Tuesday, 6 December 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 06 Dec 2016 10:03 AM PST

KedahLanie.info


Lebuh raya Malaysia tak mesra penunggang motosikal, kata Fomca

Posted: 06 Dec 2016 06:28 AM PST

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata kebanyakan lebuh raya di negara ini tidak mesra pengguna motosikal sekali gus meletakkan golongan itu dalam keadaan berisiko.

Timbalan presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata masih banyak kemudahan masih gagal disediakan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam melaksanakan pembinaan lebuh raya.

Beliau berkata antaranya ialah LLM gagal memastikan pengguna lebuh raya dalam keadaan selamat dengan membina hentian berbumbung dan laluan khas untuk penunggang motosikal.

"Sepatutnya LLM mengambil kira kepentingan penunggang dengan menyediakan hentian berbumbung dan laluan khas motosikal di lebuh raya sebelum meluluskan projek lebuh raya kepada syarikat konsesi.

"Bila hujan penunggang terpaksa berteduh di bawah jambatan dan terowong, malah ada yang meneruskan perjalanan kerana tidak ada pilihan.

"Penunggang motosikal juga terpaksa bersaing dengan pemandu lori, bas dan kereta menyebabkan nyawa mereka dalam bahaya," katanya kepada FMT.

Yusof berkata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mengakui keadaan itu dan berdasarkan kajian kebanyakan lebuh raya di negara ini tidak mesra penunggang dan kemalangan berlaku melibatkan motosikal.

Malah, statistik kemalangan jalan raya Kementerian Pengangkutan pada 2015 meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 pada 2014.

Ia juga menunjukkan jumlah kematian mencatatkan peningkatan bagi 2015 dengan 6,706 kematian berbanding 6,674 pada tahun sebelumnya dan 60% daripadanya ialah penunggang motosikal.

Laporan di laman web Jabatan Malaysia menunjukkan hasil kajian dunia yang meletakkan Malaysia di kedudukan teratas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk.

Berdasarkan nisbah 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia 6.3 kali lebih tinggi berbanding United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap nyawa penduduk UK pada tahun lalu.

Sehubungan itu, Fomca mencadangkan LLM menyediakan hentian berbumbung kepada penunggang bagi setiap 5km.

"Kerajaan perlu menyediakan laluan khas untuk motosikal tanpa mengenakan caj," katanya.

Sementara itu, tinjauan FMT mendapati penunggang motosikal menyambut baik cadangan pembinaan laluan dan hentian berbumbung bagi motosikal di seluruh lebuh raya.

"Ia cadangan yang baik untuk membina laluan khas dan tempat berhenti berbumbung kepada kami supaya kami tidak perlu lagi takut setiap kali menggunakan lebuh raya, terutama pada musim hujan," kata Mohd Khairul Ibrahim.

Syed Nasir Hamid turut menyokong kenyataan Khairul dan berkata seorang ahli keluarganya maut digilis lori ketika menggunakan lebuh raya untuk ke tempat kerja.

Wala' buta tuli Najib perbudak-budakkan ahli

Posted: 06 Dec 2016 04:48 AM PST

06 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE


Datuk Mahfuz Omar

Wala' (kesetiaan) tidak boleh melahirkan pengikut dan pemimpin tidak boleh memperbudak-budakkan ahli, sebaliknya wala' semestinya melahirkan orang yang berfikir dan taat dalam keadaan ia faham dan jelas, bukan membuta tuli.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam Perhimpunaan Agung 2016 baru-baru ini, dakwanya seolah-olah memeras ugut ahli parti supaya berwala' kepada pemimpin secara membuta tuli yang akan membawa kepada kehancuraan masa depan negara.

"Sesuatu yang pelik bila pemimpin dan kepimpinan meminta disetia dan ditaati oleh semua, berbanding ulamak dan pemimpin dahulu dengan amalperbuatan,percakapan,kejujuran dan keikhlasan diri yang membuatkan mereka diberikan kesetiaan.

"Di Persidangan Agung Umno Najib memeras ugut orang yang tidak berwala' kepadanya sebagai pengkhianat dan sebagainya kerana dia adalah khalifah.

"Dalam kontek parti, Khalifah itu adalah Presiden dan dalam kontek negara Khalifah itu adalah Perdana Menteri walaupun seorang yang mengamalkan 'Kleptokrasi'.

"Umno sebagai pertubuhan berdaftar kini sudah bertukar pendekatan menjadi seperti kumpulan 'kongsi gelap,gengster dan mafia' yang menjalankan kegiatan haram yang juga memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan.

"Seperti ahli kumpulan Mafia yang belot atau kianat ( tak wala') kepada ketua dan kumpulan akan dihapuskan," ujar beliau memberikan analogi.

Dalam erti kata sebenar Mahfuz menerangkan Wala' sebagai istilah agama disalah guna untuk melindungi jenayah curi rasuah sang pemimpin.

"Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syarak dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa.

"Tahniah Najib menjadikan Wala' melindungi diri.

"Sesuatu yang pelik bila pemimpin dan kepimpinan meminta disetia dan ditaati oleh semua berbanding ulamak dan pemimpin dahulu dengan amal perbuatan,percakapan,kejujuran dan keikhlasan diri yang membuatkan mereka diberikan kesetiaan,' ujarnya.

MCA - Apa nasib orang bukan Islam jual arak kepada orang Islam?

Posted: 06 Dec 2016 04:36 AM PST

FMT / Sean Augustin

PETALING JAYA: Barisan Nasional perlu menyatakan secara jelas sama ada pegawai penguatkuasa syariah boleh menangkap dan menahan orang bukan Islam sebelum bersetuju untuk meminda Akta 355.

Jurucakap MCA Ti Lian Ker menyoal apa nasib yang bakal menimpa orang bukan Islam yang menjual alkohol kepada orang Islam.

"Apakah dia akan disaman?

"Bagaimana pula dengan lelaki Islam yang dicekup berkhalwat dengan wanita bukan Islam? Apa nasib wanita itu?"

Lian Ker, yang merupakan pengerusi biro keharmonian agama parti, berkata perdana menteri cuba menyakinkan orang bukan Islam yang pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 tidak akan dikenakan ke atas orang bukan Islam dan tidak akan memberi kesan kepada mereka.

"Jadi boleh kita katakan undang-undang syariah tidak boleh digunakan ke atas orang bukan Islam sekiranya mereka terbabit dalam kesalahan, sama ada sebagai mangsa atau pelaku?"

Mengikut pindaan yang dicadangkan itu, hukuman bagi kesalahan seperti zina, mabuk dan qazaf akan ditingkatkan.

Ini termasuk hukuman maksimum 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 rotan.

Hukuman mahkamah syariah ketika ini dihadkan kepada tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan rotan tidak melebihi 6 sebatan.

Lian Ker berkata BN dan kumpulan yang mendesak pindaan akta itu perlu tentukan sama ada orang bukan Islam boleh dipanggil sebagai saksi.

"Sekiranya orang Islam dituduh minum arak, adakah orang yang menjual arak kepada tertuduh dipanggil sebagai saksi? Bolehkah? Ini perlu dinyatakan."

Lian Ker berkata banyak isu teknikal dan undang-undang yang perlu diselesaikan sebelum masyarakat bukan Islam dapat diyakinkan.

Ejen pilihan raya PAS didenda kerana kunci peti undi

Posted: 06 Dec 2016 04:33 AM PST

FMT | V Anbalagan


PUTRAJAYA: Seorang ejen pilihan raya PAS hari ini didenda RM5,000 kerana mengunci 9 peti undi selepas sesi pengundian awal di kem tentera di Port Dickson pada pilihan raya umum lepas.

Barisan 3 hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki ketika membenarkan rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat ada merit dalam kes itu.

Barisan itu turut menambah denda yang dikenakan terhadap Azahari Ismail seperti yang diminta pendakwararaya.

"Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi," kata Mohtarudin.

Azahari didakwa di bawah Seksyen 3(1)(i) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Peruntukan itu menyatakan mana-mana orang tanpa kuasa yang sewajarnya memusnahkan, mengambil, membuka atau dengan cara lain mengganggu mana-mana peti undi, kertas undi atau bungkusan kertas undi yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi maksud sesuatu pilihan raya sudah melakukan kesalahan.

Beliau didakwa "campurtangan" kerana mengunci peti undi di kem tentera selepas sesi pengundian pada 30 April 2013.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan penjara 2 tahun atau denda maksimum RM2,000 atau keduanya.

Azahari merupakan ejen kepada calon PAS Ramli Ismail yang bertanding di kerusi DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Kerusi itu dimenangi calon BN Tun Hairudin Abu Bakar dengan majoriti 6,067 undi.

Akibat penguncian itu, seorang ejen pilihan raya Tun Hairudin yang tidak dikenali membuat aduan kepada SPR.

Azahari, diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud, memberitahu barisan hakim pengundian peti undi tidak boleh dianggap sebagai campurtangan.

"Pegawai pilihan raya mengizinkan perbuatan itu secara tersirat kerana beliau tidak membantah peti undi dikunci," katanya.

Timbalan pendakwaraya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir berkata tindakan Azahari merupakan satu bentuk campurtangan dalam proses pengiraan undi.

Sebelum ini Azahari dikenakan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM4,000 oleh majistrest selepas beliau didapati bersalah.

Dalam rayuannya, Mahkamah Tinggi Seremban membebaskan beliau.

Undi Cina dan Melayu pasti, India jadi penentu

Posted: 06 Dec 2016 04:30 AM PST


PETALING JAYA: Trend pengundian kaum India akan menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memandangkan sokongan pengundi Cina kepada DAP sudah mencapai 90%, kata pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania, Prof James Chin.

"Kebanyakan bukan Islam menyokong DAP, mereka sudah dapat 90% sokongan pengundi Cina, tiada ruang untuk berkembang lagi.

"(Tumpuan) sekarang ialah pengundi India, mereka kini 50:50, beransur-ansur kembali kepada Barisan Nasional (BN). Tetapi, jika Umno membenarkan rang undang-undang persendirian PAS, mungkin India akan mengundi Pakatan Harapan dan DAP," katanya kepada Sin Chew Daily.

Pada 24 November lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 ke sidang yang dijadualkan pada Mac 2017 untuk menerangkan pindaan RUU itu secara terperinci.

Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman "penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan" berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Beliau berkata, walaupun tidak bergabung, PAS dan Umno sudah mencapai persefahaman dengan bekerjasama secara tidak rasmi bagi menentang Pakatan Harapan.

"(Tun Dr) Mahathir Mohamad benci DAP, (Datuk Seri) Najib Razak benci Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mereka ada manfaat bersama, kerjasama tidak rasmi akan membolehkan mereka menentang PPBM di kawasan perkampungan Melayu."

Chin berkata, MCA, Gerakan dan MIC tidak akan dapat bertahan jika mereka meninggalkan BN, sebaliknya parti komponen BN dari Malaysia Timur mungkin berani berbuat demikian dan faktor utama ialah sama ada mereka boleh mengundi menentang RUU 355.

Beliau berkata, keadaan paling serius bukannya kerjasama Umno-PAS, sebaliknya kebangkitan politik Islam, penerimaan undang-undang Islam adalah permainan politik berbahaya.

"Ini adalah keadaan paling berbahaya sejak merdeka, kemungkinan besar Malaysia berubah menjadi sebuah negara baharu."

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia, Datuk Dr Denison Jayasooria berkata, serangan demi serangan ke atas DAP dan orang Cina akan mendatangkan kesan jangka panjang terhadap hubungan perkauman.

Apakah ini dinamakan POLITIK MATANG atau POLITIK MALANG atau pun POLITIK BANGANG??

Posted: 05 Dec 2016 08:38 PM PST

POLITIK MATANG ATAU POLITIK MALANG?

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Parti Islam kata GST adalah cukai yang zalim kerana sistem percukaian ini tidak menepati syarat percukaian dalam Islam. Justeru menyeru seluruh rakyat Malaysia menolak GST.

Yang diPertua Parti Islam Kawasan Padang Serai pulak kata "Lebih baik kekal (kerajaan) hari ini. Walaupun mereka kenakan tol, walaupun mereka kenakan GST, tapi mereka Islam. Walaupun orang kata zalim, tapi dia bina masjid untuk orang Islam. Itu lebih baik daripada memilih DAP."

Matang ka Malang?

Ketua Penerangan Ulamak kata jom tolak GST, YDP Kawasan kata GST pun tak pa asalkan Islam.

Ketua Penerangan kata jom tolak GST tapi depa dok berkawan dengan parti yang melaksanakan GST.

Tolak GST tapi pelaksana tak ditolak. Sama mcm tangkap penerima rasuah tapi pemberi rasuah tidak.

Matang, Malang, Bangang......

Zulhazmi Sharif

Keuntungan ahli PAS naik berlipat ganda setelah pimpinan atasan bertawun dengan Najib BN

Posted: 05 Dec 2016 06:36 PM PST

*GITU EHH....*

Keseluruhan jumlah AHLI PARLIMEN sekarang adalah seramai 222 orang.

Dari 222 orang AHLI PARLIMEN itu seramai 163 AHLI PARLIMEN BERSTATUS BUMIPUTRA (BN & PH).

Dari 163 AHLI PARLIMEN itu 141 AHLI PARLIMEN beragama ISLAM...iaitu kurang 2/3 keseluruhan kerusi Parlimen.

Maka dengan itu RUU355 yang memerlukan undi 2/3 di Parlimen adalah mustahil di laksanakan, walaupun seluruh ahli Parlimen beragama ISLAM mengundi.

Ini bermakna usul RUU355 yang di bawa oleh YB Hadi Awang itu hanya satu RETORIK POLITIK semata-mata.

Dan UMNO tahu kira-kira ini, mereka menggunakan YB Hadi Awang untuk menunjukkan kepada penyokong-penyokong PAS bahawa ikatan pertunangan PASUMNO adalah untuk melaksanakan pemerintahan bercorak ISLAMIK.

ISLAMIK lah sangaaaat kan jika awal-awal dah melakukan penipuan kepada penyokong PAS.

Di dalam PRU14 ini nanti di jangkakan akan terdapat pertandingan 3 penjuru, calun PAS akan di KAMBING HITAMKAN oleh UMNOBN semata-mata untuk memecahkan undi.

Disitulah nanti kita akan lihat tahap pemikiran pengundi-pengundi PAS dalam memilih calon, adakah pengundi-pengundi PAS hari ini masih sama pemikirannya seperti pengundi-pengundi PAS sebelumnya❓❓❓.

TAPI..... Sebelum mereka membuta tuli ingin menunjukkan ke wala' kan mereka kepada pemimpin dan calon mereka, saya ingin bertanya....

🔴 Adakah pengundi PAS sekarang mendapat layanan yang "special" dari kerajaan❓.

🔴 Adakah pengundi PAS sekarang membeli minyak masak pada harga lama❓.

🔴 Adakah pengundi PAS sekarang tidak mengalami kesulitan sama seperti rakyat Malaysia lainnya❓.

🔴 Adakah pengundi PAS membeli minyak motor/kereta pada harga RM1.15 seliter❓.

🔴 Adakah pengundi PAS mudah mendapat pinjaman TEKUN❓.

🔴 Adakah pengundi PAS mendapat diskaun harga ketika membayar bil api dan air❓.

🔴 Adakah pengundi PAS yang terlibat banjir dahulu telah mendapat pampasan yang setimpal dari kerajaan yang ada sekarang❓.

🔴 Adakah pengundi PAS mudah mendapat surat sokongan dari Ketua Kampung atau Wakil Rakyat UMNO❓.

🔴 Adakah pengundi PAS tidak merasa bebanan ekonomi yang meruncing pada hari ini❓.

JIKA JAWAPAN bagi persoalan di atas adalah menunjukkan  *KESENGSARAAN* , mengapa pengundi PAS masih ingin memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan pemerintah yang ada hari ini.

Kenapa ingin berterusan duduk di dalam kesengsaraan❓❓❓

Kepada pengundi PAS , pedulikan segala wayang gambar yang sedang di mainkan oleh Najib Razak dan Hadi Awang....pedulikan...

Pedulikan juga jika di masa PRU14 nanti akan ada pertandingan 3 penjuru di antara PAS , UMNO dan PPBM / AMANAH / KEADILAN atau DAP.

APA yang pengundi PAS kena lakukan adalah mengundi calon dari PPBM /  AMANAH / KEADILAN atau DAP , jangan di pangkah lambang dacing dan bulan lagi....kerana kita ingin MENUKAR KERAJAAN PEMERINTAH sekarang kepada KERAJAAN YANG BARU , yang lebih dinamik dan terbaik.

*SAJA NAK BAGITAU* , kalau PAKATAN PEMBANGKANG menang dan menjadi Kerajaan memerintah....PERDANA MENTERI nya masih lagi ORANG MELAYU.....AGAMA ISLAM masih lagi AGAMA RASMI....BAHASA KEBANGSAAN masih lagi BAHASA MELAYU dan RAJA-RAJA tetap masih KEKAL.

*SHUKUR MOHAMAD*
(ahli *PPBM* seumur hidup)

Jika BN UMNO KALAH PRU14...yang merana ialah PERASUAH dan PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT

Posted: 05 Dec 2016 06:24 PM PST

Isu ketika menghadapi PRU12 tidak seteruk PRU13, hanya kerana PM dikawal oleh "4th floor boy". you know who lah kan. Dan akhirnya BN menanglah sebanyak 140 kerusi Parlimen untuk memerintah lagi negara Malaysia ini.

Dan ketika PRU13 kemenangan BN jatuh merudum. Hanya menang sebanyak 133 kerusi (campur Pagoh dan Semporna).

Yang mana kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut :

25 di Sarawak.
22 di Sabah.
21 di Johor.
12 di Perak.
10 di Pahang dan Kedah
5 di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.
4 di Melaka dan Terengganu.
3 di Perlis dan Penang.
2 di Kuala Lumpur.
1 di Putrajaya dan Labuan.

Manakala UNDI POPULAR BN pula hanya 47.38% iaitu MENURUN sebanyak 2.89% ketika PRU12.

UNDI POPULAR Pembangkang pula adalah 50.87% iaitu MENINGKAT sebanyak 4.12%.

Ketika PRU13, isu belum ada yang benar-benar membuat rakyat Malaysia marah.

Bagi PRU14 akan datang  BN akan berdepan dengan segala macam masalah yang dicipta oleh BN sendiri yang akan menjadi satu kepayahan bagi mereka untuk memenangi PRU tersebut.

Semasa PRU12 belum lagi ada kes :

🔴 1MDB
🔴 GST
🔴 RM2.6B
🔴 Harga barangan naik.
🔴 Harga minyak tak menentu.
🔴 Matawang merundum.
🔴 Kepayahan rakyat untuk hidup seharian.
🔴 Biasiswa MARA tiada.
🔴 Subsidi pelajaran di potong.
🔴 Subsidi kesihatan di potong.
🔴 Aset negara di jual pemilikannya kepada asing.
🔴 Akta MKN.
🔴 Kedatangan warga asing yang berjuta jumlahnya.
🔴 Pembuangan pekerja yang ramai.
🔴 Serta Menteri dan Timbalan Menteri level tiada otak.

Ingat satu perkara. Perjanjian antara PAS dan UMNO bukan boleh menjadi tanda aras untuk BN menang, kerana dari 21 kerusi yang PAS menangi di masa PRU13 antaranya telah bertukar kepada AMANAH.

Dan perlu di ingat juga untuk rekod, kerusi BN terkini bukan lagi berjumlah 133 kerusi, ianya hanya berjumlah 131 kerusi setelah di tolak kerusi Pagoh dan Semporna.

Dan jika rakyat Sabah di dalam PRU14 ini nanti menolak BN maka kerusi pembangkang akan bertambah.

Dan jika rakyat tidak termakan dengan gula-gula serta janji palsu BN terutama orang-orang Melayu dan mereka mengundi PPBM yang akan menentang UMNO walaupun akan diganggu oleh PAS maka ianya akan menjadi satu perubahan kuasa yang amat besar.

Barang diingat juga untuk memerintah negara ini hanya memerlukan kemenangan kerusi mudah sebanyak 112 kerusi sahaja.

TERPULANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA ORANG-ORANG MELAYU, jika masih ingin tersepit hidup dengan ekonomi yang tidak menentu, serta terus-terusan di bohongi maka mereka akan mengekalkan UMNOBN.

JANGAN TERMAKAN PROPAGANDA UMNO bahawa negara ini akan diperintah oleh DAP kerana ianya tidak akan berlaku, kerana DAP hanya bertanding 52 kerusi Parlimen dan jika DAP menang kesemua kerusi pun ianya bukan suara majoriti.

Dalam BN, hanya UMNO sahaja membawa suara Melayu.

Tetapi di dalam Pembangkang hanya DAP sahaja mewakili suara CINA.

PPBM Melayu
Keadilan Melayu
Amanah Melayu

Dan juga kena letak dalam fikiran bahawa jika UMNOBN kalah Melayu tidak akan melarat dan menjadi bangsat kerana Kelantan bukan UMNO perintah, Penang bukan UMNO perintah dan Selangor juga bukan UMNO perintah. Steady je Melayu di sana.

Yang akan menjadi BANGSAT dan MELARAT adalah pemimpin-pemimpin UMNO yang akan di bawa kemuka pengadilan.

SAJA NAK BAGITAU UMNO BN kalah, PERDANA MENTERI tetap MELAYU. Agama rasmi negara ini tetap ISLAM. Bahasa kebangsaan tetap bahasa Melayu. RAJA-RAJA tetap bersemayam di singgahsana.

Hentam Dr M, DAP tak selesai masalah Melayu, kata Anwar

Posted: 05 Dec 2016 05:15 PM PST

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lalu hanya menjadi medan menghentam DAP dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tanpa menyentuh isu melibatkan masyarakat Melayu.

"Menghentam Tun Mahathir, menghentam DAP, itu bukan jawapannya," kata Anwar yang hadir di Mahkamah Rayuan Syariah semalam bagi mendengar rayuannya mengenai prosiding qazaf terhadap bekas pembantu pejabat PKR, Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat.

Perhimpunan Umno kali ini menyaksikan tumpuan ucapan perwakilan terhadap Dr Mahathir kerana tindakan menjalinkan kerjasama dengan DAP.

Sayap Pemuda dan Wanita Umno turut berulang kali menyatakan kesetiaan kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai usaha memperkasakan kedudukannya ekoran tentangan daripada beberapa pemimpin veteran yang meninggalkan parti itu.

Anwar berkata beliau tidak menolak kedudukan Najib semakin kuat, tetapi ia hanya dalam lingkungan Umno.

"Dalam Umno, itu tidak menjadi isu.

"Di kalangan rakyat, isu utama adalah kenaikan harga barang dan inflasi," kata Anwar.

Anwar berkata DAP seperti parti Pakatan Harapan lain sentiasa mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

"Anda kerajaan. Kehilangan saham Melayu, tanah rizab Melayu, itu tanggungjawab anda."

OhDunia.My

Posted: 06 Dec 2016 07:51 AM PST

OhDunia.My


Geng Wanita “Pencuri Bercoli” Bermaharajalela Di Batu Pahat

Posted: 06 Dec 2016 06:06 AM PST

BATU PAHAT, 6 Dis — Empat wanita, digelar "pencuri bercoli," yang menyembunyikan produk kecantikan di dalam pakaian dalam dan beg tangan mereka direman selama tiga hari.


Geng Wanita

Baca selengkapnya

Buka Tudung: Adik Neelofa Ikut Jejak Uqasha Senrose?

Posted: 06 Dec 2016 12:29 AM PST

Jika sebelum ini adik Neelofa, Ameera pernah memeriahkan industri pendidikan negara melalui pendapatnya di laman sosial, kini sekali lagi dia menarik perhatian kerana sudah membuka hijab.


Buka Tudung: Adik Neelofa Ikut Jejak Uqasha Senrose?

Baca selengkapnya

Diprotes Kerana Mahal, Raja Salman Mansuh Yuran Visa Haji, Umrah

Posted: 06 Dec 2016 12:07 AM PST

Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengisytiharkan pembatalan yuran visa haji dan umrah bermula tahun ini. Ia susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berkenaan yuran visa itu yang disifatkan mahal.


Diprotes Mesir Kerana Mahal, Raja Salman Mansuh Yuran Visa Haji, Umrah

Baca selengkapnya

Imej Terbaru Natasha Hudson Yang Menarik Perhatian Ramai (8 Foto)

Posted: 06 Dec 2016 12:08 AM PST

Imej Terbaru Natasha Hudson Yang Menarik Perhatian Ramai. Natasha Hudson sebelum ini terkenal sebagai seorang model dan pelakon. Malah, beliau antara wanita jelita yang membuatkan setiap mata terpukau apabila melihatnya.


Imej Terbaru Natasha Hudson Yang Menarik Perhatian Ramai (8 Foto)

Baca selengkapnya

beautifulnara

Posted: 06 Dec 2016 02:34 AM PST

beautifulnara


Imej Azharina Di Pentas Akhir GV3 Bernilai Lebih RM1 Juta, Ini Penjelasan Pereka Fesyen Razman Razmi

Posted: 06 Dec 2016 12:20 AM PST

Setiap minggu di Gegar Vaganza 3, Abang Nara ternanti-nanti pakaian dan fesyen yang akan ditampilkan oleh Azharina. Memang unik dan mempunyai konsep yang tersendiri. Tak silap Abang Nara, setiap minggu nilai pakaian beserta aksesori yang digayakan oleh Azharina mencecah ratusan ribu ringgit. Menariknya, untuk konsert akhir GV3, imej yang dibawa oleh Azharian telah melebihi angka RM1 juta. Wow. Terkesima Abang Nara dibuatnya.

azharina

Azharina dan pereka fesyennya, Razman Razmi

Angka tersebut telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai yang tidak percaya gaya fesyen Azharina pada malam itu boleh mencecah angka jutaan ringgit. Enggan membiarkan para penonton berteka-teki, pereka fesyen Razman Razmi yang bertanggungjawab untuk imej Azharina setiap minggu di GV3 tampil memberi penjelasan.

Nilai itu dikira termasuk pihak kami terpaksa bekerja dalam masa yang singkat iaitu mengambil masa dua hari sebelum pertandingan. Saya juga menggunakan empat hingga lima pekerja menyiapkan baju dipakai Azharina.

Ia juga berserta nilai aksesori Cartivia Jewelry yang menaja cincin, subang dan rantai setiap minggu mencecah ratusan ribu.

Selain itu, setiap pereka fesyen juga berbeza-beza caj yang dikenakan. Contohnya jika anda buat dengan Datuk Rizalman sudah tentu lebih mahal kerana mengambil kira pengalaman dia.

Saya baca ramai yang kritik dan anggap saya berangan kerana letak harga mahal-mahal, tapi mereka tidak tahu apa yang kami dan team Azharina lakukan untuk melihat persembahannya berbeza berbanding peserta lain.

Perkara ini sebenarnya sudah dilakukan oleh penyanyi luar negara termasuk Indonesia, mereka tidak lagi pakai pakaian hanya untuk nampak cantik ketika di pentas

azharina

Betul juga penjelasan Razman Razmi ini. Kenalah kira upah, tenaga dan masa yang telah dilaburkan untuk membentuk imej Azharina dalam menilai perkara ini. Yang penting, segala usaha mereka berbaloi selepas Azharina dinobatkan sebagai juara GV3. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

umcced

P.S: Tahun 2017 akan menjelma tidak lama lagi. Tahun baru azam pun kenalah baru kan? Jom kita sambung belajar nak? Universiti Malaya ada menyediakan program diploma eksekutif khas untuk mereka yang bekerja. Macam-macam kursus ditawarkan seperti Pengurusa, Perbankan & Kewangan Islam, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pengurusan Teknologi Pembuatan. Insya Allah kejayaan pasti menjadi milik kita sebab dah 21,000 warga bekerja telah berjaya membina kerjaya mereka menerusi program ini. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my

Video Muzik Single “Seikhlas Cinta” Tiada Kena Mengena Dengan Fattah – Sherry Ibrahim

Posted: 05 Dec 2016 11:31 PM PST

Telah melancarkan video muzik bagi single pertamanya berjudul Seikhlas Hati, Sherry Ibrahim diasak dengan pertanyaan adakah ia berkaitan dengan kisah percintaannya bersama pelakon yang cukup popular, Fattah Amin yang berakhir sekitar bulan Ogos lepas.

Walaubagaimanapun, Sherry memberitahu maksud cinta didalam lagu tersebut lebih kepada cinta kepada Tuhan, keluarga dan sahabat. Ia langsung tidak ada kena mengena dengan bekas kekasihnya itu.

Video muzik ini tidak berkisarkan mengenai kisah perjalanan hidup saya, konsep sepenuhnya adalah daripada pihak syarikan kosmetik Deeja Cosmetic dan produksi Tangerine Pictures.

Bagi saya definasi cinta dalam lagu Seikhlas Cinta bukan hanya cinta kepada kekasih tetapi ianya bersifat universal dan cinta itu boleh ada kepada Allah,keluarga dan kawan-kawan.

Tambah Sherry ia video muzik itu juga mengisahkan kehidupan seorang wanita yang mencari kekuatan untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan.

Apa yang ingin disampaikan ialah keyakinan luaran akan seiring datang melalui kekuatan dalaman.

Rasanya Sherry enggan lagi dikaitkan dengan Fattah Amin bukan? Mereka berdua sudah "move on" dan bahagia membawa haluan masing-masing.

Sumber Berita : mStar Online

Elly Mazlein Luah Rasa Syukur Akhirnya Bekas Suami Datang Jenguk Anak

Posted: 05 Dec 2016 10:23 PM PST

Nampaknya segala kemelut dan kontroversi antara Elly Mazlein dan bekas suaminya, Azmi Hatta berkemungkinan sudah reda apabila Azmi telah melawat anak perempuan mereka, Putri Sarah Sefhia  hari ini.

Elly sempat meluahkan rasa syukur menerusi akaun Instagramnya dan memaklumkan Azmi melawat Sefhia di kediaman penyanyi tersebut terletak di Cyberjaya.

Menurut Elly, Sefhia sedikit pun tidak menangis meskipun sudah lama tidak berjumpa dengan bapanya. Pada masa yang sama, Elly turut menegaskan agar bekas suaminya itu tidak melupakan tanggungjawab terhadap anak mereka meskipun sedang hangat bercinta dengan Faye Kusairi.

Assalamualaikum.. Syukur hari ni 6 December Azmi hatta akhirnya melawat Putri Sara Sefhia skrg ni di rumah sy , Cyberjaya .. Syukur Sefhia x menangis walaupun terlalu lama tidak Berjumpa dgn Bapa nya.. Moga Lawatan ini berterusan demi masa depan anak .  Bercinta tiada salahnya, Asalkan Hak anak jgn di sia2kan.. Jangan di halang Bila Bapa ingin berjumpa dengan Anaknya & jangan terlalu Asyik bercinta sampai terlupa darah daging sendiri .. Alhamdulillah.. Senyum Hati saya..

#LuasKanKasihSayang  #HidupJanganDiBelengguDenganAmarah #PergilahSolat

Alhamdullillah jika segala salah faham dan sengketa sudah berakhir. Janganlah libatkan anak tidak berdosa dalam apa-apa masalah dan sama-sama berbaik demi menjaga Putri Sarah Sefhia. Bercerai tidak bermakna anak tidak dapat merasa kasih sayang seorang bapa.

Sumber Berita : Instagram Elly Mazlein

Dedah Harga Banglo Baru RM 5 Juta : Che Dikritik Riak Oleh Netizen

Posted: 05 Dec 2016 08:11 PM PST

Setelah memuat naik foto rumah banglo mewah miliknya, Rozita Che Wan beberapa hari lepas mendedahkan harga baglo baru miliknya itu bernilai RM 5 juta dan kini dalam proses ubah suai yang menelan kos RM 1 juta. Tujuan Che Ta mendedahkan harga berkenaan kerana tidak mahu orang ramai terus berteka-teki mengenainya.

Jelas sekali pendedahan Che Ta mendapat perhatian ramai dan turut mengundang kritikan netizen.

Netizen menganggap Che Ta terlalu riak dengan apa yang beliau miliki. Ada juga yang mempersoalkan adakah Che Ta sudah menjelaskan tunggakan cukai kepada LHDN yang sebelum ini turut menjadi kontroversi.

Hmmph, riak atau tidak kami tidak boleh memberikan komen mengenai perkara berkenaan. Namun, dari sudut positif mungkin ia boleh memberikan inspirasi untuk orang ramai khususnya wanita diluar sana untuk berjaya dalam bidang perniagaan seperti Che Ta.

(10 FOTO) Sekitar Bachelorette Party Mia Ahmad

Posted: 05 Dec 2016 06:57 PM PST

Bakal bernikah dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan, pelakon Mia Ahmad telah diraikan dalam satu majlis parti bujang ataupun "bachelorette party" bersama rakan-rakannya.

Mia sempat berkongsi beberapa foto ketika majlis berkenaan yang diadakan secara tertutup disebuah lokasi rahsia.

Foto-foto Mia mendapat pujian daripada pengikutnya di Instagram yang merasakan artis pujaan mereka itu kelihatan cukup cantik.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar "bachelorette party" Mia Ahmad dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Sbxs

Imej Terbaru Natasha Hudson Tarik Perhatian Ramai

Posted: 05 Dec 2016 06:33 PM PST

Natasha Hudson sebelum ini terkenal sebagai seorang model dan pelakon. Malah, beliau antara wanita jelita yang membuatkan setiap mata terpukau apabila melihatnya.

Umum mengetahui Natasha sudah lama mengenakan hijab dan tidak lagi aktif dalam bidang lakonan dan peragaan.

Walaubagaimanapun, imej terbaru Natasha telah menarik perhatian ramai baru-baru ini. Natasha nampaknya sudah mengenakan niqab dan berhijrah sepenuhnya menjadi seorang muslimah sejati.

Ramai peminat yang mendoakan agar Natasha terus beristiqamah dan berharap agar mereka satu hari nanti dapat mengikut jejak langkah Natasha.

Kami harap penampilan Natasha akan berkekalan. Akan ada dugaan yang melanda untuk menguji keimanan tetapi jangan mudah mengalah dan tetapkan pendirian anda.

(FOTO) Tampil Dengan Imej Freehair, Adik Neelofa Sudah Buka Tudung?

Posted: 05 Dec 2016 05:51 PM PST

Adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera sering menarik perhatian ramai. Kata orang, Ameera juga kelihatan cukup cantik dan manis ketika membuat keputusan untuk berhijab sekitar tahun lepas.

Namun, semalam netizen dikejutkan dengan beberapa foto Ameera yang tampil dengan imej "freehair" menerusi akaun Instagram miliknya.

Malah, Ameera juga telah menutup bahagian komen di Instagramnya. Ia mencetuskan tanda-tanya dikalangan netizen dan ada juga yang mempersoalkan tindakan Ameera.

Berikut antara komen netizen :-

Berikut pula beberapa foto Ameera tidak bertudung yang dimuat naik di Instagram:-

Meskipun menerima pelbagai komen daripada netizen sehingga ia menjadi viral, Ameera bagaimanapun belum memberikan sebarang respon mengenai isu tersebut.

Hmmph, memang manis kalau Ameera bertudung. Apa agaknya alasan beliau untuk tampil tidak berhijab lagi? Sama-sama kita nantikan penjelasan Ameera ataupun keluarganya nanti.

Kaka Azraff Nafi Bercinta Dengan Awi Rafael

Posted: 05 Dec 2016 05:21 PM PST

Sering keluar bersama dan kelihatan agak mesra, timbul gosip mengatakan penyanyi Kaka Azraff sedang hangat bercinta dengan Awi Rafael. Malah, peminat mereka sungguh gembira dengan khabar angin berkenaan sehingga mewujudkan hashtag #kakaWi di Instagram.

Enggan peminat terus salah faham, Kaka menerusi portal mStar Online menjelaskan hubungan beliau dan Awi hanya sekadar teman biasa.  Keakraban mereka itu disalah erti disebabkan penglibatan mereka berdua sebagai pasangan duet dalam program terbaru  Duo Star terbitan Astro.

Hubungan di antara kami tidak melibatkan soal hati dan perasaan dan apa yang diperkatakan sebelum ini tentang kami hanyalah salah faham.Apabila berkaitan dengan kerja saya seorang profesional dan tidak pandai mencampur-adukkan dengan perihal peribadi. Tiada putik-putik cinta dan hubungan kami hanyalah sekadar rakan biasa sahaja.

Walaubagaimanapun, Kaka akui beliau selesa berkawan dengan Awi kerana mereka sekepala dan mempunyai persamaan dalam banyak hal.

Awi pelawa saya menjadi pasangan duetnya dalam Duo Star dan selepas mengenalinya secara dekat saya dapati kami mempunyai keserasian yang cukup baik. Malah kami membawa objektif dan misi sama dalam pertandingan ini iaitu ingin mengekspresi sisi lain kami sebagai penghibur. Saya selesa berkawan dengannya dan berharap peminat juga akan menyukai gandingan kami itu.

Duo Star bakal bersiaran bermula 25 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam.

Sumber Berita : mStar Online

Saya Layan Peminat Sama Rata,Tidak Boleh Buat Apa- Apa Kalau Ada Yang Salah Tafsir – Aeril Zafrel

Posted: 05 Dec 2016 05:02 PM PST

Beberapa hari lepas, kecoh media sosial dengan gosip dimana Aeril Zafrel dikatakan "gatal" kerana membalas komen seorang peminat yang menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua Aeril.  Meskipun ia sekadar gurauan, ada pihak yang menganggap ia satu perkara yang serius dan mengkritik Aeril serta gadis berkenaan.

Menurut Aeril, beliau hanya melayan peminat dengan sama rata dan jika benar beliau ingin mengorat seseorang, beliau tidak mungkin akan melakukannya secara terbuka.

Saya mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Saya melayan mereka sama rata dan apabila ada masa terluang saya akan membalas komen mereka. Namun, jika ada yang tersalah anggap atau tersilap tafsir, perkara itu di luar kemampuan saya.

Saya bukan membalas komen dia saja, tetapi juga peminat lain. Bagaimanapun ada pula individu yang memadam komen orang lain. Jadi, ia nampak seperti saya hanya berbalas komen dengan peminat terbabit saja hingga ia menjadi viral. Sebagai artis, sokongan peminat adalah tunjang utama kejayaan dalam karier saya.Saya amat menghargai mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan saya di Instagram.

Buat Aeril apa yang berlaku adalah sebahagian daripada dugaan dalam rumah tangganya dan Wawa Zainal. Malah, Wawa juga tidak marah mengenai isu berkenaan.

Sebagai isteri Wawa amat mengenali saya dan dia juga pelakon. Ketika saya membalas komen peminat di Instagram, dia ada di sebelah saya dan turut membacanya. Jika ada komen nakal daripada peminat, dia senyum saja.

Saya tiada masa untuk memikirkan hal lain, apatah lagi usia perkahwinan kami masih 'muda' serta dua anak yang masih kecil. Lebih baik saya fokus pada kerjaya dan keluarga saya. Kami berdua juga saling mempercayai dan saya akan menjaga kepercayaan Wawa dengan saya.

Semua yang berlaku cuma satu salah faham sahaja. Kami juga "respect" dengan sifat Wawa Zainal yang tidak mudah melatah apabila Aeril Zafrel dikatakan menggatal dan macam-macam lagi. Harapnya  mereka berdua akan saling memahami seperti ini sehingga akhir hayat.

Sumber Berita  : Harian Metro

myartis.com

Posted: 06 Dec 2016 02:13 AM PST

myartis.com


10 GAMBAR - ADIK NEELOFA IKUT JEJAK UQASHA BUKA TUDUNG?

Posted: 05 Dec 2016 04:53 PM PST



Baru-baru ini, netizen dikejutkan sekali lagi apabila adik selebriti terkenal Neelofa, Ameera mengikut jejak langkah pelakon Uqasha Senrose iaitu membuka tudung.

Ameera yang sebelum ini mengikut jejak langkah kakaknya berhijab pada tahun lepas, dilihat telah kembali tidak berhijab apabila memuatnaik beberapa keping gambar dirinya 'freehair' di laman Isntagramnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

6 GAMBAR - PERNAMPILAN TERBARU NATASHA HUDSON

Posted: 05 Dec 2016 03:28 PM PST



Menerusi laman Instagram Natasha Hudson, beliau dilihat sudah mengenakan niqab sebagai pernampilan terbarunya.

Melalui komen di IG Natasha, ramai yang suka dan memuji pernampilan terbarunya itu.

Betullah orang kata, hidayah milik Allah. Alhamdulillah, semoga Natasha terus istiqamah.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 06 Dec 2016 01:56 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Guan Eng Jatuhkan Imej Oghang Cina Bila Berpeluk Dengan Mahathir

Posted: 06 Dec 2016 01:32 AM PST


6 12 2016 Nampaknya kerjasama antara DAP dengan bekaih Perdana menteghi Tun Mahathir mendapat kecaman pelbagai pihak baik dari Pakatan mahupun pemimpin pemimpin Barisan Nasionai ni menunjukkan...

Ulasan Samsung Gear S3 Lebih Bergaya Tapi Dengan Masalah Yang Sama

Posted: 06 Dec 2016 12:52 AM PST


Jumlah jualan peranti boleh pakai merudum pada tahun ni sehingga memaksa Google menangguhkan kemaih la nih Android Wear depa Pengeluaq jugak tak menghasilkan model terkini untuk jam tangan pintaq...

Adik Neelofa Ikut Jejak Uqasha Senrose

Posted: 05 Dec 2016 11:12 PM PST


kalau sebelum ni adik Neelofa Ameera penah memeriahkan industri pendidikan negara melalui pendapatnya di laman so sial la nih sekali lagi dia menarik perhatian pasai dah membuka hijab BACA Pak...

Bot Karam Berpuluh Pelarian Rohingya Dikhuatiri Hilang

Posted: 05 Dec 2016 11:02 PM PST


NAYPYIDAW Berpuluh puluh pelarian Rohingya dikhuatiri hilang apabila bot yang depa naiki karam selepaih di ligan tentera Myanmaq menggunakan bot laju kemarin Bot dipercayai sarat dengan lebih ku...

Elly Mazlein Luah Ghasa Syukoq Akhiaqnya Bekaih Suami Datang Jenguk Anak

Posted: 05 Dec 2016 10:54 PM PST


Nampaknya segala kemelut dan gosip antara Elly Mazlein dan bekaih suaminya Azmi Hatta barangkali dah reda apabila Azmi telah melawat anak pompuan depa Putri Sarah Sefhia hari ni Elly sempat me...

Dedah Ghega Banglo Baghu Rm 5 Juta Che Dibantai Riak Oleh Netizen

Posted: 05 Dec 2016 10:52 PM PST


Setelah memuat naik gambaq rumah banglo mewah miliknya Rozita Che Wan beberapa hari lepaih mendedahkan ghega baglo baghu miliknya tu bernilai RM 5 juta dan la nih dalam proses ubah suai yang menel...

Demonstrasi Desak Guan Eng Letak Jawatan Di Mahkamah Tinggi P Pinang

Posted: 05 Dec 2016 10:34 PM PST


6 12 2016 Kira kira 50 oghang hari ni berhimpun di luaq Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan menuntut peletakan jawatan Ketua menteghi Lim Guan Eng yang berdepan dengan dua pertuduhan rasuah Kumpula...

Mahathir Tentu Setuju Kalau Lim Guan Eng Jadi Perdana Menteghi Malaysia

Posted: 05 Dec 2016 10:32 PM PST


6 12 2016 sapadia yang layak menjadi Perdana menteghi Malaysia kalau Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP kalau ditakdirkan oleh Tuhan untuk memenangi Pilihanraya Umum ke 14 PRU 14 nanti gha...

Zarul Berbelah Bahagi Lepaih Jawatan Pramugara

Posted: 05 Dec 2016 08:14 PM PST


Mempunyai kerjaya di awan biru sejak 16 tahun lepaih sebagai pramugara buat Zarul berbelah bahagi untuk melepaihkan jawatan tu ataupun mau menjadi penyanyi dengan sepenuh masa Bagaimanapun mempu...

Kaka Azraff Bercinta Dengan Awi Rafael

Posted: 05 Dec 2016 08:12 PM PST


Serin kali dilihat bersama nampaknya Kaka Azraff dan Awi Rafael tak dapat lari daripada soalan sama ada depa sedang menjalin cinta atau pun sebaliknya tak mudah melatah Kaka menjelaihkan kepada...

Tampil Dengan Imej Freehaiaq Adik Neelofa Dah Buka Tudung

Posted: 05 Dec 2016 07:56 PM PST


Adik kepada artis terkenai Neelofa iaitu Ameera serin menarik perhatian ghamai Kata oghang Ameera jugak kelihatan cukup cun dan manih masa membuat keputusan untuk berhijab sekitaq tahun lepaih ...

Sekitaq Bachelorette Party Mia Ahmad

Posted: 05 Dec 2016 07:54 PM PST


bakai bernikah dengan penjaga gol JDT Izham Tarmizi Roslan pelakon Mia Ahmad telah diraikan dalam satu majlih parti bujang ataupun bachelorette party bersama memba rakannya Mia sempat berkong...

Cheq Layan Peminat Sama Rata Tak Boleh Buat Apa Apa Kalau Ada Yang Salah Tafsiaq Aeril Zafrel

Posted: 05 Dec 2016 07:52 PM PST


Beberapa hari lepaih kecoh media so siall dengan gosip tang mana Aeril Zafrel ghamai dok kata gatai pasai membalaih komen soghang peminat yang menawaqkan diri untuk menjadi isteri kedua Aeril ...

Rohinnya Adakah Buddha Mengajaq Membunuh Golongan Tak Berdosa

Posted: 05 Dec 2016 07:02 PM PST


Menurut statistik terkini sejumlah 20 000 oghang hilang tempat tinggai di daerah Maungdaw Myanmaq 24 buah kampung dibakaq di daerah Maungdaw dan Buthidaung 500 oghang terbunuh 60 oghang menj...

Aishwarya Rai Cuba Try Test Bunuh Diri Namun Berjaya Di Selamatkan Doktoq

Posted: 05 Dec 2016 06:32 PM PST


Aishwarya Rai Bachchan ghamai dok kata menjadi mangsa terbaharu ura ura berhubung kematiannya beberapa bulan selepaih bapak mertuanya Amitabh Bachchan serta pelakon Katrina Kaif mengalami nasib yan...

No comments:

Post a Comment