Tuesday, 13 September 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


AMMBOI DOT COM

Posted: 13 Sep 2016 12:17 PM PDT

AMMBOI DOT COM


5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM UPDATE KE IOS10

Posted: 13 Sep 2016 06:11 AM PDT

Sebagaimana yang peminat peranti jenama Apple tahu, kemaskini untuk iOS10 akan dilepaskan pada malam ini. Jika tiada halangan, anda sudah boleh kemaskini pada petang esok (waktu Malaysia). Bagaimanapun, sebelum anda update iOS 10 untuk iphone dan ipad anda, apa yang anda perlu tahu ? Apakah persediaan sebelum update iOS baru ini? iOS 10 akan keluar […]

The post 5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM UPDATE KE IOS10 appeared first on AMMBOI DOT COM.

MySensasi

Posted: 13 Sep 2016 11:46 AM PDT

MySensasi


Siaran Langsung South China vs JDT 13.9.2016

Posted: 12 Sep 2016 10:49 PM PDT

Live Streaming Siaran Langsung South China vs JDT 13.9.2016. Pasti ramai peminat bolasepak menantikan perlawanan suku akhir pertama Piala AFC 2016 yang melibatkan kelab dari Hong Kong , South China menentang Johor Darul Ta`zim. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Mong Kok. Siaran Langsung JDT vs South China 13 September Untuk makluman semua, perlawanan JDT vs ...

KedahLanie.info

Posted: 13 Sep 2016 10:22 AM PDT

KedahLanie.info


Saya tak rayu kembali pada Umno, kata bekas pemimpin dipecat

Posted: 12 Sep 2016 10:46 PM PDT

Adam Abu Bakar

PETALING JAYA: Pemimpin Umno yang dipecat menafikan kenyataan yang ada antara mereka mahu menyertai semula parti itu semula walaupun pernah ditawarkan berbuat demikian dengan membuat rayuan sebelum ini.

Bekas ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman berkata sepanjang pengetahuannya tiada bekas ahli Umno yang merayu untuk bersama parti itu lagi. “Setahu saya semua yang dipecat, yang saya kenali membuat keputusan untuk tidak merayu. Daripada apa yang kita tengok sekarang, mereka yang dalam proses untuk dipecat, sudah dari awal isytihar keluar dari Umno.

“Malah saya sendiri pernah ditawar agar merayu, tetapi saya buat keputusan lebih rela untuk tidak bersama Umno yang ada pada hari ini,” katanya kepada FMT. Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tanpa menyebut nama mendakwa ahli yang dipecat Umno berhasrat kembali ke pangkuan parti Melayu itu.

Katanya, ramai ahli Umno mendakwa tindakan yang diambil ke atas mereka tidak adil termasuk dakwaan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Majlis Tertinggi (MT) Umno memecatnya tanpa mengikut prosedur. Dalam pada itu Hamidah percaya dengan keadaan semasa yang berlaku dalam Umno, lebih ramai ahli dan pemimpin Umno akan keluar dari parti itu.

“Trend sekarang ramai pengerusi wanita, pengerusi tetap mengambil keputusan mengumumkan keluar Umno. “Jadi saya rasa, apa yang dikatakan Ku Nan adalah tidak betul. Cuma kalau ada, kita minta dia senaraikan nama yang merayu ” katanya.

Tahun lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno mengumumkan pemecatan Hamidah. Najib berkata bekas exco kerajaan negeri Perak itu didapati bersalah kerana melanggar disiplin parti.

Pada 10 September, pengasas Umno Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengumumkan keluar parti ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat perwakilan bahagian dengan mendakwa sebahagian besar kepimpinan Umno yang ada sekarang tidak menerima kenyataan sebenar akibat daripada krisis dihadapi Umno.

Tindakannya itu disusuli Timbalan Ketua Umno Bahagian Kulai, Tosrin Jarvanti yang juga pegawai khas kepada Muhyiddin turut mengumumkan keluar parti pada Sabtu. pautan:

Mahathir & Muhyiddin Seru Kuburkan UMNO BN Bukan Sekadar Tumbangkan Najib

Posted: 12 Sep 2016 06:55 PM PDT


http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.455750.1448499564!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
Tun M azam jatuhkan Umno, BN bukan Najib sahaja sekarang

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berazam akan menjatuhkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang, bukan sekadar Datuk Seri Najib Razak sahaja, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir berkata hasratnya menubuhkan PPBM bukan semata-mata kerana Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tetapi kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) juga.


"Saya berusaha untuk jatuhkan Umno dan kerajaan BN," tegas Tun Mahathir di depan pemimpin Amanah, PKR dan orang ramai yang penuh sesak di hadapan beliau.

"Dulu saya keluar Umno saya tak fikir nak tubuh parti. Tapi kali ini saya cuba adakan parti lain yang berhasrat lawan Umno dan BN

"Sebabnya perbuatan pemimpin Umno hari ini, ketua bahagian, wakil rakyat mereka lakukan jenayah besar sukar bagi kita fahami.

"Saya nak singkir manusia ini, nak singkir Najib.

"Tapi kalau singkir Najib saja tak guna tanpa parti yang dia pimpin," kata Tun Mahathir.

Dulu, katanya, Umno untuk bangsa dan tanah air tetapi hari ini berjuang untuk Najib itu.

"Ia tak masuk dalam perlembagaan. Saya tengok balik perlembagaan baca lima kali takda pula sebut pertahankan Najib," kata Tun Mahathir sinis.

Untuk menang, katanya, semua pihak perlu bersatu dan keluar dari Umno.

"Kita akan kalahkan Najib dengan parti pribumi bersatu untuk ini kita perlukan kekuatan.

"Kekuatan rakyat mestilah dengan segera jadi ahli parti pribumi bersatu ...alhamdulillah malam ini saya terima 1000 permohonan dan kita harap rakyat Negeri Sembilan tolak Umno dan BN," ujar bekas perdana menteri ini.

Kata beliau dalam usaha ini jika sekalipun perdana menteri tidak turun, beliau berkata PPBM dan pakatan pembangkang akan tunggu pilihan raya akan datang.

"Jika Najib tidak turun sekarang kita terpaksalah tunggu hingga pilihan raya....kita akan tunggu.

"Parti lawan BN menang bukan kerana BN kuat sebaliknya pakatan pembangkan tidak bersatu, jadi tak boleh menanglah.

"Jika mereka bersatu termasuk Pas kita boleh kalahkan BN.

"Nak kata parti lawan kerajaan pun tak kena sekarang ni kerana di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan pembangkang sudah jadi 'kerajaan' jadi Umno-BN ni sebenarnya sudah separuh kerajaan lah," ujarnya disambut derai tawa penyokong malam tadi.

Turut hadir Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Zulkifly Mohamad Omar dan Ketua Pemuda Amanah negeri, Shahrizal Masrudi serta Setiausaha PKR Negeri Haji Ismail selain ahli jawatankuasa PPBM. -MD


ULASAN GB

Nampaknya PAS yang sebelum ini menganggap sebarang usaha untuk menjatuhkan Najib sebagai sia-sia kerana menurut PAS, jika Najib jatuh tapi UMNO BN masih berkuasa ia tidak memberi makna apa-apa. Apatah lagi kata mereka, tujuan Mahathir hanya nak menjatuhkan Najib tetapi akan menyertai UMNO semula.

Kini segalanya terjawab. PAS membuat persangkaan dan jangkaan yang salah. Mahathir dan Muhyddin dengan parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM), bukan sahaja berhasrat untuk menjatuhkan Najib, malah mengkuburkan UMNO BN.

PPBM tiada masalah dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan, samada AMANAH, PKR malah DAP sekalipun. Mereka telah bersama di dalam siri jelajah Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia sebelum ini.

Yang bermasalah kini ialah PAS - parti yang terkontang-kanting bersama IKATAN - nak sebut menyokong UMNO BN malu, nak sertai Pakatan Harapan tak mahu.

Ego PAS yang tinggi, tamak dengan kerusi dan tidak rela berkongsi dengan parti lain.

Itu sebab mengapa PPBM menyatakan mereka perlu berbincang dengan PAS sepertimana PKR telah melakukan di dalam PRN Sarawak.

Namun seperti yang umum mengetahui di PRN Sarawak, PAS yang berhidung tinggi telah menggagalkan semuanya. Akhirnya parti pembangkang bertemu sesama sendiri dan berakhir dengan kekecewaan.

Kita berharap senario sedemikian tidak berlaku pada PRU14. Dan Pakatan Harapan perlu perkukuhkan persefahaman di kalangan anggota yang ada, with or without PAS.

Yang pasti hukuman kebenaran dan keadilan akan terus berjalan,  kita dapat menjangkkakan bukan sahaja UMNO akan dihapus dan dikafankan, malah PAS juga kerana perjuangan kedua-dua parti itu kini hampir serupa serupa, kedua-duanya bersikap perkauman melampau dan setiap yang melampau batas itu tidak disukai Allah swt.

Dan Allah telah banyak kali mengingatkan di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak suka mereka yang melampau batas.

"Dan janganlah kamu semua melampau batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampau batas"
(Surah al-Maidah : 87).


Bekas kakitangan syarikat GLC Kelantan disoal siasat SPRM?

Posted: 12 Sep 2016 06:47 PM PDT


CATATAN PETANG


http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/12/sprm_kelantan_balak_600.jpg
Ini ada sedikit maklumat yang tidak berapa baik untuk kerajaan berslogan "Membangun Bersama Islam", kerajaan Kelantan yang sebelum ini dianggap sebuah kerajaan yang berintegriti dan di sanjungi oleh banyak pihak.

Pihak kerajaan negeri sendiri berbangga dengan pencapaian dan rekod bersih perkhidmatan mereka kepada rakyat selama ini. Kononnya kerajaan peninggalan Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat itu bersih, tiada kaki tangan dan wakil rakyatnya tersangkut dengan sebarang kemungkaran dan penyelewengan.

Pemimpin kerajaan Kelantan juga sering kali "menyongik" ekor kerana berpuas hati dengan ketelusan dan moral kerajaan berkenaan. Sehingga ini setelah 26 tahun Pas mentadbir Kelantan tidak ada seorang pun kaki tangan kerajaan negeri atau wakil rakyatnya ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana kesalahan rasuah. Rekod itu dijadikan mercutanda ketelusan dan kesucian kerajaan Kelantan.

Pun begitu ada beberapa laporan rasuah berlaku di kalangan kakitangan kerajaan negeri, atau pun wakil rakyat dan juga penjawat di agensi kerajaan itu. SPRM juga telah menjalankan siasatan bahkan ia termasuk almarhum Nik Aziz sendiri juga pernah dikaitkan dengan satu kesalahan rasuah apabila hajatnya untuk menunaikan Haji dikaitan dengan rasuah.

Ada orang mengakui membiayai kerja Haji Nik Aziz dan keluarganya di mana perbuatan itu dikategorikan salah guna kuasa atau rasuah.

Akhirnya kerana kes itu menjadi kontroversi, almarhum membatalkan hasratnya untuk ke Makkah pada tahun itu. Pembatalan itu atas nasihat pihak tertentu di mana sekiranya almarhum meneruskan Hajinya, pasti beliau dikaitkan dengan rasuah.

Selain daripada kes itu, ada lagi beberapa kes lain membabitkan siasatan oleh SPRM? Ia juga membabitkan seorang menantu jantan bekas MB Kelantan. Beliau dilaporkan melakukan salah guna kuasa semasa menantu berkenaan menjabat jawatan di sebuah syarikat GLC. Beliau didakwa telah menyalah gunakan kedudukan untuk kepentingannya. Bagaimana pun kes itu akhirnya dibuang dan menantu itu terselamat. Tidak mustahil sekiranya SPRM berasakan ada keperluan ia boleh dibuka semula sebab kes-kes melibatkan rasuah tidak ditutup rapat.

Terbaharu saya menerima satu maklumat SPRM kini sedang rancak menjalankan siasatan berhubung satu laporan rasuah membabitkan sebuah agensi kerajaan. Ia juga membabitkan wakil rakyat kerana wakil rakyat menjadi pengerusi kepada agensi berkenaan.

SPRM katanya telah memanggil dan menemu-ramah beberapa individu berhubung laporan berkenaan. Ia juga termasuk wakil rakyat dan CEO sebuah agensi telah dipanggil SPRM? Terbaharu, salah seorang bekas kaki tangan agensi sebuah kerajaan Kelantan didatang pegawai SPRM dan menyoal siasatannya selama 6 jam. Sebelum ini juga pegawai SPRM telah menemui seorang Tok Batin berhubung laporan pembalakan di Hulu Kelantan.

Siasatan bekas kaki tangan berkenaan dikatakan ada sangkut paut dengan perjalanan sebuah syarikat yang berasaskan kayu dan hutan?

Siasatan itu khabarnya ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa di sebuah agensi yang beribu pejabat di Hulu Kelantan. Ia khabarnya mengenai tander menender balak dan juga pembayaran dibuat oleh sebuah agensi untuk satu kerja yang tidak bersangkutan.

Kita berharap siasatan tidak berakhir dengan pendakwaan untuk melihat kerajaan Kelantan mengekalkan rekod bersihnya selama ini. Kita berdoa? Ya Allah selamatkan maruah kerajaan Kelantan dan maruah bekas MBnya yang dianggap zuhud dan mulia. [wm.kl.6:18 PM 06/09/16]

Mohd Sayuti Omar

Pemimpin MCA cabar Nazri tunjuk bukti dirinya bongkak

Posted: 12 Sep 2016 06:42 PM PDT

ti-2

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mencabar Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz agar membuktikan dirinya bongkak.

Ini ekoran teguran beliau sebelum ini supaya BN terutamanya Umno mengimbangi politik dan bukan hanya fokus kepada pengundi luar bandar kerana ia tidak bagus untuk perjalanan politik kerajaan pemerintah.

"Dia (Nazri) kena tunjuk di mana saya bongkak. Kalau setakat MCA menegur BN supaya mengimbangkan politik dengan menarik pengundi kampung dengan bandar, itu bukan bongkak namanya.

"Kenyataan saya itu satu hujah, kita cuma ajak berhujah bukan menghentam atau menghina sesiapa, sebaliknya demi kebaikan dan ingin memartabakan BN.

"Apabila saya kata jangan sekadar menang di kampung, bukan bermakna kita tidak mahu menang di kampung tetapi di kampung kita mahu menang dengan pengundi bandar pun kita mahu menang.

"Kalau kita tak menang di kampung kita bimbang kedudukan BN akan terancam dan ia tidak bagus untuk perjalanan masa depan politik BN," katanya kepada FMT.

Terdahulu, Nazri dipetik berkata, mereka yang "besar" boleh mendisiplinkan mereka yang "kecil" merujuk kepada kedudukannya dalam BN kepada Ti.

"Saya bongkak sombong kerana anak kapal saya sombong. Dalam kapal kita kena ajar disiplin sebab itu saya nak cerita pada dia (Ti) supaya jangan bongkak sebabnya awak kecil. Saya bongkak sebab saya besar saya boleh ajar dia," kata Nazri memetik laporan Malaysiakini.

Nazri berkata demikian menjawab kenyataan Ti menyifatkan beliau sentiasa angkuh dan mengeluarkan kenyataan, "Umno bongkak pun kita menang pilihan raya".

Ketika di tanya berhubung kenyataan terbaru Nazri, Ti berkata, beliau tidak berkecil hati dengan menteri pelancongan itu sebaliknya terbuka untuk menerima teguran demi kebaikan parti selain menganggap ia bukan satu serangan peribadi.


DRB-Hicom hadiah pakej umrah kepada 3 wira paralimpik dan ibu bapa

Posted: 12 Sep 2016 06:39 PM PDT

drb-hicom

PETALING JAYA: Selain ganjaran wang tunai, kereta, rumah dan penerbangan percuma seumur hidup, tiga pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio kini berpeluang mengerjakan umrah bersama ibu bapa mereka.

Ganjaran terbaharu itu diumumkan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar semalam.

"Dengan keazaman dan keberanian sebenar, hero kita membawa pulang tiga pingat emas menakjubkan buat Malaysia. Tidak pernah terfikir kita akan mendengar Negaraku dimainkan pada pentas tertinggi itu.

"Kami semua berbangga dengan mereka dan pengorbanan dilakukan. Dengan itu, DRB-Hicom berbesar hati menghadiahkan hero kita untuk mengerjakan umrah," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Berita Harian Online.

Setakat ini, Malaysia mengumpul tiga pingat emas yang disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) serta Abdul Latif Romly melalui acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran), sejak Sabtu lalu.

Lebih manis apabila tiga atlet paralimpik itu turut memecahkan rekod kejohanan dan dunia.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio akan menerima ganjaran wang tunai RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000 seperti yang ditawarkan kerajaan kepada atlet Olimpik sebelum ini.

Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat perak akan mendapat RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa menerima RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin pula mengumumkan hadiah seunit kediaman suite dan kenderaan SUV Kia Sportage kepada pemenang pingat emas negara di Paralimpik Rio.

Ia disusuli Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, pada Ahad lalu, mengumumkan penerbangan percuma sepanjang hayat kepada tiga wira paralimpik negara yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dalam tempoh 24 jam.


beautifulnara

Posted: 13 Sep 2016 02:32 AM PDT

beautifulnara


Hero Sekarang Tidak Berkualiti, Sesiapa Sahaja Boleh Berlakon Jika Wajah Kacak – Ako Mustapha

Posted: 12 Sep 2016 10:00 PM PDT

Ako Mustapha, kami yakin jika anda peminat drama tegar tentu anda masih ingat dengan pelakon ini yang dahulunya menjadi kegilaan wanita diluar sana. Namun, beliau kini jarang muncul didalam mana-mana drama bukan?

Namun, Ako baru-baru ini ada memberikan pendapat beliau tentang kualiti pelakon zaman sekarang yang hanya berbekalkan paras rupa tetapi kurang berbakat dalam bidang lakonan.

Kualiti hero sekarang sudah menurun, siapa sahaja boleh jadi hero jika ada wajah yang kacak.

Mereka terus diberi peluang pegang watak utama tanpa watak-watak kecil terlebih dahulu. Tahap lakonan atau kualiti sudah tidak penting.

Buat Ako, apa salahnya untuk membuka peluang bagi mereka yang mempunyai asas dalam lakonan ataupun mempunyai ijazah dalam bidang berkenaan untuk tampil secara "mainstream".

Ramai graduan yang ada ilmu tentang seni persembahan dan lakonan tapi tidak diberi peluang kerana kekurangan pakej rupa paras.

Bukan sahaja pelakon, malah pekerja-pekerja di belakang tabir juga saya lihat ramai yang tiada ilmu. Siapa pun boleh bekerja sebagai juru kamera atau pengarah.

Mungkin apa yang dikatakan oleh Ako itu ada betulnya. Memang ketampanan seseorang itu agak penting untuk menjadi pelakon kerana ingin menarik perhatian, tetapi penonton sekarang sudah pandai menilai kualiti pelakon dan drama. Mereka juga mengharapkan kualiti yang  lebih baik dari segi lakonan.

Sumber Berita : mStar Online

(10 FOTO) Sekitar Majlis Khatam Al – Quran Deena Emir Bakal Isteri Saharul Ridzwan

Posted: 12 Sep 2016 08:59 PM PDT

Bakal berkahwin pada 16 September iaitu hari Jumaat minggu ini, bakal isteri Saharul Ridzwan, Deena Emir baru-baru ini telah mengadakan majlis khatam Al-Quran dan doa selamat.

Majlis berkenaan berlangsung di kediaman ibu bapa Deena yang terletak di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak.

Tidak kami nafikan bahawa Saharul cukup bertuah untuk memiliki seorang isteri yang cukup cantik rupa parasnya.

Difahamkan pasangan ini bakal bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, manakala majlis resepsi pula berlangsung pada hari yang sama di Dewan Seri Siantan, Presint 3.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis khatam Al-Quran Deena Emir dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : hamizahhhh

Menangi 40 Pasang Tiket Filem Bridget Jones’s Baby 27 September Ini

Posted: 12 Sep 2016 08:49 PM PDT

Sekiranya usia anda lebih kurang Abang Nara iaitu sekitar 30-an, pastinya anda pernah menonton filem Bridget Jones. Filem romantik komedi inilah yang telah mempopularkan Renée Zellweger. Abang Nara akui diri ini jatuh cinta dengan Renee selepas menonton aksinya yang comel di dalam Bridget Jones. Comel gila-gila.

bridget jones's baby

senyumannya mencairkan hati ini beb

Setelah sekian lama Bridget Jones menyepi, akhirnya Renée Zellweger kembali memegang watak yang cukup sinonim dengan dirinya ini di dalam Bridget Jones's Baby. Selain Renee, turut sama membintangi filem ini ialah Colin Firth dan Patrick Dempsey.
bridget jones's baby

Apakah yang bakal dilalui oleh Bridget Jones kali ini? Apakah yang akan ditulis di dalam diarinya? Adakah percintaan masih menjadi masalah utama ketika umur Bridget sudah memasuki 40-an ini? Kalau nak tahu kenalah tengok Bridget Jones's Baby yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia 29 September ini. Kita ushar dulu trailer.

Khas untuk pembaca BeautifulNara dengan kerjasama TGV Cinemas, Abang Nara ada 40 pasang tiket filem Bridget Jones's Baby untuk diberikan kepada anda. Berikut adalah informasinya:

TARIKH: 27 September 2016
TEMPAT: TGV One Utama
WAKTU: 9.15 malam

Macam biasa kenalah isi borang di bawah dan lengkapkan slogan "Rahsia paling besar yang saya pernah tulis dalam diari ialah"…. Lagi kelakar dan tak masuk akal akan Abang Nara pilih jadi pemenang.


bridget jones's baby

Selamat mencuba dan selamat menonton. Terima kasih sekali lagi kepada TGV Cinemas atas tiket-tiket ini. Jangan lupa LIKE Facebook TGV Cinemas sebagai tanda terima kasih.

Saya Memang Mahu Percepatkan Yang Sepatutnya, Doakan Kami – Shahir AF8

Posted: 12 Sep 2016 08:20 PM PDT

Sejak Erra Fazira mula memuat naik foto Shahir dan memberikan ucapan agak bermakna buat lelaki itu sempena hari jadinya, ramai yang mula berbicara semula mengenai hubungan mereka berdua.

Ramai sebenarnya yang berharap agar kedua-duanya dapat bersatu sebagai pasangan suami dan isteri.

Buat Shahir, beliau menyerahkan soal jodoh dan rumah tangga bersama Erra  kepada Allah SWT.

Insya-Allah sebagai hambaNya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya.  Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuanNya. Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya.

Tambah Shahir, beliau pasti akan mengumumkan berita gembira tersebut dengan orang ramai andai beliau mempunyai jodoh dengan Erra.

Shahir mengharapkan orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan. Insya-Allah.

Berkat doa anda semua, siapa tahu mungkin hubungan Shahir dan Erra bakal berakhir dengan satu ikatan yang sah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Bella Astillah Tidak Halang Aliff Aziz Berlakon Adegan Romantik

Posted: 12 Sep 2016 07:55 PM PDT

Ingin menjadi seorang isteri yang memahami kerjaya suaminya, Bella Astillah tidak akan menghalang Aliff Aziz untuk berlakon adegan romantik.

Jelas Bella, beliau tahu akan kebolehan serta bakat Aliff dan tidak akan menyekat kebebasan suaminya itu dalam kerjaya lakonan beliau. Malah, sebelum ini Bella banyak memberikan nasihat dan sokongan untuk Aliff melakukan lebih lagi dalam babak romantik ketika berlakon.

Saya memahami kerjaya Aliff. Saya tiada halangan dan tidak akan meletakkan batas untuk Aliff berlakon dengan aktres wanita lain. Dia sangat berbakat dan tiada sebab untuk saya sekat.

Kadang-kadang, jika ada satu babak romantik, saya yang membantu Aliff dan memberikan nasihat agar dia buat dengan lebih lagi. Saya faham itu semua hanyalah lakonan yang menjadi sebahagian kerjaya Aliff.

Pada masa yang sama, Aliff meluahkan rasa syukur kerana beliau mempunyai seorang isteri yang cukup memahami kerjayanya itu.

Bella sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan penyanyi. Dia memberikan saya kata-kata ransangan dan menjadi penyokong utama saya. Kerjaya saya selepas berkahwin berjalan seperti biasa.

Bagus kalau dapat isteri yang memahami dan sentiasa menyokong karier suaminya. Iyalah, kadang-kadang orang lelaki ini tidak suka dikongkong. Tak gitu? Harapnya pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat. Layarilah bahtera rumah tangga dengan penuh kesabaran, cinta, kasih sayang serta tolak ansur.

Sumber Berita : Astro Gempak

(18 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Nazim Othman Dan Bella Dally

Posted: 12 Sep 2016 07:21 PM PDT

Akhirnya pasangan kegemaran ramai, Nazim Othman dan Bella Dally telah berkahwin pada hari Sabtu lepas di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah.

Alhamdullillah, majlis yang bertemakan serba putih itu berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan karib kedua-dua mempelai.

Nazim dan Bella kelihatan cukup kacak dan cantik sekali pada majlis tersebut dan jelas terpancar sinar kebahagiaan dan cinta di wajah mereka.

Pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan. Bella turut menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM16,000.

Khas buat peminat Nazim Othman dan Bella Dally berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah mereka berdua dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : The Wedding Duo

Panggilan Terakhir Untuk Lakukan Ibadah Korban Sempena Aidiladha Ini

Posted: 12 Sep 2016 07:14 PM PDT

Macam mana sambutan Hari Raya Aidiladha korang? Best tak? Abang Nara sekeluarga tahun ini beraya di Kuala Lumpur je. Meriah tetap meriah. Seronok dapat bawa Aariz tengok proses penyembelihan lembu sempena ibadah korban. Mula-mula AAriz takut juga. Tapi lama-lama banyak betul soalan yang ditanya sampai tak reti nak menjawab. Abang Nara jugak menerima update terkini ibadah korban luar negara yang telah dilakukan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di negara-negara sepreti Filiipina, Indonesia, Kemboja dan banyak lagi.

zabeeh services

Kalau anda telah mendaftar untuk melakukan ibadah korban bersama Zabeeh, Insya Allah bahagian anda telah atau akan diselesaikan dalam tempoh 2, 3 hari ini. Jika anda masih ingin melakukan ibadah korban, masih boleh buat demikian kerana tarikh tutup telah dipanjangkan sehingga ke hari ini (Selasa), 13 September 2016 pada jam 12 tengah malam. Cara-caranya ialah:-

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada "Daftar Qurban Online".
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online dan tulis "Saya Nak Qurban".
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan "Saya Nak Qurban".
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

zabeeh services

Ok jom kita tengok beberapa lagi gambar sekitar ibadah korban yang telah dijayakan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd di luar negara untuk mereka yang telah menempahnya.
zabeeh services
zabeeh services
zabeeh services
zabeeh services
zabeeh services
zabeeh services
zabeeh services
zabeeh services

zabeeh services

Untuk makluman, tahun ini satu bahagian lembu ialah RM300 sementara seekor kambing pula ialah RM580 sahaja.

zabeeh

Abang Nara berharap agar ibadah korban kita tahun ini diterima oleh Allah. Semoga dengan sedikit pengorbanan ini, rezeki kita akan dimurahkan. Sama-sama kita panjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang diberi olehNya.

zabeeh services

Apa-apa pun jangan lupa layari www.zabeeh.com.my dan span style=”text-decoration: underline;”>Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online sekiranya anda masih mahu melakukan ibadah korban tahun ini.

Viral Foto Bogel Bersama Idris Khan Tersebar : Atikah Suhaime Bakal Ambil Tindakan

Posted: 12 Sep 2016 06:42 PM PDT

Nama pelakon Atikah Suhaime sekali lagi dihimpit kontroversi dan menjadi tumpuan ramai apabila foto bogel beliau bersama aktor Idris Khan tersebar secara meluas sejak beberapa hari lepas.

Atikah menerima pelbagai kritikan dan ramai mula mengaitkan beliau kembali dengan isu video "threesome" beliau bersama Idris dan Ammar Alfian sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Ammar nampaknya tidak ingin namanya dikaitkan dalam isu terbaru ini dan meminta pihak media menanyakan hal tersebut kepada Atikah dan Idris.

Ketika Idris tidak dapat dihubungi pihak media, Atikah  pula mengatakan beliau akan mengambil tindakan undang-undang berhubung penyebaran foto berkenaan.

Kenyataan itu dilakukan oleh Atikah selepas seorang peminat menyarankan beliau untuk membuat laporan polis berhubung isu panas berkenaan.

Namun, Atikah apabila dihubungi wartawan Harian Metro enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi tersebut.

Saya tengah belanja raya dengan mak saya.

Sama-sama kita nantikan susulan kontroversi ini, adakah Idris Khan akan terus bersembunyi dan membiarkan orang ramai mencetuskan spekulasi mereka sendiri? Apa pula kenyataan lanjut daripada Atikah selepas ini? Jangan biarkan perkara ini terus menjadi teka-teki, jika benar ia bukan foto anda berdua,  tampil lah untuk ceritakan hal yang sebenar.

Sumber Berita : Harian Metro

(TAHNIAH) Sam Bunkface Timang Cahaya Mata Pertama

Posted: 12 Sep 2016 06:17 PM PDT

Tahniah kami ucapkan kepada Sam Bunkface dan isterinya, Aida atas kelahiran cahaya mata pertama mereka semalam.

Aida telah melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Maleeq. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Sam sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

Assalamualaikum dunia. Let me introduce to you Maleeq bin Shamsul Annuar #alhamdulillah

Ruang Instagram Sam dibanjiri ucapan tahniah oleh peminat dan juga doa agar Maleeq dapat menjadi anak yang soleh buat ibu bapanya.

Alhamdullillah, anak Sam lahir pada hari yang cukup bermakna buat umat Islam. Semoga mereka sekeluarga dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang lebih lagi selepas ini.

“Saat Atlet Paralimpik Harumkan Negara, ‘Pekak’ Burukkan Persepektif Masyarakat Terhadap OKU”

Posted: 12 Sep 2016 05:59 PM PDT

Filem Pekak arahan Mohd Khairul Azri Md Noor menampilkan Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Zaidi Omar. Filem ini menimbulkan kontroversi kerana diharamkan tayangannya di Brunei Darussalam kerana ‘bersifat tidak mendidik’. Brunei mendakwa filem itu memberi pengaruh tidak baik kerana memaparkan babak menghisap dan menjual dadah, pergaulan bebas, keganasan dan wanita menghisap rokok.

 photo 13687199_1718665188382336_1595844968_n.jpg

Satu ulasan lain yang viral memfokus kepada sifat filem itu yang menonjolkan keruntuhan moral masyarakat, namun seorang pembaca telah mengirim satu ulasan kepada kami yang lebih menyentuh mengenai persepektif berbeza mengenai orang kelainan upaya (OKU) yang ditampilkan melalui filem ini. Bagi Amalina Annuar, filem ini tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan OKU di Malaysia. Ikuti tulisan beliau.


DISEBALIK PEKAK | Di Mana Nilai OKU Kita?

Mungkin, ramai yang ingin fokus terhadap isu moral remaja dalam filem ini, namun izinkan saya fokus terhadap isu OKU yang digarap bersama filem ini.

Di saat atlet paralimpik kita terus mengharumkan nama negara dengan tiga emas dalam sukan Paralimpik walaupun wujud kelainan pada diri mereka, PEKAK pula menonjolkan satu aspek berbeza terhadap golongan kelainan upaya. Perspektif ini saya kira, tidaklah akan membuka mata masyarakat, namun menolong untuk memburukkan lagi perspektif terhadap golongan kelainan upaya, sekaligus menjadi satu bentuk stereotaip bahawa mereka yang kelainan upaya ini sanggup membuat kerja-kerja kotor demi sesuap nasi.

Realiti apakah ini wahai pasukan produksi PEKAK?

Jumaat lepas saya berkesempatan untuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan di sebuah hospital. Saya hadir sebagai Pelajar Kajian Khidmat Sosial dari sebuah universiti di selatan Borneo untuk menuntut ilmu dan mengorek pengalaman para Pegawai Pembangunan Masyarakat yang telah lama berkhidmat bagi membantu klien-klien yang hadir dan meringankan beban mereka. Kelihatan pegawai A sibuk menguruskan bantuan bagi seorag pak cik yang bakal mendapatkan kaki palsu, pegawai B sibuk bermesyuarat bagi menyelesaikan sebuah kes, dan pegawai C sedang menjalankan satu sesi bersama kliennya yang ingin memohon bantuan.

Setiap hari, mereka tidak pernah penat atau jemu menulis laporan sosial dan menghantarkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu golongan yang memerlukan. Perkara ini saya kira pasukan produksi PEKAK lupa nak tonjolkan yang sebenarnya kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah sediakan jalan dan bantuan yang bersesuaian tidak kisahlah dari segi wang atau apa-apa yang diperlukan untuk membantu golongan kelainan upaya. Tak payah susah payah nak jual dadah!

Untuk pengetahuan kita semua, sebenarnya golongan kelainan upaya, jika dah berdaftar bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka akan dapat bantuan bulanan, kad OKU yang memberikan mereka pelbagai manfaat. Tinggalnya cuma cepat atau lambat sahaja. Sekali lagi, tak perlu susah payah nak jual dadah.

Ilmu saya dapat dari seorang pegawai Audiologi hari ini, Cochlear Implant (CI) bukanlah satu-satunya cara untuk merawat masalah pendengaran. Ia bukanlah tertakluk pada alatnya sahaja tetapi pelbagai rawatan rehabilitasi yang boleh dilakukan. Benar, rawatan CI memang memerlukan kos yang sangat tinggi, tetapi, janganlah kita terkejut jika saya kata ada sahaja peruntukkan untuk CI ni walaupun berkuota. Jadi, banyak sahaja cara untuk mendapatkan dana bagi rawatan CI ni, tak payah susah payah nak jual dadah!

Melihatkan produksi filem memilih untuk menonjolkan perspektif seorang OKU yang terdesak ingin membuat rawatan CI sehinggakan sanggup membuat kerja yang tidak bermoral saya kira bukan sahaja menjatuhkan martabat seorang OKU, tetapi mewujudkan stereotaip terhadap mereka Sudahlah kelainan mereka sering menjadi asbab mereka dibuli, dicerca, dimaki dan dihina, tayangan filem ini ibarat mencurah minyak pada api yang sedang marak! Agak-agak, tayangan filem sebegini akan memberi sinar baru kepada golongan OKU atau membuatkan keadaan mereka semakin teruk? Pernah kita fikirkan tentang ini?

Dan saya masih garu kepala melihatkan filem PEKAK ini, kenapa watak itu tidak memilih untuk mencari peruntukan dana bagi membantunya? Kenapa mesti jual dadah? Kenapa tidak jual sayur, jual ikan, atau menggunakan apa-apa kemahiran lain yang beliau punya? Kenapa mesti jual dadah ya? Adakah itu sahaja cara untuk mencari rezeki?

Ini mengingatkan saya pada sebuah filem yang menjadi hit beberapa tahun dahulu. Filem My Name Is Khan yang memaparkan Rizvan Khan yang menghidap Asperger's Syndrome (kini disatukan dalam autism spectrum disorder). Di negara kita, apa yang Rizvan Khan hidap ini masih tergolong dalam kumpulan OKU. Namun begitu, My Name Is Khan mempamerkan bagaimana seorang lelaki yang dihalau isteri, mampu meneruskan hidup di jalanan, mencari rezeki dengan menggunakan kemahiran beliau untuk membaiki segala jenis benda, dari peti ais hinggalah ke enjin kereta. Kenapa dia tak jual dadah ya di sebuah negara yang kita tahu penggunaan dadahnya berleluasa?

Kalau pembaca nak tahu, sebenarnya, negara kita mempunyai Akta Orang Kurang Upaya (2008). Akta ini digubal untuk mengiktiraf golongan OKU serta hak-hak mereka di Malaysia. Saya nukilkan sedikit Muqaddimah akta ini untuk kita sama-sama hayati:

AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

MENGIKTIRAF bahawa ketidakupayaan merupakan suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara orang kurang upaya dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan dengan orang upaya:

MENGIKTIRAF sumbangan sedia ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh orang kurang upaya kepada kesejahteraan dan kepelbagaian komuniti dan masyarakat keseluruhannya:

MENGIKTIRAF kepentingan kebolehaksesan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan, kepada kesihatan dan pendidikan serta kepada maklumat dan komunikasi, bagi membolehkan penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat:

MENGIKTIRAF bahawa orang kurang upaya adalah berhak kepada peluang dan perlindungan, serta bantuan sama rata dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan dan perlindungan hak sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan:

MENGIKTIRAF kepentingan kerjasama antara Kerajaan dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan dan penglibatan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat:"

Jadi, soalan saya sekali lagi, kenapa perlu jual dadah?

Kenapa harus kita pertontonkan kepada masyarakat sudut keburukan sesuatu hal yang membarah dalam masyarakat, sedang itu kita sama-sama cuba rawat? Kenapa harus kita mencemarkan maruah golongan OKU dengan mengaitkan mereka dengan kegiatan yang tidak bermoral? Apakah negara kita ini terlalu pekak untuk tidak menyediakan keperluan asas sebegini untuk mereka yang sangat memerlukan?

Tugas sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat menuntut untuk berpegang kepada Ilmu, Kemahiran dan Nilai-nilai tertentu untuk membawa satu perubahan kepada pengguna ke arah kebaikkan. Salah satu nilai yang kami pegang adalah nilai 'empowerment'. Itulah tugas dan kewajipan pegawai-pegawai ini, membantu membela nasib golongan yang memerlukan, membantu mencari jalan penyelesaian dan membantu agar klien mampu berdikari walaupun mempunyai kekurangan dalam upaya diri.

Filem PEKAK yang digarap ini tidak sedikit pun menonjolkan nilai-nilai tersebut. Hanya menambah modal untuk masyarakat yang masih belum faham mencerca mereka. Saya mohon maaf jika bunyinya kasar, tapi pernahkah anda terfikir perasaan mereka? Jika cara OKU untuk mandiri hanyalah dengan menjual dadah, kenapalah wujud NGO-NGO yang sudi menyediakan pusat latihan kemahiran bagi golongan OKU ya?

Pada pandangan saya, filem ini adalah tidak lain tidak bukan satu penghinaan terhadap golongan OKU. Apabila FINAS berpendirian untuk mempertahankan 'karya seni' ini, apakah yang mereka cuba kecapi? Rating dan pulangan wang dalam menyemarakkan lagi semangat kapitalisme melalui hiburan?

Sebenarnya-

Filem ini yang PEKAK terhadap hak dan bantuan yang patut mereka dapat.

Filem ini yang PEKAK kerana mengajar masyarakat bahawa golongan OKU hanya dapat cari wang melalui aktiviti yang tidak bermoral.

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara!

Mohon kaji semula bagi menjaga kemaslahatan masyarakat yang pelbagai lapisnya.

Amalina Annuar
Mahasiswa Jurusan Kajian Khidmat Sosial
Universiti Malaysia Sarawak
Tokoh Mahasiswi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) 2016

Sebelum ini melalui Malay Mail Online, pelakon wanita utama Pekak, Sharifah Amani memberitahu sifat filem Pekak ialah mendidik tanpa menyorokkan realiti. Kata Amani:

Alhamdulillah kita duduk di Malaysia, di mana orangnya lebih memahami cara untuk mendidik melalui seni visual.

Kita jangan menipu atau jangan cuba sorok [realiti] … Itu cara kita berdakwah. Insya Allah, orang dapat kebaikan daripadanya.

Semua cerita dalam dunia ini ada unsur negatif dan Pekak memaparkannya. Seperti sebuah kehidupan, semuanya ada yang hitam dan putih.


Filem ini tercalon sebagai filem antarabangsa terbaik di Festival Filem Filipina 2015 dan ditayangkan di Festival Filem Cannes 2016.-beautifulnara.com

__________________________________________________________________________________________

 photo Beau Nara Blog Post Picture.jpg

Korang dah melabur tak? Kalau belum, kenapa ya? Takut? Tak paham? Tak tau nak tanya siapa? Kalau macam tu, apa kata korang gi InvestSmart® Fest 2016! Bertempat di Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur, InvestSmart® Fest 2016 akan berlangsung dari 10 pagi hingga 9 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, 23 hingga 25 September 2016!

Kalau korang rasa cam pernah dengar nama InvestSmart® nih, dulu kan Abang Nara ada post pasal seminar diorang. Tak kiralah kalau korang minat saham, unit amanah, skim persaraan swasta, dana dagangan Bursa, pendanaan ekuiti ramai, InvestSmart® Fest 2016 ialah sumber maklumat pelaburan terbaik untuk korang! Diorang buat event ni ala-ala karnival sikit tau, ada ferris wheel la, carousel la, tembak itik la. Ais krim ngan popcorn free pun ada beb! Dahla pegi memang dapat goodie bag, cabutan bertuah (lucky draw) pun ada tau, ada iPhone la, Samsung la, TV la, macam-macam la!

Korang boleh call 03-6204 8127 atau Like FB "InvestSmart SC" untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang InvestSmart® Fest.

Bukan nak cakap ape la, retis pun dah post pasal InvestSmart® ni kat IG dorang. Check out IG dorang: Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa, Abam Aaron Aziz dan Elfira Loy. Abang dengar kan, mungkin satu atau dua daripada retis nih akan turun InvestSmart® Fest 2016! Ops, cakap pasal turun, korang tau tak Abang Nara pun gi InvestSmart® Fest 2016 nih tau, so kalau kelapangan datang la lepak ngan Abang Nara! Tapi hari apa ya Abang Nara turun? Ha, kalau nak tau kenalah gi InvestSmart® Fest 2016 nih, kita sama-sama sakat retis jom!

?Excited nak tahu teknik betul dan smart untuk belajar melabur secara sah! Tunggu ape lagi, jom ramai-ramai ajak mak ayah adik kakak abam semua pre-register untuk InvestSmart® Fest 2016!

Toknek.com RSS Feed

Posted: 13 Sep 2016 02:12 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


They Are Not Ordinary They Are Extraordinary Luaq Biasa

Posted: 13 Sep 2016 01:02 AM PDT


Sukan Paralimpik 2016 nampaknya memberikan kita semua satu berita yang cukup membanggakan apabila wakil negara yang berjuang di sukan Paralimpik Rio iaitu Ridzuan Ziyad dan Abdul Latif Romly telah...

Atikah Suhaime Akan Ambik Tindakan Undang Undang

Posted: 12 Sep 2016 11:42 PM PDT


tak mau mengulaih lanjut tentang pasai gambaq bogey yang didakwa sebagai dirinya dan jugak pelakon Idris Khan Atikah Suhaime melalui Harian Metro menjelaihkan bahawa dia akan ambik tindakan undang...

Sekitaq Majlih Khatam Al Quran Deena Emir Bakai Isteri Saharul Ridzwan

Posted: 12 Sep 2016 11:28 PM PDT


bakai menikah pada 16 September iaitu hari Jumaat minggu ni bakai isteri Saharul Ridzwan Deena Emir baghu baghu ni telah mengadakan majlih khatam Al Quran dan doa selamat Majlih berkenaan berla...

Cheq Memang Mau Percepatkan Yang Sepatutnya Doakan Kami Shahiaq Af8

Posted: 12 Sep 2016 11:26 PM PDT


Sejak Erra Fazira mula memuat naik gambaq Shahiaq dan memberikan ucapan agak bermakna buat lelaki tu sempena hari jadinya ghamai yang mula berbicara semula pasai hubungan depa berdua ghamai seb...

Hero La La Nih Tak Berkualiti Sapa-sapa Saja Boleh Berlakon Kalau Wajah Kacak Ako Mustapha

Posted: 12 Sep 2016 11:24 PM PDT


Ako Mustapha kami yakin kalau hampa peminat drama tegaq tentu hampa masih dok ingat dengan pelakon ni yang dahulunya menjadi kegilaan pompuan diluaq sana Namun beliau la nih jarang jengoi didal...

Menangi 40 Pasang Tiket Filem Bridget Jones S Baby 27 September Ni

Posted: 12 Sep 2016 11:22 PM PDT


Sekiranya umoq hampa lebih kughang toknek iaitu sekitaq 30 an pastinya hampa penah menonton filem Bridget Jones Filem romantik komedi inilah yang telah mempopulaqkan Ren e Zellweger toknek nga...

Super Mario Run Turut Serta Datang Ke Android

Posted: 12 Sep 2016 08:32 PM PDT


Pada mulanya ia diumumkan untuk iOS ternyata Super Mario Run akan datang ke peranti Android jugak pasai ni adalah permainan rasmi Mario yang pertama untuk telefon bimbit ni agak masalah besar ...

Sam Bunkface Timang Anak Pertama

Posted: 12 Sep 2016 08:30 PM PDT


Tahniah kami ucapkan kepada Sam Bunkface dan isterinya Aida ataih kelahiran anak pertama depa kemarin Aida telah melahiaqkan soghang bayi lelaki yang diberi nama Maleeq berita gembira hat sama...

Sekitaq Majlih Akad Nikah Nazim Othman Dan Bella Dally

Posted: 12 Sep 2016 08:28 PM PDT


Akhiaqnya pasangan kegemaran ghamai Nazim Othman dan Bella Dally telah menikah pada hari Sabtu lepaih di Hotel Promanade Kota Kinabalu Sabah Alhamdullillah majlih yang bertemakan segheba puti...

Viral Gambaq Bogey Bersama Idris Khan Tersebaq Atikah Suhaime Bakai Ambik Tindakan

Posted: 12 Sep 2016 08:26 PM PDT


Nama pelakon Atikah Suhaime sekali lagi dihimpit gosip dan menjadi tumpuan ghamai apabila gambaq bogey beliau bersama aktoq Idris Khan tersebaq secara meluas sejak beberapa hari lepaih Atikah me...

Panggilan Terakhiaq Untuk Laku Ibadah Korban Sempena Aidiladha Ni

Posted: 12 Sep 2016 08:24 PM PDT


lagu mana sambutan Hari ghaya Aidiladha hampa semua sempoii tak toknek satu famili tahun ni beraya di kola Lumpoq je Meriah tetap meriah syok dapat bawak Aariz tengok proses penyembelihan lem...

Bella Astillah Tak Halang Aliff Aziz Berlakon Adegan Romantik

Posted: 12 Sep 2016 08:22 PM PDT


Ingin menjadi soghang isteri yang memahami kerjaya suaminya Bella Astillah tak akan menghalang Aliff Aziz untuk berlakon adegan romantik jelaih Bella beliau tau akan kebolehan serta bakat Alif...

Pm Singapura Arah Siasat Punca Kematian Kambin Korban

Posted: 12 Sep 2016 07:32 AM PDT


Kematian 121 ekoq kambin setibanya di Singapura untuk dijadikan korban mendapat perhatian Perdana menteghi Lee Hsien Loong apabila beliau mengarahkan siasatan bagi mengetahui punca kejadian tu berl...

Mai Kenai Ancaman Viruih Zika

Posted: 12 Sep 2016 07:22 AM PDT


Pada 1 Februari 2016 lepaih Pertubuhan Kesihatan Sedunia World Health Organization WHO mengisytihaqkan kecemasan kesihatan awam berikutan peningkatan keh bayi yang dilahiaqkan berkepala kecik ...

Pengertian Dan Maksud Sebenaq Haji Mabroq

Posted: 12 Sep 2016 07:02 AM PDT


Haji mabroq adalah haji yang dilaku oleh oghang yang memiliki hubungan baik dengan Allah dan lingkungan sekitaqnya Nama Mabroq ertinya adalah diberkati Berbuat Kebajikan Dalam kitab Fathoi Baar...

Apa Tu Kencin Tikuih Punca Jangkitan Simptom Dan Rawatannya

Posted: 12 Sep 2016 04:02 AM PDT


Penyakit kencin tikuih ialah penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria Leptospira yang disebaqkan melalui haiwan masa mula mula ditemui bakteria ni dikenai konfem berpunca daripada tikuih dan...

Isu Gambaq Bogey Idris Khan Atikah Suhaime Ammaq Alfian Takmau Dikaitkan

Posted: 12 Sep 2016 02:22 AM PDT


Kalau pembaca masih dok ingat Ammaq Alfian Idris Khan dan Atikah Suhaime penah ghamai dok kata merakam aksi seks threesome menggunakan telefon bimbit sekitaq Oktober 2015 Ketiga tiga depa takma...

myartis.com

Posted: 13 Sep 2016 01:50 AM PDT

myartis.com


TERKINI - SAHARUL BERCINTA DENGAN DEENA 4 TAHUN

Posted: 12 Sep 2016 08:51 PM PDT



Jika sebelum ini Saharul Ridzwan menafikan sudah lama bercinta dengan bakal isterinya Qaabila Deena Emir, terkini kami telah menerima beberapa screenshot Twitter yang mendakwa sebaliknya.

Menurut pengirim dan apa yang tertera di Twitter itu, Saharul Ridzwan sebenarnya telah bercinta dengan Deena hampir empat tahun lamanya. Namun Saharul Ridzwan bijak menyembunyikan rahsia tersebut sehinggalah tarikh perkahwinan mereka iaitu pada 16 September ini diumumkan olehnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

20 GAMBAR - MAJLIS DOA SELAMAT & KHATAM AL-QURAN BAKAL ISTERI SAHARUL RIDZWAN

Posted: 12 Sep 2016 05:45 PM PDT



Bakal melangsungkan pernikahan 16 September ini, bakal isteri Saharul Ridzwan, Deena Emir telah mengadakan majlis doa selamat serta majlis khatam Al-Quran baru-baru ini.

Majlis berlangsung yang secara sederhana itu telah diadakan di Kampung Bahagia, Teluk Intan.

Tahniah diucapkan dan semoga segala urusan dipermudahkan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISTERI HAZIQ AF4 SELAMAT BERSALIN

Posted: 12 Sep 2016 04:24 PM PDT



Hadiah istimewa buat bekas Akademi Fantasia musim Ke-4, Haziq Rosebi sempena sambutan Aidiladha apabila isterinya, Maisarah Mohd Sidki selamat melahirkan seorang anak lelaki pada pukul 12.49 pagi semalam secara pembedahan di Hospital Putrajaya.

Haziq memaklumkan bayi seberat 2.87 kilogram itu dilahirkan lebih awal daripada jangkaan iaitu 23 September ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

4 GAMBAR - SAM BUNKFACE TIMANG 'BABY BOY'

Posted: 12 Sep 2016 03:48 PM PDT



"Assalamualaikum dunia. Let me introduce to you Maleeq bin Shamsul Annuar. Alhamdulillah," maklum Sam Bunkface yang kini bergelar bapa apabila isterinya, Aida Azira Husin telah selamat melahirkan anak sulung mereka semalam.

Berita gembira yang dikongsikan Sam di laman IGnya itu tidak henti-henti mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ALHAMDULILLAH, IBU SHILA LAMA IKUT JEJAK ANAK PELUK ISLAM

Posted: 12 Sep 2016 03:26 AM PDT



Masihkan anda ingat dengan bekas pelakon dan model Shila Lama atau nama penuhnya Nabila Shila Lama Abdullah? Meskipun sudah meninggalkan dunia hiburan, namun Shila sebenarnya aktif sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Mualaf Berhad.

Terkini, ibunya Wong Lan Eng, 74, pula mengikut jejak langkah Shila memeluk islam pada Majlis Korban Perdana Bersama Mualaf 2016 anjuran Surau Manba'ul Taqwa dan Koperasi Mualaf Berhad di Padang Bola, Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment