KedahLanie.info Posted: 10 Dec 2016 10:26 AM PST Mat Sabu: Jika ekonomi buruk, Najib akan batal ‘serang hendap’ pembangkang Posted: 10 Dec 2016 04:52 AM PST 
Unjuran ekonomi global yang tidak menentu tahun depan menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencari tarikh bagi membubarkan parlimen bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. Katanya, permintaan global yang lembab terutamanya dari rakan dagang terbesar iaitu China, terus suram menyebabkan ekonomi akan terus perlahan. "Andainya ramalan buruk ekonomi ini menjadi realiti seawal tahun depan, Najib akan membatalkan cita-citanya untuk 'menyerang hendap' pembangkang. "Maka cita-cita Najib untuk membubarkan parlimen dalam suku pertama iaitu sebelum Mei 2017 hanya menjadi omongan kosong beliau sahaja. "Melambatkan pilihan raya pula mempunyai risiko tersendiri yang tidak kurang mengancam survivalnya," katanya. Mohamad berkata demikian dalam ucapan perasmiannya konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. Mohamad berkata Najib telah memberi suntikan 'rasa sedap' kepada pengundi dengan menghidangkan 'muruku' dalam bajet 2017 hanya sebagai mengalas perut. "Tetapi bila kos sara hidup menggigit akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penarikan pelbagai subsidi, mereka akan teringat pepatah orang tua 'untung secupak rugi segantang'. "Muruku atau gula-gula ini akan segera dilupakan rakyat apabila situasi bertambah berat…," katanya. Mohamad turut mengingatkan rakyat mengenai insiden bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang akibat kos sara hidup yang tinggi supaya tidak berulang kembali. "Kita tidak mahu insiden 26 Oktober di Jambatan Pulau Pinang, kes bunuh diri berulang kembali akibat tekanan kos kehidupan dan sekiranya ada yang merancang untuk melakukan sedemikian jangan berputus asa. "Bersama kami (AMANAH) untuk melakukan perubahan dan tumbangkan kerajaan yang bolot, boros dan rakus ini," katanya | 1MDB punya pasal, KJ juga pernah menghantar surat letak jawatan. Posted: 10 Dec 2016 04:16 AM PST  Khairy Jamaluddin ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana Ketua Pemuda Umno itu tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion pada tahun lalu. "Pada tahun lepas, salah seorang kenalan kita menjemput saya untuk berjumpa dengan KJ secara sulit di rumahnya, kira-kira jam 11.30 malam. Saya pergi sendiri ke rumah dia, berjumpa tiga orang sahaja dan ada saksi. "Perjumpaan itu kononnya untuk menyatukan kami berdua kerana kami dilihat pemimpin-pemimpin muda dalam Umno yang walaupun nampak sebelum ini bertentangan, tapi dalam hal menyelamatkan Umno ketika itu dia ingat kami berdua mungkin boleh lakukan suatu menggerakkan ahli-ahli di peringkat akar umbi khususnya orang muda untuk menolak kepimpinan Najib," katanya. Beliau berkata demikian semasa ceramah perdana sempena majlis perasmian ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stargate, di sini, kelmarin. Menurutnya, pengakuan daripada KJ itu dibuat dengan alasan tidak mempercayai langsung alasan yang diberikan perdana menteri mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion. "Dia kata kepada saya, alasan-alasan yang diberikan langsung tak masuk akal dan macam memperbodohkan rakyat. Kemudian mengenai RM2.6 bilion, dia kata pak Arab ini bukan semuanya kaya termasuklah putera-putera raja pun. Jadi pilihlah yang mana tak kaya, bagi RM10 atau RM20 juta, suruh dia mengaku kononnya dia bagi RM2.6 bilion kepada Najib, selesailah. "Itu kata-kata KJ kepada saya dan dia yakin perkara itu berlaku. Bukan setakat itu sahaja, dinyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk letak jawatan kerana sudah tak tahan membela seorang pemimpin yang dia tahu salah guna kuasa. Kami memang sependapat mengenai masalah yang dibawa ke dalam Umno oleh presiden sendiri," katanya. Mukhriz berkata, maklumat yang beliau terima akhirnya KJ memang sudah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno. "Tetapi saya difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang saya tak pasti, sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu. "Ini membuktikan bahawa apa yang dia sebut dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini kononnya dia sokong tak berbelah bahagi memang ayat Umno. Kononnya orang sangka dia itu jahat, tengok Mukhriz pun dah tinggal Umno. Hanya dia yang kekal, maka dia lah orang yang baik-baik kononnya," katanya. Mengulas lanjut mengenai PAU 2016, Mukhriz mengakui berasa janggal dan pelik apabila buat kali pertama tidak menghadirinya pada kali ini. "Saya nak buat pengakuan memang benar dakwaan mereka bahawa ada musuh dalam selimut, dalam Umno sebab mereka sebenarnya orang-orang Bersatu. Saya nak sentuh mengenai PAU ini kerana kita nak balas balik apa yang mereka bangkitkan itu," katanya. | Semasa PRU13 antara PAS & DAP, siapa kudakan siapa? Posted: 09 Dec 2016 07:27 PM PST Ahmad Yakob sound Mahathir supaya tinggalkan DAP kerana DAP cuma mempergunakan PPBM utk dptkan undi Melayu.. Mahathir jawab, DAP tak bertanding pun di kerusi majoriti Melayu mcm mana pula boleh dituduh mempergunakan PPBM, sedangkan PAS dahulu banyak menang di kerusi majoriti bkn Melayu hasil undi pengundi bkn Melayu.. Kalau difikirkan logik, PAS lah yg mempergunakan DAP utk raih utk non-Muslim.. PAS pernah ckp mereka takkan buat Hudud, bukankah itu utk dptkan undi bukan Melayu.. PAS sanggup ubah tagline Negara Islam kpd PAS for All, utk apakah semua itu kalau bukan utk dpt undi bukan Melayu? PAS menang selesa kerana undi swing Cina kepada PR pada waktu yg sama PAS terus gagal tarik undi Melayu kpd PR.. So siapa yg diperguna, DAP atau PAS? | Perlu dana untuk tempurung tiruan Posted: 09 Dec 2016 03:31 PM PST  KULIM - Seorang jurukamera RTM yang kini menghidap pesakit strok memerlukan dana bagi membiayai kos tempurung kepala tiruan yang mencecah lebih RM20,000. Selepas enam bulan diserang strok, Harul Shahrin Mohd Ali, 35, hanya mampu duduk di atas kerusi roda dan tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan. Ibunya, Salmah Muhamad, 62, berkata, anak tunggalnya itu diserang strok pada 12 Jun lalu ketika sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama rakan. "Waktu berbuka puasa, dia jatuh dan pengsan. Rakan-rakan dia di Kuala Lumpur bawa dia pergi ke hospital. "Pada 13 Jun, dia jalani rawatan di bahagian kepala dan doktor terpaksa buang tempurung untuk proses rawatan. Selepas pembedahan, dia pengsan selama seminggu sebelum sedar semula," katanya. Menurutnya, anaknya itu telah menjalani rawatan fisioterapi di Kuala Lumpur sebelum dibawa ke rumah untuk rawatan lanjut termasuk memasukkan semula tempurung tiruan di bahagian kepalanya. "Kami bawa dia balik ke rumah. Setiap bulan Harul akan dapatkan rawatan terapi dan ambil ubat di Hospital Kulim. Di Hospital Pulau Pinang pula Harul akan buat pemeriksaan di bahagian kepala untuk proses masukkan semula tempurung tiruan. "Sekarang adik saya banyak membantu untuk mandikan dia, kalau nak pergi hospital di Pulau Pinang pula terpaksa sewa kereta dengan kos lebih RM100 termasuk makan dan minum," katanya. Salmah berkata, kos tempurung tiruan mencecah lebih RM20,000 perlu dibiayai sendiri dan Harul perlu melakukan pembedahan segera. "Doktor ada bagi tiga jenis tempurung tiruan untuk dimasukkan ke dalam kepala bagi menggantikan tempurung lama yang dikatakan telah rosak. "Setiap tempurung tiruan itu mempunyai risiko, hanya mampu bertahan tiga tahun dan perlu diganti semula dengan pembedahan, tapi yang harga RM20,000 itu ia kekal dan kurang risiko," katanya. Katanya, dia merayu orang ramai dapat membantu menghulurkan sumbangan untuk biayai kos tempurung kepala tiruan kerana tidak mampu. "Saya tak ada sumber pendapatan lain, suami juga pesakit strok dan tak mampu berbuat apa-apa, saya merayu ihsan orang ramai untuk mengalirkan sumbangan menanggung kos tersebut," katanya. Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh melalui akaun Maybank 152031588191 atas nama Salmah Mohamad. | Sokong KFA kekalkan harga tiket Posted: 09 Dec 2016 03:30 PM PST 
KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengekalkan harga tiket RM10 bagi kawasan tidak berbumbung mendapat sokongan kelab gabungan badan induk negeri ini. Pengerusi Kelab Belia Darul Aman, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, keputusan itu amat dihargai kerana ia merupakan kawasan utama menempatkan ramai penyokong skuad Helang Merah. "Harga RM10 adalah amat rendah berbanding kadar di stadium lain dan pengekalan harga itu sangat dihargai. Ini kerana kawasan tidak berbumbung mampu memuatkan 70 peratus daripada keseluruhan kawasan penonton di stadium yang berkapasiti 30,000 penonton," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. Menyentuh mengenai kenaikan harga tiket di tempat berbumbung dan astaka utama, Syed Mohd Johan Rizal berkata ia sejajar dengan proses menaik taraf Stadium Darul Aman yang menelan kos RM10 juta sedang dilakukan agar suasana lebih kondusif. "Untuk itu, kenaikan margin yang rendah harga tiket bagi kawasan berbumbung dan astaka utama akan disusuli dengan beberapa pelaksanaan termasuk memperkemaskan sistem penjualan tiket, keselamatan dan tempat duduk. "Selain itu, kenaikkan margin harga tiket itu juga diharap dapat membantu menampung kos biaya pasukan yang menelan belanja hampir RM28 juta bagi 2017 berbanding RM23 juta bagi musim 2016," katanya. Menyentuh mengenai agihan tiket, Syed Mohd Johan Rizal mahu KFA memastikan sistem jualan tiket dikemas kini termasuk kemudahan lain seperti surau, laluan khas bagi peminat wanita, Orang Kelainan Upaya dan kanak-kanak agar tidak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat skuad Helang Merah. Dalam pada itu, Syed Mohd Johan Rizal berharap barisan pemain bagi musim 2017 dapat mempertahankan kemegahan skuad Helang Merah seperti mana yang dicapai sepanjang 2016. "Kami percaya, gandingan Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Sandro Mendonca dan Rizal Ghazali mampu memastikan kejayaan skuad hijau kuning sepanjang musim ini," katanya. Pada 6 Disember lalu, KFA telah mengumumkan kenaikan harga tiket bagi menyaksikan semua perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman di sini iaitu antara RM4 hingga RM8 bermula musim depan. Berikutan harga tiket baharu itu, harga bagi tempat duduk berbumbung dinaikkan daripada RM16 kepada RM20 manakala bagi tempat duduk di astaka utama dinaikkan daripada RM22 kepada RM30 sebelum ini. - Bernama
| PH, Bersatu bakal bergabung? Posted: 09 Dec 2016 11:47 AM PST  Saifuddin Abdullah. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan membincangkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 13 Disember ini. Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pertemuan empat parti antara pimpinan tertinggi PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP, dan Bersatu itu akan diadakan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya. "Kami akan bincang kerjasama politik empat parti bagi mewujudkan suasana satu lwn satu antara pembangkang dengan BN," ulasnya pada sidang media di sini, hari ini. Mengulas kemungkinan gabungan Pakatan. Harapan dengan Bersatu, Saifuddin berkata, hubungan pihaknya bersama Bersatu menunjukkan perkembangan baik setakat ini. "Pada kami Bersatu hadir konvensyen Pakatan Harapan pada November lepas. "Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga hadir berucap, pada kami itu perkembangan positif," katanya lagi. | |
ROTIKAYA Posted: 09 Dec 2016 10:56 PM PST Adi Putra Berdebar Tunggu Isteri Kedua Bersalin Posted: 09 Dec 2016 07:15 PM PST Kalau masih ingat, ada khabar mengatakan isteri kedua Adi Putra kini sedang hamil namun bagaimanapun tiada sebarang pengesahan daripadanya sendiri. Tetapi kini Adi akhirnya membuka mulut mengenai berita kehamilan tersebut. Seperti orang lain, Adi turut berasa teruja dan berdebar menantikan cahaya mata pertama mereka sejak berkahwin pada pertengahan Jun lalu. BACA: Isteri Kedua Adi Putra Hamil? "Jika ditanya soal perasaan, memang mana-mana manusia juga akan rasa bersyukur dan gembira menerima berita yang baik seperti ini. Bagi saya, perasaan ini adalah perkara yang akan dilalui oleh kebanyakan orang. Sudah berapa bulan, saya juga tidak periksa lagi” "Lelaki atau perempuan juga masih belum tahu, sebab masih baru. Soal persiapan pula buat masa ini tiada persiapan jangka panjang. Kami lebih kepada persiapan untuk perkara yang penting sahaja,” jelasnya kepada Utusan Online mengenai persiapan menerima orang baru. Sebelum ini ketika kontroversi melanda Adi selepas beliau bertindak bernikah sekali lagi secara senyap, Adi pernah menegaskan bahawa dirinya tidak mahu lagi berkongsi tentang kehidupan peribadinya kepada umum kerana serik dengan respon yang diberikan peminat. Mungkin disebabkan itu juga Adi tidak terlalu kongsikan mengenai berita kehamilan ini. Apapun semoga segala urusan yang dirancang akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar hendakNya. Diharapkan juga ikatan perkahwinan yang dibina Adi dan isteri juga akan bertambah erat dengan kehadiran cahaya mata pertama tidak lama lagi. (rkty/w) | Isteri Saharul Ridzwan Sedang Hamil? Posted: 09 Dec 2016 04:58 AM PST Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan dulu, Saharul Ridzwan dan isteri khabarnya bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Menerusi akaun Instagram beliau, Saharul seolah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar perkembangan bayi berserta kepsyen mengucap tanda syukur dengan rezeki diberikan. BACA: Saharul Ridzwan Akui Rezeki Melimpah Ruah Selepas Kahwin “Assalamualaikum. Alhamdulillah, doakan Allah melindungi kami. Salam maghrib semua,” katanya dengan ringkas dan bersahaja berkongsi berita kehamilan isterinya menerusi Instagram. Tidak lama selepas gambar tersebut dimuat naik, ramai mula membanjiri ruangan komen pelakon kesayangan mereka itu untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan romantis ini. Ramai juga yang tidak putus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka. Pun begitu, Saharul masih belum memberikan sebarang komen mengenai kenyataan tersebut. Apapun, jika benar berita ini, tahniah diucapkan kepada Saharu dan isteri. Semoga perkahwinan yang dibina lebih bermakna dan bahagia bersama anak pertama nanti. (rkty/w) | “Saya Berubah Bukan Untuk Publisiti” Posted: 09 Dec 2016 12:18 AM PST Enggan mengulas lanjut mengenai penampilan barunya yang berpurdah, Natasha Hudson yang dulu lama menyepi kini hangat diperkatakan selepas gambar beliau berniqab tersebar di laman sosial. Bagaimanapun, Natasha menegaskan bahawa perubahan yang dilakukannya bukanlah bertujuan untuk mencari publisiti atau mempromosikan diri untuk kembali dikenali. BACA: Imej Terbaru Natasha Hudson Tarik Perhatian Ramai “Jika ingin bertanya mengenai perubahan diri saya, rasanya tiada apa yang perlu diulas lagi. Segala-galanya sudah saya kongsi menerusi blog. Saya berubah bukan untuk mempromosikan diri, malah tidak perlu memberitahu satu dunia setiap langkah yang dibuat. Lagipun, saya tidak lagi berada dalam limpahan cahaya dunia hiburan,” katanya kepada Berita Harian Online. Untuk pengetahuan, kali terakhir Natasha muncul di televisyen adalah ketika beliau membintangi filem komedi, Mamak Cupcake bersama Shaheizy Sam dan Siti Saleha. Manakala, beliau membuat keputusan untuk berhijab sejak empat tahun lalu dan perlahan-lahan berhenti dalam dunia seni selepas berumah tangga buat kali kedua dengan Mohd Khalid Mohd Kamal. Terdahulu, Natasha ada berkongsi mengenai penghijarahannya melalui akaun Instagramnya yang menceritakan keinginannya untuk membersihkan hati dan jiwa mengikut panduan kitab Allah. Selain itu, beliau turut berpesan kepada semua untuk mencuri masa ketika muda untuk mempelajari ajaran Islam dengan membaca kitab suci supaya dapat mencantikkan jiwa. (rkty/w) | |
No comments:
Post a Comment