Saturday, 17 September 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 17 Sep 2016 10:34 AM PDT

KedahLanie.info


Piala Malaysia: Kedah Aibkan Negeri Sembilan 5-0

Posted: 17 Sep 2016 09:51 AM PDT

KEDAH menebus kekecewaan menjaringkan gol pada suku akhir pertama Piala Malaysia dengan membelasah Negeri Sembilan 5 - 0 di Stadium Darul Aman pada perlawanan Sabtu malam untuk melangkah separuh akhir.

Kedah yang turun dengan misi 'mahu menang' ternyata tidak membuang masa dengan melakukan serangan ke gawang pasukan pelawat.

Penyerang berpengalaman Kedah, Shane Smeltz yang dahagakan gol bertindak cemerlang dengan membuka tirai jaringan.

Gol pertama pasukan 'Hijau Kuning' dihasilkan selepas Smeltz mendapat hantaran Rizal Ghazali pada minit ke-23.

Seperti mendapat tonik tambahan daripada gol itu, Kedah terus memberi tekanan terhadap skuad Negeri Sembilan yang lebih bertahan.

Tidak lama kemudian, Kedah memperolehi jaringan kedua juga menerusi Smeltz yang mendapat hantaran Syazwan Zainon.

Gol yang dihasilkan pada minit ke-31 itu membuatkan stadium yang dipenuhi lautan hijau kuning semakin gamat.

Berselang lima minit, anak didik Tan Cheng Hoe terus mengukuh kedudukan untuk ke separuh akhir Piala Malaysia dan gol ketiga ini dihasilkan oleh Thiago Augusto.

Babak pertama ditamatkan dengan kedudukan 3-0 untuk memastikan matlamat untuk menang berjaya dicapai.

Jurang tiga gol yang diperolehi itu turut memberi pilihan kepada Cheng Hoe untuk melakukan pertukaran dengan mengeluarhan Smeltz dan memberi peluang kepada pemain muda seperti Farhan Roslan.

Empat minit babak kedua bersambung, kesebelasan utama Kedah terus membuktikan bisanya sebagai finalis Piala Malaysia musim lalu dengan menjaringkan gol keempat.

Gol itu dijaringkan oleh Augusto untuk turut sama merekodkan dua gol seperti Smeltz pada perlawanan berkenaan.Ketika pasukan pelawat seakan tidak mampu mendekatkan jurang jaringan, Liridon Krasnqi pula menjadikan kedudukan 5-0 ketka menyempurnakan sepakan percuma.

Dengan jaringan itu, Kedah yang menjadi pilihan untuk ke separuh akhir berjaya mengesahkan kedudukannya.

Mat Sabu sedia lepas jawatan Presiden Amanah dan serah kepada Husam

Posted: 17 Sep 2016 06:58 AM PDT

KOTA BHARU: Selepas setahun Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan, presidennya Mohamed Sabu sedia melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu menegaskan beliau menyerahkan isu tersebut kepada Ahli Jawatankuasa dan ahli Amanah untuk memutuskan perkara berkenaan.

Ujar beliau, perkara tersebut akan dibincangkan dalam Kongres Agong Amanah yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Itu serah kepada mesyuarat agong kitalah, kongres agung, pemilihan setiap tahun ada.

"Bila masa pun boleh, saya bersedia; saya tak ada masalah untuk serahkan kepada sesiapa yang dipilih dalam perhimpunan penuh parti," katanya kepada Astro AWANI.

Mohamad juga enggan mengulas pendapat yang mengatakan penyertaan Husam ke Amanah tidak memberi implikasi besar.

Sementara itu Mohamed juga tidak menolak pendapat sesetengah pihak yang mengatakan golongan muda lebih cenderung menyertai parti baharu seperti Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Anak muda ni saya rasa yang tak berparti akan pilih yang baharu, sama ada Amanah atau Bersatu," katanya lagi.

Beliau menjelaskan Amanah kini giat mendaftarkan ahli baharu di seluruh negara dan setakat ini lebih 50 ribu telah mendaftar untuk menganggotai parti itu.

DAP kesal, sifatkan kenyataan Jeff Ooi tidak sensitif

Posted: 17 Sep 2016 05:49 AM PDT

17 September 2016

KUALA LUMPUR, 17 SEP: DAP menyatakan rasa kesal dengan kenyataan tidak sensitif Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kembalinya ke rahmatullah Mursyidul-Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya turut melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluarga yang tersinggung dengan kenyatan Jeff di laman sosial Twitter lewat petang semalam.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Saudara Jeff telah mamadamkan perkongsian Twitter terbabit.

“DAP turut mengucapkan takziah dan simpati atas kesedihan yang ditanggung ahli keluarga serta rakan-rakannya,” ujar Ahli Parlimen Bagan itu.

Katanya meski sering berbeza pendapat dalam banyak hal politik, DAP yakin dan percaya bahawa Allahyarham telah menyumbang kepada agama Islam.

“Sekali lagi saya menitipkan belasungkawa buat Allahyarham sekeluarga bagi pihak seluruh keluarga besar DAP, dan berharap agar rohnya ditempatkan bersama para orang soleh.”

Guan Eng turut menegaskan bahawa tweet Jeff Ooi itu tidak mewakili pendirian parti. – Roketkini.com

Ahmad Yakob pangku jawatan mursyidul am PAS

Posted: 17 Sep 2016 03:10 AM PDT

Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan memangku jawatan Mursyidul Am parti itu selepas pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kepimpinan tertinggi parti akan bermesyuarat bagi menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu.

"Sebelum ini ketika almarhum (Haron) uzur, tugas itu memang sudah dipikul oleh timbalan dan tidak menjadi masalah.

"Pengantinya akan ditentukan dalam mesyuarat dan kita akan mengikut Perlembagaan parti bagi menentukan siapa penggantinya," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Rang Undang-Undang (RUU) 355 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu malam tadi.

Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am PAS pada Mac tahun lepas bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Februari 2015 akibat kanser prostat.

Antara solat Dhuha yang SUNAT dan Amanah kerja yang WAJIB

Posted: 16 Sep 2016 04:12 PM PDT

MENIPU SISTER BUKAN ISLAM

Ketika menunggu no giliran dipanggil di satu pejabat,saya lihat  dikaunter tempat saya menunggu tiada pegawai,lalu saya bertanya kaunter penyambut pelanggan.Kata pegawai disitu,"Encik tunggu sekejap,dia pi solat dhuha kot."Saya tak membalas,tetapi dlm menunggu pegawai tersebut,saya teringat beberapa perkara yg teringin saya kongsi dg anda untuk memikirkan

Perlu diketahui bahwa hukum asal solat sunnah adalah di rumah. Hal ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

أَفْضَلُ صَلاَةِ المَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ المَكْتُوْبَة
”Sebaik-baik solat seseorang adalah di rumahnya kecuali shalat wajib.”  (HR. Bukhari dan Muslim)

Memang solat dhuha besar ganjarannya tetapi tarafnya tetap sunat,tidak dapat mengatasi yg wajib.Bila kita berada dirumah, rebutlah untuk bersolat sunat dhuha.Bila kira memilih untuk bekerja dg pihak lain, kerajaan atau swasta, bermakna kita telah mengikat janji dg pihak itu, hukumnya wajib tunai sepenuhnya, maka sebesar mana kerja sunat waktu itu tidak boleh mengatasi ananah dan janji yg diikat. Mungkin sebab itulah nabi menyebut solat sunat itu sebaiknya dirumah sendiri.

Fatwa Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhut ‘Ilmiyyah wal Ifta’ no. 19285, 23/423 yg dipengerusikan oleh Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz menyebut,

"Tidak selayaknya bagi seorang pegawai melalaikan pekerjaan dari tugas yg diamanahkan yang hukumnya lebih wajib dari sekedar melaksanakan solat sunnah. Solat Dhuha sudah diketahui adalah solat sunnah. Oleh yg demikian, hendaklah seorang pegawai tidak meninggalkan pekerjaan yang jelas lebih wajib dengan alasan ingin melaksanakan amalan sunnah. Mungkin pegawai tersebut boleh melaksanakan solat Dhuha di rumahnya atau sebelum masuk waktu bertugas, iaitu setelah matahari setinggi tombak. Waktunya kira-kira 15 minit setelah matahari terbit.” Demikian Fatwa Al Lajnah Ad Da-imah no. 19285.[20]

Fikirkan hal ini,antara wajib patuh pada amanah tugas dg hanya satu amalan sunat.Mungkin jika ada waktu rehat yg rasmi,yg dibenarkan, gunakanlah utk solat sunat kerana waktu rehat itu hak kita.

Atau jika nak juga solat sunat,anda perlu minta izin pegawai diatas anda, utk mengharuskannya. Ini bukan soal "alaaah! Dua tiga minit saja."Ini soal antara wajib dan sunat, walau seminit diambil untuk kepentingan diri dari tugas,ia tetap tidak amanah dan mencemar rezeki.

Sehubungan ini juga, saya pernah ditanya oleh seorang sister bukan Islam disatu hospital,berapa lama waktu yg diambil untuk solat kerana misinya yg pergi bersolat agak lama.Imi satu hal, menjadikan alasan solat untuk curi tulang,dan memburukkan agama.

Lebih teruk bila sister itu bertanya bolehkan seorang perempuan yg haid bersolat sebab dia berkata ada misinya yg belum kahwin,minta pergi solat sepanjang bulan,tak ada cuti.

Katanya,"Cikgu, bukankah orang perempuan Islam ada cuti dari semayang dalam satu bulan bila period?". Ini satu lagi dosa mengguna agama untuk diri sendiri, yg ditipu orang bukan Islam, yg jadi mangsa, agama Islamnya, tetapi ingat Allah tentu melihat dg kemurkaannya.

Janganlah guna agama untuk kepentingan diri, walaupun buat perkara sunat dg meninggalkan yg wajib,bersolat sunat ketika tugas. Jangan jdkan agama sebagai alasan utk kepentingan diri,pergi solat untuk curi rehat,tak boleh solat, memberi alasan pergi bersolat, mencuri waktu kerja untuk baca quran hingga ada tugas ditangguh dsbnya.

Saya tahu banyak orang akan cerita alasannya, akan komen gitu gini, tanya saya itu ini utk mengharuskan tindakannya. Cukuplah berpegang dg yg sunat sekali-kali tidak dapat mengatasi yg wajib.

Hanya  perkara darurat seperti berak kencing dan tidak sihat yg boleh membuka sedikit jalan keluar atau mintalah izin dari orang yg diatas dan amanahlah,namun jika anda membuat orang lain tertunggu,lebih baik tinggalkan yg sunat.

Wallahu a'lam

Copy paste fb abdghaniharon

Najib ucap takziah kepada keluarga Haron Din

Posted: 16 Sep 2016 12:39 PM PDT

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia 10.10 pagi hari ini, selepas menjalani rawatan jantung di sebuah hospital di Amerika Syarikat.

Najib di Facebook berkata Malaysia kehilangan seorang ulama yang dihormati dan banyak berjasa kepada kesejahteraan negara.

“Secara peribadi, saya dan keluarga kehilangan seorang rakan rapat dan disayangi,” tulis Najib beberapa minit selepas Haron meninggal dunia.

Presiden Umno itu menambah walaupun landasan politik mereka berbeza, mereka ingin perkara yang serupa iaitu negara Islam yang makmur.

“Semoga roh Allahyarham Haron Din dikurniakan husnul khotimah dan ditempatkan di Al-Jannah bersama para syuhada. Al-Fatihah.”

DAP : Belasungkawa Allahyarham Dato’ Dr Haron Din

Posted: 16 Sep 2016 11:31 AM PDT

DAP menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Dr Haron Din atas pemergian Allahyarham pagi ini.

Walaupun ada kalanya berbeza pendapat dari segi politik, DAP mengiktiraf peranan Allahyarham sebagai tokoh penting dalam medan politik dan dakwah negara.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Lim Kit Siang

OhDunia.My

Posted: 17 Sep 2016 08:16 AM PDT

OhDunia.My


Gambar Raksasa Tasik Loch Ness Munculkan Dirinya Sekali Lagi

Posted: 17 Sep 2016 06:02 AM PDT

Seorang pekerja di gudang wiski secara tidak sengaja berjaya menangkap gambar raksasa tasik Loch Ness yang turut digelar 'nessie' lapor Perkhidmatan Berita South West (SWNS).


Gambar Raksasa Tasik Loch Ness Munculkan Dirinya Sekali Lagi

Baca selengkapnya

Padah Muatnaik Video Sekatan Jalan Polis Dengan Kapsyen ‘Polis Celaka’

Posted: 17 Sep 2016 05:24 AM PDT

Sudahlah membuat rakaman video tugas polis melakukan sekatan jalan raya tanpa kebenaran, selepas itu dimuat naik pula di aplikasi WeChat dengan tajuk menghina pihak berkuasa.


Padah Muatnaik Video Sekatan Jalan Polis Dengan Kapsyen 'Polis Celaka'

Baca selengkapnya

myartis.com

Posted: 17 Sep 2016 02:06 AM PDT

myartis.com


LEPAS DIUGUT BUNUH - RUMAH REMY ISHAK KENA SERBU

Posted: 16 Sep 2016 07:50 PM PDT



Pelakon Remy Ishak menerusi twitternya telah memuatnaik gambar kediamannya yang telah menjadi sasaran apabila pihak polis menyerbu rumah beliau di Serdang kira-kira jam 1 pagi semalam setelah menerima aduan terdapat kegiatan dadah.

Remy yang pernah menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan itu percaya dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh sebelum ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

FITRI AF2 SELAMAT BERGELAR SUAMI

Posted: 16 Sep 2016 05:38 PM PDT



Khabarnya, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-2, Fitri Zainal, 37, telahpun bergelar suami apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Nurul Azman, 30, pagi semalam dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan manakala acara resepsi pula bakal berlangsung hari ini. Kedua-dua majlis diadakan di Kuantan, Pahang.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

56 GAMBAR - SUASANA MAJLIS RESEPSI SAHARUL RIDZWAN & DEENA EMIR

Posted: 16 Sep 2016 04:32 PM PDT



Jika pagi semalam telah berlangsung majlis akad nikah, kali ini pada waktu petang pula pasangan Saharul Ridzwan dan Deena Emir diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu telah dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat serta rakan-rakan artis.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

3 GAMBAR - BIRTHDAY PERTAMA YAHAIRA LEANNE

Posted: 16 Sep 2016 03:13 PM PDT



Pejam celik... usia anak Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim, Yahaira Leanne sudah genap setahun pada jam 11.44 malam kelmarin (15 September)

Meraikan ulang tahun kelahiran Yahaira, Lisa dan Yusry menganggap kehadiran anak perempuan mereka bukan sekadar membawa rahmat, sebaliknya mengajar masing-masing pelbagai perkara baharu sebagai ibu bapa.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 17 Sep 2016 01:57 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Cara Mengesan Viruih Tanpa Menggunakan Perisian Antiviruih Di Komputer

Posted: 16 Sep 2016 10:02 PM PDT


Komputer hampa selului kena ambush Viruih walaupun dah di lindungi dengan Antivirus konfem ianya sangat menjengkelkan Bagi hampa yang ingin mengetahui sama ada wujudnya viruih atau tak di kompute...

Cheq Lebih Selesa Pilih Lelaki Matang

Posted: 16 Sep 2016 08:44 PM PDT


Mengakui dirinya masih dok berstatuih single Nelydia Senrose tak mau kehidupan cintanya lebih mendapat perhatian umum berbandin dengan kerjaya didalam bidang seni Sekaliguih kegagalan hubungan c...

Selepaih Diugut Bunuh Rumah Remy Ishak Diserbu

Posted: 16 Sep 2016 08:42 PM PDT


tak cukup menerima ugutan bunuh oleh soghang pompuan berstatuih kenamaan la nih kediaman Remy Ishak pulak menjadi sasaran apabila pihak polih menyerbu rumah beliau di Serdang kira kira jam 1 pagi ...

Apa Tu Buta Warna Dan Jenih Jenihnya

Posted: 16 Sep 2016 07:02 PM PDT


Buta warna adalah adalah ketidakmampuan seseoghang kenai warna dengan cara biasa sama ada satu atau pun semua warna Penyebab buta warna adalah kurangnya atau tak adanya pigmen pada sel di lapisan...

Jenazah Tuan Guru Dato Dr Haron Din Di Semadikan Di California

Posted: 16 Sep 2016 08:02 AM PDT


walaupun PM dan TPM menawaqkan jet untuk membawa pulang jenazah tapi keluarga berpegang kepada wasiat kebumikan tang mana dia menghembuihkan napaih terakhiaq Seperkara lagi tak melengahkan pengke...

Google Dan Mns Berkongsi Ceghita Disebalik Rakaman Street View Untuk Gunung Tahan

Posted: 16 Sep 2016 07:22 AM PDT


Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ghamai dok kata ghamai sebagai gunung yang lebih mencabaq untuk didaki berbandin dengan pelbagai gunung lain di Malaysia Terki...

Tang Mana Salah Fahaman Wahabi

Posted: 16 Sep 2016 07:02 AM PDT


Realiti masa la nih membuktikan bahawa fahaman Wahabi dah mendapat tempat di kelompok depa yang dok ada dalam pelbagai lapisan dan latarbelakang Apa Dan awat Wahabi Apakah fahaman Wahabi Jawapann...

Di Sekitaq Majlih Akikah Anak Fad Bocey Isteri

Posted: 16 Sep 2016 05:42 AM PDT


Beberapa hari lepaih telah berlangsungnya sebuah majlih akikah buat anak kembaq Fad Bocey dan jugak isterinya Syaheera Rahman yang diadakan dalam satu majlih yang cukup sederhana tapi meriah B...

16 Syarikat Genius Dari Malaysia Mai Ke Tokyo Game Show 2016

Posted: 16 Sep 2016 04:22 AM PDT


Sebenaqnya banyak bakat genius tempatan yang berdaya sain dan berjaya menempa nama di pasaran antarabangsa namun barangkali kughang dikenali di beberapa pasaran tertentu Dalam membawakan depa ke...

Ayat Ayat Hitam Dalam Kitab Talmud Yahudi

Posted: 16 Sep 2016 04:02 AM PDT


Talmud merupakan kitab suci Zionis Yahudi di seluruh dunia dan semua tindak tanduk Zionis Israel adalah merujuk kepada ayat ayat Talmudisme Texe Marrs soghang penyiasat bebaih Amerika Syarikat ya...

Kerap Kelai Buat Kami Lebih Serasi Shah Iskandaq

Posted: 16 Sep 2016 02:46 AM PDT


Setelah sembilan bulan mendirikan rumah tangga pelakon Shah Iskandaq menjelaihkan bahawa kehidupannya la nih semakin gembira selain turut menjadi lebih teratoq lebih lebih lagi la nih dia diuruihk...

Safiey Ilias Cari Pembimbin Untuk Tunai Umrah

Posted: 16 Sep 2016 02:44 AM PDT


Selepaih membuat pengakuan untuk kembali kepada penampilan mak nyah baghu baghu ni Safiey Ilias la nih ingin mencari soghang pengendali haji atau Mutawif untuk membimbin beliau yang bakai menunaik...

Rahmat Doa Allahyarham Cheq Dapat Naik Haji

Posted: 16 Sep 2016 02:42 AM PDT


Kehilangan Mursyidoi Am PAS Datuk Dr Haron Din pada hari ni sungguh baq hang memberikan kesan kepada setiap oghang tak ketinggalan Neelofa turut melampiaskan ghasa sayunya terhadap pemergian al...

ROTIKAYA

Posted: 16 Sep 2016 08:10 PM PDT

ROTIKAYA


“Saya Lebih Selesa Pilih Lelaki Matang”

Posted: 16 Sep 2016 07:30 PM PDT

Mengakui dirinya masih berstatus solo, Nelydia Senrose tidak mahu kehidupan cintanya lebih mendapat perhatian umum berbanding dengan kerjaya didalam bidang seni. Sekaligus kegagalan hubungan cinta lalu membuatkan beliau kini lebih selesa memilih lelaki yang matang untuk bercinta walaupun dirinya masih belum bersedia untuk kembali memikirkan soal cinta.

BACA: Nelydia Senrose Teruja Kembali Bersama Sharnaaz Ahmad

“Saya belajar daripada pengalaman lalu. Dahulu saya begitu terbuka berkongsi tentang apa saja, termasuk perancangan masa depan. Selepas apa yang berlaku rasanya lebih baik saya meyimpan segala perancangan untuk diri sendiri. Saya akan berkongsi apabila segalanya sudah pasti. Mungkin itu juga faktor membuatkan saya lebih selesa memilih lelaki matang”

“Saya tidak terlalu pemilih atau menetapkan kriteria tertentu kerana bimbang diri merana jika tidak menemui lelaki yang dicari. Kita tidak tahu siapa jodoh kita, lebih baik saya berkawan dulu kerana dari situ akan terbit keserasian seterusnya membawa hubungan ke peringkat lebih serius. Untuk sementara waktu saya belum ada pengganti,” katanya kepada Berita Harian Plus.

Selain itu, Nelydia juga mengakui hakikat bahawa kebanyakkan lelaki sebayanya keberatan untuk mendekati dirinya oleh kerana kerjaya yang dimilikinya kini sebagai pelakon. Namun bagaimanpun, Nelydia tidak mahu terburu-buru ingin menamatkan zaman bujangnya malah beliau juga tidak pernah meletakkan sebarang sasaran usia untuk mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Nelydia dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta bersama dengan pelakon, Qi Razali sejak tahun 2014, namun hubungan itu hanya berkahir di pertengahan jalan. Bagaimanapun, bagi Nelydia dirinya tidak pernah menutup pintu hatinya kerana kekecewaan lalu namun buat masa ini beliau lebih selesa hidup bersendirian dan tidak meletakkan cinta sebagai keutamaan. (rkty/w)

Selepas Diugut Bunuh, Rumah Remy Ishak Diserbu

Posted: 16 Sep 2016 06:52 PM PDT

Tidak cukup menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan, kini kediaman Remy Ishak pula menjadi sasaran apabila pihak polis menyerbu rumah beliau di Serdang kira-kira jam 1 pagi semalam, setelah menerima aduan terdapat kegiatan dadah. Malah Remy percaya dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh sebelum ini.

BACA: Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh Oleh Wanita VIP

"Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ. Pihak polis juga sedia maklum bahawa keselamatan saya dan keluarga sekarang berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan”

“Saya tidak mahu mengulas panjang dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera. Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah dipecah masuk. Malah, saya juga menerima ugutan bunuh. Keselamatan saya kini di tahap yang membimbangkan,” katanya kepada Utusan Online sambil merahsiakan lokasi beliau berada kini atas isu keselamatan.

Sementara itu, Remy turut meluahkan rasa terkilan apabila polis menyerbu rumahnya tanpa memperkenalkan diri sehingga memaksa beliau bercakap dengan polis menerusi telefon untuk kepastian. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminuddin Megat Alias memberitahu, tiada sebarang unsur jenayah ditemui ketika serbuan.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat oleh Remy selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki yang juga merupakan orang suruhan seorang wanita berstatus VIP. Ugutan itu dipercayai berlaku kerana keengganan pelakon itu untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan berasal dari sebuah negeri pantai timur walaupun ajakan itu ditolak dengan baik. (rkty/w)

1-selepas-diugut-bunuh-rumah-remy-ishak-diserbu-jpeg 2-selepas-diugut-bunuh-rumah-remy-ishak-diserbu-jpeg 3-selepas-diugut-bunuh-rumah-remy-ishak-diserbu-jpeg 5-selepas-diugut-bunuh-rumah-remy-ishak-diserbu-jpeg 6-selepas-diugut-bunuh-rumah-remy-ishak-diserbu-jpeg 7-selepas-diugut-bunuh-rumah-remy-ishak-diserbu-jpeg

Di Sekitar Majlis Akikah Anak Fad Bocey & Isteri

Posted: 16 Sep 2016 02:58 AM PDT

Beberapa hari lepas, telah berlangsungnya sebuah majlis akikah buat anak kembar Fad Bocey dan juga isterinya, Syaheera Rahman yang diadakan dalam satu majlis yang cukup sederhana tetapi meriah.

BACA: Tak Mudah Uruskan Kembar, Fad Bocey Hargai Isteri

Di dalam majlis buat Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan itu, ahli keluarga serta rakan-rakan rapat pasangan ini turut hadir memeriahkan suasana.

Hayyan dan Zayyan telah dilahirkan pada 11 Disember tahun lalu di Darul Ehsan Medical Center (DEMC), Shah Alam. Gelagat kecomelan Fad dan anak kembarnya ini seringkali menjadi perhatian peminat mereka di Instagram.

Malah sebelum ini Fad juga pernah mengakui bukan mudah untuk menguruskan adik beradik kembar tersebut sekaligus membuatkan dirinya sangat menghargai isteri kerana mampu untuk melayan kerenah mereka anak beranak. (rtky/s)

10-di-sekitar-majlis-akikah-anak-fad-bocey-isteri-rotikaya 9-di-sekitar-majlis-akikah-anak-fad-bocey-isteri-rotikaya 8-di-sekitar-majlis-akikah-anak-fad-bocey-isteri-rotikaya 7-di-sekitar-majlis-akikah-anak-fad-bocey-isteri-rotikaya 5-di-sekitar-majlis-akikah-anak-fad-bocey-isteri-rotikaya 4-di-sekitar-majlis-akikah-anak-fad-bocey-isteri-rotikaya 3-di-sekitar-majlis-akikah-anak-fad-bocey-isteri-rotikaya 2-di-sekitar-majlis-akikah-anak-fad-bocey-isteri-rotikaya 1-di-sekitar-majlis-akikah-anak-fad-bocey-isteri-rotikaya

“Berkat Doa Arwah, Saya Dapat Naik Haji”

Posted: 16 Sep 2016 02:39 AM PDT

Kehilangan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada hari ini sememangnya memberikan kesan kepada setiap orang. Tidak ketinggalan Neelofa turut meluahkan rasa sayunya terhadap pemergian arwah yang dikira cukup rapat dengan keluarganya. Menerusi laman Instagram, Neelofa turut menzahirkan ucapan takziahnya buat keluarga allahyarham Haron Din.

BACA: Neelofa Sampaikan Doa Peminat Di Mekah

screen-shot-2016-09-16-at-5-26-48-pm

"Al-Fatihah. Kali terakhir bertemu arwah dan isteri, dua hari sebelum terbang ke Makkah baru-baru ni dan lepas hari raya puasa tahun ni, ini apa yang arwah katakan kepada mama 'Halim tu kena pegi Haji, bawak Neelofa sekali'. Selang beberapa minggu, segala aturan haji dibuat, berkat doa arwah saya berada di sini dan dapat selesai kerjakan ibadah haji”

"Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Diampunkan seluruh dosa-dosa dan diredhai Allah SWT. Ameen Allahumma Ameen. Ucapan setinggi-tinggi takziah buat seluruh ahli keluarga Tuan Guru Dato Ustaz Harun Din Al Hafiz semoga tabah hadapi saat kesedihan ini. Kami turut terasa kehilangan Ulama Besar kita,” tulisnya.

Selain itu, sekeping gambar Neelofa bersama ibunya serta arwah turut dimuat naik bersama ucapan takziah. Melalui posting itu juga ramai yang membanjiri ruangan komen pengacara itu yang pada ketika ini sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah dengan turut memberikan ucapan takziah kepada arwah sekeluarga serta sedih dengan permergiannya. (rkty/w)

screen-shot-2016-09-16-at-5-35-02-pm screen-shot-2016-09-16-at-5-35-10-pm screen-shot-2016-09-16-at-5-35-18-pm screen-shot-2016-09-16-at-5-35-26-pm screen-shot-2016-09-16-at-5-35-35-pm screen-shot-2016-09-16-at-5-35-43-pm

Safiey Ilias Cari Pembimbing Untuk Tunai Umrah

Posted: 16 Sep 2016 01:49 AM PDT

Selepas membuat pengakuan untuk kembali kepada penampilan mak nyah baru-baru ini, Safiey Ilias kini ingin mencari seorang pengendali haji atau Mutawif untuk membimbing beliau yang bakal menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi. Pada masa yang sama, Safiey turut meletakkan syarat mahukan pengendali haji yang memahami perasaan mak nyah sepertinya.

BACA: Safiey Ilias Akui Kembali Jadi Mak Nyah

screen-shot-2016-09-16-at-4-11-04-pm

"Salam semua, siapa dekat sini boleh jadi mutawif atau ada nak cadangkan kawan yang pandai untuk bimbing saya sekeluarga ke umrah bulan 12 ini. Hendak yang peramah, arif, berpengalaman dan memahami jiwa mak nyah sensitif serta budak-budak yang bising ini”

“Senang cerita jenis yang mesra alam dan peramah. Tak nak yang mudah terasa sebab saya jenis cakap lepas,” tulisnya di laman Facebook mengenai kriteria pengendali haji yang ingin dicari untuk membimbing urusan ibadah umrah beliau sekeluarga pada bulan Disember ini.

Posting yang dimuat naik di laman Facebook miliknya itu menerima respon yang positif daripada orang ramai yang ingin membantunya untuk kembali ke pangkal jalan. Malah beberapa pengendali haji turut meninggalkan komen di laman sosial beliau, mencadangkan beberapa nama pengendali haji yang dapat memenuhi permintaan serta syarat yang diberikan oleh Safiey .

Terdahulu, Safiey pernah menggemparkan seluruh negara apabila beliau ingin menjadi pondan semula setelah berhijrah untuk menjadi lelaki pada Disember tahun lalu. Kononnya kerana sudah penat berkelakuan baik tetapi masih dikritik, Safiey nekad berubah menjadi pondan kembali selain memohon maaf kepada semua peminat diatas keputusannya itu. (rkty/w)

2-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg 3-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg 4-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg 5-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg 6-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg 7-safiey-ilias-cari-pembimbing-untuk-tunai-umrah-jpeg

“Kerap Gaduh Buat Kami Lebih Serasi” – Shah Iskandar

Posted: 16 Sep 2016 12:45 AM PDT

Setelah sembilan bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Shah Iskandar menjelaskan bahawa kehidupannya kini semakin bahagia selain turut menjadi lebih teratur lebih-lebih lagi kini dia diuruskan sendiri oleh isterinya.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Shah Iskandar & Isteri

“Alhamdulillah, kehidupan saya dan isteri semakin dilimpahi rasa bahagia. Bagaimanapun, saya akui adakalanya kami bertegang leher kerana kedua-duanya mempunyai pandangan tersendiri”

“Kami sering bergaduh walaupun hanya untuk perkara kecil. Namun jangan salah faham, pergaduhan kami bukanlah serius kerana pada saya, ia akhirnya membawa kepada perkara yang lebih produktif. Pendek kata kami bergaduh untuk mencari keserasian,” kongsinya kepada Kosmo!.

Tambah Shah Iskandar, buat masa ini isterinya juga banyak mempelajari tentang bagaimana untuk menjadi pembantu peribadinya selain menjelaskan bahawa mereka belum lagi dikurniakan rezeki cahaya mata. (rtky/s)

7-kerap-gaduh-buat-kami-lebih-serasi-rotikaya 6-kerap-gaduh-buat-kami-lebih-serasi-rotikaya 5-kerap-gaduh-buat-kami-lebih-serasi-rotikaya 4-kerap-gaduh-buat-kami-lebih-serasi-rotikaya 3-kerap-gaduh-buat-kami-lebih-serasi-rotikaya 1-kerap-gaduh-buat-kami-lebih-serasi-rotikaya

No comments:

Post a Comment