Sunday, 4 December 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 04 Dec 2016 08:17 PM PST

ROTIKAYA


“Ya, Banglo Saya Berharga RM5 Juta”

Posted: 04 Dec 2016 10:46 AM PST

Tidak mahu terus berselindung sedangkan dalam masa yang sama ada segelintir warga laman sosial yang sudah maklum dengan harga rumah barunya itu, Che Ta melalui Kosmo! Online mendedahkan harga sebenar hartanah yang dimilikinya itu.

BACA: Che Ta Tayang Rumah Mewah Baru Beli Di Instagram?

"Ya, memang harga banglo yang dibeli itu mencecah RM5 juta. Kalau ikutkan, saya tidak mahu berkongsi akan hal ini kerana nanti dituduh riak dan sebagainya. Namun, apabila ada yang mendapat tahu mengenai harganya, lebih baik saya berterus terang sahaja," jelasnya jujur.

Che Ta sebelum ini melalui satu muatnaik gambar di Instagram telah memberi gambaran bahawa rumah yang dibelinya di Kota Damansara itu adalah daripada hasil titik peluhnya sendiri.

Bagaimanapun, tindakan Che Ta berkongsikan perkara tersebut turut merangsang jari jemari warga laman sosial meninggalkan komen yang mempertikaikan keupayaannya memiliki rumah tersebut malah ada yang menuduhnya berbangga dengan apa yang dimiliki. (rtky/s)

1-ya-banglo-saya-berharga-rm5-juta-rotikaya 6-ya-banglo-saya-berharga-rm5-juta-rotikaya 5-ya-banglo-saya-berharga-rm5-juta-rotikaya 4-ya-banglo-saya-berharga-rm5-juta-rotikaya 3-ya-banglo-saya-berharga-rm5-juta-rotikaya 2-ya-banglo-saya-berharga-rm5-juta-rotikaya

Azharina Juara Gegar Vaganza 3, Bawa Pulang RM100,000

Posted: 04 Dec 2016 07:48 AM PST

Penyanyi Azharina Azhar diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim ketiga yang diadakan secara langsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam ini.

Azharina Azhar berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ameng, Intan Sarafina, Siti Sarah, Zarul dan G-mie sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

Siti Sarah pula berjaya memenangi Persembahan Pilihan Penonton yang turut membawa pulang wang tunai RM5,000.

Pemilihan juara Gegar Vaganza 3 kali ini ditentukan 100% oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim dan juri jemputan, Hetty Koes Endang.

Sedang dikemaskini…

1pentas-akhir-gegar-vaganza-3-rotikaya 2pentas-akhir-gegar-vaganza-3-rotikaya 3pentas-akhir-gegar-vaganza-3-rotikaya 4pentas-akhir-gegar-vaganza-3-rotikaya 5pentas-akhir-gegar-vaganza-3-rotikaya 6pentas-akhir-gegar-vaganza-3-rotikaya screen-shot-2016-12-04-at-11-40-49-pm screen-shot-2016-12-04-at-11-41-04-pm screen-shot-2016-12-04-at-11-41-16-pm

Aeril Zafrel Jawab Dakwaan Menggatal Di Instagram

Posted: 04 Dec 2016 02:57 AM PST

Hebat betul dugaan Aeril Zafrel kali ini apabila hari ini seorang peminat wanita menawarkan diri untuk menjadi isteri kedua beliau. Menerusi laman Twitter, gadis itu menyatakan hasratnya untuk menjadi isteri kedua pelakon itu dan dengan bersahaja, Aeril turut membalas gurauan gadis bernama Iqa Mazlan itu dengan meminta beliau bertanyakan kepada Wawa Zainal.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Akikah Anak Kedua Wawa Zainal, Aeril Zafril

img_2016-12-04-184202

“Saya hanya bergurau saja dan saya memang suka melayan peminat di laman sosial. Nanti kalau tak layan orang cakap saya sombong pula. Tapi tak sangka pula ianya menjadi viral. Masa saya berbalas mesej itu pun Wawa ada di sebelah saya,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instaram menjelaskan dakwaan beliau menggatal dengan peminat.

Bagaimanapun dalam video yang sama juga, Wawa kelihatan begitu bersahaja melayan komen peminat mengusik suaminya di laman sosial. Tidak mudah melatah dengan kejadian itu, Wawa menganggap komen tersebut hanyalah gurauan mesra dari peminat suaminya.

Apapun mungkin gadis itu hanya bergurau manja dengan artis kesayangan mereka. Mungkin juga kejadian ini digembar gemburkan kerana pergolakan rumah tangga yang dikaitkan dengan pasangan ini akibat sikap cemburu Wawa melihat lakonan Aeril dan Ummi Nazeera. (rkty/w)

A video posted by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

MySensasi

Posted: 04 Dec 2016 12:17 PM PST

MySensasi


Permohonan Kemaskini Online BR1M 2017

Posted: 04 Dec 2016 09:56 AM PST

Semakan Cara Permohonan Kemaskini Online BR1M 2017. Pemberian BR1M atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia diteruskan untuk tahun 2017 dengan kadar dinaikkan seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2017. Portal e-BR1M akan mula dibuka pada 5 Disember 2016 untuk urusan kemaskini, permohonan baru dan semakan status permohonan. Adalah diingatkan, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali …

The post Permohonan Kemaskini Online BR1M 2017 appeared first on Info Semasa.

Keputusan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2016

Posted: 04 Dec 2016 08:35 AM PST

Keputusan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2016. Empat pasukan meneruskan cabaran dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2016 yang kini memasuki perlawanan separuh akhir. Myanmar menentang Thailand manakala Indonesia bertemu Vietnam. Perlawanan peringkat semifinal diadakan secara timbal balas untuk menentukan pasukan mana yang akan beraksi di perlawanan akhir. Berikut adalah jadual serta keputusan perlawanan yang telah …

The post Keputusan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2016 appeared first on Info Semasa.

Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza 3 2016

Posted: 04 Dec 2016 07:17 AM PST

Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza 3 2016. Hari ini 4 Disember 2016 akan berlangsung Konsert Akhir Gegar Vaganza 3. Enam peserta akan berentap dan siapakah yang akan menjadi juara. Rancangan terbitan Astro ini akan bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD bermula jam 9 malam. Senarai perserta akhir yang akan bersaing adalah Azharina, …

The post Keputusan Konsert Akhir Gegar Vaganza 3 2016 appeared first on Info Semasa.

Live Streaming Konsert Akhir Gegar Vaganza 3

Posted: 04 Dec 2016 12:48 AM PST

Siaran Langsung Live Streaming Konsert Akhir Gegar Vaganza 3. Hari ini 4 Disember 2016 bakal menentukan siapakan juara Gegar Vaganza musim 3 apabila berlangsungnya konsert akhir rancangan rialiti tv terbitan Astro tersebut. Siapakah yang akan memikat hari juri antara enam peserta akhir. Rancangan Gegar Vaganza 3 atau Gegar Vaganza 2016 ini disiarkan secara langsung menerusi Astro …

The post Live Streaming Konsert Akhir Gegar Vaganza 3 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 04 Dec 2016 10:07 AM PST

KedahLanie.info


Dyana Sofya jawab kehilangannya

Posted: 04 Dec 2016 07:29 AM PST

NURUL KHALEEDA RASHIKIN
4 Disember 2016


Dyana Sofya

SHAH ALAM - Kehilangan bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud terjawab apabila beliau menjelaskan episod kehilangannya itu dari arena politik seketika.

Menurutnya, beliau baru sahaja tamat menyambung pelajaran di kota London membuatkan dia menyepi seketika dari dunia politik.

"Saya baru sahaja pulang dari melanjutkan pelajaran di London, kini saya kembali untuk berkhidmat pada parti saya.

"Saya juga akan berkhidmat semula sebagai peguam pada awal tahun hadapan," katanya ketika ditemui di Konvensyen DAP di sini,  hari ini.

Mengenai persiapan beliau menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 kelak, dia kini sedang fokus untuk mengambil hatianak muda.

"Sekarang saya sedang fokus untuk menarik anak muda untuk mengambil bahagian dalam politik.

"Undi anak muda sangat penting kerana mereka ini bilangannya ramai dan juga menjadi tonggak negara, sememangnya kini saya bekerja keras untuk PRU nanti," katanya lagi.

PERWAKILAN UMNO KEDAH LENA & TAK DAK AKAI SANGGUP BIAQ ORANG KEDAH DIHINA

Posted: 04 Dec 2016 04:11 AM PST

KELMARIN 1 Disember 2016, kita diHINA.

Orang Kedah diHINA di Perhimpunan Agong. Penghinaan ini dikepalai oleh Presiden Umno Najib Razak dan ikuti oleh pimpinan parti termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.

Jangan kita lupa tarikh ni. Tarikh di mana orang Kedah dipandang hina dan dihamun oleh pimpinan parti kita.

Lebih malu, orang Kedah yang hadir di Perhimpunan kali ini, tak dak sorang pun bangkit mempertahankan MARUAH kita.

Nak kata tak dak akai, semua ada otak.

Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin dikutuk dan dihina oleh Najib dan sebelum itu, Khairy Jamaluddin dan Shahrizat turut serta.

Apa perwakilan Umno Kedah buat di PWTC? Makan angin?

Baik buruk Tun Mahathir, dia lah yang menaikkan nama Kedah selama ini. Baik buruk Tun Mahathir, hampa, Ketua Bahagian Kedah tak ke mana. Tanpa Dr Mahathir hampa bangsat dan merempat seperti mana selepas Mahdzir Khalid "serahkan" Kedah kepada PAS.

Kita tak kata Dr Mahathir betui dan kita tak kata Dr Mahathir salah. Tapi kenanglah jasa.

Puak Kedah termasuk Bashah Mat Hanipah hidup dalam politik serba sedikit kerana Dr Mahathir, kalau tidak hampa tak dak apa pun.

Semalam Dr Mahathir dihina. Tak seorang pun dari hampa mangkit mempertahan maruah Kedah.

Kalau nak kritik, kritiklah. Tapi bila melampau, tak kan kita biaq sampai macam tu.

Dalam pertandingan bola, semasa Piala Malaysia baru ni, kita sokong Kedah tak berbelah bagi. Menang pun kita sokong, kalah pun kita sokong. Cuma tahun ni kita menang.

Selama ni kita sokong Dr Mahathir, dan kalau nak kritik pun kritik lah. Tapi bila melampau, kita kena buat sesuatu.

Apa yang Dr Mahathir buat pada Najib yang kita kata salah?

Salahka Dr Mahathir TANYA?

*1. Salahka Dr Mahathir tanya pasai penyelewangan dalam 1MDB?.*

*2. Salahka Dr Mahathir tanya macamana duit 2.6 billion Ringgit tiba-tiba ada dalam akaun Najib? .*

*3. Salahka Dr Mahathir tanya sapa yang derma RM2.6 bilion kat Najib?*

*4. Salahka Dr Mahathir tanya pasai hutang 1MDB berjumlah RM42 billion Ringgit?*

*5. Salahka Dr Mahathir tanya pasai apa tanah kerajaan dijual dengan harga murah?*

*6. Salahka Dr Mahathir tanya mana Najib dapat duit untuk kenduri anak dia, bunga dari bumbung sampai ke lantai? Salah ka?*

*7. Salahka Dr Mahathir tanya bila nak tangkap Jho Low padahai di court singapore macam-macam cerita keluaq macam mana Jho Low sapu duit kita? Salahka?*

*8. Salah ka Dr Mahathir bangkit cerita DOJ?*

*9. Salah ka Dr Mahathir tanya pasai apa Najib nak rahsia laporan PAC?*

*10. Salah ka Dr Mahathir tanya mana anak Rosmah, Riza, dapat duit beli harta dan joli di Amerika Syarikat.*

Kita boleh list berpuluh soalan Dr Mahathir. Semua soalan ni Najib tak jawab cuma duk ulang "saya bukan penyamun".

Kita tak tuduh dia menyamun, kita suruh dia jawab soalan-soalan ni. Jawablah.

Jawab tak mau, tapi duk hentam Tun dalam perhimpunan.

Awat hampa ingat kami tak dak maruah, tak dak perasaan.

Ketua-ketua bahagian Kedah yang pi PWTC, awat hampa tak dak akai.

Ada kawan cakap ada perwakilan marah kat PM kerana hina Kedah. Ada yang kata depa kesian kat Tun. Kalau sebelum ini depa marah sebab Tun tubuh Bersatu, bila Najib hentam Tun, depa naik kesian pada Tun.

Ada yang rasa Najib hina depa dengan hentam Tun. Lega juga dengaq ada perwakilan Kedah yang ada sikit akai.

Kepada Shahrizat, apa beza hang dengan orang lain. Hang ingat boleh lupa kes lembu dan kes lembu dalam kondo?

Kepada KHAIRY, kami tak akan lupa ucapan hang masa perhimpunan Pemuda.

Hang pun mudah lupa. Hang lupa jasa orang tua 91 tahun kat bapa hang dan keluarga hang.

Nak mengkritik boleh. Tapi ada adab dan limit dia.

Hang ingat kami tak tau apa Tun buat untuk bapa hang. Macam mana bapa hang boleh jadi Duta di negara besaq-besaq.

Tanya mak hang, kalau hang tak tau. Mak hang orang Kedah. Kenai Dr Mahathir. Tanya mak hang betui dak Mukhriz pernah tidoq di rumah bapa hang kerana hampa kenang jasa Tun letak bapa hang sebagai Duta.

Rohingya: Zuhdi tak faham antara usul dan soalan lisan, bidas Amanah

Posted: 03 Dec 2016 08:09 PM PST


Pas membisu di Parlimen namun hadir ke himpunan solidariti untuk Rohingya esok

Parti Amanah Negara (Amanah) membidas kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mendakwa Amanah ingin menjadi juara dalam isu kekejaman terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar apabila membawa usul mengenainya di Parlimen.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Raja Bahrin Shah berkata, isu Rohingya bukan untuk diambil kesempatan politik untuk menentukan siapa juara dan dakwaan Mohd Zuhdi itu menzahirkan sikap sebenar beliau.

Raja Bahrin berkata, Mohd Zuhdi tidak memahami perbezaan antara usul dan soalan lisan di Parlimen apabila berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah banyak kali mengemukakan soalan lisan mengenai Rohingya setiap kali persidangan.

"Pertanyaan di bawah soalan lisan berbeza dari Usul di bawah 18 (1) untuk di bahas secara terbuka di Parlimen. Soalan lisan seperti disebut beliau adalah terhad dan bukan dibuka untuk dibahas untuk menentukan pendirian dan tindakan.

"Ramai ahli Parlimen lain, termasuk yang bukan Islam, telah mengemukakan soalan lisan seperti yang telah dilakukan oleh ahli Parlimen Marang. Bukan Ahli Parlimen Marang sahaja yang membawa soalan Rohingya sebelum ini.

"Namun usul dibawah 18 (1) memberi ruang yang luas dan masa yang panjang untuk dibahas sedalam-dalamnya dan dimana boleh dipersetujui satu usul untuk diluluskan oleh Parlimen untuk tindakan kerajaan.

"Ini adalah perbezaan yang besar dibandingkan dengan soalan lisan yang terhad," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Raja Bahrin yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu, amat mengecewakan apabila tiada seoarang pun wakil rakyat Pas menyokong usul itu tetapi ingin berhimpun bersama Umno esok dalam isu yang sama.

"Amanah tidak membuat tuntutan bahawa isu Rohingya ini isu kami, malahan kami mengakui ini adalah isu seluruh rakyat Islam dan juga bukan Islam. Kerana itulah kami amat kecewa tiada seorang wakil Pas atau Barisan Nasional pun yang menyokong usul 18 (1) Rohingya pada hari ia ditimbulkan di Parlimen.

"Malahan lebih memalukan, selain dari dua wakil Amanah, adalah empat ahli Parlimen bukan Islam dari PKR dan DAP menyoal kenapa isu ini ditolak sementara Pas dan rakan yang dinasihatinya dari Umno membisu. Bisu dalam keadaan ini bererti setuju usul itu ditolak," katanya lagi.

Beliau juga tidak terkejut jika Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya esok yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Abdul Hadi dijadikan medan untuk mewujudkan suasana anti-bukan Islam demi kepentingan politik Umno dan Pas.

"Kami tidak mempertikaikan hak Pas untuk bersama dan bersepakat dengan Umno untuk berhimpun pada 4 Disember. Namun kenapa perlu ia dihadkan kepada ummat Islam sahaja? Adakah ia bertujuan mewujudkan suasana anti-bukan islam demi kepentingan politik Umno dan Pas?

"Soalannya mana yang lebih penting dan wajib untuk dibuat, melaungkan slogan dan berceramah berapi-api di stadium atau membuat pendirian dan menentukan tindakan kerajaan di Parlimen?

"Kami tidak hairan kalau akhirnya perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan melaungkan slogan anti-bukan Islam dan menyeru orang Islam bersatu menyokong Umno dan Pas sambil takut pada DAP. Amat jelas itu agenda sebenar perhimpunan ini," katanya.

PAU2016 kali ini PAS 'terselamat' dari serangan Umno

Posted: 03 Dec 2016 07:48 PM PST

Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Perhimpunan Agung Umno kali ini mencipta sejarah baharu apabila julung kalinya Pas ‘terselamat’ daripada serangan Umno, sebaliknya buat pertama kali Pas menerima pujian daripada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, musuh politik Najib dan Umno kini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang, kecuali Pas.

“Tiada intipati ucapan Najib yang boleh dibawa pulang perwakilan sebagai pedoman dalam menghadapi kehidupan yang mencabar akibat beban hidup tinggi yang berpunca daripada penyelewengan, pembaziran dan salah guna kuasa. Apa yang dihidangkan hanya maki hamun terhadap Mahathir, DAP dan gabungan Pakatan Harapan,” katanya.

Menurutnya, pada ucapan dasar Najib ketika perhimpunan itu jelas menunjukkan beliau seolah bimbang dengan pengaruh besar yang dibawa Mahathir, malah mengakui bekas perdana menteri itu antara empat cabaran Umno.

 “Najib mengejutkan seluruh rakyat Malaysia kerana warga emas berusia 92 tahun itu amat  digeruninya kerana boleh menyebabkan Umno hilang kuasa pada PRU14. Serangan demi serangan terhadap Mahathir dilakukan dan mengisi sebahagian besar ucapan itu,” katanya.

Mahfuz berkata, serangan itu menjadikan Mahathir umpama sebuah institusi politik yang menggugat kedudukan Najib dan Umno/BN.

“Nampaknya, Mahathir ibarat ‘otai masih berbisa’,” katanya, berseloroh.

Menurutnya, pengakuan Najib itu dengan sendirinya memperakui Umno sedang mengalami  kereputan sebaliknya Bersatu yang diasaskan Mahathir berkembang mekar bersama komponen pembangkang lain.

“Secara tidak langsung, Umno mengakui gabungan itu mampu mencabar Umno/BN untuk mengambil alih kuasa pada PRU14 akan datang. Jika kita duduk dalam rumah kaca, jangan baling batu ke arah rumah orang lain,” katanya.

Jika Arwah Ust Fadhil Noor boleh sepentas dengan Tun M, kenapa Hadi & Najib tidak boleh..?

Posted: 03 Dec 2016 07:27 PM PST

Beza Pertemuan UMNO-PAS 2002 & 2016

1. 2002 UMNO masih kuat dan bersatu. 2016 UMNO dah berpecah dan lemah. Tiada pilihan kecuali mempergunakan PAS (yg jugak lemah) utk memanjangkan hayat UMNO.

2. 2002 Jauh dpd pilihanraya. Tujuannya hanya utk Palestine sahja. 2016 tujuannya seperti pengulungan Najb dlm PAU 2016 untuk UMNO menang PRU14.

3. 2002 jauh dpd PAU dan PRU. 2016 selepas dpd PAU dan hampir PRU14. Agenda politik UMNO terlalu kuat dengan berlindung dibalik agenda ummah.

4. 2002 atas nama Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. 2016 atas nama Presiden UMNO dan Presiden PAS.

5. 2002 Tiada agenda PAS berbaik2 dgn UMNO atas nama Melayu Islam. 2016 Dgn jelas kononnya untuk agenda Melayu Islam.

6. 2002. Ada Tun Mahathir dgn kes Anuar yg sekarang kedua2nya telah berbaik2. 2016 ada Najib dgn tuduhan dpd Tun Mahathir beliau songlap duit 1 MDB, ada isu Altantuya dan ada Rosmah.

7. 2002 Ada Ust Fadhil tokoh Pemimpin Politik Islam Semasa. 2016 Ada Ust Hadi tokoh ilmuan Islam.

Andainya aku ada kuasa macam NAJIB, aku takkan hanya berdemo dalam dewan aircone..

Posted: 03 Dec 2016 07:09 PM PST

Andai aku berkuasa hari ini...

1) akan ku bentang satu usul dlm parlimen utk mengutuk kekejaman myanmar keatas rohingya dan aku harap semua mp menyokong utk menyampaikan bahawa badan tertinggi dlm negara malaysia mengutuk apa yg berlaku.

2) akan ku bawa isu kekejaman ini ke ASEAN, OIC & PBB untuk badan2 dunia mengambil tindakan.

3) akan ku panggil balik duta dan rakyat malaysia yg ada di myammar dan juga mengarahkan duta di malaysia balik ke negara mereka

4) akan memutuskan segala hubungan dagang antara malaysia n myammar

5) akan mewujudkan satu pengkalan tentera sementara di malaysia bagi mengumpul pasukan tentera negara islam dan bkn islam yg menolak kekejaman ini.

6) akan kukerahkan kapal laut menghantar bantuan kepada mangsa atas nana ASEAN, OIC @ PBB.

7) akan diadakan satu himpunan soladirity mengutuk kejejaman tersebut di dataran merdeka serta di seluruh negeri.

Andainya aku ada kuasa...

MAT ALISHAH

Arab derma sebab Najib hebat, kata perwakilan Umno

Posted: 03 Dec 2016 03:17 PM PST

PAU 2016 Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid mendakwa kehebatan Malaysia di mata dunia luar adalah kerana adanya pemimpin hebat bernama Datuk Seri Najib Razak.

Rizuan berkata kehebatan perdana menteri itu juga telah membuka hati putera Arab Saudi untuk mendermakan kekayaannya kepada Malaysia.

"Pasaran halal dunia sekarang bernilai USD2.3 trilion. Produk Malaysia tahun ini juga dijangka USD41 bilion, betapa hebatnya Malaysia di kaca mata dunia.

"Kenapa? Kerana dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Orang Islam di serata dunia hormat perdana menteri kita sebab itu putera Arab Saudi bagi (Malaysia) duit, bagi duit kepada perdana menteri untuk kegunaan bertanding pilihan raya.

"Bukan untuk dipakai diri sendiri," kata Rizuan ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mengulas lanjut, Rizuan menyeru semua pihak khususnya pembangkang agar tidak lagi terus menerus melemparkan fitnah kepada pemimpin negara itu.

"Ini terbukti, jadi janganlah kamu wahai pembangkang melemparkan berbagai fitnah kepada presiden," kata Rizuan.

Najib sebelum ini mendakwa dana itu sumbangan dari ahli keluarga diraja Arab.

Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Julai mengumumkan saman sivil untuk mendapatkan lebih AS$ 1 bilion aset yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib menerima kritikan pembangkang berhubung dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB yang dibebani hutang dan deposit wang ke akaun peribadinya kira-kira AS$680 juta.

Perdana Menteri bagaimanapun secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan menyatakan sumber wang itu bukan daripada 1MDB.

Beliau juga berkata dana itu tidak digunakan untuk kepentingan peribadi.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, wang itu adalah hadiah daripada keluarga diraja Saudi, dan mendakwa kebanyakannya telah dikembalikan.

Patutkah Pengkhianat perjuangan rakyat menerima undi rakyat?

Posted: 03 Dec 2016 11:40 AM PST

1. Dulu-dulu, dalam usrah, kuliah, tamrin, mukhayyam, kami anak muda dibakar semangat oleh ulama Pas supaya lawan Umno. Kalau mati kerana lawan Umno, mati syahid. Kalau menang, hidup mulia.

2. Kenapa kena lawan Umno? Sebab pemimpin Umno zalim. Mereka nasionalis, sekularis, pragmatis, tolak Islam. Mereka zalim kpd ulama dan rakyat. Lawan mereka adalah tuntutan agama.

3. Lalu ayat al-Quran tentang tegahan cenderung kpd orang yg melakukan kezaliman pun dibaca, dihurai, disyarah dgn panjang lebar. Sokong Umno, sokong orang zalim. Sokong orang zalim kena sambar dgn api neraka. Nak selamat drpd neraka mesti berjuang bersama Pas.

4. Ada pemuda yg letak jawatan dlm kerajaan utk berjuang bersama Pas. Ditukar, kena tindakan disiplin, tak naik pangkat perkara biasa. Pukul 4 ptg balik kerja, terus ke markas Pas buat kerja utk lawan Umno. Ada duit bagi duit, ada tenaga bagi tenaga.

5. Itu dulu-dulu. Semasa Yusof Rawa dan Fadhil Nor pimpin Pas. Semasa Abdul Hadi belum jadi presiden dan bermenantukan Din. Semasa Nik Abduh, Nasrudin belum jadi MP. Semasa Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin memimpin kami para pemuda. Semasa Taib Azamudin masih jadi imam Masjid Negara.

6. Kini, segala-galanya berputar. Umno bukan lagi zalim. Najib tak perlu dijatuhkan. Lawan Umno dikira khianat. Berkawan dgn DAP dikira musuh Islam. Ayat al-Quran tadi bukan dihala kpd Umno lagi tapi dihala kpd musuh Umno pula.

7. Padahal, Umno yg dahulu dan kini adalah sama dan tak berubah pun. Bahkan lebih teruk. Maknanya, pihak yg berubah adalah Pas. Berubah drpd lawan Umno kpd mesra Umno. Kononnya politik matang padahal politik gostan ke belakang.

8. Siapa khianat perjuangan jika ini yg berlaku? Jawabnya ialah Pas. Patutkah Pas yg khianat perjuangan rakyat menerima undi rakyat?

OhDunia.My

Posted: 04 Dec 2016 08:14 AM PST

OhDunia.My


Foto dan Video Fenomena Air Mata Biru di Pantai Tusan

Posted: 04 Dec 2016 04:49 AM PST

MIRI - Pantai Tusan di Bekenu, kira-kira 40 kilometer dari bandar raya ini, sebelum ini hanya popular di kalangan penduduk berhampiran serta peminat fotografi sebagai lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam dan landskap menarik di situ.



Baca selengkapnya

‘Taska Sebenarnya Tempat Penderaan Mental Kanak-kanak’ – Bekas Pekerja

Posted: 04 Dec 2016 03:15 AM PST

Hi guys. Aku tak pernah confess apa2 lg dalam ni. Kiranya ni 1st time sbb aku terbaca satu confess pasal ada org kerja kat taska. Yes aku admit apa yg dia cakap mmg betul dan lebih kurang mcm cerita aku. Aku kerja taska ni masa aku habis spm, nak pengalaman kerja, so ada kawan mak offer jadi cikgu taska. Masa tu umur around 18-19.


'Taska Sebenarnya Tempat Penderaan Mental Kanak-kanak' – Bekas Pekerja

Baca selengkapnya

Mendiang ‘Datuk’ Ditembak Pengawal Peribadi, Ketua Geng 24

Posted: 04 Dec 2016 05:08 AM PST

George Town – Ahli perniagaan berpangkat 'Datuk" yang ditembak mati oleh pengawal peribadinya sendiri akibat perselisihan faham, merupakan ketua kumpulan kongsi gelap Geng 24, kata polis.


Mendiang 'Datuk' Ditembak Pengawal Peribadi, Ketua Geng 24

Baca selengkapnya

Undian Awam: Siapa Juara Gegar Vaganza Musim Ketiga?

Posted: 03 Dec 2016 08:51 PM PST

Undian Awam: Siapa Juara Gegar Vaganza Musim Ke 3?.. Penyanyi Azharina Azhar menjadi peserta paling tinggi mendapat undian daripada orang ramai untuk dipilih sebagai juara Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) yang akan berlangsung pada malam ini (Ahad).


Undian Awam: Siapa Juara Gegar Vaganza Musim Ke 3?

Baca selengkapnya

Permintaan Tinggi Luar Biasa 'Tudung Tutup Aib' Nora Danish

Posted: 03 Dec 2016 08:25 PM PST

Biarpun hebat dikecam dan dikutuk di laman sosial, tudung berzip 'menutup aib' keluaran Nora Danish bagaimanapun menerima permintaan dan tawaran tinggi. Malah, ada juga pihak meminta untuk menjadi ejen walaupun koleksi itu masih belum dilancarkan.


'Tudung Tutup Aib' Nora Danish

Baca selengkapnya

Waris MH370 Di Madagascar Lakukan Pencarian Sendiri

Posted: 03 Dec 2016 08:05 PM PST

ANTANANARIVO: Semalam ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines yang hilang dan gagal ditemui sejak 2 tahun lalu berharap mereka dapat memujuk kerajaan untuk meluaskan pencarian sepanjang pesisir pantai timur Afrika.


Waris MH370 Di Madagascar Lakukan Pencarian Sendiri

Baca selengkapnya

Anak Soekarno Didakwa Cuba Jatuhkan Kerajaan Dalam Demo Anti-AHOK

Posted: 03 Dec 2016 07:39 PM PST

JAKARTA ― Polis hari ini mengesahkan Rachmawati Soekarnoputri, adik bekas presiden Megawati Soekarnoputri, antara tujuh individu ditahan kerana mempunyai pakatan menjatuhkan kerajaan.


Anak Soekarno Didakwa Cuba Jatuhkan Kerajaan Dalam Demo Anti-AHOK

Baca selengkapnya

Erra Fazira Muat Naik Gambar Umie Aida Dimasukkan Ke Hospital

Posted: 03 Dec 2016 07:32 PM PST

Dramatis terkenal, Datin Paduka Umie Aida dimasukkan ke hospital sejak petang kelmarin akibat keracunan makanan. Menurut Umie, 43, beliau mula mengalami keracunan makanan tersebut sejak dua hari lalu sebelum meminta anaknya menghantar ke Hospital Pakar Damansara bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Erra Fazira Muat Naik Gambar Umie Aida Dimasukkan Ke Hospital

Baca selengkapnya

Adik Kongsi Cerita Kakak Bertemu Jodoh Dengan Cara Yang “Rare”

Posted: 03 Dec 2016 06:44 PM PST

Ini memang satu cerita yang menjadi tumpuan ramai sekaligus menjadi viral. Seorang adik telah berkongsi cerita bagaimana kakaknya mendapat jodoh dengan cara yang agak 'rare' sekali. Biar betul, apa yang 'rare' sangat tu?..


Adik Kongsi Cerita Kakak Bertemu Jodoh Dengan Cara Yang

Baca selengkapnya

Telinga Anak Kena Gigit Semut, Selepas Pergi Hospital Rupanya..

Posted: 03 Dec 2016 06:24 PM PST

Pengasuh kata telinga anak cedera sebab kena gigit semut, selepas pergi hospital rupanya.. Seorang ibu tidak menyangka telinga anaknya yang melecet teruk kononnya digigit semut seperti yang diberitahu pengasuh rupanya adalah kesan dera.


Telinga Anak Kena Gigit Semut, Selepas Pergi Hospital Rupanya..

Baca selengkapnya

Sami Buddha Protes Najib Depan Kedutaan Malaysia Di Myanmar

Posted: 03 Dec 2016 05:20 PM PST

Sekumpulan Sami Buddha dilapor membantah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar Kedutaan Malaysia di Myanmar atas pendirian Putrajaya mengenai isu Rohingya.


Sami Buddha Protes Najib Depan Kedutaan Malaysia Di Myanmar

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 04 Dec 2016 02:23 AM PST

Toknek.com RSS Feed


9 Makanan Yang Tak Sepatutnya Dipanaihkan Semula

Posted: 03 Dec 2016 09:32 PM PST


Tahukah hampa tak semua makanan boleh dipanaihkan semula khususnya kalau menggunakan microwave pasai akan memberikan kesan sampingan Senarai di bawah adalah 9 jenih makanan yang tak elok untuk...

Gambaq Resepsi Tajaan Peminat Amyra Rosli Amar Baharin

Posted: 03 Dec 2016 08:14 PM PST


elok elok ja pulang dari berbulan madu di Jepun Amyra Rosli dan jugak Amaq Baharin telah pun menjayakan majlih resepsi yang ditaja oleh peminat depa di Singapura Majlih yang diadakan di Hotel Ea...

Cheq Takdak Apa Apa Hubungan Dengan Aeril Zafrel

Posted: 03 Dec 2016 08:12 PM PST


walaupun penah takmau mengaku akan bercerai dengan suaminya Aeril Zafrel namun pergolakan rumah tangga Wawa Zainal masih dok hangat digembaq gemboq umum tak mau teruih menimboikan fitnah Ummi ...

Pemimpin Umno Pas Tiba Di Himpunan Solidariti Ummah Rohingya

Posted: 03 Dec 2016 07:32 PM PST


Perdana menteghi Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Stadium Titiwangsa bagi menyertai Himpunan Solidariti Ummah Rohingya Stadium Titiwangsa la nih dipenuhi kira kira 15 000 hadirin termasuk etni...

Angkasawan China Terdengaq Bunyi Misteri Di Angkasa Lepaih

Posted: 03 Dec 2016 06:32 PM PST


Angkasawan pertama China Yang Liwei mendakwa penah terdengaq bunyi ketukan misteri semasa penerbangan pertama ke angkasa namun takdak sapadia yang mampu menjelaihkan sebab terjadinya perkara tu ...

Lagu Mana Manusia Menjadi Genius Dan Memiliki Iq Tinggi

Posted: 03 Dec 2016 06:32 AM PST


Nama nama dibawah ni merupakan antara individu femes dunia yang memiliki IQ tinggi dan kepintaran luarbiasa berbandin manusia lain Stephen Hawkin Andrew Wiles Paul Gardner Allen Judit Polgaq G...

myartis.com

Posted: 04 Dec 2016 02:21 AM PST

myartis.com


14 GAMBAR - MAJLIS PERKAHWINAN DEEN HOT FM & PASANGAN

Posted: 03 Dec 2016 04:57 PM PST



Penyampai radio Hot FM, Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 28, telah mengakhiri zaman bujangnya dengan pilihan hatinya, Siti Nur Warda Aminuddin atau Warda, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Al-Ghufran, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Taman Sultan Badlishah Alor Setar.

Pasangan yang menyulam cinta selama lapan tahun itu selamat dinikahkan oleh Naib Imam Masjid Zahir, Md Isa Abdul Rahman dengan dua kali lafaz pada jam 5 petang kelmarin.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TERBABIT KEMALANGAN - CUCU A. GALAK MENINGGAL DUNIA

Posted: 03 Dec 2016 04:15 PM PST



Takziah diucapkan kepada pelakon veteran, A. Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad atas kehilangan cucunya, Muhammad Izzul Islam Abdul Razak, 23.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Nor Azmi Isa memberitahu, mengikut siasatan pihaknya, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR datang dari arah Teluk Intan menuju Klang.

"Mangsa dipercayai gagal memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat tersebut lalu merempuh sisi sebelah kiri treler itu," katanya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

30 FOTO - SEKITAR MAJLIS RESEPSI AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN DI SINGAPURA

Posted: 03 Dec 2016 03:38 PM PST



Semalam pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin telah diraikan sekali lagi dengan meriahnya dalam satu majlis resepsi yang diadakan Singapura.

Majlis yang berlangsung di The Ballroom @ East Coast itu difahamkan ditaja sepenuhnya oleh kelab peminat pasangan ini di Singapura yang tidak henti menyokong kerjaya mereka di dalam dunia seni.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment