Setiap kali musim perayaan pastinya kadar kemalangan jalanraya akan meningkat. Perkara itu terus berulang saban tahun. Tidak kiralah sebelum raya mahupun selepas raya. Sebagaimana yang saya perhatikan, kita sudah berusaha sehabis mungkin untuk mengelakkan kecelakaan, namun ada sahaja kecuaian di pihak lain yang boleh menyebabkan kita dan keluarga merana. Bukan nak menolak takdir dan suratan […]
Kenapa perlu buka penutup tingkap kapal terbang ketika berlepas dan mendarat? Ia selalu menjadi persoalan ammboi setiap kali menaiki kapal terbang. Kebiasaannya kita akan menutup tingkap kapal terbang sekiranya sinar cahaya matahari menggangu keselesaan kita untuk melelapkan mata. Tetapi, ketika berlepas atau mahu melakukan pendaratan, penumpang akan diarahkan oleh krew kabin untuk membuka penutup tingkap […]
Keputusan Piala Malaysia 13 Julai 2016. Dua lagi perlawanan TM Piala Malaysia berlangsung untuk melengkapkan jadual perlawanan pertama. Perlawanan hari ini melibatkan pertemuan Kedah vs Sarawak dan Perak vs PDRM. KEPUTUSAN Kedah 4 Sarawak 3 Perak 1 PDRM 2 Dalam aksi di Stadium Darul Aman, Kedah mendapat dua sepakan penalti menerusi Liridon Krasniqi pada minit ...
You are subscribed to email updates from Info Semasa. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Gencatan senjata: AMANAH harap PAS tak 'U-turn' Anne Muhammad 13 Jul 2016, petang 5:05 (Dikemaskini 13 Jul 2016, petang 5:42)
Walaupun DAP dan PKR hari ini dilihat menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' oleh PAS, rakan sekutunya dari Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu parti itu berbincang terlebih dahulu di peringkat kepimpinan.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata perkara itu penting supaya PAS lebih istiqamah dalam menentang Umno serta tidak membuat 'pusingan U'.
“Kami sentiasa bersatu menentang BN. Tapi PAS sendiri yang sebaliknya.
“Saya mencadangkan PAS mengadakan mesyuarat di kalangan pucuk pimpinan dan membuat keputusan (untuk gencatan senjata) supaya selepas ini mereka konsisten dan istiqamah,” katanya kepada Malaysiakini.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama dalam menumbangkan BN.
Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan AMANAH – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.
Sementara itu, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata pihaknya sedia membuat rundingan baru dengan PAS bagi menjernihkan hubungan sesama pembangkang dalam menjatuhkan 'musuh yang sebenar'.
Katanya HARAPAN sendiri sentiasa terbuka untuk berbincang kerana perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat presiden sebelum ini.
“Kita sentiasa bersedia memulakan siri rundingan baru. Pakatan Harapan terbuka buat rundingan dengan PAS, PSM, Tan Sri Muhyiddin (Yassin), kita semua sentiasa terbuka," katanya.
Perjumpaan tertutup dengan PAS
Setuju dengan saranan Tuan Ibrahim, Saifuddin berkata perjumpaan secara tertutup dengan PAS akan dilakukan bagi membincangkan perkara berkenaan.
“Biasa perkara ini kita tak buat secara terbuka dan Tuan Ibrahim tahu siapa yang pergi untuk berunding.
“Kita dah tahu siapa dan tak perlu umum. Saya sudah tahu siapa yang perlu dihubungi dan kami sama-sama tahu," katanya.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke turut menyambut positif cadangan tersebut.
Katanya, parti Islam itu sedar perpecahan dalam pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada BN.
“Saya belum lagi melihat kenyataan itu secara langsung tapi kita ambil ia secara positif. Mungkin PAS sedar bahawa perpecahan di kalangan pembangkang hanya akan memberi manfaat kepada Umno.
“Mereka melihat bahawa pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi manfaat kepada Umno,” katanya.
Loke berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkembangan itu dalam HARAPAN itu dan akan melihat tindakan selanjutnya.
PAS hari ini menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.
Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.
“Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar Umno-BN.
“Jangan pedulikan tulisan murahan tentera siber yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.
“Apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.
“Kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.
“Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.
“Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan,” katanya.
PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP setelah perbezaan pendapat dan perbalahan berterusan dalam isu pelaksanaan hudud.
Langkah itu menyebabkan Pakatan Rakyat, yang dianggotai mereka bersama PKR terkubur.
DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).
Manakala PAS memilih kerjasama baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pimpinan bekas menteri Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
1) Husam dan Lebuhraya Rakyat 2) YDP Rantau Panjang saman syarikat Pas? 3) KPK dan Kontraktornya.
Pagi ini saya di Mahkamah Tinggi KB - untuk menyambung keterangan sebagai saksi dlm kes saman oleh kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.
Kerana memberi keterangan di ahkamah ini sebelum ini, sy dituduh memberikan keterangan secara bias, berniat serong dan mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya.
'Mahkamah' parti telah mencampuri Mahkmah keadilan?
Saya bercadang memaklumkan perkara ini kepada YA Hakim.
YA Hakim, atas sesuatu urusan, menangguhkan pendengaran kepada jam 3 petang ini.
Sementara kes ini didengar pagi ini, Mahkamah yang sama mendengar dua kes yang tidak kurang menarik.
Satu, kes YDP Pas Rantau Panjang, Abe Tah memfailkan injunksi ke atas syarikat Galeri Tani yang memilik sekeping tanah di Rantau Panjang.
Seingat saya, antara pemilik Galeri Tani ialah Dato Abdul Halim A Rahman, bekas TMB Kelantan dan Dato Mustafa Ali, bekas SUA Pas.
Saya tidak berapa arif bagaimana dua orang kuat Pas itu boleh memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yg keluasannya masih ratusan ekar.
Katanya, tanah itu milik peribadi dan bukan milik Pas.
Bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan tanah di Kelantan?
Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?
Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang ada kaitan dengan parti?
Kalau Mokhtar Senik memeningkan diri dengan pejabat Adun Salor yang sememang dari asal lagi milik persendirian bekas Adun Semangat 46, mungkin elok ditanya kedudukan Galeri Tani yang nilainya lebih mahal.
Adakah Pas akan memecat Abe Tah kerana mendakwa orang kuat Pas?
Kedua, kes KPK menyaman kontraktornya sejumlah RM juta. Kontraktor berkenaan menyaman balas KPK atas dakwaan gagal membayar kerja-kerja kontrak berjumlah RM 12 juta.
YA Hakim mengarahkan mediasi dibuat atas tawaran pihak kontraktor untuk menyelesaikan secara rundingan dengan membayar RM 5 juta kepada mereka.
Kes akan didengar pada tarikh yang lain sementara mediasi berjalan.
Andai tuntutan menyebelahi kontraktor, sekali lagi dana Kompleks Perkayuan Kelantan menjadi kempis atas isu-isu pentadbiran yang kurang cermat.
Sekian dulu laporan saya dari Mahkamah Tinggi KB - 11.30 pagi, 13 Julai 2016.
KULIM - Hanya sebuah bilik kecil tanpa kelengkapan lain menjadi tempat berteduh dua beranak di Kampung Padang Cina, di sini.
Lebih memilukan, ibu tunggal, Arfa@Esah Idris, 64, yang juga orang kurang upaya (OKU) kini menderita penyakit kencing manis.
Anaknya, Fazrul Azman, 28, berkata, ibunya semakin uzur apabila penyakit kencing manis dihidapinya mula merebak sejak dua bulan lalu.
"Sebelum ini mak memang ada kencing manis sejak lahir. Empat tahun lalu kaki kiri mak dah dipotong untuk elak penyakit itu terus merebak.
"Dua tahun kemudian, mata mak pula buta. Tak habis dengan bebanan itu, dua bulan lalu kaki kanan mak pula luka dan mula bernanah," katanya.
Menurutnya, disebabkan tiada wang yang mencukupi untuk membayar sewa rumah, mereka dua beranak juga sering berpindah randah dan kini terpaksa tinggal menyewa di bilik kecil ini.
"Sebelum ini saya boleh kerja sebab mak masih boleh bergerak sendiri walaupun terpaksa mengesot ke bilik air. Jadi saya pernah sewa di rumah yang selesa sedikit.
"Tapi sejak sakit mak makin memburuk, saya tak mampu lagi nak bayar sewa dan terpaksa cari bilik kecil dengan sewa murah. Alhamdulillah juga tuan bilik sewa ini tak begitu menekan untuk kami bayar sewa," katanya.
Fazrul berkata dia juga kini terpaksa menjaga ibunya 24 jam sehari kerana masalah kesihatan yang dialami ibunya
"Sekarang memang saya sudah tak ada sumber pendapatan langsung. Nak tinggal mak seorang diri takut jadi apa-apa pula. Sekarang mandi, bersih luka dan najis mak semua saya buat.
"Kami hanya bergantung kepada wang Socso arwah ayah sebanyak RM350 sebulan untuk beli ubat mak dan makanan," katanya.
Katanya, mereka juga pernah terputus bekalan makanan kerana duit habis digunakan untuk perbelanjaan ibunya dan dia terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk meminta simpati saudara lain.
"Motosikal saya pun dah rosak, kalau tak ada duit dan makanan habis saya terpaksa pinjam basikal daripada pekerja asing untuk ke rumah saudara di Sungai Seluang meminjam beras, walaupun malu tapi terpaksa.
"Bukan saya tak mahu kerja dan malas bekerja, tapi keadaan mak saya ini membuatkan saya terpaksa reda dan merempat, saya tak kisah apa orang nak cakap, saya yang menanggung masalah ini," katanya.
Tambahnya, ibunya hanya diberi makan bijirin oat dan susu sehari sekali manakala dirinya pula hanya menjadikan mi segera sebagai sumber tenaga setiap hari.
"Dalam bilik ini dapur tak ada. Kalau nak masak kena guna periuk nasi sahaja. Kadang ada duit lebih baru pergi kedai bungkus nasi," katanya.
Katanya, dia hanya mahu sumbangan orang ramai untuk membantu kos rawatan agar ibunya cepat sembuh.
"Dengan keadaan ini, saya hanya mampu beli ubat di kedai farmasi dengan harga RM80 yang tahan seminggu sahaja. Saya hanya mampu mencuci luka ibu sendiri, nak bawa pergi klinik tak ada kenderaan dan tak mahu susahkan orang lain.
"Saya berpindah ke sini juga tak ada penduduk kampung tahu kerana saya tak susahkan orang lain, biarlah saya sahaja yang tanggung kesusahan ini," katanya.
Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 152031359153 atas nama Erfah@Esah Idris.
Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air...
Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi...
Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini...
Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.
DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.
Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::
Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)
"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"
Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".
Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam
Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin...
#Gambar yg alfaqir post kesian musibah kepada jiran alfaqir yg rumah beliau telah dipecah masuk pagi tadi juga cubaan masuk rumah jiran yg tidak berjaya kerana jiran tersebut masih di rumah. .
Semoga Allah pelihara Kawasan Perumahan alfaqir. #
Pasukan hijaukuning kini bersedia untuk beraksi dengan beberapa isu telah diselesaikan dengan beberapa pembaharuan dibuat oleh pengurusan untuk memastikan pasukan terus berdaya saing dalam kancah Liga Super.
Keampuhan skuad hijaukuning akan diuji malam esok pasukan oleh pasukan pelawat Sarawak dalam saingan TM Piala Malasia 2016.
Kelibat pemain import baru pasti ditagih dan dengan kembalinya pemain kebangsaan juga bakal memperkuatkan jentera serangan Kedah.
Thiago Augusto disahkan dapat beraksi esok dan Shane Smeltz menunggu pengesahan disaat akhir dari FMLLP untuk disenaraikan dalam senarai 18 pemain.
ALOR SETAR - Penduduk di Kampung Bohor, Mukim Hutan Kampung merayu kepada pihak bertanggungjawab supaya dapat membaiki dan menurap jalan di kampung itu yang semakin rosak.
Penduduk mendakwa, jalan itu semakin berlopak hingga menimbulkan masalah kepada mereka terutama kepada kanak-kanak yang turut mengguna jalan sepanjang kira-kira 200 meter itu.
Penduduk, Azlina Abdullah, 37, berkata, jalan itu semakin berlopak sejak dua tahun lalu selepas tiada penyelenggaraan dilakukan sejak 1995 oleh pihak bertanggungjawab.
Menurutnya, kali terakhir jalan itu diturap sejak 20 tahun lalu dan ia mendatangkan bahaya terutamanya ketika kenderaan berselisih sewaktu melalui laluan itu.
"Pada tahun lalu, anak saya, Mohd Kamarul Radzi Abd Malek, 10, terjatuh ke dalam lopak di situ ketika menunggang basikal menyebabkan tangannya patah.
"Ini menyebabkan ibu bapa di sini bimbang perkara sama turut berlaku ke atas anak mereka lebih-lebih lagi ketika hujan, lopak itu akan dipenuhi air," katanya.
Haminah Ahmad, 63, pula berkata, masalah itu pernah diadukan kepada beberapa pihak tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil.
Menurutnya, sebelum ini penduduk telah mengumpul wang bagi membaiki jalan itu supaya mereka dapat melaluinya dengan lebih sempurna sementara menunggu peruntukkan membaiki jalan raya.
"Bagaimanapun sehingga kini masih belum lagi ada pihak yang datang membaiki jalan ini, malah semakin berlopak.
"Oleh itu saya merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat membaiki jalan ini bagi memudahkan penduduk menggunakannya," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Bohor, Othman Husin berkata, beliau sudah pun memaklumkan masalah ini kepada Pejabat Daerah Kota Setar dan berjanji akan membaikinya pada April lalu.
Bagaimanapun beliau kecewa kerana sehingga kini belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkenaan walaupun sudah dikatakan ada peruntukkan membaiki jalan itu.
"Insya-ALLAH saya akan merujuk sekali lagi bagi mengetahui perkembangan selanjutnya supaya masalah jalan itu dapat diselesaikan secepat mungkin demi kebaikan penduduk di kampung itu," katanya.
Status 2 pemain import Kedah iaitu Carlos Kahe, Sandro Mendonca dan pemain tempatan Ahmad Fakri Saarani adalah seperti berikut:
1. Carlos Kahe dalam proses perbincangan akhir untuk menyelesaikan hala tuju baki kontrak beliau yang akan tamat November ini. Setakat ini sehingga masa depan beliau bersama KFA diputuskan, beliau akan terus berlatih bersama pasukan dibawah kendalian jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo.
Carlos Kahe sentiasa memberi komitmen tinggi dalam latihan walaupun untuk pusingan ke-2 saingan Liga Super dan TM Piala Malaysia, namanya tidak lagi didaftarkan sebagai pemain skuad hijaukuning dan digantikan dengan Thiago Agusto Fernandes.
Sebarang perubahan kepada kontrak beliau adalah tertakluk kepada perbincangan kedua-dua pihak. Alternatif untuk beliau dipinjamkan ke kelab bolasepak lain juga antara pilihan namun tempoh yang agak singkat selama 4 bulan.
2. Sandro Mendonca masih milik KFA memandangkan kontrak beliau berbaki semusim lagi iaitu hingga 2017. Pengurusan pasukan memilih untuk memberi ruang yang luas untuk Sandro membuat pemulihan sepenuhnya memandangkan kudrat beliau masih ditagih musim hadapan.
Sandro akan diberi masa untuk merancang program pemulihan dan bakal kembali menyertai pasukan Oktober/November ini. Sementara itu, alternatif yang turut menjadi fokus adalah beliau akan dipinjamkan terlebih dahulu kepada kelab luar setelah pulih sepenuhnya sebelum kembali kepada skuad hijaukuning.
Dalam tempoh 5 bulan ini Sandro akan digantikan oleh pemain dari New Zealand, Shane Smeltz.
Sandro masih milik Kedah dan kontrak beliau bersama Kedah adalah sehingga tamat musim 2017.
Walaupun, beliau kecewa tidak dapat membantu pasukan bagi baki saingan musim 2016, pengurusan terpaksa mengambil keputusan berat ini memandangkan jadual padat liga dan saingan kalah mati memerlukan kudrat import yang cergas bagi membantu pasukan mengharungi 15 perlawanan dalam 45 hari. Jangkaan pemulihan Sandro sepenuhnya dan bersedia beraksi dalam perlawanan kompetitif sekitar 1-2 bulan.
3. Ahmad Fakri Saarani merupakan sebahagian dari syarat perjanjian kontrak pinjaman pemain import baru Kedah, Thiago Augusto Fernandes.
Keputusan meminjamkan beliau adalah penting kerana jurulatih Felda United FC, Irfan Bakti memerlukan khidmat penyerang tempatan dan memohon secara khusus khidmatnya. Tempoh pinjaman adalah sehingga November ini dan kedua-dua pemain akan kembali ke pasukan masing-masing pada 1 November.
Keputusan meminjamkan Ahmad Fakri Saarani adalah untuk kebaikan kedua-dua pasukan dan persetujuan telah dicapai dan pasti kerjasama positif ini menguntungkan kedua-dua pihak.
Harap maklum.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
SERDANG: 'Dead 4. Do not fight again. Do not say'. (4 mati. Jangan melawan lagi. Jangan cakap) Itu antara nota ugutan maut diterima seorang kontraktor selain dihadiahkan empat butir peluru hidup.
JOHOR BAHRU: "Hidup saya sebelum ini hanya untuk berseronok, bahkan apa saja dilarang saya mencubanya termasuk minum arak, merokok dan bergaul bebas," kata Ina, 31, yang juga bekas pelayan bar di hotel terkemuka di bandar raya ini.
Membaca adalah jambatan ilmu. Abang Nara suka membaca. Dah tua-tua ini Abang Nara lebih suka baca majalah, suratkhabar dan juga penulisan di blog. Namun ketika muda remaja dulu, selalu juga Abang Nara beli novel untuk dijadikan bahan bacaan sebelum tidur. Setakat novel Lagenda Budak Setan tue Abang Nara dah khatam 5,6 kali. Hehehe.
bergenang gak baca novel Ahadiat Akashah nie
Sekarang ini memang terlalu banyak novel Melayu di pasaran. Kalau nak beli kesemuanya, memang boleh habis duit gaji. Oleh kerana itu, hari ini Abang Nara nak perkenalkan satu applikasi yang diberi nama NovelPlus yang membolehkan kita membaca dan juga menerbitkan novel secara PERCUMA tanpa sebarang had.
Applikasi NovelPlus ini boleh dimuatturun secara percuma di Google Play Store dan jugak Apple App Store. Selalu kalau disebut percuma, orang kita ini akan syak wasangka sikit dengan kualiti yang diberikan. Namun jangan risau kerana novel-novel di dalam applikasi NovelPlus ini semua power-power belaka. Tengok senarai novel yang “top” pun dah boleh tahu ke’best’an applikasi ini.
Selain membaca, NovelPlus juga menyediakan platform untuk mereka yang bercita-cita menjadi penulis novel. Abang Nara pasti ramai di luar sana yang kreatif dan bercita-cita untuk menerbitkan novel sendiri. Tapi biasalah dunia penulisan ini bukan mudah untuk diceburi. Nak kena cari penerbit, proof readers, pelukis muka depan dan macam-macam lagilah. Dengan NovelPlus semua itu tidak diperlukan. Anda hanya perlu menghantar karya anda dan ia akan boleh dibaca oleh ribuan pengguna applikasi ini. Silap haribulan novel karangan anda akan jadi popular dan terus diadaptasi menjadi drama. Bukan ke best?
Selain itu ada kita selaku pembaca juga boleh menyimpan sebagai koleksi perpustakaan peribadi dan menguruskan novel kegemaran mereka di rak untuk senang buat pilihan di masa hadapan. Kira macam ada rak buku sendiri la. bhttp://www.novelplus.co juga turut menyediakan kesan khas kepada pengguna. Anda boleh menukar fon anda, kecerahan, membolehkan mod flip atau anda juga boleh melaraskan pembacaan anda ke dalam mod malam untuk membaca dengan lebih mudah sebelum tidur. Mana-mana yang sesuai dan paling best untuk keselesaan anda. Selain itu boleh juga kongsikan novel kegemaran anda kepada rakan-rakan, family tercinta, awek-awek dan pakwe-pakwe melalui sistem sharing NovelPlus.
Kesimpulannya, kalau anda suka membaca dan ada niat untuk menjadi penulis novel, silalah muat turun applikasi NovelPlus hari ini juga. Abang Nara berani jamin anda akan puas hati dan tak berhenti membaca. Maklumat lanjut layari www.novelplus.co dan juga Facebook NovelPlus.
Barcelona sememangnya sebuah bandar yang cukup indah untuk dilawati di negara Sepanyol. Abang Nara masih belum berjaya sampai ke bandar ini, namun daripada apa yang didengari, memang ia antara bandar terbaik di dunia. Melihat gambar Rozita Che Wan dan keluarga, lebih-lebih lagi aksi comel Aaisyah Dhia Rana di Barcelona menyebabkan Abang Nara terasa ingin terus terbang ke sana.
Semoga Che Ta sekeluarga dapat menikmati percutian mereka sepenuhnya di Barcelona. Kalau tak silap mereka akan menghabiskan masa selama 2 minggu untuk menjelajah Eropah. Harap-harap segalanya akan selamat sehingga hari kepulangan kelak. Jaga diri elok-elok di negara orang.
Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Semalam, video anak perempuan pelakon dan penyanyi era 80-an Kazar telah menjadi viral di media sosial. Gadis itu yang menggunakan nama Ira Kazar telah dikecam pengguna Twitter dan Facebook kerana merakam dan memuat naik dirinya beraksi menari gelek yang dianggap kurang sopan.
Dalam video berdurasi 1 minit 41 saat itu, Ira mengenakan baju dan seluar ketat menggelekkan tubuhnya kepada lagu nyanyian Drake berjudul One Dance (ft Kyla & Wizkid).
Ketika dihubungi mStar Online, Kazar bagaimanapun menganggap ianya kesilapan yang biasa dilakukan oleh mana-mana individu dan ia sedikit-sebanyak menjadi pengajaran agar dia lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Dah penat nasihat tapi biasalah jika tidak kena, dia tidak mahu dengar (nasihat). Sekarang dia sendiri sudah belajar dan menerima kesan atas tindakannya itu.
Tapi saya anggap itu perkara biasa bagi seseorang yang sedang memalui zaman remajanya, saya tidak marah dia kerana kalau saya marah dia akan lebih tertekan dan lari rumah pula nanti.
Menurut Kazar juga, tindakan seperti Ira ialah tindakan yang biasa dilakukan oleh seseorang yang sedang melalui zaman remaja dan tidaklah memalukan dia sekeluarga.
Apa yang dilakukan itu bukanlah terlalu teruk sehingga memalukan keluarga, perangai nakal remaja saya dahulu lebih teruk dari itu cuma zaman kami tiada media sosial sahaja.
Dia juga meminta agar netizen tidak terus menghentam anaknya kerana anaknya juga manusia biasa yang melakukan kesilapan.
Saya harap orang ramai juga tidak terus menghentamnya di laman sosial, dia seperti manusia lain yang tidak lari daripada kesilapan.
Pernah mengeluarkan kenyataan akan menutup akaun Instagramnya berhubung kecaman yang diterima anaknya itu, Kazar telah memadam status tersebut dan memberitahu tidak jadi menutup akaunnya. Namun dia akan lebih memilih untuk membenarkan pengikut-pengikut yang ikhlas mengenalinya sahaja berbanding bertujuan mengecam dia dan keluarganya.
Apa pun, Ira merupakan seorang penari yang baik, cuma beliau perlu berhati-hati dengan tarian bentuk mana yang mahu dimuat naik ke laman sosial. Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran buat Ira Kazar agar lebih berwaspada dengan perkongsian media sosial di masa hadapan.
You are subscribed to email updates from a feed. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Apa yang akan dikongsikan dalam entri ni ialah tulisan soghang pengguna Facebook bernama Lydia Murni Norman pasai perkahwinannya dengan soghang ustat yang hanya bertahan 50 hari pasai campurtanga...
Dalam ghamai ghamai pembaca AN admin konfem ada antara hampa semua peminat setia novel novel terkenai di Malaysia kan Sampai kalau ada drama tv diadaptasi dari novel femes tanah ayaq konfem hamp...
Selepaih dibantai hebat dan dituduh menghina seniman agung P Ramlee pengarah filem David Teo hari ni mendapat pembelaaan aktivih artis Abdul Rani Kulup Rani bagitau Teo bukan soghang yang suka me...
Membaca adalah jambatan ilmu toknek suka membaca Dah tua tua ni toknek lebih suka baca majalah suratkhabaq dan jugak penulisan di blog Namun masa muda remaja dulu selului jugak toknek beli ...
Gambaq tag label ghega yang mendakwa barangan jenama antarabangsa H M kononnya menipu pelanggan dalam jualan di sebuah butik di ibu negara mula tersebaq di media so siall Menerusi perkongsian yan...
Jose Mourinho sedia menjadikan Cesc Fabregaih sebagai pemain tengah baghu Manchester United sebelum Liga Perdana Inggeris musim ni bermula Bagaimanapun jurulatih kelahiran Portugal tu sedang dok t...
Pemilik Rayani ayaq Ravi Alagendrran membayangkan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara tu akan kembali beroperasi Malah menurut sumber kepada mStaq Online Ravi masih dok boleh menda...
Penyanyi Yuna tak menyangka The Malaysia Book of Records mengikuti perkembangan karier seninya di Amerika Syarikat sehingga badan penilai tu mengiktiraf album terbaharunya bertajuk Chapters yang di...
Bukan saja mempunyai bakat dalam menggelecek bola namun adik angkat bintang bola sepak femes Reai Madrid Cristiano Ronaldo iaitu Martunih mempunyai suagha yang merdu dalam melantunkan ayat suci a...
Penguruih kelab ternama Arsenai Arsene Wenger ghamai dok kata bersedia untuk menggantikan Roy Hodgson yang meletakkan jawatannya baghu baghu ni Roy meletakkan jawatan selepaih skuad England gagai...
Semenjak keretanya dicuri sekitaq bulan Mac lepaih pelakon femes Remy Ishak mengakui dia belum bersedia atau berpikiaq untuk membeli sebuah gheta baghu Sebaliknya pelakon Nur Kasih ni habaq dia ...
soghang pelajaq berumoq 14 tahun meninggai dunia selepaih satu tiang gol hoki tumbang menghempap dirinya di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 Gua Musang Kelantan Dalam kej...
Sikap terbuka apabila bercakap pasai soai hubungan percintaannya dengan soghang jejaka kerabat diraja buat Juliana Evans mudah membuka mulut pasai hubungan tu kepada umum Namun akuinya walaupun ...
Pelakon Kazar Saisi bagitau dia dah penat menasihati anaknya Ira Kazar 21 semuga menjaga tingkah laku sehinggalah video pompuan tu menari gelek dengan aksi keterlaluan menjadi viral Kazar atau ...
betoi ke kura kura tu perlahan tahap dewa Biasa bila tengok kura kura mesti tenang je jalan kan Dia punya lembab ghasa nak sepak je Tapi sejauh mana kebenaran di sebaliknya Kat sini ada satu vi...
sapadia yang belajaq kejuruteraan elektrik konfem minat benda ni Nampak macam sempoii tapi boleh dijadikan satu projek yang menarik terutamanya bagi depa yang mahukan sesuatu kelainan dan kreati...
Tarzan dunia nyata yang hidup di dalam hutan belantara Vietnam selama 41 tahun kembali semula ke rumah lamanya dalam suasana yang penuh emosi selepaih dia meninggaikan hutan tu pada 2013 Ho Van...
Pada mulanya dia habaq polih bahawa dia menemui isterinya tak bernyawa di ruang tamu rumah dalam keadaan lebam Memainkan watak suami yang kesedihan dia kemudian membuat laporan polih pasai kemati...
dah konfem ghamai antara kita yang merupakan soghang bapak yang merokok ghamai bapak bapak dilihat akan keluaq merokok di luaq rumah kalau terdapat anak kecik macam mengelakkan anak kesayangan tu ...
masih dok ingatkah lagi peristiwa Julai 1988 apabila Ahli Parlimen Johoq Bahru Datuk Shahriaq Abdul Samad meletakkan jawatannya pasai tak sehaluan dengan Perdana menteghi masa tu Datuk Seri Dr ...
soghang peserta pertandingan ratu cun terpaksa disingkiaqkan dari pertandingan tu selepaih dia didapati penah membuli pelajaq lain masa dibangku sekolah elok elok ja nama Jennifer Folgaq dicalonka...
Gara gara terjeronoih dan luka semasa dipercayai pontiang sekolah soghang murid tahun enam sebuah sekolah di kola Perlih di sini sanggup menipu bapanya kononnya dia di ligan tiga lelaki yang ingi...
soghang lelaki datang beraya di rumah di kampung cheq Dia mengadu yang isterinya dah berputuih asa dengannya dan begitu jugak dengan dirinya ustat isteri cheq asyik marah dan mengamuk Dia ...
soghang bapak datang membawa anak kecik berumoq setahun yang kelihatan sedikit tercungap cungap diselang seli dengan batuk yang kuat Kanak kanak comey tu terkekek kekek ketawa menampakkan dua ba...
Penantian untuk iterasi terkini Galaxy Note akan berakhiaq 2 Ogos hadapan Samsung mengesahkan phablet ni akan dilancaqkan di New York pada acara Samsung Unpacked 2016 New York Rahsia pasai reka...
China bersifat angkuh apabila tak menerima dan mengiktiraf keputusan Tribunal Timbang Tara dalam keh tuntutannya ke ataih Laut China Selatan dengan Filipina Agensi berita Xinhua pada Selasa menc...
AKTOR Bollywood Aamir Khan mengakui tak kesepian walaupun tanpa isterinya Kiran Rao di sisi pada Hari ghaya Aidilftiri Dipetik menerusi Times of India Kiran dan anak depa Azad Rao Khan yang be...
tak ada niat lain bagi pelakon Ashraf Muslim selain mau menjaga bataih pergaulan dengan pompuan dan sehingga la nih menyatakan bahawa dia tetap dengan pendirian untuk tak bergambaq dengan pompuan y...
Dalam laman sesawang Istana Buckingham telah tersiaq iklan jawatan kosong sebagai pencuci pinggan spesial dengan gaji tahunan sebanyak 16 755 Pound Sterlin RM73 000 setahun Bukan tu saja sekir...
Sikap terbuka apabila bercakap pasai soai hubungan percintaannya dengan soghang jejaka kerabat diraja buat Juliana Evans mudah membuka mulut pasai hubungan tu kepada umum Namun akuinya walaupun ...
walaupun namanya la nih dah lama menyepi didalam industri hiburan Dira Abu Zahaq jarang dilihat terpalit dengan gosip apa lagi pasai kehidupan peribadinya Namun baghu baghu ni beliau dan suami ...
Buffer merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan perkongsian dan pengurusan laman so sial hampa Hari ni depa telah menambah sebuah fungsi baghu yang dinamakan sebagai Instagram Reminders M...
Banyak sebab sebab menarik untuk hampa melawat negara Jepun antaranya teknologi serta budaya yang sangat unik Kali ni kami nak tambahkan satu lagi sebab menarik untuk melawat Jepun kelip kelip ...
Microsoft dibawah Satya Nadella serin memfokuihkan kepada penawaran pelbagai aplikasi dan perkhidmatan yang meningkatkan produktiviti pengguna Sejumlah aplikasi ditawaqkan oleh Microsoft dan sal...
Britain melanggaq undang undang antarabangsa apabila menyerang Iraq pada 2003 kata Timbalan Perdana menteghi masa tu John Prescott susulan inkuiri awam berhubung tindakan hat sama dok habaq tadi ...
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni ghamai yang membuat pinjaman untuk melaboq dalam Amanah Saham Bumiputera ASB la la nih oghang ghamai jugak dah boleh membuat pinjaman untuk melaboq dalam A...
Wabak bronkitis berjangkit IB atau sakit kerongkong yang menyerang ayam ghamai dok kata antara punca ghega bahan mentah tu naik pada musim perayaan Hari ghaya Aidilfitri kali ni Bagaimanapun Ke...
Sebut je nikah konfem memang ghamai yang nak btoi dak baq hang dah bercinta macam nak rak takkan nak putuih atau biaq macam tu je pulak Pernikahan adalah jalan torrrbaek dalam usaha mendapa...
syok kami melihatkan Che Ta satu famili meluangkan masa bersama masa holiday di Barcelona Sepanyol masa ni keghap dok dengaq holiday di Eropah kali ni percutian depa baghu saja bermula setelah ...
Gara gara gheta kesayangan telah hilang dicuri Remy Ishak selesa memilih menaiki kenderaan awam sebagai pengangkutan utama beliau untuk keluaq bekerja Pun begitu tindakannya yang serin mengguna...
Portugal dilabel sebagai juara terburuk dalam kejohanan bola sepak Euro pasai menjulang piala tu dengan hanya merekodkan satu kemenangan dalam tempoh perlawanan normal tanpa masa tambahan pada kej...
Gambaq hiasan ALOR SETAR Bagi meraih keuntungan la nih terdapat pulak pihak yang dilapoq menjuai snek daun ketum sama macam kerepek atau rempeyek daun bayam Perkara ni dikesan oleh Agensi Anti...
"Apabila menolak, pasti saya akan dilabel sombong. Namun saya memohon maaf kepada sesiapa yang terasa tetapi saya mengharapkan peminat memahami permintaan saya," demikian kata Ashraf Muslim apabila dirinya dilabel sebagai sombong oleh sesetengah peminat apabila permintaan mereka ingin berselfie ditolak.
Ashraf berkata yang dia tiada niat lain selain mahu menjaga batas pergaulan dengan wanita dan sehingga kini tetap dengan pendirian untuk tidak bergambar dengan wanita yang bukan mahram.
Ramai artis kita yang mengambil kesempatan di hari raya dengan bercuti ke luar negara termasuklah pasangan romantik, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang kini sedang bercuti di Australia.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di laman Instagram, bukan main romantik dan manja pasangan ini ketika di sana.
Menerusi laman Instagram Fad Bocey & isteri Syaheera Rahman, salah seorang anak lelaki mereka, Favian Adrazin Hayyan telah ditahan wad di Kedah Medical Center (KMC) Alor Star, Kedah kerana demam dan selsema teruk.
Fad dan isteri juga sempat berpesan kepada peminat dan pengikut di Instagram supaya lebih peka dengan kesihatan anak-anak memandangkan keadaan persekitaran sekarang yang kurang memuaskan.
"Demam and flu teruk anak daddy si Hayyan.. warded pulak daa.. hati-hati semua, jaga anak-anak yee.. sekarang musim budak-budak senang demam.. semoga semua sihat sejahtera hendaknya.. aminn," tulis Fad.
"Hola Barcelona.. Its good to be back here again after 6 months," demikian kata Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta yang kini sedang bercuti bersama suami, Zain Saidin serta anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di Barcelona, Sepanyol.
Che Ta sekelurga yang seringkali bercuti di Eropah baru sahaja selesai menyambut Aidilfitri di tanah air.
No comments:
Post a Comment