Dato Boy Iman Kini Bergelar Doktor Posted: 25 Dec 2016 10:22 PM PST Siapa sangka dalam diam pelakon Dato Boy Iman menyambung pelajaran dan kini sudah bergelar Doktor. Berita itu mula menarik perhatian ramai apabila Dato Boy Iman memuat naik foto ketika majlis konvokesyen beliau.  Menurut Dato Boy Iman, beliau pernah gagal dalam pengajian sebelum ini tetapi ia bukanlah penghalang untuk beliu terus berusaha demi masa depan yang lebih baik. Saya memang sudah sambung belajar sejak 2013. Walaupun pernah gagal tetapi saya mesti usaha dalam apa cara sekalipun untuk habiskan pengajian ini.  Program yang saya ikuti ini pengajian jarak jauh (PJJ), bagi saya ilmu itu penting untuk masa depan. Pada awal mengikuti kursus kedoktoran saya ambil bidang bisnes namun saya tak dapat nak bawa, jadi saya buat keputusan untuk tukar ke bidang sosial dan kemanusiaan. Bidang yang saya ambil ini buat research untuk thesis dan assignment. Alhamdulillah syukur dengan ada bantuan kefahaman pensyarah saya dapat habiskan pengajian saya. Dalam proses nak habis tu ada jugalah saya mendapatkan bantuan dengan memberikan upah untuk check susunan ayat Bahasa Inggeris.  Tahniah kami ucapkan kepada Dato Dr Boy Iman. Kegagalan lalu bukanlah penamat kehidupan anda, kekal cekal dan jangan berputus asa untuk terus berjaya. Sumber Berita : Media Hiburan |
Rumah Tangga Adi Putra Bersama Isteri Kedua Didakwa Bermasalah? Posted: 25 Dec 2016 06:10 PM PST Baru-baru ini kita tersenyum gembira buat Adi Putra yang khabarnya bakal menimang cahaya mata bersama isteri keduanya, Norshahida. Bahkan Adi juga memberitahu beliau sudah berdebar menanti kelahiran anaknya nanti.  Namun, terkejut kami mendengar satu khabar angin mengatakan Norshahida sebenarnya keguguran ketika usia kandungan beliau mencecah lima minggu. Walaubagaimanapun, perkara ini dirahsiakan sedangkan keguguran itu berlaku beberapa bulan lalu. Menurut sumber berkenaan kepada Raja Mawar menerusi sebuah ruangan di Bipop, rumah tangga Adi dan Norshahida juga sedang bergolak tetapi tidak pasti apakah punca utama masalah mereka berdua.  Hmmph, jika berita ini benar, kami harap Adi Putra dan Norshahida dapat menempuhi ujian didalam rumah tangga mereka dengan tabah. Soal jodoh dan zuriat semuanya terletak di tangan Tuhan. Harapnya tuan empunya badan dapat tampil untuk menjelaskan perkara sebenar juga agar tiada spekulasi liar yang tercetus. Sumber Berita : Bipop Berita Harian Akhirnya, impian anda untuk bergaya dengan iPhone 7 bakal menjadi kenyataan. Tak perlu keluarkan sebarang duit untuk membelinya. Ingat lagi tak tentang applikasi MANIS yang pernah Abang Nara kongsikan dulu? Ala app yang boleh upload semua gambar resit pembelian korang tue. Diorang tengah nak hadiah 3 buah iPhone 7 kepada 3 pengguna bertuah yang melakukan 3 langkah di bawah ini. 1. Download applikasi MANIS di sini https://bnc.lt/AwKm/2WipxOYily 2. Gunakan applikasi MANIS ini sebanyak kali yang mungkin 3. Ajak mak/ayah/gf/bf/adik/abang/kakak anda untuk sama-sama download applikasi MANIS Tak ada kena beli apa-apa, tak ada kena keluarkan duit sesen pun. Korang cuma perlu buat 3 langkah di atas dan terus ada peluang besar untuk dapatkan iPhone 7. Takkan tak nak kot? Abang Nara dah mula mengajak geng-geng di Facebook untuk download applikasi MANIS. Free iPhone sapa tak nak wei!!! Good luck and all the best. |
Mempunyai Ramai Peminat Wanita : Zarul Umbrella Akui Isteri Tidak Cemburu Posted: 25 Dec 2016 05:46 PM PST Penyanyi Zarul Umbrella nampaknya sudah semakin popular dan kembali hangat didalam industri muzik tanah air. Tidak dinafikan beliau mempunyai jumlah peminat yang ramai dan turut menjadi digilai gadis-gadis diluar sana.  Zarul akui beliau menerima pelbagai komen dan "godaan" di media sosial tetapi perkara itu sedikit pun tidak mengundang rasa cemburu didalam hati isterinya. Menurut Zarul, isterinya seorang yang cukup memahai kerjaya beliau sebagai artis. Untungnya dia tidak pernah cemburu bila melihat komen-komen peminat atau berita ‘panas’ di media sosial. Kalau cemburu mungkin agak susah juga tetapi nampaknya setakat ini, dia sentiasa faham dan menyokong kerjaya seni saya sama macam dulu juga. Dia sendiri boleh tahu itu komen daripada peminat. Tak mungkin perkara tersebut akan menjadi isu besar pada kami berdua.  Tambah Zarul, beliau sesekali tidak akan terbuai dengan populariti yang beliau ada sekarang kerana sudah merasakan pengalaman seperti ini dahulu ketika bersama kumpulan Umbrella. Buat beliau, populariti itu bukanlah sesuatu yang kekal. Saya pernah popular dan digilai satu masa dahulu. Bila senyap, terus tak dikenali beberapa tahun lamanya. Pendek kata saya sudah rasa putaran roda itu. Tak ada apa yang akan berubah dengan peribadi saya termasuklah dalam soal wanita.  Berjaya mana pun kita, jangan pernah lupa diri. Sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Kami sokong dengan kata-kata Zarul Umbrella yang populariti itu tidak kekal lama. Sumber Berita : Utusan Online |
Zulin Aziz “Redha” Digelar Gemuk Oleh Netizen Walaupun Berat Badan Sudah Susut Posted: 25 Dec 2016 09:57 AM PST Perubahan Zulin Aziz dalam usaha untuk menurunkan berat badannya harus dipuji kerana beliau kelihatan cukup berbeza sekali dan kini tampil lebih sihat dengan susuk tubuh yang langsing.  Walaubagaimanapun, entah kenapa sesetengah netizen masih lagi mengkritik beliau gemuk meskipun berat badan beliau susut sebanyak 10 kilogram. Menurut Zulin, beliau tidak dapat puaskan hati semua pihak dan "redha" dengan mereka yang meghina beliau. Kalau saya kurus pun belum tentu mereka berhenti menghina saya. Kita bukan boleh puaskan hati semua orang dan ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Pada saya, mereka (netizen yang mengutuknya) ini mungkin ada banyak masa terluang untuk menghentam orang dan menjadikan perbuatan itu sebagai aktiviti pada masa lapang. Jadi, saya redha sahajalah. Nak cakap banyak pun tidak guna.  Janganlah membunuh orang dengan kata-kata negatif. Sepatutnya kita harus memberikan sokongan moral buat Zulin Aziz yang berpenat lelah berusaha untuk kekal lebih sihat. Bukan mudah untuk beliau tampil langsing seperti sekarang. Sumber Berita : Kosmo |
Saya Tidak Mahu Dikenali Kerana Kontroversi – Tania Hudson Posted: 25 Dec 2016 09:36 AM PST Minggu lepas, nama Tania Hudson tiba-tiba menjadi hangat serta bualan ramai kerana dakwaan sebagai orang ketiga punca hubungan Fattah Amin dan Neelofa retak.  Sehingga hari ini beliau masih dikecam sesetengah pihak meskipun sudah menafikan gosip liar tersebut. Tidak kurang juga, ada yang mengkritik Tania cuma ingin meraih publisiti murahan. Namun, Tania memberitahu beliau sama sekali tidak ingin dikenali kerana kontroversi hangat. Saya tidak mengejar populariti, malah tidak mahu dikenali dengan cerita negatif. Bagi saya, populariti dan kejayaan hanya datang bersama kerja keras dalam lakonan. Saya tidak lihat kontroversi ini bagus untuk perkembangan kerjaya seni.  Tania tidak tertekan dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Walaubagaimanapun, beliau tidak boleh bertolak ansur apabila ada yang turut mengheret nama kakaknya, Natasha Hudson dalam kontroversi berkenaan. Tindakan itu seakan mencemarkan maruah keluarganya. Ditanya jika beliau ingin mendapatkan penjelasan Fattah ataupun Neelofa berhubung kontroversi mereka bertiga, Tania menjawab beliau tidak perlu berbuat demikian kerana tidak mahu memperbesarkan hal tersebut. Saya rasa tidak perlu memperbesarkan lagi perkara ini dengan mendapatkan penjelasan mana-mana pihak. Saya percaya, gosip dan kontroversi ini akan berlalu dengan begitu saja nanti. Saya sudah masak dengan permainan gosip dan kontroversi yang kebiasaannya dicetuskan berdasarkan perkara tidak sahih.  Apa berlaku antara Fattah dan Neelofa adalah ketentuan takdir dan hanya mereka berdua tahu sebabnya. Sudah tiba masa untuk peminat mereka berdua menerima hakikat mereka tidak semestinya bersatu seperti didalam drama. Sumber Berita : Berita Harian |
Amyra Rosli Nafi Amar Baharin Seorang Suami Yang Kuat Cemburu Posted: 25 Dec 2016 08:52 AM PST Lumrah pengantin baharu, pasti kemana sahaja hendak berdua bukan? Begitulah juga dengan pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin yang tidak boleh berpisah. Mereka sering tampil bersama dalam mana-mana acara.  Dek kerana perkara itu, ada pula yang melabelkan Amar sebagai seorang suami yang kuat cemburu. Namun, Amyra tidak kisah jika ada yang berkata begitu, buat Amyra beliau senang dengan kehadiran suami di sisi yang menyokong setiap perkara yang beliau lakukan. Saya tidak peduli jika ada pihak yang menuduh Amar kuat cemburu atau apa saja. Lagipun dia bukan setiap masa bersama saya. Jika ada kelapangan Amar memang akan ke mana-mana bersama saya. Begitu juga saya yang akan ikut Amar menghadiri mana-mana majlis jika ada masa terluang. Saya anggap tindakan Amar itu sebagai suami yang menyokong isteri dan sentiasa bersama isteri dalam apa juga keadaan. Saya akui Amar seorang yang sangat ‘supportive’ dan saya selesa jika dia menemani saya ke mana-mana walaupun dalam masa sama ibu turut menemani saya.  Biarlah Amyra Rosli dan Amar Baharin merasa nikmat dan manisnya bergelar suami isteri. Rasanya mereka yang melihat kemesraan mereka berdua ini yang cemburu sebenarnya. Hehe.. Sumber Berita : Harian Metro |
Juliana Evans Nafi Bakal Berkahwin Dengan Tengku A Posted: 25 Dec 2016 08:45 AM PST Beberapa hari lepas, sebuah portal melaporkan pelakon cantik, Juliana Evans bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang merupakan kerabat diraja Selangor, Tengku A pada tahun depan.Gosip berkenaan mula timbul apabila ada yang mengatakan Juliana sudah mula membuat persiapan perkahwinan termasuk menempah kain pasang untuk baju perkahwinannya nanti.  Difahamkan, Juliana juga enggan melangsungkan pertunangan dan terus bernikah nanti. Walaubagaimanapun, Juliana yang terkejut mendengar khabar angin berkenaan menafikan beliau bakal mendirikan rumah tangga.  Saya terkejut apabila cerita ini keluar. Sejujurnya, saya tidak membuat sebarang persiapan perkahwinan bahkan tentang kain pasang itu juga adalah tidak benar sebab saya tidak memilih apa-apa kain untuk majlis perkahwinan. Semua cerita tersebut tidak benar. Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita tersebut. Sudah tentu saya ingin mengikat tali pertunangan dulu dengan pasangan.  Menurut Juliana, jika beliau benar-benar ingin berkahwin, pasti beliau tidak akan mengumumkan berita gembira tersebut. Sumber Berita : Kosmo |
Memang Che Ta Banyak Bantu Kewangan Keluarga Tapi Tidak Bermakna Saya Tidak Sumbang Apa- Apa – Zain Saidin Posted: 25 Dec 2016 08:15 AM PST Berkahwin dengan seorang wanita berjaya seperti Rozita Che Wan membuatkan pelakon Zain Saidin sering dikatakan menumpang populariti dan kemewahan Che Ta lebih-lebih lagi Zain juga mampu untuk tampil dengan gaya yang agak mewah.  Ramai yang tertanya apakah pekerjaan yang dilakukan oleh Zain untuk mempunyai kehidupan sebegitu dan adakah benar beliau terlalu bergantung kepada isteri. Mengakui sering menerima persepsi sebegitu daripada masyarakat, Zain memberitahu beliau tidak berkecil hati. Saya dengan Che Ta memang bagai langit dan bumi. Saya suaminya, tetapi dari dalam banyak hal, dia memang kelihatan lebih daripada saya. Itu adalah hal yang tak dapat saya nafikan sama sekali. Memang Che Ta banyak membantu dalam soal kewangan keluarga kami.  Sebagai suami, saya juga ada misi untuk keluarga di mana kalau boleh, saya sendiri mahu sara isteri dan anak. Impian saya, mereka tak perlu lagi bekerja suatu hari nanti. Cuma buat masa sekarang, rezeki Che Ta tengah hebat, kenapa perlu disekat-sekat? Saya sendiri sedar perlu kena berusaha lebih keras dan kalau orang masih mahu bercakap mengenai saya sekali pun, saya tak boleh buat apa, biarkanlah mereka asalkan saya tahu apa yang saya buat. Tambah Zain, beliau memang tidak begitu menyerlah dalam dunia lakonan namun tidak bermakna beliau menumpang hasil isterinya.  Tak patutlah kata saya menumpang Che Ta kerana orang lain pun tahu yang saya juga ada kerjaya sendiri. Ya, saya tak menyerlah dalam bidang lakonan, malah saya juga sudah kurang untuk berlakon. Tetapi tak bermakna saya tak ada kerja. Saya usahakan ZapatoS dan saya akui, tak pandai nak cari media untuk raih publisiti. Bukan saya ego, tetapi saya segan dan tak nak orang nampak saya lemah terhegeh-hegeh cari media. Melainkan kalau saya dipanggil atau diminta untuk hadir sesi fotografi, saya akan kejar peluang dan pergi. Che Ta pula beruntung kerana apa sahaja yang dilakukan, ramai yang memang akan ambil tahu dan itu satu kelebihan dia.  Biasalah tu Zain, kalau isteri yang lebih daripada suami pasti ada sesetengah pihak yang mengata mereka menumpang hasil isteri. Bersabarlah, buktikan anda mampu berjaya juga selepas ini dan menutup semua mulut yang mengkritik anda bergantung dengan Che Ta. Sumber Berita : Utusan Online |
No comments:
Post a Comment