Monday, 12 December 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 12 Dec 2016 07:56 PM PST

ROTIKAYA


Acha Septriasa Tamatkan Zaman Bujang Selepas 9 Tahun Bercinta

Posted: 12 Dec 2016 11:47 AM PST

Selebriti yang pernah terkenal dengan filem Heart pada tahun 2006, Acha Septriasa telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Vicky Kharisma semalam. Hubungan yang terjalin selama sembilan tahun itu akhirnya terikat dengan satu ikatan perkahwinan.

BACA: Acha Septriasa Belum Dapat Hidayah Untuk Berhijab

“Alhamdulillah, lega rasanya apabila Acha sah bergelar isteri kepada Vicky. Sebagai orang tua, kami harus ikhlas dan bersedia melepaskan anak perempuan mengikut suami”

“Sebagai ibu bapa, kami hanya mampu memberi nasihat untuk Acha bersama suami tidak kira di mana saja dia bekerja. Malah, suami juga berperanan sebagai ketua keluarga dan bertanggungjawab mencari nafkah,” kata ibu Acha kepada Oh Media.

Selain itu juga, Acha turut memaklumkan beliau bakal berpindah ke Australia bagi mengikuti suaminya yang bekerja di sana. Apapun tahniah diucapkan kepada Acha yang telah selamat bergelar isteri. Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. (rkty/w)

Neelofa Bakal Bawa Seluruh Keluarga Tunai Umrah?

Posted: 12 Dec 2016 09:14 AM PST

Jika sebelum ini Neelofa pernah menunaikan haji bersama ibu bapanya, kali ini khabarnya usahwan dan juga pelakon wanita ini mahu membawa seluruh keluarganya untuk menunaikan umrah tidak lama lagi.

BACA: "Bukan Neelofa Seorang Temankan Saya"

Perkara tersebut disampaikan dalam ruangan Miss J di dalam ruangan di akhbar Utusan Malaysia. Tindakan Neelofa itu dalam masa yang sama dilihat sebagai salah satu perkara yang sangat baik lebih lebih lagi apabila membawa seluruh keluarganya.

Malah Miss J juga kagum dengan sikap merendah diri Neelofa dalam belajar dan juga mendalami ilmu agama. Apa pun jika benar apa yang dikhabarkan ini, semoga segala persiapan dan juga perancangan Neelofa akan berjalan dengan baik. (rtky/s)

Atita Haris Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Posted: 12 Dec 2016 04:00 AM PST

Tahniah diucapkan kepada pasangan Nas T dan Atita Haris yang baru sahaja menimang bayi kedua mereka sebentar tadi. Menerusi Instagram, Nas T telah berkongsi detik kegembiraan mereka dengan memuat naik gambar anak perempuan kedua mereka yang dinamakan Nas Taliyah.

BACA: Nas-T, Atita Haris Rahsiakan jantina Anak

Bayi yang selamat dilahirkan pada hari penuh keberkatan sempena Maulidur Rasul ini seberat 3.2 kilogram dan dilahirkan kira-kira jam 12.08 tengahari tadi. Atita juga ada memuat naik beberapa gambar bayi baru mereka yang kelihatan sangat comel bersama dengan anak pertamanya, Opie.

Tidak seperti sesetengah selebriti lain memilih untuk menutup separuh wajah mereka, pasangan ini begitu terbuka mendedahkan wajah penuh bayi perempuan mereka. Rata-rata peminat sangat gembira dengan kelahiran bayi ini. Ruangan komen pelakon ini juga penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat kesayangan mereka yang teruja dengan berita ini.

Apapun, tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasangan ini kerana selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka. Bertambah besar nampaknya keluarga Nas T selepas ini. Semoga kelahiran ini dapat menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan rumah tangga. (rkty/w)

Che Ta Belum Sedia Tambah Anak

Posted: 11 Dec 2016 08:54 PM PST

Setelah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin telah meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ketiga semalam di sebuah hotel di ibu negara. Manakala apabila ditanyakan soal anak, Che Ta memberitahu dirinya masih belum bersedia untuk menambah cahaya mata lagi walaupun suaminya teringin mempunyai seorang lagi anak.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Hari Jadi Anak Kedua Che Ta

“Rasa macam baharu semalam kami melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah, saya mendoakan semoga kebahagiaan ini akan berpanjangan. Jika diikutkan, selepas melahirkan Aaisyah, saya diminta hamil lagi. Zain hendak seorang lagi anak yang akan meneruskan legasi keluarga kami. Tapi, jujurnya, saya belum terfikir ke arah itu,” katanya kepada Berita Harian Online.

Seperti kebiasaan dilakukan oleh keluarga comel ini, Che Ta dan Zain dilihat memuat naik beberapa gambar sesi fotografi mereka yang terbaru, bak pengantin yang baru berkahwin. Dalam masa yang sama, sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ketiga juga, pasangan ini telah meluangkan masa sepanjang minggu ini di hotel terkemuka Kuala Lumpur.

Terdahulu pula, Che Ta juga sempat menyambut ulangtahun kelahiran anak lelaki keduanya, Aniq Ezzra dengan meriahnya, juga di hotel sama tempat mereka bersantai. Dengan ini kami kongsikan juga beberapa gambar romantis Che Ta dan Zain. Enjoice! (rkty/w)

MySensasi

Posted: 12 Dec 2016 12:27 PM PST

MySensasi


Biodata Buntat Drama 7 Hari Mencintaimu

Posted: 12 Dec 2016 08:30 AM PST

Biodata Buntat Drama 7 Hari Mencintaimu. Siapakah Buntat? Secara tiba-tiba nama ini menjadi viral dimedia sosial ketika episod akhir drama 7 hari mencintaimu disiarkan. Begitu banyak pengguna laman sosial yang menonton drama ini memuat...

The post Biodata Buntat Drama 7 Hari Mencintaimu appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 12 Dec 2016 10:12 AM PST

KedahLanie.info


BERSATU sertai HARAPAN antara 4 pilihan dibentang esok

Posted: 12 Dec 2016 06:51 AM PST

Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) esok akan memutuskan untuk menggunakan satu daripada empat pilihan dalam hal membentuk pakatan pilihan raya, kata Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Satu mesyuarat peringkat tertinggi antara empat parti itu akan diadakan esok di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Pengumuman rasmi diikuti dengan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara BERSATU dan HARAPAN dijangka diadakan pada sebelah petang.

Menurut Mukhriz, HARAPAN dan BERSATU telah memberikan komitmen mereka untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan bersama-sama jika mempunyai cukup kerusi.

Bagaimanapun, bentuk sebenar kerjasama itu masih belum diputuskan.

"Kami ada beberapa pilihan, ia hanya akan diketahui opsyen mana akan dipilih (esok)," katanya kepadaMalaysiakini.

Empat pilihan itu, menurut Mukhriz, adalah:

- "Harapan plus BERSATU" dalam kerjasamanya;
- BERSATU menyertai HARAPAN;
- Membentuk sebuah gabungan baru bersama
- Satu lagi bentuk kerjasama lain.

"Apa pun, ia tidak terhad kepada hanya kerjasama pilihan raya. Idea keseluruhan adalah untuk kita memastikan cara terbaik membentuk kerajaan baru.

"Ia bukan sahaja hubungan berasaskan keperluan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ini bukan niat kami sama sekali, kerana ia jangka masa terlalu pendek," katanya.

Sebelum ini, pemimpin BERSATU berkata mereka telah melanjutkan rundingan dengan parti-parti pembangkang untuk membentuk pakatan dan menetapkan agenda baru untuk "menyelamatkan Malaysia".

HARAPAN kelihatan telah memanaskan idea berkenaan, walaupun BERSATU dipimpin oleh bekas pemimpin Umno.

Bagaimanapun, PAS menyatakan dengan jelas tidak akan bekerjasama dengan BERSATU jika mereka menyertai HARAPAN kerana parti Islam itu menganggap DAP dan AMANAH sebagai musuh.

OhDunia.My

Posted: 12 Dec 2016 07:52 AM PST

OhDunia.My


Umi Nazeera Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan (6 Gambar)

Posted: 12 Dec 2016 05:28 AM PST

Umi Nazeera selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga dikenali sebagai Mr. I, 29, pada sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya sekitar jam 2.30 petang, semalam.


Umi Nazeera Selamat Bertunang Dengan Jejaka Pilihan

Baca selengkapnya

Gadis Padam 500 Foto Selfie Di Media Sosial Selepas Dihantui Arwah Rakan

Posted: 12 Dec 2016 05:01 AM PST

SEORANG gadis bernama Nor Amelia telah memadam fotonya sebanyak 500 gambar bersama rakannya yang tidak menutup aurat di laman media sosial. Rakannya itu sebenarnya telah pun meninggal dunia sebelum ini. Ikuti kisahnya.


Gadis Padam 500 Foto Selfie Di Media Sosial Selepas Dihantui Arwah Rakan

Baca selengkapnya

Angkasawan China Terdengar Bunyi Misteri Di Angkasa Lepas

Posted: 12 Dec 2016 04:29 AM PST

Angkasawan pertama China, Yang Liwei mendakwa pernah terdengar bunyi ketukan misteri semasa penerbangan pertama ke angkasa, namun tiada siapa yang mampu menjelaskan sebab terjadinya perkara itu lapor Sinar Harian.


Pendedahan Angkasawan China Terdengar Bunyi Misteri Di Angkasa Lepas
Yang Liwei

Baca selengkapnya

Perkataan Baharu Bahasa Melayu Yang Ramai Tidak Tahu Kewujudannya

Posted: 12 Dec 2016 03:54 AM PST

BERAPA ramaikah di antara kita yang pernah membaca Kamus Dewan Bahasa? Jika pernah, berapa kerapkah anda membelek kamus bahasa Melayu (BM) atau lebih tepat lagi, Kamus Dewan Bahasa? Pasti jarang-jarang sahaja bukan?


Perkataan Baharu Bahasa Melayu Yang Ramai Tidak Tahu Kewujudannya

Baca selengkapnya

Sahara Yaacob Buka Tudung Demi Mencari ‘Sesuap Nasi’?

Posted: 12 Dec 2016 03:32 AM PST

Adakah benar Sahara Yaacob membuka tudung demi mencari 'sesuap nasi'? Kali terakhir membuat persembahan pentas 15 tahun lalu, kemunculan semula penyanyi era 80-an Sahara Yaacob tidak tudung di Anugerah Melodi 2016 mengejutkan ramai pihak.


Sahara Yaacob Buka Tudung Demi Mencari 'Sesuap Nasi'?

Baca selengkapnya

Perogol Bersiri Sukakan Seks Hingga Nafas Terakhir, Lee Chow Meng

Posted: 11 Dec 2016 11:34 PM PST

DENGAN wajah tampan, perwatakan menarik, ketinggian sehingga 1.82 meter, sering berpakaian kemas, bersikap `gentleman' serta pandai memujuk, Lee Chow Meng seharusnya boleh hidup mewah sama ada menjadi model, pelakon, mengahwini wanita kaya atau anak orang kaya.


Perogol Bersiri Sukakan Seks Hingga Nafas Terakhir, Lee Chow Meng

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 12 Dec 2016 02:15 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Kebenaran Di Sebalik Konspirasi Pertikaman Hang Jebat Hang Tuah Dan Sultan

Posted: 11 Dec 2016 09:32 PM PST


Sejarah Empayaq Melaka ni banyak yang hilang teks teks mengenainya macam yang ditulih oleh Tun Seri Lanang atau Munsyi Abdullah jugak hanya dikumpoi dan disalin semula selepaih lebih kughang 200 t...

Neelofa Bawak Semua Ahli Keluarga Tunai Umrah

Posted: 11 Dec 2016 07:58 PM PST


Neelofa tak dinafikan dah berjaya didalam bidang bisnes Kata oghang beliau adalah contoh untuk pompuan pompuan muda diluaq sana untuk mula menceburi bidang berkenaan walaupun dah bergelaq jut...

Sebagai Artis Kita Jangan Baloq Layan Peminat Ayda Jebat

Posted: 11 Dec 2016 07:56 PM PST


Kejayaan Ayda Jebat dan populariti yang beliau kecapi la la nih sedikit pun tak buat beliau lupa diri dengan segala sokongan peminatnya Menurut Ayda beliau serin mencari waktu untuk meluangkan...

Ummi Nazeera Takdak Niat Sorokkan Majlih Pertunangan Dengan Doktoq

Posted: 11 Dec 2016 07:54 PM PST


kemarin pelakon yang terkenai dengan drama Patahnya Sebelah Sayap Ummi Nazeera akhiaqnya habaq beliau dah bertunang selepaih beberapa gambaq majlih pertunangannya tersebaq di media so siall Um...

Album Chapters Yuna Antara 10 Album R B Torrrbaek 2016 Dipilih Oleh Pengkritik Billboard

Posted: 11 Dec 2016 07:52 PM PST


Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Yuna yang teruih buat rakyat Malaysia khususnya peminatnya bangga apabila albumnya Chapters disenaraikan sebagai 10 album R B torrrbaek 2016 oleh laman muzik f...

7 Cara Rawatan Kerak Di Kepala Bayi Mak Pak Perlu Tau

Posted: 11 Dec 2016 06:32 PM PST


awat kepala bayi cheq comot dan macam berkelemumur Tentu ada sesetengah daripada ibu bapak berhadapan dengan situasi begini Jangan risau ketahui apa masalah hat sama dok habaq tadi lebih lanjut ...

Kena Semboq Cat Kalau Berpakaian Ketat

Posted: 11 Dec 2016 12:06 PM PST


Di Acheh ada satu penguatkuasaan tang mana kalau ada pompuan pompuan muslim yang berpakaian seksi ketat dan lelaki lelaki muslim yang berseluaq pendek tak menepati syariat akan kena tahan dan ...

Akhiaqnya Che Milah Admit Anak Teruna Sendiri Yang Menghamilkannya

Posted: 11 Dec 2016 12:04 PM PST


Gambaq HiasanKhabaq yang mengejutkankan terdengaq dari sebuah desa di Polewali Mandaq Sulawesi Barat soghang ibu dengan lapan anak la nih tengah mengandung tujuh bulan ghamai dok beceghita ba...

Hasbunallah Dokter Suriah Temukan Alat Rahasia Ni Pada Seragam Bantuan Pbb

Posted: 11 Dec 2016 12:02 PM PST


soghang dokter curiga dengan seragam berwarna biru yang berasai PBB tu Ada sesuatu yang ganjilSalah satu program PBB di Suriah adalah membagikan seragam bantuan kepada para dokter Di tengah kri...

Fattah Amin Tak Ngaku Tumpang Populariti Neelofa

Posted: 11 Dec 2016 11:12 AM PST


Pelakon yang semakin meningkat naik Fattah Amin takmau mengaku bahawa dia menumpang populariti Neelofa Baginya takdak istilah sapadia tumpang sapadia pasai depa berdua bekerja sekali untuk pemi...

Banyak Lelaki Ingin Dekati Cheq Termasuk Vip Tapi Cheq Tolak Ruhainies

Posted: 11 Dec 2016 10:56 AM PST


walaupun baghu dalam dunia hiburan tanah ayaq nama pelakon Ruhainies agak dikenali lebih lebih lagi beliau mempunyai wajah yang agak lawa dan menjadi idaman ghamai lelaki diluaq sana untuk memili...

Atikah Suhaime Saja-saja Buat Gimik Ingin Beghenti Berlakon

Posted: 11 Dec 2016 10:54 AM PST


Tentu hampa masih dok ingat dengan nama pelakon Atikah Suhaime yang hangat dengan gosip video loqlaq dan peyebaran gambaq bogelnya bersama pelakon Idris Khan baghu baghu ni khabaqnya pelakon ...

Uqasha Senrose Dan Tiangku Bakaq Sekadaq Memba Biasa Belum Pikiaq Soai Menikah

Posted: 11 Dec 2016 10:52 AM PST


Hubungan akrab dan kemesraan pelakon Uqasha Senrose dan yang merupakan kerabat diraja Pahang menimboikan gosip percintaan yang agak mendapat perhatian ghamai Namun depa tetap berdiam diri dan ta...

20 Negara Dengan Pekerja Palin Gembira Di Dunia

Posted: 11 Dec 2016 09:32 AM PST


Universum iaitu satu badan yang mengeluaqkan Indeks Kebahagiaan Tahunan untuk mengukoq tahap kebahagiaan tenaga gheja di seluruh dunia Gambaq hiasan Firma penjenamaan pekerja tu meninjau lebih d...

Panaih Bekaih Juara Akademi Fantasia Admit Jalin Hubungan Songsang

Posted: 11 Dec 2016 09:04 AM PST


Sekadaq gambaq hiasanPenyanyi Faizul Sany 30 mendedahkan dia penah cuba try test dipikat lelaki tapi situasi tu dapat diatasi dengan tak melayan kehendak individu berkenaan Berkongsi lanjut pasa...

Menarik Pelayan Pompuan Di Cafe Ni Membuka Baju Untuk Melayan Pelanggan

Posted: 11 Dec 2016 09:02 AM PST


Restoran atau kafe The Grand View Topless Coffee Shop ni mempunyai perkhidmatan yang pelik macam namanya pelayan kafe ni tampil tanpa mengenakan bra Dikutip dari Asiaone kafe yang terletak d...

Ummi Nazeera Sahkan Dah Bertunang

Posted: 11 Dec 2016 07:52 AM PST


tak sat kami mendapat khabaran bahawa pelakon Ummi Nazeera telah selamat bertunang ghamai jugaklah yang teruja mendengaq berita hat sama dok habaq tadi dan ingin mengetahui adakah ia betoi ataup...

Saharul Ridzwan Isteri Tunai Umrah Bulan Depan

Posted: 11 Dec 2016 05:12 AM PST


Nampaknya semakin mughah rejeki Saharul Ridzwan dan isteri kalau sebelum ni ada ura ura kata Deena Emir la nih sedang mengandung la la nih pulak Saharul sedang merancang untuk menunaikan ibadah u...

Ummi Nazeera Telah Selamat Bertunang

Posted: 11 Dec 2016 04:52 AM PST


takdak angin takdak ribut tiba tiba toknek mendapat berita yang Ummi Nazeera telah pun selamat bertunang Namun berita ni belum disahihkan oleh empunya badan lagi Akan tapi ucapan tahniah telah...

Jaduai Gaji Dan Tarikh Pembayaran Kakitangan Awam 2017

Posted: 11 Dec 2016 03:32 AM PST


Jaduai dan tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2017 ni adalah hebahan rasmi berdasaqkan surat pekelilin Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji terkini yang telah dikeluaqkan o...

myartis.com

Posted: 12 Dec 2016 02:15 AM PST

myartis.com


MENINGGAL DUNIA - PELAKON VETERAN, ZAKARIA YUSOF SELAMAT DIKEBUMIKAN

Posted: 11 Dec 2016 04:43 PM PST



Pelakon veteran, Zakaria Yusof, 65, yang meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Taman Permata, Hulu Klang selepas solat Zohor.

Difahamkan, Allahyarham Zakaria meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

21 GAMBAR - SAMBUTAN BIRTHDAY ANAK KEDUA CHE TA MERIAH

Posted: 11 Dec 2016 03:50 PM PST



Majlis sambutan hari lahir yang ke-18 anak kedua Rozita Che Wan, Aniq Ezzra telah diadakan pada Sabtu lalu (10 Disember) dengan meriahnya di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu, mereka sekeluarga kelihatan segak dan cantik sedondon menggayakan busana berwarna coklat.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

6 GAMBAR - SELAMAT BERTUNANG, UMMI NAZEERA BAKAL KAHWIN

Posted: 11 Dec 2016 03:07 PM PST



Tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera, 26, kerana telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. I, berusia 29 tahun.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Ummi menerusi laman Instagramnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 12 Dec 2016 01:47 AM PST

beautifulnara


Album “Chapters” Yuna Antara 10 Album R&B Terbaik 2016 Dipilih Oleh Pengkritik Billboard

Posted: 11 Dec 2016 06:32 PM PST

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Yuna yang terus membuatkan rakyat Malaysia khususnya peminatnya bangga apabila albumnya, Chapters disenaraikan sebagai 10 album R&B Terbaik 2016 oleh laman muzik terkenal dunia, Billboard.

Pilihan itu dibuat menerusi ruangan  Pilihan Pengkritik  yang ditulis oleh pengkritik terkenal Billboard, Gail. Bukan mudah untuk artis dipilih oleh Gail.

Album Yuna disenaraikan dengan album artis antarabangsa popular lain seperti Beyonce, Rihanna, John Legend dan ramai lagi.

Berikut adalah senarai  penuh album yang terpilih :-

  1. Beyonce, Lemonade
  2. Rihanna, ANTI
  3. John Legend, Darkness and Light
  4. Frank Ocean, Blonde
  5. Solange, A Seat at the Table
  6. Anderson. Paak, Malibu
  7. Yuna, Chapters
  8. KING, We Are KING
  9. Terrance Martin, Velvet Portraits
  10. Gallant, Ology

Chapters yang diusahakan sejak 2014 itu, memuatkan 11 buah lagu dan dua lagu tambahan untuk versi Deluxe termasuk lagu hit Crush ft Usher.

Tahniah sekali lagi buat Yuna. Teruskan lagi usaha anda untuk lebih berjaya!

Sumber Berita : Astro Awani

Neelofa Bawa Semua Ahli Keluarga Tunai Umrah

Posted: 11 Dec 2016 06:11 PM PST

Neelofa tidak dinafikan sudah berjaya didalam bidang perniagaan. Kata orang, beliau adalah contoh untuk wanita-wanita muda diluar sana untuk mula menceburi bidang berkenaan.

Meskipun sudah bergelar jutawan, Miss J menerusi akhbar Utusan Mingguan memberitahu Neelofa masih lagi merendah diri dan tidak pernah lupa untuk mendekatkan dirinya dengan Tuhan.

Umum mengetahui Neelofa sudah pun menunaikan ibadah haji baru-baru ini. Terbaru, khabarnya Neelofa bakal membawa kesemua ahli keluarganya untuk mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi.

Apa yang dilakukan Neelofa dipuji oleh Miss J yang merasakan ia sebagai contoh buat artis lain agar tidak pernah melupakan amal ibadat walaupun sudah disirami dengan kemasyuran serta kekayaan dunia.

Kami yakin dengan berbuat baik kepada ahli keluarga dan tidak melupakan Tuhan atas nikmat hidup yang diberikan, tidak mustahil selepas ini rezeki Neelofa akan lebih diberkati. InshaAllah.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Sebagai Artis Kita Jangan Malas Layan Peminat – Ayda Jebat

Posted: 11 Dec 2016 05:20 PM PST

Kejayaan Ayda Jebat dan populariti yang beliau kecapi sekarang, sedikit pun tidak membuatkan beliau lupa diri dengan segala sokongan peminatnya.

Menurut Ayda, beliau sering mencari waktu untuk meluangkan sedikit masa bersama peminatnya meskipun sekadar membalas komen mereka di media sosial.

Pada saya sebagai artis kita jangan malas layan peminat kerana sokongan mereka, saya berada di mana saya sekarang. Terlalu banyak jasa mereka pada karier saya walaupun kami tiada pertalian darah tetapi kasih sayang mereka cukup kuat. Sebab itu walaupun sibuk saya tetap cuba mencari peluang bersama peminat atau paling tidak membalas komen dan pertanyaan di laman sosial.

Ayda pada hari Sabtu lepas dikatakan menang besar di Anugerah Melodi 2016 kerana berjaya memenangi kategori utama iaitu Personaliti Sensasi Melodi 2016.

Selain itu, Ayda turut membawa pulang dua lagi trofi iaitu Personaliti Muzik Melodi dan Personaliti Media Sosial Melodi.

Buat Ayda, kemenangan beliau adalah pembakar semangat untuk beliau terus berusaha keras dalam bidang lakonan dan memperbaiki kelemahan beliau. Pada masa yang sama, Ayda berharap tiada pihak yang mempertikaikan kemenangannya itu.

Alhamdulillah kerjaya saya pada tahun ini banyak saat-saat indah dan sudah lebih 10 trofi saya menang berdasarkan undian peminat. Saya harap tiada mempertikaikan kemenangan saya kerana ini adalah usaha peminat dan walaupun ia bukan pemilihan juri tetapi ia sangat bermakna kepada saya.

Berbicara tentang peminat, mereka adalah tulang belakang seseorang artis itu. Kalau popular tanpa sokongan peminat, belum tentu artis itu boleh kekal lama. Hargailah peminat anda sentiasa.

Sumber Berita : mStar Online

Ummi Nazeera Tiada Niat Sorokkan Majlis Pertunangan Dengan Doktor

Posted: 11 Dec 2016 04:54 PM PST

Semalam, pelakon yang popular dengan drama Patahnya Sebelah Sayap, Ummi Nazeera akhirnya memberitahu beliau sudah bertunang selepas beberapa foto majlis pertunangannya tersebar di media sosial.

Ummi bertunang dengan seorang jejak yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. I yang merupakan seorang doktor di kediaman keluarganya pada jam 2.30 petang semalam. Difahamkan, Mr. I adalah pilihan keluarga Ummi.

Menurut Ummi, beliau tidak berniat untuk menyorokkan perkara itu daripada peminat cuma keluarganya mahukan sedikit privasi.

Bukan bertujuan mahu menyorokkan hari bahagia ini. Sebaliknya, keluarga mahukan sebuah majlis ringkas dan tertutup yang dihadiri oleh keluarga rapat sahaja. Lantaran itu, saya harus menghormati permintaan mereka yang menginginkan ruang privasi.

Sejujurnya, kami tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr. I pada 31 Januari lalu apabila dia menghantar pesanan untuk berkenalan menerusi aplikasi WhatsApp. Sejak itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap atau mendengar suara masing-masing di talian telefon.

Tambah Ummi, beliau terpikat dengan sikap berani Mr. I yang bertemu dengan ibunya untuk lebih mengenali Ummi dan keluar bersama.

Apabila memasuki sebulan setengah perkenalan menerusi mesej, dia akhirnya menelefon saya buat kali pertama sekali gus meluah perasaan untuk bertemu.  Saya mengatakan bahawa dia boleh berjumpa saya dengan bersyarat dia kena menemui ibu saya (Datuk Seri Maziah Musa, 52) terlebih dulu.

Dia cukup berani apabila datang ke rumah keluarga kami untuk berkenalan sambil menikmati makan malam bersama ibu saya. Itu adalah kali pertama kami bertemu. Dan keberanian yang dimilikinya itu menyebabkan saya membuat kesimpulan bahawa dia mampu menjadi ketua keluarga kepada saya.

Hubungan mereka direstui oleh ibu Ummi. Selepas tiga bulan mengenali hati budi masing-masing, Mr. I membuat keputusan untuk menghantar rombongan merisik.  Majlis merisik diadakan dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Atas persetujuan kedua-dua belah keluarga, mereka akhirnya mengikat tali pertunangan pada 11 Disember (semalam).

Sumber Berita : Utusan Online

Saharul Ridzwan Dan Isteri Tunaikan Umrah Bulan Depan

Posted: 11 Dec 2016 11:00 AM PST

Sejak berkahwin, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya Deena Emir belum lagi sempat untuk berbulan madu.

Walaubagaimanapun, mereka berdua dikurniakan rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah apabila Saharul dikatakan sedang merencana untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri tercinta pada bulan depan.

Pasangan ini akan ke sana dari hujung Januari hingga pertengahan Februari.

Alhamdulillah dapat juga saya dan isteri ke sana bulan depan. Semoga ibadat dan kunjungan kami ke sana akan dipermudahkan. Ia menjadi kali kedua saya mengerjakan umrah.

Cuma kali ini bersama isteri tersayang.  Bulan ini saya dan isteri akan mula mencuri masa mengikuti kursus umrah.

Semoga Saharul Ridzwan dan isteri diberikan kesihatan yang baik ketika menjalani ibadah di Tanah Suci Mekah nanti dan segala ibadah mereka juga dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE

(12 FOTO) Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Aniq Ezra, Anak Kedua Che Ta

Posted: 11 Dec 2016 10:30 AM PST

Rozita Che Wan dikenali sebagai seorang ibu yang cukup penyayang dengan anak-anaknya dan sering mengadakan majlis istimewa sempena hari jadi mereka.

Pada hari Sabtu lepas, Che Ta telah meraikan hari jadi anak keduanya Aniq Ezra dengan meriah sekali bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.

Seperti biasa, keluarga Che Ta akan mengenakan pakaian sedondon dan kali ini warna temanya adalah warna coklat. Tidak dinafikan, meskipun beliau kali ini tidak meraikan hari jadi anaknya di luar negara, tetapi ia tetap kelihatan mewah dan cukup gah.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis sambutan hari jadi Aniq Ezra dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Qamalrul Hazim Rosnan

Banyak Lelaki Ingin Dekati Saya Termasuk VIP Tetapi Saya Tolak- Ruhainies

Posted: 11 Dec 2016 10:00 AM PST

Meskipun baharu dalam dunia hiburan tanah air, nama pelakon Ruhainies agak dikenali, lebih-lebih lagi beliau mempunyai wajah yang agak jelita dan menjadi idaman ramai lelaki diluar sana untuk memilikinya sebagai kekasih hati.

Namun, Ruhainies masih belum terbuka pintu hatinya untuk menerima cinta daripada mana-mana lelaki kerana beliau ingin memberikan fokus kepada kerjayanya dahulu.

Jadual kerja saya juga sangat sibuk hingga Jun tahun depan. Sekarang ini masa untuk diri sendiri pun tidak ada, inikan pula nak bercinta.Ia memang mustahil.

Saya akui memang banyak lelaki yang cuba mendekati dan mahu menjalin hubungan termasuk golongan VIP, tetapi saya menolak dengan baik. Bukan tak mahu, tapi buat masa sekarang saya belum bersedia.

Menurut Ruhainies, beliau tidak memilih ataupun meletakkan sebarang syarat buat mana-mana lelaki. Ruhainies mengidamkan seseorang yang mempunyai sikap hormat kepada orang tuanya dan mampu membimbing beliau.

Saya mempunyai sasaran tersendiri untuk diri sendiri. Kalau saya berjaya mencapainya iaitu membelikan rumah untuk ibu bapa, baru saya boleh fikir untuk berkahwin.

Orang selalu kata saya terlalu memilih, tapi sebenarnya tidak. Saya tidak pernah menetapkan sebarang syarat, cukuplah sekadar lelaki itu menghormati saya, ibu bapa dan boleh membimbing saya ke jalan yang lebih baik. Selebihnya saya berserah kepada jodoh.

Siapa kata orang cantik itu terlalu memilih ? Hehe..Kalau anda ada ciri-ciri lelaki idaman Ruhainies, anda boleh lah cuba nasib untuk memilikinya.

Sumber Berita : Harian Metro

Atikah Suhaime Sengaja Buat Gimik Ingin Berhenti Berlakon?

Posted: 11 Dec 2016 09:30 AM PST

Tentu anda masih ingat  dengan nama pelakon, Atikah Suhaime yang hangat dengan kontroversi video lucah dan peyebaran foto bogelnya bersama pelakon Idris Khan.

Baru-baru ini, khabarnya pelakon itu ada memuat naik status di akaun Instagramnya yang menyatakan hasratnya untuk berhenti berlakon.

Status yang ditulis Atikah :-

It has been a great journey. But I'm quitting. I love all of you who have loved me. And I forgive all of you who have hated me. And with a heavy heart, I have to say that it is time to leave everything behind.

Walaubagaimanapun, menurut Raja Mawar daripada akhbar Berita Harian, status yang dimuat naik oleh Atikah pada hari Rabu lalu telah dipadam, juga pada hari yang sama.

Luahan Atikah itu juga mengejutkan pihak pengurusannya iaitu MIG. Khabarnya, Atikah masih lagi mempunyai kontrak dengan syarikat berkenaan sehingga bulan Julai 2017.

Apakah niat sebenar Atikah memuat naik status berkenaan? Adakah beliau sekadar ingin mencetuskan gimik? Hmmph..

Sumber Berita : Berita Harian

Uqasha Senrose Dan Tengku Bakar Sekadar Kawan Biasa, Belum Fikir Soal Kahwin

Posted: 11 Dec 2016 09:00 AM PST

Hubungan akrab dan kemesraan pelakon Uqasha Senrose dan yang merupakan kerabat diraja Pahang menimbulkan gosip percintaan yang agak mendapat perhatian ramai. Namun, mereka tetap berdiam diri dan enggan memberikan komen lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka.

Masih lagi diasak dengan persoalan tentang hubungannya dengan Tengku Bakar, Uqasha Senrose sekali lagi menegaskan mereka hanya sekadar teman biasa.

Malah, Uqasha tidak mempunyai sebarang rencana untuk berkahwin meskipun merasakan usianya sudah layak untuk melayari bahtera rumah tangga.

Uqasha sebenarnya lebih selesa untuk tidak membicarakan soal hubungan bersama Tengku Bakar kerana menganggap ia adalah hak peribadinya.

Mendirikan rumah tangga bukan perkara mudah. Banyak aspek yang perlu difikirkan, terutama apabila menyentuh mengenai tanggungjawab. Mungkin kedengan klise, tetapi hubungan saya bersama jejak itu masih pada peringkat berkawan. Hanya itu yang saya mampu jelaskan.

Kalau ada jodoh tidak kemana. Jika Uqasha Senrose tidak mahu membicarakan soal percintaannya kepada umum,sebagai peminat mereka hanya mampu mendoakan yang terbaik buat selebriti pujaan mereka itu.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Adi Putra Sahkan Isteri Kedua Sedang Hamil

Posted: 11 Dec 2016 08:30 AM PST

Pelakon Adi Putra akhirnya mengesahkan isteri keduanya, Norshahida kini sedang hamil anak pertama mereka selepas khabar angin mengenai kehamilan itu mula diperkatakan sejak bulan September lepas.

Adi meluahkan rasa syukur kerana hasrat beliau untuk menimang cahaya mata sendiri termakbul. Walaubagaimanapun, beliau akui ada sedikit rasa berdebar didalam hati menantikan kehadiran cahaya matanya itu.

Jika ditanya soal perasaan, memang mana-mana manusia juga akan rasa bersyukur dan gembira menerima berita yang baik seperti ini. Bagi saya, perasaan ini adalah perkara yang akan dilalui kebanyakan orang.

Sudah berapa bulan, saya juga tidak periksa lagi. Lelaki atau perempuan juga masih belum tahu, sebab masih baru.  Soal persiapan buat masa ini tiada persiapan jangka panjang. Kami lebih kepada persiapan untuk perkara yang penting sahaja.

Untuk makluman anda, Adi dan isteri pertamanya, Aida Yusof mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Zara Adelia Haadi yang kini berusia empat tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Adi Putra dan Norshahida, semoga kehamilan ini akan menambahkan lagi kebahagiaan mereka suami isteri. Semoga ibu dan bayi didalam kandungan sihat.

Sumber Berita : Utusan Online

No comments:

Post a Comment