Tidak mahu isu gambar bogel yang didakwa adalah dirinya terus berpanjangan, Atikah Suhaime hari ini melalui satu majlis pratonton filem menafikan sekerasnya tuduhan itu. Malah katanya lagi, beliau sendiri tidak melihat langsung gambar bogel terbabit yang turut dikaitkan dengan seorang lagi pelakon lelaki, Idris Khan juga berada di dalam gambar bogel yang telah tersebar itu.
“Itu bukan saya. Saya langsung tidak tengok gambar berkenaan. Hanya ibu saya yang melihat gambar itu. Dia juga menasihatkan saya supaya bersabar. Saya tidak boleh bercakap banyak, semuanya akan diuruskan oleh syarikat pengurusan termasuk mencari dalang di sebalik penyebaran gambar itu serta membuat laporan polis,” katanya kepada Berita Harian Online.
Kontroversi ini bukanlah kali pertama berlaku kepada Atikah, tahun lalu juga isu sama turut melanda pelakon ini apabila dirinya didakwa mempunyai video lucah bersama dua pelakon lelaki, Idris Khan dan Ammar Alfian. Bagaimanapun semua pelakon terbabit menafikan tuduhan berkenaan dan meminta bukti kesahihan bagi mengesahkan kejadian itu berlaku.
Namun kali ini pula berbeza sedikit, sehari sebelum umat Islam bakal menyambut perayaan Aidiladha, sekeping gambar bogel menunjukkan wajah seakan Atikah dan Idris sedang berpelukan tersebar meluas di media sosial. Tanpa cepat melatah untuk kontroversi kali kedua, masing-masing memilih untuk mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang komen mengenainya isu itu. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
11 tips dan langkah penting yang anda wajib tahu jika mahu bercuti ke Thailand dengan kenderaan sendiri! Ramai yang berkongsi gambar dan pengalaman mereka bercuti ke Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri seperti motor dan kereta. Dengan berkenderaan sendiri sudah tentu lebih mudah untuk jalan-jalan dan membeli belah. Sudah tentu ramai juga yang berminat untuk membuat […]
Salam 1 Malaysia. Tahun 2016 kini sudah makin berakhir. Kini bakal berada di tahun 2017 kira-kira 3 bulan sahaja lagi. Bagaimana dengan perancangan cuti, percutian ataupun bercuti sakan bagi tahun 2017? Adakah anda sudah siap sedia? Setakat ini ammboi belum dapat lagi Takwim Cuti Sekolah 2017. Mungkin perlu ambil sedikit masa lagi untuk terbitkannya. Namun […]
KEMENANGAN selesa menjadi misi utama skuad Kedah apabila menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, di sini pada 30 September ini.
Pengendali skuad itu, Tan Cheng Hoe berkata, anak buahnya perlu fokus untuk memperoleh bekalan gol selesa di tempat sendiri sebelum pertemuan kedua di gelanggang lawan, bagi memastikan kemaraan ke final buat kali kedua berturut-turut.
Namun jurulatih berkenaan tidak mahu pemainnya terlalu yakin dalam perlawanan di tempat sendiri itu kerana ia hanya akan menyulitkan keadaan.
"Kami tidak boleh memandang rendah terhadap PDRM yang sebelum ini berjaya menyingkirkan Kelantan di suku akhir serta menewaskan beberapa pasukan kuat seperti JDT (Johor Darul Ta'zim) dan Perak.
"Kita perlu bermain seperti biasa pada perlawanan itu nanti dan mengekalkan strategi dan corak permainan sama ketika menewaskan Negeri Sembilan.
"Seperti kita ketahui, kualiti jentera serangan dan barisan pertahanan PDRM amat baik dan pemain Kedah perlu fokus serta bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Kedah mara ke separuh akhir selepas menundukkan Negeri Sembilan dengan agregat 5-0.
Pada masa sama, Cheng Hoe juga mahu pasukannya memastikan kemenangan apabila bertemu Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini bagi mengukuhkan kedudukan di Liga Super.
Kedah kini mengumpul 34 mata dan berada pada kedudukan ketiga di belakang juara liga, JDT (52 mata) dan Felda (42).
"Tempoh yang ada selepas perlawanan Liga Super dengan Terengganu ini juga cukup bagi memastikan pemain mendapat rehat secukupnya sebelum menentang PDRM," katanya. - Bernama
Tidak dapat dielakkan bahawa PAS akan 'tempang' tanpa Dato Harun Din. Mahu tak mahu kepimpinan PAS terpaksa mengakui keadaan ini. Ini bukan soal 'patah tumbuh hilang berganti'. Tidak ada siapa dalam barisan kepimpinan PAS kini yang dapat menggantikan peranan yang dimainkan oleh Dato Harun Din. Ini merupakan cakap-cakap yang berlegar dikalangan ahli PAS kini.
Pemergian TG Nik Aziz dirasakan kehilangannya oleh ahli PAS tetapi ada 'lapik-liang'nya ia itu Dato Harun Din. Antara kedua-dua tokoh yang telah meninggalkan kita ini, tidak banyak perbezaan antara satu dengan yang lain, malah boleh bertukar ganti antara satu dengan yang lain. Tetapi pemergian Dato Harun Din tidak ada penggantinya. Dato Ahmad Yaakub yang kini memangku tugas berkenaan ibarat 'jauh panggang dari api'.
Ramai yang mengatakan tidak ada tokoh yang boleh menggantikan Dato Harun Din yang disegani oleh pihak kawan dan lawan. Dan kesan daripada pemergian tokoh yang disayangi ini ialah akan kelihatan penghijrahan beramai-ramai ahli PAS keluar daripada parti berkenaan. Apatah lagi apabila Amanah sudah sedia menunggu kedatangan golongan 'imigran' yang semacam menunggu masa dan ketika untuk 'berhijrah'.
Tidak ada kuasa yang dapat menahan fenomena berkenaan kecuali menyediakan seberapa banyak 'dedak' sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO untuk menyekat ahlinya meninggalkan parti berkenaan secara beramai-ramai. Dapatkah kepimpinan PAS melakukan apa yang dilakukan oleh UMNO. Ini persoalan yang perlu difikirkan oleh kepimpinan PAS.
Persoalan yang dihadapi oleh PAS kini adalah juga merupakan persoalan 'pull' and 'push factor'. Pemergian Dato Harun Din adalah antara 'push factor' yang menolak ahli PAS meninggalkan parti berkenaan, yang mana ramai yang merasakan bahawa kepimpinan PAS kini tidak diyakini oleh kebanyakan ahli untuk membawa perjuangan PAS menempuh Kurun ke 21.
Ramai yang merasakan bahawa kepimpinan PAS kini adalah merupakan kepimpinan 'cara lama', cara lapuk. Ini disuarakan oleh golongan muda yang mahukan satu perubahan drastik, satu perubahan kepimpinan mengikut arus zaman. PAS sepatutnya mengorak langkah dan kreatif dalam melayarkan 'bahtera' PAS mengikut acuan Kurun ke 21. Apa yang telah dilakukan oleh TG Nik Aziz dulu, ia itu dengan mengembelingkan tenaga professional dan ulamak adalah merupakan acuan yang amat sesuai. Tetapi dengan kegolojohan setengah kepimpinan yang tidak dapat memikirkan tentang rentak dan gaya kepimpinan Kurun ke 21 telah menyebabkan PAS ketinggalan zaman.
Untuk menambah kekacauan dalam kepimpinan PAS, kelihatan pula 'kekacauan' dalam tindak tanduk pemimpin PAS yang sudah tidak ketahuan hala tuju parti berkenaan. Rakyat sedang 'membaca' langkah kepimpinan PAS dan sedang memerhati juga 'sepak-terajang' kepimpinan PAS.
Kepimpinan PAS kini semacam dalam keadaan 'dilemma' dan 'kacau-kena' (loghat Perak)… Agaknya ler…
KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob akan dilantik sebagai Mursyidul Am bagi menggantikan Allahyarham Datuk Haron Din.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kemungkinan itu berdasarkan amalan parti berkenaan sebelum ini.
Katanya, mengikut sejarah kekosongan jawatan tersebut akan diisi timbalannya, bagaimanapun perkara itu perlu diputuskan melalui Majlis Syura Ulama.
"Amalam ini diikuti sejak Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am, sekiranya berlaku kematian, timbalannya akan naik sebagai Mursyidul Am.
"Pun begitu, keputusannya perlu mendapat persetujuan 15 ahli (Majlis Syura Ulama) termasuk Presiden dan Timbalan Presiden Pas," katanya ketika ditemui di Mahkamah Kota Bharu, di sini, tadi.
Menurutnya, setakat ini belum ada tarikh bila-bila mesyuarat berkenaan akan diadakan dan jawatan itu kini dipangku Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan.
"Buat masa ini, tidak kedengaran nama lain untuk diangkat sebagai Mursyidul Am dan bila mesyuarat perlantikan untuk diadakan juga belum diputuskan," katanya.
Haron,76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi, Jumaat lalu (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
DAP hari ini mengenal pasti 7 kerusi negeri yang bakal dirampas kembali Barisan Nasional (BN) di Selangor sekiranya usul persempadanan semula kawasan seperti dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata berdasarkan corak pengundian pada 2013, kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang bakal dimenangi BN ialah Sabak, Hulu Kelang, Sementa, Selat Kelang, Pelabuhan Kelang, Sijangkang and Morib.
Selain itu, BN berpeluang menang di sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN lagi disebabkan majoriti kemenangan ditipiskan oleh penyusunan semula SPR itu.
"Dengan manipulasi terbuka dan kempen agresif menggunakan retorik kaum dan agama, kemungkinan Selangor jatuh ke tangan BN adalah sesuatu yang nyata," kata ahi Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, DAP Selangor akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini membincangkan langkah SPR itu, yang turut dikecam parti pembangkang lain kerana dilihat mengubah pemetaan kawasan pilihan raya bagi memberi kelebihan kepada BN.
BN di Selangor tewas pada pilihan raya umum 2008 dan sekali lagi gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia itu pada 2013, dengan hanya menerima 12 kerusi diwakili Umno. PRU akan datang perlu diadakan pada 2018.
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini mempersoalkan persempadanan semula itu dan mendakwa bilangan pengundi ramai di kerusi yang disandangnya merupakan usaha mencuri keputusan pilihan raya umum depan, kerana ia akan mengakibatkan bilangan kerusi lebih rendah di Parlimen.
Cadangan SPR itu melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.
Semalam, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor mengadakan pilihan raya negeri lebih awal supaya ia tidak perlu memakai peta pilihan raya baharu dicadangkan SPR.
Cadangan itu bagaimanapun tidak dipersetujui Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali, yang berkata kerajaan Selangor sedang meneliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum membuat sebarang bantahan.
Menurut Pua, persempadanan semula SPR bukan sesuatu yang memeranjatkan di sebalik sokongan semakin lemah terhadap Datuk Seri Najib Razak susulan isu 1MDB.
Katanya, SPR mahu memastikan penyokong pembangkang dikumpulkan di bawah satu kawasan dengan bilangan pengundi yang amat ramai, di samping memecahkan kawasan lain kepada kerusi kecil bagi memberikan kemenangan dan bilangan kerusi lebih banyak kepada BN.
ULASAN l Adakah Malaysia sudah menjadi negara polis apabila pihak polis tidak boleh ditegur sehingga Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan angkuhnya memberi amaran kepada Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, supaya tutup mulut hanya kerana bertanya mengapa siasatan lambat dibuat?
Tindakan IGP memberi amaran terhadap Teo, semata-mata kerana wakil rakyat tersebut mendesak polis menjalankan siasatan segera berhubung satu dakwaan ugutan terhadap pemimpin BERSIH 2.0, membuktikan kebebasan bersuara yang sudah pun terhad di Malaysia kini semakin terhakis.
Teo hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen yang menuntut keadilan dilaksanakan berikutan ugutan oleh ketua kumpulan Baju Merah, Mohd Ali Baharom yang mengancam nyawa Pengerusi BERSIH 2.0. Maria Chin Abdullah.
Teo membuat kenyataan beliau kerana mendapati pihak polis belum berbuat apa-apa selepas ugutan tersebut dibuat secara terbuka.
Semata-mata menyuarakan pandangannya, Teo diberi amaran keras agar tidak mencampuri urusan polis serta tidak mempolitikkan isu tersebut.
Saya tidak faham apa yang tidak boleh dicampuri dan apa yang dikatakan dipolitikkan.
Jenayah depan mata
Ahli parlimen adalah wakil kepada rakyat dan beliau berhak bersuara. Apakah ahli parlimen hanya perlu membisu apabila melihat ugutan, ancaman dan hal-hal jenayah berlaku di depan mata?
Begitu juga dengan kes ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi, yang terlibat dalam isu tweet tentang kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din. Saya sendiri telah membuat teguran terhadap tweet Jeff Ooi sebagai tidak sensitif dan melahirkan perassan kesal kepada keluarga Allahyarham.
Namun, apabila IGP mengeluarkan kenyataan bahawa Ooi “mulut gatal” dan menuntut agar Jeff Ooi menyerah diri atau menghadapi tindakan polis, ia menggambarkan seolah-olah berlaku jenayah besar.
Apakah tweet yang “tidak sensitif” atau seorang yang “mulut gatal” sudah menjadi jenayah besar di Malaysia?
IGP juga dilaporkan mengatakan bahawa Ooi akan disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan sesuatu yang menimbulkan kebencian atau berniat jahat untuk menjejaskan keharmonian.
Di samping itu, tindakan oleh IGP bersifat double-standard.
Persoalannya, mengapa tindakan polis dan layanan yang sama tidak dikenakan terhadap ahli parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad?
Apa yang Nawawi lakukan jauh lebih teruk. Nawawi telah mengaitkan identiti “Malaysian Official 1” atau MO1 yang dituduh terlibat dalam pencurian dana 1MDB oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), dengan Yang di-Pertuan Agong.
Tweet: Allah matikan Karpal
Yang di-Pertuan Agong adalah Raja dan Ketua Negara Malaysia yang tidak boleh dihina, dituduh atau dipermain-mainkan. Ia adalah jaminan Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi martabat dan peranan Seri Paduka telah dihina sebagai MO1 yang terlibat dalam skandal 1MDB.
Skandal 1MDB terjijik yang mencuri wang rakyat Malaysia sehingga kerajaan Amerika Syarikat ingin merampas aset AS$1 billion milikan pegawai 1MDB. Namun, tiada sebarang tindakan terhadap ahli parlimen Umno itu yang lebih teruk daripada “mulut gatal”!
Bukankah ini pilih kasih atau double standard?
Malah, apabila pemimpin DAP, Karpal Singh, meninggal dunia pada April 2014, bekas pemimpin PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin telah menulis tweet: “Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!”
Tetapi tidak ada sebarang tindakan dikenakan terhadap penulis tweet tersebut. Inilah yang menjadikan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia semakin tidak adil kerana berlakunya double standard yang jelas lagi terang.
LIM GUAN ENG adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan
KUALA LUMPUR: PAS tidak yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti bantahan yang akan dibuat berkaitan cadangan persempadanan semula secara adil berdasarkan prinsip asas demokrasi.
Ini kerana, menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali cadangan persempadanan ini ada agenda tertentu yang akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah, Umno BN.
Tambahnya, daripada pandangan awal berdasarkan kajian dan gambaran umum PAS akan membuat bantahan kepada SPR nanti.
Mustafa berkata, perlu untuk pembangkang membuat bantahan kerana persempadanan semula ini adalah strategi untuk memberi kelebihan kepada BN berdasarkan 'track records' yang lepas.
"Sebelum ini jelas bahawa cara persempadanan ini dibuat bermatlamat untuk memberi kelebihan kepada parti yang memerintah iaitu Umno BN.
"Dan ini juga jelas berdasarkan persempadanan terakhir pada tahun 2003 bagi PRU 2004. Persempadanan waktu itu jelas dibuat untuk memberi kelebihan kepada Umno BN. Di mana negeri-negeri yang diperintah PAS maka negeri itu menjadi tumpuan untuk menafikan pembangkang mendapatkan kekuatan yang bertambah, maka waktu itu tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Kedah dan Terengganu.
"Sedangkan negeri-negeri lain ada pertambahan kerusi terutama negeri kubu kuat Umno BN yang meminta tambahan begitu besar berbanding bilangan purata pengundi, ini bertujuan untuk menafikan peluang PAS menang," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Beliau turut memberi contoh di Terengganu, Dun Manir yang menjadi kubu kuat PAS sukar dikalahkan oleh BN tetapi selepas persempadanan, peti undi Teluk Pasu yang PAS hanya menang 100 undi lebih dimasukkan ke kawasan Manir.
"Kemungkinan Teluk Pasu akan kalah dengan menidakkan kubu-kubu pembangkang daripada menang dengan masukkan ke kawasan lain, begitu juga tempat lain.
"Contoh tahun 2003, persempadanan berdasarkan PRU 1999. Perdana Menteri hampir kalah beberapa undi, setelah dibuat pemetaan baru termasuklah peti undi kem tentera dibawa ke parlimen Pekan.
"Sedangkan terlalu jauh bagi menguatkan Pekan itu sendiri. Itulah bagaimana cara dibuat untuk beri kelebihan pada parti pemerintah. Pemetaan yang tidak munasabah berdasar geografi, satu peti undi masuk ke dalam Pekan sedangkan ada parlimen yang lebih hampir," tambahnya.
Justeru katanya, ini adalah kali pertama dalam persempadanan semula sejak beberapa kali mutakhir ini tidak berlaku pertambahan kerusi tetapi persempadanan dibuat untuk membolehkan pemetaan persempadanan bagi menafikan pertambahan kekuatan pembangkang.
Tegasnya, persempadanan kali ini yang tidak ada penambahan kerusi menunjukkan mereka tidak yakin ia akan diluluskan kerana Umno BN tidak ada 2/3 majoriti di parlimen.
Bagaimanapun sebelum itu Mustafa berkata, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat sedang meneliti secara menyeluruh cadangan persempadanan semula yang baru diisytiharkan oleh SPR.
Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPPN) supaya meneliti secara terperinci kesan daripada persempadan baru yang dikemukakan itu.
"Secara menyeluruhnya kita akan melihat laporan daripada negeri-negeri pada 24 September ini yang akan dibentangkan dalam mesyuarat PAS Pusat di Pulau Pinang nanti.
"Selepas itu kita ambil segala pandangan dan analisis oleh JPPN kemudian akan dikemukakan kepada Lajnah Politik PAS pada 28 September ini untuk dimuktamadkan, dan apa bentuk tindakan yang akan dilakukan oleh PAS berkait dengan cadangan itu," katanya. - HARAKAHDAILY 20/9/2016
Pemergian murabbi ummah, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, baru-baru ini turut mendapat perhatian Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, yang telah mengucapkan takziah atas kehilangan itu di akaun peribadi beliau di laman sosial Twitter.
"Semoga Allah merahmati Sheikh Dr Haron Din, Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)," ujar beliau dalam petikan dari laman sosial Twitter itu.
"Kami bermohon kepada Allah agar mengampuninya dan mengangkat darjatnya bersama golongan yang tinggi kedudukan di sisi Allah," tambah beliau lagi.
Jenazah Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, Amerika Syarikat selepas menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Stanford di San Francisco. (http://ulamasedunia.org/)
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,900 atau penjara tiga bulan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana membuat komen bersifat jelik terhadap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, di Facebook, tahun lalu.
Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Rahim mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya melakukan kesalahan itu di pada 25 September tahun lalu.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Tabik dan tahniah kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor, Mohd Hamidi Abu Bakar yang akhirnya memutuskan keluar daripada parti itu sebagai menyahut cabaran Nazri Aziz terhadapnya.
Pada Mei lalu, Mohd Hamidi meluahkan rasa tidak senangnya terhadap penyingkiran Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal daripada UMNO dengan menyifatkan tindakan itu akan membawa bencana kepada parti.
Nazri Aziz, menteri yang selalu berwatak sombong, angkuh dan suka cakap besar sebaliknya menempelak kenyataan Mohd Hamidi itu dengan mencabarnya agar keluar meninggalkan UMNO bersama "tiga pemberontak" tersebut.
Dia boleh lihat sama ada ia boleh membawa bencana atau tidak, kata Nazri lagi.
Mohd Hamidi berkata, tindakannya keluar UMNO adalah selaras dengan cabaran Nazri sebelum ini yang seperti menghalaunya agar meninggalkan parti itu.
Untuk itu, Nazri dipersilakan untuk terus lebih angkuh dan sombong dalam kenyataan-kenyataannya. Beliau juga harus mencabar lebih ramai pemimpin yang tidak sedia jadi "pak angguk" agar meninggalkan UMNO dengan segera.
Jika Mohd Hamidi sudah menyahut cabarannya, adalah "tidak jantan" jika Nazri hanya berdiam diri atau tidak berani lagi mencabar sesiapa selepas ini. (SH 18/09/2016)
Ahmad Maslan kata isu skandal 1MDB bukan masalah besar dan tidak mencabar sepertimana beliau nak perjelaskan mengenai GST kepada keseluruhan rakyat jelata!!
Namun saya tak hairanlah kerana kenyataan ini keluar dari mulut Ahmad Maslan!! Beliau sesungguhnya amat tidak cerdik!!
*Laporan Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat (DOJ) yang telah membuktikan berbilion ringgit wang syarikat 1MDB dicuri dan disalahgunakan untuk beli hartanah mewah di California serta New York*, membeli pesawat peribadi, lukisan, berjudi, berfoya-foya dan menerbitkan filem lucah sehingga berita memalukan ini tersebar di seluruh dunia; si Ahmad Maslan kata ianya perkara kecil?!
*Hutang syarikat 1mdb dah melebihi paras RM52 bilion;* Ahmad Maslan kata bukan masalah besar?!
*Laporan PAC Parlimen mengesahkan duit 1MDB hilang RM20 bilion*; ahmad maslan kata ini bukan masalah kecil?!
Malahan *laporan Ketua Audit Negara juga mengesahkan dana syarikat 1MDB hilang RM28 bilion*; ahmad maslan anggap ini sebagai isu remeh ke?!
*Pejabat Peguam Negara Switzerland kata mereka ada bukti RM16.8 bilion telah diselewengkan dari syarikat 1MDB*; itu bukan masalah besar?!
*Luxembourgh dan Singapura kata ada bukti salahlaku penyelewengan berbilion ringgit*; Ahmad Maslan anggap ini isu tidak besar?!
*Kerana isu penyelewangan 1mdb inilah hutang negara semakin bertambah*, hartanah utama tergadai dan duit-duit tabungan rakyat diambil seperti KWAP, KWSP, Tabung Haji dan Amanahraya terpaksa diguna oleh pihak kerajaan; Ahmad Maslan kata isu 1MDB sebagai masalah kecil?!
*Disebabkan oleh kes penyelewengan 1MDB juga menyebabkan GST terpaksa diperkenalkan dan kos sara hidup rakyat meningkat*; Ahmad Maslan kata ini masalah tidak besar?!
Banyak lagi keburukan yang telah memudaratkan negara disebabkan oleh isu skandal 1MDB ini Ahmad Maslan kata ini bukan masalah besar membawa erti kepada keseluruhan rakyat Malaysia bahawa Ahmad Maslan ini memang bangang, bodoh, sewel serta tidak waras!!
*DATO SRI KHAIRUDDIN ABU HASSAN* 19 Sept 2016
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Keputusan Uqasha Senrose untuk membuka hijab bukan sahaja menerima pelbagai kritikan daripada netizen tetapi beberapa ahli agama juga.
Malah, pelakon Mia Ahmad yang merupakan teman rapat Uqasha juga kurang setuju dengan tindakan berkenaan. Namun, sebagai rakan beliau tetap memberikan sokongan moral buat Uqasha yang setiap hari menerima kecaman yang agak hebat daripada setiap sudut.
Selepas isu buka tudung, saya juga ada menghubungi Uqasha. Sejujurnya, saya tidak menyokong apa yang dia buat. Cuma sebagai seorang rakan, saya mahu dia kuat, terutama apabila berhadapan dengan komen-komen segelintir peminat yang 'maha dahsyat' pedihnya.
Kita manusia biasa. Masing-masing ada buat silap. Seperti Fathia Latiff dan Elfira Loy, kami bersependapat yang semoga Uqasha dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan baik. Mana tahu, dengan kata-kata nasihat dia akan fikir mana yang lebih baik.
Berbicara soal istiqamah, Mia yang sudah tiga tahun berhijab tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya kerana bimbang ia akan menyentuh sensitiviti sesetengah. Buat Mia, soal istiqamah adalah antara individu dengan Allah SWT.
Saya takut untuk bercakap tentang istiqamah. Takut jawapan saya akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kalau hendak cakap tentang kekuatan, saya akui kita semua insan lemah yang mudah terpengaruh.
Dulu saya suka sangat buat rambut. Macam-macam gaya saya cuba, tapi apabila sudah bertudung perasaan itu lama-lama hilang. Malah sekarang, semuanya seperti perkara biasa dalam hidup saya.
Berubah kerana orang ataupun berubah kerana Allah SWT. Itu sahaja sebenarnya yang membezakan penghijrahan seseorang. Kalau terpaksa mungkin hati tidak kuat untuk terus kekal berhijab apatah lagi berada didalam keadaan sekeliling yang tidak semua wanita menutup aurat.
Jika sebut nama Mizz Nina dahulu, tentu ramai yang mengenali beliau sebagai artis antarabangsa yang cukup popular mendendangkan lagu Inggeris dan pernah menjadi anggota kumpulan hip hop, Teh Tarik Crew. Namun, itu adalah kehidupannya dahulu sebelum beliau berhijrah dan mendalami ilmu agama.
Menurut Mizz Nina, beliau sedikit pun tidak merasa rindu dengan kehidupan beliau yang dahulu kerana apa yang beliau ada sekarang adalah perkara indah yang tidak mungkin dapat ditukar ganti. Setiap langkah dan perkara beliau lakukan kini semata-mata kerana Allah SWT.
Saya tidak ambil pusing sama ada terdapat orang yang suka saya berhijab atau tidak kerana bagi saya, apa yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Saya yakin dan percaya, jika kita ikhlas melakukan sesuatu dan nawaitu hanya untuk Allah, ia akan kekal dan berpanjangan.
Terus terang saya nyatakan, saya tidak rindukan kehidupan yang pernah dilalui masa lalu. Apa yang telah berlaku adalah satu kisah silam yang hanya tinggal sejarah. Saya sudah lepaskan segalanya. Semua mengenai Mizz Nina yang dahulu tidak lebih daripada sekadar pesona bintang yang menyerlah di pentas hiburan.
Tambah Mizz Nina, penghijrahan membuat beliau dapat mengenali dirinya sendiri dan mempelajari pelabagai perkara baharu setiap hari. Ia juga mengajar Mizz Nina untuk mensyukuri setiap pemberianNya.
Ilmu satu bekalan untuk saya terokai dan praktikkan. Dengan menghadiri kelas-kelas agama atau majlis-majlis ilmu skala besar ia merangsang dan menggalakkan saya agar tetap teguh menjadi hamba Allah yang beriman.
Menurut Mizz Nina, dengan berhijab beliau tidak perlu menjadi seseorang yang ingin meraih sesuatu untuk mendapat pujian orang lain. Mizz Nina bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan beliau hidayah.
Alhamdulillah, banyak hikmah yang saya peroleh selepas berhijab. I am very much comfortable in my skin. Saya tidak perlu berpura-pura untuk cuba menjadi orang lain atau cuba membuktikan sesuatu untuk meraih pujian atau penghargaan daripada sesiapa jua.
Ya, saya jauh lebih selesa, tenang dan mensyukuri nikmat penghijrahan ini. Ia fasa baru dalam kehidupan saya.
Tenang sungguh membaca kenyataan Mizz Nina, sesungguhnya beliau kini berubah 100 peratus dan beristiqamah dalam apa sahaja yang beliau lakukan. Semoga Mizz Nina terus begini sehingga akhir hayat dan dipermudahkan segala urusan didalam kehidupannya.
Pada masa yang sama, Zila sempat memohon maaf kepada semua pihak termasuk bekas suaminya dan bekas keluarga mertuanya atas apa yang terjadi sebelum ini. Zila juga meminta Along menghalalkan makan minumnya sepanjang bergelar isteri dan mengucapkan terima kasih kerana menjaga anak lelaki mereka Ahmad Danial.
Walaubagaimanapun, Along yang dihubungi pihak media baru-baru ini enggan memberikan sebarang komen ataupun respon terhadap permohonan maaf Zila.
No komen.
Pergolakkan rumah tangga Along dan Zila mula menjadi tumpuan ramai apabila foto separuh bogel Zila bersama seorang lelaki mula tersebar saat rumah tangganya bermasalah. Malah, Zila juga ditangkap khalwat di rumah kekasihnya dan cuba untuk bersembunyi di belakang almari ketika serbuan dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Along dan Zila sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah pada 29 Ogos lalu.
Jika anda peminat tegar pelakon Mira Filzah, tentu anda tahu beliau seorang yang cukup meminati lagu hindustan dan sering juga memuat naik aksi beliau menari ataupun melayan lagu hindustan di media sosial.
Ada yang beranggapan Mira kelihatan cukup comel dan bersahaja tetapi ada juga yang kurang senang dengan aksinya itu, sehingga melabelkan beliau terlalu gedik kerana tidak sesuai untuk orang yang berimej muslimah untuk menari ketika mendengar lagu hindustan.
Walaubagaimanapun, Mira tidak cepat melatah apabila menerima kritikan. Buat Mira, apa yang beliau lakukan hanya sekadar suka-suka dan ia bukan satu perkara yang salah kerana beliau tahu batas-batas sebagai seorang wanita bertudung.
Saya memang minat lagu-lagu Hindustan sejak kecil lagi, keluarga saya tahu tentang itu. Cuma pada pandangan netizen ia tidak sesuai kerana saya bertudung. Selagi saya rasa ia tidak keterlaluan dan saya tahu batasnya tiada masalah.
Jelas Mira, beliau selalu berhati-hati ketika ingin memuat naik sesuatu di laman sosial kerana tidak mahu nama beliau dan keluarga dihimpit gosip.
Saya cukup berhati-hati untuk berkongsi sesuatu di laman sosial kerana saya tidak mahu ibu saya rasa sedih. Saya tidak mahu keluarga terkena tempiasnya. Kalau mereka kritik tentang saya tidak mengapa kerana saya sudah biasa dan tahu tentang industri.
Biasalah tu kalau sudah tertekan dengan kerja, apa salahnya untuk sekali sekala melakukan sesuatu yang seronok ataupun "masuk air" asalkan ia bukan sesuatu yang melampau. Hidup ini jangan terlalu serius.
Seperti yang dijanjikan, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Haziq Rosebi dan isterinya Maisarah Mohd Sidki telah berkongsi wajah anak lelaki mereka yang diberi nama Yusuf Zidane seminggu selepas kelahirannya pada 12 September lalu.
"Saya asik nantok je.. saya uwekkk bila nak susu & eyak je.. cian mama & abah saya.. Terima kasih Mak Anil Ezatul hadiahkan plate nama saya Yusuf Zidane.
Baru-baru ini, majlis sambutan ulangtahun kelahiran pelakon Ashraf Muslim dan juga anak lelakinya, Adam yang merupakan anak keduanya bersama isteri kedua Wan Sakinah itu telah diadakan bersama.
Tarikh hari lahir Ashraf adalah pada 12 September manakala anaknya itu pada 14 September.
Dalam majlis tersebut, ternyata Ashraf kelihatan begitu bahagia bersama dua isteri dan tiga anaknya itu.
Setelah bertahun-tahun menghindar diri daripada teknologi internet, terkini penyanyi Anuar Zain akhirnya akur dengan kekuatan laman sosial apabila mula membuka akaun Instagramnya.
"Saya sudah ada laman sosial iaitu @Anuarzainnetwork yang baharu sahaja saya buka sejak 7 September lalu dan tidak sangka dapat banyak respons dan komen positif peminat.
Tahniah diucapkan buat bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Farhan Azizan, 32, yang bakal menimang cahaya mata apabila dia disahkan hamil sekali lagi selepas kehamilan pertamanya mengalami keguguran sebulan sebelum menyambut Ramadan baru-baru ini.
"Sebenarnya saya tidak menyedari diri hamil kali pertama sehinggalah mengalami pendarahan. Apabila membuat pemeriksaan doktor mengesahkan saya mengandung tetapi janin tidak dapat diselamatkan.
HTC hari ni telah memperkenaikan dua peranti baghu dibawah keluarga HTC Desire dinamakan sebagai Desire 10 Pro dan jugak Desire 10 Lifestyle Dengan penggunaan nama Desire macam ghamai sedia mak...
Isteri Perdana menteghi Datin Seri Rosmah Mansoq sepatutnya menerima anugerah Lead by Example bersama sama dengan Presiden Senegai Macky Mall oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifi...
Angka korban bot karam di sungai Chao Phraya Ahad lepaih meningkat kepada 18 oghang manakala lebih kurang 12 yang lain masih dok hilang kata pegawai penyelamat Bot dua dek tu membawa lebih 100 w...
Nikon memperlihatkan Nikon KeyMission 360 pada Januari lepaih di CES Kamera aksi dengan rakaman 360 darjah ni akhiaqnya dilancaqkan secara rasmi bersama dengan dua lagi kamera aksi di dalam kelua...
Biasanya individu yang didedahkan dengan manfaat pemakanan ikan masa mengandung ghamai dok kata mampu meningkatkan perkembangan kognitif bayi di dalam kandungan Terbaharu soghang Profesoq Pediatr...
femes dengan sejarah pelombongan emaihnya satu masa dahulu San Francisco kota yang berpusat di California dengan statuihnya sebagai sebuah metropolitan sungguh baq hang mempunyai pelbagai keuni...
GoPro telah mengumumkan sebelum ni yang mana depa akan mai dengan dron tersendiri dengan nama Karma Hari ni GoPro secara rasminya telah pun melancaqkan ia kepada umum Ia sekaliguih melengkapka...
Xiaoyi merupakan syarikat yang disokong dibawah ekosistem Xiaomi dan sebelum ni telah mai dengan penawaran kamera aksi seumpama GoPro depa tersendiri Hari ni depa memperluaskan penawaran dalam ...
Apa istimewanya California sehinggakan Allahyarham Haron Din mewasiatkan supaya jenazahnya dikebumikan di San Francisco California mai kita ikuti sedikit ceghita lagu mana istimewanya nama Califo...
Pengembaraan di Jogjakarta 3 Hari 2 Malam hanya RM170Assalamualaikum dan salam sejahtera kali ni aku nak berkongsi trip pengembaraan kami tempoh hari seramai 7 oghang di Jogjakarta selama 3 Hari 2 ...
walaupun berkawan baik takdak manusia yang sempurna Apa yang dirasakan salah tetap salah begitulah balaih Mia Ahmad berhubung dengan tindakan memba baiknya Uqasha Senrose yang nekad membuka tu...
Seolah sudah tawar hati dengan kesilapan yang dilakukan oleh bekas isteri, Along Cham enggan memberikan sebarang komen mengenai tindakan Zila Seeron yang tampil secara terbuka memohon maaf kepadanya dan keluarga mertuanya. Penampilan itu sekaligus merupakan kemunculan pertama beliau selepas sah bercerai dengan bekas suami pada penghujung Ogos lalu.
“Tiada komen,” katanya ringkas kepada Harian Metro apabila ditanya mengenai penampilan pertama bekas isteri didalam sebuah program temubual, juga memohon maaf secara terbuka kepadanya serta bekas keluarga mertua diatas segala kesilapan yang dilakukannya.
Dalam perkongsian itu, Zila turut mendedahkan bahawa dirinya kekurangan didikan agama sejak dari kecil lagi yang juga merupakan sebab terjadinya kesilapan yang dilakukannya. Dalam temubual itu juga, Zila meminta Along halalkan makan minumnya sepanjang bergelar isteri dan mengucapkan terima kasih kerana menjaga anak lelaki mereka Ahmad Danial.
Keretakan perkahwinan diantara Along dan Zila mula disedari ramai apabila sekeping foto bogel menunjukkan Zila bersama dengan seorang lelaki mula tersebar ketika rumah tangga mereka sedang bermasalah. Tidak lama selepas itu, Zila didapati ditangkap khalwat di rumah kekasihnya. Bagaimanapun, Along dan Zila sah bercerai talak satu pada 29 Ogos lalu. (rkty/w)
Tahniah kepada Atikah Suhaime kami ucapkan kerana telah bertemu cinta hati baru. Menurut sumber, hubungan pelakon baru ini dengan kekasih lama telah pun berakhir dan kini melalui perkongsian di laman Twitter, Atikah sudah berjumpa pengganti.
Jejaka yang mempunyai senyuman manis yang mampu menawan hati setiap wanita tersebut berkongsikan gambar mereka berpegangan tangan di Twitter selain menyatakan rasa syukur dan bertuah kerana dapat memiliki Atikah. Bertuahnya Sherzod!
Memetik laporan Beautifulnara, kekasih baru Atikah yang bernama Sherzod Yusuf tersebut merupakan seorang model yang berasal dari Uzbekistan.
Apa yang pasti, Atikah merupakan seorang yang sangat positif kerana cepat move on dan tidak terlalu lama diimbau kisah cinta yang tidak kesampaian sebelum ini. Semangat sebegini bagus demi meneruskan kehidupan yang penuh dengan cubaan mendatang. (rtky/s)
Walaupun berkawan baik, tiada manusia yang sempurna. Apa yang dirasakan salah tetap salah, begitulah respon Mia Ahmad berhubung dengan tindakan rakan baiknya, Uqasha Senrose yang nekad membuka tudung baru-baru ini. Malah sejurus beliau mendapat tahu mengenai perkara itu, Mia terus menghubungi pelakon itu kerana tidak menyokong dengan tindakan beliau.
"Selepas isu buka tudung, saya juga ada menghubungi Uqasha. Sejujurnya, saya tidak menyokong apa yang dia buat. Cuma sebagai seorang rakan, saya mahu dia kuat terutama apabila berhadapan dengan komen segelintir peminat yang maha dahsyat pedihnya. Sebagai manusia, semua buat silap. Mana tahu, dengan kata nasihat dia akan fikir mana lebih baik”
"Seperti Fathia Latiff dan Elfira Loy, kami sependapat yang semoga Uqasha dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan baik. Saya takut untuk bercakap tentang istiqamah. Takut jawapan saya akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kalau hendak cakap tentang kekuatan, saya akui kita semua insan lemah yang mudah terpengaruh,” katanya kepada Projek MMO.
Bagaimanapun, Mia berkata bahawa beliau bukanlah orang yang paling layak untuk menghakimi tindakan Uqasha kerana dirinya sendiri juga masih didalam proses memperbaiki diri setelah berhijab sejak tiga tahun lalu. Namun baginya apa yang mampu dilakukan kini adalah untuk terus menasihati Uqasha supaya beliau dapat memilih jalan terbaik dalam hidupnya. (rkty/w)
Sedarkah anda bahawa saban tahun, perbelanjaan semakin meningkat dan sebenarnya anda sangat memerlukan perancangan perbelanjaan yang betul bagi mengelakkan anda terduduk di penghujung hari.
Jika anda tidak mahu menyesal di kemudian hari, berusahalah untuk mencari alternatif agar anda dapat merancang masa depan yang lebih cemerlang. Oleh itu, kami kongsikan dengan anda beberapa tips untuk sama-sama kita amalkan.
1. Rekodkan Perbelanjaan Keluar Masuk Wang Anda
Mungkin pada mulanya anda rasa tidak penting untuk rekod perbelanjaan keluar masuk duit anda, namun dengan melakukan perkara inilah kita dapat mengetahui kita sudah terlebih belanja atau tidak. Jika tidak dikawal, maka akan musnahlah harapan masa depan.
2. Simpan Wang Kecemasan
Woman with coins in jar
Wang kecemasan sebenarnya sangat membantu di kala saat sangat memerlukan. Paling senang, simpan 20% daripada hasil gaji bulanan anda. Jika wang simpanan pun tidak mampu simpan, anda memang seorang yang cepat tewas.
3. Rancang Keluar Dari Hutang
Jika anda berhutang, pastinya wang tidak akan cukup sampai bila-bila. Cara mudah untuk langsaikan hutang adalah dengan menyelesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi – yang pasti melegakan anda buat masa panjang.
4. Ikuti Cara Ini Untuk Berbelanja Ikut Kemampuan
Okay, ini cara cukup mudah untuk membuat pecahan perbelanjaan. Andaikan gaji anda ialah RM5,000. Kemudian tolak dengan komitmen bulanan contohnya RM2,000 maka tinggal lagi RM3,000.
RM3,000/30 hari = RM100 (RM100 adalah had belanja anda untuk sehari selama sebulan)
Maka anda perlu berbelanja mengikut kadar kemampuan anda sendiri agar tidak melebih bajet harian. Mahu senang lagi, longgokkan sekaligus perbelanjaan mingguan dalam satu angpau. Jika ada baki, bolehlah bawa ke minggu kedua dan seterusnya.
5. Dapatkan AXA 200 – Hanya Serendah RM1.50 Sehari
Sedar dan peka dengan kemampuan ekonomi ketika ini, anda sebenarnya mampu untuk memiliki pelan perlindungan diri oleh AXA iaitu – AXA 200 CancerCare.
Anda mungkin nampak sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa – namun apabila anda tersedar anda menghidapi kanser peringkat kritikal, pastinya ia sudah terlambat. Menurut laporan daripada National Cancer Society Malaysia, 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia berpotensi menghidap kanser di dalam hidup mereka. Sebab itulah pemeriksaan kesihatan adalah sangat penting dan AXA menyediakannya secara percuma.
Peka dengan kadar bayaran perubatan yang turut meningkat setiap tahun, AXA 200 CancerCare turut melindungi rawatan pelbagai peringkat kanser selain meliputi sehingga 200% jumlah yang telah diinsuranskan selama 20 tahun!
Bagi anda yang tidak mahu bertangguh lagi dan ingin mendapatkan pakej ini dengan segera, layari 110cancercare.com, isi dan lengkapkan maklumat anda dan dapatkan pemeriksaan kesihatan yang merangkumi ujian darah, ujian air kencing, pengesan tumor dan juga imbasan X Ray bernilai RM299 secara percuma!
Pernah bergelar penyanyi hingga menembusi peringkat antarabangsa dulu membuatkan ramai yang tidak percaya tentang penghijrahan yang berlaku terhadap Mizz Nina. Namun bagi dirinya, penghijrahan yang dilakukan kerana Allah itu tidak pernah membuatkan beliau rindukan kehidupannya yang dulu kerana apa yang dimilikinya kini terlalu indah untuk dilepaskan.
“Alhamdulillah saya selesa dengan imej bertudung saya sekarang. Saya tidak ambil pusing sama ada terdapat orang yang suka saya berhijab atau tidak kerana bagi saya, apa yang dilakukan ini adalah semata-mata kerana Allah. Malah saya yakin dan percaya, jika kita ikhlas melakukan sesuatu dan nawaitu kita adalah hanya untuk Allah, ianya akan kekal dan berpanjangan”
“Terus terang saya nyatakan, saya tidak rindukan kehidupan yang pernah dilalui pada masa lalu. Apa yang telah berlaku adalah satu kisah silam yang hanya tinggal sejarah kini. Saya sudah lepaskan segalanya. Saya sudah merasai semuanya dan tiada apa lagi yang mahu saya kejarkan lagi. Alhamdulillah, banyak hikmah yang saya perolehi selepas mula berhijrah dan berhijab”
“Saya tidak perlu berpura-pura untuk cuba menjadi orang lain atau cuba membuktikan sesuatu untuk meraih pujian atau penghargaan daripada sesiapa jua. Saya jauh lebih selesa, tenang dan mensyukuri nikmat penghijrahan ini. Ia adalah fasa baru dalam kehidupan saya dan syukur dalam usia 35 tahun ini,” katanya menerusi temubual eksklusif bersama majalah Intrend.
Sementara itu, Mizz Nina turut berkongsi bagaimana suaminya, Noh Ahmad memberi dorongan kepadanya untuk mendekati Islam dengan tidak memaksa walaupun memarahinya untuk tampil berhijab. Malah peringkat demi peringkat Noh membawa beliau ke kelas agama, mengaji Al-Quran serta sering pergi mengerjakan haji bersama sehingga beliau terbuka untuk berhijab. (rkty/w)
Menyifatkan hubungannya bersama seorang pengacara belum mempunyai sesuatu yang istimewa, Rita Rudaini berkongsi kepada Utusan Online bahawa dalam masa yang sama dia mengakui kini agak rapat dan selesa berkawan lelaki tersebut.
"Kalau bercakap tentang dia (Donna) memang saya akui selesa berkawan dengannya. Saya sendiri tak punya ramai kawan lelaki dan apabila ada keserasian rasanya tak ada masalah untuk mengekalkan silaturahim tersebut”
"Cuma yang boleh saya katakan masih terlalu jauh untuk membuat sebarang andaian buat masa ini. Biarlah masa yang menentukan. Untuk bercakap lebih tentang hubungan tersebut rasanya kurang sesuai”
“Yang boleh saya katakan mana-mana lelaki yang mahu menjalinkan hubungan cinta dengan saya perlu pandai mengambil hati kedua-dua anak saya dahulu,” jelas Rita sambil menyatakan bahawa jika hati anaknya sudah tertawan, maka semakin mudah hatinya tertambat dengan lelaki tersebut.
Tambah Rita, kadang kala datang juga perasaan takut untuk kembali bercinta namun kadang kala ibu tunggal ini juga terfikir, jika sudah ada lelaki yang berjaya menawan hati anak-anaknya, dia akan terus mahu berkahwin. (rtky/s)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment