Monday, 5 September 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 05 Sep 2016 09:59 AM PDT

KedahLanie.info


ANWAR dedah apa yang dia dan MAHATHIR sembang siang tadi..

Posted: 05 Sep 2016 08:41 AM PDT

Mahathir sokong agenda perubahan masa kini, kata Anwar

Kow Gah Chie
5 Sep 2016, petang 6:38 (Dikemaskini 5 Sep 2016, petang 6:43)

Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah hari ini membuktikan sokongan bekas perdana menteri itu kepada agenda pembaharuan.

Justeru, ini menyediakan mereka ruang untuk terus berunding, katanya ketika ditemui di mahkamah di Kuala Lumpur dalam usahanya untuk menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Ketua Umum PKR itu yang kini meringkuk di penjara disoal sama ada beliau mempercayai Mahathir sekarang berbanding semasa dirinya mengutus surat kepada ahli-ahli PKR, Mei lalu, mengingatkan mereka terhadap kerjasama dengan bekas perdana menteri itu.

Wartawan: Adakah kamu mempercayai Mahathir?
Anwar: Saya hargainya... hakikat bahawa beliau cukup baik hati dan menyokong permohonan ini, (beliau) ucapkan selamat berjaya dan sentiasa sihat.

Wartawan: Adakah kamu mempercayai beliau sekarang?
Anwar: Tidak, kami akan terus berunding ....

Wartawan: Kamu percayainya sekarang berbanding waktu kamu menulis surat amaran kepada ahli supaya berhati-hati?
Anwar: Pendirian saya, nombor satu, (adalah) kebajikan rakyat paling utama, ini bermaksud sesiapa yang ingin berunding, mesti menerima agenda perubahan kami. ..

Ini bukan mengenai mempercayai atau tidak. Sesiapa yang menyokong agenda reformasi mesti diberi peluang untuk bersama.

Wartawan: Beliau telah dapat kepercayaan kamu?
Anwar: Beliau bersedia datang ke mari dan menyatakan sokongannya dengan permohonan (mahkamah) ini dan mengucapkan saya supaya sentiasa sihat dan dengan itu saya anggap beliau menyokong agenda reformasi.

Kami membincangkan isu lain hanya secara umum. Tumpuan kami kepada permohonan (halang Akta MKN) tetapi kami juga membincangkan isu-isu lain, tetapi kami akan mengumumkannya.

Demi Malaysia : pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat dialukan.

Posted: 05 Sep 2016 06:15 AM PDT

*Sinergi Dua Gergasi*

*Demi Malaysia*: pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat dialukan.

Saya sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19 tahun untuk kembali duduk sebaris.

Saya nyatakan 'mimpi' saya itu dalam ucapan saya di depan Tun dalam majlis ceramah Tun yang pertama di atas pentas Pakatan di Pandan, awal Mac tahun ini.

YB Rafizi menjadi tuan rumah ceramah tersebut dan ia adalah ceramah Tun yang pertama selepas secara rasminya Deklarasi Rakyat dilancarkan.

Tun M dan Tun Hasmah hanya tersenyum.

Saya hanya memberanikan diri dan berharap ia menjadi katalis Tun dan Kak Wan untuk menerimanya. Kak Wan tidak ada dalam majlis pada malam itu tetapi saya berharap kata-kata itu sampai ke pengetahuan beliau.

Itu yang saya mampu lakukan untuk melihat dua elemen yang dulunya sangat serasi tetapi kemudian bertentangan atas pengaruh keadaan, untuk kembali mencari _'sinergi ying dan yang'_ politik Malaysia.

Keadaan negara masa kini sangat memerlukan sinergi itu.

Malaysia telah kehilangan proses pergantian pemimpin mengikut jalur natural untuk satu tempoh yang panjang.

Ini juga yang telah membawa kepada politik Malaysia yang bersimpang siur kini.

DSAI adalah _'natural succesor'_ yang masih aktif. Ku Li dan  Tun  Musa telah berada di tepi gelanggang atas sebab tersendiri. Keguguran mereka antara lain telah mencipta _'vacuum'_ kepimpinan. Tun Ghafar pula telah pergi.

Anwar menggengam idealisma politik tersendiri yang amat kukuh dalam jiwanya sehingga beliau tidak ingin mengalah untuk melihat Malaysia yang terus hebat.

Kehilangan proses penggantian pemimpin yang natural ini telah mencipta _'gap'_dan _'vacuum'_.

Adanya kekosongan dan lompang kepimpinan ini menjadi punca terbesar pemimpin kurang bersedia terpaksa memikul tugas memimpin negara dengan kekurangan kejituan atau  nilai kepimpinan kental yang diperlukan.

Malaysia masih memerlukan Anwar, selain TS Muhyidin untuk mengemudi negara ini keluar dari perairan berbatu dan bergelora  pada masa ini.

Tetapi Anwar yang direstui oleh arkitek negara Malaysia yang masih cergas memerhatikan hala tuju negara - Tun M.

Kombinasi dua gergasi ini melengkapkan semula dua tenaga. *Sinergi*. Tenaga penyatuan.

Anwar dan Muhyidin pula telah pernah bergandingan.

Paling penting, Malaysia dapat diselamatkan.

*Demi Malaysia*

Husam Musa
5 September 2016

Dr M, Anwar masa untuk tumbangkan Umno BN

Posted: 05 Sep 2016 05:08 AM PDT


Laman sosial Facebook dan Twitter pemimpin pembangkang hari ini dipenuhi dengan komen-komen ke atas gambar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Rata-rata mereka mendoakan Mahathir dan Anwar dapat bersatu demi menyelamatakan Malaysia.

Ahli jawatankuasa Amanah Nasional Mazlan Aliman dalam status yang dimuat naik di Facebooknya menzahirkan rasa kagum terhadap Anwar yang disifatkan sebagai berjiwa besar.

Beliau berkata, jika kedua-dua tokoh politik itu bersatu memimpin pakatan pembangkang, BN akan dapat ditewaskan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

"Datuk Seri Anwar menyertai Umno dan kabinet di zaman Dr Mahathir, kemudiannya dipecat. Dizalimi dan dipenjara. Hari ini, Tun hadir ke mahkamah atas sokongan terhadap tentangan Akta MKN yang dibawa DS Anwar.

"Jiwa besar DS Anwar Ibrahim, sangat mengkagumkan!

Jika kedua-dua tokoh besar ini bersatu memimpin Pakatan Pembangkang, BN akan dapat dileburkan pada PRU14," tulisnya di facebook.

Sementara itu, pengerusi DAP Perak, Ngar Kor Ming di Twitternya berharap Mahathir akan membersihkan nama Anwar yag sekian lama difitnah dan dizalimi.

Beliau juga berkata, semua pihak perlu bersatu untuk menumbangkan Umn BN dan menyelamatkan Malaysia.

"Tun M akkhirnya bertemu dengan DS Anwar. Semua pihak perlu bersatu untuk tumbangkan Umno BN dan selamatkan negara kita.

"Dr M akan bersihkan nama Anwar yang sekian lama ini difitnah dan dizalimi," tulisnya di twitter.

Bekas ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi yusof pula berkata, walaupun tidak faham apa yang sedang berlaku namun beliau mendoakan yang terbaik untuk Anwar dan rakyat Malaysia.

"Saya tak faham apa semua ini. Tetapi saya mendoakan yang terbaik untuk DS anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia," tulisnya ringkas.

Anwar ke mahkamah hari ini untuk memfailkan tuntutan beliau bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari sudut perlembagaan.

Tun Dr Mahathir pula dikatakan datang ke mahkamah bersama para penyokong beliau bagi memberikan sokongan kepada Anwar.

Turut serta datang bersama Mahathir adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, ketua sekretariat Deklarasi Rakyat yang dipengerusikan Mahathir, Datuk Kamarudin Jaffar dan pembantu khas Mahathir, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan.

Hubungan antara kedua-dua pemimpin ini sangat teruk sejaka Anwar dipecat dari jawatannya sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998.

Ia semakin bertambah buruk apabila Anwar mengetuai pembangkang dan mencabar kepimpinan negara di bawah Mahathir.

Namun suasana mula berubah apabila Mahathir mula menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

MCA tetap tolak pindaan Akta RUU 355

Posted: 05 Sep 2016 04:00 AM PDT

Gan-Ping-Sieu
SHAH ALAM - MCA menjelaskan bahawa mereka kekal dengan pendirian untuk menolak pindaan Rang Undang-undang Akta 355 yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Ketua pasukan perlansanaan Dasar dan Undang-undang Syariah, MCA Pusat, Gan Ping Sieu berkata, pindaan tersebut dipertikai masyarakat bukan Islam memandangkan terdapat agenda tersirat yang dibawa berhubung pelaksanaan itu.

"Bukan saja persepsi tapi secara realitinya, ini satu yang membimbangkan keseluruhan rakyat kita," katanya ketika Wacana Sinar Harian Siri 41 - Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi yang diadakan di Auditorium, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), hari ini.

Pindaan RUU 355 tiada kaitan dengan hudud

Posted: 05 Sep 2016 03:10 AM PDT


SHAH ALAM - Menteri menegaskan pindaan RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 2016 tiada kaitan dengan hudud ‎seperti yang digembar-gemburkan.

‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jenayah melibatkan hudud seperti rogol atau rompak bukan di bawah kuasa mahkamah syariah.

"Pindaan ini‎ untuk meningkatkan kuasa mahkamah syariah. I‎ni bukan soal hudud.‎ Rompak, rogol itu melibatkan mahkamah sivil. Bukan mahkamah syariah.

"‎Timbul persepsi pindaan itu diolah seakan-akan kita nak ambil hak orang lain, keluar dari mahkamah syariah. Pindaan ini tak timbul soal kita nak ambil hak orang lain," katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar ke-41, Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Ulasan pedas dari Mufti Perak berkenaan 'Tugu Negara' & 'Bujet RM650juta'

Posted: 05 Sep 2016 02:28 AM PDT


Sedangkan membina tugu menyerupai haiwan sebenar sudah haram, apatah lagi berbentuk manusia, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya membina tugu berbentuk manusia memang jelas haram hukumnya dan suatu ketika nanti tuhan akan menuntut supaya binaan itu diberi nyawa.

Selain menganggapnya sebagai "dosa besar" Harussani berpendapat peruntukan besar bagi projek pengindahan taman di sekitar Tugu negara sebagai pembaziran besar negara.

Bercakap kepada Malaysiakini Harussani menjelaskan kesalahan itu menjadi lebih besar apabila binaan tugu itu mengundang manusia untuk memuja binaan tersebut.

"Dari awal dulu lagi kita tak bersetuju (dengan pembinaan Tugu Negara) kerana kita adalah negara Islam. Kenapa kita nak memuja tugu?

"Tugu berbentuk manusia pula adalah haram," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan suntikan dana RM650 juta untuk projek Taman Tugu di atas kawasan seluas 66 ekar di sekitar Tugu Negara.

Sebahagian besar daripada peruntukan itu - atau RM500 juta - akan dibiayai Khazanah Nasional.

Hutan tropika mini dalam bandar raya itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur dan fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.

Projek itu diumumkan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan timbalan Harussani, Zamri Hashim.

Mengulas lanjut, Harussani menyifatkan suntikan dana itu sebagai satu pembaziran terbesar negara.

Kata Harussani adalah lebih baik wang tersebut digunakan bagi tujuan pembangunan kehidupan rakyat di negara ini.

"Menyediakan sampai RM650 juta pula satu pembaziran. Ia sepatutnya ia boleh membantu membangunkan hidupan rakyat, malah itu lebih mudah dan baik daripada membina serta mencantikan tugu supaya orang ramai datang memuja tugu.

"Banyak lagi orang miskin di negara ini.

"Kalau dengan jumlah tersebut kita buat untuk perumahan atau bangunkan tanah-tanah yang (terbiar) ia lebih berfaedah serta hidup rakyat lebih bahagia," tegas Harussani.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amalan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram.

"Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.

Tugu Negara diilhamkan, direka dan dibangunkan pengarca AS kelahiran Australia, Felix de Weldon.

Carian di Internet menunjukkan binaan berkenaan adalah Tugu Negara terakhir dihasilkan de Weldon sebelum dia meninggal dunia pada 3 Jun 2003.

Inilah jawapan 'menteri' kenapa mereka berjoget masa hari kebangsaan tempohari

Posted: 05 Sep 2016 01:58 AM PDT

Muzik cantik, kamipun goyang badan, kata menteri

 http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/09/junaidi.jpg
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengakui beliau bersama beberapa menteri kabinet berjoget secara spontan.

Katanya, ini kerana muzik yang dimainkan pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 di Dataran Merdeka, Selasa terlalu mengasyikkan.

"Bila muzik itu cantik, feel good, perasaan itu pun ada. Jadi, orang respon kepada muzik yang rancak.

"Itu sahaja, tiada apa-apa pun," katanya yang dpetik oleh portal Free Malaysia Today (FMT).

Namun Wan Junaidi mendakwa bahawa beliau tidak ingat sama ada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut serta atau tidak.

"Saya tidak lihat tapi saya tahu ada empat atau lima menteri yang respon kepada muzik itu. Saya tahu itu, kerana saya sendiri goyang badan juga," katanya.

Sebelum ini peguam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri Abdulla memuat-naik klip video yang memaparkan seseorang individu yang mirip Apandi menari bersama sekumpulan menteri dan mempersoalkan tingkah laku itu.

Katanya, tindakan Apandi memakai pakaian sama seperti dikenakan menteri ketika itu sekali gus menampilkan "tingkah laku boleh dipersoal" berhubung kemungkinan konsep dan prinsip keadilan asasi.

Kata Haniff, dalam konsep itu, keadilan bukan sahaja dilakukan, namun hendaklah nampak dilakukan dan perhubungan peguam negara hendaklah pada tahap profesional tertinggi.

Turut kelihatan dalam klip itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri, serta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata tindakan berjoget itu bukan sesuatu yang serius kerana ia tidak ada kena mengena dengan etika serta kesalahan undang-undang.

"Tiada kaitan dengan etika dan kesalahan undang-undang. Kesemua yang ada di situ terpengaruh kepada muzik. Semua orang, termasuk saya sendiri.

"Jadi, saya tidak melihat apa-apa langsung. Mana-mana yang persoalkan benda itu jadi isu besar, pada saya dia sangat tidak sesuai," katanya.

Beliau turut menambah kejadian itu berlaku sewaktu Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan majlis.

"Muzik itu dirancakkan supaya kita tahu walaupun VVIP sudah balik, acara masih belum habis lagi," katanya lagi.

Pagi tadi, bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menghantar memorandum kepada Pejabat Peguam Negara di Putrajaya bagi menuntut pengunduran Apandi dalam tempoh 24 jam.

Jika tidak, kata Khairuddin, beliau akan mengambil langkah yang perlu bagi memastikan peguam negara digugurkan daripada jawatannya.

Dr Mahathir hadir beri sokongan kepada Anwar

Posted: 05 Sep 2016 12:17 AM PDT


mahathir-lawat-anwar

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada bekas timbalan beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Kehadiran mengejut Dr Mahathir pada 2.45 petang merupakan pertama kali bekas timbalan perdana menteri itu menonjolkan sokongan terbuka kepada Anwar, genap 18 tahun dan 3 hari selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Anwar dipecat pada 2 September, 1998 selepas dituduh menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan beliau mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir hari ini ditemani Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin dan bekas naib ketua cawangan Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Turut hadir ialah barisan peguam PKR, N. Surendren dan Latheefa Koya, di samping peguam Melissa Sasidaran, Eric Paulsen dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan.

Anwar, 68, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun, mendakwa Akta MKN 2016 tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menuntut deklarasi Akta MKN tidak berperlembagaan dan terbatal serta perintah injunksi menghalang penguatkuasaan MKN.

Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu antara lain memberikan kuasa kepada perdana menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai "kawasan keselamatan" di mana beliau boleh membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu "kawasan keselamatan".

Akta itu diluluskan tanpa mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, walaupun istana pernah mencadangkan beberapa perubahan.

Perjanjian PAKATAN HARAPAN - Ke Mana Hala Tujunya?

Posted: 04 Sep 2016 09:43 PM PDT



SURAT TERBUKA KEPADA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN.

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)

Sdr. Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Tuan Haji Mohamad Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh / Salam Sejahtera

PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN – KE MANA HALA TUJUNYA?

Pada 9 Januari 2016 suatu Perjanjian Pakatan Harapan telah ditandatangani oleh ketiga-tiga pihak mewakili parti masing-masing. Majlis menandatangani Perjanjian telah disempurnakan dengan gilang gemilang dan ketiga-tiga pihak mewakili parti masing-masing berikrar bahawa "Mewakili KEADILAN, DAP dan AMANAH, kami berjanji bahawa persetujuan-persetujuan ini akan dihormati, didokong dan dilaksanakan bersama oleh parti-parti kami selagi perjanjian ini berkuatkuasa dan persetujuan-persetujuan di dalamnya adalah mengikat ketiga-tiga parti"

Pengumuman sempurnanya permeterian Perjanjian dipropagandakan kepada seluruh negara bahawa inilah suatu Pakatan yang akan memacu usaha menjatuhkan Umno/BN dalam pilihanraya dan seterusnya menyelamatkan Malaysia dari kerosakan yang dilakukan oleh Umno/BN.

Bermula dari tarikh tersebut, Pakatan Harapan (PH) digambarkan akan bergerak secara bersesama dalam apa jua tindakan ke arah mencapai matlamat bersama iaitu menjatuhkan Umno/BN dan menyelamatkan Malaysia. Walau bagaimana pun mutakhir ini kelihatan bahawa Perjanjian tersebut sebenarnya tiada apa-apa nilai malah ianya hanya tidak lebih daripada retorik politik semata-mata. Beberapa tindakan parti-parti tertentu dilihat dan memperlihatkan bahawa segala persetujuan yang ditandatangani hanya sampah.

Pilihanraya Umum Negeri Sarawak (PUNS) memperlihatkan bagaimana KeADILan telah bertembung dengan DAP di beberapa kerusi yang mengakibatkan kekalahan kedua-dua parti kepada calon BN.

Fasal 5.2 dengan jelas menyatakan bahawa Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat. Calon tersebut akan dipilih oleh parti masing-masing yang diberi kepercayaan oleh Majlis Presiden untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam pilihanraya tersebut.

Persoalannya ialah bagaimana pertembungan sesama sendiri masih boleh berlaku? Tidakkah perkara ini dibincangkan di dalam Majlis Presiden? Apa keputusan Majlis Presiden?

Fasal 1 Perjanjian Pakatan Harapan memperjelaskan bahawa apa saja keputusan hendaklah secara bersama melalui Majlis Presiden yang akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua (2) bulan atau mana-mana tempoh yang dipersetujui bersama. Setiap keputusan yang diambil hendaklah secara konsensus sebulat suara dan mengikat ketiga-tiga parti. Jika sudah ada keputusan dari Majlis Presiden siapa akan bertanding mewakili Pakatan Harapan, bagaimana pertindihan masih boleh berlaku? Siapa yang ingkar keputusan Majlis Presiden?

Naib Presiden KeADILan, YB Puan Nurul Izzah Anwar pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian pertindihan kerusi tersebut akan disiasat tetapi sehingga hari ini tiada sebarang keputusan yang dimaklumkan. Adakah telah disiasat? Sudahkan ada keputusan siasatan? Apakah puncanya?

Sekarang kita sedang menghampiri Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangkakan pada tahun 2017. Segala gerak-kerja strategi dan tindakan sewajarnya dilakukan secara bersama berpandukan Perjanjian Pakatan Harapan.

Walau bagaimana pun kelihatan ada pihak yang bergerak secara bersendiri tanpa memaklumkan atau mendapat persetujuan Pakatan Harapan secara konsensus.

Terbaru kelihatan ada perbincangan di antara KeADILan Johor dengan PAS Johor. Ini diakui sendiri oleh seorang pimpinan KeADILan Johor bernama Jimmy Puah. Jimmy Puah dalam posting facebooknya menulis seperti berikut :

"Pencerahan Perjumpaan dengan PAS Johor 3/9/2016 - ini hanya adalah satu perjumpaan di antara 2 parti politik blok pembangkang. PKR adalah sebahagian Pakatan Harapan dan ini tidak akan berubah. Walaupun PAS tiada dlm PH tapi ini tidak bermakna mereka & kami tidak blh berkawan. Musuh politik kita hanya 1 iaitu BN. PAS juga setuju. Maka utk memastikan kemenangan dlm PRU nanti kami kena bermesyuarat dgn semua pihak dlm blok pembangkang. Perjumpaan kami juga bukan rahsia dan diketahui oleh rakan2 sekutu kami dlm PH. Tiada apa2 gabungan seperti ditajuk. Disebabkan keadaan politik sekarang maka PKR memikul tanggungjawap yg berat ini utk memastikan kekurangan 3 corner fight dan kalau blh 1 lawan 1 di antara pembangkang & BN. Mungkin ramai yg keliru atau xpuas hati dgn pendirian kami tetapi akhir hari tanya sendiri setuju atau tidak peluang terbaik selamatkan Malaysia adalah melalui 1 blok pembangkang yg bersatu? Pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi. Adakah rakyat nak tengok pembangkang gaduh sesama sendiri?? Tentunya tidak."

Saya mohon merujuk kepada Fasal 5.7 Perjanjian Pakatan Harapan yang menyatakan seperti berikut :

Mana-mana parti di dalam Pakatan Harapan tidak akan berunding secara bersendirian dengan parti yang tidak berada di dalam Pakatan Harapan mengenai apa-apa perkara bersabit pilihanraya kecuali dengan dimaklumkan kepada Majlis Presiden terlebih dahulu.

Persoalan yang timbul ialah adakah Majlis Presiden dimaklumkan tentang perbincangan ini dan memberikan mandat kepada KeADILan Johor untuk mengadakan perbincangan dengan PAS seperti yang dilakukan oleh Jimmy Puah? Jimmy Puah dengan jelas menyebutkan bahawa "Disebabkan keadaan politik sekarang maka PKR memikul tanggungjawap yg berat ini utk memastikan kekurangan 3 corner fight dan kalau blh 1 lawan 1 di antara pembangkang & BN."

PAS tidak berada di dalam Pakatan Harapan, justeru sebarang perbincangan dengan PAS oleh mana-mana parti hendaklah berpandukan Fasal 5.7 di atas. Kegagalan mengikut Fasal 5.7 adalah amat-amat janggal.

Akhirnya saya merujuk kepada Fasal 7.2 Perjanjian di mana dengan jelas disebutkan bahawa "Sekiranya tindakan yang dibuat oleh satu parti secara jelas telah melanggar mana-mana perkara di dalam Perjanjian Pakatan Harapan ini dan keputusan bahawa tindakan itu melanggar Perjanjian Pakatan Harapan telah dipersetujui secara bersama oleh kesemua parti yang lain di dalam Pakatan Harapan, kesemua parti lain itu secara sebulat suara berhak membuat keputusan untuk menggugurkan keanggotaan parti yang membuat tindakan yang melanggar Perjanjian Pakatan Harapan itu dari Pakatan Harapan.".

Manusia dipegang pada janji. Jika perjanjian yang diusahakan dan ditandatangan oleh setiap pihak tidak dipatuhi dan dihormati, apa lagi hendak diharapkan kepada semua parti-parti politik yang ada?

Saya memohon maaf jika surat ini menggangu Tuan-tuan semua.

Sekian.

ZULHAZMI BIN SHARIFF
5 September 2016

Maksud sebenar ungkapan "LAWAN TETAP LAWAN" antara ungkapan ANWAR & NAJIB

Posted: 04 Sep 2016 09:00 PM PDT

LAWAN TETAP LAWAN - FAHAMKAH NAJIB MAKSUD SEBENAR UNGKAPAN POPULAR ANWAR ITU?


Rasanya sudah lebih dari sekali Najib Razak mengungkapkan perkataan "lawan tetap lawan" dalam ucapannya yang bertujuan untuk menggambarkan beliau tidak akan berundur atau mengalah di sebalik cabaran bertali arus menghimpitnya.

Semalam sekali lagi beliau melafazkan ungkapan yang pernah dipopularkan oleh Anwar Ibrahim itu untuk ditujukan khusus kepada Tun Mahathir Mohamad yang kini berusia 92 tahun.

"Lawan tetap lawan, saya tidak takut kepada sesiapa, saya hanya takut kepada Allah sahaja.

"Saya tidak takut kepada orang yang khianati UMNO selepas jadi pemimpin selama 22 tahun. Patutkah saya takut kepada orang yang berusia 92 tahun," kata Najib lagi.
 



Gelihati pun ada bila Najib kerap menyebut "lawan tetap lawan" itu sejak kebelakangan ini, apatah lagi bila ia ditujukan khusus kepada Tun Mahathir.


Apakah beliau benar-benar faham maksud ungkapan  yang dilafazkannya itu?

Adakah beliau melafazkannya setelah menatap cermin untuk melihat wajah dirinya yang sebenar selama ini atau sekadar untuk membuatkan para penyokongnya bertepuk tangan semata-mata?

Jika Najib memiliki "cermin besar" untuk melihat secara jujur ke dalam dirinya dan mengimbas kembali beberapa ketakutannya selama ini, sama ada untuk berdebat dengan Tun Mahathir atau menyaman WSJ dan Muhyiddin Yassin, beliau seharusnya malu untuk mengungkapkan kata-kata itu.

Dibandingkan dengan keberanian dan hati waja Anwar Ibrahim yang selalu mengungkapkan kata-kata itu seiring dengan tindakan yang dizahirkannya, satu peratus pun Najib tidak mempunyai persamaan dengannya.

Najib secara azalinya sejak terkecimpung dalam politik berikutan kematian Tun Razak secara mengejut pada 1976, tidak dengan menebas lalang dan semak samun untuk jalan yang dilaluinya. Laluannya sentiasa tersedia kerana dirinya berbinkan Tun Razak.

Beliau tidak pernah bertanding untuk mana-mana jawatan dalam UMNO yang  memerlukan seorang pemenang. Pengalamannya berlawan hanyalah bagi jawatan Naib Presiden UMNO yang memperuntukkan tiga kerusi untuk diisi.

Kemudian, laluannya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Presiden UMNO juga diperolehi bukan melalui pertandingan.

Oleh itu, Najib tidak kenal erti berlawan dalam ertikata yang sebenar. Mengungkapkan kata-kata "lawan tetap lawan", tetapi yang terzahir adalah ketakutan berbanding keberanian, hanya akan membuatkan banyak senyuman sinis dilemparkan terhadapnya.

Jika Najib bukan berbinkan Tun Razak dan berkecimpung dalam politik bermula dengan menebas lalang dan semak samun daripada peringkat cawangan seperti kebanyakan pemimpin yang lain, barangkali beliau bukanlah sesiapa pun pada hari ini.

Bukan saja tidak berani berdebat dengan Tun Mahathir dan tiada kekuatan untuk menyaman WSJ atau Muhyiddin Yassin, Najib juga gemar menyingkirkan pengkritik dan penentang-penentangnya dalam UMNO sebelum gelanggang pertandingan dibuka.

Lebih dari itu, Gani Patail sebagai Peguam Negara juga ditukarkan secara mengejut, manakala SPRM dan Bank Negara dikacau ganggu ketika Abu Kassim dan dan Dr Zeti Akhtar mengetuainya yang kemudian menyaksikan kedua-dua mereka hilang kedudukannya.

Anwar yang sedang berada dalam penjara pun barangkali turut geli hati apabila ungkapan popularnya itu yang kini kerap dipinjam oleh Najib. Sebelum PRU 13 dulu, Anwar juga pernah mencabar Najib berdebat dengannya, tetapi jawapan yang diberi ialah "debat bukan budaya kita."

Jika Najib benar-benar ingin berlawan bak ungkapan "lawan tetap lawan" dalam menghadapi musuh-musuh politiknya, tidak memadai dengan sekadar berkata-kata saja. Kata-kata mesti diiringi dengan tindakan yang sama atau lafaz kata seharusnya senada dengan tindakan yang dilakukan. Banyak lagi yang perlu dipelajarinya daripada Anwar yang kini berada dalam penjara.

Berdasarkan rekod dan ketidakberanian berlawan sebelum ini, Najib lebih menghina dirinya sendiri apabila meminjam ungkapan kata Anwar itu. ( SH 04/09/2016).

Isu perebutan tanah pimpinan PAS - Fatah hanya broker sahaja?

Posted: 04 Sep 2016 08:27 PM PDT

PEREBUTAN TANAH (Bhg4)

Hendak sambung cerita perebutan tanah di pinggir Lebuh Raya Rantau Panjang - Pasir Mas, antara tiga orang pemimpin parti agama (Pas). Ceritanya makin menarik dan berbagai versi mengenai kisah tanah berkenaan. Yang jelasnya, tanah itu kini sedang dibangunkan dengan projek perumahan mampu milik dikendalikan oleh syarikat perumahan 1 Malaysia (PR1MA).

Latar belakang mengenai tanah berkenaan rasanya sudah sedia maklum, cuma untuk mengesahkan mana satu versi yang benar. Saya mendapat maklumat dari berbagai-bagai pihak dan membuat analisa mengenainya. Terbaharu versi daripada salah seorang yang terlibat dengan "skandal" itu. Individu berkenaan menelefon saya sendiri pada19 Ogos jam 3:38 minit petang dan membuat penjelasan dari sudut matanya untuk membela dirinya.


Katanya; "kalau setakat Husam sahaja bercakap fasal tanah berkenaan saya tidak ambil kisah, tetapi bila anta (MSO) tulis dalam blog saya kena bagi penjelasan sedikit untuk tidak mengelirukan pembaca, tulisan anta ada wibawa," katanya. "Dan enta kena tulis hak yang sebenar," ujarnya lagi. Saya memang menanti "kedatangan" individu atau mana-mana individu terlibat dalam perebutan tanah berkenaan sekurang-kurangnya saya dapat cerita sebenar di sebalik perebutan itu. 

Dalam kes seumpama ini (yang boleh menjejaskan kredibiliti parti dianggotai individu bekenaan  (Pas) dan menjadi persoalan rakyat), versi-versi berbeza daripada pihak mana yang kita perolehi. Tiga pihak yang menjadi sorotan dalam isu itu secara langsung ialah Abdul Fatah Haron, Mustapa Ali dan Abdul Halim Abdul Rahman. Untuk pengetahuan Abdul Halim dan Abdul Fatah pernah berkolaborasi dalam apa disebut Hikayat Tiga Abdul awal tahun 1990an dulu bagi menyingkirkan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan.

Individu yang menghubungi saya itu menjelaskan apa yang kononnya benar, sekaligus memberi pencerahan terhadap apa yang dilaporkan. Individu itu terpanggil untuk menghubungi saya kerana dalam catatan sebelum ini memberi gambaran dalam kasus itu dia diburukkan oleh pihak lain. Saya sedia dan sangat berbesar hati atas kerjasamanya kerana itulah yang saya harapkan.

Beliau telah menjelaskan latar belakang kasus (kes) tanah berkenaan. Dalam penjelasannya ada perbezaan dengan cerita yang diketahui sebelum ini. Misalnya nilai tanah itu yang dibayar kepada pihak bank bernilai RM1 juta, bukan RM180,000 seperti mana didakwa oleh seorang hartahanah yang juga bekas wakil rakyat Pas Kelantan.

Menurutnya memang pada mulanya tanah itu "diperega" (nilai) RM100,000 sahaja. Bagai mana pun selepas pihaknya membayar, tuan asal tanah itu tidak berpuas hati menyebabkan dibuat penilaian semula. Hasilnya ditambah sebanyak RM900 ribu menjadikan jumlah RM1 juta.

(Dari versi terbaharu harga itu dinaikan kerana tawaran pertama dibuat tidak mengikut prosuder yang betul, di mana lelongan itu tidak melalui bahagian tander pejabat penilaian kerajaan atau penilai bertauliah. Jadi apabila ia dibuat penilaan oleh Pejabat Penilaian Kerajaan (bertauliah), itulah nilai tanah itu tambah menjadi RM1 juta).

Gara-gara itu, menurut individu berkenaan, pembeli itu, Abdul Halim, Mustapa Ali dan Wan Othman, terpaksa mencari duit tambahan RM900 ribu. Untuk dapatkan duit ini menimbulkan masalah kerana masing-masing ketika itu, kata individu berkenaan orang Pas semua "sesak" (tidak ada pitis). Bagaimana pun kerana "sayang" kalau tanah itu terlepas, mereka (pembeli tanah itu) berusaha mendapatkan wang RM900 ribu.

Kata individu berkenaan Abdul Halim menjual kilang batu batanya di Bukit Panau, dia sendiri menjual tanah untuk mengenapkan RM900 ribu?  Betulkah kerana isu kilang bata Abdul Halim itu telah menjadi isu kontroversi yang menyebabkan ia diselamatkan agar tidak memberi impak kepada kedudukannya sebagai wakil rakyat dan juga TMB?

Tidak diberitakan pula Allahyarham Wan Othman menjual apa? Mungkin dia mengeluarkan wang simpanannya sendiri kerana Wan Othman dikenali sebagai orang berada.

Dalam versi individu berkenaan tidak timbul cerita wang atau pembelian tanah itu menggunakan wang parti? Apabila saya tekan tanya apakah parti tidak terlibat mengeluarkan wang seperti mana menurut satu perawi, individu berkenaan mulanya berkata "tidak",  kemudian menjawab semula dengan mengatakan adalah sikit-sikit.

Sekali lagi diulangi di sini sekiranya pembelian itu tidak melibatkan wang parti, terutamanya wang Harakah, elok kalau para pembeli tanah berkenaan membuat pengistyharan bahawa pembelian tanah itu bernilai RM1 juta menggunakan wang masing-masing. Seperti mana disebut sebelum ini penjelasan penting bagi tidak mengeliru dan menimbulkan syak wasangka di kalangan orang ramai yang pembelian tanah itu menggunakan wang parti tetapi akhirnya dimiliki oleh individu.

Bagi saya timbul sedikit kepelikan kalau benar tanah itu dibayar dengan wang sendiri, kenapa selepas sebahagian tanah itu, (kira-kira 200 ekar) dijual kepada Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC) kenapa sedikit wang diberikan kepada parti. Menurut individu berkenaan sebanyak RM500 ribu diberikan kepada Pas Kelantan, wang itu diberikan terus kepada Nik Abdul Aziz sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan. Apakah pemberian wang RM500 ribu itu kerana pembelian tanah itu menggunakan wang parti?

Apakah pemberian itu menandakan begitu baik dan zuhudnya pemimpin Pas?

Sementara dari versi lain pula berpendapat dan mengesahkan memang wang penjualan tanah berkenaan diberikan kepada Pas untuk perbelanjaan pilihan raya untuk tahun 2008?  Menurut sumber berkenaan yang pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Pas Kota Bharu, sebahagian tanah itu dijual untuk buat belanja pilihan raya pada tahun berkenaan?

Mengenai kedudukan Abdul Fatah Haron berkaitan tanah itu, individu berkenaan menjelaskan Fatah tidak terlibat mengeluarkan wang walaupun satu sen pun. Kerja Fatah katanya hanya menguruskan pembelian tanah berkenaan dan termasuk urusan-urusan lain.

Individu itu menjelaskan demikian apabila ditimbulkan persoalan kenapa Abdul Fatah membuat injuksi ke atas tanah berkenaan? Apakah dia mempunyai lokus standi? Jelasnya lagi, Fatah tidak pun berhak mendapat apa-apa, sebaliknya orang yang lebih berhak untuk mempersoalkan mengenai tanah berkenaaan ialah orang bernama Muhammad Ibrahim. "Pak Mat inilah yang layak mempertikaikannya?" katanya. Siapa dia Muhammad Ibrahim ini? Tunggu nanti kita akan cuba menemuinya.

Individu berkenaan menempelak Abdul Fatah dalam hal tanah berkenaan tidak lebih dan tidak kurang sebagai broker sahaja. Dan bila ditanya apa jadi dengan injuksi dibuat Fatah itu, individu berkenaan berkata ia akan dijawab dan "afidavit" balasan sedang diproses. Bersambung. [wm.kl. 8:15 am 05/09/16]
 
Mohd Sayuti Omar

Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakan, kata Syam Ghaz

Posted: 04 Sep 2016 06:06 PM PDT

Pas Kelantan menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana beberapa isu yang dibawa oleh bekas exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, dakwa bekas Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kelantan, Syam Ghaz.

Beliau berkata, isu utama yang dibawa Husam seperti naik taraf stadium, pembinaan lebuh raya dan tuntutan royalti petroleum berjaya menyedarkan rakyat Kelantan untuk terus memilih Pas ketika itu.

“Jika tidak kerana isu besar di atas, kemungkinan Pas Kelantan pun sudah tumbang seperti Pas Kedah.

“Lihat kepada kenyataan pesuruhjaya dan timbalan pesuruhjaya Pas Kelantan di Sinar Harian 31 Ogos, nampak jelas kerisauan itu timbul bila mereka sendiri yang gusar.

“Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakanlah, yang pasti ambo (saya) dan pasukan ambo juga akan turun bantu musim ni,” katanya dalam satu kenyataan.

Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang juga menteri besar Kelantan sebelum ini berkata penyertaan Husam ke dalam Amanah tidak menjejaskan Pas di negeri itu.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu pada 30 Ogos lalu.

Syam juga berkata, Pas masih memerintah Kelantan sehingga kini dengan undi popular tidak sampai 10 peratus sedangkan keahlian Amanah paling ramai di Malaysia adalah Kelantan.

“Pas memerintah Kelantan dengan 33 kerusi, 1 kerusi dari PKR. Kini Pas sudah hilang 1 Kerusi Dun apabila memecat Datuk Husam, tinggal 32. 

“Keputusan PRU13 lalu, 14 kerusi Dun yang dimenangi PAS adalah bawah 1,500 undi, bahasa mudahnya menang tipis, dan bermakna Pas betul-betul stabil di 18 Dun sahaja, tolak Dun Salor jadi 17,” katanya.

Menurut beliau, jika mensasarkan 30 Dun, 14 Dun akangoyah PAS dan 7 goyah BN.

“Itu sudah cukup untuk Amanah mentadbir Kerajaan Kelantan PRU14 nanti. Kerana 23 Kerusi Dun sudah cukup untuk memerintah majoriti 1 kerusi,” katanya lagi.

Husam yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah dalam satu majlis makan malam ambang merdeka di cyberjaya, 30 Ogos lalu.

Beliau disambut meriah di kelantan dan mula merasmikan dua cawangan Amanah di Salor.

Sementera itu, ketua Pemuda Amanah Terengganu, Hasbie Muda pula menyifatkan Husam sebagai bekas ahli Parlimen yang sangat berkaliber.

Beliau berkata, Husam bukan sahaja ahli Parlimen yang melakukan kerja rumah bahkan kajiannya mendalam menyebabkan hujahnya sukar ditepis.

“Husam Musa hanya satu penggal berada di parlimen (Kubang Kerian) 1999 hingga 2004. Tetapi keupayaan beliau berhujah cukup berkesan dan menarik perhatian. 

“Tahun 2003, Malaysiakini memilih beliau sebagai 'newsmaker of the year. Pada tahun 2005, perwakilan PAS memilih beliau sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi.

“Peranan beliau sebagai Ahli Parlimen jauh lebih baik daripada beberapa ahli parlimen yang dipilih beberapa penggal,” katanya.

Selepas penyertaan Husam ke dalam Amanah, presiden parti itu, Mohamad Sabu berkata Amanah akan bermesyuarat termasuk berbincang dengan Husam menganai posisi beliau dalam parti itu selepas ini.

OhDunia.My

Posted: 05 Sep 2016 08:18 AM PDT

OhDunia.My


Jangkitan Virus Zika Di Singapura Mencecah 242 Kes

Posted: 04 Sep 2016 06:06 PM PDT

SINGAPURA: Jumlah kes jangkitan virus Zika di Singapura meningkat kepada 242 pada Ahad, seminggu selepas wabak berkenaan mula dilaporkan di negara itu.


Jangkitan Virus Zika Di Singapura Mencecah 242 Kes

Baca selengkapnya

“Doakan Yang Terbaik Buat Kami” - Kamal Adli

Posted: 04 Sep 2016 05:48 PM PDT

PELAKON Kamal Adli mengakui Emma Maembong hadir bersamanya di karpet merah Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) pada malam Sabtu lalu merupakan undangannya.


'Doakan Yang Terbaik Buat Kami' - Kamal Adli

Baca selengkapnya

Hafiz Belum Sedia Komen Keputusan Fafau Batalkan Perkahwinan

Posted: 04 Sep 2016 05:38 PM PDT

Pemuda yang sepatutnya berkahwin dengan Fara Fauzana (Fafau) pada 17 September ini, Mohamed Hafiz, akan membuat kenyataan berhubung pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan televisyen itu dalam masa terdekat.


Hafiz Belum Sedia Komen Keputusan Fafau Batalkan Perkahwinan

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 05 Sep 2016 02:49 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Kedai Kopi Caj Mahai Pelanggan Kughang Ajaq Dan Beri Diskaun Kepada Pelanggan Yang Sopan

Posted: 05 Sep 2016 12:22 AM PDT


Sebuah kedai kopi di sini memutuihkan untuk mengenakan caj yang lebih mahai kepada pelanggannya yang disifatkan kughang ajaq apabila membeli di kedai kopi hat sama dok habaq tadi Pemilik Restoran ...

Puteri Sarah Mohon Izin Suami Untuk Berlakon

Posted: 04 Sep 2016 11:02 PM PDT


dah lama tak mendengaq khabaq berita dari pelakon Puteri Sarah yang jugak isteri kepada pengarah Syamsul Yusof pasai kerjayanya Terkini dia habaq akan jengoi dalam sebuah telemovie tak lama lagi...

Cadangan Waktu Gheja Penjawat Awam Dikurangkan Kepada 6 Jam Sehari

Posted: 04 Sep 2016 10:54 PM PDT


kola LUMPUR Kerajaan patut mempertimbangkan untuk meminda beberapa peruntukan dalam Akta gheja sekiranya serius dalam usaha untuk mengurangkan bilangan jam bekerja dalam sehari Setiausaha Agung K...

5 Aktiviti Yolo Yang Boleh Hampa Buat Semasa Musim Cuti Sekolah

Posted: 04 Sep 2016 10:52 PM PDT


Cuti sekolah dah tak lama je lagi ni jadi ni masa palin sesuai untuk hampa semua laku aktiviti YOLO You Only Live Once yang tak penah terpikiaq atau selama ni ketaq lutut untuk laku Berikut ada...

Elfira Loy Mintak Oghang Ghamai Jangan Hakimi Uqasha Senrose

Posted: 04 Sep 2016 10:42 PM PDT


Pelbagai kritikan cacian dan komen tak berapa nak elok yang dilempaqkan oleh netizen kepada Uqasha Senrose pasai tak boleh menerima keputusan beliau yang membuka hijabnya baghu baghu ni Susulan...

Pandang Pertama Huawei Nova Pluih Peranti Pertengahan Dengan Rekaan Premium

Posted: 04 Sep 2016 09:42 PM PDT


Dua peranti Huawei Nova dilancaqkan di IFA minggu ni dan Nova Pluih ialah peranti kedua yang diperlihatkan Agak aneh sekali sungguhpun berkongsi nama rekaan Nova Pluih dan Nova amat jauh berbeza...

Pokok Pisang Ajaib Berbuah Di Belakang Masjid

Posted: 04 Sep 2016 09:22 PM PDT


Dua pokok pisang yang hanya tumbuh setinggi 30 sentimer tanpa daun dan batang telah mengeluaqkan buah Memetik laporan media tempatan menceghitakan kejadian yang berlaku di Desa Kori Ponorogo In...

Pelancaran Jabra Elite Sport Di Ifa Menawaqkan Kebebasan Wayarles Sebenaq

Posted: 04 Sep 2016 07:52 PM PDT


Jabra akan sentiasa femes dengan aksesori audio yang berkualiti premium Beberapa minggu lepaih kami telah diperkenaikan kepada Jabra Sport Pulse dan Sport Coach Special Editionsn serta Halo Smar...

Jelajah Persiapan Korban Zabeeh Di Ambon Indonesia

Posted: 04 Sep 2016 07:44 PM PDT


ghamai jugak yang menghantaq email bertanya tentang pasai perkhidmatan Qurban Akikah Online yang disediakan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd Ada yang bertanya kesahihan proses yang dilaku oleh piha...

Nabila Huda Mendedikasikan Kemenangan Di Ffm 28 Kepada Bapanya

Posted: 04 Sep 2016 07:42 PM PDT


Kemenangan Nabila Huda sebagai Pelakon pompuan torrrbaek pada acara Festivai Filem Malaysia ke 28 adalah perkara yang palin beliau nantikan sejak bergelaq anak seni Menurut Nabila yang mesra disa...

Babak Laki Bini Didalam Drama Si Kolot Suamiku Undang Ghasa Tak Mudah Penonton

Posted: 04 Sep 2016 01:48 PM PDT


Drama Si Kolot Suamiku yang sedang ditayangkan di Astro Ria mendapat sambutan yang cukup hangat daripada penonton Namun ada sesetengah penonton kughang mudah dengan lakonan Siti Elizad dan Amaq...

Izreen Azminda Dibantai Pasai Pakai Seluaq Ketat

Posted: 04 Sep 2016 01:46 PM PDT


baghu baghu ni pelakon Azrel Ismail ada memuat naik fotonya bersama Izreen Azminda di akaun Instagram pasai ingin memberikan ucapan hari lahiaq buat Izreen Namun gambaq berkenaan mengundang be...

Fara Fauzana Bataikan Pernikahan Hafiz Akan Jelaihkan Perkara Sebenaq Tak Lama Lagi

Posted: 04 Sep 2016 01:44 PM PDT


kemarin rakyat Malaysia khususnya peminat industri hiburan tempatakan dikejutkan dengan berita pembatalan pernikahan peyampai radio terkenai Fara Fauzana yang pada awainya telah ditetapkan berlan...

Cheq Tak Mau Panjangkan Isu Tapi Zila Cabaq Cheq Lebih Banyak Aib Akan Terbongkaq Along Cham

Posted: 04 Sep 2016 01:42 PM PDT


Bila berlaku penceraian pelbagai perkara lain yang akan timboi selepaih tu barangkali ada pihak yang tak mau memanjangkan isu tapi ada pulak yang mau perkara berlarutan Itulah yang dihadapi o...

Cheq Dan Emma Membong Masih Dok Berbaik

Posted: 04 Sep 2016 08:02 AM PDT


Sedaq kehadiran beliau kemarin bersama kekasih Emma Maembong di majlih Festivai Filem Malaysia ke 28 kemarin menimboikan persoalan ghamai Kamal Adli tak mau dok berceghita lanjut pasai hubungan d...

Syamsul Menang Ataih Usahanya Sendiri Datuk Yusof Haslam

Posted: 04 Sep 2016 04:46 AM PDT


Sejak dari awai lagi pencalonan filem Munafik di FFM 28 telah dihimpit pelbagai gosip kemarin filem tu menang besaq didalam FFM 28 pasai berjaya mengungguli kategori utama iaitu Filem torrrbae...

Fara Fauzana Bataikan Pernikahan

Posted: 04 Sep 2016 04:44 AM PDT


Sekitaq bulan lepaih Fara Fauzana telah buat peminatnya merasa gembira apabila habaq beliau bakai menikah pada 17 September ni Namun sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan takdir menent...

Karpet Merah Sekitaq Siaran Langsung Ffm 28

Posted: 04 Sep 2016 04:42 AM PDT


Bila tiba saja malam anugerah ataupun festivai filem konfem artis tanah ayaq tak akan melepaihkan peluang berkenaan untuk tampil bergaya di karpet merah Kita boleh tengok pelbagai jenih pakaian ...

beautifulnara

Posted: 05 Sep 2016 02:12 AM PDT

beautifulnara


Elfira Loy Minta Orang Ramai Jangan Hakimi Uqasha Senrose

Posted: 04 Sep 2016 09:58 PM PDT

Pelbagai kritikan, cacian dan komen negatif yang dilemparkan oleh netizen kepada Uqasha Senrose kerana tidak boleh menerima keputusan beliau yang membuka hijabnya baru-baru ini.

Susulan perkara berkenaan, pelakon Elfira Loy meminta agar orang ramai tidak terus menghakimi Uqasha kerana kita tidak mengetahui konflik yang berlaku didalam kehidupannya.

Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam.

Elfira memberitahu beliau cukup faham apa yang Uqasha rasakan dan berharap agar Uqasha tabah menghadapi ujian ini.

Buat Elfira, kata-kata negatif tidak boleh membuatkan seseorang itu menjadi lebih baik.

Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan ujian adalah untuk semua manusia. Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi sebaliknya, tiada siapa yang tahu.

Mungkin sebenarnya kita yang sedang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana reaksi kita. Sejauh mana kita mampu untuk menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respon negatif terhadap perkara ini.

Bimbingan serta kata-kata nasihat secara positif harus diberikan, bukannya menghentam dan bersikap negatif.

Mungkin Elfira tidak sampai hati melihat sesetengah komen melampau yang dilemparkan kepada Uqasha Senrose.  Keputusan Uqasha itu mungkin ada hikmah tersendiri agar beliau tidak bersikap hipokrit dengan terus berhijab. Nak puaskan hati semua orang memang susah apatah lagi jika ia melibatkan hal hukum hakam agama.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kamal Adli Akui Kerja Dan Disiplin Terganggu Kerana Masalah Cinta

Posted: 04 Sep 2016 07:55 PM PDT

Berita mengenai Kamal Adli yang sering tiba lewat ke lokasi penggambaran memang menjadi bualan hangat krew produksi.

Perkara itu diakui oleh Kamal sendiri dimana beliau memberitahu mutu kerjanya agak mengecewakan kerana emosi beliau terganggu selepas percintaan beliau dan Emma Maembong dikatakan mempunyai masalah.

Tipulah kalau saya katakan saya tidak terkesan dengan apa yang sudah berlaku di antara dengan dan Emma.

Menurut Kamal, beliau tahu semua orang sedar dengan perubahan sikapnya itu dan akan cuba untuk mencari kembali semangat yang hilang untuk memberikan fokus terhadap kerjayanya.

Saya seorang yang bekerja keras kerana saya fikirkan mengenai masa depan. Ini kerana saya mahu melangsungkan perkahwinan memandangkan usia semakin meningkat.

Insya-Allah, saya akan cuba cari semula semangat yang hilang itu. Maklumlah apabila berlaku perkara begini ibarat patah sebelah kaki. Bagaimanapun ketika bekerja saya tetap memberi sepenuh tumpuan.

Semua orang pasti akan murung dan penuh emosi apabila berhadapan dengan masalah percintaan. Kadang-kadang ada yang boleh sorok perasaan mereka dan ada pula yang sebaliknya. Namun, kami harap Kamal Adli dapat mengharungi segala ujian percintaan dengan tabah dan jangan biarkan ia menjejaskan kerjaya anda.

Sumber Berita : Harian Metro

Nabila Huda Mendedikasikan Kemenangan Di FFM 28 Kepada Bapanya

Posted: 04 Sep 2016 07:19 PM PDT

Kemenangan Nabila Huda sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Festival Filem Malaysia ke 28 adalah perkara yang paling beliau nantikan sejak bergelar anak seni.

Menurut Nabila yang mesra disapa Abil, beliau mendedikasikan kemenangannya itu kepada bapanya  iaitu penyanyi rock terkenal Amy Search.

Kejayaan ini saya dedikasikan untuk papa saya serta keluarga kerana selama berada dalam industri sejak berusia 16 tahun banyak tindakan yang kurang matang saya lakukan.

Saya mahu papa berasa bangga dengan kejayaan saya ini dan ia adalah hadiah istimewa dari saya buatnya.

Abil akui beliau sebenarnya tidak pernah mengjangkakan beliau akan menang kerana bersaing dengan calon-calon yang tidak kurang hebatnya.

Saya langsung tidak jangka akan menang kerana saingan terlalu sengit terutama daripada pelakon-pelakon yang sudah biasa berlakon filem.

Saya tidak banyak berlakon filem dan kemenangan ini juga yang pertama buat saya, sebelum ini saya hanya menang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Akulah Balqis.

Pada masa yang sama, Abil meluahkan rasa syukur kerana selalu diberikan watak yang dapat meninggalkan kesan didalam hati penonton.

Terus terang kami katakan, Abil memang layak untuk memenangi anugerah berkenaan. Lakonan Abil tidak pernah mengecewakan penonton. Kata orang, berilah apa sahaja watak kepadanya pasti Abil akan berjaya "menghidupkan" watak itu dengan baik.

Sumber Berita : mStar Online

Jelajah Persiapan Korban Zabeeh Di Ambon, Indonesia

Posted: 04 Sep 2016 07:13 PM PDT

Ramai juga yang menghantar email bertanya tentang perkhidmatan Qurban & Akikah Online yang disediakan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd. Ada yang bertanya kesahihan proses yang dilakukan oleh pihak Zabeeh yang berpengalaman selama 7 tahun menguruskan ibadah qurban di luar negara untuk negara-negara Islam yang kurang bernasib baik seperti Indonesia, Filipina, Myanmar, India dan banyak lagi. Ada juga yang tanya “Abang Nara pernah tengok ke diorang nie wat korban kat overseas tue”. Untuk menjawab persoalan anda, baru-baru ini, wakil BeautifulNara telah mengikuti pihak Zabeeh ke Ambon, Indonesia untuk melihat sendiri persiapan ibadah korban yang bakal dilakukan pada hari raya Aidiladha ini.
ambon zabeeh

Kehadiran kami telah disambut meriah dengan paluan kompang oleh wakil penduduk di Ambon, Indonesia. Kami pun sangat terharu, gembira dan teruja dengan sambutan yang diberikan. Terasa macam pengantin pulak sebab ada kompang semua ini. Seronok!!!

ambon zabeeh

Selepas bertanya-tanya khabar, berpelukan dan melahirkan rasa gembira atas pertemuan ini, kami telah pergi melihat lembu-lembu yang sudah pun disediakan untuk dikorbankan kelak.

ambon zabeeh

salah seekor lembu yang ada

Lembu di atas telah pun disembelih pada hari tersebut sebagai meraikan kehadiran kami dan juga sebagai tanda berterima kasih atas sambutan para penduduk Ambon. Seronok melihat mereka semua bekerjasama menyembelih dan melapah daging lembu. Boleh dikatakan ini sebagai latihan untuk ibadah korban yang pastinya akan lebih banyak lembu disembelih kelak. Kanak-kanak yang ada pun teruja melihat lembu disembelih buat pertama kali di hadapan mereka.

ambon zabeeh

lembu disembelih untuk jamuan bersempena kehadiran kami

Sementara orang dewasa menguruskan proses melapah daging, kanak-kanak yang hadir telah berzanji dan melaungkan zikir-zikir untuk menambahkan kemeriahan serta keberkatan majlis. Comel-comel jugak kanak-kanak Ambon ini. Semuanya baik-baik, dengar cakap dan mesra.

ambon zabeeh

sedap suara budak-budak nie

Sepanjang berada di Ambon, Indonesia, wakil BeautifulNara memaklumkan proses penyembelihan yang dilakukan adalah amat teratur, kemas dan mengikuti syariat. Insya Allah masa ibadah korban kelak proses yang sama akan dilakukan. Paling penting nanti pembahagian daging-daging korban ketika Hari Raya Aidiladha akan diterima oleh pihak-pihak sepatutnya iaitu penduduk Ambon, Indonesia yang kurang bernasib baik.
zabeehPaling terkesan di hati mereka yang terlibat dengan jelajah korban Zabeeh ini ialah kedaifan dan kemiskinan para penduduk Ambon, Indonesia. Bagi mereka daging lembu ini adalah satu kemewahan. Memang jarang untuk mereka dapat menikmatinya. Abang Nara rasa kebanyakan penduduk Islam di negara yang telah disebutkan tadi juga merasai perkara yang sama. Insya Allah marilah kita sama-sama melakukan ibadah korban menerusi Zabeeh Services Sdn Bhd untuk membantu saudara seIslam kita yang kurang bernasib baik di luar negara. Caranya senang sahaja. Boleh pilih salah satu cara di bawah:-

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada "Daftar Qurban Online".
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis "Saya Nak Qurban".
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan "Saya Nak Qurban".
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

zabeeh
Semoga Allah menerima dan melipatgandakan pahala mereka yang melakukan ibadah korban kali ini. Insya Allah. Sama-sama kita doakan.

Saya Tidak Mahu Panjangkan Isu Tetapi Zila Cabar Saya, Lebih Banyak Aib Akan Terbongkar – Along Cham

Posted: 04 Sep 2016 12:46 PM PDT

Bila berlakunya penceraian, pelbagai perkara lain yang akan timbul selepas itu. Mungkin ada pihak yang tidak mahu memanjangkan isu tetapi ada pula yang mahu perkara berlarutan.

Itulah yang dihadapi oleh Along Cham sekarang apabila bekas isterinya Zila Seeron masih berkeras untuk melawan kes nusyuz yang difailkan oleh Along sebelum ini.

Along sebenarnya sudah mahu memulakan kehidupan baharu tetapi kerana kes nusyuz ini beliau akui makin banyak aib Zila yang akan terbongkar.

Saya tidak akan ulas lagi isu perceraian bagi menjaga aibnya. Tetapi sebaliknya berlaku apabila bekas isteri masih berkeras mahu melawan kes nusyuz yang saya failkan untuk mempertahankan dirinya. Bekas isteri seolah-olah cuba mencabar saya. Jangan dicabar kerana nanti lebih banyak aib yang terbongkar.

Berbicara mengenai tindakan beliau yang tidak menyambut salam Zila ketika berada di mahkamah, Along menjelaskan beliau pada waktu itu masih terluka dengan perbuatan Zila.

Saya rasa diri dikhianati dan masih terluka dengan perbuatannya itu. Sebelum ini juga, dia tidak pernah memohon maaf atas kesilapannya. Selepas melafazkan talak, tiada langsung perkataan maaf yang keluar daripada mulutnya. Jadi bagaimana saya mahu memaafkannya?

Buat Along, apa yang terjadi adalah satu pengajaran besar didalam hidupnya dan isu rumah tangga bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh ataupun dijadikan sebagai bahan gurauan.

Sumber Berita : Berita Harian

Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan : Hafiz Akan Jelaskan Perkara Sebenar Tidak Lama Lagi

Posted: 04 Sep 2016 12:20 PM PDT

Semalam rakyat Malaysia khususnya peminat industri hiburan tempatakan dikejutkan dengan berita pembatalan perkahwinan peyampai radio popular Fara Fauzana yang  pada awalnya telah ditetapkan  berlangsung pada 17 September ini.

Susulan pengumuman berkenaan, lelaki yang sepatutnya bergelar suami kepada Fafau iaitu Mohamed Hafiz enggan memberikan sebarang komen sekarang dan bakal menjelaskan perkara sebenar didalam masa beberapa hari lagi.

Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya.

Tambah Hafiz, sebelum ini beliau berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.

Berita pembatalan perkahwinan  itu disampaikan oleh Fafau sendiri yang mengatakan keputusan itu dibuat atas beberapa alasan peribadi yang  sukar untuk dikongsikan kepada umum.

Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada Hafiz, apakah yang sebenarnya menjadi punca perkahwinan beliau dan Fara Fauzana dibatalkan pada saat akhir.

Sumber Berita : BH ONLINE

Babak Suami Isteri Didalam Drama Si Kolot Suamiku Undang Rasa Tidak Senang Penonton?

Posted: 04 Sep 2016 11:52 AM PDT

Drama Si Kolot Suamiku yang sedang ditayangkan di Astro Ria mendapat sambutan yang cukup hangat daripada penonton.

Namun, ada sesetengah penonton kurang senang dengan lakonan Siti Elizad dan Amar Baharin sebagai pasangan suami isteri didalam drama berkenaan.

Demi menjayakan wataknya, Elizad terpaksa melakonkan watak suami isteri di atas katil bersama Amar. Ia mengundang kritikan kerana ada yang mengaitkan status Elizad sebagai isteri orang.

Buat mereka, babak berkenaan agak tidak manis untuk dilakonkan oleh Elizad apatah lagi ia harus dilakukan beberapa kali.

Pada pendapat kami, bukan mudah sebenarnya untuk Siti  Elizad melakonkan babak berkenaan dan kami yakin beliau sedar dengan statusnya sebagai isteri orang. Setakat ini, tiadalah aksi terlampau dan mengghairahkan didalam drama berkenaan bukan?  Ada penonton setia drama Si Kolot Suamiku? Apa pendapat anda tentang babak suami isteri didalam drama berkenaan, kongsikan dibawah.

Sumber Berita : Utusan Online

Izreen Azminda Dikritik Kerana Pakai Seluar Ketat

Posted: 04 Sep 2016 11:17 AM PDT

Baru-baru ini, pelakon Azrel Ismail ada memuat naik fotonya bersama Izreen Azminda di akaun Instagram kerana ingin memberikan ucapan hari lahir buat Izreen.

Namun, foto berkenaan mengundang beberapa kritikan daripada netizen kerana ia jelas melihatkan Izreen berseluar ketat.

Ada yang berpendapat  imej Izreen itu tidak sesuai untuk wanita yang berhijab dan meminta beliau untuk lebih berhati-hati dalam berpakaian.

Berikut antara komen daripada netizen :-

Kadang-kadang manusia ini tidak sempurna dan akan membuat kesilapan sekali sekala. Ambil lah komen netizen itu sebagai sesuatu yang positif untuk Izreen lebih menjaga cara beliau berpakaian sesuai dengan imejnya sebagai wanita berhijab.

Saya Dan Emma Masih Lagi Berbaik – Kamal Adli

Posted: 04 Sep 2016 11:14 AM PDT

Meskipun pergolakan kisah percintaan mereka menjadi bualan ramai, pasangan Kamal Adli dan Emma Maembong masih lagi boleh muncul bersama di acara karpet merah FFM 28 pada hari Sabtu lepas. Ia semestinya mencetuskan pelbagai tanda tanya tentang status terkini hubungan mereka.

Bercakap kepada portal BH ONLINE, Kamal menjelaskan beliau dan Emma tidak pernah bermasam muka. Walaubagaimanapun, Kamal enggan mendedahkan perkembangan lanjut hubungan mereka dan meminta peminat mendoakan yang terbaik.

Kami berjalan berdua di FFM 28 selepas saya mengajaknya untuk ke acara itu bersama-sama. Saya bagaimanapun tidak boleh bercerita lebih lanjut lagi mengenai perhubungan kami.  Apa yang saya boleh katakan, saya dan Emma masih berbaik dan doakan yang terbaik buat kami.

Emma pula memberitahu  perselisihan faham antara mereka tidaklah begitu serius sehingga boleh mencetuskan pergaduhan besar.

Saya dan Kamal tidak pernah bergaduh. Apa yang berlaku tidaklah terlalu serius dan saya juga enggan bercerita lebih-lebih. Kami berjalan bersama (di FFM28) pun kerana dia (Kamal) bertanya pada saya mengenai perkara itu, dan saya ok saja.

Biasalah dalam bercinta tidak selalunya indah belaka. Kalau ada jodoh inshaAllah hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong akan berkekalan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan

Posted: 04 Sep 2016 04:06 AM PDT

Sekitar bulan lepas Fara Fauzana telah membuatkan peminatnya merasa gembira apabila memberitahu beliau bakal berkahwin pada 17 September ini. Namun, sebagai  manusia kita hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya.

Hari ini Fafau mengumumkan satu berita yang agak mengejutkan dimana beliau telah membatalkan perkahwinannya dengan seorang jejaka bernama Hafiz.

Keputusan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.  Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini satu keputusan yang sukar untuk saya.

Fafau meminta pihak media dan peminat memberinya sedikit ruang untuk menenangkan fikiran dan percaya setiap apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Sesungguhnya saya yakin apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti.  Saya berharap kenyataan yang dikeluarkan ini secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir rakan wartawan yang barangkali sudah menghidu berita ini.

Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. Dan saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.

Satu berita yang cukup tergempar hari ini . Harapnya Fafau tabah menghadapi perkara ini. Mungkin Allah SWT ingin memberikan sesuatu yang lebih baik buat Fafau di masa hadapan. Soal jodoh ini penuh dengan rahsia.

Sumber Berita : BH ONLINE

myartis.com

Posted: 05 Sep 2016 02:05 AM PDT

myartis.com


ELFIRA LOY MINTA PEMINAT JANGAN TERUS MENGHAKIMI PERBUATAN UQASHA

Posted: 04 Sep 2016 09:12 PM PDT



"Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam," kata Elfira Loy yang berharap agar orang ramai terutamanya netizen tidak menghakimi rakan seangkatannya dalam industri lakonan, Uqasha Senrose.

Baru-baru ini, Uqasha mengejutkan dunia hiburan apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas tiga tahun bertudung.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"LEBIH BANYAK AIB AKAN TERBONGKAR JIKA DIA MENCABAR" - ALONG CHAM

Posted: 04 Sep 2016 08:44 PM PDT



Tindakan Zila Seeron masih berkeras untuk melawan kes nusyuz yang difailkan oleh Along Cham sebelum ini, bagaimanapun seolah-seolah menguji kesabaran Along yang selama ini tidak mahu mengaibkan maruah bekas isterinya itu kerana permohonan itu hanya akan membongkarkan lebih banyak aib di pihak bekas isteri.

"Saya tidak akan mengulas panjang lagi mengenai isu perceraian ini kerana bagi menjaga aibnya. Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila bekas isteri yang masih juga berkeras mahu melawan kes nusyuz yang saya failkan untuk mempertahankan dirinya. Bekas isteri seolah-olah cuba mencabar saya pula. Jangan dicabar kerana nanti lebih banyak aib yang terbongkar," kata Along yang sebenarnya sudah mahu memulakan kehidupan baharu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

7 GAMBAR - WAJAH TERKINI ANAK KEMBAR FAD BOCEY

Posted: 04 Sep 2016 06:46 PM PDT



Menerusi laman Instagram Fad Bocey dan isterinya Syaheera Rahman, pasangan ini telah berkongsi wajah comel anak kembar lelaki mereka sepenuhnya.

Pasti ramai yang ingin melihat ragam terkini anak kembar lelaki pasangan ini yang bernama Favian Adrazin Hayyan (abang) dan Favian Adrazin Zayyan (adik) ni kan?


"Assalammualaikum.. kami lah the Favians tuu.. saya kanan Hayyan, yang kiri tu adik saya Zayyan"



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

22 GAMBAR - AKSI CHE TA SEKELUARGA DI SYDNEY, AUSTRALIA

Posted: 04 Sep 2016 04:01 PM PDT



Amboii... bestnya Rozita Che Wan sekeluarga lepak santai di Sydney, Australia.

Che Ta bersama suami dan anak-anaknya, Ammar Effendy dan Aaisyah Dhia Rana baru-baru ini telah terbang ke sana bagi menikmati percutian. Percutian ini turut ditemani rakan-rakannya.

Bagus juga jika dengan percutian ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

Jom lihat!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MOHON PETUNJUK ALLAH, FARA FAUZANA BATAL KAHWIN

Posted: 04 Sep 2016 01:35 PM PDT



"Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

"Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi," ujar personaliti televisyen, Fara Fauzana (Fafau) yang sah membatalkan perkahwinannya pada 17 September ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment