Berpegang kepada pendirian tidak mahu terlibat dengan adegan bersentuhan dengan wanita bukan muhrim dalam lakonan, ada pihak rupanya tidak senang dengan prinsip yang dipegang oleh Hafidz Roshdi. Bukan sahaja dikatakan berlagak malah ada pihak mendakwa Hafidz meletakkan syarat itu kerana beliau dikongkong oleh isterinya. Namun Hafidz tampil menafikan tuduhan itu.
“Sejak awal kemunculan lagi saya sebolehnya mengelak melakonkan adegan bersentuhan. Alhamdulillah perkara ini tidak mendatangkan masalah pun. Tambahan pula adegan sedemikian boleh dilakukan menerusi helah kamera. Tidak timbul isu saya berlagak sebaliknya atas kesedaran diri sendiri. Lagi pun, ketika mendapat tawaran perkara ini antara yang saya utamakan”
“Saya bukan artis pertama yang meletakkan syarat ini. Saya lihat rezeki rakan-rakan artis yang sama pendirian dengan saya tak pernah putus pun. Jadi saya percaya rezeki Allah. Namun, saya tidak mahu perkara ini dijadikan isu kerana masing-masing ada pilihan. Setiap pelakon lain caranya,” katanya kepada Harian Metro berhubung prinsip yang dipegangnya.
Bagaimanapun, Hafidz tidak mahu prinsip ini dijadikan isu kerana baginya masing-masing mempunyai pilihan dan pendirian tersendiri. Sebelum ini, Hafidz pernah memberitahu, sejak berkahwin isterinya tidak pernah meletakkan sebarang syarat didalam bidang lakonannya, cuma beliau tidak mahu keterlaluan melakukan adegan mesra bersama wanita lain. (rkty/w)
Sekejap ya, sekejap tidak dan baru-baru ini pada majlis Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28), Emma Maembong menjelaskan bahawa dia dan juga Kamal Adli hanyalah sekadar kawan baik saja. Pulak.
Tidak tahulah jika Emma hanya sekadar bergurau namun pasangan tersebut bagaikan tidak mempunyai kata putus mengenai hubungan mereka ketika ditemuramah atau – mahu mengelak soalan yang lebih panjang lagi ditanya.
“Saya denga Kamal masih kawan macam dulu. So kitaorang takde apa apa pun. So dia adalah saya punya partner untuk malam ni, saya okay sajalah. Bila masa saya cakap boyfriend?,” jawabnya kepada mStar Online.
Ketika disoal tentang kenyataan Emma kepada Kamal dalam video pendek tersebut, pelakon lelaki berkenaan cuba mengubah topik. Nampak cuba mengelak jawapan di situ. Apa pun, semoga pasangan ini (jika memang sudah dijodohkan bersama) dapatlah merealisasikan fantasi peminat untuk melihat mereka bersanding di atas pelamin bersama. (rtky/s)
Biarpun pihak lelaki telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu pembatalan pernikahan mereka, namun ia masih belum mendedahkan punca sebenar majlis itu dibatalkan pada saat akhir. Bagaimanapun Fara Fauzana terus mengunci mulutnya mengenai perkara itu walaupun diserbu pihak media ketika hadir di sebuah majlis yang diadakan di Taman Perindustrian Puchong.
“Semuanya sudah ditulis dalam kenyataan media, tiada apa-apa yang ingin diulas lagi. Apa yang berlaku sudah kententuan Allah, saya kena pergi sekarang, terima kasih. Saya tetap akan muncul kerana kerja tetap kerja walaupun berhadapan dengan rintangan atau masalah,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan isu pembatalan majlis perkahwinanya baru-baru ini.
Pada majlis itu, Fara hadir bersama 10 pengawal peribadi yang mengawal ketat pergerakan beliau. Sejurus selepas tamat sesinya, Fara terus bergegas menuju ke kereta jenis BMW X6 yang diparkir dibelakang pentas berhampiran pintu masuk bagi memudahkan beliau menuju ke kenderaannya dengan tujuan untuk mengelak daripada terus diasak oleh wartawan yang menunggu.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, Fara dikatakan membatalkan majlis pernikahan beliau dengan Mohamed Hafiz kerana status lelaki itu yang sudah berkahwin dan merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Fara. Bagaimanapun, semalam Hafiz tampil menafikan dakwaan terbabit dan meminta orang ramai bertanyakan sendiri kepada Fara sebab majlis itu dibatalkan. (rkty/w)
Kalau anda mencari filem sesuai untuk dijadikan bahan tontontan hujung minggu ini bersama keluarga, kami cadangkan anda ke pawagam untuk menonton filem terbaru Radhi Rudy Bin Dadu.
Filem yang memaparkan sebuah kisah komedi yang berkonsepkan nilai kekeluargaan dan kisah cinta dua pemuda dan seorang duda. Filem yang diarahkan oleh pengarah Arjin Ruppal ini boleh dikategorikan sebagai komedi ringan dan sesuai di tonton oleh semua lapisan masyarakat.
Selain itu, filem ini juga membariskan pelakon- pelakon hebat seperti Sofi Jikan, Puteri Sarah Liyana, Taiyuddin Bakar, Ezzaty Abdullah, Usop Wilcha, Khatijah Tan serta penampilan istimewa Allahyarham Datuk Abdul Aziz Satar.
Filem ini akan ditayangkan pada 8 September 2016 di seluruh pawagam tanah air.
Sekilas mengenai sinopsis filem Radhi Rudy Bin Dadu di mana kisah ini menceritakan tentang duda, Tuan Kassim dan dua orang anak lelakinya yang sering membawa masalah iaitu Radhi dan Rudy. Tuan Kassim sangat mengambil berat dan risau dengan kerenah anak-anaknya yang menunjukkan mereka tidak mempunyai masa depan yang cerah dalam kehidupan akan datang.
Konflik bermula apabila anaknya masing- masing telah berjumpa dengan pasangan mereka sendiri Tasha dan Rita. Namun Zakiah , ibu kepada dua wanita Tasha dan Rita yang ingin dikahwinkan adalah buah hati Tuan Kassim dan setelah berjumpa kembali Tuan Kassim ingin berkahwin dengan Zakiah.
Sejak Radhi dan Rudy mengetahui perkara itu mereka cuba menghalang Tuan Kassim dari berkahwin dengan Zakiah sehingga berlaku satu kejadian yang tidak disangka iatu ugutan dari seorang gangster.
Ugutan itu berpunca kerana Radhi dan Rudy telah menipu anak ketua gangster itu dengan jumlah duit yang banyak. Radhi dan Rudy terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikannya setelah keluarga mereka diculik oleh gangster itu.
Bagi sesetengah selebriti, memuat naik gambar mesra bersama pasangan di laman sosial adalah perkara biasa, tetapi bagi Marsha Milan Londoh pula jarang sekali dapat melihat gambar beliau dengan suami. Jelasnya suaminya adalah seorang yang pemalu dan kurang suka mengambil gambar walaupun beliau pernah memujuk namun permintaannya ditolak.
“Tidak, saya bukan sorok suami. Tapi dia memang seorang yang pemalu dan tidak suka sangat bergambar. Sebab itu, jarang saya dapat berkongsi di laman sosial gambar kami berdua. Katanya, dia segan,” katanya kepada portal Media Hiburan ketika ditanya mengenai sebab beliau dilihat jarang memuat naik gambar berdua dengan suami di laman sosial.
Selain itu Marsha turut berkongsi rutin hariannya kini yang gemar memasak. Mempunyai seorang suami yang suka makan tetapi tidak cerewet merupakan bonus bagi Marsha untuk memasak apa sahaja. Namun katanya, beliau kini sedang mempelajari masakan Pulau Pinang memandangkan suaminya itu berasal dari negeri itu, biarpun masih belum mahir sepenuhnya.
Manakala ketika ditanya mengenai perancangan sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi, Marsha memberitahu bahawa dirinya tidak dapat beraya bersama suami pada tahun ini kerana terpaksa pulang ke Sabah untuk menghadiri majlis kenduri keluarga sendirian. Dengan itu suaminya hanya pulang ke rumah beliau di Pulau Pinang. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
DUIT RM2.6 bilion yang pernah didepositkan dalam akaun bank PM Najib adalah derma untuk Umno tetapi tidak diketahui Umno sempat rasa derma itu atau tidak kerana ia dikatakan sudah dipulangkan Najib kepada pendermanya.
Kisah itu terus jadi cerita dongeng seperti Haji Bakhil yang pacak papan tanda beritahu dia tidak tanam hartanya ditempat papan tanda itu dipacak. Dan si fulan yang larikan harta itu pacak pula papan tanda baru bagitahu Si fulan tidak ambil harta itu. Jika dunia tidak kiamat 200 tahun lagi derma RM2.6 bilion itu akan jadi dongeng seperti Haji Bakhil juga.
Maka sekarang selepas Umno terima derma RM2.6 bilion, maka didongengkan pula PAS diberi RM90 juta oleh Najib. Bahasa baik yang saya suka gunakan tentang duit RM90 juta itu ialah derma Umno atau Najib kepada PAS.
Itulah yang dirasakan dongeng yang Sarawak Report laporkan dan PAS sifatkan sebagai fitnah yang PAS umumkan akan failkan saman kepada Sarawak Report melalui mahkamah England.
Ketika komen ini dibuat, reaksi Sarawak Report belum tarik balik laporan itu tetapi tidak pula beri ia ada bukti kukuh tentang dongeng itu.
Sementara kes ini belum lagi jadi kes mahkamah, komen saya ialah satu sekatan politik yang mahu meruntuhkan wibawa politik PAS yang terkenal sejak dari mula sebagai parti yang berdikari atas duit yang ada dalam poket baju/seluar ahl-ahli dan penyokongnya.
Jika dikatakan dana PAS adalah atas derma para dermawan, maka dermawan itu adalah ahli dan penyokongnya.
Ketika saya ditanya oleh pelajar Malaysia di Mesir lebih 30 tahun lalu, dari mana PAS dapat dana bagi membiayai perjuangannya, saya jawab ia tersimpan dalam saku baju dan seluar ahlinya. Apabila PAS perlukan duit itu ia sebutkan kepada ahli-alinya dan mereka pun keluarkan dari saku masing-masing.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebut dalam ceramah tentang duit PAS yang saya sebut di Mesir itu, semuanya disimpan dalam saku baju ahli-ahlinya.
Jika ada yang hendak menderma RM90 juta, PAS tidak akan berani terima jika ada yang hendak menyampaikan baik secara terang atau secara sulit. Bukanlah manusia PAS tidak ada nafsu keinginan kepada duit yang banyak, tetapi hingga setakat ini mereka dapat mengawal hawa nafsu.
Jika ia gagal mengekang hawa nafsunya, maka nescaya hanyut perjuangannya yang suci dan mulia itu. Mulianya PAS bukan kerana lambakan duit yang banyak, tetapi adalah atas perjuangannya yang suci yang berpaksi atas sokongan ahli-ahli yang mustadafin. Ia mengausai Kelantan dan pernah menguasai Kedah dan Terengganu, bukan kerana hujan dan salji duit dari langit, bahkan ia merebut kuasa itu dari Umno yang memiliki duit berguni-guni.
Itulah memalukan parti dan pemimpin yang siang malam berselimut duit.
Jika ada orang yang hendak menderma RM90 juta, mungkin limpahan daripada derma RM2.6 bilion yang tidak tahu macam mana ia hendak dibelanja, maka jangan beri terus kepada mana-mana pemimpin atau jangan masukkan ke dalam mana-mana akaun bank secara sulit dan secara terang tetapi ambil peluang semasa PAS melancarkan pungutan derma kilat dalam ceramah-cemahnya.
Masukkan senyap-senyap duit tunai yang ada di tangan petugas pungutan derma itu. Derma yang berpahala dan besar pula wajar dibuat secara senyap, biar tangan kanan yang memberi tidak diketahui oleh tangan kiri.
Keterlanjuran report dari Sarawak itu tanda ia dungu dengan maruah PAS dan untuk kemahuan siapa ia buat dongeng itu? – HARAKAHDAILY 7/9/2016
Oleh: Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Saya diminta untuk menjawab, sekurang-kurangnya bagi pihak keluarga, atau sebaik-baiknya atas nama Ketua Pemuda PAS Malaysia, perihal dakwaan oleh seorang bekas pemimpin PAS yang dipecat bahawa jika al marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat masih ada, maka dia akan memilih untuk masuk PAN, parti baru serpihan PAS. Alasan yang diberi, PAS sudah keluar dari landasan asal perjuangan. Kelantan kini tidak lagi Kelantan yang dulu.
Saya kata, saya sudah menjawabnya di laman sosial saya di FB. Pendek dan sinis sahaja. Pada saya ia mencukupi. Sekuntum dua bunga seroja mencukupi untuk dipadankan dengan wajah yang memang sedia ayu dan menawan. Kuntuman segar bunga istiqamah dan amanah yang kembang pada tubuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah mencukupi bagi mereka yang mahukan qudwah dan contoh dalam kehidupan beranjau dan berduri ini.
Tetapi sebahagian mahukan yang lebih panjang dan lebih menjelaskan. Setiap fitnah walaupun terlalu teruk untuk dipercayai, akan tetap ada telinga yang sedia menadah dengar sebagai terapi bagi jiwa yang sudah lama sakit dan tidak sedia diubati lagi. Ia akhirnya hanya boleh hidup melalui ubat pelalian dengan dos yang tinggi. Fitnah dosnya memang tinggi. Akhirnya fitnah jika dibiar berkembang, ia akan membaham mangsa baru yang tidak berdosa.
Hidup seseorang muslim itu nilainya pada hujung hayatnya. Sampaikah dia ke destinasi yang ditujunya. Jika dia menuju Allah, sehebat mana perjalanan hidupnya menuju Allah itu, hebat itu hanya kekal terpakai apabila dia memang sampai kepada Allah di hujung hayatnya. Awalnya, tengahnya sehinggalah hujungnya adalah tauhid. Jika tidak, ia sama sahaja, apa erti hebat memandu dalam perjalanan yang jauh menuju destinasi, tetapi hujungnya berakhir di hospital atau terjun longkang?
Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kita meyakini pada zahir yang kita lihat bahawa dia telah mengakhiri hidupnya dalam istiqamah menuju Allah. Hidupnya untuk Allah. Dia berjuang demi Allah.
Demi menjaga kekuatan dirinya dalam perjalanan, dia memilih sedari mudanya untuk mengenderai parti PAS sehinggalah akhir hayatnya. Tak pernah bertukar atau tersentak atau terhenti.
Itu haknya yang nyata. Haknya ke atas semua adalah menyebut istiqamahnya itu. Menyatakan sebaliknya adalah memperlekehkan nilai istiqamahnya dalam hidupnya itu.
Ertinya, jika saya masuk PAN (semoga dijauhi Allah), demi menjaga hak istiqamah ayahanda, saya mesti berkata bahawa saya telah memilih untuk berbeza pandangan daripada ayahanda. Saya sama sekali tidak boleh berkata, jika ayahanda masih ada, dia pun akan pilih jalan saya yang baru ini. Itu perlecehan yang nyata ke atas hak orang yang telah pergi kepada tuhannya dengan penuh kemuliaan.
Itu pertama. Yang kedua, dalam PAS ayahanda Tuan Guru adalah sejarah hidup dan jatuh bangun PAS. PAS membinanya dan dia jugalah yang begitu membina PAS. Dia pernah mentaati dan dia pernah ditaati. Dia memandu dan dia dipandu juga. Puluhan tahun lamanya. Yang tua, yang muda, yang lama dan baru semua pejam celik dengan wajah ayahanda menjadi wajah PAS.
Berapa kali PAS berkrisis dan berpolemik. Terserpih dan pecah. Tewas dan jatuh. Ditertawa dan diperlekeh. Tenggelam dan hilang. Akhirnya saat PAS bangkit, ayahandalah yang di depan menangkis dan menjulang. Dia adalah tanpa was-was dan tanpa ragu-ragu sedikitpun bahawa Islam adalah perjuangannya dan PAS adalah kenderaan dan jamaahnya.
Jika hanya dengan krisis terbaru yang sempat dicium oleh ayahanda sendiri sebelum dia pergi itu dijadikan alasan untuk menukar sinar sejarah perjuangan sucinya dengan PAS yang penuh istiqamah, maka itu adalah perlecehan yang nyata. Mempercayainya adalah penghinaan terhadap diri sendiri bagai melahap bangkai fitnah yang busuk dan menjengkelkan.
Ketiga, saksi-saksi adalah nyata bahawa ayahanda menolak PASMA dan serangan-serangan dalaman oleh beberapa pimpinan PAS pada masa itu terhadap PAS. Saya, keluarga, ahli jamaah masjid Pulau Melaka, apatah rakan-rakan pimpinan PAS di Kelantan dan di luarnya yang lama bersama ayahanda, semua mengecam dan melihat kemarahan dan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan-tindakan mengkritik Majlis Syura Ulama dan presiden PAS sendiri oleh pimpinan PAS yang hari ini berkumpul di dalam PAN dan membedil PAS dengan bantuan DAP sesudah kalah membedil PAS daripada dalam.
Dato Husam Musa jangan menipu diri sendiri bahawa hari-hari akhir ayahanda adalah hari-hari akhir yang tidak indah buat hubungan dirinya dengan ayahanda. Jangan kaitkan dengan alasan sekatan-sekatan oleh keluarga atau sesiapa. Lebih setahun ayahanda berehat dari kerusi Menter Besar sebelum perginya adalah masa yang mencukupi untuk dia memerhatikan seluruh tindak tanduk anak-anak buahnya yang kini bersama bekerja bersama Menteri Besar baru yang menjadi pilihannya.
Kerana tindak tanduk sesetengah pimpinan termasuk Dato Husam yang bersifat 'memberontak' itulah yang mendorong ayahanda secara berterus terang menuntut ahli PAS memberi wala' dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama PAS. Sila rujuk siaran-siaran di akhbar-akhbar pada masa itu.
Adakah anda ingin memperlecehkan persaksian nyata itu dengan senjata fitnah yang membunuh kebenaran dan hakikat?
Keempat, Benarkah Kelantan hari ini sudah tidak lagi seperti dulu?
Ya, Kelantan dulu ada aura Tuan Guru. Kelantan dulu ada style dan cara Tuan Guru. Kelantan dulu ada sentuhan Tuan Guru. Ya, itulah bezanya.
Jadi, adakah itu ukurannya perjuangan PAS di Kelantan berubah? Jika anda berkata ya, saya berkata, padanlah anda masuk PAN pun..
Anda sering menggambarkan yang manis-manis dari zaman Tuan Guru untuk anda bandingkan dengan yang pahit-pahit dari zaman YAB Dato Ahmad Yaakob.
Mengapa kejayaan-kejayaan oleh Dato Ahmad Yaakob yang tak berlaku di zaman Tuan Guru tidak diangkat dan dipuji?
Saya akan menulis mengenainya nanti insya Allah. Kelantan boleh jatuh bila-bila masa pun. Tapi janganlah kerana fitnah dalaman yang memusnahkan sejuta kebaikan sedia berkembang mekar.
Kelantan pernah boleh jatuh bila-bila masa pun pada PRU11 2004 dulu. PAS Kelantan bergayut pada majoriti satu kerusi yang menang dengan kelebihan 2 undi.
Tetapi kerana api fitnah dalaman tiada, PAS mara dan kembali mengukuh sehingga kini.
Pesan saya, siapa pun boleh membakar dengan bahan bakar fitnah. Tetapi ingat, anda tidak akan memuliakan hidup sendiri dengan pekerjaan sebagai pencetus fitnah, bukan pencetus ummah.
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar melahirkan rasa lucu dengan 'lakonan Hindustan' oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertemu dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, Noh turut mempersoalkan kewajaran Mahathir berbuat demikian memandangkan negarawan itu sebelum ini pernah mengeluarkan pelbagai kenyataan mencerca Anwar dan memecatnya daripada jawatan timbalan perdana menteri serta timbalan presiden Umno.
"Saya ketawa tengok lakonan. Kita nak tanya Tun (Dr) Mahathir, yang mana betul kenyataan dia pasal Anwar? Adakah waktu dia jadi perdana menteri dulu sehingga Anwar dipecat atau sekarang?
"Mana satu yang betul? Dulu dia (Mahathir) kata Anwar tak betul sampai dia dipecat. Ini dia nak jadi partner pula.
"Saya ketawa tengok lakonan ni. Ini lakonan Hindustan," kata Noh sambil ketawa.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan forum perumahan dan hartanah di Petaling Jaya hari ini.
Pada sidang medianya itu, Noh menafikan kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa Umno kini gelisah selepas pertemuan kedua-dua bekas pemimpin tersebut.
Sebaliknya, kata beliau, pembangkang sebenarnya yang sedang gelisah selepas pelbagai percubaan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tidak berjaya.
"Pembangkang yang gelisah kerana dia buat macam-macam cara nak jatuhkan perdana menteri dan semuanya gagal.
"Deklarasi Rakyat dah terbukti rakyat tolak kerana pilihan raya di Sarawak, Sungai Besar, Kuala Kangsar - BN menang besar. Isu DOJ perdana menteri dah jawab, dia nak ambil proses mahkamah dan kita tunggu.
"Tak puas hati, tubuh parti baru. Sekarang nak berbaik dengan Anwar.
"Jadi pembangkang yang gelisah. Kita tak gelisah. Perdana menteri masih lagi meneruskan kerja untuk membela rakyat," katanya.
Selasa lalu, Mahathir yang juga bekas perdana menteri selama 22 tahun hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Langkah itu dilihat sebagai sokongan moral terhadap Anwar kerana kedua-dua pemimpin itu kini menentang akta itu dan menolak kepimpinan Najib.
Mahathir memecat Anwar pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat, yang kemudian membawa kepada kes mahkamah lapor Malaysiakini
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Mujahid Yusuf Rawa menyerahkan artikel setebal sebelas muka surat ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini.
Artikel itu merupakan penjelasan beliau mengenai tegurannya ke atas tulisan Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung Rang Undang-undang (RUU) 355.
Ia sekaligus menafikan dakwaan bahawa beliau menyanggah pendapat Dr Zulkifli agar semua ahli Parlimen khususnya yang beragama Islam menyokong RUU 355 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, Oktober ini.
Seruan itu dipetik dari tulisan terbaharu Dr Zulkifli dalam Bayan Linnas bertajuk 'Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat' di portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Artikel tersebut diserahkan kepada pegawai hal ehwal Islam MAIWP, Umar Mokhtar Mohd Noor dalam pertemuan dan sesi dialog pagi tadi.
Pertemuan turut disertai naib ketua pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin, pengarah komunikasi Khairol Najib Hashim dan ketua Wanita Muda Amanah Nasional Anis Afida Mohd Azli.
"Saya katakan tadi saya tak dapat memenuhi saranan mufti kerana RUU itu belum dibahas.
"Pertemuan hari ini berjaya, mesra dan penuh kasih sayang serta Amanah dapat memberikan penerangan kepada pihak mufti," katanya yang sebelum ini dikecam sesetengah pihak kerana teguran itu.
Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar mengambil inisiatif untuk membuat teguran atas semangat demokrasi dan kebebasan bersuara dan terpulang kepada pihak mufti untuk tindakan lanjut.
"Kami sekadar menegur dan terpulang kepada pihak mufti sebagai institusi agama untuk menerima atau tidak.
"Saya perlu menjelaskan persepsi dan saya harap kita dapat membudayakan lagi perbincangan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan.
Dr Zulkifli bagaimanapun tidak dapat hadir dalam pertemuan itu kerana bertolak ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji malam tadi.
Sementara itu Shazni berkata, beliau berasa gembira jika Pas khususnya presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli Parlimen Marang memberikan perincian mengenai RUU untuk memperkasa mahkamah syariah.
"Kami berbesar hati jika Marang boleh tampil untuk berdepan dengan anak muda tentang usul yang dibentangkan," katanya.
Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menjad parti politik sah di negara ini.
Bernama melaporkan keputusan penerimaan secara prinsip itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Akronim bagi parti itu pula ditetapkan sebagai PPBM dan bukan BERSATU.
Kata Ahmad Zahid kelulusan rasmi diberikan selepas parti berkenaan membuat penjelasan kepada ROS mengenai peranan dan fungsi presiden serta pengerusinya.
Parti berkenaan ditubuhkan selepas beberapa tokoh pemimpin Umno dan ahli parti itu tidak sependapat dengan Datuk Seri Najib Razak menangani pelbagai isu semasa dalam negara, termasuk 1MDB.
Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, Ahmad Zahid berkata penggunaan akronim PPBM bukan atas arahan ROS, sebaliknya atas permintaan parti itu sendiri semasa mendaftarkan permohonan sebelum ini.
"Dalam permohonan awal, mereka mahu menggunakan nama panggilan parti sebagai BERSATU tetapi selepas pihak ROS membuat semakan nama itu telah banyak digunakan oleh parti dan pertubuhan lain.
"Selepas rundingan semula dibuat, pihak parti memohon meletakkan akronim PPBM dan ROS meluluskannya seperti yang dipohon," katanya, sambil menambah nama BERSATU telah digunakan oleh enam parti dan pertubuhan setakat ini.
Kelulusan itu juga membabitkan sedikit perubahan pada logo berbanding logo asal semasa permohonan dibuat, katanya.
Ahmad Zahid berkata beliau tidak campur tangan dalam kelulusan permohonan tersebut serta menegaskan permohonan mana-mana parti atau organisasi akan diluluskan jika mematuhi syarat-sayarat dalam Akta Pertubuhan 1966.
Ditanya risiko PPBM sekiranya menggunakan nama BERSATU bagi mempromosikan parti itu, Ahmad Zahid berkata mereka secara rasmi telah melanggar perlembagaan parti tersebut.
"Sekiranya mereka masih menggunakan nama BERSATU tindakan pembatalan pertubuhan itu boleh diambil ROS berdasarkan Akta Pertubuhan," katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu menyerahkan permohonan bagi mendaftar sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU di ROS.
Hadir sama dalam sidang media itu Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah.
Permohonan pendaftaran parti itu diserahkan sendiri presiden penajanya Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada ROS pada 9 Ogos lalu.
Walaupun sesetengah pihak menjangkakan parti itu tidak memberi kesan besar kepada Umno ahli politik veteran pula berpendapat sebaliknya.
Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah adalah antaranya.
Pada 24 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan beliau mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak mengambil mudah serta memperlekehkan BERSATU.
Katanya, semua pihak, khususnya Umno perlu memandang serius penubuhan parti baru itu kerana ia dianggotai mereka yang berpengaruh serta pernah berada dalam Umno.
Antara tokoh yang disebut ahli parlimen Gua Musang itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pengerusi parti berkenaan.
Adalah menarik pengakuan yang dibuat oleh menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa 'Malaysian Official 1' (MO1) yang disebut dalam tuntutan mahkamah oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, jelas adalah Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Sekarang, apa kata DOJ tentang MO1, iaitu Najib, perdana menteri Malaysia.
Pada halaman 13 perenggan 39 laporan itu berkata, "Setelah ditubuhkan, MO1 iaitu Najib mengambil alih kedudukan kuasa dalam 1MDB. MO1 (Najib) mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan, dan penyingkiran, lembaga pengarah 1MDB pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.
Di samping itu, sebarang komitmen kewangan 1MDB, termasuk pelaburan, yang berkemungkinan menjejaskan jaminan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia memerlukan kelulusan MO1 iaitu Najib."
Halaman 17 perenggan 50. "Satu mesyuarat khas lembaga pengarah 1MDB telah diadakan pada 26 September, 2009. Low (bukan ahli lembaga) turut menghadiri mesyuarat ini."
Halaman 11 perenggan 29. "Aziz mempunyai pertalian kekeluargaan dengan MO1 (Najib) dan rakan Low."
Halaman 55 perenggan 178. "Sebaik dana telah dipindahkan dari Aabar-BVI kepada Blackstone, ia digunakan untuk membuat pembayaran kepada Qubaisi dan Husseiny, yang berkhidmat sebagai pegawai untuk kedua-dua Aabar dan Aabar-BVI kepada MO1 (Najib) dan kepada 1MDB Officer 3. "
Halaman 59 perenggan 192. "Akaun perunding MB menerima satu lagi pemindahan $1,500,000 dari akaun Blackstone pada atau sekitar 22 Januari 2013.
"Blackstone memindahkan sekurang-kurangnya $30 juta kepada akaun milik MO1 (Najib)."
Halaman 59 perenggan 193. "Blackstone juga memindahkan sekurang-kurangnya $ 30,000,000 kepada akaun milik MO1 (Najib) tidak lama selepas menerima dana daripada Aabar-BVI."
Halaman 59 perenggan 194. "Pada atau sekitar 30 Oktober 2012 - kira-kira tujuh hari selepas Blackstone menerima $ 75,000,000 secara langsung dari Aabar-BVI dan kira-kira enam hari selepas ia menerima $ 360,000,000 secara tidak langsung daripada Aabar-BVI melalui Enterprise dan Cistenique - Blackstone memindahkan $5,000,000 ke dalam akaun Ambank di Malaysia yang dipegang atas nama 'AmPrivate Banking MR'."
Halaman 59 perenggan 195. "Akaun bank 'AmPrivate Banking MR' milik MO1 (Najib) dan adalah akaun sama yang menerima $20,000,000 dari pengasas bersama, Petrosaudi pada tahun 2011, dalam masa beberapa hari penerimaan dana daripada pengasas bersama Petrosaudi daripada Good Star, seperti dinyatakan dalam Seksyen II.G."
Sesiapa sahaja yang mengkritik pimpinan Pas akan dicop sebagai pengkhianat, munafiq, barua, broker dan sebagainya dalam Pas. Pimpinan atasan dikira sebagai sempurna. Keputusan dibuat oleh pimpinan tidak layak dipertikaikan oleh sesiapa walaupun ianya langsung tidak boleh diterima oleh logik akal.
Pandangan Presiden dikira keputusan syura Pas walaupun tidak dibawa kedalam mana-mana mesyuarat. Pembentangan RUU 355 oleh TG Presiden adalah contoh bagaimana keputusan individu Presiden yang menghantar usul RUU 355 terlebih dahulu tanpa mendapat mandat keputusan mesyuarat parti.
Akibatnya seluruh jentera parti terpaksa digerakkan untuk membetulkan tindakan seorang pemimpin yang tidak ikut kaedah dan amalan syura jemaah. Pengkritik dilabel dengan gelaran yang amat tidak pernah difikirkan sanggup dilontar oleh sebuah gerakan Islam. Kafir, munafiq, pengkhianat adalah panggilan biasa yang diratib dalam setiap ceramah kepada pengkritik Presiden atau parti.
Ketiadaan alMarhum TGNA menjadikan pimpinan Pas bermaharaja lela untuk mengadakan pertemuan demi pertemuan dengan pimpinan Umno-BN.
Pimpinan atasan tidak lagi memperdulikan sensitiviti pimpinan bawahan yang setiap masa bertarung dengan Umno. Imej mesra Umno-Bn lebih menonjol apabila tiada serangan Pas dalam isu 1mdb yang riuh rendah dibincangkan oleh rakyat marhaian dan media massa.
Suasana 'manggok' dan ego ini berjangkit kepada kepimpinan kerajaan Kelantan. MB dan Exco pun tidak boleh ditegur walaupun jawatan mereka adalah wakil rakyat yang dipilih untuk mentadbir dan mengurus kepentingan rakyat keseluruhannya.
Apa sahaja isu berbangkit dianggap hendak menjatuhkan kerajaan Islam yang diasaskan TGNA. Sedangkan pentadbiran sekarang jauh sangat berbeza.
MB telah tersasar jauh dari garis panduan pemerintahan yang ditinggalkan oleh alMarhum TGNA. Pembangunan Kampung Laut Satu sebagai contohnya bukti jelas kelemahan perancangan dan pentadbiran Dato Mad.
Sesuatu yang tidak boleh diterima, pengambilan tanah asal penduduk yang akan dirobohkan bagi tujuan dibangunkan Masjid Kampung Laut yang asal yang juga terpaksa diroboh di lokasinya di Nilam Puri sekarang. Menyedihkan pandangan ketua cawangan Pas setempat yang veteren tidak diambil kira bahkan dicop pula sebagai penyokong parti Amanah.
Tidak hairanlah apa yang telah terjadi kepada Dato Husam Musa yang menjadi mangsa kepada sikap ego pimpinan Pas sekarang yang telah dipecat kerana kelantangannya mengkritik kepimpinan dan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri sekarang termasuk sikap bermewah-mewahan pimpinan kerajaan negeri sekarang.
Apa lagi yang hendak diharapkan kepada pimpinan parti dan kerajaan negeri sekarang. Kalau pimpinan dan ahli parti sendiri tidak dibenarkan mengkritik, akan tiba masanya rakyat sendiri yang akan buat teguran dalam kertas undi. Pada masa tersebut tiada guna penyesalan...nasi sudah jadi bubur.
WANGSA KERAMAT, 8 SEPT : Amanah wang pesaraan pesara tentera dikhianati pentadbiran Umno Barisan Nasional, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, akta yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan kebajikan pesara dinafikan, ekoran skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Wang pesaraan tentera ini amanah sangat besar dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan pesara tentera.
“Atas kepentingan itulah pada 1973 dibentuk Akta Tabung Angkatan Tentera untuk menjaga ruang ekonomi pesara tenteta dan kebajikan mereka.
“Namun amanah itu dikhianati pemimpin negara kerana kerakusan mereka membabitkan skandal kewangan 1MDB,” katanya pada Majlis Dialog Prajurit, Wangsa Keramat di sini, malam tadi.
Sebelum ini, satu dokumen rahsia didedahkan KEADILAN berhubung dana RM288 juta diseleweng bagi tujuan pemindahan wang kepada syarikat 1MDB untuk membayar faedah hutang pinjaman syarikat cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
Bagaimanapun, pemindahan wang tersebut didapati tidak melalui proses tepat atas dasar kegagalan 1MDB mendapat kelulusan Lembaga Pengarah untuk memindahkan wang tersebut.
1MDB juga kononnya telah membuat penafian atas dakwaan tersebut dan meminta senarai nama dikeluarkan terhadap individu yang didakwa menerima kelewatan pembayaran wang pesaraan.
Sehingga kini, seramai 110 penama disenaraikan KEADILAN, susulan kelewatan bayaran kenaikan pencen perkhidmatan yang dilaporkan sejak 2013 lalu.
Dalam perkembangan itu, Perdana Menteri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan kelewatan itu.
WANGSA KERAMAT, 8 SEPT: Kemajuan sistem pendidikan dan kesihatan negara terhalang susulan skandal kewangan dan tanggungan liabiliti membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata peruntukan pembangunan pendidikan dan kesihatan dipotong, hanya untuk membayar hutang 1MDB.
“Dalam keadaan ekonomi menyedihkan hari ini, bagaimana peruntukan bidang pendidikan dan kesihatan yang cukup penting untuk rakyat dimangsakan.
“Ini membuktikan skandal 1MDB memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa kecuali tetapi yang ‘enjoy’ berbilion cuma Najib dan Rosmah.
“Sementara rakyat Malaysia pula yang terpaksa menanggung dan membayar hutang-hutang itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Prajurit, Wangsa Keramat di sini, malam tadi yang turut dihadiri Laksamana (B) Imran Abd Hamid, dan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Sebelum ini, wujudnya pendedahan berkaitan tanggungan hutang 1MDB mencecah RM50 bilion hasil daripada pelaburan meragukan, syarikat cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Terdesak untuk membayar faedah hutang 1MDB, pentadbiran Putrajaya dikatakan memotong pelbagai peruntukan dan pengambilalihan kewangan agensi kerajaan seluruh negara.
Antara terkesan, Lembaga Tabung Haji (LTH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM).
Bercakap lanjut, Nik Nazmi yang juga Exco Pendidikan Selangor berkata, Putrajaya disifatkan gagal memacu pertumbuhan ekonomi negara susulan pelbagai dakwaan integriti Perdana Menteri.
“Kepimpinan Najib gagal apabila kepentingan pendidikan dan kesihatan rakyat digadai pentadbiran Umno-Barisan Nasional,” katanya.
KHAMIS, 8 SEPTEMBER 2016 - 10:29AM PUTRAJAYA: Pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dengan nama singkatan PPBM.
SHAH ALAM – Orang ramai perlu berhati-hati sebelum menyokong mana-mana perkara atas nama Islam kerana bimbang ia menjurus ke arah yang salah.
Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebelum menyokong apa-apa perkara, penelitian perlu dilakukan untuk pemahaman sepenuhnya.
"Jika semua yang diberikan nama Islam ataupun kononnya ke arah perlaksanaan Islam itu kita disuruh sokong tanpa meneliti kesannya secara mendalam, maka dibimbangi nanti ramai yang menyokong Daesh.
"Berhati-hati dalam menyokong sesuatu atas nama Islam. Asalkan nama Islam dan mahu melaksanakan Islam lantas kita sokong, maka dibimbangi musnahlah kemanusiaan dan agama.
"Sebelum menyokong kita wajib bertanya, apakah versi Islam yang hendak dilaksanakan itu? Di tangan siapakah perlaksanaan itu akan diberikan?," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu pendapatnya itu susulan pada zaman ini ada pelbagai versi jenama Islam.
"Jenama Islam yang telah dimanipulasi jauh lebih banyak dibandingkan hakikat Islam yang merupakan rahmatan lil 'alamin (rahmat untuk semua pihak tanpa dibatasi latar kaum, kedudukan, tempat dan agama).
"Daesh juga kononnya sedang melaksanakan Islam versi mereka. Apa yang terjadi akhirnya? Apakah Islam bertambah mulia ataupun Islam dibenci dan dihina? Musnah nama agama dan rosak kemanusiaan serta hak asasi atas nama perlaksanaan Islam Daesh," katanya.
Sebelum ini, kenyataan mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mewajibkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong pindaan itu di Parlimen menerima pelbagai reaksi daripada pemimpin dan orang awam.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengesahkan bahawa pembinaan Hospital Pendang yang diluluskan menerusi Bajet 2016 mengalami sedikit kelewatan akibat kekangan kewangan. Kementerian Kesihatan juga akan melakukan pemotongan kos terhadap projek yang bernilai RM200 juta tersebut.
Ini bukanlah kali pertama penangguhan terhadap rancangan pembinaan Hospital Pendang ini dibuat. Projek yang telah diumumkan dalam Bajet 2006 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dibatalkan dalam kajian projek Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Projek tersebut diumumkan semula sebagai 'gula-gula politik' pada Pilihan raya Kecil Pendang 2002. Namun ia tidak menjadi kenyataan sehingga ditegur oleh Tuanku Sultan Kedah dalam titah perasmian Sidang Dun Kedah pada November 2011, kerana lambat dilaksanakan.
Apabila rancangan pembinaan Hospital Pendang ditangguhkan lagi kali ini, maka ia benar-benar satu tindakan mempermain-mainkan rakyat Kedah, khususnya penduduk Pendang, setelah 10 tahun projek yang memberi manfaat kepada penduduk luar bandar itu diumumkan.
Langkah mengurangkan kos dengan memotong perkara-perkara tertentu dari pelan asal merupakan tindakan tidak bertanggungjawab kerana kemudahan sebuah hospital wajar dilengkapkan demi memberi perkhidmatan kesihatan yang baik kepada rakyat, bukannya dikurangkan.
Di kala kerajaan memberi alasan bahawa projek tersebut ditangguhkan kerana kekangan kewangan, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan projek Taman Tugu Negara bernilai RM650 juta. Di mana kewarasan kerajaan BN apabila projek yang tidak memberi manfaat kepada rakyat itu lebih diutamakan berbanding projek pembangunan kesihatan yang melibatkan nyawa rakyat?
Alasan "kekangan kewangan" tidak wajar digunakan kerana kerajaan pimpinan BN telah memeras rakyat bawahan; termasuk orang miskin dan penduduk luarbandar, melalui pelaksanaan cukai GST yang dikenakan terhadap semua. Maka inilah masanya untuk memulangkan kembali manfaat kepada rakyat bawahan, khususnya di Daerah Pendang.
Kerajaan hendaklah menyedari bahawa pembinaan Hospital Pendang merupakan satu keperluan terhadap rakyat yang mesti diteruskan. Manakala yang mesti dihentikan ialah tindakan mempermainkan rakyat, membazir serta memberi alasan tidak munasabah.
MENGAKUI kedudukan 15 Ahli Parlimen dalam negeri ini adalah individu penting kepada hasrat pindaan RUU355, maka kami mengambil tanggungjawab proaktif selaku agen yang akan memohon dan mengesahkan undi sokongan mereka pada Sidang Parlimen Oktober depan.
Walaupun undi menyokong atau menolak adalah hak dan kebijaksanaan legislatif mereka, namun kerencaman info berlegar ketika ini lebih mencetus sensasi dan kontroversi hingga mengheret salah faham. Segala prasangka dan kesamaran wajib dirungkai menerusi pertemuan serta penjelasan agar dapat diterangkan bahawa pindaan tersebut tidak sepatutnya 'panas' dan diisukan.
Hal ini kerana semua Ahli Parlimen telah pun melalui sekitar 12 RUU yang dipinda dalam tahun ini sahaja. Ia adalah rutin atau proses biasa yang berlangsung di Parlimen dan mereka seadilnya perlu berada dalam keadaan 'neutral' bahawa RUU355 tidak harus dimangsakan.
Usul pindaan RUU355 yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang pada 26 Mei lalu telah memberi ruang masa panjang kepada semua Ahli Parlimen untuk membuat kajian, mendapatkan pandangan dan melihat reaksi kecenderungan rakyat agar dibahaskan sebaiknya pada sidang nanti.
Pada pemahaman dan penglihatan kami, tidak sepatutnya timbul masalah untuk para Ahli Parlimen memberi undi sokongan. Kami akan mengajukan; pindaan ini hanya berkaitan hak dan ehwal semasa institusi serta umat Islam, sesuai keadaan, perubahan atau tuntutan ketika ini.
Oleh sebab tujuan pindaan ini jelas adalah ke arah memartabatkan Mahkamah Syariah supaya dinaiktaraf kedudukannya selaras peruntukan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Malah, ia secara tidak langsung berkait kepentingan negara di mana 68 peratus penduduk Malaysia terdiri daripada orang Islam. Ia juga soal mentertib dan mewujudkan landskap sosial lebih baik, hasil daripada warga yang memenuhi Rukun Negara, khusus dari kalangan orang Islam. Pihak kami mahukan semua 15 Ahli Parlimen tersebut memahami bahawa rakyat sedar, faham serta mahu pindaan tersebut dijayakan.
Akhirnya, kami menyeru kepada setiap Ahli Parlimen Kedah khususnya memberikan undi menyokong terhadap pindaan RUU355 ini nanti. Kami percaya, Ahli Parlimen yang baik dan secara benar mewakili, sudah tentu seiring dengan hasrat penduduknya dan pasti menyedari rakyat juga mempunyai kuasa demokrasi.
USTAZ IDRUS AHMAD
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
– HARAKAHDAILY 7/9/2016
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Minggu ini, berita pembatalan perkahwinan Fara Fauzana yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini adalah berita paling hangat di dalam industri hiburan tanah air. Pelbagai spekulasi timbul tentang punca sebenar pembatalan perkahwinan ini. Ada dakwaan menyatakan Hafiz iaitu bakal suami Fara Fauzana sebenarnya sudah berkahwin, namun Hafiz telah tampil menafikan dakwaan tersebut. Sementara itu Fara Fauzana terus menyepi seribu bahasa dan gagal ditemui untuk mendapatkan komen tentang keputusannya ini.
Ditemui di Bengkel Sekolah Radio iM4U di sini, Fara Fauzana masih enggan memaklumkan punca sebenar pembatalan perkahwinannya itu. Nampak gayanya memang ia akan menjadi rahsia buat selama-lamanya. Tak apalah. Kadangkala memang ada yang terlalu peribadi dan tidak boleh dikongsi. Kata Fara Fauzana:-
Semua ini ketentuan Allah dan segala-galanya sudah dijelaskan. Terima kasih kerana menyokong saya. Tiada apa yang saya mahu cakapkan lagi. Saya kena pergi sekarang… Terima kasih
Kalau dah Fafau cakap begini, siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan yang dilakukan. Sudah pasti Fafau ada alasan yang kukuh untuk membatalkan perkahwinan yang tak sampai 2 minggu lagi untuk dilangsungkan. Semoga ini adalah keputusan terbaik buat Fafau. Satu hari nanti, pasti Fafau akan bertemu jodoh jua akhirnya. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.
Aik. Pelik tapi benar. Rasanya baru bulan lepas Azrel Ismail dan Ruhainies menafikan dakwaan yang mereka berdua bercinta sebaliknya hanya sekadar kawan rapat. Tup-tup hari ini menerusi pengakuan terbaru, Azrel Ismail dan Ruhainies mengakui masing-masing adalah pasangan kekasih sejak setahun lalu. Amboi,amboi,amboi. Cover line sangat nie.
Mungkin pengakuan ini dilakukan selepas Azrel Ismail tidak tahan melihat Ruhainies dikaitkan dengan Dato’ Red. Iyerlah, selama ini bercinta tup-tup timbul gosip Ruhanies sampai dah kahwin dengan Dato’ Red, tak ke panas hati? Kalau mengaku dari awal senang habis cerita. Tak adalah orang luar nak fikir bukan-bukan. Tapi biasalah artis-artis Malaysia, selagi boleh mesti nak sorok. Kata Azrel:-
Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebih dahulu. Selepas berlakon bersama dalam drama Si Montel tahun lalu, saya sering menghubunginya untuk bertanya khabar.
Lama-kelamaan hubungan inimenjadi semakin serius kerana saya selesa berdampingan dengannya dan berkongsi masalah. Saya juga semakin rapat dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah kedua-dua keluarga merestui hubungan ini
Ruhainies juga turut sama membuat pengakuan tentang hubungan mereka. Untuk makluman, Azrel Ismail berusia 31 tahun sementara Ruhainies pula 24 tahun. Kata Ruhainies:-
Selama ini saya bukan sengaja mahu mengelak untuk memaklumkannya kepada umum, tetapi lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsi berita ini terlebih dahulu. Apapun hubungan yang terjalin ini masih terlalu awal. Soal jodoh dan takdir saya serahkan kepada Allah SWT
Apa-apa pun tahniah buat Azrel Ismail dan Ruhanies. Semoga dengan pengakuan ini tak akan ada orang lain nak berani masuk line Ruhainies. Semoga hubungan mereka juga akan berakhir di jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.
5 tahun dahulu, jika anda ingin membeli telefon pintar, jenama yang akan dipilih sudah tentu di antara Samsung dan Apple. Kedua-dua jenama ini memang cukup gah, hebat dan mempunyai peminat setia ketika itu. Ditambah pula dengan ketiadaan pesaing-pesaing lain, Apple dan Samsung telah mendominasi pasaran telefon pintar pada masa itu.
Namun langit tidak selalunya cerah untuk Samsung dan Apple. Kini jenama-jenama telefon pintar dari Asia seperti Huawei, Xiaomi dan Oppa mula mencuri hati pengguna setia kedua-dua jenama ini. Huawei yang telah pun mengeluarkan Huawei P9 pada tahun ini menjangkakan akan mengalahkan Apple sebagai pengeluar kedua terbesar telefon pintar menjelang tahun 2020.
telefon pintar dari Huawei yang semakin mencuri perhatian ramai
Abang Nara ada satu fakta menarik tentang kebangkitan jenama telefon pintar dari Asia ini. Di China, Samsung hanya mempunyai 9% market share. Huawei adalah jenama nombor 1 di negara ini dengan 26% dengan Xiaomi di tempat kedua dengan 19% market share. Sementara itu Oppo pula semakin mendekati Samsung dengan 8%. Kalau tak silap Abang Nara, di Malaysia pun jenama-jenama dari Asia semakin mengekori rapat Samsung dan Apple. Nampaknya kekuatan jenama Samsung dan Apple semakin hari semakin berkurangan sekiranya tiada tindakan lanjut dilakukan.
Samsung S7 ke Huawei P9 yang akan korang pilih?
Secara jujurnya, Abang Nara menyukai persaingan sengit sebegini di antara Samsung, Apple dan jenama-jenama telefon pintar dari Asia. Lagi banyak produk di pasaran, lagi banyak pilihan kita sebagai pengguna. Buat apa bazirkan duit untuk membeli sesuatu yang lebih mahal sedangkan ada telefon dari jenama yang lain yang sama hebatnya? Lagi satu contoh terbaik iala isu pencurian data peribadi sekiranya kita menggunakan telefon dari China. Betul ke perkara nie? Cuba korang tengok video di bawah.
Kita selaku pengguna kenalah pandai menilai sesuatu produk. Jangan hanya mengikut sahaja. Kena periksa dan buat uji kaji terlebih dahulu. Selidik apa yang patut. Barulah kita akan menjadi seorang pengguna bijak. Tak gitu? Apa pula kata anda?
Nama Felixia Yeap tidak perlu diperkenalkan lagi. Satu ketika dahulu Felixia atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap cukup popular dengan nama gelaran :”amoi bertudung”. Selepas memeluk Islam dan berkahwin, Felixia Yeap terus istiqamah dalam memakai tudung dan berusaha menjadi seorang Muslimah yang lebih baik. Sekian lama berdiam diri, Felixia tampil memberikan pendapatnya selepas kontroversi Uqasha Senrose membuka tudung dan Safiey Ilias kembali menjadi pondan. Seperti yang kita ketahui, Felixia Yeap telah berhijrah dengan memakai tudung dan tidak memakai baju yang mencolok mata sebelum memeluk Islam lagi. Sebelum itu, Felixia memang cukup dikenali sebagai model tak cukup kain dan pernah menjadi model Playboy. Jadi kata-kata nasihat Felixia sememangnya boleh diterima pakai kerana dirinya sendiri pernah mengalami apa yang Uqasha dan Safiey alami. Kata Felixia:-
Benarlah bila orang berkata…hijrah itu sebenarnya mudah. Istiqomah itu yang susah. Akhir-akhir ini, kita dikejutkan oleh berita tentang seorang saudari dan seorang saudara kita yang melambai kain putih tanda mengalah di pertengahan jalan penghijrahan mereka.
Mengejutkan? Benar, tetapi pada masa yang sama, saya teramat memahami apa yang mereka lalui. Saya turut mengalami perkara yang sama, setiap hari. Tetapi bagi saya, saya cuba lalikan diri saya daripada tohmahan, makian dan sindiran manusia. Bagi saya, banyak lagi perkara yang penting dalam hidup ini untuk dibuat…daripada hanya cuba memuaskan hati dan menutup mulut manusia yang tidak menyumbang kepada penghijrahan kita.
Yang hanya tahu mencari kesalahan dan aib kita walaupun kita sedang berusaha menjadi lebih baik. Misalnya, menjaga keluarga kita, mencari rezeki yang halal, membuat kerja amal, melebihkan dan menyempurnakan ibadah, etc etc. Tidak perlu kita terlalu mengambil berat apa yang negatif yang keluar dari manusia yang sentiasa berfikiran dan mengucap yang negatif sahaja.
Fokuskan pada yang positif. Fokuskan pada yang membina. Fokuskan pada yang ikhlas. Istiqomah itu terlalu susah, saya tahu.
Tetapi hijrah dan Hidayah itu juga teramat mahal dan berharga. Tidak semua dikurniakannya. Saya akui, saya terlalu jauh daripada sempurna dalam penghijrahan saya sendiri, dan iman saya pun seringkali ada turun naiknya. Kadang-kadang bertudung labuh, kadang-kadang berselendang. Kadang-kadang leka, kadang-kadang insaf. Tetapi itulah manusia.
Namun cubalah sedaya upaya, kekalkan pendirian untuk berhijrah…bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah SWT. Kalau tak boleh Hijrah laju-laju, hijrah lah slow slow. Lebih baik perlahan tetapi istiqomah…daripada laju tetapi cepat mengalah. Bagi yang suka menyindir, berburuk sangka, memfitnah dan menghasut orang-orang yang berusaha untuk berhijrah…bertaubatlah. Mulut tu Allah SWT berikan untuk mengucap yang baik-baik sahaja.
Biarlah syaitan-syaitan sahaja yang buat kerja mereka tu. Kepada pelakon wanita dan jutawan lelaki itu.
Daripada bekas model P*****y ini. Berhijrah demi Allah SWT, kita pasti istiqomah. Berhijrah demi manusia, kita pasti mengalah.
Mendalam sungguh kata-kata Felixia Yeap. Abang Nara paling suka part “berhijrah kerana Allah bukan kerana manusia”. Memang padu ayat tersebut. Kalau kita berhijrah kerana nak berbusiness, kerana dengar cakap orang, memang tak lama lah. Berhijrah kerana ingin menjadi diri sendiri lebih baik. Tak adalah dengar tohmahan orang terus rasa nak jadi pondan balik. Tak gitu? Apa kata anda?
Aduh. Pasti ribuan hati para jejaka kecewa mendengar perkhabaran ini. Gadis ayu jelita idaman Malaya, Ummi Nazeera mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki. Sebelum ini Ummi Nazeera pernah digosipkan bercinta dengan Zizan Razak, namun Ummi telah menepis dakwaan tersebut. Menariknya lelaki yang sedang dikenali itu telah diperkenalkan oleh ibunya. Amboi, amboi, amboi. Selalu kalau emak ayah perkenalkan, mesti akan berakhir dengan perkahwinan.
Apa yang bagusnya ialah Ummi Nazeera akan memaklumkan kepada para peminatnya apabila tiba hari perkahwinannya kelak. Kata Ummi:-
Apa yang boleh saya katakan saya masih solo selagi belum mempunyai sebarang ikatan perkahwinan. Bagaimanapun saya akui sedang berkenalan dengan seorang lelaki dan kami bertemu melalui keluarga. Kalau saya mahu berkahwin saya akan maklumkan kepada semua tetapi bukan tahun ini
Semoga perhubungan Ummi dan jejaka itu akan berakhir di jinjang pelamin. Tertanya-tanya juga siapakah sang pria yang akan berjaya mencuri hati Ummi Nazeera. Sama-sama kita nantikan. Sumber Mstar Online.
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
"Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar," demikian kata pelakon baru yang semakin meningkat naik, Azrel Ismail, 31, yang mengakui menjalin cinta dengan pelakon, Ruhainies, 24, sejak setahun lalu.
Kata Azrel, hubungan yang terjalin itu sudah diketahui kedua-dua belah keluarga mereka dan walaupun bercinta, mereka belum memikirkan soal perkahwinan.
Pasangan Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, yang bakal disatukan tidak lama lagi ini sangat beruntung apabila ada kelab peminat mereka di Singapura berhasrat untuk menaja sepenuhnya majlis perkahwinan mereka nanti yang turut akan diadakan di negara itu pada Disember depan.
"Perkara ini tidak ada dalam perancangan kami tetapi apabila wakil kelab peminat di sana menyatakan hasrat itu, saya sambut dengan hati terbuka. Malah saya sangat teruja.
Bukan semua oghang berminat nak mengetahui tentang pasai gunung berapi tapi apa salah kalau kita tau segheba sedikit fakta pasai kehebatan gunung berapi Mana tau boleh kita gunakan pengetahuan ...
5 tahun dahulu kalau hampa ingin membeli telefon pintaq jenama yang akan dipilih dah tentu di antara Samsung dan Apple Kedua dua jenama ni memang cukup gah hebat dan mempunyai peminat setia ma...
PlayStation 4 Pro diumumkan pagi ni dan mengujakan peminat konsol keluaran Sony Kami konfem ghamai yang tertanya tanya sama ada model terkini ni berbaloi untuk dimiliki Senarai di bawah memberi...
Apple telah mempopulaqkan arena telefon pintaq dengan pengenalan iPhone pertama pada 2007 yang lepaih la nih selang 9 tahun Apple masih dok mendapat perhatian ghamai apabila membuat pengumuman ...
Satu lagi peranti yang dibawakan oleh Fitbit untuk pasaran tempatan bermula hari ni adalah Fitbit Flex 2 Flex 2 merupakan versi seteruihnya untuk keluarga Flex tang mana ia membawakan rekaan kec...
Sony telah memperkenaikan PlayStation 4 generasi baghu dengan rekaan yang lebih nipih selain membawakan pengoptimasian pada penggunaan tenaga pada awai pagi ni dan la nih berkongsi lanjut mengena...
Hanya sekitaq dua minggu selepaih pengumumannya Fitbit telah mengumumkan kesediaan jam tangan pintaq Fitbit Charge 2 di pasaran tempatan Fitbit merupakan jenama peranti boleh pakai yang terkenai...
Bagi sesetengah artis memuat naik gambaq mesra bersama pasangan di laman so sial adalah perkara biasa tapi bagi Marsha Milan Londoh pulak jarang sekali dapat tengok gambaq beliau dengan suami J...
Gambaq dari Sinar HarianSeorang pompuan tiba tiba menjerit marah Tuan aku marah Dia nak cari mu nak tembak mu nak bunuh mu masa dijalankan perubatan Islam oleh ustat Nor Azman Albanjary keatai...
Aduh konfem ribuan hati para jejaka frust mendengaq berita ni Gadih ayu lawa idaman Malaya Ummi Nazeera mengakui la nih sedang kenai hati budi soghang lelaki Sebelum ni Ummi Nazeera penah di...
Apple Watch Series 2 telah diperkenaikan secara rasmi kemarin yang mana menawaqkan sokongan kalih ayaq dan jugak integrasi GPS di dalamnya la nih pihak Apple Malaysia selain mengumumkan kemask...
Keramahan tu menyenangkan tak hanya bagi oghang lain yang melihatnya tapi jugak bagi diri kita Keramahan akan menambah tenaga diri dalam menjalin hubungan dengan oghang lain Gambaq hiasan De...
macam dah dijangka kemesraan pasangan ni yang dilihat serin bersama akhiaqnya terjawab jugak apabila Azrel Ismail mengakui bahawa dia dan jugak Ruhainies sungguh baq hang bercinta sejak setahun ...
tak mudah melatah dengan teguran yang ditinggaikan di laman so sial Siti Elizad dalam masa yang sama memintak ampun sekiranya terdapat aksi mesra di antara dirinya dan Amaq Baharin dalam drama lak...
RIYADH Mufti Besaq Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz al Sheikh menegaihkan bahawa pemimpin tertinggi Iran bukan beragama Islam dan menjadikan penduduk Islam yang berfahaman Sunnah sebagai musuh depa ...
Bersama sama pengenalan iPhone 7 pihak Apple turut telah memperkenaikan satu lagi variasi dibawah keluarga berkenaan iaitu iPhone 7 Pluih Ia masih dok membawakan rekaan seumpama iPhone tahun le...
Disampin pengumuman berkaitan dengan permainan Super Mario Run yang akan mai ke iOS pihak Apple turut membawa Niantic Labs ke acara tahunan depa ni dan mengumumkan yang mana Pokemon Go akan mai k...
Apple hari ni telah ambik pentaih utama melalui acara media khusus dan memperkenaikan telefon pintaq yang dinantikan ghamai pengguna seluruh dunia iaitu Apple iPhone 7 Peranti pertama yang dipe...
macam telah digembaq gemboq sebelum ni Apple hari ni telah memperkenaikan jam tangan pintaq yang dinantikan ghamai iaitu Apple Watch Series 2 Ia masih dok mengekaikan rekaan yang sama macam gen...
Bersama sama pengenalan kemaskini pada rekaan PlayStation 4 pihak Sony turut mengumumkan satu lagi variasi konsol baghu depa untuk pengguna yang inginkan paparan grafik pada resolusi lebih tinggi ...
soghang pompuan mengandung empat bulan yang menetap di Taman Desa Harmoni Johoq Bahru menjadi mangsa ketiga dijangkiti viruih zika menteghi Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam bagitau pompuan...
Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia sapadia yang tau Begitulah perumpamaan yang dapat digambaqkan pasai majlih pernikahan Amaq Baharin dan Amyra Rosli yang bakai berlangsung pada 11 November n...
pernikahan Fara Fauzana yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ni dibataikan secara mengejut oleh bekaih penyampai radio tu dengan mendakwa bahawa bakai suaminya Muhamed Hafiz tu adalah sua...
Dalam arena dron pada masa la nih saiznya yang besaq boleh ghamai dok kata menjadi salah satu kepayahan untuk membawanya kemana mana dengan mudah apatah lagi menggunakan ruangan yang besaq untuk ...
Lebih tiga juta jemaah dari serata dunia berhimpun di tanah suci setelah buat perjalanan melalui kapai terbang kapai laut waima berjalan kaki di bawah panaih terik matahari demi menunaikan ibadah ...
keghap dok dengaq menjadi bahan gurauan jenaka setiap kali majlih yang dihadiri oleh Zizan Razak dan Emma Maembong pelakon lawa ni mengakui ghasa kughang selesa dengan perkara hat sama dok habaq t...
walaupun masing masin takmau mengaku terdapat hubungan skandai terjalin diantara depa Erra Fazira sekali lagi menimboikan tanda tanya oghang ghamai apabila beliau bertindak memuat naik gambaq Shah...
Bekaih calon suami Fara Fauzana menegaihkan dirinya masih dok bujang dan statuih berkenaan tak penah disimpan daripada pengetahuan bekaih penyampai radio terkenai tu Mohamed Hafiz Badiuzzaman juga...
Bermacam ceghita kita kebelakangan ni sehingga boleh ghamai dok kata mencetuih kemarahan oghang ghamai baghu baghu ni industri hiburan gempaq apabila pelakon Uqasha Senrose nekad untuk membuka t...
berita tentang pasai pengunduran dua individu femes Uqasha Senrose dan Safiey Ilias betoi betoi menggegaqkan Malaysia Perkara tu buatkan ghamai artis Malaysia terpanggil untuk memberi komen depa a...
Seperti sudah dijangka, kemesraan pasangan ini yang dilihat sering bersama akhirnya terjawab juga apabila Azrel Ismail mengakui bahawa dia dan juga Ruhainies sememangnya bercinta, sejak setahun lalu.
"Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebih dahulu," jelasnya kepada Harian Metro.
Walaupun belum lagi memikirkan soal kahwin, Azrel menjelaskan bahawa hubungannya bersama keluarga Ruhainies juga semakin rapat malah turut direstui keluarga kedua-dua belah pihak.
Sementara itu, menurut Ruhainies pula dia lebih selesa menyerahkan kisah percintaan mereka ini dimaklumkan oleh pihak lelaki sendiri.
"Selama ini saya bukan sengaja mahu mengelak untuk memaklumkannya kepada umum, tetapi lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsi berita ini terlebih dahulu. Apa pun hubungan yang terjalin ini masih terlalu awal. Soal jodoh dan takdir saya serahkan kepada Allah SWT," katanya. (rtky/s)
Tidak mudah melatah dengan teguran yang ditinggalkan di laman sosial, Siti Elizad dalam masa yang sama memohon maaf sekiranya terdapat aksi mesra di antara dirinya dan Amar Baharin dalam drama lakonannya mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.
“Jujurnya, saya mengambil perkara ini secara positif. Baik atau buruk komen yang diberi, semua itu hak mereka dan ia tidak mengganggu saya sebagai pelakon. Saya menghormati komen terbabit kerana mereka juga sebahagian daripada penonton yang menaikkan rating tontonan drama ini”
“Bagaimanapun, saya memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan lakonan mesra itu,” katanya. Rata-rata peminat berasa kurang selesa apabila melibatkan babak Elizad dan juga Amar berduaan di atas katil.
Sementara itu, memetik kenyataan Elizad kepada BH Online, suaminya sudah memberikan restu bagi setiap kerja dilakukannya. Apa pun, semoga kerjaya Elizad dalam bidang lakonan akan terus berkembang dan mendapat sokongan peminat. (rtky/s)
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan mengenai majlis perkahwinan Amar Baharin dan Amyra Rosli yang bakal berlangsung pada 11 November ini apabila kelab peminat mereka di Singapura berhasrat untuk menaja sepenuhnya majlis perkahwinan mereka nanti yang turut akan diadakan di negara itu.
“Perkara ini tidak ada dalam perancangan kami berdua tetapi apabila wakil kelab peminat di sana menyatakan hasrat untuk menaja majlis kami, saya sambut dengan hati terbuka. Malah saya sangat teruja. Istimewanya, majlis ini ditaja mereka sepenuhnya. Segala persiapan disediakan mereka, kami hanya bawa diri. Kata orang rezeki jangan ditolak”
“Saya tak mahu tajaan penuh kerana tidak mahu terikat. Bukan apa, kami ada citarasa tersendiri. Majlis kami juga mendapat hak penyiaran eksklusif Astro. Jadi, saya berharap rakan media memahami situasi ini,” katanya kepada Harian Metro mengenai hasrat peminat mereka yang ingin menaja majlis perkawinan mereka yang bakal berlangsung nanti.
Manakala apabila ditanyakan mengenai perkembangan persiapan majlis bahagia nanti, Amar memberitahu bahawa segalanya sudah hampir siap, hanya tinggal beberapa perkara seperti pakaian pengantin serta dekorasi majlis. Malah tambahnya lagi, pihaknya tidak menerima tajaan penuh daripada mana-mana pihak dan memilih untuk menggunakan perbelanjaan bersama.
Pasangan sama cantik sama padan ini bakal diijab kabulkan di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada 11 November ini diikuti pula dengan majlis persandingan pada sebelah perempuan di keesokan harinya. Manakala majlis resepsi perkahwinan bagi pihak lelaki pula akan berlangsung di Bright Star Banquet Hall, Ampang pada 19 November depan. (rkty/w)
Seringkali menjadi bahan usikan jenaka setiap kali majlis yang dihadiri oleh Zizan Razak dan Emma Maembong, pelakon jelita ini mengakui rasa kurang selesa dengan perkara tersebut lebih-lebih lagi kisah cinta mereka sudah lama berakhir.
“Secara jujur, memanglah tak selesa’kan? Benda saya dah move on, dia pun dah move on, jadi kenapa setiap program yang dia ada, mesti nak kena bahan saya. Memanglah kadang-kadang tak sebut tapi orang semua tahu benda khas tuju untuk saya”
“Saya pun dah tutup mulut, tak cakap apa-apa. Tapi bila dia nak buat lawak, tak taulah, dia macam takde modal lain. Saya tak tau sampai skearang ni masih nak bahan bahan saya lagi sedangkan saya tak bahan dia”
“Pergi event pun orang dah takkan tanya pasal dia. Saya rasa macam tak eloklah untuk nama saya, family saya bila dia nak buat lawak-lawak macam tu. Sebab saya pun ada perasaan juga,” jelas Emma kepada BH TV. Tambah Emma, dia juga mempunyai perasaan selain rasa ingin dihormati sebagaimana Zizan mahu keluarganya turut dihormati.
Sementara itu dalam video temuramah itu juga, Emma menyatakan bahawa dia dan juga Kamal Adli ketika ini hanyalah sekadar kawan dan tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang status hubungan mereka. (rtky/s)
Walaupun masing-masing menafikan terdapat hubungan istimewa terjalin diantara mereka, Erra Fazira sekali lagi menimbulkan tanda tanya orang ramai apabila beliau bertindak memuat naik gambar Shahir AF sempena dengan ulangtahun kelahiran penyanyi itu. Ucapan penuh romantis itu dimuat naik menerusi laman Instagram beliau sehari selepas hari jadi Shahir.
“Cakk! Kejutan untuk kamu yang dikasihi. Jangan marah. Jangan terperanjat. Selamat ulang tahun. Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu. Moga dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki. Terima kasih kerana banyak menyumbang sisi positif dalam hidup saya”
“Saya Mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan kamu. Semoga tahun ini akan menyerlahkan keriangan yang tak bernoktah dan memori yang indah,” tulisnya menerusi laman instagram beliau, membuat kejutan khas sempena hari kelahiran penyanyi itu pada 5 September lalu.
Biarpun gambar itu digelapkan dibahagian mata, namun peminat seakan dapat meneka siapakah gerangan gambar tersebut. Malah rata-rata memberikan komen positif berkenaan posting itu, selain turut memberikan ucapan hari jadi kepada Shahir. Ada juga yang sempat mengusik Erra dengan kekasihnya itu berikutan ucapan yang diberikan secara terangan di laman sosial.
Apapun, jika benar mereka mempunyai hubungan istimewa apa salahnya. Masing-masing juga masih bujang dan nampak secocok jika digandingkan bersama. Kalau sudah suka sama suka, rasanya lebih baik terus-terang sahaja kepada peminat dari terus berteka-teki. (rkty/w)
Bermacam kisah kita dengar kebelakangan ini sehingga boleh dikatakan mencetus kemarahan orang ramai. Baru-baru ini industri hiburan gempar apabila pelakon, Uqasha Senrose nekad untuk membuka tudung selepas tiga tahun berhijab. Belum lagi reda soal itu, ahli perniagaan terkenal, Safie Ilias pula sudah penat berubah menjadi baik dan kembali menjadi pondan.
Hal ini turut mendapat perhatian model terkenal, Felixia Yeap yang suatu ketika dahulu pernah mengalami penghijrahan seumpama mereka. Bergelar seorang mualaf, bukanlah mudah bagi Felexia untuk mengekalkan perubahan itu, sekaligus beliau sangat memahami situasi yang berlaku terhadap Uqasha dan Safie yang terkandas di pertengah jalan penghijrahan.
Walau apapun, setiap keputusan yang dilakukan mereka mungkin ada sebabnya. Sukar untuk kita sewenangnya menghakimi mereka jika tidak berada di tempat mereka yang juga merupakan selebriti terkenal. Apa yang terbaik adalah sama-sama kita mendoakan mereka terbuka hati untuk kembali dengan penghijrahan mereka sehingga ke garisan akhir tanpa mengalah. (rkty/w)
Kehadiran produk minuman kultur di Malaysia tidak dinafikan mampu memberi kebaikan kepada pengguna di sini. Namun sebagai pengguna yang bijak, kita haruslah mengetahui dengan mendalam tentang apa yang kita makan atau minum.
Bertapak lebih 80 tahun, Yakult sememangnya merupakan minuman berkultur yang berkualiti. Sebab itulah kini Yakult sudah mampu berkembang di seluruh dunia. Jom kami kongsikan perkara menarik mengenai Yakult!
1. Tercipta sebab nak bantu orang ramai
Doktor Minoru Shirota telah berjaya menghasilkan minuman bernama Yakult yang kini sudah pun mencapai usia lebih 80 tahun. Pada mulanya, dia ingin melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit yang berleluasa pada masa itu yang melibatkan usus seperti taun dan demam kepialu. Kini, hasil kajiannya ini telah membantu pelbagai lapisan golongan masyarakat untuk kekal sihat
2. Kenapa botol Yakult kecil?
Satu botol kecil Yakult sehari sudah mencukupi untuk membantu kesihatan kita (Yakult bukan 'penghilang dahaga' ya!). Yakult sepatutnya diambil sebagai tambahan kepada makanan dan minuman harian kita.
Jadi, lebih selesa jika botol Yakult kecil supaya kita boleh menikmatinya setiap hari sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang. Botol yang kecil juga mengelakkan risiko pencemaran. Kalau botol besar digunakan dan tidak dihabiskan semuanya sekaligus, ada kemungkinan berlaku pencemaran oleh bakteria lain.
3. Dalam sebotol Yakult ada lebih 30 billion bakteria baik
4. Kenapa sampai 30 billion?
Sememangnya baik untuk usus, Yakult dalam masa yang sama memerlukan jumlah bakteria baik yang sangat banyak bagi memastikan jumlah yang sampai di bahagian usus mampu untuk terus hidup seterusnya memberi manfaat kepada anda.
Sebab itu kena minum setiap hari demi memastikan bakteria baik sentiasa mempunyai peluang untuk membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat.
5. Yakult membantu mengurangkan risiko kanser
Bukan sahaja baik untuk kesihatan usus, Yakult juga turut membantu untuk mengurangkan risiko kanser dan perkara ini telah disokong oleh kajian demi kajian saban tahun.
6. Produk yang bermanfaat, kini boleh didapati di 33 buah negara
Berdiri sebagai satu produk yang penuh manfaat, produk yang bermula di Jepun ini kini sudah pun berada di 33 buah negara di pelbagai rantau. Benda baik memang akan sentiasa mendapat perhatian dan juga permintaan di mana saja.
7. Minum Yakult, Boleh Pergi Jepun
Ini rahsia yang kami nak kongsikan juga. Tapi rahsia ini sangat bermakna bagi mereka yang betul betul tekad untuk ke negara asal Yakult iaitu ke Tokyo dan juga Hokkaido. Caranya mudah saja:
1) Beli produk Yakult Ace atau Yakult Ace Light sekurang-kurangnya 20 botol. 2) Kumpulkan pembalut plastik produk Yakult dengan tarikh luput dan barkod. 3) Tulis slogan. 4) Lengkapkan borang peraduan, sertakan pembalut plastik dan poskan ke alamat yang ditetapkan.
Borang penyertaan boleh di muat turun di laman web Yakult di www.yakult.com.my. Senarai pemenang akan diumumkan pada 23hb Oktober 2016 di laman web Yakult.
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment