tidak memerlukan PPBM sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang. 

Dalam masa yang sama Pas ujarnya lagi, boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam. 

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata demikian menjawab balas kenyataan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad, bahawa PPBM tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. 

Tambah Kamarudin lagi, untuk menubuhkan sebuah kerajaan terlebih dahulu pakatan pembangkang mesti bersatu. 

"Pakatan pembangkang mesti bersatu dan perlu menang pilihan raya dengan kerusi secukupnya. 

"Memang sukar nak laksana pembahagian kerusi tetapi tidak mustahil," tegasnya. 

Bahkan Kamarudin tidak yakin sama ada Pas benar-benar hanya mahu jadi pembangkang semata-mata tanpa pegang tampuk pemerintahan. 

"Saya tidak yakin Pas sekadar mahu jadi pembangkang sahaja. 

"Sebabnya di Kelantan Pas menjadi kerajaan sudah lebih 22 tahun. 

"Jadi saya rasa kenyataan Dr Khairuddin itu tidak mencerminkan kehendak kepimpinan Pas dan ahli keseluruhannya," telahnya. 

Pas tidak perlukan PPBM sebagai pembangkang

Pas tidak memerlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali. 

Beliau berkata, dalam masa yang sama Pas boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.

"Menerusi Gagasan Sejahtera, Pas membawa politik matang dan sejahtera yang mengkritik dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan penyelesaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir semalam bahawa parti itu tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama-sama dalam Pakatan Harapan bagi menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Beliau berkata, tarikh akhir akan diberikan kepada Pas untuk membua keputusan sama ada mahu bersama Pakatan Harapan atau tidak. 

Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus menasihati Mahathir agar terus bersama Pakatan Harapan dan belajar menjadi pembangkang yang tegar. 

"Dr Mahathir baru sahaja belajar menjadi pembangkang. Beliau boleh belajar menjadi pembangkang tegar seperti Pakatan Harapan yang membangkang apa sahaja dan bermain politik kepartian sepanjang masa," katanya. -MD

ULASAN GB 

Apa pun parti yang bersama dengan Pakatan Harapan perlu bertindak tegas terhadap PAS. Tak perlu lagi terhegeh-hegeh melayan parti itu kerana sudah jelas dari kenyataan At-Takiri bahawa PAS memang tidak bersedia untuk bersama dengan blok utama parti pembangkang. 

Ada pihak yang berhujjah jika parti pembangkang berpecah dan berlaku pertandingan tiga penjuru maka ia akan memberi laluan kepada BN untuk menang di dalam pilihanraya. 2 PRK, Kuala Kangsar dan Sungai besar menjadi sandaran. 

Ia tidak semestinya benar. Apa yang jelas rakyat sudah mengetahui corak permainan PAS. Ia kini lebih bersama-sama dengan UMNO BN. Malah jika ia menyertai blok Pakatan Harapan maka ia akan lebih membahayakan PH sendiri kerana sikap lalang PAS itu mungkin sahaja menikam PH semula jika mereka menang nanti. 

Justeru itu, kita menyeru kepada semua pihak yang bersama dengan PH agar lupakan hasrat untuk memujuk atau mengharapkan PAS kerana hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Parti yang sehebat manapun tetapi jika mereka berasingan akan tetap kalah, apatah lagi parti yang bodoh sombonmg, angkuh dan paling teruk, parti yang mengkhianati rakyat. Mereka akan terhumban keluar dari arus perjalanan politik negara yang kini bergerak ke hadapan untuk SELAMATKAN MALAYSIA. 

Pemuda UMNO Kedah Gesa Pemuda PAS Kedah "Cermin" Diri Sendiri

Posted: 08 Dec 2016 04:57 PM PST

ALOR SETAR - Pemuda PAS Kedah diminta supaya bermuhasabah diri dan lihat pada "cermin" terlebih dahulu sebelum mendakwa UMNO Kedah "takut" kepada penubuhan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, PAS sebelum ini pernah melalui keadaan yang sama seperti UMNO sehingga lahir parti serpihan, Parti Amanah Negara (PAN) yang saban hari dikecam para pemimpin PAS.

Sebaliknya, beliau meminta Pemuda PAS menjelaskan pendirian parti itu terhadap PAN ekoran pelbagai serangan telah dibuat parti Islam itu yang tidak putus-putus menghentam kepimpinan parti serpihan PAS itu dengan pelbagai label seperti "pengkhinat parti", "syaitan dalam jemaah" dan sebagainya.

"Macam PAS juga sebelum ni yang hadapi masalah dalaman hingga lahir PAN. PAS kata PAN khianat pada perjuangan parti sebab gilakan kuasa dan jawatan, bukan?

"Jadi hampir sama jugalah apa yang berlaku dalam UMNO di mana wujud golongan yang lebih pentingkan kuasa dan jawatan berbanding perjuangan parti. Lebih kurang sama saja...

"Jika PAS terkesan dengan PAN, maka UMNO juga mungkin terkesan sedikit sebanyak dengan PPBM. Tapi jika PAS rasa tak terkesan dengan PAN, apatah lagi kami yang sebenarnya memang tidak terkesan dengan 'Bunga Raya' itu," katanya kepada Kedahnews.com di sini, hari ini.

Pemuda PAS semalam mendakwa UMNO Kedah cuba menyembunyikan masalah dalaman mereka dengan mengambil pendekatan menyerang kepimpinan PPBM khususnya di Perhimpunan Agung UMNO 2016, baru-baru ini.

Tegas Shaiful Hazizy, UMNO  sudah menjelaskan bahawa kesan pada kewujudan PPBM di Kedah adalah terkawal, tidak menjejaskan keutuhan parti dan UMNO Kedah sedang bersiap-siaga memperkemas jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Justeru itu, beliau menggesa supaya Pemuda PAS Kedah supaya melakukan tindakan yang sama bagi memastikan PAN tidak "mencuri" ahli atau mana-mana kerusi milik parti itu pada PRU ke-14 nanti.

Katanya, Pemuda PAS sepatutnya menghayati pendekatan politik matang dan sejahtera yang kini dipraktikkan kepimpinan PAS di peringkat pusat yang memperlihat kematangan di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang sanggup sepentas dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, membina kesatuan ummah.

Shaiful Hazizy berkata, pendekatan seperti itu lebih dianjurkan oleh Islam berbanding mencari alasan untuk bercakaran sesama umat Islam hanya kerana kuasa politik dan jawatan yang menjadi idaman PPBM dan PAN. -Kedahnews.com

beautifulnara

Posted: 09 Dec 2016 02:10 AM PST

beautifulnara


Aeril Zafrel Mahu Tampil Sado Kerana Wawa Zainal

Posted: 08 Dec 2016 07:24 PM PST

Kalau anda perasan, sejak kebelakangan ini badan pelakon Aeril Zafrel kelihatan agak sado. Kata orang memang "taste" lah.  Ramai yang tertarik dengan susuk tubuh Aeril yang terbaru terutama sekali wanita-wanita diluar sana.

Untuk pengetahuan anda, isterinya, Wawa Zainal yang meminta agar Aeril tampil lebih sado dan sering menggalakkan Aeril untuk membina badan di gimnasium. Wawa sedikit pun tidak cemburu apabila badan suaminya itu membuat wanita lain "tergoda".

Dia yang suruh saya besarkan badan selain push saya untuk ke gym sebab katanya saya kurus. Jadi demi mengikutkan kehendak dia saya turuti.

Buat setakat ini, saya tak jaga makan dan memang saya nak gemuk. Saya pula jenis cepat besar dan kurus. Bukan setakat itu sahaja saya buat badan ini untuk kerjaya supaya padan dengan heroin, lagipun untuk lelaki biar besar sikit.

Bertuah betul Aeril Zafrel mendapat seorang isteri yang cukup memahami seperti Wawa Zainal. Terus-terang, memang pelakon zaman sekarang kena jaga badan untuk  watak sebagai hero didalam mana-mana drama ataupun filem. Ia adalah bonus buat mereka.

Sumber Berita : Media Hiburan

Lofa Tidak Teman Saya Main Futsal, Dia Datang Dengan Kawan- Fattah Amin

Posted: 08 Dec 2016 07:00 PM PST

Sekitar bulan lepas,hangat dengan spekulasi hubungan percintaan antara Fattah Amin dan Neelofa selepas video Neelofa "menemani" Fattah bermain futsal viral di media sosial. Bukan itu sahaja, aksi mesra  Fattah dan Neelofa  menghangatkan lagi gosip percintaan mereka berdua.

Mengulas mengenai video berkenaan, Fattah menjelaskan kehadiran Neelofa ketika beliau bermain futsal sebenarnya ditemani rakan karib Neelofa. Mereka bukanlah hadir berdua seperti yang disangkakan.

Untuk pengetahuan ketika perlawanan futsal berlangsung, Lofa hadir bersama beberapa rakan baiknya. Mungkin dalam video nampak macam Lofa datang teman saya tapi sebenarnya ramai lagi rakan-rakan yang ada.

Yang rekod video kami berdua itu pun salah seorang daripada teman baiknya cuma bila dilihat pada video itu hanya nampak seperti kami berdua saja.

Hehe..ok itu penjelasan untuk teman, yang bermesra tu macam mana pula. Heh? Memang mesra dan manis habis aksi anda berdua. Sumber Berita : Astro Gempak

umcced

P.S: Sampai bila anda ingin berada di takuk lama tanpa sebarang perubahan dalam hidup? Takkanlah sampai ke tua nak buat kerja yang sama kan? Inilah peluang untuk anda memperbaiki mutu hidup sambil meneruskan kerjaya dengan kursus diploma eksekutif dari Universiti Malaya. Sudah lebih 21,000 warga bekerja yang berjaya menaiktaraf kerjaya mereka menerusi program ini. Anda bila lagi? Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my.

Zarul Umbrella Tampil Mohon Maaf Pada Peminat Yang Terasa Hati

Posted: 08 Dec 2016 06:55 PM PST

Susulan luahan ahli kelab peminat Zarulians tentang sikap Zarul Umbrella yang mengabaikan mereka, penyanyi berkenaan telah tampil memohon maaf kepada peminat yang terasa hati dengan sikapnya. Menurut Zarul, beliau tidak tahu ada yang peminatnya yang berkecil hati kerana beliau melebih-lebihkan rakan kru penerbangannya.

Zarul berkata beliau melayan semua pihak sama rata dan tidak berniat untuk membeza-bezakan mana-mana pihak.

Baru saya tahu ada peminat yang tidak berpuas hati.  Saya bersama pihak pengurusan, kami layan sama rata semua pihak.  Tidak kisah sama ada Highflyers ke, Zarulians ke, semuanya sama.  Mungkinlah ada segelintir yang tidak berpuas hati.  Tapi saya dah cuba yang terbaik melayan semua sama rata.  Pembahagian tiket juga sama rata.  Tak ada beza-beza antara peminat dengan geng-geng MAS.  Semua sama.

Beginilah, sebagai manusia biasa, mungkin kelemahan dari sayalah.  Saya tak mampu nak puaskan hati semua orang.  Kepada yang terasa hati itu, saya minta maaf.  Sejujurnya saya tak ada niat langsung nak beza-bezakan siapa pun, geng MAS ke, Zarulians ke, peminat baru ke, peminat lama ke, semuanya saya layan sama rata.

Dengan permohonan maaf ini, Zarul harap segala salah faham dapat diselesaikan dan peminat tetap terus menyokong kariernya.

Salah faham adalah perkara biasa yang berlaku. Zarul juga banyak peminat dan kadang-kadang sebagai manusia biasa beliau ada terlepas pandang. Bak kata Zarul, kita tidak dapat menjaga hati semua pihak.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kontroversi “Angkat Beg” Fathia Latiff : Individu Ini Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Posted: 08 Dec 2016 06:22 PM PST

Gara-gara viralkan foto pramugari yang enggan mengangkat begnya, pelakon Fathia Latiff dikritik 99% pengguna media sosial. Fathia pula hanya berdiam diri meskipun  pelbagai spekulasi timbul.

Terbaru, ada individu yang dikenali sebagai Marliyana MK yang turut berada didalam penerbangan ketika Fathia meminta pramugari  untuk mengangkat begnya telah tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut individu berkenaan, pembantu peribadi Fathia sudah cuba untuk mengangkat beg itu tetapi kompartmen meletakkan beg agak tinggi. Kemudian, baru lah mereka meminta tolong kepada pramugari berkenaan.

Pada kami, lebih baik untuk Fathia juga tampil memberitahu setiap  perkara dengan lebih terperinci. Bukan niat untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi lebih elok agar tiada lagi pelbagai versi cerita yang keluar. Lagipun, perkara ini juga tidak akan berpanjangan.

Akui Rapat Dengan Neelofa : Fattah Amin Bagaimanapun Belum Mahu Kahwin

Posted: 08 Dec 2016 05:26 PM PST

Ramai yang tahu Fattah Amin dan Neelofa semakin hari semakin rapat. Peminat mereka meletakkan harapan tinggi agar mereka benar-benar bercinta sehingga jinjang pelamin.

Mengakui hubungannya memang rapat dengan Neelofa, Fattah Amin bagaimanapun berkata buat masa ini beliau belum mahu mendirikan rumah tangga. Alahai..kecewalah peminat mereka diluar sana yang ingin melihat mereka berkahwin cepat.

Buat masa ini tiada perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Saya mahu fokus kepada kerjaya saya dan beberapa perniagaan serta tanggungjawab sebagai duta produk.

Berbicara mengenai Neelofa, Fattah memberitahu beliau selesa berkawan dengan pelakon wanita  itu.

Lepas habis drama itu kami memang ada berjumpa sesekali untuk berbincang fasal projek, klien dan kerjaya. Secara jujurnya saya suka berkawan dengan dia kerana dia tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya dalam bisnes, semua orang tahu dia seorang usahawan yang berjaya.

Peminat Fattah Amin dan Neelofa janganlah kecewa. Mungkin sekarang Fattah belum mahu mendirikan rumah tangga tetapi kalau ada jodoh mereka berdua pasti tidak kemana.

Sumber Berita : mStar Online

Toknek.com RSS Feed

Posted: 09 Dec 2016 02:01 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Bekaih Ahli Dap Dedah Rahsia Besaq Awat Pakatan Akan Kalah Di Pru14

Posted: 09 Dec 2016 01:32 AM PST


9 12 2016 kalau difikiaqkan dengan akai yang waraih takdak sebab awat Pakatan pembangkang tak boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasionai didalam Pilihanraya ke 13 lepaih kalau faktoq sokongan...

Samsung Memfailkan Paten Untuk Dron Berbentuk Ufo

Posted: 09 Dec 2016 12:52 AM PST


Peranti pintaq gheta kebai kenderaan panduan automatik komputer desktop dan alatan audio visuai ialah antara produk yang dihasilkan oleh Samsung Syarikat besaq nak mampuih Korea Selatan ni bar...

Kezaliman Terhadap Peniaga Kecik Melayu Semakin Berterusan Di P Pinang

Posted: 08 Dec 2016 10:34 PM PST


9 12 2016 Seluruh rakyat Malaysia dah sedia maklum tentang pasai kezaliman serta penindasan yang telah dilaku kerajaan DAP negeri bersama sama agensi penguatkuasaannya terhadap peniaga peniaga ke...

Pembangkang Bantah Sosma Pasai Mau Negara Huru Hara

Posted: 08 Dec 2016 10:32 PM PST


9 12 2016 Hanya pasai penganjoq kumpulan demonstrasi haram Maria Chin Abdullah kena tahan dibawah Akta SOSMA baghu baghu ni makin galak pulak kumpulan politik pembangkang cuba try test memburuk...

U Mobile Memperkenaikan Game Onz Pelan Data Tanpa Had Untuk Beberapa Permainan Video Terpilih

Posted: 08 Dec 2016 09:52 PM PST


U Mobile sedia memperkenaikan pelan khusus untuk video dikenali Video Onz dan untuk muzik dinamakan Music Onz Hari ni depa memperkenaikan pelan khusus untuk peminat permainan video dan menyela...

Awat Dinamakan Jumaat

Posted: 08 Dec 2016 09:32 PM PST


Hari Jumaat merupakan nikmat rabbaniyah yang selului dijadikan bahan kedengkian oleh musuh musuh Islam Dinamakan Jumaat pasai menghimpunkan manusia untuk menunaikan solat hari dihimpunkan manusi...

Bukan Neelofa Soghang Temankan Cheq

Posted: 08 Dec 2016 08:14 PM PST


Bahang drama Suri Hati Mr Pilot macam tak penah reda baghu baghu ni sekepin gambaq menunjukkan Neelofa menemani Fattah Amin bermain futsai tersebaq ghamai yang mengganggap ada cinta sedang berpu...

Lana Nodin Sedia Untuk Tambah Anak

Posted: 08 Dec 2016 08:12 PM PST


Selepaih melahiaqkan anak sulong depa Gia Quinn McKienzi pada awai tahun lepaih la nih Lana Nodin dan suami dah merancang untuk menambah ahli keluarga depa Selain dapat memeriahkan lagi suasana...

Ngaku Ghapat Dengan Neelofa Fattah Amin Bagaimanapun Belum Mau Menikah

Posted: 08 Dec 2016 07:56 PM PST


ghamai yang tau Fattah Amin dan Neelofa semakin hari semakin ghapat Peminat depa meletakkan harapan tinggi semuga depa betoi betoi bercinta sehingga jinjang pelamin Mengakui hubungannya memang...

Zarul Umbrella Tampil Mohon Ampun Pada Peminat Yang Terasa Hati

Posted: 08 Dec 2016 07:54 PM PST


Susulan luahan ahli kelab peminat Zarulians tentang pasai sikap Zarul Umbrella yang mengabaikan depa penyanyi berkenaan telah tampil memintak ampun kepada peminat yang terasa hati dengan sikapnya ...

Aeril Zafrel Mau Tampil Sado Pasai Wawa Zainal

Posted: 08 Dec 2016 07:52 PM PST


Kalau hampa perasan sejak kebelakangan ni badan pelakon Aeril Zafrel kelihatan agak sado Kata oghang memang taste lah ghamai yang tertarik dengan susuk tubuh Aeril yang terpalin baghu terut...

Meninggai Dunia Kunyah Kabel Pengecaih Telefon

Posted: 08 Dec 2016 06:48 PM PST


soghang bayi pompuan meninggai dunia selepaih terkena renjatan elektrik wayaq pengecaih telefon yang ditinggaikan ibu bapanya Menurut laporan Mirroq UK bayi hat sama dok habaq tadi bermain dengan...

Tergantung 30 Minit

Posted: 08 Dec 2016 06:46 PM PST


soghang pekerja pembinaan terpaksa menahan derita lebih kughang 30 minit selepaih tergelinciaq dari tingkat tujuh dan tergantung pada tali keselamatan pada ketinggian 20 meter Laporan Qianjin Even...

Dihumban Ke Lubang Taik

Posted: 08 Dec 2016 06:44 PM PST


Tindakan soghang lelaki yang mencurik seekoq anjin di sebuah kampung di sini membawa padah apabila dia ditangkap sebelum dilempaq ke dalam lubang taik Media tempatan menceghitakan penduduk kampun...

Penyamun Ketaq Lutut Dipenjara

Posted: 08 Dec 2016 06:42 PM PST


Suasana di sebuah Mahkamah Sesyen di sini hari ni bertukaq kecoh apabila soghang tertuduh keh samun berkumpulan teghiak teresak esak sambey menjerit jerit selepaih bapanya bertindak menarik balik w...

Awatlaa Ailah Mendatangkan Gembira Sesaat Tapi Derita Berpanjangan

Posted: 08 Dec 2016 06:32 PM PST


Kebahagiaan datang hanya sesaat tapi awatlaa penderitaan datang tu dirasakan sangat lama dan berterusan mai dalam setiap saat hidup kita Sebenaqnya dalam kepedihan ada pengalaman berharga Dalam ...

Kajian Mendapati Pengguna Iphone Kughang Jujoq Berbandin Pengguna Android

Posted: 08 Dec 2016 06:32 AM PST


hampa soghang pengguna iPhone Ya hampa barangkali kelihatan mewah dan bergaya namun sebenaqnya hampa barangkali jugak mempunyai tahap honesty humility yang rendah Honest humility adalah merangk...

Video Lelaki India Onani Depan Gadih Cina Di Mcdonald Autocity

Posted: 08 Dec 2016 04:32 AM PST


Apa yang dibuat lelaki ni sungguh mengejut dan amat menjijikkan Mana tidaknya selamba buat onani di kawasan terbuka iaitu di sebuah restoran makanan segera di Bukit Mertajam Pulau Pinang tanpa se...

Pra Tempah Kamera Canon Eos M5 Bermula Hari Ni Pada Ghega Rm 4 699

Posted: 08 Dec 2016 03:52 AM PST


Canon pada pertengahan tahun ni telah mengumumkan pelbagai siri kamera depa dalam keluarga DSLR dan jugak keluarga asaih Pada hari ni depa telah mengumumkan kamera baghu dalam keluarga EOS M iait...

myartis.com

Posted: 09 Dec 2016 02:01 AM PST

myartis.com


BEBAS: PERLU MASA, AIDIL AZIZ INGIN BERSAMA KELUARGA

Posted: 08 Dec 2016 05:01 PM PST



Pelakon Aidil Aziz yang terlepas daripada hukuman tali gantung serta dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 semalam itu mahu menikmati saat-saat didampingi ahli keluarganya sementelah lebih dua bulan berada dalam tahanan reman atas dakwaan memiliki 465 gram dadah jenis ganja.

Oleh yang demikian, Aidil memohon agar diberikan sedikit waktu sebelum tampil memberi sebarang kenyataan media.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

6 GAMBAR - WAJAH TERKINI IDRIS EZZWA, ANAK MISHA OMAR

Posted: 08 Dec 2016 03:21 PM PST



Pasti ramai yang ingin melihat wajah terkini Muhammad Idris Ezzwa, anak lelaki Misha Omar yang lahir pada 24 Ogos lalu.

Melihat gambar yang dikongsikan di Instagram, siapa yang tidak geram dengan telatah dan gelagat anak Misha yang semakin membesar ni.

Untuk makluman anda, anak Misha yang dilahirkan secara normal di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, itu sudah berusia 3 bulan lebih.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

8 GAMBAR - LANA NODIN SIAP SEDIA TAMBAH ANAK

Posted: 08 Dec 2016 02:28 PM PST



Jika masa baru-baru melahirkan Gia Quinn McKienzi, Lana Nodin dan suami, Mohd Daud McKienzie, 36, seolah main sorok-sorok gambar bayinya dengan peminat, namun kini gambar Gia seolah satu kemestian dan memenuhi laman sosial mereka.

"Selama ini anak rapat dengan saya, malah saya dan suami juga tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Pendek kata, Gia 24 jam bersama saya. Disebabkan itu dia susah nak dekat dengan orang lain.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment