Monday, 9 January 2017

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 09 Jan 2017 12:34 PM PST

MySensasi


Mohd Faiz Subri Menang Anugerah Puskas 2016

Posted: 09 Jan 2017 12:10 PM PST

Alhamdulillah itulah ayat pertama yang diucapkan bila Mohd Faiz Subri Menang Anugerah Puskas 2016. FIFA Puskas Award adalah anugerah untuk jaringan gol tercantik sepanjang tahun dimana pemenang ditentukan oleh undian peminat bolasepak seluruh dunia. Mohd Faiz Subri telah pun melakar Read more…

The post Mohd Faiz Subri Menang Anugerah Puskas 2016 appeared first on Info Semasa.

Biodata Mohd Faiz Subri FIFA Puskas Award 2016

Posted: 09 Jan 2017 11:40 AM PST

Biodata Mohd Faiz Subri FIFA Puskas Award 2016. Siapakah Mohd Faiz Subri ? Nama ini mula melonjak selepas beliau membuat satu tendangan percuma melencong yang akhirnya tercalon dalam FIFA Puskas Award 2016. Satu tendangan yang boleh dikatakan melanggar hukum fizik Read more…

The post Biodata Mohd Faiz Subri FIFA Puskas Award 2016 appeared first on Info Semasa.

Lokasi Big Screen Majlis Pelancaran Jersi JDT 2017

Posted: 09 Jan 2017 07:36 AM PST

Lokasi Big Screen Majlis Pelancaran Jersi JDT 2017. Juara tiga kali berturut-turut Liga Super Malaysia iaitu JDT atau Johor Darul Ta`zim bakal melancarkan jersi terbaru mereka untuk musim ini pada 12 Januari. Majlis akan diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru Read more…

The post Lokasi Big Screen Majlis Pelancaran Jersi JDT 2017 appeared first on Info Semasa.

Sinopsis Drama Kerana Anisa Slot Samarinda TV3

Posted: 09 Jan 2017 06:35 AM PST

Sinopsis Drama Kerana Anisa Slot Samarinda TV3. Satu lagi drama menarik akan menemui penonton di TV3 bermula 9 januari 2017. Bakal menampilkan pelakon popular antaranya Zara Zya, Mustaqim Bahadon dan Fahrin Ahmad. SENARAI PELAKON Drama Kerana Anisa ini akan bersiaran Read more…

The post Sinopsis Drama Kerana Anisa Slot Samarinda TV3 appeared first on Info Semasa.

AMMBOI DOT COM

Posted: 09 Jan 2017 12:07 PM PST

AMMBOI DOT COM


FIFA PUSKAS AWARD 2017 LIVE ONLINE

Posted: 09 Jan 2017 08:01 AM PST

FIFA Puskas Award 2017 Live Online! Pada awal pagi esok, bakal berlangsungnya Anugerah Puskas FIFA 2017 (FIFA Puskas Award 2017). Faiz Subri merupakan satu-satunya calon dari Malaysia dan juga Asia untuk anugerah berprestij itu. Jika berdasarkan bilangan penonton video yang disiarkan oleh FIFA, jaringan sepakan percuma menakjubkan Mohd Faiz Subri terus mendahului dua pesaing lain. […]

The post FIFA PUSKAS AWARD 2017 LIVE ONLINE appeared first on AMMBOI DOT COM.

SENARAI PEMAIN KELANTAN 2017

Posted: 08 Jan 2017 08:52 PM PST

Senarai pemain Kelantan 2017! Kemelut isu penajaan pasukan Kelantan bagi musim 2017 nampaknya hampir selesai. Beberapa pihak sudah menyuarakan persetujuan untuk memberikan dana buat pasukan Kelantan. Pasukan Kelantan yang juga dikenali dengan jolokan The Red Warriors (TRW) dijangka memerlukan dana sekitar RM17 juta. Ia adalah untuk membiayai pasukan bagi musim 2017. Dalam pada itu, pihak […]

The post SENARAI PEMAIN KELANTAN 2017 appeared first on AMMBOI DOT COM.

SEMAKAN SENARAI HITAM BLACKLIST PTPTN

Posted: 08 Jan 2017 05:50 PM PST

Cara buat semakan senarai hitam blacklist PTPTN! Peminjam yang mempunyai tunggakan PTPTN akan disenarai hitam secara harian. Mereka akan disenarai hitam dalam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Peminjam juga akan disenarai dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS). Tindakan berkenaan akan dikenakan kepada mana-mana peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional […]

The post SEMAKAN SENARAI HITAM BLACKLIST PTPTN appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 09 Jan 2017 10:31 AM PST

KedahLanie.info


NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI......

Posted: 09 Jan 2017 07:32 AM PST

Shahbudin Husin,

Najib Razak akhirnya tidak mampu lagi terus berdiam diri berhubung tangkapan demi tangkapan oleh SPRM sejak kebelakangan ini dengan mengingatkan penjawat awam agar tidak mengambil hak rakyat serta menjauhi gejala rasuah.

"Langkah yang diambil sehari dua ini oleh SPRM mengingatkan pada kita bahawa jangan ambil hak rakyat. Itu rakyat yang punya.

"Jangan ambil hak rakyat sebab kita buat peruntukan, program disediakan segala-galanya, bajet untuk rakyat. Kalau berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan hilang keyakinan," kata Perdana Menteri dalam perhimpunan bulanan JPM pagi tadi.

Hehehehe...macam-macam tafsiran kedengaran bila Najib berkata demikian. 

Daripada orang besar-besar hingga penyepak kertas di kaki lima, semuanya hanya mampu senyum-senyum sambil mencebikkan bibir saja mendengarnya.

Ada yang memberi dua kerat pantun, "Mengata dulang paku serpih, diri sendiri lagi lebih" sebagai respon kepada kata-kata Najib itu.

Ada pula yang mengatakan Najib "telah menepuk dulang air sehingga basah memercik ke mukanya sendiri" bila mengingatkan penjawat awam menjauhi rasuah dan jangan mengambil hak rakyat.

Siapa penjawat awam?

Bukankah anggota pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada ahli kabinet juga merupakan mereka yang bertanggungjawab dan berperanan kepada orang awam?

Bahkan oleh kerana kuasa yang lebih besar yang ada pada anggota pentadbitan kerajaan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam  perkara-perkara tertentu yang melibatkan dasar, program dan tender-tender besar, keutamaan menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat itu sebenarnya jauh lebih mustahak lagi bagi mereka.

Penjawat awam pula hanyalah menjadi penyampai atau pelaksana kepada dasar-dasar  yang dilaksanakan itu.

Bermakna, dari segi tanggungjawab kepada orang awam atau rakyat dalam menjauhi rasuah serta tidak mengambil hak rakyat, kedua-duanya iaitu anggota pentadbiran dan kakitangan kerajaan biasa yang di bawah JPA, mempunyai tanggungjawab dan keutamaan yang sama untuk sama-sama mengelakkan diri daripada rasuah dan mengambil hak rakyat.

Kenapa hanya penjawat awam saja yang diberi ingatan, tetapi tidak kepada orang-orang politik yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan?

Apakah orang politik begitu suci dan bersih?

Dalam kes SRC International yang melibatkan mengalirnya wang RM42 juga ke akaun peribadi Najib misalnya, di mana beliau sendiri mengaku menerimanya tetapi mengatakan tidak tahu ia datang daripada syarikat tersebut, di mana hak rakyat telah diambil dalam perkara tersebut?

Tidakkah wang RM42 juta itu dikaitkan dengan pinjaman dana RM4 bilion daripada KWAP atau Kumpulan Wang Amanah Pencen yang diperolehi oleh SRC International melalui peranan yang dimainkan oleh Najib selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB?

Kalau penerima tidak diambil tindakan, bagaimana dengan pemberinya sedangkan ia melibatkan wang terkumpul orang-orang pencen yang boleh dimanfaatkan untuk perkara-perkara lebih besar dan berfaedah?

Sesuai dengan peringatan Najib agar "menjauhi rasuah dan jangan ambil hak rakyat" itu, tetapi kenapa sehingga ini dua Pengarah SRC International, Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin masih menghilangkan diri dan seolah-olah dilindungi?

Lagi pula, jika Najib mengatakan beliau tidak tahu wang yang diterimanya itu berpunca daripada SRC International dan menyangka ia adalah sebahagian daripada derma RM2,600 juta yang diterimanya daripada kerabat Diraja Arab, hujah itu seharusnya diadili oleh mahkamah, bukan di meja Peguam Negara?

Tidak hairanlah jika Bahri Mohd Zin, bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM lebih sanggup bersara awal daripada terus menanggung dosa kepada 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri,saya rasa amat berdosa kalau saya masih berkhidmat kerana agama kita secara jelas melarang untuk cenderung kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderung pun tak boleh, apatah lagi terus berkhidmat." 

Maka, kata-kata Najib pagi tadi sebenarnya langsung tidak bererti apa-apa. (SH 09/011/2017).

Apabila Nik Amar pening dan bercakap tanpa asas sebenar mengenai kerjasama AMANAH-UMNO di Kelantan

Posted: 09 Jan 2017 05:59 AM PST

KERJASAMA AMANAH-UMNO DI KELANTAN, BUKTI MOHD AMAR "PENING" BERCAKAP TANPA ASAS SEBENAR

AMANAH Kelantan menyelar tuduhan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan UmnoBN bagi menumbangkan Kerajaan PAS di negeri itu pada PRU14 tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamad, tuduhan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencerminkan pemimpin berkenaan ‘pening’ dalam mentafsir situasi sebenar politik di Kelantan.

“Bagi saya cakap-cakap Mohd Amar itu macam sudah pening dalam politik, dia cakap tanpa asas. Politik satu persepsi dan apa-apa tanggapan yang kita buat mesti ada asas.

“Jadi Mohd Amar sebut AMANAH dilihat bekerjasama dengan Umno untuk menjatuhkan PAS, apa asas kepada tuduhan beliau. Kita sendiri melihat PAS dengan jelas dalam banyak sudut bekerjasama dengan Umno,” katanya kepada Antarapos, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, kononnya AMANAH mungkin akan menjalinkan hubungan dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1978.

Dakwaan Mohd Amar itu dibuat berasaskan peristiwa di mana Umno bekerjasama dengan parti serpihan PAS, Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978 untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.

Tambah Ustaz Che Ibrahim, adalah mustahil akan wujud kerjasama tersebut memandangkan AMANAH ujarnya, begitu bersungguh-sungguh mahu menumbangkan Kerajaan BN dengan menyertai Pakatan Harapan.

“PAS sudah ‘maru’ (pening politik). Dia (Mohd Amar) tidak tahu apa-apa pun. Dia bercakap tidak tahu apa. Di saat kita Pakatan Harapan begitu bersungguh-sungguh menentang Barisan Nasional (BN).

“Dalam masa yang sama Pas dilihat acap kali bersama dengan Umno dalam RUU355, dalam isu Rohingya dan di Parlimen Pas berkali-kali berkecuali dalam setiap isu yang dibawa oleh Umno, tiba-tiba kita parti pembangkang yang dituduh bersama Umno-BN,” katanya lagi.

Pas kini sedang dalam proses untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dengan mencadangkan pindaan terhadap Rang Undang-undang 355 (RUU355) yang dibawa oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sekiranya diluluskan di Parlimen, kerajaan Umno-BN akan mengambil alih pembentangan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 daripada Hadi.

“Ceramah dan program Pas akhir-akhir ini dilihat tidak lagi menentang Umno termasuklah secara rasmi di Dewan Rakyat seumpamanya. Pas tidak lagi begitu bersikap keras dengan Umno.

“Tiba-tiba kita (AMANAH) yang sering bersikap keras dengan Umno pula dituduh untuk bersama dengan Umno. Jadi bagi saya, itu satu bacaan politik yang tidak ada asasnya,” ulas Ustaz Che Ibrahim. - Amanahdaily.com

MCA tetap tolak Himpunan 355, Gerakan sokong DBKL larang guna Dataran Merdeka

Posted: 08 Jan 2017 06:16 PM PST

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, menegaskan parti itu akan menghadiri Himpunan 355 yang dianjurkan oleh Pas pada 18 Februari depan dan keputusan itu senada dengan pendirian MCA selama ini yang menolak Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita tidak akan menghadiri (perhimpunan Pas). Malah kita menyeru supaya tidak diadakan perhimpunan tersebut kerana ia akan menimbulkan masalah di antara agama," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Chew yang ditanya sama ada MCA telah bermesyuarat sebelum memutuskan perkara berkenaan berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian.

"Tak perlu kita bermesyuarat kerana ini adalah pendirian kita, bahawa tidak akan menyokong apa yang dicadangkan oleh Pas," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Biro Undang-Undang Pemuda Gerakan, Chai Ko Thing mengalu-alukan keputusan DBKL melarang Pas daripada mengadakan Himpunan 355 di Dataran Merdeka.

Ko Thing berkata, walaupun Gerakan menghormati hak untuk berhimpun secara bebas, adalah tidak sesuai apabila Pas memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan.

"Pas merancang untuk mengadakan perhimpunan besar dan lain-lain himpunan yang seakan-akan sama dengan Bersih, ia boleh menyebabkan gangguan awam," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, motif di sebalik perhimpunan itu adalah 'sangat mencurigakan' kerana kerajaan telah mengumumkan bahawa satu kajian mendalam akan dijalankan ke atas pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.

Ko Thing menambah bahawa memandangkan kerajaan akan mengambil alih perkara ini masa akan datang, tiada sebab untuk PAS mengadakan perhimpunan mega tersebut untuk mempamerkan kekuatannya.

Terdahulu, Pas telah mengumumkan akan menganjurkan Himpunan 355 pada 18 Februari depan sebagai satu lagi usaha memberi penerangan bersabit cadangan pindaan RUU 355, yang telah melalui dua kali penangguhan di Parlimen.

Cadangan pindaan tersebut menurut Pas adalah untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tujuan penganjuran himpunan itu juga adalah untuk 'memurnikan suasana' ekoran sikap sesetengah pihak yang tidak bersetuju terhadap langkah itu.

Himpunan yang turut dianjurkan secara bersama dengan NGO dan aktivis itu turut menjemput kehadiran parti-parti politik termasuk DAP, AMANAH dan parti-parti komponen dalam BN.

MCA sebelum ini lantang menolak RUU 355 dengan memberi alasan ia bercanggah dengan dasar penubuhan Malaya.

Mereka juga menyatakan kebimbangan masyarakat Cina bahawa cadangan Pas itu sebagai usaha untuk melaksanakan hudud di negara ini yang akhirnya akan menyebabkan sistem perundangan Malaysia akan terbahagi kepada dua. (Amanahdaily.com)

Demi Melayu, Berjasa enggan lawan di kerusi Umno

Posted: 08 Jan 2017 06:07 PM PST

OLEH SYED JAYMAL ZAHIID
Published: January 8, 2017 04:44 PM GMT+8


Timbalan presiden Berjasa Datuk Hasyim Karim semasa sidang media di Kuala Lumpur pada 8 Januari 2017. — Foto oleh Mohd Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 8 Jan— Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) mengumumkan tidak akan bertanding di kerusi yang ditandingi Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan presiden kepada parti rakan sekutu PAS itu berkata dasar terbabit merupakan sebahagian daripada usaha untuk meneruskan kelangsungan dominasi kaum Melayu dalam politik.

“Di mana sahaja Umno bertanding kita akan berundur,” kata Datuk Hasyim Karim kepada Malay Mail Online.

“Kita mahu pastikan dalam Parlimen, Melayu-Islam yang kawal.”

Berjasa pada September tahun lalu menyertai PAS dan Ikatan membentuk blok ketiga pembangkang untuk berdepan PRU14.

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/demi-melayu-berjasa-enggan-lawan-di-kerusi-umno#sthash.SKEfLmws.dpuf

PRU14: Berjasa Umum Tanding 50 Kerusi Di Kawasan Majoriti Melayu Islam

Posted: 08 Jan 2017 03:53 PM PST

Oleh Siti Fatimah Ishak

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) mengumumkan akan bertanding 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Presidennya, Brigader Jeneral (B) Datuk Hashim Karim berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan suara majoriti Islam berada di Parlimen dan ia adalah tanggungjawab parti itu untuk rakyat.

Bagaimanapun katanya, Berjasa hanya akan bertanding di kawasan majoriti Melayu Islam tetapi ketika ini dipegang oleh ahli Parlimen bukan Islam.

“Makna kata, Berjasa tidak akan bertanding di kawasan yang ada calon Melayu.

“Jika Barisan Nasional, PAS, hantar calon Melayu, kita tidak akan bertanding di kawasan itu, sebaliknya kalau DAP, MCA, MIC hantar calon di kawasan majoriti Islam, kita akan hantar calon di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Putra hari ini.

Ditanya mengenai Parlimen dan DUN yang akan dipilih kelak Hashim berkata, setakat ini pihaknya telah membuat senarai pendek kawasan yang menjadi fokus utama.

“Jika dalam PRU13 hanya 9 kawasan dipilih, sekarang kita jauh ke depan, kita bertanding 50 kawasan.

“Antaranya di negeri Selangor, Johor, Perak dan beberapanegeri ini, yang pasti kita tidak akan bertanding di Kelantan dan Terengganu,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas samada Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) turut bertanding dalam PRU14 Hashim berkata, semua itu dalam perbincangan.

“Ketika PRU13 pun, mereka bertanding sebagai ahli Berjasa, jadi untuk akan datang, berapa kerusi yang dipertandingkan, kita akan adakan perbincangan,” katanya.

Mengulas lanjut Hashim berkata, keputusan Berjasa untuk bertanding di kawasan majoriti Islam ini bukan untuk bersikap rasis.

“Apa yang dilakukan demi kepentingan bangsa. Suka tidak suka setiap bangsa pasti akan mempertahankan bangsa masing-masing.

“Kita mahu pertahankan kuasa politik orang Melayu. Apa lagi yang tinggal selain kuasa politikk? Kalau yang tu hancur, kita akan hilang terus kuasa,” katanya.

APA KATA JIKA NAJIB YANG PERTAMA MENYOKONGNYA?

Posted: 08 Jan 2017 02:49 PM PST

Shahbudin Husin, 

Setiap hari ada saja tangkapan berkaitan rasuah berlaku di negara kita dengan jumlah wang tunai, barang kemas, beg tangan atau simpanan di bank yang dirampas agak memeranjatkan kita semua.

Tetapi, daripada tangkapan melibatkan pegawai rendah sehinggalah kepada seorang Ketua Setiausaha baru-baru ini, malangnya kita masih belum mendengar ulasan Najib Razak selaku Perdana Menteri dan ketua negara mengenainya.

Ketika tangkapan demi tangkapan dilakukan SPRM, Najib sebaliknya lebih teruja memperkatakan mengenai Leo, kucing baru yang dimilikinya.

Di Thailand, negara tetangga kita, mereka kini sedang dalam proses menguatkuasakan hukuman mati bagi penjawat awam yang didapati bersalah kerana rasuah.

Cadangan yang dijangka akan diputuskan esok itu adalah sebagai langkah mengekang gejala rasuah di kalangan penjawat awam yang semakin membimbangkan.

Di negara kita, melihat kepada trend tangkapan demi tangkapan melibatkan penjawat awam kebelakangan ini, termasuk yang tidak didakwa, tetapi menjadi perbualan umum mengenai kesahihannya, rasanya ramai yang mulai bersetuju agar hukuman lebih berat sehingga dihukum mati, sepatutnya turut dijatuhkan bagi kesalahan rasuah berat.

Hukuman denda dan penjara jelas tidak lagi menakutkan bagi pelaku rasuah yang semakin tamak dan haloba. Untuk itu, negara kita juga seharusnya melangkah ke arah hukuman mati sebagai pengubat kepada rasuah yang boleh menghancurkan negara itu.

Apa kata jika Najib yang selama ini hanya berdiam diri mengenai rasuah, menjadi yang pertama menyokong langkah Thailand itu sambil menimbang untuk melaksanakannya juga di negara kita? 

Saya akan menjadi yang pertama juga memuji Najib jika beliau berani melakukannya. (SH 08/01/2017).

Apa hukum jika tak hadir himpunan raksasa menyokong RUU355 nanti?

Posted: 08 Jan 2017 12:12 PM PST

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi,

Apa hukum orang Pas yg tak hadir himpunan sokong RUU 355 18 Feb akan datang?

Apa hukum Datuk Bandar KL yg tak akan benarkan Dataran Merdeka digunakan utk berhimpun?

Apa hukum orang yg dijemput hadir tapi tak hadir?

Jika mereka tidak hadir, dimanakah mereka akan dikebumikan jika mati?

Abu As Siddiq : 7 Alasan kenapa Hj. Hadi tidak layak menjadi PM

Posted: 08 Jan 2017 12:02 PM PST

Menjawab dengan alasan kenapa 7 Kelebihan Jika Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Jadi PM Malaysia perlu disanggah. (Nota yang dihitamkan)

1. TGHH andai menjadi PM adalah individu yg pertama yg jadi PM yg boleh jadi Imam solat. (Pasti kita akan tengok live solat Jumaat yg diimamkan oleh PM.

*NOTA:* DSAI & TS Muhyiddin antara Pemimpin politik yg mendahului Pemimpin lain dalam mengimamkan solat termasuk solat Jumaat.

2. TGHH fasih berbahasa Arab dan punya pengaruh yang baik dikalangan negara rantau Arab. (Contohnya kes Perang Teluk dahulu sehingga Saddam memanggil TGHH untuk meminta buah fikiran beliau dan terbaru krisis Syria peranan beliau diakui Kerajaan Turki). Ini boleh menarik para pelabur di sana bg datang melabur ke negara kita. Umum mengetahui negara-negara di barat menerima pelaburan yang sangat tinggi dari negara benua Arab.

*NOTA:* DSAI lebih dikenali oleh Pemimpin Timur Tengah dan boleh berbahasa Arab (kurang petah) walaupun terpaksa mengunakan jurubahasa. Memadai untuk seorang pemimpin. Apa yg penting idea dan matlamat penyatuan mengelakan konflek etnik dan agama masyarakat antarabangsa.

3. Ketika menjadi MB negeri Terengganu beliau adalah MB yg sukar ditumbangkan. Beliau tidak pernah memiliki sebarang rekod rasuah. (Sehingga UMNO terpaksa menggunakan pengundi luar atau pengundi hantu utk menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu sebagaimana yg pernah didedah oleh Datuk Husam Musa). Bahkan Tun Mahathir atas nasihat beberapa Tokoh UMNO Terengganu terpaksa menarik royalti minyak untuk mensabotaj pentadbiran beliau. Tetapi dengan hasil lain seperti keuntungan berganda TDM itu telah melonjakkan imej kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin PAS.

*NOTA:* Sbb utama kerajaan pas Terengganu bertahan hanya setahun. Berharap apa yg telah ada di Terengganu. Tidak ada idea ekonomi utk rakyat. Mengasingkan rakyat yg tidak menyokong pas. Angkuh dalam pentadbiran.

4. Kehidupan beliau yang sangat sederhana menjadi bukti bahawa beliau pemimpin rakyat dan bukan pemimpin beberapa kerat. Lihat sahaja teratak kayu beliau di sebelah Masjid Rusila Marang.

*NOTA:* Akhlak ATGNA dan ATGFN tidak menjadi tauladan kepada TGHA. Sehingga sering bertukar kenderaan mewah. Termasuk anak menantu beliau serta orang2 kanan. Kepercayaan kpd wala' un sekeliling beliau telah merialisasi apa yg rakyat lihat sekarang ini.

Punca pengecai "list nama pilihan ulama" dalam Muktamar di Kuala Selangor. Hasilnya Parti Amanah. Beliau tidak menghormati keputusan jemaah dlm pas apatah lagi jemaah pakatan rakyat.

Teratak kayu dari luar dalaman istimewa termasuk kereta mewah peribadi termasuk keluarga. Jauh dari akhlak ATGNA & ATGFN.

5. Hubungan baik beliau dengan Sultan-Sultan Melayu di Malaysia akan menjadikan pentadbiran kerajaan lebih baik kerana Malaysia adalah negara Beraja yang bersistemkan Demokrasi Berparlimen.

*NOTA:* Hubungan baik terhadap ketua negara/negeri yakni Raja2 bukan alasan pentadbiran baik. Apa yg penting seseorang Pemimpin negara/negeri bijak berbelanja, cerdik cari wang tidak rasuah tidak mkn dedak dan senang didekati rakyat.

6. Corak kepemimpinan beliau yang tegas pada prinsip menjadikan beliau PM yang tak boleh dijual beli oleh mana-mana pihak. Ini terbukti terhadap ketegasan beliau terhadap parti DAP dalam pelbagai isu, termasuk isu Dokumen Negara Islam, Kes MB Selangor dan buku Hadarah Islamiyyah.

*NOTA:* Wala' terhadap perjuangan dan parti sangat bahaya jika pemimpin sangat berkuasa. Penyelewengan mudah berlaku seperti mana perdana menteri sekarang.

Keputusan jemaah adalah yg terbaik malah ianya saranan dalam Islam.

7. Faktor yang paling kuat juga ialah kerana beliau adalah Presiden sebuah parti yang mewakili sejuta ahli dan mula menerima sokongan pengundi Melayu Islam dari pelbagai parti yang lain hatta UMNO sekalipun. Dengan kempen politik matang dan sejahtera banyak pengundi UMNO dilihat mula meninggalkan sokongan kepada Najib dan memilih beliau. Parti PKR yang agak akrab dan mesra DAP dilihat kini sedang berpecah, Parti Bersatu terpalit pelbagai skandal walau masih baru dan PAN yg dilihat terlemah menerusi siri kempen mereka (melalui jumlah kehadiran) walau dibarisi oleh bekas-bekas pimpinan PAS yang tewas dalam pemilihan.

*NOTA:* Satu lagi pembohongan pas bila mana cuba menyembunyikan kerjasama erat pas umno. Kononnya ianya adalah politik bijak.

Hakikat sebenar sejuta ahli.kini telah berkurang, tiada permohonan baru. Demikian juga umno. Dua parti zaman dinasour penjajah ini tidak lagi relevance kpd rakyat.

Tuduhan terbabit skandal oleh pemimpin Amanah adalah satu lagi pembohongan seorang ustaz pas ini yg kononnya mereka pas lebih suci. Sehingga saman terhadap WSJ & SR masih tak mampu dirialisasikan krn tuduhan dedak 90 juta.

Pas sebenar telah hilang arah dan hanya menunggu tercipta sejarah kejatuhan di zaman Tgha ini.

Bangsa cina dan India telah pun hilang kepercayaan kpd pas. Sejarah menang paling bnyk kerusi pada pru13 iaitu 23 kerusi tidak mungkin tercapai lagi tanpa kerjasama pakatan harapan. Umno secara total memang sentiasa cari peluang memecah belahkan pembangkang. Lihat saja RUU355 hanya ritorik semata akhirnya umno mengambil alih atas nama kerajaan. Pas wajib tertipu lagi ketika peringatan ATGNA tidak diindah oleh tgha.

Oleh : Ust Abi Ahmad

Nota: Oleh Abu As Siddiq

OhDunia.My

Posted: 09 Jan 2017 08:45 AM PST

OhDunia.My


Gambar Siti Nurhaliza Disalahguna Untuk Lariskan Produk Seks

Posted: 08 Jan 2017 11:59 PM PST

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang mendakwa pasangan itu menggunakan produk berkenaan.


Gambar Siti Nurhaliza Disalahguna Untuk Lariskan Produk Seks

Baca selengkapnya

Foto Pramugari Pesawat Indonesia Dukung Nenek Tua Jadi Viral

Posted: 08 Jan 2017 11:39 PM PST

Indonesia - Sekeping foto yang merakam seorang pramugari mengendong seorang nenek tua yang dipercayai penumpang pesawat Garuda Indonesia penerbangan GA821 Kuala Lumpur-Jakarta menjadi viral di media sosial sejak semalam.


Foto Pramugari Pesawat Indonesia Dukung Nenek Tua Jadi Viral

Baca selengkapnya

Yusry KRU Ceritakan Keadaan Terkini Isterinya, Lisa Surihani

Posted: 08 Jan 2017 11:30 PM PST

Yusry Abdul Halim berkongsi cerita dan pengalaman bersama isterinya yang kini sedang hamil anak kedua mereka.


Yusry KRU Ceritakan Keadaan Terkini Isterinya, Lisa Surihani

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 09 Jan 2017 02:27 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Ibu Lebih Panjang Umoq Kalau Anak Lebih Meluangkan Masa Bersamanya

Posted: 09 Jan 2017 12:12 AM PST


Mengajak nenek menyertai hampa pada makan malam dapat memanjangkan umoqnya dan kualiti hidupnya berdasaqkan kajian Para pengkaji di Universiti California San Francisco mendapati bahawa kesunyia...

Gambaq Datuk Siti Nurhaliza Digunakan Tanpa Kebenaran Untuk Lariskan Produk Seks

Posted: 08 Jan 2017 10:52 PM PST


Umum mengetahui penyanyi Datuk Siti Nurhaliza masih dok belum mempunyai rejeki untuk menimang anak selepaih lebih kughang 11 tahun mendirikan rumah tangga Dikala ghamai yang mendoakan semuga Siti...

Padah Berselfie Tiga Remaja Bawah Umoq Kena Tahan Ceroboh Tangki Simpanan Ayaq Bukit Sentosa Hulu Selangoq

Posted: 08 Jan 2017 10:34 PM PST


Tiga oghang remaja bawah umoq yang asyik berselfie dengan menceroboh Tangki Simpanan ayaq Bukit Sentosa telah kena tahan pihak polih Kejadian yang berlaku pada 5 01 2017 jam 1855 hrs tang mana p...

Parti Bersatu Import Oghang Luaq Jadi Ahli Di Parlimen Bagan

Posted: 08 Jan 2017 10:32 PM PST


09 01 2017 Dalam satu laporan media Parti Pribumi Bersatu Malaysia PPBM mengakui menerima 200 keahlian dari ahli UMNO di Parlimen Bagan semasa satu majlih penyerahan borang keahlian kemarin ...

Yusry Dan Lisa Surihani Belum Sedia Kongsi Jantina Anak Kedua

Posted: 08 Jan 2017 07:52 PM PST


baghu baghu ni Yusry menerusi akun Instagramnya mengumumkan isteri tersayang Lisa Surihani la nih sedang mengandung anak kedua depa berita tu buat peminat depa gembira dan tak henti mendoakan ke...

200 Penyokong Tegaq Anwar Berhimpun Dihadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Posted: 08 Jan 2017 07:32 PM PST


Georgetown 09 01 2017 Sekumpulan 200 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpoi dihadapan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi ni bagi memberi sokongan kepada pemimpin pujaan depa tu didalam satu...

Kenapakah Pelan Prabayaq Xpax Lebih Mudah Difahami Dan Tawaq Lebih Nilai

Posted: 08 Jan 2017 06:52 PM PST


Akhiaq tahun lepaih pelan Xpax dari Celcom telah pun dikemaskini dengan kuota data yang tak dibahagikan Dengan kata lain pelan yang ditawaqkan noKelentong iaitu terma yang tak menipu mahupun m...

5 Lokasi Palin Menyeramkan Di Dunia

Posted: 08 Jan 2017 06:32 PM PST


Lima lokasi ni barangkali antara lokasi yang palin tak mau dijejaki manusia pasai bukan setakat menyeramkan sejarahnya saja boleh menaikkan bulu roma sapa sapa saja mai kita tengok 5 lokasi palin...

Peti Sejuk Lg Smart Instaview Membawa Hampa Semua Akses Dengan Lebih Bijak Untuk Dapoq Hampa Semua

Posted: 08 Jan 2017 05:04 PM PST


Ia adalah satu peralatan yang munkin palin banyak digunakan dalam rumah kita peti sejuk LG telah melancaqkan satu peti sejuk yang palin innovatif setakat ni dikenali sebagai Peti Sejuk LG Smart ...

Konnecti1 Membolehkan Hampa Semua Menyambung Ke Rangkaian Wifi Lebih Daripada 100 Negara Pada Kadaq Tempatan

Posted: 08 Jan 2017 05:02 PM PST


kalau hampa semua sentiasa mengembara untuk gheja atau percutian sebenaqnya benda yang palin mahai selain daripada tiket penerbangan dan tempat penginapan adalah caj perantauan hampa semua Ya t...

Kami Baghu Menikah Masih Dok Terlalu Awai Untuk Tanya Kami Soai Zuriat Amar Baharin

Posted: 08 Jan 2017 01:52 PM PST


walaupun baghu saja mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 pasangan Amaq Baharin dan Amyra Rosli dah dihujani dengan pertanyaan bilakah agaknya depa bakai mendapatkan zuriat ghamai yang d...

Terlalu Sukakan Nutella Tengok Apa Yang Lelaki Ni Laku

Posted: 08 Jan 2017 12:14 PM PST


sapadia yang tak sukakan Nutella Coklat hazelnut ni mampu buat oghang lemah lutut ghamai yang suka makan coklat ni teruih dari bekaihnya menyapu ataih roti atau penkek atau membuat minuman N...

Remaja 14 Tahun Berjaya Menghasilkan Lebih Rm30 Juta Melalui Lukisannya

Posted: 08 Jan 2017 12:12 PM PST


masa Autumn de Forest berumoq 5 tahun dia mula memegang beruih lukisan buat kali pertama Autumn menceghitakan kisahnya dengan penuh keyakinan yang hanya berumoq 14 tahun dah melalui beratuih te...

Nelydia Senrose Komen Isu Adik Beradiknya Yang Serin Jadi Bahan Kritikan Netizen

Posted: 08 Jan 2017 10:56 AM PST


Kehadiran adik beradik Senrose macam Nelydia Uqasha dan Raysha serin mencurik tumpuan ghamai dari segi kerjaya penampilan dan ceghita cinta depa depa boleh ghamai dok kata antara keluarga artis...

Fasha Sandha Dah Terbuka Hati Untuk Mendirikan Rumah Tangga

Posted: 08 Jan 2017 10:54 AM PST


lebih kughang setahun bercerai dengan bekaih suamianya Jejai la nih pelakon Fasha Sandha telah membuka pintu hatinya untuk menerima cinta dan berharap akan bertemu jodoh serta menikah sebelum anak...

Along Cham Sudai Temui Pengganti Zila Seeron

Posted: 08 Jan 2017 10:52 AM PST


Umum mengetahui pelawak dan pelakon Along Cham dah bercerai talak satu dengan bekaih pelajaq AF 4 Zila Seeron sekitaq bulan Ogos 2016 selepaih menghadapi kemelut rumah tangga yang penuh dengan go...

Dilarang Untuk Perkatakan Perkara Ni Di Dalam Perhubungan

Posted: 08 Jan 2017 09:12 AM PST


Dalam perhubungan konfem ada perkara yang perlu dielakkan untuk mengelakkan pergaduhan ataupun perpisahan Salin memahami dan tolak ansoq merupakan perkara utama untuk melayari perhubungan yang gem...

10 Tempat Palin Berhantu Dan Menyeramkan Di Malaysia

Posted: 08 Jan 2017 06:32 AM PST


Tahukah hampa tang mana tempat tempat palin berhantu dan menyeramkan di Malaysia Sebenaqnya terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan palin berhantu di Malaysia barangkali pasai terlalu b...

7 Perkara Rakyat Malaysia Tak Boleh Hidup Tanpanya

Posted: 08 Jan 2017 06:12 AM PST


Setiap negara mempunyai identiti atau keunikannya yang tersendiri macam negara Jepun yang femes dengan pengeluaq mesin dan robot Tak kughang jugak dengan makanannya sushi dan wasabi begitu jug...

Mengalami Masalah Hyperhidrosih Lelaki Ni Berkongsi Perasaannya

Posted: 08 Jan 2017 03:12 AM PST


sapadia sama macam cheq Kita speselTapak tangan dan tapak kaki selului basah beraiaq walaupun dlm bilik ayaq cond Nampak tak sambey baring2 pun tapak tangan keluaqkan losyen dia sendiri hihi c...

beautifulnara

Posted: 09 Jan 2017 01:56 AM PST

beautifulnara


Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Bakal Berkahwin 31 Mac Ini

Posted: 09 Jan 2017 01:48 AM PST

Setelah lama membiarkan peminat berteka-teki, pelakon Sharnaaz Ahmad hari ini mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac ini.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu sidang media khas yang diadakan oleh Sharnaaz sebentar tadi di Clubhouse Duta Tropika.

Difahamkan, majlis pernikahan akan diadakan pada sebelah malam di kediaman pengantin perempuan secara tertutup.

Kami bakal mengadakan tiga acara berasingan iaitu akad nikah, resepsi sebelah pengantin perempuan di sebuah hotel di ibu kota pada 2 April dan majlis keluarga saya di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 16 April.

Sementara ini, majlis akad nikah akan diadakan secara tertutup, namun kami akan menyediakan jurugambar rasmi pada acara berkenaan. Bagaimanapun semuanya masih dalam perbincangan.

Sharnaaz memberitahu beliau akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isteri, berbalas tujuh. Walaubagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Sharnaaz dan Noor Nabila sudah bercinta hampir dua tahun lamanya. Mereka mula berkenalan sekitar tahun 2015. Kemudian Sharnaaz telah menghantar rombongan merisik pada Disember tahun lalu.

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan yang sama cantik sama padan ini, semoga segala perancangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila untuk hari bahagia mereka akan berjalan lancar. Harapnya perkahwinan yang dibina akan kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram Sharnaaz Ahmad

Foto Datuk Siti Nurhaliza Digunakan Tanpa Kebenaran Untuk Lariskan Produk Seks

Posted: 08 Jan 2017 07:51 PM PST

Umum mengetahui penyanyi Datuk Siti Nurhaliza masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata selepas hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga. Dikala ramai yang mendoakan agar Siti Nurhaliza berpeluang menjadi ibu, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi berkenaan dengan menggunakan foto Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid untuk melariskan produk perangsang seks.

Menerusi portal Kosmo Online, iklan berkenaan disiarkan menerusi laman Instagram pengguna yang disertakan dengan pautan kepada satu artikel berkaitan masalah mati pucuk yang difitnah berlaku didalam rumah tangga Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid.

Malah, pihak tidak bertanggungjawab itu juga memberitahu bahawa pasangan berkenaan turut menggunakan produk seks tersebut.

Siti Nurhaliza akui merasa terkejut dengan perkara berkenaan kerana foto beliau digunakan tanpa kebenaran demi mengaut keuntungan.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya.

Sekarang memang ramai manusia yang menggunakan nama selebriti dan mengambil kesempatan terhadap mereka demi melariskan sesuatu produk. Semoga Datuk Siti Nurhaliza dan suami tabah menghadapi dugaan ini. Harapnya peniaga ubat berkenaan dapat dibawa ke muka keadilan.

Sumber Berita : Kosmo Online

Yusry Dan Lisa Surihani Belum Sedia Kongsi Jantina Anak Kedua

Posted: 08 Jan 2017 05:41 PM PST

Baru-baru ini Yusry menerusi akun Instagramnya mengumumkan isteri tercinta, Lisa Surihani kini sedang hamil anak kedua mereka. Berita itu membuatkan peminat mereka gembira dan tidak henti mendoakan kesejahteraan Lisa dan bayi didalam kandungan.

Yusry akui Lisa sudah membuat imbasan kehamilan dan mengetahui jantina anak mereka. Walaubagaimanapun, Yusry ingin merahsiakan jantina anaknya dan mahu memberikan kejutan buat semua.

Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini.

Pada masa yang sama, Yusry memberitahu pengalaman kehamilan yang pertama membuatkan Lisa kelihatan lebih tenang ketika mengandung anak kedua ini.

Alhamdulillah kandungan Lisa sudah pun memasuki bulan keenam dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan lebih mudah. Lisa lebih tenang dengan kandungan kedua ini mungkin kerana sudah ada pengalaman dengan anak pertama sebelum ini.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Mereka sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.

Sumber Berita : mStar Online

(TAHNIAH) Sharifah Sakinah Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Posted: 08 Jan 2017 04:49 PM PST

Sedang hamil lima bulan dan dijangka bakal melahirkan anak sulungnya sekitar bulan Mei nanti, pelakon Sharifah Sakinah merasa syukur kerana beliau diberikan peluang untuk hamil sekali lagi selepas mengalami keguguran selepas mengerjakan ibadah umrah sebelum ini.

Alhamdulillah, saya bersyukur mendapat rezeki hamil lagi. Keguguran tahun lalu tak memberi apa-apa tekanan.  Saya anggap ketika itu, tak ada rezeki. Saya lalui kehidupan seperti biasa.

Cuma tak sangka, sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada Februari tahun lalu, saya dan kakak, Sharifah Shahirah sama-sama hamil.

Lebih menggembirakan lagi, beliau dan suami Aliff Adha dikatakan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Suami saya bukan kepalang seronok kerana memang nak anak perempuan. Apatah lagi, dia tidak ada beradik perempuan.  Bakal anak saya ini akan menjadi cucu pertama untuk keluarga suami. Sebelah saya pula, ini cucu yang ke-17.

Alhamdullillah dan tahniah buat Sharifah Sakinah dan suami yang bakal menimang cahaya mata perempuan yang diidamkan tidak lama lagi. Kami doakan agar segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kami Baru Kahwin Masih Terlalu Awal Untuk Tanya Kami Soal Zuriat – Amar Baharin

Posted: 08 Jan 2017 12:00 PM PST

Walaupun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016, pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli sudah dihujani dengan pertanyaan bilakah agaknya mereka bakal mendapatkan zuriat. Ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat pasangan ini menimang cahaya mata.

Menurut Amar, urusan untuk mendapatkan zuriat adalah diluar kemampuan mereka suami isteri. Amar sedikit pun tidak pernah mendesak Amyra untuk hamil dalam waktu terdekat kerana percaya rezeki untuk menimang cahaya mata juga terletak pada takdir yang ditentukan oleh Allah SWT.

Sebenarnya masih terlalu awak untuk memperkatakan tentang perkara ini. Tidak adil juga untuk menilai kami sebagai pasangan suami isteri yang masih hijau dalam alam rumah tangga ini.

Apa yang mampu dilakukan adalah doa yang baik-baik daripada semua buat kami berdua. Sebab perkara ini membabitkan rezeki.

Sekarang ini pun rezeki yang mendatang membabitkan kami sudah melimpah ruah. Kami bersyukur kerana apa yang diharapkan selama ini menjadi kenyataan.

Masyarakat kita sebenarnya tidak boleh lari dengan soalan tentang cahaya mata meskipun baru mendirikan rumah tangga beberapa bulan.  Soal cahaya mata ini tidak boleh dipaksa juga kerana ia bergantung kepada rezeki dan takdir. Doakan yang baik-baik sahaja buat Amar Baharin dan Amyra Rosli, inshaAllah satu hari nanti pasti mereka berpeluang untuk menjadi ibu dan bapa.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Nelydia Senrose Komen Isu Adik Beradiknya Yang Sering Jadi Bahan Kritikan Netizen

Posted: 08 Jan 2017 10:30 AM PST

Kehadiran adik beradik Senrose seperti Nelydia, Uqasha dan Raysha sering mencuri tumpuan ramai dari segi kerjaya, penampilan dan kisah cinta mereka. Mereka boleh dikatakan antara keluarga selebriti popular.

Apabila sudah popular, tentu sekali ada juga sesetengah pihak yang sering mencari kesalahan dan sering menngkritik mereka.

Berbicara mengenai isu tersebut, Nelydia akui kehidupan ini tidaklah selalu indah dengan pujian semata-mata.

Orang akan sentiasa bercakap walaupun kami tak buat apa-apa. Apatah lagi kalau ada isu yang timbul.  Macam nilah, saya rasa baik saya, Uqasha mahupun Raysha, tiada antara kami yang mampu menutup mulut orang. Apa yang kami boleh buat ialah berikan yang terbaik pada kerja dan industri. Masing-masing mainkan peranan. Yang mana mahu berlakon, teruskan. Yang mana mahu bisnes atau belajar, juga teruskan.

Namun, ia tidak bermaksud mereka tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh orang ramai tetapi mereka tahu bahawa orang tetap akan cuba mencari sesuatu perkara yang boleh dibicarakan berkaitan dengan mereka.

Ia bukan bermaksud kami dah tak peduli apa orang nak kata, cuma iyalah, kita semua tahu orang diluar sana akan sentiasa punya benda untuk diperkatakan. Dari sudut positif, ya, mungkin mereka sebenarnya prihatin dengan kami bertiga. Kalau dalam bab itu, syukur juga.

Susah untuk puaskan hati semua pihak tetapi kalau kita layan setiap kritikan orang, memang boleh berikan tekanan juga. Bak kata Nelydia, mulut orang kita tidak boleh tutup dan terima sahajalah jika mereka ingin berkata-kata.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Fattah Amin Enggan Komen Tujukan Lagu ‘Wanita Terakhir’ Buat Neelofa

Posted: 08 Jan 2017 10:00 AM PST

Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin telah melancarkan single keduanya, Wanita Terakhir dan ia mendapat sambutan yang agak baik daripada peminat.

Setelah mendengar lagu berkenaan, ada spekulasi yang mengatakan lagu tersebut yang dicipta oleh Aizat Amdan, Anas dan Mel Ramlan itu sebenarnya ditujukan khas buat Neelofa.

Iyalah, mereka memang tengah hangat digosipkan sedang bercinta meskipun kedua-duanya menutup mulut mengenainya.

Berbicara mengenai lagu berkenaan yang kononnya ada kaitan dengan Neelofa, Fattah bagaimanapun tidak mahu mengiyakan atau menidakkan perkara berkenaan.

Terpulang pada persepsi pendengar untuk menganggap lagu terbaru saya itu untuk siapa. Pastinya pada saya sendiri Wanita Terakhir itu didedikasikan kepada "si dia" tanpa mahu menyatakan individu terbabit secara nyata.

Jika kita amati lirik lagu Wanita Terakhir, memang agak mendalam juga maksudnya bukan? Apa pula pendapat anda, benarkah lagu berkenaan khas untuk pujuk hati Neelofa?

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : YouTube SY4ZW4NZ4INI

Along Cham Sudai Temui Pengganti Zila Seeron?

Posted: 08 Jan 2017 09:30 AM PST

Umum mengetahui pelawak dan pelakon, Along Cham sudah bercerai talak satu dengan bekas pelajar AF 4, Zila Seeron sekitar bulan Ogos 2016 selepas menghadapi kemelut rumah tangga yang penuh dengan kontroversi.

Terbaru, Along dikatakan sudah menemui pengganti apabila memuat naik satu foto di akaun Instagramnya yang membawakan banyak maksud tersirat apatah lagi beliau juga menyertakan hashtag rusuk kiri.

Rata-rata pengikut beliau di Instagram mendoakan yang terbaik buat dirinya dan ada yang berharap agar segala perancangan Along buat masa depannya itu berjalan lancar.

Jika benar Along sudah bertemu pengganti dan merencana untuk berkahwin lagi, ia adalah satu berita yang agak baik. Kami mendoakan agar  segala yang dirancang oleh Along akan dipermudahkan dan inshaAllah perkahwinan kali ini dapat kekal sehingga akhir hayat.

Fasha Sandha Sudah Terbuka Hati Untuk Mendirikan Rumah Tangga

Posted: 08 Jan 2017 08:48 AM PST

Hampir setahun bercerai dengan bekas suamianya Jejai, kini pelakon Fasha Sandha telah membuka pintu hatinya untuk menerima cinta dan berharap akan bertemu jodoh serta berkahwin sebelum anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima meningkat dewasa. Namun, buat masa ini Fasha belum mempunyai sebarang teman istimewa kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya.

Bukan tidak berjumpa lelaki lain, tetapi ketika ini, saya takut tidak dapat memberikan komitmen kerana lebih mengutamakan kerjaya seni. Usia saya akan memasuki 33 tahun tidak lama lagi, saya berharap jodoh saya sampai sebelum anak-anak terlalu besar.

Ketika ini, anak-anak masih belum faham situasi yang ayah dan ibu mereka lalui ini. Andai ditakdirkan saya bertemu jodoh nanti, saya akan terima.

Menurut Fasha, buat masa ini juga, masih belum ada jejaka yang menghampiri dirinya dan Fasha juga masih ingin memberikan fokus buat anak-anaknya terlebih dahulu.

Alhamdulillah, belum ada lelaki yang cuba mendekati untuk mengambil kesempatan hanya kerana saya ibu tunggal. Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Persepsi masyarakat terhadap ibu tunggal juga sudah berubah.

Sebagai ibu tunggal, kita perlu tunjukkan yang kita boleh bekerja dan berdikari supaya orang memandang tinggi serta jangan sesekali menunjukkan diri sebagai insan yang lemah.

Apa yang terjadi pada waktu lalu bukanlah penamat untuk Fasha Sandha mencari kebahagiaan bersama orang lain pula. Siapa tahu jika ada jodoh Fasha selepas ini ia akan kekal sehingga akhir hayatnya. Apa yang penting, lelaki itu dapat mencintai Fasha seadanya dan menyayangi anak-anak Fasha seperti anak sendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Hubungan Fattah Amin Dan Neelofa Kembali Pulih

Posted: 08 Jan 2017 08:30 AM PST

Sejak kebelakangan ini, hubungan Fattah Amin dan Neelofa dikatakan berantakan kerana wujudnya pelbagai perkara termasuklah isu orang ketiga.

Boleh tahan hangat juga kisah mereka diperkatakan oleh ramai lebih-lebih lagi peminat fanatik mereka yang agak kecewa ketika ada khabar angin mengatakan hubungan mereka sudah berakhir.

Terbaru menerusi ruangan Mary Jane di akhbar Mingguan Malaysia di slot Pancaindera, beliau memberitahu hubungan Fattah dan Neelofa sudah kembali pulih. Khabarnya, Fattah lah yang berusaha untuk memujuk hati Neelofa dan meneruskan kisah mereka ke arah yang lebih baik.

Wah, ini adalah berita baik buat peminat Lofattah, nampaknya kasih sayang antara mereka masih lagi utuh.  Ermm, kalau rasa masing-masing mempunyai keserasian, janganlah tunggu lama-lama.  InshaAllah, ramai yang akan mendoakan hubungan Fattah Amin dan Neelofa bukan?

Sumber Berita : Utusan Malaysia

myartis.com

Posted: 09 Jan 2017 01:50 AM PST

myartis.com


JANTINA ANAK KEDUA - LISA SURIHANI & SUAMI BELUM SEDIA KONGSIKAN

Posted: 08 Jan 2017 07:50 PM PST



Pelakon Lisa Surihani, 31, dan suaminya, Yusry Abdul Halim, 44, yang bakal menimang cahaya mata kedua bulan April depan memberitahu bahawa mereka sudah membuat imbasan kehamilan dan mengetahui jantina anak mereka yang bakal lahir ini.

Namun begitu, pasangan ini enggan berkongsi jantina tersebut kerana ingin ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini.

"Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini," kata Yusry.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

21 GAMBAR - SUASANA BABY SHOWER ADIRA SUHAIMI

Posted: 08 Jan 2017 06:32 PM PST



Dijangka bersalin pada bulan Mac depan, majlis baby shower penyanyi Adira Suhaimi yang kini sedang hamil anak perempuan itu telah diadakan semalam.

Gambar-gambar sekitar majlis yang berlangsung secara sederhana ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu @s7even.studio.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

28 GAMBAR - SAMBUTAN AWAL BIRTHDAY SITI NURHALIZA YANG KE-38

Posted: 08 Jan 2017 05:36 PM PST



Semalam telah berlangsung majlis sambutan awal ulangtahun kelahiran penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang ke-38. Untuk makluman, hari lahir sebenar Siti jatuh pada 11 Januari ini.

Majlis yang diadakan secara sederhana dan meriah itu telah berlangsung di The View, GTower Hotel, Kuala Lumpur.

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah ahli keluarga Siti, teman rapat, kakitangan SimplySiti serta rakan-rakan artis seperti Aaron Aziz, Fasha Sandha, Izara Aishah, Kilafairy, Nazim Othman, Farahdhiya, Elizabeth Tan, Johan Raja Lawak, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi.

Selamat hari lahir kami ucapkan buat Siti dan semoga panjang umur hendaknya. Amin.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BAKAL BERSALIN MEI - SHARIFAH SAKINAH HAMIL ANAK PEREMPUAN

Posted: 08 Jan 2017 02:37 PM PST



Pelakon Sharifah Sakinah yang kini sedang mengandung lima bulan itu dijangka bakal melahirkan anak sulungnya hasil perkahwinannya dengan Aliff Adha, pada Mei depan.

Kata Sakinah, dia bersyukur kerana sekali lagi dikurniakan rezeki berbadan dua selepas kandungannya gugur, tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur mendapat rezeki hamil lagi. Keguguran tahun lalu tak memberi apa-apa tekanan. Saya anggap ketika itu, tak ada rezeki.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment