Live Streaming Siaran Langsung Kedah vs PDRM 30 September 2016. Saingan TM Piala Malaysia semakin menuju ke puncak dengan kini memasuki pusingan separuh akhir. Perhitungan di Stadium Darulaman antara Kedah dan PDRM pasti menarik. Untuk rekod, berdasarkan aksi liga, Kedah mempunyai kelebihan untuk mengulangan pencapaian ke final seperti tahun lalu namun kemampuan PDRM yang beraksi ...
OST Drama Patahnya Sebelah Sayap. Drama ini telah pun mula disiarkan di slot samarinda Tv3 pada 20 september yang lalu. Drama ini telah menggunakan lagu popular nyanyian Estranged feat Fazura yang bertajuk Hancur Aku. Dibawah dikongsikan lirik dan videonya Lirik Hancur Aku – OST Drama Patahnya Sebelah Sayap Apa khabar teman ? Ku perlu bicara Kerna aku ...
Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap. Bersiaran sebanyak 15 episod dalam slot Samarinda TV3 bermula 20 september 2016 setiap isnin hingga rabu. Drama menarik ini mengandingan tiga pelakon popular iaitu Aeril Zafrel, Ummi Nazeera dan Izzue Islam. Senarai Pelakon Patahnya Sebelah Sayap Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah ...
Hari ini pihak Universiti Malaya telah beri penjelasan berhubung status pemberian Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Azizan Osman. Segala persoalan telah terjawab. Akhirnya pihak UM menjelaskan pihaknya tidak pernah menganugerahkannya kepada penceramah itu sebagaimana yang menjadi kekeliruan selama ini. Penjelasan daripada Universiti Malaya… Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian […]
Cara mudah untuk buat semakan daftar pemilih pilihan raya secara online dan sms! Adakah anda sudah mendaftar sebagai pemilih untuk pilihan raya? Kalau belum, ammboi nasihatkan anda segera daftar sebagai pemilih. Rugi kalau tidak daftar kerana anda adalah penentu kepada kerajaan yang bakal mentadbir negara. Cara untuk daftar sebagai pemilih senang sahaja. Kalau tidak silap […]
Saya amat sedih mendapati segelintir agamawan di negara ini yang dengan sewenang-wenang mengkafirkan orang Islam hanya kerana mengambil pendirian tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang bertujuan memperkasa serta memertabatkan kedudukan Mahkamah Syariah.
Saya tidak menafikan tentang peri pentingnya gagasan sedemikian dilaksanakan dan justru sepatutnya ia mendapat sokongan semua pihak. Tetapi yang perlu difahami RUU 355 belum lagi dimuktamadkan dan hanya akan dibentangkan oleh Ahli Yang Berhormat Marang di Parlimen yang akan mulai bersidang pada pertengahan bulan Oktober ini.
Biarlah ia dibincang terlebih dahulu dengan teliti dari pelbagai aspek oleh pihak legislatif dengan tujuan penambahbaikan. Moga-moga dengan perbahasan yang bebas akan menghasilkan satu undang-undang yg adil untuk dilaksanakan ke atas seluruh warganegara.
Kita tidak wajar memaksa mana-mana ahli Parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut kononnya sesiapa tidak menyokong akan menjejaskan akidah!
Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT. yang sakral. *Tetapi RUU 355 bukan hukum Allah SWT* . Ini hanya merupakan satu langkah ke arah memperkasa dan memertabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia yang akan dibentangkan nanti. Kemungkinan wujud kekurangan dan kelemahan tertentu di dalam RUU teresbut yang perlu diperbaiki sebelum dijadikan undang-undang.
Sebaiknya pihak kerajaan sendiri mengambil daya usaha membentangkannya seperti sebelum ini supaya kelihatan lebih serius dan tidak dilihat sebagai gimik politik semata-mata.
DATO' DR WAN SALIM WAN MOHD NOOR MUFTI PULAU PINANG
" BERBUIH mulutku sudah bercakap di parlimen tapi kes culik tetap juga berlaku tidak henti2 dan asyik minta wang tebusan saja. Sampai bila Sabahan terutama yang tinggal di Pantai Timur hidup tidak aman dan tidak ketakutan?" Katanya DS Shafie Apdal ketika menghubungi saya sebentar.
Perkara yang dinyatakan sudah berulang kali diperkatakan di sana sini tetapi yang berkenaan seolah tidak peduli dan kelihatan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiria atau barangkali sang menterinya tuli atau buta mata.
" Di Kota Kinabalu ada kem tentera sedang di Kota Kinabalu tidaklah seteruk di Pantai Timur dan sepatut tempatkan sedikit tentera di Sandakan, Lahad Datu atau Tawau yang fungsinya menjaga perairan di sana " Katanya lagi.
Soal di Labuan juga disentuh dan di Labuan tiada musuh2 dan tidak ada kes penculikan dan sepatut lagi diutamakan kawasan pantai timur dan hantarlah sebanyak mungkin helikopter menjaga keamanan di sekitar perairan pantai timur.
Musa Aman selaku pengerusi keselamatan Sabah jelas gagal menjalankan tugasnya dan perlu diadakan satu cara lain agar rakyat Sabah di Pantai Timur tidaklah hidup dalam ketakutan.
" nelayan2 di Lahad Datu, Sandakan dan Tawau serta Semporna dalam keadaan ketakutan untuk turun ke laut menangkap ikan buat rezeki mereka dan sampai bila ketakutan semacam ini terus berlarutan?" Tanya DS Shafie lagi.
Yang kita tahu bila saja ada penculikan, maka jawatankuasa khas di Sabah terus bermesyuarat dan menteri yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan konon Sabah terkawal dan aman.
" Siapa saja yang aman? tentunya Datuk Musa Aman lagi tahu hal ini dan sejauh mana tindakan itu semuanya kuasa Sabah dan Ketua menteri secara tak langsung bertanggungjawabnya " Kata DS Shafie lagi.
DS Shafie menjelaskan kasus yang dimaksudkan menyebabkan mulutnya berbuih2 mengatakan di kabinet dulu termasuk di parlimen tetapi hingga sekarang tidak ada penyelesaian yang boleh meyakinan orang Sabah.
Rakyat Sabah fikirlah! Sabah Ubah Sabahans for Sabah
Dakwaan tolak RUU Pindaan Akta 355 boleh gugur iman, akhirnya ustaz Pas kembali membuat pusingan kebelakang (UTURN) dan segera memohon maaf. Itulah Pas ketika bercakap sering kali sembero berhujah tanpa berfikir. Selepas membuat hukum segera pula menarik balik hukum seolah pemimpin Pas bebas mengeluarkan hukum sesedap rasa.
Inilah yang di namakan cakap mengikut hawa nafsu tanpa merujuk nas, dalil dan siasatan yang terperinci. Untuk makluman, Ustaz yang sama juga pernah mengeluarkan kenyataan tiada Azan di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP yang akhirnya segera menarik balik fitnah tersebut setelah mendapati ianya hanyalah ucapan fitnah.
Inikah yang di namakan dengan _*ISTIQAMAH?*_ Tidak pernah berpegang dengan apa yang di ucapkan. Cakap-cakap hanyalah untuk menakut-nakutkan ahli Pas agar dapat membendung ahli daripada keluar meninggalkan parti. Ahli-ahli di takutkan dengan menggunakan hukuman gugur akidah, murtad, munafik, kafir dan sebagainya supaya mengekalkan sokongan kepada parti.
Tidak hairanlah ahli Pas di lihat sentiasa terkesima dengan sebarang kenyataan pemimpin mereka. Hendak di tolak mendatangkan kebimbangan kalau-kalau gugur akidah. Sejarah Pas zaman berzaman membuktikan ahli tegar telah di doktrinkan mesti wala'(patuh) serta tsiqah (percaya) dengan kepimpinan. Setiap ahli di kehendaki baik sangka dengan pemimpin parti.
Oleh kerana itulah pemimpin Pas boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum. Kebolehan mereka memutar belitkan hukum terus menjadi tanda soal terutamanya ustaz-ustaz jadian yang hanya di celup setahun atau 2 tahun pengajian pondok. Ada juga yang berkelulusan guru sejarah tetapi mendapat title(gelaran) ustaz hanya kerana kebolehan mereka mengupas persoalan ugama.
Banyak lagi ustaz-ustaz jadian keluaran Pas telah di endorse(mendapat sokongan) daripada berlatar belakangkan pendidikan sekular kepada gelaran ustaz supaya dapat menjadikan parti sebagai jalan pintas untuk mendapat sokongan. Cuba perhatikan dan selidiki!
Banyak lagi persoalan yang boleh di pertikaikan. Inilah pentas-pentas mudah untuk mendapatkan envelope. Ada kalangan mereka yang menjadikan ini sebagai jalan mudah dengan menjual ugama dengan harga yang sedikit. Hukum ke hulu amal ke hilir.
Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang fasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita, maka tabayyunlah (teliti/selidikilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian.
[al-Hujurât/49:6].
Kepada rakan-rakan yang masih berada di dalam Pas selidiklah terlebih dahulu daripada terus menelan bulat-bulat sebarang hukum yang di lemparkan agar tidak mendatangkan fitnah kepada orang lain.
SIKAP segelintir pemandu jalan raya yang suka membuang sampah di tengah jalan raya ternyata suatu perkara yang amat mendukacitakan, bahkan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Perkara tersebut menjadi lebih membahayakan apabila sampah yang dibuang itu adalah puntung rokok kerana risiko bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain menjadi lebih tinggi.
Bayangkan, sekiranya terdapat satu keadaan di mana pengguna jalan raya lain menghadapi masalah kebocoran minyak di mana-mana bahagian kenderaannya dan dalam masa sama ada pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab membuang puntung rokok menghampiri kenderaan yang dipandu olehnya.
Maka kebarangkalian tinggi kebakaran besar boleh berlaku di tengah jalan raya.
Sekiranya dirujuk kepada negara jiran seperti Singapura, pelaksanaan undang-undang terhadap mana-mana individu yang membuang sampah secara sesuka hati ternyata suatu hal yang amat baik telah dilaksanakan oleh negara tersebut (seperti membuang sampah keluar dari tingkap kereta di tengah jalan).
Penggunaan sistem pemantauan di tengah jalan raya ternyata suatu hal yang "menggerunkan" di negara tersebut kerana sekiranya berlaku "jenayah" pembuangan sampah di tengah jalan raya oleh mana-mana pengguna jalan raya, maka mereka boleh dikenakan hukuman seperti denda dan perlu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.
Senario ini membawa satu cadangan yang boleh dilontarkan kepada pihak kerajaan Malaysia iaitu menguatkuasakan undang-undang khas terhadap kesalahan membuang puntung rokok di tengah jalan raya seperti mengenakan saman, denda ataupun hukuman-hukuman lebih berat akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna ini yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.
Sekiranya perkara ini dilaksanakan, maka kebarangkalian tinggi isu pembuangan puntung rokok di tengah jalan raya oleh segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
Malah, pihak kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga sebenarnya boleh melaksanakan kempen media dalam memberikan kesedaran tentang bahaya isu pembuangan puntung rokok di tengah jalan raya ini.
Dalam hal ini, perkara tersebut dirujuk sebagai salah satu intervensi berkesan dalam mendidik pengguna jalan raya supaya tidak melakukan perkara tidak bertanggungjawab tersebut sekali gus mengurangkan risiko bahaya perkara-perkara tidak diingini di jalan raya.
MASIH terngiang-ngiang lagi nama tokoh ulama di negara Iraq seperti Imam Syafie, Imam Ahmad, Syeikh Abdul Qoder Al-Jailani, Syeikh Ahmad Rifa'ie, Imam Al Ghazali, Sibawaih, Khalel dan lain-lain.
Kita mungkin menyangka mereka yang pergi meninggalkan kita tanpa pewaris ilmu dan akhlak mereka. Sangkaan kita sebenarnya salah. Dari dahulu hingga sekarang masih wujud ulama yang muncul dari Iraq yang mewarisi ilmu daripada mereka yang terdahulu.
Antara pewaris berasal dari Iraq ialah Al- Syeikh Dr Khaleel Ismael Iliyas Hafizhohullah yang berketurunan Arab. Dengan bantuan penterjemah, Ketua Wartawan Sinar Harian Edisi Utara, Mohd Idros Mohd Ali berkesempatan berbual dan menyelami perasaan tokoh yang yang dilahirkan di Nenawi, Iraq pada 26 Disember 1967 kerana sanggup mencurahkan keringat menyebarkan dakwah di utara tanah air, terutama Kedah
Boleh cerita latar belakang tuan?
Saya membesar dalam keluarga yang sangat berpegang kuat dengan agama. Ayah dan ibu terkenal dengan orang yang sangat kuat beribadah. Datuk pula seorang ulama besar dan terkenal dengan kewaliannya. Dari kecil saya terdidik dengan ilmu agama dan akhlak yang mahmudah.
Saya berkahwin dengan Ustazah Intisar Sabri Abduljabar dan dikurniakan tiga cahaya mata. Mereka menetap di bandar Mosul yang terkenal dengan gelaran Bandar Para Anbiya' dan Auliyak. Di bandar itu juga muncul Nabi Yunus yang terkenal dengan kisahnya ditelan ikan Nun.
Ceritakan sedikit mengenai pencapaian akademik tuan.
Saya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Baghdad pada tahun 1990, Sarjana dalam bidang Tafsir di Universiti Baghdad (1995), Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Tafsir di Universiti Baghdad (1990) dan mendapat Ijazah Ilmiah dalam bidang Ilmu Naqli dan 'Aqli bersanad yang diiktiraf oleh seluruh ulama Iraq.
Sedikit pengalaman tuan dalam bidang pendidikan?
Saya pernah menjadi pensyarah Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Baghdad (1995-2000), Kuliah Bahasa Arab dan Ulum Quran, Kuliah Fiqh dan Usul di Universiti Islamiah Baghdad (2000-2002), Kuliah Tarbiah Universiti Hadaramaut, Yaman (2005-2010), Kuliah Banat Universiti Hadaramaut, Yaman (2009-2011), Kuliah Mujtama' Seeiun, Hadaramaut, Yaman (2006-2007) dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kedah, Malaysia.
Saya juga menjadi tenaga pengajar di beberapa universiti, pusat pengajian agama di negara Iraq, Yaman dan Malaysia.
Jelaskan sedikit mengenai penglibatan tuan dalam bidang ilmiah.
Saya pernah menjadi panel hakim antarabangsa bagi kajian ilmiah dalam pelbagai majalah ilmiah mahkamah, terlibat dalam pelbagai muktamar antarabangsa, seminar, pembentangan kertas kerja peringkat universiti serta mendapat pelbagai sijil dan pengiktirafan antarabangsa.
Saya menjadi ahli lajnah merangka strategi dan program pendidikan di Kuliah tarbiyah Seeiun, Universiti Hadaramaut, Yaman, penyelia beberapa kajian dan pentahqiq manuskrip lama serta panel perbincangan risalah Sarjana dan PhD, penyelia lajnah Ihya Turath Islami di Kuliah Tarbiyah, Universiti Hadaramaut, penulis artikel majalah dan akhbar serta menerbitkan pelbagai kajian dan risalah ilmiah.
Kenapa tuan pilih Malaysia sebagai destinasi untuk berdakwah?
Kedatangan saya ke Malaysia kali pertama pada asalnya ialah untuk beramal dengan sunah Nabi Muhamad SAW iaitu menghubungkan silaturahim sesama mukmin. Saya datang untuk menziarahi rakan yang pernah belajar di Iraq satu ketika dahulu iaitu Dr Mustafa seorang pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).
Mungkin dengan berkat mahabbah sesama mukmin dan keilmuan, saya ditawarkan berkhidmat di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai pensyarah kanan. Setelah dua tahun berkhidmat saya memilih untuk sepenuh masa berkecimpung dalam bidang dakwah dan pertarbiahan.
Apa yang tuan lakukan selepas itu?
Syukur dengan kemahiran dalam 12 bidang ilmu membuatkan dakwah dan tarbiah saya mampu menarik hati masyarakat khususnya anak muda di negara ini.
Umat Islam di Malaysia memiliki hati yang baik dan lemah lembut. Sifat-sifat seperti ini dapat menjadikan umat Islam di sini sebagai contoh bagi umat Islam lain di seluruh dunia tetapi dengan syarat mereka diberi pentarbiahan yang tepat oleh ulama yang memiliki
keahliannya.
Untuk itu, saya dengan bantuan beberapa pembantu bertungkus-lumus siang dan malam berdakwah dan mentarbiah masyarakat agar umat Islam di Kedah khususnya dan Malaysia amnya memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar berlandaskan manhaj Ahlul Sunnah Wal Jemaah.
Saya tidak menolak sebarang permintaan program dakwah dan tarbiah walaupun dalam keadaan tidak sihat. Bagi saya agama itu terlebih diutamakan daripada diri sendiri, keluarga dan semuanya. Saya anggap diri ini sebagai seorang khadam kepada agama Islam.
Apa pendirian tuan dalam aspek berdakwah?
Saya tidak mencampuri urusan politik kerana saya bukan ahli politik tetapi adalah ulama dan pendakwah ke jalan ALLAH.
Pengajian semata-mata tidak memadai untuk mendidik umat Islam tetapi amat berhajat kepada pentarbiahan. Pentarbiah yang utama ialah takut kepada ALLAH, dosa dan maksiat.
Perkara utama dalam dakwah saya ialah tarbiah. Mereka yang berada di atas manhaj ini tidak ada masa untuk mencari kesalahan orang lain. Ramai pendakwah tersalah kerana mereka cuba untuk membaiki dan mencari aib orang lain sedangkan mereka tidak mampu membaiki diri sendiri.
Saya mengadakan ceramah siang dan malam di setiap tempat tanpa rehat kerana ingin berkhidmat kepada agama termasuk daurah kitab di tempat penting seperti Jabatan Mufti Kedah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Maktab Pengajian Islam Kedah milik Mufti Kedah, Datuk Baderuddin Ahmad, Masjid Negeri Pulau Pinang, Masjid Sultan Salahudin di Shah Alam dan seluruh masjid di Kedah, Perak, Perlis, Kelantan serta Selangor.
Apakah jenis kitab yang tuan guna?
Saya mengadakan kuliah tafaqquh kitab-kitab turath seperti Kitab Al Maqosid Al Nawawiah, Syarah Jauharah Al Tauhid, Syarah Matan Isaqhuji, Matan Al Bina, Matan Al 'Izzi, Matan Al Baiquniah, Al Arba'ein Al Nawawi, Al Arba'ien Fi Zikr ALLAH Rabb Al 'Alamin, Matan Al Ajrumiah, Syarah Al Waraqot, Syarah Manzumah Al zam zami, Tuhfatul Ikhwan , Al Syifa Bi Takrif huququ Al Mustofa dan Tafsir Al Jalalain.
Apa matlamat tuan berbuat demikian?
Saya mahu menghabiskan seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada orang Islam, dakwah, ilmu dan agama Islam. Saya mahu mengajar umat Islam menyayangi negara dan rakyatnya seperti saya menyayangi negara ini dan rakyatnya.
Pendekatan yang tuan guna untuk berdakwah?
Pergerakan mengajar dan mentarbiah saya diatur oleh murid-murid bawah Pusat Pengajian Islam Darul Hikmah. Mereka bukan dalam kalangan orang awam bahkan yang menggerakkan program pengajaran dan pentarbiahan terdiri daripada ulama, ustaz, pendakwah dan penuntut ilmu agama.
Selain menyampaikan dakwah Islam secara berterusan kepada masyarakat, saya menumpukan kepada dunia maya sebagai tempat suburnya dakwah seperti menggunakan laman sosial Facebook Pusat Pengajian Darul Hikmah.
Nasihat kepada pemburu ilmu agama?
Jangan jemu mencari ilmu agama kerana ia akan menjadi bekalan kita di akhirat kelak. Tidak rugi menuntut ilmu kerana ia meningkatkan kefahaman kita mengenainya dan memantapkan amalan dalam ibadat.
Saya berharap masyarakat bersegera mencari ulama yang murabbi mursyid supaya dapat mentarbiah diri mereka menuju kepada ALLAH Taala berlandaskan akidah dan syariat Islam yg sebenar. Ilmu semata-mata belum dapat menyelamat seseorang dari api neraka seandainya hati mereka tidak ditarbiah murabbi mursyid sehingga bersih daripada segala sifat mazmumah yang menghalangnya untuk masuk ke syurga ALLAH Taala.
SHAH ALAM – Cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi mewujudkan satu gabungan besar parti pembangkang mendapat reaksi positif.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyambut baik idea tersebut dan berharap ia mampu direalisasikan.
Menurutnya, cadangan menggabungkan parti-parti pembangkang dengan menggunakan satu nama dan logo merupakan usaha pembangkang sejak sekian lama.
"Sewaktu dalam PR dulu pun, kita pernah kemukakan permohonan kepada pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk gunakan satu logo parti sahaja, namun tidak berjaya," katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sesi dialog mengesyorkan semua parti pembangkang membentuk satu barisan baharu yang bernaung di bawah satu logo untuk mengalahkan BN pada PRU14.
Salahuddin memberitahu, cadangan tersebut bakal berjaya sekiranya ROS meluluskan permohonan menggunakan satu logo pada PRU akan datang.
"Sekarang ini halangan terbesar adalah mendapat kelulusan ROS. Kita harap ROS lebih terbuka meluluskannya kali ini.
"Di pihak Amanah, kita sedang menggembleng tenaga memastikan perkara ini berjaya.
"Dengan kehadiran Bersatu, saya yakin kita makin kuat untuk menumbangkan BN," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi memaklumkan parti itu turut menyambut baik syor daripada Mukhriz.
"Itu memang yang kita cadangkan sekian lama. Saya berterima kasih kepada Bersatu kerana mengambil sikap yang sama.
"Dari awal lagi kita nak lihat parti-parit pembangkang bersatu dan ini yang diimpikan.
""Diharapkan ia membawa kejayaan," katanya.
Beliau turut menyarankan agar parti-parti pembangkang yang lain untuk turut serta dalam gabungan terbesar itu.
"Prinsip satu lawan satu boleh dikatakan telah dipersetujui semua parti pembangkang, mungkin kita boleh bersetuju dengan gabungan ini pula," katanya.
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) perlu bekerja keras dan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU 14 akan datang sekiranya menginginkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri selepas ini.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, pemilihan Perdana Menteri bukannya ditentukan oleh Pakatan Harapan mahupun Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ia dipilih melalui konvensyen Parlimen.
"Calon yang akan dipilih adalah dari parti atau gabungan parti yang menang majoriti kerusi dalam PRU akan datang.
"Pendek kata, orang yang dapat sokongan paling banyak daripada ahli Parlimen akan menjadi Perdana Menteri," katanya menerusi kemas kini status di laman Facebooknya hari ini.
Bercakap di London minggu lalu, Mahathir memberi bayangan bahawa kemungkinan Muhyiddin akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya menang dalam PRU akan datang.
Dalam pada itu, Wong Chen berkata, kedudukan semasa Pakatan Harapan pada masa ini adalah jelas bagi menjadikan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
"Bolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri?
"Sudah tentu akan ada Perdana Menteri interim atau sementara semasa peralihan bagi membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri," katanya.
Selain itu, Wong Chen yang juga merupakan Pengerusi Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR berkata, beliau telah beberapa kali memaklumkan supaya Bersatu dapat mengeluarkan dasar mereka secepat mungkin.
Beliau berkata, Bersatu boleh mendapatkan pandangan daripada NGO yang menyokong parti itu bagi mengeluarkan dasar mereka sendiri selepas ini.
"Jika tidak, usaha mereka untuk menaikkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tidak akan memberi inspirasi kepada orang ramai," katanya.
SHAH ALAM – Tindakan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas bekalan air terawat dan perkhidmatan pembekalan air perlu dihentikan bagi mengurangkan beban ditanggung oleh rakyat.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau mendesak supaya satu arahan dikeluarkan segera bagi membatalkan perintah kutipan GST untuk bekalan air ke kediaman dan kemudahan rakyat miskin.
"Bukan sahaja tindakan ini melampaui batas kerana mensasarkan kutipan GST dari golongan miskin dan kurang bernasib baik, malah pelaksanaan kutipan cukai itu ke atas bekalan air ini dibuat secara senyap-senyap tanpa dihebahkan lebih awal kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rafizi berkata demikian merujuk kepada surat dari Jabatan Air Negeri Sabah bertarikh 13 September lalu kepada semua jurutera air bahagian mengenai pelaksanaan kutipan GST ke atas bekalan air terawat dan perkhidmatan membekalkan air.
Selain itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghentikan segera sebarang perjalanan menggunakan jet peribadi, helikopter atau apa-apa kemudahan perjalanan udara khusus untuk beliau, isteri dan menteri-menteri.
"Sekiranya kedua-dua ini tidak menerima apa-apa maklum balas dalam masa terdekat, saya akan mengatur supaya tunjuk perasaan mendesak membatalkan GST ke atas bekalan air di rumah pangsa, masjid, rumah kebajikan dan lain-lain diadakan bermula dengan kawasan saya di Pandan yang mempunyai banyak rumah pangsa," katanya.
Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan bahawa kerajaan tidak mengutip cukai dari urus niaga bernilai berbilion ringgit yang melibatkan orang kaya iaitu keuntungan dari jual beli saham berikutan negara ini tidak mempunyai Cukai Keuntungan Modal (Capital Gains Tax).
Oleh sebab itu, beliau berkata tindakan mengutip cukai dari bekalan air ke rumah pangsa, masjid, rumah kebajikan dan perkhidmatan bekalan dan penyambungan air adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima.
"Saya ingin ingatkan Datuk Seri Najib bahawa saya dan sahabat dari Pakatan Harapan telah memberi amaran sejak tahun 2010 lagi bahawa memperkenalkan GST akan membantutkan perbelanjaan rakyat dan seterusnya membawa kesan kepada pertumbuhan ekonomi serta keupayaan kerajaan mengutip cukai bagi menampung perbelanjaan negara,"katanya.
NIEUWEGEIN - BELANDA. Laporan Siasatan MH17 mengatakan pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 telah ditembak oleh peluru BUK9838-Series yang dibawa dari Rusia.
Menurut laporan Astro Awani, Kumpulan Penyiasat Bersama (Joint Investigation Team) yang diketuai oleh Belanda mendedahkan maklumat tersebut hari ini.
"Berdasarkan siasatan jenayah, kami membuat kesimpulan bahawa Penerbangan
MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK 9M38-Series, dari wilayah Persekutuan Rusia," kata beliau pada sidang media di Nieuwegein, Belanda.
Pesawat MH17 ditembak semasa berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan Ukraine yang bergolak dekat sempadan Rusia.
Pesawat Boeing B777 itu, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, apabila ditembak jatuh di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014.
Terdapat 193 penumpang warga Belanda dan 44 warga Malaysia dalam pesawat malang itu. Identiti kesemua mangsa warga Malaysia telah dikenal pasti.
Tahun lepas, pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra mengesahkan bahawa MH17 ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara di ruang udara timur Ukraine.
Pada Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menjangka laporan hasil siasatan pasukan penyiasat antarabangsa diumumkan sebelum akhir tahun.
Najib berkata, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) terdiri daripada lima negara - Australia, Belgium, Belanda, Malaysia dan Ukraine – akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan pelan tindakan untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan selepas laporan itu disiarkan.
IPOH – Modus operandi kakitangan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam hendaklah berpandukan pendekatan preventif dan bukannya punitif.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ketika memenuhi tugas dan melaksanakan operasi, gunakan pendekatan berdakwah menyeru ke jalan kebaikan, memanggil pihak melakukan kesilapan untuk diberikan nasihat secara tertutup, mengaturkan sesi bimbingan dan kaunseling.
Menurut baginda, tindakan secara kasar dan keras yang merendah-rendah dan memperkecilkan sama ada secara lisan atau perbuatan tidak harus dilakukan mana-mana pegawai penguatkuasaan agama kerana boleh mendatangkan rasa hina dan aib orang lain.
"Pegawai-pegawai penguatkuasaan agama berada di barisan hadapan dan terdedah kepada penilaian umum, keindahan Islam itu wajib dicerminkan dengan sifat-sifat berhemah ketika memenuhi tugas dan melaksanakan operasi.
"Perbuatan pegawai penguatkuasaan, memperlihatkan kuasa sehingga meminggirkan adab, tertib dan sopan, bukanlah budaya yang dianjurkan Islam," titah baginda selepas menyempurnakan pelancaran logo dan pelan strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk), hari ini.
Logo berkenaan dilakar untuk memberi satu identiti kepada Maipk dan komponen pelan strategik yang digariskan mengandungi rangka kerja tindakan dalam usaha mencapai misi dan objektif Maipk.
Sultan Nazrin bertitah, intipati penting adalah peranan Maipk mengurus dan membina persepsi positif dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam.
Justeru baginda mahu, pengendalian dan pengurusan media diurus secara profesional, supaya media dapat membantu membina imej dan reputasi Maipk.
"Amatlah silap, jika organisasi bersikap pasif dan berandaian bahawa masyarakat akan dapat memahami niat baik yang mahu mereka laksanakan.
"Amalan yang kurang bersifat antisipasi, tidak proaktif atau lebih cenderung bersifat defensif, selepas berlakunya sesuatu ketidakfahaman, sudah tidak sesuai lagi.
"Era ini adalah era yang menuntut pengurusan mengamalkan budaya ketelusan dan keterbukaan maklumat," titah baginda.
PUTRAJAYA - Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati satu dalam tiga rakyat Malaysia mengalami isu berkaitan dengan masalah mental, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
"Kajian yang sama menunjukkan bahawa prevalen masalah kesihatan mental paling tinggi dalam kalangan mereka yang berumur 16 hingga 19 tahun dan mereka yang berpendapatan rendah," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.
Katanya faktor yang mungkin menyumbang kepada kenaikan dua kali ganda prevalen masalah kesihatan mental sepanjang 10 tahun lepas adalah masalah atau krisis kewangan, tiada pekerjaan, stres pekerjaan, isu dan permasalahan keluarga, penyalahgunaan substans dan faktor persekitaran.
Dr Subramaniam berkata, satu pelan tindakan strategik kesihatan mental kebangsaan sedang dibentuk untuk tempoh lima tahun akan datang (2016-2020) bagi mengawal peningkatan permasalahan mental dalam masyarakat Malaysia.
Antara tindakan yang digariskan dalam pelan tindakan tersebut adalah perkhidmatan kesihatan mental yang lengkap dan menyeluruh, kerjasama dalam kalangan pelbagai agensi dan bantuan asas psikologi dalam krisis, katanya.
Turut digariskan dalam pelan tindakan berkenaan ialah promosi kesihatan mental dalam kalangan komuniti, warga sekolah dan warga bekerja untuk memastikan kesejahteraan mental dan meningkatkan literasi kesihatan mental serta pembangunan sumber manusia dalam kesihatan mental, katanya.
Dr Subramaniam berkata, terdapat 48 buah hospital dan empat institusi mental di bawah Kementerian Kesihatan yang memberikan rawatan psikiatri.
Sementara 671 buah klinik kesihatan dan 20 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat turut memberi perkhidmatan saringan dan intervensi bagi membantu mereka yang mengalami masalah berkaitan mental, katanya.
Mengulas mengenai jumlah pegawai psikiatri di Malaysia, beliau berkata terdapat 190 pegawai psikiatri di bawah Kementerian Kesihatan dan 170 pegawai psikiatri dalam perkhidmatan swasta.
Bagi jumlah pakar psikologi klinikal pula, terdapat hanya 13 orang manakala jumlah kaunselor adalah 188, tambah beliau.
Dr Subramaniam berkata, purata pegawai psikologi berbanding penduduk ialah satu bagi setiap 100,000 penduduk.
"Jumlah mereka yang mendapatkan khidmat psikiatri di hospital kerajaan adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka yang mendapatkan khidmat psikiatri di sektor swasta," katanya. - Bernama
SUNGAI PETANI - Hasrat kakitangan Syarikat Air Darul Aman (Sada) untuk membuat pemotongan bekalan air di sebuah rumah di Bandar Amanjaya, di sini, tidak diteruskan setelah melihat penghuni rumah adalah wanita lumpuh separuh badan dan anak OKU kudung kedua-dua belah tangan.
Kakitangan syarikat air berkenaan sebaliknya memaklumkan perkara berkenaan kepada beberapa pihak berwajib untuk membolehkan bantuan disalurkan.
Penghuni rumah berkenaan, Hasnah Ibrahim, 58, yang lumpuh sejak Aidiladha baru-baru ini, berkata, dia mempunyai tujuh orang anak termasuk Hasnor Hafidy, 25, yang kudung kedua tangan sejak lahir.
Hasnah berkata, dia bersyukur kerana ada anak yang boleh membantu menguruskan segala urusan sejak dia lumpuh.
"Sejak sakit, anak keenam, Hasnor Affandee, 23, terpaksa berhenti kerja dan balik ke rumah menjaga kami berdua.
"Dia juga menguruskan segala urusan rumah tangga termasuk memberi makan, minum dan mandikan makcik," katanya.
Kata Hasnah, beberapa tahun sebelum ini, dia juga pernah diserang strok sebelah kiri tetapi boleh lagi bergerak.
"Lepas sembuh, kena pula lagi sekali. Kali ini, hanya mampu mengharapkan bantuan Affandee angkat dan mandikan makcik. Masak pun dia siapkan untuk kami," luahnya.
Katanya, sebelum ini Affandee bekerja dengan kontraktor Telekom Malaysia Bhd (TM), namun terpaksa melupakan hasrat untuk membantu keluarga kerana dia jatuh sakit.
Jelasnya, seorang lagi anaknya, Hasnor Hafizy, 26, bekerja dekat kilang berdekatan dan merupakan tulang belakang keluarga sejak suaminya meninggal tujuh tahun lalu.
Bil air cecah RM200 sebulan
Sementara itu, Affandee berkata, sebelum ini mereka membayar bil bulanan air Sada yang mencecah hingga RM200 sebulan sejak lebih setahun lalu tanpa mengetahui ada kebocoran paip.
"Bil tertunggak sejak tiga bulan sejak ibu jatuh sakit.
"Saya agak terkejut dimaklumkan oleh pihak Sada terdapat kebocoran paip menyebabkan bil air meningkat setiap bulan," katanya.
Akhirnya, masalah mereka mendapat perhatian meluas selepas ada beberapa pihak menghulurkan sumbangan termasuk kumpulan yang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan menukar paip bocor secara sukarela.
Bayaran tunggakan bil lebih RM600 pula diselesaikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Senator Shahanim Mohd Yusoff yang menghantar kakitangannya ke rumah keluarga itu semalam.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula sahkan Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik dan Terlantar sebanyak RM300 akan dinaikkan menjadi RM600 bermula Oktober ini melihat kepada syarat kelayakan yang dipenuhi.
Tambah Affandee, ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan juga pernah diserang strok selepas jatuh dari tingkat tinggi.
"Ayah terlantar selama tiga tahun sebelum meninggal dunia," katanya yang kini terpaksa menguruskan hal abang dan ibunya yang terlantar.
Menurutnya, setiap pagi dia akan memastikan keperluan kedua-duanya mencukupi termasuk makan dan minum mereka.
Buat kerja guna kaki
Sementara itu, Hafidy, yang menggunakan kedua-dua belah kakinya untuk melakukan tugasan harian banyak menghabiskan masa menonton televisyen dan bermain bersama kucing peliharaan.
Hobinya pula bermain dengan koleksi kereta mainan selain melayan ibu dan Affandee.
Dia dilihat gembira dengan kehadiran orang ramai dan tidak berhenti bercerita mengenai perihal dirinya apabila ditanya.
"Saya boleh buat semua kerja sendiri, saya makan, minum dan mandi sendiri. Saya suka mandi lewat tak suka mandi awal-awal," katanya sambil tersenyum.
ALOR SETAR - Sebuah tugu Jepun terletak berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim, diibaratkan ikon pelancongan tersembunyi apabila kurang diketahui penduduk tempatan.
Tinjauan mendapati kedudukan tugu di sebelah utara jambatan tersembunyi hingga tidak disedari umum, biarpun ia memiliki kisah sejarah tersendiri.
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf berkata, tugu berkenaan merupakan tanda penghargaan kepada tiga wira Jepun.
Menurutnya, pihaknya mencadangkan tugu Jepun yang memiliki potensi tinggi itu perlu dipelihara dan pulihara semula bagi menarik perhatian pengunjung.
"Cadangan sedemikian bukanlah tanda kita menyanjung tindakan tentera Jepun menawan Bandar Alor Setar ketika itu, sebaliknya ia perlu dinilai dari sudut lain," katanya.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Bekas isteri pelawak, Along (Cham) iaitu Zila Seeron mengaku berkhalwat dengan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat.
Susulan perbincangan hangat di media sosial, Universiti Malaya (UM) hari ini menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada penceramah motivasi Azizan Osman.
Seperti azamnya sebelum ini, disaman penguat kuasa majlis tempatan tidak mematahkan semangat sensasi Internet Siti Hajjar Ahmad untuk terus meniaga. Selepas disaman Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana tiada lesen penjaja, pengusaha nasi lemak Anak Dara itu hari ini terus meniaga seperti biasa.
BUTTERWORTH - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam sebuah beg warna ungu oleh beberapa pelajar sekolah di perhentian bas di Bagan Ajam, Teluk Air Tawar, di sini pada Rabu.
NIEUWEGEIN: Pendakwa raya antarabangsa yang menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines #MH17 membuat kesimpulan ia ditembak jatuh misil buatan Rusia dari kampung Pervomaysk yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.
Bekas isteri Along Cham, Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat. Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dilakukan pada Ogos lalu. Azzeman turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda. Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin, 32, yang bukan suami-isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah lelaki itu di Blok A-15-2, Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) melakukan pemeriksaan berdasarkan aduan orang awam di satu unit apartment beralamat di A-15-2, Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
Pada pukul 6.56 pagi, anggota penguatkuasa telah menekan loceng, mengetuk pintu apartment tersebut sambil memberi salam lalu seorang lelaki tidak memakai baju memaklumkan bahawa rakannya tidak memberi keizinan untuk membuka pintu berkenaan.
Anggota penguatkuasa bagaimanapun memberi amaran akan memecahkan pintu sekiranya penghuni apartment gagal memberikan kerjasama.
Selepas beberapa minit berlalu, penghuni tersebut masih enggan memberikan kerjasama dan hanya membuka sedikit pintu utama serta memaklumkan tidak akan membukanya. Baca artikel ini sepenuhnya untuk fakta kes penuh. Sumber Mstar Online.
Pada pukul 7.10 pagi, pihak penguatkuasa mula memotong mangga besi pada pintu jeriji apartment tersebut.
Setelah berjaya memasukinya seorang lelaki berdiri berdekatan kerusi di meja makan.
Hasil pemeriksaan, lelaki tersebut dikenali sebagai Mohd Khairul Azizi Burnahudin iaitu tertuduh lelaki yang ketika itu memakai baju berwarna hitam dan berseluar panjang berwarna hitam.
Hasil pemeriksaan seterusnya mendapati terdapat seorang perempuan yang sedang berdiri dan bersembunyi di belakang almari bilik dengan memakai baju T berwarna putih bercorak bunga dan berseluar panjang berwarna kelabu tanpa memakai tudung.
Anggota penguatkuasa seterusnya mengarahkan perempuan itu keluar dari tempat persembunyian dan bergerak ke ruang tamu dan hasil siasatan perempuan tersebut dikenali sebagai Nur Azilah Seeron.
Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua beragama Islam dan tiada hubungan mahram serta bukan suami isteri.
Pelbagai spekulasi yang tercetus dan kritikan yang dilemparkan kepada Faisal dan beliau telah tampil mempertahankan dirinya sebelum ini.
Kini Emilia pula tampil menjelaskan bagaimana insiden itu boleh berlaku. Menurut Emilia, anak keduanya Faiz trauma dengan apa yang berlaku dan tidak mahu mengikut bapanya meskipun mahkamah membenarkan anak-anak mereka untuk bermalam dengan Faisal selama 1 malam.
Berikut penjelasan penuh oleh Emilia yang dibuat menerusi akaun Instagramnya :-
Berikut pula video viral tersebut :-
Sebelum ini terdapat satu kes mahkamah di mana Faisal, 37, didakwa memukul isterinya, Emilia Hanafi pada 22 November 2015 di kediaman mereka di Desa Sri Hartamas.
Pasangan ini dikatakan sudah bercerai pada bulan Mac lepas. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Faisal didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A di bawah kanun yang sama iaitu jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.
Baru-baru ini, beberapa pihak mempertikaikan status sebenar PhD yang dimiliki oleh pakar motivasi terkenal Azizan Osman. Ramai yang ingin tahu apakah benar beliau memiliki ijazah berkenaan atau iainya palsu untuk tujuan menyakinkan orang ramai.
Susulan perkara viral itu, pihak Universiti Malaya ( UM) hari ini menegaskan tidak pernah menganugerahkan sebarang Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan.
Kenyataan tersebut dilakukan oleh UM menerusi akaun Facebook rasmi mereka.
Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.
Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.
Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut.
Menerusi laman web Richworks iaitu syarikat milik Azizan, ia jelas memberitahu beliau memperoleh Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM).
Azizan bukan sahaja terkenal sebagai pakar motivasi tetapi beliau seorang usahawan dan penulis yang berjaya. Malah, beliau dikatakan pernah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia
Setakat ini Azizan sendiri belum mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan ini.
Mengumumkan perkahwinannya dibatalkan pada saat akhir, Fara Fauzana cuba untuk kekal tabah dan mengelak untuk menjelaskan punca ia dibatalkan. Fara hanya berkongsi keputusan tersebut dibuat kerana beberapa alasan peribadi.
Namun, beliau akui senyuman hanya terukir di bibir tetapi kedukaan tetap terasa didalam hatinya. Walaubagaimanapun, Fara cuba sedaya upaya untuk bangkit dan meneruskan kehidupannya.
Saya cuma nak orang tahu adalah sesuatu yang normal untuk kita berasa sedih. Kalau tiada rasa sedih, maknanya kita bukan seorang manusia atau seseorang yang tidak berhati perut. Namun begitu saya cuba untuk mengatasi perasaan itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya juga masih seperti dulu kerana tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan negatif.
Keputusan yang saya buat itu bukanlah kerana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada sesiapa. Cuma nak beritahu tidak salah kita buat keputusan yang boleh menggembirakan kita serta masa depan yang lebih bermakna.
Mungkin pada sesetengah orang, mereka tidak mampu untuk menerima hakikat apatah lagi ketika memikirkan kata-kata negatif daripada orang ramai. Buat Fara, sebagai seorang manusia kita kena bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
Diakui insiden ini sesuatu yang amat besar pernah berlaku dalam hidup saya. Begitupun ia tidak bermakna saya kena berpura-pura. Tidak salah jika saya tunjukkan yang kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan, lupakan apa yang berlaku dan teruskan kehidupan seperti biasa.
Memang berat untuk kita terus melangkah dan meneruskan hidup jika selalu terkenangkan kisah duka yang berlaku. Redha lah dengan ketentuan takdir dan percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri. Mungkin Allah SWT ingin memberikan sesuatu yang lebih baik buat kita pada masa hadapan.
Menurut Abby, pada awalnya beliau tidak tahu bahawa Mas Idayu adalah selebriti yang dikatkana berpelukan dengan pelajar lelaki Akademi Fantasia.
Jelas Abby, beliau sudah tidak hairan dengan dunia hiburan dan jauh sekali untuk menumpang populariti penyanyi dangdut tersebut.
Niat Abby hanya ingin menegur sahaja agar Mas Idayu agar beliau tidak terlalu seronok dan leka dengan dunia hiburan.
Dalam berdakwah kadang-kadang kita tidak perlu menulis sesuatu secara terbuka yang kadang-kadang menimbulkan api kemarahan orang lain. Masing-masing ada silap mereka sendiri. Tidak perlu lagi berbalas kenyataan kerana ia secara jujurnya tidak matang. Lebih baik bertemu secara empat mata agar dapat meluahkan rasa yang terbuku didalam hati.
Umum mengetahui pelakon, Johan As'ari sudah berhijrah dan kini begitu aktif mendalami ilmu agama.
Namun, sebagai seorang pelakon beliau tidak meletakkan sebarang syarat dan tidak menolak untuk melakonkan babak bersentuhan bersama pelakon wanita.
Buat Johan, beliau akan cuba merealisasikan setiap watak yang beliau bawa seperti yang dikehendaki dalam skrip. Malah, beliau juga tidak kisah jika ada sesetengah pihak ingin mengkritik beliau kerana perkara tersebut. Menurut Johan, setiap orang mempunyai pendirian mereka tersendiri.
Setiap watak yang diserahkan adalah amanah dan tanggungjawab saya sebagai pelakon untuk merealisasikannya. Saya juga perlu bersungguh-sungguh untuk menjiwai setiap watak yang diamanahkan.
Saya juga tidak kisah jika ada pihak yang tidak selesa dan mengkritik prinsip saya ini kerana itu hak masing-masing. Pada masa sama, saya juga melihat setiap watak dilakonkan adalah sebagai cara untuk berdakwah kepada masyarakat.
Terkenal menerusi watak Botak, Johan juga sudah mengidamkan untuk melakonkan watak antagonis.
Selama ini saya sering ditawarkan watak baik dan ustaz sedangkan saya merindui watak jahat.
Bak kata Johan setiap orang mempunyai prinsip yang berbeza, kalau Johan lebih selesa untuk berlakon dan menghayati watak yang diberikan tanpa meletakkan sebarang syarat, itu adalah haknya. Memang akan ada yang mempertikaikan tindakan dengan imejnya sekarang.
Ramai yang memuji Tri yang sanggup berkahwin dengan Fynn yang ketika itu merupakan seorang pensyarah dan berkerjaya tinggi berbanding dirinya.
Namun, disebalik cerita Fynn itu, ada pihak yang mendakwa ia sengaja direka oleh Fynn hanya untuk menarik perhatian ramai.
Menurut beberapa sumber, suaminya pernah bekerja sebagai seorang pramugara MAS. Malah, ketika menjadi "mat despatch" ia adalah untuk restoran milik keluarga beliau sendiri.
Ini membuatkan netizen mempertikaikan kenyataan Fynn yang menunjukkan seolah-olah suaminya itu "hidup susah" dahulu.
Apabila berkahwin pula, Fynn mendapat sebuah kereta jenis Toyota Wish sebagai hantaran perkahwinan beliau. Di sini pula, ada yang mempersoalkan adakah benar Fynn tidak memandang harta dan wang ringgit ketika ingin berkahwin dengan Tri.
Beberapa netizen juga menganggap Fynn tidak mahu kalah dengan kisah Noh Hujan dan Mizz Nina baru-baru ini dimana Noh hanya mempunyai simpanan sebanyak RM8,000 ketika ingin memperisterikan Mizz Nina.
Sejauh mana kebenaran disebalik pendedahan netizen yang melabelkan Fynn Jamal sebagai seorang pembohong tidak kami ketahui. Kami harap Fynn tidak hanya mereka cerita.
Semalam, Elly Mazlein menerusi sebuah akhbar meluahkan rasa kecewa terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta yang tidak pernah melawat anak mereka Putri Sara Sefhia sejak anak itu dilahirkan kira-kira enam bulan lepas.
Malah, menurut Elly, Azmi juga tidak pernah menghubunginya untuk bertanyakan khabar anak mereka. Difahamkan, mahkamah sudah memberi hak lawatan seminggu sekali kepada Azmi.
Meskipun seolah-olah dituduh sebagai seorang bapa yang tidak bertanggungjawab, Azmi bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai kenyataan Elly dan meminta agar perkara itu ditanyakan kepada bekas isterinya sendiri.
Saya tiada apa-apa nak komen tentang perkara itu, apa-apa awak boleh bertanya kepada Elly sahaja. Doakan yang baik-baik sahaja okey.
Elly Mazlein dan Azmi Hatta berkahwin pada 9 November 2014 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Sewaktu mereka bercerai, Elly sedang mengandung anak mereka.
Gara-gara kerap bergambar dengan penyanyi Fazli Zainal, ada pihak menuduh Fattah Amin mempunyai hubungan istimewa dengan Fazli.
Fattah akui beliau merasa pelik dengan sebuah blog yang menjadikan foto-fotonya itu dan menyebar berita tidak benar hanya untuk menghangatkan keadaan.
Sebenarnya saya malas hendak melayan gosip sebegini kerana ia akan menyebabkan perkara itu menjadi lebih besar selain tidak mendatangkan faedah. Bagaimanapun dakwaan dibuat oleh sesetengah blog dan forum yang mengambil gambar selfie kami itu di Instagram dan membuat kesimpulan kononnya kami ada hubungan sudah dikira sebagai fitnah.
Fitnah yang disebarkan dengan tujuan mengaibkan pada saya bukan benda main-main kerana ia boleh buat orang percaya dengan apa yang mereka baca tanpa mengetahui situasi sebenar.
Jelas Fattah, tidak salah untuk bergambar dengan Fazli kerana mereka sememangnya berkawan baik.
Rasanya gambar-gambar kami itu masih ada di Instagram Fazli dan pada saya dia tidak perlu memadam pun foto-foto itu kerana ia sekadar gambar biasa di antara dua orang kawan. Bukannya orang tidak kenal kami dan apa kewajaran kami nak buat perkara tak senonoh jika kami sanggup gambar itu ditatap oleh peminat di laman sosial.
Fazli ketika dihubungi pula berkara, beliau sedikit pun tidak terkesan dengan tuduhan yang dibuat oleh sesetengah pihak kerana ia adalah fitnah semata-mata.
Selagi perkara yang diperkatakan itu tidak benar buat apa saya hendak takut kerana isu yang ditimbulkan itu adalah fitnah.
Lainlah kalau gambar tersebar itu diambil oleh ‘paparazi’ tetapi ia daripada Instagram saya sendiri yang terang-terangan boleh dilihat oleh semua orang.
Menurut Fazli, pihak beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana blog ataupn forum yang membuat tuduhan berunsur fitnah terhadap beliau dan Fattah.
Bila dua orang lelaki bergambar berdua, tidak semestinya mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa. Janganlah terlalu memikirkan perkara negatif.
Satu video menunjukkan perebutan anak antara Datuk SM Faisal Nasimuddin dan bekas isterinya Emilia Hanafi telah menjadi viral di Internet sejak semalam. Video tersebut menunjukkan Faisal bergelut untuk mengambil seorang anak mereka dari Emilia. Bagaimanapun, anak mereka itu tetap memeluk Emilia dan enggan diambil oleh Faisal. Netizen mempertikaikan cara Faisal yang nampak agak ganas semasa cuba mengambil anak itu manakala ada yang menyalahkan Emilia kerana enggan melepaskan anaknya.
Bagaimanapun, Faisal telah mengeluarkan satu kenyataan di akaun Instagram miliknya, memberitahu yang dia tidak bertindak ganas.
Faisal juga meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi kerana ia urusan peribadi keluarganya.
Bagi orang ramai, apabila perceraian berlaku yang menjadi mangsa keadaan ialah anak-anak. Ramai bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut .
Sebelum ini Emilia telah membuat satu kenyataan kepada mahkamah bahawa dia dan anak-anaknya tidak mempunyai tempat tinggal tetap setelah bercerai dengan Faisal.
Video tersebut boleh ditonton di sini:
Sebelum ini terdapat satu kes mahkamah di mana SM Faisal, 37, didakwa memukul isterinya, Emilia Hanafi pada 22 November 2015 di kediaman mereka di Desa Sri Hartamas.
MalaysiaKini melaporkan, ketika kejadian, Emilia yang juga berusia 37 tahun, masih lagi menjadi isteri kepada SM Faisal.
Namun, pasangan itu kini dipercayai telah bercerai pada bulan Mac yang lalu dan memiliki 3 cahaya mata.
SM Faisal didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A di bawah kanun yang sama iaitu jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.-beautifulnara.com
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein memberitahu bekas suaminya, Azmi Hatta yang merupakan pengarah drama itu tidak melawat anak mereka, Putri Sara Sefhia sejak dia dilahirkan enam bulan lalu, biarpun mahkamah memberi hak lawatan kepadanya seminggu sekali.
Kata Elly, kali terakhir bekas suaminya berjumpa anak adalah ketika mengiqomatkan Putri Sara sewaktu dilahirkan.
Gara-gara terlalu banyak kes moral yang dihadapi artis generasi sekarang, wartawan veteran dan juga Pengarang Rencana Metro Ahad iaitu Adam Salleh meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir artis tersebut yang jelas memalukan industri seni.
Apa yang paling dikesalkannya ialah kes Atikah Suhaime. Tulisnya, alangkah baik jika pelakon berasal dari Singapura itu membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.
Setelah menunggu selama dua tahun, akhirnya pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang juga seorang pelakon bakal menimang cahaya mata apabila Puteri Sarah disahkan hamil tiga bulan.
Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Syamsul yang ternyata begitu teruja walaupun pada awalnya mereka terpaksa merahsiakannya kerana masih diperingkat awal.
Selain dapat mengubati pelbagai penyakit ringan madu jugak dapat melindungi tubuh semuga tak mudah kena ambush penyakit Madu sungguh baq hang baguih untuk kesihatan pasai khasiatnya yang ters...
Tahniah diucapkan kepada pasangan romantis Syamsul Yusuf dan isterinya Puteri Sarah Liyana pasai bakai menimang cahayamata pertama tak lama lagi pasai Sarah la nih sedang mengandung 3 bulan beri...
pergadohan antara Abby Abadi dan Mas Idayu nampaknya semakin hangat apabila kedua dua pihak salin memberikan balaih balaih yang agak panaih Selepaih Mas Idayu menuduh teguran yang dibuat oleh Ab...
baghu baghu ni beberapa pihak mempertikaikan statuih sebenaq PhD yang dimiliki oleh pakaq tarbiah femes Azizan Osman ghamai yang ingin tau apakah betoi beliau memiliki ijazah berkenaan atau iain...
Video SM Faisal Nasimuddin yang bergelut dengan bekaih isterinya Emilia Hanafi pasai dok beghebut anak depa masa dok ada di mahkamah cukup hangat digembaq gemboq dan mendapat perhatian seluruh peng...
Meletakkan kenderaan secara membuta perut ialah perkara yang amat menjengkelkan Sekiranya hampa penah ke Bangsaq dan Tamn Tun Dr Ismail tabiat pemandu yang meletakkan kenderaan macam ianya milik...
Lori dan trak di jalan ghaya ialah antara sumber pencemaran udara terbesaq Asap hitam yang berkepul kepoi keluaq dah menjadi lumrah kehidupan di Malaysia Bagi menghasilkan dunia yang lebih baik...
Warga Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita viral tentang pasai lagu mana soghang pompuan yang menjuai dagin jeruk berhadapan dengan pelanggan yang takmau berurusan dengannya setelah menget...
Setiap ibu konfem inginkan makanan yang torrrbaek untuk anak masing masin Setiap makanan yang dibuat bukan saja perlu berkhasiat malah perlu pastikan si kecik menggemarinya Bagi ibu yang beker...
walaupun beberapa kali cuba try test untuk mengelak daripada menjelaihkan secara terperinci sebab perkahwinannya dibataikan disaat akhiaq Fara Fauzana ngaku berasa meghajok dengan kejadian yang te...
Umum mengetahui pelakon Johan As ari dah berhijrah dan la nih begitu aktif mendalami ilmu agama Namun sebagai soghang pelakon beliau tak meletakkan sebarang syarat dan tak menolak untuk melako...
kemarin Elly Mazlein menerusi sebuah surat khabaq melampiaskan ghasa frust terhadap bekaih suaminya Azmi Hatta yang tak penah melawat anak depa Putri Sara Sefhia sejak anak tu dilahiaqkan kira ki...
Perkongsian Fynn Jamal pasai detik beliau menikah dengan suaminya Tri Hadzir yang hanya merupakan soghang mat despatch kira kira 8 tahun lepaih telah menjadi viral ghamai yang memuji Tri yang...
Satu video menunjukkan perebutan anak antara Datuk SM Faisal Nasimuddin dan bekaih isterinya Emilia Hanafi telah menjadi viral di Internet sejak kemarin Video hat sama dok habaq tadi menunjukkan ...
Blackberry secara rasmi meninggaikan arena penghasilan peranti pintaq Peranti depa akan dihasilkan oleh pengeluaq lain dengan penjenamaan semula kemarin rekaan Blackberry DTEK60 tertiris dengan...
Ahad lepaih soghang artis lelaki kena tahan pasai dadah dan memiliki senjata berbahaya Pelakon Atikah Suhaime pulak gempaq dengan gambaq loqlaq bersama memba artis lelakinya Dua insiden ni ada...
soghang hartawan Ukraine sanggup menghabihkan wang sebanyak 20 juta pound RM107 6 juta semata mata mau memenuhi hasrat isterinya untuk menjadi penyanyi pop femes dunia macam Tayloq Swift Menuru...
BlackBerry menumumkan akan beghenti mengeluaqkan telefon pintaq sebaliknya menyerahkan pengeluaran kepada memba bisnes di Indonesia Syarikat Kanada tu sebaliknya akan memberi tumpuan kepada perisi...
barangkali inilah ikan yu yang palin pelik dan menakutkan pasai ia mempunyai wajah mirip manusia Ia memiliki muka yang pelik dan luaq biasa berbeza dengan ikan yu lain kalau diletakkan cermin m...
Abad ke 19 secara umumnya dikenali sebagai waktu kemuncak bagi sains dan teknologi apabila idea dari Charles Darwin dan jugak konsep telegraf oleh Samuel Morse telah mengubah dunia selama lamanya ...
oghang ghamai la la nih lebih gemaqkan konsep yang mudah dan bergaya minimalih tak lari jugak bagi depa yang menggemaq melukih seni tatu di badan Dalam apa jua perkara dalam hidup sesuatu yang...
baghu baghu ni PPSS Group sebuah syarikat pembuat baju kalih peluru telah membuat satu demonstrasi pasai sebuah baju kalih peluru terpalin baghu keluaran depa Demonstrasi ni dilaku di hadapan kh...
tentegha AS menggunakan satu but eksperimen yang digelaq but kaki ayam yang direka spesial untuk meninggaikan kesan tapak kaki asli oleh peronda Special Forces Fungsi utama but istimewa ni adal...
Jangan salah paham tajuk video di bawah ni memang diletakkan sendiri oleh pemilik video atau Youtuber dengan nama vikarworld ni hampa semua kena tengok 5 sebab awat susah sangat nak jadi India ...
Sebuah badan kebajikan haiwan di Amerika Syarikat yang diberi nama Born chemeyy Usa merupakan badan kebajikan yang banyak membuat aktiviti untuk menyelamatkan haiwan dari kepupusan dan kerakusan ...
Jumlah oghang muda di seluruh dunia yang tak mau membeli gheta dan rumah dah semakin meningkat awat perkara ni berlaku Pengukoq kejayaan tradisionai memiliki rumah dan atau gheta Golongan mu...
ni antara gambar gambaq yang menempah nama dalam pertandingan fotografi UK Weather Photographer of The Year 2016 yang menunjukkan gambar gambaq keadaan cuaca di Great Britain yang diambik oleh juru...
Apa hampa rase hobi makcik makcik mahupun nenek atau atuk hampa yang dah berumur Admin yakin kalau kat Malaysia ni mesti ghamai di antara depa yang gemaq ke masjid masjid dan bersosial dengan j...
hampa semua dah layan movie Conjurin 2 yang dah lama ditayangkan di panggung panggung seluruh Malaysia dahulu ceghita ni memang seram gila la sampai admin boleh terjerit di dalam panggung masa te...
kola LUMPUR Naib Presiden PKR Tian Chua dipenjara tiga bulan dan denda RM1 800 oleh Mahkamah Sesyen hari ni selepaih didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di sini pad...
soghang gadih bernama Ariana berumoq 20 tahun dari Rusia ambik keputusan untuk melelong daranya dalam usaha mengumpoi dana bagi melanjutkan pengajian di luaq negara Ariana Gadih yang hanya diken...
Pada tahun ni sejumlah pengeluaq telah mula menggunakan dua kamera pada bahagian belakang dalam merakamkan gambaq yang lebih jelaih ataupun pdengan kesan tambahan khusus Terkini Flash turut t...
Berikutan keh ghimbok soghang pompuan dalam keadaan tanpa pakaian yang menjadi viral di media so siall polih la nih memburu suspek yang bertanggungjawab menyebaqkan video bagi membantu siasatan T...
Isu penyewa lagi nampaknya makin menjadi jadi barangkali ni antara dilema pemilik rumah apabila ingin sewakan rumah terhadap oghang oghang diluaq sana Malah memang wujud segelintiaq yang berma...
Ahmad Najib Aris telah dibawak ke balai polih Petalin Jaya untuk disoai siasat berita penangkapan suspek utama dalam keh pembunuhan kejam Canny Ong telah mendominasi muka hadapan surat khabaq sur...
penah tak hampa semua hadapi beberapa keadaan hingga buat hampa semua nak minum ayaq dulu untuk chillax sebentaq atau hilangkan ghasa gementaq tu Admin konfem setiap oghang penah alaminya kan ...
Bab pengurusan kewangan adalah sesuatu perkara yang perlu kita semua ambik perhatian yang serius Tanpa pengurusan kewangan yang betoi kedudukan kewangan kita bakai berdepan risiko dan masalah ya...
Bak kata pepatah Sekilaih ikan di ayaq dah tau jantan dan betinanya Namun pepatah ni kughang tepat kalau hampa sangkakan pompuan ni berumoq 19 tahun Lumrah setiap insan yang bergelaq ...
Semua dah tau statuih kewangan sangatlah pentin terutamanya masa nak memintak pinjaman bank terutama yang first time nak buat permohonan Kegagalan dalam laporan CCRIS mengakibatkan pinjaman payah...
Tak dinafikan masing masin ada sejarah ceghita silam atau pengalaman buruk dahulu kala Kita sebagai manusia tak lari dari berbuat kesilapan dan masih dok sempat untuk bertaubat dan berubah demi m...
Majalah golongan dewasa Playboy yang dahulunya femes dengan pornografi ringan dan ikon arnab atau bunnies la nih memapaqkan soghang pompuan Muslim yang berhijab dalam hebahannya yang meraih lebi...
Gara gara memuat naik gambaq berpelukan bersama Fazli Zainal di Instagram Fattah Amin dituduh mempunyai hubungan skandai bersama pelakon tu Pelik dengan dakwaan tak berasaih tu Fattah tampil ta...
baghu baghu ni pasangan pengantin baghu Saharul Ridzwan dan Deena Emir telah berbulan madu di kota Singapura dan Indonesia Menerusi beberapa gambaq yang diupload oleh depa di Instagram pasang...
Walaupun beberapa kali cuba untuk mengelak daripada menjelaskan secara terperinci sebab perkahwinannya dibatalkan disaat akhir, Fara Fauzana akui berasa sedih dengan kejadian yang terjadi. Namun bagaimanapun, beliau cuba sedaya upaya untuk tidak berterusan bersedih dan meneruskan kehidupan sebaik mungkin walaupun keadaan mungkin sedikit berbeza.
“Saya cuma nak orang tahu adalah sesuatu yang normal untuk kita berasa sedih. Kalau tiada rasa sedih, maknanya kita bukan seorang manusia atau seseorang yang tidak berhati perut. Namun begitu saya cuba untuk mengatasi perasaan itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya juga masih seperti dulu kerana tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan negatif”
“Tetapi pada masa yang sama saya tak mahu terlalu menunjukkan diri ini gembira dan bahagia kerana nanti dianggap tidak realistik pula. Keputusan yang saya buat itu bukanlah kerana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada sesiapa. Cuma nak beritahu tidak salah kita buat keputusan yang boleh menggembirakan kita serta masa depan yang lebih bermakna”
“Diakui insiden ini sesuatu yang amat besar pernah berlaku dalam hidup saya. Begitupun ia tidak bermakna saya kena berpura-pura. Tidak salah jika saya tunjukkan yang kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan, lupakan apa yang berlaku dan teruskan kehidupan seperti biasa,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung dengan perkara yang terjadi.
Membatalkan perkahwinan disaat akhir bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilupakan, tetapi bagi Fara, hatinya tidak pernah tertutup untuk lelaki. Cuma baginya sekarang tumpuan tidak lagi berada pada komitmen peribadi tetapi sudah beralih kepada kerjayanya dan juga meluangkan lebih banyak masa bersama berharga bersama rakan dan keluarga. (rkty/w)
Siapa yang tidak terkejut apabila tiba-tiba ada orang yang menyamar sebagai diri anda kemudian mendakwa pernah tidur dengan pelakon lelaki drama Sayangku Kapten Mukhriz, iaitu Raja Afiq. Bagaimanapun bagi pelakon Niena Baharun yang mendakwa menjadi mangsa fitnah, dia menafikan sekerasnya perkara tersebut.
“Saya tidak menjangka perkara ini akan berlaku, saya tidak pernah menyertai mana-mana grup WhatsApp bersama peminat-peminat seperti yang tersebar itu melainkan grup berkaitan kerja yang dibuat oleh pihak produksi”
“Saya harap orang yang cuba fitnah saya itu diberi hidayah dengan apa yang telah dilakukan itu. Saya tidak berani nak tuduh atau syak siapa-siapa, takut timbul fitnah lain pula. Saya berserah sahaja dan berharap peminat-peminat dan orang luar tidak mempercayainya,” jelas Niena kepada mStar Online.
Bagaimanapun perkara tersebut tidak menganggu Niena dalam meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon selain turut berbincang dengan Raja Afiq sendiri perkara tersebut. Mengakui paparan skrin itu palsu, rupanya Raja Afiq turut berhadapan dengan pelbagai akaun palsu yang menggunakan nama mereka. (rtky/s)
Gara-gara memuat naik gambar berpelukan bersama Fazli Zainal di Instagram, Fattah Amin dituduh mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon itu. Pelik dengan dakwaan tidak berasas itu, Fattah tampil menafikan tuduhan itu malah berasa kesal dengan tindakan orang ramai yang menggunakan gambar tersebut untuk menfitnah dirinya mempunyai hubungan sejenis.
“Sebenarnya saya malas hendak melayan gosip sebegini kerana ia akan menyebabkan perkara itu menjadi lebih besar selain tidak mendatangkan faedah. Bagaimanapun dakwaan dibuat oleh sesetengah blog dan forum yang mengambil gambar selfie kami itu di Instagram dan membuat kesimpulan kononnya kami ada hubungan istimewa sudah dikira sebagai fitnah”
“Fitnah yang disebarkan dengan tujuan mengaibkan pada saya bukan benda main-main kerana boleh buat orang percaya dengan apa yang dibaca tanpa mengetahui situasi sebenar. Rasanya gambar kami itu masih ada di Instagram Fazli dan pada saya dia tidak perlu memadam pun kerana ia sekadar gambar biasa di antara kawan,” katanya kepada m Star Online.
Dalam masa sama, menyedari tuduhan itu adalah fitnah semata-mata, Fattah tidak berasa takut. Baginya gambar itu dimuat naik secara terangan untuk dikongsikan dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Selain itu juga, baginya tiada isu menggunakan populariti pelakon itu untuk mencari publisiti murahan kerana telah mendapat persetujuan Fazli sebelum memuat naik.
Bagaimanapun, Fazli ketika ditanya mengenai perkara ini memberitahu bahawa pihaknya kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada blog dan juga mana-mana forum internet yang bertanggungjawab membuat tuduhan berunsur fitnah terhadap mereka berdua dengan menyebarkan gosip seumpama dengan itu. (rkty/w)
Pelakon Johan As’ari yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon-pelakon wanita seperti Izreen Azminda dan Lana Nodin mengakui bahawa percintaannya yang sebelum ini gagal kerana sikapnya yang tidak matang.
“Ya percintaan saya gagal sebelum ini kerana saya tak matang,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem Juvana 3.
Setelah dua tahun mendalami Islam, Johan berkata dia mempelajari sesuatu yang baru iaitu kedewasaan dan cara untuk menghargai seorang wanita.
“Kita menghargai perempuan itu bukan dengan tanggungjawab sahaja. Kita tahu perempuan itu adalah satu benda yang sangat bernilai. Perempuan ini macam ‘generator’. Dia bagi kita semangat, kasih sayang dan dia jugalah aura penyeri,” katanya yang tidak menolak sekiranya dijodohkan sesama artis.
Johan turut memberitahu bahawa dia tidak akan merahsiakan perkahwinannya kerana dia sayangkan peminat-peminatnya yang sentiasa menyokong perkembangannya.
“Saya tidak akan rahsiakan perkahwinan. Sebab saya sayangkan peminat-peminat saya. Bagi saya sebagai seorang insan seni yang berada dalam dunia hiburan, gosip-gosip ini menghiburkan. Saya sendiri suka baca. Biarlah orang nak tulis pasal saya sebab ada orang yang akan terhibur dengan artikel itu,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)
Tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang kini hamil anak sulung mereka dengan kandungan hampir berusia tiga bulan. Berita baik itu diumumkan sendiri oleh Syamsul yang ternyata begitu teruja dengan kandungan pertama mereka walaupun pada awalnya mereka terpaksa merahsiakannya kerana masih diperingkat awal.
"Sebenarnya saya tak mahu beritahu orang lain sebab bimbangkan kandungan Sarah yang masih di peringkat awal. Malah, saya hanya memberitahu ayah dan ibu saya pada raya haji yang lalu. Tak sampai hati nak berahsia lebih lama bila melihat ayah saya bermain-main dengan cucu dia yang lain. Kali ini saya meminta Sarah mengurangkan kerjanya di butik”
“Kami mengambil tambahan pekerja agar Sarah tidak perlu ke butik di Bangsar setiap hari. Saya juga tak izinkan dia berlakon ketika hamil ini. Saya sendiri membantu menjaga kandungan Sarah dengan menyediakan pemakanan yang sihat sesuai dengan wanita hamil. Kena banyak-banyak bersabar jugalah,” katanya kepada Utusan Online berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, perkara ini mungkin dapat dihidu oleh sesetengah pihak yang menonton Festival Filem Malaysia (FFM 28) apabila Syamsul seolah-olah memberi bayangan mereka bakal menyambut kehadiran orang ketiga pada tahun hadapan ketika memberi ucapan kemenangan sewaktu filem Munafik membolot anugerah di dalam Festival Filem Malaysia ke-28 yang lalu.
Sebelum ini, Syamsul dah Puteri Sarah pernah melalui saat getir mereka apabila Sarah keguguran pada awal perkahwinan mereka. Walau apapun, tahniah sekali diucapkan kepada pasangan bahagia ini, semoga kelahiran bayi pertama mereka ini akan menyerikan lagi suasana perkahwinan mereka serta dilimpahi kebahagiaan berganda buat mereka berdua. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment