Pejam celik pejam celik Lara Alana sudah pun berusia dua tahun dan menyambut ulangtahun kelahirannya beberapa hari lalu dengan meriahnya. Namun disebalik kemeriahan itu, Awal Ashaari ada memaklumkan bahawa beliau dan isteri belum merancang untuk menambah cahaya mata kerana merasakan Lara masih belum bersedia untuk mempunyai adik.
“Belum ada lagi perancangan dalam masa terdekat untuk menambah ahli keluarga kerana Lara belum bersedia untuk ada adik, dia masih perlukan kasih sayang. Dia seorang yang sangat sensitif dan cepat merajuk. Jika dia ada adik dalam masa terdekat sudah tentu kasih sayang kami akan terbahagi, bagaimana perasaan dia pula yang masih kecil itu”
“Saya rasa masa bersama dengan dia sangat singkat dan banyak perkara yang saya terlepas sehingga kadang-kadang saya cemburu jika dia belajar sesuatu perkara baru dengan orang lain. Sepatutnya pada usia ini kami ada disisi sentiasa, sebab itu saya kata bagi masa dia besar sikit untuk ada adik lain,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.
Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan Lara, Awal memberitahu bahawa pada ketika ini beliau mempunyai dua doktor peribadi yang memantau kesihatan dan pembesaran kanak-kanak itu. Manakala dari segi tawaran pula, Awal akan meminta nasihat doktor sebelum menerima sebarang tawaran untuk Lara supaya beliau tidak merasa beban.
Bukan itu sahaja malah untuk perancangan masa depan Lara, Awal berhasrat untuk menghantar anak perempuannya itu ke sekolah kebangsaan apabila umurnya mencecah tujuh tahun. Keadaan ini berikutan kos perbelanjaan yang terlalu tinggi di sekolah-sekolah swasta serta faktor ekonomi sekarang yang semakin tidak menentu untuk berbelanja lebih. (rkty/w)
Jika sebelum ini sebuah video menunjukkan beliau merangkul erat pinggang Ruhainies ketika keluar melakukan urusan profesional serta mengakui mempunyai perasaan pada pelakon itu, kini Datuk Seri Adnan Abu tampil mendakwa isteri keduanya, Adira telah membuat ujian kehamilan di rumah dan mendapati keputusan yang ditunjukkan adalah positif.
“Adira membuat ujian kehamilan dirumah menggunakan kit kehamilan, didapati Adira mengandung. Cuma saya belum membawanya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai keadaan Adira selepas kontroversi beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Ruhainies terdedah.
Melihat kepada kronologi kenyataan Datuk Red, ramai yang mengatakan beliau seperti berdolak dalik, dimana pada awalnya beliau akui sukakan Ruhainies dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil wanita itu menjadi calon isteri ketiga. Namun dalam kenyataan lain, beliau nyatakan Ruhainies tidak menepati ciri wanita muslimah yang diinginkannya.
Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai perkara itu, Dato Red memohon maaf jika beliau dilihat bertindak memutar belitkan kenyataan kepada media. Namun katanya, apa yang pasti beliau sememangnya menyukai Ruhainies tetapi pada pada masa yang sama beliau tidak pasti jika wanita itu turut mempunyai perasaan yang sama atau tidak terhadapnya.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan sebuah rakaman video menunjukan suami Adira keluar berduaan bersama pelakon, Ruhainies di sebuah pusat membeli belah di ibu kota. Dalam rakaman itu, mereka kelihatan begitu mesra sekali sehingga saling berpegangan tangan dan dilihat Dato Red turut merangkul erat pinggang pelakon itu ketika berjalan.
Sejurus selepas video itu terdedah, Ruhainies tampil dengan kenyataan bahawa beliau merasakan dirinya diperangkap oleh Dato Red sendiri apabila visual itu secara diam dirakam dan disebarkan. Dalam kenyataan yang sama, Ruhainies turut menafikan sekerasnya mempunyai hubungan dengan suami Adira walaupun mereka kelihatan mesra didalam video itu. (rkty/w)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Demi cinta yang tidak kesampaian kepada lelaki yang dipercayai warga bangladesh, seorang gadis memuatnaik satu video cubaan bunuh diri di laman sosial Facebook..
Video yang berdurasi selama 1 minit lebih itu menunjukkan luahan hati gadis berkenaan terhadap cintanya kepada lelaki tersebut. Dipercayai juga, gadis berkenaan menggunakan bahasa Hindi serta Inggeris berselang seli didalam luahan rasa kecewanya..
Tidak dapat dipastikan sama ada gadis tersebut adalah warga tempatan ataupun warga asing yang berkerja di negara ini. Bagaimanapun, ramai pelayar internet menyatakan bahawa gadis berkenaan merupakan gadis Indonesia jika diteliti dari raut wajahnya.
Paling mengejutkan, gadis terbabit bertindak minum sejenis cecair yang dipercayai pencuci lantai di akhir video berkenaan. Tindakan tersebut menyebabkan mulutnya kelihatan berbuih kebiruan.
Tiada makluman mengenai lokasi dan juga nama gadis berkenaan diperolehi sehingga kini. Walau bagaimanapun, diharap gadis berkenaan selamat dan insaf diatas keterlanjurannya.
Didalam Islam, membunuh diri dianggap sebagai perbuatan yang berdosa besar serta dipandang rendah oleh masyarakat. Bagaimanapun, perbuatan membunuh diri tidak dianggap sebagai keluar dari agama Islam. – Utaranews
Bagi sebagian orang status atau jawatan dalam kerja lebih penting dari pada isteri mahupun keluarga, salah satunya adalah seorang lelaki 40 Pian bukan nama sebenar.
Hanya untuk mempertahankan jawatan pwntingnya di sebuah perusahaan ternama dia membiarkan isterinya Qaren jadi kekasih gelap bosnya sendiri.
Qaren yang sememangnya memiliki kecantikan yang luar biasa bak model, putih dan tinggi, penampilan itu yang membuat bos pian jadi terpikat.
Sebagai seorang isteri Qaren mengakui selama ini banyak yang menawarkan kerja sebagai model,tapi dia lebih memilih untuk menjaga anak pertamanya hasi dari pernikahannya dengan Pian.
Namun semenjak dua tahun terakhir ia diperbolehkan kerja semula di tempat suaminya bekerja,selain dari pada itu pian juga selalu mengajak qaren untuk menemaninya berjumpa bosnya kemudian meninggalkannya berdua.
Semenjak dari pada itu qaren dan bos pian semakin akrab,hingga terjalin sebuah hubungan cinta yang terlarang.
"Mulanya saya menganggap dia sebagai bos suami saya sendiri dan kawan,namun lama kelamaan saya mulai menyukainya sampai saya menerima dan sempat melakukan hubungan intim beberapa kali dengannya,kata qareen.
Bagaimanapun akhirnya rancangan pian dan bosnya akhirnya diketahui qaren hingga qaren menggugat cerai di pengadilan agama jumaat 22.07.2016.
Kejadian itu diketahui selepas qaren dan bos suaminya ditahan jais dalam sebuah bilik hotel ketika sedang berdua duan baru baru ini.
Ahli kumpulan K-pop Stellar, Minhee terpaksa menanggung malu apabila tali bajunya terputus ketika membuat persembahan baru-baru ini, sehingga hampir mendedahkan bahagian payudaranya.
Kejadian itu berlaku ketika kumpulan tersebut sedang menyampaikan lagu terbaru mereka berjudul Crying dalam sebuah program muzik.
Masih mengekalkan sikap profesional, Minhee tetap memilih untuk meneruskan persembahan biarpun terpaksa memegang bajunya sehingga tamat persembahan untuk mengelakkan daripada terlucut.
Namun lain pula jadinya apabila portal Koreaboo melaporkan Minhee telah dituduh sengaja mencari publisiti murahan dan melabelkan kejadian yang berlaku itu hanya sekadar gimik untuk menarik perhatian bagi mempromosikan single ke-tujuh mereka.
Antara komen yang diberikan oleh netizen ialah:
"Kalau benar tali baju itu putus secara tidak sengaja kenapa riak wajahnya tidak nampak risau?
"Mereka sengaja ingin mencari perhatian supaya lagu mereka berada di tangga pertama, percayalah,"
"Tidak pasti sama ada insiden itu disengajakan atau tidak, tapi disebabkan imej Stellar yang terkenal dengan seksi jadi ramai orang meraguinya,"
Terdahulu, Stellar pernah mendapat kritikan berikutan kerana imej kumpulan tersebut yang dianggap terlalu seksi.
Semuanya bermula kira-kira enam bulan lalu, apabila remaja terbabit yang tinggal di Tapah, Perak melarikan diri ke ibu kota selepas diperdaya pasangan kekasih itu. Difahamkan, pasangan kekasih itu hanya mengambil masa sebulan untuk memerangkap remaja mentah terbabit mengikut mereka dengan mengumpan kebebasan hidup di ibu kota. Sumber berkata, sejak melarikan diri, mangsa tinggal bersama pasangan itu di sebuah rumah kedai di Ampang.
"Selepas beberapa hari mendiami rumah berkenaan, lelaki terbabit mula menunjukkan belang dengan merogol mangsa. "Lebih menghairankan apabila kakak angkat yang juga kekasih lelaki terbabit bagaikan merelakan perbuatan itu. "Malah, wanita berkenaan mampu tersenyum setiap kali menyaksikan kekasihnya itu merogol mangsa," katanya.
Sebaik ke ibu kota, pasangan itu 'menyembunyikan' mangsa di sebuah rumah di kawasan Puchong di sini, bagi mengelak ahli keluarga mangsa datang menjemputnya semula. "Mangsa diperlakukan seperti sebelumnya.Dia terus dinodai berulang kali oleh lelaki terbabit," katanya.Akibat tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa menghubungi pihak berkuasa sebelum melaporkan kejadian berkenaan.
Mangsa diselamatkan beberapa anggota dari Balai Polis Puchong sebelum dia dihantar ke Balai Polis Tapah, untuk tindakan dan siasatan lanjut.Difahamkan, ahli keluarga mangsa bergegas ke balai polis berkenaan sebaik dimaklumkan dan ketika itulah remaja malang itu memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Sehubungan itu, kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan dan tindakan lanjut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Pelakon Azrel Ismail yakin teman wanitanya iaitu aktres Ruhainies tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu biarpun video mereka keluar bersama menjadi viral.
Azrel, 30, berkata, Ruhainies ada memaklumkan kepadanya untuk keluar pada khamis lalu bersama pembantu peribadinya tapi tidak dimaklumkan atas tujuan apa.
"Saya terkejut dengan berita dan video yang tersebar hari ini (Jumaat). Saya yakin Ruhainies tidak ada apa-apa dengan lelaki itu dan mereka bertemu atas urusan kerja kerana sebelum ini mereka ada projek bersama.
"Saya kenal Ruhainies orang macam mana dan jika dia ingin keluar selalunya dia akan ditemani ahli keluarga atau pembantu peribadinya sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Azrel diminta mengulas tentang video Ruhainies bersama suami Adira yang keluar bersama menjadi kontroversi dan diperkatakan orang.
Dalam laporan mStar Online pada Jumaat, Ruhainies menafikan terdapat hubungan istimewa antara dia dan ahli perniagaan itu.
Sebaliknya, Ruhainies berkata, dia diperangkap oleh lelaki tersebut yang cuba mencari publisiti murahan.
Dalam pada itu, Azrel berkata, dia mengenali Ruhainies dan sudah menganggap dia sebagai wanita paling rapat dan istimewa.
Namun, setakat ini belum ada sebarang perancangan untuk peringkat seterusnya.
"Saya kenal Ruhainies sejak berlakon Si Montel tahun lalu dan kami menjadi rapat sejak berlakon bersama dalam drama Menantu Tintong.
"Dia wanita yang baik dan manja dan boleh dikatakan paling istimewa daripada wanita lain yang pernah saya jumpa. Cuma kalau ditanya tentang perancangan peringkat seterusnya, kami masih belum ada apa-apa lagi ikatan yang boleh disahkan," ujarnya.
Dalam pada itu Azrel berkata, dia tidak dapat menemani wanita itu kemana-mana buat masa ini berikutan jadual penggambaran yang padat.
Dia juga sibuk dengan penggambaran drama Lelaki Macam Dia di Astro Ria.
"Saya sekarang sibuk dengan penggambaran drama dan susah nak temani dia (Ruhainies) ke mana-mana. Bagus juga macam tu kerana kalau sering jumpa... bosan pula nanti.
"Tentang kes itu saya belum tanya dia lagi, lepas ini Insya-Allah saya akan hubungi dia," ujarnya.
KUALA LUMPUR 22 Julai – Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramlie yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan penipuan pelaburan hartanah telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan.
Adlin Aman Ramlie akan mengadakan sidang akhbar khas esok bagi menjelaskan isu penahanannya berkaitan kes penipuan pelaburan.
Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, pelakon berusia 44 tahun itu dibebaskan petang semalam setelah ditahan dalam Op Nuri di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kelmarin.
"Kita telah mengambil keterangan Adlin dan pihak polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pelakon berkenaan. Dia kini telah dibebaskan di bawah jaminan polis.
"Bagaimanapun, kita tetap akan menjalankan siasatan terhadap Adlin mengenai peranannya dalam kegiatan pelaburan haram ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Roslan, 13 individu lain termasuk dua individu bergelar Datuk Seri dan Datuk masih ditahan reman selama 21 hari.
Akhbar hari ini melaporkan Adlin antara 14 ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes sindiket penipuan pelaburan yang dipercayai 'memperoleh' lebih RM10 juta daripada ahli untuk dilaburkan dalam pelaburan hartanah.
Pelakon itu ditahan kerana didakwa menyediakan rumah untuk melindungi dua dalang sindiket itu.
Tujuh individu termasuk seorang bergelar 'Datuk Seri' ditahan di Kelantan, tiga termasuk seorang 'Datuk' dan pelakon itu di Selangor, dua lagi di Pahang dan Melaka manakala dua lagi di Pulau Pinang.
Difahamkan, syarikat itu dengan singkatan HG ditubuhkan untuk 'membantu' mereka yang gagal dalam perniagaan bagi menjana pendapatan pasif dengan melabur wang mereka dalam bentuk dana dan kemudian dilaburkan dalam hartanah dengan keuntungan diagihkan kepada ahli-ahlinya mengikut jumlah yang dilaburkan.
Sementara itu, Adlin berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad ini bagi menjelaskan isu penahanannya.
"Saya rancang untuk adakan sidang akhbar di sebuah stesen televisyen swasta bagi menjelaskan isu sebenar berkenaan berita isu penahanan saya itu," katanya kepadaUtusan Malaysia.
Bab duit Tabung Haji, KWAP, LTAT dan saham Felda, ada tak US masuk campor? Takde kan? Tapi apa puak kita buat? Buat tak tau je.....
Bila skandal 1MDB ini mula2 dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim tahun 2011, waktu itu US tak campurtangan pun isu ini, kita masih buat tak tahu dan biarkan Anwar serta Rafizi dan Tony Phua yang bercakap bertahun2. Akhirnya, skandal ini terdedah. Allah tunjukkan kebenaran dan ramai yg baru bangun tidur termasuklah Mahathir, Muhyiddin, Shafie Afdhal dan lain2.
Walaupun mereka baru bangun tidur, tapi mereka terus lawan 1MDB menyambung apa yg pernah disebut oleh Anwar. Waktu itu, puak kita buat apa? Kita beri alasan dan hujah untuk cuba menafikannya. Maka, muncullah kata2 "Tak masuk akal" dan "datangkan saksi2" serta seumpamanya dengan membelakang fakta yg ada.
Menyedari isu ini semakin membahayakan rejim, maka banyak dokumen dan fakta2 lain berkaitan isu ini di "OSA" kan. Tapi mereka lupa bahawa OSA hanya laku di MSia. Tidak laku di SPore, US atau negara lain. Oleh itu, terbongkar satu demi satu rahsia 1MDB. Kita buat jenayah kat negara luar, maka menjadi tanggungjawab negara berkenaan menyiasat dan mendedahkannya.
Malangnya, kita tak berani bersuara, kita malas untuk mencari maklumat sedangkan ianya melibatkan kepentingan negara kita sendiri, tiba2 apabila US yg mendedahkannya untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa 'Kamu telah ditipu oleh 1MDB", kita pula menjerit2 menyatakan "US, kamu jangan campuri urusan negara kami". Bijak ke bodoh kita?
Tengah hari semalam (Khamis 21 Julai) , lima kawan saya yang berkerja di sebuah kementerian di Putrajaya mengajak berjumpa di sebuah restoran mamak di sebelah Masjid Putra, Putrajaya. Saya menerima pelawaan itu kerana tumpang gembira apabila kawan-kawan yang dulunya bukan siapa-siapa kini bertaraf Jusa.
Apabila saya muncul pertanyaan pertama yang terluncur dari mulut mereka ialah, "Kenapa media arus perdana tak siar berita besar mengenai 1MDB di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat."
Kata salah seorang daripada mereka yang baru sahaja bergelar Datuk, "Bukankah nilai beritanya tinggi berbanding berita yang diletakkan di muka depan semua akhbar Melayu dan Inggeris kecuali akhbar bahasa Cina? Aku fikir berita depa siar tu boleh simpan dulu."
Saya katakan saya tidak ada hak untuk menjawab bagi pihak media arus perdana. Kalau perlu jawapan segera boleh hubungi editor akhbar masing-masing. Tetapi saya ingatkan bahawa cara itu juga belum tentu boleh jawapannya. Kerana tidak ada jawapan.
Kemudian saya tanya mereka pula, "Apa masalah hangpa media arus perdana tidak siar berita itu? Adakah kerana tidak disiarkan maka berita besar bertaraf dunia itu tidak sampai kepada hangpa? Bukankah sama ada media arus perdana siar atau tidak, penembusan maklumat tidak terjejas sedikit pun?"
"Taklah macam tu. Kot kot la hang tau sebab-sebabnya, " kata Datuk itu. Saya menerangkan kepada mereka (macam tengah bagi ceramah pula) bahawa pada era liberalisasi media dan pendemokrasian maklumat, media arus perdana bukan faktor yang membantutkan perkembangan ini.
Era pendemokrasian maklumat dan liberalisasi media, rakyat negara ini dengan mudah mendapat akses untuk membaca akhbar-akhbar terkemuka dunia yang disiarkan secara di atas talian. Keadaan ini tidak sama dengan zaman Tun Dr. Mahathir di mana kebergantungan yang tinggi kepada media arus perdana; akhbar, radio dan televisyen.
Akhbar kontroversi The Wall Street Journal (WSJ), The Washington Post, The New York Times, USA Today boleh diakses dengan mudah dan murah. Ini belum lagi perkhidmatan berita seperti Cable News Network (CNN), Al Jazeera dan British Broadcasting Corporation (BBC).
Semalam media antarabangsa melaporkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengambil tindakan menyita harta milik anak tiri Perdana Menteri Najib Razak, Riza Aziz dan Jho Low yang menetap di Amerika Syarikat. Mereka didakwa mengambil wang syarikat pelaburan negara, 1MDB untuk kegunaan peribadi.
Sitaan yang bernilai AS$1 bilion itu difahamkan yang terbesar dalam sejarah kehakiman Amerika. Nama Malaysia di peta dunia, siapa yang tak berbangga.
Seperti semua orang maklum, tindakan media arus perdana tidak memberikan apa-apa kesan terhadap penyebaran berita berkenaan. Media arus perdana tentu mempunyai sebab-sebab tertentu membenamkan berita yang begitu besar tetapi sebagai pengguna, semua pihak tidak perlu gundah dengan tindakan tersebut.
Walaupun ada peneraju media arus perdana memberikan alasan berita itu masuk terlalu lewat hingga tidak sempat disiarkan di akhbar, saya fikir beliau bergurau kerana saya mendapat berita itu pukul 12 tengah hari Rabu.
Ada juga pihak yang menganggap media antarabangsa penipu dan memutarbelitkan fakta. Hal itu terpulang kepada penilaian masing-masing dan sepatutnya mereka juga perlu tahu di sebalik tabir media arus perdana. Kenalah tanya kawan saya Mustapha Kamil yang baru sahaja meletakkan jawatan dari media arus perdana.
Ini bukan kali pertama media arus perdana membenamkan berita-berita tertentu, misalnya kenyataan Barack Obama yang menyokong LGBT semasa melawat negara ini. Tidak ada media arus perdana yang siarkan kenyataan atau reaksi membantah padahal media yang sama juga berteriak menentang LGBT.
Begitu juga dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu supaya pihak yang berkenaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB. Ada media arus perdana menyiarkan di halaman dalam dengan saiz yang kecil, ada yang siar lewat sehari di halaman yang tidak utama.
Pesan saya, kita tidaklah perlu gundah gulana hanya kerana media arus perdana membenamkan berita-berita tertentu. Ini kerana tindakan itu tidak sedikit pun menghalang kita mendapat maklumat pada era penembusan Internet jalur lebar yang begitu tinggi ketika ini.
Selepas ceramah panjang lebar itu saya pun menikmati nasi kandar yang dibelanjakan oleh kawan-kawan yang berjaya dalam kerjaya. Kalau mereka "belanja nasi kandar" atau menghulurkan "derma" kepada saya, rasanya tidak menjadi kesalahan kerana saya bukan "siapa-siapa". Lainlah kalau tanda tangan saya bernilai tinggi.
Di sebalik penyokong dan penjilat Najib Razak mengatakan tindakan Jabatan Kehakiman AS membuat penyitaan harta yang menggemparkan dunia berkaitan 1MDB tidak ada kena-mengena dengan Perdana Menteri, dalam masa yang sama muncul pula kempen #BeStrongPM di media-media sosial.
Jika tidak ada kena-mengena, kenapa diminta Najib agar menjadi kuat atau tabah?
Dalam masa yang sama, kempen solidariti itu juga menjadi bahan persendaan di media sosial sehingga #BeStrongPM turut dikaitkan dengan kehidupan di penjara yang sukar, selain maki hamun dan cercaan terhadap Najib.
Apa pun, kempen tersebut secara tidak langsung mengesahkan Najib dan pengampunya berada dalam keresahan. Bukan saja Najib tidak lagi lena tidurnya, penyokong dan penjilat juga barangkali mulai kerisauan memikirkan masa depan masing-masing.
Yang lain-lain pula menafsirkan secara melulu kononnya tindakan Jabatan Kehakiman AS sebagai agenda Yahudi, cubaan campurtangan asing dan keinginan Amerika Syarikat mencabar kedaulatan negara.
Lihatlah betapa celarunya mereka!
Harus difahami tindakan Jabatan Kehakiman AS itu ialah untuk menjaga kepentingan negara mereka agar tidak dijadikan syurga pencuri dan perompak untuk menghalalkan wang yang dilarikan.
Ia tidak mengancam kedaulatan dan masa depan Malaysia, malah menunjukkan kepada kita siapakah pencuri dan perompak yang sebenar. Ancaman dan bahaya sebenar kepada negara ialah perompak dan pencuri, bukannya Amerika Syarikat yang mahu menangkap mereka. Kita sepatutnya berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman AS.
Kepada yang mengatakan ia agenda Yahudi, kenapa perkara itu tidak dibangkitkan ketika Najib melantik Apco sebagai penasihat media, ketika 1MDB memberi kepercayaan untuk Goldman Sachs menguruskan dananya atau ketika TPPA setuju ditandatangani?
Mengapa hanya ketika kedudukan Najib terlihat mula terancam, barulah agenda Yahudi dan kedaulatan negara terancam mahu dibangkitkan?
Sebenarnya saman sivil Jabatan Kehakiman AS ini hanyalah langkah permulaan ke arah pembongkaran yang lebih besar. Ia ibarat perintah mahu menyita harta berkaitan pengedaran dadah sebelum pengedar dadah sebenar dapat ditangkap dan dihukum.
Dalam tindakan AS itu, bukan hanya harta dan aset yang melibatkan Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaisi dan Mohamad Al-Badawy yang bakal disita yang menjadi perhatian, tetapi yang jauh lebih penting ialah kebenaran mengenai wang RM2,600 juta yang diterima Najib.
Ke mana wang 1MDB sebanyak RM28,000 juta yang tidak dapat dikesan juga mungkin lebih difahami ke mana menghilangnya?
Walaupun tidak menyebut nama Najib, sebaliknya hanya Malaysian Official 1, mereka tetap mendakwa, bahkan tentunya mempunyai bukti dan dokumen lengkap bahawa wang tersebut bersumberkan daripada bon 1MDB yang diuruskan oleh Goldman Sachs dan kemudian dimasukkan ke akaun Ambank melalui Tanore Finance Corporation.
Dengan ini, saman sivil yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman AS itu adalah langkah awal ke arah pengesahan siapa sebenarnya penderma RM2,600 juta kepada Najib itu.
Apakah ia benar-benar daripada kerabat diraja Arab Saudi yang memberinya tanpa mengharapkan balasan atau ia daripada Puteri Turki Abdullah Al-Saud, pemilik PetroSaudi yang memberikan wang itu kepada Najib dengan berselindung di sebalik wang 1MDB yang dicaturkan oleh Jho Low?
Bayangkan apabila perbicaraan bermula nanti dan semua yang dituduh serta saksi-saksi dipanggil membela diri, apakah hujah RM2,600 juta itu sebagai derma ikhlas Tok Arab masih dapat dipertahankan?
Mampukah mereka menepis bukti-bukti FBI bahawa wang tersebut bukan daripada 1MDB?
Bagaimana Najib mahu berhujah lagi ketika itu sedangkan sebelum ini beliau bermati-matian mengatakan wang yang diterimanya adalah semata-mata derma dan tiada kaitan dengan 1MDB?
Juga tidak diketahui bagaimana akhirnya nasib rakan baiknya, Jho Low serta anak tirinya, Riza Aziz di tangan undang-undang AS?
Maka, buat sementara ini sesuai sangatlah kata-kata #BeStrongPM itu ditujukan kepada Najib yang hari mukanya semakin celaru dan tidak menentu. (SH 23/07/2016).
ALOR SETAR: PAS akan meletakkan calon di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun akan bertanding secara bersendirian, PAS mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan di negeri itu yang boleh membantu calon parti untuk menang.
"Kita (PAS) ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita (PAS) untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada PAS akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu sekiranya diadakan semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.
Sementara itu, Hadi berkata PAS tidak menolak untuk bekerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya parti itu nanti tidak lari daripada matlamat dan perjuangan Islam.
Katanya, PAS sebelum ini mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat parti itu tidak mengganggu dasar Islam yang dibawa PAS sejak awal penubuhannya.
"Kita (PAS) tidak ganggu dasar yang dibawa DAP dan mereka yang ganggu dasar PAS, kita bertegas dengan perkara ini dan akhirnya mereka (DAP) keluar daripada Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.
"PAS hari ini terus konsisten dengan dasar yang diperjuangkan sejak dulu lagi. Blok ketiga yang diwujudkan PAS, bekerjasama dengan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik," katanya.
Bila ada usaha nak turunkan Najib, katanya Islam tak galakkan gulingkan pemimpin. Bila ada isu besar kaitan 1MDB, katanya perlu saksi dan bukti. Saksi dah ada. Bukti dah ada. Apa lagi mau.
Kalau nak turunkan UMNO, kena ada pilihanraya. So, pakat2 cari jalan bagi cepatkan pilihanraya. Bagi tekanan kepada PM. Bukannya koi dok sokong PM tak bagi rebah dgn hujah2 mudah. Nak buat solat hajat pun boleh. Tak dak isu.
Tunjukkan pendirian PAS sebenar. Apa yg menjadi asas perjuangan? Walk the talk. Tak perlu nak tunjuk UMNO friendly sedangkan dah berjuta kali PAS kena tikam belakang.
TGNA dah tak dak. Hari ni pulak, jenazah TGHSM pun dah disempurnakan. PAS kehilangan ulamak2 hebat. Tapi perjuangan PAS dah agak tersasar ke tepi.
Terjemahan Bahasa Melayu Luahan Azrene Anak Tiri DS Najib Razak Atas Perbuatan Abang Kandungnya Riza Aziz
Kini nama Riza Aziz hangat diperkatakan susulan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) membuat dakwaan beliau 'mencuri' wang rakyat Malaysia yang dialihkan melalui 1MDB.
Berdasarkan laporan sidang media tersebut, Riza didapati telah menggunakan wang berkenaan untuk tujuan peribadi seperti membeli hartanah di New York, London, dan Beverly Hills serta menghasilkan filem blokbuster The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio.
Laporan tersebut juga mengatakan, Pada tahun 2012, Riza dipercayai telah berjudi bersama Jho Low dan beberapa individu lain di Las Vegas.
Hal tersebut meyebabkan adik kandung Riza Aziz, Azrene Soraya Ahmad Aziz yang juga isteri kepada Datuk Fazley Yaakob tampil membuat satu kenyataan di dalam instagram miliknya berkaitan kehidupannya bersama keluarga setelah DOJ mendedahkan penyelewengan wang 1MDB yang melibatkan abang kandungnya itu.
Riza dan Azrene adalah merupakan anak tiri kepada DS Najib, hasil perkahwinan Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.
Baca kenyataan Azrene di bawah
Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan keluarga saya di atas kebimbangan anda pagi ini. Bagi mereka yang bertanya bagaimana saya rasa tentang apa yang sedang berlaku pada masa ini, di sini adalah kenyataan rasmi saya:
Riza masih merupakan seorang yang kami semua sangat kasihi. Malangnya, kasih yang dicurahkan tidak cukup untuk dirinya dan orang-orang di sekelilingnya. Dia memilih, seperti orang lain sebelumnya, untuk memiliki kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan.
Dia kini sedang membayar harga untuk itu. Jika Malaysia tidak bersedia untuk memberi keadilan yang rakyat Malaysia harapkan dan keadilan yang keluarga saya pinta melalui doa pada setiap malam selama ini, maka USA sudah pun menunjukkan jalan - dengan cara tersendiri yang hanya mereka dapat tafsirkan.
Azrene yang menganggap dirinya sebagai 'kambing hitam' dalam keluarganya berharap agak Riza menanggung segala salah laku yang telah dilakukannya
Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya merupakan kambing hitam dalam keluarga. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayang keluarga saya. Orang ramai boleh kata saya kejam untuk apa yang saya tulis hari ini, tetapi saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular.
Saya sering menegaskan bahawa jika Riza menggunakan dan mengaut keuntungan daripada dana yang dicuri, dia perlu membayar apa yang dilakukannya itu. Jika dia bertindak sebagai proksi atau sebagai pemegang amanah untuk apa yang bukan miliknya, dia perlu membayar untuk semua perbuatannya.
Tidak kiralah apa sebab dia lakukannya sekali pun, jika ia menyakitkan negara dan rakyat, ia adalah salah. Yang salah mesti diperbetulkan.
Azrene turut meluahkan hatinya terhadap tindakan Datin Rosmah Mansor, yang merupakan ibu mereka berdua Baginya sudah sampai masa untuk ibu kandungnya itu melakukan sesuatu yang betul.
Kepada ibunya,
Engkau telah mengabaikan seorang anak pada kos yang besar dan merugikan. Engkau telah menggunakan dan menggerakkan sumber kerajaan untuk melampiaskan keganasan bagi mengganggu gugat kami semua lebih sepuluh tahun kerana berdiri untuk apa yang kami percaya benar.
Jangan sia-siakan yang lain hanya supaya engkau dan suami engkau boleh terlepas. Sudah tiba masanya untuk ENGKAU melangkah ke hadapan dan lakukan apa yang betul. Be. A. Mother.
"Riza menyerahkan jiwanya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya menjadi miliknya," kata Azrene.
Bagi mereka yang fikir saya tidak berhati perut hari ini, sila ingat, doa saya adalah untuk kebenaran dan keadilan. Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, telah dijawab hari ini dan akan terus dijawab.
Jika Riza menyerahkan jiwanya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya, anggaplah hutangnya dengan syaitan telah langsai dan akan dikutip lagi.
Begitu juga, semua ahli keluarga yang telah menyerahkan jiwa mereka kepada syaitan, masa anda akan tiba.
Harga yang saya perlu bayar supaya suami saya, keluarga saya dan anak-anak saya boleh tidur nyenyak pada waktu malam dalam keadaan aman dan selamat adalah menyaksikan sendiri ahli keluarga saya yang saya tinggalkan 10 tahun lalu membayar harga untuk salah laku mereka.
1. Apabila aku mengkritik pemuda Pas dlm isu Minah Selena, bukan bermakna aku merestui mungkar. Isu konsert bukan isu spt buang sampah merata-rata, isu pesta arak terbuka atau beromen di khalayak umum yg secara jelas adalah merosakkan. Isu konsert adalah isu hiburan yg menjadi sebahagian drpd rutin kehidupan manusia normal.
2. Hukum asal hiburan adalah harus. Ia tidak boleh diharamkan sepenuhnya. Apa yang boleh ialah, membuat peraturan seketat yg patut utk mengelak berlaku kerosakan (mafsadah) misalnya penyalahgunaan dadah, zina, minum arak dan sebagainya. Manusia boleh berhibur bahkan berkonsert selagi tidak merosakkan agama, nyawa, maruah, harta, akal dan keturunan.
3. Dalam negara pelbagai selera spt Malaysia, untuk membina negara yg selesa dan harmoni, kepelbagaian selera itu tidak boleh disekat sepenuhnya. Raikan keperluan selera itu asalkan tidak merosakkan. Nabi membenarkan nyanyian dan hiburan sempena perkahwinan, hariraya bahkan orang Madinah menyanyi ketika menyambut ketibaan baginda ke Madinah.
4. Benarkan Minah Selena menyanyi dgn pakaian sesuai, lagu yg sesuai dan gaya persembahan yg sesuai. Kalimah sesuai itu merujuk kpd sesuai dgn situasi, keperluan manusia, akhlak, kewarasan akal, tempat dan kepelbagaian. Kalau nak kira Minah Selena tak pakai tudung, dedah aurat, dlm parlimen pun ada orang dedah aurat, takkan nak minta sidang parlimen dibatalkan. Itu maksud kewarasan akal.
5. Apa yg penting ialah penguatkuasaan peraturan dan garispanduan yg ditetapkan. Kita boleh kawal pertandingan bola dan konsert Jom Heboh yg bermotifkan hiburan, kawal juga konsert Minah Selena ini. Suatu masa, Minah Selena dan ramai lagi minah seperti Minah Selena akan hadam budaya konsert di tempat kita dan mematuhinya. Sekurang-kurangnya, kita sudah berjaya mendidik masyarakat dgn budaya hiburan sihat dan positif.
6. Berbanding jika kita ambil sikap larang, haram dan sekat yg semua itu boleh disalahtafsir sbg gambaran kpd Islam apabila dilakukan oleh pemuda parti Islam. Sedangkan tindakan pemuda parti Islam itu hanyalah manifestasi penyempitan terhadap bidang kemaafan (mantiqah al-afw), bukan wajah Islam yg sebenar yg sederhana, toleransi dan adil.
7. Bantahan melulu atas nama mungkar, sehingga menimbulkan mungkar yg lebih besar iaitu salah faham terhadap kemurniaan ajaran Islam juga adalah mungkar. Bukan semua mungkar boleh ditangani dgn keras, kasar bahkan ada mungkar yg haram ditangani begitu. Mendidik, membelai, menyantuni adalah pendekatan cegah mungkar yg diabaikan.
8. Cuma aku hairan, pemuda Pas begitu keras dgn Minah Selena, tapi nampaknya begitu lembut dgn Awang Najib. Setahu aku Minah Selena hanya penyanyi seksi, bukan perasuah dan penyonglap seperti Awang Najib, apa pasal marahkan Minah Selena lebih teruk daripada marahkan Awang Najib? Ade ape-ape ke?
PETALING JAYA: Bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa pemimpin Umno 'cuba menegakkan benang yang basah' dalam isu kontroversi menyelubungi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau mencabar pemimpin Umno untuk berdebat mengenai kontroversi 1MDB menerusi RTM selepas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menggesa ahli politik pembangkang usah bertindak terburu-buru.
Khairuddin mendakwa Tengku Adnan dan pemimpin Umno yang lain tidak menegakkan Islam kerana nampak seperti membiarkan gejala rasuah berleluasa.
"Sudah-sudahlah pemimpin Umno cuba hendak tegakkan benang yang basah.
"(Datuk Seri) Najib Razak (presiden Umno dan perdana menteri) perlu bertanggungjawab dalam skandal 1MDB," kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.
"Pemimpin Umno hari ini tidak ada iman. Mereka patut ucap semula kalimah syahadah dan kembali beriman untuk menegakkan syiar Islam, berdasarkan kepada Al-Quran dan sunah.
"Adalah haram untuk bersubahat dengan rasuah. Pemimpin yang melanggarkan patut ditentang dan ditolak. Ajaran Islam tidak ada pilih kasih. Siapa yang buat salah perlu dihukum."
Khairuddin mencabar Tengku Adnan untuk mengarahkan peguam negara dan ketua polis negara menghubungi peguam negara AS untuk mengetahui siapa individu yang dirujuk sebagai "Malaysian Official No 1" dalam tuntutan undang-undang yang difailkan bagi mendapatkan semula aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.
"Pemimpin Umno perlu baca laporan penuh dari Pejabat Peguam Negara AS. Satu-satunya perkara yang saya takutkan ialah penyokong Umno yang lemah fikirannya tidak faham bahasa Inggeris."
Khairuddin menepis kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ab Aziz Kaprawi yang berkata tidak ada keperluan mewujudkan tribunal bebas untuk menyiasat tuduhan 1MDB kerana Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara sudah melakukannya.
"Siapa yang nak percaya ketidaktelusan PAC di Parlimen? Pengerusi PAC Datuk Hassan Ariffin sendiri mengaku melakukan perubahan terhadap laporan PAC tanpa pengetahuan ahli PAC," katanya.
"Adakah mereka suruh kita berpegang dan percaya pada laporan PAC? Bodoh sangatkah pemimpin Umno?
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos mencabar pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meneruskan himpunan anti Najib, dengan gerakan Baju Merah akan turut mengadakan himpunan balas mereka.
Ada baca kisah viral adik yang salah produk dan daripada muka flawless terus breakout? Breakout yang bukan calang-calang siap dengan pakej nanah! Jangan hina orang muka berjerawat!.. Anda tak tahu apa yang mereka lalui...
Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MAS penerbangan MH370 tidak patut dipertanggungjawabkan secara langsung atas kehilangan pesawat itu dua tahun lalu, tegas kakaknya Sakinab Shah.
BELUM pun sampai setahun hubungan rumah tangga penyanyi Adira dan Datuk Seri Adnan Abu dibina. Pasangan ini telah diuji dengan pelbagai dugaan yang datang melanda. Terbaharu, viral di media sosial penyebaran video suaminya mesra dengan seorang pendatang baharu iaitu Ruhainies di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.
Kuala Lumpur: Empat belas 14 individu ditahan Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman antara 14 hingga 20 Julai lalu, selepas disyaki terbabit dengan Daish.
PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini berkata tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan yang dilaporkan dilakukan oleh seorang penyerang, di Olympia Einkaufzentrum, sebuah pusat beli-belah di tengah pusat bandaraya Munich, Jerman semalam.
Mereka ketawakan aku perlekehkan aku sebabkan aku sedih dan kecewa untuk anak aku.. Memperlekehkan hati seorang ibu.. Selama 9 bulan mengandung aku diterajang dicekik ditumbuk ditampar. Selama itulah aku sabar tak mengadu kepada sesiapa walau ibubapa aku jua tak tahu.
Seorang pejalan kaki merasa curiga tentang kelakuan seoang lelaki berbaju biru yang dilihat resah mencari sesuatu. Pejalan kaki itu pun mula berhenti dan memerhatikan gelagat lelaki itu.
Terima kasih USTAZAH HUSLIN (SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan) kerana telah menampar kepala anak saya NURSYAHIDA BT ZULKIFLI sebanyak tiga kali pada 19 Julai 2016, jam 8.30 petang.
Adira Masih 'Membisu', Suami Keluar Berkepit Dengan Ruhainies. Penyanyi Adira belum bersedia untuk memberi sebarang komen mengenai isu suaminya keluar bersama pelakon baru, Ruhainies.
KUALA LUMPUR – Seorang pelakon dan pelawak terkenal disyaki terbabit dalam kes penipuan hartanah membabitkan kerugian sebanyak RM485,000, semalam. Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid yang mengesahkan perkara itu berkata, artis itu ditahan di kediamannya di Cyberjaya jam 2 petang.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertikaikan motif sebalik kesediaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat maklumat rasuah FAM dalam simpanannya.
NEW DELHI: Sebuah pesawat milik tentera udara India yang membawa 29 orang dilaporkan hilang pada Jumaat dalam penerbangan ke Port Blair di Kepulauan Andaman dan Nicobar, kata jurucakap tentera udara kepada AFP.
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli yang sudah sah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Sunway Montana, Desa Melawati petang semalam.
Majlis berkenaan berlangsung dengan cukup indah sekali dan Amyra kelihatan begitu cantik dan anggun mengenakan busana berwarna putih. Amar juga cukup kacak dengan berpakaian kemeja berwarna putih sedondon dengan Amyra.
Amar dan Amyra bakal bernikah pada 11 November depan dan majlis persandingan pihak perempuan akan diadakan sehari selepas mereka disatukan sebagai suami isteri.
Majlis resepsi pihak lelaki pula bakal diadakan pada 19 November depan.
Semoga segala perancangan mereka untuk berkahwin dipermudahkan. Harapnya dalam tempoh bertunang ini mereka diberikan kesabaran dan toleransi.
Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis pertunangan Amar Baharin dan Amyra Rosli dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Datuk Red dan Ruhainies nama yang kini menjadi topik utama dan tumpuan ramai apabila video mereka berdua bermesra dan keluar bersama tersebar di Internet sejak beberapa jam lepas.
Ramai yang tertanya apakah mereka berdua mempunyai hubungan? Iyalah, didalam video berkenaan jelas memperlihatkan Datuk Red merangkul pinggang Ruhainies.
Terbaru, keluar pula kenyataan yang agak berbeza daripada Datuk Red. Menerusi portal Utusan Online berkata Ruhainies bukanlah pilihan beliau untuk dijadikan isteri ketiga. Antara ciri wanita idaman Datuk Red ialah seorang yang mempunyai imej wanita muslimah.
Pada masa yang sama, Datuk Red juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau adalah dalang disebalik penyebaran video berkenaan dan sengaja ingin perangkap Ruhainies.
Kalau ada peluang memang saya mahu berkahwin buat kali ketiga. Pilihan saya biarlah seorang yang muslimah. Jadi Ruhainies bukanlah dalam ciri wanita pilihan saya.
Kalau benar saya buat perkara tersebut dengan niat untuk popular, lebih baik rasanya saya pilih artis yang jauh lebih popular. Saya yakin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej saya, dalam masa yang sama kasihan juga kepada Ruhainies dan Adira. Bukan apa sekali gus perkara ini dikaitkan terus dengan mereka.
Mana satu kenyataan yang betul ni Datuk Red? Adakah Datuk Red bengang dengan kenyataan Ruhainies yang mendakwa beliau sengaja memerangkap artis wanita berkenaan? Hmmphh…
Peminat hiburan dikejutkan dengan penyebaran video mesra pelakon Ruhainies dan suami Adira Datuk Seri Adnan Abu yang dilihat keluaq bersama di sebuah pusat beli belah femes di ibu kota baghu bagh...
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Amaq Baharin dan Amyra Rosli yang dah konfem mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlih tertutup yang berlangsung di Sunway Montana Desa Melawati petang kem...
Magik ni ada macam2 jenih kite boleh tengok Ada yang jenih pakai kad burung dan pelbagainya Kalau magik tu tak jadik mmg memalukan la kalau lebih2 lagik kalau magik tu diperlihatkan kepada og...
Berbeza dengan zaman la la nih ni kalau dulu2 mak bapak kite serin suruh pegi kedai belikkan barang Dah byk kali sangat pegi kedai tu sampai oghang kedai pon dah kenai Mesti ghamai di antara k...
Sam Allardyce konfem dilantik sebagai penguruih baghu skuad The Three Lions oleh Persatuan Bola Sepak England FA Pelantikan penguruih berumoq 61 tahun tu ditangguhkan berikutan rundingan pampasa...
Atlet olahraya Amerika Syarikat AS Kendra Harrison memecah rekod dunia acara lompat pagaq 100 meter dalam acara Sukan Ulangtahun London Harrison yang gagai melayakkan diri pada aksi Olimpik di...
Pelakon baghu Ruhainies berasakan dirinya telah diperangkap apabila videonya keluaq bersama suami Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu didedahkan Ruhainies atau nama sebenaqnya Ruhainies Farehah Zainu...
walaupun menyedari risiko yang bakai dihadapinya apabila keluaq berduaan secara terangan bersama pelakon Ruhainies Datuk Seri Adnan Abu tak ambik pusin dengan perkara tu pasai merasa mudah dengan...
Liverpool berjaya mengikat Georginio Wijnaldum dari Newcastle Newcastle mau mengekaikan pemain tengah tu dalam kempen kejohanan pasukan hat sama dok habaq tadi tapi takmau menolak bidaan 25 juta ...
Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira akan dinamakan sempena nama bintang Reai Madrid Cristiano Ronaldo Pengumuman pasai perkara tu dibuat Presiden Madeira Miguel Albuquerque pada Jumaat Keputu...
Selepaih pengumuman pasai statuih hubungan cinta depa diadakan beberapa hari lepaih maka hari ni berlangsunglah sebuah majlih yang cukup indah tang mana pasangan merpati dua sejoli Amaq Baharin d...
bisnes ni sesuai untuk depa yang ditauk gheja mahasiswa yang menganggoq suri rumah pemuda lepasan SPM atau bekaih staf Malaysia Airlines yang ditauk gheja baghu baghu ni cheq senaraikan menurut...
Menjadi matlamat semua ibu bapak menghantaq anak depa ke sekolah berkualiti dan selesa namun sejauh mana kemampuan depa Bagi depa dengan anak yang belum bersekolah tadika swasta menjadi pilihan a...
Melalui alam rumah tangga adalah satu pengalaman hidup yang amat menyeronokkan apabila kita di satukan dengan insan tersayang Kita akan mendapat keluarga baghu dan dah konfem mak baghu iaitu ment...
Setiap mak pak dah konfem sentiasa akan cuba try test untuk memberikan yang torrrbaek kepada anak anak depa didikan awai diberi depa cuba try test mencorakkan anak anak depa terutamanya anak lela...
Zaman la la nih ni banyak jenih masakan yang kita dapat tgk kat kedai2 makan seluruh Malaysia Ada setengah tu sampai nak sebut nama menu pon susah Tiap2 tahun ada je menu2 baghu yang dicipta da...
Pokemon Go bukanlah satu benda baghu bagi kita semua di Malaysia dah banyak artikel artikel yang telah dimuatkan naik dan di antaranya adalah pasai beban yang akan dihadapi masa pelancaran di Asi...
Semenjak video tarian geleknya menjadi viral di laman so sial nama anak pelakon dan penyanyi Kazar Saisi iaitu Ira Kaza bukan lagi asin di telinga masyarakat Malaysia Dalam oghang ghamai mengecam...
Datuk Red dan Ruhainies nama yang la nih menjadi topik utama dan tumpuan ghamai apabila video depa berdua bermesra dan keluaq bersama tersebaq di Internet sejak beberapa jam lepaih ghamai yang t...
Datuk Red atau nama sebenaqnya Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan suami kepada penyanyi Adira memaklumkan dirinya cukup mudah dengan kehadiran Ruhainies malah sedia menjadikan aktres tu sebagai i...
Barang mughah macam shawl mughah ni tak semestinya tak baguih tak berkualiti dan tak nampak cun apabila dipakai Shawl mughah memang mendapat tempat di kelompok pompuan la la nih tak kira golonga...
Menjarinkan gol sendiri tu bukanlah perkara yang luaq biasa pada zaman ni Penjarin gol sendiri ni sebenaqnya tak lah berniat untuk menjarinkan gol sendiri bagi memberikan kemenangan kepada pihak ...
Putera raja biasanya dilihat sebagai soghang yang kacak di dalam filem filem Disney Tapi sejauh mana kebenarannya Adakah memang putera yang berasai dari kerabat diraja ni memang kacak ataupun mi...
Gara gara video mesra masa keluaq bersama dengan suami Adira Datuk Seri Adnan Abu terdedah kepada umum Ruhainies berasa dirinya macam diperangkap oleh individu yang saja saja mau menyebaqkan vide...
walaupun menyedari risiko yang bakai dihadapinya apabila keluaq berduaan secara terangan bersama pelakon Ruhainies Datuk Seri Adnan Abu tak ambik pusin dengan perkara tu pasai merasa mudah dengan...
Industri hiburan dikejutkan dengan berita soghang pelakon dan pelawak femes kena tahan polih pada Khamih berikutan disyaki terlibat dengan keh penipuan hartanah melibatkan kerugian sebanyak RM485 0...
polih menahan soghang pompuan pada Khamih pasai dipercayai membuat kenyataan muhung terhadap Permaisuri Johoq Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menerusi laman so sial Facebook Ketua polih Joho...
Selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan, akhirnya Adlin Aman Ramlie telah dibebaskan petang semalam dengan jaminan polis setelah ditahan dalam Op Nuri di rumahnya di Cyberjaya kelmarin kerana dipercayai terlibat dengan penipuan pelaburan hartanah.
"Kita telah mengambil keterangan Adlin dan pihak polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pelakon berkenaan. Dia kini telah dibebaskan di bawah jaminan polis.
"Bagaimanapun, kita tetap akan menjalankan siasatan terhadap Adlin mengenai peranannya dalam kegiatan pelaburan haram ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini," katanya.
Ditanya mengenai penyebaran video suaminya, Datuk Seri Adnan Abu bersama pelakon Ruhainies yang menjadi viral di sosial media semalam, penyanyi Adira Suhaimi, 25, bagaimapaun enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta semua pihak menghormati privasi rumahtangga dan memberi ruang buat dia sekeluarga.
"Benar saya sudah dimaklumkan mengenai video tersebut namun memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung perihal itu.
Ratu rock negara, Ella Aminuddin dilihat sering memuat naik gambarnya dengan imej berbeza serta kata-kata atau madah berunsur ketuhanan ke laman sosial Instagram sejak akhir-akhir ini.
Situasi berkenaan bagai memberikan bayangan isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali, itu sudah pun berhijrah, seperti dilakukan beberapa teman artis wanita lain sebelum ini.
Semalam telah berlangsungnya majlis pertunangan Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, yang diadakan di kediaman keluarga perempuan di Sunway Montana, Desa Melawati.
Dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga, saudara dan rakan terdekat, Amyra kelihatan anggun menggayakan busana berona putih manakala Amar pula segak dengan kemeja berwarna putih.
Sebelum ini, pasangan selebriti ini sering menafikan status hubungan pencintaan mereka walaupun kerap dihimpit dengan pelbagai kontroversi mengatakan bakal bernikah.
Semalam dunia hiburan menjadi kecoh seketika apabila video Datuk Red dan Ruhainies bermesra dan keluar bersama tersebar di Internet.
Ramai yang tertanya apakah mereka berdua mempunyai hubungan? Iyalah, di dalam video berkenaan jelas memperlihatkan Datuk Red merangkul pinggang Ruhainies.
Pelakon Adlin Aman Ramlie yang ditahan baru-baru ini kerana didakwa terlibat dengan penipuan pelaburan hartanah dilaporkan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan.
Memetik laporan Utusan Online, Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, pelakon tersebut dibebaskan petang semalam setelah ditahan dalam Op Nuri di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kelmarin.
"Kita telah mengambil keterangan Adlin dan pihak polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pelakon berkenaan. Dia kini telah dibebaskan di bawah jaminan polis. Bagaimanapun, kita tetap akan menjalankan siasatan terhadap Adlin mengenai peranannya dalam kegiatan pelaburan haram ini," jelasnya.
Sementara itu, Adlin berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad ini bagi menjelaskan isu penahanannya.
"Saya rancang untuk adakan sidang akhbar di sebuah stesen televisyen swasta bagi menjelaskan isu sebenar berkenaan berita isu penahanan saya itu," ujarnya kepada portal berita tersebut. (rtky/s)
Hebat juga suami Adira. Melalui kenyataannya sebelum ini, memang gayanya Ruhainies bakal menjadi isteri ketiga namun bercakap kepada Utusan Malaysia, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu menyatakan perkara sebaliknya.
"Kalau ada peluang memang saya mahu berkahwin buat kali ketiga. Pilihan saya biarlah seorang yang muslimah. Jadi Ruhainies bukanlah dalam ciri wanita pilihan saya," jelasnya selain turut menafikan bahawa dia merupakan dalang kepada penyebaran video mesra.
Malah Datuk Red juga menyatakan rasa simpati terhadap Ruhainies di atas perkara tersebut. Bagaimanapun Datuk Red juga percaya terdapat pihak yang cuba menjatuhkan imej dirinya melalui rakaman video tersebut.
"Kalau benar saya buat perkara tersebut dengan niat untuk popular, lebih baik rasanya saya pilih artis yang jauh lebih popular. Saya yakin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej saya, dalam masa yang sama kasihan juga kepada Ruhainies dan Adira”
“Bukan apa sekali gus perkara ini dikaitkan terus dengan mereka," katanya. Adnan sebelum ini juga menimbulkan kontroversi apabila mengahwini Adira secara rahsia pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Selain Adira, Adnan juga mempunyai seorang lagi isteri, yang hanya dikenali sebagai Datin Red. (rtky/s)
Selepas pengumuman mengenai status hubungan cinta mereka diadakan beberapa hari lalu, maka hari ini berlangsunglah sebuah majlis yang cukup indah dimana pasangan merpati dua sejoli, Amar Baharin dan Amyra Rosli mengikat tali pertunangan mereka dalam sebuah majlis tertutup petang tadi di kediaman keluarga perempuan di Sunway Montana, Desa Melawati.
Memetik laporan Berita Harian Online, majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pasangan, Amyra kelihatan begitu anggun seperti puteri mengenakan busana berwarna putih. Manakala Amar pula hadir segak dengan kemeja berwarna putih yang kelihatan sedondon pada majlis pertunangan mereka yang diadakan di rumah pihak perempuan.
Sebelum ini, pasangan selebriti ini sering menafikan status hubungan pencintaan mereka walaupun kerap dihimpit dengan pelbagai kontroversi mengatakan bakal bernikah. Namun segalanya terlerai apabila pasangan ini bertindak mengumumkan berita gembira tersebut didalam sebuah majlis. Pada majlis itu, mereka turut berkongsikan tarikh perkahwinan mereka yang akan.
Manakala majlis persandingan disebelah keluarga Amyra pula akan diadakan sehari selepas acara akad nikah. Majlis berterusan pada 19 November di sebelah pihak keluarga lelaki. Terdahulu, ibu Amyra, pernah memaklumkan bahawa kehadiran Amar didalam hidup anak perempuannya itu begitu disenangi ramai dan merupakan calon suami terbaik buat Amyra. (rkty/w)
Takziah diucapkan kepada Irma Hasmie diatas pemergian bapa beliau, Ibrahim Othman yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun akibat penyakit kanser limfoma atau kelenjar pada jam 5.23 pagi tadi. Menurut Irma, penyakit tersebut dikesan sejak Januari lalu dan merebak dengan pantas sehingga beliau terpaksa melakukan sesi kemoterapi.
“Ayah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi kerana kesihatannya merosot selepas Aidilfitri. Pada mulanya ayah dirawat di Hospital Ampang dan kemudian dipindahkan ke HKL kerana tahap kesihatan semakin merosot. Kami sekeluarga sudah reda kerana dia sakit sejak Januari lalu dan kami sudah bersedia untuk menerima segalanya”
“Penyakitnya menjadi lebih teruk dan merebak dengan pantas sehingga memberi kesan kepada anggota badan lain. Alhamdulillah dia pergi pada hari Jumaat yang barakah. Kami sekeluarga sentiasa ada perjumpaan sekali seminggu dan sejak akhir-akhir ini memang dia banyak memberi nasihat kepada kami adik beradik,” katanya kepada m Star Online.
Dalam masa yang sama, Irma turut memaklumkan bahawa jenazah bapanya telah dikebumikan selepas solat Jumaat tengahari tadi di Tanah Perkuburan Bukit Cerakah, Shah Alam. Walaupun sedih dengan pemergian bapanya, namun Irma redha dan sudah bersedia dengan pemergian tersebut selepas melihat penderitaan bapanya yang sakit sejak Januari lalu. (rkty/w)
Walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapinya apabila keluar berduaan secara terangan bersama pelakon, Ruhainies, Datuk Seri Adnan Abu tidak mengambil pusing dengan perkara itu kerana merasa senang dengan kehadiran wanita itu. Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan keinginannya untuk menjadikan Ruhainies sebagai isteri ketiga jika ditakdirkan.
“Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan yang sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula. Ini namanya saya sendiri yang mencari bala. Saya berasakan sama seperti dalam cerita P Ramlee pula”
“Saya seorang yang jujur dan akan meminta izin kepada isteri-isteri jika mahu berkahwin lagi. Lagipun bukannya saya buat perkara yang tidak elok. Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.
Menerusi video yang tersebar meluas itu, Ruhainies dan Dato red kelihatan begitu mesra sekali ketika berjalan berduaan di pusat membeli belah terkemuka, Pavilion baru-baru ini. Dalam rakaman berkenaan juga, Dato Red kelihatan merangkul pinggang wanita itu ketika menaiki tangga bergerak selain kedua-duannya berpegangan tangan dengan mesra di pusat membeli belah itu.
Sebelum ini, Ruhainies ada mengeluarkan kenyataan dimana beliau merasakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memerangkapnya dengan sengaja mengambil video itu ketika pinggannya dirangkul oleh Dato Red. Selain itu, beliau turut menuduh Dato Red menjadi dalang kepada kontroversi ini berlaku dengan mengupah seseorang untuk mengambil video terbabit. (rkty/w)
Gara-gara video mesra ketika keluar bersama dengan suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu terdedah kepada umum, Ruhainies berasa dirinya seperti diperangkap oleh individu yang sengaja mahu menyebarkan video itu. Beliau pada masa yang sama turut menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk Red, tetapi mengaku pernah bertemu dengannya atas urusan kerja.
“Ya, itu memang saya dan kami memang ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain. Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun bila ianya telah berlaku”
“Saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah. Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk mengambil gambar kami untuk menampakkan seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum”
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai dakwaan Ruhainies yang mengatakan video itu sengaja diambil oleh orang upahan Datuk Red ketika beliau memegang pinggannya, Datuk Red menepis dakwaan itu namun tidak menolak kemungkinan ingin berkawan dengan lebih dekat dengan pelakon itu, mahupun mengambilnya sebagai calon isteri yang ketiga.
“Secara jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi. Isteri pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut ‘angin’ dia dahulu,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.
Terdahulu, penyanyi terkenal, Adira telah berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri yang kedua di Songkhla, Thailand pada tahun 2015 lalu dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Namun apa yang menarik perhatian, semua gambar Adira bersama suaminya itu telah dipadamkan di akaun instagram beliau tanpa diketahui punca yang sebenar. (rkty/w)
Berikutan keinginan untuk memastikan masa depan yang terbaik buat anak perempuannya, Elly Mazlein ada memaklumkan bahawa beliau akan membuat tuntutan hak penjagaan anak terhadap bekas suaminya. Beberapa hari lalu, Elly nampaknya telah menunaikan kata-katanya apabila sekeping gambar telah dimuat naik menunjukan beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Menerusi akaun Isntagramnya, Elly yang lengkap memakai baju kurung dengan tudung berwarna kuning sambil mendukung anak perempuannya telah hadir ke mahkamah semalam untuk menuntut hak penjagaan anak. Menurut Elly, tindakan itu dilakukan kerana mahu menuntut haknya sebagai ibu yang menjaga anak tersebut sendirian sejak dari hari pertama ia dilahirkan.
Namun lebih menarik lagi selain daripada gambar yang dimuat naik, Elly sempat meluahkan perasaan terkilan terhadap bekas suaminya, Azmi Hatta dengan menyindirnya kerana lewat tiba di mahkamah untuk sesi prosiding. Bukan itu sahaja, malah Elly turut menegur bekas suaminya yang lewat dan berpakaian yang hanya berseluar jeans koyak ketika hadir ke mahkamah.
Selepas posting berikut dimuat naik, ruangan komen mula dipenuhi dengan kata-kata sokongan yang diberikan oleh peminat Elly yang mendoakan urusan yang ingin dilakukannya akan dipermudahkan. Pada masa yang sama, ada juga peminat yang turut geram dan bengang dengan sikap bekas suami Elly yang tampil dengan pakaian yang tidak sesuai ketika ke mahkamah. (rkty/w)
Setelah hampir seminggu mendiamkan diri, kini Adi Putra melalui akaun Instagram miliknya menyatakan bahawa dia akan mengadakan sidang media bagi berkongsi tentang apa yang dilaluinya kini.
“Kepada semua sahabat rakan media saya akan maklumkan untuk sidang media untuk perkongsian dan bukan penjelasan sebab apa yang berlaku bukan satu dosa. Terima kasih,” jelasnya dalam satu gambar yang dimuatnaik di Istagram.
Selain itu, Adi juga dalam masa yang sama turut mendedahkan wajah sebenar dan juga nombor telefon lelaki yang mendakwa dirinya adalah bekas suami wanita yang dikahwini Adi Putra. Malah Adi juga ada menyatakan bahawa lelaki berkenaan sudah dua kali gagal dalam rumahtangga.
Apa pun, semoga dengan adanya sidang media nanti, perkara tersebut dapat kembali menjelaskan perkara sebenar yang terjadi selain dapat mengelakkan berita tidak benar yang tersebar. (rtky/s)
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
No comments:
Post a Comment