Friday, 23 December 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 23 Dec 2016 11:49 AM PST

MySensasi


Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016

Posted: 22 Dec 2016 11:00 PM PST

Malam ini akan diketahui siapakah pemenang setiap kategori dalam ABK 2016. Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 akan diumumkan bermula jam 8.00 pada majlis yang akan diadakan di Geno Hotel Subang Jaya. Berbagai kategori utama dan sampingan diwujudkan dan yang paling dinantikan adalah siapakah pemain terbaik setiap posisi sepanjang berlangsungnya Liga Malaysia 2016. Sebanyak 5 calon ABK …

The post Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 23 Dec 2016 09:48 AM PST

KedahLanie.info


Rugi kalau Hadi ke Iran sekadar untuk ‘glamor’, kata Ibrahim

Posted: 23 Dec 2016 04:44 AM PST

Faiz Zainudin


KUALA LUMPUR: Lawatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran seharusnya digunakan sebagai landasan penyatuan kepada umat Islam bukan sekadar ingin “glamor”, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata beliau berharap lawatan itu menjadi medan yang boleh memberi hasil kepada negara.

Katanya, tetapi jika presiden PAS menghadiri persidangan itu semata-mata untuk menunjukkan kehebatan tanpa sebarang hasil, ia akan menjadi satu pembaziran.

“Kalau dia pergi semata-mata untuk tunjuk glamor saja, maknanya presiden PAS menghadiri persidangan ini nak tunjuk hebat, keluar gambar macam selebriti tapi hasilnya tak ada, memang membazirlah.

“Canang kehadirannya ke Iran tapi pergi sana tak cakap apa, diam saja jadi tukang angguk apa yang mereka kata, tak ada faedahnya,” katanya pada sidang media Mesyuarat Dewan Tertinggi Perkasa kali pertama sesi 2017\2019 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyertaan Hadi ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah di Iran yang mengumpulkan pemimpin gerakan Islam, NGO dan aktivis mewakili mazhab Sunni dan Syiah.

Susulan itu, ramai pihak mengecam lawatan berkenaan kerana Iran didakwa sebagai sekutu kuat Presiden Syria Bashar al-Assad yang dikatakan bertanggung jawab terhadap tragedi pembunuhan beramai-ramai di Aleppo.

Antaranya ialah Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi yang terkejut dengan kehadiran Hadi dan kini menunggu penjelasan presiden PAS itu.

Bagaimanapun, setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa kunjungan Hadi atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Ibrahim berkata lawatan Hadi menimbulkan pelbagai reaksi sehingga ada pihak mendakwa Ahli Parlimen Marang menyokong Syria dalam isu di Aleppo.

“Daripada segi interaksi bertukar pendapat, berdebat dan berdialog tentang isu berkaitan kepentingan umat Islam, saya rasa ada kebaikannya.

“Tapi ada pihak melihat, kerana Iran jadi tuan rumah penyertaan itu memberi gambaran seolah-olah kita merestui tindakan Iran di Aleppo,” katanya.

KONFLIK DI SYRIA - SIKAP GERAKAN ISLAM

Posted: 23 Dec 2016 12:00 AM PST

Oleh: Dr. SYED AZMAN SYED AHMAD

Saya menerima banyak panggilan dan pertanyaan tentang isu kehadiran Presiden Pas Dato Seri Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ke Muktamar Taqrib di Tehran pada minggu lepas.

Pada mulanya saya tidak beminat untuk sama-sama terpalit dalam kancah pertembungan media baru yang sudah sampai pada tahap yang *amat menggerunkan* ini.

Namun teman-teman dari dalam dan luar negara bertali arus menghantar mesej melalui  WhatsApp serta menalipon tentang sikap sebenar pimpinan gerakan Islam tentang hal ini. Ini adalah kerana ianya mempunyai kaitan rapat dengan konflik yang sedang berlaku di dunia Arab terutamanya di Syria, Yaman dan Irak.

Terlalu banyak mereka yang membuat ulasan terutama melalui media baru tentang apa yang berlaku ini. Ada yang berhujah secara ilmiah, ada yang beremosi dan ada yang secara terbuka menggunakan kata nista antara satu sama lain bagi menegakkan kebenaran yang masing-masing yakini.

Rata-rata ulasan dan komen menggambarkan *realiti betapa tenatnya tahap pemikiran sesetengah kalangan* terutama dengan apa yang sebenarnya di hadapi oleh Umat Islam di negara kita sendiri.

Untuk tatapan umum, berikut saya gariskan secara ringkas apakah sikap sebenar ulama-ulama muktabar serta pimpinan gerakan Islam tentang krisis yang sedang berlaku di Syria dan Dunia Arab;

*1.Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS)*

*Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi *membantah Lawatan  Sheikh Abdul Hadi  Awang Ke Tehran.*

*i.* Lawatan beliau ke Iran Tidak Mewakili Kesatuan Ulama Islam dan menganggap lawatan tersebut adalah *lawatan yang tidak sah daripada mana2 kakitangannya dan ia tidak mewakili sesiapa selain orang yang melaksanakannya.*

*ii.*Iran memainkan peranan jahat dan membunuh keluarga kita di Halab/Aleppo khasnya dan Syria amnya.

*iii.*Ketamakan Iran terhadap wilayah2 termasuk Iraq dan Yaman.

*iv.*Beranggapan bahawa Iran mempunyai agenda *‘Ketamakan Sektarian’.*

*v.* Dan ia tidak lupa peristiwa2 yang dilalui umat Islam, sungai2 darah yang mengalir di Halab/Aleppo dan jutaan mangsa bunuh, cedera, terpenjara, pelarian daripada kalangan orang-orang Syria di merata tempat.

*Sheikh Qaradawi juga bersikap;*

*i.*Menolak keras penglibatan Iran dan Ppergerakan Hezbullah Lubnan dalam konflik di Syria dan Yaman

*ii.*bersikap bahawa dalam keadaan yang ada sekarang usaha Taqrib mazahab adalah kerja sia-sia kerana Iran mempunyai agenda politik mereka yang bersifat sektarian.

*2. AL-IKHWAN MUSLIMIN*

*i.* Membantah dengan keras rejim Basyar Assad yang memenjara dan membunuh ribuan rakyat mereka yang bangkit  menentang rejim.

*ii.* Membantah dengan keras penglibatan Iran dan Hizbullah Lubnan secara ketenteraan terutama dalam konflik di Syria dan Yaman.

*iii.* Juga beranggapan bahawa Iran mempunyai agenda *‘Ketamakan Sektarian’.*


*3. Harakah HAMAS dan Jihad Islami Palestin*

*i.* Menutup pejabat mereka di Damsyik dan semua pimpinan tertinggi mereka berpindah keluar dari Syria sebaik sahaja berlaku konflik berdarah di Syria.

*ii.*Membantah kekerasan dan pembunuhan yang  dilakukan oleh rejim Basyar Assad terhadap rakyat mereka sendiri.

*iii.*Membantah penglibatan Iran dan Hizbullah Lubnan dalam konflik di Syria dan Yaman.

Namun dari sudut diplomasi, kedua-dua pertubuhan ini masih mengekalkan pejabat wakil mereka di Tehran sehingga kini.

Perlu diingat bahawa dalam konflik di Syria ini,  selain dari Sheikh Yusuf Qaradawi, ulama-ulama lain seperti Sheikh Rached Ghanoushi dan kebanyakan ulama-ulama besar dari Syria sendiri serta pimpinan gerakan Islam di Moroko, Yaman, Sudan dan pergerakan Jamaat Islami dan Ikhwan Muslimin diserata dunia *SECARA JUMHUR MENOLAK* rejim Basyar Assad di Syria.

Mereka juga *membantah keras* pendekatan yang diambil oleh Iran dan Hizbullah Lubnan yang terlibat secara ketenteraan dalam konflik di Syria dan Yaman.

Bagi pimpinan gerakan Islam dunia *tidak timbul langsung soal konflik yang berlaku ini adalah persoalan  ‘KHILAF’ atau ‘IJTIHAD POLITIK” maupun ‘TA'AWUN’ bagi mengelakkan perpecahan.*

Bagi pimpinan gerakan Islam *tiada sebarang keraguan* mengenai peranan Iran dan Hizbullah Lubnan untuk membantu regim Al Assad supaya terus berkuasa dan membunuh Umat Islam di Syria.

Ingat! Kita sedang berhadapan dengan musibah Ummah yang amat parah. Darah Umat Islam sedang mengalir dengan harga yang amat murah diserata Dunia.

Renunglah apa yang sedang berlaku di Syria, Yaman, Libya, Irak dan Afghanistan.

Di bumi Syria sahaja sudah lebih 1 juta saudara-saudara  kita menjadi korban konflik yang tidak menampakkan kesudahan. Lebih 6 juta rakyat Syria kini menjadi pelarian dan merempat di pelbagai negara.

Saban hari anak kecil di bunuh, ibu-ibu dibom, isteri kehilangang suami dan anak-anak kehilangan bapa. Semua ini berlaku di hadapan mata kita 1.7 bilion umat Islam.

*Dimanakah Maruah dan ezzah kemuliaan kita?*

Apakah kita di Malaysia ini masih mahu menggigit jari dah terus bercakaran di media sosial dengan sesuka hati melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah yang amat berbisa?

Ya; saya memahami pendirian yang diambil oleh DS Abdul Hadi Awang. Walaupun saya telah lebih setahun tidak bersama dengan Pas, saya sendiri telah banyak kali bersama beliau menghadiri program Muktamar Taqrib ini di Tehran dan bertemu dengan pimpinan Iran termasuk bekas Presiden Khatami, Ahmadinejad dan Ayatullah Khamenaie sendiri. Begitu juga kami bertemu dengan pimpinan Hizbullah Hassan Nasrullah di Beirut. Bagi saya apa jua perbezaan yang ada saya tetap menghormati pendirian yang diambil oleh beliau.

Ambilah perdirian yang tersendiri. Akan tetapi jangan sekali-kali kita cuba memburuk-burukkan pihak lain termasuk para ulama' yang muktabar seperti Sheikh Qaradawi dan Sheikh Ghanoushi dan jangan sekali-kali cuba mengheretkan mana-mana pihak lain termasuk pergerakan Ikhwan atau Hamas untuk disamakan dengan sikap kita ini.

Kepada semua, termasuk para ulama-ulama, guru-guru dan anak muda yang berkobar-kobar semangat mereka, cukup-cukuplah kita mencaci maki, memanggil teman-teman yang kita pernah bersama sejak berpuluh-puluh tahun berkorban dan bersama merasa susah jerih perjuangang ini dengan panggilan keji dan nista.

Apakah kita merasakan kita *'lebih suci'* dari mereka kerana kita adalah golongan Al-Azahari atau Al-Baghdadi atau Al-Sudani dan berhak mencaci maki mereka? Apakah kita merasakan kita sahaja berjuang di jalan Allah?

Hentikan memanggil sahabat kamu sendiri sebagai *'penkhianat', 'barua', 'golongan terlaknat'.*

Perbezaan tidak semestinya melelaikan *ukhuwah* yang telah terbina sejak berpuluh-puluh tahun. *Ingat kita  semua adalah pendakwah dan bukannya penghukum.*

*Persoalan politik pula berkait rapat dengan Màsalih.* Ia bukan untuk membina kebencian dan permusuhan tetapi adalah untuk menjaga kepentingan rakyat umum dan ia sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Hormatilah apa jua perbezaan yang ada.

Ingat! Islam itu adalah kerahmatan dan membawa  rahmat kepada seluruh Alam.

*Cuba cerminkan diri kita sendiri* dengan ingatan tokoh terkenal *Abu Qilabah:*

*"Apabila sampai kepadamu tentang saudaramu sesuatu yang kamu tidak suka maka carilah untuknya justifikasi sedayamu. Sekiranya kamu tidak menemui sebarang justifikasi maka sebutlah pada dirimu: barangkali saudaraku mempunyai justifikasi yang tidak ku ketahui"*

فأين نحن من  قول أَبِي قِلابَة، : " إِذَا بَلَغَكَ عَنْ  أَخِيكَ شَيْءٌ تَكْرَهُهُ ، فَالْتَمِسْ لَهُ الْعُذْرَ جَهْدَكَ ، فَإِنْ لَمْ تَجِدْ لَهُ عُذْرًا ، فَقُلْ فِي نَفْسِكَ : لَعَلَّ لأَخِي عُذْرًا لا أَعْلَمُهُ "  

Di manakah kita berbanding apa yang diriwayatkan daripada *Umar radiyallahu anhu:*

*"janganlah kamu berikan sangkaan jahat terhadap satu kalimah yang keluar daripada saudaramu sedangkan kamu mendapati ada ruang untuk diberikan sangkaan yang elok"*

و أين نحن مما روي عن عمر رضي الله عنه أنه قال: "لا تظن بكلمة صدرت من أخيك شرا وأنت تجد لها في الخير محملا"

والله المستعان.

*Dr. Syed Azman Syed Ahmad.*

*Pengerusi Asia Forum for Peace & Development (AFPAD).*

*23hb. Disember 2016.*

OhDunia.My

Posted: 23 Dec 2016 08:19 AM PST

OhDunia.My


Inilah 17 Doktrin Ajaran Syi'ah Yang Sesat Lagi Menyesatkan

Posted: 22 Dec 2016 07:13 PM PST

Terdapat 17 doktrin atau ajaran Syi'ah yang tersembunyi dari kaum muslimin terutama dari golongan ahli sunni (Ahli Sunnah Wal Jammah) sebagai bahagian dari pengamalan doktrin taqiyah (menyembunyikan Syi'ahnya). Ketujuh belas doktrin rahsia ini terdapat dalam kitab-kitab suci Syi'ah seperti kitab Usuhulu Kaafi dan Rijalul Kashi. Ajaran ini juga bertangung-jawab dalam mengubah keaslian dan kesucian Qalamuallah Al Quran ul karim.


Inilah 17 Doktrin Ajaran Syi'ah Yang Sesat Lagi Menyesatkan

Baca selengkapnya

myartis.com

Posted: 23 Dec 2016 02:27 AM PST

myartis.com


ALAMI KECEDERAAN LUTUT - AWAL ASHAARI TANGGUH PEMBEDAHAN

Posted: 22 Dec 2016 06:20 PM PST



"Selepas pulang dari bercuti, saya membuat membuat pemeriksaan di dua hospital berbeza di sini. Hasil pemeriksaan terdapat kesan koyak pada bahagian ACL lutut kanan.

"Jadi doktor mencadangkan saya untuk membuat pembedahan," demikian kata Awal Ashaari, 35, yang mengalami kecederaan di bahagian ligamen (ACL) lutut kanannya selepas terjatuh ketika bermain luncur ais di Sapporo, Jepun ketika bercuti bersama keluarganya minggu lalu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

JADI PEMBACA BERITA - NORISH KARMAN NAFI TIADA TAWARAN BERLAKON

Posted: 22 Dec 2016 05:04 PM PST



Pelakon Norish Karman yang sudah lama tidak muncul dalam mana-mana drama televisyen kini sudah menjadi penyampai berita di saluran Bernama News Channel.

Mengakui hal itu, Norish atau nama sebenarnya, Nor'asikin Karman, 42, memberitahu dia sudah pun berkhidmat dengan saluran penyiaran tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Pada masa sama, Norish menafikan bahawa keputusan itu dibuat konon kerana dia sudah tidak mendapat tawaran sebaliknya memberitahu, menjadi pembaca berita merupakan minatnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

FEBRUARI 2017 - FAYE KUSAIRI & AZMI HATTA BAKAL KAHWIN?

Posted: 22 Dec 2016 03:32 PM PST



Sebelum ini, ada khabar angin yang mengatakan pelakon Faye Kusairi sudah tiada hubungan lagi bersama pengarah, Azmi Hatta gara-gara orang ketiga apabila bekas suami Elly Mazlein itu didakwa ada keluar bersama wanita lain. Bagaimanapun, Faye sendiri telah tampil untuk menafikan tentang gosip berkenaan.

Terkini, Faye dan Azmi dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi apabila Elly memuatnaik status di Instagram bahawa bekas suaminya itu bakal berkahwin Februari tahun depan. Status berkenaan telah membuatkan ramai yang ingin tahu adakah perkara itu benar.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 23 Dec 2016 02:06 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Jamal Yunos Sindiaq Siti Nurhaliza Kughang Suboq

Posted: 23 Dec 2016 01:52 AM PST


Beberapa hari lepaih kecoh dengan isu tang mana Datuk Jamal Yunos yang membuat protes tuala terhadap masalah bekalan ayaq di Selangoq Malah penyanyi nombot satu negara Datuk Siti Nurhaliza t...

Siti Nurhaliza Anggap Jamal Tak Guna Otak Bila Tuduh Dia Kughang Suboq

Posted: 23 Dec 2016 01:34 AM PST


Selepaih kiriman laman so sial Datuk Siti Nurhaliza yang dilihat mengutuk Datuk Seri Jamal Yunos pasai buat protes tuala di Shah Alam pemimpin Umno tu mengirim kenyataan seksih menyindiaq penyan...

Selepaih Juai Kampung Melayu Di P Pinang Kerajaan Dap La Nih Jadi Broker Juai Pulau Buatan

Posted: 23 Dec 2016 01:32 AM PST


23 12 2016 DAP P Pinang semakin rakuih menghancoqkan alam sekitaq di negeri ni demi mencari keuntungan segera Projek Pulau buatan yang dirancang oleh depa baghu baghu ni rupanya dibina untuk ...

Ni Sebab Awatlaa Hampa Tak Sepatutnya Menyilangkan Kaki

Posted: 23 Dec 2016 12:12 AM PST


Menyilangkan kaki hampa pada bahagian lutut adalah satu gaya yang biasa dilaku apabila dalam keadaan duduk ghamai yang melaku secara automatik Posisi ni dilihat sebagai elegan dan seksi dan ser...

Ct Hanya Nampak Tuala Jamal Tak Nampak Mesejnya

Posted: 22 Dec 2016 11:32 PM PST


POPULARITI yang dikecapi melalui statuih sebagai artis tak menjamin perbuatannya betoi setiap masa Sebaliknya depa jugak adalah manusia biasa yang konfem tak terlepaih dari menafsiaq sesuatu tu m...

Demi Sayang Pada Dap Mukhriz Sanggup Tuduh Pas Jadi Kuda Umno

Posted: 22 Dec 2016 10:34 PM PST


23 12 2016 Tak habis habih lagi nampaknya anak Mahathir ni membelasah PAS yang semakin menjauhi Pakatan Harapan pimpinan DAP Agaknya Mukhriz beranggapan bahawa kalau beliau berbuat demikian ma...

Rukun Islam Cuba Try Test Dipolitikkan Di P Pinang Demi Menghalaikan Dakyah Kafiaq

Posted: 22 Dec 2016 10:32 PM PST


23 12 2016 Seluruh umat Islam di dunia dah sedia maklum bahawa pemberian zakat tu adalah sebahagian daripada tugaih Amil ni adalah bagi mengelakkan penyelewengan dan jugak salahguna hasil zakat...

Oppo R9s Bakai Mai Ke Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi

Posted: 22 Dec 2016 09:52 PM PST


Oppo telah memperkenaikan Oppo R9s untuk pasaran China pada bulan Oktober yang lepaih dan la nih pihak Oppo Malaysia berkongsi kata peranti berkenaan bakai mai untuk pasaran tempatan tak lama lagi...

Sextuplets Mcghee Sekali Lagi Mencetuihkan Viral Selepaih 6 Tahun

Posted: 22 Dec 2016 09:12 PM PST


masih dok ingat potret keluarga depa yang viral pada 2010 Empat budak lelaki yang comey dan dua budak pompuan yang tidoq di ataih bapak depa Selepaih 6 tahun depa mencipta semula gambaq yang sam...

Bacaan Doa Majlih Yang Mudah Dan Ringkaih

Posted: 22 Dec 2016 06:32 PM PST


Pernahkah tiba tiba hampa diminta menjadi pembaca doa di sesuatu majlis Tak kiralah sama ada majlih perpisahan majlih kesyukuran ataupun perhimpunan sesuatu Di sini cheq ingin berkongsi doa muda...

Faye Kusairi Dan Azmi Hatta Bakai Menikah Februari Tahun Depan

Posted: 22 Dec 2016 04:52 PM PST


baghu baghu ni hubungan Faye Kusairi dan Azmi Hatta dihimpit pelbagai gosip termasuk Azmi ada keluaq bersama pompuan lain Namun sejak penyanyi Elly Mazlein memuat naik statuih di Instagram bah...

Permainan Roollercoaster Tycoon Classic Mai Untuk Ios Dan Android

Posted: 22 Dec 2016 09:52 AM PST


Bagi hampa yang minat permainan berbentuk simulasi semestinya permainan RollerCoaster Tycoon bukan sesuatu yang asin untuk hampa Terkini pihak Atari telah mula menawaqkan permainan klasik hat s...

Kad Pengenalan Muhung Made In Tawau

Posted: 22 Dec 2016 09:32 AM PST


Jabatan Pendaftaran Negara JPN menahan 10 individu termasuk dua lelaki dalang sindiket kad pengenalan muhung dalam Operasi spesial JPN Bilangan 2 di Tawau Sabah Pengarah Bahagian Siasatan dan P...

Gurun Sahara Diliputi Salji Selepaih 40 Tahun

Posted: 22 Dec 2016 06:18 AM PST


soghang jurugambaq Karim Bouchetata telah ambik beberapa kepin gambaq gurun Sahara yang dihiasi dengan salji buat pertama kalinya selepaih 40 tahun Kali terakhiaq salji kelihatan di Ain Sefra ada...

Youtuber Femes Menjalani Pembedahan Untuk Kepuasan Dirinya

Posted: 22 Dec 2016 06:16 AM PST


Stef Sanjati ialah soghang Youtuber yang berjaya dengan lebih kughang 400 000 pengikut macam rakannya yang lain warganegara Kanada yang berumoq 20 tahun ni berkongsi tips kecantikan dan ceghita ...

Lelaki Dan Pompuan Kita Sangat Berbeza

Posted: 22 Dec 2016 06:14 AM PST


Kadangkala ghamai yang tak dapat menerima pasai tertanya tanya adakah lelaki dan pompuan adalah dari planet yang sama Terdapat banyak perkara yang kita laku berbeza tanpa kita sedari Jom tengok ...

13 Perkara Termahai Di Dunia Setem Bernilai Rm10 Juta

Posted: 22 Dec 2016 06:12 AM PST


Sementara kebanya dari kita masih dok mencari pilihan mana yang lebih berbaloi untuk berbelanja demi penggunaan masa hadapan terdapat manusia diluaq sana yang membelanjakan hanya pada makanan untu...

Oghang Kafiaq Boleh Jadi Amil Serah Bantuan Zakat Di P Pinang

Posted: 22 Dec 2016 04:32 AM PST


22 12 2016 Amil atau penguruih zakat adalah satu pekerjaan yang jelaih disebut di dalam dalil naqli Perkataan amil misainya ada dinyatakan di dalam al Quran iaitu pada ayat ke 60 surah at Taub...

Mangkuk Purba China Rm11 Berjaya Dilelong Rm116 000

Posted: 22 Dec 2016 03:32 AM PST


Sebuah mangkuk China yang dibeli dengan ghega 2 RM11 di kedai jualan amal kemudian dijuai semula dengan ghega menakjubkan iaitu 21 000 RM116 000 Mangkuk yang penah dibeli dari sebuah kedai k...

Disyaki Membuat Kekecohan Adam Saleh Dihalau Keluaq Dari Penerbangan Delta

Posted: 22 Dec 2016 03:12 AM PST


soghang Youtuber femes Adam Saleh yang dikenali dengan gurauannya kata dia dihalau keluaq dari kapai terbang Delta di London pasai telah bertutoq dalam bahasa Arab dan aduan penumpang lain Dia...

beautifulnara

Posted: 23 Dec 2016 01:50 AM PST

beautifulnara


Jamal Yunos Sindir Siti Nurhaliza Kurang Subur

Posted: 23 Dec 2016 01:41 AM PST

Beberapa hari lepas, kecoh dengan isu dimana Datuk Jamal Yunos yang membuat "protes tuala" terhadap masalah bekalan air di Selangor.

Malah, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza turut tidak bersetuju dengan tindakan Jamal dan memuat naik satu status di Instagramnya berkaitan isu tersebut.

Berang dikritik, Jamal menyindir Siti Nurhaliza kurang subur kerana tidak mempunyai cahaya mata.

Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain.

Komen Jamal agak seksis dan biadap tetapi Siti Nurhaliza bagaimanapun tidak cepat melatah dan menyifatkan  kritikan Jamal sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap dirinya.

Kesuburan seseorang itu agak sensitif untuk dibicarakan kerana ia juga adalah soal rezeki daripada Allah SWT untuk mengurniakan cahaya mata. Apa pendapat anda?

Sumber Berita : Free Malaysia Today

Faye Kusairi Dan Azmi Hatta Bakal Berkahwin Februari Tahun Depan?

Posted: 22 Dec 2016 02:00 PM PST

Baru-baru ini, hubungan Faye Kusairi dan Azmi Hatta dihimpit pelbagai gosip termasuk Azmi ada keluar bersama wanita lain.

Namun, sejak penyanyi Elly Mazlein memuat naik status di Instagram bahawa bekas suaminya, Azmi bakal berkahwin Februari tahun depan, ramai yang ingin tahu adakah perkara itu benar.

Antara ayat yang ditulis di Instagram Elly ialah :-

Daddy Sefhia nak kahwin Februari 2017.

Mengulas mengenai perkara itu, Faye memberitahu buat masa ini tiada perbincangan rasmi yang diadakan antara keluarga kedua belah pihak.

Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kedua belah pihak belum berjumpa. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini. Disebabkan kekangan kerja dan masa menyukarkan kami mencari tarikh yang sesuai.

Faye juga tidak boleh menentukan jika keluarga mereka berdua mempunyai rencana untuk bertemu dalam masa terdekat.

Saya tak pasti lagi. Kalau ada pun mungkin bulan depan sebab ketika itu jadual kerja saya tak padat sangat. Apa pun tengok macam mana nanti.

Jika benar mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga, kami harap ia akan menamatkan segala gosip berkaitan percintaan mereka termasuklah isu Faye bersama Elly sebelum ini. Benda baik jadi kita doakan ia akan terlaksana. InshaAllah.

Sumber Berita : Harian Metro

No comments:

Post a Comment