Dukacita dimaklumkan Tan Sri Adenan Satem yang juga Ketua Menteri Sarawak Meninggal dunia hari ini di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengahari akibat komplikasi jantung. Ini disahkan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Read more…
Inilah jadinya kalau nak hentam FAM tapi Faiz Subri jadi mangsa? Ya, tidak dinafikan mengenai kejayaan kelab berkenaan. Kejayaan membangunkan kelab dengan dana yang cukup besar. Hasilnya kelab tersebut berjaya menjulang kejuaraan peringkat Asia. Mereka juga berjaya mempertahankan beberapa kejuaraan tempatan lain dan seterusnya menjadi kelab yang semakin digeruni lawan samada dalam liga tempatan mahupun […]
Bermula pada 1 Januari 2017, harga masuk ke Pulau Tioman naik lima kali ganda. Harga masuk berkenaan adalah untuk bayaran fi Pemuliharaan Taman Laut. Bayaran berkenaan akan dikenakan ke atas setiap pelancong asing yang masuk ke kawasan taman laut di seluruh negara termasuklah juga Pulau Tioman. Harga masuk ke Pulau Tioman naik lima kali ganda! […]
CADANGAN PENYAHSENARAIAN FGV OLEH SHARIR SAMAD: KOS KESELURUHAN PENYAHSENARAIAN FGV DAN KERUGIAN YANG DITANGGUNG RAKYAT MENCECAH RM7.8 BILION
(Untuk paparan penuh dengan grafik, lawati http://rafiziramli.com/2017/01/cadangan-penyahsenaraian-fgv-oleh-sharir-samad-kos-keseluruhan-penyahsenaraian-fgv-dan-kerugian-yang-ditanggung-rakyat-mencecah-rm7-8-bilion/)
Saya merujuk kepada laporan Berita Harian bertarikh 9 Januari 2017 yang menyenaraikan tumpuan utama yang menjadi “misi” Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru, seperti yang saya lampirkan di bawah.
Salah satu dari tumpuan yang akan membawa kesan kewangan besar kepada negara ialah cadangan untuk menyahsenaraikan (mengeluarkan) Felda dari bursa saham.
Saya suka mengingatkan Tan Sri Shahrir Samad dan Dato’ Seri Najib Razak bahawa penyenaraian FGV telah menelan belanja yang besar dan membawa sengsara kepada banyak pihak. Merujuk kepada penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2012, 2013 dan 2014, belanja yang melibatkan penyenaraian FGV adalah seperti berikut (rujuk lampiran dari mukasurat 215 Penyata Kewangan 2013, mukasurat 208 Penyata Kewangan 2014 dan mukasurat 235 Penyata Kewangan 2014):
Maka, jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh Felda akibat penyenaraian FGV adalah RM2.9 bilion dalam tempoh 3 tahun sahaja. Jumlah hutang FGV yang perlu diserap oleh Felda adalah sekurang-kurangnya RM2 bilion, iaitu hutang daripada KWSP yang dipinjam oleh Felda kemudian diberikan kepada FGV, tetapi bila FGV tidak lagi ia menjadi hutang sepenuhnya kumpulan Felda.
Kos RM2.9 bilion yang saya rujuk di atas tidak termasuk kos kerugian atas kertas yang berjumlah berbilion ringgit (anggaran saya setakat ini melebihi RM2 bilion) yang ditanggung oleh Tabung Haji dan tabung-tabung rakyat yang lain; serta kos kerugian yang telah berlaku bila KWSP mula menjual secara berperingkat saham-saham FGV dalam beberapa tahun yang lalu.
Selain kos yang telah hangus seperti di atas, penyahsenaraian FGV akan melibatkan kos baru seperti berikut:
i. Felda perlu merundingkan harga pembelian dari tabung-tabung rakyat seperti Tabung Haji, KPF, KWAP, Kerajaan Pahang dan lain-lain untuk membeli saham-saham mereka pada harga tertentu. Apa pun harga yang dipersetujui, rakyat akan rugi kerana jika Felda membayar harga lebih rendah dari pasaran, tabung-tabung tersebut akan mengalami kerugian yang lebih besar. Jika Felda membayar harga yang lebih rendah dari harga pasaran, Felda pula yang akan mengalami kerugian yang lebih.
ii. Felda juga perlu membuat tawaran umum (“general offer”) kepada pemegang saham minoriti untuk membeli balik saham-saham FGV yang kini dipegang mereka pada satu harga. Apa-apa harga yang ditawarkan oleh Felda akan menyebabkan pemegang saham biasa (termasuk peneroka-peneroka) akan mengalami kerugian kerana mustahil Felda boleh menawarkan harga sekitar RM5 (seperti mula-mula diterbitkan)
iii. Lebih dari itu, Felda perlu mencari wang untuk membeli saham-saham ini. Merujuk kepada petikan Laporan Tahunan FGV 2015 (yang terkini), setakat 18 Mac 2016 (lihat petikan skrin di bawah), Felda dan tabung-tabung rakyat memiliki 57.35% saham-saham FGV. Maka untuk menyahsenaraikan FGV, Felda perlu membeli kembali baki saham yang dipegang pemegang saham minoriti iaitu 42.65% atau 1.56 bilion saham. Jika setiap saham ini perlu dibeli pada harga RM1.85 sen (iaitu 5 sen lebih mahal dari harga saham FGV sekarang), jumlah hutang yang perlu diambil oleh Felda untuk membeli saham-saham ini ialah RM2.9 bilion.
Maka, kerugian-kerugian yang ditanggung rakyat hasil dari tindakan tidak bijak pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak menyenaraikan FGV dalam tahun 2012 adalah RM2.9 bilion yang telah dibelanjakan, anggaran RM2 bilion kerugian atas kertas yang akan ditanggung oleh tabung-tabung rakyat apabila penyahsenaraian berlaku dan RM2.9 bilion lagi yang perlu dibayar kepada pemegang saham untuk membeli kembali semua saham-saham berbaki.
Jumlah keseluruhan yang ditanggung rakyat akibat dari tindakan tidak bijak itu ialah RM7.8 bilion sekiranya Tan Sri Shahrir Samad memutuskan untuk menyahsenaraikan FGV dari Bursa. Oleh itu, saya mendesak beliau tidak mengambil satu sen pun apa-apa gaji atau elaun dari Felda untuk membantu mengurangkan kerugian yang telah dan akan berlaku itu.
RAFIZI RAMLI AHLI PARLIMEN PANDAN NAIB PRESIDEN KEADILAN
Dari petikan surat khabar Metro semalam dimana Hj Hadi sendiri mengaku bahawa mereka masih dalam mengkaji kesan berlaku bilamana pru14 nanti pembangkang dan kerajaan berusaha 1 lawan 1.
Antara sebab yang paling PAS takut ialah bila ada perlawanan sebegitu maka ia akan mmeberikan kelebihan kepada bukan Islam untuk menang lebih dan mereka yang akan memerintah negara.
Aku dengan ini menyanggah apa yg dikatakan oleh PAS itu. Sebenarnya tidak timbul bukan islam akan memenangi kerusi lebih ini berdasarkan pada pru13 dahulu kerusi majority yg bertanding ialah calon daripada Islam dan pertembungan yg berlaku juga antara dua ialah antara Islam iaitu antara PAS dan UMNO iaitu lebih 70 kerusi dan itu belom lagi yg Islam dalam PKR dan DAP.. jadi bagaimana datangnya akal kata bukan Islam akan majoriti.
Sebenarnya Pas yang gagal meyakinkan rakyat untuk undi mereka sebab itu Umno sentiasa menang bila dua parti tu bertembung manakala kerusi bukan Islam akan bertembung antara DAP, MCA, MIC, GERAKAN dan juga parti di Sabah Sarawak sana.
Yang pasti masa PRU14 nanti kena pastikan setiap kerusi Umno BN lawan pembangkang letakkan calon Islam.
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mempertimbangkan 'hadiah' istimewa buat penyerang Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland awal pagi ini.
Ketua Menteri. Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam sidang media di Komtar tengah hari tadi, turut teruja dengan kejayaan yang diperoleh Mohd. Faiz.
"Bagi pihak Kerajaan Negeri, pastinya saya berasa bangga kerana (Mohd.) Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama menerima anugerah tersebut.
"Apatah lagi, (Mohd.) Faiz pemain Malaysia dan yang paling utama ialah dari Pulau Pinang.
"Saya percaya, kejayaan yang dicapai beliau boleh dicontohi dan diteladani khususnya oleh anak-anak muda. (Dan) untuk menempa kejayaan seperti (Mohd.) Faiz, tiada jalan pintas, beliau telah berusaha keras, rajin dan berdisiplin.
"Kejayaan (Mohd.) Faiz bukan sahaja mengharumkan nama Pulau Pinang, malah turut mengharumkan nama Malaysia...belum ada pemain Malaysia yang berada di pentas antarabangsa dan ditontoni serata dunia.
"Untuk itu, Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan 'hadiah' untuknya apabila beliau pulang ke tanah air nanti," ujarnya yang turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada pemain berkaitan pada sidang media tadi di sini.
Sebelum ini, Mohd. Faiz pernah menerima insentif berjumlah RM10,000 daripada Kerajaan Negeri hasil jaringan luar biasa tersebut. (Gambar sebagaimana dilampirkan).
Gol ajaib sentuhan penyerang Pulau Pinang itu yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika perlawanan menentang Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lalu menjadi viral di media sosial sekaligus membolehkan beliau tercalon dan seterusnya merangkul anugerah berprestij dunia dalam arena bola sepak.
Anugerah tersebut sekaligus menobatkan jaringan beliau sebagai 'Gol Paling Cantik' sepanjang tahun 2016, mengetepikan dua finalis lain iaitu Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI Gambar : SHUM JIAN-WEI #gambar adalah situasi sebelom Faiz ke Zurich
1. Empat kali Imam Za'aba menghubungi saya meluahkan perasaannya yang bimbang dibankrapkan setelah kalah sebagai plaintif petisyen PAS PRU-13 Parlimen Pulai.
2. Mulanya saya hubungi pimpinan PAS bagi menyatakan bahawa mereka perlu bertanggungjawab kerana petisyen itu adalah milik PAS. Keluarnya plaintif daripada PAS tidak boleh melepaskan ikatan tanggungjawab tersebut.
3. Malangnya PAS tidak mahu mengambil tanggungjawab. Imam Za'aba semakin gelisah. Keluarganya tertekan. Anak-anaknya sudah mulai bimbang. Ke mana sahaja beliau pergi orang ramai akan bertanya. Akhirnya Amanah Pulai membuat keputusan mengambil tanggungjawab PAS Pulai membantu Imam Za'aba.
4. Amanah Pulai mulakan rayuan di media sosial atas nama Solidariti Imam Za'aba. Perbahasan dalam media sosial sentiasa panas. Imam Za'aba dihina dan dicerca setiap hari. Tapi Alhamdulillah bantuan daripada masyarakat berterusan diterima termasuk daripada luar negara.
5. Thomas Fann seorang aktivis masyarakat bersimpati terhadap Imam Za'aba. Beliau membuat rayuan peribadi kepada kenalannya. Setelah tersiar dalam beberapa media, bantuan datang mencurah-curah di seluruh negara. Tidak kira agama, bangsa ataupun fahaman politik. Mereka datang membantu Imam Za'aba. Pembantu saya Sdr Muhammad tidak cukup tangan melayan pertanyaan daripada para dermawan.
6. Sesuatu yang tidak saya sangka. Seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut, tidak mahu identitinya dikenali menghulurkan sumbangan RM10 ribu untuk Imam Za'aba. Saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa yang telah mengerakkan hati-hati dermawan membantu Imam Za'aba.
7. Sekarang Tabung Solidariti Imam Za'aba berjumlah RM54,431.76 telah mencapai sasarannya. Harapan saya agar kita sama-sama dapat meneruskan momentum ini untuk membantu Mazlan Aliman yang sedang dalam kesusahan. Mazlan adalah pejuang yang mahu "dibunuh" secara undang-undang seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Dr Burhanuddin Helmi, Mahatma Ghandi, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli. Mazlan perlu mengumpul RM500,000. Jika gagal maka rakyat marhain akan kehilangan hero mereka. Marilah kita sama-sama membantu beliau. Mazlan Aliman dan Imam Za'aba adalah mangsa kezaliman penguasa yang korup.
Terima kasih kepada semua.
SUHAIZAN KAYAT SETIAUSAHA ORGANISASI AMANAH NASIONAL
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) merakamkan rasa kagum di atas kesungguhan dan keberanian SPRM untuk terus bertindak dan menyiasat kes-kes yang dianggap berprofil tinggi. Bagi AMANAH ini adalah satu bukti bahawa SPRM sememangnya memiliki keupayaan dan kepakaran tinggi dalam bidang kuasa yang diperuntukan.
2. Beberapa kes tangkapan terhadap 'jerung besar' termasuk kes terbaru rampasan beberapa dokumen penting di pejabat Ketua Menteri Melaka adalah antara contoh bagaimana SPRM mampu bertindak atas kapasiti yang dimiliki oleh mereka.
3. Namun begitu, perhatian rakyat tidak akan mudah dilalaikan dan dipesongkan dari isu 1MDB yang menjadi kayu ukur kepada runtuhnya imej negara di mata dunia. AMANAH sekali lagi memperingatkan rakyat supaya jangan terlalu mudah terhibur dan terpesong dengan kesungguhan tindakan SPRM mutakhir ini.
4. Semua pihak dalam masyarakat mesti terus memberikan sokongan kepada SPRM supaya dapat membuka semula kes 1MDB berikutan penemuan bukti-bukti baru dari negara-negara yang terlibat menyimpan sebahagian dari jumlah wang negara yang diselewengkan.
_*AMANAH Demi Negara*_
*SALAHUDDIN HJ AYUB* Timbalan Presiden Parti Amanah Negara
JERLUN - Cinta Faiz Subri kepada dunia bolasepak sejak kecil sehingga meraih pelbagai anugerah kejayaan di peringkat daerah, negeri sehingga negara dan kini antarabangsa disifatkan sebagai berbaloi.
Diumumkan sebagai pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 selepas menerima undian 56,46 % jauh meninggalkan dua lagi pencabar terdekat iaitu Marlone (22,86%) dari Brazil dan Daniuska Rodriguez (10,01 %) dari Venezuela, pemain sayap Pulau Pinang itu kini sebaris nama-nama besar bolasepak dunia.
Menurut bapanya, Subri Kadir, 65, beliau mengakui begitu berdebar menunggu pengumuman oleh legenda bolasepak Brazil, Ronaldo Luís Nazário de Lima dan bersyukur selepas nama anak kelimanya itu akhirnya diumumkan sebagai pemenang.
"Saya rasa ini antara debaran paling hebat dalam hidup saya apabila ternanti-nanti sama ada Faiz mampu muncul sebagai pemenang pada anugerah berprestij ini," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tok Kepak, dekat sini, awal pagi tadi.
Subri berkata, beliau turut terharu apabila Faiz turut menyampaikan ucapan penghargaan di Zurich, Switzerland kepada diri dan keluarga termasuk pihak-pihak yang pernah membantu kariernya sebelum ini.
PENYERANG Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memohon maaf kerana tidak memakai baju Melayu pada majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich Switzerland, awal pagi tadi.
Mohd Faiz berkata, beliau terpaksa memakai pakaian formal baju sut berikutan cuaca sejuk sekitar -5 celsius.
"Keadaan di sini memang sejuk, saya terpaksa pakai baju kot. Bukan tak nak pakai baju Melayu tapi terlalu sejuk.
"Saya mohon maaf... Insya-ALLAH saya akan cuba pakai walaupun bukan di Zurich," katanya ketika ditemubual secara langsung TV3 di Zurich, sebentar tadi.
Sebelum ini, Faiz berhasrat memakai set persalinan lengkap baju Melayu yang ditaja beberapa pihak pada majlis anugerah bola sepak berprestij itu.
FIFA turut memberi kebenaran kepada Faiz selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat permohonan.
Mohd Faiz melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas.
Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland semalam.
Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pelakon yang berasal dari Singapura, Atikah Suhaime memberitahu bahawa dia optimis untuk melupakan semua kisah silam dan bersedia melakar sejarah baharu.
Ini kerana pada tahun lalu, namanya cukup hangat diperkatakan pada tahun lalu apabila dia didakwa sebagai wanita dalam gambar bogel yang tersebar bersama seorang pelakon lelaki.
Tahun ini, Atikah hadir dengan penampilan baharu, berimej rambut pendek paras bahu dan tampil lebih langsing berbanding sebelum ini.
"Kalau nak tahu sejak dua tahun lalu saya masih mendapat tawaran berlakon. Syarikat penerbitan itu sanggup membayar saya RM10,000 sehari semata-mata mahu saya muncul dalam drama mereka.
"Saya menolak dengan cara baik tetapi mereka tetap datang memujuk. Jadi saya pun menetapkan satu syarat iaitu bayaran sebanyak RM100,000 sehari.
Sejak akhir-akhir ini, Jep Sepahtu dan Sari Yanti sering memuatnaik gambar mesra mereka ke laman sosial masing-masing sehingga ramai peminat menyangka mereka berdua ini sedang hangat bercinta.
Ditanya mengenai perkara tersebut, Jep berkata buat masa ini, hubungan 'persahabatan' tersebut tidak pasti berada pada tahap yang bagaimana, namun beliau akui selesa berkawan dengan pelakon jelita tersebut.
Percintaan mana yang tidak akan dilanda ujian, semakin kuat perasaan cinta didalam hati semakin kuat juga dugaan yang mendatang.
Sepanjang bercinta, Sharnaaz Ahmad akui beberapa kali bergaduh dengan kekasihnya Noor Nabila. Namun, setiap pergaduhan sebenarnya membuatkan hubungan mereka lebih erat.
Apabila kami bergaduh, tak bermaksud perhubungan kami tamat atau menghampiri jalan buntu. Selepas selesai bergaduh, hubungan kami naik ke satu tahap yang lain.
Perhubungan kami menjadi bertambah erat selepas kami selesaikan masalah yang terjadi. Bak kata orang, gaduh-gaduh manja. Makin gaduh, makin sayang.
Noor Nabila juga turut memberitahu perkara yang sama, mereka selalu bergaduh tetapi sikap Sharnaaz yang bertanggungjawab dan baik membuatkan beliau yakin untuk menerima Sharnaaz sebagai suaminya.
Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila bakal bernikah pada 31 Mac ini di kediaman pihak perempuan secara tertutup. Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan berlangsung di sebuah hotel di ibu kota pada 2 April dan majlis di sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 16 April.
Hubungan cinta antara pelakon Izara Aishah dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid bukan lagi rahsia. Malah pasangan ini cukup sensasi sekali dan mempunyai peminat yang agak ramai. Ada khabar angin mengatakan mereka bakal berkahwin pada tahun ini.
Izara mengakui beliau dan Adib ada membicarakan perkara berkenaan tetapi masih ada belum sebarang tarikh yang ditetapkan untuk berkahwin.
Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kami belum berjumpa. Namun, saya dan Adib ada bercakap dan merancang mengenai perkara ini.
Apabila sampai masanya nanti saya pasti akan maklumkan berita baik ini tetapi buat masa sekarang belum ada kata putus daripada pihak kami.
Menurut Izara, beliau tidak terkejut dengan gosip mengatakan beliau bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini. Sedikit rimas dengan khabar angin seperti itu, Izara akur sebagai selebriti beliau harus menjelaskan perkara sebenar kepada umum.
Sebenarnya berita ini bukanlah baru untuk saya kerana di awal perkenalan saya dan Adib, orang luar sudah mengharapkan kami mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh empat tahun bercinta, kami sering diajukan soalan ini.
Saya akui sedikit ‘rimas’ tetapi sebagai selebriti saya perlu menjelaskan perkara sebenar.
Kami doakan agar Izara dan Adib ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Sudah beberapa tahun juga mereka bercinta dan harapnya hubungan mereka dapat melangkah ke fasa seterusnya.
2017 ialah tahun ayam jantan (dalam bahasa omputihnya ialah Rooster) yang akan bermula dari 28 Januari sehinggalah 15 Februari 2018. Apakah itu tahun ayam jantan? Ayam jantan ialah binatang kesepuluh di dalam zodiak China. Setiap tahun ia akan dikaitkan dengan haiwan berdasarkan kitaran 12 tahun. Tahun untuk ayam jantan ialah 1933, 1945, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017 dan 2029.
Untuk menyambut kehadiran tahun ayam jantan di dalam kalendar China ini, Malaysia trusted online shopping www.nile.com.my sedang menjalankan PENGHANTARAN PERCUMA bermula 26.12.2016 sehinggalah 10.02.2017. Anda boleh mendapatkan free delivery di Semenanjung Malaysia dengan pembelian minimum RM48 sepanjang tempoh ini. Lebih best, Jualan Tahun Baru Cina 2017 akan dilangsungkan bermula 11.01.2017 sehingga 24.01.2017. Anda boleh memperolehi diskaun yang super duper awesome sehingga 90%. Jom kita tengok sikit beberapa produk yang termasuk di dalam Jualan Tahun Baru Cina ini.
Product:Sweater Coat CNY2017 Sales price: RM12.90 Date: 11/01/2017 Time Start: 2.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 200 units only
Product: Male/ Female Canvas Shoes CNY2017 Sales price: RM15.50 Date: 13/01/2017 Time Start: 12.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 300 units only
Product: High-Heel Sandal CNY2017 Sales price: RM17.90 Date: 13/01/2017 Time Start: 2.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 150 units only
Product: High-Heel Sandal CNY2017 Sales price: RM9.90 Date: 13/01/2017 Time Start: 4.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 200 units only
Product: Men Jeans CNY2017 Sales price: RM16.90 Date: 16/01/2017 Time Start: 2.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 240 units only
Product: Superman Men Sport Wear CNY2017 Sales price: RM15.90 Date: 16/01/2017 Time Start: 4.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 160 units only
Product: Storage Box CNY2017 Sales price: RM19.90 Date: 19/01/2017 Time Start: 12.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 200 units only
Product: Men Jacket CNY2017 Sales price: RM21.90 Date: 20/01/2017 Time Start: 2.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 250 units only
Product: Handbag CNY2017 Sales price: RM17.90 Date: 23/01/2017 Time Start: 2.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 350 units only
Product: Woman bag CNY2017 Sales price: RM29.90 Date: 23/01/2017 Time Start: 4.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 450 units only
Product: Haniya Blouse CNY2017 Sales price: RM23.90 Date: 24/01/2017 Time Start: 2.00pm Time End: When limited quantity sold out Limited Quantity: 169 units only
Tandakan kalendar anda untuk bersedia pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Setiap produk hadir dengan kuantiti terhad di mana hanya boleh dibeli satu unit seorang. Maklumat lanjut layari http://www.nile.com.my/page.php?cd=120.. Selamat tahun baru Cina dan Gong Xi Fa Chai.
Baru-baru ini video pendek Rita Rudaini "Siapa nak pinang saya? Mai cepat-cepat dia dapat" telah menjadi viral di laman sosial Facebook.
Ramai yang menganggap "tawaran" Rita itu serius sehingga menimbulkan salah faham beberapa pihak sehingga beliau menerima kritikan daripada netizen.
Rita menerusi portal Media Hiburan berkata beliau merasa kesal ia boleh menjatuhkan maruahnya. Video berkenaan yang sebenarnya hanya ditujukan untuk grup keluarga pelakon Sheila Mambo. Rita hanya sekadar bergurau sahaja dan tiada niat untuk "mempromosikan" dirinya.
Video tu hanya untuk grup keluarga kak Sheila Mambo dan tak sangka pula boleh jadi macam ini. Tak sangka dikongsi dengan semua orang. Saya tak suka sebab orang nanti salah faham. Dengan status saya ini orang akan pandang rendah dan fikir yang bukan-bukan.
Saya amat kesal jugalah sebab dikongsi untuk semua. Macam-macam persepsi orang akan buat terhadap saya. Kenapalah mereka buat begini pada saya.
Erm, bersabarlah Rita. Biasalah zaman sekarang sekejap sahaja benda boleh jadi viral apatah lagi jika anda seorang artis. Harapnya mereka diluar sana tidak terus salah faham.
Lee Min Ho ke Fattah Amin? Lee Min Ho ke Fattah Amin? Lee Min Ho ke Fattah Amin? Fuh!!! Cukup mencabar persoalan ini. Memang sukar nak buat keputusan kalau disuruh pilh salah seorang di antara kedua-dua pelakon kacak ini. Mahu 7 hari 7 malam tak lena tidur. Tapi tak apa, Abang Nara akan bantu korang memudahkan buat keputusan berdasarkan pemerhatian terhadap 2 jejaka super hot ini.
1. Dua-dua segak dengan pakaian pilot
Kesegakan dan kekacakan Fattah Amin selaku seorang pilot di dalam drama Suri Hati Mr Pilot memang telah membuatkan ramai wanita jatuh cinta. Namun, kehenseman Lee Min Ho apabila mengenakan pakaian seragam pilot untuk melakukan penipuan di dalam drama Legend Of The Blue Sea tidak boleh dinafikan lagi.
2. Seorang muka berkumis seorang muka bersih
Setiap wanita mempunyai citarasa sendiri. Ada yang suka lelaki bermisai, berkumis dan berjambang seperti Fattah Amin.
tengok kumis pun leh jatuh cinta kan?
Namun ada juga wanita yang sukakan lelaki yang clean tanpa sebarang bulu di wajahnya. Kalau ini taste korang, memang Lee Min Ho adalah pilihan terbaik. Wajah Lee Min Ho memang tampak lebih suci dan bersih kan?
ya rabbi jambunya
3. Lee Min Ho & Fattah Amin sukakan Oppo R9s
Selain mempunyai persamaan dari segi kehenseman dan kekacakan, satu lagi persamaan Lee Min Ho dan Fattah Amin ialah kedua-duanya menyukai Oppo R9s yang merupakan produk terbaru Oppo.
Fattah Amin dan Lee Min Ho mengakui OPPO R9s ini sangat best kerana ia mempunyai kamera hadapan dan belakang 16MP, dengan Dual PDAF dan f/1.7 aperture ia dapat menyerap lebih banyak cahaya dan menghasilkan gambar yang jelas dan cantik! Yang penting, dalam keadaan yang kurang cahaya, gambar yang korang ambil pun tetap jelas, Tak percaya? Nah tengok ni
Patutlah Abang Nara tengok gambar selfie Fattah Amin dan Lee Min Ho bukan main hensem dan kacak. Pakai Oppo R9s rupanya. Kalau korang nak melihat sendiri kehenseman Fattah Amin, boleh pre order Oppo R9s bermula 5 Januari sehingga 13 Januari ini dengan dengan melawat link ini. Kalau anda bertuah, akan dapat berjumpa dengan Fattah Amin secara "LIVE". Untunglah!!!
Oppo R9 ini berharga RM1,798. Memang berbaloi-baloi sangat dengan kualiti yang ditawarkan. Sila terus buat pre-order sekarang juga di sini.
4. Kedua-duanya single and available
Ini sebenarnya ciri yang paling penting dan wajib anda ketahui. Lee Min Ho dan Fattah Amin kedua-duanya masih single and available. Fattah Amin pernah dikaitkan dengan Neelofa sebelum ini namun hubungan mereka telah putus di tengah jalan.
laki hensem camnie pun kena rejek. Dunia oh dunia
Sementara itu hubungan Lee Min Ho dengan Suzy Bae juga khabarnya sedang berantakan. Memang peluang baik untuk anda masuk line. Orang tengah kecewa ini memang mudah sikit dingorat. Tak gitu?
Kalau Lee Min Ho itu memang agak sukar nak dingorat kerana nun jauh di Korea. Namun kalau korang berniat untuk menjadikan Fattah Amin kekasih hati, memang ada harapan. Sebabnya pada 14 Januari ini, Fattah Amin akan hadir di Low Yat Plaza untuk roadshow Oppo R9. Inilah peluang anda untuk bermain mata dengan pelakon kacak ini. Jangan lupa anda boleh pre order Oppo R9 di sini di sini.
Amcam dah boleh buat pilihan tak? Antara Fattah Amin dan Lee Min Ho siapa yang korang akan pilih? Kalau Abang Nara, sudah tentu akan pilih Oppo R9s. Hehehe. Mana nak cari telefon pintar yang kamera depan belakang 15MP. Memang confirm lepas ini Abang Nara selfie akan jadi sehensem diorang berdua ini. Tak gitu? Maklumat lanjut layari http://oppomalaysia.com.my/R9s_LIVE/.
Sering memuat naik foto mesra bersama di Instagram, ada peminat yang menganggap pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti sedang hangat bercinta.
Walaubagaimanapun, Jep buat masa ini tidak pasti untuk menilaikan "persahabatan" antara mereka berdua kerana masing-masing tidak pernah mengisytiharkan apa-apa baik sebagai sahabat sahaja ataupun kekasih. Namun, Jep akui beliau merasa selesa berkawan dengan Sari Yanti.
Apabila saya berkawan dengannya (Sari Yanti), semua pihak tidak kira di sebelah dia atau saya mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan ini. Saya hanya mampu mengaminkan doa masing-masing.
Tetapi apabila ditanya mengenai status perhubungan kami, sukar untuk saya menjawabnya. Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya. Dalam hal ini, saya tidak tahu untuk meletakkan nilai persahabatan kami pada tahap yang mana.
Jep berharap agar kisah persahabantannya ini tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak memandangkan ia baru sahaja terjalin. Sebenarnya mereka berdua juga jarang berjumpa kerana komitmen kerja.
Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh pasti tidak kemana. Siapa tahu daripada persahabatan yang terjalin akan timbul pula bibit percintaan. Kita doakan yang terbaik buat Jep Sepahtu dan Sari Yanti, lagipun ramai yang sokong hubungan mereka berdua ini.
Lima tahun mendirikan rumah tangga bukanlan perkara yang mudah. Menerusi portal mStar Online, pelakon Wawa Zainal mendedahkan perkahwinan beliau dan Aeril Zafrel hampir musnah gara-gara seorang peminat fanatik yang mengakui Wawa sebagai kekasihnya.
Peminat itu menghantar mesej secara peribadi kepada Aeril di media sosial sehinggakan mereka suami isteri bergaduh besar.
Ada peminat yang hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku dia merupakan kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu. Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia boleh bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami.
Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya.
Walaubagaimanapun, berkat kesabaran mereka, Wawa meluahkan rasa syukur kerana beliau telah melepasi tempoh lima tahun perkahwinan yang penuh dengan ujian.
Kini tiada lagi rasa cemburu ataupun salah faham kerana mereka sudah semakin serasi dan percaya antara satu sama lain.
Alhamdulillah, lima tahun perkahwinan kami lalui agak sukar kerana tempoh itu adalah masa kami untuk membina keserasian dan kepercayaan antara satu sama lain.
Saya anggap fasa itu sudah lepas dan sekarang tiada lagi cemburu buta dan lebih faham. Bukan senang nak bina persefahaman itu, ia perlu ambil masa.
Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan dengan suaminya yang dikatan berantakan akibat sikap cemburu, Wawa memberitahu beliau lebih mengetahui sikap sebenar Aeril.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu sahaja berusia setahun.
Beberapa kali Nora Danish memberitahu beliau mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Nedim Nazri. Namun, sehingga hari ini masih belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara itu.
Berbicara kepada pihak media mengenai perkahwinannya, Nora memberitahu beliau tidak akan mengadakan sebuah majlis yang besar dan cukup sekadar akad nikah di rumah sahaja.
Insya-Allah, saya tidak mahu cakap bila (kahwin) kerana perkara ini sudah berkali-kali saya kata nak kahwin dan tidak juga jadi. Kalau kali ini jadi, saya tidak akan buat sebarang sidang media kerana tiada majlis besar-besaran. Cukuplah akad nikah sahaja secara kecil-kecilan yang berlangsung di rumah, tiada majlis pertunangan dan sebarang hantaran.
Dalam pada itu, Nora yang aktif dalam bidang fesyen dan mempunyai tudung dan jubah jenama beliau sendiri mengakui beliau ada terdetik didalam hati untuk menutup aurat.
Sejak saya menceburi bidang perniagaan tudung, jubah dan baju muslimah beberapa tahun lalu, sudah ada niat untuk ke arah itu (bertudung). Cuma saya tidak mahu menjadi antara orang yang tidak istiqamah iaitu pakai dan buka, perkara ini adalah sesuatu yang sangat sensitif. Insya-Allah saya akan berubah menjadi yang lebih baik.
Soal perkahwinan adalah benda yang baik, tak salah untuk Nora berkongsi berita gembira itu dengan peminat yang memang sudah ternanti-nanti bilakah agaknya Nora akan mendirikan rumah tangga. Mengenai niat Nora untuk menutup aurat pula, apa yang dikatakan Nora itu betul, beliau kena bersedia sepenuhnya untuk berhijab agar terus beristiqamah dan mengekalkan perubahan beliau ke akhir hayat.
ceghita ni dicatatkan pada tahun 2010 Sejak 11 tahun lepaih Chrissy Steltz telah hidup tanpa mempunyai muka Selepaih satu kemalangan dengan senapang patah telah merosakkan wajahnya dan jadi punc...
Isteri yang beragama Islam dibenaqkan kluaq dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suami kalau depa meghasakan diri depa diancam menurut Majlih Fatwa Perlih Fatwa ni dikeluaqkan sebagai bala...
KUCHING menteghi Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggai dunia di Pusat Jantung Hospitai Umum Sarawak di Kuchin kira kira jam 1 20 tengah hari ni Beliau dilapoqkan meninggai dunia akibat kompl...
MUMBAI Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Mumbai diletakkan dalam keadaan berhaga jaga selepaih menerima maklumat Interpol pasai bom dalam penerbangan ke kola Lumpoq malam Isnin l...
Hubungan cinta antara pelakon Izara Aishah dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Adib Khalid bukan lagi rahsia Malah pasangan ni cukup sensasi sekali dan mempunyai peminat yang agak ghamai Ada ur...
SUNGAI BULOH Cubaan dua lelaki menculik soghang pompuan yang jugak anak kepada pemilik kilang langsiaq di Sungai Buloh petang tadi gagai selepaih suspek di ligan sekumpulan oghang awam Dalam k...
Samsung melancaqkan AIO terpalin baghu depa hari ni menerusi sebuah video di YouTube Samsung All In One ialah sebuah AIO dengan soundbaq terbina Ia dilengkapi skrin 24 HD Penuh pemproses 2 4...
Xiaomi Mi Mix yang dilancaqkan Oktober lepaih adalah peranti dengan peratusan permukaan skrin terbesaq ialah sekitaq 91 3 peratus ni dilaku dengan menggunakan bezel yang nipih membuang bahagian...
Dengan populariti realiti maya kita sedia tengok pengenalan alat kawalan untuknya termasuk berbentuk senapang dan sebagainya Selain daripada untuk kawalan tangan Cerevo pada CES 2017 turut mem...
YAHOO mengumumkan syarikat tu akan dikenali sebagai Altaba Inc dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Marissa Mayer akan berundoq daripada barisan lembaga pengarah selepaih memeterai perjanjian dengan Ver...
kalau terdapat Cloud Storage sebenaq yang hampa semua boleh membawa secara jasad dengan hampa semua tang mana mana hampa semua nak dah tentu semua oghang mahukan tu kalau ia mempunyai akses kepad...
Serin memuat naik gambaq mesra bersama di Instagram ada peminat yang menganggap pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti sedang hangat bercinta Walaubagaimanapun Jep buat masa ni tak konfem ...
Lima tahun mendirikan rumah tangga bukanlan perkara yang mudah Menerusi portai mStaq Online pelakon Wawa Zainal mendedahkan pernikahan beliau dan Aeril Zafrel lebih kughang musnah gara gara sogh...
2017 ialah tahun ayam jantan dalam bahasa omputihnya ialah Rooster yang akan bermula dari 28 Januari sehinggalah 15 Februari 2018 Apakah tu tahun ayam jantan Ayam jantan ialah menatang kesepul...
Beberapa kali Nora Danish habaq beliau mempunyai rancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama buah hatinya Nedim Nazri Namun sehingga hari ni masih dok belum ada sebarang perkembangan lanjut...
Lee Min Ho ke Fattah Amin Lee Min Ho ke Fattah Amin Lee Min Ho ke Fattah Amin Fuh Cukup mencabaq persoalan ni Memang payah nak buat keputusan kalau disuruh pilh salah soghang di antara kedu...
Nora Danish la nih menonjolkan bakat nyanyiannya dan jengoi dengan single duet bertajuk ni Lagi Boom bersama penyanyi rap femes Waris Lagu hat sama dok habaq tadi membawa genre Hip Hop Reggae ya...
Aiman Tino yang mencipta nama menerusi lagu Ku Rela Dibenci mengakui tergempaq apabila dirinya ghamai dok kata anak luaq nikah idolanya Herman Tino sedangkan selama ni dia takdak masalah mengguna...
awat aku masih dok tak laku laku jelez tengok memba memba lain sedang gembira dan dok berceghita tentang pasai kerenah pasangan masing masin Aku Hidup soghang diri saja Pastinya hampa yang m...
Ladang nyoq di Kampung Kerpai kola Rompin seluas 404 hektaq dijangka mampu mengeluaqkan hasil sebanyak 6 juta biji bagi tahun 2017 Ladang yang dibangunkan pada 2009 tu merupakan ladang nyoq pali...
Penyerang skuad Harimau Kumbang Mohd Faiz Subri menjadi terkenai sekelip mata selepaih buat satu jaringan palin unik dalam sejarah masa perlawanan bola sepak Liga Super 2016 Sepakan hat sama do...
sapadia yang tak ingin ke Mekah dan menjadi tetamu di rumah Allah konfem semua ingin ke sana dan buat ibadah haji atau pun umrah Kalau dah ke sana konfem akan ghasa meghoyan dan nak pergi lagi ...
soghang pemuda Mohd Faizol Lokman 30 tak menyangka video rakaman kakaknya Khaizuraini 35 masa depa berdua menunggang mutusikai meredah banjiaq tersebaq luas di laman so sial mencatat lebih 5 ...
No comments:
Post a Comment