ROTIKAYA Posted: 11 Dec 2016 07:57 PM PST “Ramai Mahu Dekati Saya Termasuk VIP, Saya Tolak” Posted: 11 Dec 2016 07:16 PM PST Mempunyai rupa paras seakan Nora Danish, pasti ramai golongan lelaki kacak di luar sana menggilai wanita ini. Mengakui banyak lelaki yang cuba mendekatinya, lebih-lebih lagi golongan dari VIP, Ruhainies terpaksa menolaknya kerana merasakan belum bersedia. BACA: Ruhainies Minta Datuk Red Cari Artis Lain Saja “Sekarang ini masa untuk diri sendiri pun tidak ada, inikan pula nak bercinta. Saya akui memang banyak lelaki yang cuba mendekati dan mahu menjalin hubungan termasuk golongan dari VIP, tetapi saya menolak dengan baik. Bukan tak mahu, tapi buat masa sekarang saya belum bersedia” “Orang selalu kata saya terlalu memilih, tapi sebenarnya tidak. Saya tidak pernah menetapkan sebarang syarat, cukuplah sekadar lelaki itu menghormati saya, ibu bapa dan juga boleh membimbing saya ke jalan yang lebih baik. Selebihnya saya hanya berserah kepada jodoh,” jelasnya kepada Harian Metro berhubung dengan perkara berkenaan. Sebelum ini, Ruhainies pernah dikaitkan dengan seorang pelakon, Azrel Ismail selepas jejaka itu tampil mendedahkan mereka mempunyai hubungan cinta sejak setahun dulu. Bagaimanapun sejauh mana kebenaran hubungan terbabit tidak diketahui kerana Ruhainies sendiri tidak membuka mulut mengenainya dan memaklumkan dirinya kini masih solo. (rkty/w) | Ummi Nazeera Sahkan Sudah Bertunang Posted: 11 Dec 2016 06:28 PM PST Tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera yang baru saja mengikat tali pertunangan bersama seorang jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Mr I semalam dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman beliau. Bercerita mengenai tunangnya, Ummi memberitahu bahawa beliau seorang doktor yang berusia 29 tahun, juga berasal dari Kuala Lumpur. BACA: Ummi Nazeera Kini Sudah Bertunang? “Saya bukannya mahu sorok hari bahagia ini. Sebaliknya keluarga mahukan majlis ringkas dan tertutup yang dihadiri keluarga rapat sahaja. Justeru, saya harus menghormati permintaan mereka. Sejujurnya, kami tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr I, pada 31 Januari lalu apabila dia menghantar pesanan berkenalan. “Sejak itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap di talian telefon. Apabila memasuki sebulan setengah perkenalan menerusi mesej, dia menelefon buat kali pertama dan meluah perasaan untuk bertemu. Saya mengatakan bahawa dia boleh berjumpa saya dengan syarat dia kena menemui ibu saya dulu,” katanya kepada Harian Metro. Selepas tiga bulan berkenalan, jejaka berkenaan membuat keputusan untuk melamarnya. Dua minggu selepas Aidilfitri lalu, Ummi telah dirisik manakala kedua pihak keluarga juga telah mencapai kata sepakat untuk melangsungkan majlis pertunangan terlebih dahulu. Ummi juga memaklumkan bahawa mereka bakal berkahwin pada tahun depan. (rkty/w) | Uqasha Senrose Belum Fikir Soal Kahwin Posted: 11 Dec 2016 05:42 PM PST Mempunyai hubungan mesra dengan seorang jejaka berketurunan kerabat diraja Pahang yang dikenali, Tengku Bakar, ada yang menganggap pasangan ini sedang hangat bercinta. Bagaimanapun, Uqasha Senrose memilih untuk berdiam diri walaupun sesekali kelihatan kelibat pasangan ini keluar berduaan. Malah tegasnya lagi, hubungan itu hanyalah sekadar kawan. BACA: Jadi Bahan Cemuhan, Uqasha Senrose Tak Kisah “Mendirikan rumah tangga bukan perkara mudah. Banyak aspek yang perlu difikirkan, terutama apabila menyentuh mengenai tanggungjawab. Mungkin kedengan klise, tetapi hubungan saya bersama jejak itu masih pada peringkat berkawan. Hanya itu yang saya mampu jelaskan,” katanya kepada ruangan Bipop dalam Berita Harian berhubung dengan perkara itu. Sementara itu, Uqasha turut memberitahu bahawa dirinya enggan terlalu bercerita mengenai hubungannya bersama jejaka itu kerana menganggap ianya sebagai sesuatu yang peribadi untuk dimaklumkan. Pernah mencetuskan kontroversi membuka tudung, Uqasha kini dilihat kebih tenang dan matang mengendalikan gosip seperti ini sebagai seorang selebriti yang terkenal. Apapun, soal jodoh bukan perkara yang boleh diputuskan dalam sekelip mata. Sama seperti hubungan cinta, mungkin Uqasha perlukan sedikit masa untuk bertenang dengan beberapa kontroversi melanda dirinya sebelum ini. Tapi kalau dah jodoh tak kan lari ke mana bukan. (rkty/w) | “Soal Anak Bergantung Pada Rezeki” – Nabila Huda Posted: 11 Dec 2016 11:00 AM PST Aktres Nabila Huda, yang sebelum ini telah pun dikurniakan seorang anak yang comel hasil perkahwinan terdahulunya, memberitahu soal untuk menambah zuriat adalah bergantung pada rezeki, walaupun dia dan suaminya telah berusaha. “Setiap bulan kami akan cuba, tapi tak ada rezeki lagi, kami pun sudah berkahwin lebih kurang setahun sudah. Daripada hati kecil memang saya agak sedihla. Tapi saya tak nak fikir,” katanya yang ditemui di Anugerah Melodi 2016. BACA: Nabila Huda Janji Tidak Akan Demand Harga Tinggi Tambahnya lagi, untuk tidak memikirkan perkara tersebut dia mengambil perkara ini sebagai satu perkara positif dalam kehidupannya kini. “Tak payah berfikir tentang perkara ini, anggap sekarang ini masa honeymoon saya dan suami. Dulu tak ada masa dengan dia masa couple sebab bukan muhrim, jadi kami bercinta masa sekarang” “Kalau saya mengandung sekarang, tidak ada masa pula untuk suami, kerana sekarang pun kita sudah berebut dengan Keisha,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h) | Fattah Amin Nafi Tumpang Populariti Neelofa Posted: 11 Dec 2016 10:44 AM PST Pelakon yang semakin meningkat naik, Fattah Amin menafikan bahawa dia menumpang populariti, Neelofa. Baginya tiada istilah siapa tumpang siapa kerana mereka berdua bekerja sekali untuk peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan menonton lakonan mereka. “Sebenarnya saya rasa tidak ada istilah tumpang, macam saya ada official team FT yang memberikan sokongan. Bila drama Suri Hati Mr. Pilot habis ada yang mencipta Lofattah. Apa yang boleh saya cakapkan mereka suka tengok saya dan Lofa dalam drama” BACA: Aksi Neelofa Teman Fattah Amin Main Futsal Curi Perhatian “Mereka semua masih menyokong walaupun drama sudah habis. Mungkin sebab itu juga muncul supporter yang sokong Lofattah lepas habis drama. Saya tak rasa saya tumpang fans club Lofa atau Lofa tumpang fans club saya, sebab kami kerja sekali” “Jadi fans kita kerjasama untuk naikkan drama yang kami berlakonlah, itu yang sebenarnya,” katanya yang ditemui di majlis Anugerah Melodi 2016. Dalam masa yang sama, hubungannya bersama pelakon Neelofa dilihat semakin baik, kerana dia telah memberitahu pernah berjumpa dengan ahli keluarga Neelofa. “Keluarga ada jumpa. Benda-benda macam ink kita tak tahu lagi, jodoh di tangan Allah. Tapi kalau ada apa-apa kami bagi tahu,” katanya yang turut berjaya merangkul anugerah Personaliti Drama Melodi pada malam berlangsungnya cara tersebut. (rtky/h) | Ummi Nazeera Kini Sudah Bertunang? Posted: 11 Dec 2016 03:34 AM PST Walaupun sebelum ini pernah menyatakan dirinya enggan memikirkan soal cinta kerana mahu mementingkan kerjaya, Ummi Nazeera dikhabarkan telah selamat bertunang. Tidak pernah bercerita lanjut mengenai kehidupan peribadinya, mahupu identiti kekasih, Ummi seolah-olah mengejutkan ramai orang dengan beberapa gambar persiapan perkahwinannya di Instagram. BACA: Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini Kepada peminat yang mengikuti perkembangan pelakon ini di laman sosial, memang kelihatan beberapa keping gambar yang dimuat naik menunjukan beliau sedang membuat persiapan perkahwinan. Biarpun tidak mendedahkan wajah tunangnya kepada umum, namun Ummi dilihat sakan memuat naik video keluarganya melakukan sesi latihan untuk akad nikah nanti. Berita gembira ini juga mungkin sudah agak lama dihidu oleh peminat yang mengikuti Ummi di Instagram. Malah ruangan komen media sosial Ummi juga sudah dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat yang gembira dengan perkahwinan beliau. Ramai juga yang rasa tidak sabar ingin melihat bakal suami pelakon kesayangan mereka ini bersanding. Apapun, Ummi masih belum mendedahkan atau pun mengeluarkan sebarang kenyataan mengesahkan gosip ini. Namun jika benar berita ini, tahniah diucapkan kepada Ummi dan pasangan. Semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke Jannah. (rkty/w) | Saharul Ridzwan, Isteri Tunai Umrah Bulan Depan Posted: 11 Dec 2016 02:35 AM PST Nampaknya semakin murah rezeki Saharul Ridzwan dan isteri, jika sebelum ini ada khabar angin mengatakan Deena Emir kini sedang hamil, sekarang pula Saharul sedang merancang untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri. Menurutnya, beliau merancang untuk berangkat pada bulan depan selepas menangguh percutian bulan madu mereka pada awal perkahwinan. BACA: Isteri Saharul Ridzwan Sedang Hamil? “Alhamdulillah dapat juga saya dan isteri ke sana bulan depan. Semoga ibadat dan kunjungan kami akan dipermudahkan. Ia menjadi kali kedua saya mengerjakan umrah. Cuma kali ini bersama isteri tersayang. Bulan ini saya dan isteri akan mencuri masa untuk mengikuti kursus umrah” “Syarikat produksi Global Station turut membenarkan saya membawa isteri menaiki kapal mewah menuju ke Phuket dan Krabi ketika menjalani penggambaran drama Arluna bersama Anzalna dan pelakon lain,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu. Sementara itu, Saharul yang telah bernikah sejak empat bulan lalu bagaimanapun terpaksa menangguhkan perjalanan bulan madu mereka yang dirancang pada awal perkahwinan kerana komitmen kerja. Apapun diharap segala perancangan Saharul sekeluarga berjalan dengan lancar, dan semoga diberikan kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah. (rkty/w) | Gambar Sekitar Majlis Hari Jadi Anak Kedua Che Ta Posted: 10 Dec 2016 10:39 PM PST | |
MySensasi Posted: 11 Dec 2016 12:26 PM PST |
KedahLanie.info Posted: 11 Dec 2016 09:57 AM PST Siapa yang keliru sebenarnya.. HADI, MAHATHIR atau RAKYAT??? Posted: 11 Dec 2016 05:07 AM PST PAS TIDAK KELIRU, JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI SEDANG MENUNGGU...
Walaupun dikecam oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai parti yang keliru, Pas tidak mustahil akan memilih untuk terus menjadi parti yang keliru dan mengelirukan sehingga pilihanraya umum akan datang.
Dengan menjadi parti yang keliru, Pas bukan saja dapat mengelirukan rakyat, bahkan penyokongnya sendiri akan turut dikelirukan.
Mengelirukan rakyat, terutama penyokong Pas di kampung-kampung adalah perkara yang paling diharapkan oleh Najib Razak kerana dengan kekeliruan itulah yang akan menyebabkan UMNO dan BN mampu menang pilihanraya dan dapat terus berkuasa.
Tetapi, adakah Hadi Awang keliru dengan pendiriannya itu?
Jawabnya, tentu saja tidak.
Pas adalah parti politik dan Hadi adalah pemimpin politik. Pas dan Hadi tidak berbeza dengan parti politik atau pemimpin politik yang lain yang ada di dunia moden ini. Semua mereka adalah sama.
Parti politik dan orang politik sentiasa kemaruk kuasa. Cuma kadang-kadang mereka pandai mengelirukan rakyat di sebalik keinginan terhadap kuasa itu.
Apabila Pas kekal menjadi parti yang keliru dan pertandingan menjadi tiga penjuru, kebarangkalian untuk UMNO dan BN menang lebih kerusi dalam PRU 14 nanti adalah tinggi kerana kejayaannya mengelirukan pengundi.
Dengan pengundi keliru kerana sesama pembangkang berlawan tiga penjuru, UMNO dan BN sebagai kerajaan sedia ada lebih mudah lagi menjalankan kerja-kerja pengeliruan mereka bagi tujuan mengekalkan kuasa.
Tetapi, disebabkan parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan "sudah mati" serta kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka turut mengalami perubahan, Najib mungkin tidak mampu menubuhkan kerajaan secara sendirian dalam konteks BN.
Dengan kedudukan pengundi keliru, terkeliru atau sengaja dikelirukan, Pas sebaliknya mampu mengekalkan kemenangan di kawasan-kawasan di mana ia sedia kuat selama ini.
Dengan itu, selain Najib dan UMNO boleh terus berkuasa, Pas juga mampu terus berkokok di Kelantan, Terengganu dan kawasan-kawasan majoriti Melayu yang lain.
Namun, berikutan ketidakmampuan menubuhkan kerajaan itu, Najib dan UMNO tidak ada pilihan selain mengajak Pas mewujudkan kerjasama bagi menubuhkan kerajaan campuran.
Hubungan yang sudah sedia terjalin antara Najib dan Hadi serta mungkin juga disebabkan bantuan-bantuan lain yang diberikan kepada Pas sewaktu pilihanraya diadakan, akan menjadikan proses menubuhkan kerajaan campuran itu lebih mudah serta mustahil ditolak.
Jika dengan persetujuan Pas itu menyebabkan Najib dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri, Hadi sudah pasti lebih layak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri berbanding Zahid Hamidi. Hadi sudah dianggap lebih berjasa besar jika dibandingkan dengan Zahid Hamidi.
Untuk mengukuhkan lagi kerjasama itu, beberapa pemimpin Pas lain akan turut dijadikan menteri dan timbalan menteri.
Dengan Hadi menjadi Timbalan Perdana Menteri, ia secara sendirinya menyebabkan Zahid Hamidi tercicir daripada jawatannya. Adalah suatu pembaziran pula kiranya diwujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu masa, lebih-lebih lagi jika kedua-duanya adalah pemimpin Melayu.
Mencicirkan pemimpin UMNO sendiri daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri secara automatik juga mengelakkan Najib daripada ancaman dan gugatan untuk terus berkuasa dengan lebih lama. Sesiapa pun yang menjadi Timbalan Presiden UMNO selepas itu, Najib tidak perlu bimbang lagi dengannya.
Beliau boleh memilih sendiri bila waktu mahu bersara atau mahu berkuasa hingga ke hujung nyawa.
Ini kerana Timbalan Presiden UMNO bukan lagi penjawat nombor dua dalam kerajaan, sebaliknya hanya menteri biasa yang tidak boleh menggugat sama-sekali kedudukan Perdana Menteri. Kerusi Timbalan Perdana Menteri sudah jadi milik Pas sebagai rakan kongsi.
Perlahan-lahan seterusnya, Najib mempunyai cukup ruang dan masa untuk mengatur Hishammuddin, sepupunya untuk mengambil alih tempatnya nanti. Maka, selamatlah Najib daripada sebarang pendakwaan untuk selama-lamanya.
Hanya Pas yang keliru, tetapi Hadi dan Najib tidak keliru apabila sama-sama setuju untuk menjadikan parti Islam itu terus keliru. (SH 11/12/2016). | Jika anak anda demam, apa yang perlu anda lakukan.. Posted: 11 Dec 2016 04:33 AM PST JIKA ANAK DEMAM... Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi. • Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari. • Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar) • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema. • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung. Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap …. Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan. Dah baca tlg share tau…maklumat ni mungkin membantu ibu yg lain… | Azmin, AMANAH tak 'lapar' jawatan di S'gor Posted: 10 Dec 2016 09:58 PM PST 
Perwakilan Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Selangor mengingatkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali bahawa parti itu tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri. Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani, apa yang pihaknya mahukan ialah mereka dirai sebagai parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tidak 'ditekan' oleh kerajaan negeri. Ini kerana, Jamzuri mendakwa, AMANAH Selangor menerima pelbagai halangan dan birokrasi daripada kerajaan negeri sehingga pihaknya sukar untuk mengadakan kuliah di surau serta menggunakan dewan-dewan yang berada di bawah pihak berkuasa tempatan. "HARAPAN (di) Selangor adalah ibu kepada politik ding dong. Membosankan. Kita nak beritahu kepada menteri besar bahawa AMANAH tak lapar dengan jawatan. Kami tak lapar kedudukan dalam kerajaan. "Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri. "Ketua kampung PAS, ADUN PAS, ahli majlis PAS, exco-exco PAS, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang AMANAH dari menggunakan dewan-dewan. "Sekiranya AMANAH tak menang banyak kerusi, kita bimbang menteri besar lepas pilihan raya umum akan duduk dalam blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera," ujar beliau lagi. Beliau berkata demikian semasa berucap membahaskan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional AMANAH 2016 di Shah Alam. Sementara itu, Jamzuri turut meminta agar AMANAH dapat memberi penerangan khususnya pengundi Melayu mengenai DAP dan meyakinkan rakyat bahawa parti berkenaan bukan ancaman kepada Melayu, Islam dan negara. Katanya, pilihan raya umum akan datang merupakan medan untuk membawa isu perkauman dan parti lawan akan menjadikan DAP sebagai sasaran utama. "Sasaran utama tentulah DAP kerana isu ini adalah 'soft spot' dalam HARAPAN. Isu inilah yang digunakan secara maksima pada pilihan raya umum ke-13 dan isu ini juga bakal digunakan Umno untuk membunuh Pakatan Rakyat pada ketika itu. "Dan saya fikir, AMANAH perlu berupaya berhadapan dengan pengundi-pengundi Melayu khususnya, untuk meyakinkan mereka bahawa DAP ini bukan ancaman kepada negara, bukan kepada Melayu dan bukan ancaman kepada Islam di negara kita. "Ini kita perlu yakin, kita bersikap apologetik dalam menangani isu ini. Kita mesti berhujah di atas fakta dan kebenaran bagi menangkis sebarang sentimen kebencian, prejudis dan prasangka buruk yang disebarkan Umno dan sekutu baru mereka," katanya lagi. Sehubungan itu, beliau berkata, AMANAH tidak akan malu-malu untuk berdepan dengan isu tersebut bagi menangani sentimen kebencian terhadap DAP yang akan terus dimainkan Umno bagi menjauhkan pengundi daripada HARAPAN. | Tukar agama: Undang-undang persekutuan atasi negeri Posted: 10 Dec 2016 03:00 PM PST 
AZALINA KUALA LUMPUR - Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis bagi membenarkan hanya seorang daripada ibu bapa untuk mengislamkan anak mereka adalah kuasa prerogatif negeri tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mana-mana negeri boleh meluluskan undang-undang atau melakukan pindaan kepada mana-mana undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa mereka seperti dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, katanya, undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri jika berlaku ketaktekalan. Mengulas keputusan Dun Perlis itu semalam, katanya, Rang Undang-undang (RUU) yang dibentangkan oleh kerajaan bagi meminda Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (LRA), jika diluluskan, maka ia menjadi undang-undang Persekutuan. "Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana undang-undang yang tidak konsisten dengan undang-undang Persekutuan maka ia tidak terpakai dan undang-undang Persekutuan akan digunakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, cadangan pindaan LRA, antara lain mewajibkan bagi kedua-dua ibu bapa memberi persetujuan sebelum anak mereka memeluk Islam, akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada tahun depan. "Cadangan pindaan kepada LRA juga mungkin memerlukan untuk pindaan perlembagaan yang merupakan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan untuk menggantikan perkataan 'ibu atau bapa' kepada perkataan 'ibu dan bapa'," katanya. Azalina berkata, buat masa ini, terdapat tiga lagi enakmen negeri yang membenarkan kedua-dua ibu bapa memberikan kebenaran untuk menukar agama anak kepada Islam iaitu enakmen di Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu. Katanya, kerajaan komited untuk menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh dan input daripada semua pihak akan dipertimbangkan. "Saya harap semua pihak akan melihat cadangan pindaan itu secara objektif dan mengelak daripada mempolitikkanya untuk apa-apa sebab atau terlalu awal mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya. - Bernama | |
OhDunia.My Posted: 11 Dec 2016 08:18 AM PST Sejarah Penjenayah Tersohor Di Malaysia - Mona Fandey Posted: 11 Dec 2016 01:11 AM PST Kisah benar ini telah berlaku dalam tahun 1993, dimana negara telah digemparkan dengan satu kes pembunuhan kejam dan sadis terhadap Datuk Mazlan, iaitu seorang ahli politik yang merangkap ADUN Batu Talam, Raub Pahang. Mayat mangsa ditemui 10 hari kemudian dan cara mangsa menemui ajalnya melampaui pemikiran batas manusia normal. Pembunuhan ini juga disifatkan tanpa peri kemanusiaan.Baca selengkapnya | Bolot Tiga Hadiah, Ayda Jebat Ungguli Anugerah Melodi 2016 Posted: 10 Dec 2016 11:23 PM PST KUALA LUMPUR, ― Pelakon Ayda Jebat mengungguli Anugerah Melodi 2016 yang julung kali diadakan apabila membolot tiga kategori termasuk anugerah utama, personaliti sensasi.Baca selengkapnya | |
beautifulnara Posted: 11 Dec 2016 02:25 AM PST Video Amar Baharin Beli Hadiah Berkotak-Kotak Untuk Amyra Rosli Tersebar Posted: 11 Dec 2016 01:50 AM PST Amar Baharin dan Amyra Rosli baru sahaja mendirikan rumah tangga baru-baru ini. Abang Nara suka tengok mereka berdua. Nama pun masing-masing mula dengan huruf “A”. Memang sweetlah diorang berdua ini.  Memang sama cantik dan sama padan kan Amar Baharin dan Amyra Rosli ini? Walaupun baru berkahwin, Abang Nara respek dengan Amar Baharin kerana tidak lokek untuk memberikan hadiah kepada Amyra Rosli. Ada satu video tengah viral di mana kelihatan puluhan kotak yang Abang Nara rasa bernilai puluhan ribu di hadapan rumah Amar dan Amyra. Pergh. Kalau dikira, mahu dekat 30 kotak tue. Semua tue rasanya hadiah untuk Amyra tue. Cuba korang tengok reaksi terkejut Amyra apabila Amar panggil dia ke luar. Kalau Abang Nara pun terkejut dapat suprise hadiah punya banyak macam nie.  Selepas penat Abang Nara zoom kan video ini, dilihat kotak-kotak ini tertera dengan logo Lazada. Bijak sungguh Amar sebab Lazada sekarang tengah ada Online Revolution Sale sehingga 14 Disember. Macam-macam diskaun ada. Harga semua barang murah kaw-kaw. Tak caya? Tengok kat www.lazada.com.my. Silalah bershopping dan suprisekan wife/husband/pakwe/makwe korang. | |
myartis.com Posted: 11 Dec 2016 02:24 AM PST ADI PUTRA AKUI BERDEBAR TUNGGU KELAHIRAN ANAK Posted: 10 Dec 2016 06:58 PM PST Pelakon Adi Putra yang akhirnya membuka mulut mengenai kehamilan isteri keduanya itu berasa teruja dan berdebar menantikan cahaya mata pertama mereka sejak berkahwin pada pertengahan Jun lalu. Pada awal September lalu, ada khabar mengatakan isteri kedua Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, kini sedang hamil namun bagaimanapun tiada sebarang pengesahan daripadanya sendiri. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | 16 GAMBAR - GITARIS HUJAN, AG COCO SELAMAT NIKAH Posted: 10 Dec 2016 06:25 PM PST Pagi semalam, gitaris kumpulan Hujan, Mohd Hezry Mohd Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco telah selamat diijabkabulkan dengan Zuliana Eusoff atau Zue dengan sekali lafaz. Pada majlis akad yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kelana Jaya itu menyaksikan pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. AG Coco turut menyerahkan mas kahwin RM15,000 berserta tujuh dulang berbalas sembilan. Difahamkan, AG dan Zue mula berkenalan pada akhir tahun lalu, seterusnya bertunang pada 19 Mei lalu. AG Coco menyerahkan mas kahwin RM15,000 berserta tujuh dulang berbalas sembilan. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | TAHNIAH - ADI 6IXTH SENSE BAKAL BERGELAR BAPA Posted: 10 Dec 2016 05:06 PM PST "Alhamdulillah, tidak lama lagi kehidupan kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Saya tidak kisah apa jantina anak, memadai andai nanti dilahirkan sempurna dan sihat," ujar vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi atau nama penuhnya Adi Priyo Sambodo, 33, apabila isterinya, Natasyah Ahmad, 22, kini hamil tiga bulan. Adi mengakui dirinya itu bersyukur kerana kehidupannya semakin teratur dan juga semakin sempurna sejak bertemu jodoh dengan wanita yang berasal dari Sabah itu, membuatkan dirinya tidak sabar menanti detik untuk menjadi bapa. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | 4 FOTO - SEKITAR UMRAH RAJA FARAH & SUAMI BERSAMA ANAK Posted: 10 Dec 2016 04:15 PM PST Baru-baru ini, Raja Farah dan suami, Iskandar Ismail telah menunaikan umrah di Tanah Suci buat kali kedua dengan ditemani anak tersayang, Imran Iskandar. Sebelum ini, Raja Farah berkata keputusan tersebut dibuat kerana mahu mengimbau memori ketika mengerjakan umrah, Disember tahun lalu. Ketika itu juga sebenarnya Raja Farah sudah dua bulan mengandung dan hanya menyedari dirinya hamil sekembali ke tanah air. Kami doakan semoga kehadiran cahaya mata pasangan ini akan membawa bahagia berpanjangan. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | TFPW: HARITH ISKANDER DINOBATKAN JUARA, PEROLEH AS$100,000 Posted: 10 Dec 2016 03:04 PM PST Tahniah diucapkan kepada pelawak, pelakon dan pengacara Harith Iskander kerana telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan The Funniest Person In The World (TFPW) di Levi, Finland sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM444,845). Manakala mereka yang berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima AS$10,000 (RM44,484) dan AS$ 5,000 (RM22, 242). << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
Toknek.com RSS Feed Posted: 11 Dec 2016 02:20 AM PST |
ROTIKAYA Posted: 10 Dec 2016 08:31 PM PST Ayda Jebat Dinobat Personaliti Sensasi Melodi Posted: 10 Dec 2016 06:28 PM PST Tahniah diucapkan kepada Ayda Jebat yang talah mendominasi tiga kategori dan memenangi anugerah utama, Personaliti Sensasi Melodi pada kemuncak Anugerah Melodi 2015 yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seperti dijangka penyanyi Pencuri Hati itu turut memenangi Personaliti Muzik Melodi dan Personaliti Media Sosial Melodi. BACA: Nora Danish, Ayda Jebat Letih Kena Kutuk Sementara itu, nama Fattah Amin yang mula melonjak selepas drama yang mencipta fenomena dalam industri seni, Suri Hati Mr Pilot telah diumumkan sebagai Personaliti Drama Melodi. Manakala pasangannya pula, Neelofa telah diangkat sebagai Personaliti Pengacaraan Melodi. Selain itu Zizan Razak pula memenangi kategori Personaliti Filem Melodi. Dalam kemuncak Anugerah Melodi 2016 semalam, pelbagai persembahan dari selebriti tanah air turut memeriahkan lagi suasana. Antaranya Amy Search, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan & The Typewriter, Black, Tomok selain kemunculan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Afgan, Marcell dan Rizky Febian. Berikut merupakan senarai Pemenang Anugerah Melodi 2016: – Personaliti Sensasi Melodi: Ayda Jebat – Personaliti Filem Melodi: Zizan Razak – Personaliti Muzik Melodi: Ayda Jebat – Personaliti Drama Melodi: Fattah Amin – Personaliti Pengacaraan Melodi: Neelofa – Personaliti Komedi Melodi: Jep – Pasangan Sensasi Melodi: Akim & Stacy – Personaliti Media Sosial Melodi: Ayda Jebat – Personaliti Fesyen Melodi: Nazim Othman – Personaliti Sukan Melodi: Datuk Lee Chong Wei | Harith Iskander Juara Lawak Dunia, Raih RM444,000 Posted: 10 Dec 2016 01:18 AM PST Memperolehi undian tertinggi daripada empat pesaing lain, Harith Iskander telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan The Funniest Person In The World (TFPW) di Levi, Finland. Menerusi laman Twitter The Laugh Factory, Harith telah diumumkan sebagai pemenang pertandingan itu, sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM444,000. BACA: Harith Iskander Sindir Sikap Pemandu Teksi Mogok Memetik laporan portal Astro Awani, Harith yang mendapat giliran pertama untuk membuat persembahan telah beraksi selama lebih kurang 15 minit. Antara lawak yang dipersembahkan adalah dimana beliau berkongsi kisah perjalanannya ke Finland, diikuti dengan pengalamannya ketika dalam pesawat penerbangan dan bercerita hubungan diantara lelaki dan wanita. Dalam persembahan pusingan akhir pertandingan itu, Harith bersaing dengan empat lagi pelawak dunia lain seperti Alex Calleja dari Filipina, Mino Van Nassau dari India, David Kilimnick dari Israel dan Katerina Vrana dari Greece. TFPW dianjurkan bagi meraikan kepelbagaian budaya di seluruh dunia selain mempromosikan penyatuan manusia melalui acara hiburan. (rkty/w) | |
No comments:
Post a Comment