Wednesday, 21 December 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 21 Dec 2016 11:56 AM PST

MySensasi


Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Akasia TV3

Posted: 21 Dec 2016 08:47 AM PST

Nantikan kemunculan Ashraf Muslim dan Janna Nick dalam Drama Biar Aku Jadi Penunggu. Adakah ini cerita seram sebab mereka akan jadi penunggu? Tidak sekali kerana ini adalah cerita cinta yang diadaptasi dari novel karya Arsha. Drama Biar Aku Jadi Penunggu akan bersiaran sebanyak 28 episod bermula 26 disember 2016 di slot Akasia TV3. Isnin hingga …

The post Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Akasia TV3 appeared first on Info Semasa.

Pelakon Dan Sinopsis Diari Cinta Kita TV9

Posted: 21 Dec 2016 05:41 AM PST

Siapa pernah menulis didalam diari? Pasti semua orang pernahkan. Tapi bukanlah berkaitan diari anda tetapi tentang drama di slot Azalea TV9 yang bertajuk Diari Cinta Kita. Akan bersiaran setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam bermula 16 Disember 2016 sebanyak 20 episod. Siapakah pelakon yang akan menjayakan drama Diari Cinta Kita ini ? . Senarai …

The post Pelakon Dan Sinopsis Diari Cinta Kita TV9 appeared first on Info Semasa.

Senarai Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016

Posted: 20 Dec 2016 09:03 PM PST

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 atau ABK2016 akan diadakan pada 23 Disember 2016. Senarai akhir pencalonan anugerah utama juga telah diumumkan cuma menanti keputusan siapakah pemenangnya pada jumaat ini di Geno Hotel Subang Jaya. Berdasarkan senarai calon akhir Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016, JDT dan Kedah mendominasi pencalonan. Kedua pasukan itu mempunyai calon dalam …

The post Senarai Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 21 Dec 2016 10:22 AM PST

KedahLanie.info


Mufti Pulau Pinang mahu PBB hentikan segera campur tangan asing di Syria

Posted: 21 Dec 2016 01:05 AM PST

 
Majlis Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mendesak kuasa-kuasa asing mengundurkan tenteranya dalam konflik yang berlarutan di Syria, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

"Campur tangan pihak-pihak asing terutama Amerika Syarikat, Rusia, Iran dan Arab Saudi, sama ada secara langsung atau menerusi proksi masing-masing hanya menambahkan kekusutan dan kecelaruan situasi di negara berkenaan.

"Saya berpendapat Majlis Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu segera bersidang untuk mendesak negara kuasa besar mengundurkan tentera masing-masing.

"Cukuplah, hentikan segera campur tangan dalam krisis tersebut," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Selain itu beliau turut menggesa Presiden Bashar Al-Asad mengadakan pungutan suara segera degan pengawasan dan pemantauan suruhanjaya bebas yang dibentuk PBB sendiri.

"Dari situ kesemua pihak yang terlibat mestilah menghormati kehendak rakyat Syria," katanya.

Beliau turut menggesa umat Islam di negara ini agar tidak berdiam diri sekali gus menghulurkan bantuan bagi membantu rakyat Syria yang sedang menderita.

Katanya, masyarakat termasuk bukan muslim serta pihak kerajaan harus menghulurkan bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban mereka.

"Bantuan boleh disalurkan menerusi pertubuhan sukarela seperti Aman Palestin, Global Peace, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), ISMA dan sebagainya.

"Sikap mendiamkan diri dalam isu sebegini mungkin disalah anggap oleh sesetengah orang dengan beranggapan kita tidak mempunyai kepekaan terhadap nasib malang yang menimpa saudara seagama," katanya.

Tambah Wan Salim, bagi mengulas isu 'peperangan saudara' di Syria bukanlah sesuatu yang mudah.

"Banyak aspek yang perlu diambil kira untuk memahaminya secara tepat," jelasnya.

Pas tidak rancang wujudkan kerajaan campuran

Posted: 20 Dec 2016 11:48 PM PST

Idris Ahmad

SHAH ALAM - Pas menegaskan bahawa parti Islam itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14 nanti.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang perbincangan berhubung kerjasama diadakan dengan Umno memandangkan Pas kini komited bagi bersama dengan blok ketiga Gagasan Sejahtera.

"Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut memandangkan Pas kini komited bersama dengan Gagasan Sejahtera bagi menumbangkan Umno-BN pada PRU14 akan datang," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, ketua kepada sebuah NGO Melayu Islam mendakwa bahawa Pas dan Umno berkemungkinan akan berkerjasama bagi mewujudkan kerajaan campuran pada PRU14 akan datang.

Menyentuh mengenai perkara tersebut, Idris memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak berasas memandangkan Ibrahim bukan merupakan sebahagian daripada parti Pas mahupun Umno.

"Sebelum dia nak cakap begitu, dia kena tentukan dulu dia dari parti mana," katanya.

Dalam pada itu, Idris memaklumkan bahawa Pas akan menyokong Umno sekiranya mereka membawa perkara atau isu-isu yang membawa kebaikan kepada rakyat di negara ini.

Namun begitu, Idris menjelaskan bahawa Pas juga turut lantang menentang tindakan parti Melayu itu yang membebankan rakyat khususnya dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik (TPP), Rm2.6 bilion dan sebagainya.

"Apa yang membawa kebaikan kepada rakyat kita sokong namun apa yang membebankan rakyat kita akan lawan.

"Dan saya ingin jelaskan di sini yang tiada sebarang kerjasama lagi antara kedua pihak sehingga kini," katanya

Dengan SYIAH di Iran PAS boleh sepentas, takan dengan AMANAH tidak boleh pula..!!

Posted: 20 Dec 2016 11:18 PM PST

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaY-MhrKHawt5g2ugHGG2Ujnh7gZfo5_xR1cOI9YVdLMXx0qgLB26P1SebD4DI4eNslgPC7mueCi2ekJq4i0AEJNNrQ64fcMv-rsrRtayGmYTTzAnDOoXt94PICC0Wt3PE49cqM4H4RQ/s1600/Amanah-vs-PAS.jpg
1. Amanah Perlis sudah menganjurkan dua wacana. Pertama, tentang kebebasan beragama dan kedua, pelaksanaan hudud. Untuk kedua-dua wacana itu, saya telah menjemput pemimpin dan ahli Pas berstatus ustaz sebagai panelis. Jemputan saya tidak mendapat respon positif.

2. Antara alasan mereka ialah, pemimpin dan ahli Pas tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti anjuran Amanah. Alasan lain ialah pertembungan acara dan sebagainya. Itu alasan piawai.

3. Saya akan anjurkan lagi wacana ilmiah pada bulan Februari ini. Tujuannya ialah menganjak gaya tindakan masyarakat daripada pendekatan emosi dan sentimen dalam menangani sesuatu isu kepada pendekatan rasional dan ilmu.

4. Akan diusahakan wacana kali ini ada wakil daripada Pas. Bukan untuk mencari publisiti murah atau untuk melaga-laga, tetapi untuk menyuburkan budaya rasional dan ilmu. Topik perbincangan dan panelisnya akan ditetapkan sedikit masa lagi.

5. Saya pernah sebutkan kepada seorang pemimpin Pas sebuah negeri, saya dan pemimpin Amanah Perlis bersedia untuk hadir dlm sebarang wacana yang dianjurkan oleh Pas, asalkan tujuannya ialah menyemarakkan budaya rasional dan ilmu.

6. Perbezaan parti sepatutnya tidak menjadi halangan untuk orang Amanah dan Pas berada sepentas dan berwacana secara rasional mengupas isu-isu umat.

7. Jika presiden Pas boleh sepentas dengan syiah di Iran yang menyebelahi Basyar al-Asad membantai sunni di Aleppo, takkanlah pemimpin Pas yang lain tidak bersedia untuk sepentas dengan Amanah?

8. Bukankah kita semuanya sunni?

Ittihad Alami atau KUIS kecam Abdul Hadi ke perhimpunan antara mazhab di Tehran

Posted: 20 Dec 2016 09:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas disindir bekas Mufti Perlis, kali ini pemimpin tertinggi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) pula dilihat menempelak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Melalui kenyataan dimuat naik pada akaun Facebook KUIS, Dr Yusuf al-Qaradawi dilaporkan mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mahzab di Tehran.
Pertemua Abdul Hadi dengan Ali Khameini di Tehran dalam Perhimpunan Antara Mazhab.
Kata Yusuf, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.

"KUIS mengutuk ziarah ini yang dilakukan pada waktu ini (ketika puak Syiah dan Sunni berperang), dan ia dianggap ziarah yang tidak boleh diterima daripada mana-mana pihak pimpinan di dalam KUIS.

"Kunjungan berkenaan tidak dianggap mewakil KUIS tetapi atas kapasiti peribadi sahaja.

"Ketika ini KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi untuk menarik diri daripada kunjungan yang tidak pernah dipersetujui ini, tidak kena pada masanya dan tidak juga pada tempatnya!" kata kenyataan berbahasa Arab berkenaan.

Abdul Hadi berkunjung ke Tehran untuk menyertai persidangan anjuran kerajaan negara berkenaan tetapi mula mendapat kecaman beberapa pihak sejak kelmarin, lapor Malaysiakini hari ini.

Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kemudian membuat kenyataan mendakwa pemergian Presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Abdurrahman, kata Samsuri, adalah tokoh Sunni dan dilantik Yusuf.


Tambahnya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.

"Abdul Hadi juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (nama Arab untuk KUIS) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.

"Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi," katanya.

Sebelum itu Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa"kemaluan dan kesipuan" membaca catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung kehadiran Abdul Hadi di ibu negara Iran berkenaan.

Dalam konflik berpanjangan di Syria, Iran dianggap satu daripada negara yang menyumbang serta menyokong Presiden Bashar al-Assad menentang pemberontak di negara berkenaan.

Rejim Bashar baru saja kembali menguasai Aleppo selepas wilayah itu dikuasai kumpulan pemberontak sejak perang saudara meletus.

Ketika Kerajaan Syria dianggap mewakili puak Syiah, pemberontak pula terdiri daripada kalangan pengikut Sunni menjadikan konflik berkenaan ditafsir sebagai perang antara mazhab.

Satu lagi negara yang menyokong Bashar ialah Russia.

Isu berkenaan menjadi lebih menarik perhatian apabila sebuah laman sesawang dikaitkan dengan Abdul Hadi, ulamasedunia.org, memuat naik artikel berjudul "Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang wakili KUIS ke Tehran bawa mesej umat Islam" dua hari lalu.

Bagaimanapun semakan hari ini mendapati kandungan artikel itu sudah dipadamkan.

Untuk makluman, Abdul Hadi adalah Naib Ketua KUIS.

Dalam kenyataan KUIS lagi, turut mengutuk keras Abdul Hadi ialah Ali Qaradaghi sendiri, iaitu tokoh yang dipetik namanya oleh Samsuri dalam kenyataannya kelmarin.

"Dalam usaha menyatukan umat Islam, KUIS juga mengambil pendirian jelas menentang kerakusan projek perpecahan Iran, dan tidak melupakan musibah yang dilalui oleh umat kita (Sunni), serta pertumpahan darah di Aleppo, juga jutaan rakyat Syria yang terbunuh, tercedera, ditawan, dan kehilangan rumah di seluruh Syria," kata kenyataan itu lagi.

Gunasekaran dibebaskan pertuduhan bunuh Kevin Morais

Posted: 20 Dec 2016 08:30 PM PST

 http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/12/kevin-morais_law_tong_600.jpg
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskan G.Gunasekaran, tertuduh kedua dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, daripada pertuduhan membunuh mendiang.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin memaklumkan Gunasekaran telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan menyembunyikan mayat dan melupuskan kereta Kevin Morais.

"Tertuduh telah mengaku bersalah di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan. Pohon pertuduhan ke atas Gunasekaran di bawah Seksyen 302 kanun yang sama ditarik balik," katanya.

Sebelum ini, Gunasekaran, bersama-sama lima lelaki, R. Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 26, M. Vishwanath, 26, S. Nimalan, 23, dan S. Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais yang dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya Sentul ke No. 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015.

Pakar patalogi, Dr K. Kunaseegaran, 53, pula mengaku tidak bersalah bersubahat dengan enam lelaki itu membunuh Kevin, 55, di tempat, tarikh dan pada masa yang sama.

Dr Kunaseegaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun sama manakala Gunasekaran dan lima lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Saiful Edris turut memaklumkan Gunasekaran, 48, akan menjadi saksi pihak pendakwaan dan akan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan esok.

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bermula dari tarikh tangkap pada 15 September 2015 terhadap Gunasekaran selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan menyembunyikan mayat Kevin Morais dan menghapuskan kenderaan lelaki itu mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Gunasekaran didakwa bersama-sama Ravi Chandaran dan Nimalan dengan niat bersama telah menyembunyikan mayat dan menghapuskan kenderaan nombor plat WA 6264Q itu dengan niat untuk mengelak enam tertuduh, Ravi Chandaran, Nimalan, Thinesh Kumar, Vishwanath, Dinishwaran, Dr Kunaseegaran daripada seksaan undang-undang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dari Jalan Dutamas 1, di sini ke ladang kelapa sawit Kampong Sungai Samak, Hutan Melintang, Hilir Perak, Perak, antara pukul 7 pagi 4 Sept 2015 hingga 2 pagi 5 Sept 2015.


Tertuduh dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Hadi pertahan tindakannya kunjungi Iran

Posted: 20 Dec 2016 07:34 PM PST

 Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendiriannya bahawa Iran tidak membuat kenyataan mengeksport revolusi Islam Syiahnya, sebaliknya Iran hanya mengajak negara Arab yang berjiran bersatu menentang Israel dan membebaskan diri mereka daripada kuasa asing.

Justeru Abdul Hadi mempersoalkan mengapa mazhab Syiah di dalam masyarakat Sunni yang sudah wujud lebih daripada seribu tahun itu tidak pernah menghalang kemajuan Islam di seluruh pelosok dunia, tiba-tiba kini ujarnya, ditiupkan api permusuhan untuk menumpahkan darah dalam umat yang satu kiblatnya?

"Dahulunya berkhilaf secara ilmu sahaja tanpa berpisah dalam satu umat, tiba-tiba sekarang dianggap seperti agama yang berbeza.

"Pas adalah Melayu Islam yang tidak mudah lupa. Ketika berlakunya Perang Teluk yang pertama 1980, apabila Saddam Husain menyerang Iran dengan bantuan negara Barat dan Negara-Negara Arab, Pas menyokong Iran, lalu kami dituduh sudah menjadi Syiah.

"Selepasnya Saddam berpaling tadah menyerang Kuwait, negara-negara Arab menjemput bala tentera Amerika dan sekutunya menyerang Iraq.

"Pas menentang jemputan yang haram itu dan berpihak kepada menentang campur tangan asing bersama semua Parti Islam, bukan kerana sudah masuk Parti Baath bersama Saddam.

"Sebabnya ialah kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit."ujarnya dalam kenyataan yang disiarkan Harakah Daily hari ini.

Abdul Hadi dikecam oleh beberapa pihak sejak dua hari lalu ekoran kunjungannya ke Tehran untuk menyertai persidangan anjuran kerajaan negara berkenaan.

Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dipetik berkata, kenyataan mendakwa pemergian presiden Pas itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Abdurrahman, adalah tokoh Sunni dan dilantik Dr Yusuf al -Qaradawi selaku Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (Kuis).

Bagaimanapun Yusuf dalam satu kenyataan menempelak tindakan Abdul Hadi yang juga Naib Presiden Kuis kerana lawatan itu dilakukan ketika mazhab Syiah dan Sunni berperang dan dianggap ziarah itu tidak boleh diterima dikalangan pimpinan Kuis.

Tambah Dr Ahmad Samsuri lagi, kehadiran Abdul Hadi itu supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.

"Beliau juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (nama Arab untuk Kuis) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lalu, dengan hujah di atas.

"Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi," kata Ahmad Samsuri.

Dalam konflik berpanjangan di Syria, Iran dianggap satu daripada negara yang menyumbang serta menyokong Presiden Bashar al-Assad menentang pemberontak di negara berkenaan.

Rejim Bashar baru saja kembali menguasai Aleppo selepas wilayah itu dikuasai kumpulan pemberontak sejak perang saudara meletus.

Ketika kerajaan Syria dianggap mewakili puak Syiah, pemberontak pula terdiri daripada kalangan pengikut Sunni menjadikan konflik berkenaan ditafsir sebagai perang antara mazhab.

Satu lagi negara yang menyokong Bashar ialah Russia.

Ikuti teks penuh kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang disiarkan di Harakah Daily hari ini: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43626-siapa-di-sebalik-krisis-syria-iraq-dan-lain-lain

Isu bergambar dengan Rabi yahudi, Dr Maza menjawab fitnah golongan yang cuba pertahankan ketua mereka

Posted: 20 Dec 2016 07:24 PM PST

Politik Ulama

Saya pada awalnya, tidak mahu mengulas isu kehadiran 'orang politik' beramah mesra dengan ayatullah yang sedang meraikan pembunuhan rakyat Syria. Saya anggap itu adalah langkah politik yang selalu berlaku di mana-mana. Malangnya, gambar bersama seorang rabi yahudi saya semasa di Oxford beberapa tahun digunakan untuk serangan peribadi oleh geng parti berkenaan. 

Padahal saya sepatah pun tidak berkata apa-apa. Untuk pengetahuan, saya bukan orang politik. Gambar berkenaan saya ambil semasa menghadiri seminar anjuran Haron Yahya dari Turkey tentang Al-Quran and Science. Rabi itu juga hadir sebagai pembentang. Namanya Rabbi Abrahamson. Dia selalu bela rakyat Palestin dan sekarang dia sedang membela rakyat Syria. Ramai orang Arab ikuti fb beliau. Dia selalu bela nasib umat Islam. Di situ ada sedikit perbezaan dengan Khameini yang membunuh dan menyembelih umat Islam di Syria.

Namun saya katakan, sesiapa yang kritik orang politik ke Iran tak faham style politik sebenarnya.

Apakah yang hendak kita hairan dengan sesetengah ahli politik?! Jika semalam mereka memarahi orang bersalaman dengan Netanyahu kerana membunuh rakyat Palestin, hari ini mereka menghalalkan pemimpin mereka bersalaman mesra dengan pembunuh rakyat Syria.

Apa yang hendak kita pelik?! Tidakkah semalam mereka yang mengkafirkan parti dan pengikut parti tertentu sehingga tidak boleh berimam, tidak boleh makan sembelihan, tidak hadir kenduri, tidak boleh berkahwin dan segalanya. Ketika itu katanya : "kita menentang parti tersebut kerana parti itu dasar kafir dan jahiliah. Masuk ke dalam parti itu ertinya meredhai kekafiran". 

Akibatnya, solat 2 imam, terputus hubungan silaturahim, berberantakan rumah tangga BAHKAN ada yang mati terkorban bertempur sesama muslim. Akibat seruan 'perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan jika kita mati menentang puak-puak ini mati kita adalah mati syahid, mati adalah mati Islam".

Hari ini, setelah segala kerosakan berlaku, lidah yang sama menyebut 'Islam tidak menyuruh kita menumbangkan kerajaan', perpaduan sesama Islam itu lebih penting, 'kita ingin bekerjasama', 'politik matang' dan segalanya.

Dahulu, 'perlembagaan kafir, perlembagaan jahiliah'. Sekarang kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Maka, taqiyah Syiah dan nifaq orang politik tidak banyak jauhnya. Hari ini mereka bersalaman mesra dengan pembunuh yang sedang meraikan pembunuhan rakyat Syria. Besok mereka akan menangis di hadapan rakyat tentang nasib rakyat Syria. Barangkali ini yang dimaksudkan oleh Said Nursi: "Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik".

Dr. Maza

Hadi Dituduh Bersekongkol Dengan Penjenayah Dan Perogol Umat Islam Syria?

Posted: 20 Dec 2016 06:59 PM PST

Bekas mufti 'kesipuan' lihat Hadi di Tehran

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa 'kemaluan dan kesipuan' membaca suatu catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menulis di Facebooknya, Juanda berkata, maruah Malaysia ketika ini 'jatuh ke tanah di mana-mana' akibat penyertaan presiden PAS itu dalam persidangan antarabangsa di Iran.

Berkongsi status dibuat oleh seorang profesor dalam bidang hubungan antarabangsa, Juanda berkata, beliau tidak sanggup menterjemahkan kenyataan dibuat dalam bahasa Arab itu.


"Bagi yang sudi, pohon terjemahan teks catatan ini agar umat Melayu faham. Saya tak sanggup terjemah kerana herdikannya amat tajam..." katanya.

Juanda kini adalah ADUN Jemoreng di Sarawak mewakili BN.

Antara lain, Prof Dr Abd Al-Fattah El-Awaisi menyatakan tentang kemarahannya terhadap penyertaan Abdul Hadi dalam persidangan antara mazhab di Tehran.

Menurut maklumat pada laman sesawang Abd al-Fattah El-Awaisi adalah cendekiawan British berdarah Palestin dan berpengalaman mengajar di negara Arab, Britain, Turki dan Malaysia.

Kata Abd Al-Fattah, pemimpin yang berkunjung ke Tehran itu bersekongkol dengan penjenayah yang bertanggungjawab mencabul kanak-kanak dan wanita, selain pembunuh serta pihak yag terlibat dalam perang di Syria.

"Sesuatu yang amat memalukan dan buruk untuk sesiapa yang yang pergi ke Tehran, ibu negara musuh dan penjajah Iran dan menyertai persidangan anjuran mereka berkaitan Kesatuan Umat Islam.


"Persidangan ini telah dianjurkan oleh Institut Antarabangsa Bagi Penyatuan Mazhab Islam berakhir pada petang semalam (Sabtu 17/12/2016) dengan ucapan penutup telah disampaikan oleh ketua mereka yang juga merupakan penjenayah dan pembunuh iaitu Ayatullah Ali Khameini.

"Antara nama nama yang telah hadir pada persidangan ini seperti dilaporkan oleh media Iran ialah:-

1. Sheikh Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Malaysia (PAS) yang juga merupakan Naib Ketua bagi Kesatuan Ulama Sedunia. Beliau telah menyampaikan ucapan pembukaan persidangan ini pada hari khamis yang lepas (15/12/206).

2. Iddah Falahi yang diberikan gelaran sebagai 'Pemikir Al-Jazair' juga menyampaikan ucapan penutup pada persidangan ini.

3. Safinaz Kazim wakil dari Mesir

4. Uthman Batikh (Mufti Tunisia yang dilantik melalui Kedutaan Tunisia di Tehran).

"Kesemua mereka yang telah pergi ke Tehran ini bersekongkol dalam pencabulan gadis gadis kita dan wanita wanita kita, bersekongkol dalam jenayah pembunuhan dan penghancuran, bersekongkol juga dalam pembinasaan yang kesemuanya ini telah dilakukan oleh penjajah Iran terhadap Syria yang telah musnah.

"Tidakkah menjadi suatu yang amat memalukan dan buruk bagi mereka yang pergi ke Tehran dan khatib rasmi negara itu - Ayatullah Imami Kashani - telah berkata ketika khutbah jumaat: Sesungguhnya Halab (Aleppo) telah bebas dan orang Islam telah menang ke atas orang kafir?!!"
tulisnya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Katanya, Abdurrahman adalah tokoh Sunni dan dilantik Syeikh Dr Yusuf Qardhawi.

Katanya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.

"Selain dari itu Abdul Hadi juga menjelaskan isu-isu keganasan dan puncanya pada waktu ini.

"Beliau juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.

"Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi.

"Selain Abdul Hadi, antara tokoh Sunni yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia-Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Parti Saadat Turki, Sheikh Dr Taj El-Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.

"Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini memerlukan kupasan dan analisis lebih mendalam.

"Insya-Allah Abdul Hadi sendiri akan mengupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana media antarabangsa atau mana-mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas.

"Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan," katanya seperti disiarkan Harakahdaily. -mk



ULASAN GB

Satu ketika dahulu, heboh orang-orang PAS menuduh AMANAH sebagai Syiah sehingga Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ust Abd Ghani Samsuddin difitnah sebagai Syiah, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pun dituduh Syiah.

Malah sebelum itu pun isu Syiah dijadikan sebahagian dari kempen Geng Ulama untuk menyingkirkan golongan progresif semasa Muktamar ke 61 di kuala Selangor.

Kini semua fitnah dan tuduhan itu kembali kepada PAS semula.

Malah lebih dasyat apabila Prof Dr Abd Al-Fattah El-Awaisi menyatakan mereka itu bersekongkol dengan penjenayah yang bertanggungjawab mencabul kanak-kanak dan wanita, selain pembunuh serta pihak yag terlibat dalam perang di Syria.

Berikut pula ulasan Dr Rozaime Ramli:



Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Satu jari menunjuk orang lain, empat jari menunjuk kepada dirinya sendiri.

 http://greenboc.blogspot.my/2016/12/hadi-disifatkan-bersekongkol-dengan.html#more

MUJURLAH TUN M TIDAK HANYA BERMAIN DENGAN CUCU...

Posted: 20 Dec 2016 06:36 PM PST


Susulan bidasan Nazri Aziz yang menyifatkan era diktator Tun Mahathir Mohamad sudah berakhir dan mahu beliau hanya menghabiskan sisa-sisa usianya bermain dengan cucu, bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil masa yang panjang yang menjawabnya.

Dalam tulisan di blognya semalam untuk menjawan perkara itu, jelas kita dapat memahami betapa sayangnya Tun Mahathir kepada negara ini dan masa depan rakyatnya.

Sebagaimana beliau keluar daripada persaraannya untuk menyingkirkan Tun Abdullah Badawi kerana kerakusan "budak-budak tingkat 4" menguasai institusi Perdana Menteri ketika itu, kini misinya ialah untuk "menghalang Najib Razak daripada terus merosakkan negara".

Hakikatnya semua orang sedar timbunan perbuatan Najib yang memang merosakkan negara, tetapi tidak ada yang berani bersuara kerana lebih memikirkan poket, perut, jawatan dan dedak.

Di era Najib ini, sokongan kepada UMNO untuk kebaikan negara sudah bertukar menjadi sokongan kepada peribadi Najib untuk mengutip apa saja kepentingan peribadi yang boleh diraih.

Sehubungan itu, kita rakyat Malaysia yang berfikir tidak saja berkaitan poket, perut, jawatan dan dedak untuk diri sendiri, seharusnya bersyukur dengan sedianya Tun Mahathir kembali ke kancah perjuangan kerana kini lebih mungkin anak-anak dan cucu kita mempunyai masa depan yang lebih bahagia untuk mereka.

Jika Tun Mahathir hanya memikirkan tentang dirinya dan kepentingan masa depan anak-anaknya sambil mempunyai lebih banyak masa bemain dengan cucu, tentulah lebih baik baginya menjadi pendiam dan menyokong apa saja yang dilakukan Najib.

Tetapi, dengan terus berjuang dan menghadkan masa bersama cucu, beliau bukan saja hilang banyak kemeriahan di usia tuanya, bahkan masa depan anak-anaknya juga jadi tidak menentu.

Sebenarnya, inilah yang membezakan antara seorang tua berusia 91 tahun yang dalam nafasnya masih sayangkan negara berbanding orang lain yang hanya mampu berkata, "tak apalah sebab kini zaman Najib menguruskan negara."

Berdiam diri dengan kecurangan yang berlaku di depan kata, antaranya pembaziran, naik jet sesuka hati, 1MDB, ribu-ribu juta dalam akaun peribadi dan menambah hutang secara menggadai negara, lebih memungkinkan keadaan menjadi lebih buruk untuk masa depan negara.

Dengan hutang negara terus menimbun, bagaimanakah kita boleh berharap Najib mampu menyediakan peruntukan yang lebih baik untuk rakyat jelata?

Soalnya, mengapa Nazri tiba-tiba mahukan Tun Mahathir hanya bermain dengan cucu saja?

Tidakkah beliau juga pernah berkata Tun Mahathir sudah tua dan tidak berupaya pun memecahkan gelas dengan balingannya?

Jika baling gelas pun tak pecah, kenapa seolah-olah takut dengan terusnya Tun Mahathir berada dalam gelanggang perjuangan?

Mungkin Nazri mula sedar betapa tingginya penolakan rakyat kepada Najib ketika ini dan kedudukannya hanya dapat diselamatkan jika akhirnya Tun Mahathir memilih untuk berdiam diri dan hanya bermain-main dengan cucu-cucunya.

Dalam hal ini, rakyat Malaysia bukan saja harus berbangga, malah sepatutnya tiada pilihan selain bersama-sama menyokong perjuangan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara ini. Beliau kini bukan lagi berjuang untuk diri atau anak-anaknya, tetapi untuk masa depan anak-anak cucu kita semua.

Ia berbeza dengan Najib, perjuangannya kini hanyalah untuk menyelamatkan masa depan dan kedudukan peribadinya saja. Beliau tidak lagi menjadikan UMNO sebagai landasan membela rakyat, tetapi sebagai "kuda tunggangan" untuk keselamatannya.

Bayangkan berapa banyak lagi "bala" akan menimpa kita dan menjadi tatapan dunia kiranya Tun Mahathir lebih suka berdiam diri saja dan sayangkan cucu-cucunya melebihi sayangkan negara?

Sementara Tun Mahathir dengan senang hati melepaskan jawatannya secara sukarela pada 2003 kerana tiada apa-apa beban peribadi yang dipergantungkannya kepada UMNO, Najib sebaliknya paling takut masa depan peribadinya terhumban sama dengan kejatuhan UMNO.

Bagaimanakah rakyat dan negara boleh terus mengharapkan Najib membawa walau setitis kebaikan sedangkan masa depannya sendiri, anak-anak dan isteri lebih besar untuk diselamatkan lagi? (SH 21/12/2016).

Nazri tolak cadangan kerajaan Melayu Umno-PAS

Posted: 20 Dec 2016 06:27 PM PST

nazri
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan pembentukan kerajaan Melayu yang eksklusif dianggotai Umno dan PAS.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menjelaskan Barisan Nasional tidak akan berubah menjadi pakatan yang tidak mewakili semua rakyat Malaysia.

"Saya tak setuju. Kita dalam BN telah dididik tidak ada satu komuniti yang memerintah Malaysia tanpa penyertaan komuniti lain.

"Kerajaan Malaysia bukan sahaja kaum Melayu tetapi seluruhnya sama ada Cina, India, Iban atau Kadazan ialah orang kita.

"Respon kita (Umno) kepada Datuk Ibrahim Ali: Kita boleh kerja bersama kalau mereka sokong kepimpinan kita (BN), tapi secara ekslusif kerajaan Melayu, saya cakap tidak," katanya selepas merasmikan pameran wayang kulit di Muzium Negara, yang akan diadakan sehingga 28 Februari.

Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan, menjawab seruan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang meminta PAS supaya kekal menjadi parti bebas dan tubuhkan kerajaan Melayu yang eksklusif bersama Umno selepas pilihan raya umum nanti.

Ibrahim mencadangkan perdana menteri daripada Umno manakala timbalannya daripada PAS.

Ibrahim membantah kerjasama PAS dengan Pakatan Harapan kerana lebih wajar jika parti Islam itu bekerjasama dengan Umno.

Beliau sangat kuat merasakan BN akan menang Pilihan Raya Umum ke-14 walaupun dilanda krisis keyakinan, selepas kajian menunjukkan 90% menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nazri tidak bersetuju dengan kajian itu.

"Sudah pasti ini kerja pembangkang kerana mereka mahu menjatuhkan beliau.

"Tetapi pembangkang tidak monopoli pandangan dan perasaan rakyat terbanyak.

"Selain jentera BN yang lancar dan populariti wakil rakyatnya, rakyat sememangnya suka Najib.

"Beliau juga salah satu daripada faktor untuk kita menang pilihan raya umum akan datang."

Umno takut hilang undi orang Melayu

Posted: 20 Dec 2016 04:45 PM PST

Umno

ALOR SETAR – Umno didakwa sengaja memainkan isu perkauman kerana khuatir parti itu tidak mendapat kepercayaan dan sokongan lagi daripada majoriti orang Melayu pada PRU14 nanti.

Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, tindakan itu adalah keterlaluan dan cuba menghasut rakyat supaya tidak mengundi DAP dengan alasan kononnya hak dan keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) cuba menakutkan, mengeliru dan menghasut rakyat bahawa DAP adalah musuh terbesar dalam negara semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 baru-baru ini.

"Dikatakan kalau pilih DAP, maksudnya hak-hak dan keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan. Bukankah ini menghasut? Sebenarnya kalau kita dengar mesej Najib, dia bukan ambil kisah tentang orang Cina pun," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan semasa forum cerdas rakyat anjuran PKR Alor Setar di Dewan Kang Har Tong, Kampung Berjaya, di sini, kelmarin.

Menurutnya, Najib sedia maklum bahawa orang Cina sendiri sudah hilang keyakinan terhadap BN, MCA dan Gerakan. Malah ramai pengundi India juga tidak menyokong lagi MIC.

"Tetapi apa yang paling dia takut adalah sekiranya orang Melayu hilang keyakinan kepada Umno dan BN. Sebab itu dia menggunakan perkauman untuk menakutkan orang Melayu.

"Kalaulah orang Melayu, dia nak serang pun mungkin PKR, Amanah dan Parti Bersatu. Kalau rakyat sokong pembangkang, maksudnya sokong DAP. Itulah niat mereka di sebaliknya. Tetapi sangat penting untuk kita memperbetulkan pandangan penipu ini," katanya.

Ahli Parlimen Alor Setar itu turut menegaskan bahawa DAP bukanlah parti anti Islam dan anti Melayu seperti yang didakwa Umno dan BN.

"Ini semua rekaan dan pembohongan. Saya sendiri pun baru dapat tahu apabila insiden Memali berlaku pada 1985, DAP lah parti pertama yang membangkitkan isu ini.

"Saya pun baru dapat tahu, dulu bapa saya adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera. Sehari selepas kejadian Memali, beliau telah pun menggerakkan satu usul tergempar di Parlimen untuk menyoal kerajaan tentang insiden Memali," katanya.

Pemilik tawar air nira asli kepada pengunjung

Posted: 20 Dec 2016 03:40 PM PST

Pemilik tawar air nira asli kepada pengunjung

YAN - Pelancong tempatan mahu pun pelancong asing kini boleh merasai pengalaman unik menikmati kesegaran air nira asli yang hanya terdapat di ladang nipah di Kuala Sedaka, di sini.

Pemilik, Ismail Che Kar, 49, yang sudah 25 tahun mengusahakan ladang berkenaan berkata, dia menyediakan tempat santai untuk pengunjung menikmati air berkenaan di halaman rumahnya berlatar belakangkan pohonan nipah.

Menurutnya, air nira itu mampu menyegarkan badan dan menambah tenaga untuk menjalani rutin harian.

"Air nira menjadi minuman harian saya sejak berusia enam tahun lagi.

"Jika sehari tidak minum saya seakan rasa tidak puas dan tidak pernah jemu minum air nira," katanya.

Ismail berkata, daerah Yan amat sesuai untuk tanaman pokok nipah memandangkan keadaan tanahnya yang berpaya dan terletak berhampiran laut menyebabkan tanaman ini hidup subur.

"Tidak hairanlah kebanyakan penduduk di sini menanam pokok nipah di halaman rumah masing-masing," katanya.

Komersialkan ladang nipah

Bagi mempromosikan minuman kegemarannya itu, dia bersama isterinya, Rohani Ali, 48, berhasrat menaik taraf ladang berkenaan dengan mencantikkan kawasan ladang yang berpaya kepada sebuah taman yang indah.

"Kebiasaannya orang anggap ladang nipah sebagai kawasan berpaya dan penuh semak, namun kami cuba buat kelainan dengan menambak kawasan paya ini dengan tanah dan pasir menjadi kawasan yang rata dan kering," katanya.

Katanya, untuk mengindahkan persekitaran pelbagai jenis tanaman hiasan ditanam selain menyediakan beberapa meja makan.

"Saya bersyukur sejak dibuka pada tahun 2009, sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan sehingga tidak menang tangan melayan pengunjung dari pelusuk negeri.

"Pengunjung bukan sahaja boleh menikmati nira, malah dapat merasai keenakan laksa Kedah, hasil air tangan isteri," katanya.

Pelancong asing rasai keenakan air nipah

Sementara itu, Rohani berkata, persiapan memasak laksa dan bihun goreng dilakukan seawal 9 pagi sebelum memulakan perniagaan sekitar 11.30 pagi.

"Ladang ini hanya mampu menampung seramai 100 pelanggan pada satu masa, namun mereka sanggup menunggu giliran jika tempat duduk penuh terutamanya pelanggan yang datang secara berkumpulan," katanya.

Menurutnya, jumlah pengunjung bertambah setiap kali cuti hujung minggu atau cuti umum.

"Lebih 200 bungkus air nira disediakan untuk memenuhi permintaan pelanggan dan bekalan turut diambil daripada jiran terdekat.

"Kaedah ini bukan sahaja menguntungkan malah memberi sumber pendapatan kepada jiran yang turut mempunyai ladang nipah sendiri," katanya.

Katanya, ladang nipah miliknya itu turut dikunjungi pelancong dari luar negara antaranya, Kanada dan Indonesia bagi merasai kesegaran air nira yang dihasilkan.

"Kami mampu jana pendapatan hingga RM1,000 setiap hari, saya harap suatu hari nanti dapat memperluaskan lagi ladang nipah ini," katanya.

Tambahnya, terdapat hampir 300 pokok ditanam di ladang ini, iaitu spesies nipah sawa besar dan nipah padi.

Kuala Ketil - Tolonglah kurang sewa kios...’

Posted: 20 Dec 2016 03:15 PM PST

'Tolonglah kurang sewa kios...'

KUALA KETIL - Peniaga memohon bayaran sewa 10 kios di jalan Merbau Pulas dikurangkan, termasuk memansuhkan caj Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada mereka.

Wakil peniaga, Norlia Hamzah berkata, setiap unit kios disewa dengan harga RM250 dan dikenakan caj GST berjumlah RM15 setiap bulan.

"Dengan keadaan ekonomi sekarang, bayaran RM265 sememangnya membebankan peniaga. Kami terpaksa setuju menyewa sebab tiada tempat untuk menjalankan perniagaan.

"Kadar sewa termasuk caj GST itu dilihat tidak berpatutan memandangkan beberapa kemudahan tidak disediakan dengan sempurna. Salah satunya tiada surau, kipas dan lampu kios juga ada yang rosak sebelum ini termasuk masalah perparitan," katanya, semalam.

Tambah Norlia, difahamkan lapan daripada 10 kios sudah memulakan operasi sejak dibuka awal tahun ini.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.600517!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpg
Menurutnya, sebagai langkah awal, surat rayuan mengurangkan kadar sewa sudah dihantar kepada pihak berkaitan pada 7 Disember lalu.

"Setakat ini kami baru hantar surat rayuan bagi mengurangkan kadar sewa daripada RM250 kepada RM150, tetapi setakat ini belum ada sebarang jawapan. Bagaimanapun, surat permohonan mansuh GST belum dihantar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Nor Hayati Derani berkata, caj GST tidak sewajarnya dikenakan memandangkan peniaga juga menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Menurutnya, peniaga yang memperoleh keuntungan kecil akan lebih merasai bebanan akibat caj GST tersebut.

"Ada peniaga di sini pelanggan kurang, jumlah RM265 itu sepatutnya dikurangkan dan GST tidak perlu dikenakan.

"Bayaran itu agak tinggi jika dibandingkan dengan kios yang disewa. Setiap kios juga tidak disediakan kerusi atau meja, peniaga terpaksa beli guna duit sendiri," katanya.

Bagi Roshidah Idris pula, dengan pendapatan tidak menentu, dia cukup terbeban apabila terpaksa menanggung kos GST.

"Pendapatan hasil perniagaan setiap bulan hanya cukup untuk bayar gaji dua pekerja dan beli barangan niaga.

"Harap GST dimansuhkan dan kadar sewa dikurangkan. Duit RM15 itu nanti dapat juga dijimatkan untuk bayar bil air dan api," katanya.

OhDunia.My

Posted: 21 Dec 2016 08:18 AM PST

OhDunia.My


Fattah Amin Curang Dengan Neelofa, Ada Kekasih Lain?

Posted: 20 Dec 2016 07:02 PM PST

Nampaknya fantasi peminat Neelofa dan juga Fattah Amin akan berkubur setelah Neelofa menjelaskan bahawa pelakon yang pernah berganding dengannya itu mempunyai hubungan cinta dengan wanita lain – kacukan pula khabarnya.


Fattah Amin Curang Dengan Neelofa, Ada Kekasih Lain?

Baca selengkapnya

beautifulnara

Posted: 21 Dec 2016 02:36 AM PST

beautifulnara


Pelakon Jadi “Rapper” Beri Saingan Yang Agak Baik – Altimet

Posted: 20 Dec 2016 10:58 PM PST

Muzik rap kini sudah mula mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan, malah beberapa pelakon seperti Zizan Razak dan Syamsul Yusof mempunyai kejayaan mereka tersendiri ketika membawakan lagu dengan genre tersebut. Kata orang, mereka juga sudah bergelar "rapper".

Berbicara mengenai pembaharuan itu, "rapper" terkenal Altimet memberitahu ia adalah perkembangan bagus dalam bidang muzik dan memberikan saingan yang agak baik.

Bagi saya, perkembangan ini merupakan sesuatu yang sangat bagus. Kalau lagi ramai terlibat dalam bidang muzik hip hop dan rap pun, tidak mengapa. Walaupun kehadiran mereka menjadi saingan kepada rapper yang sedia ada, perkara ini harus dipandang positif. Bila ada saingan sengit, baru industri kita berkembangan maju.

Menurut  Altimet, seorang pelakon yang bergelar "rapper"  harus menulis lirik sendiri untuk menjadi seorang "rapper " yang baik.

Ada beza antara rapper dan rap vocalist. Seorang rapper menulis lirik sendiri dalam setiap karya yang diciptakan manakala seorang rap vocalist hanya menyanyikan lirik yang sudah disediakan.

Untuk menjadi seorang rapper yang baik, seorang itu harus menulis lirik sendiri. Mungkin perkara tersebut tiada bezanya di telinga pendengar, tetapi perkara itu membawa beza yang besar dalam lingkungan muzik hip hop dan rap.

Perkembangan baik seperti ini yang kita mahu ada didalam industri muzik tanah air. Siapa tahu selepas ini ada lagi pelakon yang berbakat mula menunjukkan mereka juga boleh jadi penyanyi rap yang bagus.

Sumber Berita : Astro Gempak

(13 FOTO) Sekitar Sambutan Hari Jadi Elly Mazlein Yang Ke 36

Posted: 20 Dec 2016 07:53 PM PST

Baru-baru ini penyanyi Elly Mazlein ataupun lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom telah meyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 36.

Majlis hari jadi beliau diraikan dengan meriah sekali oleh peminat-peminatnya iaitu Team Elly Mazlein, bertempat di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.  Ia sebenarnya satu kejutan khas buat Elly.

Elly yang hadir bersama anaknya Putri Sara Sefhia kelihatan cukup gembira tetapi pada masa yang sama terharu dengan kejutan istimewa itu.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis hari jadi Elly Mazlein dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : s7even.studio


Saya Boleh Terima Kritikan Tapi Kalau Melampau Saya “Block” Mereka – Ayda Jebat

Posted: 20 Dec 2016 06:56 PM PST

Bermula daripada bawah dan perlahan-lahan popularitinya meningkat naik sehingga tahap yang agak tinggi sekarang, Ayda Jebat sedikit pun tidak pernah lupa diri dan menghargai setiap sokongan peminat yang menjadi tulang belakangnya didalam industri hiburan.

Lumrah orang sudah berjaya pasti akan ada juga pihak yang tidak puas hati dan berhasad dengki terhadap Ayda dan pelbagai komen dilemparkan kepadanya.

Menurut Ayda, beliau bukanlah seorang yang tidak boleh menerima sebarang teguran tetapi kadang-kadang ada yang memberikan komen biadap. Oleh itu beliau enggan ambil pusing  dengan perkara itu dan "block" mereka daripada laman sosial beliau.

Saya boleh terima kritikan sebab secara tak langsung boleh memperbaiki diri. Tapi kalau sudah lebih had hingga mencaci dan memaki yang dilemparkan di laman sosial, saya akan terus sekat mereka. Buat apa kita perlu isi hari kita dengan membaca komen-komen negatif yang hanya suka lihat kita jatuh? .

Berbicara mengenai khabar angin yang mengatakan beberapa rakan artis yang kurang senang melihat kejayaan Ayda kini, pelakon dan penyanyi itu enggan ulas lebih lanjut kerana ia menyentuh sensitivit seseorang artis itu.

Saya tidak boleh bercakap banyak tentang tanggapan rakan artis lain terhadap saya sebab itu mungkin pandangan dan pendapat mereka. Perkara ini agak sensitif untuk diulas.  Saya layan semua artis sama sahaja dan seandainya ada kekhilafan, saya mohon maaf.  Bagi saya, setiap anugerah ini datang daripada hasil usaha saya juga. Kalau tidak, tak mungkin peminat gigih megundi.

Apabila berjaya memang banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi termasuk penyakit hasad dengki.  Namun, anggaplah ia sebagai pengalaman hidup yang membuat diri Ayda Jebat lebih matang. Jangan cepat putus asa.

Sumber Berita : Utusan Online

Neelofa Nafi Fattah Amin Pernah Bertemu Keluarganya Secara Rasmi

Posted: 20 Dec 2016 05:59 PM PST

Kisah hubungan Neelofa dan Fattah Amin yang berantakan nampaknya akan terus menjadi topik utama dunia hiburan minggu ini. Iyalah, sejak semalam pelbagai cerita yang keluar dan satu demi satu kenyataan mengenai hubungan mereka cukup hangat diperkatakan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Terbaru, Neelofa sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan menafikan berita Fattah telah bertemu dengan keluarganya secara rasmi seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, Fattah  sebelum ini dikatakan sudah bertemu dengan keluarga Neelofa untuk meminta restu untuk berkawan rapat dengan Neelofa.

Terdapat banyak salah faham pada laporan sebelum ini bahawa dia (Fattah) sudah bertemu keluarga saya. Dia bertemu keluarga saya bukan dalam satu majlis peribadi antara dia dengan keluarga saya. Beberapa kali pertemuan mereka di majlis-majlis perkahwinan dan jamuan makan sahaja. Bila orang salah tafsir kenyataan itu ia akan jadi jauh daripada realiti sebenar berbanding apa yang terjadi.

Neelofa pada masa yang sama bersyukur kerana keluarganya tidak marah dengan apa yang terjadi.

Ibu dan ahli keluarga lain faham dan dia orang tidak marah atau bertanya banyak tentang hal itu, mereka tahu saya boleh kendalikan perkara ini dengan baik. Cuma kalau saya berdiam ayah saya akan call  tanya sama ada saya dalam keadaan baik atau tidak. Saya kesal ramai yang mula memberi andaian baik dan kurang baik serta tidak sedap didengar berkaitan perkara itu.

Masih lagi tidak bersedia untuk mendedahkan lagi butiran mengenai kontroversinya bersama Fattah, Neelofa berharap peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sumber Berita : mStar Online

Mawar Rashid Kini Kembali Solo, Selesa Hidup Tanpa Lelaki

Posted: 20 Dec 2016 05:40 PM PST

Empat tahun menyulam cinta kini pelakon Mawar Rashid memberitahu beliau sudah kembali solo. Walaubagaimanapun, Mawar tidak mahu terlalu sedih memikirkan cintanya yang terputus di tengah jalan dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya seninya.

Alhamdulillah, saya semakin selesa bersendirian kerana mempunyai kebebasan untuk bekerja keras sebagai anak seni. Saya mempunyai lebih banyak waktu untuk diluangkan bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan berbanding dulu.

Mungkin juga saya masih muda dan sukar membahagikan masa melakukan pelbagai perkara serentak. Lebih baik saya hanya tumpukan perhatian kepada kerjaya buat sementara waktu.

Mawar akui kadang-kadang beliau terkenangkan juga memori indah bersama bekas kekasih kerana mereka menjalinkan hubungan agak lama. Namun, setiap apa yang berlaku membuatkan Mawar lebih matang.

Tipu jika saya katakan tidak terkenang bekas kekasih kerana banyak memori yang kami lalui bersama, namun pengalaman lalu mematangkan saya. Ruang bersendirian ini juga saya jadikan untuk memperbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik.

Kalau sudah bukan jodoh pasti hubungan yang lama dibina akan terlerai jua. Bukan mudah sebenarnya nak melupakan setiap kenangan tetapi kita perlu redha dengan ketentuan takdir.

Sumber Berita : BH ONLINE

Mujur Saya Jenis Cepat “Move on” – Neelofa

Posted: 20 Dec 2016 08:16 AM PST

Ya masih lagi mengenai hubungan Neelofa dan Fattah Amin yang khabarnya sudah berakhir kerana orang ketiga.

Menerusi portal mStar Online semalam Neelofa enggan memberikan sebarang  butiran lanjut mengenai keretakkan hubungannya dengan Fattah tetapi menerusi Rap di Harian Metro Neelofa menjelaskan Fattah sebenarnya terkantoi.

Walaubagaimanapun, Neelofa mengakui disebalik apa yang berlaku pasti ia mempunyai hikmahnya sendiri.

Apa saya boleh katakan, cara saya mengetahui hal itu adalah tak bagus. Pendek kata kantoi, tetapi saya tak nak berkongsi keadaan itu.

Mujur saya jenis yang cepat ‘move on’ dan tidak sesekali berasa kecewa. Saya beranggapan ada hikmah di sebalik semua itu.

Tambah Neelofa, hanya Fattah yang mempunyai segala jawapan kepada persoalan orang ramai tentang apa yang berlaku antara mereka berdua.

Sumber Berita : Harian Metro

Tania Hudson Nafi Dakwaan Bercinta Dengan Fattah Amin

Posted: 20 Dec 2016 04:17 AM PST

Hari ini kisah keretakan hubungan cinta Fattah Amin dan Neelofa cukup hangat diperkatakan lebih-lebih lagi timbul dakwaan mengatakan hubungan #lofattah terjejas kerana orang ketiga.  Fattah dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon wanita berdarah kacukan.

Susulan khabar angin berkenaan, ada yang mengaitkan nama pelakon Tania Hudson sebagai orang ketiga yang "memusnahkan" hubungan Fattah dan Neelofa.

Saya terkejut apabila hari ini (Selasa) ramai yang mula bertanya tentang hubungan saya dan Fattah Amin. Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung apatah lagi berjumpa.

Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika kami menjalani penggambaran filem itu sekalipun, saya tidak terlalu rapat dengannya. Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Lepas habis penggambaran kami buat hal masing-masing.

Tania memberitahu beliau tidak merasa bersalah kerana tidak melakukan sebarang keslahan terhadap Fattah dan Neelofa.

Saya tidak ada rasa bersalah kerana saya kenal Fattah ketika penggambaran filem itu sebelum dia berlakon dalam drama popular Suri Hati Mr Pilot itu lagi. Saya rasa ada salah faham yang berlaku sehingga mengaitkan nama saya pula dalam hal ini.

Buat masa ini Fattah Amin belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu hangat ini. Kita tunggu sahaja apa pula komen Fattah. Ermm..

Sumber Berita : mStar Online

Toknek.com RSS Feed

Posted: 21 Dec 2016 02:09 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Pelakon Jadi Rapper Beri Saingan Yang Agak Baik Altimet

Posted: 21 Dec 2016 01:52 AM PST


Muzik rap la nih dah mula mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan malah beberapa pelakon macam Zizan Razak dan Syamsul Yusof mempunyai kejayaan depa tersendiri masa membawakan lagu dengan g...

Mat Sabu Mau Penghina Ydp Agong Diberikan Keadilan

Posted: 21 Dec 2016 01:32 AM PST


sapadia tak kenai dengan individu yang bernama Mohamad Sabu walaupun beliau bukanlah soghang artis tersohoq yang membintangi drama melayu yang bersiaran pada pukoi 7 petang tapi Mohamad Sabu t...

U Mobile Memperkenaikan Sokongan Pembayaran Google Play Store Menggunakan Bil Telekomunikasi

Posted: 21 Dec 2016 12:52 AM PST


Maxih Celcom dan Digi masing masin telah sedia menawaqkan sokongan pembayaran pada Google Play Store menggunakan kredit pascabayaq atau prabayaq la nih U Mobile dilihat turut telah mula menawa...

Awatlaa Steve Jobs Tak Memberikan Ipad Kepada Anak Anaknya

Posted: 21 Dec 2016 12:12 AM PST


walaupun Steve Jobs membina salah satu syarikat teknologi terbesaq di dunia dia mengehadkan penggunaan teknologi terhadap anak anaknya dengan tegaih Apabila ditanya kepada Steve pendapat anak ana...

Haramkan Biskut Berasap

Posted: 20 Dec 2016 11:34 PM PST


Persatuan Pengguna Pulau Pinang CAP pada Selasa menggesa penggunaan cecayaq nitrogen dalam makanan diharamkan pasai boleh membahayakan pengguna yang tak menyedarinya terutama kanak kanak Pegaw...

Jenazah Laki Bini Dikebumi Di Kg Balun Slim River 3 Anak Masih Dok Di Hospitai

Posted: 20 Dec 2016 11:32 PM PST


SLIM RIVER Jenazah Ridzuan Rajak 33 dan Intan Maizura Aidoi Badri 34 mangsa kemalangan meninggai dunia di Kilometer 371 9 Lebuhraya Utara Selatan kemarin dikebumikan di Tanah Perkuburan Isla...

Sekitaq Sambutan Besday Elly Mazlein Yang Ke 36

Posted: 20 Dec 2016 10:52 PM PST


baghu baghu ni penyanyi Elly Mazlein ataupun lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom telah meyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 36 Majlih besday beliau diraikan dengan meriah sekali oleh ...

Kerajaan Dap Penang Akan Anjoqkan Pertandingan Mewarna Dan Buat Sandwich Untuk Atasi Masalah Nelayan

Posted: 20 Dec 2016 10:32 PM PST


21 12 2016 Kerajaan DAP P Pinang la la nih ni bolehlah dianggap kerajaan negeri yang palin bebai dan palin tak sensitif pada rakyat negeri ni Semuanya berpunca dari Ketua Menterinya yang bukan...

Huawei Mate 9 Pro Mula Dijuai Di Malaysia Esok Berharga Rm3399

Posted: 20 Dec 2016 09:52 PM PST


Huawei Malaysia sedia menawaqkan Huawei Mate 9 sejak bulan lepaih selain telah mengumumkan peranti Porsche Design Mate 9 sebagai penawaran terhad Hari ni depa turut berkongsi pasai Huawei Mate ...

Cheq Boleh Terima Kritikan Tapi Kalau Melampau Cheq Block Depa Ayda Jebat

Posted: 20 Dec 2016 07:56 PM PST


Bermula daripada bawah dan perlahan lahan popularitinya meningkat naik sehingga tahap yang agak tinggi la la nih Ayda Jebat sedikit pun tak penah lupa diri dan menghargai setiap sokongan peminat y...

Neelofa Tak Ngaku Fattah Amin Penah Bertemu Keluarganya Secara Rasmi

Posted: 20 Dec 2016 07:54 PM PST


ceghita hubungan Neelofa dan Fattah Amin yang berantakan nampaknya akan teruih menjadi topik utama dunia hiburan minggu ni Iyalah sejak kemarin pelbagai ceghita yang keluaq dan satu demi satu ke...

Mawaq Rashid La Nih Kembali Single Selesa Hidup Tanpa Lelaki

Posted: 20 Dec 2016 07:52 PM PST


Empat tahun menyulam cinta la nih pelakon Mawaq Rashid habaq beliau dah kembali single Walaubagaimanapun Mawaq tak mau terlalu meghajok dok pikiaq cintanya yang terputuih di tengah jalan dan mau...

Gangguan Mistik Punca Artis Ni Keguguran Biaq Betoi

Posted: 20 Dec 2016 07:34 PM PST


Pelakon Jue Aziz baghu baghu ni mengalami keguguran kali ketiga sejak mendirikan rumah tangga bersama Bayu Pramana Putra Achmal soghang pemuzik dari Indonesia pada 2014 Menerusi laporan sebuah po...

Selepaih Juai Kampung Melayu La Nih Dap Gadaikan Komtaq Selama 60 Tahun

Posted: 20 Dec 2016 07:32 PM PST


21 12 2016 Semenjak pentadbiran kerajaan negeri P Pinang bertukaq tangan dari Barisan Nasionai kepada DAP bukan saja tanah tanah negeri serta kampung kampung warisan digadaikan kepada pemaju un...

Instagram Stories La Nih Menyokong Fungsi Pelekat Dan Rakaman Mudah

Posted: 20 Dec 2016 06:52 PM PST


Sempena ketibaan Hari Natai Instagram mengemaskini aplikasi depa bagi membawakan beberapa fungsi baghu kepada Instagram Stories Fungsi pertama yang diperkenaikan ialah sokongan pelekat Penggun...

Hari Ni Siang Dan Malam Lebih Panjang

Posted: 20 Dec 2016 06:50 PM PST


BUMI bakai mengalami fenomena solstis musim sejuk di hemisfera utara dan solstis musim panaih di hemisfera selatan Menurut Pegawai Sains Planeterium Negara Mohd Zamri Shah Mastoq fenomena ni aka...

Imam Yang Luruh Imannya

Posted: 20 Dec 2016 06:48 PM PST


soghang imam sebuah masjid dan pasangannya soghang pegawai hal ehwai Islam di sebuah universiti awam masing masin dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM2 900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Go...

Semua Keraih Kepala

Posted: 20 Dec 2016 06:46 PM PST


baghu saja perjanjian 13 Disember dimeterai dengan penyertaan pendatang baghu Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM pakatan pembangkang diketuai induknya DAP dah cacamarba Soai pengagihan ke...

Syarikat Penyelenggara Payung Besaq Nak Mampuih Bertelingkah

Posted: 20 Dec 2016 06:44 PM PST


Pertelingkahan antara Majlih Hal Ehwai Dua Masjid Suci dan sebuah syarikat berkait dengan pembayaran jadi punca 250 payung besaq nak mampuih di perkarangan Masjid Nabawi di sini tak diselaranggakan...

Meninggai Dunia Pasai Haid

Posted: 20 Dec 2016 06:42 PM PST


soghang gadih berumoq 15 tahun meninggai dunia akibat amalan adat kuno Chhaupadi di barat Nepai lapoq polih hari ni Pegawai polih Badri Prasad Dhakai bagitau Roshani Tiruwa dipaksa mengasi...

Dialog Sunni Vs Syiah

Posted: 20 Dec 2016 06:32 PM PST


Penulih telah berkesempatan untuk berdialog dengan beberapa penganut tegaq Syiah di Malaysia dengan satu dialog di Melaka anjuran Jabatan Mufti Melaka dan satu lagi di Perak anjuran Jabatan Agama I...

Cabaran Setiap Pompuan Lalui Dalam Kehidupan Seharian

Posted: 20 Dec 2016 06:12 PM PST


soghang pelukih dari Romania Cassandra Kalin mencipta ilustrasi yang hebat menunjukkan semua cabaran yang setiap pompuan lalui lebih kughang hari hari Kekaikan perspektif positif dalam hidup hampa

60 Gadih Melayu La La Nih Dah Takdak Dara Bukti Pompuan Semakin Mughah

Posted: 20 Dec 2016 04:32 PM PST


tak dinafikan pengaruh teknologi dan media massa memberikan kesan yang sangat buruk kepada anak dara melayu pada hari ni Memetik kajian universiti tempatan dari satu laman blog sebanyak 60 peratu...

Pelbagai Spesies Baghu Yang Aneh Dan Mempesonakan Dijumpai Di Hutan Asia Tenggara

Posted: 20 Dec 2016 12:12 PM PST


1 Spesies cicak bertanduk Acanthosaura Phuketensis ni kelihatan macam seekoq naga kecik ni pulak cicak betina spesies yang sama 2 Gekko kecik ni Gekko Bonkowskii bersembunyi di tebin di L...

Fattah Kantoi Tapi Mujoq Cheq Jenih Cepat Move On Neelofa

Posted: 20 Dec 2016 10:52 AM PST


Ya masih dok lagi pasai hubungan Neelofa dan Fattah Amin yang khabaqnya dah berakhiaq pasai oghang ketiga Menerusi portai mStaq Online kemarin Neelofa takmau memberikan sebarang butiran lanjut ...

Zuk Edge Dilancaqkan Dengan Nisbah Skrin Ke Badan Yang Tinggi

Posted: 20 Dec 2016 06:52 AM PST


Lenovo sebelum ni telah memperkenaikan beberapa peranti dibawah keluarga ZUK yang mana menawaqkan spesifikasi dan rekaan baik pada ghega lebih rendah berbandin beberapa pesain lain Terkini ha...

Cara Alternatif Untuk Pesara Yang Masih Dok Memerlukan Pekerjaan

Posted: 20 Dec 2016 06:12 AM PST


Peratusan peningkatan pergantungan populasi persaraan tak dapat dielakkan apabila minimum umoq persaraan untuk pekerja sektoq kerajaan di negara ni pada umoq 60 tahun di bawah Akta umoq Persaraan ...

Tania Hudson Tak Ngaku Dakwaan Bercinta Dengan Fattah Amin

Posted: 20 Dec 2016 04:52 AM PST


Hari ni ceghita keretakan hubungan cinta Fattah Amin dan Neelofa cukup hangat digembaq gemboq lebih lebih lagi timboi dakwaan kata hubungan lofattah terjejaih pasai oghang ketiga Fattah ghamai ...

myartis.com

Posted: 21 Dec 2016 02:09 AM PST

myartis.com


21 FOTO - SEKITAR MAJLIS ULANGTAHUN KELAHIRAN ELLY MAZLEIN

Posted: 20 Dec 2016 06:55 PM PST



Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-36 dalam majlis anjuran peminatnya 'Team Elly Mazlein'.

Majlis yang diadakan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam itu berlangsung dengan meriahnya yang turut dihadiri oleh rakan-rakan artis serta teman rapat.

Gambar-gambar sekitar majlis ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu s7even.studio.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BAKI BAYARAN RUNNING MAN - JI HYO, JONG KOOK DERMA PADA BADAN AMAL

Posted: 20 Dec 2016 05:26 PM PST



Semua sedia maklum bahawa rancangan realiti korea iaitu Running Man bakal menamatkan siarannya pada Februari 2017.

Berbaki beberapa lagi episod, kedua-dua bintangnya iaitu Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook telah memutuskan untuk melakukan sesuatu yang istimewa sebagai tanda setia kepada program berkenaan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang wakil daripada syarikat penyiaran Seoul Broadcasting System (SBS) dalam satu kenyataan pada 19 Disember lalu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ZARUL UMBRELLA BAKAL BEHENTI 'TERBANG' DI AWAN BIRU?

Posted: 20 Dec 2016 03:21 PM PST



Terdahulu, Zarul Umbrella, 43, pernah menyatakan bahawa dirinya itu berbelah-bagi sama ada mahu melepaskan kerjaya tetap sebagai pramugara atau menjadi penyanyi sepenuh masa.

Terkini menerusi ruangan Poklip di Utusan Online, ada sumber yang mengatakan Zarul sebenarnya sudah membuat keputusan iaitu sudah nekad untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi dan mengucapkan selamat tinggal awan biru apabila bakal menghantar surat berhenti kerja pada hujung bulan ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment