Isu kemelut sewa rumah antara pemilik dan penyewa sememangnya bukan perkara asing. Ada sahaja kes-kes yang berlaku namun mungkin bukan dikalangan sanak saudara kita. Kebiasaanya, isu ini akan merumitkan pemilik rumah sewa. Yalah, kalau tunggakan sewa sudah mencecah 6 bulan memang memeningkan kepala. Apatah lagi kalau pemilik ada komitmen untuk membayar ansuran rumah tersebut. Selalunya […]
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agenda bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dilakukan seperti dirancang sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan.
Bekas Perdana Menteri itu menambah, ia tidak boleh dijanjikan sekarang kerana pembangkang tiada kuasa.
Kita boleh terima mungkin 'tersalah' taip atau kurang arif kalau yang melakukan kesilapan tu adalah Pas Kawasan, terutama dari 'bukan' kawasan bandar atau pinggir bandar. Tapi, kalau Urusetia Penerangan KERAJAAN Negeri pun kurang teliti atau tak dapat bezakan, kira2 berat dah ni !
Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan berkaitan bagaimana sesuatu Undang-Undang digubal di Parlimen....
Bermula dengan Rang Undang-Undang dan setelah diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan setelah 30 samada diperkenankan atau tidak, ianya menjadi undang-undang yang disebut sebagai AKTA.
Tidak ada dalam dunia ni orang sebut AKTA RUU melainkan Lebai Kepala Masam.... Suka hati dia ja... Tu pon jangan.. rata riti jaja dia buat benda betoi... Atas nama Islam hat salah pon jadi betoi... Lebai punya matematik mudah.... patut la jadi lebai...
Selepas PRU 13 yang lepas, DUN Terengganu diwakjili oleh 17 ADUN BN (UMNO) dan 15 ADUN PR (PAS 14 PKR 1). Dari 17 kerusi UMNO itu, 3 daripadanya telah dihadiahkan oleh tuan kepada BN sejak hari penamaan calon lagi.
Dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, telah diputuskan dan dipersetujui bahawa DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera akan ditandingi oleh calon PKR, disamping beberapa kawasan lain termasuk DUN Bandar.
Tuan adalah presiden PAS. Tuan orang alim. Mustahil tuan tidak tahu kewajipan untuk patuh kepada keputusan mesyuarat, yang telah dipersetujui, bahkan mesyuarat itu dihadiri oleh tuan sendiri atau wakil yang direstui oleh tuan sendiri dari kalangan pemimpin kanan PAS. Mana mungkin tuan tidak tahu peraturan dan undang-undang berorganisasi, dan mana mungkin tuan tidak tahu hukum bagi orang yang berbuat khianat, mungkir janji dan bercakap bohong.
Agama Islam yang suci ini nescaya tidak membenarkan pembelotan dan mengkhianati amanah seperti itu, atas apa alasan sekali pun.
Pada hari penamaan calon, tuan sebagai Presiden dan Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agong PAS, telah tanda tangan watikah yang mengizinkan beberapa orang calon PAS bertanding di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui akan ditandingi oleh calon PKR dalam mesyuarat Pakatan, termasuk di 3 kawasan dalam negeri Terengganu yang disebutkan tadi.
Di antara DUN lain yang PAS tindan calon PKR dan terpaksa berlawan sesama sendiri termasuk DUN Kota Damansara di Selangor dan DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang.
Tuan telah mungkir janji. Tuan telah langgar keputusan mesyuarat. Tuan telah khianat. Tuan sendiri tahu akibat dari meletakkan calon PAS di kawasan yang ditandingi oleh PKR, sudah tentu UMNO akan menang. Tuan tahu itu. Untuk menghalalkan pengkhianatan yang tuan lakukan, maka tuan terpaksa pula berbohong dan membuat fitnah kononnya PAS terpaksa letak calon kerana tuan mendapat maklumat kononnya calon PKR adalah pengedar dadah (pil kuda) dan ada yang berfahaman komunis. Akhirnya tuan tandatangan watikah pencalonan itu, yang sama seperti memberi tiket kemenangan kepada UMNO.
Kenapa tuan buat itu? Sebenarnya apa tujuan tuan berbuat begitu? Untuk apa? Tidak ada orang yang boleh fikir, apa sebenarnya yang tuan mahukan? Kenapa tuan tergamak mengkhianati pemimpin PKR dan DAP bahkan sebahagian pemimpin PAS sendiri? Dan tuan telah khianat kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat, semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pembodek dan pengampu yang berada di sekeliling tuan, termasuk menantu tuan sendiri!!
Di Terengganu, tuan bagi percuma kepada UMNO 3 kerusi, dan akhirnya UMNO berjaya mempertahankan pemerintahannya dengan kelebihan 2 kerusi sahaja. Kebetulan jenis apakah ini, wahai tuan guru Dato’ Seri Presiden?
Dalam keadaan UMNO masih terhoyong-hayang untuk menegakkan pemerintahannya, dengan takdir Allah, seorang wakil rakyat UMNO meninggal dunia. Maka diadakan pilihan raya kecil di DUN Kuala Besut.
PRK Kuala Besut sangat besar akibatnya, kepada PAS dan UMNO. Itu bukan sekadar cerita orang Kuala Besut akan pilih wakil rakyat baru, itu bukan cerita sah atau tidak solat berimamkan orang UMNO, tapi pilihan raya kecil itu menentukan parti yang akan perintah negeri.
Kalau PAS menang di Kuala Besut, kedudukan akan jadi 16-16.... Kuala Besut bukan kawasan kebal BN. PAS pernah menang di situ dalam PRU 1999 dulu. Orang Kuala Besut bukannya totok UMNO sangat. Kes mata lebam Anwar pun mereka boleh beri kemenangan kepada PAS tahun 1999. Ketika demam pilihan raya umum belum pulih lagi, sepatutnya PAS mampu untuk memenangi PRK Kuala Besut itu.
Tetapi apa yang berlaku, sepanjang dua minggu tempoh kempen itu, tidak ternampak sedikit pun tanda-tanda yang PAS bersungguh-sungguh nak rampas kerusi DUN Kuala Besut, apatah lagi nak fikir untuk mengambil-alih pemerintahan negeri.
Hasilnya, UMNO menang dengan majoriti yang bertambah dari pilihan raya umum lalu. Nampak tuan dan beberapa orang ustaz PAS yang semazhab dengan tuan seperti berpuas-hati dengan kekalahan itu.
Maka memerintahlah akan negeri Terengganu oleh Barisan Nasonal dengan kelebihan 2 kerusi sahaja. Nampak di atas kertas, kedudukan kerajaan BN amat genting dan dalam bahaya. Rupa-rupanya apa yang berlaku dalam dewan tidak sama dengan apa yang tertulis di kertas.
Kedudukannya 17:15, tetapi dalam dewan, kedudukannya 17 ADUN UMNO, 13 ADUN bebas pro UMNO, 1 orang ADUN PAS (Syed Azman) dan 1 orang ADUN PKR (Azan Ismail). Seolah-olahnya begitu. Seolah-olahnya BN mempunyai 30 orang ADUN, hanya 2 orang pembangkang sahaja. Salah seorang dari 13 PAS yang tidak menjadi pembangkang itu ialah tuan sendiri.
Ketika kedudukan 17:15, berlaku krisis Menteri Besar Terengganu. Ahmad Said diminta letak jawatan, oleh presiden UMNO. Pelantikan dan pemecatan seorang Menteri Besar ditentukan oleh presiden parti, tidak pasti samada tuan sedia maklum atau tidak tentang hal ini. Kalau dilihat pada respon dan reaksi tuan dalam kes Menteri Besar Selangor, saya sangat ragu adakah tuan faham akan perkara ini. Nampak pada caranya, macam tuan tak faham.
Bila Mat Said letak jawatan, PAS buat-buat tak tahu. Tuan pula memang macam biasa lah, buat-buat tak gaduh, seolah-olah perkara itu tidak penting. Mungkin tuan dan orang-orang PAS beranggapan bahawa itu masalah dalaman UMNO. Tidak perlu masuk campur kerana ia tiada kaitan dengan PAS. Jadi, bagi PAS pada waktu itu, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Padahal, peristiwa Ahmad Said dipecat itu sangat besar maknanya kepada politik Terengganu. Ada orang duk cerita atas wakaf, dia kata Mad Said ajak PAS berpakat untuk jatuhkan kerajaan BN di Terengganu, tapi pihak PAS menolaknya.
Akhirnya, Ahmad Said, ADUN Bukit Besi dan ADUN Paka mengumumkan keluar dari UMNO!!! UMNO memerintah dengan kelebihan 2 kerusi, tapi sekarang 3 orang bukan wakil rakyat UMNO lagi. Maka kedudukan sekarang telah menjadi PR 15 BN 14 Bebas 3.
Mana-mana parti pun dalam dunia ini, apabila berlaku keadaan begitu, ketua parti akan segera menghadap sultan untuk memaklumkan bahawa Barisan Nasional telah hilang majoriti dalam dewan undangan negeri, dan memohon perkenan sultan bagi PAS membentuk kerajaan dan mengakat sumpah sebagai Menteri Besar.
Saya tidak pasti siapa yang patut pergi menghadap sultan, sama ada tuan sebagai presiden PAS, atau Satiful Bahri sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu. Yang pastinya, dua-dua tak pergi. Saya percaya tuan sendiri tidak pernah fikir sekiranya PAS memerintah Terengganu, siapa yang akan jadi Menteri Besar. Perkara itu tidak ada dalam kepala tuan. Kerana tuan tidak pernah bercita-cita mahu jadi pemerintah. Tuan berpolitik hanya untuk menjadi pembangkang sahaja.
Maka kekallah UMNO memerintah Terengganu dengan hanya perlu berhadapan dengan 2 orang pembangkang dalam DUN, iaitu Batu Burok dan Bandar sahaja. Mad Said dan 2 ADUN lain yang keluar UMNO, pun dah masuk UMNO balik.
Ketika air mata Ahmad Said masih belum kering, tiba-tiba berlaku krisis Menteri Besar Selangor. Di sinilah nampak jelas akan sikap tuan yang sebenar. Krisis MB Selangor telah menyingkap segala pekung, panau dan kurap yang bertempek di badan tuan, yang selama ini diselimuti jubah dan diselubung dengan serban.
Tuan orang Terengganu. Tuan ialah Ahli Parlimen Marang. Tuan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. Tuan ialah Presiden PAS. Bila berlaku krisis yang melibatkan politik negeri Terengganu, tuan hanya menjadi batu yang keras dan kaku, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi bila berlaku krisis yang melibatkan politik negeri Selangor, negeri yang diperintah oleh PKR, tiba-tiba presiden PAS meloncat-loncat macam ulat beluncas mahukan supaya Khalid Ibrahim dikekalkan. Padahal, Khalid Ibrahim ialah ADUN PKR.
Pasal apa yang jadi sampai macam tu, tuan? Ada ‘permainan’ apa yang tuan nak sorokkan, sebenarnya? Permainan apa pula yang tuan nak tunjukkan?
Selepas ditolak oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Air Keroh, Melaka semalam, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini “menjemput” kembali lembu korban yang disumbangkannya.
Katanya, susulan pembatalan majlis korban tersebut, sebuah majlis korban lain diadakan bersama penduduk-penduduk Kampung Tun Razak di kawasan parlimennya di Bukit Katil pada hari ini.
Bagaimanapun, tidak melupakan warga APM, sebanyak 20kg daging korban diedarkan kembali kepada warga APM.
"Sudah jemput (lembu) dan dikorbankan bersama penduduk-penduduk Kampung Tun Razak, Bukit Katil.
“Saya agihkan juga 20 kilo daging lembu kepada anggota APMM," katanya kepadaMalaysiakini.
Semalam, Shamsul berkata pembatalan ibadah korban di kompleks APMM di saat-saat akhir mendukacitakan.
Beliau kolonel kehormat pasukan berkenaan turut mempersoalkan sama ada pembatalan acara itu mempunyai kaitan dengan politik.
Sementara itu, beliau hari ini terus mendesak APM terutama menteri bertanggungjawab Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jawapan berhubung pembatalan majlisnya semalam.
"Menteri Shahidan Kassim belum beri sebarang jawapan. Saya desak beliau (Shahidan) untuk berikan jawapan.
“Apa makna penganugerahan jawatan kolonel kehormat kalau tidak boleh melakukan aktiviti bersama," katanya lagi.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pihak terbabit dalam isu itu.
Sudah masuk lebih kurang 3 tahun skandal 1MDB memanaskan negara. Samada masyarakat Malaysia ambil tahu secara detail atau sepintas lalu, skandal 1MDB sememangnya diketahui. Sebut saja 1MDB orang Malaysia umumnya tahu.
Saban hari tidak kiralah siapa yang mendedahkan samada pimpinan parti politik pembangkang khususnya DAP, KeADILan atau Amanah, pimpinan masyarakat tidak berparti, pimpinan NGO, sehingga ahli-ahli Umno dan bekas ahli serta pimpinan Umno, skandal 1MDB terbuka luas. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen turut mendedahkan perkara yang sama.
Agensi berita asing seperti Wall Street Journal, Sarawak Report dan lain-lain juga turut mendedahkan bagaimana 1MDB diseleweng. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengambil langkah lebih ke depan dengan membuat permohonan menyita dan merampas aset yang diperolehi daripada wang/dana 1MDB milik warga Malaysia.
Akhirnya kita disajikan dengan tindakan saman oleh beberapa warga Malaysia yang memfailkan saman meminta segala hasil 1MDB yang diseleweng dikembalikan.
Kita sudah agak muak dengan pendedahan demi pendedahan tetapi tiada penghujung. Apa lagi yang bakal didedahkan, itulah persoalan yang berlegar difikiran kita. Sanggupkah lagi kita baca dan dengar lebih banyak pendedahan penyelewengan duit kita yang mereka kendalikan.? Adakah kita hanya suka, seronok dan hanya mahu mendengar pendedahan demi pendedahan?
Apa tindakan kita?
Laporan demi laporan telah dibuat samada kepada Polis, SPRM mahu pun Bank Negara. Kerajaan yang menjaga 1MDB pernah suatu ketika menubuhkan suatu Jawatankuasa Siasatan Khas 1MDB yang dianggotai oleh Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Pesuruhjaya SPRM tetapi akhirnya tiada apa yang berlaku melainkan pemecatan Peguam Negara, pemberhentian Gabenor Bank Negara dan perletakan jawatan Pesuruhjaya SPRM. Malah mereka bertiga dituduh pula bersekongkol dengan negara asing menjatuhkan Kerajaan dan menggulingkan Perdana Menteri.
Pihak Polis khabarnya sudah selesai menyiasat tetapi apa hasilnya tidak diketahui. Tipikal Polis Malaysia.
Semua yang disebutkan di atas sudah tidak boleh diharapkan. Tidak boleh dijadikan tempat bergantung bagi menjaga kepentingan negara dan kita. Siapa lagi yang akan menjaga kita jika bukan kita?
Tindakan yang kita perlu dan WAJIB lakukan ialah nyahkan seluruh kepimpinan Malaysia yang ada sekarang. Seluruh kepimpinan bermula dari Perdana Menteri sehinggalah Ketua-Ketua Bahagian Umno yang bersekongkol dengan mereka. Semua mereka petualang.
Tindakan kita ialah bersama bersepakat tumbangkan mereka UMNO/BN di dalam Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.
Tumbangnya mereka, segala kejahatan yang mereka lakukan di dalam skandal 1MDb akan dipertanggungjawabkan. Kita akan pastikan semua yang terlibat tak kira sekecil mana sehingga sebesar badak akan dipertanggungjawabkan.
Selagi mereka ada, selagi itu kita hanya akan dengar, dengar dan dengar sehingga meletup gegendang telinga tapi mereka masih bersuka ria.
Inilah tindakan kita dan hala tuju kita.
JATUHKAN UMNO/BN dan SEMUA YANG BERSAMA MEREKA.
BNERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF 15 September 2016 13 Zulhijjah 1437
PETALING JAYA: Aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam walaupun mempunyai perbezaan besar dengan aliran Sunnah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
"Walaupun Syiah memiliki perbezaan agak jauh, selagi cara mereka sembahyang dan menghadap kiblat sama dengan kita, mereka sebahagian daripada kita.
"Kita tidak boleh kafirkan mereka. Hadis Rasulullah pun ada sebut," katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau merujuk hadis dari sahabat Nabi, Anas bin Malik, seperti diriwayatkan dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari: "Rasulullah bersabda, barangsiapa solat seperti kita, menghadap kiblat seperti kita, dan memakan haiwan sembelihan seperti kita, maka dialah orang Muslim yang berada di bawah perlindungan Allah dan Rasul-Nya".
Pandangan mufti itu berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam.
Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran "sesat" dan tidak boleh diamalkan.
Wan Salim diminta mengulas masalah perbezaan fahaman di kalangan umat Islam yang turut mencorak pergolakan di Timur Tengah pada masa ini.
Minggu lalu, Islamic Rennaisance Front (IRF) menganjurkan seminar "Islam tanpa Sektarianisme" yang juga membincangkan persoalan yang sama.
Kita sibuk dengan pembahagian
Mengikut Wan Salim, sikap taksub dan amalan "takfiri" (mengkafirkan umat Islam yang berbeza pandangan) oleh pihak tertentu menyebabkan berlakunya pembunuhan sesama umat Islam.
Katanya lagi, sikap saling mengkafirkan atas perbezaan mazhab itu hanya bermanfaat kepada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada perpecahan umat Islam.
"Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi," katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi.
"Kita sahaja yang sibuk dengan pembahagian sebegini."
Sebelum ini, ahli jawatankuasa Pemuda Umno, Datuk Fathul Bari Mat Jahya, yang menjadi rujukan utama Umno dalam soal Islam, menyeru pihak berkuasa memerangi pengikut Syiah dengan menuduh mereka sama bahaya dengan militan IS.
Ia bagaimanapun mengundang kritikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Ahmad, yang berkata perbandingan itu tidak sesuai.
Aliran Syiah merupakan mazhab Islam kedua terbesar dengan pengikutnya tertumpu di Iran, Iraq, Bahrain, beberapa bahagian Arab Saudi dan negara teluk lain.
Ia berbeza pandangan dengan aliran Sunnah mengenai rujukan serta beberapa tokoh awal sejarah Islam.
Pengikut Syiah juga kerap menjadi sasaran keganasan pejuang IS, kumpulan militan yang mengamalkan fahaman Wahabi berasal dari Semenanjung Arab.
Malaysia merupakan satu-satunya negara di mana pihak berkuasa agama secara rasmi mengharamkan umat Islam berfahaman Syiah.
PERTEMUAN suku akhir kedua Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 17 September ini pastinya bakal menjanjikan persaingan sengit di antara lapan pasukan bola sepak tanah air bagi melayakkan diri ke pusingan separuh akhir selepas ini.
Dalam pertemuan pusingan pertama suku akhir pada 28 Ogos lalu, Selangor yang merupakan penyandang juara Piala Malaysia tahun lalu dilihat perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan tipis 4-3 ke atas PKNS.
Menerusi rekod perlawanan, Selangor dan PKNS masih belum tewas dalam lima perlawanan terakhir sebelum ini.
Pertembungan antara pasukan 'adik dengan abang' ini antara yang perlawanan yang menarik dan dinanti oleh para penyokong memandangkan kedua pasukan mempamerkan prestasi yang setara buat masa ini.
Selangor pastinya merasai tekanan bagi mengekalkan kejuaraan mereka dan kemenangan ini adalah harapan mereka untuk mengakhiri musim ini dengan sekurang-kurannya satu piala.
Walaupun turun sebagai pasukan bukan pilihan, PKNS dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada anak buah K.Gunalan.
Dalam perlawanan lain, Kedah bakal menerima kunjungan Negeri Sembilan dalam aksi saingan yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Dalam pertemuan pusingan pertama suku akhir sebelum ini, kedua pasukan dilihat terikat 0-0 tanpa sebarang jaringan gol selepas wisel penamat dibunyikan.
Namun begitu, bagi menghadapi Kedah pada 17 September ini, Negeri Sembilan perlu bekerja keras memandangkan mereka akan berkunjung ke tempat lawan.
Selain itu, menerusi rekod sebelum ini, Kedah hanya pernah tewas sekali daripada 7 perlawanan terakhir.
Kedah dilihat memiliki kelebihan dalam perlawanan ini berdasarkan prestasi yang baik dalam kempen Piala Malaysia 2016 malah mereka juga bakal turun dengan status sebagai pasukan pilihan.
Dalam pada itu, Kelantan dan PDRM juga turut dijadualkan bertembung dalam aksi saingan kedua suku akhir yang bakal berlangsung di Stadium Hang Jebat, Bandaraya Melaka.
Menerusi perlawanan sebelum ini, PDRM berjaya menundukkan pasukan kendalian Velizar Popov 2-1 sekali gus memberi bekalan satu gol ketika menerima kunjungan Kelantan selepas ini.
Walaupun Kelantan ketinggalan satu gol di belakang PDRM, Popov pastinya menyediakan ramuan tersendiri bagi meningkatkan prestasi anak buahnya ketika berkunjung ke tempat lawan.
Menerusi rekod, Kelantan telah mencatatkan kemenangan sebanyak tiga kali dan tewas toga kali dalam enam perlawanan terakhir mereka.
Dalam lima perlawanan terakhir PDRM di tempat lawan sebelum ini menyaksikan mereka bolos 11 kali.
Namun begitu, PDRM pastinya ingin mengekal rentak perlawanan mereka sekali gus memastikan tempat di peringkat separuh akhir.
Bagi pertemuan T-Team bertemu Felda United, ia pastinya bakal memberikan saingan sengit selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi perlawanan peringkat separuh akhir pertama sebelum ini.
Felda pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka layak ke peringkat separuh akhir selepas harapan bagi meraih kejuaraan Liga Super tampak semakin kabur.
Pasukan kendalian Irfan Bakti dilihat mempunyai kelebihan memandangkan mereka akan menerima kunjungan daripada T-Team dalam aksi yang bakal berlangusung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Namun begitu, Felda tidak boleh memandang remeh aksi yang bakal dipamerkan oleh T-Team memandangkan mereka juga pastinya bakal mempamerkan kejutan buat pihak lawan dalam aksi tersebut.
Bagi kempen Piala Malaysia 2016, T-Team hanya menjaringkan lima gola di halaman sendiri manakala Felda pula sudah mencatatkan kemenangan dua kali di tempat lawan dalam kejohanan musim ini.
KUALA LUMPUR - Gara-gara menggunakan telefon bimbit ketika memandu, seorang bapa dua anak didenda RM300 atau dipenjara tiga hari oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini.
Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Muhammad Fahmi Mansor, 28, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Jalan Genting Klang, di sini, pada 10.10 pagi, 3 Mac lepas.
Muhammad Fahmi, bekerja sebagai pemandu, membayar denda itu.
Terdahulu, Penolong Pegawai Penguatkuasa JPJ, Azlindayanty Mohd Termizi memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal.
Bagaimanapun, Mohamad Fahmi yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda minimum dengan alasan dia mempunyai dua orang anak yang masih kecil. - Bernama
PUTRAJAYA - Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan dimuktamadkan hari ini yang bakal memanfaatkan 1.6 juta pengguna di negeri itu dengan perkhidmatan air yang lebih mampan.
Ini berikutan pemeteraian beberapa perjanjian berkaitan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air berkenaan di sini yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Perjanjian tersebut melibatkan Perjanjian Utama antara kerajaan Persekutuan, kerajaan Kelantan, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); Perjanjian Kemudahan antara PAAB dan AKSB dan Perjanjian Pajakan antara PAAB dan AKSB bagi mewujudkan industri perkhidmatan air yang mampan.
Perjanjian itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB, Datuk Hanifa Ahmad dan Ketua Pegawai Korporat PAAB, Abdul Hadi Ali.
Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Kelantan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan bermula sejak 2008 tanpa sebarang penyelesaian dan kemelut itu telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air, khususnya berkaitan kualiti dan kuantiti air di negeri itu.
Dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian-perjanjian itu, Ongkili berkata penstrukturan itu merupakan inisiatif kerajaan Persekutuan bagi membantu AKSB dari segi kewangan untuk mewujudkan industri perkhidmatan air yang lebih mampan.
Dengan penstrukturan tersebut, beliau berkata perihal pengurusan bekalan dan industri air diletakkan sepenuhnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan manakala kerajaan Persekutuan akan bertindak sebagai pengawal seperti diperuntukkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Melalui penstrukturan itu, katanya AKSB akan memberi tumpuan pada aspek operasi dan penyelenggaraan sistem bekalan air supaya lebih efisien dan efektif bagi menjamin bekalan air mencukupi, berkualiti dan berterusan kepada rakyat Kelantan.
"PAAB akan mengambil alih pinjaman kerajaan negeri berkaitan bekalan air berjumlah RM604 juta, termasuk RM513 juta pinjaman kerajaan persekutuan. PAAB memberi pembiayaan modal kepada AKSB bagi menaik taraf serta memperbaharui aset berkaitan bekalan air sedia ada dan membina infrastruktur air baharu," katanya.
"Ini melibatkan tempoh pembiayaan sewa pajakan lebih panjang iaitu sehingga 45 tahun. Selain itu, pembiayaan ini adalah jauh lebih rendah berbanding pembiayaan oleh bank komersial," katanya, sambil menambah sewa pajakan itu termasuk aset seperti tanah dan aset berkaitan air (pam dan stesen air).
Ongkili berkata AKSB akan membayar balik RM18.64 juta setahun kepada PAAB.
Kelantan merupakan negeri keenam yang melakukan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air seperti diperuntukkan di bawah Akta 655 selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.
Sementara itu, Ahmad berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan, kementerian dan agensi yang terlibat dalam penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air itu untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti air di Kelantan.
"Dalam masa empat tahun pertama selepas perjanjian dimeterai, kita akan lihat bagaimana perkembangan dan pembangunan air berlaku peringkat demi peringkat," katanya.
Katanya antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk dicapai dalam tempoh tiga tahun termasuk liputan bekalan air di Kelantan dipertingkat daripada 60 peratus kepada 75 peratus, mengeluarkan 800 juta liter air sehari berbanding 420 juta liter sekarang dan mengurangkan air tanpa hasil (NRW) daripada 48 peratus sekarang kepada 35 peratus.
"AKSB perlu memenuhi KPI yang ditetapkan. Kita akan memantau dan boleh mengambil tindakan termasuk membatalkan lesen," kata Ahmad.
Sementara itu, Mustapa yang juga pengerusi Umno Kelantan berkata, kerajaan Persekutuan mengambil langkah bersetuju dengan penstrukturan perkhidmatan bekalan air demi kepentingan rakyat negeri Kelantan tanpa mengira fahaman politik.
"Saya mengakui rakyat Kelantan memberi harapan tinggi untuk melihat peningkatan kualiti air di negeri itu. Namun, ia akan mengambil sedikit masa.
Bukan perjanjian ditandatangani hari ini, kualiti air terus dipertingkatkan esok," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan sebanyak 41.07 peratus atau RM41.1 bilion daripada peruntukan permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Syariah 2017, sehingga pada 13 September 2016.
Dana persaraan itu berkata ahli yang ingin menukar kepada Simpanan Syariah perlu mengunjungi mana-mana cawangan KWSP, di seluruh negara untuk mengelak kesesakan orang ramai pada saat-saat akhir pada Disember.
"Tarikh tutup bagi Simpanan Syariah 2017 adalah pada 23 Disember 2016 atau tertakluk kepada ketersediaan peruntukan RM100 bilion," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pendaftaran bagi Simpanan Shariah dibuka pada 8 Ogos, 2016. - Bernama
SHAH ALAM - Parti pembangkang digesa untuk segera ke meja rundingan bagi membincangkan kerjasama menumbangkan BN.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, formula satu lawan satu adalah cadangan praktikal dan dapat direalisasikan jika semua parti pembangkang mempunyai matlamat sama iaitu menukar kerajaan yang baru.
"Sebelum mencapai kata sepakat tentang siapa bertanding, semua parti pembangkang kena segera bersetuju untuk ke meja perundingan. Selepas itu baru kita boleh berbincang mengenai masalah pembahagian kerusi dan sebagainya.
"Tetapi, syaratnya ialah semua parti pembangkang kena ada satu matlamat yang sama dan kita perlu berganding untuk capai matlamat itu," katanya.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, pembangkang perlu bergabung termasuk menggunakan formula satu lawan satu bagi mengalahkan BN.
Beliau berkata, cabaran seperti isu pembahagian kerusi boleh diselesaikan jika semua parti pembangkang mencapai kata sepakat.
"Dalam soal pembahagian kerusi, kita kena letakkan calon boleh menang dan calon yang penting untuk negara.
"Kita juga mesti sepakat memberikan laluan kepada parti-parti lain supaya formula satu lawan satu itu boleh tercapai," katanya.
Menurutnya, bagi memastikan kejayaan formula itu, semua parti pembangkang perlu terbuka dan mengetepikan agenda parti masing-masing.
SHAH ALAM - Gabungan rasmi parti pembangkang tidak diperlukan bagi mencapai matlamat satu lawan satu dengan BN.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, sebaliknya yang lebih penting ialah kerjasama sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.
"Sebaik-baiknya satu lawan satu itu perlu dicapai oleh pembangkang. Kita kena jelas apa matlamat pembangkang.
"Jika kita mahu merealisasikan hasrat rakyat untuk mengubah kerajaan dan menumbangkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, maka kerjasama diperlukan. Itu wajib," katanya.
Menurut beliau, pembangkang juga harus mengambil pendekatan 'comparative advantage' dalam menentukan parti mana yang bertanding.
"Ini bererti, pemilihan parti mestilah berdasarkan prinsip boleh menang, dan siapa yang paling berpengaruh dalam kawasan tersebut," katanya.
Pandangan sama turut dipersetujui Naib Presiden PKR, Tian Chua yang berkata, parti pembangkang perlu mendapatkan persetujuan bekerjasama walaupun tidak berada dalam satu pakatan.
"Kalau dapat bergabung di bawah satu pakatan, lagi bagus. Tetapi jika tidak, sekurang-kurangnya kita perlu dapat persetujuan untuk kerjasama satu lawan satu," katanya.
Beliau berkata, konsep satu lawan satu telah diamalkan oleh pembangkang selama ini dan berjaya memberi kemenangan besar.
"Saya yakin pembangkang akan bergabung semula pada PRU14 nanti untuk mencapai hasrat satu lawan satu," katanya.
Tian Chua berkata, PKR juga sedia memainkan peranan untuk menyatukan kerjasama antara parti-parti pembangkang.
"Kalau boleh bukan kita jangan hanya fokus pada kerusi Parlimen, malah kerusi Dun juga," katanya.
SHAH ALAM - Pas pada asasnya setuju dengan konsep satu lawan satu malah yakin parti pembangkang akan menang besar ia digunakan menentang BN.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, bagaimanapun berkata, parti itu tidak pasti sejauh mana strategi tersebut mampu direalisasikan.
"Saya ingat semua pembangkang bersetuju dan berhasrat supaya tak ada tiga penjuru. Memang kita harapkan untuk jatuhkan BN dengan satu lawan satu.
"Jika berlaku begitu (satu lawan satu) kemungkinan besar (pembangkang) akan menang. Tetapi sama ada ia akan berlaku atau tidak, itu Wallahualam," katanya kepada Sinar Harian, semalam,
Kelmarin, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah menyatakan sekiranya pembangkang sepakat memilih formula satu lawan satu, ia boleh mengancam kedudukan Umno.
Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, setakat ini Pas tidak mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan mana-mana parti pembangkang yang lain.
"Cuma yang kita dah ada kerjasama ialah dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan). Apa yang pasti, kita tak akan buat hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Yang lain-lain, termasuk Bersatu itu ada kemungkinanlah. Tetapi setakat ini lah, tak tahulah (akan datang) sebab politik ini semua boleh kalau dah sampai masanya," katanya.
Mengenai halangan untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah, beliau berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan PKR untuk menentukan memandangkan parti itu mempunyai hubungan dengan kedua-dua belah pihak.
"Kalau ada keperluan kita akan bincang secara dalaman dan dengan PKR," katanya.
PEMBANGUNAN teknologi pada masa kini mempengaruhi banyak pihak untuk meninggalkan kawasan luar bandar dan memilih penempatan di bandar bagi jaminan hidup dan pekerjaan yang lebih baik.
Namun begitu, beberapa kawasan bandar metropolitan di dunia turut menjadi sebahagian daripada lokasi paling berbahaya di dunia disebabkan oleh populasi penduduk yang besar sehingga mengakibatkan bilangan penguat kuasa menjadi terhad.
Oleh sebab demikian, terdapat banyak bandar popular di dunia dikenal pasti sebagai lokasi paling berbahaya disebabkan oleh kadar peningkatan jenayah yang tinggi.
Berikut merupakan senarai bandar-bandar paling bahaya di dunia seperti disenaraikan oleh cheatsheet.com:
1) San Pedro Sula, Honduras
San Pedro Sula terletak di bahagian utara Honduran dan merupakan bandar yang paling ganas serta berbahaya di dunia. Bandar yang dikenali sebagai 'pembunuh ibu kota dunia' ini telah menjadi bandar paling ganas dipercayai berpunca daripada aktiviti perdagangan dadah serta kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang berjuang demi kuasa. Selain itu, gejala rasuah turut memainkan peranan utama dalam negara ini. Ramai penduduk telah melarikan diri dari bandar ini berikutan daripada faktor kemiskinan yang membelenggu masyarakat setempat.
2) Rio de Janeiro, Brazil
Walaupun Brazil gah dengan penganjuran sukan Olimpik Rio 2016, namun bandar ini sebenarnya merupakan antara lokasi yang bermasalah. Rio dipengaruhi oleh keganasan malah turut mengundang bahaya kepada para pelancong. Untuk kekal selamat di sini, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan atau dadah yang dijual serta sentiasa elakkan untuk berada di bawah pengaruh dadah. Selain itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk tidak mempamerkan alatan mereka seperti telefon pintar dan tablet.
3) Cape Town, South Africa
Cape Town merupakan kota kedua terpadat di Afrika Selatan. Selain daripada serangan jerung, kegiatan jenayah juga merupakan antara masalah terbesar di Cape Town. Pergaduhan dan pertempuran sesama kumpulan merupakan penyebab utama Cape Town menjadi bandar paling merbahaya di Afrika. Namun begitu, walaupun Cape Town mempunyai beberapa bahagian yang menakutkan, lokasi pelancongan di sini kebiasaannya terhindar daripada sebarang jenayah.
4) San Salvador, El Salvador
EL Salvador terkenal dengan jolokan merbahaya berikutan mempunyai beberapa kumpulan ganas dan ditakuti seluruh dunia seperti MS-13. Disebabkan oleh masalah kumpulan pengganas ini, ramai pihak telah melarikan diri ke utara untuk mencari perlindungan di samping menggelakkan diri daripada masalah kemiskinan di negara berkenaan.
5) Kabul, Afghanistan
Kabul , Afghanistan merupakan antara lokasi yang bukannya menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia. Bandar dan negara ini turut dikaitkan dengan serangan 11 September sehingga menyebabkan kuasa-kuasa seperti Taliban dan Amerika Syarikat telah menduduki kawasan luar bandar tersebut. Selain itu, dengan kewujudan ISIS, ia telah menimbulkan lagi ketegangan di Iran dan Afghanistan.
6) Baghdad, Iraq
Baghdad adalah ibu negara Iraq dan mempunyai populasi dianggarkan seramai 7,000,000 orang. Selain itu, ia merupakan bandar raya terbesar di Iraq. Seperti Kabul , Baghdad masih di ambang perang, dan ia dianggap tidak selamat untuk pelancong.
7) Caracas, Venezuela
Caracas merupakan bandar yang mempunyai banyak kumpulan terlibat dengan aktiviti keganasan. Difahamkan, seramai 24,000 orang telah dibunuh di Venezuela pada tahun 2014. Bandar ini adalah di bawah aktiviti harian kartel dadah dan samun bersenjata. Rakyat dan pengunjung perlu sentiasa berwaspada tidak kira yang kawasan yang mereka lawati. Jika anda mahu untuk melawat Caracas, pastikan anda tidak pergi ke bandar seorang diri.
8) Acapulco, Mexico
Suatu masa dahulu, Acapulco adalah merupakan lokasi tarikan pelancong yang mempunyai pemandangan pantai serta air laut yang cantik. Namun begitu, bandar berkenaan kini tidak lagi seperti dahulu apabila sering kali dilanda keganasan dan membahayakan pelancong yang datang. Tentera Mexico terpaksa dipanggil bagi membantu menenangkan keadaan sekiranya berlaku keadaan tidak diingini.
9) Guatemala City, Guatemala
Guatemala turut mempunyai banyak masalah seperti jirannya, El Salvador dan Honduras. Masalah kumpulan pengganas, pengedaran dadah dan kemiskinan merupakan punca mengapa banyak pihak melarikan diri daripada bandar ini. Walaupun ia merupakan bandar yang indah dan mempunyai sejarah tersendiri, namun jenayah dan keganasan yang sering kali berlaku di sana menyebabkan pelancong tidak berani untuk berkunjung ke sana.
10) St. Louis, USA
St. Louis adalah bandar yang paling merbahaya di Amerika. Walaupun St. Louis jauh lebih selamat daripada bandar-bandar di Amerika Tengah , ia masih berdepan dengan isu-isu yang serius. St. Louis telah berdepan dengan isu keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh, rusuhan di Ferguson merupakan antara keganasan yang berlaku di sana.- cheatsheet.com
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini dan bukannya akibat kecemasan seperti yang diviralkan di laman sosial.
Setiausaha Akhbarnya, Nahar Tajri berkata Ahmad Bashah menjalani pemeriksaan susulan pada Ahad lepas bagi memastikan tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan terbaik.
"Beberapa siri pemeriksaan susulan disalah anggap sebagai Menteri Besar dimasukkan ke Hospital kerana kecemasan adalah tidak benar.
"Apa yang terjadi adalah...Menteri Besar sendiri pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat mengenai tahap kesihatannya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan viral di laman sosial mengatakan Ahmad Bashah dimasukkan ke wad hospital berkenaan.
Nahar berkata, pada masa ini Menteri Besar sedang bercuti untuk berehat dan menyambut Aidiladha bersama keluarga di luar Kedah.
Katanya Ahmad Bashah hanya mematuhi arahan doktor supaya berehat dan tidak bertemu terlalu ramai orang dalam masa tertentu bagi mengelak jangkitan selepas pembedahan kecil yang dijalaninya pada Jun lalu.
Ahmad Bashah menjalani pembedahan kecil di Hospital Pulau Pinang pada 6 Jun lepas akibat komplikasi usus.
Beliau sebelum itu dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun. - Bernama
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pergolakkan rumah tangga Along Cham dan Zila Seeron antara cerita panas yang sehingga kini masih dibicarakan meskipun kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing.
Apa yang membuatkan ia mendapat perhatian media adalah ketika foto separuh bogel Zila bersama seorang lelaki mula tersebar saat rumah tangganya bermasalah. Malah, Zila juga ditangkap khalwat di rumah kekasihnya dan cuba untuk bersembunyi di belakang almari ketika serbuan dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Ingin menjernihkan keadaan, Zila baru-baru ini telah berkongsi kisahnya menerusi slot Apa Cer di rancangan A.M Live! terbitan RTM.
Zila memohon maaf kepada semua pihak atas apa yang terjadi sebelum ini. Menurut Zila, beliau sejak kecil kurang mendapat didikan agama.
Kepada korang yang baca atau tengok kat laman sosial sekarang, saya nak minta maaf sangat-sangat pada korang, saya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesalahan dan sekarang saya sedar dengan kesilapan saya.
Sejak kecil saya kurang bimbingan agama dan akan mempelajari agama, InshaAllah. Saya ingin mencari diri saya. Harapnya semua maafkan saya.
Pada masa yang sama, Zila sempat meluahkan rasa rindu kepada anak lelakinya Daniel yang kini dibawah penjagaan bekas suaminya Along Cham.
Zila turut memohon maaf secara terbuka kepada Along dan keluarganya serta meminta mereka halalkan makan minum beliau sepanjang bergelar isteri.
Jom layan video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai luahan Zila :-
Apa yang jadi sudah terjadi, harapnya Zila dapat kekal tabah meneruskan kehidupan untuk berhadapan dengan semua orang.
Sudah enam bulan bergelar isteri kepada Shaheizy Sam, nampaknya Syatilla Melvin sudah berjaya memikat hati ibu mertuanya Khaty Fauziah.
Menerusi satu temubual terbaru, Khaty memberitahu beliau cukup bahagia mendapat seorang menantu seperti Syatilla.
Kehadiran Syatilla menyenangkan kerja. Layanan Sam pula sama tidak ada perubahan. Saya biarkan mereka sebagai suami isteri, maknanya kalau tidak betul saya tegur.
Syatilla sudah mempelajari masakan kegemaran Sam dan juga juadah sesuai semasa hari raya. Semua itu alhamdulillah Syatilla sudah boleh. Lauk kegemaran Sam yang pedas-pedas seperti asam pedas, sambal tumis, nasi tomato dan ayam masak merah, semua Syatilla sudah belajar.
Tidak kami nafikan, Sam tidak boleh lari daripada imej " mommy's boy", tetapi sebagai ibu, Khaty selalu mengingatkan Sam untuk menjaga hati isterinya. Buat Khaty, beliau tidak berkecil hati dan mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunnya itu.
Saya selalu ingatkan Sam bahawa jangan selalu ingatkan saya rasa sakit hati atau tersinggung pada saya.
Syatilla itu isterinya, maka terpulanglah. Saya tidak kecil hati. Itu sudah menjadi tanggungjawabnya. Saya harapkan yang terbaik buat mereka dan kalau boleh saya mahu cepat timang cucu.
Alhamdullillah Khaty Fauziah dan Syatilla Melvin dapat mempunyai hubungan yang baik sesama sendiri dan tidak timbul sebarang sengketa. Doakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga dan semoga sentiasa harmoni.
Tahun ini merupakan tahun yang paling bermakna buat penyanyi Hafiz Hamidun kerana buat pertama kalinya beliau dapat mengerjakan ibadah haji di Mekah.
Ia merupakan pengalaman yang cukup indah buat Hafiz apabila dapat menyambut Aidiladha di tanah suci. Malah, beliau juga bakal meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke 32 pada 21 September ini juga di Mekah.
Sudah memasuki usia 30 an, Hafiz juga tidak melepaskan peluang untuk berdoa kepada Allah SWT agar cepat mendapat jodoh.
Masa menyambut hari lahir nanti, kalau mengikut jadual saya sudah berada di Madinah. Setakat ini, tiada rancangan pun mahu mengadakan majlis, cukup dengan makan-makan. Paling penting ibadat Haji saya berjalan lancar. Saya tidak lupa titipkan dan kirimkan doa untuk diri sendiri, keluarga, syarikat serta tidak ketinggalan soal jodoh
Pada masa yang sama, Hafiz berkongsi beliau melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam proses untuk menyempurnakan ibadah haji. Namun, Hafiz yakin setiap apa yang berlaku kepada dirinya pasti ada rahmatNya tersendiri.
Semua itu ujian. Sakit atau susah… itu semua rahmat-Nya. Insya-Allah secara automatik, kita akan jadi tenang serta yakin diri. Tenaga pun kena ada kerana banyak berjalan. Walaupun sebelum pergi saya tidak sempat bersenam, syukur dipermudahkan.
Kalau ikutkan saya berjalan agak jauh juga tetapi masih bertenaga dan langsung tidak terasa lelah. Semuanya macam magis. Itu yang dapat saya katakan.
InshaAllah doa Hafiz Hamidun itu akan dimakbulkan, tetapi sebagai manusia juga beliau harus usaha untuk mendapat jodoh yang baik. Kata orang, kadang-kadang sesuatu yang sesuai dan terbaik buat kita itu datang lambat.
Sering merasa rindu dan memerlukan kasih sayang anak-anaknya, Datuk Eizlan Yusof merasa syukur kerana bekas isterinya, Vie Shantie Khan tidak pernah menghalang anak-anak mereka untuk bertemu dengannya.
Alhamdulillah Vie tidak pernah meletakkan sebarang had. Saya percaya Vie faham anak-anak juga memerlukan kasih sayang seorang bapa.
Justeru, dia tiada masalah sekiranya saya mahu bertemu atau membawa anak-anak tinggal bersama pada bila-bila masa.
Menurut Eizlan, jadual kerja yang padat sebagai seorang pelakon dan usahawan bukanlah alasan untuk beliau tidak meluangkan masa dengan anak-anaknya.
Siapa yang mengikuti perkembangan saya di laman Instagram, pasti tahu saya kerap habiskan masa bersama anak-anak.
Bagi saya, walaupun sibuk dengan rutin kerja yang tidak menentu, anak-anak tetap menjadi keutamaan. Selalunya saya dan anak-anak akan berbincang ke mana kami mahu pergi.
Buat masa ini, Eizlan dan tiga orang anaknya tinggal bersama kerana Vie kini sedang mengerjakan ibadah haji.
Seronok juga kami melihat telatah Eizlan Yusof bersama anak-anaknya menerusi video yang dimuat naik di Instagram. Alhamdullillah, bekas isterinya memahami hasrat Eizlan dan anak-anaknya. Penceraian sebenarnya bukan satu penghalang untuk anak-anak tidak mendapat kasih sayang daripada ibu atau bapa mereka. Ia bergantung kepada bagaimana cara bekas suami dan isteri itu sendiri menangani masalah mereka tanpa melibatkan anak-anak.
Sebagai pelakon, mereka bertanggungjawab untuk "menghidupkan" watak yang diberikan. Mereka juga harus mengikut arahan pengarah untuk memberikan hasil yang terbaik didalam sebuah karya.
Itulah yang dilakukan oleh Raja Ilya apabila beliau melakonkan aksi ghairah dalam filem terbaru berjudul Luqman melalui watak seorang penari jelita.
Menurut Ilya, beliau tidak merasakan dirinya dipergunakan seperti anggapan orang ramai di luar sana.
Buat Ilya, babak ghairah juga ada gunanya dan memainkan peranan penting untuk menguatkan lagi jalan cerita.
Setiap kali ada babak mencabar sebegini, pengarah pasti mempunyai sebab tersendiri untuk kepentingan jalan cerita. Sebagai pelakon, adalah menjadi tanggungjawab saya merealisasikan babak ini. Saya tidak akan melakonkan jika ia bukan kehendak skrip dan naratif.
Filem ini berbeza daripada karya komersial sedia ada. Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya. Babak ghairah ada kepentingan untuk menghidupkan lagi jalan cerita.
Filem Luqman sentuhan pengarah terkenal Dr Mahadi J Murat yang turut dilakonkan oleh Josiah Hogan dan Wa Hanafi Su mengundang kritikan daripada masyarakat dan penggiat seni tanah air kerana tidak senang melihat beberapa adengan yang agak panas dan mengghairahkan dalam filem tersebut.
Pasangan Nazim Othman dan Bella Dally merupakan pasangan yang menjadi bualan ramai minggu ini. Perkahwinan mereka juga mencuri tumpuan ramai. Kata orang mereka berdua ini sama cantik sama padan.
Menurut Nazim, pengorbanan serta kesetiaan Bella sewaktu beliau di uji dengan kesakitan sebelum ini dan sikap wanita itu yang cukup baik hati membuatkan Nazim yakin untuk memperisterikannya.
Dia 'hero' saya kerana sangat bertoleransi. Pengorbanan dan kesetiaannya buat saya yakin dia jodoh saya.
Bella gadis yang sangat istimewa, dia sahaja boleh faham dan tahan dengan saya. Lebih terharu apabila dia sentiasa ada di saat susah senang termasuk ketika saya terlantar di hospital.
Berbicara mengenai zuriat pula, Nazim berkata mereka tidak mahu terlalu merancang dan menyerahkan soal itu kepada Allah SWT.
Kami belum ada sebarang perancangan namun andai ada rezeki dalam masa terdekat, kami bersyukur. Anak adalah rezeki dan anugerah terindah, jadi kami terima dengan hati terbuka.
Pada masa yang sama, Nazim menjelaskan beliau sama sekali tidak akan menghalang Bella untuk terus aktif berlakon selepas berkahwin. Nazim yakin isterinya pandai menjaga dirinya dan akan terus menyokong minat Bella.
Kami akan bekerja seperti biasa dan saya akan terus menyokong apa yang Bella suka. Saya juga tidak meletakkan sebarang syarat kerana tahu dia pandai jaga diri.
Buat masa ini juga, pasangan ini belum lagi memilih lokasi untuk berbulan madu kerana Nazim belum selesai menjalani penggambaran drama 100 episod Lara Aishah yang sedang ditayangkan di Astro Prima.
Untuk memilih teman hidup, kita harus mengenali dahulu hati budinya. Adakah seseorang itu sanggup susah dan senang bersama ataupun sebaliknya. Rupa paras yang cantik adalah satu bonus, tetapi keindahan hati adalah segala-galanya.
Bersimpati dengan nasib artis di bawah naungan syarikatnya iaitu Atikah Suhaime, David Teo dan pihak Metrowealth International Group (MIG) kini sedang mengumpul bukti serta mencari dalang di sebalik penyebaran foto bogel Atikah dan Idris Khan.
David berpendapat ia adalah satu perbuatan khianat dan berharap individu tidak bertanggungjawab tersebut dikenakan tindakan undang-undang.
Saya bersimpati dengan nasibnya kerana perlu berdepan kembali kontroversi lama. Saya akan memastikan individu yang berhati busuk itu dikenakan tindakan sewajarnya. Buat masa ini ,saya dan pihak pengurusan MIG sedang mengumpulkan bukti bagi mencari siapa yang menjadi dalang. Isu terbabit sebelum ini pernah dikaitkan dengan Atikah, sekali gus menunjukkan ia seakan dirancang dan disengajakan bagi memusnahkan kerjaya seninya yang sedang meningkat.
Tidak kira di mana saja individu itu berada, sama ada dalam atau di luar negara, dia perlu bertanggungjawab di atas tindakan tidak bermoral yang dilakukannya.
Ditanya adakah kontrak Atikah bersama syarikatnya akan dibatalkan, David menjelaskan pihaknya tidak membuat keputusan secara membabi buta dan akan menyiasat setiap perkara dengan terperinci. Tegas David, pihaknya masih bertimbang rasa.
Perkara ini pernah berlaku sebelum ini. Kami pasti Atikah dianiaya. Setakat ini, kami belum membincangkan isu kontrak, lagi pun dia masih bercuti sempena Raya Haji di Singapura. Benar atau tidak, setiap manusia tidak sempurna.
Susah hendak memberikan komen terhadap isu ini kerana kedua-dua artis yang terlibat juga hanya berdiam diri dan hanya sekadar meluahkan dan memberi kenyataan di media sosial.
Demi mengotakan janji kepada anak-anaknya, Ajak Shiro terus bergegas ke lapangan terbang untuk mengejar penerbangan ke Gold Coast, Australia setelah selesai menjalani pembedahan kecil tersebut.
Difahamkan, Ajak dan keluarganya akan bercuti selama sembilan hari di Australia.
"Saya bersama isteri dan anak-anak bercuti di Australia selama sembilan hari. Percutian ini juga menjadi sebab saya segera menjalani pembedahan kecil tersebut.
Menerusi laman Instagram Maulana AF, dia meluahkan rasa teruja apabila isterinya, Ajeng Leony Agnesia, 25, yang berketurunan Minang-Jawa berasal dari Jakarta, Indonesia, itu hamil anak sulung mereka.
"Alhamdulillah berita paling gembira setelah bergelar sebagai suami kepada Ajeng Leony Agnesia. Pagi-pagi kena kejut dengan isteri tercinta terus dia tayang benda ni depan mata walaupun tengah mamai-mamai lagi.
Saida Tarudin, 40, mengesahkan yang dia bakal berkahwin lagi dengan lelaki yang dikenali sebagai Apit, hujung tahun ini selepas lima tahun bergelar janda.
Bagaimanapun, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza itu berkata, dia belum bersedia berkongsi tarikh majlis pernikahan kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.
Para penceramah utama pertama untuk CES 2017 telah diumumkan dan ia tak lain daripada Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Jen Hsun Huang Kali ni syarikat hijau grafik akan mempunyai banyak bercak...
dah enam bulan bergelaq isteri kepada Shaheizy Sam nampaknya Syatilla Melvin dah berjaya menggoda hati ibu mertuanya Khaty Fauziah Menerusi satu temubuai terpalin baghu Khaty habaq beliau cuku...
Bagi travellers dan backpackers yang dah mengunjungi Kepulauan Flores di Indonesia nama Kelimutu konfem bukan lagi suatu nama yang asin bagi depa Nama Kelimutu tu sendiri berasai dari keli yan...
Manih sungguh luahan hati Nazim Othman terhadap isterinya Bella Dally atau nama sebenaqnya sebenaqnya Nabilah Ali Dally apabila dia menyifatkan pasangan hidupnya tu sebagai soghang yang sangat pen...
Setelah bercerai lebih setahun lepaih bersama bekaih isterinya Vie Shanti Eizlan Yusof menyatakan bahawa dia tak penah dihalang untuk meluangkan masa bersama anak anak atau membawa anak tinggai b...
barangkali ghamai yang mempunuyai tabiat yang sama iaitu tak mengunci pintu gheta masa meninggaikan gheta dengan alasan sat Namun kecuaian ni barangkali boleh membawa padah apabila sesorang indiv...
Pada masa la nih ia bukan saja Facebook atau Twitter yang telah berurusan dengan Trolls komen kesat tak sesuai dan keh keh lain terhadap pembuli siber walaupun rangkaian perkongsian gambaq ya...
kalau hampa masih dok tertanya tanya awatlaa syarikat yang konfem menaja hackfests dan pertandingan penggodaman terutama pada produk depa sendiri ni adalah pasai ia adalah salah satu cara yang pal...
Tahun ni merupakan tahun yang palin bermakna buat penyanyi Hafiz Hamidun pasai buat pertama kalinya beliau dapat mengerjakan ibadah haji di Mekah Ia merupakan pengalaman yang cukup indah buat Ha...
Bersimpati dengan nasib artis di bawah naungan syarikatnya iaitu Atikah Suhaime David Teo dan pihak Metrowealth Internationai Group MIG la nih sedang mengumpoi bukti serta mencari dalang di seba...
Pasangan Nazim Othman dan Bella Dally merupakan pasangan yang menjadi bualan ghamai minggu ni pernikahan depa jugak mencurik tumpuan ghamai Kata oghang depa berdua ni sama cun sama padan Men...
Sebagai pelakon depa bertanggungjawab untuk menghidupkan watak yang diberikan depa jugak haruih mengikut arahan pengarah untuk memberikan hasil yang torrrbaek didalam sebuah karya Itulah ya...
Serin merasa meghoyan dan memerlukan kasih sayang anak anaknya Datuk Eizlan Yusof merasa syukoq pasai bekaih isterinya Vie Shantie Khan tak penah menghalang anak anak depa untuk bertemu dengannya...
Sepanjang Perang Baikan 1992 1996 umat Islam semuda bayi di nndoi dan pompuan tua yang buta disembelih dalam Tragedi Pembersihan Etnik anjuran kaum Slav Serbia Lebih 200 ribu nyawa terkorban ...
Pro Aspirasi UPSI atau We Love UPSI Menang 24 5 Kempen sederhana WLU di kampuih membuahkan hasil apabila mahasiswa UPSI teruih memilih WLU Syahmi Aiman Presiden MPP UPSI yang bertandin semula m...
Sejak memulakan shootin Street View di Malaysia pihak Google telah menambah sejumlah kawasan menarik pada perkhidmatan peta depa sekaliguih memudahkan pengguna seluruh dunia melawat sesuatu kawas...
Kali ni kami ingin berkongsi 5 sebab utama yang jadi punca gheta hampa bergegaq dan hampa tak perlu menjadi pakaq untuk melaku Namun 5 faktoq ni bukanlah sebagai satu satunya punca utama yang jad...
Berikutan tersebaqnya gambaq bogey Atikah Suhaime bersama dengan soghang pelakon lelaki baghu baghu ni Ketua Pegawai Eksekutif MIG David Teo mendakwa pihaknya la nih berusaha sedang mengumpoi buk...
soghang bayi pompuan berumoq 12 bulan meninggai dunia dipercayai lemaih selepaih ditinggaikan lebih lima jam dalam gheta milik bapanya Ketua polih Daerah Kulai Superintendan Razak Md Said bagitau...
Apple pada acara WWDC 2016 bulan Jun yang lepaih telah mengumumkan depa akan menawaqkan aplikasi yang dinamakan sebagai Swift Playgrounds Melaluinya Apple ingin memudahkan para kanak kanak untuk...
Pasukan jurutera China telah menyelesaikan pembinaan struktoq yang bakai menjadi jambatan tertinggi di dunia menurut pihak berkuasa tempatan Menurut jabatan pengangkutan wilayah Guizhou dalam sat...
Sekadaq gambaq hiasan Google Dengaq ceghita kau nak menikah betoi ke soai soghang lelaki 40 an kepada pemuda tu A ah bang Tengah adjust Tak dapat lagi Aku nak nasihat kau beberap...
Berada di tanah suci Mekah buat kali pertama untuk menjalani ibadah haji pada tahun ini merupakan pengalaman terindah bagi Hafiz Hamidun, selain bakal menyambut menyambut ulangtahun kelahirannya di sana. Dalam menjalani ibadah haji, Hafiz turut tidak ketinggalan mengirimkan doa untuk keluarga dan diri sendiri supaya dipercepatkan jodoh.
“Masa menyambut hari lahir nanti, kalau mengikut jadual saya sudah berada di Madinah. Setakat ini, tiada rancangan mahu mengadakan majlis, cukup dengan makan-makan. Paling penting ibadat Haji saya berjalan lancar. Saya tidak lupa titipkan dan kirimkan doa untuk diri sendiri, keluarga, syarikat serta tidak ketinggalan soal jodoh,” katanya kepada Berita Harian Online.
Sementara itu Hafiz turut mengakui dalam perjalanan untuk menyempurnakan ibadah haji, dirinya turut berdepan dengan cabaran kesihatan namun baginya ia adalah ujian yang mempunyai rahmatNya. Namun kongsinya lagi, walaupun tidak sempat bersenam sebelum berangkat ke Mekah, beliau berasa seperti sentiasa bertenaga dan tidak letih ketika berjalan di sana.
Keberangkatan Hafiz ke tanah suci pada kali ini bukanlah keseorangan kerana pada ketika ini juga ada beberapa selebriti lain turut mengambil peluang untuk menjalani ibadah haji seperti Neelofa dan keluarga, Adi Putra dan isteri serta Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman. (rkty/w)
Manis sungguh luahan hati Nazim Othman terhadap isterinya, Bella Dally atau nama sebenarnya sebenarnya Nabilah Ali Dally apabila dia menyifatkan pasangan hidupnya itu sebagai seorang yang sangat penyabar.
"Dia 'hero' saya kerana sangat bertoleransi. Pengorbanan dan kesetiaannya buat saya yakin dia jodoh saya. Bella gadis yang sangat istimewa, dia sahaja boleh faham dan tahan dengan saya”
“Lebih terharu apabila dia sentiasa ada di saat susah senang termasuk ketika saya terlantar di hospital," jelasnya kepada Harian Metro. Malah Nazim turut menyatakan rasa syukur kerana majlis pernikaha telah pun selesai dan berjalan dengan lancar.
Disoal tentang kerjaya Bella selepas berkahwin ini, Nazim menjelaskan bahawa dia tidak akan menghalang minat isterinya namun perlu tahu batas demi menjaga nama baik keluarga.
Apa pun, semoga kehidupan berkeluarga pasangan pengantin baru ini akan terus bahagia dan dilimpahkan rezeki. Selepas selesai nikah, kini fasa seterusnya yang ditunggu peminat pastinya adalah pasangan ini dengan cahaya mata pula. (rtky/s)
Setelah bercerai lebih setahun lalu bersama bekas isterinya, Vie Shanti, Eizlan Yusof menyatakan bahawa dia tidak pernah dihalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak atau membawa anak tinggal bersamanya.
"Alhamdulillah Vie tidak pernah meletakkan sebarang had. Saya percaya Vie faham anak-anak juga memerlukan kasih sayang seorang bapa. Justeru, dia tiada masalah sekiranya saya mahu bertemu atau membawa anak-anak tinggal bersama pada bila-bila masa," katanya.
Malah tambahnya kepada Harian Metro, walaupun dia sibuk dengan kerja dan juga perniagaannya, dia tetap mencari masa untuk bersama anak-anak. Bagi Eizlan, ketiga-tiga cahaya mata yang dikurniakan itu adalah keutamaannya.
"Siapa yang mengikuti perkembangan saya di laman Instagram, pasti tahu saya kerap habiskan masa bersama anak-anak. Bagi saya, walaupun sibuk dengan rutin kerja yang tidak menentu, anak-anak tetap menjadi keutamaan”
"Selalunya saya dan anak-anak akan berbincang ke mana kami mahu pergi," jelasnya. Eizlan dan Vie mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada 16 Februari 2015. (rtky/s)
Berikutan tersebarnya gambar bogel Atikah Suhaime bersama dengan seorang pelakon lelaki baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo mendakwa pihaknya kini berusaha sedang mengumpul bukti bagi mencari dalang disebalik penyebaran gambar lucah pelakon itu yang juga berada dibawah naungan syarikatnya supaya dibawa ke muka pengadilan.
“Saya bersimpati dengan nasibnya kerana perlu berdepan kembali kontroversi lama. Saya akan memastikan individu yang berhati busuk itu dikenakan tindakan sewajarnya. Buat masa ini ,saya dan pihak pengurusan MIG sedang mengumpulkan bukti bagi mencari siapa yang menjadi dalang. Sama ada kontroversi ini benar atau tidak, dia perlu berhati-hati dalam berkawan.
“Isu sama sebelum ini pernah dikaitkan dengan Atikah, ia seakan dirancang dan disengajakan bagi memusnahkan kerjaya seninya yang sedang meningkat. Tidak kira di mana saja individu itu berada, sama ada dalam atau di luar negara, dia perlu bertanggungjawab di atas tindakan tidak bermoral yang dilakukannya,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara itu.
Sementara itu, David Teo turut memberitahu bahawa pihaknya masih bertimbang rasa dengan kontroversi melanda Atikah dan tidak merancang untuk menamatkan kontrak beliau. Malah bagi David, beliau yakin Atikah telah dianiaya kerana ia bukanlah kali pertama berlaku dan pihaknya masih sedang menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan.
Sebelum ini, beberapa gambar bogel yang menyerupai wajah Atikah Suhaime dan Idris Khan telah tersebar di laman sosial. Berikutan itu, Atikah ketika ditanya berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebaran itu, manakala Idris Khan pula hanya meluahkan rasa terkilannya di laman sosial tanpa memberi sebarang komen kepada media. (rkty/w)
Melakonkan aksi ghairah dalam filem terbaru berjudul, Luqman, ada yang beranggapan Raja Ilya seolah-olah dipergunakan bagi menghidupkan watak seorang penari jelita untuk menarik perhatian penonton. Namun baginya, adegan ghairah yang dibawanya adalah satu tanggungjawab yang diberikan oleh pengarah untuk merealisasikan jalan cerita tersebut.
“Setiap kali ada babak mencabar sebegini, pengarah pasti mempunyai sebab tersendiri untuk kepentingan jalan cerita. Sebagai pelakon, adalah menjadi tanggungjawab saya merealisasikan babak ini. Saya tidak akan melakonkan jika ia bukan kehendak skrip dan naratif”
“Filem ini berbeza daripada karya komersial sedia ada. Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya. Babak ghairah ada kepentingan untuk menghidupkan lagi jalan cerita,” katanya kepada Harian Metro mengenai lakonanya didalam filem bertajuk Luqman.
Bakal menjengah pawagam tidak lama lagi, dalam filem arahan pengarah terkenal, Dr Mahadi J itu Raja Ilya bergandingan dengan Wan Hanafi Su dan Josiah Hogan selaku teraju utama. Bagaimanapun filem ini dikatakan mendapat respon negatif dari peminat yang tidak senang melihat beberapa adegan panas yang dipamerkan di dalam filem itu. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment