Saturday, 14 January 2017

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 14 Jan 2017 12:27 PM PST

MySensasi


Senarai Pemain Kedah 2017

Posted: 13 Jan 2017 10:10 PM PST

Senarai Pemain Kedah 2017. Menjelang aksi Liga Super yang akan berlangsung tidak lama lagi, pasukan Kedah telah pun melengkapkan senarai pemain mereka. Majlis memperkenalkan pemain telah berlangsung pada 13 Januari 2017. Selain senarai pemain 2017, Kedah turut melancarkan jersi terbaru Read more…

The post Senarai Pemain Kedah 2017 appeared first on Info Semasa.

AMMBOI DOT COM

Posted: 14 Jan 2017 12:22 PM PST

AMMBOI DOT COM


KEMBAR BERUSIA 2 TAHUN DERITA PENYAKIT USUS PERLUKAN BANTUAN

Posted: 13 Jan 2017 04:30 PM PST

Sudah dua tahun bayi kembar ini ‘menetap’ di hospital. Sejak dilahirkan, mereka tidak pernah dibawa pulang ke rumah. Bukannya si bapa dan ibu enggan bawa mereka pulang, tetapi oleh kerana ada beberapa kesulitan. Nurain Kaisah Khairina dan Nurain Raisah Khairani Masnorzan yang menderita sindrom usus pendek dan bocor. Mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman […]

The post KEMBAR BERUSIA 2 TAHUN DERITA PENYAKIT USUS PERLUKAN BANTUAN appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 14 Jan 2017 09:53 AM PST

KedahLanie.info


ADAKAH TUN M BAKAL CIPTA SEJARAH SEKALI LAGI..?

Posted: 14 Jan 2017 08:27 AM PST

TUN M BAKAL CIPTA SEJARAH SEKALI LAGI...
Shahbudin Husin,

Malam ini berlangsung majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Melawati, Shah Alam.

Berdasarkan kehadiran yang menyaksikan stadium hampir penuh dan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Bersatu menyambut dan meraikan wujudnya parti baru itu, tidak diragui lagi Tun Mahathir Mohamad kini sedang berada di landasan yang betul untuk mencipta satu lagi sejarah dengan menjadikan dua parti yang ditubuhkannya berjaya menjadi kerajaan.

UMNO yang ada sekarang adalah parti yang ditubuhkan oleh beliau pada 1988 dengan ia kekal cemerlang di bawah kepimpinannya sebelum berundur pada 2003 dan kini melalui Bersatu dan Pakatan Harapan, Insya Allah, Tun Mahathir juga mampu menendang UMNO dan BN yang sudah menjadi parti serta kerajaan yang kleptokrasi di bawah pimpinan Najib Razak. (SH 14/01/2017).

HAIRAN bin ajaib duit juta2 di pejabat dan di rumah serta harta di sana sini dikata bukan rasuah.

Posted: 13 Jan 2017 11:26 PM PST

KASUS JAS BUKAN RASUAH
( katanya SPRM)

HAIRAN bin ajaib duit juta2 di pejabat dan di rumah serta harta di sana sini dikata bukan rasuah.

Awal cerita ribut sana sini dikatakan KKLW terlibat sejak 2010 dan tika itu Musa Pairin dan Lajim bangkit suarakan termasuk sindir sinis di DUN seolah KKLW terlibat.

Memang mereka bijak putar alam untuk beritahu rakyat konon DS Shafie terlibat.

Berani kerana benar takut kerana salah dan kemudian DS Shafie tika dipaksa respons ia jelaskan serah kepada SPRM untuk siasat.

" saya sudah ulang2 kata peruntukan yang dihantar ke negeri adalah hak negeri dan jabatan air Sabah bawah negeri Sabah bukan bawah KKLW dan pegawai JAS juga lantikan negeri..makna tiada kaitan dengan saya..." jelas DSSA lagi.

DSSA mencabar SPRM siasat segera dan siasatan mesti ikhlas menyeluruh siapa orang di belakang yang menyimpan duit juta2 di pejabat dan rumah serta ada simpanan ratus juta, juga di akaun luar negeri.

Akhirnya Kesan sesudah kes terbongkar ada buru2 jumpa Najib di Kuala lumpur untuk minta selamatkan dan akhirnya seperti diramal SPRM kata tiada vip terlibat dan kes bukan RASUAH.

Ternyata sekali lagi mereka memberikan alasan kantoi dikata duit berjuta bukan rasuah dan tiada vip terlibat.

Alasan kantoi
Alasan kantoi
Alasan kantoi

Soalnya sekarang, apakah duit juta2 itu malaikat yang hantar dari langit?

Orang bodoh dan bangang lagi tahu dan kesannya segala monyet urang utan kera ambok di sipilok ketawa terbahak2 mendengar cerita manusia di tanah bawah bayu ini.

SabahUbah
SabahUbah

ISMAILY BUNGSU
pk-dssa
14 jan, 2017
10:40am

Guan Eng diambil kenyataan oleh polis berkenaan isu hudud

Posted: 13 Jan 2017 11:10 PM PST

Isu hudud: Polis rakam keterangan Guan Eng pagi tadi
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

Guan Eng ditemani Rayer ketika diambil keterangan dari dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Ampang di Pejabat Ketua Menteri.

GEORGETOWN - Polis mengambil keterangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengenai isu hudud pagi tadi.

Guan Eng yang ditemani peguamnya, RSN Rayer diambil keterangan oleh dua pegawai polis berpakaian reman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, di Pejabat Ketua Menteri, tingkat 28, Komtar kira-kira jam 11 pagi tadi.

Guan Eng berkata, proses merakam keterangannya berhubung kenyataan yang dikeluarkan pada 23 November itu mengambil masa 50 minit.

Guan Eng disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan Seksyen 3 (1) (a),Seksyen 3 (c) dan Seksyen 3(d) akta yang sama.

Dalam sidang medianya, Guan Eng berkata, kenyataannya hanya bersifat politik dan pendapat peribadinya.

Menurutnya, beliau merasakan tindakan itu tidak adil kerana banyak pihak lain yang membuat kenyataan tetapi tidak diambil keterangan polis.

"Kita tengok banyak pihak lain dibuat laporan polis tetapi tidak diambil tindakan. Jika setiap laporan polis dibuat ke atas saya perlu diambil keterangan, saya tidak buat kerja lain lah. Setiap hari rakam keterangan sahaja.

"Mengapa tindakan yang sama tidak diambil ke atas individu lain? Mungkin ini 'keistimewaan' yang diberikan kepada saya," katanya.

Guan Eng berkata, dalam kenyataannya itu, beliau hanya meminta MIC, MCA, Gerakan dan SUPP menarik diri dari BN sekiranya mereka memegang prinsip Perlembagaan Persekutuan.

"Jika dilihat kepada kenyataan saya, saya meminta mereka keluar dari BN jika benar dengan prinsip mereka. Ini kerana, DAP memegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan. Kita menentang undang-undang hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Bagaimanapun, DAP tetap menghormati hak-hak orang Islam untuk menentukan hal ehwal agama mereka, namun ia harus dilakukan dengan betul dalam konteks Perlembagaan Persekutuan. Cadangan Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 perlu dilaksanakan melalui pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dan tidak melalui undang-undang biasa," katanya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, sekiranya meminta kesemua parti komponen keluar dari BN dianggap sebagai menghasut, MCA juga harus disiasat kerana pernah meminta DAP keluar dari Pakatan Harapan.

"Jika MCA pun disiasat, baru adil. Tetapi apa yang berlaku kini, hanya saya yang disiasat. Mengapa mereka tidak disiasat? Jelas disini menunjukkan, mereka mahu selamatkan MCA, Gerakan, SUPP dan MIC.

"Ia juga jelas menunjukkan parti ini tidak buat kerja dan hanya menyokong BN dan Umno secara membabi buta. Saya tidak kecam Umno, saya hanya beri pandangan peribadi," katanya.
 

Akhirnya ANNUAR MUSA akur MARA tangguh menaja pasukan Kelantan

Posted: 13 Jan 2017 10:54 PM PST

Mara akur tangguh tajaan: Annuar Musa
SITI FATIHAH AWANG

Annuar Musa

KOTA BHARU – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akur dengan keputusan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang meminta badan itu dan anak syarikatnya, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau juga bersedia memberi kerjasama penuh menyediakan laporan lengkap berhubung perkara tersebut untuk tindakan lanjut pihak kementerian.

“Kita akur dengan keputusan yang dibuat dan itu adalah langkah yang baik, daripada buat keputusan terburu-buru. Dan saya akan bekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan.

[ARTIKEL BERKAITAN: UniKL, Mara diarah tangguh tajaan selain pendidikan]

“Selepas itu sebarang keputusan terserah kepada menteri untuk diputuskan kemudian,”katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan “Kembali Ke Sekolah” anjuran Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Ahli Parlimen Ketereh (Kahadam), di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai arahan yang dibuat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta badan itu menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini.

SEKOLAH AGAMA BUKAN PUNCA PERGESERAN KAUM, AMANAH BIDAS GERAKAN

Posted: 13 Jan 2017 10:15 PM PST

SEKOLAH AGAMA BUKAN PUNCA PERGESERAN KAUM. AMANAH BIDAS GERAKAN

www.amanah.org.my

1. Parti Amanah Negara *(Amanah)* sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Parti Gerakan, Dato Dr Dominic Lau Hoe Chai untuk menilai semula kewujudan Sekolah  Agama kerana disifatkan olehnya sebagai ancaman sebenar kepada perpaduan negara.

2. Amanah melihat Kenyataan seperti itulah yang sebenarnya boleh menyebabkan dasar perpaduan negara terancam sekaligus membawa kepada jurang integrasi antara kaum tambah melebar.

3. Sekolah Agama di negara ini tidak pernah menyekat mana-mana kaum untuk turut serta mengikuti sistem pendidikan yang ditawarkan sekiranya mereka sanggup  mengikutinya.

4. Masalah perpaduan kaum yang berlaku di negara ini bukanlah disebabkan nilai sistem persekolahan yang sedia ada,  tetapi ia bertitik-tolak atas dasar tidak adanya kesungguhan politik yang tuntas di kalangan pihak tertentu. Selain daripada Umno, parti komponen BN  sendiri sering memainkan isu-isu sebegini untuk survival politik  masing-masing. Kenyataan dari GERAKAN ini sendiri sebagai satu contoh kerana ia sebenarnya bertujuan mencari _political milleage_  bagi memenangi undi kaum Cina yang sudah beralih kepada pihak lain.

5. Amanah menegaskan bahawa kenyataan  seperti itu tidak wajar diungkapkan oleh seseorang pemimpin yang kesannya besar dalam membawa mesej mengelirukan dan kurang tepat.

6. Amanah menyeru Gerakan agar mencontohi Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menterinya, YAB. Sdr Lim Guang Eng, yang bukan sahaja  mempunyai pandangan lebih baik terhadap pendidikan agama, malahan menggalakkan umat Islam Pulau Pinang mempelajari Al Qur'an dengan sebaiknya.

USTAZ DR HASAN BAHROM
Naib Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
14 Januari 2017

Toknek.com RSS Feed

Posted: 14 Jan 2017 02:13 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Samsung Galaxy C7 Pro Dilancaqkan Dengan Sistem Penyejukan Cecayaq

Posted: 14 Jan 2017 01:04 AM PST


Samsung Galaxy C9 Pro dilancaqkan di China tahun lepaih dengan pemproses Snapdragon 653 Kewujudan Samsung Galaxy C7 Pro dah didengari sejak pertengahan bulan lepaih dan ia akhiaqnya dilancaqkan d...

Opera Neon Pelayaq Web Eksperimentai Untuk Desktop

Posted: 14 Jan 2017 01:02 AM PST


Opera boleh ghamai dok kata serin mengintegrasikan pelbagai ciri ciri menarik baghu pada pelayaq web depa sebelum pengeluaq lain Terkini bergerak selangkah kehadapan Opera mai dengan sebuah pel...

Saintis Tergempaq Kera Jepun Laku Hubungan Intim Dengan Rusa

Posted: 14 Jan 2017 12:42 AM PST


Menerusi satu artikel bertajuk Perilaku seks antara kera jantan Jepun dan rusa betina perbuatan asmara penuh erotik tu malah digambaqkan sebagai satu hubungan reproduksi antara dua menatang yang...

Masa Oghang Lain Sibuk Untuk Menikah Dan Hampa Masih Dok Single Hampa Akan Pelajari 6 Perkara Ni

Posted: 14 Jan 2017 12:22 AM PST


1 Pilihan hampa akan berubah sepertimana hampa berubahRamai oghang bagitau bahawa masa di umoq 20 an adalah tahun untuk hampa bereksperimen dan mencari apa yang hampa inginkan dalam pasangan hampa ...

Permainan One Piece Thousand Storm Dari Bandai Namco Dibuka Untuk Pra Pendaftaran

Posted: 13 Jan 2017 11:12 PM PST


Bandai Namco berharap akan dapat populariti besaq dengan membawa tajuk anime One Piece sebagai tarikan dan rangsangan untuk peminat rancangan hat sama dok habaq tadi untuk bermain permainan yang ...

Berhati Hati Membeli Belon Mengandungi Gas Hidrogen Untuk Kanak Kanak

Posted: 13 Jan 2017 09:42 PM PST


Senyuman terukiaq pada wajah anaknya apabila Nurfarizan Hassan 29 membelikannya beberapa belon yang berwarna warni dan dihiasi karakter kartun animasi Begitupun kegembiraan Muhamad Ariff Rifqi ...

Khasiat Buah Mulberi Untuk Awet Muda Dan Penawaq Kanser

Posted: 13 Jan 2017 06:42 PM PST


Malberi atau mulberi memiliki sebutan nama yang berbeza di setiap negara Di Indonesia tanaman ni dikenali sebagai Murbei atau arbei di barat disebut Mulberry dan di Cina dikenai dengan nama Sang...

Lg W Series Tv Palin Nipih Di Dunia 2017

Posted: 13 Jan 2017 09:32 AM PST


Pada acara CES pada tahun 2016 LG telah mengumumkan Smart tv dengan paparan 4k menggunakan teknologi OLED Menggunakan teknologi skrin OLED LG pada tahun 2017 ni telah mengumumkan LG W series ta...

7 Makanan Sedap Ni Punca Terjadinya Jerawat Jaga Jaga

Posted: 13 Jan 2017 09:12 AM PST


Mesti ghasa marah dan geram bila tengok ada jerawat bermaharajalela di wajah barangkali hampa telah amalkan penjagaan wajah yang betoi tapi jerawat tetap nak jadi memba baik hampa Apa puncanya...

Jersey Bolasepak Pulau Pinang Musim 2017 Jadi Bahan Kutukan Netizen

Posted: 13 Jan 2017 07:32 AM PST


13 01 2017 Pulau Pinang walaupun Faiz Subri telah mengharumkan nama Pulau Pinang dan Malaysia ke persada dunia namun lain ceritanya dengan apa yang terjadi didalam skuad bolasepak negeri tu hari...

Lindsay Lohan Ubah Statuih Ke Alaikum Salam Dan Padam Gambaq Di Akaun Instagram

Posted: 13 Jan 2017 06:14 AM PST


Nampaknya Lindsay Lohan bukan saja berpindah ke Dubai untuk cahaya matahari dan pantai yang indah tapi dia ambik langkah untuk berpindah sebagai satu peluang untuk dia memulakan hidup baghu macam y...

Manihnya Tengok 5 Point Berharga Yang Barangkali Boleh Mengubah Mentaliti Pernikahan Yang Telah Dikongsikan Oleh Lelaki

Posted: 13 Jan 2017 06:12 AM PST


Dalam dunia pernikahan banyak perkara perlu diambik perhatian oleh laki bini terutama pasai tanggungjawab masing masin tengok apa yang telah dikongsikan oleh soghang suami dan bapak kepada dua ana...

10 Fakta Menarik Pasai Nintendo Switch

Posted: 13 Jan 2017 03:52 AM PST


Nintendo Switch dilancaqkan secara rasmi hari ni dan ia adalah konsol yang palin unik penah dihasilkan dalam sejarah Kami katakan begini pasai tak macam konsol tradisionai yang hanya boleh dimain...

Terapi Pelik Ala Pocong Otonamaki Terkenai Di Jepun

Posted: 13 Jan 2017 03:32 AM PST


hampa sanggup membalutkan diri hampa sendiri dalam kain putih yang diikat ghapat seumpama pocong sehingga hampa pulak payah bergerak ke mana mana selama 20 minit Percaya atau tak itulah cara tera...

Kita Hanya Jeronoih Cinta Dengan 3 Oghang Dalam Seumoq Hidup

Posted: 13 Jan 2017 03:12 AM PST


Cinta hanya satu perkataan sehinggalah seseoghang datang dan memberikan makna Kita hanya betoi betoi jeronoih cinta dengan tiga oghang yang penah mai dalam kehidupan kita Malah kita memerlukan ...

myartis.com

Posted: 14 Jan 2017 02:01 AM PST

myartis.com


"DEMI KESELAMATAN, SAYA PASANG CCTV" - ELLY MAZLEIN

Posted: 13 Jan 2017 04:24 PM PST



Sebagai langkah keselamatan untuk diri sendiri dan anaknya, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya baru-baru ini.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 37, berkata, tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku selain memastikan individu yang tidak bertanggungjawab dapat dikesan di kawasan kediamannya.

"Tahap kawalan di rumah saya memang agak ketat sekarang, hanya orang tertentu sahaja dibenarkan masuk. Saya juga baru pasang CCTV untuk keselamatan kerana tidak mahu ada individu yang buat onar atau tidak bertanggungjawab berada di kediaman saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AL-FATIHAH - PENYERI GV, JAMAL MANAP @ PAPA J KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 13 Jan 2017 03:30 PM PST



Selama tiga musim Gegar Vaganza (GV) bersiaran, kelibat bekas anggota kumpulan duo, Asiarasa yang popular pada era 1980-an, Jamal Manap atau lebih dikenali sebagai 'Papa J', 55, pasti kelihatan sebagai penyeri dan penonton setia program tersebut.

Saban minggu, Papa J pasti tampil memberi sokongan dan cukup sporting menari sebagai tanda sokongan kepada peserta program itu.

Terkini tiada lagi penyeri Gegar Vaganza apabila Papa J dilaporkan telah menghembukan nafas terakhirnya pada jam 9.50 malam semalam di Hospital Ampang akibat pendarahan dalam kepala.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment