ROTIKAYA Posted: 23 Sep 2016 08:10 PM PDT Cat Farish Menangis Selepas Bercerai, Hati Rasa Kosong Posted: 23 Sep 2016 06:40 PM PDT Tidak mahu menuding jari kesalahan penceraian kepada mana-mana pihak, penyanyi dan pelakon, Cat Farish mengakui kehidupannya tidak tentu arah selepas bercerai dengan isterinya, Hartiny Ramli pada April lalu. BACA: Cat Farish Akui Dirinya Jadi Punca Penceraian “Sungguh.. Rasanya lebih perit daripada ditinggalkan kekasih. Saya rasa kosong dan tidak tentu arah. Sampaikan saya menangis setiap masa. Saya ke kelab, layan muzik. Pada pandangan mata orang, kehadiran saya ke sana nampak tidak elok” “Sedangkan ketika itu, hati saya kosong dan tak nampak apa-apa pun di sekeliling. Hanya termenung. Di rumah pula saya rasa sunyi. Sehinggakan masa tidur, saya terjaga, seolah-olah terdengar suara anak-anak,” kongsinya kepada BH Plus. Penyanyi ini juga mendedahkan bahawa kadang kala dia memeluk baju anaknya kerana terlalu rindukan mereka selain turut menghadapi kemurungan teruk. Bagaimanapun segalanya beransur pulih dan Cat kini sudah mampu meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Kini Cat mahu kembali bangkit mencari rezeki untuk anak anak. Selain itu, bekas isterinya sering memberi sokongan positif malah hubungannya bersama bekas mentua juga tidak terjejas. Cat juga kadang kala turut merujuk kepada bekas mentua sekiranya ada masalah. (rtky/s) | “Bukan Ramai Penumpang Sampai Boleh Tercicir Bag!” Posted: 23 Sep 2016 05:50 PM PDT Bengang dengan perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan kerana tertinggal bagasinya, Che Ta meluahkan perkara tersebut di Instagram dan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya di Instagram. BACA: Kereta Hilang, Che Ta Niat Beli Kereta Baru Akibat insiden tersebut, Che Ta terpaksa membatalkan kehadirannya ke sebuah majlis makan malam. Dalam kapsyen video tersebut juga Che Ta turut meluahkan perasaan hampanya terhadap servis syarikat penerbangan tersebut. “And I fly business class, bukan ramai pun penumpang sampai boleh tercicir bag tu! So embarrassing (sangat memalukan) dengan servis MAS," luahnya lagi. Bertabahlah wahai Che Ta dan pastinya pihak yang bertanggungjawab akan menghubungi Che Ta semula. (rtky/s) | Train To Busan Kutip Lebih RM20 Juta Di Malaysia Posted: 23 Sep 2016 12:54 AM PDT Selain turut menjadi fenomena perfileman di Korea, filem Train To Busan dalam masa yang sama turut mencatat kutipan yang memberangsangkan di Malaysia iaitu lebih RM20 juta. BACA: Munafik Sudah Kaut RM18 Juta Jumlah kutipan tersebut yang memberangsangkan itu berjaya dikutip hanya dalam tempoh dua minggu tayangan. Mula ditayangkan bermula 8 September lalu, filem berkenaan masih lagi ditayangkan di 119 pawagam di seluruh negara. Filem zombie tersebut turut mencipta rekod di Korea sendiri apabila melepasi angka 10 juta tontontan di Korea Selatan sejak ia ditayangkan di pawagam pada 22 Julai lalu. Train To Busan sebelum ini pernah ditayangkan pada Festival Filem Cannes Ke-69 yang berlangsung pada awal tahun ini. Selain itu, ia juga pernah menerima penghargaan khas pada Festival Filem Antarabangsa Fantasia Ke-20 di Kanada baru-baru ini. (rtky/s) | Raysha Rizrose Nafi Bersikap Diva, Hanya Mahu Terbaik Posted: 23 Sep 2016 12:17 AM PDT Pernah terpalit dengan khabar angin bahawa cerewet memilih jurusolek ketika menjalani sesi fotografi atau penggambaran, pelakon Raysha Rizrose menjelaskan perkara sebenar terhadap dakwaan tersebut. BACA: Raysha Rizrose Mula Berlagak Diva? “Memang saya pernah mencadangkan nama jurusolek tertentu kerana mengetahui kebolehannya. Saya mengakui risau kalau hasil solekan menampakkan saya tua atau buruk. Namun ini bukan bermaksud saya cerewet dan boleh menerima mana-mana jurusolek,” katanya kepada Harian Metro. Selain itu, Raysha juga menafikan bahawa dia berlagak diva selain tidak mahu memberi perhatian kepada gosip sedemikian. “Macam mana boleh kata saya diva, sedangkan saya belum menerima apa-apa anugerah. Saya malas mahu mengambil pusing khabar angin ini dan menganggap pihak yang menyampai sengaja memutar belit cerita,” jelasnya. (rtky/s) | |
AMMBOI DOT COM Posted: 23 Sep 2016 12:33 PM PDT |
MySensasi Posted: 23 Sep 2016 11:56 AM PDT Keputusan Liga Super 24.9.2016 Posted: 23 Sep 2016 08:48 AM PDT Keputusan Liga Super 24.9.2016 antara yang akan dinantikan oleh peminat sukan bolasepak Malaysia. Tiada lagi perebutan tangga teratas yang menjadi tumpuan tetapi dua pasukan yang bakal tersingkir akan ditentukan dalam dua perlawanan terakhir liga. Jadi aksi pasukan bawahan akan menjadi menarik dalam usaha mereka kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan. Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu, ... | Keputusan Liga Perdana 23.9.2016 Posted: 23 Sep 2016 07:19 AM PDT Keputusan Liga Perdana 23.9.2016. Enam perlawanan Liga Perdana Malaysia berlangsung pada hari ini. Ini merupakan perlawanan ke 21 bagi setiap pasukan dengan berbaki satu perlawanan sebelum liga berakhir. Untuk info, Melaka United telah pun disahkan selaku juara Liga Perdana 2016 lebih awal apabila pungutan mata mereka tidak boleh lagi dikejar oleh lain-lain pasukan. Berikut adalah ... | Siaran Langsung Keputusan PDRM vs Kelantan 23.9.2016 Posted: 23 Sep 2016 06:05 AM PDT Live Streaming Siaran Langsung Keputusan PDRM vs Kelantan 23.9.2016. Aksi tunggal Liga Super 2016 malam ini bakal menemukan PDRM dan Kelantan. Ini ibarat aksi ulangan ketika kempen suku akhir Piala Malaysia yang lalu. Perlawanan berlangsung di Stadium Hang Jebat. Apa yang menarik untuk aksi malam ini adalah kedudukan PDRM yang masih belum selamat dari zon ... | |
KedahLanie.info Posted: 23 Sep 2016 10:18 AM PDT Baca perlembagaan dulu, kata Dr M pada Najib Posted: 23 Sep 2016 05:03 AM PDT ULASAN Kenyataan Najib adalah kenyataan Najib. Sebenarnya Perlembagaan Malaysia memperuntukkan berbagai cara untuk menangani masalah yang dihadapi oleh negara, dan ini termasuk penyelewengan oleh perdana menteri. Bacalah Perlembagaan sebelum membuat kenyataan yang rakyat tidak bertindak berasaskan undang-undang tubuh negara. Yang benar-benar tidak mengikut undang-undang Malaysia ialah Najib. Tidak ada “rule of law”, pemerintahan mengikut undang-undang, yang di amal oleh Najib. Jika ada “rule of law” rakyat boleh buat laporan kepada polis berkenaan kehilangan berbilion duit rakyat. Tetapi apabila laporan polis dibuat, yang membuat laporan di soal, ditahan dan dituduh sabotaj ekonomi dah dihadapkan ke mahkamah. Peguamnya juga disoal oleh polis, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. Laporan Bank Negara, SPRM, Juruaudit Negara ditolak bulat-bulat oleh Peguam Negara (AG). Kononnya kerana tidak ada kes terhadap Najib. Tetapi laporan-laporan ini dirahsiakan. Undi tidak percaya dalam parlimen tidak boleh diadakan kerana ahli parti BN disuap dedak, diugut dan ada yang dipecat. Mereka tidak bebas. Sekali lagi Najib menidakkan proses undang-undang untuk kesejahteraan rakyat. Jika Najib berani dan tidak terlibat dengan apa-apa jenayah, kembalilah kepada undang-undang Negara. Janganlah tegur orang kerana kononnya tidak mengikut undang-undang sedangkan kita sendiri bukan sahaja tidak mengikuti undang-undang tetapi menghalang perjalanan undang-undang. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD bekas perdana menteri. Tulisan ini dimuat naik kali pertama di blog beliau dengan tajuk asal “Kenyataan Najib”. | Penganalisis: Cukuplah hina orang Melayu, undi tak semestinya milik Umno Posted: 23 Sep 2016 04:45 AM PDT PETALING JAYA: Hujah yang cacat dan merendahkan orang Melayu. Begitu kata seorang penganalisis politik mengenai prasangka persempadanan kawasan pilihan raya memihak kepada Umno. Sebelum ini, beberapa parti politik mendakwa sejumlah besar pengundi Melayu dipindahkan ke kerusi tradisi Umno. Bercakap kepada FMT, penganalisis politik Universiti Malaya Prof Madya Awang Azwan Awang Pawi menyifatkan anggapan kononnya persempadanan kawasan pilihan raya hanya memanfaatkan Umno terlalu simplistik. Jelasnya pola pengundian masyarakat Umno sudah berevolusi, terutamanya di kawasan bandar. Awang mengulas kritikan sesetengah wakil rakyat, terutamanya pembangkang, yang mendakwa cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya memberi kelebihan kepada Umno mengekalkan Putrajaya pada PRU-14. Naib Presiden PRK Nurul Izzah Anwar awal minggu ini mendakwa persempadanan itu menyebabkan Selangor berdepan risiko dirampas BN. AWang berkata parti berasaskan orang Melayu sudah bertambah, seperti Amanah, yang merupakan parti pecahan PAS, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang ditubuhkan bekas pemimpin Umno, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Ini bermakna tak semestinya undi melayu akan memenangkan Umno,” katanya, dan menambah di Selangor ramai ahli Umno sertai PPBM. Beliau mengecam prasangka pengundi Melayu secara automatik akan mengundi Umno sebagai memandang rendah keupayaan orang Melayu untuk berfikir dan pertimbang tawaran setiap parti. SPR menjalan penentuan semula sempadan kawasan pilihan raya Parlimen dan Negeri di Tanah Melayu dan Sabah mulai 15 September. Cadangan itu, yang disiarkan untuk mengambil maklum balas orang awam, tidak muktamad kerana perlu melalui proses bantahan dan perlu diluluskan Dewan Rakyat. Pihak yang dibenarkan undang-undang untuk membantah boleh berbuat demikian sehingga 14 Oktober. | RUU 355 bukan perkasa Mahkamah Syariah, kata bekas hakim Posted: 23 Sep 2016 03:12 AM PDT Datuk Mohamad Ariff Md YusoffOrang Islam harus menyokong pemerkasaan Mahkamah Syariah namun bukan melalui Rang Undang-undang (RUU) 355, tegas bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff.
Beliau berkata, RUU persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kabur dan akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah. Malah katanya, langkah dibuat Presiden Pas itu akan mengundang cabaran di mahkamah dan mungkin akan dicabar atas alasan bercanggah dengan perlembagaan. "RUU 355 setakat yang kita lihat perlu dibantah sebab pada akhirnya ia akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah. "Sebagai seorang Islam kita perlu menyokong usaha memperkasa mahkamah syariah tapi ini (RUU355) bukan caranya. "Segala hal berkaitan cerai, pembahagian harta dan hak penjagaan semua dibuat melalui Mahkamah Syariah. Tidak ada sebab kerja-kerja baik Mahkamah Syariah difitnahkan melalui RUU ini," katanya dalam forum Benarkah Pindaan RUU 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi.
Sebelum ini, Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat Seksyen 2A dalam RUU tersebut tidak menyebut bentuk dan had hukuman.
Melalui Seksyen 2A, bentuk dan had hukuman boleh dikenakan Mahkamah Syariah kecuali "yang dibenarkan oleh undang-undang syariah selain dari hukuman mati". Amanah turut berpendapat Seksyen 2A yang dicadangkan seolah-olah memberikan 'cek kosong' kepada Mahkamah Syariah dalam persoalan bentuk hukuman dan hadnya, selain hukuman mati. Turut menjadi ahli panel dalam forum tersebut ialah peguam Wan Anwar Wan Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional dan peguam William Leong yang juga ahli Parlimen Selayang sementara Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud yang juga ahli Parlimen Kota Raja sebagai moderator. Forum Benarkah Pindaan RUU 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah? di Rumah Gerak Budaya Petaling Jaya semalam.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.
| Nak setia lagikah dengan UMNO sekarang nie...!!!! Posted: 22 Sep 2016 09:00 PM PDT TERUS SETIA?
Jika seorang isteri selingkuh apakah suami harus setia?
Atau jika suami main kayu tiga apakah isteri menggangguk saja?
Suami boleh kawin empat dan jika demikian isteri jangan marah sebab kelak dapat payung emas di syurga.
Marah? Jangan marah kelak cepat tua dan jika tua lojik suami kawin lagi. Betul?
Kita bicara kata musa orang umno mesti setia sama parti. Setia macam mana itu?
Jika umno dan pemimpin umno telus jujur dan pimpin negara secara ikhlas dan tak ambil kesempatan kayakan diri, famili, suku sakat dan sebagainya dirasa kenyataan musa disokong tapi jika sebaliknya harus ditinggalkan sebab allah perintah tak subahat dengan mereka yang buat mungkar.
Mereka yang tak setia tak perlu disalahkan sebab mereka yang bertindak tak mahu dikata subahat.
ISMAILY BUNGSU 9:22pm | Amanah pelik kenapa NAJIB yang mewakili Tuanku buat kenyataan bukannya S/U Sulit ataupun Istana Posted: 22 Sep 2016 08:00 PM PDT
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) melahirkan rasa pelik dengan kenyataan terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang seolah-olah mewakili Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung Deklarasi Rakyat dibawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kebiasaannya sebarang kenyataan Yang di-Pertuan Agong bakal dikeluarkan Setiausaha Sulit ataupun istana.
"Saya berasa agak pelik apabila Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong iaitu baginda tidak boleh mencampuri usaha Deklarasi Rakyat yang dibuat Bersatu.
"Saya ingin bertanya, sejak bila Datuk Seri Najib menjadi jurucakap kepada Yang di-Pertuan Agong?" katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Najib dilaporkan berkata, telah dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong ada menjelaskan kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha parti berkenaan ketika menerima menghadap bekas Perdana Menteri itu di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, minggu lepas.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata, Najib sebagai pihak berkepentingan dalam isu tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong.
"Mana mungkin Datuk Seri Najib yang menjadi subjek dalam Deklarasi Rakyat dan juga menjadi pihak berkepentingan boleh mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan Agong dalam isu melibatkan dirinya sendiri.
"Bagi saya, ia suatu yang melanggar kebiasaan dan cuba memperbodohkan rakyat," katanya.
Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat yang dilancarkan sejak 4 Mac lalu dalam usaha untuk menyingkirkan Najib. | BERSATU saran pembangkang bentuk barisan alternatif guna satu logo Posted: 22 Sep 2016 07:00 PM PDT Bagi berdepan dengan Umno-BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bakal mengesyorkan kepada parti pembangkang untuk membentuk satu barisan alternatif.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata barisan alternatif menyerupai parti kompenan BN yang bernaung di bawah satu logo.
Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah berkata, perkara tersebut akan disuarakan kepada ketua-ketua parti dalam masa terdekat.
"Satu lawan satu sangat penting dalam PRU14. Apa yang kami cadangkan... ini peringkat cadangan, insya-Allah Tun Mahathir Mohamad (pengerusi BERSATU) akan bincang dengan ketua-ketua parti agar wujudkan satu gabungan untuk semua parti pembangkang.
"Macam BN ada 14 parti di dalamnya. Dalam media sosial mereka cadangkan Barisan Rakyat (BR). Tak tahulah nama itu diterima atau tidak," kata Mukhriz.
Ahli parlimen Jerlun itu berkata demikian ketika sesi dialog Malaysia Bersatu bersama Mukhriz Mahathir di Shah Alam, malam tadi.
Terdahulu, lebih 100 anggota Umno cawangan dari bahagian Serdang, Kapar dan kota Damansara mengumumkan keluar parti dan menyertai BERSATU malam tadi.
Mengulas lanjut Mukhriz berkata gabungan itu penting supaya semua parti pembangkang bertanding melawan BN dengan satu logo, selain ia juga tidak akan mengelirukan pengundi.
Bagaimanapun, ketika disoal sejauh mana penyertaan PAS dalam gabungan itu, Mukhriz menjawab ia merupakan satu persoalan terbesar.
"Itu persoalan yang besar. Bayangkanlah kita ada BN lawan BR, tiba-tiba ada parti bulan (PAS), nampak sangatlah dia tak bersama dan dia menjadi faktor ketiga.
"Kita tanpa berniat untuk menyinggung kawan-kawan di dalam PAS dan Tun Mahathir pun pernah katakan sesiapa pun yang mengakibatkan (pertandingan) tiga penjuru dalam pilihan raya, dialah yang mahu Najib Razak kekal sebagai PM," kata Mukhriz.
Justeru, kata Mukhriz, bagi mengelak BN terus-menerus menang mudah dalam pilihan raya akan datang, adalah lebih baik untuk BERSATU berusaha memastikan PAS bersama dengan mereka menentang parti pemerintah sedia ada.
"Jadi, ini kita kena faham sebab kita pun dah tengok ada track rekod bila (pertandingan) tiga penjuru, kebanyakannya BN akan menang dan bila BN menang, Najib Razak kekal sebagai PM.
"Jadi, ini yang kita tak nak dan bila kita tak nak, biarlah kita berusaha yang bertanding nanti BN dengan BR sahaja," kata Mukhriz. | Keadaan negara sekarang sudah tahap 'gaban' Posted: 22 Sep 2016 05:57 PM PDT
SHAH ALAM - Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan ditubuhkan hanya untuk menjatuhkan seorang perdana menteri.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, menjatuhkan perdana menteri itu hanya sebahagian kecil tujuan penubuhan parti tersebut.
"Yang lagi besar adalah kerana keadaan negara sekarang ini yang memudaratkan rakyat sendiri sampai ke tahap 'gaban'...teruk sangat.
"Malang sekali kerajaan yang diberi mandat...semakin hari semakin banyak masalah," katanya pada sesi dialog bersamanya di sini, hari ini.
Menurutnya, Bersatu bukan ditubuhkan untuk suka-suka sebaliknya gara-gara beliau dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pilihan lain.
"Kami dipecat dari parti kesayangan, Umno dan kerana tidak ada pilihan maka kami tubuhkan Bersatu. Bukan untuk seronok-seronok," katanya.
Tambahnya lagi, Bersatu tidak mahu menjadi seperti pemimpin Umno yang didakwanya sering memainkan isu perkauman bagi menutup isu.
"Melalui Perlembagaan parti jelas dinyatakan parti ini bukan sekadar nama sahaja peribumi tapi untuk jaga hak dan keistimewaan orang-orang Melayu termasuk anak-anak bumiputera di Sabah dan Sarawak tanpa jejaskan hak kaum-kaum lain.
"Kita ada formula untuk wujudkan keharmonian ini. Saya fikir tak salah tubuhkan parti berteraskan kaum peribumi asal kan kita tidak menidakkan kaum lain," katanya. | Kuala Muda - Banjir : Kesemua pusat pemindahan di Kedah ditutup Posted: 22 Sep 2016 05:00 PM PDT
ALOR SETAR - Kesemua enam pusat pemindahan di daerah Kuala Muda yang dibuka ekoran banjir akibat fenomena air pasang besar ditutup petang ini.
Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata, sebanyak 1,021 mangsa daripada 251 keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 4 petang tadi.
"Semua mangsa dibenarkan pulang selepas air banjir mulai surut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pusat pemindahan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Seri Kuala; Dewan Kampung Paya; Surau Kampung Sungai Yu; Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Meriam, Dewan Telok Amboi dan Pusat Komuniti Sihat Perkasa Negara Kampung Sungai Pial. - Bernama | Kerajaan Negeri disaran Bina muzium kereta api pertama di Kedah Posted: 22 Sep 2016 04:03 PM PDT
ALOR SETAR - Persatuan Sejarah Cawangan Malaysia Kedah (PSMCK) mencadangkan kerajaan negeri membina muzium kereta api pertama di Kedah bagi memperingati sejarah sistem pengangkutan darat itu.
Pengerusi PSMCK, Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusoff berkata, sistem pengangkutan kereta api memainkan peranan penting dalam negeri ini satu ketika dahulu.
"Contohnya Stesen Kereta Api Alor Setar digunakan ketika zaman pemerintahan Jepun yang tersembunyi cerita suka duka rakyat ketika itu.
"Pada zaman itu, ada penduduk dikerah menjadi buruh paksa bagi menyiapkan laluan kereta api yang menghubungkan beberapa kawasan terlibat," katanya.
Menurutnya, penduduk juga menggunakan laluan kereta api itu sebagai sistem perhubungan mereka untuk ke Bukit Kayu Hitam dan Alor Setar.
"Bagaimanapun kini beberapa stesen kereta api lama sudah tidak beroperasi dan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang kegunaan.
"Keadaan itu merugikan kerana generasi kini perlu mengenang pengorbanan masyarakat lalu yang membina laluan kereta api berkenaan demi kemudahan ramai," katanya.
Katanya, oleh itu, pihaknya berharap stesen kereta api lama yang tidak digunakan lagi agar tidak dimusnahkan sebaliknya dikekalkan.
"Selain dipelihara dan dipulihara, kami juga berharap stesen kereta api itu dihiasi dengan gambar lama ataupun aset berkaitan kereta api untuk menarik perhatian umum.
"Diharap cadangan ini akan dipertimbangkan oleh pihak berkenaan bagi memastikan anak muda masa kini mengetahui sejarah pembinaan kereta api," katanya. | |
OhDunia.My Posted: 23 Sep 2016 08:12 AM PDT Izreen Azminda Tak Mahu Berlakon, Kerjasama Dengan Amar Baharin Posted: 23 Sep 2016 02:08 AM PDT Pelakon Izreen Azminda yang suatu ketika pernah dikaitkan bercinta bersama dengan pelakon Amar Baharin berkata dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan mana-mana selebriti lelaki lebih-lebih lagi dengan pelakon Amar Baharin yang akan berkahwin tidak lama lagi.Baca selengkapnya | Tertuduh Ketiga Kes Bunuh Kevin Morais Serah Diri Di Balai Polis Posted: 23 Sep 2016 01:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 22 September 2015, seminggu selepas Kevin Morais dijumpai mati pada 16 September 2015.Baca selengkapnya | Penganggur Dikenal Pasti Suspek Pertama Penculikan Nur Darleen Posted: 23 Sep 2016 12:18 AM PDT Polis telah mengenal pasti dan menahan suspek pertama yang didakwa telibat dalam kes penculikan remaja berusia 15 tahun, Nur Darleen Dazeera.Baca selengkapnya | “Kita Kena Sentiasa Pastikan Diri Diisi Dengan Ilmu Agama” – Aida Khalida Posted: 22 Sep 2016 09:31 PM PDT NAMA Aida Khalida sudah tidak asing dalam dunia lakonan tempatan bermula sekitar 1980-an. Antara drama dan filem lakonannya Rimba Malam, Kerana Kau, Tak Ingat dan Getaran. Bakat lakonannya turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan Pelakon Wanita Drama Terbaik pada Anugerah Skrin dan Anugerah Sri Angkasa pada 1994.Baca selengkapnya | Kementerian Pendidikan Nafi Individu Bercumbu Adalah Guru Posted: 22 Sep 2016 09:19 PM PDT KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas video, yang kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang diviralkan di laman sosial, didapati tidak melibatkan golongan guru.Baca selengkapnya | Pemandu Mabuk Terbabas Masuk Lubang Tapak Pembinaan Terowong Posted: 22 Sep 2016 09:00 PM PDT Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, nyaris maut selepas kereta jenis Kia Spectra, yang dibawanya terbabas dan masuk ke dalam lubang sedalam 10 meter di bulatan Pandan, di sini, semalam.Baca selengkapnya | Indonesia Tahan Kapal Dari Malaysia, Disyaki Bawa Bahan Buat Bom Posted: 22 Sep 2016 08:49 PM PDT DENPASAR (Indonesia): Pihak berkuasa Indonesia di Bali pada Khamis menahan sebuah kapal dari Malaysia, yang membawa kira-kira 30 tan baja yang mana polis percaya ia mungkin dijadikan sebagai bahan untuk membuat bom.Baca selengkapnya | Empat Penjenayah Maut Berbalas Tembak Dengan Polis Posted: 22 Sep 2016 08:43 PM PDT Empat penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Jalan Ampang Baru berdekatan Masjid Tambun di Ipoh malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, penjenayah terbabit ditembak mati sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.Baca selengkapnya | |
beautifulnara Posted: 23 Sep 2016 02:18 AM PDT Beg Pakaian Tercicir : Rozita Che Wan Luah Rasa Bengang Dengan MAS Di Instagram Posted: 23 Sep 2016 12:02 AM PDT Kesian pula kami melihat beberapa ujian yang ditempuhi oleh Rozita Che Wan pada tahun ini.Sebelum ini kereta Toyota Vellfire miliknya dicuri, semalam pula hasrat Che Ta untuk menghadiri sebuah majlis makan malam di Kota Kinabalu, Sabah terbantut dan terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana beg yang berisi pakaian untuk majlis makan malam tersebut tercicir di Lapangan Terbang KLIA.  Tidak dapat menahan rasa bengangnya lagi, Che Ta menerusi akaun Instagramnya memuat naik sebuah video yang meluahkan rasa kecewanya terhadap pengurusan pihak MAS. Berikut adalah video yang dimuat naik oleh Che Ta :- Ada yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Che Ta, namun masih ada sesetengah netizen yang mengecam beliau. Mereka berpendapat, tiada gunanya untuk Che Ta viralkan perkara berkenaan di media sosial dan lebih elok untuk membuat aduan di saluran yang betul.  Malah, ada yang berkata ia masalah kecil buat Che Ta kerana beliau boleh sahaja membeli pakaian lain. Walaubagaimanapun, masih ada yang menyokong tindakan Che Ta itu. Dengan video berkenaan ia mungkin akan "membuka" lagi mata pihak pengurusan MAS agar tidak cuai di masa hadapan. Kalau kita berada di tempat Che Ta, tentu kita juga akan sakit hati bukan? Tidak salah Che Ta merasa kecewa begitu. Dalam keadaan kelam kabut mencari beg yang hilang, kadang-kadang kita tidak mampu untuk berfikir dengan baik dan membuat aduan di saluran yang betul. Mungkin juga ada benda berharga lain didalam beg berkenaan, siapa yang tahu bukan? | Saya Memang Suka Fesyen “Mengerlip” – Che Ta Posted: 22 Sep 2016 11:25 PM PDT Rozita Che Wan cukup gemar menggayakan pelbagai fesyen, tetapi antara yang menjadi kegemarannya adalah fesyen "mengerlip" yang menampakkan kilaun pada bajunya.  Menurut Che Ta, pereka fesyen sudah cukup tahu dengan citarasanya itu. Lebih banyak kerlipan yang kelihatan dibajunya maka ia sesuatu yang bagus. Apa yang selesa dipakai, itulah yang akan saya gayakan. Jika menempah pakaian, saya juga akan memberi pendapat kepada pereka fesyen. Lazimnya, jika pereka fesyen membuat baju untuk saya, mereka sudah sedia maklum, lebih banyak kerlipan lagi bagus. Sebabnya, saya memang suka manik sejak daripada kecil lagi.  Tambah Che Ta, beliau turut menggemari fesyen sedondon dan sering memastikan ahli keluarganya memakai baju mengikut tema tersendiri. Buat Che Ta, sesebuah foto itu akan kelihatan lebih cantik sekiranya semua ahli keluarganya mengenakan warna yang sama.  Sebenarnya memang saya yang siapkan baju untuk suami dan anak-anak. Sibuk macam mana pun, saya akan pastikan pakaian anak-anak semua terjaga dan mengikut tema jika kami ke luar negara. Saya percaya gambar akan kelihatan cantik apabila semua orang mengenakan pakaian warna senada.  Ada yang tidak suka memakai baju penuh dengan kilauan kerana ia tampak sedikit "over" tetapi ada yang menggemarinya. Citarasa setiap orang didalam fesyen memang berlainan. Yang penting mereka yakin dan selesa dengan apa yang dipakai. Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE | Dira Abu Zahar Enggan Komen Gosip Sudah Bercerai Posted: 22 Sep 2016 07:22 PM PDT Sekitar bulan Ramadhan lepas, ada gosip yang mengatakan rumah tangga pelakon Dira Abu Zahar dan pengarah Helmi Yusof sudah berakhir.  Ramai yang ingin tahu kebenaran berita ini daripada mulut Dira sendiri. Walaubagaimanapun, Dira nampaknya tidak ingin memberikan sebarang komen mengenainya. Saya tak mahu komen dan saya tak akan bercakap apa-apa mengenai perkara itu walaupun ramai yang nak tahu. Malah, suaminya Helmi juga enggan membicarakan gosip penceraian mereka dengan lebih lanjut.  Kalau nak tahu cerita perceraian itu, saya tak mahu komen. Saya sibuk sekarang, hubungi saya semula. Menurut beberapa sumber, rumah tangga mereka mula bergolak berpunca daripada penajaan sebuah filem yang menjalani penggambaran di Thailand.  Pasangan Dira Abu Zahar dan Helmi Yusof mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011. Mereka tidak mempunyai cahaya mata bersama. Sumber Berita : Harian Metro | Ammar Alfian Kecewa Rakan Karibnya Idris Khan Tuduh Beliau Sebarkan Foto Bogel Bersama Atikah Suhaime Posted: 22 Sep 2016 06:59 PM PDT Pernah dikaitkan mempunyai terlibat didalam video lucah "threesome" bersama Idris Khan dan Atikah Suhaime, nama Ammar Alfian sekali lagi menjadi tumpuan apabila foto bogel Idris dan Atikah tersebar baru-baru ini. Ammar ternyata kecewa apabila dituduh sebagai dalang disebalik penyebaran tersebut apatah lagi tuduhan itu dibuat oleh rakan karibnya sendiri iaitu Idris.  Menurut Amar,Idris menerusi aplikasi WhatsApp mengirim dua mese yang menuduh beliau tentang penyebaran foto bogel itu yang telah menjejaskan kerjaya dan nama baik keluarganya. Saya terkejut dan terkilan dengan mesej yang dihantar. Tuduhan itu dianggap melampau kerana saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu. Sepatutnya sebagai kawan dia datang berjumpa dengan saya daripada membuat tuduhan melulu.  Apa saya boleh jawab kepadanya adalah banyakkan bersabar. Ini kerana saya juga bersabar dengan tindakannya itu. Kemudian, saya terus berdiam diri kerana berasakan perkara itu tidak ada kaitan langsung dengan saya. Ammar mempersoalkan dimana nilai persahabatan buat Idris yang sanggup menunding jari kepada beliau atas kesalahan yang Idris lakukan sendiri. Tambah Amar, Idris sebenarnya hanya berlagak baik. Buat Ammar, jika benar individu didalam foto berkenaan bukanlah dirinya dan Atikah, untuk apa mereka berdua cepat melatah.  Pada masa yang sama Amar mencabar Idris supaya tampil dengan bukti yang kukuh sekiranya beliau adalah dalang yang dimaksudkan. Kawan jenis apa yang sanggup menuduh saya atas kesalahan yang dilakukan sendiri. Kenapa perlu nak mereka cerita sedih dan berlagak baik sehingga mengalih topik dengan mahu mencari dalang kepada masalah ini? Dalam perkara ini dia perlu tampil dengan bukti. Saya cabar dia datang berjumpa dengan saya. Jangan hanya pandai bercakap dan menuduh orang lain saja. Kata orang berani kerana benar, takut kerana salah. Saya percaya Idris dan Atikah ada menyimpan gambar itu dalam telefon pintar masing-masing. Mungkin ada pihak lain yang cuba mengenakan mereka atau adakah ini strategi untuk mendapatkan publisiti? Itu saya tidak tahu. Apa yang saya tahu ialah saya bukan penyebar gambar bogel itu.  Kali ini kami bersetuju dengan Ammar, tidak perlu menunding jari kepada sesiapa berkenaan foto bogel berkenaan. Kalau foto itu tidak benar, apa yang perlu dirisaukan bukan? Dan kalau betul Ammar dikatakan sebagai dalangnya, sila tampil dengan bukti yang jelas agar perkara ini tidak terus menjadi teka teki dan berpanjangan. Sumber Berita : Harian Metro | Saya Tidak Ada Doa Buat Amar Baharin- Izreen Azminda Posted: 22 Sep 2016 06:25 PM PDT Satu ketika dahulu, pelakon Izreen Azminda dan Amar Baharin dikatakan bercinta selepas bergandingan bersama didalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Kata orang pada waktu itu, mereka antara pasangan yang cukup mendapat perhatian ramai apatah lagi Izreen sering bergambar mesra dengan Amar.  Namun, semuanya berubah menjadi dingin apabila Izreen telah mengkritik lakonan Amar didalam sebuah teater secara tidak profesional melalui Instagram dan ia mengundang rasa amarah Amar. Terbaru, Izreen nampaknya masih belum dapat melupakan sengketanya dengan Amar apabila beliau memberitahu beliau tidak mempunyai doa buat Amar yang bakal berkahwin dengan Amyra Rosli tidak lama lagi.  Kebiasaannya, media akan bertanya apakah doa dan ucapan kepada selebriti yang pernah dikaitkan dengan kita apabila dia akan berkahwin. Jika ditanya pada saya, tiada doa dan ucapan untuk dia. Tambah Izreen lagi, beliau juga tidak mahu digandingkan dengan Amar didalam mana-mana drama ataupun filem.  Saya bukan sekadar tidak boleh berlakon dengan dia (Amar), malah cuba elak bertembung dengan dia di mana-mana majlis. Mungkin dia boleh kata tidak ada apa-apa dengan saya dan boleh tipu semua orang, tetapi, bukan saya. Saya tidak masalah dengan Amyra, cuma, dia yang sering mengelak atau melarikan diri daripada saya setiap kali bertembung.  Alahai, memang Izreen terkesan betul dengan apa yang terjadi antara beliau dan Amar dahulu. Ermm, pada pendapat kami tidak perlu lah sampai begini. Industri lakonan tanah air tidaklah besar mana, seeloknya janganlah terus bermasam muka. Sumber Berita : BH ONLINE | Jenama Telefon Pintar Wiko Kini Top 5 Di Eropah Barat Posted: 22 Sep 2016 06:02 PM PDT Jutaan tahniah Abang Nara ucapakan kepada jenama telefon pintar Wiko yang telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai Top 5 di Eropah Barat. Ini adalah satu pencapaian hebat untuk jenama dari Perancis ini kerana Wiko baru sahaja berusia 5 tahun. Bukan senang untuk sesebuah syarikat berusia 5 tahun untuk memecah monopoli syarikat-syarikat gergasi lain, lebih-lebih lagi di Eropah Barat. Ini jelas menunjukkan telefon pintar keluaran Wiko berkualiti tinggi dan berdaya saing.  Untuk makluman, Wiko berjaya mencapai kedudukan nombor 2 di Perancis dalam tempoh 3 tahun dan kini berada di kedudukan #2 di Potugal, kedudukan #4 di Itali, nombor #4 #5 di Spain dan kedudukan #2 di Belgium. Di Malaysia juga jenama telefon pintar Wiko semakin menjadi pilihan ramai kerana harganya yang berpatutan dengan spesifikasi yang diberikan.  Abang Nara pun dah ada sebiji telefon pintar Wiko di rumah untuk kegunaan harian. Antara telefon pintar keluaran Wiko yang menjadi pilihan ramai ialah:- 1. Wiko Robby  Wiko Robby yang berharga RM499 ini didtangkan dengan kamera belakang 8 mega piksel dan kamera selfie 5 mega piksel serta boleh menggunakan 2 sim kad. Skrin pun cukup besar untuk layan segala macam video kegemaran anda. 2. Wiko Ufeel dan Wiko Ufeel Lite  Kepoweran Wiko Ufeel dan Ufeel LITE yang paling awesome ialah kehebatan imbasan jarinya. Boleh scan 5 jari untuk 5 aksi yang berbeza. Contoh ibu jari untuk bukak Facebook, jari telunjuk untuk telefon bini, jari tengah untuk buka Instagram, jari manis untuk telefon mak/ayah dan jari kelingking untuk buka YouTube. Tak ke senang tue? Jimat masa pun jimat jugak. 3. Lenny 3  Lenny 3 adalah "The Bright & Trendy" di bawah keluarga "Y" telefon pintar Wiko. Sebelum ini Wiko pernah mengeluarkan Lenny 2 dan mendapat sambutan yang super duper hangat. Untuk meneruskan legasi tersebut, Lenny 3 dikeluarkan dengan penambahbaikan yang lebih awesome. Lenny 3 didatangkan dengan skrin 5 inci HD membolehkan kita melayan segala movie pada kualiti terbaik. Kameranya pula adalah 8MP. Jadi lebih sharp, terang dan cantik gambar yang diambil. Paling best, sistem yang digunakan di dalam Lenny 3 adalah sistem android terbaru iaitu Marshmallow 6.0. Ini bermakna Lenny 3 memang laju, pantas, tuntas, tak ada tersekat-sekat. Sekiranya anda membeli Lenny 3 yang dijual pada harga RM379, confirm anda akan berpuas hati. Cantik pun memang cantik. 4. Jerry 3  Dengan harga hanya RM299 termasuk GST, Jerry 3 adalah sebuah telefon pintar 3G "The Trendy One" yang mempunyai skrin 5 inci. Memang puas hati layan video, movie, main Facebook, buka website dan sebagainya. Pilihan warna yang ada untuk Jerry memang amat sesuai untuk mereka yang suka bergaya. Kamera yang disediakan pun boleh tahan iaitu 5MP dengan fungsi "gesture shot" dan juga "smile shot". Senyum je gambar terus diambil secara automatik. Best kan? Tahniah diucapkan kepada Wiko Mobile atas kejayaan ini. Lepas ini kalau ada niat di hati nak beli telefon Wiko, tak perlu ragu-ragu lagi. Penduduk di Eropah Barat dah yakin dengan kehebatan Wiko, kenapa tidak anda? Jangan lupa untuk LIKE Facebook Wiko Malaysia untuk sebarang makluman. | |
Toknek.com RSS Feed Posted: 23 Sep 2016 01:56 AM PDT Lengkapkan Diri Hampa Dengan Program Biasiswa Fujitsu Jaims Posted: 23 Sep 2016 01:22 AM PDT  Tahukah hampa selain dari tawaran pinjaman dan biasiswa yang disediakan buat pelajaq terdapat jugak program biasiswa jangka pendek yang ditawaqkan khususnya untuk golongan pekerja dan jugak golon... | Pompuan Ditangkap Selepaih Sebaq Ceghita Muhung Keh Penculikan Ngeri Posted: 23 Sep 2016 01:02 AM PDT  Gara gara upload berita muhung kononnya berlaku keh penculikan ngeri di dalam laman Facebooknya soghang pompuan telah kena tahan pihak polih kemarin Suspek ghamai dok kata telah menyebaqkan berit... | Suspek Culik Nur Darleen Dazeera Dah Dikenalpasti Posted: 22 Sep 2016 11:32 PM PDT  polih dah mengenalpasti soghang daripada dua suspek yang melarikan pelajaq tingkatan tiga Nur Darleen Dazeera Azhaq 15 di bandaq Tun Hussein Onn kemarin Ketua polih Daerah Kajang Asisten Komi... | Video Viral Skandai Guru Besaq Dan Guru Posted: 22 Sep 2016 10:02 PM PDT  Dalam video berdurasi kira kira lapan minit soghang pompuan berhijab dipercayai soghang guru dilihat bermesra dengan soghang lelaki pertengahan umoq yang ghamai dok kata guru besaq sekolah di da... | Cheq Tak Ada Doa Buat Amar Baharin Izreen Azminda Posted: 22 Sep 2016 08:26 PM PDT  Satu masa dahulu pelakon Izreen Azminda dan Amaq Baharin ghamai dok kata bercinta selepaih bergandingan bersama didalam drama pasai Terpaksa Aku Relakan Kata oghang pada waktu tu depa antara p... | Jenama Telefon Pintaq Wiko La Nih Top 5 Di Eropah Barat Posted: 22 Sep 2016 08:24 PM PDT  Jutaan tahniah toknek ucapakan kepada jenama telefon pintaq Wiko yang telah berjaya menempatkan diri depa sebagai Top 5 di Eropah Barat ni adalah satu pencapaian hebat untuk jenama dari Perancih ... | Ammaq Alfian Frust Memba Karibnya Idris Khan Tuduh Beliau Sebaqkan Gambaq Bogey Bersama Atikah Suhaime Posted: 22 Sep 2016 08:22 PM PDT  penah dikaitkan mempunyai terlibat didalam video loqlaq threesome bersama Idris Khan dan Atikah Suhaime nama Ammaq Alfian sekali lagi menjadi tumpuan apabila gambaq bogey Idris dan Atikah terseb... | Brad Pitt Disiasat Posted: 22 Sep 2016 07:14 PM PDT  Aktoq femes Hollywood Brad Pitt disiasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat selepaih didakwa buat penderaan secara jasad dan lisan kepada anak anaknya masa dok ada dalam keadaan marah Menurut l... | Brown Teruih Tinggi Posted: 22 Sep 2016 07:12 PM PDT  Remaja palin tinggi di dunia mencatat rekod baghu apabila ketinggiannya mencecah 238 sentimeter sm Lebih menarik lagi ketinggiannya tak akan beghenti setakat tu Broc Brown yang secara rasmi d... | Beringatlah Segera Apabila Ghasa Takjub Dan Hebat Melanda Diri Posted: 22 Sep 2016 07:02 PM PDT  bagitau Ibnu Qayyim Rahimahoilah kalau Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam maka janganlah memandang rendah oghang oghang yang tidoq kalau Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa ma... | Mycybersale Malaysian Biggerst Online Sale Menyerang Lagi Hermo Buat Sale Tak Masuk Akai Posted: 22 Sep 2016 08:32 AM PDT  Berbelanja secara online mempunyai banyak kelebihan Antaranya dapat menjimatkan masa petrol wang parkin dan lain Malah kita mampu membuat pilihan yang bijak dengan membandinkan ghega di keda... | 10 Gheta Yang Menjadi Kegemaran Kawaq Gheta Di Malaysia Posted: 22 Sep 2016 07:02 AM PDT  Senarai yang dikeluaqkan oleh General Insurance Association of Malaysia PIAM mendedahkan bahawa 60 buah kenderaan dicuri hari hari di Malaysia Sebanyak 11 796 buah kenderaan dicuri bermula dari ... | Opera Memperkenaikan Kemaskini Antaramuka Untuk Pelayaq Web Android Posted: 22 Sep 2016 04:22 AM PDT  Opera boleh ghamai dok kata antara pembangun pelayaq web yang aktif memperkenaikan kemaskini baghu untuk pelayaq web desktop dan jugak mudah alih depa Selepaih memperkenaikan integrasi VPN pada v... | Kanser Prostat Pembunuh Senyap Lelaki Kedua Tertinggi Di Malaysia Posted: 22 Sep 2016 04:02 AM PDT  Dia melalui hidupnya dengan ceria selama 63 tahun Pada suatu hari A S Dass 77 mendapat sekepin kupon daripada salah soghang rakannya untuk membuat pemeriksaan kesihatan melalui ujian darah... | Lisa Surihani Tak Betoi Peminat Ambik Gambaq Anak Posted: 22 Sep 2016 02:44 AM PDT  Umum mengetahui bahawa Yusry KRU dan jugak Lisa Surihani sungguh baq hang tak mau terlalu mendedahkan anak kesayangan depa Yahaira Leanne dengan laman so sial Malah Lisa jugak ambik pendekatan ... | David Teo Tau Dalang Isu Gambaq Bogey Posted: 22 Sep 2016 02:42 AM PDT  baghu saja tempoh hari ingin mencari dalang kepada penyebaran gambaq bogey artis dibawah naungan syarikatnya la nih David Teo nampaknya macam dah mengetahui identiti individu terlibat apabila beli... | Cheq Jumpak Dia Tepi Jalan Sambey Teghiak Ketakutan Puan Juliana Posted: 22 Sep 2016 02:34 AM PDT  Pagi tadi kecoh tentang pasai kehilangan soghang pelajaq pompuan tingkatan 3 yang ghamai dok kata telah diculik oleh dua lelaki yang menunggang mutu masa dia sedang dok tunggu van sekolah berita k... | Produk Kosmetik Dilabel Syok Sendiri Pasai Nak Beli Panggung Wayang Posted: 22 Sep 2016 02:32 AM PDT  Kecoh di Twitter pasai ura ura satu produk Melayu nak beli panggung wayang tapi kena hentam teghok oleh natizen terutamanya oghang Melayu sendiri Normal lah tu ghamai tak mudah tengok bangsa send... | |
myartis.com Posted: 23 Sep 2016 01:50 AM PDT 4 GAMBAR - ADIRA & 'BABY BUMP' NYA Posted: 22 Sep 2016 07:42 PM PDT Gambar terkini penyanyi Adira Suhaimi yang makin nampak seri ibu mengandung. Malah 'baby bumpnya' juga makin jelas kelihatan. Kami berharap isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) dan anak di dalam kandungan sentiasa sihat dan semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar. Jom lihat! << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | 17 GAMBAR - RAGAM YUSUF ISKANDAR BERCUTI DI LONDON Posted: 22 Sep 2016 06:19 PM PDT Amboiii... seronok Yusuf Iskandar dapat bercuti ke London bersama ibu bapanya, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Tapi sayangnya, abang kepada Yusuf Iskandar, Bujibu Chempel (kucing peliharaan) tidak dapat dibawa bersama. Heh! Untuk makluman, Yusuf kini berusia 3 bulan lebih. Jom lihat si comel ni! << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | WAJAH TERKINI 'RICKY MARTIN' MALAYSIA Posted: 22 Sep 2016 05:02 PM PDT Sudah lama kita tidak mendengar khabar mengenai penyanyi yang bergelar 'Ricky Martin' Malaysia iaitu Shawn Baharin. Shawn yang pernah popular di era tahun 80-90an secara tiba-tiba menghilang kerana membawa diri ke luar negara. Terkini, Shawn akhirnya pulang semula ke Malaysia, tetapi kepulangannya itu hanya seketika sahaja. Difahamkan melalui laman sosial adiknya Anis Suraya, Shawn kini aktif menyanyi di luar negara. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
No comments:
Post a Comment