ROTIKAYA Posted: 03 Dec 2016 07:59 PM PST “Saya Tiada Apa-Apa Hubungan Dengan Aeril Zafrel” Posted: 03 Dec 2016 07:30 PM PST Walaupun pernah menafikan akan bercerai dengan suaminya, Aeril Zafrel, namun pergolakan rumah tangga Wawa Zainal masih hangat diperkatakan umum. Tidak mahu terus menimbulkan fitnah, Ummi Nazeera tampil menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin bersama Aeril hanyalah sebagai kawan rapat, sekaligus menafikan dakwaan mengatakan mereka sedang bercinta. BACA: Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini "Sejujurnya, tiada apa yang berlaku diantara saya dan Aeril, Wawa juga sangat baik dan profesional. Saya harap semua orang tidak membesarkan perkara ini dan membuat spekulasi” "Saya sudah ada orang lain, jadi perlu menjaga hati pelbagai pihak. Tidak semua persahabatan berakhir dengan percintaan, kadang-kadang ia terjalin kerana pekerjaan dan itu yang terjadi antara saya dan Ariel. Terima kasih kerana memahami,” jelasnya kepada Kosmo Online. Dalam masa yang sama, Ummi dalam satu laporan akhbar mengakui dirinya kini sedang mengenali seseorang. Malah hubungan beliau dengan lelaki terbabit juga masih bahagia walaupun timbul gosip percintaan diantara dirinya dan Aeril. Biarpun masih berahsia tentang identiti kekasih, difahamkan kedua belah keluarga sudah mengetahui hubungan cinta tersebut. Terdahulu, Wawa dikatakan cemburu melihat lakonan diantara suaminya dan Ummi dalam sebuah drama yang hangat ditayangkan kini. Malah dek kerana pergolakan rumah tangga mereka, Aeril membawa keluarga bercuti di luar negara bagi meleraikan kekusutan. Bagaimanapun, Wawa menafikan perkara berkenaan dan menegaskan perkahwinan beliau masih baik. (rkty/w) | Gambar Resepsi Tajaan Peminat Amyra Rosli & Amar Baharin Posted: 03 Dec 2016 06:31 PM PST | Didakwa Perli Penyanyi Lain, Ayda Jebat Beri Penjelasan Posted: 02 Dec 2016 10:06 PM PST Baru-baru ini Ayda Jebat didakwa dua kali memerli seorang penyanyi sehingga menyebabkan penyanyi tersebut meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman sosial. Yup, penyanyi ini juga pernah menyatakan rasa jelik dengan gelagat Ayda sebelum ini. BACA: Shila Amzah Rasa Jelik Dengan Ayda Jebat? Bagaimanapun Ayda yang ditemui di majlis sidang media pelancaran single barunya, ‘Nakal, Nakal, Nakal’ bersama Oppo F1s berkata, perkara itu hanyalah salah faham dan dia tidak berniat sama sekali untuk memerli artis tersebut. “Saya tak ada niat, kalau terasa maafkan saya. Niat saya hanyalah mahu kacau Sharnaaz patutnya Sharnaaz lah yang marah,” katanya yang turut diperli di Twitter oleh penyanyi wanita berkenaan. Jelas Ayda tindakannya merakam video bersama Sharnaaz dengan berlatarkan lagu Selamanya Cinta bukan untuk menyindir mana-mana pihak, sebaliknya hanya berniat untuk bergurau dengan gandingannya itu. Lebih menarik lagi, penyanyi wanita berkenaan bukan hanya meluahkan rasa tidak puas hati malah turut menghubungi pihak pengurusan Ayda dan meminta Ayda memadamkan video tersebut kerana dikatakan telah mengganggu emosinya. (rtky/h) | |
KedahLanie.info Posted: 03 Dec 2016 10:21 AM PST Bolehkah DAP terajui M'sia jika menang 51 kerusi? Posted: 03 Dec 2016 04:48 AM PST 
Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata, DAP yang hanya bertanding di 51 daripada 222 kerusi Parlimen tidak mampu menerajui kepimpinan negara jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum ke14 (PRU14). Justeru, ujar beliau, ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang berkisar mengenaoi PRU14 adalah penentuan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau kerajaan baharu yang diterajui DAP adalah menjengkelkan. "Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyokong kenyataan Najib itu juga tidak mencerminkan sifat kepimpinan masa depan negara dan berbaur perkauman. "Penduduk Cina di negara ini pula hanya sekitar 24 peratus dan DAP tidak bertanding menentang Umno, justeru, dalam keadaan ini, bagaimana DAP mampu untuk memerintah negara ini. "Serangan terhadap DAP adalah satu bentuk intimidasi politik ke atas orang Melayu sedangkan penolakan orang Melayu terhadap UMNO itu tidak pun akan memenangkan DAP tetapi parti politik lain yang bakal menentang Umno seperti PKR, AMANAH dan BERSATU," kata beliau dalam kenyataan. Baru-baru ini, Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2016 berkata, rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan Bumiputera berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut. "Persoalan pilihan keindukan kepimpinan ini bukanlah perkara yang boleh diambil mudah dan enteng-entengan, kerana saya khuatir, barangkali ada antara umat Melayu dan Bumiputera yang masih leka tentang hal ini," ujar beliau. Perdana menteri memberi amaran keindukan kepimpinan tidak boleh dipandang ringan kerana banyak hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan lenyap serta pupus sekiranya DAP berkuasa. Ini termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera, katanya. Selain itu, Najib berkata Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan Bumiputera selama 60 tahun juga tidak akan mampu mengekalkan falsafah penubuhannya. "Kalaulah orang Melayu dan Bumiputera mengetahui mimpi ngeri yang bakal melanda hidup mereka, saya yakin mereka akan berpaut seteguh-teguhnya kepada Umno, parti yang mampu membela keturunan dan memperjuangkan masa depan mereka," kata Najib lagi. Mengulas lanjut, Faiz berkata, ternyata, slogan 1Malaysia yang disorak kerajaan telah diabaikan oleh Khairy semata-mata bagi memastikan UMNO terus kekal ditampuk kekuasaannya. "Hak dan kepentingan orang Melayu akan terus dipertahankan dan diuruskan dengan lebih baik jika orang Melayu memilih calon Pakatan Harapan yang berpegang kepada prinsip urus tadbir yang baik dan integriti sebagai asas perjuangan dan transformasi sistem pemerintahan. "Hak keistimewaan orang Melayu di dalam Perlembagaan akan terus kekal dan tidak akan diganggu," tambah Faiz. | Khairat kematian dipotong oleh FELDA bagi bayar Saham FGV Posted: 03 Dec 2016 04:35 AM PST SEORANG anak Peneroka FELDA Palong, Negeri Sembilan mengamuk selepas mendapati wang khairat kematian ayahnya telah dipotong sebanyak RM3,200 oleh FELDA bagi membayar Saham Felda Global Venture, FGV. Beliau mendakwa baki wang khairat kematian ayahnya yang meninggal dunia lebih setahun lalu sepatutnya berjumlah RM7,000 hanya RM3,800 diterima, manakala RM3,200 lagi telah dipotong untuk pembayaran Saham FGV. Apabila ditanya mengapa FELDA membuat pemotongan terhadap wang khairat kematian itu walaupun pemotongan bayaran Saham FGV telah dibuat setiap bulan melalui pemotongan hasil ladang, pegawai yang berkaitan sekadar menjawab, ia adalah arahan dari ibu pejabat.
Lebih menyedihkan, ibunya baru bercita-cita mahu gunakan duit tersebut untuk perbelanjaan menunaikan Ibadah Umrah di Kota Suci Mekah, nampaknya niat itu terpaksa dibatalkan. Nilai saham Felda (FGV) yang dibayar setiap bulan oleh peneroka sehingga kini semakin merudum, harganya semakin jatuh. Harga terkini Saham FGV ketika artikel ini ditulis ialah RM1.50 seunit berbanding nilai asalnya ketika mula disenaraikan ialah RM4.45 seunit — Nilainya menyusut lebih 66 peratus.
Setiap peneroka diperuntukkan sebanyak 800 unit saham bernilai RM3,560 dan dijanjikan dengan keuntungan, namun kini nilainya hanya tinggal RM1,200. Sudahlah utung tak dapat, kini peneroka pula yang terpaksa membayar setiap bulan bagi menanggung kerugian saham tersebut.
Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/wang-khairat-kematian-ayah-kena-potong.html#ixzz4Rgm7zSAL | MASIH ADA MASA DEPANKAH MEREKA INI DALAM UMNO? Posted: 03 Dec 2016 04:31 AM PST Walaupun Perhimpunan Agung UMNO lebih merupakan pesta tahunan untuk membodek, mengipas, mengampu dan perlakuan lain yang sedarjatnya dengannya, rupa-rupanya masih ada jurucakap yang lebih jujur, ikhlas dan tidak rela terus diperbodohkan.
Jurucakap Puteri UMNO, Norsafinaz Mohd Azman dari Terengganu mendesak pimpinan kerajaan agar berhenti menutup kebenaran berkaitan ekonomi negara.
Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay, tetapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik, katanya.
Ketika beliau menyampaikan kritikannya, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar ucapannya.
Jurucakap Pemuda UMNO, Rizuan Ahmad meluahkan mengenai kenaikan kos sara hidup yang menjadi beban kepada rakyat, terutama golongan marhaen dan orang-orang kampung.
Di satu ketika beliau meminta Najib beratur naik bas dan pergi ke pasar membeli minyak masak untuk merasai sendiri keluh kesah dan derita rakyat yang terus terbeban itu.
Ketika beliau berucap yang mendapat tepukan para perwakilan, Najib dan Rosmah turut hadir mendengarnya.
Wakil Pahang, Shahaniza Shamsuddin banyak membangkitkan kelemahan pengurusan Felda terhadap peneroka, meskipun mereka merupakan penyokong UMNO dan BN selama ini.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang, turut melahirkan kehairanan tentang kenaikan harga minyak masak di negara kita ini, di sebalik ladang kelapa sawit yang luas terbentang di depan mata.
Wakil Johor, Ayub Rahmat menyeru UMNO agar berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia kepada parti itu serta mengenang-ngenang apa yang telah disumbangkannya.
Beliau yang juga Adun Kemelah berkata, orang Melayu tidak terhutang budi kepada UMNO, sebaliknya parti itulah yang terhutang budi dan patut berterima kasih kepada orang Melayu.
Mereka ini adalah sebilangan kecil pemimpin yang tidak seperti Nazri Aziz, Salleh Said Keruak, Fuad Zarkashi, Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan dan ramai yang lain yang hanya tahu mengipas, membodek dan mengampu serta tidak tidak mahu kebenaran sebagai suatu kenyataan.
Tetapi, berada di dalam kelompok yang majoritinya adalah pengipas, pembodek dan pengampu, masih ada masa depankah mereka ini?
Mampukah mereka terus menjadi pemimpin yang bersuara atas kebenaran atau akan menerima tekanan supaya diam dan seterusnya perlahan-lahan akan tenggelam? (SH 03/12/2016). | Surat buat rakyat: Ego Umno yang terakhir Posted: 02 Dec 2016 05:26 PM PST 
Mahdzir Ibrahim ULASAN Dari lojik matematik, Umno/BN masih kekal memerintah adalah kerana hasil daripada sumbangan besar kerusi BN di Sabah dan Sarawak. Ini jawapan matematik yang semua orang tahu. Formula matematik ini juga dikira hampir mustahil untuk dilakukan apatah lagi dengan mengambil kira senario politik pembangkang ketika ini. Maka lojik matematik ini masih meletakkan pembangkang di tempat yang sama seperti sebelumnya. Mungkin ada teori lain yang boleh menjadi faktor pembolehubah atas lojik matematik tersebut. Teorinya barangkali harus merujuk kepada naratif politik itu sendiri. Kekuatan Umno pada ketika ini adalah terletak pada ego dan hegemoninya, bukan semata-mata pada kekuatan sumber dana dan sumbangan BN di kerusi Sabah dan Sarawak. Ego ini mewujudkan hagemoni Umno, ia mencipta imaginasi dan metos hingga komponen BN di Sabah dan Sarawak cukup takut, begitu juga dengan MCA, MIC dan Gerakan juga takut dan tunduk atas kemahuan Umno. Begitu jugalah dengan rakyat, malahan segelintir pemimpin pembangkang. Selama ini, ego dan hegemoni Umno inilah yang membina politik perkauman dan sentimen keagamaan. Tekanan kepada semua pihak bermula dari ego Umno ini. Ianya tampak tidak berkesudahan. Dari mana ego dan hegemoni Umno ini muncul? Seperti yang saya katakan tadi, kita harus kembali kepada naratif sejarah politik Umno itu sendiri. Sejarah politik Umno bermula di Johor. Umno di Johor sebelum 2013 tidak pernah terjejas sedikit pun dengan pengaruh pembangkang. Di sinilah sejarah ego Umno muncul dan bertapak, bukan di negeri-negeri pantai timur atau Malaysia Timur hatta Utara. Dalam kempen pilihan raya 2013 lagi, slogan Johor adalah 'Tiang Seri' Umno menjadi azimat kempennya, semua orang percaya. Semalam, wakil Umno Johor, Datuk Ayub Rahmat yang juga exco kerajaan negeri telah berucap dalam sesi perhimpunan agung Umno (PAU16) dengan terang memberi isyarat dalam beberapa ungkapannya. Beliau mengatakan bahawa parti itulah yang sepatutnya berterima kasih kepada orang Melayu. Bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan Umno. Umno yang terhutang budi dengan orang Melayu. Ayub mengingatkan kepimpinan parti itu agar jangan sesekali lupa siapa di sebalik kejayaan Umno hari ini. Ini adalah isyarat penting Umno Johor kepada pemimpin elitnya. Ia membuktikan bahawa ego ini wujud dari naratif sejarah penubuhan dan kekuatan Umno di Johor. Malah, jika dilihat dengan hati-hati, Umno Johor ini lebih licik dan kemas kerjanya berbanding Umno di negeri-negeri lain. Kekuatan ini bersandarkan sejarah dan tradisi yang kuat. Bukan sekadar slogan semata-mata. Justeru, jika ego ini dapat digugat, pastinya Umno akan bergoncang kuat. Ia boleh menjadi sebab berakhirnya ego dan hegemoni Umno yang mencengkam rakyat dan komponen BN. Dengan kata lain, pembangkang mesti menang besar di Johor, ini boleh menjadi ‘pembolehubah’ yang berkesan. Kemenangan pembangkang di Johor akan menandakan berakhirnya legasi kubu kuat Umno. Kita harus sedar bahawa kemenangan ke atas ego Umno ini adalah kemenangan moral yang cukup besar dan ia akan memberi nilai yang cukup signifikan ke atas lanskap politik negara. Dengan berkuburnya ego Umno di Johor, maka kita akan dapat lihat kesan teori domino. Kesan domino ini akan melenyapkan hagemoni dan mitos Umno ke atas rakyat, parti di Sabah dan Sarawak termasuk rakan komponennya. Tanpa Selangor, Pulau Pinang dan Johor, Umno ibarat sudah tiada kaki dan tangan, hanya tinggal badan yang pastinya sukar untuk mereka bergerak lagi. Ketika ini, parti-parti di Sabah dan Sarawak tidak lagi memerlukan Umno kerana tidak ada apa lagi yang ingin dibimbangkan kerana ego dan hgeemoni Umno sudah tiada lagi. Pada fasa inilah rundingan antara pakatan pembangkang di Semenanjung dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak dapat dijalankan untuk melicinkan peralihan kerajaan pusat. Tanpa kemenangan pembangkang di Johor, ego dan hegemoni Umno akan terus hidup, ego dan hegemoni ini akan terus mencengkam rakyat dan parti-parti di Sabah dan Sarawak. Dan kerajaan Umno di Johor ketika ini sedang tersepit dan gagal menawarkan pilihan yang lebih baik kepada rakyat. Justeru, perlu dijalankan usaha menewaskan ego Umno yang terakhir. MAHDZIR IBRAHIM adalah pengarah biro pendidikan politik DAP Johor. | Umno berpesta di PWTC kerana tiada lagi ancaman PAS, kata penganalisis Posted: 02 Dec 2016 03:59 PM PST Zulkifli Sulong | December 2, 2016 KUALA LUMPUR: Walaupun menerima ancaman paling besar dalam sejarah politiknya, namun pimpinan dan perwakilan Umno masih mampu berpestaria di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana parti itu berjaya meneutralisasikan musuh tradisi yang mengancam mereka selama ini, PAS. Menurut penganalisis politik, tanpa ancaman PAS, Umno yakin akan boleh terus mengekalkan kerusi Melayu yang bakal ditandingi mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang supaya terus kekal di Putrajaya. “Dengan isu kenaikan harga barang, 1MDB, perpecahan dalam Umno ekoran tindakan Tun Mahathir menubuhkan Bersatu dan lain-lain lagi, ia akan membebankan Umno. Jika isu ini turut digunakan oleh PAS untuk menyerang mereka, Umno akan teruk,” kata Hisomuddin Bakar, pengerusi eksekutif Ilham Centre, sebuah badan penyelidik politik dan pilihan raya bebas. Sebaliknya, Hisomuddin berkata apa yang berlaku ialah pemimpin dan perwakilan Umno terus berpestaria di PWTC. “Menuju PRU 14, Umno akan terus rasa selamat di kawasan Melayu tanpa ada tentangan daripada PAS,” katanya kepada FMT. Bagi Hisomuddin, strategi paling ampuh Umno menjelang PRU ke 14 ini adalah “meneutralisasikan” musuh tegarnya PAS, dan usaha itu, menurutnya, berjaya setakat ini. Namun beliau mempersoalkan apa sebenarnya sokongan atau bantuan yang diberikan kepada PAS sebagai balasannya, selain membenarkan rang undang-undang Pindaan Akta 355 dibacakan di Dewan Rakyat. “Ini bantuan politik paling besar dan untungkan politik PAS,” kata Hisomuddin. Sebagai balasan, PAS berkecuali dalam bajet, tidak turun Bersih 5 dan tidak bersama pembangkang yang lain dalam banyak hal, tambahnya. “Saya yakin ahli PAS juga keliru ke mana hala tuju PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sebab perhitungan utama sebuah parti politik adalah kemenangan dalam pilihan raya dan sebelum itu melalui pembahagian kerusi atau kerusi yang akan mereka tandingi. “Sebab itu, ketika presiden PAS nampak bekerjasama dengan perdana menteri, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula secara konsisten menyerang dan berkata akan lawan Umno dalam dalam pilihan raya nanti,” katanya. Hisomuddin berkata berdasarkan ucapan Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada perhimpunan Umno yang berlangsung sekarang, Umno akan bekerjasama dengan PAS. “Pada bacaan kami, sikap PAS kini dan ucapan Najib semalam sudah menunjukkan mereka sudah masuk fasa kerjasama. Namun bentuk kerjasama masih dalam perkiraan pemimpin mereka bagi menentukan implikasinya terhadap ahli. “Sebab itu pimpinan kanannya masih dalam mood nafi, PAS tetap akan lawan Umno, tuduhan mahu bersama dengan Umno adalah fitnah dan sebagainya,” kata Hisom. Sementara itu, tidak ada seorang pun pemimpin kanan PAS yang memberikan reaksi terhadap kata-kata pujian yang dibuat oleh pimpinan Umno khasnya Najib terhadap PAS. Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi menyifatkan kenyataan presiden Umno yang mengalu-alukan hubungan mesra Umno-PAS sebagai muslihat politik untuk cuba memerangkap PAS supaya mengikut rentak parti itu. “Ia sebagai satu percubaan membina persepsi di kalangan rakyat bahawa PAS sudah lunak terhadap Umno dalam semua perkara,” katanya dalam satu kenyataan. Sebelum ini, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, PAS menyifatkan Amanah musuhnya yang paling dibenci kerana ia menjadi batu penghalang kerjasama Umno-PAS. “Pemimpin utama PAS tahu jika mereka membuat kerjasama dengan Umno, ahli bawahan mereka akan lari. Jika Amanah tiada, ke mana ahli mahu lari melainkan kekal dalam PAS atau berdiam diri sahaja? “Sebab itu mereka sangat benci kepada Amanah,” kata Husam yang kini penasihat Amanah Kelantan (ADMIN) | |
ROTIKAYA Posted: 02 Dec 2016 08:19 PM PST Kemalangan: Nazim Othman Risau Keadaan Otak Posted: 02 Dec 2016 08:53 AM PST Inilah dikatakan malang tidak berbau apabila Nazim Othman terlibat dalam kemalangan di lebuhraya MRR2 semalam. Bagaimanapun, Nazim memaklumkan, dirinya tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun bimbang kemalangan itu memberi kesan kepada otaknya. BACA: Gambar Di Sekitar Resepsi Nazim Othman, Bella Dally "Syukur tiada kecederaan serius di badan. Cuma kepala sahaja yang terhantuk ketika kejadian. Saya risau jika ia memberi kesan kepada otak apatah lagi sebelum ini pernah menjalani pembedahan,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai kemalangan yang dialaminya semalam. Difahamkan kejadian malang tersebut berlaku ketika Nazim dalam perjalanan untuk pulang ke rumah selepas selesai dengan urusan pengambarannya. Dalam kejadian itu, kereta Nazim telah dilanggar dari belakang serta berlaku kerosakan pada bahagian kereta beliau. Apapun, diharap tiada kecederaan serius berlaku pada Nazim, lebih-lebih lagi pada bahagian kepala sebagaimana sebelum ini beliau juga pernah mengelami kecederaan di kepala. Semoga Nazim tabah dengan dugaan yang diberikan dan cepat sembuh. (rkty/w) | Mia Ahmad, Mohd Izham Nikah 13 Januari Ini Posted: 02 Dec 2016 08:26 AM PST Tahniah diucapkan kepada Mia Ahmad yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama cinta hati, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan penjaga gol pasukan bola sepak JDT pada 13 Januari tahun depan. Selain itu, Mia turut memaklumakn tarikh pernikahannya terpaksa dianjakkan sendikit kerana komitmen kerja pada sidang media yang diadakan petang tadi. BACA: Bakal Suami Beri Masa Mia Ahmad Fikir Kerjaya “Kami sepatutnya bernikah lebih awal, tetapi perancangan itu terpaksa dianjakkan sedikit apabila Izham terikat dengan komitmen kerja. Alhamdulillah, perancangan yang telah dibuat sejak beberapa bulan yang lalu kini sudah hampir 80 peratus sempurna” “Kami bersua buat kali pertama pada November tahun lalu ketika saya menjalani penggambaran di Johor Bahru. Kami diperkenalkan menerusi kawan. Mulanya, saya langsung tidak tahu Izham bintang bola sepak, selepas pertemuan itu, kami tidak pernah berhubungan sehinggalah Izham menegur saya di laman Twitter,” katanya kepada Berita Harian Online. Mula berkenalan sejak setahun lalu, Izham yang teruja dapat bertemu dengan pelakon kesayangannya itu tidak menyangka Mia adalah seorang yang sangat manja dan memahami. Tambahnya lagi, bagi menghormati minat bakal isterinya dalam bidang lakonan, beliau tidak akan menghalang Mia untuk meneruskan kerjayanya walaupun selepas berkahwin. Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak. Manakala majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kelab Gold Taiping. Seterusnya, mereka bakal diraikan dalam satu majlis di Kuala Lumput pada akhir Januari serta diikuti dengan acara bertandang pada sebelah pengantin lelaki di Marang, Terengganu. (rkty/w) | Bakal Suami Beri Masa Mia Ahmad Fikir Kerjaya Posted: 01 Dec 2016 11:47 PM PST Bakal melangsungkan perkahwinan pada Januari tahun depan, bakal suami kepada pelakon, Mia Ahmad, Mohd Izham Tarmizi akan memberikan masa dan ruang selama dua tahun kepada bakal isterinya itu untuk memikirkan sama ada ingin meneruskan kerjayanya atau tidak. Mengenali wanita itu sebagai pelakon, Mohd Izham tidak mahu menyekat keinginan Mia untuk terus berlakon. BACA: Mia Ahmad Akui Sudah Sedia Kahwin Pemain JDT "Saya rasa lepas kahwin ni untuk tahun pertama dan tahun kedua saya bagi dia teruskan lagi kerjaya dia sebab saya kenal dia pun dia sudah seorang pelakon. Bukan mudah nak saya hentikan kerjaya dia serta-merta dan tak bagi dia berlakon. Cuma saya bagi masa untuk dia fikir” "Semasa saya berkawan dengan Mia pun, saya sudah tahu benda tu semua dan bagi saya tak ada masalah untuk berada dalam dunia hiburan tersebut,” katanya kepada m Star Online mengenai perancangan perkahwinan mereka yang bakal diadakan pada tahun depan. Memahami dunia seni bakal isterinya, Mohd Izham tidak mempunyai masalah untuk bergelar suami kepada Mia yang juga seorang pelakon. Beliau yang juga Penjaga gol JDT memberitahu pihaknya telah menghantar rombongan merisik kira-kira dua minggu lalu ke kediaman Mia. Namun majlis tersebut hanya melibatkan pihak keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja. Sebelum ini, Mia dilaporkan mempunyai hubungan cinta bersama pemain bola sepak JDT itu selepas gambar mereka berada di majlis ulangtahun kelahiran Mia pada Febuari lalu tersebar. Pasangan ini akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan secara terperinci mengenai perkahwinan mereka dalam satu majlis di Flora Terrace pada petang ini. (rkty/w) | |
No comments:
Post a Comment