Live Streaming Siaran Langsung JDT vs South China 20.9.2016 suku akhir kedua Piala AFC. Perlawanan penting yang bakal menentukan pasukan manakah yang akan melangkah ke peringkat separuh akhir. Perlawanan kedua Quater Finals ini akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin pada 20 september 2016. Untuk rekod, keputusan perlawanan pertama South China vs ...
Biodata Aiman Tino. Semenjak lagu Ku Rela Dibenci popular, nama Aiman Tino semakin dikenali dalam dunia hiburan tanahair. Siapakah gerangan penyanyi muda yang berbakat besar ini. Dibawah dikongsikan serba sedikit biodata penyanyi ini. Nama Penuh: Mohd Aiman Yusri Nama Popular: Aiman Tino Umur: 18 tahun (2016) Agama: Islam Warganegara: Malaysia Kerjaya: Penyanyi Hobi: Bermain gitar ...
Biodata Amira Othman. Pasti ramai yang mula mengenali penyanyi yang lahir dari program Akademi Fantasia ( AF ) pada tahun 2013 setelah muncul dalam drama Abang Bomba I Love You yang disiarkan di Astro Ria. Selain itu lagu Hati-hati beliau turut menjadi OST untuk drama tersebut. Berikut adalah serba sedikit biodata atau profile bekas pelajar ...
Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You. Kepada peminat drama melayu pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan drama bersiri terbaru di Astro Ria. Bakal mengandingkan Hisyam Hamid dan Amira Othman selaku pelakon utama. Abang Bomba I Love You telah mula bersiaran pada 12 september 2016 setiap jam 10 malam isnin hingga khamis. Akan bersiaran sebanyak 16 episod. ...
You are subscribed to email updates from Info Semasa. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un | Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan apabila seorang mangsa yang menahan kesakitan masih mampu meriba anaknya buat kali terakhir selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 75 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Sekinchan pagi tadi. Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, mangsa, Norazila Kamarudzaman, 28, yang […]
Anak jelas punca Datuk Haron Din dikebumi di Amerika Syarikat! Anak Allahyarham Datuk Haron Din, Dr. Huda Haron tampil menjelaskan sebab-sebab mengapa ayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore di San Francisco, California, Amerika Syarikat. Sambil memohon maaf, Huda melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya pada pukul 8.30 pagi […]
Punca Cuepacs bantah cadangan waktu bekerja 6 jam terjawab! Baru-baru ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mencadangkan pengurangan waktu bekerja penjawat awam daripada selama 8 jam sehari kepada enam jam sehari. Cadangan berkenaan telah dapat perhatian daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Bagaimanapun beliau berkata, ia perlu penelitian kerana pelbagai faktor […]
Tiba-tiba saja isu pertukaran Menteri Besar muncul kembali. Malah kali ini diberitakan Najib Razak mahu menukar empat ketua kerajaan negeri iaitu Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Selain faktor kesihatan dan sudah lama berkhidmat, Najib juga difahamkan merancang pertukaran itu kerana memerlukan pemimpin baru untuk menerajui parti dan kerajaan di negeri-negeri yang terbabit itu.
Sementara isu pertukaran ini mungkin menyebabkan penyandang sedia ada, terutama yang sedar memang ada masalah tertentu membelenggu mereka dalam menjalankan tugas seharian, mula menghitung hari-hari terakhir di puncak kuasa peringkat negeri, pemimpin yang lain barangkali mula mencatur strategi untuk mengisi kekosongan yang ada itu.
Tidak mustahil sudah ada yang mula berangan-angan, memasang badan dan menempah baju Melayu baru ketika ini. Yang melobi, merapatkan diri atau lebih kerap mencium tangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga tentunya bertambah ramai kebelakangan ini.
Menteri Besar sedia ada mungkin turut merasakan mereka sudah kekurangan penyokong dan pengampu sehari dua ini. Biasanya begitulah, bila pokok sudah mula senget mahu tumbang, kera dan monyet pun tidak lagi berminat bergayut di dahannya.
Menukar Menteri Besar adalah proses biasa bagi mana-mana kerajaan negeri. Pertukaran boleh dilakukan atas pelbagai sebab dan kadangkala juga direka sebab-sebabnya.
Tetapi sebelum Najib mahu menukar keempat-empat Menteri Besar itu, apakah UMNO dan BN begitu yakin akan terus berkuasa di negeri-negeri tersebut?
Apakah sokongan rakyat makin bertambah atau kian berkurangan dengan rancangan pertukaran Menteri Besar itu?
Begitu juga dengan peranan Menteri Besar-Menteri Besar yang tahu jawatan mereka akan ditanggalkan, apakah mereka akan bekerja bersungguh-sungguh sewaktu kempen PRU 14 nanti atau hanya bersikap sambil lewa sahaja?
Tidak mungkinkah juga berlaku lebih banyak unsur sabotaj, tidak mahu bekerja atau lepas tangan di kalangan penyokong atau orang kuat Menteri Besar yang digugurkan itu?
Lebih tidak mustahil ialah bagaimana jika sementara Najib merancang melakukan pertukaran pemimpin, rakyat atau pengundi pula membuat pertimbangan untuk menukar kerajaan di empat negeri terbabit?
Jika UMNO dan BN terumbang-ambing, hilang banyak kerusi dan mungkin juga gugur kuasa di peringkat negeri, tidakkah ia secara langsung akan menyukarkan lagi Najib mengekalkan kuasanya di Pusat?
Akhirnya, empat Menteri Besar yang dirancang untuk digugurkan itu mungkin juga merupakan sebab untuk Najib sendiri lebih mahu ditukarkan. Berbanding pertukaran empat Menteri Besar, lebih ramai sebenarnya yang mahu Najib digantikan.
Bahkan, pasti lebih ramai yang gembira jika Najib dan keempat-empat Menteri Besar itu dapat digugurkan secara serentak. (SH 19/09/2016).
Berikut adalah petikan berita yang disiarkan secara meluas pada 17 September 2016 yang lalu:-
Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah "Lead By Example" oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Unesco.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Unesco Malaysia, Alias Ahmad berkata, anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah program Permata.
"Pengiktirafan ini sekaligus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, anugerah sempena Persidangan Agung ke 71 PBB itu julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.
Kata kenyataan itu lagi, anugerah akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-Wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini di Muzium Keseniaan Metropolitan, New York.
Bagaimanapun, laporan New York Times hari ini menyebut bahawa Unesco mengumumkan penarikan balik gelaran yang sepatutnya diberikan kepada Rosmah itu.
Punca ia ditarik balik ialah berkaitan dana Permata yang didakwa meragukan dan walaupun pihak penganjur tidak menyedari wujud sebarang salah laku, mereka juga tidak cukup masa untuk membuat pemeriksaan.
Penarikan balik gelaran itu tentu saja mengecewakan Rosmah yang mungkin sudah bersiap-siap untuk berlepas ke New York, walaupun Najib tidak hadir ke persidangan PBB kali ini dan mewakilkan Zahid Hamidi mengetuai delegasi Malaysia.
Persoalannya, mengapa dana Permata tiba-tiba diragui?
Apakah keraguan mengenai dana Permata itu ada kaitan juga dengan wang 1MDB yang dilaporkan hilang selama ini?
Jika selama ini kita diberitahu pembiayaan Permata datangnya daripada wang kerajaan, malah Najib sendiri mengumumkan peruntukan dalam beberapa ucapan belanjawan yang dibentangkannya, bagaimana Unesco boleh turut meraguinya dan kemudian membatalkan anugerah yang sepatutnya diterima Rosmah?
Mustahil wang kerajaan sendiri boleh diragui?
Mungkinkah Permata ada menerima dana 1MDB secara sembunyi-sembunyi dan tanpa kita ketahui?
Adakah penarikan balik anugerah itu juga ada kaitan dengan saman Jabatan Kehakiman AS atau berhubung-kait dengan sebarang penemuan penyiasat antarabangsa berkaitan wang 1MDB yang telah dilencongkan?
Satu lagi persoalan yang tentunya rakyat Malaysia ingin jawapan daripada Rosmah sendiri. (SH 19/09/2016).
Selepas jabat salam bersejarah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka berdua hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bagaimanapun, adakah Anwar sudah memaafkan musuh politik 18 tahunnya itu yang 'mencantas' masa depan politiknya hampir dua dekad lalu?
Tambahan lagi ketika berdepan gesaan mohon maaf terbuka anak perempuannya Nurul Nuha.
Berdepan soalan itu hari ini, Anwar kelihatan keberatan mengeluarkan kenyataan pasti bahawa beliau telah memaafkan bekas mentor yang membawa beliau menyertai politik pada era 70-an itu.
Pemberita: Susulan anak perempuan kamu buat kenyataan, kamu masih mahu beliau minta maaf?
Anwar: Saya sudah jelaskan. Masalahnya ia terjadi tiba-tiba; saya tiada peluang bercakap dengan anak-anak saya sebelum ini, tetapi sekarang oleh kerana saya sudah jelaskan keadaan pada mereka, cukuplah.
“Sudah tentu kami menderita...”
Jadi kamu sudah maafkan beliau?
[…] sangat hargai, sudah tentu saya terima kasih pada beliau dan beliau beri sokongan bukan saja pada (isu) MKN tetapi juga reformasi. Ini yang penting.
Boleh kami kata kamu sudah maafkan beliau?
Saya sudah banyak kali maafkan banyak orang, tetapi yang saya bimbangkan adalah keadaan sekarang ini, kerana masyarakat pada masa ini harus hentikan gangguan dan ketidakadilan.
Anwar berkata demikian ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Beliau memberi keterangan dalam saman melawan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
ULASAN l Persempadanan semula sempadan kerusi yang dicadangkan oleh SPR akan memberi kesan kepada 13 kerusi negeri di 7 kawasan Parlimen di Kedah.
Kerusi-kerusi dewan undangan negeri yang terlibat ialah Kuah, Ayer Hangat, Derga, Bakar Bata, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Pengkalan Kundor, Bukit Selambau, Sidam, Merbau Pulas dan Lunas.
Penerima manfaat terbesar dari keseluruhan persempadanan semula di Kedah adalah tidak lain daripada Datuk Seri Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah yang memenangi kerusinya, Bakar Bata dengan majoriti tipis 895 undi pada PRU lalu.
SPR telah mencadangkan untuk memindahkan keluar 1,785 pengundi yang terdiri daripada 63 peratus pengundi bukan Melayu di kawasan MB, dan memasuki 1,365 pengundi yang terdiri daripada pengundi Melayu 91 peratus daripada kerusi DUN itu bersebelahan Anak Bukit ke dalam kerusi MB.
Tiada penjelasan diberikan oleh SPR untuk pemindahan pengundi-pengundi sewenang-wenangnya mengikut kaum di kerusi MB, yang kelihatan dibuat hanya untuk meletakkan MB dalam kedudukan yang lebih selamat untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Cadangan lain oleh SPR kelihatan disasarkan kepada kerusi yang dimenangi pembangkang dengan majoriti tipis dengan memindah keluar pengundi bukan Melayu dari kerusi-kerusi.
Sebagai contoh, di kerusi Alor Mengkudu, SPR telah mencadangkan untuk memindahkan keluar daerah mengundi yang mempunyai jumlah tinggi pengundi bukan Melayu seramai 2,186 pengundi, dan memasuki 1,188 pengundi, yang terdiri daripada pengundi Melayu 77.5 peratus daripada kerusi DUN Pengkalan Kundor.
Di kerusi Bukit Selambau dimenangi oleh PKR dengan majoriti tipis 530 undi, SPR telah mencadangkan untuk memindahkan 8,145 pengundi dari daerah mengundi Taman Ria Jaya yang terdiri daripada 52 peratus pengundi bukan Melayu.
Di kerusi Merbau Pulas dimenangi oleh PAS dengan majoriti 633 undi, SPR telah cadangkan untuk memindahkan keluar daerah mengundi dengan peratusan pengundi bukan Melayu tinggi berjumlah 3,838 untuk meningkatkan peratusan pengundi Melayu di kerusi itu.
Kecuali apa yang kelihatan mensasarkan kerusi yang dimenangi pembangkang dengan memindahkan pengundi perkauman, SPR tidak membuat apa-apa cadangan jua di Kedah untuk menangani kritikan awam terhadap pembahagian "malapportionment" kerusi tidak adil yang melanggar prinsip sejagat satu pengundi, satu undi dan satu nilai.
Sebagai contoh di bawah cadangan SPR baru, kita mempunyai kerusi DUN seperti Lunas dengan 44,938 pengundi, yang mempunyai lebih daripada dua kali ganda bilangan pengundi berbanding Kota Darul Aman, yang terletak di ibu kota Alor Setar, dengan hanya 21,480 pengundi.
Malah kerusi DUN Lunas mempunyai lebih ramai pengundi daripada kerusi-kerusi Parlimen tertentu seperti Padang Terap dengan 42,877 pengundi dan Langkawi dengan hanya 37,645 pengundi, di mana wakil rakyat ADUN akan dikehendaki untuk berkhidmat untuk lebih ramai pengundi daripada ahli-ahli parlimen.
Sebaliknya kita mempunyai kawasan Parlimen besar yang tidak berjustifikasi dengan wajaran pengundi yang tidak sama rata seperti Sungai Petani (101,829 pengundi), Baling (94,809 pengundi) dan Kuala Kedah (91,478 pengundi) berbanding Padang Terap (42,877 pengundi), Sik (47,045 pengundi) Jerlun (51,718 pengundi), Kubang Pasu (65,893 pengundi) atau Alor Setar (73,687 pengundi).
Rakyat Malaysia tidak seharusnya ditipu lagi menerusi penipuan pilihan raya dan manipulasi persempadanan semula memihak satu pihak seperti yang disaksikan kami dalam PRU ke-13 di mana pembangkang telah mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus kerusi parlimen.
Oleh itu saya menyeru rakyat Kedah untuk keluar sepenuhnya memberi sokongan kepada konvoi BERSIH 5 yang akan bermula di Kangar pada 1 Oktober ini yang akan menuju ke arah selatan melalui Alor Setar dan kawasan lain di Kedah untuk membantah pengekalan amalan terkini SPR yang sama sekali tidak demokratik dan tidak adil dalam merangka sempadan pilihan raya.
GOOI HSIAO LEUNG adalah ahli parlimen Alor Setar merangkap timbalan pengerusi PKR Kedah dan ahli majlis pimpinan pusat PKR.
Nie nak habaq kat PAS dan HAJI HADI kita tengok sapa yang berlutut nanti ok...
So far pada aku...aku skrg tak heran dah.. 2 penjuru ka 3 penjuru ka... kalau PAS nak duduk dengan dunia dia..dipersilakan...
Aku yakin jika 2 penjuru BN berkubur dan jika 3 penjuru pun BN berkubur...cuma PH & BERSATU ken wujudkan satu kerjasama yg jitu... insyaallah....
Cth mudah kira2 bangang aku jika 3 penjuru..
Masa PRU13.. katakan satu kawasan BN menang majority 2000 undi dengan jumlah pengundi dikatakan 10,000....
Jadi masa tu BN dapat 6000 undi dan PR dapat 4000 undi...
Katakan masa PRU14 nanti BN berpecah PR berpecah...
katakan undi BN berpecah ke BERSATU dan anggaran dia dalam 40% undi swing ke BERSATU... jadi undi diperolehi BERSATU ialah 2400...dan yg tinggal BN ialah 3600 undi...
Dalam PR dah pecah jd PH & PAS...cth undi diperolehi ialah berdasarkan 2 prk baru2 nie dimana didapati ia sudah berpecah 50/50.. dari itu berdasarkan undi PRU13 maka PAS akan dapat 2000 undi dan PH akan dapat 2000 undi...
Berdasarkan kiraan ini.. BN = 3600 PH = 2000 BERSATU = 2400 PAS = 2000
cuba hgpa campoq tengok jikamana PH & BERSATU ada kerjasama...
Jadi pakat pikiaq ambik laa nooo....
#SHARE #LIKE ikut suka hagpa laaa ���
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
LG boleh ghamai dok kata agak kughang memfokuihkan pasaran tempatan berbandin pengeluaq peranti yang lain la nih setelah sekian lama LG G5 diperkenaikan hari ni ia telah pun ditawaqkan oleh par...
Sedarkah hampa bahawa saban tahun perbelanjaan semakin meningkat dan sebenaqnya hampa sangat memerlukan perancangan perbelanjaan yang betoi bagi mengelakkan hampa terduduk di penghujung hari ka...
Selepaih bernikah pada pagi 16 September lepaih pasangan Saharul Ridzwan dan Deena Emir telah mengadakan majlih persandingan disebelah petang hari yang sama bertempat di di Dewan Sri Siantan Putra...
Isu gambaq bogey Atikah Suhaime masih dok belum reda lagi la nih timboi pulak berita bahawa beliau dah putuih cinta dengan buah hatinya yang merupakan soghang juruterbang Menurut satu sumber A...
Nampaknya ruangan Cik Pang di Harian Metro betoi betoi geram dengan sikap pelakon baghu Raysha Rizrose pasai didakwa mula menunjukkan sikap diva tak bertempat Kata Cik Pang dah beberapa kali di...
penah bergelaq penyanyi hingga menembusi peringkat antarabangsa dulu buat ghamai yang tak percaya tentang pasai penghijrahan yang berlaku terhadap Mizz Nina Namun bagi dirinya penghijrahan yang ...
Beteri Pek mudah alih ataupun protective cases adalah sangat berguna bukan hanya untuk pengguna smart phone malah untuk peranti mudah alih yang lain jugak jelaih sekali untuk gedget yang besaq P...
Pelakon Anih Al Idruih takmau mengaku gosip kononnya percintaan beliau bersama hero drama Sayangku ketua Mukhriz iaitu Raja Afiq sedang retak menanti belah Anih ngaku beliau tergempaq mendenga...
Sebelum ni ghamai yang boleh menghidu bahawa Mia Ahmad ada hubungan skandai dengan penjaga gol JDT Izham Tarmizi Roslan gosip percintaan depa bermula apabila Izham membuat kejutan besday ist...
Google pada I O yang lepaih telah memperlihatkan dua aplikasi komunikasi baghu iaitu satu untuk panggilan video yang dinamakan Duo dan satu lagi adalah Allo macam ghamai sedia maklum Duo tela...
Hujung minggu lepaih sebuah surat khabaq mingguan tempatan menceghitakan penyanyi dan pelakon Cat Farish dah bercerai dengan isterinya Hartiny Ramli selepaih sembilan tahun mendirikan rumah tangg...
Tanggai 17 September lepaih sepatutnya menjadi tarikh bermakna buat Fara Fauzana apabila beliau mengumumkan bakai menamatkan zaman bujangnya pada hari berkenaan Namun manusia hanya mampu meranc...
Gara gara menolak ajakan soghang pompuan berstatuih VIP yang ingin bertemu dengannya sebelum ni pelakon Remy Ishak terpaksa menanggung pelbagai masalah yang mengancam keselamatan beliau masa ni ...
Hubungan ghapat antara Rita Rudaini dan Donna Muslim merupakan topik hangat yang menjadi bualan ghamai sejak minggu lepaih lagi ghamai yang menyimpan harapan terutama sekali peminat Rita yang me...
Umum mengetahui pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong sehingga la nih masih dok lagi cuba try test untuk memperbaiki hubungan depa Pelbagai spekulasi dan kenyataan yang keluaq tapi sehingga la ...
Setelah lebih daripada empat bulan mengandung, Ummu Syaikhah Stacy Anam kini dilihat makin tembam. Mungkin agaknya isteri kepada Akim Ahmad ini makin berselera menjamu selera dan senang hati. Heh!
Untuk rekod, Stacy berkahwin dengan Akim pada 5 Februari lalu di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.
Bekas hos saluran h!Live, Shalma Ainaa Bruhanuthen, 25, dan pasangannya, penyanyi baharu Wan Imar Izzat telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan malam semalam di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri ahli keluarga, saudara-mara, teman rapat serta rakan-rakan artis.
Antara rakan-rakan yang hadir ialah Lisa Surihani, Hanis Zalikha, Liyana Jasmay, Kilafairy, Sweet Farhana dan Norman Abdul Halim.
Selepas bernikah pada pagi 16 September lepas, pasangan Saharul Ridzwan dan Deena Emir telah mengadakan majlis persandingan disebelah petang hari yang sama bertempat di di Dewan Sri Siantan Putrajaya.
Majlis tersebut berlangsung dengan cukup indah sekali dengan kehadiran ahli keluarga, sanak saudara, teman rapat, rakan artis dan juga produser drama.
Saharul dan Deena kelihatan cukup kacak dan anggun sekali.
Khas buat anda, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis persandingan Saharul Ridzwan dan Deena Emir dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Isu foto bogel Atikah Suhaime masih belum reda lagi, kini timbul pula berita bahawa beliau sudah putus cinta dengan kekasihnya yang merupakan seorang juruterbang.
Menurut satu sumber, Atikah kini sudah mempunyai cinta hati baru hanya selepas seminggu berpisah dengan bekas kekasihnya.
Menerusi laman Twitter kami dapati seorang lelaki bernama Sherzod Yusuf memuat naik foto beliau berpegangan tangan bersama Atikah dengan status menggambarkan pelakon wanita itu adalah teman wanitanya.
Atikah juga ada "repost" status Twitter berkenaan.
Untuk pengetahuan anda, Sherzod merupakan seorang model yang berasal daripada Uzbekistan dan sebenarnya cukup terkenal di Malaysia dan ramai gadis tempatan yang tergila-gilakannya.
Jika benar ini kekasih Atikah Suhaime, nampaknya beliau memang cepat "move on" daripada hubungan beliau yang dahulu. Mungkin Atikah tidak boleh tahan melihat ketampanan Sherzod. Heh? Apa-apapun, harapnya Atikah bahagia dengan pilihan hidupnya.
Berikut beberapa lagi foto kekasih baru Atikah Suhaime :-
Namun, Mia enggan memberikan komen lanjut mengenainya dan menegaskan mereka cuma berkawan sahaja.
Walaubagaimanapun, kenyataan Mia menerusi akhbar Kosmo! semalam ia jelas menggambarkan beliau mengakui sedang hangat bercinta dengan Izham.
Menurut Mia, Izham adalah lelaki yang paling rapat dengan beliau sekarang.
Dia memang lelaki yang paling rapat dalam hidup setakat ini. Sebenarnya saya tidak begitu memilih, cukuplah jika memahami kerjaya dan setakat ini dia cukup menyenangkan.
Belum ada perbincangan untuk mendirikan rumah tangga, tambahan pula karier masih di peringkat permulaan kerana saya bermula agak lambat dalam bidang ini. Justeru, saya perlu memastikan segala-galanya telah stabil sebelum boleh memikirkan soal itu.
Meskipun Mia tiga tahun lebih tua daripada Izham, mereka sebenarnya agak serasi bersama.
Pada mulanya, memang takut dengan perbezaan usia memandangkan saya berusia tiga tahun lebih tua daripadanya, namun apabila berbicara dengannya, saya tidak berasa sedang berbual dengan insan yang lebih muda. Kami juga tidak pernah merajuk kerana baru mengenali antara satu sama lain.
Keluarga tahu hubungan kami, tetapi masih belum ada sebarang pertemuan rasmi. Keluar pun beramai-ramai bersama kawan bagi mengelak sebarang syak wasangka masyarakat.
Akhirnya Mia mengaku juga bercinta dengan Izham Tarmizi, kan elok begitu. Dalam percintaan tidak perlu terburu-buru, kenal hati masing-masing dan kemudian baru melangkah ke fasa yang lain. Semoga Mia dan Izham ada jodoh bersama.
Pelakon Anis Al – Idrus menafikan gosip kononnya percintaan beliau bersama hero drama Sayangku Kapten Mukhriz iaitu Raja Afiq sedang retak menanti belah.
Anis akui beliau terkejut mendengar khabar angin berkenaan dan menyifatkan penyebaran berita itu sebagai satu fitnah kerana mereka masih lagi bergelar pasangan kekasih.
Cerita (putus) itu tidak benar. Terkejut dibuatnya. Saya baru saja pulang dari kampung di Kelantan bersempena dengan cuti Raya Haji, tiba-tiba timbul pula khabar angin seperti ini.
Itu semua fitnah. Saya hairan siapa yang menyampaikan cerita yang tidak betul itu. Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan perhubungan kami. Cuma yang saya tahu, pengikut Instagram saya sering bertanya kenapa saya tidak memuat naik gambar sejak dua hari lalu.
Sebenarnya faktor jadual kerja masing-masing yang sibuk dan jarang bertemu adalah punca gosip mereka sudah putus cinta bertebaran.
Menurut Anis, berita seperit itu tidak perlu lagi dibangkitkan kerana ia adalah ibarat doa yang tidak baik.
Janganlah bersangka kurang elok atau mendoakan yang buruk. Saya harap jangan diperbesarkan cerita tidak benar ini mahu pun membangkitkan isu yang tiada.
Biasalah tu, bila ceburi sahaja bidang seni pasti pelbagai gosip dan spekulasi yang akan timbul meskipun ia tidak benar. Apa-apa pun, baguslah perasaan cinta masih lagi membara didalam hati Anis dan Raja Afiq. Mana lah tahu kalau ada jodoh sehingga jinjang pelamin.
Tidak boleh dinafikan jenama Samsung dan iPhone cukup popular di seluruh dunia. Namun jenama-jenama dari negara China terutamanya Huawei kini sedang dengan pantasnya mengejar kedua-dua gergasi telefon pintar ini, lebih-lebih lagi dengar pelancaran Huawei P9 yang memiliki dual kamera untuk kualiti gambar yang lebih awesome.
Seperti yang kita ketahui juga, setiap jenama telefon pintar mempunyai kipas susah mati (die hard fan) masing-masing. Agak-agaknya apa akan terjadi apabila kipas susah mati ini dikumpulkan di dalam satu bilik dan diminta untuk berbahas tentang kehebatan telefon masing-masing? Mesti best kan? Abang Nara ada jumpa beberapa video di mana pengguna Huawei, Samsung dan iPhone berhujah dengan fakta masing-masing sambil dimoderasikan oleh pelawak terkenal, Jason Leong. Kelakar, penuh informasi dan banyak fakta awesome yang telah dikongsikan menerusi video "World War Phone" yang mempunyai 3 episod ini.
World War Phone Episod 1
Selepas memperkenalkan kipas susah mati Huawei, Samsung dan iPhone, topik yang dibincangkan di dalam episod ini ialah "kamera mana yang paling power". Korang kena tengok video ini sebab hujah team Huawei kepada tem Samsung iaitu "we deliver the best photo, you guys market it better" amat tepat sekali. Memang Huawei dengan dual kameranya untuk Huawei P9 telah terbukti mempunyai mutu gambar yang lebih baik berbanding para pesaingnya. Ini bukan cakap kosong sebaliknya telah dibuktikan menerusi kajian oleh pakar-pakar di dalam industri telefon pintar.
World War Phone Episod 2
Di dalam episod ini, topik yang dibincangkan ialah sekuriti @ keselamatan telefon pintar anda. Abang Nara pernah kongsikan yang Huawei telah pun mengatasi Samsung di dalam sekuriti "patch" Android. Ini bermakna telefon Huawei secara keseluruhannya adalah lebih selamat berbanding telefon Android lain. Korang kena tengok hujah team iPhone yang cuba memberitahu bahawa telefon mereka adalah yang paling selamat. Kelakar juga melihat "pergaduhan manja" antara Huawei, Samsung dan iPhone ini. Tetapi banyak ilmu, fakta dan perkara baru yang telah Abang Nara pelajari.
World War Phone Episod 3
Last but not least, di dalam episod terakhir World War Phone ini, kipas susah mati Huawei, Samsung dan iPhone telah membincangkan tentang "siapa yang mempunyai user experience" terbaik. Bab ini memang sukar untuk memilih pemenang sebab setiap orang mempunyai pilihan masing-masing. Kalau bab kamera dan sekuriti memang jelas Huawei mendahului, bab user experience ini nampak macam lebih kurang sama. Ia bergantung kepada preference masing-masing. Kalau Abang Nara memang suka yang boleh customize seperti yang boleh dilakukan di telefon pintar Huawei dan Samsung. Senang sikit nak letak segala applikasi kegemaran di satu tempat. Abang Nara juga suka gunakan fungsi "Widgets". Tak payah nak bukak satu persatu applikasi macam yang perlu dilakukan di dalam iPhone.
Walaupun anda sudah memiliki telefon pintar, Abang Nara nasihatkan silalah tengok ketiga-tiga video di atas. Selain boleh bergelak ketawa mendengar lawak Jason Leong, banyak benda baru yang boleh dipelajari tentang Huawei, Samsung dan juga iPhone. Kita selaku pengguna haruslah menjadi pengguna yang bijak. Jangan main hentam sahaja. At least bila ada ilmu barulah boleh buat pilihan yang tepat ketika membeli. Tak adalah main ikut orang lain je. Tak gitu? Apa pendapat anda?
Tanggal 17 September lepas, sebuah majlis resepsi perkahwinan di pihak Nazim Othman pula telah berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan tema tradisional Melayu di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru.
Ramai yang terpukau melihat busana songket berwarna "maroon" Nazim dan Bella yang direka khas oleh Rizman Ruzaini. Tidak kami nafikan ia menaikkan lagi seri pengantin.
Terdapat juga persembahan tarian zapin di majlis berkenaan yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua mempelai, sanak-saudara dan rakan artis.
Penyanyi Dayang Nurfaizah turut menghiburkan pengantin dan tetamu yang hadir pada malam berkenaan.
Alhamdullilah kedua-dua majlis resepsi perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally berjalan dengan lancar dan meriah. Semoga mereka berdua akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Memang ibarat pinang dibelah dua bukan?
Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : project2pi
P.S: Nak anjurkan majlis kahwin, parti hari jadi, family gathering atau sebagainya? Meriahkan lagi sebarang acara anda dengan photobooth daripada Whitebox KL. Confirm para tetamu akan lebih gembira dan anda juga akan dapat mengabadikan detik istimewa di hari tersebut. Paling penting semuanya unlimited printing dengan harga yang amat berpatutan. Cuba tengok hasil mereka di Instagram @WHITEBOX_KL atau terus hubungi 016-556-4408 untuk bertanya lebih lanjut.
Hujung minggu lepas, sebuah akhbar mingguan tempatan melaporkan penyanyi dan pelakon, Cat Farish sudah bercerai dengan isterinya Hartiny Ramli selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Menurut laporan berkenaan, rumah tangga pasangan itu sebenarnya sudah lima tahun mempunyai masalah dan mereka berdua juga tidak mempunyai persefahaman lagi.
Tidak mahu pelbagai spekulasi timbul, Cat menerusi portal Harian Metro mengesahkan beliau sudah bercerai sejak bulan April lepas.
Semuanya berpunca daripada sikapnya sendiri yang mengabaikan rumah tangganya kerana terlalu sibuk dan fokus dengan kerjayanya.
Apabila sudah tiada persefahaman dan masing-masing mula ego, bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami. Apa pun saya tidak menyalahkan bekas isteri, malah selepas bercerai banyak perkara berlaku yang menyedarkan diri saya.
Hasil perkahwinan Cat Farish dan Hartiny mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 9, Eva Latheefa, 6, dan Qul Iskandar, 5.
Gara-gara menolak ajakan seorang wanita berstatus VIP yang ingin bertemu dengannya sebelum ini, pelakon Remy Ishak terpaksa menanggung pelbagai masalah yang mengancam keselamatan beliau ketika ini.
Selepas menerima ugutan bunuh, terbaru rumah Remy telah diserbu oleh pihak polis kira-kira jam 1 pagi Jumaat, 16 September selepas menerima aduan bahawa terdapatnya kegiatan dadah yang dijalankan di premis milik aktor tersebut.
Namun, apa yang membuatkan Remy merasa terkilan adalah tindakan pihak berkuasa yang menyerbu rumahnya secara melulu tanpa memperkenalkan diri.
Setelah apa yang berlaku, Remy mengesyaki aduan palsu itu dibuat oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh terhadapnya.
Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya baru-baru ini. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ?
Pihak polis juga sedia maklum, keselamatan saya dan keluarga sekarang berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Saya tidak mahu mengulas panjang dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera.
Pada masa yang sama, Remy mengakui beliau dan keluarga kini berada didalam keadaan panik dan trauma apabila keselamatan mereka sekeluarga kini terganggu.
Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah dipecah masuk. Malah, saya juga telah menerima ugutan bunuh. Keselamatan saya kini berada di tahap yang membimbangkan.
Agak dasyat juga apa yang dilalui oleh Remy Ishak dan keluarganya sekarang. Sama – sama kita doakan keselamatan Remy sekeluarga. Harapnya pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan segera.
Hubungan rapat antara Rita Rudaini dan Donna Muslim merupakan topik hangat yang menjadi bualan ramai sejak minggu lepas lagi.
Ramai yang menyimpan harapan terutama sekali peminat Rita yang mendoakan mereka berdua mempunyai jodoh bersama.
Mengakui selesa berkawan dengan Donna, Rita bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen lanjut tentang hala tuju hubungan mereka.
Kalau bercakap tentang dia (Donna) memang saya akui selesa berkawan dengannya. Saya sendiri tak punya ramai kawan lelaki dan apabila ada keserasian rasanya tak ada masalah untuk mengekalkan silaturahim tersebut. Cuma yang boleh saya katakan masih terlalu jauh untuk membuat sebarang andaian buat masa ini. Biarlah masa yang menentukan.
Namun, Rita menegaskan mana-mana lelaki yang ingin memikat hatinya haruslah memenangi hati dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna terlebih dahulu.
Untuk bercakap lebih tentang hubungan tersebut rasanya kurang sesuai. Yang boleh saya katakan mana-mana lelaki yang mahu menjalinkan hubungan cinta dengan saya perlu pandai mengambil hati kedua-dua anak saya dahulu. Saya sendiri tidak pernah meletakkan syarat lain melainkan perkara itu sahaja. Kalau mereka mampu menawan hati anak-anak, insya-Allah akan berjaya menambat hati saya juga.
Masih terluka dengan keperitan akibat cinta dahulu, Rita akui beliau tidak mahu lagi bercinta dan ingin terus berkahwin dengan lelaki yang benar-benar sayangkan dan dapat menambat hati anak-anaknya
Mungkin ada yang merasakan jarak umur antara Rita Rudaini dan Donna Muslim membuatkan mereka tidak serasi bersama, tetapi jika Donna dapat memenuhi syarat Rita untuk memenangi hati anak-anaknya, mungkin sahaja mereka ada jodoh bersama.
Umum mengetahui pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong sehingga kini masih lagi cuba untuk memperbaiki hubungan mereka.
Pelbagai spekulasi dan kenyataan yang keluar, tetapi sehingga kini Kamal dan Emma tetap berdiam diri mengenai setiap gosip tentang percintaan mereka.
Terbaru, menurut Cik Pang di akhbar Harian Metro, Kamal nampaknya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memikat kembali hati Emma dan kini lebih banyak meluangkan masa bersama pelakon wanita itu.
Untuk berada di sisi Emma, Kamal dikatakan sanggup untuk mengambil cuti daripada penggambaran hanya untuk menemani Emma ke acara hiburan.
Malah, Kamal juga cuba memujuk Emma dengan membelikan pelbagai hadiah untuknya.
Kadang-kadang seseorang wanita itu boleh "cair" dengan usaha teman lelaki mereka untuk membaiki hubungan yang sudah dingin. Harapnya usaha Kamal Adli untuk cuba memenangi hati Emma Maembong akan berhasil. Terus terang mereka berdua agak sepadan.
Nampaknya, ruangan Cik Pang di Harian Metro betul betul geram dengan sikap pelakon baru Raysha Rizrose kerana didakwa mula menunjukkan sikap diva tidak bertempat. Kata Cik Pang, sudah beberapa kali dia menerima khabar sedemikian.
“Kata teman Cik Pang, gadis itu difahamkan akan memberi macam-macam syarat jika mahu dipanggil bagi sesi fotografi bersama media. Antaranya, mahu jurusolek dan pakaian yang dipilih oleh dia sendiri. Kalau jurusolek atau pakaian tidak popular, dia enggan beri kerjasama”
“Bak kata orang, nak itulah! Nak inilah! Padahal kalau berurusan dengan adik-beradiknya yang lain seperti Nelydia dan Uqasha, tidaklah sampai bersyarat bagai bulan dan bintang,” tulis Cik Pang. Bagaimapun, pelakon ini belum lagi mengeluarkan sebarang berhubung perkara di atas.
Sementara itu, di Utusan Online pula, Raysha memberitahu bahawa dia adalah seorang yang mudah menerima teguran.
Malah menurutnya, dia juga pernah ditegur sendiri oleh pelakon dan pengarah Sabri Yunus, Saiful Apek, Razak Mohaideen, selain turut dinasihati oleh Fasha Sandha mengenai soal disiplin.
Apa pun, jika benar seperti yang didakwa, pesanan Cik Pang di akhir luahan perasaannya yang menyatakan bahawa Raysha boleh belajar daripada pengalaman adik-beradik lain yang sudah dulu makan garam dalam industri seni, tidak patut dipandang ringan. (rtky/s)
Tidak berselindung dan berterus terang, Cat Farish mengakui dia yang menjadi punca perceraian dengan isterinya, Hartiny Ramly, sejak April lalu namun menjadikan apa yang terjadi sebagai pengajaran.
“Apabila sudah tiada persefahaman dan masing-masing mula ego, bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami. Apa pun saya tidak menyalahkan bekas isteri, malah selepas bercerai banyak perkara berlaku yang menyedarkan diri saya,” jelasnya kepada Harian Metro.
Malah tambahnya, penceraian yang terjadi ini juga adalah kerana kesilapannya sendiri yang banyak mengabaikan rumah tangga dan terlalu fokus dengan kerjaya.
Cat Farish dan isteri telah mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun yang lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan tiga cahaya mata. (rtky/s)
Terpesona sungguh kami melihat persalinan majlis resepsi Nazim Othman dan juga Bella Dally yang diadakan di Johor Bahru pada 17 September. Malah rata-rata peminat pasangan ini sungguh teruja melihat busana yang dikenakan oleh pasangan penganti baru ini.
Bella dan juga Nazim sebelum ini telah selamat diijabkbul pada 10 September lalu di Hotel Promanade, Sabah manakala resepsi bagi pihak pengantin perempuan telah pun berlangsung pada 11 September.
Sementara itu, Nazim juga meluahkan perasaan penuh syukur kerana dijodohkan dengan Bella selain turut mengagumi isterinya yang sangat memahami dirinya dan juga banyak bersabar serta menjaganya dengan baik.
"Dia 'hero' saya kerana sangat bertoleransi. Pengorbanan dan kesetiaannya buat saya yakin dia jodoh saya. Bella gadis yang sangat istimewa, dia sahaja boleh faham dan tahan dengan saya"
"Lebih terharu apabila dia sentiasa ada di saat susah senang termasuk ketika saya terlantar di hospital," jelasnya. Apa pun, kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi yang berlangsung di pihak lelaki dan juga wanita. Enjoice!
No comments:
Post a Comment