Tuesday, 24 January 2017

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


AMMBOI DOT COM

Posted: 24 Jan 2017 11:49 AM PST

AMMBOI DOT COM


KEPUTUSAN UNDIAN DAN JADUAL PIALA ASIA 2019

Posted: 23 Jan 2017 08:56 PM PST

Keputusan undian dan jadual Piala Asia 2019! Semalam berlangsungnya undian pusingan kelayakan Piala Asia 2019. Lihat kepada keputusan undian berkenaan, misi skuad Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 nampak agak hampir mustahil. Skuad negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee berdepan tugas getir apabila bakal berdepan Lubnan, Korea Utara dan Hong Kong dalam […]

The post KEPUTUSAN UNDIAN DAN JADUAL PIALA ASIA 2019 appeared first on AMMBOI DOT COM.

PUNCA SEBENAR SAMSUNG GALAXY NOTE 7 TERBAKAR TERJAWAB

Posted: 23 Jan 2017 03:00 PM PST

Pada tahun lepas, dunia dikejutkan dengan masalah yang menimpa Samsung Galaxy Note 7. Ia sepatutnya model yang bakal melonjakkan nama Samsung, namun sebaliknya berlaku. Pelbagai masalah timbul daripada peranti Note 7 dan antara yang paling sadis ia telah meletup dan mencederakan pemiliknya. Samsung akhirnya ambil keputusan menarik balik model tersebut. Punca sebenar Samsung Galaxy Note […]

The post PUNCA SEBENAR SAMSUNG GALAXY NOTE 7 TERBAKAR TERJAWAB appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 24 Jan 2017 10:27 AM PST

KedahLanie.info


TABUNG HAJI RUGI RM64 JUTA AKIBAT PELABURAN DI DALAM PERISAI PETROLEUM TEKNOLOGI BERHAD

Posted: 24 Jan 2017 05:04 AM PST

Saya masih menunggu saman dari Dato’ Seri Jamil Khir Baharom atau Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dua orang pemuka Umno yang berlatar belakangkan pengajian Islam dan diberi tanggungjawab memberi imej Islam kepada Umno. Kedua-dua mereka telah menuduh saya secara terbuka bahawa saya telah memfitnah Tabung Haji, malah menyebabkan ramai pendeposit hilang kelayakan untuk menunaikan haji kerana termakan dengan fitnah saya itu.

Selagi saya tidak mendapat surat saman daripada mereka untuk berjumpa di mahkamah agar perkara ini diselesaikan di mahkamah, saya akan terus mendedahkan satu persatu kerugian yang ditanggung oleh pendeposit akibat pelaburan-pelaburan Tabung Haji.

Pada 29 Disember 2016, secara senyap-senyap Tabung Haji telah melupuskan sebanyak 10.3 juta saham dalam sebuah syarikat minyak bernama Perisai Petroleum Teknologi Berhad (“PERISAI”). Sehari sebelum itu pada 28 Disember 2016, Tabung Haji telah pun menjual 8.8 juta sahamnya di dalam PERISAI.

PERISAI adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewakan sistem carigali minyak (“rigs”) kepada syarikat-syarikat minyak yang terlibat di dalam aktiviti carigali minyak.

Penjualan pada 29 Disember 2016 itu penting kerana akibat dari penjualan tersebut, jumlah saham yang dipegang Tabung Haji jatuh ke bawah paras 5% lalu menjadikan pegangan Tabung Haji sebagai pegangan kecil di dalam PERISAI. Pelaburan yang tidak dikategorikan sebagai pelaburan penting (seperti ini) tidak perlu dilaporkan kepada Bursa Kuala Lumpur jika ada sebarang urusan jual beli.

Tabung Haji mula menjual saham-saham PERISAI secara bertubi-tubi akibat pelbagai masalah kewangan yang berlaku di PERISAI yang menyebabkan nilai pelaburan Tabung Haji susut dan mengalami kerugian besar.

Semakan berita-berita perniagaan memberikan kedudukan kewangan berikut mengenai PERISAI:

i. Pada 4 Oktober 2016, pemegang kertas hutang PERISAI (“bondholders”) menolak permohonan PERISAI untuk menangguhkan pembayaran hutang sebanyak RM377 juta

ii. Akibatnya, pada 13 Oktober 2016, PERISAI mengisytiharkan kedudukan kewangannya telah mencapai status PN17 (bagi kategori syarikat-syarikat yang disenaraikan tetapi tidak tidak mampu melangsaikan tanggungan hutang atau berhadapan masalah kewangan lain)

iii. Saham PERISAI terus jatuh menjunam pada sekitar harga 8 sen sahaja sesaham

Sudah tentu, Tabung Haji yang merupakan salah satu dari pemegang saham terbesar PERISAI sebelum itu mula menjual sahamnya secara agresif seperti yang saya tunjukkan di atas. Tabung Haji mula mengumpul saham-saham ini secara agresif di antara Oktober 2014 ke Disember 2014 sehingga menjadi salah satu pemegang saham terbesar di dalam PERISAI.

Mengikut anggaran The Edge yang disiarkan pada 25 Oktober 2016 (sebaik sahaja PERISAI diisytiharkan sebagai syarikat berstatus PN17), saham-saham PERISAI dikumpul oleh Tabung Haji pada nilaian purata 83 sen sesaham. Pada kemuncak pembelian Tabung Haji, jumlah terkumpul saham-saham PERISAI yang dipegang Tabung Haji adalah 79.88 juta saham yang melibatkan penggunaan wang pendeposit Tabung Haji sebanyak RM66.3 juta.

Sebenarnya Tabung Haji telah membeli saham-saham ini (sekitar Oktober ke Disember 2014) pada kala harga sahamnya telah jatuh menjunam dan telah ada tanda-tanda sektor minyak dan gas mengalami kemelesetan yang teruk (rujuk carta harga saham di bawah):

Sejak awal tahun 2015, harga saham PERISAI terus menjunam. Ini dijangka kerana kemelesetan yang berlaku di dalam sektor minyak dan gas.

Malangnya, pengurusan pelaburan di Tabung Haji terus memegang saham-saham ini dan hanya ada 2 penjualan di antara tarikh saham-saham ini dibeli secara agresif (Oktober ke Disember 2014) dan tarikh PERISAI diisytiharkan sebagai syarikat berstatus PN17, seperti berikut:

i. 7 Oktober 2015, Tabung Haji menjual sebanyak 600,000 saham pada harga sekitar 25 sen sesaham, iaitu kerugian yang dianggarkan sebanyak 58 sen sesaham atau RM348,000

ii. 4 Oktober 2016, Tabung Haji menjual sebanyak 1.75 juta saham pada harga sekitar 8.5 sen sesaham, iaitu kerugian yang dianggarkan sebanyak 74.5 sen sesaham atau RM1.3 juta

Saham-saham yang dlupuskan diantara 28 dan 29 Disember 2016 sebanyak 19.1 juta dianggarkan diniagakan sekitar 5 sen sesaham, menyebabkan kerugian 78 sen sesaham atau RM15 juta.

Baki saham-saham PERISAI yang masih dipegang Tabung Haji selepas 1 Januari 2016 yang dianggarkan sebanyak 60 juta saham mungkin telah dilupuskan secara diam-diam tanpa perlu dilaporkan kepada Bursa Kuala Lumpur. Pada anggaran harga 5 sen sesaham iaitu kerugian 78 sen sesaham, kerugian yang tidak dilaporkan akibat dari baki saham-saham yang telah ditanggung oleh Tabung Haji adalah RM47 juta.

Maka, jumlah kerugian yang telah ditanggung oleh pendeposit Tabung Haji atas pelaburan ini sahaja dianggarkan (berdasarkan harga saham semasa) mencecah RM64 juta (dari pelaburan asal sebanyak RM66.3 juta).

Wang RM64 juta ini adalah milik pendeposit yang sewajarnya digunakan untuk mengurangkan kos menunaikan ibadah haji atau pun dikembalikan kepada pendeposit dalam bentuk dividen yang lebih tinggi.

Kenapa pengurusan kanan Tabung Haji tidak mengambil langkah lebih berhati-hati dengan melupuskan saham-saham PERISAI lebih awal kerana ketika Tabung Haji mula membeli saham-saham itu, harganya memang pun telah jatuh merudum kerana kemelesetan sektor minyak dan gas yang telah berlaku?

Apa tindakan yang telah diambil terhadap pegawai-pegawai kanan dan Ahli Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab ke atas kerugian ini? Apa tindakan yang telah diambil terhadap Dato' Seri Jamil Khir Baharom sendiri yang diberi amanah untuk mengawalselia perjalanan Tabung Haji?

Rakyat hilang keyakinan dengan Tabung Haji akibat pengurusan pelaburan yang menyebablan kerugian beribu juta wang pendeposit, bukannya kerana saya mereka-reka cerita. Esok saya akan tunjukkan lagi pelaburan-pelaburan lain yang merugikan Tabung Haji.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

PAS, Umno ‘menderita’ dalam pertandingan 3 penjuru di Kedah, kata PKR

Posted: 24 Jan 2017 03:34 AM PST

GEORGE TOWN: PKR Kedah tidak melihat masalah sekiranya belaku pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail mendakwa Pakatan Harapan mempunyai kelebihan dan “PAS dan Umno yang akan menderita”, katanya kepada FMT.

Ini kerana, kata Azman, Umno Kedah berdepan masalah dalaman sejak Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) ditubuhkan, sementara PAS Kedah tidak lagi sekuat dulu.

Azman berkata ramalannya berdasarkan keputusan simulasi dan kajian senario berbeza pilihan raya dan sentimen pengundi di Kedah.

Penganalisis politik berkata, lebih separuh daripada 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen boleh menyaksikan pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Barisan Nasional (BN) Kedah baru-baru ini berkata ia tidak bimbang dengan PPBM dan akan menang di negeri itu dengan majoriti 2/3.

Umno kini memegang 18 kerusi negeri, dan MCA 2. PAS mempunyai 8, PKR 4, DAP 2, manakala PPBM dan Amanah masing-masing 1.

“Daripada kaji selidik kami, tidak mungkin ada kerusi selamat untuk PAS lagi, walaupun ia mungkin mempunyai kubu kuat di Tokai dan Sungai Limau.

“Politik PAS dan politik Umno masih berdasarkan agama dan bangsa. Mereka bersaing dalam kumpulan pengundi yang sama,” kata Azman.

Beliau berkata PAS sama ada harus sedar dan melihat risiko bertanding sendirian atau ia boleh terus berjuang seperti tidak tahu apa-apa.

“Terpulang kepada Hadi untuk membuat keputusan,” katanya, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Dalam 2 bulan atau lebih, PPBM akan menjadi lebih kuat dan pertandingan 3 penjuru ini akan berpihak kepada Pakatan dan PPBM.”

Beliau berkata BN mungkin berharap PAS akan memecahkan undi pembangkang seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lepas.

Bagaimanapun, Azman berkata ia harapan palsu, dan menambah BN perlu mengambil kira populariti PPBM dan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Terdapat kemarahan orang Melayu semasa pilihan raya kecil, tetapi ia tidak terlalu jelas. Suara Dr Mahathir tidak begitu lantang ketika itu dan belum ada PPBM lagi.”

Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew bersetuju pertandingan 3 penjuru boleh menguntungkan pakatan pembangkang.

Adun Derga itu berkata Pakatan ditolak sebelum ini apabila mula berganding dengan PPBM.

“Kini kami boleh pergi ke mana-mana sahaja kubu kuat Umno,” katanya.

“Pertandingan 3 penjuru akan menguntungkan kami, dan itu penyebab Umno merasa terancam.

“BN bimbang. Jika tidak, ia tidak akan memberi tumpuan begitu banyak untuk menyerang Dr Mahathir dan DAP, sebaliknya menumpukan ekonomi dan pembangunan.”

Penyelaras PPBM negeri, Anuar Abdul Hamid berkata parti itu diterima baik rakyat Kedah semua peringkat umur kerana menghormati Dr Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas menteri besar.

Anuar mendakwa PPBM paling berjaya di Kedah dalam kempen menambah keahliannya.

Menurutnya, sentimen pengundi terjejas disebabkan pergolakan politik di Kedah yang mengakibatkan penyingkiran Mukhriz.

“Ramai yang kecewa. Terdapat penyokong Umno dan Perkasa mengalih sokongan terhadap Pakatan.”

Pengarah Pilihan Raya Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata rakyat Kedah, seperti kebanyakan rakyat Malaysia, terjejas akibat kos sara hidup yang meningkat dan kejatuhan nilai ringgit.

“Ramai rakyat Kedah pergi ke Thailand untuk membeli-belah,” katanya.

“Mereka terkesan akibat kesan penurunan ringgit. Banyak sayur-sayuran dari Thailand yang mahal.”

Azman dan Phahrolrazi berkata parti Pakatan Harapan mengenal pasti kerusi yang mereka mahu tetapi perbincangan dengan PPBM masih berjalan.

“Kami masih dalam perbincangan; jadi kami tidak boleh memberi butiran mengenai pengagihan kerusi,” katanya, sambil menambah Pakatan Harapan mengandaikan PAS tidak akan bekerjasama dengannya.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi memberitahu FMT, parti itu tidak mempunyai hubungan politik dengan Umno dan tidak akan bekerjasama dengan BN.

“Umno adalah saingan PAS dalam pilihan raya,” katanya.

“Kami tidak mempunyai hubungan dengan Pakatan, kecuali jika PKR Kedah masih mahu mempunyai hubungan politik dengan PAS Kedah.”

Beliau berkata PAS tidak menolak kerjasama dengan PPBM di bawah gabungan Gagasan Sejahtera yang dianggotai sebuah parti kecil dipimpin bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau berkata, pihaknya mengakui Dr Mahathir mempunyai “aura sendiri dalam politik Kedah” dan PAS perlu menanganinya “dengan bijaksana”.

“PAS mempunyai pengalaman pergi ke pilihan raya secara sendirian dan dalam blok. Kami bersedia dan mampu menghadapi BN atau Pakatan. Jentera kami di semua peringkat sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya.”

Beliau berkata PAS Kedah merancang bertanding di 24 negeri dan 8 kawasan Parlimen, sambil menambah ianya tertakluk kepada persetujuan kepimpinan bahagian pusat.

SIAPA YANG UMNO LEBIH SAYANG?

Posted: 24 Jan 2017 03:29 AM PST

Shahbudin Husin,

Menjelang pembentangan Rang Undang-Undang Akta 355 yang dijangka Mac depan, Pas dan UMNO sehingga ini nampaknya selesa dalam menjalinkan kerjasama antara mereka.

Tidak saja Pas dan UMNO dijangka bersama dalam Himpunan Akta 355 pada 18 Februari ini, malah mengunjungi pejabat menteri dan mengembara hingga ke London juga tidak lagi kekok untuk dilakukan.

Apatah lagi  UMNO turut akan membincangkan penyertaan dalam himpunan itu dalam mesyuarat Majlis Tertingginya pada penghujung bulan ini. Jika Himpunan Akta 355 pada 18 Februari berjalan seperti yang dirancang, bermakna ia acara kedua selepas perhimpunan Rohingya,  di mana Pas dan UMNO saling bekerjasama.

Terlihat segala-galanya nampak lancar, senyum pemimpin UMNO dan Pas juga terserlah makin melebar.

Tetapi, di ketika DAP yang digembar-gemburkan anti Islam dan lain-lain dakwaan hanya berdiam diri, MCA ternyata makin garang memberi penentangan.

Terbaru, menjelang PRU 14 yang tarikhnya bila-bila masa dan kedudukan Najib Razak tidak menentu keadaannya, MCA tampil memberi amaran bahawa tindakan UMNO membenarkan usul tersebut dibentangkan hanya berisiko menyebabkan perpecahan BN.

Akhirnya, jadikah usul itu dibentangkan pada Mac nanti?

Antara Pas dan MCA, siapa yang Najib dan UMNO lebih sayang? (SH 24/01/2017).

Azmin kepada Hadi - 'Jika nak ikut rentak sendiri saja, itu kuku besi'

Posted: 24 Jan 2017 03:00 AM PST

Kerjasama politik yang cuba diusahakan antara Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS setakat ini masih belum jelas titik temunya.

Mengulas gesaan PAS untuk mengikut rentak mereka jika ingin bekerjasama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata gesaan tidak demokratik, tetapi “kuku besi”.

"(Bekas presiden Amerika Syarikat Barack) Obama pun pernah katakan proses demokrasi adalah satu proses yang riuh. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Tapi itu demokrasi.

"Tetapi kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," tegas Azmin.

Azmin berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Skim Peduli Sihat di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Gombak hari ini.

Beliau ditanya sama ada ada PKR masih mahu bekerjasama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'menasihatkan' mana-mana pihak yang berhasrat untuk itu perlu rentak mereka.

Ini kerana, hujah Hadi, PAS sudah bertapak lama dalam arena politik negara dan melalui pelbagai pengalaman pahit manis, sekali gus menjadikan mereka berbeza dengan parti-parti lain.

PAS setakat ini tidak menolak kerjasama dengan PKR tetapi menentang keras kerjasama dengan DAP dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

'Strategi tak boleh didedah'

Mengulas lanjut, Azmin yang juga menteri besar Selangor itu bagaimanapun berkata pembangkang mempunyai strategi yang tidak boleh dihebahkan kepada media.

“Kita tak tahu tarikh pilihan raya. Ini kan strategi. Ia tak boleh cerita dengan media," kata Azmin.

Azmin bagaimanapun berkata menegaskan pihaknya akan terus berbincang meskipun rumit.

"Dalam mana-mana proses rundingan ia merupakan satu proses yang rumit. Bukan boleh selesai dengan hanya satu pertemuan.

"Kita teruskan perbincangan malam tadi bertemu dengan Pengerusi dan Presiden BERSATU untuk lihat bagaimana boleh maju ke depan," kata anggota parlimen Gombak itu.

Azmin juga mengajak semua pihak berlapang dada.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu berkata tempoh perbincangan parti itu dengan PAS sudah berakhir.

PAS kepada DAP: Cukuplah 2 kali

Posted: 24 Jan 2017 02:23 AM PST

FMT Reporters


PETALING JAYA: PAS hari ini mempersoalkan kenyataan Lim Kit Siang yang menyatakan kesediaan DAP menjalinkan semula kerjasama melawan Barisan Nasional (BN), menyifatkan parti itu terbukti tidak jujur dan tidak sabar.

“Sikap tidak jujur dan tidak sabar DAP membuatkan 2 kali mereka meninggalkan PAS malah menikam dan menyerang PAS,” kata Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.

PAS pernah menyertai Barisan Alternatif pada 1999 bersama Parti Keadilan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan DAP. Gabungan itu bagaimanapun gagal selepas DAP bertindak keluar sebelum pilihan raya 2004 yang menyaksikan kemenangan besar BN.

Susulan kemenangan pembangkang pada 2008, PAS, PKR dan DAP sekali lagi menubuhkan gabungan di bawah Pakatan Rakyat. Ia bagaimanapun tamat selepas PAS dan DAP kembali bertikam lidah mengenai hala tuju pelaksanaan undang-undang Islam termasuk hudud.

“Kali ini, sekali lagi DAP mahu menghulurkan salam kerjasama? Kenapa? Apakah DAP benar-benar terdesak?” soal Nasrudin.

Nasrudin mengulas kenyataan Kit Siang Ahad lalu, di mana pemimpin veteran itu berkata DAP boleh bekerjasama sekali lagi dengan PAS sekiranya presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memberi komitmen untuk “menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia”.

“Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu,” kata Lim.

Nasrudin bagaimanapun berkata PAS punya maruah “yang tidak mungkin sesiapa lagi boleh memperdaya dan memperkotak-katikkannya”.

Beliau menyamakan pelawaan Kit Siang itu kepada “wayang opera bernilai murah” oleh DAP

“Cukuplah pengalaman 2 kali diperlakukan DAP sedemikian rupa,” katanya.

“Sampaikan salam perjuangan kami buat YB Lim Kit Siang bahawa prinsip dan dasar perjuangan PAS bukan kostum untuk diperagakan di pentas opera DAP.”

Anina mahu polis siasat identiti Jho Low, RM2.6 bilion ke akaun PM

Posted: 23 Jan 2017 06:09 PM PST


Anina (dua dari kanan) hadir bersama ahli Bersatu ke IPD Putrajaya hari ini.-Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh.

Anina Saadudin mahu pihak polis menyiasat usahawan Jho Teak Low yang memiliki dua identiti dan pasport dengan nama berbeza dan dana RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri seperti didedahkan bekas pengurus Falcon Private Bank, Jens Sturzenegger.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hadir ditemani beberapa ahli parti itu ke Ibupejabat Daerah Polis (IPD) Putrajaya jam 2.45 petang tadi.

"Saya mohon pihak polis supaya menyiasat bagaimana Jho Teak Low boleh memiliki dua identiti melalui dua pasport dengan dua nama berbeza dari negara yang sama iaitu Malaysia.

"Mengikut laporan itu mahkamah Singapura telah merekodkan dapatan bahawa Sturzennegger telah membuat akuan berkaitan lelaki yang mempunyai dua identiti bernama Eric Tan @Eric Tan Kim Loong dan Jho Low @Jho Taek Low.

"Saya juga mohon pihak polis menyiasat keputusan mahkamah Singapura baru-baru ini berhubungan sejumlah USD1.7bilion wang dari 1MDB telah disalurkan ke akaun Bank Tanore Finance di Falcon Private Bank Singapura yang mana ia merupakan sumber kepada dana RM2.6bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri di Ambank," ujarnya dalam sidang media di hadapan perkarangan IPD Putrajaya petang tadi.

Pada 5 Januari lalu bekas pengurus cawangan Singapura Bank Falcon Private Bank, Jens Sturzenegger, menghadapi 16 pertuduhan berkaitan siasatan ke atas dana pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut Anina isi kandungan laporan yang dibuatnya itu juga akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara esok.

Jelas Anina beliau membuat laporan polis hari ini setelah membaca laporan Malaysiakini pada 14 Januari lalu yang bertajuk 'Jho Lows Alias Revelation Brings New Twist to 1MDB'.

Beliau mengharapkan siasatan itu dapat dijalankan oleh pihak polis.

"Esok saya akan ke SPRM dan ke pejabat peguam negara untuk menyatakan atas perkara yang sama. Saya harap siasatan itu dapat dilakukan oleh pihak polis," ujarnya.

Menurut Anina lagi beliau terpanggil untuk membuat laporan di atas keputusan mahkamah di Singapura itu kerana isu membabitkan dana RM2.6bilion itu cukup dekat di hatinya.

"Derma politik daripada penderma Arab RM2.6bilion begitu dekat di hati saya kerana isu inilah saya saman Datuk Seri Najib pada 2015.

"Perjuangan saya tidak pernah mati. Isu ini saya akan terus bawa ke hadapan selagi termampu. Ia perlu diselesaikan kerana ia membabitkan kepentingan negara dengan penyelewengan kewangan 1MDB.

"Isu ini wajib saya perjuangkan bersama keseluruhan rakyat Malaysia," ujarnya.

Sturzenegger orang kelima tetapi warga asing pertama didakwa di Singapura di tengah-tengah siasatan global ke atas kegiatan pengubahan wang haram dan rasuah syarikat Malaysia itu. Bagaimanapun 1MDB secara konsisten menafikan sebarang salah laku.

Kit Siang tak perlu bermadah mahu selamatkan Malaysia dari BN, kata ulama Pas

Posted: 23 Jan 2017 06:07 PM PST

23 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE


Khairuddin Aman Razali

Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak perlu 'bermadah' mahu menyelamatkan Malaysia kerana pengkhianatan parti itu terhadap Pas ketika dalam Pakatan Rakyat adalah isyarat DAP bukan rakan politik baik bagi menggantikan BN.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, agenda anti-Islam DAP tidak mungkin dapat diterima Pas kerana akan merosakkan kerangka bernegara Malaysia.

Sebaliknya beliau menasihatkan DAP untuk mengajak parti lain yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatik parti itu, khasnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang setia kepada DAP.

"DAP boleh mengajak mana-mana parti yang boleh berkompromi dengan dasar sosialisdan pragmatik DAP khususnya PAN (Amanah) yang merupakan serpihan Pas yang setia kepada DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat peribadi Lim semalam bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Menurut Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus, Pas akan terus bergerak dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara ini daripada kegagalan BN.

Mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa masa untuk berunding dengan Pas sudah tamat, Khairuddin berkata, Pas tidak memerlukan bekas perdana menteri itu kerana dasar pemerintahannya yang diwarisi Umno kini adalah punca negara rosak.

“Dr Mahathir hanya nak menyelamatkan Umno daripada (Datuk Seri) Najib (Razak), tetapi Pas nak menyelamatkan negara daripada sistem diwarisi Umno yang merosakkan negara,” tegasnya.

Ketika Harakah umpama kapal bocor, Pas lagi menyedihkan, kata bekas ketua pengarang

Posted: 23 Jan 2017 06:05 PM PST

24 Januari 2017 | BORHAN AHMAD


Harakah umpama kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam, kata Ahmad Lutfi.

Bekas ketua pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyifatkan akhbar milik Pas itu kini umpama 'kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam' manakala nasib partinya pula, Pas, lagi menyedihkan. 

Dalam tulisan pertamanya selepas 26 bulan tidak menulis, Lutfi dalam tulisan pertamanya di Malaysia Dateline berkata, "Gugatan media baru memang satu faktor besar tetapi kurangnya persiapan untuk mencabar ancaman baru itu, bagi saya, lebih berperanan untuk menjatuhkan lagi jumlah cetakan akhbar."

Lutfi yang tidak sihat sejak beberapa tahun lalu tamat perkhidmatannya secara rasmi dengan Harakah akhir Disember tahun 2016 lalu.

Kini beliau menyertai akhbar mingguan Amanah yang dimiliki oleh parti pecahan dari Pas itu sebagai Penasihat Editorial mula menulis dengan Malaysia Dateline mulai hari ini.

Ahmad Lutfi menjadi ketua pengarang Harakah yang ketiga di kalangan kakitangan akhbar itu selepas Zulkifli Sulong dan Suhaimi Mokhtar. Sebelum itu, Ketua Pengarang Harakah adalah pemimpin politik Pas.

Harakah mencapai puncak kegemilangannya pada tahun 1998 - 2000 apabila edaran Harakah ketika itu adalah antara 300,000 hingga 380,000 setiap keluaran. 

Dalam tulisan ini, Lutfi berkata, ketika sedih dengan apa yang berlaku kepada Harakah, beliau lagi sedih dengan apa yang berlaku kepada Pas.

"Dari jauh saya mengikuti perkembangan dalaman Pas yang cukup menyedihkan. Saya masih sempat mengheret kaki ke muktamar Pas di Batu Pahat pada 2014. Beriyani gam tidak lagi dapat memikat selera.

"Suasana perbahasan tawar dan ada kalanya menjengkelkan. Saya terasa kehilangan yang amat sangat sepanjang hadir di situ," tulis Lutfi.

Menurut Lutfi yang kini menjalani hemodilisis tiga kali seminggu, beliau pulang lebih awal dari muktamar 2014 itu.

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, yang diiringi hujan lebat, beliau mencuri dengar ucapan pimpinan Pas melalui radio internet.

"Harapan saya, biduk lalu kiambang bertaut. Pembahas boleh menimbulkan apa saja yang terbuku di dada, termasuk membacakan "doa yang pelik-pelik" untuk diaminkan, tetapi keadaan diharap menjadi reda dengan ucapan penutup pimpinan.

"Air mata saya mengalir dan dada berkocak kencang mendengar ucapan penggulungan Presiden. Retak tidak lagi menunggu pecah, malah sudah terburai.

"Gurau senda anak-anak dan isteri sepanjang perjalanan hilang ditelan kegelisahan. Minda saya mula menjangka, Pas sudah tidak sama seperti dulu. Sedih, sebak dan marah bersilih-ganti," katanya.

Sejak saat itu, katanya, secara perlahan-lahan, beliau seolah-olah tidak lagi mengenali watak dan keperibadian Pas walhal itulah parti Islam yang beliau yakin wajib disokong dan didukung seawal zaman kanak-kanak, tanpa pilihan.

"Episod ini cukup melukakan. Peluang untuk mencipta sejarah baru politik tanahair menjadi kabur. Kekuatan oposisi merosot teruk," katanya.

Sekarang ini Pas yang bermasalah dalam nak berpakat sesama pembangkang

Posted: 23 Jan 2017 02:22 PM PST

Amanah tolak cadangan kerjasama dengan DAP

ATIRAH HASLI

23 Januari 2017

Khalid Abdul Samad

SHAH ALAM - Tidak perlu untuk Pas mencadangkan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bekerjasama hanya dengan DAP.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, Amanah tidak mempunyai masalah untuk kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang yang lain.

"Amanah tiada masalah sama ada mahu kerjasama dengan DAP, PKR, atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Kenapa pula hanya dikhususkan hanya DAP? Padahal, Pas lah yang bermasalah dengan PKR, Bersatu dan DAP," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Khalid dalam masa sama turut membidas Pas dengan mengatakan Pas hanya tahu menuntut  pihak lain mengikut rentaknya, bagaimanapun tidak pandai mencari jalan untuk bermuafakat.

"Pas tidak diterima oleh mana-mana pemimpin. Pas yang tidak pandai berpakat, nak beri nasihat pada Amanah bab berpakat?" soalnya sinis.

Amanah dicadang supaya membentuk gabungan kerjasama atau pakatan politik dengan DAP.

Ini kerana menurut Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad , kedua parti itu lebih rapat dan mesra dalam fahaman politik masing-masing.

OhDunia.My

Posted: 24 Jan 2017 08:31 AM PST

OhDunia.My


Saman JAIS Atau Tidak? Faye Kusairi Serba Salah Isu Khalwat Palsu

Posted: 23 Jan 2017 05:52 PM PST

Faye Kusairi dalam dilema untuk meneruskan saman terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung laporan khalwat palsu di rumahnya tahun lalu.


Saman JAIS Atau Tidak? Faye Kusairi Serba Salah Isu Khalwat Palsu
Rumah keluarga pelakon Faye Kusairi diserbu Jais pada awal pagi 10 April 2016 susulan aduan, kononnya beliau berkhalwat dengan suami orang. — Foto ihsan Instagram/Faye Kusairi

Baca selengkapnya

Tak Peduli Dikecam, Gadis ‘Miming’ Tolak Lamaran Kahwin (VIDEO)

Posted: 23 Jan 2017 05:01 PM PST

KUALA LUMPUR, — Terkenal dengan memek muka pelik, gadis segerak suara [miming] yang tular (viral) di media sosial akhir tahun lalu berminat menjadi pelakon komedi.


Tak Peduli Dikecam, Gadis 'Miming' Tolak Lamaran Kahwin (VIDEO)

Baca selengkapnya

beautifulnara

Posted: 24 Jan 2017 02:19 AM PST

beautifulnara


Dakwa Diaibkan Oleh Dato’ Aliff Syukri, Jebat Derhaka Si Peniaga Kopiah Tampil Beri Penjelasan

Posted: 24 Jan 2017 02:00 AM PST

Sebuah video Dato Aliff Syukri menerusi rancangannya #OhAbangKosmetik menyamar sebagai seorang pengemis kini sedang viral di laman sosial. Di dalam video tersebut, kelihatan seorang peniaga kopiah yang bersikap agak “biadap” terhadap Dato Aliff Syukri yang sedang menyamar sebagai seorang pengemis. Memang sekali tengok dari jauh nampak agak sedih juga Dato Aliff Syukri diperlakukan sebegitu oleh peniaga kopiah tersebut.

Seperti yang anda boleh lihat di dalam video di atas, Dato Aliff Syukri turut memberikan komen serta penjelasan terhadap perbuatannya yang menyamar sebagai seorang pengemis. Sedikit sebanyak komen tersebut menampakkan sisi negatif si peniaga kopiah. Enggan diaibkan, si peniaga kopiah menerusi akaun Facebooknya yang bernama Jebat Derhaka telah tampil memberi penjelasan.

jebat derhaka

Komen yang ditulis oleh Jebat Derhat ke Facebook Dato’ Aliff Syukri ini telah pun dipadamkan. Enggan berdiam diri, Jebat Derhaka menulis kembali kenyataan balas balik terhadap jutawan kosmetik tersebut.

jebat derhaka

Hmmmm. Diharap Dato Aliff Syukri dapat bertemu dengan si peniaga kopiah ini untuk menjernihkan suasana. Seperti yang kita sedia tahu, rancangan tv sekarang memang penuh dengan drama. Namun janganlah sampai menjatuhkan maruah orang lain. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Runnning Man Akan Diteruskan, Penerbit Tarik Balik Keputusan Pembatalan

Posted: 24 Jan 2017 01:49 AM PST

Berita gembira untuk semua peminat Running Man. Setelah pengumuman penamatan program realiti ini baru-baru ini, ramai yang kecewa dan sedih. Para peminat kipas susah mati Running Man rata-rata melahirkan rasa sugul kerana tidak dapat melihat kelibat Jong Kook, Ji Hyo, Sook Jin, HaHa, Kwang Soo dan Jae Suk selepas program ini bersiaran selama 7 tahun.

running man

Namun hari ini, pihak SBS dan penerbit program Running Man telah mengumumkan penarikan kembali pembatalan Running Man. Ini bermakna Running Man akan terus bersiaran bersama-sama dengan 6 ahli tetap iaitu Jong Kook, Ji Hyo, Sook Jin, HaHa, Kwang Soo dan Jae Suk. Keputusan ini telah dilakukan selepas sesi perbincangan “heart to heart” di antara penerbit dan juga ahli Running Man di mana pihak penerbit telah pun memohon maaf atas kesilapan yang telah mereka lakukan sebelum ini iaitu menyingkirkan Jong Kook dan Ji Hyo tanpa pengetahuan kedua-dua ahli tersebut.

running man is back

Sudah tentu ini satu berita gembira yang dinanti-nantikan oleh peminat Running Man. Abang Nara pun turut sama bergembira kerana akan dapat terus melihat aksi lucu mereka. Semoga Running Man akan terus bertahan selama yang boleh. Go Running Man Go.

Peminat Terkejut Lirik Ditukar Ketika AJL31, Ini Penjelasan Dari Aiman Tino

Posted: 23 Jan 2017 08:05 PM PST

Ramai yang melahirkan rasa terkejut apabila lirik lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino telah ditukar ketika AJL31. Malah ramai yang meluahkan rasa “kurang best” kerana lirik asal lagu tersebut ternyata lebih padu dan bersesuaian. Namun sudah pasti Aiman Tino ada penjelasan yang tersendiri terhadap pertukaran lirik tersebut. Takkanlah sesuka hati nak tukar tanpa sebab kan?
aiman tino

Sebenarnya penukaran lirik lagu Ku Rela Dibenci ini terpaksa dilakukan selepas satu teguran daripada pengguna Facebook menjadi viral.

aiman tino

Berikut adalah lirik asal dan lirik yang telah ditukar oleh Aiman Tino sendiri:-

LIRIK ASAL

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya di sana kekal dan abadi

LIRIK AJL31

Menghitung menunggu hari
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu
Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela mengundur diri
Kerna dia ku kau mungkiri
Hanya tuhan saja yang mengerti

Bila ditatap balik lirik asal lagu Ku Rela Dibenci ini, memang ada betulnya teguran daripada pengguna Facebook tersebut. Memang macam kecewa bercinta sampai nak bunuh diri. Bagus juga penukaran lirik ini dilakukan. Tak adalah anak-anak muda terpengaruh. Malah Aiman Tino sendiri mengetahui dan memahami mengapa lirik lagunya itu harus ditukar. Kata Aiman Tino:-

Sejak viral tentang lirik lagu Ku Rela Di Benci yang dikatakan membawa unsur negatif tentang kematian, produksi AJL31 mohon ia ditukar dan saya telah menggantikan bahagian lirik dikatakan tersebut.

Apapun itu bukan alasan menjejaskan tumpuan saya memberikan persembahan terbaik pada malam itu nanti sebaliknya ia bakal menjadi kejutan buat peminat yang masih berteka-teki lirik yang akan diganti.

Rasanya kalau diamati banyak lagi lirik membawa mesej kematian dalam lagu penyanyi lain sebelum ini tetapi kenapa tiba giliran saya ia menjadi isu?

Bagaimanapun saya cuba melihat dari sudut positif kerana mungkin ini antara petanda lagu Ku Rela Di Benci mendapat perhatian ramai.

aiman tino

Agak pelik juga mengapa pihak juri AJL31 memilih lagu Aiman Tino ini untuk ke AJL31 dan kemudiannya mengarahkan agar ia ditukar. Namun biasalah dunia sekarang ini. Kalau dah viral tue, memang perlu diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika ia mampu memberikan impak negatif kepada orang ramai. Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

(12 GAMBAR)Lisa Surihani Yang Semakin Sarat Hamil Anak Kedua

Posted: 23 Jan 2017 07:50 PM PST

Semakin berseri-seri Abang Nara lihat wajah Lisa Surihani yang kini sedang sarat hamil anak kedua. Sekali tengok macam anak lelaki yang dikandungkan. Insya Allah. Kalau dapat sepasang sudah tentu ia adalah berita yang amat menggembirakan buat Lisa Surihani dan Yusri. Kalau tak silap Abang Nara, kehamilan Lisa kini sudah pun memasuki trimester ketiga. Semoga segalanya dipermudahkan.

lisa surihani

Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar PrettyPeektures.

lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani
lisa surihani

Pekin Ibrahim Kesal Kekasih Dikatakan Hanya Imaginasi & Pernah Menipu Aktor Lain

Posted: 23 Jan 2017 06:15 PM PST

Sehingga ke hari ini, Pekin Ibrahim tidak pernah memperkenalkan wajah kekasihnya yang bernama Iman. Menurut Pekin, kekasihnya itu adalah seorang model dari London. Kalau dah nama model, sudah tentu cun melecun sehingga boleh menyebabkan kecemburuan orang ramai. Menariknya, ada sesetengah pihak telah menghantar mesej peribadi kepada Pekin di laman sosial Instagram dengan meletakkan artikel sebuah blog mendedahkan identiti Iman yang menipu ramai lelaki sebelum ini.

pekin ibrahim

Abang Nara pernah terdengar kisah penipuan membabitkan seorang wanita yang super duper cantik sehingga ramai artis lelaki tersungkur ditipu olehnya. Namun anda semua tak perlu risau. Kekasih Pekin Ibrahim yang bernama Iman ini bukanlah wanita tersebut. Pekin sebenarnya telah pun bertemu dengan Iman dan membawa kekasihnya itu bertemu dengan ibunya. Jadi ini bermakna Iman memang wujud. Kata Pekin:-

Saya tidak faham kenapa mereka menuduh Iman yang bukan-bukan. Kononnya, Iman pernah menggunakan nama lain seperti Elina, yang juga pernah menipu beberapa aktor lain.

Kemudian, mereka juga kata kekasih yang saya umumkan di media sebelum ini sekadar imaginasi saya. Kalau begitu, siapa pula Iman yang saya bawa berjumpa dengan ibu? Rasa kelakar pun ada dengan dakwaan pelik sebegini.

pekin

Jadi para peminat Pekin Ibrahim tidak perlu risau. Iman memang wujud dan mereka berdua bakal berkahwin tidak lama lagi sekiranya tiada aral yang melintang. Kemungkinan besar si penipu yang pernah mengecohkan dunia hiburan satu ketika dahulu adalah orang lain. Semoga hubungan Pekin dan Iman akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

Hanez Suraya Sah Failkan Penceraian Terhadap Romie Razin

Posted: 23 Jan 2017 02:06 AM PST

Desas-desus yang bertiup kencang tentang keretakan rumahtangga Hanez Suraya dan Romie Razin akhirnya terjawab. Menerusi Berita Harian hari ini, Hanez Suraya dilaporkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais. Namun begitu Hanez Suraya tidak hadir ke mahkamah sebaliknya hanya diwakili oleh peguamnya.
hanez surayaBerita pergolakan rumah tangga pelakon jelita itu mula bertebaran beberapa bulan lalu, namun reda seketika selepas beliau dan suaminya dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun, bulan ini. Hanez juga pernah memberitahu mengenai keinginannya untuk aktif berlakon awal tahun ini walaupun sebelum itu pernah memaklumkan kepada media, suaminya, Romie, 37, tidak mengizinkannya kembali ke dunia seni.
hanez uraya

Hanez Suraya dan Romie telah pun berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan. Hanez Suraya telah cuba dihubungi oleh pihak media namun tiada sebarang reaksi yang diterima. Semoga Hanez Suraya akan tampil satu hari nanti untuk membuat penjelasan sekaligus merungkai segala persoalan yang bermain di kepala para peminatnya. Sumber Berita Harian.

Toknek.com RSS Feed

Posted: 24 Jan 2017 02:12 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Runnnin Man Akan Diteruihkan Penerbit Tarik Balik Keputusan Pembatalan

Posted: 24 Jan 2017 02:02 AM PST


berita gembira untuk semua peminat Runnin Man Setelah pengumuman penamatan program realiti ni baghu baghu ni ghamai yang frust dan meghajok fans kipaih susah meninggai dunia Runnin Man rata ra...

Bayi Pelik Dilahiaqkan Memiliki 4 Kaki 2 Alat Sulit

Posted: 24 Jan 2017 12:42 AM PST


India digempaqkan sekali lagi dengan kelahiran bayi yang berkeadaan pelik apabila soghang pompuan selamat melahiaqkan soghang bayi lelaki tapi memiliki empat kaki dan dua alat sulit walaupun memil...

Ketahui 16 Rahsia Pentin Di Sebalik Gaya Tubuh Seseoghang

Posted: 24 Jan 2017 12:24 AM PST


Kebanya info yang diterima daripada seseoghang serin disalah anggap pasai tak memahami dengan baik penyampaian seseoghang yang disampaikan melalui tubuh depa Jadi mai kita tengok rahsia di sebali...

Masa Tengok Kesusahan Rakyatnya Ni Yang Dilaku Saidina Umar

Posted: 24 Jan 2017 12:22 AM PST


Lakonan semula masa Saidina Umaq berjalan meninjau hal rakyat beliau terjumpa dengan sebuah keluarga yang sedang dok ada dalam kesusahan Anaknya teghiak pasai kebuloq Apabila pompuan tu berc...

Barack Obama Secara Senyap Saloq Dana As 221juta Kepada Palestin

Posted: 23 Jan 2017 11:12 PM PST


Beberapa jam sebelum pentadbiran Obama berakhiaq ia mengingkari bantahan parti Republikan apabila secara senyap menyaloqkan AS 221 juta RM980 juta kepada Pihak Berkuasa Palestin Dana tu bagaim...

Peminat Tergempaq Lirik Ditukaq Masa Ajl31 Ni Penjelasan Dari Aiman Tino

Posted: 23 Jan 2017 11:02 PM PST


ghamai yang melahiaqkan ghasa tergempaq apabila lirik lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino telah ditukaq masa AJL31 Malah ghamai yang melampiaskan ghasa kughang sempoii pasai lirik asai lag...

Gambaq Majlih Resepsi Pernikahan Awie Dan Sharifah Ladyana

Posted: 23 Jan 2017 09:42 PM PST


Penyanti Awie yang baghu saja bergelaq Datuk baghu baghu ni mengadakan satu majlih resepsi pernikahan bertempat di Tadom Hill Resorts Bantin bagi meraikan perkahwinannya dengan isteri Datin Shar...

Nokia Tablet Dengan Paparan 18 4 Inci Snapdragon 835 Dilihat Pada Gfxbench

Posted: 23 Jan 2017 08:14 PM PST


Nokia sedang beraksi walaupun ianya masih dok belum cukup jelaih tapi bekaih pengeluaq telefon bimbit yang penah meletup satu masa dahulu membuat kemunculan semula debgab menyertai komuniti andro...

Belum Sampai 2 Tahun Menikah Hanez Suraya Konfem Failkan Penceraian

Posted: 23 Jan 2017 08:12 PM PST


Kecoh di media so siall dengan berita tergempaq bahawa ikatan pernikahan pelakon Hanez Suraya la nih lebih kughang dipenghujung apabila Hanez ghamai dok kata telah memfailkan permohonan penceraian ...

Pekin Ibrahim Tobat Takmau Buat Dah Kekasih Ghamai Dok Kata Hanya Imaginasi Penah Menipu Aktoq Lain

Posted: 23 Jan 2017 08:02 PM PST


Sehingga ke hari ni Pekin Ibrahim tak penah memperkenaikan wajah buah hatinya yang bernama Iman Menurut Pekin buah hatinya tu adalah soghang model dari London Kalau dah nama model dah tentu ...

10 Manusia Palin Pintaq Yang Penah Hidup Di Dunia Selain Albert Einstein

Posted: 23 Jan 2017 06:42 PM PST


Konsep IQ first time diketengahkan oleh soghang psikologih William Stern di dalam satu siri ujian yang diterbitkan pada 1912 bagi mengukoq tahap genius dan kepintaran seseoghang 95 peratus darip...

Apa Tu Money Game Skim Ponzi Dan Skim Cepat Kaya

Posted: 23 Jan 2017 06:42 AM PST


Money game skim ponzi atau skim cepat kaya adalah kegiatan mengumpoi dan menggandakan wang dalam bentuk pemberian bonuih atau komisen Bonuih atau komisen tu datang dari penambahan atau pengrekru...

14 Kesalahan Yang Serin Kita Laku Masa Membasuh Pakaian

Posted: 23 Jan 2017 06:26 AM PST


Perkara pertama yang hampa haruih laku untuk mengekaikan pakaian hampa dalam keadaan bersih dan cun ialah belajaq cara membasuh pakaian dengan betoi Di sini kami nyatakan beberapa kesalahan yang s...

Iklan Thailand Ni Akan Buat Hampa Mengaliaqkan Ayaq Mata Selepaih Menontonnya

Posted: 23 Jan 2017 06:24 AM PST


Filem pendek bertajuk The Only One akan buat hampa terharu melihatnya

Tengok Lagu Mana Perbezaan Jenih Oghang Buta Warna Tengok Dunia

Posted: 23 Jan 2017 06:22 AM PST


Kebanya oghang yang mengalami masalah buta warna tadaklah tengok dunia dengan hanya warna hitam dan putih Terdapat beberapa kategori buta warna tengok gambar gambaq di bawah oghang yang memili...

Ibu Tobat Takmau Buat Dah Anak Ditampaq Cikgu Sehingga Pipi Lebam

Posted: 23 Jan 2017 04:42 AM PST


23 01 2017 Selangoq soghang kanak kanak pompuan mengalami kesan lebam di pipi didakwa telah menjadi mangsa dera guru di pra sekolah soghang pompuan mendedahkan kemungkinan anaknya telah didera ...

Jangan Laku Ni Dalam Whatsapp Group Sekolah Anak

Posted: 23 Jan 2017 03:42 AM PST


hampa penin dengan group WhatsApp anak anak Misainya hampa ada 3 anak semua ada group pening Apa apa pun tang mana mana pun bila bila masa pun mak pak kenalah berakhlak dengan semua oghang ...

Rumahtangga Hanez Suraya Romie La Nih Retak

Posted: 23 Jan 2017 02:04 AM PST


Angin takdak ribut takdak tup tup ura ura keretakan rumahtangga Hanez Suraya dan Romie Razin la nih sedang hangat digembaq gemboq ura ura ni bermula apabila nama pasangan laki bini ni didakwa te...

Ghasa Ketaq Lutut Menerpa Bila Masuk Rumah Berdua Bersama Suami Mia Ahmad

Posted: 23 Jan 2017 02:02 AM PST


Amboi amboi amboi ghenyih kambin toknek membaca ucapan Mia Ahmad Memang pengantin baghu ya amat segala ayatnya baghu saja diijabkaboikan dengan penjaga gol pasukan Johoq Darul Takzim JDT ...

myartis.com

Posted: 24 Jan 2017 01:54 AM PST

myartis.com


HANEZ SURAYA SAH FAILKAN PERMOHONAN TUNTUT FASAKH

Posted: 23 Jan 2017 03:06 PM PST



Sebelum ini, tiada pengesahan daripada pihak Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais, 37, mengenai gosip yang mengatakan mereka bakal bercerai.

Terkini menerusi laporan Berita Harian dan Utusan, pelakon tersebut menfailkan permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah semalam. Bagaimanapun, Hanez dikatakan tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya.

Perkara itu disahkan oleh seorang kakitangan mahkamah yang enggan dikenali dan tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GARA-GARA PUKUL CURI, MEKAP ARTIS KOYAK DI KEPALA

Posted: 23 Jan 2017 03:03 PM PST



Akibat dipukul curi, seorang mekap artis yang dikenali dengan nama Eva Shahrul, menerima 10 jahitan apabila mendakwa dipukul dengan objek keras dibahagian belakang kepalanya.

Tambahnya, dia dipukul di kepala oleh seorang krew ketika sedang menjalani penggambaran milik sebuah syarikat produksi terkenal hanya disebabkan salah faham.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment