Friday, 30 December 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 30 Dec 2016 11:47 AM PST

MySensasi


Harga Minyak Petrol Diesel Januari 2017

Posted: 30 Dec 2016 08:48 AM PST

Kita sekarang berada dipenghujung tahun 2016 dan juga akhir bulan disember. Perkara yang pasti menjadi tumpuan adalah harga minyak petrol diesel januari 2017. Memasuki tahun baharu adakah harga RON95, RON97 mahupun diesel akan turun , naik atau kekal.

Tahun 2016 menyaksikan harga minyak sentiasa turun naik berdasarkan harga semasa minyak mentah dipasaran dunia serta nilai matawang Ringgit berbanding USD turut mempengaruhi harga minyak di Malaysia.

Harga Minyak Petrol Diesel Januari 2017
Harga Minyak Januari 2017

Tahukah anda selain harga semasa minyak dunia faktor yang diambil kira dalam menentukan harga minyak adalah pergerakan ringgit berbanding dolar AS. Ini bermaksud dengan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar dapat membantu menurunkan harga minyak. Jika nilai ringgit berterusan menyusut maka ia akan memberi kesan peningkatan kepada penetapan harga petrol dan diesel di Malaysia.

Berikut adalah Harga Minyak Petrol Diesel Januari 2017

RON95 =
RON97 =
DIESEL =

Harga terbaru minyak petro dan diesel akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi oleh KPDNKK melalui Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia.

The post Harga Minyak Petrol Diesel Januari 2017 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 30 Dec 2016 10:10 AM PST

KedahLanie.info


Lihatlah di Pulau Pinang, kuasa Melayu hilang apabila Umno tewas?

Posted: 30 Dec 2016 06:21 AM PST


http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/07/lim-guan-eng3.jpg

Sejak tahun 1969, DAP sertai pilihan raya di tanah air ini.

Sehingga kini, DAP bersama-sama parti-parti pembangkang lain masih belum berjaya mendapatkan mandat rakyat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

Ertinya DAP sudah begitu banyak kali kalah dalam PRU13.

Namun, DAP masih mengambil bahagian dalam proses demokrasi dan pilihan raya.

Ini kerana, DAP adalah parti yang sah ditubuhkan di bawah Penfadtar Pertubuhan (ROS).

Jika UMNO kalah dalam PRU14 akan datang, parti perkauman itu hanya kalah dalam pilihan raya sahaja, dan masih boleh mengambil bahagian dalam proses pilihan raya negara secara demokratik, seperti DAP pada hari ini.

Kalah di Pulau Pinang

Kekalahan Barisan Nasional dalam PRU12 (8 Mac 2008) di Pulau Pinang sekaligus menunjukkan UMNO yang masih mempunyai 10 ADUN kini pun kalah, kerana mereka tidak lagi menguasai Kerajaan Negeri ini.

Adakah kuasa Melayu sehingga kini telah hilang, selepas UMNO kalah di Pulau Pinang sejak tahun 2008?

Khianat Melayu Punca Umno Kalah

Pada tahun 2010, 9.362 ekar tanah milik 31 Melayu Kampung Terang dekat Balik Pulau secara spekulatif.

Syarikat broker tanah terbabit mengaut keuntungan 'jual atas angin' sejumlah RM5 juta dalam tempoh tidak sampai empat bulan.

Dan, sehingga kini Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor Dato' Omar Faudzar yang dikaitkan dengan syarikat broker tanah itu diam seribu bahasa.

Yang mendedahkan skandal tersebut ketika itu adalah pemimpin Melayu, Dato' Abdul Halim Hussain.

Siapa beliau? Dato' Abdul Halim adalah Ketua PKR Cabang Balik Pulau. Dato' Abdul Halim juga Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Apa yang wajib ditegaskan di sini, Melayu untung apabila UMNO kalah di Pulau Pinang.

Umumnya, Melayu Pulau Pinang tahu bahawa semua pengkhianatan atas tanah pusaka mereka di Balik Pulau ini kerana ada pemimpin Melayu seperti Dato' Abdul Halim yang lantang, selepas UMNO kalah di Pulau Pinang.

Adakah kuasa Melayu di Pulau Pinang sekarang ini telah hilang, selepas dua penggal Umno kalah di negeri ini?

Melayu Pulau Pinang hari ini yakin bahawa hanya Umno sahaja kalah di negeri ini.

Melayu wajib kuatkan keyakinan mereka bahawa Melayu tidak akan hilang kuasa jika Umno kalah di seluruh negara dalam PRU14.

Nasib Melayu Desa

Seorang lagi pemimpin Melayu Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin ada mengumumkan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini melalui Bajet 2017 Negeri ada memperuntukkan RM3 juta untuk pembangunan desa, termasuk membantu ekonomi Melayu.

Dr. Afif adalah Timbalan Ketua Pemuda bagi Angkatan Muda KeADILan (AMK) di peringkat nasional PKR. Di Pulau Pinang, Dr. Afif adalah Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan.

Baru-baru ini, Dr. Afif lancar Program Jelajah Desa 2016 untuk masuk ke kampung, bela nasib rakyat, termasuk bantu ekonomi orang Melayu.

Apa yang Kerajaan Negeri dan Dr. Afif bantu perbaik nasib orang Islam dan umat Melayu di Pulau Pinang?

Kita ambil rekod di Seberang Perai dahulu kerana Forum "Kuasa Melayu Hilang Bila Umno Kalah" berlangsung di sini kini, 21 Disember.

Jamilah Zainol, umur 45 tahun, seorang ibu tunggal terima sebuah rumah baharu bernilai RM40,000 daripada Kerajaan Pulau Pinang melalui Program Bina Rumah Baru di Kampung Pasir Gebu dekat Penaga.

Pak Saad, 85 tahun di Kampung Pak Elong Penaga pun dapat rumah RM40,000 dalam Program Jelajah Desa 2016 baru-baru ini.

Di Kampung Tepi Laut Pasir Gebu dekat Penaga juga, Melayu bernama Othman Mohd. Isa diberi 10 ekar tanah pendudukan sementara (TOL) oleh Kerajaan Negeri, untuk peladangan nipah dan perusahaan air nira.

Khatijah Zainon, umur 39 tahun di Taman Penaga Permai terima mesin ketuhar bernilai RM2,100 untuk mengembangkan peniagaan kuih muih beliau.

Di bahagian Pulau juga, Melayu Desa dibantu di bawah Program Ekonomi Khas dan Projek Bina Rumah Baru.

Antaranya, Rabihah Abdul Manap dekat Jalan Persiaran Sungai Gelugor dapat rumah RM40,000 ini.

Bantuan peralatan niaga yang pelbagai bernilai RM2,968 untuk Lizarosnita Zakariah di Daerah Timur Laut; selain mesin pengadun kuih bernilai RM2,980 untuk Md. Amin Babjan dan isteri, Zarina Shaari.

Di Seberang Jaya, 21 Disember lepas, Dr. Afif sendiri baru menyampaikan RM100 insentif kepada 73 pelajar cemerlang UPSR.

Sebenarnya banyak lagi bantuan Kerajaan Negeri untuk rakyat, termasuk membela nasib Melayu di kampung dan desa.

Adakah Melayu hilang kuasa selepas Umno kalah di Pulau Pinang? Jawapannya, tidak!

Di mana untung Melayu Pulau Pinang?

Dulu, Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Koh Tsu Koon. Sekarang, Sdr. Lim Guan Eng. Ertinya, Ketua Menteri dahulu dan sekarang adalah Cina.

Exco Agama Islam dahulu adalah Melayu dan Islam. Sekarang, pemimpin Melayu daripada PKR, Dato' Abdul Malik Abul Kassim yang menjaga hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

Ertinya, kuasa Melayu yang memegang jawatan Exco berkaitan agama adalah sama, masih Melayu Islam.

Cuma, peruntukan Islam waktu Umno masih memerintah Pulau Pinang pada tahun 2008 (sehingga Mac) hanya RM25.49 juta, berbanding sekarang yang direkodkan RM35.78 juta (2009), RM37.85 juta (2010), RM63.21 juta (2011), RM64.03 juta (2012), RM54.55 juta (2013), RM51.17 juta (2014) dan sebagainya.

Ini, angka umum. Selepas ini, akan dibawa rekod rasmi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini – berapakah sebenarnya yang telah pun pentadbiran Guan Eng ini belanja untuk orang Islam dan umat Melayu di negeri ini?

Memartabat Islam

Daripada aspek lain, walaupun Umno kalah di Pulau Pinang, tak ada lagi masjid yang menjadi tempat orang Islam dan umat Melayu amal ibadat diruntuhkan.

Bawah Dato' Abdul Malik, ada Masjid Umar Abdul Aziz bernilai RM4.01 juta siap didirikan di KADUN Batu Maung pada Jun lepas.

1 Disember lalu, bangunan baharu tiga tingkat Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah (SRIMAT) dekat Guar Jering, Penanti yang bernilai RM1.3 juta baru dirasmikan.

Sdr. Anwar Ibrahim yang minta bangunan baharu itu pada tahun 2015.

Dan, pentadbiran Ketua Menteri Sdr. Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meluluskan semua permohonam peruntukan RM1.3 juta itu.

Ini berlaku sekarang, ketika Umno kalah di Pulau Pinang.

Adakah kuasa Melayu hilang sejak Umno kalah di Pulau Pinang?

Memperkasa Mahkamah Syariah

Selain itu, pentadbiran Guan Eng yang digambarkan anti Islam menyerahkan 3.49 ekar bernilai RM80 juta di Jalan Scotland untuk pembangunan Kompleks Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Kini, kompleks mahkamah syariah paling canggih di Malaysia itu hampir siap, dan ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memartabatkan agama serta umat Melayu-Islam Pulau Pinang, sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini satu lagi bukti Melayu dan Islam tak hilang kuasa pun apabila Umno tewas di Pulau Pinang?

Bayangkan jika UMNO kalah di seluruh negara dalam PRU14, takkan Melayu akan hilang kuasa?

Atau, Umno sebenarnya hilang kuasa dalam Kerajaan Pusat, sebagaimana mereka hilang kuasa untuk menipu dan mengkhianati Melayu seperti didedahkan di Pulau Pinang sebelum ini?

Belanja RM49.37 Juta Demi Islam?

Sebagaimana dijanjikan, ini rekod rasmi yang dikeluarkan daripada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Untuk rekod, sejumlah RM49,375,900 diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam bagi tahun 2017, seperti berikut:

● RM1,750,000 untuk program bantuan pendidikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR);

● RM930 000 untuk sumbangan Ex-Gracia guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);

● RM9,050,020 untuk projek-projek pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama dan Masjid Negeri;

● RM21,469,280 untuk peruntukan pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam;

● RM2,964,270 untuk peruntukan mengurus Jabatan Mufti;

● RM7,642,330 untuk peruntukan mengurus Jabatan Kehakiman Syariah;

● RM3,000,000 untuk bayaran saguhati pegawai-pegawai masjid; dan

● RM2,570,000 untuk bantuan khas wang/bonus kepada guru KAFA, guru agama, guru pondok, guru tahfiz, guru Tadika Islam (TADIS), sumbangan kepada Ijtimak Huffaz, sumbangan kepada masjid sempena bukan Ramadan, sambutan Maal Hijrah, Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, Ujian Menghafaz Al-Quran, Pertandingan Nasyid, Sambutan Maulidur Rasul, peruntukan MMK Agama dan Tabung Perumahan Agama Islam.

"Tuduhan media massa BN (Barisan Nasional) bahawa kita (Kerajaan Negeri) hanya peruntukan RM8 juta sahaja, ini satu lagi dusta dan fitnah.

"Pecahan peruntukan Kerajaan Negeri 2017 untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam, jumlah peruntukan terkumpul sebenarnya hampir RM50 juta (RM49,375,900)," ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada sesi penggulungan ucapan Bajet 2017 Negeri di dalam DUN Pulau Pinang, 17 November lalu.

Sekali lagi, elok kita berbincang persoalan pokok di sini – Adakah kuasa Melayu akan hilang jika Umno kalah PRU14 nanti?

Bagi saya, Umno percaya mereka pasti hilang kuasa untuk merompak tanah milik Melayu, membazir wang rakyat, menyeleweng dan rasuah.

Berdasarkan rekod kejayaan pemimpin Melayu daripada KeADILan, DAP dan terbaru AMANAH dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mengangkat taraf hidup orang Islam dan umat Melayu sehingga kini, wajiblah kita semua menggembleng undi sokongan semua rakyat tanpa mengira kaum untuk memastikan Umno BN kalah di seluruh negara dalam PRU14 nanti.

Setuju?

■ Komentar bebas penulis politik dan aktivis masyarakat, Zainulfaqar Yaaco

Amanah kepada PAS: Usah Menyibuk, Kamu urus Sejahtera, kami urus Harapan

Posted: 30 Dec 2016 12:50 AM PST

Izham-Hashim
PETALING JAYA: Amanah mengingatkan PAS supaya fokus kepada sekutunya dalam gabungan 2 parti bernama Gagasan Sejahtera, bukannya mencampuri urusan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata soal pembahagian kerusi terutama milik PKR adalah urusan dalaman PH.

"Tetapi itu semua akan diputuskan bersama di mesyuarat kami dalam PH-PPBM," katanya sambil merujuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut menjalinkan kesefahaman dengan PH.

Sebelum ini, pengumuman Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang parti itu mahu bertanding 40 kerusi Parlimen termasuk yang kini dipegang PAS dan PKR pada pilihan raya umum akan datang, dikritik Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata Amanah bersikap tidak amanah apabila mengganggu kerusi milik rakan sekutunya dalam PH.

Izham bagaimanapun berkata kenyataan Amanah itu merujuk kepada perubahan lanskap politik semasa yang memerlukan PPBM dan PH menyusun semula calon mereka.

"Iskandar tidak perlu risau perkara ini dan dia boleh beri tumpuan kepada pembahagian kerusi sesama rakan-rakan PAS dalam Gagasan Sejahtera," katanya, merujuk kerjasama PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dipimpin bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Izham turut mempersoalkan tuduhan PAS yang Amanah cuba mencuri kerusi rakan sekutu.

Sebaliknya, beliau berkata mencuri kerusi sesuatu yang dilakukan oleh PAS pada pilihan raya umum 2013.

"Isu curi kerusi ini bukan kerja Amanah tetapi PAS, apabila bertanding di 7 kerusi PKR dalam PRU yang lepas walaupun selepas perjanjian bersama," tambah Izham.

PAS memenangi 15 kerusi negeri, DAP 15 dan PKR 13 di Selangor, bagaimanapun selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, 2 Adun PAS menyertai Amanah, parti yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS yang tidak sealiran dengan haluan baharu parti itu.

PAS sebelum ini bertegas tidak menyertai PH kerana tidak mahu kerjasama dengan Amanah dan DAP.

TAN SRI SM SALIM - INSAN SENI DENGAN NILAINYA YANG TERSENDIRI.

Posted: 29 Dec 2016 11:12 PM PST

1. Nilai yang bukan sahaja punya sentuhan seni yang tersendiri tetapi estetika yang  mendarjat susila  manusiawi adalah hasil karya seni yang ditinggalkan oleh Biduan Negara, Allahyarham Tan Sri SM Salim kepada bangsa dan negaranya.

2. Dalam kemerduan suaranya ada mesej pekerti yang memahat arca kehidupan yang memecah sepi dunia dalam keriuhannya.

3. Begitulah tersingkapnya rasa kagum saya terhadap Allahyarham Tan Sri SM Salim yang telah meninggalkan dunia yang fana' ini.

4. Semoga karya mutiara daripada hasil perjuangan beliau menjadi dedikasih jariah baginya di alam Barzakh yang menanti.

Al fatihah.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
30hb Disember 2016

Apabila ada pimpinan PH-BERSATU tidak tahu kunci mulut, nantikanlah masa berkuburnya persepakatan mereka

Posted: 29 Dec 2016 03:50 PM PST

Kunci mulut atau terkubur, kata tokoh akademik

Kamarul Zaman Yusoff

ULASAN l Pemimpin PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU perlu menghormati kandungan Perjanjian Persefahaman (MOU) yang ditandatangani mereka pada 13 Disember lalu sekali gus menggunakan saluran dalaman untuk menyuarakan segala pandangan yang membabitkan hubungan antara sesama mereka.

Apabila ramai daripada mereka memilih untuk bersuara secara terbuka dalam media massa dan mengabaikan saluran yang ditetapkan oleh perjanjian maka ini akan merumitkan keadaan sekali gus menjadikan perjanjian yang telah mereka tandatangani itu sebagai tidak bermakna.


Pertikaian berterusan yang berlaku antara pemimpin HARAPAN dan BERSATU sejak kebelakangan ini mengenai soal-soal seperti calon perdana menteri, pembahagian kerusi mahupun dasar seperti BR1M tidak syak lagi akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap mereka.

Cadangan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin, supaya AMANAH bergabung bersama PKR sepatutnya tidak ditimbulkan lagi setelah perjanjian persefahaman ditandatangani, jika mahu dibuat pun ia mestilah dibuat di dalam mesyuarat bersama.

Begitu juga kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, mengenai kesediaan PKR memberikan sebahagian kerusinya kepada BERSATU pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang tidak perlu lagi disuarakan jika kandungan perjanjian dihormati.

Turut tidak perlu disuarakan adalah kenyataan terbuka Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, bahawa parti itu bercadang untuk bertanding di 40 kerusi Parlimen pada PRU-14, termasuk kerusi yang di ditandingi oleh PAS dan PKR pada PRU-13.

Jawatankuasa teknikal bersama

Perjanjian tersebut jelas menyebut bahawa HARAPAN dan BERSATU akan meletakkan satu calon sahaja setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua-dua pihak berdasarkan prinsip keboleh-menangan (winnability).

Mekanisme untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya ini juga ada disebut di dalam perjanjian itu, iaitu melalui penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal bersama.

Oleh itu, tidak berbangkit soal parti mana perlu menyerahkan kerusi kepada parti lain kerana semuanya akan ditentukan melalui prinsip keboleh-menangan oleh jawatankuasa teknikal bersama ini.


Tidak berbangkit juga soal parti mana dari pakatan pembangkang yang akan menjadi teraju kepada pemerintahan di negeri tertentu seperti dibangkitkan oleh Khalid jika kehendak perjanjian MOU ini diikuti sepenuhnya.

Apa yang sebaliknya perlu dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan dan BERSATU ialah untuk memastikan jawatankuasa teknikal bersama ini dapat diwujudkan secepat mungkin dan membuat kajian yang boleh diterima oleh semua pihak mengenai tahap kebolehmenangan sesuatu parti di setiap kerusi sahaja.

Jika ini dapat dilakukan secara objektif, sistematik dan saintifik serta membabitkan semua kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri maka soal parti mana perlu menyerahkan kerusi kepada parti mana atau soal parti mana akan menerajui negeri mana secara automatik akan selesai sendiri.

Soal siapa yang akan menjadi calon perdana menteri juga tidak sepatutnya menjadi satu isu kerana ia belum boleh dibincangkan selagi matlamat perjanjian untuk mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya belum tercapai.

Tunjuk hebat

Keadaan akan menjadi lebih mudah jika semua pemimpin parti politik yang bergabung dalam Pakatan Harapan bersama BERSATU dapat mengikuti kandungan perjanjian yang mereka tandatangani, tetapi bila masing-masing mahu menunjuk hebat dan bercakap sesuka hati kepada media massa maka akan bercelarulah jadinya.

Oleh itu, pemimpin HARAPAN dan BERSATU sepatutnya belajar untuk mengunci mulut masing-masing mengenai hubungan antara mereka dan sebaliknya menyuarakan segala cadangan mereka di dalam mesyuarat dalaman bersama bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi negatif terhadap mereka.


Fokus utama sepatutnya adalah kepada penubuhan jawatankuasa teknikal bersama selain perbincangan mengenai dasar-dasar bersama supaya semua pemimpin HARAPAN-BERSATU dapat kelihatan seia sekata dalam semua perkara.

Keadaan seumpama Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan BR1M sebagai rasuah manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyifatkannya sebagai hak rakyat tidak akan berlaku jika pembangkang dapat menyediakan dasar-dasar bersama mereka terlebih dahulu.

Jika perbahasan dan pertikaian terbuka masih dibuat oleh pemimpin mereka dan jika mekanisme dalamannya tidak berfungsi sepertimana dirancang maka saya sangat pesimis dengan masa depan HARAPAN-BERSATU.

Dr Kamarul Zaman Yusoff adalah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (M

OhDunia.My

Posted: 30 Dec 2016 08:09 AM PST

OhDunia.My


Amanat Terakhir Allahyarham Tan Sri SM Salim Sebelum Pemergiannya

Posted: 30 Dec 2016 05:22 AM PST

Keluarga Allahyarham Tan Sri SM Salim berharap stesen radio dan badan penyiaran tempatan tidak menyiarkan lagu dendangan Allahyarham dalam tempoh terdekat.


Sheikh Shamsul (gambar kiri), anak Allahyarham Tan Sri SM Salim.

Baca selengkapnya

Jenazah Penyanyi Legenda SM Salim Selamat Dikebumikan

Posted: 30 Dec 2016 05:11 AM PST

Kuala Lumpur – Jenazah penyanyi legenda tanah air, Allahyarham Tan Sri SM Salim, 88, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini pada 2.45 petang.


Jenazah Penyanyi Legenda SM Salim Selamat Dikebumikan

Baca selengkapnya

Terpotong Zakar, Ibu bapa Mahu Rawatan Segera Di Luar Negara

Posted: 30 Dec 2016 06:23 AM PST

Kuala Lumpur – Keluarga kanak-kanak berusia 9 tahun, yang mengalami kegagalan prosedur berkhatan mahu Hospital Kuala Lumpur (HKL) menghantar kanak-kanak malang itu ke Singapura atau Arab Saudi bagi menjalankan prosedur pembedahan kompleks penyambungan semula kepala zakar terputus.


Terpotong Zakar, Ibu bapa Mahu Rawatan Segera Di Luar Negara

Baca selengkapnya

Ngeri.. Bapa Saksikan Kepala Kemaluan Anak Berkhatan Jatuh Atas Kain

Posted: 30 Dec 2016 03:34 AM PST

Kuala Lumpur : Seorang bapa menyaksikan sendiri bagaimana kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Disember lalu.


Gambar hiasan
Baca selengkapnya

Masih Bernyawa Walapun Terjatuh Dari Tingkat 11 (4 Gambar)

Posted: 30 Dec 2016 12:29 AM PST

KUALA LUMPUR - Seorang remaja berusia 13 tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 11 kediamannya semalam.


Masih Bernyawa Walapun Terjatuh Dari Tingkat 11

Baca selengkapnya

Azam 2017 Neelofa Yang Bakal Mengejutkan Peminatnya (10 Gambar)

Posted: 30 Dec 2016 12:01 AM PST

Menjadi lumrah setiap tibanya kedatangan tahun baru, ramai yang menyematkan azam untuk dicapai pada tahun tersebut. Begitu juga dengan pelakon popular Neelofa, telah menyemat azam yang begitu besar untuk tahun 2017 ini.


Azam 2017 Neelofa Yang Bakal Mengejutkan Peminatnya

Baca selengkapnya

myartis.com

Posted: 30 Dec 2016 02:02 AM PST

myartis.com


ADA KETULAN DI PAHA - NOURUL WAHAB JALANI PEMBEDAHAN

Posted: 30 Dec 2016 12:50 AM PST



Semalam, penyanyi Nourul Wahab Depp, 38, telah selamat menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketulan di paha kanannya di sebuah pusat perubatan.

Nourul atau nama penuhnya Noorul Huda Abdul Wahab berkata, kehadiran ketulan itu disedarinya sejak 18 tahun lalu, namun dibiarkan saja sebelum nekad membuat keputusan untuk membuangnya, baru-baru ini.

Walaupun kehadiran ketulan itu tidak memberikan sebarang tindak balas buruk terhadap tubuhnya, Nourul bagaimanapun, mengambil langkah berjaga-jaga supaya kesihatannya pada masa akan datang tidak terjejas.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

7 GAMBAR - SEKITAR PENGEBUMIAN JENAZAH S.M.SALIM

Posted: 30 Dec 2016 12:16 AM PST



Suasana sedih menyelubungi majlis pengkebumian jenazah bintang legenda, Allahyarham Tan Sri S.M. Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat. Solat jenazah diimankan Imam Kedua Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BYE-BYE AWAN BIRU - ZARUL UMBRELLA SAH LETAK JAWATAN

Posted: 29 Dec 2016 06:43 PM PST



Selepas 17 tahun berkhidmat sebagai pramugara Malaysia Airlines (MAS), penyanyi Zarul Umbrella akhirnya telah membuat keputusan untuk meletak jawatan tersebut untuk fokus kepada bidang nyanyian, setelah populariti beliau mula meningkat semula sejak menyertai program Gegar Vaganza 3.

"Sudah lama saya menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

5 GAMBAR - NEELOFA DI TANAH SUCI TUNAI UMRAH

Posted: 29 Dec 2016 05:44 PM PST



Pada 27 Disember lalu, Neelofa bersama keluarga, sepupu dan saudara-mara telah ke berangkat ke Tanah Sicu bagi menunaikan umrah.

Difahamkan, Neelofa yang menggangap ibadah umrah tersebut sebagai pembuka tirai baharu buatnya itu akan pulang ke Kuala Lumpur pada 7 Januari 2017.

Selamat menjalani ibadah umrah dan semoga segalanya dipermudahkan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

11 GAMBAR - BIRTHDAY PERTAMA ANAK HANEZ SURAYA DI JEPUN

Posted: 29 Dec 2016 03:49 PM PST



Pejam celik... dah setahun rupanya usia anak perempuan pelakon Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha yang bernama Putri Aleesya ini.

Baru-baru ini, Hanez Suraya bersama suami serta anak-anak telah terbang ke Jepun untuk bercuti sekaligus menyambut ulangtahun kelahiran pertama Aleesya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"AYAH PESAN USAH PUTARKAN LAGUNYA" - ANAK S.M. SALIM

Posted: 29 Dec 2016 02:50 PM PST



Siapa yang tidak pernah mendengar lagu-lagu penyanyi legenda lagu Melayu asli, Allahyarham Tan Sri SM Salim, seperti 'Pantun Budi' yang sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan, apatah lagi lagu 'Apa Nak Jadi' dan lagu 'Pandang-pandang, Jeling-jeling' pasti menghiburkan hati orang ramai.

Anak keenam Allahyarham Tan Sri SM Salim, Sheikh Shamsul Sheikh Salim, 51, berkata bahawa arwah ayahnya pernah berpesan kepadanya supaya semua lagu dan video muzik Allahyarham tidak dimainkan selepas ketiadaannya. Namun jelas Sheikh Shamsul, perkara itu sukar dilakukan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AL-FATIHAH - PENYANYI LAGENDA S.M. SALIM KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 29 Dec 2016 03:07 AM PST



Takziah diucapkan buat ahli keluarga penyanyi legenda Tan Sri S.M. Salim, 88, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 5.44 petang tadi di rumah anaknya di Ukay Perdana.

Anak sulungnya, Siti Noraishah, 60, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 30 Dec 2016 01:56 AM PST

beautifulnara


Menangi 40 Pasang Tiket Filem The Icebreaker 3 Januari 2017 Ini

Posted: 29 Dec 2016 09:04 PM PST

Berdasarkan sebuah kisah benar, filem The Icebreaker bakal menemui anda di pawagam berhampiran pada 5 Januari ini. Namun khas untuk pembaca BeautifulNara, anda dapat menontonnya lebih awal. Dilakonkan oleh Pyotr Fyodorov, Sergey Puskepalis dan Aleksandr Pal, filem The Icebreaker ini mengisahkan tentang krew-krew kapal yang berjuang untuk memastikan kapal yang mereka naiki tidak hancur dilanggar oleh ketulan ais gergasi.

The Icebreaker FA Poster 2 -27x39in

Ok jom kita tengok trailer The Icebreaker ini untuk mengujakan lagi diri anda.

Ini pula beberapa visual dari filem The Icebreaker yang pasti akan membuatkan anda tidak sabar menonton filem ini.

22a556329d471c9661718e7bf59532b4

Terima kasih kepada Rainfilm Sdn Bhd, Abang Nara ada 40 pasang tiket untuk diberikan kepada anda semua. Anda cuma perlu mengisikan borang di bawah dengan slogan “Kalau saya krew kapal ini saya akan ….” dan menghantarnya secepat mungkin. Berikut adalah informasi tayangan awesome filem The Icebreaker:-

Tarikh: 3 Jan 2017 (Selasa)
Masa: 9:00pm
Tempat: GSC Pavilion KL

Jangan lupa untuk LIKE Facebook Rainfilm Sdn Bhd dan layari www.rainfilm.com.my untuk maklumat lanjut tentang filem The Icebreaker ini.

Kaka Azraff Bakal Bertunang Dengan Rody Kristal?

Posted: 29 Dec 2016 05:25 PM PST

Beberapa hari lepas kami ada terdengar satu khabar angin mengatakan penyanyi Kaka Azraff kini sedang rapat dengan pemain gitar kumpulan Kristal iaitu Rody. Malah, ada juga pihak yang mendakwa mereka bakal bertunang tidak lama lagi.

Berbicara mengenai berita tersebut, Rody menerusi portal Utusan Online mengesahkan beliau dan Kaka kini sedang menjalinkan hubungan istimewa. Namun, mereka baru sahaja berkenalan ketika sama-sama terlibat didalam program Duo Star dan tidak mempunyai sebarang rencana untuk bertunang seperti yang digembar-gemburkan.

Saya mula mengenali Kaka ketika dia bertindak selaku pembantu peribadi Ella yang juga ibu saudaranya. Waktu itu dia belum lagi bergelar penyanyi. Cuma kenal-kenal macam tu saja, tidak rapat. Bagaimanapun sejak rakaman Duo Star bermula pada awal bulan lalu, barulah mula rapat.

Khabar angin mengatakan kami menangguhkan majlis pertunangan yang sepatutnya berlangsung pada 1 Januari ini adalah tidak benar memandangkan kami sendiri pun belum merancang ke arah itu.

Walaubagaimanapun, Rody menganggap segala berita mengenai mereka berdua adalah satu doa dan berharap agar hubungan mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Utusan Online

Zarul Umbrella Letak Jawatan Sebagai Pramugara

Posted: 29 Dec 2016 04:44 PM PST

Setelah lama berfikir, akhirnya penyanyi Zarul Umbrella telah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines (MAS) selepas 17 tahun berkhidmat untuk fokus kepada bidang nyanyian. Populariti beliau mula meningkat semula sejak menyertai program Gegar Vaganza 3.

Sudah lama saya menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.

Saya yakin dengan keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama isteri dan keluarga.  Semoga tindakan yang diambil adalah perkara terbaik untuk kerjaya saya buat masa ini.

Menurut Zarul, beliau selepas ini harus bijak merencana kehidupan dan masa depannya kerana sudah tidak bergaji tetap.

Memandangkan saya sudah tiada gaji tetap, saya perlu menyusun dan menyimpan wang sebaik mungkin. Ibaratnya, saya bertukar syarikat kerja saja kerana sekarang tertumpu kepada bidang nyanyian.

Jika saya rindu untuk terbang di awan biru, saya boleh kembali bekerja selepas dua tahun. Itu semua bergantung kepada keadaan dan masa depan.

Kami harap keputusan yang dilakukan oleh Zarul Umbrella adalah yang terbaik buat dirinya. Semoga terus maju dalam bidang nyanyian.

Sumber Berita : BH ONLINE

(AL-FATIHAH) Tan Sri SM Salim Meninggal Dunia

Posted: 29 Dec 2016 03:51 AM PST

Setelah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak semalam dan menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas , hari ini kita hilang lagi seorang insan seni iaitu Tan Sri SM Salim yang telah menghembuskan nafas terkahir akibat sakit tua kira-kira jam 5.44 petang tadi di kediaman anaknya yang terletak di Ukay Perdana, Kuala Lumpur.

Dimaklumkan, jenazah Allahyarham akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru esok dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas selesai solat Jumaat esok.

Anak sulungnya, Siti Noraishah, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucu.

Takziah buat ahli keluarga Tan Sri SM Salim diatas pemergian insan tersayang. Marilah kita semua sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber Berita : mStar Online / BH ONLINE

Toknek.com RSS Feed

Posted: 30 Dec 2016 01:54 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Sazzy Falak Tayang Peha Putih Gebu Untuk Peminat

Posted: 30 Dec 2016 01:36 AM PST


Amboiii Seksinya artis pompuan ni Belahan kain tu tak boleh terbelah sampai ke ataih teruih ke Alang alang dah terbelah tu biaqlah kain tu terbelah sampai ke ataih teruih baghu boleh na...

YB Padayappa Rafizi Mesti Membalaih Mesej Ni Bukannya Menyalah Oghang Yang Menyampaikan Berita

Posted: 30 Dec 2016 01:34 AM PST


1 kemarin YB Padayappa Rafizi habaq media bahawa beliau tak berpuas hati dengan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasionai pasai berulang kali memberikan bukti untuk mendedahkan bahawa dakwaa...

Anina Ada Rahsia Besaq Semua Pemimpin Tertinggi Ppbm

Posted: 30 Dec 2016 01:32 AM PST


Sangat memalukan apabila sebuah parti yang ditubuhkan oleh bekaih Perdana menteghi Malaysia untuk menggantikan UMNO la nih dilanda pelbagai skandai serta masalah dalaman yang menjijikkan dan memua...

Perbezaan Antara Serban Muslim Dan Dastaq Sikh

Posted: 30 Dec 2016 12:32 AM PST


Dalam kelompok masyarakat Malaysia yang berbilang kaum barangkali ada yang masih dok kughang jelaih tentang pasai perbezaan serban Sikh atau dastaq dalam bahasa Punjabi dengan serban yang dipaka...

Mahathir Mau Ambik Alih Tugaih Tuhan Untuk Tentukan Jannah Neraka

Posted: 29 Dec 2016 10:36 PM PST


Rakyat tentu masih dok ingat lagi lagu mana Mahathir penah menghina Nabi Muhammad SAW semasa pemerintahannya dahulu Beliau yang masa tu menjadi Perdana menteghi Malaysia mendakwa Rasuloilah SAW ...

Lagi Keh Kemaluan Kanak Kanak Terpotong Masa Berkhatan

Posted: 29 Dec 2016 10:34 PM PST


kola Lumpoq soghang kanak kanak lelaki berumoq sembilan tahun terpaksa melalui detik hitam masa berkhatan apabila proses berkhatan beliau gagai apabila kepala kemaluan kanak kanak tu tanpa saja ...

Huan Cabaq Mahathir Buat Laporan Polih Dan Sprm Isu Br1m

Posted: 29 Dec 2016 10:32 PM PST


Sebelum ni Tun Mahathir dengan yakin dan tanpa ghasa bersalah kata bahawa pemberian wang bantuan dari kerajaan iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M adalah rasuah dan jugak duit haram tapi Mahat...

Kenali Simptom Serangan Pneumonia Punca Dan Rawatan Jangkitan Paru Paru Pada Anak

Posted: 29 Dec 2016 09:32 PM PST


Adakah anak kerap kena ambush batuk demam dan selesema Apabila ni berlaku dah tentu si kecik kughang selera makan dan takmau minum susu Ada kalanya susu yang diminum tersedak disebabkan batuk ...

Berapa Kerap Sepatutnya Hampa Mencuci Rambut

Posted: 29 Dec 2016 09:12 PM PST


Rambut adalah sebahagian identiti yang pentin bagi sesetengah oghang dan belajaq cara menjaganya ambik masa bertahun tahun ghamai yang tertanya tanya kekerapan mencuci rambut Syampu tak digunak...

Kaka Azraff Bakai Bertunang Dengan Rody Kristai

Posted: 29 Dec 2016 07:52 PM PST


Beberapa hari lepaih kami ada terdengaq satu ura ura kata penyanyi Kaka Azraff la nih sedang ghapat dengan pemain gitaq kumpulan Kristai iaitu Rody Malah ada jugak pihak yang mendakwa depa bakai...

Adrea Abdullah Bangga Tayang Gambaq Berbikini Di Instagram

Posted: 29 Dec 2016 07:32 PM PST


Pergghh sapadia yang tayang gambaq seksi dan menggioqkan ni u olls Terbeliak mata Miss tengok gambaq ni Nak kata minah saleh memang tak lah Melayu asli ni takdak celop celop punya hamp...

Hukum Beramal Dengan Hadih Lemah Dan Muhung

Posted: 29 Dec 2016 06:32 PM PST


Ibn Hajaq al Asqalani telah membuat perbezaan dan memberi pengertian setiap satu kedudukan hadih macam sahih hasan dan lemah Apa kepentingan untuk kita mengetahui ilmu ni Apa punca kita menget...

Pastikan Kek Ada Sijil Halai Sebelum Sambut Besday Di Mcdonald S

Posted: 29 Dec 2016 11:32 AM PST


McDonald s Malaysia mengesahkan hanya kek dengan sijil halai boleh dibawak masuk ke rangkaian restoran depa Dalam satu kenyataan kepada FMT McDonald s bagitau dasaq tu bagi mematuhi garis pa...

Samsung Mai Dengan Monitoq Melengkung Baghu Menggunakan Skrin Quantum Dot

Posted: 29 Dec 2016 06:52 AM PST


Pada IFA 2016 yang lepaih Samsung sedia memperkenaikan beberapa monitoq baghu menggunakan teknologi skrin Quantum Dot la nih bersempena dengan CES 2017 yang bakai menjelang tiba minggu hadapan ...

Mahathir La Nih Lebih Gemaq Menyalak Dari Berpikiaq

Posted: 29 Dec 2016 04:32 AM PST


29 12 2016 Tun Mahathir didalam satu ceramahnya di Taman Wira Mergong Aloq Staq mendesak Perdana menteghi DS Najib Razak mengeluaqkan saman malu kepada dirinya dan Pakatan kalau betoi tak bersa...

Restoran Ch Premier Di Kuchin Menjadi Terawai Di Malaysia Menggunakan Pelayan Robot

Posted: 29 Dec 2016 03:32 AM PST


Kita sedia mendengaq pasai penggunaan robot di beberapa restoran di luaq negara dan terkini penggunaan robot sebagai pelayan akhiaqnya tiba di Malaysia Restoran CH Premier yang beroperasi di Kuchi...

7 Jenih Hubungan Rakyat Malaysia Dengan Telefon Depa

Posted: 29 Dec 2016 03:14 AM PST


Pada zaman la la nih teelfon pintaq merupakan sebahagian dalam kehidupan kita Telefon jugak merupakan pembantu yang sentiasa di sisi dan sentiasa membantu apabila diperlukan macam Google perk...

Apa Yang Buat Oghang Yang Makan Sendirian Lebih Kuat

Posted: 29 Dec 2016 03:12 AM PST


ghamai yang kata makan secara bersendirian adalah menyedihkan depa kesunyian dan tak berteman Malah ghamai yang tak ingin menjadi macam depa Christopher McCandless bagitau kebahagiaan tu ad...

Skandai Rasuah Jabatan Ayaq Negeri Sabah 3 Diikat Jamin Sejumlah Rm13 Juta

Posted: 29 Dec 2016 02:32 AM PST


ta charset UTF 8 SKANDAL RASUAH JABATAN ayaq NEGERI SABAH 3 DIIKAT JAMIN SEJUMLAH RM13 JUTA Kamaluddin s Blog Portai PakDin my window wpemojiSettings baseUrl...

No comments:

Post a Comment