Sunday, 1 January 2017

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 01 Jan 2017 12:31 PM PST

MySensasi


Jadual Keputusan Carta Liga Super 2017

Posted: 01 Jan 2017 04:25 AM PST

Jadual Keputusan Carta Liga Super 2017. Saingan Liga Super atau Malaysia Super League akan kembali untuk musim 2017. Dengan 12 pasukan bakal berentap merebut kejuaraan dan slot saingan Asia musim hadapan. Saingan musim ini dijangka sengit berdasarkan persiapan yang dibuat oleh semua pasukan.

Jadual Keputusan Carta Liga Super 2017
Liga Super 2017

SENARAI PASUKAN LIGA SUPER 2017
Johor Darul Ta`zim, Felda United FC, Kedah, Kelantan, T-Team, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Perak, Melaka dan PKNS FC.

Persiapan semua pasukan memang mantap dan dengan kehadiran Melaka ke saingan Liga Super 2017 dijangkankan menambahkan lagi sengit kejohanan. JDT sudah pastinya menjadi pasukan pilihan utama dan mampukah mereka mencipta sejarah lagi dengan memenangi Liga Super buat kali keempat. Felda United selaku naib juara Liga Super musim 2016 masih boleh dianggap giant killer. FUFC turut akan bersaing dalam Piala AFC 2017.

JADUAL KEPUTUSAN CARTA LIGA SUPER 2017

*League Table = carta liga
*Result = keputusan perlawanan
*Fixtures = jadual perlawanan

Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda? Tunjukan sokongan anda dengan turut ke stadium menyokong pasukan anda. Teruskan bersama kami untuk mengetahui perkembangan Jadual Keputusan Carta Liga Super 2017.

The post Jadual Keputusan Carta Liga Super 2017 appeared first on Info Semasa.

AMMBOI DOT COM

Posted: 01 Jan 2017 12:24 PM PST

AMMBOI DOT COM


MISTERI GAMBAR HILANG KAKI AKHIRNYA TERUNGKAI

Posted: 31 Dec 2016 05:00 PM PST

Misteri gambar hilang kaki akhirnya terungkai! Satu gambar menjadi viral apabila jumlah kaki di dalam gambar tersebut tidak mencukupi. Ini kerana berdasarkan kepada gambar berkenaan, sepasang kaki dilaporkan telah hilang. Memetik sumber berita, dalam gambar yang diambil semasa perayaan Krismas lalu menyaksikan enam orang sahabat mengambil gambar di sebuah sofa. Kenapa hanya lima pasang kaki […]

The post MISTERI GAMBAR HILANG KAKI AKHIRNYA TERUNGKAI appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 01 Jan 2017 09:52 AM PST

KedahLanie.info


300 Penduduk di Pendang sudah dua tahun berdepan masalah air, Man Bedon & Mat Bashah mana..??

Posted: 31 Dec 2016 09:29 PM PST


Abdul Latif menunjukkan air yang ditadah.

PENDANG - Hampir 300 penduduk di kampung Kubang Pisang, di sini, sudah tidak tahan berdepan masalah gangguan bekalan air sejak dua tahun lalu.

Wakil penduduk, Abdul Latif Hasbullah, 54, berkata, masalah ketiadaan air menjejaskan rutin harian mereka.

"Tambahan pula ketika ini musim penduduk buat kenduri. Bila kenduri kami banyak nak guna air, jadi masalah ini sukarkan penduduk," ujarnya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati masalah ketiadaan air ini bukan sahaja melibatkan penduduk kampung Kubang Pisang tetapi juga melibatkan penduduk kampung Pisang Lanjut.

Sepanjang tinjauan, apa yang dapat dilihat ialah penduduk meletakkan tong besar di hadapan rumah mereka bagi tujuan tadahan air.


Abdul Latif berkata, setiap dua hari lori Syarikat Air Darul Aman (Sada) akan menghantar bekalan air ke setiap rumah.

"Namun, bekalan yang dihantar tidak mencukupi. Bayangkan air tersebut terpaksa disimpan di luar rumah kerana tidak mampu diangkat masuk ke dalam rumah.

"Bagaimana pula penduduk yang sudah uzur, mereka sudah tidak mampu mengangkut air dan sebagainya. Keadaan ini sangat menyedihkan," jelasnya.

Zainon Arifin, 85, berkata, penduduk tidak mengetahui punca sebenar ketiadaan air.

"Saya amat berharap pihak terlibat kasihanilah kami. Saya dah tak larat nak angkat air masuk ke dalam rumah.

"Bila cucu-cucu balik mereka tak selesa," jelasnya.

Tambah Zainon, dia terpaksa membeli air botol untuk tujuan memasak dan minum

"Air yang Sada hantar saya cuma guna untuk mandi dan membasuh," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Ishah Ismail, 75, berkata, air akan ada seminggu sekali itu pun pada jam 5 pagi.

"Saya akan pastikan saya tadah bekas di pili air sebab saya sendiri tidak tahu pukul berapa air akan ada.

"Ikut hati memang tak larat nak bangun awal pagi," katanya.

Tambah Ishah, kesemua penduduk sangat berharap pihak terbabit dapat menyelesaikan masalah itu segera

Kes curi motosikal di Kulim meningkat

Posted: 31 Dec 2016 09:19 PM PST

Gambar Hiasan

KULIM - Kes kecurian motosikal di Kulim menunjukkan peningkatan iaitu 471 kes berbanding 409 tahun lepas.

Ketua Polis Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, ia melibatkan penahanan 277 suspek tahun ini berbanding 176 pada tahun lepas.    

"Lapan puluh peratus kejadian curi motosikal terjadi pada pukul 4 petang hingga 12 tengah malam dan kebanyakan berlaku di kawasan terbuka," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.  

Antara kawasan yang sering menjadi sasaran pencuri motosikal adalah di Kulim Landmark (24 kes), Pekan Kulim (16), dan sekitar pasar raya besar Tesco (12). - Bernama

Indeks jenayah seluruh negara turun 2.7 peratus

Posted: 31 Dec 2016 09:18 PM PST


MELAKA - Kadar indeks jenayah seluruh negara dalam tempoh Januari tahun ini hingga semalam menunjukkan penurunan 2.7 peratus kepada 112,000 kes berbanding 115,225 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, penurunan berkenaan ekoran pelbagai langkah prokatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pelbagai pihak terutamanya masyarakat dalam membanteras jenayah.    

"Polis sahaja untuk menyelesaikan masalah jenayah, impaknya terhad, kita hanya dapat memaksimumkan impak ini kalau dapat membawa semua ahli masyarakat berbincang dan merancang bagaimana berdepan dengan kes jenayah masa kini.

"Pada saya ini adalah pendekatan kita yang sedang kita laksanakan secara berterusan dan ia merupakan antara pendekatan negara maju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup seminar 'Strategi Moden Pencegahan Moden dan Ekspo Teknologi' di Bandar Hilir di sini, hari ini.    

Turut hadir  Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Datuk Zainal Abidin Kasim dan Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din.    

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata PDRM merancang untuk melaksanakan proses pencegahan jenayah menerusi 'pengawasan komuniti' yang lebih efektif dengan menggabungkan kepakaran anggota PDRM, pendidik dan pemimpin masyarakat.    

"Tahun hadapan kita akan berusaha lebih keras dengan kerjasama masyarakat untuk mencapai matlamat menurunkan kadar indeks jenayah sebanyak lima peratus tetapi ini hanya akan berjaya dengan kerjasama daripada masyarakat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memberi tumpuan khusus pada kadar penyelesaian kes jenayah yang dilaporkan agar ia dapat diselesaikan dengan segera dan mereka yang melakukan jenayah ditahan dan didakwa di mahkamah.    

Dalam pada itu, katanya kerjasama antara PDRM di peringkat Bukit Aman sentiasa bekerjasama dengan PDRM Melaka untuk melaksanakan pelbagai inisiatif memantau aktiviti jenayah di Melaka yang terkenal sebagai negeri pelancongan.

"Di samping anggota PDRM di Melaka yang menjalankan tugas pencegahan jenayah, ada bantuan anggota dari cawangan dan jabatan PDRM dari luar Melaka terutama Bukit Aman khasnya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.    

"Kita membantu daripada segi rondaan kawasan menggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kita juga menggunakan unit berkuda serta Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk mencegah jenayah di bandar Melaka," katanya. - Bernama

Inilah masalahnya akan timbul apabila ada pemimpin AMANAH gila 'microphone'

Posted: 31 Dec 2016 09:16 PM PST

Kerusi PRU14: Kenyataan hanya pendapat peribadi



SHAH ALAM - Amanah menyifatkan kenyataan dua pemimpinnya mengenai jumlah kerusi yang parti itu akan bertanding pada PRU14 sebagai pendapat peribadi.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, ini kerana Pakatan Harapan dan Bersatu belum membuat keputusan.

"Kita masih belum buat perbincangan teknikal kerana masih  ada  yang bercuti. Kita jangkakan mesyuarat berlangsung bulan depan," katanya.

Mengenai kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad, beliau berkata, 40 kerusi itu adalah perkiraan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam itu terhadap kemungkinan kerusi yang memberi kemenangan terhadap Amanah.

"Ia merangkumi kerusi yang ditandingi PKR, DAP, Umno, Pas dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Amanah,  Salahuddin Ayob yang mengatakan parti itu tidak akan bertanding di kerusi sekutunya adalah prinsip yang diamalkan pembangkang sejak dahulu lagi.

Mohd Anuar berkata, Pas ketika berada dalam Pakatan Rakyat telah melanggar prinsip itu dengan meletakkan calonnya di beberapa kerusi.

"Kita tak lakukan sebagaimana Pas buat,"katanya.

2017: 'Mahathir doakan semoga kita semua selamat'

Posted: 31 Dec 2016 09:13 PM PST


SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan harapan supaya rakyat Malaysia, termasuk dirinya untuk melipat gandakan usaha bagi mendepani tahun 2017.

Mahathir menerusi catatan terbaharu di blognya www.chedet.cc, menegaskan usaha yang lebih diperlukan agar tahun hadapan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.

"Bukanlah niat saya untuk bersyarah agama pada hari yang mulia ini. Hanya ingin mengingat diri saya dan mungkin pembaca bahawa usaha diperlukan oleh diri saya/kita supaya akan terselamatlah tahun 2017, tahun baru ini, Insya-ALLAH," katanya.

Mahathir yang juga merupakan bekas perdana menteri itu berkata, sudah menjadi lumrah bahawa pada permulaan tahun, kita membuat resolusi berkenaan sesuatu yang baik yang akan kita amalkan pada tahun baru ini.

"Saya tidak akan beritahu sesiapa apa dianya resolusi saya. Tetapi Insya-ALLAH akan saya cuba amalkan sepanjang 2017," katanya lagi.

Dalam pada itu, Mahathir mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017 kepada seluruh rakyat Malaysia, dengan disertainya seuntai doa.

"Mudah mudahan ALLAH akan mencurah rahmat kepada kita rakyat Malaysia,"katanya.2017: 'Mahathir doakan semoga kita semua selamat'

'Kenyataan Najib untuk tutup kerosakan'

Posted: 31 Dec 2016 09:11 PM PST


SHAH ALAM – Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembangunan yang diusahakan kerajaan sepanjang tujuh tahun beliau bergelar perdana menteri hanyalah untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan terhadap negara ini.

Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kaiat berkata, bukan hanya pembangkang malah rakyat juga menyaksikan sendiri kerosakan yang dilakukan lebih banyak berbanding pembangunan seperti yang dinyatakan.

"Beliau cuba menutupi kerosakan negara dengan kenyataan kononnya pelbagai pembangunan telah diusahakan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Pembangkang sengaja buat-buat tak nampak']

"Memang banyak projek yang dilaksanakan beliau termasuklah projek 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang memalukan negara, penurunan mata wang negara, meningkatkan hutang negara, pecat timbalan perdana menteri dan banyak lagi," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Najib dalam satu kenyataan menegaskan, hujah pembangkang yang menafikan pembangunan yang diusahakan adalah tidak lebih daripada 'kata-kata kosong' dan 'sengaja buat-buat tidak nampak'.

Menurut Najib, pelbagai pembangunan telah dilakukannya sekali gus mencipta beratus ribu peluang pekerjaan selain memangkin ekonomi negara secara berterusan.

Suhaizan berkata, situasi membandingkan Najib dengan kepimpinan terdahulu adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bergelar perdana menteri, beliau juga dibandingkan dengan Tun Mahathir Mohamad. Jadi isu ini memang tidak boleh dielakkan," ulasnya.

Pesawat k'jaan rentasi Australia ketika keluarga Najib bercuti

Posted: 31 Dec 2016 04:26 PM PST


Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 terbang merentasi Australia yang kebetulan sama dengan tarikh percutian keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke sana.

Pesawat itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pada pukul di 12.07 malam dan mendarat di Gold Coast, Australia pada 10.06 pagi hari yang sama.

Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas dari Gold Coast pada pukul 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.

Pesawat itu berada di Brisbane selama empat hari.

Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.

Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman menghantar gambar di Instagram.

Pada 23 Disember, sehari selepas persinggahan itu, Norashman memuat naik gambar beliau bermain golf di Instagram dan menggunakan tag "#goldcoast".

"Bermain golf dengan rakan di bumi Australia," katanya.

Keesokan harinya, Norashman memuatnaik ke Instagram gambar penguin di taman tema Sea World Gold Coast.

"Memerhatikan penguin ini sambil rakan-rakannya berkejar untuk mendapatkan habuan," katanya.

Pada 26 Disember lalu, jet kerajaan Malaysia berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan mendarat di Gold Coast pada 9.35 pagi.

Sekali lagi, persinggahan singkat di Gold Coast itu hanya mengambil masa selama dua jam dan 47 minit.

Pesawat itu kemudian terbang ke Gold Coast pada pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Pesawat itu kekal berada di sana setakat ini.

Kebetulan, Norashman kemudian mula menyiarkan gambar Instagram dari Perth.

Pada 28 Disember, Norashman menyiarkan gambar dirinya di dalam bilik sedang bermain gitar elektrik. Posting itu ditandakan sebagai "#Perth".

Keesokan harinya, dia menyiarkan gambar berbasikal dengan rakan-rakan di Perth.

Kemudian pada 30 Disember, Norashman menyiarkan gambarnya bermain golf dengan kapsyen "Cuba untuk tamatkan 2016 dengan bergaya" bersama tag "#perth" dan "#meadowsprings".

Beliau merujuk kepada Meadow Springs Gold & Country Club di Mandurah, yang mengambil masa sejam jika memandu dari Perth.

Hari ini, Norashman kembali berbasikal apabila dia memuat naik gambar bersama Najib.

"Kayuhan terakhir tahun ini dengan bapa saya yang paling akrab. Selamat Tahun Baru terlebih dahulu kepada semua dan harap 2017 bagi setiap orang diberkati dengan penuh kasih sayang, kegembiraan dan gelak ketawa," katanya dengan menandakan 'Perth' pada catatan tersebut.

Semua data penerbangan adalah berdasarkan kepada laman pengesanan penerbangan Flight Aware.

Kronologi

Di bawah adalah kronologi ringkas jet kerajaan dan akaun Norashman di Instagram.

22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 12.07 pagi dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.

22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 11.47 tengah hari dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.

23 Dis - Norashman bermain golf di Gold Coast.

24 Dis - Norashman melawat Sea World Gold Coast.

26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pada 9.35 pagi.

26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.

28 Dis - Norashman dilihat bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth.

29 Dis - Norashman dilihat berbasikal di Perth.

30 Dis - Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.

Sebelum pesawat itu merentasi Australia, Najib menggunakan kapal terbang berkenaan untuk tugas rasmi di Kuantan, Tawau dan Kuching.

Data penerbangan menunjukkan 9M-NAA berlepas dari Kuantan pada 9.22 malam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 10.30 malam, 17 Disember.

Ini adalah konsisten dengan kehadiran Najib pada makan malam Gabungan Persatuan Cina di Kuantan dan laporan New Straits Times kemudian mengesahkan ketibaan Najib di Kuching pada pukul 10.30 malam.

Beliau berada di Kuching untuk melancarkan projek jambatan Batang Sadong pada hari berikutnya.

Data penerbangan juga menunjukkan 9M-NAA berada di Tawau pada 19 Disember, yang hampir sama dengan jadual Najib di sana di mana beliau melancarkan Lebuhraya Pan-Borneo.

Keluarga perdana menteri biasanya pergi bercuti di luar negara pada akhir tahun.

beautifulnara

Posted: 01 Jan 2017 02:18 AM PST

beautifulnara


(TAHNIAH) Julia Ziegler Selamat Diijabkabulkan Dengan Jurutera Mekanikal

Posted: 01 Jan 2017 02:13 AM PST

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Julia Ziegler yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang jurutera mekaninal iaitu Johan hanya dengan sekali lafaz,  dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung  kira-kira jam 11 pagi tadi di kediaman keluarga pengantin perempuan terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Julia menerima mas kahwin RM80 berserta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama. Walaubagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.

Pada masa yang sama, Julia sempat meluahkan rasa syukur kerana majlis perkahwinannya itu berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan.

Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.  Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya.

Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga anak cucu dan dilimpahi dengan kebahagiaan. Tahniah sekali lagi buat Julia Ziegler dan suami.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : HVP Production

myartis.com

Posted: 01 Jan 2017 02:05 AM PST

myartis.com


11 GAMBAR - AKSI HAFIZ SUIP & ISTERI DI INDIA

Posted: 31 Dec 2016 07:21 PM PST



Penyanyi Hafiz Suip bersama isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah telah terbang ke India bagi menikmati percutian di sana.

Menerusi perkongsian gambar-gambar sekitar percutian di sana di laman Instagram, amboi bukan main romantik Hafiz dan isteri ni.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DIDDY AF4 SAMBUNG BELAJAR DI SCOTLAND, PERINGKAT PHD

Posted: 31 Dec 2016 06:15 PM PST



"Dua tahun lalu, saya pernah melanjutkan pengajian dalam bidang sama pada peringkat sarjana di University of Liverpool, United Kingdom (UK).

"Alhamdulillah, hasrat untuk menyambung pengajian pada peringkat lebih tinggi berjaya direalisasikan apabila saya mendapat tajaan Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Saya yang bertugas sebagai tutor di UUM terpaksa mengambil cuti dan hanya akan kembali menyambung tugas apabila tamat pengajian tiga tahun nanti," kata penyanyi yang diasah bakat menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Diddy Hirdy.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"KELUARGA BERI SOKONGAN PELUK ISLAM" - ADEL AF

Posted: 31 Dec 2016 03:47 PM PST



Semua sedia maklum bahawa bekas pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Adel atau nama penuhnya Adeline Joyce Masidah, 23, baru sahaja selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Affan Jumahat, 29.

Kata Adel, dia dan pasangan yang juga seorang duda mempunyai tiga orang anak iaitu Putri Arfa 5, Putri Khadijah, 3 dan Putri Sarah, 1, itu berkenalan dan mula mengenali satu sama sejak setahun yang lalu dan bertunang pada 3 Disember lalu.

Dalam pada itu, Adel mengakui keluarganya memberi sokongan kepadanya untuk memeluk agama Islam. Menurutnya, dia memeluk agama Islam bulan lalu selepas dilamar.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 01 Jan 2017 01:47 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Guna Gel Aloe Vera Tiruan Kulit Wajah Melecoq Teghok

Posted: 01 Jan 2017 12:12 AM PST


soghang pengguna Facebook Sabram Omaq memuat naik statuih beserta gambaq di akaun Facebooknya pasai soghang gadih yang terbakaq kulit wajah selepaih mamakai produk gel yang dibeli secara online G...

Sesi Persekolahan Bermula Di Empat Negeri

Posted: 31 Dec 2016 10:34 PM PST


kola LUMPUR Sesi persekolahan bagi tahun 2017 bermula hari ni di empat negeri iaitu Johoq Kedah Terengganu dan Kelantan Bagaimanapun beberapa sekolah di Terengganu Kelantan dan Johoq tak dap...

Selepaih Bergelaq Doktoq Shukri Yahaya La Nih Jadi Soghang Bos

Posted: 31 Dec 2016 10:32 PM PST


SELEPAS berjaya mencetuihkan satu gelombang besaq menerusi drama baghu baghu ni pelakon berbakat besaq Shukri Yahaya kembali lagi Namun tak lagi sebagai soghang doktoq tapi soghang bos Bagaima...

Asai Usoi Dan Keunikan Tali Leher Croatia

Posted: 31 Dec 2016 09:32 PM PST


Sebelum neck tie dikenali umum macam la la nih tahukah hampa asai usoi disebalik pemakaian tali leher Catatan menunjukkan tali leher mempunyai sejarah yang sangat panjang dan ghamai dok kata dah...

Hazami Bakai Adakan Konsert Mini Sempena 15 Tahun Didalam Bidang Seni

Posted: 31 Dec 2016 07:32 PM PST


Penyanyi Hazami merancang untuk mengadakan konsert mini sempena 15 tahun pembabitannya dalam bidang seni dan bakai direalisasikan selepaih sambutan hari kelahirannya yang diraikan pada 22 Februari ...

10 Gunung Berapi Palin Aktif Di Dunia

Posted: 31 Dec 2016 06:32 PM PST


Bahaya debu gunung berapi boleh menjejaihkan penerbangan tang mana debunya boleh merosakkan turbin manakala letusannya mampu menimboikan bencana besaq Manakala sulfat yang dimuntahkan menerusi le...

Kerajaan Sentiasa Mengutamakan Kepentingan Keselamatan Kebajikan Rakyat Ds Najib Razak

Posted: 31 Dec 2016 04:34 PM PST


masa Malaysia nak melangkah ke Tahun baghu 2017 Datuk Seri Najib Tun Razak berikraq bahawa kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan keselamatan dan kebajikan rakyat Beliau melahiaqkan peng...

Adira Suhaimi Giat Berniaga Pasai Mau Beghenti Menyanyi

Posted: 31 Dec 2016 04:32 PM PST


Dah lama tak dengaq khabaq pasai penyanyi cun Adira Suhaimi ni Sejak mengumumkan dirinya berbadan dua Miss dah tak nampak Adira membuat persembahan nyanyian lagi Opps Tapi hampa semua ja...

Sambutan Tahun Baghu Berdarah Di Klang

Posted: 31 Dec 2016 01:34 PM PST


KLANG Lima cedera selepaih terkena letupan bunga api pada sambutan malam tahun baghu 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran di sini tengah malam tadi Dalam kejadian kira kira jam 12 tengah malam tu...

Dj Lin Dakwa Ada Oghang Cuba Try Test Jatuhkannya

Posted: 31 Dec 2016 01:32 PM PST


Penyampai radio Suria FM DJ Lin mengakui tahun 2016 memberi impak besaq terhadap kariernya terutama selepaih menjulang trofi Penyampai Radio terkenai Anugerah Bintang terkenai BH ABPBH Ke 29 p...

Diddy Af Tinggaikan Dunia Muzik Untuk Buat Phd Di Scotland

Posted: 31 Dec 2016 10:34 AM PST


Penyanyi yang diasah bakat menerusi program realiti Akademi Fantasia AF musim keempat Diddy Hirdy akan menyambung pengajian pada peringkat doktoq falsafah PhD dalam bidang muzik di University ...

Nick Jonaih Cuba Try Test Mengayat Selena Toknek

Posted: 31 Dec 2016 10:32 AM PST


Sebelum ni penyanyi terkenai Selena toknek penah hangat digembaq gemboq kembali bercinta dengan penyanyi yang serin dilabel bermasalah iaitu Justin Bieber terpalin baghu ni pulak Miss dengaq y...

Ceghita Perceraian Dan Gosip Artis Malaysia 2016 B

Posted: 31 Dec 2016 09:32 AM PST


Saban tahun ia bagaikan tak konfem kalau ceghita gosip dan perceraian dalam dunia hiburan tak berlaku dan alendar hiburan 2016 tak terkecuali apabila pelbagai ceghita melibatkan artis tempatan men...

Tahun 2017 Adalah Tahun Yang Palin Payah Diramal Ds Salleh Keruak

Posted: 31 Dec 2016 07:32 AM PST


menteghi Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ni bagitau tahun 2017 menjanjikan tahun yang palin payah diramal dan barangkali berbahaya untuk seluruh dunia Beliau ba...

Kamera Dashcam Eagle I Vision 1 Mai Dengan Fungsi Pintaq

Posted: 31 Dec 2016 06:54 AM PST


Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadaq pemilikan kenderaan peribadi yang tinggi dan jugak kadaq kemalangan yang tinggi Peranti dashcam yang merakam perjalanan merupakan salah satu piliha...

Dunia Teknologi Sepanjang Tahun 2016

Posted: 31 Dec 2016 06:52 AM PST


Tahun 2016 melabuhkan tirainya hari ni Sepanjang tahun ni dunia teknologi telah mendapat perhatian ghamai pihak dan pelbagai inovasi dan perkara baghu telah diperlihatkan bukan saja pada pering...

Mangsa Lemaih Pantai Tok Bali Dijumpai Oleh Polih Thailand

Posted: 31 Dec 2016 04:36 AM PST


polih Thailand menjumpai dua mayat remaja lelaki yang dipercayai dua pelajaq yang hilang lebih kughang seminggu selepaih dibawak aruih masa bermandi manda di Pantai Tok Bali Pasiaq Puteh pada Ahad...

Mbi Tak Penah Beri Kebenaran Meghabat Signboard Ipoh

Posted: 31 Dec 2016 04:34 AM PST


Terdapat viral sekumpulan remaja yang buat aksi bahaya dengan meghabat signboard Ipoh Sehubungan dengan tu dimaklumkan MBI tak penah memberi kebenaran kepada mana mana pihak meghabat signboard ...

Dap Pulau Pinang Harap Belaih Kasihan Bn Pulau Pinang

Posted: 31 Dec 2016 04:32 AM PST


Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP amat mengharapkan kerjasama ketua pembangkang negeri Datuk Jahara Hamid daripada Barisan Nasionai BN untuk menyelesaikan isu perumahan di negeri ni Pen...

Cara Mudah Untuk Membuang Amaghan Xp Not Genuine

Posted: 31 Dec 2016 03:32 AM PST


Pernahkah hampa mengalami masalah warna lataq pada desktop Windows menjadi hitam dan dipapaqkan dengan satu skrin This copy of Windows is not genuine macam di bawah ni sebenaqnya salah cara Micro...

8 Perkara Yang Pompuan Bijak Tak Akan Laku Terhadap Pasangannya

Posted: 31 Dec 2016 03:14 AM PST


Sesuatu perhubungan tu gagai disebabkan beberapa faktoq Satu kesalahan yang biasa dilaku ialah apabila soghang lelaki atau pompuan yang dok ada dalam perhubungan percaya bahawa pasangan depa ber...

Tengok Gambaq Gambaq Yang Dikongsi Oleh Soghang Pelaut Ni Sungguh Pelik

Posted: 31 Dec 2016 03:12 AM PST


Roman Fedortsov adalah soghang pelaut dari Murmansk yang bekerja di sebuah kapai nelayan Beliau telah berkongsi sesuatu yang pelik tapi menakjubkan di akaun Twitter beliau Gambar gambaq ni telah...

No comments:

Post a Comment