Friday, 13 January 2017

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 13 Jan 2017 12:05 PM PST

MySensasi


Senarai Pelakon Drama Jejak Karmila

Posted: 13 Jan 2017 06:55 AM PST

Senarai Pelakon Drama Jejak Karmila. Drama yang diadaptasi dari novel ini telah mula ditayangkan di TV3 bermula 11 Januari 2017. Dengan barisan pelakon lama dan baru ditambah dengan jalan cerita yang menarik pasti membuatkan drama ini menjadi pilihan untuk ditonton. Read more…

The post Senarai Pelakon Drama Jejak Karmila appeared first on Info Semasa.

Senarai Pelakon Drama Kerana Anisa

Posted: 13 Jan 2017 06:33 AM PST

Senarai Pelakon Drama Kerana Anisa. Drama yang mula mendapat tempat dihati peminat drama melayu. Mula bersiaran pada 9 januari 2017 di TV3 menerusi slot Samarinda. Membariskan ramai pelakon berbakat besar yang menjadikan drama ini lebih menarik. Berkisar tentang kehidupan Anisa Read more…

The post Senarai Pelakon Drama Kerana Anisa appeared first on Info Semasa.

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Posted: 13 Jan 2017 06:07 AM PST

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat diijabkabulkan pagi ini 13 januari 2017. Majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan di Perak dihadiri  200 orang yang terdiri dari ahli keluarga dan sahabat terdekat. Read more…

The post Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi appeared first on Info Semasa.

Sinopsis Drama Papa Ricky Astro Prima

Posted: 12 Jan 2017 09:31 PM PST

Sinopsis Drama Papa Ricky Astro Prima. Tonton drama terbaru yang akan bersiaran di Astro Prima. Akan bersiaran sebanyak 80 episod mengantikan drama Lara Aishah. Drama ini merupakan adaptasi dari telenovela Chile mengandingkan Fadlan Hazim, Elizad Sharifuddin, dan adik Nur Qistina Raisah sebagai Read more…

The post Sinopsis Drama Papa Ricky Astro Prima appeared first on Info Semasa.

AMMBOI DOT COM

Posted: 13 Jan 2017 12:00 PM PST

AMMBOI DOT COM


DOKUMEN YANG DISEBARKAN BUKTI PENAJAAN KEPADA TRW TELUS – TSAM

Posted: 13 Jan 2017 12:41 AM PST

Berdasarkan kepada situasi semasa, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa kini diserang dari pelbagai penjuru. Tambahan pula isu penajaan dari UniKL atau Mara nampaknya masih belum reda. Menerusi catatan di laman Facebook miliknya, beliau nampak masih tenang dengan membalas hujah-hujah yang dilontarkan kepadanya. Malah, bagi isu penajaan UniKL, beliau sempat […]

The post DOKUMEN YANG DISEBARKAN BUKTI PENAJAAN KEPADA TRW TELUS – TSAM appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 13 Jan 2017 10:39 AM PST

KedahLanie.info


Duhai Annuar mana satu betul ni?

Posted: 13 Jan 2017 08:38 AM PST

POJOK PETANG

Guana War?

Hari ini menteri bertanggungjawab ke atas Mara, Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai membuat arahan supaya sebarang bentuk penajaan menggunakan wang Mara untuk tahun ini ditangguhkan melainkan untuk pendidikan.

Mana-mana bentuk penajaan selain pendidikan ditangguhkan dan memerlukan perhatian daripada beliau, begitu tegasnya. Kenapa? 

Penangguhan itu dipercayai ekoran timbul dakwaan kononnya wang Mara disalah gunakan untuk menaja pasukan bola sepak The Red Warriors. Sebelum ini ada dakwaan daripada seorang pemilik pasukan bola sepak menyatakan rasa terkilan kerana Unit Pelaburan Mara (UniKL) ada memasang iklan untuk pasukan bola sepak negeri Kelantan itu.

Pemilik yang dimaksudkan itu Tunku Ibrahim Sultan Ibrahim tuanpunya pasukan bolasepak JDT memdedahkan bukti yang penajaan itu berlaku. Beliau mendedahkan ada dokumen berupa resit dan juga salinan resit check dan baucer menunjukkan berlaku tranksasi di antara Pelaburan Mara dengan Red Warriors.

Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia dalam reaksi awal berhubung persoalan dibangkitkan itu menafikan yang UniKl menaja pasukan Kelantan, sebaliknya mengakui pemasangan logo UniKL dan  "Mara 50th" di lengan jersi pasukan Kelantan adalah secara percuma.

"Ia adalah percuma sahaja walaupun harganya bernilai RM250,000. Ia sebagai penghormatan kepada Mara," begitu kira-kira kata pengerusi Mara itu dipetik.

Penafian Annuar itu menyebabkan Tunku Ibrahim terpaksa mendedahkan dokumen berkaitan berupa dokumen transksi resit, baucer dan salinan resit check bagi mempertahankan dakwaannya menyebabkan Annuar terpaksa membaiki kenyataan dengan mengubah "kosakata" dengan mengalu-alukan pendedahan itu dengan mengucapkan terima kasih atas pendedahan itu.

Katanya pendedahakan segala dokumen itu menunjukkan apa yang berlaku (penajaan) itu dibuat dengan teratur dan telus. Dalam masa sama beliau membayangkan tidankan The Red Warriors tidak seperti pasukan lain yang menyembunyikan penajaan. Dalam bahasa lain tidak telus, ada yang disembunyikan. Pengubahan kosakata itu juga menunjukkan penafiannya sebelum ini palsu. 

Tunku Ibrahim menimbulkan rasa kesal dengan apa yang berlaku, apabila tahun lepas Mara telah memotong RM700 juta wang biasiswa tetapi boleh pula taja iklan untuk pasukan Kelantan.Tidakan itu menurut beliau sesuatu yang sangat dikesalkan dan suatu perbuatan yang tidak bermoral.

Persoalan sekarang ini sekiranya benar berlaku penajaan iklan menggunakan wang Mara itu ia perlu disiasat kerana ia boleh dianggap sebagai berlaku penyelewengan. Penjelasan Annuar berhubung perkara itu dan ucapan terima kasih atas pendedahan maklumat itu tidak boleh menyelesaikan perkara itu selagi ia tidak disiasat. Kata-kata itu tidak boleh menutup daun pintu persoalan yang telah terbuka.

Penajaan itu boleh dianggap wujud conflict interest kerana waktu itu ahli Parlimen UBN Ketereh itu adalah pengerusi Mara dan juga presiden Kafa.

Elok sangat kalau SPRM jenguk ke bangunan Mara melihat apa sebenar yang berlaku. Dakwaan atau persepsi buruk terhadap Annuar mengenai hal ini perlu dibersihkan segera. Annuar juga harus bersedia menghadapi hal itu. Penjelasan dan ucap terima kasih atas pendedahan Tunku Ismail itu tidak dapat menutup apa yang sedang berbau dan menerawang dalam kepala umum kini. 

Ini penting kerana wang Mara adalah wang rakyat di mana kalau ia benar digunakan untuk bola sepak penggunaan itu telah melencung dari tujuan Mara diwujudkan. Tindakan itu juga boleh dianggap satu penyelwengan.

Sebagai rekod hampir 15 tahun lepas semasa menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar Annuar pernah disiasat oleh SPRM berhubung penyelewengan dalam Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Rumahnya digelidah oleh SPRM dan keretanya disita oleh SPRM. [wm.kl.6:14 pm 13/01/17]

mohd sayuti Omar 

PAS nyatakan bahawa parti Islam tidak boleh dipersalahkan pembangkang berpecah.

Posted: 13 Jan 2017 04:01 AM PST

Bukan Pas punca pembangkang berpecah

KOTA BHARU - Pas menafikan dakwaan parti itu menjadi punca pakatan pembangkang gagal bersatu dalam Pakatan Harapan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, apa yang berlaku kini bukannya disebabkan Pas, malah bila timbul polemik dalam Pakatan Rakyat dulu, Pas sudah memberi gambaran awal bahawa parti Islam tidak boleh dipersalahkan dalam hal tersebut.

“Awal-awal dulu pun, saya kata jangan salahkan Pas kalau Pakatan Rakyat berpecah. Waktu itu, Pas cuba pertahankan, namun tetap diserang secara berterusan.

“Semua pihak harus melihat perkara ini sudah berlaku dan tidak perlu salahkan mana-mana pihak pun. Yang pentingnya, Pas bukan punca, dakwaan itu sangat tidak berasas dan tidak betul,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah Jumaat sesi kedua di Medan Ilmu, di sini.

Guan Eng menang RM300,000 saman Berita Harian

Posted: 13 Jan 2017 03:47 AM PST

FMT Reporters

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menang dalam saman fitnah yang difailkannya terhadap akhbar New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan wartawannya berhubung satu artikel mengenai prosiding mahkamah tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop berkata mahkamah mendapati laporan dalam Berita Harian (BH) itu diputarbelitkan dan berunsur fitnah.

Sehubungan itu, Rosiah dalam keputusannya memerintahkan NSTP membayar RM300,000 ganti rugi kepada Lim dengan faedah 5% setahun bermula hari ini dan RM35,000 bagi kos.

“Plaintif berjaya membuktikan imbangan kemungkinan kes itu terhadap defendan.

“Wartawan berkenaan tahu mengenai penghakiman persetujuan yang dicapai di mahkamah. Pembelaan perlindungan bersyarat tidak diguna pakai kerana ia laporan prosiding kehakiman yang tidak adil dan tidak tepat,” katanya ketika membacakan keputusannya hari ini.

Rosilah berkata ralat yang disiarkan BH susulan surat guaman Lim juga “tidak memuaskan hati secara keseluruhannya”.

“Mahkamah juga melihat kenyataan yang tertaksir oleh akhbar itu sebagai sangat serius,” katanya.

Guan Eng menyaman NSTP, penerbit BH, susulan terbitan laporan bertajuk “Guan Eng tarik balik saman terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Negeri” dalam edisi cetakan akhbar itu pada 20 Ogos 2015.

Shaik ialah ketua Pemuda Umno Pulau Pinang ketika membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim.

Lim dalam tuntutannya meminta supaya permohonan maaf terhadapnya disiarkan dalam BH di halaman “paling mudah dilihat” dalam akhbar itu, dan jumlah ganti rugi yang ditentukan mahkamah.

Dalam penyata tuntutannya, Lim berkata artikel itu tidak melaporkan prosiding di Mahkamah Tinggi secara adil dan tepat.

Tindakan terhadap BH itu diambil selepas Lim mencapai penyelesaian penghakiman persetujuan dengan Shaik berhubung 2 kenyataan berunsur fitnah yang dibuat Shaik pada 5 Oktober 2012, dalam artikel yang disiarkan di portal berita Malaysiakini.

Menurut keterangan saksi Lim, laporan BH menunjukkan seperti Lim menggugurkan tuntutan itu tanpa sebarang syarat dikenakan kepada Shaik.

Lim berkata artikel itu antara lain menunjukkan seperti beliau mengaku kalah, dan secara tersirat mengaku yang beliau tidak ada kes terhadap penentangnya.

“Kenyataan yang dipersoalkan itu tidak benar dan benar-benar mengelirukan kerana fakta diputarbelitkan hingga mengakibatkan artikel berita itu dimanifestasikan menjadi berita palsu.

“Memandangkan terma penghakiman persetujuan itu dibacakan secara jelas dalam mahkamah terbuka, setiap ahli media yang membuat liputan prosiding itu sepatutnya tahu dan faham plaintif menghentikan tuntutan itu dengan penarikan balik kenyataan berunsur fitnah oleh penentangnya, tanpa syarat,” kata Lim.

Sementara itu, saksi NSTP yang juga wartawan BH Siti Sofia Md Nasir berkata beliau hanya melaporkan tuntutan saman antara Lim dan Shaik digugurkan.

Sofia dalam keterangannya berkata menerusi temu bual dengan wartawan, Lim berkata beliau menggugurkan kes itu dan Shaik sudah memohon maaf kepadanya.

“Bila kami tanya Shaik (selepas itu) sama ada dia minta maaf pada Lim, Shaik kata tidak. Ini bertentangan dengan apa yang Lim kata.

“Selepas temu bual dengan Lim dan Shaik, saya jadi keliru kerana kedua-dua kenyataan mereka bertentangan. Mereka ialah ahli politik dengan agenda masing-masing.

“Maka, saya hanya laporkan yang Lim menarik balik tuntutan itu tanpa syarat dengan kos ditanggung pihak masing-masing,” katanya dalam penyata saksi bagi pihak NSTP.

Sofia berkata laporan berita yang ditulisnya tidak berpihak kepada mana-mana belah dalam kes itu.

Lim diwakili Simon Murali sementara Leong Wai Hong mewakili NSTP.

PEGUAM NEGARA JANGAN TERLENA DALAM PEJABAT

Posted: 12 Jan 2017 09:06 PM PST

www.amanah.org.my

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) meminta supaya Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya jangan terlena daripada memerhati segala perkembangan mutakhir berkaitan isu 1MDB yang sangat berkepentingan kepada rakyat dan negara.

2. Terdapat beberapa tindakan tegas dari beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dan Switzerland yang telah bertindak terhadap individu dan bank yang terlibat dengan skandal 1MDB.

3. Paling terbaru ialah kerajaan Singapura yang telah mengheret Bank Privet Falcon ke muka pengadilan kerana terlibat dengan penyimpanan wang yang punya bukti jelas berkaitan dengan 1MDB. Jens Fred Sturzenegger yang merupakan pengurus bank tersebut merupakan orang ke 5 yang didakwa di Singapura. Beliau mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 28 minggu penjara dan denda S$128,000.

4 . Ironinya di Malaysia fail skandal 1MDB yang telah sempurna disiasat oleh BOK SPRM terdampar lesu di meja peguam negara atas hujah tiada kes untuk didakwa.

5. AMANAH memperingatkan supaya peguam negara jangan terus terlena daripada menjalankan tanggungjawab besar ini kepada rakyat dan negara. Skandal 1MDB adalah malapetaka besar kepada kehidupan masa depan rakyat Malaysia.

*AMANAH Demi Negara*

*SALAHUDDIN AYUB*
Timbalan Presiden Amanah
*12 Januari2017*

OhDunia.My

Posted: 13 Jan 2017 08:19 AM PST

OhDunia.My


Langkah Nyah Senarai FGV di Bursa Malaysia Perlu Alasan Kukuh

Posted: 12 Jan 2017 07:11 PM PST

KUALA LUMPUR – Langkah menjadikan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebagai syarikat persendirian perlu berasaskan sokongan yang rasional sebelum cadangan itu dapat dilaksanakan, menurut Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).



Baca selengkapnya

Siapakah Bakal Pengganti Allahyarham Tan Sri Adenan Satem?

Posted: 12 Jan 2017 06:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Jan — Ketika Sarawak masih berdukacita dengan pemergian ketua menterinya yang dikasihi rakyat Tan Sri Adenan Satem, tumpuan kini beralih kepada siapakah bakal menjadi penggantinya.


Siapakah Bakal Pengganti Adenan Satem?

Baca selengkapnya

myartis.com

Posted: 13 Jan 2017 02:27 AM PST

myartis.com


20 GAMBAR - MIA AHMAD KINI SAH ISTERI PENJAGA GOL JDT

Posted: 12 Jan 2017 07:15 PM PST



Tahniah diucapkan buat pelakon Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi yang telah selamat bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan dengan sekali lafaz sekitar jam 10.19 pagi tadi.

Pasangan terbabit dinikahkan oleh Naib Kadi Masjid Nurul Islam, Aulong, Taiping, Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dalam majlis yang berlangsung di Taiping Sentosa Villa, Perak.

Mereka disatukan sebagai suami isteri di hadapan kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat kedua-dua pihak, selain kenalan rapat.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

FAYE KUSAIRI RANCANG NIKAHI AZMI HATTA LEPAS AIDILFITRI

Posted: 12 Jan 2017 04:47 PM PST



Baru-baru ini, ada khabar angin yang mengatakan pelakon Faye Kusairi dan pengarah Azmi Hatta akan bernikah dalam masa terdekat iaitu bulan Februari ini, namun perkara tersebut dinafikan oleh Faye.

Ini kerana akui pemilik nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, bahawa dia sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya itu selepas Hari Raya Aidilfiri depan.

"Kami ada merancang untuk berkahwin Insya-Allah tahun ini tapi bukan bulan Februari kerana jadual saya padat dengan tiga buah drama yang sedang menjalani penggambaran.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

8 GAMBAR - SEKITAR MALAM BERINAI MIA AHMAD

Posted: 12 Jan 2017 04:13 PM PST



Sebelum mendirinya rumah tangga dengan penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan hari ini (13 Januari), pelakon Mia Ahmad atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 29, telah mengadakan malam berinainya semalam.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan di Taiping Sentosa Villa, Taiping, Perak pada jam 9.30 pagi dan majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya Taiping Gold and Country Club, Taiping pada sebelah malam.

Manakala sebelah lelaki di Marang, Terengganu dijangka akan diadakan pada Mac depan. Satu majlis resepsi untuk keluarga terdekat dan rakan-rakan akan diadakan di Kuala Lumpur pada hujung Januari.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"TETAP AKAN KEKAL IMEJ RAMBUT KERINTING" - SAHARA YAACOB

Posted: 12 Jan 2017 02:28 PM PST



Penyanyi yang mendapat jolokon 'Tina Turner Malaysia' sebelum ini, Sahara Yaacob bertegas dengan pendiriannya iaitu akan terus kekal dengan imej rambut keriting palsu ketika menjayakan persembahan pentas, meskipun sudah berselendang.

Ini kerana kata Sahara, beliau mahu kemunculan semulanya sebagai penyanyi kekal dengan imej lama, kerana gaya seperti itu membuatkan beliau lebih menjiwai lagu dipersembahkan.

"Apabila di atas pentas, saya akan terus menjadi Sahara Yaacob. Saya yang mencipta imej Sahara sebelum ini dan itulah saya apabila di atas pentas.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 13 Jan 2017 02:19 AM PST

beautifulnara


(24 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Roslan

Posted: 12 Jan 2017 10:24 PM PST

Pagi tadi, pelakon Mia Ahmad telah selamat diijabkabulkan dengan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan di Villa Sentosa, Taiping. Majlis tersebut berlangsung agak meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan.

Mia dan Izham tampak sepadan dan cukup bahagia bersama. Mia menerima mas kahwin RM2,000 tetapi merahsiakan jumlah wang hantarannya.

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Taiping Golf & Country Club Perak esok. Kami mendoakan agar rumah tangga yang dibina akan kekal sehingga anak cucu.

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Mia Ahmad Dan Mohd Izham Tarmizi Roslan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : project2pi

Along-Along Satu Malaysia Kini Dah Tak Boleh Cari Makan Sebab…

Posted: 12 Jan 2017 08:00 PM PST

Amboi, amboi, amboi. Ramai betul yang hantar email bertanya lebih lanjut tentang Skim Pembiayaan Mikro BSN selepas Abang Nara kongsikan kisah kejayaan 3 usahawan (klik sini untuk baca) yang menggunakan produk tersebut untuk memajukan lagi perniagaan korang. Kalau nak balas satu persatu email, sampai minggu depan pun tak habis. Jadi Abang Nara dengan baik hatinya akan berkongsikan segala maklumat tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i ini di sini untuk tatapan anda semua.

bsn mikro

Baiklah. Mari kita bermula dengan sejarah skim ini terlebih dahulu. Kata orang, tak kenal maka tak cinta, tak tahu maka tak buat pinjaman. Skim Pembiayaan Mikro BSN telah bermula pada 15 Mac 2007 dengan nama Skim Mikro Kewangan dan kemudiannya dijenamakan semula kepada BSN Micro/i pada tahun 2016. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk membantu usahawan-usahawan mikro mendapatkan akses kewangan untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Contohnya kalau Abang Nara ada kedai runcit "NARA RUNCIT" dan nak buka satu lagi cawangan tapi tak ada modal, maka bolehlah buat pinjaman di bawah skim ini untuk buat modal.

bsn3

Saiz pembiayaan adalah daripada RM5,000 hingga RM50,000 untuk tempoh 1 sehingga 5 tahun. Untuk makluman, ada dua jenis Skim Pembiayaan Mikro iaitu BSN Micro dan juga BSN Micro-i iaitu untuk pembiayaan patuh shariah. Bidang-bidang yang layak untuk mendapat pembiayaan pula ialah pembuatan, perkhidmatan, peruncitan dan pemborongan. Selain daripada dijadikan modal dan untuk pembelian aset, pembiayaan ini juga boleh digunakan untuk:-

1.Kembangkan lagi perniagaan korang ke tahap seterusnya
2.Mantap dan mampamkan lagi business korang. Contoh daripada 100 produk di kedai runcit, dengan pembiayaan ini produk jadi 300 terus.
3.Upgrade daripada domestik kepada eksport. Contoh kalau selama ini korang jual kain batik hanya untuk pasaran Malaysia, dengan Skim Pembiayaan Mikro BSN, korang leh terjun ke pasaran antarabangsa.
4.Melakukan penjenamaan untuk produk korang agar lebih femes, popular dan dikenali seantero dunia.

Amboi terasa macam buat karangan Bahasa Melayu pulak. Mesti korang dah lebih faham kan sekarang tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i nie. Mesti ada yang dah excited tak sabar nak pergi BSN untuk nak apply. Rileks dulu jangan over excited pulak. Baca dulu syarat-syarat di bawah nie. Kalau semua ok, baru leh gi cuba apply:-

1.Warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas (kalau tak ramai sangat Bangladesh dan Indonesia yang apply jugak)
2.Ada lesen perniagaan yang sah (ini kalau tak ada tak tahu la Abang Nara nak cakap apa)
3.Perniagaan dah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun (kalau baru 2 bulan harap bersabar sikit lagi ye)
4.Perniagaan diusahakan sepenuh masa (ini sebagai tanda anda seorang yang komited)
5.Penjamin (sekiranya diperlukan sahaja)

bsn

Maka bergegaslah ke cawangan BSN berdekatan untuk bertanyakan lebih lanjut tentang Skim Pembiayaan BSN Micro/i ini kepada pegawai bertugas. Insya Allah diorang akan tolong punya. Jangan lupa layari www.bsnmicro.com dan juga Facebook MyBSN untuk mendapatkan informasi terkini. Selamat mencuba dan selamat berniaga!!!

(TAHNIAH) Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Sah Bergelar Suami Isteri

Posted: 12 Jan 2017 07:15 PM PST

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan yang sudah sah bergelar suami dan isteri kira-kira jam 10.18 pagi tadi hanya dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah Mia dan Izham berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak dan dihadiri 200 orang tetamu teridiri daripada keluarga serta rakan-rakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan Ahmad Baderi.

Mia menerima mas kahwin sebanyak RM 2,000 dan tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang.

Walaubagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan.  Pelakon wanita itu kelihatan cukup anggun mengenakan busana yang direka khas oleh Lynda Rahim.

Difahamkan majlis resepsi  di pihak perempuan akan di Taiping Golf & Country Club Perak pada hari Sabtu (esok).

Majlis menyambut menantu pula akan diadakan di Terengganu pada Mac 2017, manakala majlis untuk rakan-rakan di Kuala Lumpur pada penghujung Januari ini.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Twitter tontonMY

Pekin Ibrahim Rahsiakan Tarikh Nikah Bersama Seorang Model

Posted: 12 Jan 2017 06:31 PM PST

Sedang bercinta dengan seorang model yang berasal daripada London,United Kingdom, pelakon Pekin Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahannya dengan model berkenaan pada tahun ini.

Malah, Pekin juga enggan bersanding kerana merasa tidak selesa menjadi tumpuan ramai. Tiada majlis besar-besaran juga yang akan diadakan.

Sebab itulah rasanya lebih baik saya merahsiakan tarikh pernikahan supaya tidak rasa terbeban apabila perlu mengajak tetamu lain selain ahli keluarga terdekat.

Jika dengan keluarga saja, saya rancang nak buat makan-makan secara santai. Cukup setakat itu saja tanpa sebarang majlis formal. Itulah cara hidup saya yang kurang gemarkan suasana ramai orang.

Pekin sebelum ini mengakui sedang menjalin hubungan jarak jauh dengan seorang model yang dikenali sebagai Iman sejak dua tahun lalu dan sudah tekad untuk menamatkan zaman bujangnya.

Alhamdullillah, kita hormati sahaja keputusan Pekin Ibrahim yang menjaga privasinya. Kami doakan agar hubungan mereka diberkati dan jodoh mereka kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Utusan Online

Faye Kusairi Azmi Hatta Rancang Nikah Selepas Aidilfitri

Posted: 12 Jan 2017 05:56 PM PST

Pelakon Faye Kusairi mengakui beliau dan kekasihnya, pengarah Azmi Hatta sudah merencana untuk melangsungkan pernikahan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Kenyataan Faye itu sekaligus menafikan khabar angin kononnya mereka bakal berkahwin pada Februari ini.

Kami ada merancang untuk berkahwin Insya-Allah tahun ini tapi bukan bulan Februari kerana jadual saya padat dengan tiga buah drama yang sedang menjalani penggambaran.

Susah nak cari masa saya dan dia (Azmi) yang betul-betul sesuai. Daripada segi persiapan pun kami tak buat apa-apa lagi kerana hari-hari sibuk buat persiapan penggambaran.

Faye sebelum ini menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap beliau adalah punca keruntuhan rumah tangga Elly Mazlein dan Azmi Hatta.

Walaubagaimanapun, Faye enggan lagi memikirkan perkara berkenaan dan tidak risau sekiranya keputusan untuk berkahwin ini juga mungkin akan mengundang kritikan.

Apa juga keputusan untuk berkahwin adalah hal peribadi saya dan saya buat apa juga yang saya rasa ia membuatkan saya gembira dan bukan untuk orang lain gembira.

Kalau dah jodoh tidak kemana, rasanya buat masa ini janganlah lagi mengkritik Faye kerana apa yang berlaku juga adalah suratan takdir. Semoga perancangan Faye dan Azmi untuk ke jinjang pelamin nanti berjalan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

Fattah Amin Nafi Gosip Bakal Bertunang Dengan Neelofa Tahun Ini

Posted: 12 Jan 2017 08:30 AM PST

Sejak daripada bermulanya drama Suri Hati Mr Pilot sehinggalah hari ini, kisah "percintaan" Fattah Amin dan Neelofa masih terus hangat diperkatakan.  Terbaru, ada desas-desus mengatakan mereka bakal bertunang pada tahun ini.

Namun, perkara itu dinafikan oleh Fattah kerana beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hubungan beliau dan Neelofa.

Tiada majlis pertunangan atau sebarang berita yang hendak saya umumkan. Bagaimana cerita seperti ini boleh timbul sedangkan saya tidak pernah memberi apa-apa kenyataan mengenai hubungan saya dengan Neelofa. Apa yang saya boleh katakan kepada semua, doakanlah yang baik-baik untuk saya. Insya-Allah jika ada, saya akan umumkan kepada semua.

Jelas Fattah beliau masih lagi berkawan seperti biasa dengan Neelofa dan mereka juga bakal bergandingan dalam sebuah drama bersiri tidak lama lagi.

Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada masalah untuk bekerjasama. Insya-Allah dalam bulan Mac nanti kami akan bergandingan bersama dalam sebuah drama bersiri. Bagaimanakah jalan ceritanya saya masih belum boleh beritahu lagi kerana ia masih dalam proses perbincangan.

Seperti yang Fattah katakan, kita doakan yang terbaik sahaja buat beliau dan Neelofa. Ya, memang ramai yang ingin melihat mereka bercinta, tetapi semua itu adalah ketentuan takdir. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Sumber Berita : Harian Metro

Toknek.com RSS Feed

Posted: 13 Jan 2017 01:58 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Resveratrol Sistem Pertahanan Semulajadi Tumbuhan Melawan Penyakit

Posted: 13 Jan 2017 12:32 AM PST


Tahukah hampa resveratrol adalah sejenih polyphenol yang dikenali sebagai phytoalexin iaitu sejenih bahan yang dikeluaqkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan terhadap penyakit Resveratrol terhasil d...

Along Along Satu Malaysia La Nih Dah Tak Boleh Cari Makan Sebab

Posted: 12 Jan 2017 10:54 PM PST


Amboi amboi amboi ghamai betoi yang hantaq email bertanya lebih lanjut tentang pasai Skim Pembiayaan Mikro BSN selepaih toknek kongsikan ceghita kejayaan 3 usahawan klik sini untuk baca yang ...

Sekitaq Majlih Akad Nikah Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Roslan

Posted: 12 Jan 2017 10:52 PM PST


Pagi tadi pelakon Mia Ahmad telah selamat diijabkaboikan dengan penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan di Villa Sentosa Taipin Majlih hat sama dok habaq tadi berlangsung agak meriah dengan ...

Taktik Baghu Culik Kanak Kanak Di Sekolah

Posted: 12 Jan 2017 10:32 PM PST


13 01 2017 kola Lumpoq Berani sungguh penyangak la la nih Sampai ke sekolah mencari mangsa kata soghang pengguna laman so sial apabila mendapat tau taktik baghu yang digunakan untuk menculik...

Membongkaq Tembelang Syiah Faisal Tehrani Dalam Karya Pompuan Nan Bercinta

Posted: 12 Jan 2017 09:32 PM PST


Faisal Tehrani FT secara bacoi berselindung di sebalik karya sastera ala novel cinta untuk menyerang dan menghukum Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam tulisannya di malaysiakini dia cuba try test memba...

Lelaki Ni Bergambaq Dengan Baju Yang Dikaitnya Mengikut Tempat Yang Dilawati

Posted: 12 Jan 2017 09:12 PM PST


Selalunya kita akan mendengaq oghang bagitau dah penah pergi dah ada tshirt lagi tapi hampa tak akan penah mendengaq Sam Barsky mengucapkannya awatlaa ni pasai dia tak membeli tshirt tapi...

Jam Tangan Sony Generasi Ke 2 E Ink Fes La Nih Lebih Cun

Posted: 12 Jan 2017 08:02 PM PST


Tahun lepaih Sony menimboikan kekecohan apabila depa mengumumkan FES untuk Fesyen Entertainments Startup yang bergaya depa iaitu Smartwatch E dakwat melalui projek crowdfundin di Jepun tahun lep...

Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Konfem Bergelaq Laki Bini

Posted: 12 Jan 2017 07:56 PM PST


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan yang dah konfem bergelaq laki bini kira kira jam 10 18 pagi tadi hanya dengan sekali lafaz Majlih ak...

Faye Kusairi Azmi Hatta Rancang Nikah Selepaih Aidilfitri

Posted: 12 Jan 2017 07:54 PM PST


Pelakon Faye Kusairi mengakui beliau dan buah hatinya pengarah Azmi Hatta dah merencana untuk melangsungkan pernikahan selepaih Hari ghaya Aidilfitri tahun ni Kenyataan Faye tu sekaliguih takmau...

Pekin Ibrahim Rahsiakan Tarikh Nikah Bersama Soghang Model

Posted: 12 Jan 2017 07:52 PM PST


Sedang bercinta dengan soghang model yang berasai daripada London United Kingdom pelakon Pekin Ibrahim bagaimanapun takmau mendedahkan tarikh pernikahannya dengan model berkenaan pada tahun ni ...

13 Rekod Dunia Yang Dipegang Oleh Bahtera Nabi Nuh A S

Posted: 12 Jan 2017 06:32 PM PST


Dalam ceghita ceghita para anbia yang selului kita baca Allah memerintahkan Nabi Nuh a s untuk membuat bahtera Bersama para pengikutnya Nabi Nuh a s mengumpoikan paku dan menebang kayu besaq d...

Kelihatan Macam Telinga Manusia Tunggu Sehingga Hampa Tengok Cincin Pulak

Posted: 12 Jan 2017 06:12 PM PST


Inginkan kelainan tengok rekaan menakutkan oleh Nadja Buttendorf pelukih dan saudagaq permata dari Berlin yang membuat cincin dan anting antin yang nak semacam telinga dan jari sebenaq Barang pe...

Tahukah Hampa Asai Usoi Nama Bulan Januari

Posted: 12 Jan 2017 12:32 PM PST


barangkali ghamai yang masih dok belum tau lagu mana nama Januari boleh wujud dalam kalendar kita sekalipun tau bulan kelahiran masing masin Menurut kalendar Gregorian yang kita gunakan la la nih ...

Rekod Dunia Baghu Rashid Berjaya Memecahkan 43 Biji Nyoq Dalam Tempoh 60 Saat

Posted: 12 Jan 2017 12:12 PM PST


Rashid Naseem dari Karachi Pakistan telah berjaya mencipta namanya dalam buku rekod dunia dengan memecahkan lebih daripada 40 biji nyoq segaq dengan menggunakan kepalanya dalam masa 60 saat Rashi...

Fattah Amin Tak Ngaku Gosip Bakai Bertunang Dengan Neelofa Tahun Ni

Posted: 12 Jan 2017 10:52 AM PST


Sejak daripada bermulanya drama Suri Hati Mr Pilot sehinggalah hari ni ceghita percintaan Fattah Amin dan Neelofa masih dok teruih hangat digembaq gemboq terpalin baghu ada ura ura kata depa...

Antara Sebab Awat Masih Dok Ghasa Lapaq Walaupun Dah Makan Banyak

Posted: 12 Jan 2017 09:12 AM PST


penah tak hampa mengalami situasi macam ni masih dok ghasa lapaq walaupun dah makan banyak Kadang kadang tu mulut masih dok ghasa nak mengunyah makanan walaupun lepaih ambik makanan berat Mesti a...

Dia Cuma Komen May The Force Be With Me Tiba Tiba Teruih Dapat Playstation 4

Posted: 12 Jan 2017 08:02 AM PST


Dia cuma tulih satu komen May The Force Be With Me dan teruih dapat sebuah Playstation 4 kalau hampa dah lama mengikuti Oh Media di Instagram Facebook mahupun Twitter pastinya telah sedia mak...

Whatsapp Tambah Sokongan Mencari Dan Menghantaq Gambaq Animasi

Posted: 12 Jan 2017 06:32 AM PST


WhatsApp telah menambah satu demi satu fungsi baghu dalam menjadikan perkhidmatan permesejan depa menarik Terkini WhatsApp turut telah menambah sokongan carian gambaq beranimasi GIF teruih pada ...

Penumpang Ke Sejuta Diraikan Oleh Pihak Mrt

Posted: 12 Jan 2017 06:14 AM PST


soghang pelajaq kolej diraikan sebagai penumpang Transit Aliran Massa MRT ke sejuta hari ni selepaih 27 hari perkhidmatan laluan pertama Sungai Buloh Kajang SBK memulakan operasinya Prasara...

Masa Sakit Kepala Hampa Disarankan Untuk Tak Ambik Makanan Ni

Posted: 12 Jan 2017 06:12 AM PST


Setiap dari kita konfem akan mengalami sakit kepala Memang tak tahan kalau kena sakit kepala Banyak perkara yang buat hampa kena ambush sakit kepala Antaranya barangkali di sebabkan tekanan l...

Tp Link Melancaqkan Siri Neffos X1 Di Malaysia Dengan Ghega Bermula Rm769

Posted: 12 Jan 2017 03:56 AM PST


TP LINK sebelum ni telah memperkenaikan siri Neffos X1 pada acara IFA 2016 di Berlin dengan membawakan rekaan menarik bersama spesifikasi berkuasa Hari ni depa telah melancaqkan Neffos X1 dan X1...

Htc U Ultra Dan U Play Dilancaqkan Mai Dengan Dwi Skrin Dan Tanpa Bicu Audio

Posted: 12 Jan 2017 03:54 AM PST


HTC melancaqkan dua peranti terkini depa di Singapura tak sat Dua peranti yang dilancaqkan ialah HTC U dan U Play dengan rekaan panel belakang berkilat ni ialah perubahan besaq bagi HTC yang ke...

Pandang Pertama Htc U Ultra Mai Dengan Kecerdasan Pintaq Dan Skrin Kedua

Posted: 12 Jan 2017 03:52 AM PST


HTC merupakan salah satu jenama yang sangat terkenai pada suatu masa dahulu dalam arena telefon pintaq malah serin dibandinkan dengan peranti keluaran Samsung dan menjadi antara telefon pintaq fla...

No comments:

Post a Comment