Wednesday, 7 September 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 07 Sep 2016 10:12 AM PDT

KedahLanie.info


LIBERALISM WUJUD SEBAB EKSTREMISM BERAGAMA ITU WUJUD

Posted: 07 Sep 2016 08:46 AM PDT

Dan begitu lah sebaliknya. Kedua-duanya saling mendukung kewujudan masing-masing. Selagi masyarakat kita tidak mampu untuk menyeimbangkan keadaan mengikut realiti sosio-politik semasa tempatan, selagi itulah dua kelompok tersebut akan terus wujud dan sering berlawanan.

Dalam masyarakat yang begitu majmuk di era pasca khalifah dunia tanpa sempadan hari ini, jika kita mengketengahkan pegangan kita semata-mata terutama supaya pihak lain ikut dan hormat, tanpa ada sedikit kompromi dan toleransi, maka kita sebenarnya akan melahirkan sentimen ketaksuban atau fahaman yang terlampau fanatik ke atas apa yang kita percaya. Dan ia kelak akan ditentang oleh pihak yang berlawanan, di mana pihak tersebut juga akan jadi makin berani, makin terdesak serta makin agresif dengan pendekatannya.

Kesimpulannya, kita akan menjurus ke arah konflik perbezaan agama, budaya dan politik jika berterusan tidak mahu faham bahawa keseimbangan dan kesederhanaan itu penting dalam sebuah negara yang ultra majmuk seperti Malaysia ini.

Sebab itu sebelum kita lanyak Melayu liberal seperti Siti Zabedah Kasim yang tunjuk isyarat lucah tersebut, kita juga sepatutnya mengecam sekeras-kerasnya watak Melayu arabisasi yang sedikit sebanyak memaparkan gaya dan budaya Timur Tengah tetapi gemar beretorik guna ayat-ayat agama, gemar fokus kepada isu-isu sampingan seperti tugu burung helang, pokemon go dan perkara-perkara remeh yang ada kalanya bersifat khilafiah, yang mana isu tersebut wujudnya pendapat yang lebih ringan tetapi dia sengaja ketengahkan pendapat yang lebih ketat sehinggakan ada yang sanggup hukum-menghukum dan lebel-melebel secara tidak cermat hingga boleh menjerumuskan seseorang tersebut ke arah sifat Khawarij seperti ISIS.

MOHD AZIM,
seorang marhaen yang memerhati.

Liberalism wujud sebab Eksreamism Beragama itu wujud

Posted: 07 Sep 2016 08:33 AM PDT

Dan begitu lah sebaliknya. Kedua-duanya saling mendukung kewujudan masing-masing. Selagi masyarakat kita tidak mampu untuk menyeimbangkan keadaan mengikut realiti sosio-politik semasa tempatan, selagi itulah dua kelompok tersebut akan terus wujud dan sering berlawanan.

Dalam masyarakat yang begitu majmuk di era pasca khalifah dunia tanpa sempadan hari ini, jika kita mengketengahkan pegangan kita semata-mata terutama supaya pihak lain ikut dan hormat, tanpa ada sedikit kompromi dan toleransi, maka kita sebenarnya akan melahirkan sentimen ketaksuban atau fahaman yang terlampau fanatik ke atas apa yang kita percaya. Dan ia kelak akan ditentang oleh pihak yang berlawanan, di mana pihak tersebut juga akan jadi makin berani, makin terdesak serta makin agresif dengan pendekatannya.

Kesimpulannya, kita akan menjurus ke arah konflik perbezaan agama, budaya dan politik jika berterusan tidak mahu faham bahawa keseimbangan dan kesederhanaan itu penting dalam sebuah negara yang ultra majmuk seperti Malaysia ini.

Sebab itu sebelum kita lanyak Melayu liberal seperti Siti Zabedah Kasim yang tunjuk isyarat lucah tersebut, kita juga sepatutnya mengecam sekeras-kerasnya watak Melayu arabisasi yang sedikit sebanyak memaparkan gaya dan budaya Timur Tengah tetapi gemar beretorik guna ayat-ayat agama, gemar fokus kepada isu-isu sampingan seperti tugu burung helang, pokemon go dan perkara-perkara remeh yang ada kalanya bersifat khilafiah, yang mana isu tersebut wujudnya pendapat yang lebih ringan tetapi dia sengaja ketengahkan pendapat yang lebih ketat sehinggakan ada yang sanggup hukum-menghukum dan lebel-melebel secara tidak cermat hingga boleh menjerumuskan seseorang tersebut ke arah sifat Khawarij seperti ISIS.

MOHD AZIM,
seorang marhaen yang memerhati.

Guan Eng & P.Ramasamy dapat gantirugi RM200,000 dari NST kerana memfitnah

Posted: 07 Sep 2016 07:45 AM PDT

NSTP KENA BAYAR GANTI RUGI RM200,000.00 KERANA MEMFITNAH

6 Sep 2016,

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dan bekas wartawannya supaya masing-masing membayar ganti rugi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan timbalan ketua menteri II Dr P. Ramasamy sebanyak RM200,000 kerana memfitnah.

Tiga panel hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Lim Yee Lan sebulat suara membenarkan rayuan yang dibawa Guan Eng dan Dr Ramasamy untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi George Town pada November tahun lepas yang menolak saman fitnah yang difailkan mereka terhadap akhbar berbahasa Inggeris itu dan Predeep Nambiar berhubung satu artikel bertajuk "Indian-interest group claims thugs interrupted meeting" yang diterbitkan dalam laman webnya pada 4 Dis, 2013.

Hakim Lim berkata penghakiman telah dibuat terhadap NSTP dan Predeep berikutan perkataan yang digunakan dalam artikel itu telah mendedahkan Guan Eng dan Dr Ramasamy kepada cemuhan, kebencian atau penghinaan.

Beliau berkata artikel itu telah dibaca ramai orang dan oleh itu elemen penerbitan artikel itu telah terbukti.

Katanya dengan mengambil kira fakta dan hal keadaan kes itu, tidak ada keperluan menyegerakan penerbitan artikel itu dan ia adalah satu keperluan bagi akhbar itu untuk mendapatkan maklum balas dan pengesahan daripada Guan Eng dan Dr Ramasamy berhubung dakwaan ke atas mereka sebelum artikel itu diterbitkan.

Hakim Lim berkata mahkamah mendapati artikel itu bukan satu hasil daripada kewartawanan yang bertanggungjawab untuk responden layak mendapat pembelaan perlindungan bersyarat.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Tinggi tidak boleh dikekalkan yang memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Panel itu yang juga termasuk Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal memberi award RM50,000 sebagai kos perundangan kepada Guan Eng dan Dr Ramasamy.

Mahkamah juga mengarahkan supaya kos perundangan RM100,000 yang dibayar oleh Guan Eng dan Dr Ramasamy bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi, dibayar balik kepada mereka dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng dan Dr Ramasamy mendakwa NSTP dan Predeep telah dengan sengaja, secara tidak betul dan berniat jahat menyebabkan artikel itu untuk ditulis, dicetak dan disiarkan di laman web akhbar itu.

NSTP dan Predeep menafikan memfitnah Guan Eng dan Ramasamy, dengan menyatakan mereka hanya melaporkan apa yang dikatakan dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh penasihat kebangsaan Hindraf N. Ganesan.

Kedua-dua responden mendakwa bahawa Guan Eng tidak memberi respons apabila Predeep cuba menghubungi beliau pada 4 Dis 2013 untuk ulasan melalui panggilan telefon dan SMS.

NSTP dan Predeep diwakili peguam Leong Wai Hong manakala peguam Datuk N. Mureli mewakili Lim dan Dr Ramasamy.

Kjaan PH Penang beli 320 rumah di tengah-tengah George Town mahal, jual murah untuk Bumiputera sahaja

Posted: 07 Sep 2016 07:39 AM PDT

GEORGE TOWM - Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini yang digambarkan anti Melayu membeli 320 rumah kos sederhana rendah (KSR) semahal RM140,000 seunit di The Rise dekat Jalan S.P. Chelliah, untuk dijual semula kepada pembeli Bumiputera sahaja dengan harga semurah RM72,500.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap langkah itu mampu memastikan lebih 30 peratus kuota Bumiputera yang diperuntukan dalam projek perumahan di tengah-tengah bandar raya George Town tersebut turut mampu dimiliki oleh mereka yang layak.

"Ia (320 unit rumah KSR) tidak akan dilepaskan sekiranya tidak dapat dijual, sebaliknya tetap akan disimpan," tegas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokrasi (DAP) kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Jual Beli 320 Unit Rumah Mampu Milik Jenis B (KSR) The Rise.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Seri Farizan Darus mewakili Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang menandatangani MoU dengan Pengarah syarikat pemaju Zubicon Sdn. Bhd. (Zubicon) Lim Beng Keong.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon yang juga Naib Pengerusi I Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat), serta barisan pemimpin Kerajaan Negeri dan beberapa ADUN lain turut menyaksikan majlis MoU tersebut.

Difahamkan, kesemua KSR yang dibina dalam projek The Rise dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Datuk Keramat sebenarnya berjumlah 770 unit dan Kerajaan Negeri membeli 320 buah sahaja untuk Bumiputera.

Guan Eng memberitahu Kerajaan Negeri mengeluarkan sejumlah RM44.6 juta daripada dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (Tabung Bumiputera) untuk membeli semua 320 unit rumah KSR itu.

Tambah beliau, sepatutnya harga jualan kepada Bumiputera sahaja sepatutnya kita-kira RM100,00 kerana harga seunit rumah RM72,500 manakala RM25,000 adalah nilai satu petak parkir di sini.

Namun, katanya lagi, Kerajaan Negeri menyerap RM25,000 lagi bagi tiap-tiap unit KSR yang dibeli oleh Bumiputera kelak.

Berdasarkan MoU itu, difahamkan, sejumlah RM23.2 juta sahaja atau RM72,500 untuk tiap-tiap unit rumah KSR akan dibayar kepada pemaju.

"Bakinya (kita-kira RM21.4 juta lagi) adalah sebagai sumbangan yang ditanggung oleh mereka (Zubicon)

“Manakala, baki RM67,500 bagi 320 KSR ini yang berjumlah RM21.4 juta akan diberikan kepada MPSP sebagai sumbangan bagi menampung kerugian mereka menyerahkan tanah untuk pemajuan projek tersebut,” jelas Guan Eng  lagi.

Pindaan Akta 355 : Ramai MP yang masih tidak faham apa itu usul yang dibawa Marang

Posted: 07 Sep 2016 07:01 AM PDT

Kerajaan perlu jelaskan RUU 355 sah atau tidak sebelum bawa ke Parlimen

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menjelaskan sama ada Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, sah di sisi undang-undang atau tidak, kata Charles Santiago.

Ahli Parlimen Klang berkata kesahan RUU perlu dibincang dan ditentukan sebelum dibawa ke Parlimen untuk dibahas. “Kerajaan dan pihak berkepentingan harus menjelaskan bahawa adakah RUU 355 akan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia ataupun tidak.

“Selepas kita selesai dengan isu ini, barulah kita boleh bincang adakah boleh dipersetujui ataupun tidak,” katanya kepada FMT. Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata partinya menyokong usaha memperkasa Mahkamah Syariah namun usul yang dibawa Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak jelas sehingga menimbulkan kekeliruan kerana dibentang tanpa bahas.

Oleh itu, PAS perlu beri penjelasan terperinci berhubung usul itu sebelum mendapat sokongan Amanah, katanya. “Sedikit lucu apabila Marang sudah dapat platform untuk membahas, minta pula ditangguhkan ke persidangan akan datang,” kata Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuriraani Patto. Beliau akui masih belum jelas tentang usul bawaan PAS itu, dan mendakwa sikap penyokong usul Hadi tidak bantu meleraikan kekeliruan.

“Saya harap Ahli Parlimen Marang yang juga agamawan memberikan platform untuk kami bertanya. Ia kerana apabila kami bertanya sebelum ini, sering dikecam kerana dikatakan tiada kaitan. “Kita jarang dapat masa berbahas. Andai kata usul itu dibahas, ahli Parlimen pembangkang tidak akan minta ia ditangguhkan ke sesi akan datang.

Ahli Parlimen pembangkang akan bahas selama satu hari.” Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giew mengingatkan bukan mudah untuk selusuri RUU Akta 355 memandangkan agama perkara yang sensitif dibincangkan secara terbuka di negara ini. Ini kerana perbezaan antara individu dan kumpulan turut mempengaruhi persepsi keatas isu yang dibincangkan, katanya.

“Ada persepsi yang berlainan, benda putih dijadikan hitam dan sebagainya. Ini menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat dan semua penganut agama. Dengan demikian susah apabila kita hendak buat sesuatu. Agama ini satu perkara yang sensitif,” jelasnya.

Kecewa dengan Umno, cucu bekas TPM sertai Bersatu

Posted: 07 Sep 2016 06:20 AM PDT

PETALING JAYA: Tariq Ismail yang merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ismail Abdul Rahman mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, walaupun tahu tindakannya itu akan mengecewakan sebahagian ahli keluarganya, beliau masih memilih Bersatu dan bukannya Umno kerana tidak lagi percaya kepada cara pengurusan parti itu.

“Ia mengenai perubahan dan kemajuan. Ia mengenai kepimpinan melalui teladan.

“Saya mengambil keputusan menyertai Bersatu bukan kerana saya marah, cemburu atau kecewa dengan Umno. Saya hanya tidak percaya dengan cara parti itu dikendalikan sekarang.

“Saya orang Melayu, tetapi saya juga progresif. Oleh itu, saya tidak percaya dengan (konsep Umno) melindungi Tuan Presiden (Datuk Seri Najib Razak),” katanya kepada FMT hari ini.

Ditanya kenapa beliau menyertai Bersatu yang hendak menjatuhkan parti di mana datuknya mengabdikan seluruh hidupnya, Tariq berkata, Umno hari ini memerlukan perubahan yang hanya boleh dilakukan dari luar.

“Umno hari ini lebih baik menjadi syarikat berkaitan kerajaan kerana semua orang berada di dalam sana demi wangnya.

“Selagi mereka kekal berkuasa, mereka tidak akan berubah. Mereka menjadi begitu angkuh. Selain itu, ramai orang seperti (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengubah Umno dari dalam.

“Ia tidak berjaya dan tidak kira apa pun, golongan progresif dalam Umno akan ‘dibunuh’,” katanya.

Beliau berkata, Bersatu yang merupakan parti serpihan Umno akan kembali kepada perjuangan asal parti itu untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan, institusi diraja, hak Melayu dan Bumiputera.

“Ia bertujuan menyatukan semua dan menyedari sebagai rakyat Malaysia, kita semua mempunyai perbezaan unik dan kepelbagaian yang perlu diraikan.

“Untuk membolehkan semua orang mendapat hak mereka yang sepatutnya dan pada masa sama memperjuangkan nilai Melayu asal, termasuk integriti, kesopanan, maruah dan rasa hormat kepada orang lain,” katanya.

Bersatu ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

Minggu lalu, Setiausaha penaja Bersatu, Kamarulazman Habibur Rahman dilaporkan berkata, pendaftaran parti itu dijangka diluluskan Jumaat ini, selepas jawatankuasa penaja memenuhi semua syarat ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Tun M - ‘Saya temui Hadi terang kesalahan Najib tapi...’

Posted: 07 Sep 2016 05:40 AM PDT

KUALA KANGSAR - "Saya sudah terang kepada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) secara peribadi kesalahan Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi dia nampak dedak sekarang," demikian kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau mendakwa, pendirian Pas sekarang dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai jumlah wakil rakyat yang ramai dan sokongan rakan pembangkang.

‎"Parti Pas tidak boleh jadi kerajaan apabila Pas dahulu keseorangan yang punyai bilangan wakil rakyat yang amat kecil, tetapi apabila dia (Pas) bersama Pakatan barulah bilangan wakil rakyat Pas meningkat tetapi kurang daripada rakan-rakan Pakatan maknanya Pas tidak mungkin boleh jadi kerajaan tidak usah cakap pasal nak tadbir.‎

"Pas sekarang sudah ketinggalan seorang satu parti sahaja, jadi Pas perlu sokongan daripada orang lain, dia nak pilih nak dapat sokongan Datuk Seri Najib,” katanya dalam forum 1MDB dan Najib yang diadakan di restoran Chun Ji, Taman Suria Kuala Kangsar hari ini.‎

Namun ujarnya, beliau tidak pasti sama ada Abdul Hadi termakan dedak Najib buat masa ini.

"Jadi saya tidak pasti makan dedak atau tidak. Tetapi nak kata dia tidak tahu kesalahan najib itu tidak mungkin kerana saya sudah memberi penjelasan yang mendalam berkenaan kesalahan Najib.

“Berkenaan dia tunduk kepada kuasa asing, kes 1MDB dan sebagainya, semua ini membazirkan duit rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata dalam pertemuan itu Abdul Hadi mengakui bahawa ada kebenaran yang telah dituturkannya itu.‎

"Inilah sebab perkara yang saya jelas kepada Hadi dan dia mengaku bahawa ada kebenaran.

"Tetapi akhirnya kerana dia sudah keseorangan, tidak ada kawan lagi dan sudah berpecah serta membenci Amanah, itu dia berjuang memihak kepada Najib. Perjuangan Pas ini adalah untuk membantu Najib," katanya.

Umno panik bila Mahathir bersalam dengan Anwar, kata Azmin

Posted: 07 Sep 2016 01:57 AM PDT


Umno kini berasa gelisah ekoran pertemuan bersejarah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ujar Azmin, pertemuan tersebut telah menyatukan parti-parti pembangkang dan rakyat Malaysia dengan pada masa yang sama mencetuskan suasana panik dalam kem Umno.

"Saya rasa ini adalah pertemuan yang baik untuk menyatukan rakyat Malaysia dan mengukuhkan parti pembangkang.

"Sebab itu, Umno kini panik," kata Azmin kepada pemberita selepas menghadiri forum 'Penyelesaian Copenhagen untuk bandar mampan' di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam mengenai pertemuan antara bekas perdana menteri dan ketua umum PKR itu yang boleh menyebabkan ahli-ahli PKR tidak berpuas hati dan keluar parti.

"Kenapa Nur Jazlan begitu sibuk tentang (pertemuan) ini? Ini adalah satu permulaan yang baik kerana kita mempunyai satu matlamat yang sama - selamatkan Malaysia dan memulihkan ekonomi," tambah Azmin.

Ditanya sama ada pertemuan itu diatur oleh beliau, Azmin berkata, ia merupakan usaha kolektif.

Tambah beliau, pihaknya akan terus bekerjasama dengan semua pihak memandangkan kemajuan pesat semasa.

"Ia suatu proses yang berterusan. Kami berharap dapat membuahkan hasil," katanya.

Azmin, bagaimanapun, enggan mengulas sama ada Mahathir menghulurkan salam perdamaian dengan Anwar atau sama ada Anwar harus memaafkan Mahathir.

Peguam Mahathir, Anwar bergandingan cabar akta Najib

Posted: 07 Sep 2016 12:25 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan peguamnya untuk berurusan dengan pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cara terbaik untuk menyokong permohonan bekas ketua pembangkang itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu Malaysiakini, beliau diberikan arahan itu semalam, sehari selepas Mahathir membuat penampilan mengejutkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan cubaan Anwar mendapatkan injunksi menghalang pelaksanaan akta itu.

"Saya diarahkan untuk berhubungan dengan peguam Anwar dan mempertimbangkan bagaimana Tun (Dr Mahathir) boleh menyumbang untuk mencabar Akta MKN ini.

"Saya akan berhubungan dengan mereka minggu depan," katanya merujuk kepada peguam N Surendran, Latheefa Koya dan Eric Paulsen yang bertindak bagi pihak Anwar dalam kes itu.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam berkata kedua-dua pemimpin itu bertemu selama kira-kira 30 minit dan Haniff mengesahkan bahawa mereka membincangkan, antara lain, kemungkinan Mahathir memfailkan afidavit sokongan bagi kes berkenaan.

"Kita (peguam) akan kaji semua opsyen yang dibenarkan," katanya.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah yang pertama dalam tempoh 18 tahun selepas Dr Mahathir selaku perdana menteri ketika itu memecat Anwar yang adalah timbalannya.

Anwar kemudiannya dihumban ke penjara atas kesalahan meliwat dan penyalahgunaan kuasa yang dinafikannya.

Pertemuan Isnin lalu dilihat oleh mereka yang hadir di mahkamah sebagai Mahathir memberi sokongan moral kepada Anwar.

Malaysiakini difahamkan bahawa proses perdamaian telah bermula sejak beberapa bulan lalu, dalam usaha Mahathir meraih sokongan untuk pergerakan Deklarasi Rakyat yang diterajuinya bagi menumbangkan Najib.

Mereka yang hadir sama pada pertemuan berkenaan adalah Azmin, isteri Anwar dan Presiden PKR, datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Kuat sangatkah Bersatu?

Posted: 06 Sep 2016 08:00 PM PDT

Kuat sangatkah Bersatu?
MUHAMAD MAT YAKIM


SUDAH lebih seminggu Muhyiddin Yassin hantar borang mohon untuk mendaftar partinya, Bersatu. Setakat ini, belum ada apa-apa perkembangan mengenai perkara itu diumumkan.

Pendaftar Pertubuhan atau ROS adalah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Menterinya, Ahmad Zahid Hamidi adalah juga Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden Umno.

Dalam urusan pendaftaran parti politik, kita tidak seperti Britain di mana urusan itu tidak diletak di bawah bidang kuasa ROS atau mana-mana kementerian. Yang terima pendaftaran, mengendalikan dan memantau pentadbiran parti-parti politik di negara itu adalah Suruhanjaya Pilihan Raya United Kingdom. Sistem ini menjamin pentadbiran yang lebih telus dan meyakinkan rakyat.

Meskipun belum diluluskan, cakap-cakap mengenai Bersatu sudah heboh di sana sini. Ucapan pemimpin BN seperti tidak sah jika tidak menyerang parti itu. Media juga membangkitkan pelbagai isu termasuk logo Bersatu yang dikatakan mirip logo sebuah klinik kosmetik. Oleh kerana logonya yang demikian, parti itu diramalkan tidak mampu bertahan lama, akan 'bungkus' dan tidak mendapat sokongan.

Termasuk yang menyerang parti itu adalah mereka yang mengambil kesempatan untuk 'menyucikan diri' dengan membuat kenyataan menghentam parti yang belum pun lahir itu kerana dalam keadaan sekarang, peluang untuk kenyataan mereka disiarkan adalah cerah. Inilah masanya untuk menagih perhatian oleh mereka yang dahulu pernah berlindung di bawah ketiak pemimpin yang kini adalah pemimpin Bersatu.

Bertembung

Kuat sangatkah parti baharu itu hingga sekalian orang yang berkuasa ketakutan? Atau, mereka telah dipengaruhi oleh nujum-nujum politik yang berkeliaran untuk mendapatkan imbuhan?

Hakikatnya, tidak!

Apa yang mereka takutkan itu sebenarnya tidaklah sekuat mana. Tidak percaya?

Jika diluluskan, Bersatu akan masuk bertanding PRU14 sebagai satu daripada parti pembangkang yang menentang BN.

Kenyataan ini sahaja sudah cukup untuk dijadikan gambaran mengenai PRU14, jika pilihan raya itu diadakan sekarang.

Ada kemungkinan Bersatu akan menyertai koalisi Pakatan Harapan. Sama ada diterima atau tidak, itu cerita lain tetapi melihat pada senario semasa, Pas hampir pasti tidak akan bergabung dengan mereka.

Itulah yang akan menjadi variable politik tanah air pra dan pasca PRU14.

Apabila Pas tidak bersama dengan Pakatan Harapan, akan berlaku pertembungan calon pembangkang terutama di kawasan majoriti Melayu. Perpecahan undi dengan sendirinya akan melemahkan pembangkang sekali gus menyempitkan peluang mereka untuk menang sebagaimana yang diperlihatkan pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun lalu.

Jika pada masa itu, pertembungan hanya melibatkan Pas dengan Amanah, bagaimana pula pada PRU14?

Ada kemungkinan episod yang sama akan berulang malah melibatkan parti-parti lain juga.

Sanggupkah PKR menyerahkan kerusi mereka kepada Bersatu?

Adakah Amanah juga sedia untuk beralah sedangkan ini kali pertama parti itu bertanding pilihan raya umum atas tiket sendiri?

Isu kerusi adalah perkara paling sensitif dalam koalisi parti-parti politik. Inilah masanya untuk pemimpin parti memberi 'reward' kepada pamimpin atau ahli di peringkat akar umbi bertanding sebagai calon pilihan raya atas perjuangan dan khidmat yang telah mereka berikan.

Kerana itu, mengalah atau menyerahkan peluang bertanding kepada parti lain walau bagaimana eratnya hubungan dalam koalisi, adalah tindakan yang akan menghancurkan pengaruh seseorang pemimpin.

Bersatu sebagai parti yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, dan pengerusinya pula adalah bekas Perdana Menteri tidak mungkin akan bersetuju untuk bertanding hanya di kerusi 'perca' dengan bilangan yang sekadar ada.

Muhyiddin sudah tentu mengharapkan untuk partinya dominan dalam pakatan pembangkang bagi menyiapkan diri mengetuai kerajaan jika ditakdirkan menang.

Untuk jadi dominan, harus bertanding paling banyak kerusi dan mesti menang paling banyak kerusi juga. Maka bilangan kerusi yang ditandingi termasuk memilih hanya yang berpotensi , harus dicatur secara strategik.

Untuk itu, perlu ada pihak yang sanggup berkorban dan sebagaimana yang telah dinyatakan, itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Hingga selesai PRU14, dijangka tidak ada persempadanan semula oleh SPR untuk membolehkan kawasan pilihan raya yang baharu diwujudkan. Justeru, dengan saiz kek yang tidak berubah sedangkan orang yang mahu makan bertambah, ia menghadapkan parti-parti pembangkang pada masalah yang tidak mudah untuk ditangani sebenarnya.

Musa

Kemunculan Bersatu boleh dikira kena dengan masa, ketika rakyat berkeluh kesah dengan pelbagai isu yang melingkari segenap aspek kehidupan mereka.

Dengan Vow Factor yang ada, ia setidak-tidaknya menjanjikan sedikit harapan untuk parti itu mendapat ruang pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun isu-isu persepakatan dalam kalangan parti pembangkang termasuk Pas jika tidak diselesaikan segera, boleh menjejaskan peluang yang sudah sedia terhidang.

Halangan terbesar dalam hubungan Pas dengan pakatan pembangkang ialah konfliknya dengan Amanah dan DAP. Pas tidak mungkin akan setuju jika diminta untuk berdamai dengan kedua-dua parti itu. Di sinilah Muhyiddin perlu bijak memainkan peranan, setidak-tidaknya membawa mereka ke meja rundingan bagi memastikan tidak berlaku pertembungan sesama calon pembangkang.

Hanya Muhyiddin satu-satunya pemimpin yang 'paling boleh' menjalankan usaha itu. Pemimpin PKR sudah tidak boleh lagi diharapkan setelah mereka gagal melakukannya ketika PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Malah isu yang membelit hubungan Pas - PKR sejak itu, sebaliknya kian melebar.

Tempoh masa yang berbaki hanya dua tahun sebelum PRU14 memerlukan usaha ke arah itu dilakukan segera. Namun ia tidak mungkin boleh dilakukan oleh Muhyiddin selagi partinya sendiri belum diluluskan!

Pas juga pada masa ini masih begitu 'jauh' dengan Mahathir, pemimpin de facto Bersatu. Selain kenyataan Mahathir menuduh pemimpin Pas makan 'dedak' diberikan PM Najib, keadaan diburukkan lagi dengan apa yang disebut oleh Musa Hitam bahawa dia selama ini dijadikan 'kambing hitam' dalam isu berkaitan Peristiwa Memali.

Sama ada benar atau tidak dakwaan Musa, itu cerita lain tetapi kenyataannya memburukkan lagi persepsi pemimpin dan ahli Pas terhadap Mahathir.

Muhyiddin sendiri, meskipun pernah menduduki kerusi Timbalan Perdana , pernah jadi Menteri Besar Johor, bukanlah seorang ahli politik yang berupaya untuk menarik kerumunan orang seperti Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Walaupun tidak dinafikan dia ada kelebihannya tersendiri terutama ketika berada dalam kerajaan, keperluan untuk menghidupkan parti yang masih baharu menuntut lebih daripada itu.

Muhyiddin adalah model pemimpin dari era terdahulu, yang berjuang atas dasar ikhlas dan bertanggungjawab, berupaya untuk membuat keputusan secara bebas dan tidak terikat dengan elemen yang berada di luar lingkaran itu.

Bagaimanapun dalam dunia politik hari ini, karisma yang ada pada Muhyiddin masih tidak mencukupi. Itulah juga sebabnya mengapa dia tidak begitu dipertahankan apabila dikenakan hukuman, malah dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Muhyiddin, seperti juga Mukhriz Mahathir adalah contoh pemimpin yang baik. Mereka juga boleh dikira popular dalam kalangan akar umbi tetapi populariti mereka tidak menjangkau jauh dalam lingkaran politik.

Apa yang dikhuatiri jika kedua-dua pemimpin ini masih terbawa-bawa dengan gaya elitis politik setelah begitu lama berada dalam parti kerajaan. Untuk memperjuangkan sebuah parti baharu, mereka seharusnya sedia untuk turun padang bergelumang dengan penyokong bawahan seperti yang dilakukan Anwar.

Gaya pembangkang sangat jauh bezanya dengan memimpin parti kerajaan.

Dalam keadaan ini, aura Mahathir semata-mata sudah tidak boleh diharapkan. Dalam usia yang begitu lanjut dan baru sahaja keluar dari hospital, keupayaannya untuk berpolitik sudah begitu terhad.

Paling perlu bagi pemimpin Bersatu adalah menjuarai usaha mendekatkan semula Pas dengan parti-parti pembangkang yang lain, perlu ada hanya satu koalisi yang benar-benar ampuh untuk menumbangkan BN.

Jika tidak, BN akan terus berkuasa selepas PRU14, bukan kerana parti itu kuat tetapi rakyat keliru melihat perpecahan pembangkang.

'Tun M- Anwar buat PM tak tidur lena'

Posted: 06 Sep 2016 07:00 PM PDT

Mahathir Anwar

KUALA LUMPUR - Hubungan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin baik bakal membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak dapat tidur malam.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mendakwa, ia juga bakal menambahkan sokongan rakyat terhadap pembangkang.

"Kita harapkan suasana baru ini di mana Tun M dan Anwar dapat memperbaiki hubungan antara mereka dan memberikan lonjakan baru kepada pembangkang serta membuatkan Najib tidak dapat tidur malam," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Wisma Amanah hari ini.

Dalam pada itu, Khalid berkata, rakyat negara ini tidak menafikan ketokohan yang ada pada dua individu terbabit serta potensi gandingan ini sememangnya menjanjikan satu gabungan pembangkang yang berkesan.

Khalid berkata, Amanah menyambut baik perkembangan ini malah menerusi Program Deklarasi Rakyat yang pertama sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pernah menyatakan bahawa penglibatan Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah perkara yang dinanti-nantikan oleh setiap pihak.

"Saya sendiri pernah memaklumkan kepada Tun Mahathir agar bekas Perdana Menteri itu memikirkan langkah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan," katanya.

Tun Mahathir sebelum ini membuat kejutan apabila hadir ke mahkamah semalam bagi memberikan sokongan kepada Anwar berhubung petisyen dibawa bekas timbalannya itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan tanpa perkenan Raja-Raja Melayu.

Dalam pada itu, menjawab kepada soalan wartawan, Khalid memaklumkan bahawa sekiranya Amanah dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) mewujudkan kerjasama dalam PRU akan datang, ia tidak akan memberikan kesan kepada mereka berhubung pembahagian kerusi selepas ini.

Jangan pandang rendah parti lawan

Posted: 06 Sep 2016 06:15 PM PDT

Penganalisis Politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rusdi Omar

KOTA BHARU - Jangan memandang mudah keupayaan parti pembangkang dan rancang strategi bagi menghadapi PRU14 boleh membantu 11 parlimen yang didakwa sebagai kerusi rapuh BN.

Penganalisis Politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rusdi Omar berkata, situasi tersebut boleh berubah jika parlimen-parlimen yang disenaraikan itu seperti Ketereh dan Machang melakukan kerja dengan lebih berkesan.

"Rata-rata parlimen atau kawasan BN yang dianggap rapuh ini menang kurang dari 1000 undi pada PRU13, sekiranya tersilap strategi serta memandang mudah potensi parti lawan ia boleh memakan diri.

"Walaupun BN mempunyai peluang cerah untuk raih kemenangan di parlimen seperti Machang dan Ketereh pada PRU14 nanti tetapi mereka perlu bekerja kuat. Paling penting mereka (pimpinan) di dua parlimen itu perlu memastikan tiga prinsip asas yang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi utarakan perlu dilakukan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan berhubung cabaran BN menjelang PRU14 di mana terdapat kerusi-kerusi dalam bahaya jika mengambil sikap sambil lewa.

Tambahnya, antara prinsip asas yang perlu dilakukan pemimpin BN adalah menguatkan parti supaya tidak berlaku 'cah keting' dan tidak berpuak-puak dalam kalangan pemimpin.

"Rapatkan saf pimpinan malah rakyat bawahan juga perlu didekati, jika perkara asas seperti ini dilakukan, tidak ada sebab BN tidak boleh kekalkan kemenangan mereka di kedua-dua parlimen itu.

"Pemilihan calon juga boleh memainkan peranan penting sama ada BN atau Umno boleh pertahankan kemenangan, dengan ketokohan dan karisma pemimpin-pemimpin hari ini seperti ahli parlimen Ketereh dan ahli parlimen Machang nampak gayanya kemenangan masih boleh berpihak kepada BN, kerana mereka ini amat dekat di hati rakyat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, walaupun kedua-dua parlimen tersebut dimenangi BN dengan majoriti rendah dalam PRU13 lalu tetapi dengan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan ini boleh memenangi hati dan minda rakyat.

"Tidak ada sebab BN tak boleh memenangi hati dan minda rakyat, maka tidak ada sebab BN tak boleh memenangi kedua-dua parlimen ini," katanya.

Pindaan RUU 355 : Perkara itu belum dibahas macam mana nak sokong usul tersebut..? - Mujahid

Posted: 06 Sep 2016 05:25 PM PDT

 https://farm1.staticflickr.com/563/21421292872_cc96312ea0_z.jpg
Baru-baru ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusuf Rawa dibidas PAS sebagai "tidak beradab" selepas beliau dilapor mempertikai kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad yang mewajibkan umat Islam menyokong usul Hadi itu.

Datuk Mujahid berkata, kenyataan Zulkifli itu dibuat dengan tidak melihat secara menyeluruh kerana RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 masih belum diperincikan di Dewan Rakyat.

"Saya hairan juga dengan mufti ini. Ini isu legislatif ada prosedurnya. Sebagai ahli legislatif, kita berbahas atas fakta, kerangka prosedur, Perlembagaan dan sebagainya. Bagaimana kamu buat pendirian tanpa kamu dengar apa Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bentang lagi?

"Isu sebenarnya ialah pertama dia (mufti) minta ahli Parlimen Islam wajib sokong (usul RUU355), saya menjawab bagaimana saya boleh menyokong sesuatu sedangkan benda itu tidak dibahas lagi.

"Sebagai seorang mufti dia harus kena faham peraturan parlimen, kalau dia orang awam saya tidak kisah.

Secara umumnya saya tidak menidakkan apa yang mufti cakap, tetapi perkara itu belum dibahas macam mana nak sokong.

"Lepas bentang usul itu kena bahas, bahas itu tidak semestinya saya menolak dan bahas itu juga tidak semestinya saya menerima bulat-bulat apa yang diminta, tidak pernah terkeluar dari mulut saya perkataan menolak tetapi perlu teliti dahulu," katanya.

Mujahid berkata tidak perlu terlalu emosi menyalahkan pihak yang tidak menyokong RUU 355 dan menuduh mereka menentang Islam kerana isu tersebut terlalu teknikal. (Sila baca RUU 355: Jangan guna kedudukan keluar hukum wajib)

Nasi lemak punca 16 pelajar di asrama sekolah keracunan di Kuala Nerang

Posted: 06 Sep 2016 04:33 PM PDT

 Nasi lemak punca 16 pelajar keracunan
KUALA NERANG - Seramai 16 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad (SMKDSA) mengalami muntah-muntah dan pening akibat keracunan makanan.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail ketika dihubungi berkata, Pejabat Kesihatan Padang Terap menerima maklumat dari sekolah itu berkenaan kejadian pada jam 9.10 malam kelmarin.

Katanya, seramai 13 pelajar sekolah itu berusia 13 hingga 16 tahun telah mengalami cirit birit serta muntah sejak jam 6.30 petang dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Nerang (HKN), manakala tiga daripadanya hanya mengalami gejala yang ringan.

"Pelajar itu adalah antara seramai 259 orang yang tinggal di asrama sekolah berkenaan. Kejadian keracunan makanan itu adalah berpunca dari nasi lemak, ikan bilis dan telur yang dimakan pada Sabtu lalu semasa pelajar bercuti mingguan ke luar dari sekolah.

"Pejabat Kesihatan Padang Terap telah mengambil sampel lebihan nasi dari rumah penjual yang telah dikenal pasti punca pelajar berkenaan mengalami keracunan makanan.

"Penjual tersebut didapati tidak mematuhi peraturan ditetapkan bagi pengendali makanan," katanya.

Norhizan berkata, sehubungan itu pihaknya telah memberi amaran dan tidak membenarkan peniaga itu menjual makanan sehingga beliau mematuhi peraturan pengendali makanan sebagaimana ditetapkan.

Katanya lagi, peniaga itu turut diberi pendidikan kesihatan supaya mengamalkan keselamatan dalam penyediaan dan penjualan makanan.

Seorang pelajar asrama yang enggan dikenali berkata, kemungkinan rakannya itu telah membeli makanan di luar kawasan sekolah semasa mereka ke luar kerana cuti mingguan.

"Kebanyakan pelajar yang mengalami keracunan makanan telah membeli nasi dari luar. Jika ada pihak yang menyangka makanan itu disediakan oleh pihak asrama, sudah tentu saya juga akan turut mengalami keracunan makanan bersama mereka.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini saya dan ramai lagi pelajar yang tinggal di asrama dan mengambil makanan pada waktu petang di asrama tidak mengalami sebarang keracunan dan ini sudah pasti makanan dari luar punca menyebabkan rakan-rakan saya itu telah sakit," katanya.

Nak Selamatkan Malaysia.. SALAH, Nak jatuhkan NAJIB.. SALAH, Jumpa ANWAR...SALAH.. Habis TUN M nak buat apa..???

Posted: 06 Sep 2016 05:57 AM PDT

APA YANG BETUL UNTUK TUN M?


- Menegur dan mengkritik Najib Razak berhubung skandal 1MDB dan derma RM2,600 juta - SALAH.

- Menegur dan mengkritik pembaziran serta kemewahan Najib dan keluarganya - SALAH.

- Menolak pemberian BR1M kepada rakyat dan menganggap ia sebagai suatu bentuk rasuah - SALAH.

- Mendesak Najib berundur berikutan pelbagai kelemahan dan masalah yang dicetuskannya yang jelas merugikan negara - SALAH.

- Mendesak Najib berundur kerana skandal 1MDB dan terdapatnya wang sebanyak RM2,600 juta dalam akaun peribadinya - SALAH.

- Menyifatkan tidak sepatutnya seorang Perdana Menteri memiliki wang sebanyak RM2,600 juta - SALAH.

- Mendesak Najib berundur kerana bimbang UMNO dan BN kalah pilihanraya akan datang - SALAH.

- Keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib - SALAH.

- Terus menegur dan mengkritik Najib, seiring dengan kedudukannya bukan lagi sebagai ahli UMNO - SALAH.

- Menggerakkan Deklarasi Rakyat melalui kutipan tandatangan untuk menunjukkan rakyat menolak kepimpinan Najib - SALAH.

- Bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi meneruskan usaha menyingkirkan Najib - SALAH.

- Menubuhkan parti BERSATU untuk menyertai pilihanraya akan datang bagi memastikan Najib dapat disingkirkan - SALAH.

- Memohon maaf kepada rakyat berikutan pindaan perlembagaan berkaitan kuasa Agong yang dilakukannya dahulu sehingga terbuka kepada pelbagai tafsiran yang akhirnya membuka ruang kepada Najib meluluskan Akta Majlis Keselamatan Negara - SALAH.

- Bersalam dan berbaik semula dengan Anwar Ibrahim - SALAH.

Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang membina negara ini dengan penuh kehormatan dan sanjungan, tapi kini semakin merasakan detik-detik kehancuran, apa sebenarnya yang BETUL untuk Tun Mahathir lakukan?

Berdiam diri? Tidak peduli? Atau terus memuji-muji Perdana Menteri? (SH 06/09/2016).

OhDunia.My

Posted: 07 Sep 2016 08:09 AM PDT

OhDunia.My


Peguam Mahathir, Anwar Bergandingan Cabar Akta MKN 2016

Posted: 07 Sep 2016 02:16 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan peguamnya untuk berurusan dengan pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cara terbaik untuk menyokong permohonan bekas ketua pembangkang itu untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.


Peguam Mahathir, Anwar Bergandingan Cabar Akta MKN

Baca selengkapnya

“Saya Bukan Suami Orang Alasan Pembatalan Hanya Diketahui Fafau” – Hafiz

Posted: 07 Sep 2016 01:21 AM PDT

Kalau sebelum ini sumber mendakwa punca pembatalan perkahwinan antara Fara Fauzana adalah kerana Hafiz telah pun berkahwin, ternyata dakwaan tersebut adalah tidak benar. Setelah mendiamkan diri sekian lama, Hafiz muncul untuk menepis segala tohmahan, dakwaan dan fitnah tidak berasas yang telah dilemparkan kepada dirinya. 



Baca selengkapnya

Terdesak Sangat Pasangan Lakukan Seks Di Tempat Parkir

Posted: 07 Sep 2016 01:05 AM PDT

PADA hari ini, segelintir individu tidak lagi mempunyai rasa malu dan takut untuk melakukan perbuatan tidak bermoral di tempat awam.


Terdesak Sangat Pasangan Lakukan Seks Di Tempat Parkir

Baca selengkapnya

Bolasepak Persahabatan: Harimau Malaysia Teruk 'Dibelasah' Garuda

Posted: 07 Sep 2016 12:31 AM PDT

SOLO: Dua gol pantas Indonesia di awal permainan sudah cukup meleburkan cabaran Malaysia sebelum tuan rumah melengkapkan gol ketiga pada pertengahan babak pertama untuk menang 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Manahan di sini, malam Selasa.


Harimau Malaysia Teruk 'Dibelasah' Garuda

Baca selengkapnya

“Rasa Tenang Selepas Jadi Pondan Semula...” – Safiey Ilias

Posted: 06 Sep 2016 11:52 PM PDT

Bekas mak nyah, Safiey Ilias, mengesahkan dirinya telah kembali kepada kehidupan lama, selepas mengambil keputusan untuk merubah cara hidup dengan menjadi lelaki sejati.



Baca selengkapnya

Perkhidmatan LRT Tergendala, Rapid KL Minta Maaf

Posted: 06 Sep 2016 11:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan LRT dan monorail hari ini meminta maaf kepada penumpang yang terpaksa berdepan gangguan dan kelewatan di sepanjang laluan Kelana Jaya pagi ini.


Perkhidmatan LRT Tergendala, Rapid KL Minta Maaf

Baca selengkapnya

Siti Nurhaliza Tak Putus Asa Usaha Dapatkan Zuriat

Posted: 06 Sep 2016 06:32 PM PDT

Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini memuat naik gambarnya di Instagram bersama belon yang tertulis 'It's a boy' dan menulis kapsyen 'Tumpang berangan kat belon orang'.


Siti Nurhaliza Tak Putus Asa Usaha Dapatkan Zuriat

Baca selengkapnya

myartis.com

Posted: 07 Sep 2016 02:10 AM PDT

myartis.com


"SAYA TAK PERNAH KAHWIN" - BEKAS CALON SUAMI FARA FAUZANA

Posted: 06 Sep 2016 09:25 PM PDT



Sebelum ini gempak mengenai bekas calon suami Fara Fauzana, Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, yang dikatakan sudahpun berkahwin dan keengganan Fara untuk menjadi isteri kedua punca perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada 17 September ini dibatalkan.

Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh Hafiz apabila beliau tampil menjelaskan bahawa dirinya itu tidak pernah berkahwin seperti yang didakwa sebuah akhbar. Malah katanya, dia juga tidak pernah merahsiakan status dirinya kepada pengacara tersebut sejak mereka mula berkawan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

VIDEO MENARIK - PRE WEDDING NAZIM OTHMAN & BELLA DALLY

Posted: 06 Sep 2016 08:33 PM PDT



Nazim Othman dan Bella Dally yang akan disatukan pada 10 September ini telah berkongsi teaser pre wedding mereka menerusi laman Instagram masing-masing.

Difahamkan, majlis akad nikah pasangan akan berlangsung pada waktu pagi dan diikuti dengan majlis resepsi oleh keluarga Bella Dally di Kota Kinabalu. Manakala, majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada tanggal 17 September 2016 di Johor Bahru.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BERSALIN NOVEMBER INI - IESYA TOH RASA GEMENTAR

Posted: 06 Sep 2016 07:14 PM PDT



"Saya berharap agar segala proses nanti berjalan dengan lancar dan dapat bersalin secara normal. Lebih-lebih lagi saat ini viral dengan cerita virus zika," kata pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh yang mengakui agak gementar kerana bimbang akan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Pun begitu, Iesya yang kini hamil tujuh bulan dan dijangka bersalin anak lelaki penghujung November depan berkata, dia akan berserah segala ketentuan kepada yang Maha Esa.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SERING DITANYA SOAL ANAK - HAFIZ SUIP AKUI TERTEKAN

Posted: 06 Sep 2016 06:27 PM PDT



Hafiz Suip juga nampaknya tidak dapat lari daripada menjawab soalan bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga iaitu berkaitan cahaya mata.

Kata Hafiz, kedua-dua belah pihak keluarganya yang sering bertanya perkara berkenaan kadang-kala membuatkannya tertekan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

10 SEPTEMBER INI - AIN AF8 NIKAHI DUDA

Posted: 06 Sep 2016 05:45 PM PDT



Selain pasangan Nazim Othman dan Bella Dally yang akan berkahwin pada 10 September ini di Kota Kinabalu, Sabah, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-8, Ain turut mengakhiri zaman bujangnya pada tarikh itu bersama lelaki pilihan, Najib Ali.

Difahamkan, majlis pernikahannya bersama duda beranak dua itu akan dilangsungkan di sebuah hotel di Tuaran, Sabah, selepas Asar. Manakala bagi majlis resepsi pula akan diadakan di Bukit Damansara pada 18 September depan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GARA-GARA CUAI - ANAK AZHARINA JADI MANGSA

Posted: 06 Sep 2016 04:14 PM PDT



Gara-gara pengasuh sibuk mahu menonton sinetron di YouTube, anak lelaki penyanyi Azharina telah menjadi mangsa kecuaiannya.

Atas kecuaian itu, anak kesayangannya Azharina telah mengalami kecederaan yang agak parah apabila tangan kiri itu tersepit di pintu dapur.

Ketika kejadian menurut Azharina, ketika itu dia sedang sibuk memasak di dapur basah belakang rumah bersama rakan niaga, tidak lama itu dia terkejut apabila mendengar anak lelakinya yang masih kecil tiba-tiba menangis kesakitan dari arah dapur kering.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BILA ERRA FAZIRA BERI 'SURPRISE' PADA SHAHIR AF

Posted: 06 Sep 2016 03:40 PM PDT



Masihkah anda ingat dengan 'statement' Erra Fazira baru-baru ini yang mendakwa hanya 'sekadar kawan' dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasi musim ke-8, Shahir Zawawi, 28?

Artikel terdahulu:
Terkini, Erra secara tiba-tiba telah memuat naik gambar Shahir dengan matanya disensor sambil mengucapkan 'selamat ulang tahun' kepada pemuda itu. Tindakan Erra bukan hanya membuka kembali 'gosip cintanya', malah membuat ramai pihak menuduh Erra selama ini sekadar 'propa' apabila mengatakan tiada hubungan dengan Shahir.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 07 Sep 2016 02:09 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Boleh Gugoqkan Kandungan Kalau Janin Dijangkiti Viruih Zika

Posted: 07 Sep 2016 01:02 AM PDT


menteghi Kesihatan S Subramaniam bagitau beliau menerima pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berhubung hukum menggugoqkan janin bagi ibu yang dijangkiti Zika Beliau...

7 Fakta Menarik Yakult Yang Barangkali Hampa Tak Tau

Posted: 06 Sep 2016 11:42 PM PDT


Kehadiran produk minuman kultoq di Malaysia tak dinafikan mampu memberi kebaikan kepada pengguna di sini Namun sebagai pengguna yang bijak kita haruihlah mengetahui dengan mendalam tentang pasai...

Cheq Bukan Suami Oghang Alasan Pembatalan Hanya Diketahui Fafau Hafiz

Posted: 06 Sep 2016 11:22 PM PDT


Kalau sebelum ni sumber mendakwa punca pembatalan pernikahan antara Fara Fauzana adalah pasai Hafiz telah pun menikah ternyata dakwaan hat sama dok habaq tadi adalah tak betoi Setelah mendiamkan...

Turin Monolith Chaconne Diumumkan Peranti Dengan Tiga Pemproses Dan Ram 18 Gigabyte

Posted: 06 Sep 2016 10:22 PM PDT


Helio X30 ialah pemproses keluaran MediaTek dengan 10 teraih yang dijangka mai hujung tahun ni tapi barangkali ni masih dok belum cukup berkuasa untuk hampa Hari ni Turin Robotics Industries me...

Upm Um Utm Tersenarai Antara 300 Universiti Torrrbaek Dunia 2016 2017 Qs

Posted: 06 Sep 2016 08:02 PM PDT


Buat pertama kalinya tiga universiti di Malaysia telah berada pada kedudukan 300 universiti torrrbaek di dunia berdasaqkan QS Rankin Universiti Malaya teruih mempertingkatkan prestasi jauh lebi...

Samsung Mempatenkan Peranti Yang Menggunakan Android Dan Windows 10 Secara Serentak

Posted: 06 Sep 2016 07:24 PM PDT


Sistem operasi Windows 10 Mobile adalah yang ketiga palin terkenai di dunia Sunnguhpun begitu pegangan pasarannya adalah amat kecik Microsoft jugak tak lagi agresif mempromosikan sistem operasi...

Lg V20 Dilancaqkan Peranti Dwi Skrin Dan Tiga Kamera

Posted: 06 Sep 2016 07:22 PM PDT


Peranti dengan dwi kamera la nih mula memasuki pasaran Huawei LG dah melancaqkannya awai tahun ni dengan Apple diuar uaqkan akan turut mengikuti langkah yang sama tapi LG nampaknya mau menjadi...

Ghega Dan Spesifikasi Iphone 7 6 Perkara Hampa Perlu Tau Pasai Gadjet Hebat Ni

Posted: 06 Sep 2016 07:02 PM PDT


Buat hampa yang serin mengikuti berita tentang pasai Apple pastinya hampa tau Apple iPhone 7 antara yang banyak menerima leak sungguh baq hang iPhone terpalin baghu antara iPhone yang palin ba...

Fitnah Sekolah Hidang Sekerat Sosej Sehelai Sayoq Di Tak Ngaku Jpn Kelantan

Posted: 06 Sep 2016 04:02 PM PDT


FITNAH DAN mintak ampun NETIZEN VIRALKAN PERKARA FITNAH DAN BUAT TAK NAMPAK PENAFIAN DAN PERMOHONAN ampun KEKAL LAH FITNAH BERMAIN DIKALANGAN NETIZEN Jabatan Pendidikan Negeri JPN Kelantan t...

Video 5 Suspek Direman Tiga Hari Pasai Menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka

Posted: 06 Sep 2016 10:32 AM PDT


Lima suspek yang menyerang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia ibrahim saib ansaq di Lapangan Terbang Antarabangsa kola Lumpoq KLIA petang ahad lepaih direman selama tiga hari Ketua polih...

Pompuan Pandu Kelisa Meninggai Dunia Dihempap Cangkuk Kren Dekat Pavilion

Posted: 06 Sep 2016 10:02 AM PDT


kola Lumpur soghang pompuan meninggai dunia selepaih gheta yang dipandunya dihempap cangkuk kren pembinaan di Jalan Raja Chulan berhampiran pusat beli belah Pavilion kira kira 7 malam kemarin P...

Kami Diarah Kosongkan Bangunan Maahad Tahfiz Bulan Ni Tolonglah Kami

Posted: 06 Sep 2016 09:22 AM PDT


guru besaq Maahad Tahfiz D itqan tak dapat lelap mata dengan tenang apabila menerima pesanan melalui aplikasi whatsapp daripada tuan bagunan yang merupakan Pewaqaf penggunaan bagunan Dia telah men...

Stanley Dan Nika Yang Dikaitan Dengan Muhyiddin Konfem Bercerai

Posted: 06 Sep 2016 07:32 AM PDT


Peguam Stanley Clement Agustin dan isterinya Nika Gee Siew Yee yang dikaitkan dengan soghang bekaih pemimpin kanan negara la nih konfem bercerai Peguam S Periasamy yang mewakili bekaih Timba...

Projek Rm650 Juta Perindah Tugu Negara Pembaziran Dosa Besaq

Posted: 06 Sep 2016 06:24 AM PDT


Projek mega baguih Baik untuk pembangunan dan kemajuan Ada projek bermaksud ada gheja Ada gheja bermakna ada pendapatan Ada pendapatan akan membawa kepada perbelanjaan Perbelanjaan mendoro...

Filem Zombie Train To Busan Bukan Ceghita Biasa

Posted: 06 Sep 2016 06:22 AM PDT


Sebenaqnya aku dah layan ceghita Train To Busan beberapa hari lepaih bersama dengan beberapa oghang sahabatku Tapi ataih desakan daripada memba yang memang nak sangat tengok filem ni tapi menan...

Takmau Jadi Isteri Kedua Punca Fara Fauzana Batai Pernikahan

Posted: 06 Sep 2016 03:22 AM PDT


Belum pun reda berita pengacara dan penyampai radio terkenai Fara Fauzana membataikan pernikahan pada las menet tiba tiba peminat hiburan dikejutkan pulak dengan ura ura pasai statuih calon bakai...

beautifulnara

Posted: 07 Sep 2016 02:06 AM PDT

beautifulnara


Saya Bukan Suami Orang Alasan Pembatalan Hanya Diketahui Fafau – Hafiz

Posted: 06 Sep 2016 08:26 PM PDT

Kalau sebelum ini sumber mendakwa punca pembatalan perkahwinan antara Fara Fauzana adalah kerana Hafiz telah pun berkahwin, ternyata dakwaan tersebut adalah tidak benar. Setelah mendiamkan diri sekian lama, Hafiz muncul untuk menepis segala tohmahan, dakwaan dan fitnah tidak berasas yang telah dilemparkan kepada dirinya. Menurut Hafiz, dirinya masih belum berkahwin, bukan suami orang dan baru berusia 30 tahun, bukannya 38 seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

hafiz fara fauza

Kata Hafiz:-

Status perkahwinan saya bukan alasan pernikahan saya dibatalkan oleh Fara Fauzana. Alasan mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya diketahui oleh Fara. “Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian. “Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara.

Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya. “Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini,

Saya masih lagi cuba menenangkan diri daripada pembatalan perkahwinan saya sendiri. Ia sangat memberi kesan mendalam juga kepada saya,

fafau

Hafiz juga turut mengakui penerbitan dakwaan berbentuk fitnah tanpa mendapatkan pengesahan itu menyebabkan keaiban tidak dapat dipulihkan kepada nama baiknya dalam masyarakat serta komuniti perniagaan. Malah Hafiz mengalami tekanan emosi yang tidak sepatutnya dan kerugian kepada beliau serta ahli keluarga terdekat. Apa-apa pun nampaknya punca pembatalan perkahwinan Fara Fauzana dan Hafiz akan terus menjadi misteri. Mungkin inilah yang dinamakan tiada jodoh. Apa pendapat anda? Sumber Berita Harian.

No comments:

Post a Comment