Kecoh juga pada Ahad dengan berita seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dijumpai dalam keadaan dirantai di hadapan Kompleks 3K di Serdang Raya. Ramai yang meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku. Ada juga netizen yang tanpa usul periksa mengecam tindakan merantai wanita berkenaan kerana didakwa mendera dan mengaibkannya. Bagaimanapun menerusi laporan berita hari ini, […]
PUTRAJAYA – Masa depan hubungan antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal dimuktamad pada 2 Februari depan.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya telah mengemukakan draf rangka perjanjian itu kepada Pas dan sedang menungggu maklum balas.
Difahamkan, rundingan itu nanti yang hanya melibatkan Pas dan Bersatu akan diketuai Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dan masa pertemuan tersebut.
“Bentuk kerjasama antara Pas dan Bersatu hanya lebih kurang sama dengan kerjasama yang kami (Bersatu) meteraikan dengan Pakatan Harapan.
“Rundingan yang akan berjalan antara Mukhriz dengan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini akan menentukan pendirian kami dengan Pas, ” jelas Tun Mahathir dalam sidang media di sini, hari ini.
ALOR SETAR: Seorang bekas tentera yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menggunakan pistol milik syarikatnya ditahan selepas cuba merompak Bank UOB di Tmn Ria Jaya, Sungai Petani dekat sini pagi tadi.
Jurucakap polis berkata, cubaan suspek berjaya dihalang pengawal keselamatan bank terbabit selepas berlaku pergelutan antara mereka dengan dibantu kakitangan bank berkenaan, jam 8.40 pagi.
"Anggota polis yang tiba dilokasi kejadian kurang seminit kemudian segera membantu pengawal keselamatan yang cedera akibat terkena tembakan di kaki yang sedang bergelut dengan suspek.
Suspek yang bertopi keledar berjaya ditahan manakala pistol jenis jenis Smith Wesson yang digunakan untuk merompak juga berjaya dirampas," katanya di sini sebentar tadi. Beliau berkata, pengawal keselamatan terbabit dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan kini dilaporkan stabil.
"Suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan kini ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci.
Selepas menimbulkan polemik bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyelamatkan Malaysia, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini berkata beliau bersedia bekerja dengan pemimpin atasan BN.
Menurut Lim, beliau bersedia untuk bertemu dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk membincangkan cara untuk "membersihkan dan menyingkirkan" segala keaiban dan kehinaan Malaysia akibat dilihat sebagai negara kleptokrasi.
"Saya bersedia untuk bekerja bukan sahaja dengan Hadi, tetapi dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam dan semua pemimpin BN Sabah dan Sarawak.
"Saya bersedia untuk berjumpa dengan Liow dan Mah di sebarang tempat, bila-bila masa dalam tempoh 72 jam. Adakah mereka perlu mendapatkan kelulusan Umno sebelum bertindak?" soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
Semalam, Lim menafikan salam perdamaian yang dihulurkannya itu hanya sekadar tindakan berpura-pura disebalik kelantangan Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Lim berkata keutamaanya adalah menyelamatkan Malaysia sekarang daripada masalah kleptokrasi.
Berikutan itu, pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, menyelar Lim dan menuduh parti itu sedia mengabaikan hak masyarakat bukan Islam demi untuk merampas Putrajaya.
Hanya dalam tempoh seminggu yang lalu saja, Najib Razak didapati telah melakukan dua kesilapan fakta yang tidak sewajarnya sebagai seorang Perdana Menteri.
Kali pertama, beliau mengatakan tanah di Forest City adalah pajakan selama 99 tahun dan ia tidak menjejaskan dari segi kedaulatan negara apabila orang-orang dari negara China menjadi pembeli utamanya.
Ternyata kemudian melalui papan iklan, billboard dan laman web Forest City sendiri, fakta Najib ternyata salah.
Tanah Forest City memang pegangan bebas dan ia akhirnya memaksa Bernama memadam fakta pajakan 99 tahun yang disebut Najib sebelum itu dalam berita yang disiarkannya.
Kali kedua, Najib menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa MCA pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sedangkan terbukti pada 3 April 2009, parti Cina komponen BN itu pernah berbuat demikian.
MCA ketika itu menggesa Najib yang baru menjadi Perdana Menteri agar mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk Presidennya bagi mencerminkan "perkongsian kuasa" yang sebenar dalam negara ini.
Bagaimanakah kesilapan fakta sedemikian boleh berlaku kepada seorang Perdana Menteri?
Adakah Najib tidak tahu atau begitu tertekan dan serabut fikiran sehingga "cakap main bedal saja" menafikan sesuatu perkara tanpa mengira apa yang disebutnya itu betul atau salah?
Ataukah Najib memang suka cakap "hentam keromo" apabila fikirannya celaru dan tertekan sepertimana yang pernah dilakukannya mengenai wang RM2,600 juta dahulu?
Ketika itu Najib dengan selamba mengatakan, kalau pun mahu menyamun, takkankan beliau melakukannya dengan memasukkan wang ke dalam akuan sendiri di dalam negara, walhal menyedari perkara itu memang pun berlaku.
Adakah perlakuan-perlakuan Najib yang tidak sewajarnya itu yang membuatkan Zahid Hamidi tiba-tiba mengatakan hanya tinggal 6.6 peratus saja "cybertrooper" yang bersama UMNO dan kerajaan sekarang ini?
Kata Zahid, akibat ketinggalan jauh dalam perang maya itu menyebabkan persepsi negatif yang buruk kepada UMNO dan kerajaan.
Adakah Zahid juga sedang cuba mengatakan bahawa UMNO dan BN di bawah pimpinan Najib hanya menunggu masa saja untuk menemui titik nokhtahnya?
Lalu, apa perancangan Zahid seterusnya? (SH 23/01/2017).
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
JOHOR BAHRU, 26 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Keadaan banjir di Johor semakin buruk apabila jumlah mangsa di seluruh negeri meningkat kepada 8,204 orang daripada 2,427 keluarga, setakat jam 6 pagi tadi.
SUNGAI PETANI – Seorang suri rumah terkejut melihat tombong kelapa baru dikupasnya yang kelihatan seakan-akan bentuk jari perempuan yang cantik dipakai inai.
Saodah menunjukkan tombong kelapa yang terbentuk seakan jari manusia berinai. Gambar kecil: Pokok kelapa paling tinggi berbanding pokok lain yang menghasilkan buah memiliki tombong berbentuk seakan jari manusia. - Gambar Sinar Harian
Bintang kontroversi Lindsay Lohan mendedahkan bahwa segelintir pihak melemparkan pandangan seolah-olah dirinya iblis kerana tindakannya berjalan di khalayak sambil memegang sebuah Al-Quran.
Akhiaqnya segala persoalan dan kekusutan yang bermain di minda toknek terjawab jua Hanez Suraya telah tampil untuk memaklumkan tentang pasai statuih perkahwinannya bersama Romie Razin Sebelum ...
Pernahkah hampa terpikiaq ada tak mutusikai menggunakan enjin diesel Sebenaqnya memang wujud mutusikai sebegitu Ada beberapa syarikat telah mengeluaqkan mutusikai berkuasakan enjin diesel sebel...
Caroline Arthoq ialah soghang bekaih model yang menetap di Melbourne Dia sedang mencabaq pemegang rekod dunia Guinness terkini untuk memecahkan rekod kaki palin panjang Dengan ketinggian 188cm ...
Kemelut yang melanda Samsung Galaxy Note 7 lebih kughang berakhiaq dan hanya menjangkakan kedatangan Galaxy S8 dan S8 Pluih yang baghu baghu ni mengesahkan Samsung Galaxy Note 8 Nampaknya ekseku...
Sejak drama Suri Hati Mr Pilot ditayangkan 2 3 bulan yang lepaih satu fenomena telah pun melanda Malaysia Fenomena ni dikenali sebagai LOFATTAH tang mana fans mengimpikan semuga Neelofa dan Fat...
soghang pompuan yang berasai dari Bosnia memiliki kelebihan merawat yang tak dimiliki oleh sapa sapa pun di dunia ni dengan menggunakan lidahnya Kelebihan merawat dengan cara yang pelik ni dimilik...
ceghita hidup Che Ta memang penuh cabaran dugaan dan pancaroba Kin gembira di sampin suami tersayang Zain Saidin Che Ta satu masa dahulu penah bergelaq ibu tunggai selepaih pernikahan pertamany...
Selepaih kita dikejutkan dengan permasalah rumah tangga Hanez Suraya dan Romie Razin hari ni ura ura tentang pasai keberantakan rumahtangga Serina Chef Wan dan Gavin Edward O luanaigh pulak berteb...
Vertu dan kemewahan tak boleh dipisahkan macam Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang Jenama ni menghasilkan peranti pinta yang mensasaqkan golongan hartawan yang mahukan peranti yang mencerminkan sta...
Ibu ibu yang ada bayi terutama bayi pompuan tentu saja mengidamkan bulu mata anak lentik dan lebat Apa kata cuba try test petua mudah secara tradisionai mudah dan selamat dicuba pada si comey ...
Salah satu tindakan terakhiaqnya dalam pemerintahan ialah untuk menghantaq 221m RM 982 juta kepada pihak berkuasa Palestin Ahli Kongres Republik cuba try test untuk menghalang peruntukan selep...
kalau hampa mempunyai memba baik hampa mempunyai teman sejati oghang yang sentiasa memahami hampa apabila hampa tak menutoqkan ucapan dan memahami hampa masa perkara yang hampa cuba try test sam...
Leica sungguh baq hang terkenai dalam mengeluaqkan kamera kamera yang sangat berkualiti tinggi dan jugak berharga premium tak hanya menjuai fungsi yang ada pada kamera syarikat yang berpangkalan...
Syarikat perfileman sentiasa cuba try test memasaqkan filem depa dengan cara yang baghu dan menarik Paramount Pictures berjaya melaku dengan memasaqkan filem The Rin melalui prank Dalam video yan...
Sambutan Tahun baghu Cina bermula selama 15 hari pada bulan pertama kalendar masyarakat Cina dengan hari hari membawa makna berbeza dan disambut dengan cara tertentu Sebagai tanda berakhiaqnya pe...
Sebuah video Dato Aliff Syukri menerusi rancangannya OhAbangKosmetik menyamar sebagai soghang pengemih la nih sedang viral di laman so sial Di dalam video hat sama dok habaq tadi kelihatan sogh...
Bulan pertama tahun 2017 dah lebih kughang ke penghujungnya masih dok berbaki 11 bulan untuk tahun ni dan masih dok tak terlambat lagi untuk hampa memiliki telefon pintaq yang memenuhi keperluan ...
Jenama yang baghu saja membuat comeback pada tahun 2017 iaitu Nokia menerima durian runtuh apabila smartphone mid range keluarannya iaitu Nokia 6 berjaya dijuai dengan begitu laris sekali dalam m...
Enggan membenarkan peminat berteka-teki lagi, Hanez Suraya tampil memberikan penjelasan tentang status rumahtanggannya. Kata Hanez:-
Tiada apa yang perlu jelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak (dapat) lari daripada melakukan kesilapan. Cuma, apa yang penting antara saya dan suami, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.
Alhamdulillah, rumah tangga kami masih kekal. Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada mana-mana pihak tertentu.
Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam (diri). Berdiam bukan bermaksud saya mengiyakan atau menafikan, cuma mahu mengambil masa mencari ruang untuk menenangkan diri.
Syukur alhamdulillah, suami saya sentiasa tenang di atas apa yang berlaku ini. Terima kasih di atas sokongan kuat daripada pihak keluarga, rakan rapat, media dan peminat yang sentiasa memberi semangat serta mendoakan yang baik-baik buat kami.
Alahdmulillah. Lega Abang Nara mendengar penjelasan dari Hanez Suraya ini. Tak sukalah kalau nak cerai-cerai. Biasalah bila berkahwin. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Gaduh-gaduh itu perkara biasa. Yang penting kena bincang baik-baik dan selesaikan masalah dengan tenang. Jangan ber”perang” sampai rasa nak cerai, lebih-lebih jika dah ada anak. Masa depan anak itu lebih penting daripada kita. Tak gitu? Sumber Berita Harian.
Sejak drama Suri Hati Mr Pilot ditayangkan 2,3 bulan yang lalu, satu fenomena telah pun melanda Malaysia. Fenomena ini dikenali sebagai #LOFATTAH di mana para peminat mengimpikan agar Neelofa dan Fattah Amin bercinta bukan sahaja di dalam drama tersebut, malah di dunia nyata. Menariknya walaupun drama ini telah lama tamat, sehingga ke hari ini fenomena tersebut masih berterusan.
Sudah tentu di dunia yang penuh fantasi, peminat mahukan Fattah Amin dan Neelofa bercinta, berkahwin dan seterusnya mendapat anak yang comel. Fenomena ini sampai boleh buat orang bergaduh. Semalam, seorang peminat telah menghantar email dan menulis tentang fenomena #LOFATTAH ini.
Saya sebagai seorang peminat nak katakan sesuatu lah iaitu mengenai fenomena #LOFATTAH. Sejak drama SHMP (Suri Hati Mr Pilot) dah berakhir sejak nov tahun lalu semakin banyak fans2 #LOFATTAH di IG yg memutar semula adegan2 dlm drama tersebut dan semakin banyak jugak foto2 hero & heroin drama popular tersebut iaitu Neelofa & Fattah Amin.
Saya juga tengok setiap hari buka IG terlalu banyak wajah foto2 mereka & video2 mereka yg memenuhi ruangan IG dari pagi ke petang hingga ke malam bersambung keesokan harinya asyik benda sama saje berulang. Kadang2 tu rasa bosan rasa mcm taknak tengok lagi. Sana sini terlalu banyak ACCOUNT IG yg menggunakan nama #LOFATTAH loffatah_lovers, neelofaxfattahamin, lofattah.nfa, lofattah.ootd dan banyak lagi lah yg menggunakan nama Neelofa & Fattah Amin.
Saya rasa kesian dengan peminat2 #LOFATTAH yg terlampau sangat taksub sehingga urusan hal peribadi mereka pun sibuk nak ambil tahu. Macam takde ruang privasi langsung untuk mereka. Kadang2 tengok baca komen2 kat IG peminat setia #LOFATTAH tersebut tak tahu lah nak kata apa lagi. Mereka berdua nak BERCINTA atau TIDAK itu adalah hak mereka tak perlu rasanya sampai nak BUSYBODY hal orang. Kenapa lah PASANGAN #LOFATTAH nie sangat dikagumi, disayangi digilai ramai orang? Hanya kerana mereka ARTIS POPULAR, mereka hanyalah manusia biasa juga seperti kita. Neelofa memang cantik sangat bila orang tengok pandang beliau terus jatuh hati.
Fattah Amin pula memang kaca?, hensem bergaya serta wajah beliau pun kebanyakkannya digilai oleh wanita2 di luar tak kira lah yang muda hingga yang tua. Tapi perlu ke kita buat mcm nie? Ade yang suka mereka ade yang sampai menyampah tengok mereka ade juga yang membenci mereka. Ade juga yang dengki dengan kerjaya, krhidupan mereka. Siapa kita nak mengatur kehidupan orang? Siapa kita nak pakaa atau memaksa mereka?
Siapalah kita hanya manusia biasa. Kalau dah JODOH takkan ke mana pun. Ajal Maut, Jodoh Rezeki Rahsia Allah S.W.T. Kita hanya doakan yang baik2 dah cukup. Harap maaf, saya hanya beri pendapat saje. Saya pun suka pasangan #LOFATTAH cuma kalau boleh tak perlu lah kita nak sibuk sana sini nak tahu ape mereka buat ape merea sedang lakukan. Cukup lah hanya doa yg baik2 saje.
Semoga mereka Neelofa & Fattah Amin sentiasa bahagia, sukses berjaya, dimurahkan rezeki di dunia dan akhirat.
Betul juga kata peminat ini kan? Kadangkala sikap fanatik para peminat boleh menyebabkan orang lain menyampah dengan Neelofa dan Fattah Amin. Abang Nara rasa kita dah boleh tutup buku dah tentang fenomena #LOFATTAH ini. Kita sepatutnya move on. Cukup-cukup lah tue. Kalau diorang dua ada jodoh, Insya Allah kahwin. Tak perlu kita nak sibuk-sibuk sangat. Tak gitu? Apa pendapat anda?
Respek!!! Itu yang Abang Nara dapat katakan apabila menonton video permohonan maaf Dato’ Aliff Syukri ini. Sebelum ini telah viral salah satu babak di dalam rancangan OhAbangKosmetik di mana beliau telah menyamar sebagai seorang pengemis dan meminta kopiah kepada seorang peniaga. Si peniaga telah tampil menjelaskan apa sebenarnya terjadi dan mendakwa dirinya telah diaibkan oleh Dato’ Aliff Syukri. Malah ramai pengguna laman sosial yang kecewa dengan sikap beliau di dalam babak tersebut kerana menjatuhkan maruah peniaga tempatan.
Enggan memanjangkan lagi kontroversi ini, Dato’ Aliff Syukri telah memuatnaik sebuah video memohon maaf kepada peniaga kopiah tersebut. Menurut beliau, apa yang dilakukan hanyalah tuntutan kerja buat rancangan terebut. Tonton video tersebut di bawah:-
A video posted by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Aliff Syukri kerana mengakui kesilapan dan memohon maaf atas apa yang terjadi. Itu adalah salah satu tanda sikap orang yang berhemah, berkeperibadian tinggi dan matang. Apa pun semoga kesilapan seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.
Selepas kita dikejutkan dengan permasalah rumah tangga Hanez Suraya dan Romie Razin, hari ini desas-desus tentang keberantakan rumahtangga Serina Chef Wan dan Gavin Edward O'luanaigh pula bertebaran. Menurut sumber, Serina telah pun ke mahkamah syariah untuk membincangkan masalah perkahwinannya.
Serina telah pun berkahwin dengan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. Diminta untuk mengesahkan perkara ini, Serina berkata:-
Ooo…hal tu..ya..masih dalam rundingan. Nanti dah tiba waktu saya umumkan. Belum tahu lagi. Doakan yang terbaik
Sebenarnya permasalahan rumahtangga kini sering berlaku bukan sahaja di kalangan selebriti malah di kalangan rakyat marhaen juga. Abang Nara pun ada beberapa orang kawan yang kahwin tak sampai beberapa tahun dah bercerai. Sedih pun sedih juga. Semoga pembaca BeautifulNara yang sudah berkahwin akan berjaya mempertahankan perkahwinan mereka sheingga ke akhir hayata. Sama-sama kita doakan untuk diri sendiri. Amin.
Kisah hidup Che Ta memang penuh cabaran, dugaan dan pancaroba. Kin bahagia di samping suami tercinta Zain Saidin, Che Ta satu ketika dahulu pernah bergelar ibu tunggal selepas perkahwinan pertamanya gagal apabila penceraian berlaku selepas 10 tahun berkahwin. Hasil daripada perkahwinan tersebut, Che Ta dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Menonton episod The House baru-baru ini, Che Ta telah berkongsi pahit maung kehidupannya ketika bergelar ibu tunggal. Rasanya inilah kali pertama Che Ta bercerita tentang kehidupannya ketika itu. Kata Che Ta:-
Semasa saya berkahwin dengan bekas suami dahulu saya terus berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuhnya serta menguruskan anak di rumah.
Namun selepas sepuluh tahun saya berkahwin, kami berpisah dan dari tinggal di rumah banglo depan kelab golf saya bawa anak-anak ke appartment yang kecil.
Ammar setiap malam menangis kerana dia tidak mahu tingga di rumah yang kecil. Ketika itu saya rasa sangat tercabar. Saya perlu buat sesuatu supaya anak-anak tidak rasa perubahan hidup
Dan kini Che Ta bukan sahaja berjaya dari segi kerjaya dan perniagaan, malah amat bahagia di samping keluarga tercinta. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Che Ta layak digelar role model buat kita semua. Kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha penat lelahnya selama ini. Korang dah tengok belum episod 1 The House yang menampilkan Che Ta sekeluarga? Tengoklah kat bawah nie. Serius best sangat-sangat.
Siapa yang menonton rancangan 'Oh Abang Kosmetik' episod 3 pasti mengetahui mengenai seorang peniaga kopiah yang bersikap agak 'biadap' terhadap pengasas D'Herbs, Dato Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris yang menyamar sebagai seorang pengemis.
Memang sekali tengok dari jauh nampak agak sedih juga Dato Aliff diperlakukan sebegitu oleh peniaga kopiah tersebut, sehinggakan video mengenai kisah itu menjadi viral di laman sosial.
Dek kerana tidak mahu terus dihentam dan dipandang negatif, peniaga kopiah tersebut telah tampil menjelaskan situasi sebenarnya yang berlaku menerusi akaun Facebooknya yang bernama Jebat Derhaka.
Peminat rancangan variasi popular Korea, Running Man tidak perlu bersedih lagi apabila program itu tidak jadi ditamatkan, sebaliknya produksi meneruskan penggambaran musim baharu dengan mengekalkan enam anggota asal.
Selain mengesahkan pembatalan program popular itu ditarik balik, stesen penyiaran itu dalam satu kenyataan memberitahu musim terbaharu akan disambung semula dengan menampilkan beberapa wajah baharu bagi menggantikan tiga selebriti yang meninggalkan siri itu sebelum ini.
Kisah rumah tangga anak kepada Chef Wan, Serina Redzuawan telah kedengaran sejak pertengahan tahun lalu lagi dan kini kembali hangat diperkatakan lagi.
Terbaru, Serina atau lebih dikenali dengan gelaran Serina Chef Wan menjelaskan bahawa dia sudah pun pergi ke mahkamah syariah.
"Ooo…hal tu (pergi mahkamah syariah). Ya. Masih dalam rundingan. Nanti dah tiba waktu saya umumkan. Belum tahu lagi. Doakan yang terbaik," jelas Serina dalam menjawab soalan kepada Media Hiburan melalui Whatsapp.
No comments:
Post a Comment