ROTIKAYA Posted: 14 Dec 2016 07:48 PM PST Jue Aziz Belum Putus Asa Dapatkan Anak Posted: 14 Dec 2016 07:01 PM PST Lain orang lain rezekinya, pun begitu Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku. Begitulah juga dengan nasib Jue Aziz yang pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali berturut-turut. Walaupun pernah berasa kecewa dan terkilan dengan pengalaman pahit yang melanda dirinya itu, namun Jue tetap tidak berputus asa berusaha untuk mendapatkan zuriat. BACA: Jue Aziz Keguguran, Redha Ujian Allah “Pada mulanya saya berasa kecewa juga kerana sudah beberapa kali hamil, tetapi setiap kali memasuki trimester pertama berlaku keguguran. Mungkin juga salah saya pada ketika itu yang tidak cukup rehat dan terlalu penat bekerja. Namun nak buat macam mana mungkin belum ada rezeki kerana saya hanya mendapat tahu saya hamil bila saya sudah keguguran” “Bagaimanapun saya tak putus asa untuk mendapatkan zuriat saya sendiri bersama suami dan berserah pada rezeki daripadaNya,” jelasnya kepada portal Astro Gempak mengenai keinginannya untuk terus berusaha hamil walaupun sudah beberapa kali mengalami keguguran. Untuk pengetahuan, Jue Aziz telah mendirikan rumah tangga bersama seorang pemuzik daripada Indonesia, Bayu Daniels. Mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Darwish yang berusia 4 tahun. Buat Jue, semoga terus tabah dengan ujian yang diberikanNya. (rkty/w) | Neelofa Minta Hentikan Spekulasi Cinta Posted: 14 Dec 2016 06:33 PM PST Mengakui emosi terganggu dek kerana spekulasi cinta bersama Fattah Amin semakin bertebaran di laman sosial, Neelofa meminta memberikannya ruang untuk bernafas seketika. Menerusi akaun Instagramnya, Neelofa meluahkan rasa hati mengenai tekanan yang dihadapinya apabila sering diasak dengan isu itu seolah seperti dipaksa untuk bercinta dengan pelakon itu. BACA: Neelofa Berehat Dari Berlakon Drama Baru “Saya dan Fattah juga sudah berbincang mengenai hal ini dan diharap akan diberi sedikit ruang dan masa untuk berfikir. Kami tak mahu rasa dibebani dengan apa yang ditulis di laman maya dan juga akhbar. Kami juga tak mahu rasa seperti bertanggungjawab di atas tekanan ini semata-mata hanya untuk menggembirakan hati peminat kami semua” “Kalau cerita membabitkan saya, boleh diterima. Tetapi jika membabitkan keluarga sendiri dan orang lain, ia sangat tidak cool. Sekurang-kurangnya adalah sedikit rasa hormat terhadap keluarga saya dan Fattah. Apa yang kalian rasa jika orang luar yang seolah-olah lebih tahu segala segi cerita berbanding dengan keluarga,” katanya kepada Berita Harian Online. Dalam masa yang sama, Neelofa yang turut sedih membaca perincian laporan yang dijaja mengenai hidup peribadinya menjelaskan, dirinya kini lebih selesa bersendirian tanpa mengikat tali percintaan dengan sesiapa. Baginya dalam soal jodoh biar sahaja Tuhan yang menentukannya, tanpa ada rasa perlu melakukan sesuatu kerana ingin menggembirakan hati orang lain. Apapun, buat Neelofa semoga anda teru kuat menghadapi satu lagi dugaan dalam menjadi seorang anak seni. Kadang kala orang lebih suka bercakap sesuatu apabila mereka tidak mengetahui hal sebenar. Kalau jodoh memang tidak akan ke mana! (rkty/w) | |
AMMBOI DOT COM Posted: 14 Dec 2016 12:41 PM PST BUDAK 9 TAHUN MAUT TERSEKAT DALAM PAIP AIR Posted: 14 Dec 2016 01:07 AM PST Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ditemui maut selepas disedut dan tersekat dalam sebuah paip air milik Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM), Sabtu lepas. Kejadian berkenaan berlaku di Gorontalo, Indonesia. Gambar budak 9 tahun maut tersekat dalam paip air Menurut laporan Radar Gorontalo, Riky Dehu dikatakan asyik bermain di kawasan tersebut dan terjun ke dalam takungan […] The post BUDAK 9 TAHUN MAUT TERSEKAT DALAM PAIP AIR appeared first on AMMBOI DOT COM. | |
MySensasi Posted: 14 Dec 2016 12:31 PM PST |
KedahLanie.info Posted: 14 Dec 2016 10:12 AM PST 'Kami bukan maksum' Posted: 14 Dec 2016 04:39 AM PST PAS Idris Ahmad mengakui bahawa parti itu dan ahlinya tidak maksum dan tetap boleh dikritik sekiranya mereka melakukan kesilapan.
Beliau juga bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak yang membenci parti berkenaan.
Bagaimanapun beliau mengingatkan, ia bukan bermakna parti serta anggotanya boleh difitnah dengan maklumat salah.
"Kalau kita ragu atau tidak pasti (sesuatu) maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain.
"Kalau pun benci dengan PAS jangan pula fitnah PAS. Kritiklah PAS dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum," kata Idris seperti dilaporkan Harakahdaily.
Idris berkata demikian merujuk mengenai dakwaan bahawa PAS ingin bergabung dengan Umno, serta isu parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta. Selain itu, katanya, PAS didakwa tidak bersuara mengkritik isu 'derma' RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak serta skandal 1MDB dan saman Jabatan Kehakiman AS melibatkan perdana menteri itu. Mengulas lanjut, anggota parlimen Bukit Gantang itu turut menasihati orang ramai supaya bertanya terlebih dahulu kepada pimpinan PAS sebelum mempercayai sebarang tulisan di media sosial. Ia kerana, katanya, berita tidak benar seperti itu mungkin juga ditulis oleh "orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, dan (aktivis perang) saraf musuh". "Dari mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak bergabung dengan Umno? Dari mana awak dapat maklumat PAS dapat RM90 juta? Dari mana awak dapat maklumat PAS tidak bersuara mengenai 1MDB, RM2.6 bilion, DOJ? "Jawapannya, daripada FB, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada PAS, portal, laman web. "Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin PAS? Awak baca Harakahdaily? Awak baca Harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah di markas PAS? Awak dengar ceramah PAS? Jawapannya semuanya tidak," katanya. | Membetulkan salah faham terhadap parti Amanah Posted: 14 Dec 2016 03:12 AM PST Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Saya melihat ada dua jenis kekeliruan terhadap Parti Amanah Negara iaitu kekeliruan yang disengajakan dan kekeliruan yang tidak disengajakan. Bagi saya kekeliruan yang pertama itu adalah suatu kekeliruan yang tidak jujur ( dishonest ), manakala kekeliruan yang kedua lebih jujur sifatnya. Saya tidak akan bicara panjang mengenai kekeliruan yang pertama kerana bagi saya kekeliruan ini datangnya dari pihak pihak yang amat tidak senang dengan kewujudan parti Amanah Negara sejak dari awal lagi. Maka antara lain digelar Parti Amanah Negara sebagai PAN. Di Facebook saya, golongan ini amat minat menggelar Parti Amanah sebagai PANDAP. Menggelar Parti Amanah Negara sebagai PAN menunjukkan secara jelas yang mereka mungkin tidak pernah melihat Perlembagaan Parti Amanah Negara. Perpatah Arab ada menyatakan " manusia menjadi musuh kepada perkara yang mereka tidak tahu". Memandangkan golongan pertama ini tidak tahu isi Perlembagaan Parti Amanah maka mereka menjadi musuh kepada parti Amanah lalu menggelar Parti Amanah Negara dengan istilah PAN. Jika orang yang menggelar Parti Amanah Negara sebagai PAN mengambil masa sedikit melihat Perlembagaan Parti Amanah Negara sudah tentu tidak timbul digunakan istilah PAN. Ini kerana di Bahagian 1 Perlembagaan Parti Amanah Nasional iaitu di dalam Artikel 1 dinyatakan jelas akronim ( nama pendek ) bagi Parti Amanah adalah Amanah DAN BUKANNYA PAN. Ada juga pihak yang mendakwa kononnya Amanah bukan parti yang berlandaskan Islam. Mungkin kerana Amanah adalah parti yang mengambil alih parti pekerja maka golongan ini merasakan Islam tidak ada tempat di dalam Amanah. Saya menjemput pihak yang mendakwa kononnya Islam tiada tempat dalam Amanah untuk melihat Bahagian 111 khususnys Artikel 6 Perlembagaan Amanah. Artikel 6 secara jelas menyatakan "Amanah adalah parti politik yang mempunyai matlamat dan objektif yang menghormati dan mendokong ( to honour and uphold ) Islam sebagai asas perjuangannya. Mungkin ada orang yang kata Pas secara jelas sebut dalam Perlembagaannya yang Islam adalah dasar perjuangannya dan sumber rujukan Pas adalah Al Quran, Al Sunnah, Ijma dan Qiyas . Kenapa dalam Perlembagaan Amanah tiada dinyatakan sumber rujukan Amanah? Jawapan saya yang pertama jika Amanah berbeza dengan Pas memang betul pun sebab Amanah bukan Pas dan tidak berniat untuk sama jauh sekali meniru Pas. Yang keduanya, apabila Amanah menyatakan secara jelas Islam adalah asas perjuangannya , adakah masuk akal Islam yang dinyatakan itu terpisah sama sekali daripda sumber sumbernya seperti Al Quran, Al Sunnah, ijma atau Qiyas.Kalau ya, itu bukan Islam namanya. Ya, sumber rujukan Pas adalah antaranya Al Quran dan Al Sunnah tapi saya ingin juga tahu bila kita menggunakan sistem chai dalam proses pemilihan kepimpinan utama , agaknya di mana kita letakkan Al Quran dan Al Sunnah? | Anwar gembira HARAPAN, BERSATU bekerjasama Posted: 13 Dec 2016 10:13 PM PST 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pembabitan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam kerjasama secara rasmi dengan Pakatan Harapan (HARAPAN). Menyifatkan ia sebagai "perkembangan positif" Anwar berkata parti yang terbabit kini harus berusaha mengenal pasti dasar bersama. "Kita mengalu-alukan dan ia merupakan satu perkembangan positif… Kita perlu bekerjasama dalam mengenal pasti dasar (untuk bekerjasama),” katanya. Semalam ketiga-tiga parti dalam HARAPAN - PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) - serta BERSATU menandatangani perjanjian bersama untuk memastikan BN ditentang melalui formula satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang. Empat parti itu turut menandatangani tujuh perkara lain dalam kerangka kerjasama berkenaan. Mereka juga setuju meneruskan perbincangan dengan parti yang masih belum menandatangani perjanjian tersebut bagi memastikan hanya satu calon mewakili pembangkang bagi menghadapi BN. PKR diwakili oleh presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala AMANAH diwakili Mohamad Sabu. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani perjanjian itu bagi pihak parti masing-masing. Keempat-empat parti itu akan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi dan manifesto bersama. Ia dianggap penting kerana membawa kepada pembentukan gabungan pembangkang yang lebih tersusun bagi berdepan BN walaupun kedudukan PAS masih menjadi persoalan. Lebih daripada itu ia juga menjadi detik baru kepada pembangkang apabila Anwar menerima bekas seteru ketatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Di Mahkamah Persekutuan hari ini, Anwar gagal dalam permohonannya supaya sabitan hukuman penjara ke atasnya disemak semula. | Antara KUDA & KHADAM mana yang sedang UMNO lakukan kepada PAS..? Posted: 13 Dec 2016 06:43 PM PST 1. Umno bertanding di 112 kerusi Parlimen. Jumlah yg sama minimum untuk Majoriti Mudah. 2. Sekarang, Umno mempunyai 89 kerusi Parlimen. Hanya melepas 23 kerusi. 3. Umno, secara tradisi bertanding di kawasan majoriti Melayu. Sama dengan Pas-Amanah. Sama dengan Bersatu dan sebahagian besar PKR. Bererti, 5 parti dominan Melayu, UMNO-Bersatu, PKR, Pas-Amanah, secara logiknya bertanding di kawasan yg sama. 4. Dengan kedudukan yg selesa, 89 kerusi Parlimen dari 112 kerusi, MUSTAHIL bagi Umno untuk bergabung dgn Pas. Mustahil Umno akan menyerah sebahagian kerusi yg dimenanginya kpd Pas. Adakah Umno akan serah kpd Pas hanya 23 kerusi? Mustahil Pas akan terima hanya bertanding di 23 'kerusi kalah Umno'. 5. Pru13, Pas bertanding di 73 kerusi Parlimen, 39 kerusi kurang berbanding Umno (112). Adakah Pas sanggup serah sebahagian kpd Umno? Mustahil. 6. Jadi apa matlamat Umno berbaik2 dgn Pas? Matlamat nya, bukan untuk bergabung dgn Pas, tapi MENGGUNAKAN PAS memecahbelahkan Pakatan Rakyat (dulu) dan Pakatan Harapan (sekarang). 7. Dengan berjaya memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, (dengan Pas menarik diri), memungkinkan 3 Penjuru dlm Pru14. Iaitu, sekali lagi PAS DIPERGUNAKAN UmnoBn, agar berlaku 3 Penjuru, sekaligus memecahbelahkan undi Pembangkang kpd 2. Mudah bagi UmnoBn memenangi Pru14. 8. Itu saja matlamat 'taawun' Umno ke atas Pas. Ironinya, Pas menyangka Umno sudah berubah, sudah menerima dakwah Pas melaksanakan Hukum Islam. 9. Jelas, UMNO menipu, memperdaya, memanipulasi dan menggunakan Pas demi kelangsungan hegemoni kuasa mereka. 10. Kepada Timbalan Presiden Pas, UMNO lah menggunakan PAS sebagai BATU LONCATAN, KUDA TUNGGANGAN. Bukannya Pakatan Harapan! | Pas kena berhenti bermimpi, buang ego dan kedegilan Posted: 13 Dec 2016 06:18 PM PST 
KOTA BHARU - Pas perlu berhenti bermimpi dan sedar sokongan rakyat terhadap parti itu semakin terhakis. Naib Pengerusi Amanah negeri, Che Ibrahim Mohamed berkata, sokongan yang semakin pudar itu berpunca dari keegoan dan kedegilan mereka. Menurutnya, keengganan Pas untuk menerima hakikat tersebut akan membawa padah yang lebih buruk pada masa akan datang khususnya untuk berdepan PRU14. "Pas perlu berhenti bermimpi di siang hari kerana igauan buruk akan menggantikan mimpi tersebut, perkembangan semasa menyebabkan parti itu selamanya tidak boleh mendakwa Kelantan dan Terengganu sebagai kubu mereka. "Apabila Pas pecah dan lahirnya parti Amanah dan dalam masa yang sama Umno juga berpecah dengan lahirnya Parti Bersatu yang kesemuanya bakal berkabung dalam satu pakatan pembangkang atas nama Pakatan Harapan, maka Pas akan menjadi satu parti yang terpinggir kecuali mereka bersama BN atau kembali ke pakatan pembangkang," katanya kepada Sinar Harian. Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang menyuruh parti Amanah mengukur baju di badan sendiri dan jangan bermimpi untuk menawan Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat pada PRU14. Tambahnya, rakyat dan pengundi masih belum menerima wujudnya blok ketiga yang tidak jelas pendiriannya sama ada bersifat pembangkang atau penasihat kepada parti pemerintah. Beliau berkata, Pas tidak boleh memperdagangkan kerusinya dengan hanya akan menyatakan sokongan sama ada kepada Pakatan Harapan atau BN hanya apabila dilihat ada keuntungan kepada Pas. "Pas sebenarnya mengakui hakikat mereka tidak boleh bersendirian dalam berhadapan arus politik hari ini, sebab itu mereka cuba menonjolkan diri untuk menjuarai pembentukan blok ketiga atas nama Gagasan Sejahtera. "Apabila mereka berjaya mengajak parti kecil seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), mereka sedang mengelirukan rakyat bahawa Gagasan ini akan diperbesarkan dengan penyertaan Bersatu dan PKR bersama mereka," katanya. Namun beliau yakin pemimpin-pemimpin parti tersebut (Bersatu dan Keadilan) matang serta amat memahami kehendak rakyat bahawa pembangkang tidak boleh berpecah jika benar mereka berhasrat menggantikan BN menguasai tampuk pemerintahan negara. | BERSATU akan runding dengan PAS hingga tahun depan, kata Muhyiddin Posted: 13 Dec 2016 05:28 PM PST Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberikan masa sehingga tahun depan untuk berunding dengan PAS yang sehingga kini masih belum bersetuju untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang, kata Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin. Tempoh itu diperlukan sebelum keputusan dibuat untuk menutup pintu terhadap parti Islam itu, kata Muhyiddin. "Sentiasa mesti ada tempoh. Tapi, untuk berlaku adil kepada parti itu, kerana (kita baru) mengadakan mesyuarat pertama." "Kita perlu membenarkan (sehingga) bulan depan ... tahun depan," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian bersama kerangka kerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN). Beliau memberitahu rakan-rakan HARAPAN semasa mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu yang diadakan sebelum ini. Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau telah bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man minggu lalu. Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata sebelum itu mereka akan membincangkan tarikh akhir yang diberikan kepada PAS sebelum pembangkang menutup pintu kerjasama dengan parti itu. Salahuddin berpendapat PAS harus dibenarkan sehingga akhir tahun ini untuk menentukan kerjasama dengan parti yang dikehendakinya. Tuan Ibrahim berkata parti-parti pembangkang yang mahu bekerjasama dengan PAS, tidak boleh bertanding di 70 kerusi PAS. "Itu syarat compulsory (wajib). Setiap kali kita tanding, PAS korbankan kerusi, ok, enough is enough (Cukup-cukuplah). "No compromy (Tiada kompromi), kerusi PAS kena hormat, kamu boleh bincang dia boleh bincang, kerusi lain, PAS tak ambil semua kerusi, kita tanding pun 70 kerusi dulu," kata Tuan Ibrahim malam tadi. Muhyiddin bagaimanapun menolak menjawab soalan yang dibangkitkan dalam sidang akhbar itu, dengan berkata ia bukan platform untuk menjawab kenyataan Tuan Ibrahim. "Saya tidak fikir ini adalah forum (untuk membinacangkannya) kerana ini adalah kenyataan beliau yang dibuat di luar. Jadi, saya fikir demi kerahsiaan dan formaliti, adalah lebih baik kita berbincang apabila tiba masa yang sesuai bagi kami untuk berbuat demikian," katanya. Walaupun Tuan Ibrahim menolak tawaran untuk membina hubungan antara PAS, DAP dan AMANAH, Muhyiddin berkata beliau masih bersikap positif. | Penganalisis: Boleh menang di Kedah, belum tentu di Sabah Posted: 13 Dec 2016 03:13 PM PST Mohamad Fadli PETALING JAYA: Tidak mustahil Kedah, Terengganu dan Johor akan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata penganalisis politik Awang Azman Awang Pawi.
Ini kerana pembangkang dilihat mula menggunakan pengaruh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di kawasan pengundi Umno.
"Di Terengganu lebih bergantung kepada peranan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said. Itupun kalau dia (Ahmad Said) mengadakan pakatan dengan PPBM.
"Manakala di Kedah, akan gunakan pengaruh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Tumpuan juga dilihat melalui kawasan yang Umno menang tipis.
"Di Johor, parti Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menang di kawasan yang ditandingi, tetapi bukan kemenangan yang mudah. Perlawanan yang getir, majoriti bawah 3,000 undi, bergantung kepada real politik ketika PRU."
Beliau mengulas keyakinan Datuk Seri Shafie Apdal yang meramalkan Kedah, Terengganu dan Johor akan jatuh ke tangan pembangkang kerana BN kehilangan beberapa pemimpin berpengaruh.
"Sabah pula kita akan rampas. Ini kerana yang menentukan kerajaan di Sabah bukan Najib, tetapi rakyat di Sabah," kata presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dalam sebuah program di Kampung Kukut, Beaufort, Sabtu lalu.
Awang Azman bagaimanapun belum menyakini peluang pembangkang di Sabah.
Katanya, pertambahan 13 kerusi baharu di Sabah, sekiranya diluluskan, akan memberi kelebihan kepada BN.
"Ini berdasarkan kerusi baru sebahagian besar akan dimenangi BN," katanya.
Sementara itu, pemimpin DAP Dr Abdul Aziz Bari berkata kemenangan di 4 negeri itu memungkinkan pembentukan kerajaan persekutuan baharu.
"Umpamanya ada beberapa orang pengkaji mengatakan pusingan 2% pun sudah cukup untuk menang Putrajaya. Kalau menang (4) negeri itu, Putrajaya jatuh.
"Jadi yang penting adalah sistem itu tidak dicemari dan dicabul oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). | |
OhDunia.My Posted: 14 Dec 2016 07:47 AM PST ‘Datuk’ Didakwa Berhubung Kes Pembunuhan Setiausaha PKR Posted: 14 Dec 2016 04:57 AM PST MIRI: Seorang lelaki bergelar 'Datuk' didakwa di Mahkamah Majisret Miri di sini hari ini berhubung pembunuhan Setiausaha PKR Bill Kayong pada 21 Jun lepas.Baca selengkapnya | Viralkan Foto Pramugari : Fathia Latiff Tidak Mahu Minta Maaf Posted: 14 Dec 2016 02:48 AM PST Gara-gara viralkan foto seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya, nama pelakon Fathia Latiff menjadi bualan ramai termasuk rakan artis yang kurang bersetuju dengan tindakannya itu.Baca selengkapnya | Video Yuna Cuba Dicium Artis Negro Bikin Kecoh Di Laman Sosial Posted: 14 Dec 2016 01:20 AM PST VIDEO Yuna cuba dicium artis negro bikin kecoh di laman sosial. Memang tidak dapat dinafikan kehebatan penyanyi Yuna yang kini mengorak langkah sebagai artis antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi.Baca selengkapnya | Imej Satelit Bukti Kampung Di Rakhine Dibakar Rejim Myanmar Posted: 13 Dec 2016 08:06 PM PST Imej satelit membuktikan bahawa beberapa kampung di kawasan bergolak di Rakhine, Myanmar dibakar oleh rejim negara itu, lapor Human Rights Watch (HRW).Baca selengkapnya | “Saya Hanya Menjadi Diri Sendiri, Yang Penting Hati” – Sahara Yaacob Posted: 13 Dec 2016 07:37 PM PST Penghibur veteran, Sahara Yaacob, 60, kini kembali aktif dan persembahan beliau pada malam Anugerah Melodi 2016 minggu lalu merupakan penampilan pertamanya selepas 15 tahun tidak menyanyi.Baca selengkapnya | Pengawal Peribadi Tembak Mati Datuk M Akan Didakwa Esok Posted: 13 Dec 2016 07:21 PM PST George Town – Pengawal peribadi yang menembak mati ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwang dan dua orang awam di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Glugor di sini 1 Disember lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Pulau Pinang pagi esok.Baca selengkapnya | Muncul Gergasi Laut, Makhluk Asing Di Pantai New Zealand? Posted: 13 Dec 2016 07:01 PM PST Objek misteri yang dipenuhi teritip di pantai Muriwai dekat Auckland, New Zealand bukan "gergasi laut" atau "makhluk asing" seperti tanggapan sesetengah pihak. Baca selengkapnya | Malaysia, Singapura Muktamad Perjanjian Laksana Projek HSR Posted: 13 Dec 2016 06:21 PM PST Putrajaya – Malaysia dan Singapura hari ini memuktamadkan perjanjian bilateral bagi pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR). Perjanjian tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.Baca selengkapnya | Rejim Bashar al-Assad Sembelih Kanak-Kanak, Wanita Setiap Jam Posted: 13 Dec 2016 05:58 PM PST Sukarelawan kemanusiaan di Aleppo merayu bantuan selepas melaporkan askar rejim Bashar al-Assad membunuh mereka yang dituduh mempunyai kaitan dengan Free Syrian Army.Baca selengkapnya | |
myartis.com Posted: 14 Dec 2016 02:29 AM PST RUNNING MAN: LEPAS GARY - JI HYO & JONG KOOK PULA UCAP BYE-BYE Posted: 13 Dec 2016 07:02 PM PST Peminat Running Man belum reda lagi dengan kesedihan apabila Kang Gary mengambil keputusan menarik diri daripada terlibat dengan program variasi tersebut, terkini Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pula mengikut jejak. Nampaknya mereka akan terus kehilangan ahli asal menjelang Januari 2017 apabila SpartAce (Song Ji Hyo & Kim Jong Kook) mengesahkan yang mereka bakal meninggalkan program tersebut. Pihak agensi Ji Hyo mengatakan keputusan ini sudah lama dibincangkan atas alasan kesibukan jadual pelakon itu. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | KEMBAR GENAP SETAHUN - ISTERI FAD KONGSI KISAH MENYENTUH HATI Posted: 13 Dec 2016 06:23 PM PST Anak kembar bagi pasangan Fad Bocey dan Syaheera Rahman bernama Favian Adrazin Hayyan (abang) dan Favian Adrazin Zayyan (adik) kini sudah genap setahun usianya pada 11 Disember lalu. Sempena hari tersebut, isteri Fad menerusi laman Instagramnya telah berkongsi kisah kelahiran anak kembarnya. Perkongsian tersebut telah membuat ramai yang tersentuh bila membacanya. "Pernah satu masa doktor cakap dengan mommy 'awak tahu tak keadaan anak-anak awak tak okay?'. Dengan pantas mommy jawab tadi suami saya cakap anak-anak saya okay cuma dia tak dapat pegang sambil azankan sebab anak-anak saya dalam incubator. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | IBARAT MATI HIDUP SEMULA, SAYA PERLU 'SURVIVE' - SAHARA YAACOB Posted: 13 Dec 2016 03:35 PM PST Penyanyi veteran, Sahara Yaacob, 60, kini kembali ke persada hiburan tempatan selepas kisah duka hidupnya mendapat perhatian media tempatan. Beliau yang pernah mendapat jolokan Tina Turner Malaysia pada era 1980-an berkata, dia bersyukur dengan kehidupan dilalui sekarang dan merasakan ia satu rahmat yang tidak terhingga. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
Toknek.com RSS Feed Posted: 14 Dec 2016 02:14 AM PST |
beautifulnara Posted: 14 Dec 2016 02:00 AM PST (FOTO) Sharifah Sakinah Sah Hamil, Baby Bump Terserlah Posted: 14 Dec 2016 12:09 AM PST Khabar angin yang mengatakan pelakon Sharifah Sakinah sedang hamil nampaknya benar apabila Sakinah sendiri sebentar tadi memuat naik foto yang menampakkan "baby bump" beliau ketika meluangkan masa bersama rakan-rakan beliau.  Walauabagaimanapun, Sakinah tidak berkongsi sebarang butiran lanjut mengenai kehamilannya itu. Peminat yang melihat foto berkenaan rata-rata merasa teruja dan mengucapkan tahniah buat Sakinah. Selama ini berita kehamilan Sharifah Sakinah menjadi teka-teki apatah lagi bila kakaknya Sharifah Shahira dikatakan bergurau mengenai adiknya itu yang sedang mengandung menerusi satu muat naik di Instagram.   Untuk makluman anda, Sakinah pernah mengalami keguguran sekitar bulan April lepas ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya. Alhamdullillah, nampaknya perut Sakinah agak besar juga. Sudah berapa bulan agaknya beliau hamil ya? Apa-apa pun, kami mendoakan segala proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar. | Puji Sokongan Bangsa Johor : Harith Iskander Tampil Beri Penjelasan Posted: 13 Dec 2016 07:58 PM PST | Ummi Nazeera Kongsi Video Bertunang : Netizen Puji Dan Doakan Ummi Segera Berkahwin Posted: 13 Dec 2016 07:22 PM PST | Mulut-Mulut Puaka Yang Penuh Hasad Dengki Tolong Diam – Elly Mazlein Posted: 13 Dec 2016 06:05 PM PST Episod duka Elly Mazlein seakan tidak ada pengakhirannya, semua gara-gara kes penceraiannya dengan pengarah Azmi Hatta.  Saat Elly baru sahaja ingin menarik nafas lega dan bertenang kerana Azmi sudah menjenguk anak mereka, tiba-tiba timbul pula dakwaan murahan mengatakan Azmi pernah menangkap Elly berlaku curang dengan lelaki lain di sebuah hotel. Dakwaan itu membuatkan hati Elly hancur berderai seketika tetapi beliau bangkit semula dan meminta agar bekas suaminya tampil dengan bukti beliau curang. Tidak dinafikan, nama Elly sekali lagi dikritik sesetengah pihak. Namun, beliau tidak sesekali tidak gentar menghadapi segalanya.  Saya kuat kerana sokongan peminat. Apa pun cacian, hinaan oleh pihak yang dengki, teguh akar kepercayaan peminat menjadi kekuatan. Jangan mudah mengaku kalah. Saya bukan baru dalam industri, dua dekad pengalaman banyak mengajar. Jangan anggap saya artis baharu, yang gigih merangkak ketakutan dengan kontroversi. Maaf cakap, saya kuat dan tidak gentar. Dulu mungkin saya berdiam, pendam segala rasa tapi kini tidak lagi.  Elly meminta agar semua pihak jangan lagi menuding jari mencari salah siapa. Apa yang terjadi biarkan ia berlalu. Pada masa yang sama, beliau juga tidak mahu mereka yang tidak tahu cerita sebenar menyebarkan perkara palsu. Cuma satu permintaan yang disulam ketegasan, jangan kacau saya! Jangan sesekali mengungkit budi yang pernah ditabur, usah dipermainkan emosi peminat dengan cerita-cerita sampah yang tidak ada buktinya. Mulut-mulut puaka yang penuh hasad dengki juga tolong berdiam. Usah sesekali berlagak seperti tahu segalanya tentang saya. Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan drama yang sama. Cukup!  Sudah-sudahlah tu mencanang cerita tidak benar terhadap Elly Mazlein. Biarkanlah beliau bahagia dengan anaknya. Sumber Berita : Utusan Online | Song Ji Hyo & Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man Posted: 13 Dec 2016 05:53 PM PST Selepas pemergian Gary, kini tiba giliran Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pula untuk menamatkan penampilan mereka di Running Man. Ji Hyo dan Jong Kook telah mengesahkan bahawa mereka bakal meninggalkan Running Man. Namun tarikh akhir kemunculan mereka masih belum ditentukan. Sebelum ini, peminat Running Man telah dikejutkan dengan pemergian Gary yang mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya muziknya.  Berita sedih ini telah disahkan oleh kedua-dua agensi yang menjaga Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Kemungkinan besar pada tahun hadapan, Running Man akan muncul dengan beberapa wajah baru. Desas-desus menyatakan bahawa Kang Ho Dong bakal menjadi ahli Running Man yang baru.  Nampaknya selepas 6 tahun bersama-sama, ahli kumpulan Running Man kini telah mula membawa haluan masing-masing. Tidak semua benda akan kekal abadi buat selamanya, lebih-lebih lagi program hiburan seperti Running Man. Pasti ramai yang bersedih dengan berita ini. Namun itulah kehidupan. Good luck and all the best untuk Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Terima kasih kerana menghiburkan kami selama ini. | Neelofa Minta Gosip Bercinta Dengan Fattah Dihentikan Posted: 13 Dec 2016 05:40 PM PST Sejak drama Suri Hati Mr. Pilot ditayangkan, ramai yang merasakan gandigan Neelofa dan Fattah Amin cukup sesuai bersama apatah lagi kemesraan mereka itu bukan sahaja di kaca tv tetapi didalam kehidupan nyata juga. Ini membuatkan beberapa pihak berspekulasi yang mereka sedang hangat bercinta.  Lama berdiam diri mengenai isu ini, Neelofa menerusi akaun Instagramya telah tampil memberikan komennya tentang gosipnya bersama Fattah. Menurut Neelofa, beliau menyerahkan soal jodohnya kepada Allah SWT. Neelofa meminta agar tiada lagi pihak yang menyebarkan gosip kononnya beliau bercinta dengan Fattah. Mereka berdua juga memerlukan ruang dan masa untuk diri sendiri serta tidak mahu tertekan dengan isu berkenaan. I am just a normal human being, macam korang, just want to live my life. I feel like people are judging me. Sometimes, apa yang I want to post on my social media, I always think like "What if they don’t like this?", "Will anyone be offended by this post?", "Should I even post this?". To be honest, I feel a bit traumatized.  When reading news about my private life, especially things that are affecting my family, I kinda feel mad and sad at the same time. Talking about me is bearable, but my family and someone else’s family? That’s not cool. Atleast, atleast have some respect for my family and Fattah’s family. Apa korang rasa perasaan keluarga kami, bila orang orang luar seems to know more about us compared to them? Whatever I do, my family is always my priority. They are my true love. How would you guys feel if your own family feels offended or disappointed with you? It’s the worst feeling ever kan? So I hope you guys would understand.I seldom talk about this but when it comes to jodoh, I always believe that if it’s stated in the book of Allah, if it’s meant to be then it’s meant to be. At the end of the day, Allah knows what’s best for me and both of us  I’ve discussed this with Fattah, we really hope everyone can give us some space and time. We really dont want to get pressured by the media (what’s written on blogs or newspapers), and of course we dont want to feel obligated just because we want to make our fans happy. Marriage is not something that you can just decide within a day, kalau ada jodoh tak ke mana kan? So thank you guys atas doa-doa yang baik untuk Lofa and of course Fattah too, I really appreciate that. I hope you guys will continue to support my career and Fattah’s career! But for now, I just need some space to love myself more so that I can even love that special someone better.  Kadang-kadang kemesraan yang kita tampilkan akan menimbulkan seribu satu tafsiran. Namun, jika Neelofa sudah menjelaskan perkara sebenar, kami harap lepas ini peminat beliau dan Fattah sudah boleh terima hakikat yang mereka tidak semestinya bercinta. | Kontroversi Pramugari : Fathia Latiff Tidak Mahu Minta Maaf Posted: 13 Dec 2016 09:12 AM PST Gara-gara viralkan foto seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya, nama pelakon Fathia Latiff menjadi bualan ramai termasuk rakan artis yang kurang bersetuju dengan tindakannya itu.  Malah, Fathia dikecam teruk oleh netizen yang menganggap beliau "terlalu manja" dan menggunakan kuasa viral tanpa berfikir panjang tentang impaknya kepada kerjaya pramugari itu. Setelah lama berdiam diri, Fathia menerusi BH PLUS telah tampil memberikan penjelasannya sendiri. Fathia memberitahu beliau tidak perlu untuk membuat permohonan maaf seperti yang diminta oleh orang ramai.  Saya tidak mengarah, tetapi meminta tolong secara baik. Namun jawapan yang diberi pramugari terbabit mengundang rasa panas dan terkejut di hati saya. Tiba-tiba status itu pantas dipanjangkan hingga menjadi viral. Dalam situasi itu, saya meletakkan diri ini sebagai manusia. Tidak ada maksud nak berlagak diva atau hanya disebabkan saya artis. Namun tahap kesabaran saya ketika itu sudah tak mampu dibendung lagi. Saya benar-benar terkejut dengan reaksi pramugari tersebut. Isu ini bukan antara saya dan netizen sampai perlu dibuat permohonan maaf di laman sosial. Saya tak rasa perlu sampai begitu.  Pada masa yang sama, Fathia tidak mahu ambil pusing dengan segala pandangan orang terhadap dirinya termasuk kritikan yang diberikan oleh rakan artis. Buat Fathia, orang boleh terus bercakap dan membuat kesimpulan mereka sendiri kerana tidak mengetahui situasi yang sebenar. Sumber Berita : BH PLUS | |
No comments:
Post a Comment