KedahLanie.info Posted: 10 Jan 2017 10:09 AM PST Naib Presiden AMANAH ziarah keluarga Tuan Ibrahim di Kg Batu Malai, Jerantut Posted: 10 Jan 2017 01:39 AM PST 
JERANTUT: Naib Presiden AMANAH, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus bersama isteri, Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir telah mengadakan ziarah ke rumah ayahanda Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pada jam 10.15 pagi 9 Januari 2017 lalu di Kg Batu Balai, Jerantut, Pahang. Mereka disambut oleh Tuan Ibrahim. Ayandanya, Tuan Man Tuan Mat telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 tengahari, 8 Januari 2016 lalu akibat sakit tua. Turut bersama dalam ziarah itu ialah AJK AMANAH Pahang, Hj Nazarudin Zulkifli, Suriya Prumal, Ketua AMANAH Kawasan Kuala Krau, Hj Abdullah dan Setiausaha AMANAH Kawasan Jerantut, Sidik Mohd Noor. Walaupun berlainan parti, ukhwah sesama insan tetap dijaga. Amanahdaily difahamkan, mereka saling bertanya khabar dan berbual dalam keadaan penuh mesra dalam pertemuan singkat berkenaan mengucapkan salam takziah kepada Tuan Ibrahim atas pemergian ayahandanya yang tercinta, Ahad lalu. | Fitnah siang hari terhadap Raja Bahrin kononnya “leka bersantai di Kota Raya London” Posted: 09 Jan 2017 09:41 PM PST 
Sebuah portal berita internet, MyNewsHub telah mengeluarkan satu laporan berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mendakwa beliau "leka bersantai di Kota Raya London". Sambil membawa anak dan isterinya, Noryn Aziz, bercuti mewah di ibu kota United Kingdom itu, beliau kononnya masih boleh senyum ceria ketika ribuan penduduk di kawasannya sendiri berduka di pusat penempatan sementara". Namun dakwaan ini ternyata merupakan satu fitnah yang besar kerana Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu telah turun padang membantu mangsa banjir sejak awal tahun baru lagi, segala perkembangan aktiviti beliau turut dimuatkan di dalam akaun media sosial milik beliau.     
Raja Bahrin telah memulakan lawatan seawal 1 Januari lagi iaitu melawat sekolah yang terlibat banjir di sekitar Kuala Terengganu, disusuli dengan lawatan ke pusat perpindahan mangsa banjir di Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu. Ahli Parlimen AMANAH itu juga meneruskan aktiviti lawatan dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di dewan sivik Paka , Dungun pada 5 Januari dan turut melawat ke tempat perpindahan banjir di Kampung Durian Mentagau pada hari yang sama. Pada 6 Januari, Raja Bahrin meneruskan lawatan ke Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu bagi menziarah dan memberi bantuan kepada mangsa banjir kawasan tersebut, diikuti pemberian bantuan banjir ke Kampung Pengkalan Merbau, Sungai Tong. Beliau turut menyampaikan bantuan banjir di Kampung Banggol Setar pada tarikh yang sama, disusuli lawatan dan pemberian bantuan mangsa banjir ke Kampung Batu 13, Hulu Besut. Pada 7 Januari 2017, Pengerusi Amanah Negeri Terengganu itu turut mengadakan lawatan dan turun sendiri memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Tasek, Bukit Payung, Marang. Bermula awal tahun 2017 sehingga tarikh artikel ini dikeluarkan, Raja Bahrin BERADA DI MALAYSIA semasa banjir berlaku dan melawat dan memberi bantuan kepada mangsa Banjir di 6 Daerah terlibat banjir di seluruh Negeri Terengganu. Sebarang dakwaan dan tuduhan yang mendakwa beliau bercuti mewah dan mengabaikan mangsa banjir merupakan satu fitnah jahat untuk merosakkan reputasi beliau sebagai seorang wakil rakyat. Artikel yang telah disebar luas di media media sosial dan aplikasi komunikasi WhatApps sedikit sebanyak telah mencemarkan nama beliau dan portal terbabit wajar untuk membetulkan kembali tuduhan mereka serta mengeluarkan kenyataan permohonan maaf terhadap fitnah yang dikeluarkan. >> Komentar bebas penulis politik Muammar Qhadafi I 10 Januari 2017 | AMANAH tidak pernah tolak, tetapi RUU355 perlu dibahas di Parlimen terlebih dahulu Posted: 09 Jan 2017 09:36 PM PST 
KUALA LUMPUR: Parti AMANAH tidak pernah menolak atau menentang usaha-usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini, malah untuk itu AMANAH telah memberikan pandangan dan cadangan pindaan yang konstruktif berkaitan usul persendirian RUU355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan kepada Amanahdaily.com Katanya, satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada sesi belanjawan tahun lepas. “Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata,” ujar beliau. Salahuddin berkata, pendirian serta cadangan AMANAH berhubung usul RUU355 akan diberikan di Parlimen apabila usul ini diterima untuk dibahaskan pada mana-mana sesi parlimen akan datang. AMANAH tegasnya, berpandangan Parlimen adalah pentas yang paling sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan. Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengumumkan bahawa parti Islam itu bakal menganjurkan Himpunan 355 pada 18 Februari ini sebagai solidariti sokongan terhadap usaha pindaan tersebut. Selain itu, Pas juga mengesahkan akan menghantar undangan khas kepada semua parti politik termasuk Amanah dan DAP bagi mengajak pihak berkenaan turut sama menyertai himpunan itu. Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenai jemputan khas berkenaan, Salahuddin berkata, pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan sehingga menerima undangan tersebut secara rasmi. “Kita (AMANAH) masih tunggu dulu hitam putih dari Pas dan lepas itu baru kita akan buat keputusan sama ada untuk hadir atau pun tidak,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, jemputan akan dihantar kepada semua pihak, termasuk kepada seterusnya AMANAH dan DAP. “Kita jemput semua,” katanya ketika ditanya wartawan selepas sidang media. Beliau berkata proses jemputan akan dibuat seminggu dari sekarang, namun terpulang kepada mereka sama ada untuk menyertainya atau tidak. | Jubah saja cantik tapi hati busuk, selar bekas pimpinan Pas Posted: 09 Jan 2017 06:45 PM PST  Saifudin Nasution mengangkat sumpah sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang
Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat tidak disenangi pihak Pas. Portal rasmi parti itu, Harakahdaily kelmarin menyiarkan artikel bertajuk "Saifuddin 'penimbang tara' kepentingan DAP?" dengan antara lain mendakwa jawatan tersebut bermotif kepartian bukan demi kepentingan rakyat. Memulakan artikel sebanyak 16 perenggan itu dengan terjemahan Surah Al-Imran, penulis Izwan Abdul Halim menuduh pelantikan tersebut sebagai "dedak yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat." Mengulas artikel yang dilihat membenci DAP itu, bekas Exco Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff yang menjadi ahli DAP sejak Jun 2015 menyifatkan pandangan tersebut "sudah seperti tulisan Awang Selamat di Utusan (Malaysia) yang penuh dengan syak wasangka, prasangka buruk dan busuk." "Dalam ramai-ramai yang mengucapkan tahniah, ada juga yang mengutuk, mengata, mempersoal dan yang paling syahdu ialah HarakahDaily melalui wartawan kurang sukunya Izwan Abdul Halim," bidasnya. Beliau turut menganggap Pas cenderung bersikap menghukum terhadap sebarang perkara yang bukan berkaitan dengannya sebaliknya menghalalkan apa sahaja yang diperoleh. "Dasar busuk hati lebai. Bila orang lain dapat semua tak kena. Bila orang lain buat semua tidak halal tapi jika mereka dapat, mereka buat, yang tidak halal akan jadi halal hanya kerana mereka lebai dan pandai memutarbelit ayat suci dan hadith," ujarnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini. Zulhazmi selanjutnya berhujah dengan mempersoalkan pelbagai jawatan yang dinikmati Pas di Selangor selain pernah diperolehi di Pulau Pinang serta dalam pertubuhan tertentu yang berkaitan dengan kerajaan Umno-BN. "Di Selangor, mereka diberikan jawatan penting di GLC dengan gaji puluhan ribu. Mereka dilantik menjadi Ahli Majlis. Di Pulau Pinang dulunya ketika mereka hanya satu kerusi pun mereka diberikan pelbagai jawatan. Paling seronoknya dalam keadaan mereka pembangkang, mereka dapat jawatan dalam NGO atau agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan pimpinan Umno Najib. "Tak rasa ka Umno bagi jawatan tu sebagai 'dedak'? Tak rasa ka Azmin bagi jawatan dan kekalkan jawatan diGLC Selangor itu juga sebagai "dedak". Waaaaaa kami tak apa la sebab dasar kami Islam. DAP buat baik pun masuk neraka sebab dasar tidak Islam. Dengki, busuk hati. Jubah saja cantik tapi hati busuk," bidasnya lagi. Dalam hal berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline terhadap penyiaran artikel itu mendapati rata-rata netizen turut mengkritik sikap pimpinan Pas pada masa ini yang dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Antaranya, Abdul Rahman Hashim yang menganggap pelbagai muslihat strategi pimpinan Pas sejak tujuh tahun lalu kini telah terdedah. "Segala 'tembelang' busuknya strategi yang dimainkan oleh HH (Haji Hadi) dan konco-konconya sejak 2009 lagi telah terbongkar dan sampai sekarang tidak berani bersemuka dengan G18 mahupun menafikannya secara terbuka berdebat/wacana. "Dengan sedikit habuan dunia dengan berbekalkan falasafah 'walak' yang ditanam kepada penyokong Pas ... memudahkan Dr Zuhdi memainkan peranan untuk mengucar-kacirkan Pakatan Pembangkang (PR) yang dibina semasa era TGNA (Tuan Guru Nik Aziz)," ujarnya. Sementara itu, Mohd Rahim pula menulis, "Allah hukum Abdul Hadi Awang kerana engkar arahan Rasul-Nya. Manusia bernama Abdul Hadi Awang dah celaka negeri Kelantan & Terengganu." Pemerhatian Malaysia Dateline juga mendapati Harakahdaily tidak melaporkan sebarang berita berkaitan pelantikan Saifuddin bagi jawatan berkenaan. | AHLI PARLIMEN yang akan undi RUU355, bila nak panggil beri penerangan..? Posted: 09 Jan 2017 06:42 PM PST  Dr Siti Mariah Mahmud pernah mempengerusikan jawatankuasa RUU355 yang ditubuhkan Amanah bagi mencadangkan langkah-langkah memperkasakan Mahkamah Syariah
Pas seharusnya terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) kepada ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak bagi meyakinkan mereka. Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ini kerana ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi apabila RUU355 dibentangkan di parlimen, bukan 300, 000 peserta yang hadir ke perhimpunan anjuran Pas. Justeru katanya, parlimen ialah tempat paling sesuai untuk membahaskan RUU355. "Ahli parlimen bukan Islam dan ahli parlimen Islam dari Sabah dan Sarawak perlu dijelaskan mengenai RUU355. "Ahli parlimen yang akan mengambil bahagian dalam undi belah bahagi bila dibentangkan di parlimen nanti, bukan 300,000 peserta himpunan nanti," katanya kepada Malaysia Dateline. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pas menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang dinamakan Perhimpunan Akta 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan. Ia bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355. Pas menyasarkan kehadiran 300,000 orang dalam acara lapan jam bermula 3 petang yang disokong beberapa NGO Islam itu. Menurut Siti Mariah yang juga ahli parlimen Kota Raja, Pas seharusnya memberi penjelasan dari dahulu lagi kepada pihak-pihak yang menentang seperti MCA, Gerakan, dan NGO-NGO lain. "Bagi saya himpunan ini hanya gimik politik Pas. Sepatutnya penjelasan dan dialog dibuat dengan pihak-pihak yang menentang RUU355 seperti MCA, Gerakan dan NGO-NGO lain," katanya. RUU355 akan dibincangkan dalam sesi parlimen depan setelah mendapat laluan daripada kerajaan di parlimen. Usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) itu bertujuan menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali. Siti Mariah telah mengemukakan satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah pada sesi belanjawan tahun lepas. Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin mulia menolak usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1)(h). Peraturan itu menyebut, sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah atau hendak mendapat jawapan dalam perkara yang dimisalkan. Sebelum ini Amanah menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan mengenai Akta 355 yang dipengerusikan oleh Siti Mariah. MalaysiaDateline > http://malaysiadateline.com | Jangan salahkan pejabat zakat dalam isu kemiskinan, seru Amanah Posted: 09 Jan 2017 06:36 PM PST
 Leman menguruskan ratusan pemohon bantuan kemiskinan di Pejabat Amanah Sik baru-baru ini.
Aktif dalam misi turun padang membantu masyarakat miskin tegar di Parlimen Sik, Amanah kawasan berkenaan menyeru orang ramai supaya tidak menyalahkan sepenuhnya pejabat zakat dalam isu membasmi kemiskinan. Ketuanya, Sulaiman Ibrahim berkata, pejabat zakat bukanlah satu badan di bawah pengaruh mana-mana parti politik termasuk Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Sebaliknya, beliau yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan itu menegaskan pejabat zakat mempunyai kuasa penuh dalam menguruskan kewangan yang disalurkan terus dari pembayar zakat. "Amanah Kawasan Sik memuji pengurusan Pejabat Zakat Cawangan Sik yang bertindak cekap dan pantas dalam menguruskan hal ehwal rakyat miskin dan golongan yang kurang berkemampuan. "Selama setahun lebih Amanah Sik ditubuhkan disini, pejabat zakat di Sik dan Amanah Kawasan Sik bekerjasama dengan baik bagi memastikan semua pihak yang tidak berkemampuan dibantu," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya pejabat zakat gagal menangani kemiskinan, beliau berkata, tanggapan tersebut tidak benar kerana kepincangan urus tadbir yang baik adalah punca sebenar kemiskinan rakyat. "Punca kemiskinan bukan masalah dari pihak zakat tetapi berpunca dari pemerintahan yang korup, tidak amanah, menyeleweng wang rakyat dan mengurustadbir ekonomi negara dengan tidak teratur. "0.002% punca kemiskinan juga adalah berpunca dari faktor masyarakat itu sendiri kerana terlibat dalam gejala negatif terutamanya suami sebagai ketua keluarga itu terlibat dalam pengambilan dadah," jelasnya. Sehubungan itu, Leman mendesak kerajaan yang memerintah supaya bertindak memperbaiki ekonomi masyarakat bawahan dengan meningkatkan hasil pendapatan mereka melalui pertanian dan perindustrian rakyat melalui mekanisme yang tersusun. "Amanah Kawasan Sik juga memuji Pejabat Zakat Cawangan Sik yang bertindak pantas dan cekap dalam menguruskan wang zakat yang disalurkan cuma harus mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. "Pejabat Zakat Cawangan Sik juga sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada Amanah Sik seandainya ada aduan aduan yang melibatkan rakyat miskin di sini," tambahnya lagi. Dalam hal berkaitan, Pejabat Zakat Cawangan Sik pada Ogos tahun lalu meluluskan permohonan Bantuan Awal Institut Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM 1,500 kepada Noor Hidayah Abdullah, 20. Kisah kemiskinan beliau yang ketika itu bakal penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp. Pengurus Pejabat Zakat Cawangan Sik, Mohd Khairul Nizam Abd Aziz dilapor berkata, Bantuan Awal IPT yang disediakan adalah dari peringkat sijil, diploma, ijazah, ijazah sarjana muda dan ijazah kedoktoran. Menurutnya lagi, orang ramai boleh mengakses borang permohonan dari laman web di www.zakatkedah.com dengan setiap permohonan yang cukup syarat akan menerima bantuan. | Apa signifikan Mohd Faiz Subri menang Anugerah Puskas FIFA? Posted: 09 Jan 2017 06:08 PM PST Kemenangan Mohd Faiz Subri untuk Anugerah Puskas FIFA adalah sesuatu yang amat membanggakan kita seluruh Malaysia. Bukannya mudah untuk seorang pemain bola sepak Malaysia mendapat anugerah sebegitu di pentas dunia. Kita bangga! Tapi harus juga kita ingat bahawa kemenangan Mohd Faiz mengalahkan dua lagi calon ialah kerana kelebihan undi dari kita rakyat Malaysia dan peminat-peminat bola sepak dunia. Undi kepada Faiz adalah penentu kemenangan beliau. Sejak diumumkan dicalonkan untuk anugerah tersebut, pelbagai pihak berkempen agar kita semua mengundi jaringan Faiz. Alhamdulillah dengan kempen-kempen itu, Mohd Faiz berjaya mengatasi dua calon lain. Begitu juga jika dalam Pilihanraya Umum ke-14 akan datang. Majoriti kita rakyat Malaysia amat tertekan dengan situasi ekonomi negara. Kenaikan kos sara hidup tidak menampakkan niat hendak turun, ditambah dengan tindakan kerajaan pimpinan Malaysia Official 1 menaikkan harga minyak, penangkapan beberapa penjawat awam atas isu rasuah dan salahguna kuasa, persaraan awal penjawat awam yang kecewa, nilai matawang tidak stabil dan lain-lain amat membimbangkan. Tanggungjawab semua ini terletak pada MO1 dan Jemaah Menteri bersamanya. Semua tahu. Dunia tahu apa yang mereka lakukan. Sekarang tugas kita bersama untuk pastikan MO1 dan partinya diturunkan dalam PRU14 nanti demi Malaysia. Jika kita boleh menggerakkan rakyat untuk mengundi Mohd Faiz Subri di peringkat antarabangsa, kenapa tidak untuk kita menggerakkan undi menurunkan MO1 dan partinya nanti. Kemenangan Mohd Faiz membuktikan kesepakatan, kesatuan dan kesungguhan akan menatijahkan kejayaan. Ayuh, terus berjuang. Turunkan MO1 dan partinya dalam PRU14 nanti! Zulhazmi Shariff 10012017 Depan IPD Dang Wangi Kuala Lumpur *** tengah boring tunggu client ni... | RAMALAN ANDA.. KE MANA NAJIB BERCUTI HUJUNG TAHUN 2017 NANTI..? Posted: 09 Jan 2017 06:03 PM PST KE MANA NAJIB BERCUTI HUJUNG TAHUN INI? Shahbudin Husin, Selepas Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang telah mengambil tindakan dan melakukan penyiasatan berhubung skandal 1MDB, kini Australia dilaporkan menjadi negara keempat yang turut mengambil langkah yang sama. Menurut laporan The Australian, Polis Persekutuan Australia sedang menyiasat kemungkinan dana 1MDB yang diselewengkan itu mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia serta sama ada ia melibatkan perlanggaran undang-undang di negara tersebut. Apa yang menarik, laporan mengenai langkah Australia itu hanya muncul seminggu selepas Najib Razak dan keluarganya kembali daripada bercuti hujung tahun di negara tersebut. Jika kita perhatikan, sejak terdedahnya skandal 1MDB dan beberapa negara kemudian diketahui mengambil tindakan berhubung kegiatan penipuan dan penggubahan wang haram berkaitan syarikat pelaburan itu, Najib didapati tidak lagi "berminat" pergi ke negara-negara tersebut. Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura adalah negara-negara yang sudah tidak lagi dikunjungi Najib dan keluarganya, baik secara rasmi, bercuti mahu pun untuk membeli-belah sejak timbulnya isu 1MDB. Maka, tidak mengejutkan jika Australia akan menjadi negara terbaru yang akan "dipulaukan" Najib selepas negara itu dilaporkan turut menyiasat 1MDB. Lalu, ke mana lagi Najib mahu bercuti? Mungkinkah ke China atau Kazashtan saja? Tidak memeranjatkan kita jika Najib hanya memilih untuk bercuti di dalam negara saja pada hujung tahun nanti. 1MDB akhirnya membuatkan dunia ini semakin mengecil buat Najib. (SH 10/01/2017). | Bolehkah Pakatan Harapan tewaskan BN tanpa Pas? Posted: 09 Jan 2017 03:41 PM PST Sinar Harian  Pilihanraya - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Penganalisis Politik, Md Shukri Shuib menyifatkan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang mendakwa Pakatan Harapan mampu tumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang walaupun tanpa Pas sebagai ‘bermimpi di siang hari’. Menurutnya, mungkin pada realitinya DAP di bawah Pakatan Harapan memang mendapat sokongan majoriti di bahagian bandar namun tidak di kawasan luar bandar. “Di kawasan campuran dan luar bandar, parti tersebut memerlukan sokongan Pas untuk menang lebih-lebih lagi dengan 25 peratus undian penyokongnya. “Oleh itu, jika tiada Pas di dalam Pakatan Harapan sebelum ini, pastinya parti itu sukar untuk pihak pembangkang memenangi kerusi,” katanya ketika dihubungi Sinar Online. Sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata kepada media tempatan bahawa Pakatan Harapan mampu menewaskan BN pada PRU14 walau tanpa Pas memandangkan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu membawa undi yang mencukupi untuk mengalahkan BN. Selain itu, beliau juga mendakwa bahawa perpecahan pemimpin Melayu merupakan sebab utama perpecahan undi. “Dalam konteks kini menyaksikan survival untuk memilih sebuah kerajaan yang kukuh pada PRU14 nanti maka perpecahan pemimpin sendiri menjadi sebab utama perpecahan undi di kalangan orang melayu. “Disebabkan itulah orang Melayu sendiri harus bijak membuat pilihan supaya tidak memilih pemimpin yang tidak mesra Melayu dan akhirnya diri sendiri yang rugi,” tambahnya lagi. Sementara itu, beliau juga turut menyatakan bahawa BN boleh menggunakan situasi ini untuk mengukuhkan lagi parti mereka. “Gunakan peluang yang ada ini untuk mengukuhkan parti untuk memenangi PRU14 nanti, lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu yang timbul di antara parti pembangkang,” katanya lagi. | Jaringan "langgar hukum fizik" dari Faiz Subri menawan dunia Posted: 09 Jan 2017 03:38 PM PST 
KEJAYAAN Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 menjadi penanda aras baharu dalam arena bola sepak tanah air untuk mencapai kecemerlangan di persada antarabangsa. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi Bernama, berkata kejayaan itu membuatkan lebih ramai pemain lain akan berusaha untuk mencapai kejayaan di pentas bola sepak dunia. "Kejayaan ini bukan sahaja buat dirinya namun ia penting bagi pemain lain meletakkan sasaran pencapaian peribadi mereka dalam bola sepak. Saya percaya sedikit sebanyak, ia akan memberi kesan positif kepada pemain lain," katanya. Beliau berkata pengiktirafan terhadap jaringan penyerang Pulau Pinang itu sebagai gol tercantik di dunia sepanjang 2016 oleh FIFA di majlis anugerah berkenaan di Zurich, Switzerland pada Isnin, ternyata sesuatu yang luar biasa dalam arena bola sepak Malaysia, sekali gus mengharumkan nama negara. Pencapaian Mohd Faiz itu membuktikan pemain tempatan adalah setanding dan boleh 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan pemain handalan dunia. Bagaimanapun, bakat pemain tempatan masih perlu diasah bagi melahirkan pemain kelas dunia pula, kata Hamidin. Pada awalnya, beliau berkata sama ada Mohd Faiz berjaya atau tidak meraih anugerah tersebut bukan persoalan utama kerana namanya yang disenarai pendek dalam pencalonan tiga jaringan tercantik di dunia pun sudah cukup membanggakan peminat tanah air. Dua lagi calon ialah Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela. "Tahniah saya ucapkan kepada Mohd Faiz daripada pihak FAM dan peminat bola sepak negara. Kemenangannya membuatkan seluruh dunia membuka mata dan mengangkat nama Malaysia di persada dunia," katanya. Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada perlawanan Liga Super, 16 Feb tahun lepas. Sepakan melencong masuk ke gawang lawan itu membolehkan beliau bersaing dengan sembilan pemain lain pada peringkat awal, termasuk Lionel Messi dari Argentina dan Neymar dari Brazil untuk anugerah itu. Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966. Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun itu dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. - Bernama
| NST akui siar kenyataan tak berasas berkaitan Anwar Posted: 09 Jan 2017 03:33 PM PST Peguam Ranjit Singh Mahinder Singh memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataannya dalam dua artikel di New Straits Times (NST) beberapa tahun lalu. NST pula mengakui artikel itu tidak berasas, sedia menyiarkan permohonan maaf Ranjit serta akan membayar RM60,000 kepada Anwar. Tulisan-tulisan itu dikatakan mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan kegiatan pengubahan wang haram. Defendan-defendan juga memohon maaf kepada mendiang pemimpin DAP Karpal Singh yang didakwa menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim-hakim. Pasukan Ranjit diketuai beliau sendiri dan dianggotai oleh Tan Guat Cheng dan Kenail Singh. NST pula diwakili oleh M Reza Hassan, Ellia Zuraina Mat Zin dan Umni Farhana Mohd Nasir. Diketuai Sangeet Kaur Deo, pasukan Anwar pula dianggotai Ramkarpal Singh dan Yusmadi Yusof. Persetujuan direkodkan di hadapan Hakim Rosilah Yop. Sebelum itu berlangsung rundingan dua jam dalam kamar antara kedua-dua pihak. Ogos lalu, Anwar memfailkan saman RM70 juta terhadap Ranjit, NST dan dua pemberitanya susulan artikel pada 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014. | |
beautifulnara Posted: 10 Jan 2017 02:26 AM PST Nama Digunakan Tanpa Kebenaran : Amar Baharin Amyra Rosli Bakal Ambil Tindakan Posted: 09 Jan 2017 09:33 PM PST Populariti pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli tidak boleh disangkal lagi, mereka sering mencuri tumpuan peminat. Sejak mendirikan rumah tangga, mereka semakin "digilai" dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.  Disebabkan populariti yang mereka kecapi, ada pihak dengan sewenang-wenangnya menggunakan nama Amar dan Amyra tanpa kebenaran untuk penganjuran sebuah pertandingan di laman sosial Facebook yang menjanjikan hadiah lumayan seperti iPhone. Tidak mahu orang ramai terus keliru, Amar dan Amyra memberitahu mereka berdua sama sekali tidak terlibat dengan pertandingan tersebut dan pihak berkenaan hanya menggunakan nama serta wajah mereka demi menarik perhatian ramai.  Keadaan begini telah pun berulang banyak kali. Tambahan pula membabitkan penganjuran majlis di lokasi-lokasi tertentu. Pihak tidakbertanggungjawab itu turut menggunakan wajah kami sebagai 'pelaris. Saya pernah tegur secara baik kepada mereka. Kita maklum tentang bisnes dan strategi pemasaran mereka tapi tidak eloklah menggunakan cara sebegitu. Lagipun kita sebagai masyarakat Melayu ini ada adab dan cara tersendiri terutama dalam bab menegur orang lain yang baru dikenal. Paling tidak pun, saya akan berdiam diri membiarkan saja tindakan pihak tersebut walaupun secara terang-terangannya itu memang salah. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin pula menjadi-jadi. Itu yang buat saya tidak boleh duduk diam itu. Saya perlu melakukan sesuatu.  Amar memberitahu mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu sebagai pengajaran agar perkara itu tidak berulang lagi di masa hadapan. Dengan cara tindakan sebegini, saya dapat memastikan kejadian yang sama tidak lagi berulang. Bukan marah tetapi kecewa. Sudah banyak kali kami kena berdepan dengan hal macam ini, berulang kali. Harap-harap selepas ini tidak lagi berlaku. Tolong faham, ini juga membabitkan periuk nasi kami suami isteri.  Bersabarlah Amar dan Amyra, ini adalah salah satu dugaan bila sudah popular tetapi ia tidak bermaksud perkara seperti ini harus dipandang ringan. Kalau terjadi penipuan dan sebagainya, nama Amar dan Amyra turut terkena tempiasnya. Sumber Berita : Utusan Online | (20 FOTO) Majlis Sambutan Hari Lahir Datuk Siti Nurhaliza Posted: 09 Jan 2017 08:40 PM PST Tanggal 11 Januari esok merupakan tarikh hari lahir penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Walaubagaimanapun, Siti Nurhaliza telah diraikan dalam satu majlis yang cukup meriah sekali pada 8 Januari lepas bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 38.  Siti Nurhaliza hadir bersama suami tercinta, Datuk Khalid di The View, G Tower Hotel, Kuala Lumpur bagi memeriahkan majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh keluarga serta teman rapat. Beberapa rakan artis seperti Johan Raja Lawak dan isteri, Aaron Aziz, Izara Aishah, Nazim Othman, Farahdhiya, Fasha Sandha dan ramai lagi dilihat hadir pada majlis tersebut.  Kami di BeautifulNara mengucapkan selamat hari lahir buat Datuk Siti Nurhaliza dan semoga terus dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta dilimpahi dengan kebahagiaan. Berikut kami sertakan beberapa foto sekitar majlis sambutan hari lahir Datuk Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : kaki5photo  | Nora Danish Mahu Cuba Nasib Menjadi Penyanyi Posted: 09 Jan 2017 08:07 PM PST Sepuluh tahun menceburi bidang lakonan, kini Nora Danish mahu mencuba nasib bergelar penyanyi apabila berkolaborasi bersama penyanyi rap terkenal Waris menerusi lagu Ini Lagi Boom kerjasama antara dua syarikat muzik tempatan iaitu KRU dan Mixology Music.  Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim mereka kali ini memberikan sedikit kelainan apabila menampilkan seorang pelakon yang tidak pernah menyanyi dengan seorang lagi penyanyi profesional. Dengan kerjasama ini, Norman harap ia dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia. Amalan ini biasa dilakukan di negara barat dan kolaborasi secara perkongsian di antara syarikat rakaman tempatan memang wajar untuk memberikan kepelbagaian kepada peminat industri muzik tempatan. Kami berharap kerjasama seperti ini dapat memeriahkan lagi industri muzik Malaysia yang kini makin progresif.  Sementara itu, DJ Fuzz selaku peneraju Mixology Music berkata, lagu yang dihasilkan oleh beliau, Waris dan Aziquebeats itu menepati cita rasa penggemar muzik tempatan. Pastinya peminat Nora tidak sabar menantikan buah tangan sulungnya sebagai penyanyi. Waris juga tampil berbeza menerusi lagu ini kerana beliau bukan sekadar menyanyi rap. Saya berharap kolaborasi ini mendapat sambutan menggalakkan.  Tak sabar pula kami ingin mendengar lagu berkenaan, siapa tahu mungkin Nora Danish sesuai untuk menjadi penyanyi? Mesti sedap suara Nora kan..Hehe.. Sumber Berita : BH ONLINE | Bergelar Pelakon Dan Pengacara : Mira Filzah Dituduh Terlalu Tamak Posted: 09 Jan 2017 07:29 PM PST Mula menceburi dunia hiburan sebagai pelakon, populariti Mira Filzah membuka peluang untuk beliau bergelar pengacara pula. Meskipun ia langkah yang agak baik untuk mengukuhkan lagi nama dalam industri hiburan tanah air buat Mira, tetapi ada pula sesetengah pihak tidak berpuas hati dan mendakwa Mira terlalu tamak.  Namun, Mira memberitahu beliau tidak bersifat sebegitu tetapi hanya merebut peluang yang datang. Saya bukan tamak cuma apabila mendapat peluang tersebut, saya cukup gembira. Mengacara adalah impian saya. Dahulu setiap kali cuti semester saya akan menyertai pertandingan pencarian bakat. Namun selalunya tidak berjaya. Ketika itu saya anggap belum tiba masanya lagi. Tapi Alhamdulillah… sekarang saya mendapat peluang yang sememangnya tidak disangka-sangka.  Jujur, siapa yang tidak kenal dengan nama Mira Filzah bukan? Beliau mempunyai jumlah peminat yang agak ramai juga diluar sana. Ramai juga yang tertanya bila agaknya Mira akan beraksi di layar perak. Walaubagaimanapun, Mira akui beliau belum bersedia dan merasa yakin untuk berlakon dalam mana-mana filem. Tahun lepas saya mendapat beberapa tawaran berlakon filem, cuma saya belum bersedia. Tidak yakin dengan kemampuan diri. Saya akan kutip pengalaman dan belajar lagi supaya lebih yakin. Kalau nak kata saya terlalu selesa berada pada tahap sekarang, mungkin jawapannya tidak.  Peluang tidak datang dua kali dan adalah langkah yang baik untuk Mira merebut apa sahaja tawaran yang ada. Pedulikan apa orang kata, mereka cuma cemburu melihat kejayaan orang lain. Sumber Berita : Utusan Online | Anzalna Nasir Menangis Terharu, Suami Sambut Hari Lahirnya Di Paris Posted: 09 Jan 2017 06:33 PM PST Pelakon Anzalna Nasir menangis terharu apabila suaminya Hanif Zaki memberikan hadiah paling bermakna buat dirinya apabila menyambut hari kelahiran beliau yang ke 29 pada 9 Januari semalam di Paris.  Anzalna berkongsi detik paling indah dalam hidupnya itu menerusi akaun Instagramnya. Menerusi kapsyen yang ditulis, beliau meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan yang beliau rasai. Its 12am in Paris and its my birthday! Dreams do come true.. Celebrating my birthday at one of the greatest city in the world Paris, France. @hanif_zaki u made me cry. Tears of happiness. Alhamdulillah. #9thJan.  Peminat Anzalna yang melihat betapa gembira dan terharunya Anzalna mendoakan agar rumah tangga beliau kekal sehingga ke akhir hayat dan rasa cinta Anzalna dan Hanif semakin bertambah setiap hari. Wah, beruntung Anzalna mempunyai seorang suami yang romantis dan menghargai isterinya.  Untuk pengetahuan anda, Anzalna dan Hanif bercinta hampir 10 tahun lamanya dan Anzalna merupakan seorang wanita yang sering menyokong Hanif daripada belakang sejak dari zaman susah sehingga kini. | (13 FOTO) Sekitar Majlis Baby Shower Adira Yang Dianjurkan Khas Oleh Peminat Posted: 09 Jan 2017 06:14 PM PST Bakal bersalin anak sulungya bersama suami, Datuk Red sekitar bulan Mac depan, penyanyi Adira dikejutkan oleh kelab peminatnya apabila mereka menganjurkan majlis baby shower khas buat Adira pada petang Ahad minggu lalu, di Hotel Royal, Kuala Lumpur.  Apa yang membuatkan Adira lebih terharu sehingga menitiskan air mata ialah ketika suaminya Datuk Red hadir membuat kejutan dan turut berduet bersamanya menyanyikan lagu Ombak Rindu. Perasaan saya bercampur baur antara gembira, terharu dan terkejut. Tidak sangka setelah dikejutkan dengan majlis begini, saya diberikan satu lagi hadiah iaitu kehadiran suami dengan menyanyikan lagu duet Ombak Rindu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang menganjurkan majlis sempena menyambut bayi . Kelab peminat, pihak media dan pengurus menjadi tulang belakang membantu kerjaya seni saya. Saya mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis sebegini, namun menunggu masa yang sesuai kerana usia kandungan baru tujuh bulan. Kalau ada sekalipun, doa kesyukuran yang akan diadakan di Sabah iaitu tempat kelahiran saya.  Bertuah Adira dan bayi yang bakal dilahirkan kerana diraikan dalam satu majlis yang cukup meriah. Malah, peminat mereka juga cukup teruja untuk menunggu cahaya mata Adira yang bakal dilahirkan dan mendoakan kesejahteraan Adira. Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis baby shower Adira dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sumber Berita : BH ONLINE Kredit Foto: s7even.studio  | Saya Tidak Benarkan Sharnaaz Lakonkan Babak Panas – Noor Nabila Posted: 09 Jan 2017 05:09 PM PST Bakal bernikah dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac ini, Noor Nabila memberitahu beliau melarang bakal suaminya itu untuk melakonkan babak panas selepas berkahwin nanti. Sharnaaz seharusnya menjaga batas-batasnya sebagai seorang suami agar ia tidak menjejaskan rumah tangga mereka nanti.  Menurut Noor Nabila, sesebuah drama itu tidak memerlukan adegan romantik untuk mendapat perhatian penonton. Jangan cari pasal, saya tidak benarkan kalau dia berlakon babak-babak panas seperti dalam filem Hollywood tu. Tapi di Malaysia sekarang ramai sudah pelakon wanita bertudung dan tidak perlu babak panas untuk menimbulkan rasa romantik. Banyak sahaja drama yang mendapat perhatian tanpa melakukan adegan seperti itu. Pada saya dia sendiri sudah tahu batas-batas yang perlu dijaga olehnya selepas berkahwin nanti.  Dalam pada itu, berbicara mengenai perkahwinan yang bakal berlangsung, Sharnaaz akui beliau merasa sedikit gemuruh. Sharnaaz berkata beliau bakal bercuti selama sebulan bermula bulan Mac ini untuk melakukan persiapan perkahwinannya dan berbulan madu nanti. Saya sangat gemuruh, risau dan takut apabila memikirkan tarikh yang semakin hampir, perasaan yang tidak tahu untuk digambarkan. Setiap kali malam, mata saya tidak mahu lelap dan fikir banyak benda serta tanggungjawab saya selepas ini.  Nampaknya lepas ini abang hero kita Sharnaaz Ahmad tidak dapat berlakon aksi romantik lagi. Hehe.. Tidak mengapa, apa yang penting adalah menjaga kesejahteraan rumah tangga yang bakal dibina. Sumber Berita : mStar Online Kredit Foto : bcreative_productions | |
No comments:
Post a Comment