Monday, 19 December 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 19 Dec 2016 10:03 AM PST

KedahLanie.info


APABILA jadi talam 2 muka dalam isu yang kena pada kepimpinan mereka

Posted: 18 Dec 2016 05:44 PM PST

Ustaz memberikan kritikan itu susulan penyebaran gambar Presiden PAS yang dilihat bermesra-mesraan dengan agamawan syiah. Gambar itu viral di laman sosial dengan tujuan menyindir PAS yang kononnya anti syiah tetapi Presiden sendiri berbaik-baik dengan syiah.

Bahkan ada beberapa pihak yang menyindir penyokong-penyokong PAS yang sebelum ini beria-ria mengutuk Mat Sabu dan Khalid Ismath sebagai syiah dan tidak boleh sunni berbaik-baik dengan syiah namun Presiden PAS pula mengambil pendekatan yang berbeza. 

Penyokong-penyokong PAS dikritik sebagai talam dua muka kerana menghalalkan perbuatan berbaik-baik dengan syiah apabila melibatkan pemimpin mereka manakala mengkritik perkara tersebut jika melibatkan musuh politik mereka. 


Berikut di bawah ialah kenyataan penuhUstaz Rozaimi tentang isu pertemuan Tuan Guru Hadi Awang bersama agamawan syiah.

Respon netizens dalam kritikan Ustaz Rozaimi ke atas Tuan Guru Hadi Awang juga pelbagai. Ada yang menyokong namun ada juga yang membantah dan mempersoalkan kenyataan Ustaz Rozaimi yang dilemparkan kepada Tuan Guru Hadi Awang adalah terlalu terburu-buru tanpa memberikan penjelasan dan ruang kepada Presiden PAS itu untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Untuk rekod, TGHH sebelum ini dilaporkan mengunjungi Iran bagi membincangkan krisis Syria yang semakin meruncing, perbincangan itu diharapkan dapat mencari penyelesaian dan hala tuju terbaik kepada masalah perang yang berterusan di antara Rejim Basyar Al-Assad dengan tentera pemberontak dan IS. - Sozcyili.

Pemimpin kini tamak, kejar duit

Posted: 18 Dec 2016 03:03 PM PST


NAMA Tengku Razaleigh Hamzah, tidak dinafikan, cukup sinonim dengan dunia politik tanah air. Aura tokoh veteran politik ini masih kuat. Pandangan yang diberikan beliau dalam aspek politik, pembangunan, ekonomi dan lain-lain sentiasa diikuti dengan teliti. Malah karakter dan prinsipnya membuatkan beliau terus dihormati pihak kerajaan atau pembangkang. Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, MOHD ZAILANI ABD RAHMAN dan wartawan, NOR AKMALIAH RAZAK berpeluang mendapatkan pandangan beliau, khususnya dalam konteks politik semasa. Ikuti wawancara yang diadakan di kediaman beliau di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini. 

 

Apa pandangan Tengku terhadap senario politik di Kelantan khususnya selepas lebih 20 tahun diperintah Pas.

Orang Kelantan sudah nampak selesa dengan Pas, terutama sekali dengan pimpinan yang tidak memaksa dia buat sesuatu. Orang Kelantan amat bebas, amat berdikari pemikirannya. Amat selesa dalam Pas tetapi dia cepat jemu dengan Pas kerana sudah lama dalam keadaan begini tidak ada perubahan, tidak ada sesuatu perubahan.

Orang Kelantan juga memikirkan mengenai masa depan, terutama sekali pendidikan anak-anak mereka. Orang Kelantan ini mahu tengok kita lebih daripada orang lain. Jadi kalau dia tengok masa depan anak-anak dia, negeri dia, tidak sebagaimana yang diharapkan, dia akan berubah. Walaupun keadaan itu selesa dengan masa ini, kalau tidak meyakinkan, dia boleh berubah.

Sebab itu pada tahun 1977, apabila bergolak sedikit politik di Kelantan disebabkan krisis pemimpin Pas, orang Kelantan  mengambil kesempatan kerana sudah lama duduk dalam keadaan yang tidak menyenangkan dia.

(Akibatnya) dia bertindak mengubah keadaan. Apabila mereka rasa pihak pimpinan Pas ketika itu bermaharajalela, gadai kawasan balak dengan luasnya - 300,000 ekar lebih - kepada orang luar. Orang Kelantan marah.

Sebab itu orang Kelantan, walaupun dia tahu dia rugi dengan enakmen 'reservation'. Menyebabkan nilai tanah dalam kawasan rizab Melayu rendah daripada tidak dalam rizab Melayu, dia rasa selamat. Oleh kerana orang luar tidak boleh miliki tanah, orang Kelantan tahu jika dia tidak akan untung banyak, tetapi dia mahu kekal dalam keadaan ini. Tetapi kalaulah situasi itu memaksa dia ubah kerana kedudukan terancang, ia akan ubah. Dia tidak takut hendak hadapi risiko.

 

Bagaimana Tengku melihat perbezaan politik hari ini dengan zaman Tengku?

Orang mungkin tidak bersetuju dengan pandangan saya. Tengok sekarang ini banyak orang memikir kepada kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat. Kita tengok pemimpin dulu semuanya mati tidak ada duit, tiada ada harta, Tengku (Abdul Rahman), begitu juga Tun Razak dan Tun Hussein Onn, selain pemimpin pembangkang, contohnya Datuk Asri Muda dan Ustaz Fadzil Noor. 

Tetapi orang sekarang bertujuan lain sedikit. Biarlah, keadaan negara kita sudah berubah. Kita sudah maju sedikit dan sudah tentu hendak merasa juga kemewahan yang ada. Tetapi janganlah itu menjadi perkara utama mereka.  Menyertai parti politik (tujuannya) untuk teruskan perjuangan.

Tetapi nampaknya (ada yang) lebih materialistik daripada dulu-dulu. Macam saya dulu, saya masuk bukan niat nak jadi menteri. Kita masuk kerana hendak menyumbang  tenaga. Saya pilih Gua Musang, dulu  (dipanggil) Hulu Kelantan. Saya boleh pilih Kota Bharu (kerana ketika itu) saya jadi Setiausaha Perhubungan Umno Kelantan, Tunku Abdul Rahman menjadi pengerusi.

Saya boleh pilih hendak jadi ketua di mana-mana sahaja pun. Di Gua Musang saya terpaksa berjalan kaki berbatu-batu hendak pergi melawat kampung-kampung. Kenapa saya hendak pilih di sini? Kerana saya hendak berkhidmat. Malah rumah yang diduduki sekarang pun saya beli tanah, bukan saya ambil daripada kerajaan. Saya boleh ambil tanah daripada kerajaan, tidak ada siapa tahu pun. Tapi saya tidak ambil.  Ini soal prinsip. Kita buat bukan untuk kepentingan diri. Setakat yang termampu itulah kita lakukan.

Sekarang ini nampak orang yang hendak kepada harta pun bukan hendak satu bilion dua bilion, nak lebih daripada itu. Bukan ratus juta lagi. Mengapa jadi begitu? Kita utamakan lebih soal fizikal daripada soal utama yang kita patut berjuang. Islam tidak ajar kita begitu. Ibu bapa kita tidak ajar kita begitu. Jadi apabila kita sudah masuk dalam arena ini kita rasa tamak. Bagaimana kita hendak berjuang untuk orang kalau kita sudah tamak. Kita sudah tidak amanah ataupun kita sudah rasa tamak.

 

Pas Kelantan tidak lagi dalam keadaan terbaik selepas pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Ya, saya tengok pimpinan Pas di Kelantan begitu lemah. Oleh sebab itu perpecahan berlaku di dalam Pas. Bukan sahaja pimpinan Pas di Kelantan lemah tetapi, tetapi nampaknya pimpinan Pas sebagai sebuah parti tidak memberi arah tuju yang tetap.

Walaupun ada cadangan nak pinda undang-undang mahkamah syariah, hudud dan sebagainya, nampak orang Pas, walaupun (pemimpin) bersemangat, (ahli) tidak begitu tertarik dengan apa yang dilakukan. Perjuangan ini untuk tegakkan islah, bukan hendak tegakkan hukum. Kalau dahulu tidak dilakukan kenapa dibuat sekarang? Mengapa sekarang ini menjadi lebih menonjol dari dahulu. Jadi ahli persoal itu juga.

Jadi kita pun bertanya diri kita. Mengapa begitu ramai pemimpin Pas meninggalkan Pas, tubuhkan Amanah. Apakah masa depan Amanah lebih baik daripada Pas? Mereka mesti ada perhitungan politik, masa depan mereka dan  rakyat.

Takkan mereka buat keputusan dengan tidak berfikir lebih lanjut! Umpamanya pemimpin-pemimpin yang keluar Pas, orang yang handal-handal dan golongan intelek. (Mereka) pernah jadi pensyarah di universiti dan sebagainya. Ini bukan orang yang ambil kesempatan untuk hendak pegang jawatan sebagai pemimpin, bertanding dalam pilihan raya. Tidak, dia orang ini ideologis, dia orang tinggal Pas, bukan seorang dua, ramai sehingga dapat menubuhkan Amanah.

 

Adakah ini bermakna peluang Umno Kelantan kembali berkuasa lebih terbuka?

Saya sendiri pun tidak faham Umno Kelantan ini. Kita tengok baru-baru ini, Pas lawan kita di Sungai Besar, Pas juga lawan kita di Kuala Kangsar. Tetapi apabila kita tanya apakah dia menjadi seteru kita, lawan kita dalam PRU nanti, dia (Umno) tidak dapat memberikan jawapan tegas. Tetapi saya rasa kita tetap lawan Pas pada pilihan raya akan datang kerana orang bawahan tidak mahu kita bersatu dengan Pas. Dan, orang Pas juga sama, tidak mahu bersatu dengan Umno.

 

Adakah Tengku melihat Umno dan Pas perlu berada sepentas?

Dia (Pas) nak perpaduan Islam. Dia kata kita ini tidak ikut kehendak dia. Setakat perpaduan dari segi bangsa sahaja tidak memenuhi syarat yang diperjuangkan oleh Pas.

 

Maksudnya Tengku tidak bersetuju dengan penyatuan Umno-Pas?

Tidak, saya bukan tidak setuju, cuma  saya tidak tahu apa arah tuju kita ini terutama yang berada di Kelantan. Saya tahu orang Umno di Gua Musang, umpamanya, mereka tetap mahu lawan Pas kerana tidak menerima Pas.

 

Ramai tak puas hati dengan Umno dan Pas. Dikatakan sekarang ini bangsa Melayu ini tidak berada di tempat yang sepatutnya dan usaha menyatukan dua parti Melayu perlu dilakukan?

Rasa tidak puas hati tu memang ada dalam kalangan sesetengah orang yang jadi ahli fikir atau yang fikir keadaan masa depan orang Melayu dan Islam. Banyak tidak puas hati dengan cara Pas memimpin sekarang ini. Banyak tidak puas hati dengan cara Umno dipimpin sekarang. Itu memang jelas. Itu sebabnya wujud pelbagai puak parti serpihan, kata orang, daripada Umno ataupun Pas.

Hakikatnya, orang Melayu dan Islam tidak berpuas hati dengan kedua-dua parti besar itu. Kalau tidak, mesti dia orang tidak berpecah belah. Sekarang ini kita ada lima parti Melayu, jadi orang Melayu berpecah. Tidakkah ini akan beri peluang kepada DAP bermaharajalela apabila Melayu berpecah, orang Cina bersatu di bawah panji-panji DAP? Tidakkah mudah bagi DAP kuasai kita semua, menakluki kita pada PRU akan datang? Saya tidak fikir semudah itu. Tetapi saya rasa logik juga ada sesetengah berfikir begitu.

 

Apakah pandangan Tengku mengenai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga wujud parti Bersatu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir?

Ramai tidak berpuas hati dengan pimpinan yang ada dan arah tuju parti-parti besar yang ada sekarang ini. Baik Umno, baik Pas. Itu sebab berlakunya perpecahan yang menyebabkan lahirnya parti-parti baharu. Kerana tidak berpuas hati, bukannya dengan perjuangan parti yang pertama kali dengan arah tuju parti, demikian dengan pimpinannya.

 

Apa pandangan Tengku mengenai 1MDB?Isunya berlarutan hingga ke hari ini dan masyarakat masih tertanya-tanya apa kesudahannya?

Sepatutnya isu ini berjalan ikut proses undang-undang. Sepatutnya apa yang dituduh sehingga ke hari ini mesti mendapat penyelesaian juga menerusi undang-undang. Jadi kalau tidak ada penyelesaian di peringkat mahkamah menerusi undang-undang, maka kita tidak bolehlah buat keputusan.

Saya setuju supaya tengok semua yang terlibat dalam kes 1MDB, dibawa ke muka pengadilan, tetapi selagi tidak ada tindakan baik di Malaysia ataupun di lain-lain tempat, bagaimana hendak mengharapkan kepada penyelesaian? Jadi yang dibuat di Amerika itu dibuat mengikut prosesnya. Prosesnya makan masa. Kita tidak boleh menghukum apa yang diramalkan oleh sesetengah orang.

 

Beberapa tindakan Perdana Menteri dalam isu 1MDB dipersoalkan, termasuk memecat pemimpin tidak sehaluan. Ini dikecam pelbagai pihak termasuk daripada pihak Umno sendiri.

Saya tidak boleh cakap betul atau tidak sebab itu adalah kebijaksanaan beliau. Barangkali apa yang beliau rasakan dilakukannya adalah tindakan yang wajar diambil.

 

Tengku banyak pengalaman politik dengan Dr Mahathir. Apa komen Tengku dengan tindakannya tubuh parti baru?

Saya kawan baik dia, cuma tidak sependapat dengan dia. Dia fikir orang Melayu tidak boleh terima pakatan Melayu dan bukan Melayu pada ketika ini. Orang Melayu mesti berjuang untuk orang Melayu dan perjuangan mesti mendahului kepentingan Melayu. Itulah nampak perjuangan  Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir memikirkan sekarang ini Umno tidak boleh buat begitu. Segelintir manusia sahaja yang mendapat faedah daripada perjuangan Umno sekarang  sebagaimana yang dibawa oleh kepimpinan yang ada. Dia rasa parti yang dia baharu tubuh ini memperjuangkan kepentingan Melayu lebih daripada parti yang ada.

 

Tun Mahathir bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa pandangan Tengku?

Dia akan lakukan apa sahaja, tetapi dia tidak minta maaf terhadap apa yang dilakukan  beliau terhadap Anwar. Cuma dia pergi jumpa Anwar untuk zahirkan sokongan dia terhadap apa yang dilakukan oleh Anwar kerana tidak setuju dengan undang-undang baharu yang kerajaan buat (berkaitan) Akta Majlis Keselamatan Negara. Dia menentang dan dia bagi sokongan kepada Anwar, kerana nak tahan dari undang-undang itu dilaksanakan.

 

Dari kaca mata politik seakan dia boleh memaafkan?

Itu saya tidak pasti. Saya tidak fikir sampai ke situ. Bukan sebab saya mengenali Tun Mahathir. Dia menyokong Anwar kerana tindakan (Anwar) yang bersama dengan pandangan dia. Dia tidak boleh menerima apa yang dilakukan oleh pimpinan (kerajaan pusat) yang ada sekarang.

Ekonomi negara kita sekarang dilihat menuju ke arah kemerosotan. Sebagai seorang berpengalaman, pernah menjadi menteri kewangan, apa pendapat Tengku?

Ekonomi dunia sekarang ini sedang menghadapi masalah kerana pelbagai masalah yang timbul. Salah satunya dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak yang mendadak. Dulu kita nak harga minyak jatuh kerana terlampau tinggi, tetapi apabila harga tinggi mereka menyesuaikan segala kos perbelanjaan untuk mengeluarkan segala barang-barang sesuai dengan harga minyak yang tinggi.

Tetapi tiba-tiba harga minyak turun mendadak. Pihak yang keluarkan minyak dengan banyak seperti Arab Saudi ambil beberapa pendekatan termasuk menurunkan harga. Itu adalah tindakan wajar dilakukannya, kalau mereka hendak jamin bahagian pasaran yang mereka kuasai kekal di tangan mereka.

Kita ini pengeluar minyak yang kecil...100,000 ribu barel lebih sehari. Kita tidak boleh keluarkan lebih daripada itu. Kita ada had untuk keluarkan. Apabila harga minyak jatuh, harga minyak kita pun jatuh juga. Kalau kita terus menerus keluarkan minyak yang banyak kita akan alami kerugian. 

Tetapi hakikatnya apabila harga minyak jatuh, walaupun kita keluarkan banyak atau sedikit pendapatan kita akan terjejas. Itu sebab kita mengalami kekurangan dari segi pendapatan. Selama ini kita mendapat minyak yang menyumbang terhadap khazanah kita sebanyak RM70 bilion setiap tahun, tiba-tiba turun kepada RM30 bilion.

Sudah tentu itu memberi kesan tidak baik kepada pemerintah. Jadi ia terpaksa buat penyesuaian. Oleh kerana itu kita berhadapan dengan masalah,  kerana biasa kita alami pendapatan yang baik daripadanya, tiba-tiba merudum dan akhir-akhir RM15 bilion, sedangkan perbelanjaan yang besar terpaksa ditanggung dengan pendapatan daripada minyak selain daripada eksport lain-lain. Tetapi kita sudah mengalami pengurangan kerana kelapa sawit yang kita biasa dapat faedah yang baik daripada eksport pada masa itu juga jatuh harga. Oleh sebab kejatuhan harga bukan saja kelapa sawit, getah asli kita semuanya menyebabkan kita terpaksa menyesuaikan perbelanjaan dalam negara dengan apa kita dapat.

 

Bagaimanapun faktor kepimpinan dalam mempengaruhi ekonomi negara?

Faktor kepimpinan ada la (sedikit), soal pendapatan negara ini tidak ada kena mengena dengan kepimpinan, melalui perhitungan dia sama ada banyak, kurang dia belanja. Banyak kurang, dia potong perbelanjaan. Itu bergantung kepada kepimpinan. Atas pemikiran dia sama ada apa yang dilakukannya tepat atau tidak, dengan apa jangka berlaku dengan satu-satu masa.

 

Isu Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) digubal, ada yang berpendapat mengatakan ia tidak perlu diluluskan kerana memberi kuasa sepenuhnya kepada Perdana Menteri selaku orang politik. Apa pandangan Tengku?

Ini soal keselamatan, siapa boleh menentu sama ada negara dalam bahaya. Atau tidak dalam bahaya. Hanya pihak yang ada kuasa keselamatan sahaja yang boleh menentu, sama ada suatu tindakan yang dilakukannya, baik atau tidak untuk negara.

Sebab kita semua tidak tahu, kita hanya dengar sana sini, mungkin kita dalam bahaya atau tidak. Tetapi, dia orang tu yang dapat maklum balas daripada tentera, perisik, polis lebih mengetahui daripada kita.

Selain daripada itu, dia dapat maklumat dari luar negara, sebab kalau kita tidak berjaga-jaga mungkin kita akan diancam. Di Laut China Selatan kita diancam pihak China kerana tuntutan terhadap Laut China Selatan, termasuk di kawasan kita di perairan Malaysia ini. Di sebelah sana banyak kemasukan subversif dan elemen yang ekstrem kerana pengaruh agama dan sebagainya. Itu pun mengancam keselamatan kita.

Jadi kita mesti mengawal semuanya ini. Sama ada tindakan kerajaan tepat atau tidak itu perkara yang susah kita nak jawab. Kerana kalau kita kata tidak tepat berdasarkan kepada apa? Kalau kita kata kerajaan tidak patut buat, bila berlaku sesuatu adakah kita perlu salahkan kerajaan?  Mungkin dah terlewat kalau benda itu berlaku, meletup bom di sana, di sini, orang bunuh sana, bunuh sini.

Dia pun mesti buat persiapan juga, supaya dapat mencegah ancaman yang mungkin berlaku terhadap rakyat. Tetapi di sebalik itu pula kita kena berfikir apakah kerajaan perlu memiliki kuasa sebanyak yang dibekalkan kuasa undang-undang MKN ini.

Sehingga diberi kuasa diktator, boleh tangkap, boleh isytihar sesuatu kawasan keselamatan dan sebagainya. Jadi susah kita nak cakap. Tinggal lagi kalau hidup dalam keadaan aman, mungkin kita rasa tidak patut kerajaan bertindak demikian. Dipersoalkan juga oleh sesetengah pihak sama ada patut atau tidak kerajaan lakukan ini dengan tidak merujuk kepada Majlis Raja-Raja, kerana ambil kuasa Raja-Raja dan sebagainya.

Kalaulah terpaksa berbuat demikian, kerajaan patut rujuk kepada Majlis Raja-Raja, dapat pertimbangan Majlis Raja-Raja dan persetujuan mereka sebelum dilaksanakan undang ini. Itu dipersoalkan banyak pihak.

 

Rakyat Malaysia makin kurang makan sayur, buah

Posted: 18 Dec 2016 03:00 PM PST


RAKYAT Malaysia dikesan semakin kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam sajian seharian walaupun ia antara nutrisi penting bagi kesihatan badan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohamad Jusoh berkata mengikut kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2015, nisbah rakyat Malaysia yang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan adalah 1:15 atau kira-kira 6 peratus sahaja berbanding 7.5 peratus pada 2011.

Terengganu merupakan negeri keempat terendah yang penduduknya mengambil sayur dan buah-buahan dalam tempoh tujuh hari, iaitu 1:41 daripada rakyat negara ini.

"Kita tidak mengesan sebab-sebab spesifik yang menjadi punca penurunan kadar pengambilan sayur dan buah-buahan dalam kalangan rakyat Malaysia mahu pun rakyat negeri ini.

"Tapi kita percaya dengan adanya kempen dan kesedaran yang berterusan mengenai pentingnya pengambilan sayur dan buah-buahan secara seimbang dalam menu makanan seharian, kita pasti peratusan tersebut akan meningkat," katanya selepas melancarkan kempen Makan Sayur dan Buah-buahan KKM Peringkat Terengganu di Kuala Terengganu,‎ hari ini.

Dr Mohamad dalam pada itu berkata kempen berkenaan yang dilancarkan tahun ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan harapan pengambilan sayur dan buahan-buahan dapat dibudayakan dalam masyarakat di negara ini.

"Menerusi kempen ini kita mahu memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa sayur dan buah-buahan mempunyai khasiat terutama dalam membantu mengelak daripada masalah tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis, kanser dan penurunan berat badan. - Bernama

JPN diminta bantu lima anak guru maut di Pendang

Posted: 18 Dec 2016 02:56 PM PST


ALOR SETAR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta Jabatan Pendidikan Negeri Kedah membantu persekolahan lima anak pasangan suami isteri yang maut akibat kemalangan di Pendang, malam tadi.

Pasangan tersebut, Mohd Padzil Rashid, 50, dan isterinya, Masmiwaza Mohd Noor, 42, masing-masing merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, dan SMK Tobiar (Pendang).

"Kita mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan sangat sedih perkara ini berlaku, bagaimanapun saya telah meminta JPN membantu anak-anak yatim ini agar tidak tercicir daripada persekolahan," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Terdahulu, Mahdzir diiringi Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Azuyah Hassan, meluangkan masa bertemu keluarga dan rakan-rakan mangsa di Unit Forensik, HSB.

Kejadian berlaku pukul 11.30 malam ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang, sebelum MPV dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler.

Kemalangan turut mengakibatkan lima anak pasangan terbabit parah iaitu Masyitah, 12; pasangan kembar Muhammad Asyraf dan Muhammad Akmal, 11; Munirah, 6, serta Maisarah, 14. – Bernama


myartis.com

Posted: 19 Dec 2016 01:58 AM PST

myartis.com


KERAP KEGUGURAN - JUE AZIZ DEDAH DIRINYA TERKENA GANGGUAN MISTIK

Posted: 18 Dec 2016 08:35 PM PST



Pelakon Jue Aziz yang belum mempunyai anak telah mendedahkan bahawa dirinya itu mengalami gangguan mistik dan ia adalah punca beliau sukar untuk mendapatkan zuriat kerana kerap gugur iaitu tiga kali sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels.

Boleh dikatakan, keguguran yang Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 33, alami agak rapat juga jaraknya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

35 GAMBAR - MAJLIS AQIQAH AISY MATEEN, ANAK YANA SAMSUDIN

Posted: 18 Dec 2016 06:24 PM PST



Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin dan suaminya Fadzil Zahari yang merupakan adik kepada Farid Kamil telah mengadakan majlis aqiqah buat anak sulung mereka, Aisy Mateen yang lahir pada 21 Julai lalu.

Majlis yang berlangsung secara sederhana di Shah Alam itu dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat pasangan ini.

Bercakap mengenai anak, Yana berkata yang dia akan membawa putera sulungnya itu ke mana sahaja dia pergi dan akan sentiasa memastikan Aisy Mateen berada disisinya sama ada ke butik atau ke tempat kerja.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

NIKAH KALI KE-2 - RIEZMAN KHUZAIMI BAKAL HONEYMOON DI TANAH SUCI

Posted: 18 Dec 2016 04:54 PM PST



Pada 15 Disember lalu, pelakon Riezman Khuzaimi, 46, telah menamatkan zaman dudanya apabila selamat menikahi wanita yang mendapat jolokan 'Iron Lady', Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 47, yang merupakan seorang usahawan syarikat gergasi dalam industri peralatan paip serta kosmetik tanah air.

Majlis akad nikah mereka yang diadakan kira-kira jam 2 petang secara kecil-kecilan di Shah Alam, Selangor itu hanya dihadiri kira-kira 40 anggota keluarga terdekat.

Menurut Riezman, pada bulan depan beliau bersama isterinya akan berbulan madu di Tanah Suci Makkah.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SUDAH MERISIK - SHARNAAZ AHMAD NIKAHI NOOR NABILA TAHUN DEPAN

Posted: 18 Dec 2016 03:15 PM PST



"Alhamdulillah selesai satu majlis bersama Noor Nabila, doakan kami setulus hati.. I lap u very strong," kata pelakon Sharnaaz Ahmad yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan kekasih hatinya pada tahun depan apabila selesai majlis merisik Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa.

Maklum Sharnaaz, keluarganya telah merisik Noor Nabila dalam satu majlis ringkas sekitar jam 11 pagi semalam bertempat di kediaman pihak perempuan.

Katanya lagi, tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung dan mereka ingin terus mengadakan akad nikah sebelum tibanya bulan Ramadhan dan Syawal.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 19 Dec 2016 01:53 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Iphone 6s Pluih Diubahsuai Menjadi Sebuah Xiaomi Mi Mix

Posted: 19 Dec 2016 12:54 AM PST


XIaomi Mi Mix ialah peranti konsep yang kelihatan macam sebuah peranti dari masa hadapan Lebih 90 peratus permukaan skrin hadapan adalah skrin dan ni jauh lebih tinggi berbandin peranti lain di p...

Lg Mai Dengan Tablet Lg G Pad Iii 10 1 Mai Dengan Kaki Yang Memudahkan Menonton Video

Posted: 19 Dec 2016 12:52 AM PST


LG pada bulan Mei lepaih telah memperkenaikan tablet dibawah keluarga LG G Pad III pada saiz 8 inci Terkini depa mai dengan penawaran tablet yang lebih kughang sama tapi pada saiz lebih besaq d...

Kaji Semula Cadangan Naik Tambang Bas Sekolah Tahun Depan Aziz Kaprawi

Posted: 18 Dec 2016 11:32 PM PST


BATU PAHAT Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia diminta mengkaji semula cadangan persatuan tu untuk menaikkan tambang bas sekolah mulai Januari tahun depan Timbalan me...

Amyra Rosli Tak Ceghita Timang Anak Segera

Posted: 18 Dec 2016 10:54 PM PST


dah lebih sebulan melayari bahtera rumah tangga pelakon yang la nih sedang terkenai menerusi drama Isteri Tuan Ihsan Amyra Rosli bagitau beliau dah bersedia untuk menimang anak dalam waktu terdek...

Ika Nabella Masih Dok Berlakon Watak Pompuan Dikasari Tak Trauma Walaupun Penah Ditumbuk Pengarah

Posted: 18 Dec 2016 10:52 PM PST


Tentu hampa masih dok ingat dengan berita panaih dan menggempaqkan apabila pelakon Ika Nabella ditumbuk oleh pengarah femes Azma Aizal Yusoof pasai pelakon pompuan tu tak dapat memenuhi apa yang di...

Nasib 200 Nelayan Permatang Damar Laut Diambang Bencana Pasai Kerajaan Dap

Posted: 18 Dec 2016 10:32 PM PST


19 12 2016 Nampaknya semakin ghamai nelayan pesisiaq pantai di negeri dirundung malang dek pasai kerakusan kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng mengaut keuntungan dengan mencabul kawasan kawasan ...

Celcom Mai Dengan Pelan Xpax No Kelentong Pelan Prabayaq Tanpa Penawaran Yang Memeninkan

Posted: 18 Dec 2016 09:54 PM PST


Celcom hari ni telah memperkenaikan pelan baghu depa untuk para pengguna prabayaq dinamakan sebagai Xpax No Kelentong Melalui penawaran baghu ni Celcom menekankan yang mana depa ingin menawaqka...

Hp Spectre X360 Dengan Rekaan Lebih Kompak Dan Kaby Lake La Nih Di Malaysia Bermula Rm4999

Posted: 18 Dec 2016 09:52 PM PST


HP sebelum ni telah mai dengan beberapa komputer riba yang direkabentuk dengan menarik dan terkini HP Malaysia turut telah mengumumkan HP Spectre x360 generasi baghu yang mai dengan pelbagai spes...

Dap Berniat Jahat Nak Hapuihkan Nama Tun Razak Di P Pinang

Posted: 18 Dec 2016 07:32 PM PST


19 12 2016 Bangunan Menara Kompleks Tun Abdul Razak atau lebih dikenali dengan nama Menara KOMTAR telah sekian lama menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang pasai ia merupakan mercu tanda negeri y...

5 Bas Yang Digunakan Untuk Pemindahan Keluarga Terbakaq Di Aleppo

Posted: 18 Dec 2016 03:14 PM PST


Memetik dari berita Daily Mail militan telah membakaq lebih kurang lima buah bas yang ditugaihkan untuk memindahkan 2 000 oghang yang tercedera dan sakit dari dua buah kampung di utara Syria Kejad...

Anjin Terbesaq Di Dunia Ni Barangkali Mengalah Ketinggian Hampa Hari Ni

Posted: 18 Dec 2016 03:12 PM PST


Kenali Freddy seekoq anjin yang dinobatkan sebagai anjin terbesaq di dunia dengan ketinggian 7 kaki 6 inci Pemilik Freddy Claire Stoneman bagitau hidupnya sangat ditumpukan untuk anjin kesayanga...

Jue Aziz Dedah Keguguran Tiga Kali Pasai Gangguan Mistik

Posted: 18 Dec 2016 01:54 PM PST


Pelakon Jue Aziz menghadapi ujian besaq apabila keguguran sebanyak tiga kali sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia Bayu Daniels Boleh ghamai dok kata keguguran ...

Faye Kusairi Tutup Mulut Pasai Dakwaan Azmi Hatta Keluaq Bersama Pompuan Lain

Posted: 18 Dec 2016 01:52 PM PST


baghu baghu ni ada ura ura kata Faye Kusairi dah putuih cinta bersama pengarah Azmi Hatta namun Faye ada takmau mengaku gosip berkenaan terpalin baghu pihak media cuba try test untuk mendapat...

Janna Nick Tak Ceghita Digelaq Macam Tomboy

Posted: 18 Dec 2016 10:54 AM PST


Kebiasaannya depa yang terlibat didalam dunia hiburan khususnya kaum pompuan haruihlah tampil seksi bergaya dan anggun Kata oghang itulah caranya untuk kekai didalam dunia penuh glamoq dan men...

Bolot Lima Trofi Siti Nurhaliza Menang Besaq Di Aim 22

Posted: 18 Dec 2016 10:52 AM PST


Penyanyi nombot satu negara Datuk Siti Nurhaliza masih dok lagi berbisa dalam bidang nyanyian apabila berjaya membolot lima buah trofi didalam acara Anugerah Industri Muzik 22 AIM 22 yang berl...

Oghang Kaya Teruih Bekerja Walaupun Dah Kaya Ni Sebabnya

Posted: 18 Dec 2016 09:12 AM PST


Apabila Keith usahawan Silicon Valley bekerja di syarikat teknologi yang menjadi femes dia menjadi kaya dalam masa satu hari Wang yang diperolehi dapat mengubah hidupnya dalam sekelip mata Di...

2017 Airasia Bakai Menawaqkan Penerbangan Ke Amerika

Posted: 18 Dec 2016 06:12 AM PST


Selepaih ni semua oghang boleh terbang ke amerika dengan ghega yang lebih mughah ayaq Asia X bakai mengadakan penerbangan ke beberapa destinasi di amerika bermula dengan Hawaii dengan persinggaha...

7 Kesilapan Besaq Dan Pantang Larang Dalam Hubungan Laki Bini

Posted: 18 Dec 2016 03:32 AM PST


Percayalah bila cheq kata ghasa suka tu akan berkurang dengan berlalunya masa Tiga tahun pertama barangkali kita meghasakan bahawa pasangan kita itulah segala galanya Tapi tahun tahun yang sete...

Sharnaaz Ahmad Dan Nooq Nabila Dah Bertunang

Posted: 18 Dec 2016 01:52 AM PST


Tahniah kepada pelakon Sharnaaz Ahmad yang la nih dah bergelaq tunang kepada buah hatinya Nooq Nabila dalam satu majlih pertunangan ringkaih yang diadakan pada tengah hari tadi bertempat di kediam...

beautifulnara

Posted: 19 Dec 2016 01:49 AM PST

beautifulnara


(21 FOTO) Sekitar Majlis Aqiqah Aisy Mateen, Anak Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari

Posted: 19 Dec 2016 01:34 AM PST

Pelakon Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari hujung minggu lepas telah mengadakan majlis aqiqah buat anak pertama mereka, Aisy Mateen.

Majlis yang sederhana itu berlangsung di Shah Alam dan dihadiri oleh keluarga, rakan terdekat dan juga rakan selebriti.

Aisy Mateen dilahirkan tanggal 21 Julai lepas dan sering menjadi tumpuan ramai kerana kecomelannya.  Ada yang mengatakan Aisy seperti watak kartun popular Sin Chan. Hehe..

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis aqiqah Aisy Mateen dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : MAZAZI PRODUCTION

Amyra Rosli Tidak Kisah Timang Cahaya Mata Segera

Posted: 18 Dec 2016 08:24 PM PST

Sudah lebih sebulan melayari bahtera rumah tangga, pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Isteri Tuan Ihsan, Amyra Rosli berkata beliau sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.

Buat Amyra, beliau sedikit pun tidak merasa kekok untuk menjadi ibu di usia yang agak muda. Amyra juga sebenarnya seorang yang selalu mengutamakan keluarga.

Saya sudah lama bersedia dan tidak kekok mengendong anak pada usia muda. Saya menjadikan mama dan ayah sebagai panduan dalam membentuk keluarga bahagia. Mereka mendidik saya menjadi anak yang mengutamakan keluarga.

Amyra juga yakin, suaminya Amar Baharin akan turut bersamanya dalam  apa jua keadaan.

Saya yakin suami akan sentiasa berdiri teguh di belakang apabila saya memerlukannya. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana berkahwin pada usia muda juga banyak nikmatnya.

Bergelar ibu pada usia muda mungkin ada cabarannya tersendiri tetapi disebalik semua itu tetap ada perkara indah yang hanya seorang ibu tahu. Apa-apa pun, kami doakan agar hasrat Amyra Rosli dan Amar Baharin untuk menimang cahaya mata segera dimakbulkan.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Ika Nabella Masih Berlakon Watak Wanita Dikasari, Tidak Trauma Meskipun Pernah Ditumbuk Pengarah

Posted: 18 Dec 2016 08:03 PM PST

Tentu anda masih ingat dengan berita panas dan mengejutkan apabila pelakon Ika Nabella ditumbuk oleh pengarah terkenal Azma Aizal Yusoof kerana pelakon wanita itu tidak dapat memenuhi apa yang dikehendaki oleh pengarah berkenaan.

Tidak trauma dengan apa yang berlaku, Ika masih lagi melakonkan watak wanita dikasari, cuma kali ini beliau  meminta gandingannya untuk lebih berhati-hati agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Saya ada terima tawaran memegang watak sebagai wanita yang dikasari dan menjadi mangsa. Cuma saya akan ingatkan pelakon gandingan saya agar lebih berhati-hati.

Ia bukan kerana saya serik atau trauma kisah lalu tetapi sebagai langkah terbaik agar perkara lalu tidak berulang.

Selepas beberapa siasatan yang dijalankan, Azma akhirnya didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000. Azma juga ada meminta maaf kepada Ika atas apa yang berlaku.

Ika juga membuat keputusan untuk tidak lagi memanjangkan perkara berkenaan dan berdendam. Namun, beliau sudah serik untuk berlakon dibawah arahan Azma.

Sumber Berita : mStar Online

Jue Aziz Dedah Keguguran Tiga Kali Kerana Gangguan Mistik

Posted: 18 Dec 2016 11:26 AM PST

Pelakon Jue Aziz menghadapi ujian besar apabila keguguran sebanyak tiga kali sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels.

Boleh dikatakan, keguguran yang beliau alami agak rapat juga jaraknya. Berbicara mengenai kegugurannya itu, Jue Aziz mendedahkan satu perkara yang agak mengejutkan.

Menurut Jue Aziz,  gangguan mistik adalah punca beliau kerap gugur dan sekaligus sukar unutk mendapatkan zuriat.

Sesuatu yang berat untuk dikongsi ialah saya ada menerima gangguan mistik dan difahamkan secara tidak langsung menyebabkan saya kerap mengalami keguguran.

Namun, sebelum ini Jue Aziz pernah memberitahu beliau redha dengan apa yang terjadi dan tetap tidak berputus asa untuk hamil lagi.

Hanya mereka yang pernah mengalami gangguan mistik sahaja akan faham apa yang dikatakan oleh Jue Aziz. Mungkin juga ia perbuatan khianat dan tidak puas hati seseorang. Walaubagaimanapun, jangan berhenti berdoa dan tetap tabah.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Faye Kusairi Tutup Mulut Mengenai Dakwaan Azmi Hatta Keluar Bersama Wanita Lain

Posted: 18 Dec 2016 10:52 AM PST

Baru-baru ini, ada khabar angin mengatakan Faye Kusairi sudah putus cinta bersama pengarah Azmi Hatta, namun Faye ada menafikan gosip berkenaan.

Terbaru, pihak media cuba untuk mendapatkan komen lanjut apabila terdengar cerita Azmi keluar bersama wanita lain.

Menurut Cik Pang,  Faye tetap mengambil tindakan untuk "kunci mulut" sehingga kini meskipun gosip liar mengenai kekasihnya itu sudah hangat diperkatakan.

Namun, menurut beberapa sumber, Faye dan Azmi masih lagi berbaik dan beliau sering menemani Azmi ketika menjalankan tugas di set penggambaran sehingga berjam-jam lamanya.

Mungkin juga Faye enggan terlalu percaya dengan perkara yang beliau sendiri tidak lihat. Begitu utuhnya cinta Faye buat Azmi. Baguslah kalau begitu, harapnya mereka cepat-cepat bernikah.

Sumber Berita : Harian Metro

Janna Nick Tidak Kisah Digelar Seperti “Tomboy”

Posted: 18 Dec 2016 10:18 AM PST

Kebiasaannya, mereka yang terlibat didalam dunia hiburan khususnya kaum wanita haruslah tampil seksi, bergaya dan anggun. Kata orang, itulah caranya untuk kekal didalam dunia penuh glamor dan menarik perhatian ramai.

Namun, penampilan bersahaja pelakon Janna Nick cukup berbeza sekali. Janna selalu mengenakan baju T-Shirt, berseluar jeans,  tidak memakai kasut tumit tinggi dan berambut pendek. Malah, beliau juga jarang  mengenakan solekan.

Gara-gara penampilannya itu , ada yang melabelkan beliau sebagai "tomboy" dan timbul juga gosip mengarut mengatakan beliau menjalinkan hubungan sejenis sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Janna tidak peduli dengan percakapan orang dan selesa menjadi dirinya sendiri.

Saya jenis tidak kisah orang cakap saya selekeh atau serabai. Kalau kawan-kawan yang sudah kenal saya lama, imej berambut pendek inilah diri sebenar saya.

Sebagai artis saya kena ada identiti sendiri. Masa baru menapak dalam industri lakonan dulu, memang saya kena menyimpan rambut panjang demi memenuhi kehendak penerbit-penerbit drama. Namun, bila sudah ada nama saya fikir tiada masalah untuk saya berambut pendek. Lagipun saya selesa dengan imej begini.

Kami rasa Janna Nick mempunyai pendirian beliau sendiri dan enggan hipokrit. Terus-terang, walaupun tanpa solekan, Janna tetap tampak manis dan cantik.

Sumber Berita : Kosmo!

Sharnaaz Ahmad Umum Bakal Bernikah Dengan Noor Nabila Tahun Depan

Posted: 18 Dec 2016 09:45 AM PST

Pelakon Sharnaaz Ahmad bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan kekasih hatinya yang jug kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pada tahun depan.

Sharnaaz mengumumkan berita gembira itu selepas memberitahu keluarganya telah merisik Noor Nabila dalam satu majlis ringkas sekitar jam 11 pagi semalam bertempat di kediaman pihak perempuan.

Menurut Sharnaaz, tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung dan mereka ingin terus mengadakan akad nikah sebelum tibanya bulan Ramadhan dan Syawal.

Pada majlis berkenaan, keluarga saya diwakili empat orang termasuk ibu bapa saya. Kami juga sepakat untuk tidak mengadakan majlis bertunang, sebaliknya terus melangsungkan pernikahan.

Insya-Allah, atas persetujuan bersama, kami berdua bakal disatukan sebagai suami isteri pada suku pertama tahun depan.  Menurut perancangan juga, jika boleh kami akan mengadakan majlis kahwin sebelum ketibaan Ramadan dan Syawal. Jadi, dapatlah kami beraya sama sebagai suami isteri.

Buat Sharnaaz, Noor Nabila mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dijadikan isteirnya selain memahami kerjaya beliau sebagai artis.

Saya tidak menganggap dirinya sebagai figura yang sesuai dijadikan kekasih semata-mata, sebaliknya lebih kepada wanita yang memiliki kriteria menjadi isteri yang baik.

Melihat caranya melayan saya dan bagaimana beliau mampu berdepan dengan pelbagai keadaan, saya yakin Nabila pilihan yang tepat. Beliau boleh menjaga saya dengan baik. Insya-Allah.

Kalau sudah jodoh tidak kemana, setiap perancangan yang baik InshaAllah akan dipermudahkan. Tahniah buat Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila semoga hubungan kalian kekal buat selamanya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Bolot Lima Trofi : Siti Nurhaliza Menang Besar Di AIM 22

Posted: 18 Dec 2016 09:31 AM PST

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza masih lagi "berbisa" dalam bidang nyanyian apabila berjaya membolot lima buah trofi didalam acara Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22) yang berlangsung malam tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur.

Siti Nurhaliza menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Menetap Dalam Mimpi, Album Terbaik , Lagu Nasyid Terbaik dan kategori baharu Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.

Sementara itu, Yuna dan Datuk Shiela Majid juga masing-masing menerima anugerah khas iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Sri Wirama.

Berikut senarai penuh pemenang AIM 22 :-

Album Terbaik:

Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged

Lagu Terbaik:

Sejati – Faizal Tahir

Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia:

Datuk Siti Nurhaliza

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu  (Wanita)

Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Akim Ahmad – Potret

Lagu Pop Terbaik:

Sejati – Faizal Tahir

Lagu Rock Terbaik:

Mata Hati – Azlan & The Type Writer

Anugerah Kembara:

Yuna

Anugerah Sri Wirama:

Datuk Sheila Majid

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:

Menatap Dalam Mimpi – Datuk Siti Nurhaliza

Rakaman Album Terbaik:

Panic Bird – Froya

Kulit Album Terbaik:

Bahtera – Sekumpulan Orang Gila

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu:

De Fam – #Supergirls

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu:

Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya

Video Muzik Terbaik:

Not For Sale – Stacy

Artis Baru Terbaik:

Syamel

Lagu Hip Hop Terbaik:

Janji – Altimet & Takahara Suiko

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:

Firefly – Sonaone

Lagu Nasyid Terbaik:

Mikraj Cinta – Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Pop Terbaik:

Joget Sulam Sakti – Reena Nicky

Sumber Berita : mStar Online

No comments:

Post a Comment