Friday, 16 September 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 16 Sep 2016 12:27 PM PDT

MySensasi


Biodata Deena Emir Isteri Saharul Ridzwan

Posted: 15 Sep 2016 10:48 PM PDT

Biodata Deena Emir Isteri Saharul Ridzwan. Pasti semua ingin mengenali siapa isteri kepada pelakon popular Saharul Ridzwan. Deena Emir dan Saharul Ridzwan telah pun bernikah pada 16 September 2016. Dibawah dikongsikan serba sedikit profile dan gambar Deena yang juga merupakan seorang usahawan. Profile Biodata Deena Emir Nama Penuh: Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir Nama ...

Gambar Majlis Pernikahan Saharul Ridzwan Dan Deena

Posted: 15 Sep 2016 10:32 PM PDT

Gambar Majlis Pernikahan Saharul Ridzwan Dan Deena. Hari ini 16 September 2016 , pelakon lelaki popular Saharul Ridzwan telah selamat diijabkabul dengan pasangan pilihannya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya secara sederhana. Pihak pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300. Dibawah adalah beberapa gambar majlis pernikahan ...

Datuk Dr Haron Din Meninggal Dunia

Posted: 15 Sep 2016 08:39 PM PDT

Datuk Dr Haron Din Meninggal Dunia. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, Dr Haron Din telah meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia. Allahyarham yang juga Mursyidul Am PAS ke sana untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya. Berita Dr Haron Din meninggal dunia ini disahkan Ketua Penerangan PAS, ...

KedahLanie.info

Posted: 16 Sep 2016 10:14 AM PDT

KedahLanie.info


Haron Din sah disemadikan di San Francisco, AS

Posted: 16 Sep 2016 10:12 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din akan dikebumikan di San Francisco, Amerika Syarikat.

Beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas berhubung dengan keluarga Haron.

"Baharu bercakap dengan keluarga TG Datuk Dr Harun Din (Tuan Guru Datuk Dr Haron Din). Keluarga sepakat pengkebumian di San Francisco.

"Solat jenazah di Masjid AnNur di sana," katanya dalam catatan terbaharunya di laman Twitter rasmi beliau, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sudah menguruskan penghantaran jet ke Amerika Syarikat bagi membawa pulang jenazah tokoh agama itu.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.

- Bernama

Pemuda Amanah seru rakyat bantah persempadanan semula kawasan pilihan raya

Posted: 16 Sep 2016 05:52 AM PDT

Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan kaum diseru menolak persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal memberi kelebihan kepada BN, kata Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata, rakyat perlu menyatakan bantahan mereka terhadap persempadanan kawasan mengundi di Dun dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

"Sejujurnya kita tidak mampu untuk membiarkan tangan-tangan khianat ini sekali lagi memegang amanah kepimpinan, sekaligus menghancurkan negara.

"Bertindaklah sebagai pemilih (pengundi) di peringkat Dun dan Parlimen, minimum 100 bantahan sudah memadai untuk Suruhanjaya Pilihanraya menyusun semula persempadanan kawasan dengan mengambil kira suara pemilih.

"Jangan biarkan masa depan kita terus dibidakcatur oleh gerombolan 'Malaysian Official 1'," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian dalam perutusan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun.

Sany juga berkata, tindakan itu wajar dilakukan bagi memakmurkan kembali ekonomi negara dalam sambutan Hari Malaysia di tahun hadapan.

"Semoga kita mampu menghirup kembali udara kemakmuran ekonomi untuk sambutan Hari Malaysia tahun hadapan. Pastikan Najib Razak menjadi sejarah terakhir kebobrokan urustadbir negara. Pilihan di tangan kita.

"Tahun ini kita menyambut Hari Malaysia di celah-celah kemelut politik dan skandal penyelewengan dana paling besar dalam sejarah negara. Malangnya kehilangan puluhan billion wang negara itu masih belum mampu menganjak Najib Razak daripada posisi tertinggi yang disandang ketika ini," ujarnya.

Justeru katanya dengan usaha dilakukan oleh Bersih 2 untuk mengadakan himpunan rakyat menolak persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 19 November depan adalah amat ditunggu rakyat, dakwanya.

"Saat yang paling ditunggu-tunggu rakyat, Himpunan BERSIH 5 atau ringkasnya dieja 'BER5IH', muncul ketika usaha persempadanan semula disusun secara ragu, diyakini dengan tujuan mengekalkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri untuk pilihanraya umum akan datang.

"Di sinilah titik perjuangan kita bersempena tanggal keramat 16 September 2016. Setelah 53 tahun terbentuknya negara bangsa bergelar 'Malaysia', tragedi kepimpinan kleptokrasi bakal menjadi sebab untuk kita semua berjuang," tegasnya.

DI SEBALIK UMNO SEMAKIN MENGECIL, SPR MUNCUL UMPAMA TALIAN HAYAT

Posted: 16 Sep 2016 04:58 AM PDT

Di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, tidak ramai di antara mereka yang betul-betul mahu mengaku kewujudan PPBM adalah cabaran sebenar kepada kedudukan parti itu dalam pilihanraya akan datang.

Lebih ramai yang terus sombong bongkak dengan mengatakan PPBM bukan saingan yang sebenar, UMNO sudah biasa dengan cabaran, PPBM bakal senasib Semangat 46 dan macam-macam lagi.

Realitinya, dengan bermulanya PPBM mendaftarkan ahli-ahli baru sejak semalam, kedudukan UMNO dengan sendirinya makin mengecil. Pada hari pertama di Kuala Lumpur saja, sebanyak lebih 9000 borang telah diambil. 

Hari ini mungkin ribuan lagi yang telah mendaftar dan oleh kerana permintaan bertambah, walaupun esok merupakan cuti umum sempena Hari Malaysia, pendaftaran terpaksa dibuka untuk kemudahan orangramai.

Serentak dengan itu, penyeleras negeri-negeri turut dilantik untuk memudahkan lagi proses pendaftaran ahli. Beberapa negeri kemudiannya melantik penyelaras di peringkat bahagian-bahagian pula.

Dengan itu, ahli PPBM akan terus bertambah hari demi hari. Sebahagian besar ahli PPBM adalah ahli UMNO. Secara automatiknya, UMNO makin kekurangan ahlinya.

Apabila ahli UMNO berpindah kepada PPBM, bermakna juga mereka tidak lagi mahu mengundi BN dalam pilihanraya akan datang. Jadinya, UMNO  akan berkurangan ahli, BN berkurangan undi.

Proses menjauhi UMNO dan BN ini akan berterusan selagi Najib terkepung dengan isu 1MDB dan Rosmah pula kekal dengan kegemaran suka membeli-belahnya. Dari masa ke semasa, mungkin lebih banyak lagi yang akan didedahkan kepada kita semua.

Semua itu menjadikan UMNO dan BN secara realitinya tidak selamat lagi untuk menggenggam kuasa yang ada. Kuasa yang mereka ada hanya menunggu masa saja untuk ditanggalkan oleh pengundi-pengundi yang semakin bijak dan tidak mudah lagi ditipu dengan bayangan permata, tetapi sebenarnya ia hanyalah kaca.

PPBM bersama Pakatan Harapan lebih diharap dan dipercayai untuk menjadi kerajaan baru menggantikan BN.

Dalam keadaan cemas itu, satu-satunya talian hayat yang tinggal bagi UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasanya ialah SPR. Sebab itu, serentak dengan terttubuhnya PPBM, secara tiba-tiba juga SPR mengumumkan syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya untuk dilaksanakan dalam pilihanraya umum akan datang.

Syor tersebut tidak melibatkan pertambahan bilangan kerusi, tetapi cuma perubahan nama dan sempadan kawasan pilihanraya semata-mata. Dengan yang demikian, ia tidak memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Parlimen, sebaliknya memadai dengan majoriti mudah saja.

Di setiap negeri, beberapa kawasan akan terlibat dengan perubahan persempadanan itu dengan Kuala Lumpur dan Terengganu menyaksikan semua kawasan akan diubah sempadannya.

Di Selangor, ia melibatkan 18 daripada 22 kawasan Parlimen, di Perak, perubahan melibatkan  17 daripada 24 kawasan Parlimen manakala di Johor,  21 daripada 26 kawasan akan terlibat.

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menggambarkan tindakan SPR itu lebih bertujuan menambah jumlah majoriti di kawasan yang BN tidak boleh menang dan mengurangkan majoriti di kawasan yang mungkin BN boleh menang.

Mengambil contoh kawasan Parlimennya Petaling Jaya Utara yang akan ditukar kepada Damansara, perubahan persempadanan itu, katanya akan menyaksikan pertambahan sebanyak 76.2 peratus daripada 85,401 pengundi kepada 150,430 jumlah pengundi.

Sebaliknya kata Tony, di kawasan Parlimen Kapar, jumlah pengundi dikurangkan daripada 144,159 kepada 100,456 pengundi iaitu penurunan sebanyak 30.3 peratus.

Perubahan persempadanan yang dilakukan SPR itu dan manfaatnya kepada BN juga mungkin lebih difahami melalui gambarajah seperti yang turut disiarkan dalam blog ini.

Lantaran itu, rakyat bukan saja seharusnya mengemukakan bantahan secara besar-besaran terhadap cadangan SPR itu, malah mesti juga turun beramai-ramai dalam Bersih 5 pada 19 November depan. 

Ini kerana, cadangan SPR nyata bertujuan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.  (SH 15/09/2016).

Presiden Amanah - Dr Haron Din: Kehilangan besar dalam gerakan dakwah

Posted: 15 Sep 2016 11:57 PM PDT

16 September 2016 | ARIF ATAN

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan pemergian Datuk Dr  Haron Din ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar dalam gerakan dakwah di negara ini.

"Allahyarham menemui Pencipta pada Penghulu Segala Hari. Bagi Amanah, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar pada gerakan dakwah di negara ini malah pada seluruh rakyat Malaysia umumnya.

"Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak berjasa kepada masyarakat khususnya dalam aspek dakwah," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Menurut beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pemergian Pengerusi Majlis Syura Ulamak Pas itu turut dirasai oleh kalangan ahli Amanah.

"Walaupun berbeza pandangan politik, saya percaya seluruh ahli Amanah merasai kehilangan Allahyarham atas dasar insaniah dan persaudaraan Islam.

"Apatah lagi kami pernah bersama dalam satu wadah sebelum ini," ujar Mat Sabu lagi.

Allahyarham Haron Din yang merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa') meninggal dunia pada usia 76 tahun di San Fransisco, Amerika Syarikat pagi tadi.

Amanat Mursyidul Am PAS - Kebumikan beliau di Amerika

Posted: 15 Sep 2016 11:29 PM PDT

Oleh Muhammad Mustakim Ramli
📧 m.mustakim@bh.com.my

KANGAR : Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din mengamanatkan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya di negeri ini mahu dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan beliau meninggal dunia di sana.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata pesanan itu disampaikan Allahyarham sebelum berlepas ke AS, 10 September lalu, di Pusat Rawatan  Darussyifa, di Santan, di sini.

"Amanat itu disampaikan beliau sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, ini berikutan kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shukri berkata, pihaknya akan mengadakan solat jenazah ghaib di Kompleks Pas Perlis di Jalan Stadium Utama , Kangar malam ini.

Tun M habiskan sejam lima belas minit mengadap YDP AGUNG dengan menyerahkan memorandum "Selamatkan Malaysia"

Posted: 15 Sep 2016 09:39 PM PDT

Akhirnya BERJAYA dilaksanakan

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia'.

Salah seorang orang kanannya, Datuk Khairuddin Abu Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah petang semalam.

"Ia adalah satu pertemuan empat mata antara kedua-duanya. Mahathir tiba kira-kira pukul 4.30 petang dan mesyuarat itu berlangsung kira-kira satu jam lima belas minit," kata Khairuddin.

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu berkata Mahathir membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan juga dokumen yang didakwa ditandatangani 1.3 juta rakyat Malaysia.

Al Fatihah : TG Dato Dr.Harun Din telah kembali ke rahmatillah

Posted: 15 Sep 2016 08:48 PM PDT

Salam Perjuangan buat semua.

Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Inalillah

Ayuh Rakyat Malaysia.. Pilihan ditangan anda - Muhyiddin

Posted: 15 Sep 2016 04:46 PM PDT

SHAH ALAM – Rakyat berhak untuk menentukan tampuk pemerintahan negara dan pilihan itu mestilah dibuat bersandarkan kepada keupayaan pentadbiran yang beramanah dan berintegriti.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, oleh itu rakyat berkuasa untuk menukar kerajaan yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Sebaliknya, jika kerajaan tidak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka rakyat mempunyai pilihan untuk tidak lagi memberikan mandat kepada kerajaan yang sama untuk mentadbir negara.

"Tiada gunanya kita menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang pecah amanah,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Malaysia ke-53 esok.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kerajaan baharu yang bakal dibentuk itu nanti mestilah meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya.

“Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi negara, menyediakan peluang-peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat, meringankan beban kos sara hidup, melaksanakan reformasi institusi dan mengurus negara secara beramanah dengan berpandukan prinsip tadbir urus yang baik.

“Pilihan ini berada di tangan rakyat. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan masa depan negara kita. Sama ada kita mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya dan sejahtera atau sebuah negara yang gagal dan kacau bilau, segalanya terserah kepada kuasa rakyat,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh lebih lima dekad pembentukan Malaysia, negara ini mencapai keamanan dan keharmonian berkat komitmen serta usaha gigih rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dalam menyumbang tenaga serta kepakaran untuk memajukan negara.

“Tetapi kini, Malaysia berhadapan dengan suatu krisis yang parah. Kos sara hidup rakyat kian meningkat, harga barangan keperluan harian semakin mahal, nilai ringgit rendah dan pendapatan rakyat terjejas dengan suasana ekonomi yang suram.

“Dalam keadaan ini, rakyat amat berharap kerajaan tampil membantu meringankan beban ditanggung. Mereka mahukan pekerjaan dengan pendapatan setimpal, harga barangan keperluan harian berpatutan, pendidikan berkualiti, biasiswa dan bantuan pendidikan untuk anak-anak, rumah yang mampu dimiliki, pertumbuhan ekonomi yang rancak dan paling penting kehidupan yang selesa.

“Namun, sepertimana yang diketahui ramai, kerajaan hari ini sedang bergelumang suatu krisis kepimpinan yang parah sehinggakan tidak berupaya untuk membantu menyelesaikan permasalahan rakyat” katanya.

Toknek.com RSS Feed

Posted: 16 Sep 2016 02:49 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Malaysia Kehilangan Tokoh Ulama Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Posted: 16 Sep 2016 12:02 AM PDT


Innalillahiwainnailaihirajiun Terima berita meghajok Tuan Guru Dato Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah Malaysia kehilangan soghang tokoh ulama Islam yang banyak berjasa dan amat cheq ho...

Datuk Dr Haron Din Meninggai Dunia Di Amerika Syarikat

Posted: 15 Sep 2016 11:32 PM PDT


kola LUMPUR Mursyidoi Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggai dunia di Hospitai Stanford San Francisco Amerika Syarikat AS pada jam 10 10 pagi tadi waktu Malaysia Perkara ni disahkan Ketua Pen...

Resolusi Tinggi Sekitaq Majlih Akad Nikah Saharul Ridzwan

Posted: 15 Sep 2016 11:22 PM PDT


Saharul Ridzwan dan Deena Emir dah konfem bergelaq isteri pada pagi tadi hanya dengan sekali lafaz Sebelum ni kami ada menyertakan gambaq sekitaq majlih pernikahan depa yang berlangsung dengan cu...

Keajaiban Al Qur An Mengatasi Logik Akai

Posted: 15 Sep 2016 10:02 PM PDT


Dalam keadaan marah Umaq al Khattab menuju ke rumah adiknya Dia mendengaq dan mengamati dari luaq rumah kalimah dan ayat yang dialun begitu tersusun indah Belum penah didengari bait bait maca...

Saharul Ridzwan Konfem Bergelaq Suami Kepada Deena Emir

Posted: 15 Sep 2016 08:24 PM PDT


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Saharul Ridzwan yang telah konfem bergelaq suami kepada Deena Emir hanya dengan sekali lafaz kira kira jam 9 47 pagi tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ...

Ruhainies Tak Ngaku Bercinta Dengan Azrel Ismail

Posted: 15 Sep 2016 08:22 PM PDT


Kemesraan antara Ruhainies dan pelakon Azrel Ismail tak dapat dinafikan lagi Malah Azrel baghu baghu ni mendedahkan beliau sebenaqnya dah menjalinkan hubungan skandai dengan Ruhainies sejak tah...

Apa Hak Filipina Untuk Menuntut Sabah Adakah Tuntutan Konfem Dibawah Undang Undang Antarabangsa

Posted: 15 Sep 2016 07:02 PM PDT


Sabah atau nama zaman penjajahannya Borneo Utara penah menjadi wilayah jajahan Kesultanan Brunei Pada tahun 1658 Sultan Brunei menyerahkan Sabah kepada Sultan Sulu ataih jasa kerajaan hat sam...

Raja Afiq Nafikan Putuih Cinta Dengan Anih Al Idruih

Posted: 15 Sep 2016 02:42 PM PDT


ura ura kata pelakon yang sedang meningkat naik Raja Afiq dan pasangannya Anih Al Idruih putuih cinta Bagaimanapun Raja Afiq takmau mengaku perkara hat sama dok habaq tadi BACA Anih Al Idrui...

Mana Ada Kami Bercinta

Posted: 15 Sep 2016 11:42 AM PDT


Sebelum ni melalui kenyataan daripada pelakon Azrel Ismail yang kata bahawa dia dan Ruhainies sedang bercinta tu sebenaqnya lebih kepada bersifat suka semata mata dan tak lebih sehinggakan ghamai...

Sejarah Dan Mitos Perayaan Kuih Bulan

Posted: 15 Sep 2016 07:02 AM PDT


Bulan itulah simbol perayaan Kuih Bulan yang disambut kaum Cina setiap tahun Cahaya yang terang dan bulan mengambang penuh dengan diterangi tanglung tanglung adalah satu lagi perayaan terpentin ...

Lagi Keh Pelajaq Tahfiz Ditaboh Hingga Lebam

Posted: 15 Sep 2016 05:32 AM PDT


Oh Media telah menerima kiriman aduan tentang pasai satu keh soghang pelajaq lelaki yang didakwa telah ditaboh hingga lebam oleh tenaga pengajaq sebuah sekolah Tahfiz di Puchong Selangoq Menurut...

Jamsu Trend Cun Terbaharu Dari Korea Yang Serius Pelik

Posted: 15 Sep 2016 04:02 AM PDT


Apabila sebut saja negara Korea Selatan konfem dah terbayang pasai rakyatnya yang amat mementinkan penjagaan kecantikan kulit wajah Sehinggakan jengoi macam macam idea tips dan perawatan kulit y...

Bom Tangan Ditemui Bawah Katil Hotel Di Pd Belum Di Sahkan Polih

Posted: 15 Sep 2016 03:02 AM PDT


SEREMBAN polih hari ni takmau mengaku lelaki warga Syria bersama keluarganya yang menginap di sebuah hotel di Port Dickson memiliki bom tangan Ketua polih Daerah Port Dickson Supt Adzli Abu Sha...

5 Fakta Menarik Tentang Pasai Yakult

Posted: 15 Sep 2016 02:32 AM PDT


Rata rata rakyat Malaysia mesti dah tau tentang pasai kewujudan Yakult kan Susu kultoq yang dipenuhi dengan baketeria baik strain Shirota Minggu lepaih team kami berpeluang melawat kilang Yaku...

Zila Seeron Mohon Ampun Pada Semua Ngaku Diri Kughang Didikan Agama

Posted: 15 Sep 2016 02:22 AM PDT


Pergolakkan rumah tangga Along Cham dan Zila Seeron antara ceghita panaih yang sehingga la nih masih dok dibicarakan walaupun kedua duanya dah membawa haluan masing masin Apa yang buat ia mendap...

beautifulnara

Posted: 16 Sep 2016 02:49 AM PDT

beautifulnara


Bergambar Mesra : Benarkah Uqasha Senrose Dan Tengku Bakar Sekadar Kawan?

Posted: 16 Sep 2016 01:43 AM PDT

Bila ada sahaja gosip cinta yang dikaitkan dengan Uqasha Senrose, pasti pelakon wanita ini akan menepis segala khabar angin. Kata orang, artis ini kalau boleh semua benda mereka hendak sorok daripada pengetahuan ramai.

Sering keluar bersama Tengku Bakar yang merupakan kerabat diraja Pahang, Uqasha sebelum ini tidak mengakui mereka bercinta dan hubungan beliau bersama lelaki itu hanya sekadar teman rapat.

Namun, sedang kami membelek laman Instagram tadi, mata kami tertarik dengan foto mesra Tengku Bakar bersama Uqasha, memang mesra dan berkasih sayang sekali. Tengku Bakar siap berlaga pipi bersama dahi mulus Uqasha. Hehehee..

Lebih menarik lagi adalah cincin yang kelihatan cantik dipakai di jari manis Uqasha.  Mungkinkah ia pemberian daripada Tengku Bakar sebagai simbolik percintaan mereka?

Malah, Uqasha juga nampaknya sudah mula memuat naik foto Tengku Bakar dengan agak kerap di akaun Instagram miliknya. Ada peminat yang percaya bahawa Tengku Bakar adalah teman lelaki Uqasha .

Ermm, benarkah hubungan mereka tidak lebih daripada kawan? Ataupun sebenarnya mereka sedang hangat bercinta tetapi ingin menyembunyikan status hubungan mereka kepada umum? Alahai, kalau benar sedang berkasihan terus terang sahajalah kepada umum.  Apa pendapat korang?

(38 FOTO) Resolusi Tinggi Sekitar Majlis Akad Nikah Saharul Ridzwan

Posted: 15 Sep 2016 09:51 PM PDT

Saharul Ridzwan dan Deena Emir sudah sah bergelar isteri pada pagi tadi hanya dengan sekali lafaz. Sebelum ini kami ada menyertakan foto sekitar majlis pernikahan mereka yang berlangsung dengan cukup sederhana.

Kali ini kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Saharul Ridzwan dan Deena Emir yang lebih berkualiti dan beresolusi tinggi khas buat anda.

Lagi 38 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : AMIR NAUFAL PHOTOGRAPHY

(10 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Saharul Ridzwan

Posted: 15 Sep 2016 08:28 PM PDT

Pagi Jumaat tadi merupakan detik indah buat pelakon Saharul Ridzwan yang sudah sah bergelar suami kepada Deena Emir.

Kedua-duanya tampak sepadan, seorang kacak bergaya berbaju Melayu putih dan seorang lagi sangat cantik ibarat patung. Hehe..

Majlis mereka berlangsung dengan cukup sederhana di  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dan dipancarkan secara langsung menerusi Live di laman Facebook rasmi Saharul.

Sekali lagi kami mengucapkan tahniah buat Saharul Ridzwan dan Deena Emir atas pernikahan mereka berdua. Semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga ke jannah. Amin..

Jom layan beberapa lagi foto sekitar pernikahan Saharul Ridzwan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

(TAHNIAH) Saharul Ridzwan Sah Bergelar Suami Kepada Deena Emir

Posted: 15 Sep 2016 07:31 PM PDT

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Saharul Ridzwan yang telah sah bergelar suami kepada Deena Emir hanya dengan sekali lafaz kira-kira  jam 9.47 pagi tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki.  Saharul telah menyerahkan mas kahwin RM300 dan turut menghadiahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran. Walaubagaimanapun, jumlah hantaran perkahwinan mereka dirahsiakan.

Majlis tertutup itu berjalan dengan lancar danhanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua mempelai dan rakan terdekat sahaja.

Saharul meluahkan rasa syukur kerana segala perancangan perkahwinan beliau berlangsung dengan baik.

Alhamdulillah, hari ini bermulalah satu fasa baru dalam hidup saya, dan saya sendiri tidak sabar untuk memikul tanggungjawab dan amanah ni dengan sebaik-baiknya.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada sebelah petang ini di Dewan Sri Siantan Putrajaya. Manakala, majlis bersama peminat akan diadakan pada  hari Ahad di Shah Alam.

Sumber Berita : mStar Online

Ruhainies Nafi Bercinta Dengan Azrel Ismail

Posted: 15 Sep 2016 06:25 PM PDT

Kemesraan antara  Ruhainies dan pelakon Azrel Ismail tidak dapat dinafikan lagi. Malah, Azrel baru-baru ini mendedahkan beliau sebenarnya sudah menjalinkan hubungan istimewa dengan Ruhainies sejak tahun lalu lagi.

Tentu sekali berita tersebut disambut baik buat peminat pasangan ini dan mereka dihujani dengan ucapan daripada peminat yang mengharapkan hubungan mereka dapat kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Namun, Ruhainies menerusi portal mStar Online hari ini menafikan bahawa beliau sedang bercinta dengan Azrel. Jelas Ruhainies, beliau hanya lebih selesa berkawan dengan Azrel.

Saya tahu ada kenyataan bercanggah tentang hubungan kami dan secara jujurnya kami tidak bercinta pun seperti dikatakan namun sekiranya ditakdirkan ada jodoh di antara kami saya tidak menolak.

Bagaimanapun saya menghormati dia sebagai kawan baik dan turut mendoakan agar dia bertemu dengan wanita yang sesuai dengannya.

Tambah Ruhainies, beliau dan Azrel tidak pernah keluar berdua-duaan dan bertemu janji bersama Azrel kecuali untuk menghadiri majlis hiburan sahaja.

Kami sebenarnya tidak pernah keluar bersama atas urusan peribadi atau sekadar melepak dan kebiasaannya bertemu di majlis-majlis hiburan.

Pernah juga kami rancangan untuk berjumpa keluar makan tetapi sehingga hari ini tiada masa tambahan pula kami masing-masing sibuk dengan kerja.

Alamak, mana satu yang betul ni? Ermmh, mungkinkah Azrel Ismail sahaja yang menyimpan perasaan terhadap Ruhainies dan berharap mereka bercinta? Ataupun Ruhainies masih malu-malu untuk mendedahkan percintaan mereka?  Bertabahlah Azrel jika benar cinta anda bertepuk sebelah tangan.

Sumber Berita : mStar Online

myartis.com

Posted: 16 Sep 2016 02:03 AM PDT

myartis.com


SELAMAT NIKAH - SAHARUL RIDZWAN KINI SUAMI DEENA EMIR

Posted: 15 Sep 2016 07:25 PM PDT



Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz... pelakon Saharul Ridzwan, 27, kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dalam majlis yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya itu menyaksikan Deena Emir menerima mas kahwin berjumlah RM300.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

51 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AKIKAH ANAK KEMBAR FAD BOCEY

Posted: 15 Sep 2016 04:41 PM PDT



Kelmarin pelakon dan pelawak Fad Bocey dan isterinya, Syaheera Rahman telah mengadakan majlis akikah buat anak kembar lelaki mereka iaitu Favian Adrazin Hayyan (abang) dan Favian Adrazin Zayyan (adik).

Majlis tersebut yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah itu dihadiri ahli keluarga serta teman rapat pasangan ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"KAMI TAK BERCINTA, CUMA KAWAN RAPAT" - RUHAINIES

Posted: 15 Sep 2016 03:15 PM PDT



Jika kenyataan Azrel Ismail sebelum ini berkata yang mereka sudah menjalin hubungan sejak setahun lalu, kali ini lain pula kenyataannya apabila Ruhainies menafikan dirinya itu bercinta dengan Azrel sebaliknya berkata sekadar kawan rapat sahaja.

Menurut Ruhainies, kenyataan daripada Azrel yang mengatakan bahawa dia dan dirinya sedang bercinta itu sebenarnya lebih kepada bersifat 'suka' semata-mata dan tidak lebih sehinggakan dikatakan bercinta.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 15 Sep 2016 08:47 PM PDT

ROTIKAYA


Saharul Ridzwan Selamat Bergelar Suami Qaabila Deena

Posted: 15 Sep 2016 07:30 PM PDT

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon kacak Saharul Ridzwan dan juga isteri, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir kerana telah selamat diijabkabulkan pada hari ini, 16 September dengan sekali lafaz.

BACA: Saharul Ridzwan Tak Bimbang Populariti Jatuh Selepas Kahwin

Dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya itu, pihak pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300.

Sementara itu, majlis resepsi pasangan penganti baru ini akan diadakan pada hari yang sama. Dalam kenyataan sebelum ini, Saharul lebih selesa merahsiakan jumlah wang hantaran. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar sepanjang majis nikah berlangsung. Enjoice! (rtky/s)

13-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 12-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 10-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 9-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 8-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 7-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 6-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 5-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 4-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 3-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 2-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya 1-saharul-ridzwan-selamat-bergelar-suami-qaabila-deena-rotikaya

Raja Afiq Nafikan Putus Cinta Dengan Anis Al-Idrus

Posted: 15 Sep 2016 11:49 AM PDT

Khabar angin mengatakan pelakon yang sedang meningkat naik, Raja Afiq dan pasangannya Anis Al-Idrus putus cinta. Bagaimanapun, Raja Afiq menafikan perkara tersebut.

BACA: Anis Al Idrus Mengaku Cintai Pelakon Baru

“Kami sebenarnya macam biasa lagi, tak ada apa pun. Mungkin saya tengah sibuk persiapakan badan untuk penggambaran kerana saya begitu obses dengan drama yang akan saya lakonkan nanti ini”

“Mungkin juga kurang memberikan masa dan jarang bertemu. Lagi pun dia sibuk begitu juga dengan saya,” katanya kepada Rotikaya.

Raja Afiq turut menegaskan bahawa dia mahu menitikberatkan dahulu karier lakonannya supaya lebih baik dari sebelum ini.

“Biar saya titik beratkan karier lakonan yang baru nak bermula ini. Kalau saya nak fokus benda macam itu, lakonan saya pun tak kemana nanti,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/h)

7-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 5-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 4-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 3-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 2-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 1-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya

“Mana Ada Kami Bercinta”

Posted: 15 Sep 2016 11:30 AM PDT

Sebelum ini melalui kenyataan daripada pelakon Azrel Ismail yang mengatakan bahawa dia dan Ruhainies sedang bercinta itu sebenarnya lebih kepada bersifat ‘suka’ semata-mata dan tidak lebih sehinggakan dikatakan bercinta.

BACA: "Memang Benar Pun Saya Dan Ruhainies Bercinta"

“Saya dan Azrel berkawan rapat tak ada pun bercinta. Tapi kalau ada jodoh saya tak tolak. Saya selesa berkawan dengan dia. Sebenarnya dia tak cakap bercinta tetapi dia suka sahaja. Suka ini boleh kita interpretasikan pelbagai maksud yang banyak. Dia juga artis paling saya rapat dalam industri”

“Saya nak jelaskan di sini bahawa kami berdua tidak bercinta. Status saya solo begitu juga dengan Azrel,” katanya kepada Rotikaya.

Jelasnya lagi, isu yang mendakwa mereka berdua bercinta ialah ketika bergandingan dalam drama bersiri ‘Menantu Ting Tong’. Di situ ramai yang melihat mereka berdua mempunyai keserasian dan timbul pula isu yang kononnya mereka berpacaran.

Pun begitu, Ruhainies berkata dia masih belum terfikir untuk berkahwin dalam masa yang terdekat kerana masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya dalam industri seni.

“Saya masih muda dan jauh lagi perjalanan dalam industri seni, tak terfikir pun nak kahwin lagi. Saya berpegang kepada jodoh,” katanya yang akan berkahwin sebelum berumur 30 tahun. (rtky/h)

7-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 6-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 5-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 4-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 3-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya 2-mana-ada-kami-bercinta-rotikaya

“Saya Akui Diri Kurang Didikan Agama” – Zila Seeron

Posted: 14 Sep 2016 10:40 PM PDT

Berkongsi kisahnya dalam slot Apa Cer dalam ruangan A.M Live! di RTM baru baru ini, bekas isteri Along Cham iaitu Zila Seeron mengakui bahawa dirinya kurang didikan agama.

BACA: Zila Kerja Sendiri Demi Sara Kehidupan

“Kepada korang yang baca atau tengok kat laman sosial sekarang, saya Zila Seeron nak mintak maaf sangat sangat kepada korang sebab saya hanya manusia biasa dan tak lari daripada buat kesalahan dan saya sekarang sedar dengan kesilapan”

“Saya nak terus terang saya daripada kecik hingga sekarang, saya kurang bimbingan agama. Dan saya akan mempelajari, insya-Allah, nak cari diri saya sendiri. Hopefully, maafkanlah saya,” katanya dalam nada sebak.

Dalam temubual lebih 15 minit itu juga Zila berkongsi cerita tentang keperitannya setelah dihalau keluar daripada rumah. Malah dia juga mengakui bahawa ketika itu dia tidak mempunyai wang langsung dan hanya mengharapkan bantuan rakan-rakan.

Selain itu, Zila tidak dapat menahan air matanya daripada berguguran apabila diberi peluang oleh pengacara untuk menyampaikan pesanan kepada anaknya, Daniel. Di kesempatan itu juga, Zila turut memohon maaf kepada suami, keluarganya sendiri dan keluarga mertua.

Sudah pun mengikuti kelas motivasi dan bimbingan agama, Zila dalam masa yang sama mengharapkan agar warga laman sosial dapat memberikannya peluang untuk kembali menjalani kehidupan baru. (rtky/s)

No comments:

Post a Comment