Wednesday, 28 December 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 28 Dec 2016 10:26 AM PST

KedahLanie.info


Adakah RUU355 Marang juga akan berakhir di Laut China Selatan pada MAC 2017 nanti..

Posted: 28 Dec 2016 02:10 AM PST

BERAKHIR DI MARANG

Ramai hari ni upload gambar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersama Ketua Penerangan Parti Islam dalam satu majlis di London. Majlis tersebut khabarnya membincangkan tentang hasrat meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Hasrat meminda Akta 355 ini menggila dengan tindakan Ahli Dewan Rakyat Marang memasukkan usul membawa Rang Undang-Undang Persendirian yang sudah tiga kali dipinda usulnya dan sudah 2 kali ditangguhkan pembentangannya oleh Marang sendiri.

Apa agaknya kesudahan polemik pindaan Akta 355 ini? Aku sendiri telah berulangkali malah sudah menyampah menulis isu ini tetapi kali ini aku hanya nak MAKLUMKAN lebih awal apa akan berlaku seterusnya.

Presiden Umno yang juga Malaysia Official 1 (MO1) yang terkenal seluruh dunia mengkelepet duit negara dalam Persidangan Agung Umno yang lepas sebutkan bahawa cadangan pindaan Akta 355 ini akan diambil alih oleh Kerajaan nanti. Itu suatu gambaran awal bahawa cadangan ini akan lepas daripada genggaman Marang tetapi ketika itu aku merasakan ianya prosedur biasa mengikut Peraturan Mesyuarat 49 Dewan Rakyat.

Perlu faham bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 49 selepas usul diluluskan, ianya hanya menjadi Bacaan Pertama. Bacaan Kedua akan diambil alih oleh Kerajaan yang mana Timbalan Perdana Menteri sebutkan dalam taklimatnya kepada semua Ahli Dewan Rakyat Melayu Muslim bahawa Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas melibatkan Ahli Dewan Rakyat semua parti. Selepas penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas barulah Bacaan Kedua dibuat oleh Kerajaan. Ini prosedur biasa di bawah Peraturan Mesyuarat 49.

Tetapi baru-baru ini aku mendapat maklumat bahawa ianya tidak akan berlaku seperti itu. Pada sidang Dewan Rakyat Mac 2017 nanti, usul Marang akan lenyap dari muka bumi Malaysia. HILANG TERUS. Kenapa? Ini kerana maklumat yang aku perolehi maklumkan bahawa Kerajaan akan terus mengusulkan pindaan Akta 355 sebagai Bacaan Pertama. Pindaan Akta 355  bukan lagi melalui Private Bill Marang tetapi menjadi urusan Kerajaan.

Sebenarnya inilah juga yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknikal suatu ketika dulu tetapi dicilok oleh Marang menyebabkan haru biru 1Malaysia.

Aku faham para walaunta dan walaunggas akan bertempiaran melolong gembira mengatakan bahawa ianya kemenangan mereka kerana jika tidak kerana istiqomah Marang membawa usul masakan Kerajaan akan mengambil perhatian. Alasan itu biasa saja.

Apa yang mereka lupa ialah Umno sengaja mempermainkan mereka selama 2 tahun sehingga mereka berpecah belah sesama mereka dan parti-parti lain. Mereka dilalaikan dengan pindaan ini sehingga lupa tugas mereka memperjuangkan hak rakyat terbanyak yang terus dilanyak Najib & Umno. Mereka dipicit halkum daripada membantah kejahatan Najib.

Dari dulu lagi kita juga secara konsisten (istiqomah) menyatakan bahawa pindaan Akta 355 ini urusan Kerajaan jika mereka benar-benar ikhlas. Sekarang apabila mereka sudah dilemahkan, dilonglaikan, dilalaikan akhirnya Umno hanya ambil air basuh kemaluan setelah puas lebai dikencing. Tinggallah lebai keharingan bersendirian.

TUNGGU SAJA MAC 2017 nanti dan saksikan sendiri. Aku jarang silap.

Zulhazmi Shariff.
28/12/2016

DI MANA LEBIH BANYAK PAHALA, BERIBADAH ATAU MELAWAN RASUAH?

Posted: 27 Dec 2016 07:02 PM PST

Mufti Perak, Harussani Zakaria dilaporkan meminta Tun Mahathir Mohamad supaya berhenti daripada terus mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib Razak, sebaliknya menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki serta meningkatkan amalan seharian.

Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan yang bukan-bukan untuk menjatuhkan orang lain, lebih baik beramal di hujung usia yang masih ada, kata beliau.

Seperti biasa, inilah selalunya wajah sebenar para mufti, kecuali seorang dua iaitu diam atau tidak berani menegur segala kebejatan pemerintah, tetapi pantas membuka mulut kepada orang lain yang berani mengkritik kerajaan?

Apakah saranan agar memperbaiki amalan sendiri itu suatu perkara yang betul dan perlu diutamakan pada pandangan ulama dan agamawan apabila berdepan kekalutan yang kronik dalam negara?

Apakah Harussani faham mengenai skandal 1MDB, SRC International, pemecatan Peguam Negara, perlambakan kontrak-kontrak kerajaan pada harga tinggi kepada China, pembelian Eagle High oleh Felda yang lebih RM1.43 bilion berbanding harga pasaran serta  seribu satu kemungkaran yang lain yang berlaku silih berganti?

Bila Harussani mahu menegur Najib berkaitan semua perkara di atas, termasuk berkaitan pembaziran serta kemewahan melampau yang menjadi budaya keluarga Perdana Menteri  sejak menduduki Seri Perdana?

Tidakkah apabila Tun Mahathir bersuara, beliau sebenarnya telah melakukan amalan fardu kifayah yang turut mendatangkan pahala, bukan saja kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain?

Selain itu, mana Harussani tahu Tun Mahathir tidak memperbaiki dan meningkatkan amalan peribadinya di hujung usia?

Apakah pahala dan bekalan ke akhirat hanya ada di atas sejadah sahaja?

Antara meningkat dan memperbaiki amalan peribadi dengan berjuang dalam konteks yang lebih besar untuk menyelamatkan negara, yang manakah memberi pahala lebih besar?

Apabila Harussani menegur Tun Mahathir, sebenarnya rakyat negara ini lebih banyak lagi pertanyaan untuk ditujukan kepadanya sehingga ada yang bertanya, sudah cukupkah amalan peribadi mufti itu sendiri untuk menampung dosa atas sikapnya yang lebih condong kepada kerajaan kleptokrasi sekarang ini?

Apakah menegur Tun Mahathir yang sedang berjuang menyelamatkan negara memberi pahala lebih besar bagi Harussani berbanding bersekongkol dan mengampu kerajaan dan pemimpinnya yang terang-terang kesalahannya diperkatakan di seluruh dunia? (SH 28/12/2016).

BR1M - ANTARA RASUAH DAN AUTA MURAH HATI

Posted: 27 Dec 2016 04:07 PM PST

Tersentak dan tergelujat beberapa menteri UMNO apabila Tun Mahathir Mohamad tampil dengan serangan terbarunya bahawa pemberian BR1M adalah rasuah dan perbuatan yang salah.

Berlumba-lumba mereka tampil mempertahankannya kerana BR1M, selain pertandingan tiga penjuru, adalah dua senjata yang masih tinggal buat UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Nak harapkan imej dan wibawa Najib....hancur.

Nak bergantung personaliti menteri-menteri....pun hancur.

Nak harapkan 1MDB....juga hancur.

Nak bergantung kepada Felda dan FGV...pun mula hancur.

Tiada apa yang tinggal untuk UMNO dan BN memenangi pilihanraya akan datang, selain mengharapkan perpecahan pembangkang akan berterusan dan berlakunya pertandingan tiga penjuru serta ditambah dengan gula-gula BR1M yang seolah-olah menggambarkan Najib seorang pemimpin yang pemurah lagi baik hati.

Jika pembangkang mula bersatu hati dan BR1M juga ditolak, makin dekatlah Najib, UMNO dan BN menemui titik penamatnya di hati rakyat.

Untuk menilai dakwaan Tun Mahathir bahawa BR1M adalah rasuah, mari kita teliti serta amati ulasan Mohamad Ezam Mohd Nor yang pernah bertugas sebagai Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan:-

1. Dakwaan Tun M unsur rasuah dalam BR1M bukan tanpa asas. Hisbah berpandangan ianya  mempunyai asas dan perlu diteliti.

2. Kita maklum rencana asal BR1M datang dari Bank Negara dan pada hemat Hisbah ianya mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial.

3. Semasa di Kementerian Kewangan saya sendiri pernah menyatakan dari sudut Islam pemberian cara ini amat dekat dengan prinsip pemberian zakat dalam islam kerana ada tumpuan kumpulan sasar seperti konsep asnaf.

4. Persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang desperado dan terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik.

5. Buktinya didalam ucapan penggulungan perhimpunan UMNO baru2 ini Presiden UMNO  umum bahawa pemberian BR1M 3 fasa dan fasa akhir di berikan melalui UMNO bahagian.

6. Di sini wujud elemen rasuah kerana UMNO berkepentingan sbg parti yang mahu meraih undi. Memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan sertai pilihanraya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah.

7. Kalau tiada niat mempengaruhi dan merasuah mengapa pemberian melalui UMNO? Dari sudut pentadbiran kewangan negara juga salah kerana UMNO adalah sebuah parti bukan sebahagian jentera kerajaan. Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan. Cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli umno sahaja. Mengapa UMNO mendapat hak eksklusif membuat pemberian? Mengapa parti lain tidak mendapat hak ini?

8. inilah satu lagi bukti bagaimana dasar baik disalahguna bila pemimpin sudah terdesak dan mahu terus bergayut pada kuasa dengan apa cara sekalipun (at all cost).

9. Kesimpulannya dakwaan Tun Mahathir ada unsur rasuah didalam BR1M bukan tidak berasas sama sekali. Dakwaan itu ada asasnya pada hemat Hisbah.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
27 Disember 2016

Dalam pada itu, BR1M juga adalah auta licik Najib, UMNO dan BN untuk melakukan silap mata kepada rakyat. BR1M menampakkan seolah-olah sikap pemurah dan memberi, tetapi sebenarnya wang rakyat diambil semula melalui GST dalam jumlah yang lebih daripada yang diberi.

Jika seseorang membelanjakan RM70 sehari atau RM2000 sebulan untuk perbelanjaan keluarga, bayaran bil dan lain-lainnya misalnya, bermakna GST 6 peratus yang perlu dibayar ialah RM120 setiap bulan.

Dalam setahun, ia menjadi RM2000 x 12 bulan  = RM24,000.

Bermakna GST 6 peratus yang dibayar bagi perbelanjaan RM24,000 setahun ialah RM1,440.00.

Jika perbelanjaan harian meningkat kepada RM100 sehari atau RM3000 sebulan, maka GST yang perlu dibayar ialah RM180 setiap bulan.

Jika setahun, ia menjadi RM3000 x 12 bulan = RM36,000. Daripada jumlah itu, cukai GST 6 peratus yang perlu dibayar ialah RM2,160.

Kiranya seseorang itu menerima BR1M sebanyak RM1200 setahun, tanpa sedar sebenarnya apa yang kerajaan beri itu amat kurang berbanding  cukai GST yang penerima BR1M bayar kepada kerajaan.

Lihat, nampak BR1M seperti memberi dan murah hati, namun sebenarnya wang kita diambil kemblai dengan jumlah yang lebih daripada itu melalui GST. Licik dan auta kan!!

Tanpa BR1M dan GST, rakyat Malaysia jauh lebih bahagia kehidupan mereka. (SH 27/12/2016).

OhDunia.My

Posted: 28 Dec 2016 08:00 AM PST

OhDunia.My


Kisah Chris Lau Yang Sanggup Pura-Pura Solat Bersama Mujahidin Syria

Posted: 28 Dec 2016 01:34 AM PST

MINGGU lepas saya berpeluang menemu ramah Chris Lau, rakyat Malaysia yang pernah pergi ke Syria dan berada di sana 3 kali sebagai wartawan bebas. Dia sekarang ini baru berusia 24 tahun, pernah mengembara selama 7 bulan ke beberapa buah negara lain termasuk Lubnan, Afghanistan dan Iran.


Kisah Chris Lau Yang Sanggup Pura-Pura Solat Bersama Mujahidin Di Syria

Baca selengkapnya

Punca Lelaki Muslim Dinamakan Slamet Hari Natal Oleh Ibu Bapanya

Posted: 28 Dec 2016 12:45 AM PST

Seorang lelaki berusia 54 tahun yang tinggal di Malang, Jawa Timur, diberi nama Slamet Hari Natal oleh ibu bapanya kerana dilahirkan pada 25 Disember 1962. "Ya, itu nama saya," katanya, memetik tribunnews.com, Selasa.


Punca Lelaki Muslim Dinamakan Slamet Hari Natal Oleh Ibu Bapanya

Baca selengkapnya

Video: Mahkamah Kota Bharu Dikejutkan Dengan Panggilan Bom

Posted: 27 Dec 2016 11:32 PM PST

Kota Bharu: Suasana di Mahkamah Kota Bharu di sini gempar selepas dipercayai menerima panggilan ancaman bom daripada individu yang tidak dikenali, 12 tengah hari tadi.



Baca selengkapnya

Polis Diarah Siasat Semula Kes Ustaz Kazim Elias Cabul Pelajar

Posted: 27 Dec 2016 10:36 PM PST

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis Ipoh menyiasat semula kes pencabulan seksual di sekolah tahfiz milik penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias.  


Polis Diarah Siasat Semula Kes Ustaz Kazim Elias Cabul Pelajar

Baca selengkapnya

Enam Sekeluarga Maut Dikurung Perompak Dalam Tandas

Posted: 27 Dec 2016 08:18 PM PST

JAKARTA: Enam sekeluarga maut setelah dikurung sehari semalam bersama 5 lagi yang terselamat dalam sebuah bilik air kecil di sebuah rumah di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur di sini.


Enam Sekeluarga Maut Dikurung Perompak Dalam Tandas

Baca selengkapnya

Dua Pengikut Ajaran Sesat 'Tuhan Harun' Dijatuhkan Hukuman Mati

Posted: 27 Dec 2016 05:41 PM PST

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menjatuhkan hukuman mati ke atas dua pengikut Tuhan Harun, atau Harun Mat Saat, selepas didapati bersalah membunuh ketua penolong pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.


Dua Pengikut Ajaran Sesat 'Tuhan Harun' Dijatuhkan Hukuman Mati
Sumustapha Suradi (kiri) dan Shamsinar Abdul Halim (dua, kanan) dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan. -foto Bernama

Baca selengkapnya

beautifulnara

Posted: 28 Dec 2016 02:29 AM PST

beautifulnara


Menangi 40 Pasang Tiket Tayangan Perdana Filem Eloise

Posted: 27 Dec 2016 09:21 PM PST

Peminat-peminat filem seram, inilah peluang anda untuk menaikkan bulu roma!!! Abang Nara ada 40 pasang tiket tayangan perdana filem Eloise untuk anda semua.

eloise

Tengok poster pun dah seram kan? Rileks, rileks jangan menjerit dulu. Filem Eloise ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 5 Januari 2017. Ia menceritakan tentang 4 orang kawan yang memecahmasuk ke sebuah pusat orang gila yang telah ditinggalkan untuk mencari satu sijil kematian yang bakal memberikan harta yang cukup banyak pada mereka. Kalau dah katanya masuk ke tempat orang gila yang ditinggalkan, confirm lah banyak benda-benda seram, pelik dan menakutkan yang akan menjelma.

Khas untuk pembaca BeautifulNara, 40 pasang tiket filem Eloise untuk anda bakal diberikan dengan kerjasama RAM Entertainment. Cuma pastikan anda berusia 18 tahun ke atas kerana filem ini di”rated” 18. Berikut adalah informasi tayangan istimewa ini.

Tarikh: 3 Jan 2017 (Selasa)
Tempat: GSC Mid Valley
Masa: 9.00pm

Untuk memenangi tiket, anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan slogan “Aku seorang yang penakut sehinggakan…”.

Tulis sekreatif dan hantar secepat yang mungkin. Pemenang akan dihubungi menerusi email. Jangan lupa layari www.ram-ent.com.my dan LIKE Facebook RAM Entertaiment sebagai tanda terima kasih. Selamat mencuba.

(TAHNIAH) Yatt Hamzah Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Posted: 27 Dec 2016 07:56 PM PST

Tahniah kami ucapkan kepada selebriti, Yatt Hamzah dan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin yang baru sahaja menimang cahaya mata semalam.

Yatt melahirkan seorang seorang bayi perempuan seberat 3 kilogram kira-kira jam 9.14 pagi semalam di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Zulfadhli menerusi portal BH ONLINE.

Jika diikutkan, sejak dua hari lalu Yatt sudah rasa seperti mahu bersalin. Hanya kira-kira jam 4 pagi tadi baru air ketuban pecah.  Isteri saya dimasukkan hospital sejak semalam.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri menyaksikan perjuangan isteri melahirkan bayi di bilik pembedahan. Ia momen yang cukup indah dan berharga. Perasaan bercampur baur. Saya gembira, teruja dan bersyukur pada masa sama.

Tambah Zulfadhli, beliau dan Yatt berterima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan agar proses bersalin berjalan lancar dan agar anak mereka diberikan kesihatan yang baik. Buat masa ini, mereka masih belum memutuskan nama bagi cahaya mata mereka.

Yatt dan Zulfadhli mendirikan rumah tangga pada 27 Februari lepas.

Sumber Berita : BH ONLINE

Cukuplah Buat Drama Adaptasi Novel, Ia Sudah Jadi “Overrated” – Ayda Jebat

Posted: 27 Dec 2016 07:36 PM PST

Sejak lebih daripada setahun lalu, kita boleh lihat banyak drama di Malaysia adalah adaptasi novel, tidak dinafikan ada yang naskahnya agak bagus dan memberikan kesan di dalam hati penonton tetapi ada juga yang agak mengarut tajuk dan jalan ceritanya.

Bahkan perkara itu juga mendapat perhatian pelakon Ayda Jebat yang berharap agar penerbit dan penulis skrip untuk tampil dengan idea baharu untuk menghasilkan drama berkualiti.

Kalau mengikut fikiran saya, sudah tiba masanya kita kembali menghasilkan naskhah drama atau filem yang bukan diangkat daripada novel.

Karyawan seni seperti penulis skrip dan penerbit ada kuasa untuk mengembalikan kegemilangan drama yang dihasilkan atas ilham sendiri.

Pernah popular menerusi drama Rindu Awak 200%, MAID, Isteri Separuh Masa, MAID dan Awak Sangat Nakal, Ayda bagaimanapun beranggapan drama adaptasi novel sudah "overrated".

Selepas sering diberi tawaran berlakon drama yang diadaptasikan daripada novel, saya lihat ia bagai sudah menjadi 'overrated.

Dalam pada itu, Ayda memberitahu beliau merasa teruja kerana diberi peluang membintangi drama yang bukan daripada adptasi novel arahan Raja Ahmad Alauddin yang bakal menemui penonton di slot Akasia TV3 tidak lama lagi.

Siapa yang setuju dengan pendapat Ayda Jebat? Benarkah penonton juga sudah muak dengan lambakkan drama adaptasi novel? Berikan komen anda dibawah.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Dijangka Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Posted: 27 Dec 2016 06:54 PM PST

Sudah hampir lima bulan mengandung, isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin merasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Malah, beliau tidak mengidam makanan ataupun benda-benda yang pelik.

Alhamdulillah, ketika ini, semuanya lancar. Tidak ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan.  Saya tak menyusahkan suami untuk dapatkan itu dan ini, mengidam benda yang pelik.

Cuma berat badan saya paling ketara naik. Sebelum ini, memang susah nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa.  Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram.

Syatilla dan suami sebenarnya tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan  namun beliau  memaklumkan dalam kedaannya sekarang beliau dijangka bakal melahirkan anak lelaki.

Jangan terlalu memikirkan jantina anak dan serahkan soal itu kepada takdir. Apa yang penting bayi sihat dan cukup sifatnya nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE

(TAHNIAH) Ayu Raudhah Kini Sedang Hamil Anak Ketiga

Posted: 27 Dec 2016 06:25 PM PST

Tahniah kami ucapkan kepada Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha yang bakal menerima kehadiran ahli keluarga baharu tidak lama lagi selepas Ayu mengesahkan beliau kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

Berita gembira itu diumumkan oleh Ayu sendiri melalui satu foto beliau bersama suami yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

ayuraudhah_7Insyaallah Coming Soon..  #babybump #3rdedition #prayforbabygirl

Ramai peminat yang teruja dengan berita itu dan ruangan komen di Instagram Ayu dibanjiri dengan ucapan tahniah dan mendoakan kesihatan ibu dan bayi didalam kandungan.

Alhamdullillah, rezeki Ayu Raudhah dan Zaquan Adha untuk menambah lagi zuriat. Semoga proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Donna Muslim Minta Maaf Gelar Rita Rudaini Mak Janda

Posted: 27 Dec 2016 05:48 PM PST

Pengacara Donna Muslim dan Rita Rudaini agak rapat sehingga ada yang mengatakan mereka cukup sesuai bersama sebagai pasangan bercinta.

Namun, baru-baru ini timbul sedikit salah faham dan perkara yang agak "akward" apabila Donna menggelar Rita sebagai Mak Janda  ketika membalas pertanyaan seorang kenalan mengenai video yang dimuat naik oleh Donna di Instagram. Perkara itu mengundang kemarahan peminat Rita dan Donna dihentam teruk oleh mereka.

Menurut Donna, beliau tidak berniat untuk menghina status Rita dan mengakui beliau merasa bersalah dengan apa yang berlaku.

Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.

Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen.

Sedar perkara itu boleh menjejaskan hubungan beliau dan Rita, Donna telah segera membuat permohonan maaf kepada pelakon wanita itu dan menjelaskan perkara yang sebenar.

Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf.

Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih.

Dalam pada itu, Rita menyifatkan apa yang dikatakan oleh Donna itu agak kurang bijak. Sebagai seorang sahabat Donna tidak sepatutnya memperlekehkan statusnya sebagai ibu tunggal.

Sumber Berita : Harian Metro

Adi Putra Berang Apabila Ada Wanita Komen Isu Rumah Tangganya Dan Soal Zuriat

Posted: 27 Dec 2016 05:12 PM PST

Tentu anda semua tahu baru-baru ini ada dakwaan mengatakan rumah tangga Adi Putra bersama isteri keduanya sedang bermasalah. Berita itu mendapat perhatian ramai apatah lagi laporan akhbar yang menyebarkan berita itu memberitahu isteri kedua Adi sebenarnya sudah keguguran.

Masih belum menjelaskan apakah berita itu benar ataupun tidak, Adi telah "diserang" seorang wanita yang menggunakan nama Zarin Bakariah. Wanita itu dengan melampaunya telah menyentuh hal berkaitan rumah tangga Adi termasuk soal zuriat.

Malah, wanita itu juga menuduh Adi sebagai seorang suami yang dayus dan melabelkan isteri pertama Adi iaitu Aida Yusof seorang yang hipokrit.

Berang dengan tindakan wanita berkenaa, Adi telah memuat naik status di Instagramnya dan membidas komen wanita itu dengan tegas.

Bersabarlah Adi, dalam seribu manusia pasti akan ada satu yang mempunyai perangai melampau seperti ini. Mereka dengan mudah menghakimi seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar. Mulut manusia kita tidak boleh tutup.

Sumber Berita : Astro Gempak

Toknek.com RSS Feed

Posted: 28 Dec 2016 02:02 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Ibu Seru Nama Anak Yg Hilang Di Tepi Pantai Tok Bali

Posted: 28 Dec 2016 01:36 AM PST


Pasiaq Puteh Suasana pilu di Pantai Tok Bali petang kemarin apabila soghang ibu pada salah soghang remaja yang hilang sejak tiga hari lepaih telah dipapah ke tepi pantai dan menyeru nama anaknya ...

Pemandu Pompuan Berang Ditipu Oleh Pemandu Mabuk

Posted: 28 Dec 2016 01:34 AM PST


Rawang soghang pompuan didakwa telah menjadi mangsa soghang pemandu kenderaan jenih Toyota Harrier yang tak bertanggungjawab Azlinda Jamaluddin telah terlibat dalam kemalangan jalan ghaya denga...

Wan Azizah Patut Terima Kenyataan Suaminya Soghang Peliwat

Posted: 28 Dec 2016 01:32 AM PST


28 12 2016 Belum reda lagi nampaknya kemelut untuk memilih calon yang palin sesuai menjadi Perdana menteghi kalau ditakdirkan Pakatan Harapan mampu menewaihkan Barisan Nasionai di Pilihanraya Um...

Lg Mai Dengan Speaker Untuk Dipakai Di Leher

Posted: 28 Dec 2016 12:52 AM PST


LG sebelum ni telah memperlihatkan sebuah speaker yang terapung di udara dan hari ni bersempena dengan CES 2017 LG turut memperlihatkan sebuah lagi speaker khusus yang mana direka untuk dipakai ...

Ekonomi Bumiputera Teruih Merosot Awat Menteghi Perlu Berbohong

Posted: 28 Dec 2016 12:32 AM PST


Berikut adalah kiriman artikel dari soghang pembaca yang menggelaqkan dirinya Syeikh Awang Belanga Pada hari Krismaih menteghi di Jabatan Perdana menteghi Dato Rahman Dahlan telah mengeluaqkan ke...

Wahai Pompuan Ketahui Perbezaan Antara Disukai Atau Dihargai Oleh Lelaki

Posted: 28 Dec 2016 12:12 AM PST


Pastinya ada perbezaan antara menyukai seseoghang dan menghargai depa Kadangkala kita lebih mementinkan kenyataan bahawa seseoghang tu suka akan kita dan lupa betapa pentinnya dihargai Menjadi ...

Ringgit Merosot Pulau Pinang Dibanjiri Pelancong

Posted: 27 Dec 2016 11:32 PM PST


GEORGE TOWN Pulau Pinang pada masa ni sedang menyaksikan kebanjiran pelancong sementara ghamai rakyat Malaysia memutuihkan holiday dalam negara ekoran kenaikan kos melancong ke luaq negara semaki...

Mukhriz Dedahkan Kewujudan Pengkhianat Dalam Bersatu

Posted: 27 Dec 2016 10:36 PM PST


28 12 2016 Sebelum ni pemimpin pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu dengan bangga sekali mendakwa parti yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir hat sama dok habaq tadi bakai menggantikan ...

Dap Halang Pendaftaran Br1m Di Bagan Dalam

Posted: 27 Dec 2016 10:34 PM PST


28 12 2016 walaupun Mahathir sebelum ni mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M oleh kerajaan Barisan Nasionai kepada rakyat adalah rasuah namun masih dok ghamai dikalangan penyokong...

Sindiket Dadah Guna Pelajaq Sekolah Sebagai Runner Di Kedah

Posted: 27 Dec 2016 10:32 PM PST


Aloq Setaq Semakin terkenai trend yang dilaku sindiket dadah mempergunakan golongan muda terdiri dari pelajaq sekolah Pelajaq sekolah ni dijadikan sebagai ejen untuk mengedaq dadah macam pil ...

Misteri Dan Rahsia Kekuatan Bangsa Turki

Posted: 27 Dec 2016 09:32 PM PST


Bangsa Turki penah bangkit sebagai kuasa besaq palin utama pada abad ke 15 dan berterusan sehingga kejatuhan empayaqnya sekitaq abad ke 19 Pengaruhnya menjangkaui sehingga ke Eropah apabila beber...

Penghadang Jalan Baghu Diuji Untuk Mengurangkan Kemalangan Jalan Ghaya

Posted: 27 Dec 2016 09:12 PM PST


Pemandu gheta yang melalui dari Jalan Lapangan Terbang Subang menuju ke Lebuhraya Persekutuan akan menyedari silinder berwarna kunin terang yang bertindak sebagai penghadang di sepanjang jalan Str...

Donna Muslim Mintak Ampun Gelaq Rita Rudaini Mak Janda

Posted: 27 Dec 2016 08:00 PM PST


Pengacara Donna Muslim dan Rita Rudaini agak ghapat sehingga ada yang kata depa cukup sesuai bersama sebagai pasangan bercinta Namun baghu baghu ni timboi sedikit salah paham dan perkara yang a...

Adi Putra Berang Apabila Ada Pompuan Komen Isu Rumah Tangganya Dan Soai Zuriat

Posted: 27 Dec 2016 07:58 PM PST


Tentu hampa semua tau baghu baghu ni ada dakwaan kata rumah tangga Adi Putra bersama isteri keduanya sedang bermasalah berita tu mendapat perhatian ghamai apatah lagi laporan surat khabaq yang me...

Ayu Raudhah La Nih Sedang Mengandung Anak Ketiga

Posted: 27 Dec 2016 07:56 PM PST


Tahniah kami ucapkan kepada Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha yang bakai menerima kehadiran ahli keluarga baghu tak lama lagi selepaih Ayu mengesahkan beliau la nih sedang mengandung anak ketig...

Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Dijangka Bakai Timang Anak Lelaki

Posted: 27 Dec 2016 07:54 PM PST


dah lebih kughang lima bulan mengandung isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin merasa syukoq pasai semuanya berjalan dengan lancaq Malah beliau tak mengidam makanan ataupun benda bend...

Cukuplah Buat Drama Adaptasi Novel Ia Dah Jadi Overrated Ayda Jebat

Posted: 27 Dec 2016 07:52 PM PST


Sejak lebih daripada setahun lepaih kita boleh tengok banyak drama di Malaysia adalah adaptasi novel tak dinafikan ada yang naskahnya agak baguih dan memberikan kesan di dalam hati penonton tapi ...

Apa Sebenaqnya Masalah Felda Globai Ventures Bhd Dulu Megah Awat La Nih Rebah

Posted: 27 Dec 2016 06:32 PM PST


Satu lagi kepincangan korporat melibatkan syarikat berkaitan kerajaan GLC berjaya didedahkan secara meluas oleh penggiat media so siall Di masa yang sama penggiat media so siall teruih dikenaka...

5 Sebab Awatlaa Zacopa Semakin Terkenai Sebagai Pusat Membeli Belah Ataih Talian Di Malaysia

Posted: 27 Dec 2016 05:02 PM PST


Ohmedia sungguh baq hang suka sangat beli belah barang secara online ni Kalau hampa semua tengok di Instagram Oh Media tu sendiri boleh kata hari hari ada saja barang baghu yang nak dikongsikan...

Pelakon Staq Wars Princess Leia Meninggai Pada Umoq 60

Posted: 27 Dec 2016 03:12 PM PST


Carrie Fisher yang femes dalam lakonan Staq Wars memegang watak sebagai Princess Leia telah meninggai dunia akibat serangan jantung yang kritikai Dalam kenyataan Magazine People Billie Lourd meng...

Mufti Bantah Tun Mahathir Fatwa Br1m Rasuah

Posted: 27 Dec 2016 12:32 PM PST


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tak mengeluaqkan fatwa bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M adalah wang rasuah dan mencadangkannya supaya berama...

Awat Tun Mahathir Menganggap Pemberian Br1m Rasuah Kepada Rakyat

Posted: 27 Dec 2016 09:32 AM PST


Tersentak dan tergelujat apabila Tun Mahathir tampil dengan serangan terbarunya bahawa pemberian BR1M adalah rasuah dan perbuatan yang salah beberapa menteghi berlumba lumba tampil mempertahankan ...

Guan Eng Dinobatkan Sebagai Ketua Menteghi Palin Tak Demokrasi

Posted: 27 Dec 2016 07:32 AM PST


27 12 2016 Benarkah di negara Malaysia ni dah hilang kebebasan bersuara serta hilang prinsip demokrasi macam yang didakwa oleh Ketua menteghi P Pinang Lim Guan Eng kalau ada sekalipun barangka...

Sejarah Ringkaih Penindasan Terhadap Etnik Rohingya

Posted: 27 Dec 2016 06:32 AM PST


Kekejaman yang berlaku ke ataih etnik minoriti Rohingya telah memaksa kaum lelaki pompuan dan kanak kanak menjadi pelarian dan meninggaikan negara tu Antara negara yang menjadi persinggahan dan ...

Pas Berbangga Dengan Usaha Kerajaan Najib Razak Daulatkan Palestin Di Pbb

Posted: 27 Dec 2016 04:32 AM PST


27 12 2016 Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan mengucapkan tahniah kepada pemimpin kerajaan Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu PBB di ataih kejayaan resolusi menghentikan akti...

Harussani Nasihat Tun M Henti Buat Gheja Sia Sia

Posted: 27 Dec 2016 03:34 AM PST


Mahathir Mohamad diminta beghenti daripada teruih mencari jalan menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan membuat dakwaan tak berasaih termasuk menuduh Bantuan Rakyat 1Malaysia B...

Ulaq Kepala Pelangi Antara Spesies Baghu Ditemui

Posted: 27 Dec 2016 03:32 AM PST


Ulaq berkepala pelangi dan cicak kelihatan macam naga adalah antara 163 spesies baghu yang ditemui sekumpulan saintis di wilayah Greater Mekong baghu baghu ni Penguruih Program Tabung Hidupan Lia...

Bukti Hampa Tak Akan Berasa Sunyi Dengan Kehadiran Kanak Kanak

Posted: 27 Dec 2016 03:14 AM PST


konfem ada sesuatu yang menarik atau luaq biasa apabila sesebuah rumah tu dipenuhi dengan kanak kanak Mempunyai anak kecik pastinya bukan tugaih yang mudah buat mak pak tapi depa akan membawa ke...

Dia Buat Dirinya Kelihatan Topui Masa Berjumpak Memba Tinder Tengok Reaksi Depa

Posted: 27 Dec 2016 03:12 AM PST


soghang pompuan berjumpak dengan beberapa oghang lelaki dengan kamera tersembunyi depa berkenalan melalui Tinder satu aplikasi femes untuk bercinta hampa tak akan penah mengetahui gerangan yan...

Pengikut Tuhan Harun Dihukum Gantung Sampai Meninggai Dunia

Posted: 27 Dec 2016 02:32 AM PST


KUANTAN 27 Dua pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dihukum gantung sampai meninggai dunia oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ni ataih kesalahan membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagi...

myartis.com

Posted: 28 Dec 2016 01:49 AM PST

myartis.com


TAHNIAH - AYU RAUDHAH & SUAMI BAKAL TIMANG ANAK KETIGA

Posted: 27 Dec 2016 02:45 PM PST



Pelakon Ayu Raudhah yang juga adik kepada Rozita Che Wan itu menerusi laman Instagram telah berkongsikan berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak ketiga dengan memuatnaik gambar beliau menunjukan baby bump.

Menerusi posting itu juga ramai yang mula membanjiri ruangan Ayu Raudhah dengan ucapan tahniah serta gembira mendengar berita kehamilan beliau. Tidak lupa juga ada peminat yang teruja menantikan anak ketiga pasangan ini selepas Ayu hamil buat kali terakhir pada dua tahun lalu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SELAMAT BERSALIN - YATT HAMZAH & SUAMI DIKURNIAKAN 'BABY GIRL'

Posted: 27 Dec 2016 02:08 PM PST



Pada jam 9.14 pagi semalam di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju, Yatt Hamzah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan hasil perkongsian hidup dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin yang dinikahi Februari lalu.

"Jika diikutkan, sejak dua hari lalu Yatt sudah rasa seperti mahu bersalin. Hanya kira-kira jam 4 pagi tadi baru air ketuban pecah.

"Isteri saya dimasukkan hospital sejak semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri menyaksikan perjuangan isteri melahirkan bayi di bilik pembedahan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

LAGENDA 'STAR WARS' MENINGGAL DUNIA

Posted: 27 Dec 2016 01:15 PM PST



Belum reda kesedihan peminat meratapi kematian penghibur antarabangsa, George Michael yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun di kediamannya di England, semalam... hari ini, aktres Hollywood Carrie Fisher, yang melakonkan watak Princess Leia dalam siri filem "Star Wars" pula dilaporkan meninggal dunia.

"Billie Lourd dengan sedih mengesahkan bahawa ibunya tercinta Carrie Fisher meninggal dunia pada 8:55 pagi ini (waktu tempatan)," kata anak perempuannya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap keluarga, Simon Halls.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment