Sunday, 25 December 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 25 Dec 2016 09:55 AM PST

KedahLanie.info


Sikap PAS yang 'tak tentu hala' hingga menghilangkan kewibawaan PAS sebagai parti Islam

Posted: 24 Dec 2016 10:06 PM PST

Kenyataan media.

*PAS AKAN TERSINGKIR DENGAN STERATEGI POLITIK MAKAN KELILING*.

1. Kenyataan rasmi terbaru yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan kemudiannya disokong oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat bahawa *"PAS bersedia untuk membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan campuran selepas pilihanraya umum ke14* akan datang adalah suatu kenyataan yang mengelirukan.

Dalam kenyataan Datuk Dr Mahfodz Mohamad kepada FMT beliau berkata, *_"Sekarang ini PAS bersendirian dan PAS hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan PAS, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain termasuk Bn."_*

2. Kenyataan terbaru ini merupakan lanjutan dari kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 3 Dis 2015 di Masjid Pengadang Baru Kuala Terangganu yang membawa maksud yang sama dengan kenyataan Dr Mohd Zuhdi Marzuki menimbulkan persoalan besar di minda rakyat yang *_semakin hari semakin tidak jelas ke arah manakah sebenarnya haluan parti yang pernah dianggap sebagai parti pembangkang utama di negara ini_*.

3. Dalam keadaan rakyat Malaysia yang semakin mengharapkan perubahan kerajaan dan garis pertentangan politik yang semakin ketara dan tajam di antara BN dan Pakatan Harapan dan PPBM,  *_strategi PAS yang cuba 'makan keliling' akan hanya menyebabkan PAS dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai_*.

*POLITIK TAK TENTU HALA DITOLAK RAKYAT DAN AHLI PAS*

4. Saya percaya Rakyat dan ahli PAS akan menjarakkan diri dari PAS apabila menyedari *_PAS hanya berkehendakkan undi mereka untuk dijadikan 'alat tawar menawar' dengan mana-mana pakatan politik yang menang_*. Saya juga merasakan baik BN mahu pun blok pembangkang PH dan PPBM setelah memperhalusi pengumuman 'strategi' dari PAS ini, tidak terlalu naif untuk merelakan diri mereka berada pada posisi lemah untuk bergantung kepada PAS bagi membentuk kerajaan. *_"Budaya politik tak tentu hala PAS sudah pasti akan dijadikan panduan kepada kedua-dua blok politik untuk menentukan apakah sikap mereka terhadap PAS dalam menghadapi PRU ke 14"?_*.

5. Dengan pengumuman sedemikan secara tidak langsung menunjukkan PAS telah mengakui bahawa ianya *_bukan lagi sebuah parti pembangkang yang selama ini menentang kebobrokan dan penyelewengan kerajaan UMNO/BN_*. Malah sudah sanggup dan bersedia untuk sama-sama membentuk kerajaan dengan UMNO/BN walaupun kenyataan Presiden PAS, YB Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang yang PAS akan menentang Umno/BN dalam PRU14 nanti, tetapi kenyataan tersebut  *_tidak menafikan strategi makan keliling termasuk untuk  membentuk kerajaan campuran dengan UMNO/BN selepas PRU14 nanti_*.

"Saya yakin penerimaan *_majorati ahli dan penyokong PAS tidak menyenangi terhadap pernyataan sikap terbaru PAS_* ini sebagaimana yang diumumkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan disokong pula oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

6. Apa yang jelas, kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan Dewan Ulamak Pusat ini jelas menjadikan *_kenyataan Naib Presiden PAS,YB Ustaz Idris Ahmad bahawa PAS akan masuk bertanding PRU 14 sebagai pembangkang dan tidak akan membentuk kerajaan bersama UMNO/BN  sebagai satu kenyataan terpinggir dan pandangan minoriti di dalam PAS_*.

*_"Saya tidak pasti adakah sahabat saya YB Ustaz Idris Ahmad berani melawan arus untuk menyanggah kenyataan Zuhdi dan Ketua Dewan Ulamak ini"_*.

*PAS MENERIMA AMANAH DAN DAP PASCA PRU14*

7.  Seperkara lagi, jika PAS juga bersedia untuk membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan dan PPBM,kenapakah pada masa yang sama pemimpin-pemimpin PAS berulangkali menyatakan bahawa PAS tidak akan sama sekali sanggup bekerjasama dengan parti AMANAH dan DAP atau mana-mana parti lain yang bersekongkol dengan AMANAH dan DAP?

"Ini juga akan membentuk pesepsi menunjukkan *_sikap PAS yang 'tak tentu hala' hingga menghilangkan kewibawaan PAS sebagai parti Islam"_*.

8. Oleh sebab itu saya menyeru kepada pucuk pimpinan PAS supaya PAS *_menentukan sikap yang jelas dari sekarang_*, samada ingin *_bekerjasama dengan UMNO dan BN atau bekerjasama dengan PH dan PPBM_* atau hanya mengukuhkan kedudukan sebagai 'kuasa ketiga' melalui kerjasama dengan Parti Ikatan. *_Budaya Politik tak tentu Hala_*  dan *_Strategi politik 'makan keliling' ini, apatah lagi apabila ianya dihebahkan secara terbuka adalah satu langkah politik yang amat amatur_*, akan hanya menghakiskan keyakinan rakyat kepada PAS terutama sekali di kalangan rakyat yang menentang kepimpinan UMNO/BN di bawah Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.

#RakyatTolakUmnoBn
#RakyatTolakPolitikOportunis
#RakyatTolakPolitikTakTentuHala
#RakyatMahuPolitikTerusTerang

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
9:30am WAD Bunga Raya 7B,HSB
25 Dis 2016/25 Rabiulawal 1438H.

Toknek.com RSS Feed

Posted: 25 Dec 2016 02:18 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Sleep Paralysih Misteri Ditindih Makhluk Menyeramkan Masa Tidoq

Posted: 24 Dec 2016 09:32 PM PST


Satu bayangan hitam umpama syaitan tak bermuka terapung berhadapan diri hampa yang sedang tidoq Bayangan hat sama dok habaq tadi mengeluaqkan bunyi nyarin menyeramkan yang menikam telinga Tangan...

Sungai Bangang Antara Sungai Palin Jernih Di Malaysia

Posted: 24 Dec 2016 09:12 PM PST


Sungai Bangan atau Bangang macam yang disebut oleh penduduk tempatan merupakan salah satu sungai yang jarang dilawati di negeri Terengganu tengok aiaqnya yang sangat jernih Sungai ni terletak di...

Sambutan Maulid Nabi Dicipta Oleh Syiah Fathimiyah

Posted: 24 Dec 2016 06:32 PM PST


tak ada ulama salaf yang merayakan maulid Nabi manakala perayaan maulid Nabi hanya jengoi pada abad ke 4 hijriyah di Mesiaq yang dimulakan oleh kerajaan Syiah Fathimiyah Mesiaq secara besar besaran...

Lagu Mana Hubungan Tiga Hala Rusia Turki Iran Membuahkan Hasil Buat Syria

Posted: 24 Dec 2016 12:12 PM PST


menteghi Luaq Negeri Iran Mohammad Javad Zarid menteghi Luaq Negeri Rusia Sergei Lavrov dan menteghi Luaq Negeri Turki Mevl t avu o lu Presiden Rusia Vladimir Putin kata para pemimpin Turki...

Resolusi Pbb Kemenangan Buat Palestin Najib

Posted: 24 Dec 2016 03:34 AM PST


Keputusan Majlih Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu UNSC meluluihkan resolusi melawan penempatan haram Israel di Palestin dilihat satu kemenangan buat rakyat Palestin yang telah lama ditindaih...

Pengguna Facebook La Nih Boleh Menambah Dan Mengubah Warna Background Statuih

Posted: 24 Dec 2016 03:32 AM PST


la nih laman so sial Facebook yang memiliki lebih kughang 2 bilion pengguna aktif melangkah setapak lagi apabila memperkenaikan kemaskini terbaharu yang membolehkan pengguna memuat naik statuih de...

Lelaki Yang Matang Takkan Buat 8 Perkara Ni

Posted: 24 Dec 2016 03:12 AM PST


1 Lelaki yang matang takkan kutuk penampilan kau 2 Dia takkan ganggu ruang peribadi kau 3 Dia takkan larikan diri dari masalah 4 Dia tak pikiaq tunjukkan perasaan tu tanda kelemahan 5 ...

myartis.com

Posted: 25 Dec 2016 02:00 AM PST

myartis.com


3 GAMBAR TERKINI ANAK KEDUA ALMY NADIA & FIZZ FAIRUZ

Posted: 24 Dec 2016 06:30 PM PST



Gambar-gambar terkini anak kedua kepada pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang lahir pada 26 September lalu.

Sehingga kini, pasangan sama cantik sama padan ini belum lagi mendedahkan wajah penuh kedua mereka.

Menerusi komen di laman Instagram Almy, kami difahamkan bahawa nama anak kedua mereka ini adalah Aurora. Jika benar anak kedua Almy dan Fizz ini Aurora, sedap nama ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

11 GAMBAR - FATHIA LATIF TUNAI UMRAH BERSAMA KELUARGA

Posted: 24 Dec 2016 03:37 PM PST



Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff bersama keluarganya telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

Fathia sebelum ini berkata yang dia akan menggunakan peluang yang diberikan untuk menjadi tetamu Allah pada kali ini sebaiknya untuk mendekatiNya serta melakukan sebanyak mungkin ibadah.

Alhamdulillah... semoga mereka mendapat umrah yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment