KedahLanie.info Posted: 03 Sep 2016 10:18 AM PDT Azizah: Anwar lebih risaukan politik dari keluarga Posted: 03 Sep 2016 01:29 AM PDT Bernama | Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanya lebih mengenai perkembangan politik berbanding keluarganya sendiri setiap kali mereka melawat beliau di penjara, kata isterinya yang juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. "Kadang kala terasa sedih juga, apabila beliau lebih bertanya tentang perjuangan kita, parti dan pakatan kita daripada bertanya hal keluarga. "Saya terima hakikat saya hanya isteri Anwar, tapi dia milik semua rakyat Malaysia," katanya pada siri jelajah 'membongkar kontroversi 1MDB' anjuran PKR di Sabak Bernam, Selangor, malam tadi. Jelajah itu bertepatan dengan ulang tahun ke-18 pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri. Anwar dipecat oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998, selepas beliau mula bercakap menentang rasuah dan nepotisme dalam kerajaan. Tujuh bulan kemudian, pada April 1999, Anwar dijatuhi hukuman enam tahun penjara kerana kesalahan meliwat. Beliau dibebaskan pada tahun 2004, tetapi dipenjarakan sekali lagi bagi kes Liwat II, pada tahun 2015, dan kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh. Pengkritik berkata, tuduhan tersebut bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengekang pengaruh Anwar terhadap kerajaan. | Timbalan Mufti Kedah - 'Bincang majlis fatwa, PBT gesaan roboh patung helang' Posted: 02 Sep 2016 11:05 PM PDT 
Pihak Mufti Kedah akan berbincang dengan majlis jawatankuasa fatwa terlebih dahulu susulan terdapat gesaan supaya tugu helang di Langkawi dirobohkan atas faktor haram dari sudut agama. Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin berkata selepas perbincangan rasmi, perkara itu akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tindakan susulan diambil. "Kita belum lihat perkara ini tapi kalau ada (gesaan), kita akan bincang secara rasmi. Buat masa ini mufti tak kata apa lagi dan isu ini telah berlalu lama. "Pihak kita akan buat perbincangan dengan majlis jawatankuasa fatwa terutamanya, di situlah kita lihat apa yang sesuai dan kita akan lihat apa yang patut untuk dikemukakan pada PBT," katanya kepada Malaysiakini. Marwazi berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim bahawa memasang replika burung helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup. Beliau turut memetik hadis riwayat Ibnu Abbas mengenai larangan Nabi Muhammad terhadap pembinaan patung seumpama itu. Zamri menjelaskan perkara itu selepas menerima surat rasmi daripada sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanya hukum membuat replika burung helang untuk tempat yang berkaitan dengan binatang itu. Sementara itu Marwazi berkata, ketika pembinaan tugu tersebut dibina, pihak yang membuatnya tidak merujuk kepada Jabatan Agama Negeri Kedah terlebih dahulu. "Ya, dari hukumnya haram semua sedia maklum cuma apabila dah jadi dan ketika pembinaan dulu pihak berkenaan tak merujuk pada pihak berkuasa agama jadi mereka buat juga. "Sekarang ni kalau nak suruh buang kena ada rundingan dan tak boleh didedahkan pada umum nanti jadi cerita lain pula," katanya. Langkawi merupakan pusat tumpuan pelancongan yang antara tarikan utamanya ialah patung seekor helang yang bersedia untuk terbang di Dataran Lang berhampiran Jeti Kuah. Menurut portal rasmi Majlis Perbandaran Langkawi, pusat peranginan itu memperolehi namanya daripada helang - dalam Bahasa Melayu Lama, kawi bermaksud perang kemerahan oleh itu, Langkawi bermaksud 'Helang perang kemerahan'. Bagaimanapun portal itu tidak menyatakan bilakah tugu ini dibina. | Lesen Lynas diperbaharui 3 tahun lagi Posted: 02 Sep 2016 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) memperbaharui Lesen Peringkat Operasi Penuh (FOSL) kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) bagi tempoh tiga tahun sehingga September 2019. Lynas Corporation Ltd dalam satu kenyataan berkata, pembaharuan lesen itu disusuli kajian ketat yang dilaksanakan AELB dan badan kawal selia bebas lain di Malaysia. Pihak berkenaan memutuskan LAMP yang terletak di Gebeng, Kuantan, mematuhi peraturan berkaitan. "Kami gembira lesen kami sudah diperbaharui, sekaligus menunjukkan operasi LAMP selama empat tahun ini adalah selamat," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Amanda Lacaze. Beliau berkata, Lynas mempunyai data operasi empat tahun yang menunjukkan tiada peningkatan paras radiasi pada jarak satu kilometer (km), 10km atau 20km dari loji tersebut. "Tiada kesan buruk ke atas penempatan berhampiran Kuantan atau perkampungan sekitarnya, manakala semua buangan air dinilai selamat pada setiap masa untuk masyarakat setempat," katanya. Beliau berkata, paling penting ialah Lynas terus menyediakan bacaan operasi masa sebenar dalam talian secara langsung kepada pihak berkuasa berkenaan yang boleh diakses orang awam melalui laman web AELB dan Jabatan Alam Sekitar. "Kami mempunyai bukti jelas dan pensijilan dari badan bebas yang operasi serta pengeluaran kami adalah selamat. "Lynas komited untuk terus menjadi penyumbang bernilai kepada masyarakat setempat Kuantan serta amnya Malaysia. Pembaharuan FOSL bagi tempoh tiga tahun lagi adalah asas penting kepada komitmen kami," kata Lacaze. Julai lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, dakwaan berlakunya pencemaran dan penduduk menghidapi kanser oleh penunjuk perasaan anti-Lynas tidak munasabah, memandangkan loji Lynas di Gebeng, Kuantan sudah beroperasi selama tiga tahun tanpa sebarang masalah. LAMP merupakan antara loji pengasingan nadir bumi terbesar dan termoden di dunia. Ia direka untuk memproses nadir bumi yang dilombong di Mt Weld dari Australia dan mengeluarkan produk Oksida Nadir Bumi (REO) sebelum dijual kepada pelanggan dari Jepun, Eropah, China dan Amerika Utara. Loji itu mula beroperasi pada akhir 2012. | Rafizi jadikan kebajikan pesara tentera agenda utama Posted: 02 Sep 2016 10:57 PM PDT 
PETALING JAYA: Rafizi Ramli akan menjelajah ke kem tentera utama seluruh negara untuk bertemu dan berdialog dengan perajurit negara, sebelum nasibnya nasibnya diputuskan mahkamah beberapa bulan lagi. Disaman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kerana kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera, Setiausaha Agung PKR itu berkata nasib pesara masih belum berubah sejak saman dibuat terhadapnya 12 Ogos lalu. "Saya telah ditahan, dibicarakan dan berdepan dengan hukuman penjara mandatori akibat membawa isu ini," kata Rafizi, yang menambah pihaknya terus menerima aduan kelewatan pembayaran melalui borang bitly.com/pesaratentera. "Alasan yang diberikan oleh LTAT atau UGAT samalah seperti cuba mencuci tangan tanpa menyelesaikan masalah ini. Dividen LTAT bagi tahun 2015 adalah yang paling rendah sejak dalam sejarah," katanya. Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, program yang dinamakan Hargai Perajurit: Misi Angkat Kebajikan Perajurit turut memenuhi jemputan kumpulan pesara tentera yang mahu berdialog bersamanya. Jelas Rafizi, selain membincangkan isu kebajikan veteran, beliau juga akan mendedahkan keadaan pangkalan dan kemudahan tentera yang terabai atau dikomersilkan dan prospek pelaburan jangka pendek dan sederhana LTAT. "Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak pernah memberi maklumbalas mengenai perkara-perkara ini setiap kali saya menimbulkannya," bidas Rafizi dalam kenyataannya. Dalam penyataan tuntutannya, LTAT mendakwa Rafizi mengeluarkan kenyataan, yang secara tidak langsung atau secara sindiran, menuduh lembaga itu tidak menjaga faedah, kebajikan dan tidak mempunyai wang untuk membayar pesara. Mahkamah menetapkan 12 Okt untuk pengurusan kes itu. Menurut Rafizi, dialog pertama misinya akan diadakan di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 7 Sep depan, bersama Laksamana (B) Imran Abdul Hamid, Brig Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khattab dan Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. Rafizi menganggarkan setiap tahun secara purata 5,000 askar akan tamat perkhidmatan, diatas 450,000 veteran sedia ada. "Jika setiap veteran mempunyai keluarga (isteri dan anak-anak) seramai 4 orang, maka terdapat sekitar 1.8 juta pengundi yang rata-ratanya Melayu dari kalangan veteran tentera." | Amanah tanya Rahman Dahlan: Kamu cuba bohong siapa? Posted: 02 Sep 2016 10:54 PM PDT PETALING JAYA: Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad mengajar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang bertegas perdana menteri tidak dibabitkan dalam siasatan Amerika Syarikat keatas 1MDB. "Rahman cuba bohong siapa dan sampai bila mahu pertahan yang tidak dapat dipertahankan?" soal Dzulkefly. Beliau menjawab hujah Rahman yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam dokumen berkenaan 1MDB terbitan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) Julai lalu kerana presiden Umno itu bukan dalam kalangan yang disiasat. Perkara itu susulan kenyataannya kepada BBC yang mengatakan MO1 yang dimaksudkan DoJ adalah Najib dan tidak boleh dinafikan. Namun Dzulkefly mengetengahkan prinsip yang diguna pakai dalam sistem perundangan AS yang dikenali sebagai "In Rem". "Mereka yang faham perundangan AS akan mengesahkan 'In Rem' adalah 'prosiding yang tidak mengendahkan pemilik harta (disini merujuk kepada 1MDB) sebaliknya menentukan siapa pemunya hak yang muktamad keatas harta itu. (a proceeding that takes no notice of the owner of the property but determines rights in the property that are conclusive against all the world) 'In rem sekadar memaklumkan pihak yang mempunyai kepentingan dalam harta atau aset yang dirampas, supaya mereka boleh mengemukakan tuntutan masing-masing ke mahkamah, oleh yang demikian mereka namakan 'Red Granite Pictures, Inc dan defendan lain," katanya, merujuk kepada syarikat yang diterajui anak tiri Najib – Riza Aziz – yang didakwa DoJ terbabit dalam penggelapan wang berbilion ringgit daripada dana milik syarikat milik kerajaan. Oleh itu, kata Dzulkefly, Najib tidak dinamakan kerana beliau dianggap bukan pemilik aset yang mahu dirampas itu. "Atau Rahman cuba menyampaikan sesuatu," tambahnya. Beliau juga mahu menyorot perhatian Rahman kepada satu lagi terma yang digunakan pendakwaraya AS iaitu "18 U.S.C", atau Title 18 of the United States Code, iaitu kanun jenayah dan keseksaan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat. "Ia menangani prosedur jenayah dan jenayah peringkat persekutuan. Rahman tidak perlu diingatkan pertamanya tidak ada asas untuk menyita aset sekiranya tidak ada salahlaku. "Sebenarnya isu yang perlu Rahman pertimbangkan secara berhemah samada perlu membetulkan kenyataannya sebelum ini iaitu 'PM tidak perlu bertanggungjawab keatas masalah syarikat milik kerajaan'," kata Dzulkefly. Menurutnya, siasatan jelas menunjukkan asal wang yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib. "Lupakan semua dongeng penderma RM2.6 bilion dari Arab Saudi itu! Itu semua ilusi. Membiarkan 1MDB terjerumus dalam penjarahan dan pengubahan wang sepanjang lima tahun (2009-2014), ketika Najib menerajuinya dan kononnya mendapat manfaat daripada transaksi itu, memang menyebabkan negara mendapat nama yang buruk," kata Dzulkefly. | BN akan hilang 45 kerusi dengan hanya 4% undi tukar angin Posted: 02 Sep 2016 08:07 PM PDT SABAK BERNAM: Barisan Nasional tidak sekuat yang dilihat kerana ia boleh kehilangan 45 kerusi dengan mudah pada pilihan raya umum akan datang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa, apa yang diperlukan ialah sebilangan kecil pengundi beralih angin kepada pembangkang. "Kajian saya menunjukkan BN mempunyai 67 kerusi goyah. "Satu kajian dijalankan pakar yang saya lantik mendedahkan anjakan 4% peratus undi akan menyaksikan 45 kerusi BN jatuh ke tangan pembangkang," katanya dalam jerayawara anti-1MDB anjuran PKR yang dihadiri kira-kira 500 orang, malam tadi. Sehubungan itu, presiden sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyeru semua parti pembangkang supaya bersatu bagi memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang. Dalam siri jelajah memfokuskan 1MDB yang dilabelkan "1Malaysia Dalam Bahaya" itu, Muhyiddin turut menjawab persoalan beberapa pihak berhubung kesahihan dakwaannya yang Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun peribadinya sebelum menerima RM2.6 bilion. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mahu bukti mengenai dakwaan Muhyiddin itu yang dikatakan diberikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. "Tidak perlu tanya dari mana saya dapat maklumat itu. Saya beritahu anda ia datang daripada bekas peguam negara. Jika mahu tahu lebih banyak, pergi tanya beliau," kata ahli Parlimen Pagoh itu. Ini adalah pusingan pertama siri jelajah seluruh negara yang bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk di pinggir dan luar bandar mengenai skandal 1MDB serta kesannya kepada kehidupan rakyat. Ia turut dihadiri ketua pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. | Kesian PAS, sapa pun tak heran dengan PAS Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) Posted: 02 Sep 2016 08:01 PM PDT "Teras Perjuangan Gagasan Sejahtera" tu langsung tak menggambarkan dan mencerminkan wajah PAS. Kalau setakat "Mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara" DAP pun selama ni takdak masalah mempertahankan perkara teras tu, Utusan dalam berita bertajuk "Blok ketiga dikenali sebagai Gagasan Sejahtera" melaporkan: KUALA LUMPUR 13 Ogos - Blok ketiga yang dibentuk antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kini dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (Gagasan). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, Gagasan mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta menjadikan perjuangan membela rakyat sebagai keutamaan. - Utusan-
Walaupun PAS nampak bersungguh untuk tarik perhatian ramai dengan menjenamakan semula kerjasana antara PAS dengan parti Kadiq Syeikh Fadzir tt tapi malang bagi PAS nampaknya khalayak politik Malaysia langsung tak tertarik, langsung tak hairan. Dari perhatian aku tokoh-tokoh politk Malaysia tak kira dari Umno BN ataupun parti-parti pembangkang langsung tak berminat nak ulas penjenamaan semula 'blok ke 3' tu. Yang ada pun cuma 'komemn bodek' dari pemimpin PAS sendiri yang kata menyokong penubuhan Gagasan Sejahtera tu. Cuma di media sosial terutamanya facebook saja nampak sikit kecoh tu pun dikalangan yang cukup berminat menghentam PAS. Bagi golongan yang agak objektif depa kritik "Teras Perjuangan Gagasan Sejahtera" tu. GAGASAN SEJAHTERA menjadikan perkara berikut sebagai Teras Perjuangan bersama: (i) Mempertahankan Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsipnya; (ii) Mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi, Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan Negara (iii) Mempertahankan Prinsip Raja Berperlembagaan (iv) Mempertahankan dan meningkatkan kedaulatan serta keselamatan negara dan rakyat (v) Memperkasakan keberkesanan Sistem Pendidikan Negara yang menekankan pembangunan nilai bagi melahirkan insan yang bermotivasi, kompetitif, berilmu dan berkemahiran tinggi (vi) Mempertahan dan memperkasakan prinsip Federalisma yang adil dalam kesemua aspeknya (vii) Meningkatkan toleransi dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama sambil memperkasakan jatidiri setiap kaum menjadikan kepelbagaian sebagai aset serta kekuatan rakyat (viii) Mengangkat integriti, ketelusan, kecekapan dan mesra-rakyat dalam sistem pentadbiran negara, sekaligus menghapuskan unsur negatif seperti salahguna kuasa, kronism, nepotism dan rasuah (ix) Memartabatkan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi yang kompetetif dan disegani di peringkat tempatan dan dunia melalui prinsip keadilan sosial dan ekonomi berasas (x) kan kepada pembangunan nilai insan, keupayaan sains, teknologi dan inovasi, serta pengupayaan sumber tempatan. - PAS. Langsung tak nampak walaupun bayangan hudud, satu isu yang PAS cukup ambil berat sampai bukan setakat sanggup berpatah arang dengan DAP malah berperang dengan ahli sendiri sampai tertuduhnya Amanah parti serpihan PAS. "Teras Perjuangan Gagasan Sejahtera" tu langsung tak menggambarkan dan mencerminkan wajah PAS. Kalau setakat "Mempertahankan Islam sebagai Agama Rasmi Negara" DAP pun selama ni takdak masalah mempertahankan perkara teras tu, malah sangat selalu keluarkan kenyataan mempertahankannya Islam sebagai Agama Rasmi. Satu puak lagi yang lebih riuh di facebook adalah golongan cybertrooper 'kaki troll' dan "kaki maki" PAS dan pemimpin PAS. Depa ni lebih minat dengan singkatan atau akronim gagasan kerjasama PAS dan Ikatan tu dan depa berjaya memperpularkan akronim PIGS untuk sinkatan kepada PAS Ikatan Gagasan Sejahtera. Walaupun pada aku agak keterlaluan tapi peluru tu nampaknya sangat mujarap untuk tutup mulut cybertroopers 'walaun' yang sebelum ni cukup seronok guna istilah PANDAP, WalaDAP, PANkhianat, DAPig dan sebagainya. Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis SUMBER | Husam ikrar takluk Kelantan Posted: 02 Sep 2016 07:57 PM PDT SHAH ALAM - Selepas mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasmi pada 31 Ogos lalu, Datuk Husam Musa berikrar untuk menakluk Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Menurut bekas Naib Presiden Pas itu, usaha itu dilakukan bagi memastikan Kelantan tidak jatuh ke tangan Umno yang dakwanya lebih 'rakus' daripada Pas. "Saya hendak minta izin rakyat Kelantan untuk Amanah mengambil alih pemerintahan Kelantan dalam PRU akan datang, kita tidak mahu Kelantan jatuh kepada Umno yang lebih rakus daripada Pas. "Pas berada dalam keadaan goyang kaki, tiga tahun kita beri ruang kepada pemimpin kerajaan Kelantan tapi yang disiapkan ialah tugu banjir, kita tak marah kalau nak buat tugu tetapi siapkanlah rumah mangsa banjir dahulu... siap tugu dulu rumah tak siap macam mana," katanya. [ARTIKEL BERKAITAN: Husam kini sarung 'jersi oren' secara rasmi] Mengulas lanjut Husam berkata, untuk memastikan Amanah berjaya menggantikan Pas di Kelantan pada PRU akan datang, Amanah perlu bekerja kuat daripada sekarang. "Kita akan fokuskan 30 atau 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), sementara sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pula Amanah perlu dapatkan 35 peratus, dan Insya-ALLAH lah," katanya. Dun Kelantan kini terdiri daripada 45 kawasan iaitu diwakili oleh Pas 31 kawasan, 12 BN, PKR 1 dan Bebas 1. | Bersatu dakwa RoS lulus parti 9 September Posted: 02 Sep 2016 07:54 PM PDT
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bakal meluluskan permohonan pendaftaran parti itu selewat-lewatnya 9 September ini. Setiausaha Penajanya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, dalam pertemuan semalam, RoS memaklumkan kepada Presiden Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pihaknya tiada alasan untuk melengahkan kelulusan permohonan tersebut. "Ini adalah kerana kita telah menepati segala kehendak dan syarat yang telah ditetapkan dalam permohonan bagi penubuhan sesebuah parti politik baru. [ARTIKEL BERKAITAN: Daftar ahli Bersatu, tunggu ROS lulus] "Pihak RoS menjelaskan bahawa pihak mereka tiada sebarang halangan tentang tarikh tersebut memandangkan permohonan kita telah dikemukakan dengan kemas, lengkap dan tersusun bagi permohonan sesebuah parti politik baru," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Pada 9 Ogos lalu, Muhyiddin menghantar permohonan pendaftaran parti baharu itu di pejabat RoS di Putrajaya. Dalam pada itu, menurut Kamarulazman, wakil RoS berpuas hati dengan usaha dilakukan pihaknya dalam melaksanakan perubahan yang perlu terhadap segala teguran dan cadangan RoS. "Kita mengharapkan tiada lagi sebarang halangan bagi kelulusan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia selaras dengan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bahawa permohonan ini akan diluluskan tanpa sebarang masalah," katanya. | Muhyiddin: Pastikan satu lawan satu dalam PRU14 Posted: 02 Sep 2016 07:51 PM PDT  SABAK BERNAM – Parti pembangkang di negara ini perlu membulatkan tekad dan mengetepikan segala perselisihan faham sesama mereka bagi mewujudkan satu kesatuan dan perpaduan dalam usaha menumbangkan BN. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyatuan yang paling mustahak yang perlu dicapai parti pembangkang adalah dalam memuktamadkan pertandingan satu lawan satu bagi kerusi Parlimen dan Dun dalam PRU-14. "Apa yang penting rakan-rakan dalam pembangkang dapat mewujudkan satu persefahaman bahawa untuk menyelamatkan Malaysia kita harus bersatu-padu dan mempunyai tekad dan azam yang sama. "Kita juga perlu bangkitkan kesedaran kepada rakyat bahawa BN mesti ditumbangkan dan digantikan dengan sebuah kerajaan baru yang boleh membela dan memperjuangkan rakyat," katanya ketika berucap pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB di Stadium Mini Sabak Bernam, di sini, malam tadi. Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, sudah tiba masanya parti pembangkang mewujudkan satu barisan baharu yang bukan saja menggantikan BN, tetapi berusaha meneruskan perjuangan supaya Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berjaya serta rakyat mendapat pembelaan dengan adil dan saksama. "Mungkin ada pihak yang menyebutkan ia Barisan Bersatu atau pun Barisan Rakyat…tidak kira apa nama sekalipun, tetapi muafakat yang hendak kita jalin ini, mestilah muafakat yang kekal supaya kerjasama dapat kita teruskan untuk sepanjang masa," katanya. Muhyiddin turut mendedahkan sebelum beliau memutuskan untuk menubuhkan Bersatu beliau telah berbincang dengan ramai rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan, Pas dan lain-lain parti. "Mereka menyambut baik tentang penubuhan Bersatu. Saya melihat waktu saya ke Kelantan baru-baru ini, sambutan yang agak luar biasa…ini bermakna, mereka sedang menunggu–nunggu dengan penubuhan Bersatu ini," katanya. Muhyiddin berkata, dalam kajian beliau, terdapat 67 kerusi terumbang-ambing yang sekarang ini di bawah BN. "Dalam simulasi yang telah pun dibuat pakar-pakar yang saya lantik, mereka mengatakan kalau ada empat peratus sahaja kerusi ini pusing, maka 45 kerusi ini akan jatuh dan sebahagian besarnya kerusi yang dimiliki BN," katanya. | Mahfuz - Tunggu Najib umum siapa MO1 Posted: 02 Sep 2016 07:49 PM PDT SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri perlu tampil menyatakan identiti Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak tanggapan Najib tidak seberani Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan. "Selagi Najib tidak membuat penjelasan siapa MO1, ini akan menunjukkan ada menteri yang takut hendak menyatakan siapa MO1 itu. [ARTIKEL BERKAITAN: Rahman Dahlan perjelas kenyataannya dalam BBC] "Walaupun ada menteri yang terkeluar cakap dan menyatakan MO1 itu ialah Perdana Menteri. Ini akan mempamerkan kabinet tidak sehaluan," katanya dalam satu kenyataan. Sebelum ini, Abdul Rahman yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan agensi berita antarabangsa, BBC News mengesahkan MO1 yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil DOJ berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Najib. Menurut Mahfuz lagi, Kabinet dan Peguam Negara perlu sepakat dalam menyokong atau menolak kenyataan Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno. Dalam pada itu, Mahfuz berkata, beliau yakin Najib akan bersetuju di mana rakyat ingin melihat Perdana Menteri yang berani dan bertanggungjawab. "Berani bertanggungjawab adalah ciri pahlawan Bugis yang pernah kita baca. Kita tak mahu rakyat melihat Najib seperti yang selalu dilihat orang di Bugis Street. "Oleh itu, Najib perlu menampilkan watak kepahlawanan Bugisnya menyatakan siapa MO1," katanya.  | Azmin: Muhyiddin seorang 'teman sejati' Posted: 02 Sep 2016 07:39 PM PDT  SABAK BERNAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'teman sejati' dalam politik terutama ketika pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kabinet. Mohamed Azmin berkata, tidak ada mana-mana menteri Kabinet ketika itu berani melawat bekas ketua pembangkang itu di kediamannya selepas dipecat, melainkan Muhyiddin yang sebelum ini dalam Umno bersama-sama Anwar dalam 'team wawasan'. "Kita jangan lupa Tan Sri Muhyiddin bersama Datuk Seri Anwar pada 2 September 1998. Hari ini 2 September iaitu tarikh keramat Anwar dipecat daripada timbalan perdana menteri. "Atas prinsip dan persahabatan, walaupun Datuk Seri Anwar dipecat, beliau (Muhyiddin) berani tampil ke rumah Anwar menyampaikan salam dan bertemu dan mendoakan agar beliau (Anwar) tabah mengharungi ujian dan cabaran," katanya ketika berucap pada Sesi Minum Petang dan Ramah Mesra bersama Masyarakat di Hay Resort, di sini. Justeru, katanya, tiada sebab PKR atau mana-mana kepimpinan parti pembangkang lain tidak bersama Muhyiddin kerana Presiden Bersatu itu dipecat bukan kerana merompak atau rasuah sebaliknya ingin membela negara dan rakyat keseluruhannya. Timbalan Presiden PKR itu turut yakin dengan pengalaman dan ketokohan serta kewibawaan, Muhyiddin mampu membawa kebangkitan rakyat untuk bersama-sama dengan parti pembangkang lain dalam PRU-14 nanti. "Saya kira peranan Tan Sri amat penting dalam PRU-14 ini. Kita tak tahu sama ada Bersatu akan diluluskan atau pun tidak, namun itu bukan pertimbangan kita pada hari ini… Ayuh! kita bersatu atas tekad dan azam yang satu untuk selamatkan dan memulihkan ekonomi negara," katanya. Mohamed Azmin turut berharap agar rakyat di negeri ini khususnya di Sabak Bernam menerima hakikat bahawa mereka perlu bersatu bagi menumbangkan BN. "Saya kira ini bukan soal dendam kesumat. "Saya yakin bahawa rakyat hari ini memerlukan kepimpinan yang jujur dan bertanggungjawab bagi memimpin negara dan rakyat bagi menyelamatkan ekonomi dan kepimpinan di peringkat Putrajaya yang sudah rosak dan tidak lagi berada di landasan sebenar," katanya. | Jangan putar belit isu kuota Bumiputera – MB Selangor Posted: 02 Sep 2016 02:08 PM PDT OLEH ERMIZI MUHAMAD SABAK BERNAM, 2 SEPT: Tidak timbul isu pemansuhan kuota Bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO) di negeri ini. Sebaliknya, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Umno sengaja melemparkan tuduhan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri dengan memutarbelitkan kenyataannya. “Tidak benar tuduhan Umno bahawa seolah-olah kita menghapuskan harga untuk bumiputera. “Sehingga saat ini, harga jualan untuk bumiputera itu masih kekal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Dataran Niaga Bagan Terap dan penyampaian bantuan di bawah Kerajaan Negeri, di sini, pagi ini. Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, polisi baru Kerajaan Negeri mewajibkan pemaju membina unit mampu milik dalam membina pangsapuri servis bagi membuka peluang kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. “Dalam konteks pembangunan SOHO dan SOVO, harganya terlalu mahal sehingga mencecah RM600,000. “Tidak mungkin rakyat berpendapatan rendah dan sederhana boleh memiliknya, justeru atas perbincangan bersama Exco, kita bersetuju membuat penyelarasan harga.
“Jadi, tidak timbul isu penghapusan kuota Bumiputera itu,” katanya. Sebelum ini, wujud dakwaan kononnya Kerajaan Negeri melaksanakan garis panduan pembangunan baru bermula 1 September lalu, yang antara lain memansuhkan 10 peratus diskaun Bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO. Bagaimanapun, dakwaan itu dibidas Kerajaan Negeri yang menegaskan Selangor hanya menyelaraskan harga pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan SOVO dan tidak timbul isu diskaun Bumiputera dimansuhkan. -AA- | |
No comments:
Post a Comment