Apabila berbicara mengenai Hari Raya Haji, kita tidak akan dapat lari daripada memikirkan mengenai ibadah haji yang sedang dijalankan oleh umat Islam terutamanya jika terdapat kaum kerabat kita yang sedang berada di Medah untuk menyempurnakan rukun Islam ke lima ini.
Pada ketika ini, jutaan umat Islam sedang berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah haji. Tidak terkecuali rakyat Malaysia juga terlibat dalam jutaan umat Islam di sana. Dan orang Malaysia yang berada di Mekah pula boleh jadi terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi. Ini kerana di Malaysia selain daripada majoriti orang Melayu beragama Islam, kita juga mempunyai orang-orang dari kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi yang turut menganut agama Islam.
Berjuta ringgit telah dibelanjakan dan akan terus dibelanjakan bagi umat Islam di Malaysia bagi menunaikan ibadah haji. Telah ramai juga rakyat Malaysia yang bergelar Haji dan Hajah. Ramai juga rakyat Malaysia yang telah menunaikan ibadah haji lebih daripada sekali malahan ada yang telah mencapai berpuluh-puluh kali.
Akan tetapi, apakah yang kita pelajari daripada ibadah haji ini ? Apakah hanya menunjuk-nunjuk ? Apakah menunaikan ibadah haji telah dianggap sebagai satu simbol kekayaan ?
Saya timbulkan permasalahan ini sebab walaupun telah ramai rakyat Malaysia berbilang bangsa telah menunaikan ibadah haji, malasah perkauman di dalam negara masih belum selesai dan terus menjadi senjata pihak-pihak tertentu untuk kemeneruskan legasi politik depa.
Mengapakah saya kaitkan isu perkauman dengan ibadah haji ? Apakah kaitannya dengan Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama ?
Apabila seseorang itu menunaikan ibadah haji, sejak dari permulaan ibadah tersebut lagi kita telah diajar bahawa semua manusia adalah sama tidak kira dari mana asal keturunan kita dan pangkat atau jawatan apa yang kita pegang. Seseorang yang menunaikan ibadah haji, tidak kira apa bangsa sekali pun akan memakai pakaian yang sama tidak kira Raja, Sultan, Menteri, rakyat marhaen mahupun Najib.
Dalam ibadah haji, perbezaan di antara manusia dari segi bangsa, negara, kelas, kumpulan dan keluarga telah hilang sebaik sahaja ibadah haji bermula apabila kita mula memakai ihram. Semua yang mengerjakan ibadah haji, tidak kira lelaki dan perempuan, hitam dan putih terpaksa meninggalkan pakaian mereka di Miqat dan memakai ihram sepertimana yang lain. Selepas berihram, semua menjadi sama tidak kira apa bangsa, pangkat atau status ekonomi kita.
Lihatlah bagaimana ibadah haji ini telah mengajar umat Islam bahawa Allah tidak membeza-bezakan umat-Nya mengikut bangsa. Tetapi mengapakah masih ramai orang Malaysia yang berkali-kali menunaikan ibadah haji, yang bergelar ustaz dan ulamak masih lagi gagal untuk memahami konsep yang paling asas dalam menunaikan ibadah haji iaitu Islam tidak membeza-bezakan penganut-Nya mengikut bangsa ?
Apakah gunanya ke Mekah setiap tahun untuk menunaikan haji jika kita masih lagi mengira bangsa dan warna kulit kita dalam mewujudkan Malaysia yang adil untuk semua ?
Genap 2 bulan selepas berjaya menerima ganti rugi RM200,000 dari TV3, Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Utusan Malaysia menangguhkan pembayaran ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyaman akhbar itu pada 2012.
Mahkamah dipengerusikan Tan Sri Richard Malanjum menolak permohonan itu tanpa mengarahkan peguam Nizar, Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni menjawab persoalan perundangan peguam Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd Hafarizam Harun.
Pada Disember 2013, Mahkamah Rayuan memerintahkan ganti rugi RM250,000 dibayar kepada Nizar selepas menolak permohonan Utusan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati laporannya berbaur fitnah.
Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim berkata hujah Utusan yang laporan itu merupakan komen adil dan hak kewartawanan tidak boleh diterima.
Nizar memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan dan TV3 atas laporan berunsur fitnah memetik komen di Twitter berhubung pembelian nombor plat kenderaan “WWW 1” yang dibida pada harga RM520,000 dan dianugerahkan kepada Sultan Johor.
Bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Amanah mendakwa laporan kedua-dua media yang dikaitkan dengan Umno itu antara lain membawa maksud beliau seorang penderhaka kepada sultan, anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat membenci Sultan Johor.
Nizar dalam komen Twitter pada 28 Mei, 2012 berkata jumlah RM520,000 boleh digunakan membina 20 buah rumah untuk rakyat miskin. -FMT
Tindakan Kementerian Pendidikan menyokong cadangan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Seri Noh Omar agar persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) mewajibkan kutipan derma bagi penyelenggaraan bangunan sekolah adalah memalukan di saat negara sudah 59 tahun mencapai kemerdekaan.
Pengerusi Biro Pendidikan AMANAH Nasional Aminolhuda Hassan berkata, di saat rakyat dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup akibat harga barangan dan perkhidmatan meningkat angkara cukai barangan dan perkhidmatan (GST), cadangan menteri berkenaan untuk mewajibkan kutipan derma dan sokongan Kementerian Pendidikan adalah amat dikesali.
"Mesti ramai ibu bapa gembira dengan berita ini, sama macam betapa gembiranya mereka sebab kena derma kertas A4 kepada sekolah sebelum ini.
"Di samping menderma setiap hari kepada kerajaan melalui cukai GST, ibu bapa boleh juga menderma untuk penyelenggaraan bangunan sekolah anak-anak anda," ujarnya sinis.
Pengerusi AMANAH Johor itu juga mempersoalkan sikap kerajaan BN yang secara berterusan membebankan rakyat sedangkan kutipan hasil cukai GST berjumlah berbilion ringgit.
"Ke mana hasil GST yang ditimpakan kepada seluruh rakyat nak digunakan oleh kerajaan Umno-BN?
"Ke mana hasil Petronas dan lain-lain hasil cukai negara seperti permit import (AP) kereta dan lain-lain digunakan oleh kerajaan Umno/BN?" soal beliau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani itu juga mempersoalkan sama ada hasil negara masih digunakan untuk membiayai perbelanjaan dan projek mewah perdana menteri seperti membeli dan menyelenggara jet peribadi atau membayar hutang dan faedah yang ditanggung syarikat berkaitan kerajaan, 1MDB yang sarat hutang.
"Akhirnya pembangunan infrastruktur sekolah anak-anak kita terabai dan yang menanggungnya ibu bapa?
"Cukup-cukuplah wahai rakyat Malaysia! Sedarlah anda bahawa perubahan kepimpinan untuk mengurus negara bukan sekadar turunkan PM tetapi menurunkan keseluruhan mereka yang telah membawa negara Malaysia tercinta ini ke lembah kemiskinan intergriti, kemiskinan amanah pemimpin dan kemiskinan rakyat yang dipaksakan ekoran salah urus takbir pemimpin Umno-BN," tegas beliau.
Dalam perkembangan berkaitan Noh yang juga bekas timbalan menteri pelajaran tetap mempertahankan cadangannya mahu mewajibkan PIBG di semua sekolah di Selangor mengutip derma disebabkan dana kerajaan persekutuan tidak mencukupi.
PIBG katanya boleh menganjurkan aktiviti seperti sambutan hari keluarga atau jualan jumbo bagi mendapatkan dana.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan 4 September lalu mengumumkan kesediaan kementeriannya untuk melancarkan kempen kutip derma bagi menyelenggara bangunan sekolah kerajaan.
"PIBG sudah sedia maklum dengan kekangan yang dihadapi oleh pengurusan sekolah dan kementerian terutama dalam menyalurkan dana bagi penyelenggaraan sekolah," kenyataan beliau dipetik.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDB) perlu menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kerana kemungkinan mengelak cukai.
Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng berkata ini kerana Rosmah dilapor membeli-belah dengan nilai melibatkan berjuta-juta ringgit.
The Wall Street Journal semalam melaporkan Rosmah membeli pakaian, kasut dan barang kemas berjumlah kira-kira AS$ 6 juta pada 2008 hingga 2015.
Lim berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengutuk WSJ kerana cuba "campur tangan dalam politik negara" tanpa menafikan laporan berkenaan.
"Bagaimana laporan mengenai Rosmah membeli belah adalah campur tangan politik? Rosmah tidak membeli beg tangannya dari Petaling Street," katanya merujuk kepada pasar di Kuala Lumpur yang menjual barang-barang tiruan.
Ahli Parlimen Segambut itu berkata Rosmah menghabiskan AS $2,055 sehari - cukup untuk membayar lapan orang dengan gaji minimum selama sebulan.
Namun, katanya Najib hanya memperoleh RM284,194.89 setahun.
"Jadi bagaimana Rosmah boleh menghabiskan begitu banyak dalam tempoh lapan tahun? Walaupun segunung emas pun akan rata," katanya.
Oleh itu, LHDN perlu bertindak pantas dan menyemak rekod cukai Rosmah dan Najib tanpa mengira sama ada terdapat penafian daripada pasangan itu, katanya.
"Melainkan LHDN juga memutuskan untuk tidak menyiasat dan menuduh WSJ berbohong," katanya.
WSJ memetik "pendedahan dokumen-dokumen baru" menunjukkan Rosmah membelanjakan AS $ 6 juta dalam caj kredit pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Ia termasuk perbelanjaan di gedung membeli-belah Harrods di London sehingga Saks Fifth Avenue di New York.
Dalam biografi beliau, Rosmah berkata, dia membeli pakaian dan barang kemas menggunakan wang sendiri.
Malaysiakini menghubungi pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor berhubung laporan WSJ tetapi masih belum menerima jawapan.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sayu dan pilu melihat pasangan ini naik motosikal bersama 3 orang anak kecilnya, serta seekor kucing, menempuh perjalanan jauh untuk balik ke kampung mertua.
KUALA LUMPUR: Kecuaian juruterbang merupakan antara punca nahas helikopter yang mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dan lima yang lain di Semenyih, Selangor, pada 4 April tahun lepas.
Beberapa hari sahaja lagi, kehidupan pelakon Saharul Ridzwan bakal berubah. Tentu debaran untuk bergelar suami sudah dirasai didalam hati beliau bukan?
Seperti pasangan lain, Saharul dan bakal isterinya, Deena Emir turut tidak melepaskan peluang merakam detik –detik indah sebelum melangkah ke alam perkahwinan menerusi video dan foto pra perkahwinan.
Kedua-duanya mengenakan busana serba merah melambangkan kehangatan perasaan cinta serta kasih sayang yang membara.
Kata-kata yang diucapkan oleh Saharul dan Deena tentang erti perkahwinan memang cukup indah dan puitis sekali.
Kami sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Saharul dan Deena dan semoga bahagia sehingga anak cucu.
Jom layan video dan beberapa lagi foto pra perkahwinan Saharul Ridzwan dan Deena Emir dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Baru-baru ini, Rozita Che Wan sekeluarga sekali lagi telah berkesempatan untuk bercuti bersama-sama di Sydney, Australia.
Pelbagai tempat menarik yang mereka kunjungi seperti La Perouse Beach, The Royal Botanic Garden, Bondi Beach dan Sydney Opera House.
Seperti biasa, memang mereka sekeluarga akan mengenakan pakaian yang cukup stylo ketika bercuti. Malah, Aaisyah juga nampaknya sudah mengikut jejak langkah Che Ta yang sering mempergayakan pelbagai fesyen.
Malah, mereka juga sempat membuat satu video keluarga ala-ala muzik video.
Jom layan video muzik mereka sekeluarga dibawah :-
Jom layan juga beberapa lagi foto Che Ta sekeluarga ketika bercuti di Sydney, Australia dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Izreen Azminda nampaknya tidak boleh lari daripada gosip bersama lelaki. Entah kenapa, setiap kali Izreen muncul didalam drama, pasti ada sahaja kritikan yang beliau terima.
Terbaru, ada yang menganggap Izreen terlalu gedik bersama pelakon-pelakon lelaki yang bergandingan dengannya.
Namun, Izreen tidak mahu terlalu memikirkan tanggapan negatif orang ramai dan menjelaskan belia bersikap begitu semata-mata kerana tuntutan watak yang diberi.
Memanglah, kalau ada babak bercinta, saya akan cuba selami watak seorang wanita yang sedang hangat bercinta dengan penuh perasaan. Itu adalah saya kerana sudah jadi kerja kita untuk hidupkan cerita itu. Saya akan membawa watak macam betul-betul hidup.
Tambah Izreen, beliau harus mencari keserasian bersama gandingannya untuk menjayakan sesebuah karya.
Saya perlu sikap profesional bila di hadapan kamera. Misalnya, pelakon lelaki itu baru pertama kali berlakon dengan saya dan perlu bawa watak romantis, takkan saya nak malu-malu atau bersikap janggal?
Berbicara mengenai gosip cinta lokasi bersama seorang pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Izreen bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut. Apa yang penting Izreen dan pelakon lelaki itu tahu cerita sebenar dan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.
Merujuk kepada filem Pekak yang ditayang bermula 1 September 2016 baru-baru ini, kami dari Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) ingin menyatakan bantahan terhadap tayangan filem yang diarahkan oleh Mohd Khairul Azri Md Noor.
Filem yang dibintangi oleh Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Joe Flizzow dan Zaidi Omar ini telah menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan pelbagai pihak termasuk ahli persatuan kami yang rata-rata mempunyai anak yang menghidapi masalah pendengaran.
Sejujurnya menurut pendapat kami, filem ini adalah sangat tidak sesuai untuk ditayangkan. Selain di penuhi dengan adegan-adegan yang tidak bermoral seperti dadah, mencuri, pergaulan bebas, keganasan dan rokok, filem Pekak ini seakan-akan memperlekehkan kedudukan dan maruah Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran.
Realiti sebenar majoriti kehidupan OKU pendengaran adalah jauh berbeza daripada apa yang ditayangkan di dalam filem ini. Untuk pengetahuan pihak umum, persatuan Hear Me mengumpulkan ibubapa yang mempunyai anak bermasalah pendengaran dan majoriti daripada anak-anak kami samada memakai alat bantuan pendengaran (Hearing Aids) atau implan koklea (seperti watak yang dimainkan oleh pelakon Zahiril).
Malangnya, informasi berkenaan dengan implan koklea dan juga jalan cerita yang digunakan dalam filem ini adalah kurang tepat dengan fakta dan realiti serta tidak membantu dalam meningkatkan pengetahuan serta kesedaran pihak penonton tentang isu masalah pendengaran dan secara khususnya implan koklea.
Dengan mengaitkan implan koklea dengan kegiatan haram seperti dadah dan seks terbuka, ini sedikit sebanyak akan merosakkan pandangan masyarakat terhadap mereka yang memakai implan koklea dan bakal mengganggu emosi anak-anak implan koklea yang akan membesar dengan tanggapan masyarakat yang serong terhadap mereka.
Kami ingin menggesa pihak penerbit dan pengarah filem Pekak untuk memohon maaf secara terbuka kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah golongan OKU Pendengaran, terutamanya bagi mereka yang memakai implan koklea. Kehidupan sebagai seorang OKU Pendengaran sudahpun sedia penuh dengan cabaran dan dugaan menghadapi masyarakat Malaysia yang masih lagi kurang pendedahan terhadap keadaan dan situasi mereka. Tidak perlulah pihak penerbitan filem membantu untuk menambahkan lagi masalah kepada mereka.
Kepada pihak Lembaga Penapisan Filem, kami berhadap agar filem Pekak ini diharamkan daripada tayangan umum di Malaysia seperti mana negara jiran Brunei telah laksanakan. Biarlah masyarakat Malaysia menonton filem-filem bermesejkan unsur-unsur positif yang bolehmeningkatkan produktiviti dan melahirkan budaya yang lebih harmoni.
Kami juga ingin menyeru kepada semua pihak untuk menunjukkan budaya belas kasihan dan empati terhadap golongan OKU Pendengaran yang cuba untuk memperbaiki kehidupan mereka dan memperjuangkan hak mereka.
Berilah sokongan dan bantuan kepada ibubapa yang berusaha bekerja mencari rezeki yang halal dalam mengumpul dana untuk memberikan anugerah koklea implan kepada anak masing-masing.
Sekian.
Norziba Fazlina Abdul Ghani, Presiden Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me) PPM-019-10-23062015 PIC: Maryam Sakinah Abang Abdullah, Bendahari Persatuan 0132335364
Disokong oleh: Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (Ikram Health) Wanita IKRAM Malaysia Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA)
Untuk maklumat lanjut mengenai persatuan Hear Me, anda boleh ke blog mereka. Secara peribadi, penulis masih belum berkesempatan untuk menonton filem ini. Mungkin juga penulis akan meluangkan masa untuk menontonnya nanti kerana curiga dengan jalan ceritanya. Sila tuliskan pendapat anda mengenai permohonan Hear Me ini di ruangan komen.-beautifulnara.com
Isu foto bogel Idris Khan dan Atikah Suhaime yang tersebar cukup mendapat perhatian ramai, berhubung hal berkenaan, Atikah memberitahu beliau bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu disebalik penyebaran foto itu.
Semalam, Idris menerusi akaun Instagramnya pula telah memuat naik satu luahan yang dipercayai berkaitan kontroversi yang sedang menghimpit dirinya kini.
Daripada luahan Idris, ia menggambarkan beliau memberitahu bahawa apa yang terjadi sejak beberapa hari lepas merupakan perbuatan dengki.
Berikut adalah luahan Idris :-
MATA,
TIDAK PERNAH SENANG DENGAN KEJAYAAN MANUSIA,
MATA,
SELALUNYA MERAH BILA MELIHAT MANUSIA SENANG GEMBIRA.
HATI,
TAK PERNAH LEPAS DARI HASAD,
HATI,
SELALUNYA BUSUK PADA BAIK BUDINYA JASAD.
USAH KHUATIR,
BIARKAN KAKI TERUS MELANGKAH,
KEDEPAN, DENGAN GAGAH.
BIARKAN KAKI MENJADI BUKTI DIATAS SETIAP PENGANIAYAAN.
INGATLAH REZEKI ITU DATANG BUKAN DARI MANUSIA, TETAPI DARI YANG MAHA ESA.
ALLAH MAHA BESAR,
ALLAH MAHA PENGASIH,
ALLAH MAHA MENGETAHUI,
ALLAH MAHA BERKUASA!
JIKA HARI INI, KITA TUMBANG KERANA MULUT DAN KEDENGKIAN MANUSIA,
ESOK KITA AKAN BANGKIT & MELOMPAT TINGGI KERANA KESABARAN DAN KEBERKATAN.
INI HADIAH DAN KURNIA DARI TUHAN.
AKU SENYUM TANDA SABAR,
KERANA AKU ISLAM YANG TAK PERNAH GENTAR!
#GodIsTheGreatest
Mereka yang membaca nukilan Idris itu berharap agar beliau kekal tabah dan bersabar dengan kontroversi tersebut. Ada yang mengatakan jika apa yang berlaku tidak benar, Idris tidak perlu merasa gusar.
Antara kata-kata semangat buat Idris :-
Sekarang ini semuanya masih lagi menjadi teka-teki, tidak mustahil juga didalam dunia penuh dengan teknologi, sesiapa sahaja mampu memanipulasi foto berkenaan. Apa-apapun, kita tunggu sahaja perkembangan lanjut isu ini nanti.
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Lanjutan daripada pengenalan konsol edisi spesial bersempena dengan permainan Final Fantasy XV kemarin di Jepun hari ni pihak PlayStation turut mengumumkan penawaran konsol sama untuk pasaran temp...
laman so sial dikejutkan apabila tersebaq beberapa kepin gambaq bogey yang didakwa sebagai pelakon Atikah Suhaime dan jugak Idris Khan Gambaq mirip yang didakwa Dan kalau hampa masih dok ingat ...
Melakonkan aksi ghairah dalam filem terpalin baghu bertajuk Luqman ada yang beranggapan Raja Ilya seolah olah dipergunakan bagi menghidupkan watak soghang penari lawa untuk menarik perhatian peno...
Beberapa hari saja lagi kehidupan pelakon Saharul Ridzwan bakai berubah Tentu debaran untuk bergelaq suami dah dirasai didalam hati beliau bukan macam pasangan lain Saharul dan bakai isterinya...
Sebelum ni hangat digembaq gemboq di media so siall kononnya terdapat dakwaan yang kata ikan tilapia membawa penyakit yang boleh jadi punca kematian sehingga isu ni menjadi viral Kenyataan berkena...
Terhimpit dengan gosip gambaq bogey yang didakwa sebagai dirinya dan pelakon Atikah Suhaime Idris Khan dalam satu upload gambaq di Instagram macam melampiaskan perasaan terhadap apa yang menimpa ...
Gambaq HiasanSebagai pemilik kediaman atau premih yang disewakan memang banyak yang menghadapi masalah macam ni Penyewa lambat bayaq penyewa takmau keluaq sudahnya ia menjadi beban kepada pemil...
Melanjutkan skrin komputer hampa adalah barangkali dengan hanya mendapatkan monitoq lain hampa bebaih untuk menyambung sebanyak manapun paparan yang hampa perlukan atau mau Apabila ia datang un...
hampa telah mendengaq depa bagitau Simpan tentera upahan Menyelamatkan dunia Okay tak ada yang barangkali bagitau sebelum ni tak sehingga hampa mencari permainan baghu ni dari OUYA Publis...
Apabila hampa pikiaq Angry Birds turun dan keluaq untuk mengira ia akan sentiasa datang dengan kemaih la nih untuk menghidupkan semula minat dalam bermain permainan Ia barangkali tak sepopulaq s...
Izreen Azminda nampaknya tak boleh lari daripada gosip bersama lelaki Entah awat setiap kali Izreen jengoi didalam drama konfem ada saja kritikan yang beliau terima terpalin baghu ada yang ...
Isu gambaq bogey Idris Khan dan Atikah Suhaime yang tersebaq cukup mendapat perhatian ghamai berhubung hal berkenaan Atikah habaq beliau bakai ambik tindakan undang undang terhadap individu diseb...
kemarin soghang pembaca bernama Amalina Annuar telah menghantaq kepada kami satu artikel pasai filem Pekak yang dianggapnya tak bersandaq kepada realiti kehidupan oghang kelainan upaya OKU Da...
baghu baghu ni Rozita Che Wan satu famili sekali lagi telah berkesempatan untuk holiday bersama sama di Sydney Australia Pelbagai tempat menarik yang depa kunjungi macam La Perouse Beach The R...
Atlet Paralimpik negara Abdul Latif Romly menghadiahkan pingat emaih ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaihkan pesainnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 kughang upa...
Minggu ni akan berlangsung acara Tokyo Game Show iaitu acara femes yang melibatkan industri permainan video dan dunia interaktif Acara ni bukan saja mempromosikan syarikat dari Jepun bahkan dar...
Apple baghu saja melancaqkan iPhone 7 dan ia masih dok belum memasuki pasaran tempatan malah tarikh pelancaran jugak masih dok tak diketahui lagi Namun perkara ni tak menghentikan daripada ur...
Sony hari ni telah memulakan acara tahunan Tokyo Game Show depa dengan membuat beberapa pengumuman dan salah satunya adalah konsol PlayStation 4 dengan rekaan nipih yang mai bertemakan kepada perm...
depa yang bergelaq doktoq menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan dagin kambin pasai dagin kambin boleh jadi punca panaih badan Ada jugak doktoq yang kata kandungan lemak dan kolesterol...
Rasanya lebih kughang semua oghang fobia dan ketaq lutut dengan tikuih kan Lebih lebih lagi dengan kehadirannya di dalam rumah cukup mengazabkan Bayangkan hampa sentiasa dalam keadaan tak sele...
Jika semalam Atikah Suhaime bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar gambar yang kononnya dia melakukan aksi tak senonoh, tapi berbeza pula pendekatan yang diambil oleh Idris Khan.
Dia sebaliknya hanya meletakkan komen di Instagramnya dengan menjelaskan bahawa ada pihak yang dengkikan kejayaannya selama ini.
Bakal disatukan sebagai suami isteri 16 September ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pasangan Saharul Ridzwan, 27, dan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, telah melakukan sesi fotografi serta video pra-perkahwinan mereka bersama.
"Sneak peek of my life changer. InShaaAllah. Doakan yang baik-baik," kata Saharul di IGnya.
Terhimpit dengan kontroversi gambar bogel yang didakwa sebagai dirinya dan pelakon, Atikah Suhaime, Idris Khan dalam satu muatnaik gambar di Instagram bagai meluahkan perasaan terhadap apa yang menimpa dirinya itu.
Tidak memberikan kata putus sama ada gambar yang tersebar itu adalah dirinya atau tidak, pelakon lelaki ini seperti memberi bayangan seperti ada penganiayaan berlaku dalam satu perenggan ayat luahan hatinya itu.
“Biarkan kami menjadi bukti di atas setiap penganiayaan. Biarkan kami persembah erti sebenar kesetiaan persahabatan. Ingatlah rezeki itu datang bukan dari manusia, tetapi dari maha yang Esa,” jelasnya di laman sosial itu.
Selain itu, dalam antara luahannya yang lain adalah mengenai kesabarannya dalam menghadapi dugaan selain memuji kebesaran tuhan yang maha Esa.
Manakala bagi peminat setia Idris, mereka sentiasa memberi galakan dan juga dorongan kepada pelakon ini agar terus kuat dalam menghadapi dugaan yang mendatang. (rtky/s)
Tidak mahu mengulas lanjut tentang gambar bogel yang didakwa sebagai dirinya dan juga pelakon Idris Khan, Atikah Suhaime melalui Harian Metro menjelaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang berikutan perkara tersebut.
“Saya tengah belanja raya dengan mak saya,” jawabnya kepada portal berita tersebut. Sementara itu, Atikah turut menjawab persoalan peminat mengenai tindakan yang akan diambil.
“Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong,” jelasnya kepada peminat di laman Instagramnya.
Sebelum ini, nama Atikah Suhaime telah terpalit dengan kontroversi melibatkan dirinya, Idris Khan dan juga pelakon Ammar Alfian telah melakukan seks bersama. Tidak mudah melatah, Atikah menafikan sekerasnya perkara tersebut. (rtky/s)
Tidak menolak takdir dan jodoh, penyanyi yang tidak henti-henti dikaitkan dengan Erra Fazira iaitu Shahir menjelaskan bahawa dia tidak mahu bertangguh untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon wanita tersebut jika sudah tertulis ketentuannya begitu.
“Insya-Allah sebagai hamba-Nya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya. “Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuan-Nya”
“Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya. Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan. Insya-Allah,” jelasnya kepada BH Online.
Seperti yang umum ketahui, pasangan ini sudah lama mencuri perhatian peminat mengenai status hubungan mereka – sekejap kawan, sekejap memberi bayangan untuk berkahwin. Namun peminat pastinya mengharapkan Shahir dan juga Erra akan bersatu juga satu hari nanti. (rtky/s)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment