Thursday, 22 September 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 22 Sep 2016 08:23 PM PDT

ROTIKAYA


Izreen Azminda Berdendam Dengan Amar Baharin?

Posted: 22 Sep 2016 05:54 PM PDT

Pelakon Izreen Azminda yang suatu ketika pernah dikaitkan bercinta bersama dengan pelakon Amar Baharin berkata dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan mana-mana selebriti lelaki lebih-lebih lagi dengan pelakon Amar Baharin yang akan berkahwin tidak lama lagi.

BACA: Izreen Azminda: Susah Kalau Bercinta Lelaki Muda

Dia turut mengatakan bahawa tidak mahu terlibat dengan sebarang lakonan atau aktiviti bersama pelakon Itu lagi.

"Saya memang dah tak mahu berlakon dengan Amar Baharin. Setiap tawaran saya akan tanya produser dahulu siapakah pelakon lelakinya, kalau Amar memang saya tolak. Saya tak suka nak propa atau menipu diri sendiri. Saya cakap terus terang kerana saya tak boleh berdepan dengan lelaki yang pernah beri impak dalam hidup saya,” katanya kepada Rotikaya.

Aktres ini turut memberitahu bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan bakal isteri kepada pelakon Amar Baharin iaitu Amyra Rosli dan tidak pernah berdendam dengan pelakon itu, tetapi tegasnya tidak mahu lagi dikaitkan dengan pelakon Amar Baharin.

"Saya rasa Amar pun tahu prinsip dan pendirian ini. Saya tiada masalah dengan bakal isteri dia. Hanya dengan Amar sahaja saya dah tak boleh bersemuka. Orang akan cakap saya tak profesional tetapi ini pendirian saya. Saya bukan berdendam cuma dah tak mahu ada kaitan dengan Amar lagi,” katanya.

Sementara itu, Izreen turut mengakui bahawa dia sering didekati oleh lelaki yang jauh lebih muda darinya. Akan tetapi dia mahukan lelaki yang ikhlas menerima dirinya serta anaknya.

“Ada yang lebih muda cuba mendekati saya, cuma kalau boleh saya ingin lelaki yang ikhlas menerima saya seadanya di samping menyayangi saya dan anak sepenuh hati," ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/h)

Lisa Surihani Tidak Benar Peminat Ambil Gambar Anak

Posted: 22 Sep 2016 02:04 AM PDT

Umum mengetahui bahawa Yusry KRU dan juga Lisa Surihani sememangnya tidak mahu terlalu mendedahkan cahaya mata kesayangan mereka, Yahaira Leanne dengan laman sosial. Malah Lisa juga mengambil pendekatan tertentu demi anak kesayangannya itu.

BACA: Yusry KRU Tidak Kisah Lisa Surihani Gemuk

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, adalah mustahil jika saya langsung tidak berkongsi gambar Yahaira di laman sosial. Saya tetap akan berkongsi tetapi ia tidaklah terlalu banyak dan bergantung pada situasi”

“Kami cuba mengawal kuantiti gambar yang akan dikongsi dengan peminat. Pelik juga jika sambutan hari lahir Yahaira tetapi dia tiada dalam gambar, begitu juga dengan gambar keluarga ketika hari raya, sudah tentulah dia perlu ada dalam gambar tersebut”

“Setakat ini, apabila kami keluar, memang ada peminat yang mahu bergambar. Saya dan Yusry bersetuju untuk bergambar tetapi tidak melibatkan Yahaira. Alhamdulillah semua peminat memahami. Mereka nampak teruja apabila dapat bermain dengan anak kami selama beberapa minit walaupun tidak boleh bergambar sama,” jelas Lisa.

Sementara itu, Lisa menjelaskan mereka juga tidak mahu Yahaira terlalu terdedah dengan gajet selain turut berkongsi minat bahawa Yahaira sangat meminati muzik, sama seperti ayahnya. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Pretty Peektures

5-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya 6-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya 4-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya 3-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya 2-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya 1-lisa-surihani-tidak-benar-peminat-ambil-gambar-anak-rotikaya

David Teo Tahu Dalang Isu Gambar Bogel

Posted: 22 Sep 2016 01:35 AM PDT

Baru sahaja tempoh hari ingin mencari dalang kepada penyebaran gambar bogel artis dibawah naungan syarikatnya, kini David Teo nampaknya seperti sudah mengetahui identiti individu terbabit apabila beliau bertindak memberi amaran kepada individu itu, malah David juga mempunyai beberapa bukti kukuh yang boleh mendakwa individu terbabit ke muka pengadilan.

BACA: Isu Gambar Bogel: David Teo Mahu Cari Tukang Sebar

“Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan terhadap anda. Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas. Dia hanya mangsa oleh seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya dan maruahnya”

“Dia sudah memohon maaf dengan ikhlas terhadap kontroversi yang tercetus pada tempoh lalu. Saya harap masyarakat tidak terus menerus menghukumnya seumur hidup, semua orang dalam dunia ini ada buat kesilapan,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan penyebaran gambar bogel Atikah Suhaime dan Idris Khan oleh individu yang dikenalinya.

Sebelum ini, David dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihaknya, Metrowealth International Group (MIG) akan berusaha untuk mencari bukti serta dalang disebalik penyebaran gambar itu. Malah, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan demi mempertahankan maruah Atikah dan Idris selepas gambar lucah itu mula tersebar. (rkty/w)

2-david-teo-tahu-dalang-isu-gambar-bogel-jpeg 3-david-teo-tahu-dalang-isu-gambar-bogel-jpeg 4-david-teo-tahu-dalang-isu-gambar-bogel-jpeg 5-david-teo-tahu-dalang-isu-gambar-bogel-jpeg 6-david-teo-tahu-dalang-isu-gambar-bogel-jpeg 7-david-teo-tahu-dalang-isu-gambar-bogel-jpeg

Peluang Anda Untuk Miliki MPV Mewah Dengan Harga Terendah Di Medan Quantum Sdn Bhd

Posted: 21 Sep 2016 10:25 PM PDT

Ya, peluang bukan datang selalu lebih lebih di zaman semua barang di atas dunia ini memerlukan perbelanjaan tinggi. Jika anda sudah bekeluarga dan mahukan kenderaan lebih selesa buat anak anak, kenapa tidak pilih MPV bukan?

Alah membeli menang memakai selalunya orang kata tetapi bagi kami memang menang membeli juga menang memakai dengan pilihan barisan MPV mewah diimport khas dari luar nagara yang ada di showroom Medan Quantum Sdn Bhd.

Mereka di Medan Quantum menjanjikan yang anda akan memiliki MPV mewah dengan harga paling rendah tidak masuk akal untuk kualiti kenderaan yang tiada bandingan. Setiap unit yang diimport masuk akan melalui proses pemilihan ketat untuk memastikan hanya yang terbaik sampai di tangan pelanggan.

showroom

Lagi pun sekarang ini mereka sedang mengadakan jualan karnival penghabisan stok di mana mereka tidak akan mengenakan yuran proses tinggi seperti syarikat lain selain tiada caj tersembunyi seperti kos dokumen yang tidak masuk akal.

image1

Semua harga yang ditawarkan Medan Quantum adalah dijamin paling murah selain ianya sudah termasuk 6% GST. Jadi anda tidak perlu risau untuk membayar lebih, menarik bukan?

image2

Barisan eksekutif jualan di Medan Quantum juga sangat berpengetahuan dan mampu menjawab apa sahaja persoalan anda berkaitan pembelian MPV atau apa sahaja kenderaan.

Tidak percaya, cuba hubungi salah satu nombor berikut untuk bercakap dengan mereka di talian berikut, anda pasti akan dilayan mesra oleh mereka. Katakan pada mereka kami di Rotikaya kirim salam, heh.

– 012-5300231 – 012-2176688
– 012-2330551 – 017-2787776
– 012-3816628 – 012-2444429
– 012-3844593 – 019-2280746
– 019-7057327 – 012-4335925

Atau datang sendiri ke salah satu showroom Medan Quantum di Setiawangsa yang beralamat di Lot 532, Jalan Jelatek, 54200 Kuala Lumpur atau di Sungai Besi yang beralamat di Lot 127, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala lumpur.

map

Jangan tunggu lama lama untuk buat keputusan bimbang kereta idaman anda akan pantas dikebas orang lain. Nanti jangan lupa ajak kami ronda ronda Kuala Lumpur dalam MPV baru anda.

AMMBOI DOT COM

Posted: 22 Sep 2016 12:26 PM PDT

AMMBOI DOT COM


BAJET 2017 – APA YANG MENJADI HARAPAN RAKYAT MALAYSIA?

Posted: 22 Sep 2016 01:44 AM PDT

Sebagaimana yang kita semua maklum, Bajet 2017 dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 21 Oktober 2016 ini. Sudah tentu kita semua sebagai rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi agar bajet kali ini lebih mesra rakyat. Memetik laporan Sinar Harian Online, laman sesawang bajet2017.najibrazak.com menjadi salah satu medium perkongsian rakyat untuk menyampaikan apa yang mereka mahu […]

The post BAJET 2017 – APA YANG MENJADI HARAPAN RAKYAT MALAYSIA? appeared first on AMMBOI DOT COM.

MySensasi

Posted: 22 Sep 2016 12:16 PM PDT

MySensasi


OST Cinta Masam Manis Hingga Ke Jannah

Posted: 22 Sep 2016 08:39 AM PDT

OST Cinta Masam Manis Hingga Ke Jannah. Drama terbaru yang akan ditayangkan di slot Akasia TV3 iaitu Cinta Masam Manis akan menggunakan lagu nyanyian KRU Hingga Ke Jannah sebagai lagu tema mereka. Drama yang mengandingkan Zamarul Hisham dan Izara Aishah ini akan mula bersiaran pada hujung september 2016. Dibawah adalah lirik lagu Hingga Ke Jannah ...

Sinopsis Cinta Masam Manis Akasia TV3

Posted: 22 Sep 2016 08:01 AM PDT

Sinopsis Cinta Masam Manis Akasia TV3. Pengemar drama melayu pasti menantikan kemunculan drama terbaru slot Akasia di Tv3 pada bulan September 2016. Drama ini bakal mengandingkan pelakon berpengalaman Zamarul Hisham dan Izara Aishah. Cinta Masam Manis akan bersiaran sebanyak 24 episod. Senarai pelakon yang akan menjayakan drama Cinta Masam Manis adalah Izara Aishah, Zamarul Hisham, Shah Jaszle, ...

Biodata Izara Aishah

Posted: 22 Sep 2016 07:29 AM PDT

Biodata Izara Aishah. Pasti sudah ramai yang mengenali pelakon cantik ini kerana beliau telah lama terlibat dalam industri hiburan Malaysia. Namun sempena drama terbarunya yang akan disiarkan di Slot Akasia TV3 bertajuk Cinta Masam Manis pasti ramai yang ingin mengenali beliau. Dibawah adalah biodata atau profile Izara Aishah Nama Penuh: Izara Aishah binti Hisham Nama ...

KedahLanie.info

Posted: 22 Sep 2016 10:03 AM PDT

KedahLanie.info


MANA SATU YANG BETUL ATAUKAH NAJIB CUBA DIMALUKAN PMO?

Posted: 22 Sep 2016 08:33 AM PDT

Shahbudin Husin,

http://www.thestar.com.my/~/media/online/2015/06/11/21/22/main_ni_1206_p2_nurilyanna_1.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=72B2F8221D77FBD90EBAA4230E0A3FDBEA3FCA05
Sejak lewat petang semalam telah tersiar berita di media dan portal dalam talian mengenai kenyataan Najib Razak berhubung pertemuan Tun Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertuan Agong berkaitan Deklarasi Rakyat.

Dalam kenyataan media itu, Najib memberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong hanya mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, tetapi tidak boleh mencampurinya.

Ini kerana, menurut Najib, deklarasi yang diusahakan itu tidak mengikut Perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya dilakukan menurut amalan lazim iaitu sama ada melalui Parlimen atau sistem pilihanraya yang melibatkan rakyat.

Membaca berita yang tersiar itu, ramai yang tertanya-tanya, mengapa Najib sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang berkaitan usaha untuk menyingkirkannya?

Sudah tentu jika kenyataan seperti itu mahu dikeluarkan, ia lebih sesuai dilakukan oleh pihak Istana Negara sendiri. Namun, jika pihak Istana Negara tidak berbuat demikian dan oleh kerana  pemakluman mengenai pertemuan dengan Tun Mahathir itu dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong kepada Najib sendiri, ia lebih berupa pernyataan mengenai pendirian baginda kepada Perdana Menteri semata-mata.

Apakah ia perlu dijadikan kenyataan umum dengan Najib seolah-olah membela dan mempertahankan dirinya sendiri?

Tidakkah dengan Najib sendiri mengeluarkan kenyataan tersebut menunjukkan beliau begitu terdesak dan agak terganggu dengan pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong itu?

Dalam masa yang sama, di media-media sosial pula tersebar kenyataan media penuh empat perenggan yang dikeluarkan oleh Najib itu.
 
Meneliti kenyataan itu, ramai yang  perasan mengenai wujudnya beberapa kesilapan fakta dalam kenyataan media itu, antaranya:- 

- dalam perenggan pertama, PPBM disebut sebagai Parti Pribumi Perkasa Malaysia sedangkan namanya yang betul ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Pribumi Perkasa adalah NGO milik Ibrahim Ali.

- pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong dikatakan berlangsung di  Istana Bukit Malut, Langkawi walhal yang diberitakan sebelum ini ia berlaku di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

- jawatan sebenar Tun Mahathir ialah Pengerusi dan bukan Penasihat PPBM.

- dalam perenggan ketiga PPBM bertukar menjadi PBBM.

Benarkah ia surat asli yang dikeluarkan oleh Najib? 

Jika ia benar, mengapa berlaku kesilapan-kesilapan fakta yang besar seperti itu?

Bukankah ia sesuatu yang memalukan Najib dan Pejabat Perdana Menteri atau PMO?

Bagaimanapun, beberapa portal masih memuatkan fakta pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong itu berlangsung di Istana Bukit Malut Langkawi, manakala yang lain-lain sudah melakukan pembetulan atau menulisnya berdasarkan pemahaman sendiri bahawa majlis mengadap itu berlaku di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Agar mengejutkan juga, di laman facebook dan twitter milik Najib langsung tidak ditemui berita dan hebahan surat mengenai perkara itu. Mengikut kebiasaan dan amalam lazim, Najib sudah tentu suka memuatkan kenyataan media seperti itu kerana ia adalah kenyataannya sendiri, lebih-lebih lagi juga merupakan kesempatan untuk merendah-rendahkan perjuangan Tun Mahathir dan PPBM.
 
Hanya di laman facebook dan twitter PMO Malaysia, terdapat kenyataan media Najib itu. Ia nampak berbeza dengan kenyataan media yang tersebar sebelum itu dengan semua kesilapan fakta sudah diperbetulkan.

Tetapi kenyataan itu menunjukkan ia dimuatkan pada jam 10.34 malam sedangkan di portal-portal berita, ia sudah boleh dibaca sebelum itu lagi.

Apakah kenyataan media asal itu sudah dipadamkan dan digantikan dengan kenyataan baru yang fakta-faktanya sudah diperbetulkan?

Kiranya ia benar, amatlah malang kerana baru beberapa hari lalu Rosmah Mansor dimalukan dengan berita penarikan gelaran "Lead by Example" oleh Unesco, sekarang Najib pula diaibkan oleh kenyataan yang disediakan oleh PMO sendiri. (SH 22/09/2016).

Mahfuz - Najib memalukan dan menghina Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.

Posted: 22 Sep 2016 01:36 AM PDT

Kenyataan Media

*NAJIB MEMALUKAN DAN MENGHINA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG*

1. *Najib sudah tidak layak jadi Perdana Menteri Malaysia apabila membuat kenyataan yang menunjukkan fakta yang salah*.Bagaimana fakta tempat boleh jadi tidak betul dalam kenyataan PM Najib.Fakta berkaitan dengan sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku tidak seharus salah, kerana ianya dilaporkan oleh media. *Peristiwa tidak pernah berbohong di mana tempat berlakunya peristiwa*.

2.Saya agak hairan *kenapa PM Najib begitu ghairah untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan peristiwa pertemuan empat mata antara Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dengan Tun Dr Mahathir yang di terima mengadap pada 15 Sept 2016*.Kalau pun tujuan kenyataan PM Najib untuk memperlekehkan Tun M tetapi tidak seharusnya menunjukan fakta yang salah.

3.Peristiwa pertemuan 4 mata tersebut berlaku di Istana Anak Bukit.Yang peliknya PM Najib dalam kenyataannya menyebut pertemuan tersebut berlaku di Istana Bukit Malut. *Kan berbeza antara Bukit Malut dengan Anak Bukit. Bukit Malut di Langkawi.Anak Bukit dalam kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar.Bukit Malut dan Anak Bukit dipisahkan oleh laut.Nampak PM Najib pening dan melalut dengan Bukit Malut.Pasti Najib tidak layak sertai pertandingan kuiz*.

*NAJIB TAK LAYAK JADI PM DAN PESERTA KUIZ BETUL KE BOHONG?*

4.Begitu juga dengan fakta Deklarasi Rakyat yang dis ebut oleh Najib dalam kenyataannya sebagai Deklarasi PBBM. *Satu dunia tahu Deklarasi tersebut diusahakan oleh Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) yang diketuai oleh Tun M dan disertai oleh individu induvidu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang*.Waktu itu PBBM pun belum tubuh lagi.Tan Sri Muhyidin,Datuk Seri.Mukhriz dan Datuk Shafie masih lagi Ahli Umno pada waktu pelancaran Deklarasi Rakyat.

5.Kenyataan PM Najib satu penghinaan pada TUANKU YDPA dengan menyatakan Tuanku Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri usaha yang lakukan olih PBBM dalam Deklarasi PBBM. *Kenyataan PM Najib seolah olah YDPA tak faham fakta sebenar antara Deklarasi Rakyat dengan Deklarasi PBBM.Najib meletakkan YDPA sama taraf dengan Ahli Parlimen Langkawi yang mentafsirkan MO1 adalah YDPA*.Pertemuan dan perbualan Saya dengan  *YDPA semasa berangkat ke majlis perkahwinan anak saya pada 17 Sept 2016 Komplek Inspin Alor Setar menunjukkan YDPA mempunyai pengetahuan sejarah dan ketajaman fikiran lebih tinggi dari PM Najib*.

6. *Najib perlu mohon maaf pada Tuanku YDPA atas penghinaannya dan Najib perlu sedari yang beliau sudah tidak layak menduduki kerusi Perdana Menteri malah nak jadi peserta Kuiz Betul ke Bohong? pun awal awal dah tersingkir*.Saya harap Najib tahu cara untuk mengundur diri sebagai PM sepertimana yang di lakukan oleh Tun Abdullah Badawi dan  Tun Mahathir.

#NajibLemahSejarah
#JanganHinaTuankuAgong
#SelamatkanMalaysia

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
10.00am Taman AlWalid Alor Setar
22 Sept 2016/ 20 Zulhijah 1437H

Silap jika ada sesiapa persenda Mahathir

Posted: 22 Sep 2016 01:18 AM PDT

 
Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bersungguh-sungguh atau berjenaka apabila berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad akan diberikan apa saja yang diperlukannya untuk menjatuhkan perdana menteri.

Kalau sebaliknya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mempersendakan Dr Mahathir sebagai percubaan menyeronokkan bosnya, Datuk Seri Najib Razak, saya rasa dia tersilap besar.

Dr Mahathir pastinya tidak berjenaka apabila berkata beliau sedang berusaha menjatuhkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau terpaksa berusaha menjatuhkan BN kerana parti gabungan itu enggan menyingkirkan Najib. Pada asalnya beliau tidak berhasrat menumbangkan BN. Beliau hanya mahu Najib berundur.

Tetapi apabila BN, khususnya Umno, terus taat kepada Najib sebagai ketua parti dan perdana menteri, beliau mengubah matlamat kepada mengalahkan BN pada PRU akan datang.

Bagi Nazri - kecualilah dia bebal kelas dedak - dia tentu tahu Dr Mahathir jarang berjenaka dalam hal-hal yang serius seperti kesejahteraan negara.

Berkenaan menghiburkan Najib pula, saya rasa amat sukar menyeronokkan beliau sekarang. Bayangkan, macam mana nak gembira kalau hendak ke Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pun tak selesa - takut ditanya bukan-bukan oleh kor media PBB atau kena ejek penunjuk perasaan di seberang jalan di hadapan bangunan PBB.

Lagi menggerunkan adalah kemungkinan dikunjungi agensi penyiasatan jenayah AS yang ingin berbual-bual dengan "Malaysian Official 1".

Tak cukup dengan itu, anugerah Unesco kepada isterinya, Rosmah Mansor, berkaitan projek PERMATA Negara biayaan kerajaan dibatalkan pula oleh penganjur bersamanya "kerana laporan Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT)".

Satu dunia sudah tahu pendedahan sensasi dua akhbar itu mengenai skandal berbilion ringgit membabitkan duit 1MDB.

Ramai orang tahu betapa besarnya pengorbanan Najib demi isterinya. Kita pun tahu juga pasangan Najib - Rosmah amat menggemari pertemuan global berprofil tinggi serta peluang beristirahat serta membeli-belah di butik-butik berjenama tinggi.

Tapi tahun ini mereka sudah ketinggalan dua persidangan besar dalam diari antarabangsa iaitu UNGA di New York dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland Januari lalu.

Secara kebetulan kedua-dua negara yang menjadi tuan rumah persidangan yang disebutkan itu - AS dan Swirzerland - adalah juga antara negara yang sedang menyiasat dan bertindak ke atas skandal 1MDB.

Seperti diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan, Najib adalah "Malaysian Official 1" (MO1) 1MDB.

Dr Mahathir tak lawak

Berkenaan Dr Mahathir, saya berasa saya boleh bercakap mengenai betapa sayang dan komitednya beliau kepada Umno.

Saya sangat yakin beliau pasti tidak meninggalkan Umno apatah lagi menentangnya kalau Najib mengundurkan diri atau disingkir.

Malangnya, seperti kita semua lihat, setiap hari yang berlalu Najib menjadi lebih kuat kerana dia serta konco-konconya bersedia menggunakan apa saja instrumen dan institusi negara untuk bergayut pada kuasa.

Harapan kita hanyalah PRU. Itu pun kalau tidak disabotaj, dikhianati dan diselewengkan oleh instrumen dan institusi negara, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan para penghasut pro-Umno/BN.

Sejak 1946 - ketika masih belasan tahun - Dr Mahathir komited dan sayangkan Umno. Tetapi hari ini komitmen beliau adalah mengalahkan Umno.

Seperti sering beliau ungkapkan, latihan perubatan mengajar beliau tidak terlalu emosi dan lebih praktikal. Kalau beliau perlu memotong kaki pesakit demi menyelamatkan nyawanya, itulah yang akan beliau lakukan.

Jadi kalau orang seperti Nazri berasa bahawa dengan mempersendakan Dr Mahathir mereka boleh melemahkan semangat beliau, mereka silap besar.

Meminjam ungkapan yang dipakai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Mansor baru-baru ini, saya yakin ramai orang, termasuk pemandu teksi tahu punca dendam kesumat Nazri terhadap Dr Mahathir dan mengapa dia teramat sayang kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

Nazri dan Najib sepatutnya sedar bahawa setiap cabaran dan sindiran yang mereka tujukan kepada Dr Mahathir mengukuhkan lagi iltizam beliau untuk berjuang. Perjuangan adalah sinonim dengan Dr Mahathir.

Macai, balaci dan 'kamjat' mereka mungkin tidak tahu kerana usia mereka baru setahun jagung dan kail mereka panjang sejengkal.

Maaflah kalau saya kata, saya boleh bercakap sedikit sebanyak mengenai Dr Mahathir kerana saya mengenali beliau agak lama – 52 tahun.

Dalam tempoh itu, ada ketika kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Kita berbeza pendapat dan, dari sudut pandangan sesetengah orang, kita bergaduh. Satu ketika Tan Sri Sanusi Junid sewaktu menjadi menteri besar Kedah beranggapan Dr Mahathir dan saya "bergaduh besar" sehingga dia membawa Dr Mahathir ke rumah ayah saya di Pendang, Kedah dan memberikan seekor lembu untuk dikorbankan.

Bersetuju atau tidak, kita tetap berkawan. Itulah ikrar saya kepada beliau apabila saya meletakkan jawatan ketua pengarang Kumpulan NSTP pada 2000.

Kami berpisah jalan, tetapi kami tetap bersama dalam perjuangan.

Beberapa hari sebelum melancarkan kempen Selamatkan Malaysia/Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu, beliau memanggil saya ke rumahnya di Seri Kembangan bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, untuk berbincang mengenai legality perisytiharan itu.

Selesai berbincang, Dr Mahathir membisikkan kepada saya bahawa beliau terpaksa meninggalkan Umno sebelum melancarkan deklarasi itu.

Saya memberitahu beliau yang saya tidak terperanjat kerana saya sendiri telah meninggalkan Umno lebih setahun. Saya keluar Umno secara rasmi pada 29 Jun 2015.

Beliau nampak terkejut tetapi mungkin berasa lega kerana orang lain yang beliau kenal lama pun telah meninggalkan Umno secara rasmi.

Bahaya cabar Dr Mahathir

Saya mengenali Dr Mahathir pada 1964 apabila beliau datang ke kampung saya untuk bertanding kali pertama mewakili PERIKATAN pada pilihan raya umum tahun itu.

Waktu itu saya berusia 16 tahun dan rumah saya adalah antara tempat persinggahan beliau kerana ayah saya cergas dalam Umno.

Kesilapan besar sesiapa pun yang berdepan dengan Dr Mahathir adalah mencabar kegigihan beliau dan mempersendakan rancangannya.

Buat masa ini, rancangan nombor satu beliau adalah menjatuhkan BN dalam PRU akan datang melalui kerjasama di kalangan parti-parti pembangkang.

Kalau bukan seorang yang gigih, beliau sudah lama menyerah kalah, khususnya setelah bersara daripada jawatan perdana menteri pada 2003.

Pelbagai halangan, tembok dan ranjau didirikan untuk menghalang beliau daripada terus memainkan peranan sebagai mentor demi negara yang beliau cintai.

Ahad lalu beliau menceritakan bagaimana beliau terpaksa menyewa pesawat eksekutif untuk terbang ke Alor Setar bagi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kesuntukan masa.

Beberapa jam sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Kedah, beliau merasmikan mesyuarat agung Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) di Kuala Lumpur.

Kata beliau, kawan-kawan pernah berlumba-lumba meminjamkan pesawat peribadi mereka ketika beliau menjadi perdana menteri kini menghilangkan diri. Mereka takut dilihat bersama beliau.

Pada sebelah malamnya, Dr Mahathir bertolak ke London. Oleh kerana tidak ada pesawat peribadi untuk digunakan, beliau terbang dengan pesawat perdagangan.

Menurut kakitangan beliau, mereka mencadangkan beberapa syarikat penerbangan, tetapi Dr Mahathir bertegas mahu terbang dengan MAS.

Cintanya kepada negara mengatasi keselesaan diri. Bukanlah mudah bagi seorang yang berusia 92 tahun berkongsi pesawat raksasa (Airbus A380) dengan 500 penumpang lain untuk penerbangan 13 jam.

Jadi kalau ada orang - tidak kira bangsa atau kedudukan menteri, raja sebuah "negara", temenggung, bendahara, syahbandar, bloger pelarian atau pemakan dedak - yang berasa mempersendakan beliau sebagai orang tua nyanyuk boleh mematahkan semangat beliau mereka silap besar.

Cacian dan jenaka murahan mereka mungkin membuatkan sesetengah orang ketawa berdekah-dekah, tetapi bagi Dr Mahathir ia umpama kuman yang menguatkan lagi daya tahan badannya. Azam dan iltizam beliau menjadi bertambah kukuh.

Itulah Dr Mahathir yang saya kenali dan dampingi sejak 52 tahun lalu. Beliau bukan insan yang gilakan sanjungan dan patah hati semata-mata kerana makian dan cacian. Hidup matinya berakar-umbikan perjuangan.

DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP. Artikel ini pertama kali disiarkan di blognya - The Scribe A Kadir Jasin.

TAHNIAH BADDROL BAKHTIAR diatas anugerah PFAM Asiana.my of the Month August.

Posted: 21 Sep 2016 04:25 PM PDT

Tahniah Baddrol Bakhtiar, beliau menerima plak anugerah PFAM Asiana.my Player of the Month August, Poster tajaan Asiana.my dan wang tunai RM1,500.

Menurut beliau kejayaan beliau dipilih adalah hasil dari kerjasama berpasukan dan sokongan dari semua pihak iaitu pengurusan, rakan sepasukan dan juga penyokong. Tambahan beliau faktor utama adalah pasukan bersatu hati dan harmoni dalam mengharungi aksi liga dan kejohanan lain musim ini.

Tahniah Baddrol!

Media KFA

Tahniah SYAZWAN, RIZAL & BAD atas panggilan untuk skuad Harimau Melaysia

Posted: 21 Sep 2016 04:22 PM PDT

PEMAIN lincah Kedah, Mohd Syazwan Zainon adalah antara lima muka baharu yang dipanggil pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee untuk dua perlawanan persahabatan antarabangsa bulan depan.

Selain Mohd Syazwan, turut dipanggil menyertai kem yang bermula 27 September ini bagi perlawanan menentang Singapura dan Afghanistan ialah seorang lagi pemain Kedah, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak), Muhammad Hadin Azman (Felda United) dan Ahmad Khuzaimi Pee (Melaka).

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata kehadiran lima muka baharu itu adalah bagi menggantikan empat pemain yang digugurkan iaitu Brendan Gan dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Mohammad Amer Saidin (JDT II) serta Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka).

Selain itu, Kim Swee memutuskan untuk mengekalkan 20 pemain yang menyertai kem latihan ketika menentang Indonesia pada 6 Sept lepas, termasuk pemain Perak Nazirul Naim Che Hasim yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan berkenaan.

"Saya menyenaraikan 25 pemain kali ini kerana kita bakal menghadapi dua perlawanan. Pemain baharu seperti Fazrul Hazli, Hadin, Khuzaimi, Rizal dan Syazwan mempunyai peluang membuktikan kemampuan mereka dalam dua perlawanan ini untuk tersenarai ke Piala AFF 2016.   

OhDunia.My

Posted: 22 Sep 2016 08:09 AM PDT

OhDunia.My


Video: Saat Mengharukan Adik Nur Darleen Dazeera Azhar Telah Ditemui

Posted: 22 Sep 2016 01:48 AM PDT

Adik Nur Darleen Dazeera Azhar, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 yang dilaporkan hilang pagi tadi ditemui selamat pada jam 2.30 petang tadi.


Video: Saat Mengharukan Adik Nur Darleen Dazeera Azhar Telah Ditemui

Baca selengkapnya

Gempar!.. Video Guru Besar Bercumbu Dengan Cikgu Tersebar

Posted: 22 Sep 2016 01:06 AM PDT

GEMPAR… Sebuah video berdurasi lapan minit dimuat naik dalam laman perkongsian video, Youtube memaparkan aktiviti tidak 'senonoh' dua individu yang dipercayai guru.


Gempar!.. Guru Besar Bercumbu Dengan Cikgu Di Bilik Mesyuarat

Baca selengkapnya

Video, Rakaman CCTV Lori Dipandu Laju Rempuh Budak Sekolah

Posted: 21 Sep 2016 11:51 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah lori merempuh seorang murid Sekolah kebangsaan (SK) Teluk Medan, Bagan Serai dalam insiden menyayat hati semalam viral di laman sosial, sekaligus mengundang rasa pilu dalam kalangan netizen.


Video, Rakaman CCTV Lori Dipandu Laju Rempuh Budak Sekolah

Baca selengkapnya

“Tak Jemput Kenduri, Macam Mana Nak Datang” – Mia Ahmad

Posted: 21 Sep 2016 08:23 PM PDT

Dituduh dengan pelbagai dakwaan hanya kerana tidak hadir ke majlis perkahwinan Saharul Ridzwan baru-baru ini, Mia Ahmad menjelaskan bahawa dirinya tidak mendapat jemputan dari pihak pengantin lelaki dan bukan kerana isu peribadi seperti yang tersebar.


Mia Ahmad

Baca selengkapnya

Proses Penceraian: “Tunggu Bunuh Diri Baru Dapat Perhatian?...”

Posted: 21 Sep 2016 07:39 PM PDT

PROSES perceraian bagi seorang wanita tidak semudah yang disangka. Ada yang memakan masa selama bertahun-tahun dan masih lagi belum selesai. Jom baca perkongsian perasaan dan kepayahan seorang wanita yang mengalami perkara ini di bawah ini.


Proses Penceraian:

Baca selengkapnya

Video: “Itu Bukan Saya! Saya Tak Sanggup Melihatnya” – Atikah Suhaime

Posted: 21 Sep 2016 07:23 PM PDT

PETALING JAYA: Ketika heboh penyebaran foto bogel dua orang pelakon, seorang yang dikaitkan dalam foto berkenaan iaitu pelakon Atikah Suhaime tampil menafikan dia individu yang dimaksudkan selama ini.


Video: "Itu Bukan Saya! Saya Tak Sanggup Melihatnya" -– Atikah Suhaime

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 22 Sep 2016 02:04 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Gerakan Yahudi Globai Saja-saja Malukan Rosmah

Posted: 22 Sep 2016 01:02 AM PDT


Penganjoq sebenaq adalah Antiquities Coalition dan award bernama Lead by Example atau terjemahannya Kepimpinan Melalui Teladan haha hasil sumbangannya melalui Permata tapi telah disalah lapoq ...

Peluang Hampa Untuk Miliki Mpv Mewah Dengan Ghega Terendah Di Medan Quantum Sdn Bhd

Posted: 21 Sep 2016 11:42 PM PDT


Ya peluang bukan datang selului lebih lebih di zaman semua barang di ataih dunia ni memerlukan perbelanjaan tinggi kalau hampa dah bekeluarga dan mahukan kenderaan lebih selesa buat anak anak a...

Pelajaq Tingkatan Tiga Dilarikan Dua Lelaki Semasa Dok Tunggu Van Sekolah

Posted: 21 Sep 2016 11:32 PM PDT


kola LUMPUR soghang pelajaq tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan SMK bandaq Tun Hussein Onn Cheraih di sini dilarikan dua lelaki menunggang mutusikai di hadapan rumahnya di Jalan Suasan...

5 Perkara Hampa Haruih Tau Tentang Pasai Mycybersale2016

Posted: 21 Sep 2016 11:28 PM PDT


Setiap tahun salah satu acara tahunan yang toknek sentiasa nanti nantikan ialah MYCYBERSALE Untuk makluman MYCYBERSALE adalah kempen jualan online terbesaq di Malaysia yang dianjoqkan setiap ...

Semua Tu Tak Betoi Cheq Masih Dok Beragama Kristian Hans Isaac

Posted: 21 Sep 2016 11:26 PM PDT


baghu kemarin tersebaq dakwaan kononnya Hans Isaac dah memeluk Islam di sebuah negeri di pantai timoq hari ni pelakon kacak telah tampil untuk takmau mengaku dakwaan hat sama dok habaq tadi Rasa...

Tak Dijemput Ke Kenduri Saharul Ridzwan Mia Ahmad Perjelaih Isu Ketidakhadirannya

Posted: 21 Sep 2016 11:24 PM PDT


Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad satu masa dahulu penah bercinta namun hubungan depa terputuih di tengah jalan la nih Saharul Ridzwan dah pun bergelaq suami kepada Deena Emir pernikahan depa telah...

Idris Khan Masih Dok Takmau Beri Komen Tak Mau Keruhkan Keadaan

Posted: 21 Sep 2016 11:22 PM PDT


walaupun Atikah Suhaime dah tampil takmau mengaku bahawa gambaq bogey yang tersebaq tu miliknya namun Idris Khan masih dok ambik pendekatan takmau memberikan sebarang komen Masing masin ada cara...

Dira Abu Zahaq Kunci Mulut Isu Dah Bercerai

Posted: 21 Sep 2016 08:44 PM PDT


kalau sebelum ni pelakon Dira Abu Zahaq penah dikaitkan dengan dakwaan dah bercerai dengan suamiya sehingga la nih dia masih dok lagi takmau menyatakan statuih sebenaq malah suaminya Helmi Yusof ...

Tak Jemput Kenduri Lagu Mana Nak Datang

Posted: 21 Sep 2016 08:42 PM PDT


Dituduh dengan pelbagai dakwaan hanya pasai tak mai ke majlih pernikahan Saharul Ridzwan baghu baghu ni Mia Ahmad menjelaihkan bahawa dirinya tak mendapat jemputan dari pihak pengantin lelaki dan ...

Gopro Lancaq Hero 5 Hitam Dan Kamera Sesi Dalam Masa Yang Sama Memperkenaikan Perkhidmatan Cloud Baghu

Posted: 21 Sep 2016 08:32 PM PDT


Mendakwa sebagai produk terbaiknya setakat ni GoPro telah melancaqkan Action Camera terbarunya dalam bentuk Hero5 Hitam Pada masa yang sama syarikat tu jugak telah melancaqkan versi kecik kame...

Disunat Jin

Posted: 21 Sep 2016 07:18 PM PDT


Pangandaran soghang pompuan mendakwa anaknya berumoq tiga tahun dikhatankan oleh jin pompuan berkenaan Ani 38 yang tinggai bersama suaminya Koswatra di Kampung Bojongsalawe dari daerah Pargi ...

Deklarasi Mahathir Terdesak Tak Ikut Perlembagaan

Posted: 21 Sep 2016 07:16 PM PDT


Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu adzam Shah telah menjelaihkan kepada bekaih Perdana menteghi Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Deklarasi Pembangkang yang dibuat tak mengikut Perlembaga...

Syarikat Isteri Pm Singapura Rugi S 24 Billion

Posted: 21 Sep 2016 07:14 PM PDT


Temasek Holdings yang dianggap sebagai syarikat milik kerajaan GLC palin kukuh di rantau ni turut me nerima tempias ketidaktentuan ekonomi dunia apabila dilapoqkan mengalami kerugian S 24 bilion ...

Guna Trak Pindah Lelaki Topui

Posted: 21 Sep 2016 07:12 PM PDT


Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak terpaksa menggunakan trak untuk memindahkan pesakit dengan berat berlebihan Penolong Pengarah Operasinya Farhan Sufyan Borhan bagitau khidmat bomba terpaksa di...

Hampa Phubber Atau Fomo Inilah Penyakit Otak Pentaksub Gajet

Posted: 21 Sep 2016 07:02 PM PDT


Adakah hampa serin bertindak acuh tak acuh apabila seseoghang bercakap dengan hampa semasa hampa sedang tengok telefon pintar kalau ya maka hampa adalah soghang Phubber Atau adakah hampa berasa...

Ag Dapat Kebenaran Mulakan Prosidin Komitai Pada Lim

Posted: 21 Sep 2016 11:02 AM PDT


Mahkamah Tinggi di kola Lumpoq hari ni memperoleh kebenaran untuk memulakan prosidin komitai menghina mahkamah terhadap Ketua menteghi Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataannya berkaitan...

Misteri Budak Tiga Tahun Disunat Jin Masa Tidoq

Posted: 21 Sep 2016 07:02 AM PDT


Misteri Itulah yang berlaku kepada soghang kanak kanak di Indonesia apabila tiba tiba kemaluannya disahkan telah dikhatan tanpa bantuan manusia Dek pasai tu ibunya percaya anaknya yang berumoq ...

Profesoq Dedah Bahaya Kandungan Minuman 3 In 1 Boleh Sumbat Arteri Darah

Posted: 21 Sep 2016 04:02 AM PDT


Produk minuman berasaihkan 3 in 1 sungguh baq hang memudahkan pengguna lebih lebih lagi ia seakan produk yang wajib ada di setiap rumah mahupun pejabat Dengan lambakan pelbagai jenih pilihan bu...

Datuk Hans Isaac Dah Peluk Agama Islam

Posted: 21 Sep 2016 02:22 AM PDT


ni satu berita yang agak menggempaqkan kami pada hari ni tapi pada masa yang sama timboi ghasa gembira pulak apabila kita barangkali dah ada saudara baghu didalam Islam Ada ura ura terpalin bagh...

myartis.com

Posted: 22 Sep 2016 01:52 AM PDT

myartis.com


BILA NETIZEN BUAT 'CSI' PADA GAMBAR PANAS PELAKON

Posted: 21 Sep 2016 03:40 PM PDT



Meskipun pelakon wanita yang dikaitkan dengan gambar panas baru-baru ini menafikan yang gambar tersebut adalah dirinya, namun entah kenapa ramai yang masih tidak mempercayai pengakuannya itu.

Lebih gempak, terdapat netizen yang telah membuat CSI sendiri terhadap gambar tersebut yang didakwa membuahkan hasil memeranjatkan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KEHIDUPAN FARAH LEE SELEPAS BERCERAI DENGAN ALLY ISKANDAR

Posted: 21 Sep 2016 03:35 PM PDT



"Sekeping omma membawa diri," demikian kata Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli di FBnya mengenai kehidupannya selepas bercerai talak satu dengan personaliti TV3, Ally Iskandar pada 17 Ogos lalu.

Sejak bercerai, Farah yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Maream Esabel hasil perkahwinannya dengan Ally itu sering memuatnaik luahannya di FBnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"SAYA MASIH KRISTIAN KATOLIK" - HANS ISAAC

Posted: 21 Sep 2016 05:06 AM PDT



Baru sahaja hari ini gosip tersebar mendakwa pelakon Hans Isaac, 45, telah memeluk agama Islam, terkini Hans sendiri menafikan perkara tersebut.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam.

"Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik).



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 21 Sep 2016 08:23 PM PDT

ROTIKAYA


“Tak Jemput Kenduri, Macam Mana Nak Datang”

Posted: 21 Sep 2016 07:14 PM PDT

Dituduh dengan pelbagai dakwaan hanya kerana tidak hadir ke majlis perkahwinan Saharul Ridzwan baru-baru ini, Mia Ahmad menjelaskan bahawa dirinya tidak mendapat jemputan dari pihak pengantin lelaki dan bukan kerana isu peribadi seperti yang tersebar. Bagi mengelakkan timbulnya salah faham, Mia tampil memberi penjelasan untuk mempertahankan diri.

BACA: Mia Ahmad Tidak Setuju Bila Rakan Artis Buka Tudung

“Saya tidak mahu orang lain fikir yang bukan-bukan. Sampai ada antara komen di dalam laman sosial yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki sahaja. Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir. Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai segala persoalan sinis netizen yang bertanya ”

“Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada. Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak. Mulalah naik pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sebelum ini, Mia yang pernah bergandingan dengan Saharul menerusi drama Hati Perempuan pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta lokasi. Bagaimanapun masing-masing menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa mereka hanya berkawan baik sahaja. Namun tindakan Mia tidak menghadiri hari bahagia Saharul mengundang pelbagai spekulasi negatif. (rkty/w)

Dira Abu Zahar Kunci Mulut Isu Sudah Bercerai

Posted: 21 Sep 2016 06:14 PM PDT

Jika sebelum ini pelakon Dira Abu Zahar pernah dikaitkan dengan dakwaan sudah bercerai dengan suamiya, sehingga kini dia masih lagi enggan menyatakan status sebenar malah suaminya, Helmi Yusof turut berdiam diri mengenai perkara tersebut.

BACA: Dira Nafi Rumahtangga Bermasalah, Hanya Gaduh Biasa

“??Saya tak mahu komen dan saya tak akan bercakap apa-apa mengenai perkara itu walaupun ramai yang nak tahu,” jelasnya. Sementara itu Helmi juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro lagi, Dira juga mengakui turut berasa kecewa kerana isu rumahtangganya lebih menarik perhatian berbanding usahanya sebagai seorang pelakon dan pengarah.

Dira Abu Zahar dan suaminya berkahwin pada November 2011 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata dan khabar angin tentang pernceraian mereka mula tersebar sekitar Julai lalu. Bagaimanapun menurut Dira sebelum ini, mereka sekadar bergaduh biasa sahaja. (rtky/s)

6-dira-abu-zahar-kunci-mulut-isu-sudah-bercerai-rotikaya 5-dira-abu-zahar-kunci-mulut-isu-sudah-bercerai-rotikaya 4-dira-abu-zahar-kunci-mulut-isu-sudah-bercerai-rotikaya 3-dira-abu-zahar-kunci-mulut-isu-sudah-bercerai-rotikaya 2-dira-abu-zahar-kunci-mulut-isu-sudah-bercerai-rotikaya 1-dira-abu-zahar-kunci-mulut-isu-sudah-bercerai-rotikaya

Hans Isaac Nafi Sudah Peluk Islam, Masih Kristian

Posted: 21 Sep 2016 05:13 PM PDT

Tidak mahu wujud kekeliruan berterusan di sosial media, pelakon Hans Isaac menjelaskan bahawa dia kini masih lagi beragama Kristian dan menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa dia kini telah memeluk Islam.

BACA: Hans Isaac Sedia Berkahwin & Sedang Kenal Seseorang

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam. Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik)”

“Saya sedang sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini,” jelasnya kepada Harian Metro. Kenyataan Hans juga sekaligus menepis dakwaan sebuah portal hiburan mengenai perkara tersebut.

Dalam perkembangan lain, sebelum ini Hans Isaac pernah menyatakan bahawa dia kini sudah bersedia untuk berkahwin dan dalam masa yang sama sedang mengenali seseorang namun enggan berkongsi siapakah wanita bertuah tersebut. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Utusan Malaysia

1-hans-isaac-nafi-sudah-peluk-islam-rotikaya 7-hans-isaac-nafi-sudah-peluk-islam-rotikaya 6-hans-isaac-nafi-sudah-peluk-islam-rotikaya 5-hans-isaac-nafi-sudah-peluk-islam-rotikaya 4-hans-isaac-nafi-sudah-peluk-islam-rotikaya 3-hans-isaac-nafi-sudah-peluk-islam-rotikaya

Nabil Ahmad Hilang 1.2 Juta Pengikut Di Instagram

Posted: 21 Sep 2016 08:32 AM PDT

Sekali lagi kes laman sosial artis digodam. Kali ini Nabil Ahmad pula menerima nasib malang apabila akaun Instagram beliau yang dikongsi bersama isterinya, Zira telah digodam kelmarin sehingga kehilangan pengikut seramai 1.2 juta. Keadaan ini turut memberi tekanan kepada Nabil dan isteri yang menggunakan akaun tersebut untuk tujuan perniagaan.

BACA: Ibu Terlantar Sakit, Nabil Ahmad Sambut Raya Sederhana

screen-shot-2016-09-21-at-11-30-15-pm

“Zira yang menyedari akaun kami digodam apabila tidak dapat memasukkan kata laluan Instagram, semalam. Apabila dia cuba untuk memasukkan kata laluan baharu, emel yang diterima bukan emel sebenar kami. Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan”

“Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira. Tidak sangka dalam saya mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengetahui beberapa rakan selebriti sebelum ini pernah menjadi mangsa godam, akhirnya terkena jua,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan akaun laman sosialnya yang digodam kelmarin.

Lebih mengecewakan lagi buat pasangan ini adalah kerana mereka juga turut kehilangan detik indah perkembangan dua anak mereka yang sedang membesar. Sementara itu Nabil turut memaklumkan bahawa beliau lebih selesa berkongsi akaun Instagram bersama isterinya kerana beliau lebih bijak menguruskannya, walaupun dirinya sendiri jarang memuat naik gambar.

Sebelum ini beberapa selebriti popular tempatan lain seperti Jihan Muse dan Emma Maembong juga pernah menerima nasib yang sama serta kehilangan puluhan ribu pengikut berikutan kejadian itu. Tindakan tidak bertanggungjawab penggodam itu bukan sahaja memberi tekanan malah ia turut menyusahkan orang lain untuk menghubungi selebriti kesayangan. (rkty/w)

2-nabil-ahmad-hilang-1-2-juta-pengikut-di-instagram-jpeg 3-nabil-ahmad-hilang-1-2-juta-pengikut-di-instagram-jpeg 4-nabil-ahmad-hilang-1-2-juta-pengikut-di-instagram-jpeg 5-nabil-ahmad-hilang-1-2-juta-pengikut-di-instagram-jpeg 6-nabil-ahmad-hilang-1-2-juta-pengikut-di-instagram-jpeg 7-nabil-ahmad-hilang-1-2-juta-pengikut-di-instagram-jpeg

“Hanya Ada 8K Masa Nikah Dengan Mizz Nina”

Posted: 20 Sep 2016 09:57 PM PDT

Daripada saat percintaan hinggalah ke saat mereka berkahwin, pasangan, Noh Salleh dan Mizz Nina sering menjadi tumpuan orang ramai. Ramai juga yang inginkan relationship goals seperti mereka. Terkini menerusi slot motivasi, Noh berkongsi tentang keperitan beliau disaat mencari rezeki sesuap nasi sehingga ke hari bertemu Mizz Nina dan menikahinya.

BACA: "Saya Memang Tak Rindukan Kehidupan Dulu"

screen-shot-2016-09-21-at-12-26-25-pm

"Saya tak berpeluang belajar di ipta, tamat spm saya pilih ceburi bidang nyanyian. Rezeki ikut musim, ada permintaan, ada duit, ada hari hanya makan nasik lemak pagi. Tengahari dan malam berpuasa. Pernah pinangan ditolak sebab takda duit”

“Niat dalam hati, Ya Allah aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar utk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-benda haram, mudahkanlah urusan aku. Kemudian Allah bukak pintu rezeki, masih merangkak. Kemudian saya berjumpa Mizz Nina”

“Saya pinang dia dan alhamdulillah dia tidak menolak pinangan saya padahal dia orang hebat, anak orang hebat. Dalam poket saya hanya ada 8 ribu genap. Saya ulang, hanya 8 ribu genap sahaja dalam akaun saya untuk bernikah dengan dia”

“Saya katakan pada Nina, Girl,if u want to marry me, I'm a nothing. I have nothing. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, InshaAllah I'm able to do it. Dan Nina terima”

“Sekarang alhamdulillah, dari niat yg baik, dan niat Nina yg baik, menikah dgn saya hanya utk kenal Allah, Nina berubah, berhijab, sudah tidak make up, baju nya semua besar2, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian. Semuanya, LILLAHITA'ALAA,” katanya menerusi laman Facebook milik Azfar Mohd yang berkongsi tentang kisah penghijrahan mereka.

Mungkin inilah yang dinamakan cinta sejati, tanpa memandang status mahupun harta mereka bersatu didalam sebuah ikatan perkahwinan. Dengan niat kerana Allah pula mereka saling memperbaiki kekurangan diri dan sama-sama berubah menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Semoga jodoh diantara mereka akan kekal bahagia hingga ke jannah. (rkty/w)

Nas-T, Atita Haris Rahsiakan jantina Anak

Posted: 20 Sep 2016 07:26 PM PDT

Sama seperti selebriti lain, pasangan Nas-T dan Atita Haris juga lebih selesa memilih untuk merahsiakan jantina kandungan pertama mereka yang kini sudah memasuki usia selama 7 bulan. Malah menurut Nas-T, proses kehamilan Atita juga berjalan dengan baik selain isterinya juga tidak mengalami sebarang alahan teruk sehingga mengganggu kesihatannya dan juga bayi.

BACA: Nas-T Akui Rezeki Melimpah Lepas Berkahwin

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan imbasan dilakukan doktor juga menunjukkan bayi dalam kandungan juga sihat dan aktif. Cuma buat masa ini, biarlah jantina kandungan itu diketahui oleh kami berdua sahaja. Semestinya sebagai bakal bapa yang julung kali ingin menyambut cahaya mata sulung, saya berasa amat teruja menantikan kehadirannya”

“Kandungan Atita kini sudah mencecah tujuh bulan dan tidak sabar rasanya menanti detik indah itu tiba. Ada juga saya dengar suami pening kepala hendak menunaikan permintaan isteri yang mengidam benda aneh. Namun, buat masa ini saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana Atita teringin nasi kandar dan masak lemak saja,” katanya kepada Berita Harian Online.

Bakal menjadi bapa tidak lama lagi, Nas-T mengakui beliau boleh dikatakan agak beruntung kerana isterinya tidak meminta mengidam makanan yang aneh. Tidak seperti suami lain, beliau tidak mempunyai masalah melayan kerenah isterinya yang sedang sarat mengandung kerana beliau hanya teringin untuk makan nasi kandar dan masak lemak sahaja. (rkty/w)

1-nas-t-atita-haris-rahsiakan-jantina-anak-jpeg 3-nas-t-atita-haris-rahsiakan-jantina-anak-jpeg 4-nas-t-atita-haris-rahsiakan-jantina-anak-jpeg 5-nas-t-atita-haris-rahsiakan-jantina-anak-jpeg 6-nas-t-atita-haris-rahsiakan-jantina-anak-jpeg 7-nas-t-atita-haris-rahsiakan-jantina-anak-jpeg

No comments:

Post a Comment