Tuesday, 17 January 2017

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 17 Jan 2017 09:56 AM PST

KedahLanie.info


Umno yang lenyapkan tanah rizab melayu, alih-alih yang salahnya CINA DAP.

Posted: 17 Jan 2017 06:02 AM PST

Tanah Rizab Melayu..

British gubal Enakmen Tanah Rizab Melayu untuk jaga kepentingan kaum melayu tapi Kerajaan Melayu Umno lenyapkan tanah rizab melayu.

British gubal Enakmen Tanah Pertanian Melayu di Kampung Baru Kuala Lumpur untuk jaga kepentingan orang melayu di Kuala Lumpur tapi Kerajaan Melayu Umno bersungguh-sungguh hapuskan tanah orang melayu...

Alih-alih yang salahnya CINA DAP.

Terbaru, Kerajaan Negeri Kedah dengan suka hati mengisytiharkan semua institusi kewangan sebagai melayu bagi membolehkan tanah-tanah rizab melayu digadaikan dan dijual kepada orang selain melayu sedangkan Enakmen Tanah Rizab Melayu Kedah melarang transaksi dengan orang bukan melayu. Mahkamah Rayuan Putrajaya juga telah mengisytiharkan sebarang transaksi melibatkan tanah rizab melayu dengan institusi yang tidak diisytihar sebagai melayu adalah tidak sah.

Melayu apa yang nak jual hak melayu??

DAP secara konsisten mempertahankan hak istimewa orang melayu seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

DAP jugak yang salah?

DAP terus berjuang untuk semua.

Zulhazmi Shariff

ISKANDAR, BERHENTILAH JADI EXCO SELANGOR ATAU #SILAMENINGGAL?

Posted: 17 Jan 2017 05:53 AM PST

Shahbudin Husin,

Naib Presiden Pas, Iskandar Abdul Samad yang namanya diberitakan hadir semasa majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabtu lalu, tetapi sebenarnya tidak hadir, akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai ketidakhadiran di majlis itu.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, keputusan tidak menghadiri majlis tersebut ialah kerana adanya DAP dan Amanah di majlis tersebut.

"Pas tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengan kedua-dua parti itu menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak menghadirkan diri," katanya.

Logik atau tidak alasan Iskandar itu?

Kalau hubungan politik menjadi alasan, mengapa pula Pas boleh menghadiri pelbagai program, sedondon dan berpimpin tangan dengan pemimpin-pemimpin UMNO?

Di mana wujudnya hubungan politik antara UMNO dengan Pas?

Kenapa dengan DAP dan Amanah, hubungan politik menjadi alasan, tetapi bila dengan UMNO bukan main gembira dapat duduk bersama sambil menyatakan ia tidak salah apa-apa?

Selain itu, jika alasan hubungan politik juga menjadi sandaran yang seolah-olah Pas tidak boleh berada semajlis dengan DAP dan Amanah, bagaimana pula dengan kedudukan beliau sebagai Exco Selangor yang turut ada DAP di dalamnya?

Bagaimana dengan mesyuarat Exco Selangor yang ada DAP di dalamnya, adakah selama ini beliau dan lain-lain Exco Pas tidak hadir juga?

Begitu juga dengan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri Selangor yang tuurt dihadiri oleh Adun-Adun DAP dan Amanah, adakah pimpinan Pas tidak pernah sama-sekali menghadirinya?

Jika hadir, apa pula alasannya?

Kiranya tiada hubungan politik mahu dijadikan sebab, bilakah Iskandar dan lain-lain pemimpin Pas yang menjadi Exco mahu meletakkan jawatan?

Bukankah terang-terang ada DAP di situ?

Kalau ditanya dengan anak-anak muda kaki gebang di media sosial mengenai alasan Iskandar kali ini, jawapan yang bakal mereka lontarkan tidak lain ialah #silameninggal dengan hujah karut dan tidak masuk akal tersebut. (SH 17/01/2017).

PERIGI BUTA' : DATUK ISKANDAR PUN NAK TERJUN MASUK JUGA?

Posted: 17 Jan 2017 05:19 AM PST

Kenyataan Media.

*'PERIGI BUTA' : DATUK ISKANDAR PUN NAK TERJUN  MASUK JUGA*?

1.Saya agak terkejut dengan penjelasan YB Datuk Ir Iskandar Abdul Samad,Naib Presiden PAS yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor.

"Mohon penjelasan lebih lanjut dari Datuk Iskandar mengenai *_ketidakhadiran PAS_* pada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Malawati pada 14 Jan 2017 yang lalu *_disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP_*.

"Keputusan untuk tidak hadir disebabkan kehadiran AMANAH dan DAP pada majlis tersebut serta ketiadaan hubungan politik PAS dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM",kata Datuk Iskandar.

2. Pada saya kenyataan dan penjelasan Datuk Iskandar sangat mengejutkan dan *_mengundang risiko yang besar kepada kelangsungan politik PAS khususnya kedudukan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor_*.

*_"Kenyataan tersebut seolah memberi isyarat kepada YAB Datuk Seri Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bahawa 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor dari PAS tidak akan hadir mesyuarat Exco akan datang dan sekali gus akan melepaskan jawatan sebagai Exco_* disebabkan anggota *_Exco kerajaan negeri terdapat juga wakil dari DAP_* dengan jumlah bilangan yang sama dengan PAS.

Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan yang *_semua Ahli Majlis PBT dari PAS di Selangor akan bertindak seiring dengan tindakan Exco disebabkan semua PBT Selangor terdapat wakil DAP dan beberapa orang wakil AMANAH_*.Saya juga percaya yang Datuk Iskandar perlu bertindak demi maruah".

3. Kenyataan Datuk Iskandar juga membayangkan *_PAS akan menamatkan atau memutuskan hubungan dengan PKR dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan PPBM_* kerana kedua-dua parti ini mempunyai hubungan kerjasama politik melalui dokumen perjanjian kerjasama (MoU).

4. Tidak mustahil *_demi maruah, Datuk Iskandar akan lakukan ini untuk tidak lagi dituduh seperti dakwaan wakil Dewan Ulamak PAS Selangor pada tahun 2016 yang berkata wakil rakyat dan mereka yang nak pertahankan kerajaan Selangor kerana sayangkan jawatan_*.

Kenyataan Dewan Ulamak PAS Selangor telah mengundang reaksi Datuk Iskandar dengan berkata mereka yang mendakwa sedemikian rupa sebenarnya *_sejak tahun 2008 berada dalam perigi buta_*.

Persoalannya adakah Datuk Iskandar dan wakil rakyat PAS di Selangor bersedia untuk kembali *terjun ke dalam 'PERIGI BUTA'?*.

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
5.45pm Taman Al Walid Alor Setar
17 Jan 2017/ 18 Rabiulakhir 1438H

China bantu M'sia kawal sempadan?

Posted: 16 Jan 2017 06:23 PM PST


A Kadir Jasin

ULASAN Bernama melaporkan daripada Kunming, China, pada 14 Januari lepas yang China menyuarakan kesediaan memindahkan teknologi kawalan sempadan kepada Malaysia.

Agensi berita itu memetik Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri) Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, banyak yang boleh dipelajari China mengenai pengawasan sempadan.

Beliau memberi contoh di wilayah Yunnan yang bersempadan dengan Laos, Myanmar dan Vietnam sepanjang kira-kira 4,060km.

Beliau berkata, Malaysia akan menghantar 10 orang pegawai dari pelbagai agensi, seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, polis dan tentera ke China dua bulan lagi bagi mendalami prosedur operasi kawalan sempadan China.

Soalan yang saya hendak tanya Zahid ialah China nak kawal sempadannya daripada siapa?

Sepanjang yang kita tahu, selain rakyat Korea Utara, tidak ramai orang luar yang hendak menyeludup masuk ke China. Bagi negara yang berpenduduk 1.4 bilion, 100,000 pendatang haram Afrika dan Arab tidaklah ramai.

Sebaliknya, kalau ada peluang, ramai orang China yang hendak keluar daripada China. Kini, ada kira-kira 50 juta orang China dan orang keturunan di luar benua China.

Kalau tak percaya, Ahmad Zahid boleh bagi tahu bilangan orang China yang masuk secara haram ke negara kita atau yang masuk sebagai pelancong dan penuntut tapi tak keluar.

Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri tentu sangat faham mengenai masalah masuk tapi tak keluar ini. Bikin kepala pusing.

Sekarang China kawal sempadan bukan macam dulu lagi iaitu dengan dirikan Tembok Besar tapi dengan menjadikan negara-negara yang berjiran dengannya sebagai negara satelit melalui kuasa tentera dan ekonomi.

Kecuali Vietnam yang mempunyai sejarah permusuhan turun-temurun dengan China, boleh dikatakan semua negara lain yang bersempadan dengannya sudah pun mengakui dan menerima kekuasaannya sebagai 'super power' tentera dan ekonomi.

Operasi Barisan Kedua

Setelah berjaya menjinakkan negara-negara yang bersempadan dengannya melalui kuasa tentera dan ekonomi, kini China berusaha menjinakkan pula negara-negara barisan kedua seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia.

China masih was-was terhadap Filipina kerana sejarah kerjasama ketenteraannya yang panjang dengan Amerika Syarikat.

Walaupun Presiden Rodrigo Duterte cuba menampakkan sikap berkecuali, tetapi dasar Filipina mudah berubah.

Negara sebelah sini yang paling dicurigai dan masih ditakuti China adalah Indonesia. Tangan China terbakar teruk akibat kegagalan pemberontakan Partai Komunis Indonesia (PKI) tahun 1965. PKI diketahui terletak di bawah kawalan ideologi CPC dan mendapat bantuan daripadanya.

Sejak kebelakangan ini, China amat selesa dengan Malaysia dan mula akrab dengan Singapura selepas kematian Lee Kuan Yew pada tahun 2015.

Tidak hairanlah kalau Malaysia dan Singapura sedang digula-gulakannya seperti hulubalang (warlords) China zaman silam mengkhayalkan Maharaja China dengan gundik-gundik dan candu.

China kini memperluaskan hegemoninya secara tersirat melalui kuasa tentera dan tersurat melalui ekonomi di mana Malaysia dan Singapura dianggap sebagai sebahagian daripada 'wilayahnya' di bawah projek 'one belt one road' (Obor).

Di bawah projek Obor inilah, China sangat agresif memasarkan teknologi kereta apinya kepada Malaysia dan Singapura serta memberi pinjaman berbilion ringgit bagi melaksanakannya.

Kalau pada zaman silam semua laluan dikatakan berakhir di Rom, di bawah Obor, semua laluan, khususnya kereta api, berakhir di Beijing.

Bagi Najib yang sedang lemas dalam hutang 1MDB dan musibah pertumbuhan ekonomi yang mendatar, dasar China ini umpama 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Beliau mengambil kesempatan menjual dan menggadaikan aset negara, khususnya tanah, kepada China untuk menimbus bangkai 1MDB.

Dan apa yang Ahmad Zahid lakukan dalam lawatan ke Yunnan itu umpama 'menyorong bantal kepada orang mengantuk'.

China sedang mencari jalan memperluaskan hegemoninya dan Ahmad Zahid menawarkan satu lagi peluang melalui perkongsian kawalan sempadan.

Spektar penjajahan baru

Kalau lebih 500 lalu, korupsi harta benda dan minda di kalangan pembesar empayar Melayu membuka jalan kepada penaklukan Eropah, hari ini kita mungkin berdepan dengan fenomena yang sama.

Cuma kali ini penjajah bukan dari Barat tetapi dari Utara dan kaedahnya bukan penaklukan wilayah secara rasmi tetapi melalui intimidasi tentera dan penguasaan ekonomi.

Namun apa yang Ahmad Zahid lakukan bukanlah langkah pemula. Najib telah mendahuluinya.

Dalam lawatan ke China November lalu, Najib bersetuju membeli empat buah kapal peronda persisiran pantai (littoral mission ships) dan memberi kontrak projek landasan kereta api Pantai Timur berharga RM55 bilion kepada China.

Kesemuanya, pemberian projek, pembelian dan hutang yang dimeterai ketika lawatan Najib ke China tahun lalu berjumlah RM143.64 bilion.

Senjata dan latihan yang dibekalkan oleh CPC kepada PKM itulah yang membunuh ribuan askar, polis, home guard dan orang awam di Malaysia sehinggalah PKM dibubarkan melalui rundingan pada tahun 1989.

Kini Najib membeli senjata dari China dan Persatuan China Malaysia (MCA) – parti rakan Umno dalam Barisan Nasional - menjalin kerjasama parti ke parti dengan CPC untuk 'bekerja sebagai satu'.

Soalnya apakah lagi konsesi, tolak ansur dan layanan istimewa yang kerajaan BN pimpinan Najib-Zahid akan berikan kepada China tanpa memburukkan lagi potensi ancaman kepada kemerdekaan, kedaulatan dan keharmonian kaum?

Kawal persisiran pantai kita daripada siapa? Dari lanun Filipina dan pendatang haram negara-negara jiran?

Ancaman Sudah Bermula

Pada 15 Januari, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri) Shahidan Kassim sebagai berkata laporan media yang mengatakan nelayan sebuah negara asing yang menceroboh perairan negara tahun lepas mendapat latihan separa tentera ada kebenarannya.

Katanya, dakwaan itu dikuatkan melihat cara kedatangan nelayan asing itu secara agresif dalam kumpulan 150 buah bot besar-besar dengan diiringi bot pengawal pantai menyebabkan mereka berani melanggar bot penguat kuasa Malaysia.

"Laporan media itu sama dengan maklumat yang kita peroleh, nelayan asing ini dilatih tentera," kata Shahidan.

Tanpa menuding jari kepada mana-mana negara jiran, kita wajib tahu dan ambil ingatan bahawa negara yang paling aktif memberi latihan tentera kepada rakyat jelata adalah China dan mempunyai anggota tentera paling ramai di dunia. Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) mempunyai seramai 2,285,000 anggota.

Pada 30 Mac 2016, BeritaHarian.Sg(Singapura) melaporkan walaupun tentera laut Malaysia menegaskan tidak ada kapal nelayan asing dikesan di perairan negara itu di Laut China Selatan minggu lalu, pihak berkuasa maritim berkeras menyatakan sehingga 100 bot China memasuki perairan Sarawak sejak 24 Mac sebelum meninggalkannya pada Ahad (27 Mac).

Ketua Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar, mengadakan satu sidang akhbar pada Selasa di mana beliau secara khusus menegaskan "bot nelayan asing China" itu telah belayar ke arah barat sejak dikesan, dan jumlah kapal yang dikesan berkurangan kepada sekitar 85 pada Isnin.

Dasar hegemoni China di Laut China Selatan sekarang pasti memberi semangat dan keberanian kepada nelayan negara itu untuk masuk menangkap ikan di kawasan yang dipertikai dan dalam wilayah negara-negara jiran.

Sekarang mereka hanya takut kepada Indonesia yang merampas dan meletupkan kapal nelayan asing yang menangkap ikan secara haram di perairannya.

Apakah Najib dan Zahid berani menggunakan kapal yang dibeli dari China untuk bertindak tegas terhadap pencerobohan nelayan asing seperti yang Indonesia lakukan apatah lagi jika mereka dari China?

Kita wajib bersahabat dengan semua negara di dunia dan mengalu-alukan pelaburan terus mereka tetapi ini tidak bermakna kita harus menggadai kedaulatan negara dan menjual tanah kepada mereka.

DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara dan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times. Beliau kini adalah ahli majlis tertinggi BERSATU.

Isu Tajaan Mara - Amanah pesan usah tentang macam Nik Abduh iaitu hanya tentang dalam hati.

Posted: 16 Jan 2017 03:28 PM PST

Tajaan MARA: AMANAH pesan usah tentang macam Nik Abduh

Parti Amanah negara (AMANAH) menggesa isu penyaluran dana Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan disiasat segera.

Timbalan ketua pemudanya, Faiz Fadzil, berkata selepas hampir seminggu isu melibatkan penajaan skuad The Red Warriors (TRW) oleh anak syarikat milik MARA, ia masih belum disiasat mana-mana pihak.

Kata Faiz, masyarakat sudah ditunjukkan dokumen berkaitan isu berkenaan dan ada kemungkinan wujud elemen jenayah seperti penyelewengan, pecah amanah, penipuan dan rasuah.

Justeru, katanya, isu penajaan MARA untuk pasukan bola sepak Kelantan itu itu perlu disiasat segera dan secara bebas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta polis.


"Tan Sri Annuar Musa adalah pengerusi MARA dan pada masa sama penasihat pasukan TRW. Maka, Tan Sri Annuar pasti mempunyai kepentingan dalam kedua-dua entiti tersebut.

"Kemungkinan wujudnya elemen jenayah seperti penyelewengan, pecah amanah, penipuan dan rasuah dalam skandal penajaan wang MARA ini perlu disiasat dengan segera dan bebas oleh pihak SPRM dan Polis Diraja Malaysia kerana (beliau) mempunyai percanggahan kepentingan atas kapasitinya sebagai penasihat TRW," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Annuar "secara paksa" menggunakan wang rakyat melalui MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja bola sepak Kelantan.

Beberapa dokumen didakwa melibatkan penyaluran dana dua organisasi itu kepada TRW turut didedahkan.

Paling layak persoal

Annuar pada awalnya menafikan dakwaan itu tetapi sehari kemudian memberi kenyataan berbeza.

Annuar yang juga berkhidmat sebagai Ketua Penerangan Umno berkata beliau "difahamkan" terdapat surat menyurat, baucar dan dokumen lain antara The Red Warrior Sdn Bhd dan UniKL.

Namun katanya dokumen itu membuktikan urusan berkenaan dibuat secara "tertib dan berperaturan."

Pada hari sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri pula mengarahkan UniKL dan MARA menanguhkan sebarang penajaan mereka pada tahun ini kecuali untuk bidang pendidikan.

UniKL didakwa memberikan tajaan bernilai RM500,000 manakala syarikat Pelaburan Mara Berhad sebanyak RM200,000.

Faiz berkata, penafian bahawa MARA ada kaitan dalam penajaan pasukan TRW oleh Annuar tidak berasas selepas bekas menteri itu akur dengan arahan Ismail Sabri.

"Ini menunjukkan bahawa penajaan TRW ini melibatkan penggunaan wang MARA yang telah disalahgunakan.

"Setiap segmen rakyat kini mula berasa gelisah dan muak dengan pelbagai skandal salah urus tadbir Umno.

"Rakyat tidak boleh lagi berdiam diri dengan budaya korupsi dan penyelewengan," jelasnya.


Tajaan MARA: AMANAH pesan

Tambah anak bekas presiden PAS itu, jika pihak berkenaan sekadar menentang amalan itu dalam hati - seperti pernah dilakukan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dalam skandal 1MDB - tidak memadai.

"Malahan, dalam skandal penajaan MARA ini, beliau (Nik Abduh) adalah individu paling layak untuk mempersoalkan ketelusan penajaan ini atas kapasiti beliau sebagai anggota Parlimen dari Kelantan.

"Wang MARA tidak seharusnya digunakan untuk tujuan lain selain membantu orang Melayu terutamanya dalam bidang pendidikan.

"Usah diprejudiskan hak orang Melayu dalam bidang pendidikan dengan mengutamakan kepentingan mana-mana individu ," katanya.

Buka semula kertas siasatan RM2.6B yang masuk akaun Najib duhai PEGUAM NEGARA

Posted: 16 Jan 2017 03:18 PM PST

Peguam Dr M cabar Apandi letak jawatan

Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri Abdulla mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan dengan serta merta dan memohon maaf kepada rakyat negara ini.

Jika tidak mahu berbuat demikian, kata Haniff, beliau perlu membuka semula kertas siasatan berhubung dana RM2.6 billion yang pernah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Gesaan Haniff tersebut adalah susulan keputusan mahkamah Singapura pada bulan ini yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Pengurus Falcon Private Bank Switzerland cawangan Singapura, Jens Fred Sturzenegger.

Sturzenegger dijatuhkan hukuman penjara 7 bulan dan denda S$128,00, katanya, atas kesalahan antara lainnya penyembunyian maklumat berkaitan transaksi kewangan melibatkan dana 1MDB.

"Dua fakta terpenting yang amat relevan muncul dari kes Sturzenegger itu ialah Jho Low yang dikenali sebagai individu yang wujud sebenarnya individu bernama Eric Tan yang mempunyai beberapa akaun di bank itu dengan satu daripadanya atas nama Tanore Finance Corporation.

"Kedua pula ialah RM2.6 billion yang masuk ke akaun bank peribadi Najib sebenarnya dari akaun bank Tanore Finance Corporation yang di Falcon Private Bank yang diuruskan oleh Jho Low @ Eric Tan," jelas beliau.

Justeru, tambahnya, kenyataan Apandi yang memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan jenayah terhadap Najib berkaitan dana RM2.6 billion itu adalah tidak benar.

"Walhal, kenyataan Apandi masih tinggal sebagai kenyataan semata-mata kerana belum disahkan oleh mana-mana mahkamah sekalipun sedangkan kedua-dua fakta di atas, adalah melalui sabitan akuan salah pada rekod mahkamah dan terbukti di sisi undang-undang,

"Kini, difahami kenapa Apandi tidak mengambil mana-mana langkah munasabah supaya Jabatan Peguam Negara mewakili Malaysia dan menjadi pencelah atau peguam pemerhati di Mahkamah Singapura," katanya lagi.

Pada 11 Januari yang lalu, Sturzenegger, warga Switzerland yang merupakan individu kelima yang didakwa berkaitan siasatan Singapura ke atas 1MDB ate Bank di Singapura mengaku salah terhadap enam pertuduhan.

Sturzenegger didakwa kerana gagal mematuhi arahan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) untuk melaporkan pemindahan mencurigakan bernilai AS$1.262 bilion kepada dua akaun bank Falcon pada tahun 2013.

Beliau turut didakwa berbohong kepada pegawai MAS untuk mengalihkan perhatian daripada menyiasat beberapa akaun bank dikawal oleh Low dengan mendakwa akaun-akaun tersebut 'dimiliki dengan manfaat' oleh Eric Tan Kim Loong yang diketahui bersekutu dengan Low.

Sturzenegger dikatakan berbohong kepada para penyiasat tentang tidak pernah berhubung dengan Low.

Dapatkan tiket Piala Sumbangsih antara JDT VS KEDAH secara online

Posted: 16 Jan 2017 03:13 PM PST

Dari fb JDT

DAPATKAN TIKET PERLAWANAN MELALUI PEMBELIAN SECARA ONLINE | PIALA SUMBANGSIH | JDT VS KEDAH

Dapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim dan Kedah melalui pembelian secara online di http://tickets.johorsoutherntigers.com.my pada 17hb Januari 2017 (sehingga tengah malam).

Kepada yang berjaya membuat pembelian, anda boleh menebus tiket tersebut pada tarikh yang berikut;
• Rabu (18.01.2017) dari jam 9.00pagi hingga 4.30 petang
• Khamis (19.01.2017) dari jam 9.00pagi hingga 4.30 petang
• Jumaat (20.01.2017) dari jam 9.00pagi hingga 8.00 malam.

Untuk penebusan, anda perlu menunjukkan resit sebagai bukti pembelian berserta kad pengenalan di kaunter khas yang akan dibuka di kaunter tiket Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. Ayuh, jangan lepaskan peluang anda. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Toknek.com RSS Feed

Posted: 17 Jan 2017 02:23 AM PST

Toknek.com RSS Feed


Nur Fazura La Nih Sedang Hangat Bercinta

Posted: 17 Jan 2017 02:04 AM PST


Lama jugak kita tak mendengaq sebarang ceghita pasai ceghita peribadi pelakon Nur Fazura Iyalah umum mengetahui beliau agak sibuk apatah lagi la nih sedang dalam proses untuk menyiapkan album pe...

Artis Terkenai Korea Rain Dan Kim Tae Hee Bakai Menikah Selepaih Lima Tahun Bercinta

Posted: 17 Jan 2017 02:02 AM PST


Selepaih lima tahun bercinta pasangan artis palin terkenai dan sensasi Rain dan Kim Tae Hee bakai menikah pada 19 Februari depan di sebuah gereja terletak di Seoul Korea berita tu dilapoqkan o...

Apa Tu Mannequin Challenge

Posted: 17 Jan 2017 12:42 AM PST


Mannequin Challenge ialah aksi dalam sebuah rakaman video yang menunjukkan sekumpulan individu merakam satu situasi tapi dalam keadaan masa terhenti dengan semua oghang di dalam video tak berger...

Amyra Rosli Tak Ngaku Marah Apabila Ditanya Soai Zuriat

Posted: 16 Jan 2017 11:04 PM PST


Sejak mendirikan rumah tangga November lepaih Amyra Rosli dan Amaq Baharin serin dihimpit dengan persoalan tentang pasai anak Amaq penah habaq ia sebenaqnya tak adil untuk menilai depa pasai ba...

Runnin Man Bakai Ke Malaysia Untuk Persembahan Akhiaq

Posted: 16 Jan 2017 11:02 PM PST


Bagi peminat rancangan terkenai Korea Runnin Man hampa barangkali boleh tengok aksi bintang pujaan hampa iaitu Kim Jong Kook Ha Ha Song Ji Hyo Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin yang ghamai dok bece...

Sejarah Kegagalan Kodak Syarikat Besaq Nak Mampuih Yang Tak Berani Berubah

Posted: 16 Jan 2017 09:42 PM PST


Pada tahun 2012 kebanya penganalisih ekonomi meramalkan banyak syarikat syarikat besaq akan merasai kesan kegawatan ekonomi dunia dan pertumbuhan syarikat akan menjadi lebih perlahan berbandin ta...

Gaun Ghamai Dok Kata Seksi Pereka Fesyen Bidaih Kenyataan Janna Nick

Posted: 16 Jan 2017 08:04 PM PST


Janna Nick sebelum ni ada memberikan penjelasan pasai isu beliau yang takmau memakai baju yang disediakan oleh soghang pereka fesyen pasai ia tak sesuai dengan imejnya pasai ia terlalu seksi te...

Tujuh Tahun Hidup Bersendirian Wan Sharmila Teringin Menikah Lagi

Posted: 16 Jan 2017 08:02 PM PST


Tujuh tahun bergelaq janda selepaih gagai dalam pernikahan sebelum ni pelakon yang terkenai menerusi drama 7 Hari Mencintaiku Wan Sharmila ngaku merasa sunyi dan teringin untuk kembali bercinta d...

Xiaomi Redmi Note 3 Samsung Galaxy S7 Edge Dan Galaxy Note 5 Ialah Tiga Peranti Terpopulaq Di Malaysia Menurut Antutu

Posted: 16 Jan 2017 07:04 PM PST


Antutu berkongsi maklumat pasai kepopularan peranti di beberapa pasaran dunia Kepopularan di sini ialah mengikut kekerapan peranti diuji menggunakan aplikasi penanda araih depa Di Malaysia mena...

Ukuran Peranti Samsung Galaxy S8 Dan S8 Pluih Tertiris

Posted: 16 Jan 2017 07:02 PM PST


Samsung berusaha untuk menyembunyi rekaan Samsung Galaxy S8 depa tapi semakin lebih kughang kita kepada tarikh pelancarannya semakin banyak maklumat mula tertiris Hari ni ukuran untuk dua versi...

Remaja Dirasuk Selepaih Terima Mesej Whatsapp Dari Syaitan

Posted: 16 Jan 2017 06:42 PM PST


Dua remaja yang berumoq 13 dan 16 tahun ghamai dok kata telah dirasuk selepaih menerima mesej WhatsApp yang kononnya daripada syaitan Kedua duanya telah dibawak ke hospitai selepaih ditemui dala...

Oppo R9s La Nih Mempunyai Edisi Ulang Tahun Baghu Dan Ia Berwarna Merah

Posted: 16 Jan 2017 05:12 PM PST


Tepat pada masanya untuk Tahun baghu Cina Oppo telah mengeluaqkan smartphone edisi spesial Tahun baghu bersempena ulang tahun smartphone R9S Satu satunya perbezaan antara model baghu ni dan yang...

Lajim Ukin Terima Notis Bankrap

Posted: 16 Jan 2017 07:32 AM PST


KOTA KINABALU Satu notis bankrap telah dikeluaqkan kepada Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Lajim Ukin pasai bayaran sebanyak RM160 951 81 kepada CIMB Islamic Bank Berhad Dalam notis...

Manisfesto Ppbm Dan Ikraq Selamatkan Malaysia

Posted: 16 Jan 2017 06:42 AM PST


Tun Mahathir menggariskan lataq belakang penubuhan PPBM dan konteks sejarahan negara dan kewajipan setiap rakyat jelata bersatu padu menyelamatkan Malaysia daripada kemungkaran Umno dan Barisan Nas...

Oghang Yang Teghiak Masa Menonton Filem Sebenaqnya Bukan Lemah Tapi

Posted: 16 Jan 2017 06:22 AM PST


Mesti semua oghang penah teghiak masa menonton filem tertentu bukan teghiak macam baghu lepaih potong bawang pulak tu Jangan malu pasai hampa tak berseorangan Kajian kata sebanyak 92 peratuih ...

Soghang Lelaki Cuba Try Test Mencurik Ulaq Sawa Dengan Menyembunyikan Di Dalam Seluaqnya

Posted: 16 Jan 2017 03:22 AM PST


Perbuatan soghang lelaki yang mencurik seekoq ulaq sawa daripada kedai haiwan dan kemudian menyembunyikan di dalam seluaqnya dirakamkan melalui CCTV Christin Bjugan penguruih A to Z Pets di Port...

myartis.com

Posted: 17 Jan 2017 02:15 AM PST

myartis.com


19 GAMBAR - NEWBORN PHOTOSHOOT ANAK KEDUA YASMIN HANI

Posted: 16 Jan 2017 07:12 PM PST



Gambar-gambar official 'newborn photoshoot' untuk Eissa Elzander Wong, anak kedua kepada pelakon dan pengacara Yasmin Hani yang dilahirkan pada 27 Disember tahun lalu.

Seperti biasa, team Camora Arts telah terpilih untuk menjadi 'official photographer' bagi photoshoot tersebut.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

RASA SUNYI - WAN SHARMILA TERINGIN BERKAHWIN SEMULA

Posted: 16 Jan 2017 06:34 PM PST



Pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku, Wan Sharmila Wan Mohamed yang sudah tujuh tahun hidup solo selepas perkahwinannya gagal, mendedahkan bahawa dirinya berasa sunyi dan teringin mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Menurut Wan Sharmila, hasrat itu sentiasa ada namun belum bertemu jodoh sesuai. Ujarnya, keluarganya sentiasa bertanya mengenai perkara itu dan mendoakan dia segera bertemu pasangan serasi.

"Sejujurnya saya kurang selesa hidup seorang diri. Selepas arwah ibu meninggal beberapa tahun lalu, hidup saya semakin sunyi.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KONGSI PERGERAKAN BABY - IDZHAM ISMAIL TERUJA BAKAL BERGELAR BAPA

Posted: 16 Jan 2017 05:14 PM PST



Tahniah kami ucapkan kepada aktor terkenal drama 'Juvana' iaitu Idzham Ismail kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila usia kandungan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin (Bella) kini empat bulan.

Teruja bakal bergelar bapa, Idzham telah berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan kandungan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin (Bella) bergerak menerusi laman Instagramnya.

"Alhamdulillah syukur , pengalaman pertama 'Baby kicking' Sooooo sooo sooo cute anak daddy ni kan. Anak daddy tak sabar nak jumpa daddy dan mummy yea. Hari-hari dengar dua suara ni je kan.

Klik untuk size besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ABANGNYA, DATUK LAT SEMAKIN STABIL - MAMAT KHALID LUAH RASA SYUKUR

Posted: 16 Jan 2017 02:57 PM PST



"Syukur Alhamdulillah, abang saya semakin sihat dan dia sedang berehat," kata pengarah filem terkenal, Mamat Khalid mengenai abangnya kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid,65, atau lebih dikenali Datuk Lat yang kini berada dalam keadaan stabil.

Mamat Khalid ketika dihubungi berkata, abangnya kini sedang berehat dan semakin stabil.

Difahamkan, kartunis negara tersebut, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh pada 13 Januari lalu akibat masalah jantung.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

beautifulnara

Posted: 17 Jan 2017 01:51 AM PST

beautifulnara


Selebriti Popular Korea Rain Dan Kim Tae Hee Bakal Berkahwin Selepas Lima Tahun Bercinta

Posted: 17 Jan 2017 12:48 AM PST

Selepas lima tahun bercinta, pasangan selebriti paling popular dan sensasi, Rain dan Kim Tae Hee bakal berkahwin pada 19 Februari depan di sebuah gereja terletak di Seoul, Korea. Berita itu dilaporkan oleh All Kpop.

Media dia Seoul heboh apabila pasangan Rain dan Kim Tae Hee dikatakan akan menamatkan zaman bujang masing-masing pada bulan depan. Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Februari depan di sebuah gereja katolik di Seoul.

Rain juga dilihat berkongsi sebuah kapsyen di media sosial dengan mengatakan Kim Tae Hee selalu ada di sisinya setiap masa tidak kira dalam keadaan dia susah mahupun senang.

Namun, pihak Rain dan Kim Tae Hee masih belum mengesahkan berita berkenaan. Difahamkan, sebelum ini Rain ada memberitahu beliau akan melakukan perkahwinan secara tertutup kerana ingin menghormati permintaan daripada pihak keluarga.

Sumber Berita : Astro Gempak

Nur Fazura Kini Sedang Hangat Bercinta?

Posted: 16 Jan 2017 11:02 PM PST

Lama juga kita tidak mendengar sebarang cerita mengenai kisah peribadi pelakon Nur Fazura. Iyalah, umum mengetahui beliau agak sibuk apatah lagi kini sedang dalam proses untuk menyiapkan album pertama beliau.

Dalam diam rupa-rupanya Fazura dikatakan sedang dilamun cinta dan sudah dimiliki seseorang sejak beberapa bulan lepas. Berita ini disampaikan oleh Mary Jane menerusi portal Utusan Online.

Walaubagaimanapun, Mary Jane tidak mendedahkan identiti lelaki yang telah berjaya menawan hati Fazura.

Si jelita Fazura sudah kembali bercinta. Sekarang ini khabarnya dalam hati dia sudah ada taman semula tau. Sebabnya, semenjak beberapa bulan lalu sudah menjadi 'milik' kepada seseorang. Milik tu, bukanlah erti kata sudah berkahwin ke apa. Tetapi hatinya sudah dimiliki lah. Senang cakap, sudah kembali ke alam percintaan yang penuh manis dan manja.

Tentu ada yang bertanya, siapakah cinta hati terkini Faz? Siapa, oh siapa. Jeng! Jeng! Jeng! Maaflah, Mary Jane tak boleh beritahu di sini, kena simpan jadi rahsia dulu.

Jika berita ini benar, kami harap Fazura satu hari nanti dapat memperkenalkan cinta hatinya kepada umum. Semoga percintaan mereka dapat kekal sehingga ke jinjang pelamin. Siapa tahu bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

Running Man Bakal Ke Malaysia Untuk Persembahan Akhir

Posted: 16 Jan 2017 10:05 PM PST

Bagi peminat rancangan popular Korea, Running Man, anda mungkin boleh melihat aksi bintang pujaan anda iaitu Kim Jong Kook, Ha Ha, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin yang dikhabarkan bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi sebagai salah satu destinasi dalam siri jelajah Asia bermula bulan Februari depan.

Walaubagaimanapun, Yoo Jae Suk  dilaporkan tidak dapat menyertai acara berkenaan.Merek bakal memulakan siri jelajah tersebut di Taipei, Taiwan pada 10 Februari. Selain Malaysia dan Taiwan, program Running Man juga akan diadakan di Macao, Singapura dan Thailand.

Disebalik kegembiraan melihat kelima-lima bintang Running Man itu berada di pentas yang sama, peminat turut meluahkan rasa sedih kerana ia adalah persembahan terakhir bagi program tersebut.

Terdahulu, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo telah ditendang keluar daripada rancangan popular tersebut. Namun, mereka berdua mengetepikan segala apa yang berlaku buat seketika semata-mata mengenangkan segala persahabatan yang terjalin sepanjang tujuh tahun didalam Running Man dan mahu meninggalkan memori indah buat peserta dan peminat rancangan itu.

Sumber Berita : Astro Gempak

Amyra Rosli Nafi Marah Apabila Ditanya Soal Zuriat

Posted: 16 Jan 2017 08:19 PM PST

Sejak mendirikan rumah tangga November lepas, Amyra Rosli dan Amar Baharin sering dihimpit dengan persoalan tentang cahaya mata.

Amar pernah memberitahu ia sebenarnya tidak adil untuk menilai mereka kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga. Buat Amyra pula, beliau sedikit pun tidak marah mahupun tertekan dengan persoalan berkenaan.

Ketika bujang, orang asyik bertanya bila nak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila nak dapat anak. Dalam soal ini ia berbalik kepada rezeki Allah. Tak pernah terdetik rasa nak marah atau tertekan. Bagi saya, ini adalah perkara biasa yang mana turut dilalui orang lain. Lambat atau cepat saya dan suami hanya berserah kepada Allah.

Amyra menganggap  pertanyaan itu lebih kepada  sikap ambil berat orang ramai terhadap beliau dan Amar.

Saya dan Amar cuba menjalani kehidupan suami isteri ini dengan tenang. Apa yang kami boleh lakukan adalah dengan sentiasa berdoa.

Kita doakan yang terbaik buat Amyra Rosli dan Amar Baharin. InshaAllah satu hari nanti ada rezeki mereka untuk menimang cahaya mata.

Sumber Berita : Harian Metro

Tujuh Tahun Hidup Bersendirian, Wan Sharmila Teringin Kahwin Lagi

Posted: 16 Jan 2017 07:39 PM PST

Tujuh tahun bergelar janda selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaiku, Wan Sharmila akui merasa sunyi dan teringin untuk kembali bercinta dan berkahwin. Namun, buat masa ini beliau masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.

Sejujurnya saya kurang selesa hidup seorang diri. Selepas arwah ibu meninggal beberapa tahun lalu, hidup saya semakin sunyi.

Hati saya sentiasa terbuka untuk bercinta dan berkahwin lagi. Sudah tentu saya mahukan lelaki yang boleh mengubah hidup saya ke arah lebih baik.

Terdahulu,  Wan Sharmila digosipkan bercinta dengan Johan As'ari kemudian beliau dikatakan berkahwin secara rahsia pula selepas memuat naik foto imbasan perut di laman sosial.

Wan Sharmila pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada tahun 2007 namun bercerai dua tahun kemudian.

Sumber Berita : Harian Metro

(6 FOTO) Eissa El Zander Wong Anak Kedua Yasmin Hani Daripada Camora Arts

Posted: 16 Jan 2017 06:21 PM PST

Lahir pada 27 Disember 2016 yang lalu, anak kedua pengacara Yasmin Hani iaitu Eissa El Zander Wong tampak cukup comel menerusi beberapa foto terbaru yang dikongsikan oleh jurugambar yang pakar dalam "newborn photoshoot", Camora Arts.

Sesi fotografi berkenaan telah  dijalankan di Kimporo Postnatal Rejuvenation iaitu tempat dimana Yasmin Hani berpantang. Kali pihak Camora Arts telah memperkenal empat tema baru iaitu Hot Baloon,  pantai,  Tapestree dan Wood Dream Catcher. Lebih menarik lagi, props yang digunakan adalah hasil rekaan "team" Camora Arts sendiri.

Turut memeriahkan sesi fotografi berkenaan ialah anak pertama Yasmin Hani, Noah Ismail Wong serta suaminya Shahrin Razali.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto Eissa Elzander Wong dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Foto : Camora Arts

Gaun Dikatakan Seksi : Pereka Fesyen Bidas Kenyataan Janna Nick

Posted: 16 Jan 2017 09:00 AM PST

Janna Nick sebelum ini  ada memberikan penjelasan mengenai isu beliau yang enggan memakai baju yang disediakan oleh seorang pereka fesyen kerana ia tidak sesuai dengan imejnya kerana ia terlalu seksi.

Terbaru, pereka fesyen berkenaan iaitu Khairul Amri Hassan telah tampil membidas kenyataan Janna. Khairul  memberitahu beliau sudah menyediakan enam helai pakaian untuk Janna memilih sesuai dengan gayanya namun pelakon wanita itu hanya menarik muka.

Saya sediakan enam pilihan pakaian untuk sesi fotografi itu. Dua yang dipilih adalah persalinan ‘oversize’ jaket dan ‘skinny fitted pants’, manakala satu lagi gaun hijau zamrud yang baru disiapkan sehari sebelum sesi fotografi itu.  Turut disediakan adalah sehelai ‘oversized jumper’, gaun paras bawah lutut, ‘loose top’ dan skirt paras bawah lutut, sehelai gaun biru paras bawah lutut dan sehelai gaun hitam ‘strapless’ paras lutut seperti yang didakwa.

Namun dress (gaun) hitam itu sekadar baju pilihan lain sekiranya ada masalah dengan pakaian lain. Dia (Janna) bagaimanapun tidak menggayakan langsung mana-mana pakaian disediakan, sebaliknya memilih untuk memakai baju yang dibawa sendiri tanpa memaklumkan kepada saya akan pilihan itu. Jadi saya menganggap beliau tidak berminat untuk menggayakan pakaian yang saya bawakan. Buat apa mahu menunggu dia?

Khairul turut kesal kerana tidak diberikan penjelasan lanjut berhubung keperluan terhadap pakaian disediakan olehnya untuk sesi fotografi berkenaan.  Malah, Janna juga dikatakan hanya berdiam diri dan tidak menegurnya langsung.

Sudahlah ketika berada di ruang solek, tiada sepatah kata perkenalan daripada dia sehinggakan saya sendiri yang menghulur salam dulu.

Apapun, pada pendapat saya, masing-masing mempunyai kerjaya dan tuntutan kerja. Seandainya seseorang artis itu perlu memenuhi jadual harian, begitu juga saya. Masa dan kudrat bukan perkara percuma untuk disia-siakan.

Satu demi satu kenyataan yang keluar dan siapa benar siapa salah? Pada kami, bertemulah secara empat mata dan luahkan segala rasa tidak puas hati serta menyelesaikan segala kemelut yang ada.

Sumber Berita : BH ONLINE

No comments:

Post a Comment