ROTIKAYA Posted: 04 Jul 2016 08:02 PM PDT Awie Nafi Bakal Nikah Tunang Pada Hari Raya Ketiga Posted: 04 Jul 2016 07:47 PM PDT Selepas mengakui berita pertunangannya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Sharifah Ladyana di Pulau Pinang, Awie tampil menjelaskan spekulasi yang mengatakan bahawa beliau dan tunang bakal bernikah pada Syawal ketiga ini. Sekaligus, Awie menafikan dakwaan itu dan memaklumkan bahawa masih belum menentukan tarikh yang tetap. BACA: Awie Sudah Bertunang Dengan Syarifah Ladyana? “Susah senang saya bersama dengan rakan media. Sudah tentu saya akan memaklumkan semua andai kami sudah mendapat tarikh yang sesuai. Mereka inilah yang bersama ketika saya berhadapan dengans segala kemelut rumah tangga sebelum ini. Jadi semestinya berita gembira ini juga ingin saya kongsi dengan mereka apabila sudah tiba masanya nanti” “Maknanya tidak benar kami merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Syawal ketiga nanti kerana sudah pasti sekarang ini saya sibuk membuat persiapan perkahwinan,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung desas-desus mengatakan bahawa belia dan tunang bakal melangsungkan sebuah majlis pernikahan sejurus selepas Aidilfitri nanti. Terdahulu pada awal Jun lalu, vokalis Wings itu telah melangsungkan pertunangan dengan Sharifah Ladyana di Hotel Vistana, Pulau Pinang yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja. Berita pertunangannya menjadi viral di media sosial selepas gambar yang menunjukkan dua anak gadis penyanyi terbabit turut berada disana bersama Ladyana tersebar. Tambahnya lagi, beliau tahu ramai yang mempertikaikan tindakannya untuk bertunang selepas melalui kehancuran rumah tangga sebelum ini, namun beliau hanya ingin memenuhi permintaan bakal isteri yang mahu merasai fasa bertunang sebelum berkahwin. Katanya lagi, kalau boleh ingin sahaja bernikah terus tetapi masih terikat dengan pelbagai urusan. (rkty/w) | Hazama Bawa Kekasih Berhari Raya Bersama Ibu Posted: 04 Jul 2016 07:29 PM PDT Sempena kedatangan Syawal tahun ini, Hazama berhasrat untuk membawa kekasih hatinya, Genervie Kam beraya bersama di kampung halamannya Parit Buntar, Perak. Dalam masa yang sama, beliau juga ingin memperkenalkan kekasihnya itu kepada sanak saudara selain dapat meluangkan masa serta mengeratkan lagi hubungan bersama ibu Hazama. BACA: Hazama Tidak Mahu Membazir Untuk Majlis Perkahwinan “Kebetulan sanak-saudara Gen juga menetap di Perak, jadi saya merancang membawa dia pulang beraya di kampung. Ini pasti dapat mengeratkan hubungan antara dia dan keluarga saya. Buat masa ini, saya dan Gen belum menumpukan perhatian kepada soal kahwin. Biarlah perkara itu dibincangkan selepas Syawal nanti,” katanya kepada Berita Harian Online. Sementara itu, Hazama menjelaskan bahawa Syawal tahun terasa berbeza suasananya apabila keadaan ibunya bertambah sihat jika dibandingkan dengan tahun-tahun lalu. Malah katanya lagi, kiranya dapatlah sambutan lebaran kali ini menebus kesuraman Aidilfitri yang lalu disamping kehadiran bakal menantu yang turut memeriahkan suasana hari raya tahun ini. Sebelum ini, Hazama pernah menyatakan keinginannya untuk mendirikan rumah tangga bersama Genervie selepas Aidilfitri nanti. Namun beliau tidak mahu majlis itu berlangsung secara membazir, dan mereka berdua juga bersepakat untuk menginginkan sebuah majlis yang sederhana walaupun masih belum ada lagi kata putus mengenai tarikh dan lokasi yang sesuai. (rkty/w) | Selepas Bercerai, Fezrul Khan Sedih Beraya Tanpa Anak Posted: 04 Jul 2016 02:02 AM PDT Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila tidak dapat meraikan sambutan Aidilfitri yang sebelum ini disambut sebagai satu keluarga. Bagaimanapun menurut Fezrul Khan yang telah bercerai dengan isterinya sebelum ini, perkara tersebut dibincangkan secara baik bekas pasangan hidupnya itu. BACA: Fezrul Khan Tayang Badan Di Instagram? “Tipu kalau saya kata tidak sedih pada Hari Raya kali ini. Saya tidak dapat beraya bersama anak saya pada 1 Syawal nanti. Saya dan bekas isteri bagaimanapun sudah membuat persetujuan. Seminggu sebelum raya, Farrel bersam saya supaya dapat menyediakan keperluan dan membelikannya baju serta kasut baharu” “Kemudian saya akan menghantar anak pulang beraya bersama ibunya di Perak sebelum saya pulang ke kampung di Johor,” jelas Fezrul kepada BH Plus. Dalam masa yang sama, Fezrul juga menyatakan bahawa dia tidak serik untuk kembali menjalin hubungan dengan sesiapa. Namun buat ketika ini, belum ada lagi insan yang boleh menjadi teman hidupnya malah Fezrul sendiri mengambil pendekatan untuk berkawan dan mengenali hati budi terlebih dahulu. (rtky/s) | Nad Zainal Sudah Pilih Nama Anak Pertama Posted: 03 Jul 2016 08:32 PM PDT Dalam orang lain sibuk menguruskan persiapan raya, Nad Zainal pula tidak sabar menantikan bayi pertama mereka yang bakal lahir Oktober ini. Pada masa yang sama, Nad nampaknya telah menyenaraikan beberapa nama untuk cahaya mata lelakinya namun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu sehingga bayi itu lahir. BACA: Nad Zainal Dedahkan Bakal Sambut Bayi Lelaki "Semolek-moleknya, biarlah nama itu didedahkan sebaik anak dilahirkan nanti. Buat masa ini, doakan yang baik-baik supaya segala-galanya dipermudahkan. Memang sudah ada beberapa nama pilihan, cuma nama yang pendek-pendek saja asalkan membawa maksud yang baik, insya-Allah,” katanya kepada portal Malaysian Digest berhubung perkara itu. Selain itu, apabila ditanya mengenai sambutan hari raya yang menjelma nanti, Nad memberitahu bahawa beliau lebih menjaga pengambilan makanan terutamanya ketika Aidilfitri nanti bagi memastikan kandungannya sentiasa sihat dan terjaga. Namun katanya, beliau masih ingin menikmati juadah hari raya tetapi mungkin akan berpantang sedikit. Sementara itu untuk pakaian raya, Nad tidak merasa pening untuk mencari pakaian raya kerana kebanyakkan pakaiannya sudah ditaja oleh rakan-rakan serta beberapa pereka fesyen tempatan. Manakala kalau mengikut perancangan pulang berhari raya pula, mereka akan beraya di ibu kota terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung suami di Batu Pahat dan Johor Bharu. (rkty/w) | Shukri Yahaya Utamakan Persiapan Raya Isteri & Bayi Posted: 03 Jul 2016 07:45 PM PDT Kali pertama menyambut Aidilfitri sebagai seorang suami, Shukri Yahaya akui sememangnya teruja lebih-lebih lagi dengan kehadiran bayi pertama mereka yang dijangka lahir pada bulan hadapan. Namun bagi persiapan raya, beliau memilih untuk berbelanja secara bersederhana dan lebih mengutamakan keperluan isteri serta bayi yang bakal lahir nanti. BACA: Shukri Yahaya Cemas Bayi Dalam Kandungan Tak Gerak “Alhamdulillah, isteri juga tidak cerewet mengenai pemilihan pakaian. Memandangkan dirinya sedang sarat, Tya selesa menggayakan jubah pada pagi raya nanti. Untuk saya, memadai jika mempunyai sepasang baju Melayu baharu yang dibeli di pasar raya. Kebiasaannya, untuk membeli pakaian raya, saya akan membeli-belah pada saat akhir untuk berjimat” “Lagipun, kebanyakan pasar raya akan mengadakan promosi hebat jadi mengapa perlu saya lepaskan peluang itu. Tahun ini, saya buat kali pertama beraya sebagai suami dan tahun depan pula akan meraikannya sebagai bapa. Saya mahu menikmati setiap momen indah ini dengan membahagiakan diri dan orang tersayang,” katanya kepada Berita Harian Online. Sementara itu, beliau turut berkongsi perancangannya selepas sambutan hari raya dimana, beliau akan membawa keluarganya dan mentua pergi bercuti. Katanya lagi, percutian ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga tetapi sekurang-kurangnya dapat merasai pengalaman bercuti bersama walaupun lokasi dipilih berdekatan saja. (rkty/w) | |
KedahLanie.info Posted: 04 Jul 2016 10:08 AM PDT Simpang Siur Halatuju PAS Membuatkan Ramai Penyokong Kecewa.... Posted: 04 Jul 2016 06:00 AM PDT Oleh Hayar Hassan
Mengikut sejarahnya, PAS ditubuhkan dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformis Islam di Tanah Melayu seperti Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha. Nama-nama tersebut mungkin agak asing bagi anak-anak muda generasi baru kita. Menurut Wikipedia, PAS mempunyai idealogi Islamisme, Demokrasi dan Fundamentalisme Islam. Perjuangan PAS adalah untuk memperkenalkan dan mengamalkan cara hidup Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah melalui proses demokrasi dan tetap menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Singkatnya, PAS turut sama berpolitik dalam sistem demokrasi Malaysia dan dalam waktu yang sama turut juga berdakwah memperkenalkan cara hidup Islam kepada seluruh masyarakat majmuk Malaysia.
Awalnya PAS bergerak secara sendirian dengan idealisme keislamannya yang hanya tertumpu kepada orang Melayu yang secara kebetulannya beragama Islam. Kejayaan politik PAS pada waktu itu adalah amat terhad sekali, cuma dapat memerintah Kelantan dan memenangi banyak kerusi di Terengganu. Seiring berlalunya waktu, PAS mula menerima idea untuk berpakat dan pada tahun 1972 telah menerima tawaran Kerajaan Perikatan dan seterusnya bergabung dalam BN mulai tahun 1973 hingga 1978. Kemudian PAS bersendirian lagi untuk 12 tahun . Selepas itu PAS bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah @ APU mulai tahun 1990 hingga 1996. Keperluan untuk bergabung ini dilanjutkan dalam Barisan Alternatif @ BA (1999 - 2004) dan akhirnya dalam Pakatan Rakyat @ PR (2008 - 2015). Prestasi terbaik PAS sepanjang berpolitik di Malaysia adalah semasa berada dalam Pakatan Rakyat, mempunyai begitu banyak kerusi Parlimen dan DUN selepas PRU ke 12. PAS yang telah berpolitik sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan berjaya mempunyai 23 Ahli Parlimen . Sebelumnya Pas hanya mempunyai 7 orang Ahli Parlimen ! Peningkatan sebanyak 329 %. Di DUN pula PAS berjaya mempunyai 84 ADUN. DAP mempunyai 73 ADUN. PKR mempunyai 40.
Apabila Pakatan Rakyat berkubur pada 16 Jun 2015 , ramai ahli-ahli PAS dan penyokong PR terkejut, kecewa dan keliru apabila PAS bertegas untuk bersendirian ! Apakah ini suatu pendekatan yang betul dan wajar? Ramai yang mengeleng kepala dan berkerut dahi ! Apakah PAS kini berada di landasan yang tepat dan betul ? Bukankah ini seperti kembali kepada awal tahun 60'an, berundur ke belakang ? Ramai orang berpendapat bahawa PAS telah masuk perangkap UMNO/BN dalam usaha BN memporakperandakan PR. Itulah yang amat dinanti-nantikan oleh BN. Usaha halus mereka selama ini telah membuahkan hasil. " Buah dugheyan udah gugur Yeop , beduit le kume ! ", kata orang Perak . Dasar Pecah Dan Belah UMNO/BN telah berjaya !
Ramai ahli-ahli PAS dan penyokong PR khususnya di Pulau Pinang terkejut besar apabila diberitahu bahawa lebih daripada 1,000 aktivis PAS terpaksa melepaskan jawatan-jawatan yang diperuntukkan kepada mereka oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walau pun PAS hanya mempunyai seorang ADUN dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ! YB Dato' Saleh Man , ADUN Permatang Pasir dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang. Di samping itu Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato Taib Azamuddin, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Rushidi Husin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Ramai daripada aktivis-aktivis PAS dilantik dalam JKKK Negeri dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Buat pertama kalinya, banyak daripada AJK Qaryah mesjid-mesjid di Pulau Pinang dikuasai oleh orang-orang PAS. Sebagai contoh, Haji Omar Hassan, YDP PAS Kawasan Permatang Pauh telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai. Di samping itu juga beliau dilantik sebagai Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Seberang Jaya. Masjid ini amat terkenal kerana ianya sering disinggahi oleh orang-orang ramai yang menggunakan PLUS semasa bermusafir. Alhamdullilah, dibawah kepimpinan Haji Omar Hassan, masjid ini lebih terurus dari sudut kebersihan dan kelas-kelas pengajian.
Tenaga pengajar kuliah-kuliah pengajian di seluruh masjid-masjid Pulau Pinang adalah terdiri daripada Ustaz-Ustaz PAS daripada Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Masjid-masjid telah diimarahkan dengan begitu baik. Anak-anak jemaah tidak perlu lagi keluar daripada qaryah untuk menimba ilmu agama Islam. Waktu zaman BN dahulu, hanya Masjid Batu, Permatang Pauh sahaja yang menampong pengajian ustaz-ustaz PAS. Dengan berada dalam Kerajaan PR di Pulau Pinang, banyak manafaat yang telah dinikmati oleh PAS. Di bandingkan dengan DAP Kelantan, cuma 3 orang aktivis DAP diperuntukkan jawatan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Almarhum TGNA. DAP Kelantan tahu diri, mereka tidak riuh rendah menuduh Kerajaan Kelantan mengenepikan mereka. Melihat kepada realiti politik Pulau Pinang, keputusan PAS Pusat untuk membawa diri jauh daripada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat adalah suatu kesilapan besar. Dakwah Islam yang cuba dibawa oleh aktivis-aktivis PAS Pulau Pinang telah menemui jalan buntu. Orang Islam dan Agama Islam di Pulau Pinang memang banyak dirugikan. Sedih dan kecewa sekali apabila mengenangkan bahawa ianya terjadi kerana pimpinan PAS Pusat tidak bijaksana, terpedaya dan gagal dalam membaca tipu muslihat UMNO/BN.
Mungkin orang-orang Islam di luar Pulau Pinang tidak tahu bahawa masih banyak Sekolah-Sekolah Agama Islam Pulau Pinang masih mampu bertahan semenjak sebelum merdeka lagi. Kalau di negeri-negeri lain, banyak daripada sekolah-sekolah tersebut sudah berkubur. Pondok Al Khairiah di Pokok Sena, Tasek Gelugor, Pondok Al Masriyah Bukit Mertajam, Pondok Manabil Ulum, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, DMW Kepala Batas adalah antara sekolah-sekolah Agama Islam yang begitu masyhur awal tahun 60'an telah dinaikkan taraf menjadi sekolah-sekolah menengah pendidikan Islam moden. Akhir-akhir ini Pusat-Pusat Tahfiz telah banyak diwujudkan umpama suburnya cendawan selepas hujan. Di Kampong Pelet, sebuah kampong kecil di Kubang Semang Bukit Mertajam pada waktu ini telah mempunyai 3 buah Pusat Tahfiz! Ini adalah suatu rekod yang tidak banyak orang tahu.
Fenomena ini adalah kerana kesedaran beragama masih kuat di Pulau Pinang di kalangan orang-orang Islam. Apatah lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah PR banyak menyalurkan bantuan-bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama. Hatta para hufaz pun diberikan elaun . Tidak berlaku untuk negeri-negeri lain. Sayangnya pucuk pimpinan PAS Pusat pada waktu ini tidak menyedari perkara-perkara ini. Almarhum TGNA mungkin menyedari akan hal ini kerana beliau lebih kerap ke Pulau Pinang, jika dibandingkan dengan TGHH. Namun begitulah yang terjadi, pucuk Pimpinan Pas Pusat sekarang ini lebih memilih untuk mesra dengan UMNO/BN daripada rakan-rakan yang sama-sama susah dalam PR dahulu !
Dalam diam, banyak aktivis PAS Pulau Pinang merasakan kerugian atas tindakan pucuk pimpinan PAS keluar dari PR. Langkah PAS pusat keluar dari PR adalah suatu kesilapan, terburu-buru dan tidak mengambil kira realiti politik negeri-negeri di Pantai Barat Malaysia. Orang-orang PAS dirugikan. Lantaran itu, masyarakat sudah kecewa dengan PAS dan TGHH sendiri sudah tidak disegani lagi ! TGHH mungkin seorang ilmuan agama Islam yang tinggi ilmunya, tetapi bukan lah seorang politikus yang hebat, naif terhadap tipu muslihat musuh-musuh politik PAS dan PR. Sentuhan-sentuhan TGHH sering kali kurang tepat dan banyak menguntungkan UMNO/BN .
Dari sudut lain pula, PAS dilihat gagal dalam memberikan tarbiah akhlak mulia Islam kepada ahli-ahlinya. Masih ramai lagi ahli-ahli PAS dan juga segelintir pimpinan PAS yang tidak dapat meninggalkan tabiat merokok, walau pun merokok itu telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Dalam isu meninggalkan tabiat merokok ini jemaah Islam lain seperti ABIM, IKRAM, NGO-NGO Islam dan Jemaah Sunnah lebih berjaya dalam mentarbiah ahli-ahli mereka meninggalkan tabiat buruk ini. PAS juga dilihat gagal melahirkan pendakwah-pendakwah , penceramah-penceramah yang berakhlak mulia dan dihormati oleh masyarakat. Dalam dunia serba canggih ini, penuntut-penuntut ilmu mahukan kuliah-kuliah agama yang berkualiti, berlandaskan nas-nas Al Quran dan Hadith-Hadith yang sohih, bukan saranan-saranan yang tidak berasas, berbau bid'ah dan tidak menepati ajaran-ajaran Rasulullah SAW dan amalan-amalan Salafussoleh. Dalam zaman serba canggih ini, dimana maklumat-maklumat boleh diperolehi hanya di hujung jari, orang ramai berkeupayaan menyemak semula apa-apa yang disampaikan oleh ustaz dan penceramah.
Contoh penyampaian tazkirah buruk yang telah disampaikan oleh seorang penceramah PAS baru-baru ini, adalah oleh Ustaz Shaharuddin Ibrahim, YDP PAS Kawasan Padang Serai Kedah. Tazkirah beliau yang tidak tepat telah mengundang bantahan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Isi tazkirah yang tidak benar dan berunsurkan fitnah telah menimbulkan masaalah kepada penceramah tersebut. Beliau hampir menghadapi tindakan mahkamah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Akhirnya beliau terpaksa memohon maaf secara terbuka ! Begitu juga yang terjadi kepada Ustaz Abdullah Khairi, seorang penceramah PAS yang juga terpaksa memohon maaf kepada keluarga Presiden PAN, Haji Muhammad Sabu atas perkataan biadap nya sewaktu berceramah di PRK Kuala Kangsar baru-baru ini.
Demikianlah kecelaruan-kecelaruan yang telah ditimbulkan oleh PAS dan ahli-ahlinya akhir-akhir ini. Masyarakat ternyata sudah kurang tertarik terhadap rentak politik yang dibawa oleh PAS. Ceramah dan aktiviti-aktiviti PAS sudah kurang menarik. Ianya hanya dihadiri oleh penyokong-penyokong tegar PAS sahaja. Pimpinan PAS perlu berlapang dada dan bermuhasabah diri , mencari kesilapan -kesilapan yang lalu. Masih tidak terlewat untuk PAS berubah supaya parti yang telah lama wujud ini masih tetap relevan di pentas politik di tanah air tercinta ini. Ulamak besar Imam As Shafie juga ada berpesan di bahagian akhir kitabnya Al Umm, mafhumnya " Jika terdapat hadith-hadith yang sahih, maka lemparlah pendapatku ke dinding, jika engkau melihat hujah diletakkan di atas jalan , maka itulah pendapatku ".
Hayar Hassan | Parti Amanah Negara: Si Kuning Dan Merah Yang Dilupakan Posted: 04 Jul 2016 05:00 AM PDT oleh M. Faiz Ahmad
Saya memiliki harapan yang meninggi terhadap Parti Amanah Negara (P.A.N). Ini kerana setelah sekian lama, saya mendapati terdapat lompang kosong dalam perjuangan siyasah di negara Malaysia yang tercinta ini.
Apa yang dicatat ini merupakan aspirasi dan impian saya, yang mungkin tidak penting dan tidak terlintas dalam pemikiran barisan pemimpin (PAN) atau ya, memang ada, cuma tidak diterjemahkan lagi. Dan, saya tidak boleh nafikan bahawa setiap kali saya meniti huruf PAN, akan terdetik di fikiran istilah PAN-ISLAM (Perpaduan seluruh Umat Islam yang amanah, islah/progresif dan ihsan/peduli, semestinya).
Sebagai seorang Melayu berbangsa Malaysia, saya bersyukur atas nikmat negara merdeka (mim ra dhal kaff) di atas bumi Malaysia (Mim lam-alif sim ya alif).
Sebagai seorang Melayu seperti anak-anak Melayu yang lain, saya dididik dengan bibit-bibit perjuangan. Salah satu tema yang amat masyhur dikalangan orang Melayu adalah perjuangan Alif-Baa-Taa (Agama-Bangsa-Tanah Air). Konsep ini begitu masyhur sehingga sering digunakan untuk menaikkan semangat perjuangan anak-anak bangsa, baik dalam ruang siyasah (politik) mahupun iktisad (ekonomi).
Begitu juga, sudah sekian maklum masyhur bahawa warna yang digunakan untuk mewajahkan konsep didikan ini adalah Hijau-Kuning-Merah. Hijau merujuk Agama, Kuning merujuk Bangsa dan Merah adalah Tanahair.
Simbol melalui warna-warna ini ternyata sangat memberi kesan yang mendalam bagi anak-anak Melayu Malaysia. Namun dari segi pemahaman dan tafsiran, ianya boleh jadi merujuk pola rakyat Malaysia (atau susunlapis ahli dalam mantan harakah pilihan) kita iaitu, Ulama-Profesional (bukan ulama')-Umum (rakyat Malaysia) ataupun juga ulama, muslim (sebangsa dan seagama) dan bukan-muslim (rakan-rakan bukan seagama -sebangsa di tanah air negara Malaysia!). Namun, ternyata mantan harakah pilihan sebelum ini sudah terlalu asyik masyuk dengan kehijauannya semata-mata. Sehingga merasakan bahawa perjuangan Alif Baa Taa itu cuma ada alif atau hijau sahaja lantas mengabaikan yang kuning dan yang merah.
Walhal adalah menjadi AMANAH para pemimpin harakah pilihan sebelum ini agar tidak terlupa tentang wasiat dan nasihat mantan pemimpin-pemimpin terdahulu. Ataupun tidak terus melupakan konsep tradisi ini bahawa setiap perjuangan tidak boleh tidak, harus berdiri seiringan baik hijau, KUNING, MERAH dalam mencapai impian dan wawasan yang ingin dicapai.
Namun, ianya telah tertulis seperti yang kini dialami, demi memberi pengajaran dan peringatan kepada kita umat Islam di tanah bertuah Malaysia ini.
Maka, kumpulan yang KUNING dan yang MERAH ini telah memilih untuk berhijrah dan berjuang dalam wadah mereka tersendiri demi memartabatkan kembali perjuangan Alif-Baa-Taa ini. Demi untuk bersua kemakmuran, kesenangan dan keharmonian buat bumi Malaysia tercinta ini.
Justeru maka bercampurlah warna kuning dan warna merah lebur dalam cawan parti siyasah baharu lantas menerbitkan warna JINGGA (OREN)- P.A.N.
Justeru saudara-saudaraku, ayuhlah kita bersatu bangun dengan wadah baru ini, maju memacu perjuangan dalam membela agama-bangsa-tanah air di Malaysia dengan wadah Islam progresif nan inklusif dari kumpulan yang terabaikan oleh kelompok hijau yang terlajak ayik masyuk bercinta dengan hijaunya. Kerana kita juga yang berdiri di bawah arus jingga (kuning+merah) tetap berjuang di atas dasar cinta tetapi cinta yang sedar diri, cinta yang terus membara demi menyelamatkan tanah air tercinta, bumi bertuah Malaysia!
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! M. Faiz Ahmad - Teratak Alif Ba Jim Dhal, Jitra. | Kenyataan ekstrem Mufti Pahang: Mana wasatiyyah Najib? Posted: 04 Jul 2016 03:27 AM PDT
Saya percaya semua dalam kalangan kita yang mencintai keamanan di sebuah negara pelbagai kaum dan agama tidak ada menerima kenyataan keras yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman tentang parti DAP. Kenyataan itu boleh difahami sebagai gesaan supaya bertindak keras hingga pertumpahan darah.
Walaupun dalam banyak perkara saya sangat bertentangan dengan DAP khususnya melibatkan orang Melayu dan agama Islam tetapi saya menolak kenyataan Mufti Pahang supaya kita "memerangi" kafir harbi dalam DAP. Gesaan ini sangat bahaya dalam negara pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.
"Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama dengan mereka. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya," kata beliau kepada media baru-baru ini.
Sebenarnya hudud yang diperjuangkan oleh Pas bukan sahaja ditentang oleh DAP malah UMNO sendiri menentang hudud sebelum ini (sebelum UMNO berbaik-baik dengan Pas). Adakah ini membawa maksud UMNO juga wajib diperangi? Kenapa semasa UMNO menentang hudud kenyataan supaya memerangi UMNO tidak dikeluarkan?
Kalau diterbalikkan, gesaan Mufti Pahang itu seolah-olah mahu orang Islam melakukan sebagaimana orang Buddha berbuat kejam ke atas etnik Rohinya di Myanmar sekarang ini. Adakah ini yang kita mahukan? Adakah pengalaman pahit 13 Mei 1969 belum cukup mengajar kita tentang pertumpahan darah?
Hasutan Mufti Pahang sebenarnya jauh lebih bahaya daripada beberapa individu yang ditahan di bawah Akta Hasutan. Adakah ini membayangkan Mufti Pahang akan terlepas begitu sahaja?
Sepatutnya beliau tidak mengeluarkan kenyataan berbaur politik kerana kedudukan sebagai seorang agamawan adalah menyeru kepada keamanan. Tambahan pula setakat ini tidak ada kenyataan yang menyanggah daripada pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri, Najib Razak. Saya percaya ini lebih kepada kenyataan politik daripada seorang agamawan.
Apa sudah jadi dengan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) yang dijaja oleh Najib apabila Najib berdiam diri dengan kenyataan yang sangat bahaya seperti ini? Wayang apakah yang sedang dimainkan di sebalik wasatiyyah? Adakah wasatiyyah tidak lebih satu modal politik tetapi tidak diamalkan apabila ada yang melanggar konsep wasatiyyah berkenaan?
Secara terang-terang kenyataan Mufti Pahang bertentangan dengan konsep wasatiyyah. Kenyataan Mufti Pahang sangat ekstrem. Apabila kenyataan ekstrem dan bahaya ini tidak dibantah oleh UMNO dan Najib, jelaslah wasatiyyah tidak lebih satu "branding" politik semata-mata. Sehingga hari ini belum ada kenyataan daripada polis untuk menyiasat Mufti Pahang. Adakah polis juga tidak menganggap "remark" mufti ini tidak mendatangkan mudarat kepada negara?
Posted by ku_seman | Kepala tok dia, kata balu seniman negara kepada Ku Nan Posted: 04 Jul 2016 02:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Balu bekas Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal hari ini berang dengan kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menganggap arca Puncak Purnama menyakitkan mata.
Menteri Wilayah Persekutuan itu turut berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa merobohkan arca hasil seni Syed Ahmad itu kerana sudah usang dan tidak dapat diperbaiki lagi.
"Bila saya dengar menteri cakap ia sudah tidak boleh diperbaiki, kepala tok dia," kata Datin Hamidah Mohd Noor.
Arca dihasilkan suaminya pada 1986 tidak menganggu mana-mana pihak, kata Hamidah, malah ia tidak menyakitkan hati dan mata seperti yang didakwa Adnan.
"Sewaktu arca tersebut hendak dibina, apabila kita pergi ke Singapura, orang luar negara bersungguh-sungguh membantu kerana ia dibina untuk negara.
"Tapi orang kita pula tidak hargai dan runtuhkan pula ia. Kalau tidak faham makna arca tersebut itu jangan jatuhkan karya orang lain," katanya pada sidang media di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), hari ini.
Arca Puncak Purnama dibina dengan kaca seramik yang dibangunkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada 1986, hasil kerjasama Kedutaan USA dan Wisma Putra.
Strukturnya ditukar ke besi tanpa karat pada 1996. Arca tersebut dibina bagi memperingati manusia menjejak kaki ke bulan.
Hamidah berkata tindakan DBKL meruntuhkan arca itu begitu merobek hatinya.
"Kalau hendak ikutkan sedih, saya sedih yang amat sangat. Kerana kita tidak dapat atau datangkan semula air tangan dia," ujarnya.
Jumpa Najib
Anak Syed Ahmad, Syed Nabil Syed Ahmad Jamal, berkata tindakan merobohkan arca itu seolah-olah menghancurkan legasi seni bapanya.
"Apabila dia masih hidup, dia diangkat sebagai seorang seniman negara, tetapi bila dia arwah orang hancurkan legasi dia," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Mahadzir Lokman bercadang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan DBKL bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.
Beliau juga berkata badan itu akan menyokong penuh kepada ahli keluarga sekiranya mereka mengambil tindakan undang-undang.
"Ia juga bagi memberi pengajaran agar karya-karya seni ini dapat dijaga dan dipelihara," katanya.
Adnan sebelum ini berkata DBKL menerima rungutan orang awam berhubung arca berkenaan.
| Mohd. Shafie Apdal umum keluar UMNO Posted: 03 Jul 2016 11:35 PM PDT RODELIO JUNJUN TAUCAN 04 Julai 2016 2:12 PM SEMPORNA 4 Julai - Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti UMNO. Menurut beliau, keputusan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menggantung keahliannya minggu lalu. | |
OhDunia.My Posted: 04 Jul 2016 07:55 AM PDT Video: Pengemis Kudung Di China Kantoi Rupanya Ada Kaki Posted: 03 Jul 2016 06:12 PM PDT Beijing: Penipuan seorang lelaki menyamar pengemis kudung untuk membolehkan dia memperoleh wang dengan mudah terbongkar apabila diserang seorang penduduk yang sekian lama mengesyaki dia menipu mengenai kecacatannya.Baca selengkapnya | Anggota Bomba Jujur Pulangkan Wang RM30,000 Milik Mangsa Kebakaran Posted: 03 Jul 2016 05:59 PM PDT JOHOR BAHRU, Isnin – Bukan sekadar berjaya memadamkan kebakaran di sebuah kedai, seorang anggota bomba, Hairul Mat Nin telah menyelamatkan wang RM30,000 dan barang berharga lalu memulangkannya kepada pemiliknya.Baca selengkapnya | 7 Sekeluarga Maut, 8 Cedera, Kemalangan Di Jalan Gua Musang - Kuala Krai Posted: 03 Jul 2016 06:00 PM PDT Gua Musang, 4 Julai : Satu kemalangan maut telah meragut nyawa 7 sekeluarga dalam kejadian yang berlaku dekat RKT KESEDAR, Renok, Gua Musang di Gua Musang - Kuala Krai pagi tadi.Baca selengkapnya | |
Toknek.com RSS Feed Posted: 04 Jul 2016 02:42 AM PDT |
myartis.com Posted: 04 Jul 2016 02:06 AM PDT NEELOFA TERUJA BERAYA BERSAMA KAKAK DI RUMAH BAHARU Posted: 03 Jul 2016 08:51 PM PDT Neelofa kini mampu tersenyum gembira kerana bakal meraikan Aidilfitri di rumah baharu yang dibeli bersama kakaknya, Noor Nabila yang terletak di Bukit Klara, Kuala Lumpur setelah berusaha menjadikan dirinya seorang usahawan dan selebriti tanah air yang dikenali. "Saya dan kakak kongsi duit untuk beli rumah ini. Rumah ini agak besar untuk tinggal seorang dan kami sempat mengemas rumah. Memang rasa tak sabar untuk tinggal di rumah yang di beli sendiri. Lofa dan kakak memang dari dahulu lagi tinggal bersama. Cuma tak pasti siapa yang akan keluar bila ada antara kami yang berkahwin nanti," ujar Neelofa dipetik sebagai berkata. Sementara itu, Neelofa turut mengambil kesempatan untuk di musim perayaan ini selepas pulang beraya dari Kelantan. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | DEMI INGIN BERAYA BERSAMA STACY - AKIM BATAL TUNAI UMRAH Posted: 03 Jul 2016 07:58 PM PDT Tidak mahu melepaskan peluang untuk menyambut Aidilfitri bersama isterinya Umum Syaikhah Stacy Anam yang bergelar saudara baharu pada tahun pertama, Akim Ahmad telah membatalkan rancangannya untuk menunaikan umrah bersama ahli kumpulan Akim & The Majistret pada saat akhir. Untuk makluman, Akim sepatutnya berangkat ke Tanah Suci Mekah pada penghujung bulan Jun lalu. "Sepatutnya saya berangkat pada 22 Jun lalu tetapi saya terpaksa batalkan perancangan itu kerana mahu fokus kepada hal perpindahan rumah termasuk mahu bersama Stacy pada raya pertama memandangkan ini kali pertama dia menyambutnya sebagai saudara baharu," jelas Akim. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | 10 GAMBAR - RAGAM TERKINI YUSUF ISKANDAR Posted: 03 Jul 2016 07:03 PM PDT Ragam terkini anak lelaki Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bernama Yusuf Iskandar yang genap sebulan usianya semalam (3 Jun). "Hari ini 3/7/2016 genap sebulan usia hero kami YUSUF ISKANDAR. Alhamdulillah Yusuf sihat berat dia sudah 5kg, doakan dia jadi anak yang soleh, bertanggungjawab, jujur & amanah. InsyaAllah amin," ujar Hairul di laman IGnya. Jom lihat! << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | 12 GAMBAR - AKSI PRE-WEDDING HAZIQ HOT FM & AYUNDA PUTRI Posted: 03 Jul 2016 05:58 PM PDT Aksi menarik penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni, 26, dan bakal isterinya, Ayunda Putri, 26, dalam sesi foto pre-wedding mereka. Haziq dan tunang itu akan melangsungkan pernikahan mereka pada 10 syawal iaitu 15 Julai depan. Manakala bagi resepsi pula ada didakan pada keesokan harinya di lokasi sama. "Bila kawen bulan raya, duit raya jadi duit kawen, baju raya jadi baju kawen, gambar raya jadi gambar kawen, jalan raya jadi jalan kawen, balairaya jadi balaikawen, bunga raya jadi bunga kawen. Selamat Hari Raya pun jadi Selamat Hari kawen. semua tukar jadi kawen lah," ujar Haziq di laman IGnya. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | MASIH DISAYANGI RAMAI - AMENG RASA SEBAK Posted: 03 Jul 2016 04:40 PM PDT Vokalis kumpulan Spring, Ameng berasa sebak apabila ada yang masih mahu menerima kehadirannya semula dan menyayanginya walaupun dirinya itu merupakan bekas pesalah yang sudah menerima hukuman. "Apabila melangkah keluar (penjara), saya tengok ramai yang menunggu saya termasuklah isteri dan anak. Rakan-rakan media pun yang menunggu berpuluh-puluh orang ramainya di luar penjara tersebut. "Saya sebak, pesalah seperti saya masih diberikan liputan begitu sekali. Seolah-olah saya menang anugerah! Padahal saya keluar penjara. Saya sedar, ini semua merupakan kasih sayang mereka terhadap saya. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | LAMA MENYEPI - NAMUN CAMELIA MASIH CANTIK, ANGGUN Posted: 03 Jul 2016 02:48 PM PDT Setelah agak lama menyepi daripada industri hiburan, Camelia atau nama sebenarnya Dayang Noor Camelia Abang Khalid, kelihatan makin anggun... sama seperti sebelumnya. Terkini, Camelia sering dilihat di Publika, Solaris Dutamas, dengan tubuh masih seperti anak dara walaupun sudah mempunyai anak. Malah, anak-anaknya juga cantik bukan main seolah 'copy paste' ibunya yang jelita itu. Pada anda yang rindukan Camelia, jom tengok gambar-gambar terbarunya. Enjoyzzz! << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
beautifulnara Posted: 04 Jul 2016 01:51 AM PDT Amar Bahrin Berlatih Panggil Ibu Amyra Rosli “Mama”: Bakal Berkahwin Selepas Hari Raya? Posted: 03 Jul 2016 07:42 AM PDT Nampaknya gosip mengenai hubungan percintaan dan perkahwinan antara Amar Baharin dan Amyra Rosli masih hangat diperkatakan.  Sebelum ini mereka dikatakan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan November depan. Terbaru menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, ada sumber memberitahu pasangan ini bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini. Malah, Amar juga sudah berlatih memanggil ibu Amyra dengan panggilan "Mama". Ibu Amyra dan Amar sememangnya agak rapat apatah lagi ibu Amyra turut menguruskan kerjaya seni Amar.  Berikut antara petikan kenyataan daripada Cik Pang :- Kalau sudah buka mulut panggil ibu Amyra itu dengan panggilan mama sekuat hati di hadapan orang ramai, bermakna dia sudah tidak kisah kalau orang tahu yang dia memang rapat dan memang benar ibu Amyra nanti akan menjadi ibu mentuanya.  Sejauh mana kebenaran berita ini tidak kami ketahui, tetapi harapnya Amar dan Amyra boleh buat penjelasan lanjut mengenai status sebenar hubungan mereka. Iyalah, sudah beberapa kali juga mereka dihimpit dengan gosip percintaan dan pernikahan. Sumber Berita : Harian Metro | Serina Redzuawan Enggan Komen Gosip Rumah Tangga Sedang Bermasalah Posted: 03 Jul 2016 07:19 AM PDT Umum mengetahui anak tukang masak terkenal Chef Wan iaitu Serina Redzuawan sudah enam tahun bergelar isteri kepada seorang lelaki Inggeris dan mempunyai dua orang anak.  Namun, beberapa ketika ini kami ada dengar khabar angin bahawa Serina mempunyai masalah dengan suaminya, Gavin Edward O'luanaigh. Meskipun berita berkenaan sudah menjadi bualan ramai, Serina bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya. Apabila tiba masa, saya akan tampil menjelaskan segala isu yang berbangkit. Ketika ini, saya belum bersedia memberikan sebarang komen dan berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga saya.  Menguatkan lagi gosip berkenaan, kita boleh lihat Serina sudah lama tidak memuat naik foto beliau dan suami di mana-mana akaun media sosialnya. Menurut ruangan Bipop Berita Harian, keretakan rumah tangga mereka tidak melibatkan orang ketiga tetapi ia adalah masalah peribadi yang sukar untuk dikongsi.  Kami harap Serina dan suami dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik. Biasalah, dalam kehidupan rumah tangga pasti akan ada pasang surutnya. Sumber Berita : BH ONLINE | |
ROTIKAYA Posted: 03 Jul 2016 08:25 PM PDT Akim Ahmad Batal Tunai Umrah Untuk Beraya Dengan Isteri Posted: 03 Jul 2016 07:11 PM PDT Walaupun pernah merancang untuk berangkat ke tanah suci Mekah pada penghujung bulan Jun lalu bersama ahli kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad bertindak membatalkan hasratnya itu secara tiba-tiba demi meluangkan masa menyambut raya bersama isteri tersayang, Stacy Anam yang bakal menyambut Aidilfitri buat pertama kali sebagai seorang Muslim. BACA: Stacy, Akim Nafi Sombong Terhadap Peminat "Sepatutnya saya berangkat pada 22 Jun lalu tetapi saya terpaksa batalkan perancangan itu kerana mahu fokus kepada hal perpindahan rumah termasuk mahu bersama Stacy pada raya pertama memandangkan ini kali pertama dia menyambutnya sebagai saudara baharu. Kalau dulu saya sekadar beraya, tahun ini saya lebih memahami pengertian Hari Raya itu” “Selama ini saya sering memerhatikan Akim dan keluarganya melakukan tradisi itu dan tahun ini buat pertama kalinya sebagai seorang isteri dan memikirkan hal itu sahaja sudah membuatkan saya cukup terharu,” katanya kepada Projek MMO mengenai perancangan sambutan Aidilfitri pertamanya yang bakal menjelang tidak lama lagi sebagai seorang Muslim. Pada masa yang sama, Stacy memberitahu walaupun sebelum ini pernah beberapa kali menyambut Hari Raya, tetapi ternyata perasaan itu tampil berbeza kali ini apabila bergelar seorang Muslim. Tambahnya lagi, beliau turut teruja menantikan kehadiran pagi Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi untuk bersalaman dengan Akim serta ahli keluarga yang lain. Terdahulu, Akim & The Majistret ada menyatakan hasrat mereka untuk menunaikan umrah di Mekah sempena mengambil keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini, selain bersyukur dengan segala kejayaan yang dikecapi oleh kumpulan itu. Namun Stacy tidak menyertai perjalanan itu kerana bimbang ia membebankan beliau sebagai seorang Muslim baru. (rkty/w) | “Kami Tak Pernah Bergaduh Nak Balik Raya” Posted: 03 Jul 2016 05:34 PM PDT Pelakon Scha Al-Yahya memberitahu bahawa dia begitu rindu untuk pulang beraya di kampong asalnya, di Sungai Petani, Kedah namun sering kali tidak berkesempatan untuk menyambut perayaan di sana kerana rata-rata saudara mara ada di ibu kota. BACA: Awal Ashaari Pertahan Scha al-Yahya Digelar Bapok “Agak lama sebenarnya saya tidak pulang ke Sungai Petani kerana semua di sini. Kadang kala ada juga merancang untuk pulang, tapi tidak kesampaian. Jadi tahun ini tidak pasti lagi akan pulang atau tidak. Kalau boleh saya berharap dapat pergi bercuti bersama emak dan keluarga mertua pada Aidilfitri ini” “Bagaimanapun semua bergantung kepada keadaan kerana saya tidak akan cuti panjang pada Aidilfitri tahun ini dan akan memasuki set penggambaran sebuah drama bersiri,” katanya. Sementara itu, suaminya Awal Ashaari berkata mereka tidak pernah bergaduh untuk pulang berhari raya kerana keluarga kedua-duanya berada di Kuala Lumpur. “Rumah keluarga saya dan Scha berada berdekatan, jadi bila orang bercakap mengenai kampung, saya tak rasa sangat sebab kampung saya di Kampung Baru. Hanya dipisahkan dengan Penchala Link untuk pulang ke rumah keluarga Scha pula,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h) | Neelofa Sambut Raya Di Rumah Baru Posted: 03 Jul 2016 05:21 PM PDT Setelah penat lelah selama ini dalam kerjayanya sebagai seorang anak seni dan juga usahawan, Neelofa akhirnya mampu tersenyum gembira kerana bakal beraya di rumah baharu yang dibeli bersama kakaknya, Noor Nabila di Bukit Klara Kuala Lumpur. BACA: Sudah Bersedia Berkahwin, Neelofa Tunggu Calon "Saya dan kakak kongsi duit untuk beli rumah ini. Rumah ini agak besar untuk tinggal seorang dan kami sempat mengemas rumah. Memang rasa tak sabar untuk tinggal di rumah yang di beli sendiri. Lofa dan kakak memang dari dahulu lagi tinggal bersama. Cuma tak pasti siapa yang akan keluar bila ada antara kami yang berkahwin nanti,” katanya kepada Rotikaya. Sementara itu, Lofa turut mengambil kesempatan untuk bercuti di musim perayaan selepas pulang sahaja beraya dari Kelantan. Destinasi yang menjadi pilihannya iaitu pulau peranginan Koh Samui di Thailand. “Insya Allah, saya akan berada di Kelantan sehingga raya keenam dan akan ke Koh Samui bersama rakan-rakan selama sembilan hari. Kalau ikutkan saya patut bercuti dengan keluarga ke sebuah destinasi lain, tapi memandangkan mereka ada perancangan lain, maka kami tundakan perancangan itu ke bulan Ogos depan. “Jadi saya ambil kesempatan untuk pergi bercuti dahulu kerana penat bekerja dari bulan Februari lalu,” ujarnya. (rtky/h) | Ibu Terlantar Sakit, Nabil Ahmad Sambut Raya Sederhana Posted: 02 Jul 2016 11:08 PM PDT Kemeriahan sambutan hari raya tahun ini mungkin tidak seperti tahun-tahun lalu bagi Nabil Ahmad kerana kesihatan ibunya yang tidak begitu baik. Nabil memaklumkan, ibunya telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa bulan yang lalu dan memerlukannya untuk menjalani rawatan dialisis setiap tiga kali seminggu. BACA: Nabil Ahmad Risau Mahu Bawa Anak Pergi Umrah “Tahun ini kami sekeluarga sambut sederhana sahaja kerana kesihatan ibu saya pun tidak berapa baik ketika ini. Tumpuan kami akan lebih kepada keperluannya selain memastikan dia menjalani rawatan dialisis pada waktu ditetapkan. Tahun ini kami adik-beradik yang akan sibuk di dapur menyediakan juadah,” katanya kepada m Star Online. Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Nabil berkata, keadaan dimana sebelum ini ibunya merupakan antara orang yang paling sibuk menyediakan pelbagai juadah untuk semua adik beradik di hari raya namun kini keadaan sudah berbeza sejak beliau didapati sakit. Terdahulu, Nabil dan isteri yang kini berada di tanah suci Mekah sedang menjalani ibadah umrah dan hanya akan pulang ke tanah air pada hari Isnin ini. Pemergian Nabil dan isteri ke tanah suci pada penghujung bulan Jun lalu juga bagi menjalani penggambaran program Perjalanan Haji Nabil terbitan Astro Oasis untuk siaran pada Hari Raya Aidiladha. (rkty/w) | Rozita Che Wan Teringin Nak Sambut Raya Di Mekah Posted: 02 Jul 2016 09:37 PM PDT Selepas beberapa kali menjejakan kaki ke tanah suci Mekah ketika bulan Ramadhan, kali ini Rozita Che Wan teringin pula merasai nikmat sambutan Aidilfitri di Mekah. Menurut Che Ta, hasratnya itu sepatutnya tertunai pada Syawal tahun ini namun terpaksa ditangguh ke tahun hadapan kerana terikat dengan tuntutan kerja selepas sambutan raya ini. BACA: Zain Saidin, Che Ta Sediakan 110 Pasang Baju Raya “Saya akan ke Makkah selepas raya nanti untuk menjalani penggambaran. Sudah lama saya teringin beraya di Makkah kerana sebelum ini, saya hanya berkesempatan menyambut Ramadan di sana. Saya ingin merasai pengalaman baharu kerana sudah terbiasa beraya di ibu kota dan kampung. Siapa tahu, hasrat saya itu mungkin akan dimakbulkan Allah” “Kami sekeluarga akan terlebih dulu beraya di Kuala Lumpur, dan seterusnya bertolak ke Kedah pada hari raya kedua. Alhamdulillah, setakat ini kami tidak pernah ada masalah mengenai isu balik kampung ketika hari raya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perancangannya mereka sekeluarga menjelang sambutan Aildifitri tidak lama lagi. Umum sememangnya mengetahui bahawa Che Ta sekeluarga gemar bercuti ke luar negara setiap kali tiba musim perayaan, jadi untuk Aidilfitri tahun ini, Che Ta memberitahu bahawa beliau akan bercuti selama sebulan. Katanya, mereka sekeluarga akan berkunjung ke beberapa lokasi seperti Barcelona, Madrid, Cordoba dan banyak lagi selepas raya nanti. Selain itu, jelasnya lagi walaupun kehadiran beliau ke Mekah pada tahun ini adalah bagi menjalani sebuah penggambaran bersama produksi Zeel Productions selepas Aidilfitri nanti, namun pada masa yang sama beliau turut cuba mengambil kesempatan itu untuk menjalani ibadah umrah. (rkty/w) | Amar Baharin & Amyra Rosli Bakal Nikah Lepas Raya? Posted: 02 Jul 2016 09:07 PM PDT Nampaknya masih belum reda lagi isu pasangan selebriti yang sedang hangat bercinta, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang pernah dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada November nanti. Terbaru pula, menerusi ruangan Cik Pang di Metro Ahad, pasangan ini sekali lagi dikhabarkan akan berkahwin tetapi lebih cepat iaitu sejurus selepas sambutan Aidilfitri. BACA: Amyra Rosli & Amar Baharin Kahwin November Ini? “Kata teman ini, dia berasakan memang benarlah seperti apa yang dicanangkan orang mengenai Amar dan Amyra akan bernikah selepas bulan puasa ini. Dia terdengar Amar sekarang berlatih memanggil ibu Amyra dengan penggilan mama. Seperti diketahui umum, ibu Amyra turut menguruskan kerjaya seni Amar selain daripada anaknya sendiri, Amyra” “Kalau benar pun Amar memanggil pengurusnya mama, apa salahnya. Memang pengurus kerjanya seperti seorang ibu. Rasanya memang sejak dulu lagi Amar memanggil ibu Amyra dengan panggilan mama. Tapi kata teman itu lagi, takkan Amar nak panggil mama untuk pengurusnya itu di hadapan orang ramai, sekurang-kurangnya panggillah Puan Nor” “Kalau sudah berani buka mulut panggil ibu Amyra itu dengan panggilan mama sekuat hati di hadapan orang ramai, bermakna mungkin dia sudah tidak kisah lagi kalau orang ramai tahu yang dia memang rapat dengan ibu Amyra dan memang benarlah ibu Amyra nanti akan menjadi ibu mentuanya,” tulis Cik Pang di ruangan Harian Metro mengenai perkara itu. Walau apapun, didalam hal sebegini lebih baik empunya badan sendiri yang menjawab sejauh mana kebenaran cerita ini. Gosip sebegini pun sudah beberapa kali melanda pasangan bahagia ini, jadi mungkin inilah petanda pasangan ini merancang sesuatu sebab kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. (rkty/w) | Rotan & Denda Jadi Pilihan Untuk Didik Anak Posted: 02 Jul 2016 08:36 PM PDT Walau sesetengah ibu bapa berpendapat mendidik anak menggunakan rotan adalah sesuatu yang kasar tetapi bagi pasangan selebriti Johan Rajalawak dan Ozlyn, mereka lebih selesa memegang prinsip melentur buluh biarlah dari rebungnya. Biarpun tindakan itu nampak tegas namun Johan enggan melayan kritikan orang ramai mengenai cara didikannya. BACA: Johan & Ozlynn Pernah Gadai Barang Kemas Untuk Makan “Biarlah jika ada yang mempertikaikan tindakan saya dan isteri yang dikatakan tegas dalam mendidik anak-anak. Saya rotan atau belasah mereka pun biarlah daripada kecil. Tidak guna untuk membentuk anak-anak apabila mereka sudah besar nanti. Dan kini biarpun masih kecil, namun mereka sudah tahu rutin harian yang perlu dilakukan” “Sebenarnya, ibu bapa kami juga kurang bersetuju melihat cucu mereka dirotan dan didenda, namun inilah cara kami untuk mendidik anak-anak. Alhamdulillah, setakat ini saya gembira dengan pilihan yang dibuat kerana anak-anak mendengar kata. Kami tak kata cara kami adalah terbaik buat semua, namun inilah pendekatan kami gunakan” “Malah ramai yang bertanya kepada saya bagaimana kami mendisplinkan anak-anak terutama yang didominasi oleh anak lelaki. Oleh itu penting untuk mendidik anak-anak dengan memberikan contoh terbaik. Mana mungkin kita mengajar anak untuk melakukan sesuatu namun kita tidak pula mempraktikkannya,” katanya kepada Berita Harian Plus. Bercakap mengenai perkongsian anak-anak dilaman sosial pula, Ozlyn akui bahawa beliau tetap mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali memuat naik gambar atau video anak-anaknya. Sememangnya perkara itu hanya dilakukan selepas mendapat kebenaran Johan terlebih dahulu bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. (rkty/w) | |
No comments:
Post a Comment