Wednesday, 18 January 2017

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 18 Jan 2017 11:48 AM PST

MySensasi


Keputusan Penuh Liga Super 2017

Posted: 17 Jan 2017 09:24 PM PST

Keputusan Penuh Liga Super 2017. Akan membuka aksi pertama pada 20 januari 2017. 12 pasukan akan terlibat untuk ditabalkan selaku juara Liga Super 2017. Setiap pasukan membuat persiapan rapi terutama dari senarai pemain tempatan dan import. Walaupun pada peringkat awal ada pasukan yang berura-ura menarik diri akibat masalah kewangan namun mereka meneruskan juga aksi selepas …

The post Keputusan Penuh Liga Super 2017 appeared first on Info Semasa.

Senarai Pemain JDT 2017

Posted: 17 Jan 2017 08:22 PM PST

Senarai Pemain JDT 2017. Menjelang permulaan musim Liga Malaysia yang melibatkan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia pasti setiap pasukan akan membuat persiapan rapi. Antara yang menjadi tumpuan peminat adalah senarai pemain yang akan mewakili pasukan. JDT atau Johor Darul Ta`zim adalah pasukan tumpuan sudah pasti apa sahaja perkembangan terkini juara tiga kali berturut-turut Liga …

The post Senarai Pemain JDT 2017 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 18 Jan 2017 10:00 AM PST

KedahLanie.info


Muhyiddin & Forest City : Sepatutnya pajak bukan jual tanah kepada syarikat serta rakyat negara asing.

Posted: 18 Jan 2017 08:09 AM PST

KENYATAAN YB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

1. Aziz Kaprawi tidak perlu persoal kesetiaan saya kepada DYMM Sultan Johor.

2. Sebagai anak Johor, sudah tentulah saya tumpahkan taat dan setia saya kepada Raja dan Negeri Johor. Selain itu, menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu juga adalah sebahagian daripada matlamat perjuangan parti saya yang jelas termaktub di dalam perlembagaannya. Jadi, jangan persoalkan kesetiaan saya kepada Sultan Johor.

3. Isu yang berada di hadapan kita sekarang bukan isu kesetiaan. Isu pokoknya kedaulatan. Ia adalah soal prinsip. Apa prinsip kita mengenai kedaulatan negara dan kepentingan rakyat? Adakah penjualan tanah-tanah kepada syarikat asing untuk dibina rumah-rumah kediaman yang kemudiannya dijual sebahagian besarnya kepada rakyat negara asing memenuhi kepentingan rakyat negara ini? Bagaimana pula tanah-tanah ini yang dimiliki secara kekal oleh rakyat negara asing tidak mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara?

4. Sejarah mengajar kita bahawa penjajahan bermula dengan tindakan pemerintah menjual sebahagian daripada wilayah negerinya kepada pihak asing. Akhirnya, wilayah itu jatuh ke tangan asing dan hilanglah kedaulatan negeri ke atas wilayah itu. Wilayah yang telah hilang ini tidak dapat diperolehi semula oleh negeri itu. Inilah pengalaman yang dilalui oleh negeri-negeri Melayu ketika British datang ke tanah air kita dengan Syarikat Hindia Timurnya. Inilah juga persoalan pokok yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir dan ianya amat berasas.

5. Ada pihak yang mengatakan bahawa penjualan tanah-tanah ini kepada syarikat asing dari negara China adalah pelaburan asing. Apabila saya mengkritik dasar ini, saya dituduh anti pelaburan asing. Tidak kurang juga ada media tempatan mengecap saya anti-Cina.

6. Saya tahu apa maksud pelaburan asing dan saya antara orang yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia ketika saya berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Malah, ketika saya menjadi Menteri Besar Johor, saya juga mengetuai banyak delegasi ke luar negara untuk membawa masuk pelaburan asing ke negeri Johor. Orang Johor pasti ingat negeri Johor membangun dengan pesat pada ketika itu.

7. Pelaburan asing berlaku apabila syarikat luar negara datang menanam modal di negara kita. Mereka membuka kilang-kilang pembuatan di negara ini, menggunakan bahan-bahan mentah tempatan untuk menghasilkan produk-produk samada untuk dieksport atau dijual di pasaran tempatan dan menggaji pekerja-pekerja tempatan.

8. Kerajaan menyediakan tanah untuk mereka mendirikan kilang-kilang tetapi tanah ini tidak dimiliki secara kekal oleh syarikat-syarikat asing ini. Tanah-tanah ini dimiliki secara sementara dan apabila tempoh pajakan tamat, ia mesti dikembalikan semula kepada kerajaan. Daripada pelaburan asing ini, rakyat mendapat manfaat dari segi peluang-peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan limpahan ekonomi di kawasan sekitar. Di samping itu, negara tidak kehilangan tanah kepada syarikat asing.

9. Apa yang berlaku di Forest City adalah sebaliknya. Syarikat asing tidak menanam modal, sebaliknya membeli tanah-tanah untuk dibangunkan dan dijual. Para pekerja terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya didatangkan dari negara China dan bahan binaan juga dari negara China. Malah para pembeli unit-unit kediaman berjumlah 700,000 unit kesemuanya juga sebahagian besarnya adalah warganegara China. Juteru, apa manfaatnya kepada rakyat dan negara Malaysia selain keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang menjalin usahasama dengan syarikat China?

10. Sebenarnya, yang berlaku di Forest City bukanlah pelaburan asing, tetapi penjualan tanah kepada syarikat asing. Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Dasar kerajaan pada ketika itu ialah tanah-tanah yang dijual kepada pelabur asing mestilah tidak berstatus hak milik kekal. Ini penting supaya tanah-tanah ini tidak jatuh ke tangan pihak asing.

11. Adakah dasar ini telah tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri Johor ketika meluluskan penjualan tanah-tanah di Forest City kepada syarikat asing? Atau adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing telah berubah? Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor dan kerajaan Persekutuan.

12. Ya soal tanah adalah bidang kuasa negeri tetapi apakah kerajaan negeri boleh mengenepikan dasar pemilikan tanah oleh warganegara asing dan sekatan-sekatan yang biasa dikenakan ke atas pemindahannya boleh diketepikan begitu sahaja hanya dilihat dari sudut keuntungan wang ringgit semata-mata tanpa mempedulikan soal hak dan kedaulatan negeri?

13. Isu pokok ialah keselamatan dan kedaulatan negeri dan negara. Adalah menjadi suatu kewajiban, malahan ianya amanah yang saya dan PPBM harus pikul untuk mempertahankan bumi Johor dan Malaysia dari jatuh dimiliki oleh orang asing. Apa jadi kepada negeri kita jika semakin banyak tanah kita terlepas ke tangan asing disebabkan kealpaan kita untuk mempertahankannya! Tanah Besar China mempunyai agenda tertentu untuk menawan ekonomi wilayah termasuk rantau ini menerusi Gagasan Laluan Suteranya. Itulah juga yang diperingat oleh Tun Mahathir

14. Yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang yang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya. Maka hilanglah milik kita kepada orang lain! Apakah Bandar Malaysia milik Malaysia?

15. Bagi saya, kesetiaan tidak bersifat membuta tuli. Ia mestilah berpaksikan kepada prinsip kebenaran. Itu juga yang diajar oleh agama Islam. Ketika kedaulatan negara sedang tergugat dan kepentingan rakyat terancam, maka sebagai seorang warganegara yang setia kepada raja dan negara, tanggungjawab saya adalah untuk bercakap benar.

MUHYIDDIN YASSIN
18 Januari 2017

BASHAH menipu mengatakan KUIN layak jadi UNIVERSITI hakikatnya NAJIB kata tak layak

Posted: 18 Jan 2017 01:10 AM PST

Semua pelajar dan pensyarah terlalu mengharapkan agar Kuin bertukar status kepada universiti penuh namun harapan kami musnah apabila Perdana Menteri mengumumkan Kuin masih belum layak.

"Kami agak tersinggung kerana Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Syah ( Kuisas) boleh dinaik taraf kepada universiti sedangkan kualiti keduanya tidak jauh berbeza,"katanya di sini semalam.

Pelajar, Mohd Syahril Sabdin, 33,berkata, kira-kira 3000 pelajar sanggup menunggu dalam tempoh lama bagi mendengar pengumuman berkenaan.

Menurutnya, mereka bersedia mengangkat kain rentang yang tertera "universiti penuh" sebagai tanda penghormatan kepada Perdana Menteri.

"Kawan-kawan saya semuanya menunggu lama di Padang Awam Kuala Ketil semata-mata untuk mendengar perasmian daripada Najib, malah ada yang menahan lapar.

"Sepatutnya jika sudah tahu Kuin tidak layak jadi universiti pada hari ini jangan sesekali libatkan pelajar dan pensyarah dalam program ini," katanya.

Katanya, pihak berkaitan tidak seharusnya menggunakan institusi pengajian sebagai mainan politik.

http://thekedahreport.blogspot.my/2017/01/bashah-dan-najib-munafik-pelajar.html?m=1

OhDunia.My

Posted: 18 Jan 2017 08:29 AM PST

OhDunia.My


Kanak-kanak Diperkosa Sebelum Dibunuh, Ditanam Dalam Lumpur

Posted: 17 Jan 2017 11:56 PM PST

PAPUA BARAT, INDONESIA – Warga bandar Sorong digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan bernama Kasia Mamangsa dalam lumpur, jam 2.30 petang Selasa.


Kanak-kanak Diperkosa Debelum Dibunuh, Ditanam Dalam Lumpur

Baca selengkapnya

Sayu!... Berkahwin 4 Hari, Suami Bacakan Talkin Buat Isteri

Posted: 17 Jan 2017 10:53 PM PST

IPOH – Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini apabila Muhammad Hisyamuddin Yunus, 25, membacakan talkin untuk jenazah isterinya, Nur Fazlina Fazil, 25, sambil menangis.


Sayu!... Berkahwin 4 Hari, Suami Bacakan Talkin Buat Isteri

Baca selengkapnya

Video: 2 Kapal UFO Dikesan Terbang Berhampiran Bangunan Komtar

Posted: 17 Jan 2017 06:34 PM PST

GEORGETOWN, PULAU PINANG - Viral sebuah video rakaman orang awam yang mendakwa dua buah UFO kelihatan berlegar berhampiran bangunan Komtar, semalam, lapor The Star.


Video: 2 Kapal UFO Dikesan Terbang Berhampiran Bangunan Komtar

Baca selengkapnya

beautifulnara

Posted: 18 Jan 2017 02:24 AM PST

beautifulnara


Elfira Loy Tertekan Dengan Isu Kenyataan Sedia Dipinang Lelaki

Posted: 18 Jan 2017 12:02 AM PST

Gara-gara kenyataan beliau yang sedia dipinang lelaki baru-baru ini, pelakon Elfira Loy dan keluarga dihujani dengan pelbagai persoalan mengenai isu berkenaan dan turut ada lelaki yang ingin melamar Elfira.

el-1

Benda (laporan) itu memang mengejutkan bagi saya untuk permulaan tahun baru ini. Bayangkan saya dan mama (ibu) ‘dihujani’ macam-macam soalan tentang kononnya saya bersedia menerima pinangan daripada mana-mana lelaki.

Pening kepala saya dan keluarga menangani isu ini sejak ia dilaporkan media minggu lalu.

Elfira akui beliau merasa tertekan kerana ia mencetuskan salah faham yang agak besar serta seakan menunjukkan beliau terdesak untuk mencari pasangan.

Mama saya bising sebab saya cakap benda-benda begitu kepada umum. Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah saya tak mahu ‘bercinta kosong’ dan ‘couple’ sehingga membuang masa tapi biarlah bertunang terus kalau sudah jumpa seseorang yang saya serasi.

el-2

Setelah menjelaskan perkara di atas, Elfira berharap masyarakat tidak lagi salah faham  dan keliru dengan apa yang beliau katakan sebelum ini.

Mungkin bagi sesetengah orang ia adalah isu remeh dan perkara yang biasa tapi tidak bagi saya. Saya bimbang kalau ia mencetuskan salah tanggapan yang berlanjutan. Harap selepas ini isu ini selesai.

el-3

Wah, nampaknya memang ramai lelaki yang meminati Elfira Loy dalam diam. Harap bersabar, kalau hendak kahwin bukan boleh tangkap muat sahaja bukan? Jangan ada salah faham lagi ye.

Sumber Berita : mStar Online

Datuk Ziela Jalil Jelas Isu Lambat Bayar Pelakon

Posted: 17 Jan 2017 08:32 PM PST

Baru-baru ini nama penerbit drama terkenal, Datuk Ziela Jalil menjadi topik hangat di akhbar apabila seorang pelakon baharu, Hafeez Mikail mendakwa syarikat milik Ziela gagal melunaskan baki bayaran beberapa orang pelakon yang menjalani penggambaran drama di Cardiff.

Menjelaskan isu berkenaan, Ziela memberitahu perkara itu berlaku dengan tidak sengaja kerana mereka sepatutnya hanya menjalani satu penggambaran drama bersiri di negara itu, namun pada saat akhir terpaksa menjalani satu lagi penggambaran telefilem kerana masih mempunyai masa mencukupi di sana.

Ketika itu saya sibuk untuk promosi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku di Malaysia dan saya serahkan kepada pengarah, Rahila menguruskannya di sana. Saya tidak tahu-menahu mengenai pengambilan mana-mana pelakon untuk telefilem berjudul Daffodil Lara itu kerana pembabitan Hafeez dilakukan oleh Rahila. Difahamkan, bagi mengurangkan kos mereka menggunakan pelakon yang sudah ada di sana.

Ziela sebenarnya tidak mengerti kenapa ada pelakon yang tidak puas hati kerana sebelum ini beliau telah memaklumkan perkara berkenaan secara lisan kepada mereka yang terlibat dimana bayaran untuk drama bersiri sudah lama dibuat, tetapi untuk telefilem mereka perlu menunggu tawaran daripada stesen televisyen  berikutan telefilem tersebut belum mendapat slot tayangannya.

Dalam pada sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaiku, saya terlupa menguruskan soal bayaran untuk telefilem berkenaan, namun Rahila sudah memaklumkan kepada Hafeez dan pelakon lain.

Jadi, saya tidak faham kenapa Hafeez masih bising dan tidak puas hati. Saya sedar kesilapan datang daripada saya, namun perkara boleh dibawa berbincang dan bukan dengan cara dia bising-bising begini.

Ziela telah menjelaskan baki bayaran Hafeez sebanyak RM4,000 dan akan melunaskan bayaran buat pelakon-pelakon lain juga.

Walaubagaimanapun, dakwaan yang Hafeez lakukan telah membuatkan Ziela merasa kecewa dan tidak berminat untuk mengambil Hafeez berlakon lagi didalam mana-mana drama terbitannya pada masa akan datang.

Sumber Berita : Harian Metro

Kerana Watak Mia Adriana : Instagram Siti Saleha Cecah 1 Juta Pengikut

Posted: 17 Jan 2017 06:43 PM PST

Pelakon Siti Saleha tidak sangka bahawa jumlah pengikutnya di Instagram akan meningkat dan mencecah angka 1 juta gara-gara penangan drama 7 Hari Mencintaiku, meskipun penonton benci dengan watak isteri biadap, Mia Adriana.

Saya tidak menyangka sambutan yang diterima sebaik ini. Awalnya bimbang apabila baca skrip kerana watak Mia Adriana berat. Namun disebabkan belum pernah membawakan watak sebegini, saya cuba dan terima cabaran tampil sebagai wanita kurang ajar.

Nyata impak watak itu sangat besar sehingga penonton rasa benci. Namun, saya bersyukur peminat faham saya menghayati watak dan mengikut kehendak skrip.

Untuk pengetahun anda  drama 7 Hari Mencintaiku antara yang paling laris  dan mengatasi drama-drama stesen televisyen lain kerana berjaya mencatat 12 juta tontonan.

Tahniah kami ucapkan kepada Siti Saleha kerana telah membuktikan beliau mampu menjiwai watak dengan baik dan memberikan kesan kepada penonton.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Johan Mahu Sumbang Sebahagian Wang Kemenangan Super Spontan Superstar Kepada Rakyat Syria

Posted: 17 Jan 2017 06:21 PM PST

Betapa murni dan baiknya hati, Johan Raja Lawak apabila beliau berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian wang berjumlah RM100,000 yang dimenangi olehnya dalam program Super Spontan Superstar 2016. Menurut Johan, beliau akan menggunakan saluran yang betul agar sumbangan itu sampai kepada mereka yang memerlukan.

Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat.

Bukan itu sahaja, Johan juga ada memasang impian untuk membina masjid di kawasan yang memerlukan.

Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup. Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid. Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah.

Johan percaya dengan memberikan sesuatu dengan niat yang ikhlas, pasti rezeki seseorang itu akan bertambah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Saya Letih Sering Diajukan Soalan Mengenai Kisah Peribadi – Zul Ariffin

Posted: 17 Jan 2017 05:41 PM PST

Tidak pernah bercerita mengenai kisah percintaannya dengan pelakon cantik Zahirah Macwilson membuatkan pelakon Zul Ariffin sering diajukan persoalan tentang status hubungan mereka.

Meskipun ada khabar mengatakan mereka sudah berpisah, Zul tetap mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen mengenainya.

Zul memberitahu beliau tidak mahu mengulas mengenai kisah peribadinya kerana ia akan memberikan kesan negatif terhadap kariernya.

Maaf, saya tidak akan buka mulut soal peribadi. Bukan mengada-ngada atau mahu berahsia, tetapi bagi saya kisah peribadi hanya akan buat kerjaya saya jadi sukar. Lagipun saya sudah letih apabila sering diajukan pertanyaan mengenai kisah peribadi sejak dua tahun lalu. Cukup-cukuplah saya dihimpit pelbagai kontroversi.

Apapun yang berlaku di antara kami, saya tetap dengan pendirian untuk mengunci mulut. Saya tidak kisah dengan apa sahaja andaian orang. Fokus saya kini hanyalah pada kerjaya dan akan berusaha melakukan yang terbaik.

Pada masa yang sama, Zul meluahkan beliau sebenarnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga tetapi menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Sebenarnya tidak salah untuk peminat mengetahui kisah peribadi artis. Mereka juga mahu mendoakan yang terbaik buat Zul dan Zahirah . Apa-apa pun, harapnya mereka baik-baik sahaja dan khabar angin berpisah itu tidak benar. Doakan juga agar hasrat Zul untuk berkahwin akan termakbul satu hari nanti.

Sumber Berita : Harian Metro

Tulis Salam Di Instagram : Pelakon Hollywood Lindsay Lohan Dikatakan Sudah Peluk Islam?

Posted: 17 Jan 2017 04:56 AM PST

Pelakon Hollywood yang terkenal menerusi filem The Parent Trap dan Mean Girls, Lindsay Lohan khabarnya sudah memeluk Islam apabila bertindak untuk memadam semua foto beliau di Instagram dan menulis ayat Alaikum salam di ruangan bio di laman sosial berkenaan.

Malah, Lindsay juga sebelum ini pernah dilihat berjalan di Brooklyn, New York sambil memeluk Al-Quran sekitar tahun 2015. Dalam satu kenyataan Lindsay memberitahu beliau mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Pada 18 Oktober 2016, Lindsay juga aktif melakukan kegiatan amal di kompleks Suriah di Turki lengkap berpakaian seperti seorang muslimah dengan mengenakan jubah dan hijab.

Sebelum ini Lindsay pernah keluar serta masuk ke pusat pemulihan kerana masalah dadah dan ketagihan arak.

Meskipun pelbagai spekulasi hangat telah diperkatakan mengenai isu ini, pihak Lindsay masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi beliau sudah memeluk Islam.

Sumber Berita : Sky News

Toknek.com RSS Feed

Posted: 18 Jan 2017 02:01 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Tun Mahathir Jawab Bidasan Sultan Johoq Isu Forest City

Posted: 18 Jan 2017 12:42 AM PST


Tun Mahathir Mohamad tampil menulih jawapan balaih berhubung kenyataan Sultan Johoq Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandaq terhadap dirinya berhubung isu Forest City Dalam kenyataannya Tun ...

Cheq Parkiaq Hanya 3 Kotak Sebelah Guard Lelaki Ni Bongkaq Sindiket Rosakkan Gheta Di Ktm Salak Selatan

Posted: 17 Jan 2017 11:12 PM PST


Dari aduan yang diterima Assalamualaikum Mohon sebaqkan kepada oghang awam untuk peringatan Kejadian ni berlaku pada hari sabtu 7 Januari yang lepaih di KTM Salak Selatan cheq menasihatkan kep...

Datuk Ziela Jalil Jelaih Isu Lambat Bayaq Pelakon

Posted: 17 Jan 2017 11:02 PM PST


baghu baghu ni nama penerbit drama femes Datuk Ziela Jalil menjadi topik hangat di surat khabaq apabila soghang pelakon baghu Hafeez Mikail mendakwa syarikat milik Ziela gagai melunaihkan baki ba...

Kad Menikah Dah Diedaq Baghu Dapat Tau Tunang Soghang Penganggoq

Posted: 17 Jan 2017 10:42 PM PST


18 01 2017 Dalam Islam jugak telah menganjoqkan setiap pasangan untuk memulakan setiap proses dengan berkenalan Berkenalan dalam Islam bukan bermakna lelaki dan pompuan boleh keluaq ke mana man...

5 Kelebihan Dan Fakta Menarik Lesung Pipit

Posted: 17 Jan 2017 09:42 PM PST


betoi ke kakak tadi dah 40 tahun Nampak macam muda je Sebab lesung pipit tu kot dia nampak muda untunglah kan ada lesung pipit Gambaq hiasan Uniknya depa yang mempunyai lesung pipit pasai ...

Para Saintis Stanford Buat Percubaan Dengan Bateri Li On Tak Mudah Terbakaq

Posted: 17 Jan 2017 08:12 PM PST


Setiap kali hampa semua mendengaq laporan tentang pasai peranti yang meletup atau terbakaq hampa semua tiba tiba menjadi paranoid dan setiap kali telefon atau tablet hampa semua panaih hampa semu...

Cheq Letih Serin Diajukan Soalan Pasai Ceghita Peribadi Zul Ariffin

Posted: 17 Jan 2017 08:06 PM PST


tak penah dok berceghita pasai ceghita percintaannya dengan pelakon cun Zahirah Macwilson buat pelakon Zul Ariffin serin diajukan persoalan tentang pasai statuih hubungan depa walaupun ada khaba...

Johan Mau Sumbang Sebahagian Wang Kemenangan Super Spontan Superstaq Kepada Rakyat Syria

Posted: 17 Jan 2017 08:04 PM PST


Betapa murni dan baiknya hati Johan Raja lawak apabila beliau bercita cita untuk menyumbangkan sebahagian wang berjumlah RM100 000 yang dimenangi olehnya dalam program Super Spontan Superstaq 2016...

Pasai Watak Mia Adriana Instagram Siti Saleha Cecah 1 Juta Pengikut

Posted: 17 Jan 2017 08:02 PM PST


Pelakon Siti Saleha tak sangka bahawa jumlah pengikutnya di Instagram akan meningkat dan mencecah angka 1 juta gara gara penangan drama 7 Hari Mencintaiku walaupun penonton benci dengan watak iste...

Cara Palin Mudah Menanam Pokok Mulberi

Posted: 17 Jan 2017 06:42 PM PST


3 jenih pokok Mulberi yang biasa dilihat atau ditanam di seluruh dunia ialah mulberri putih mulberri merah dan mulberri hitam Mulberi jugak terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk buah yang bole...

Tak Guna Badan Sado Kalau Tak Tau Kemahiran Asaih 14 Alatan Ni

Posted: 17 Jan 2017 11:12 AM PST


tengok peredaran zaman masa la nih ghamai golongan lelaki tak lagi ambik berat tentang pasai penggunaan alatan kemudahan asaih dalam kehidupan Beberapa alatan yang dilihat sempoii namum memerlu...

Atikah Suhaime Dibantai Berpakaian Seksi

Posted: 17 Jan 2017 07:44 AM PST


17 01 2017 kola Lumpoq Pelakon Atikah Suhaime memang cukup femes mana tidaknya pada tahun 2016 lepaih Atikah adalah individu kedua palin dicari oleh pengguna internet di Malaysia menurut lapora...

Peniaga Online Hina Pembeli Tak Berduit

Posted: 17 Jan 2017 07:42 AM PST


17 01 2017 kola Lumpoq soghang peniaga online yang menjuai IPTV Box telah tulaq di laman so sial apabila telah menghina soghang pelanggan yang telah menghubungi melalui applikasi WhatsApp untuk...

Keunikan Tebin Batu Kapoq Putih Etretat

Posted: 17 Jan 2017 06:42 AM PST


Etretat merupakan sebuah desa kecik dipinggiaq pantai di barat laut Perancih dan dikenali pasai deretan tebin batu kapoq putih yang sangat unik disepanjang deretan pantai ni kalau dilihat sekali i...

Pasangan Gembira Yang Selului Update Facebook Kemungkinan Salin Membenci

Posted: 17 Jan 2017 06:24 AM PST


Mesti hampa semua selului nampak pasangan kekasih yang suka selfie dan kelihatan macam dunia ni depa yang punya kan tapi tahukah hampa depa barangkali bencikan satu sama lain depa yang palin ban...

Hanya Depa Yang Rendah Saja Akan Memahami Masalah Ni

Posted: 17 Jan 2017 06:22 AM PST


Selain tak dapat mencapai sesuatu yang dok ada di rak palin ataih depa jugak menghadapi masalah tak dapat tengok apa apa masa di konsert mencari seluaq tanpa perlu memotong lebihan kain dan pelb...

Tulih Salam Di Instagram Pelakon Hollywood Lindsay Lohan Ghamai Dok Kata Dah Peluk Islam

Posted: 17 Jan 2017 05:02 AM PST


Pelakon Hollywood yang femes menerusi filem The Parent Trap dan Mean Girls Lindsay Lohan khabaqnya dah memeluk Islam apabila bertindak untuk memadam semua gambaq beliau di Instagram dan menulih ay...

Benarkah Kad Berasaihkan Paywave Mudah Digodam

Posted: 17 Jan 2017 04:02 AM PST


Satu perkara yang hangat digembaq gemboq hari ni apabila satu surat khabaq tempatan menyiaqkan isu penyeluk saku digitai yang mampu menggodam maklumat kad berasaihkan PayWave dengan hanya menggunak...

Hajat Adun Sg Ayaq Tawaq Tunai Umrah Bersama Isteri Tak Kesampaian

Posted: 17 Jan 2017 03:34 AM PST


SABAK BERNAM Hajat Anggota Dewan Undangan Negeri Adun Sungai ayaq Tawaq Kamarol Zaki Abdul Malik untuk menunaikan umrah bersama sama isterinya pada awai bulan depan tak kesampaian apabila beliau...

Malaysia Takdak Undang Undang L Se Majest Kalau Di Thailand Barangkali Mahathir Dah Tak Dapat Tengok Dunia

Posted: 17 Jan 2017 03:32 AM PST


Mahathir nampaknya tak memahami undang undang Katanya beliau tak ceghita didakwa mengikut undang undang L se majest Menderhaka kepada Raja Walau bagaimanapun tak macam kebanya negara Ma...

Kehilangan Tujuh Batang Gigi Selepaih Vape Meletup Di Muka Secara Tiba Tiba

Posted: 17 Jan 2017 03:22 AM PST


soghang bapak kehilangan tujuh batang gigi dan pipinya terbakaq di tahap kedua selepaih vape yang digunakannya meletup Andrew Hall sedang bersiap untuk bekerja apabila alat tu meletup tanpa sebara...

myartis.com

Posted: 18 Jan 2017 01:59 AM PST

myartis.com


"MAHU SUMBANG WANG KEMENANGAN KEPADA RAKYAT SYRIA" - JOHAN

Posted: 17 Jan 2017 06:59 PM PST



"Saya akan menyumbang sebahagian wang kemenangan dalam program Super Spontan Superstar 2016 kepada mangsa perang Syria," demikian kata pelawak dan penyampai radio, Johan mengenai hasratnya itu.

Akui artis pelbagai bakat ini, penderitaan dihadapi pelarian dari negara bergolak berkenaan, khususnya kanak-kanak, amat menyentuh hatinya membuatkan beliau menyalurkan sebahagian daripada wang kemenangan RM100,000 program itu, Oktober lalu, kepada mereka.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KERAP DITANYA SOAL ZURIAT - AMYRA AKUI TAK TERTEKAN & MARAH

Posted: 17 Jan 2017 06:09 PM PST



Kita semua sedia maklum bahawa soalan yang biasa yang akan ditanya selepas berkahwin adalah mengenai zuriat, begitu juga dengan pelakon Amyra Rosli apabila dirinya tidak dapat lari daripada soalan tersebut.

Amyra bagaimanapun menjelaskan yang dirinya itu tidak mudah menggelabah dengan pelbagai soalan, mahupun tertekan dengan pertanyaan sebegitu. Ini kerana baginya, perkara itu adalah lumrah bagi setiap pasangan yang baru berkahwin.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TAK KISAH JADI ANDARTU - DINA NADZIR INGIN FOKUS PADA KERJAYA

Posted: 17 Jan 2017 05:14 PM PST



Meskipun usianya mencecah 32 tahun., penyanyi dan penyampai radio Era FM, Dina Nadzir atau nama sebenarnya, Faradina Mohd Nadzir mengakui masih belum terfikir untuk mencari lelaki sebagai teman hidup.

Kata Dina, banyak lagi komitmen yang perlu diselesaikan pada tahun ini seperti menghasilkan lagu baru, komitmen kerja dan sebagainya.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

4 GAMBAR - KHADIJA AZZEHRA, NAMA ANAK KEDUA DIANA AMIR

Posted: 17 Jan 2017 04:19 PM PST



Diana Amir menerusi laman Instagramnya, secara rasmi telah memberitahu nama anak perempuan keduanya yang lahir pada 4 Januari lalu.

Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 30, dan suaminya, Mohd Habibbullah A Rahman telah berpakat menamakan cahaya mata kedua mereka dengan nama 'Khadija Azzehra'.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment