ROTIKAYA Posted: 11 Jul 2016 08:17 PM PDT Awie: Saya Tak Kisah Hilang Isteri Posted: 11 Jul 2016 07:22 PM PDT Kisah perjalanan rumah tangga Awie sememangnya berliku namun bagi penyanyi rock ini, kehidupannya kini lebih ditumpukan kepada anak-anaknya namun mengakui sambutan Aidilfitri sedikit suram selepas pemergian ibunya dua tahun lalu. BACA: Awie Nafi Bakal Nikah Tunang Pada Hari Raya Ketiga "Hilang isteri dan hilang ibu merupakan dua perkara berbeza. Saya mengaku tidak kisah jika hilang isteri sekalipun tetapi kalau hilang ibu, ia fasa yang paling berat untuk saya terima dan lalui sepanjang hidup” "Bayangkan, jika sebelum ini kita beraya dengan ibu dan ayah di sisi tetapi kini perasaan saya sangat hiba sebab tidak lagi dapat menyambut dan mencium tangan mereka terutama pada pagi raya” "Selalunya, pada pagi raya rumah kami sekeluarga terhidang dengan pelbagai juadah raya hasil air tangan ibu tetapi apabila ibu tiada, saya umpama tiada arah untuk pergi. Segalanya nampak kosong, mujur ada anak-anak sebagai penyeri,” jelasnya kepada Kosmo! Online. Namun, bagi Awie yang merancang untuk mengakhiri zaman dudanya menjelang hujung tahun ini setelah bertunang dengan gadis pilihan pada 3 Jun lalu, dia dalam masa yang sama berharap agar rumahtangga yang bakal dibinanya nanti mampu cahaya baru dalam hidupnya selain mahu melupakan kisah silam. (rtky/s) | “Artis Jadi Miskin Sebab Undang Undang Lemah” Posted: 11 Jul 2016 05:42 PM PDT Tergerak untuk turut sama meluahkan perasaan terhadap kenyataan David Teo, Afdlin Shauki selaku insan seni yang sudah masak dengan kerenah dalam industri tersebut menjelaskan terdapat beberapa perkara yang sehingga kini masih lemah selain hanya menguntungkan sebelah pihak. BACA: Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Afdlin Shauki  Menerusi kenyataan melalui akaunnya di Facebook yang telah mendapat lebih 4,000 perkongsian tersebut, Afdlin menjelaskan bahawa akan ada pihak yang sentiasa cuba mengambil kesempatan di dalam industri seni selain tiada penguatkuasaan undang-undang yang membela nasib pengkarya. “Dari zaman dulu sehingga sekarang ada sahaja orang nak memanipulasi orang seni pasal pada tanggapan ramai orang seni ni bodoh dan tak berpelajaran. Oleh kerana wang bukan menjadi motivasi utama, tak bermakna kami bodoh sekarang” “Shaw Brothers ambil semua intellectual property rights yang sepatutnya samada dikongsikan dengan karyawan atau ada peratusan yang masih berhak dituntut oleh karyawan atau warisnya. Saya nak tanya sekarang adakah praktis ini masih berleluasa? Di mana studio masih nak menuntut all rights kepada hasil karya seorang artis itu?” “Jawapannya YA!!!! RTM, Grand Brilliance, Astro Shaw, Media Prima, Astro semua masih mempraktikkan memegang rights harta intelek dari karyawan. Walaubagaimanapun kebelakangan ini Astro dan Media Prima ada mula berkongsi rights dengan penerbit tetapi saya tak tahu berapa meluas” Tambahnya, disebabkan perkara tersebut juga barisan artis ini tidak dapat meninggalkan apa-apa untuk waris. Selain itu, Afdlin turut membantah kenyataan David dengan menyatakan bahawa masalah bukanlah bermula daripada P.Ramlee namun berpunca daripada kurangnya menghormati hak pengkarya. “Jadi jawapan kenapa P. Ramlee duduk di pinggir Bukit Bintang En David adalah dia tidak di ‘Protect‘ oleh undang-undang negara ini. Dia dieksploitasi oleh studio-studio besar yang mengambil semua harta inteleknya, dan ianya takde kena mengena drngan dia adalah artis yang tak berdisiplin, takde komitmen atau tak tahu menjaga periuk nasinya” “Malangnya sehingga sekarang masih belum ada rang undang-undang Parlimen yang menyatakan studio atau stesyen tv tidak berhak mengambil harta intelek seorang karyawan kecuali karyawan mahu menjual harta intelek itu pada harga yang berbeza dari harga projek tersebut,” katanya. (rtky/s) | Lana Nodin Belum Mahu Kongsi Gambar Anak Posted: 11 Jul 2016 09:55 AM PDT Kerap kali diminta untuk berkongsikan gambar wajah anak pertama mereka, Lana Nodin memohon semua pihak memahami keputusan yang diambil oleh suaminya untuk tidak mendedahkan wajah anak perempuan mereka, Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia enam bulan buat sementara waktu bagi memberi ruang untuk mereka menikmati tugas sebagai ibu bapa. BACA: Lana Nodin Mengamuk Status Anak Dipersoal “Tidak dinafikan ramai yang meminta saya memuat naik gambar Gia, namun saya menghormati keputusan suami untuk tidak berkongsi foto anak kami di media sosial buat sementara waktu. “Julung kali bergelar ibu bapa, kami ingin menikmati detik indah memikul tanggungjawab ini berdua dulu. Insya-Allah saya pasti berkongsi gambar Gia apabila tiba masanya. “Lagipun, saya memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tanpa bantuan pembantu. Gambar saya sendiri pun jarang dimuat naik kerana sibuk dengan rutin harian, takut tidak menang tangan pula nanti,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan keputusan mereka untuk tidak mendedahkan wajah bayi perempuan pertama mereka di laman sosial sementara waktu. Pada masa yang sama, Lana menghormati pendekatan yang diambil oleh suaminya untuk tidak terlalu terbuka menunjukkan wajah anak pertamanya di media sosial. Namun bagaimanapun, Lana berkata, beliau pasti akan menunaikan hasrat peminatnya dan berkongsikan wajah anak perempuan pertamanya kepada umum apabila sudah tiba masanya nanti. (rkty/w) | Nora Danish Tak Kisah Dikritik Beraya Dengan Bekas Mertua Posted: 10 Jul 2016 10:55 PM PDT Walaupun sudah tidak mempunyai ikatan kekeluargaan bersama bekas keluarga mertua, Nora Danish masih mahu mengekalkan hubungan baik yang terjalin diantara mereka dengan membawa putera sulungnya menyambut Aidilfitri bersama-sama setiap tahun. Malah, dirinya juga tidak mahu ambil pusing lagi dengan kritikan orang ramai mengenai tindakannya itu. BACA: Nora Danish Menutup Kafe Kerana Sewa Mahal “Saya tidak akan sesekali memutuskan hubungan yang terjalin di antara Rayqal dan keluarga bekas suami kerana tiada sebab untuk saya perlu berbuat demikian. Apa yang orang hendak kata itu saya tidak lagi mahu ambil peduli kerana paling penting niat saya adalah sekadar membawa Rayqal berhari raya bersama datuk dan neneknya, itu sahaja. “Menjadi kebiasaan kerana Rayqal ialah cucu pertama dan rasanya tak salah saya berada di sana kerana saya sudah menganggap bekas ibu bapa mertua seperti keluarga sendiri. Orang yang bercakap buruk tentang saya mereka tak pernah berada dalam situasi, tidak mengapa kerana saya tak minta mereka faham keadaan saya,” katanya kepada m Star Online. Dalam pada itu, Nora yang sudah beberapa tahun berpisah dengan bekas suami, Jejai berkata, beliau sedar bahawa sudah tiada ikatan kekeluargaan yang tinggal diantara dirinya dan bekas mertua namun apa yang dilakukannya kini hanyalah demi anaknya, Putera Rayqal supaya dapat meluangkan masa bersama-sama berhari raya bersama datuk dan neneknya. Manakala apabila ditanya mengenai perkembangan hubungan cinta beliau bersama Nedim, Nora memberitahu bahawa memang terdapat rancangan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini. Namun kedua-dua pihak masih belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis pernikahan. Apapun semoga segalanya berjalan dengan lancar hendaknya. (rkty/w) | “Saya Tiada Niat Mahu Hina P. Ramlee” Posted: 10 Jul 2016 10:12 PM PDT Berikutan kenyataan pedas yang pernah dikeluarkan sebelum ini, pengarah terkenal tempatan, David Teo dikecam hebat oleh orang ramai yang menganggap kenyataan beliau seperti menghina seniman agung, Tan Sri P Ramlee. Bagaimanapun, David tampil mempertahankan diri dengan menyatakan tiada niat untuk beliau untuk berbuat demikian. BACA: Zed Zaidi: David Teo Biadap, Kurang Ajar “Saya sebagai penerbit sangat mengagumi karya-karya beliau yang ‘tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’. Saya sentiasa berpesan kepada artis-artis dan pengarah di bawah naungan syarikat saya supaya sentiasa berdisiplin dan berilmu supaya tidak menjadi mangsa tipu daya oleh golongan yang sengaja ingin mengambil kesempatan” “Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi untuk menghina Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan karya-karya beliau. Saya yakin ini semua adalah hanya salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini,” katanya kepada Utusan Online mengenai kenyataan sebelum ini yang mengundang kemarahan. Terdahulu, David Teo telah mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah portal yang kononnya berunsur nasihat kepada barisan pelakon baru yang hanya inginkan glamor semata tanpa bersikap jimat cermat. Namun pada masa yang sama, David seperti membandingkan kehidupan P. Ramlee yang dahulunya senang kini susah ketika di penghujung usia. Bagaimanapun kenyataan pedas itu telah mengguris banyak pihak terutamanya peminat setia filem-filem klasik Tan Sri P Ramlee yang berang dengan kata-kata itu. Ini termasuk Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi yang menganggap tindakan David sebagai biadap dan meminta beliau untuk memohon maaf kepada seluruh pihak seniman di Malaysia. (rkty/w) | Shahir Harap Yang Terbaik Dalam Hubungan Dengan Erra Fazira Posted: 10 Jul 2016 09:33 PM PDT Selepas beberapa pendedahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan mengenai status hubungan cinta mereka, Shahir dan Erra Fazira dilihat begitu terbuka mengenai perkara berkenaan sehingga pelbagai spekulasi dikaitkan dengan mereka. Namun begitu, Shahir akui bahawa dirinya bimbang jika sikap keterbukaan mereka mengundang pandangan negatif. BACA: Erra Fazira Akui Sukar Menolak Cinta Shahir “Dalam hal ini. bukan saya tidak mahu membuka mulut memberikan jawapan. Masalahnya, apabila sesuatu keadaan itu terlalu digembar-gemburkan, maka wujudlah pelbagai tanggapan. Kami dilihat seperti menjaja cerita pula, sedangkan belum ada apa-apa perkembangan pun. Kenyataan saya selama ini hanyalalah untuk menjawab spekulasi kami sahaja” “Saya juga tampil mengesahkan status hubungan kami kerana Erra saja yang selama ini menjadi sasaran. Saya harus turut bertanggungjawab tetapi selepas pendedahan itu, ramai pula yang melihat seolah-lah majlis bertunang sudah dirancang dan hubungan kami sudah seperti sudah pasti akan ke jinjang pelamin,” katanya kepada Berita Harian Plus. Bagaimanapun, Shahir melihat pelbagai spekulasi mengenai hubungan cinta mereka seperti bakal bertunang selepas sambutan Aidilfitri ini sebagai satu doa daripada peminat mereka. Walaupun masih tiada berita gembira yang boleh dikongsikan, namun bagi Shahir cukuplah orang ramai mengetahui status hubungan mereka yang sedang rapat. (rkty/w) | |
KedahLanie.info Posted: 11 Jul 2016 09:53 AM PDT Kenapa Ridhuan Tee tidak gesa kerajaan pinda Akta 355? soal Pemuda Amanah Posted: 11 Jul 2016 07:11 AM PDT 11 Julai 2016 | ARIF ATAN Pemuda Amanah Nasional mempersoal pandangan pensyarah Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang dilihat cuba bermain politik murahan dengan mencanangkan sentimen perkauman atas nama agama. Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, cadangan penceramah itu supaya akronim Amanah digantikan dengan Pan adalah suara pihak yang terdesak dan terancam dengan kemaraan Amanah. "Amanah adalah satu nama yang mempunyai identiti dan prinsip mulia dari sudut Islam dan sejagat. "Adakah ketakutan Ridhuan pada nama Amanah seolah-olah beliau cuba membela kepimpinan negara yang semakin kehilangan nilai amanah?" bidasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini. Beliau berkata, peratusan undi yan diperoleh Amanah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini menunjukkan perjuangan Amanah kini semakin diterima rakyat. "Atas dasar memulihkan krisis negara hari ini, kemunculan Amanah yang berjuang bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan amat relevan dalam mengubah sistem pemerintahan Umno-BN yang korup dengan mewujudkan pemerintahan berasaskn ketelusan, urus tadbir baik, keadilan dan integriti. "Atas dasar ini, konsep negara 'Al-Amin' adalah gagasan yang akan diperjuangkan," jelasnya mengulas tulisan Ridhuan bertajuk, 'Amanah: Antara kuali dan papan' di akhbar Sinar Harian hari ini. Mengulas tuduhan Ridhuan kononnya Amanah bersubahat dengan 'ultra kiasu' dalam menolak agenda Islam terutama Rang Undang-Undang (RUU) 355, beliau menjawab, Amanah tidak pernah menentang pindaan peruntukan itu sebaliknya yakin sebarang usaha ke arah peningkatan kuasa Mahkamah Syariah perlu dilakukan secara ikhlas tanpa membangkitkan sebarang polemik. "Kaedah konsultasi dan penerangan perlu dipergiat agar semua pihak dapat memahaminya tanpa mewujudkan sebarang keadaan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum di negara ini. "Kenapa tidak Ridhuan menggesa pihak kerajaan sendiri meminda Akta 355 jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu memartabatkan kedudukan hukum syariah di negara ini? "Kenapakah Ridhuan tidak membantu memudahkan urusan ini?" bidas peguam itu. Menurut Faiz, pindaan RUU 355 itu hendaklah dibawa oleh pihak kerajaan iaitu oleh menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam memandangkan kelulusannya adalah lebih mudah kerana dibawa oleh pihak kerajaan sendiri yang memiliki majoriti di Parlimen. "Amanah bukan khadam kepada mana-mana pihak termasuk DAP, tetapi berkongsi dasar perjuangan yang sama iaitu menentang kezaliman pemerintah terhadap rakyat," tambahnya lagi. http://malaysiadateline.com/index.php/berita-list/16-berita-utama/3597-kenapa-ridhuan-tee-tidak-gesa-kerajaan-pinda-akta-355-soal-pemuda-amanah | 1MDB: Jangan jadi pemimpin bodoh, kata Mohamad Sabu Posted: 11 Jul 2016 06:49 AM PDT 11 Julai 2016 | HAZRI NAWAR Pendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah OSA kata Mat SabuPendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah OSA kata Mat Sabu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menasihatkan pemimpin politik tidak menampakkan kebodohan diri sendiri apabila mempersoal pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB. Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, pendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). "Pemimpin politik dan orang awam jangan jadi bangang. Sarawak report keluar kerana laporan audit 1MDB tidak diberi kepada awam malah diletak bawah OSA," katanya kepada Malaysia Dateline. Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau melahirkan kehairanan dengan sikap sesetengah pemimpin politik pembangkang yang membidas pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB. Sedangkan kata beliau, pendedahan portal itu telah membuka mata banyak pihak terhadap maklumat baru skandal 1MDB yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang ramai. Semalam, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim meminta rakyat tidak terpedaya dengan laporan Sarawak Report berhubung 1MDB kerana disifatkannya sebagai "menyimpang jauh daripada kebenaran". Menyokong pendirian kerajaan, Pemimpin Pas itu senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak agar laporan lengkap 1MDB dirujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Sebagai penyelesaian, beliau pada masa sama turut mendesak laporan ketua audit negara mengenai 1MDB yang tulen didedahkan segera. Sarawak Report sejak beberapa hari lalu telah 'membocorkan' maklumat yang didakwa diperoleh daripada dokumen laporan audit mengenai 1MDB. | Selamat datang Thiago Augusto Fernandes dan selamat maju jaya Ahmad Fakri Saarani. Posted: 11 Jul 2016 03:40 AM PDT #welcomethiago #goodluckfakri Alhamdulillah semuanya telah dimuktamadkan antara Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah - dan FELDA UNITED FC untuk pertukaran pemain secara pinjaman dimana Thiago Augusto Fernandes akan bersama skuad hijaukuning sehingga penghujung musim ini dan Ahmad Fakri Saarani akan dipinjamkan kepada skuad Felda United FC dalam tempoh yang sama. Felda United FC diwakili oleh Setiausaha Kehormatnya Hj. Zulkarnain dan Kedah FA oleh Setiausaha Kehormat, Dato' Aminuddin Omar dan pengurus pasukan, Dato' Jeffrey Low Han Chow. Sejurus selesai urusan menandatangani kontrak, Thiago Augusto Fernandes tidak sabar untuk terus ke padang latihan bersama rakan sepasukan di kem hijaukuning. Selamat datang buat Thiago Augusto Fernandes dan selamat maju jaya buat Ahmad Fakri Saarani. Media KFA | Salahuddin kembali ke Pas? Posted: 10 Jul 2016 07:42 PM PDT 1. Sambutan Aidil Fitri Syawal tahun ini begitu bermakna bagi saya setelah setahun bermula dengan Gerakan Harapan Baru( GHB) dan seterusnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) , sebuah parti yang saya bersama membinanya dari hari pertama kewujudanya. 2. Disamping rakan-rakan seagama yang begitu ramai datang bertamu dirumah saya di Kg Tg Piai, Pontian, demikian juga rakan-rakan dari kaum Cina dan India yang memeriahkan lagi sambutan Hari Raya. Saudara mara saya dari kaum tionghua juga tidak ketinggalan setiap tahun datang begitu ramai mewarnai panorama rentas budaya dan politik. 3. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan lama daripada Pas yang berjumpa dengan saya. Ada dikalangan mereka yang masih memegang jawatan dalam Pas. Mereka datang bertanya khabar dan ada yang terus terang meluahkan perasaan kecewa kerana perjuangan Pas bukan lagi seperti dulu apatah lagi tanjak dan keris hadhir dalam muktamar Pas yang lalu. Lain benar rasanya kata mereka. 4. Saya bersyukur dan gembira hampir setahun ditubuhkan Amanah semakin mantap bertapak dipersada politik tanahair. Jika diukur dari pencapaian dua PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar Amanah mampu setanding dengan parti-parti lain yang telah berumur puluhan tahun. 5. Lebih menyakinkan saya tidak ada seorang pun ahli dan pimpinan Amanah yang keluar parti. Walaupun diserang dari terbit mentari hingga terbit fajar sidiq Amanah mampu bergerak pantas memahat arca siasah negara. 6. Mutakhir ini ada berita yang mengatakan saya sedang berfikir serius untuk kembali ke parti lama saya. Ramai rakan-rakan yang bertanya dan risau dengan berita ini. Saya anggap berita ini ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil dimalam hari raya. Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun. 7. Saya sebagai Timbalan Presiden Amanah semakin sibuk membantu Presiden dan parti Amanah memperkukuh hubungan luar dengan semua segmen dalam masyarakat , NGOs dan tokoh-tokoh penting negara . Memperkukuh Pakatan Harapan bersama dengan Gerakan Deklarasi Rakyat akan terus menggempur kezaliman dan ketidakadilan BN demi menyelamatkan negara tercinta ini. 8. Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan buktikan bahawa Amanah adalah parti masa depan generasi muda dan merealisasikan cita-cita Islam adalah Rahmatallillalamin. Biarlah parti lain yang semakin seronok dengan ciri-ciri dan budaya ISIS. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Salahuddin Hj Ayub Timbalan Presiden Amanah 4 Syawal 1437/ 8 Julai 2016 | |
beautifulnara Posted: 11 Jul 2016 02:39 AM PDT Uqasha Senrose Tolak Tawaran Berlakon Teater Selepas Teruk Dikritik Posted: 10 Jul 2016 10:17 PM PDT Uqasha Senrose memberitahu beliau tidak akan menerima sebarang tawaran untuk berlakon sebagai watak utama didalam teater, selepas beliau dikritik hebat oleh penonton ketika membawakan watak Izzah didalam pementasan teater Ombak Rindu sebelum ini.  Jelas Uqasha beliau sedar dirinya masih belum mampu untuk memegang peranan penting dalam teater. Bukan kerana kritikan tetapi atas kesedaran diri sendiri bahawa lakonan di pentas teater itu bukan mudah seperti disangkakan. Saya masih belum sampai tahap layak memegang watak utama dan selepas ini jika ada tawaran saya akan tolak kerana masih belum bersedia. Biarlah Ombak Rindu Tiada Penghujung menjadi pengajaran buat saya.  Namun, ia tidak bermakna Uqasha tidak mahu berlakon lagi didalam mana-mana teater. Selepas ini beliau mungkin akan melakonkan watak-watak kecil kerana ingin belajar tentang selok-belok pementasan teater. Teater ini sangat unik dan memerlukan fokus yang cukup tinggi kerana semuanya dilakukan secara langsung tanpa ada sebarang kesilapan. Saya mahu belajar dari bawah dan tidak mengapa kalau hanya diberikan watak sampingan.  Kalau tidak mampu membawa watak utama daripada awal tetapi masih mahu lakukannya, Uqasha seharusnya bersedia dengan setiap kritikan yang diberikan dan bersikap lebih positif. Sumber Berita : mStar Online | Nora Danish Tidak Kisah Dikritik Sambut Raya Dengan Bekas Mertua Posted: 10 Jul 2016 09:37 PM PDT Meskipun Nora Danish dan Jejai sudah beberapa tahun berpisah, Nora bagaimanapun sehingga hari ini masih mengekalkan hubungan baik bersama bekas mertuanya dan mereka juga baru-baru ini turut menyambut Aidilfitri bersama . Namun, bukan semua gembira melihat hubungan baik mereka dan ada beberapa pihak yang mengkritik Nora.  Sudah lali dengan segala kritikan, Nora tidak mahu terlalu memikirkan segala cacian dan pandangan negatif masyarakat kerana beliau tidak mahu hubungan anaknya Putera Rayqal bersama datuk dan neneknya renggang. Saya tidak akan sesekali memutuskan hubungan di antara Rayqal dan keluarga bekas suami kerana tiada sebab saya perlu berbuat demikian. Apa yang orang hendak kata itu saya tidak lagi ambil peduli kerana paling penting niat saya adalah sekadar membawa Rayqal berhari raya bersama datuk dan neneknya, itu sahaja.  Ia telah menjadi kebiasaan kerana Rayqal adalah cucu pertama dan rasanya tidak salah untuk saya berada di sana kerana saya sendiri sudah menganggap bekas ibu dan bapa mertua seperti keluarga sendiri. Nora akui beliau sentiasa sedar kedudukan beliau yang sudah tidak mempunyai sebarang ikatan dengan keluarga bekas mertuanya itu. Apa sahaja yang beliau lakukan cuma untuk anaknya sahaja.  Tidak bermakna jika sudah bercerai, hubungan dengan bekas mertua juga menjadi dingin. Sebenarnya elok juga kalau masih boleh berbaik dengan bekas mertua. Untuk apa bermusuh pula bukan? Lagipun Rayqal tetap cucu kepada bapa dan ibu Jejai. Sumber Berita : mStar Online | Abang Nara Sudah Jatuh Cinta Dengan Systema Posted: 10 Jul 2016 09:03 PM PDT Selama ini, setiap kali membeli-belah barang keperluan rumah seperti sabun basuh baju, sabun mandi, minyak masak dan sebagainya, wife Abang Nara akan ada satu soalan yang wajib ditanya. "Nie berus gigi nie nak beli yang mana satu nie? Awak suka pakai jenis apa" Dan Abang Nara dengan rasa peliknya akan menjawab:- "Amik je la berus gigi apa-apa pun. Bukan ada beza pun. Semua sama je". Sepanjang Abang Nara hidup selama 33 tahun, memang Abang Nara main hentam je beli berus gigi selama ini. Asalkan boleh letak ubat gigi, bila berus keluar buih sikit-sikit, gigi rasa segar dan bau wangi, itu dah cukup buat Abang Nara. Namun segalanya berubah apabila hujung minggu lalu Abang Nara menghadiri roadshow berus gigi Systema, yang terkenal dengan berus gigi 0.02mm.  nasib baik Love at first Brush, kalau Love at first Sight mahu kena cubit dengan bini Banyak maklumat-maklumat dan ilmu pengetahuan tentang berus gigi terutamanya Systema yang Abang Nara berjaya perolehi ketika berada di roadshow di Midvalley ini. Antaranya Systema adalah jenama berus gigi nombor 1 di Jepun. Di Malaysia pula, Systema semakin menjadi pilihan ramai. 8 daripada 10 yang memberus gigi mereka buat pertama kalinya dengan Systema terus jatuh cinta dan bertukar menggunakan berus gigi bulu tirus lembut 0.02mm ini . Memang Love at first Brush sungguh!!!  tue dia punya ramai yang meluahkan rasa cinta mereka terhadap Systema Ok, ok satu ilmu penting yang Abang Nara telah belajar ketika di roadshow Systema ini ialah jenis-jenis berus gigi yang ada. Fuh menarik nie. Meh sini Abang Nara sharekan. Kita tengok dulu gambar.  Systema mempunyai berus gigi untuk setiap jenis mulut. Tak kiralah mulut korang besar ke, kecik ke, gigi geraham jauh ke belakang ke, gigi tersusun rapat ke, gigi jarang ke, gusi senang berdarah ke. Systema ada macam-macam jenis berus gigi yang sudah tentu berbulu tirus lembut 0.02mm untuk anda. Untuk makluman, Systema ada 7 jenis berus gigi untuk pelbagai jenis mulut atau tabiat memberus yang berbeza. iaitu Compact, Comfort, Full Head, Spiral, 3D Clean, Sensitive , BI-Level dan juga ia diklasifikasikan dibawah 'Special Needs' ,'Essential Clean' dan 'Enhanced Clean'. Setiap jenis ini ada kelebihannya tersendiri. Contohnya Systema Compact selalu digunakan oleh wanita kerana kepalanya yang kecil, memudahkan proses memberus gigi untuk wanita-wanita yang bermulut comel.  mendengar penjelasan daripada boss besar Systema, Miss Goh Persoalannya di sini ialah macam mana kita nak tahu berus gigi Systema mana yang sesuai untuk kita? Iyerlah, ada 7 jenis kesemuanya, takkan nak cuba satu-satu untuk tengok mana yang paling sesuai kan? Haaa. Korang jangan risau. Systema telah menyediakan laman web www.loveatfirstbrush.com untuk memudahkan kita semua mengetahui jenis berus gigi yang paling sesuai untuk diri masing-masing. Hanya perlu jawab beberapa persoalan dan anda akan dimaklumkan jenis berus gigi yang paling bagus untuk mulut anda.  Abang Nara dapat Systema Spiral atau 3D Clean sebab makanan selalu melekat celah gigi Kalau selama ini anda semua (termasuklah Abang Nara) main ambil je berus gigi ketika membeli-belah di shopping kompleks, kali ini sebelum pergi shopping tue silalah layari www.loveatfirstbrush.com terlebih dahulu. Kita kena tahu jenis berus gigi yang paling sesuai untuk mulut kita. Kalau berus gigi yang digunakan tak sesuai, itu yang selalu berdarah gusi, gigi rasa tak selesa, mulut sentiasa berbau dan macam-macam lagilah masalah. Paling penting bila dah tahu jenis berus gigi apa, silalah beli jenama Systema sebab berus lembut tirus 0.02mm mereka memang dah terbukti berjaya membersihkan gigi lebih berkesan berbanding jenama berus gigi lain. Cuba tengok gambar kat bawah nie.  berus gigi biasa sekadar bersihkan bahagian luaran je. Tak dapat sampai ke dalam  ketirusan dan kelembutan berus gigi Systema membolehkan celah-celah gigi turut sama dibersihkan. Power kan? Abang Nara juga tak lepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan gigi percuma. Sekali sekala pergi roadshow apa salahnya kita cuba semuanya kan?. Memang dasyat gigi Abang Nara. Kena pergi klinik gigi lepas nie.  nanti kena gi klinik doktor nie untuk further check up Abang Nara sudah 3 minggu menggunakan berus gigi Systema Spiral untuk membersihkan mulut ini. Memang terasa kelainannya. Senang je nak keluarkan sisa-sisa makanan yang sering terlekat di hujung gigi. Ketirusan berus gigi Systema memang membantu. Lepas itu gigi memang terasa lebih bersih. Masa memberus pun gusi tak ada nak berdarah tiba-tiba. Celah-celah gigi semua pun berjaya diterokai oleh berus gigi Systema. Memang Abang Nara puas hati.  Terima kasih Systema kerana mengajar Abang Nara tentang kepentingan memilih berus gigi yang sesuai. Selama ini memang main hentam keromo je. Sehari berus gigi 2 kali dah cukup, lantaklah pakai berus gigi apa pun. Lepas ini Abang Nara pasti hanya akan menggunakan berus gigi Systema sahaja sampai bila bila. Jangan lupa layari www.loveatfirstbrush.com untuk mengetahui berus gigi yang paling sesuai untuk anda. Selamat mencuba!!! | Zain Saidin Akui Che Ta Suka Beliau Pakai Baju Ketat Posted: 10 Jul 2016 09:01 PM PDT Zain Saidin kini nampaknya aktif dalam bidang perniagaan pula. Sudah memiliki jenama kasutnya sendiri iaitu Zapatos, Zain juga baru-baru ini telah melancarkan koleksi pakaian hari raya dikenali sebagai Ketak by ZainSaidin.  Koleksi pakaian raya Zain khas untuk mereka yang bertubuh sasa kerana ia direka mengikut bentuk badan. Jelas Zain, beliau mendapat inspirasi untuk melancarkan koleksi pakaian sebegitu kerana isterinya Rozita Che Wan gemar melihat beliau memakai pakaian ketat.  Che Ta, dia suka saya pakai baju yang betul-betul muat badan dan fit. Jadi saya keluarkan koleksi pakaian raya yang mana rekaan baju melayu betul-betul mengikut saiz badan. Pendek kata, baju koleksi saya ini lebih sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai badan yang ‘sado’. Tapi bagi mereka yang badan tak beraa sado dan suka pakai, boleh ambil saiz yang lebih besar sikit. Saya buat baju ni untuk saya pakai tapi kalau ada yang nak beli, saya jual.  Agak unik juga konsep yang diketengahkan oleh Zain, lepas ini abang-abang sado yang ingin kelihatan bergaya bolehlah dapatkan koleksi pakaian raya oleh Zain. Hehe..mana tahu korang juga boleh dapat isteri macam Che Ta? Yang terpikat dengan otot-otot yang kelihatan disebalik baju Melayu..Heh.. Sumber Berita : Malaysian Digest | Zizan Bukan Buaya Darat Seperti Yang Diperkatakan- Mira Filzah Posted: 10 Jul 2016 08:39 PM PDT Sejak bergandingan sebagai pengacara ABPBH 29, Mira Filzah semakin rapat dengan Zizan Razak. Malah, mereka berdua pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa sebelum ini.  Sudah beberapa bulan berkawan, Mira mula sedar Zizan bukan lelaki buaya darat seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Mira menyifatkan Zizan seorang lelaki budiman dan amat fokus dengan kerjaya beliau. Jelas sekali pelakon wanita itu cukup selesa berkawan dengan Zizan. Selain itu, Zizan juga seorang yang suka membantu dan mengambil berat tentang orang lain.  Tidak kenal maka tidak cinta. Selepas kami rapat, persepsi saya terhadap Zizan berubah 100 peratus. Dia tidak seperti yang digambarkan. Setakat ini saya selesa berkawan rapat dengan Zizan. Bekerja dengannya pun satu pengalaman yang menyeronokkan. Dia bersungguh-sungguh, banyak memberi idea dan tidak kedekut ilmu. Langsung tiada perangai diva. Kami sudah seperti adik beradik. Saya senang dengan Zizan kerana perangainya yang gila-gila dan sentiasa menceriakan suasana. Sebagai teman, Zizan seorang yang mengambil berat dan suka membantu.  Ehem2..melambung betul pujian Mira Filzah buat Zizan Razak..Hehe..tapi apa yang dikatakan oleh Mira itu ada betulnya. Kadang-kadang kita kenal dahulu hati budi seseorang sebelum menghakimi mereka. Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE | (TAHNIAH) Isteri Alif Satar Hamil Anak Kedua Posted: 10 Jul 2016 07:57 PM PDT Nampaknya Syawal kali ini lebih bermakna buat Alif Satar apabila isterinya disahkan sedang hamil anak kedua mereka. Berita gembira itu disampaikan oleh Alif sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan kata-kata yang cukup romantis dan puitis. Hehe..  Alif turut memuat naik foto beliau bersama anak perempuan pertamanya, Alisha. Alif juga dilihat memakai T-shirt dengan tulisan "Daddy of 2". “Bila nak kahwin?” And then it’s “bila nak ada anak?”…. Then, “bila nak berempat?”. i’m sure many of us have heard this. Pada Alif, Alif ambil semua pertanyaan ni sebagai doa.. I would just reply “insyaAllah” and “Amin”.. So, to all yang bertanya dan mendoakan….. THANK YOU. Alhamdulillah..please continue praying for us, agar semua di permudahkan, and may Allah swt reward you for all your good deeds and kindness. InsyaAllah Aminn… #YesICried #AlishaHasNoIdea  Tahniah kami ucapkan kepada Alif Satar dan isteri. Semoga ibu dan bayi didalam kandungan sihat selalu. Sumber Berita : Instagram Alif Satar | (60 GAMBAR)Selebriti-Selebriti Tanah Air Di Hari Raya Aidilfitri Posted: 10 Jul 2016 07:45 PM PDT | Saya Tiada Niat Hina P.Ramlee, Ini Semua Cuma Salah Faham – David Teo Posted: 10 Jul 2016 07:39 PM PDT Tidak mahu isu beliau yang mengkritik penghujung kehidupan P.Ramlee yang tidak dilimpahi kemewahan menjadi lebih panjang, penerbit David Teo menerusi portal Utusan Online menjelaskan beliau sama sekali tidak mempunyai niat untuk menghina P.Ramlee.  David juga sebenarnya cukup menghormati P.Ramlee sebagai insan yang cukup berbakat. Buat David, beliau yakin apa yang berlaku cuma satu salah faham sahaja. Saya sebagai penerbit sangat mengagumi karya-karya beliau yang ‘tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’. Saya sentiasa berpesan kepada artis-artis dan pengarah di bawah naungan syarikat saya supaya sentiasa berdisiplin dan berilmu supaya tidak menjadi mangsa tipu daya golongan yang ingin mengambil kesempatan. Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan karya-karya beliau. Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini. Sehubungan itu, dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak terutamanya kaum keluarga P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu berkenaan yang cukup hangat sekarang.  Baguslah kalau David Teo sudah memohon maaf dan tidak mahu isu ini berlarutan. Bak kata pepatah, sebelum berbicara kita kena fikir risikonya dahulu. Sumber Berita : Utusan Online | Zed Zaidi Anggap Kenyataan David Teo Biadap, Tidak Layak Kritik P.Ramlee Posted: 10 Jul 2016 07:12 PM PDT Gara-gara memberikan komen yang agak pedas tentang kehidupan P.Ramlee yang berakhir dengan kemiskinan dan mahu artis sekarang merancang kewangan mereka dengan bijak, penerbit David Teo dikecam hebat oleh masyarakat. Malah, persatuan Seniman menyifatkan kenyataan David agak biadap.  Menurut presiden persatuan berkenaan iaitu Zed Zaidi, beliau berpendapat David tidak layak untuk berkata-kata sedangkan filem terbitan beliau jauh lebih rendah kualitinya daripada filem yang dihasilkan oleh P.Ramlee. Adakah anda tahu kebanyakan filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman P Ramlee? Adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem P Ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat kaya? Kreativiti tidak boleh dinilai oleh wang ringgit. Adakah anda tahu semua itu, David Teo? Buat Zed, biarpun P.Ramlee tidak hidup mewah semasa penghujung hayatnya, beliau masih lagi menyampaikan mesej yang begitu murni didalam karyanya dan ia masih lagi tidak bosan ditonton sehingga kini.  Persatuan Seniman menuntut David untk membuat permohonan maaf secara terbuka bukan sahaja kepada ahli keluarga P.Ramlee tetapi semua artis di Malaysia. Seniman mendesak agar David menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepada keluarga seniman agung P Ramlee kerana mengaibkan ikon seni negara sekeluarga. David juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh seniman, seniwati dan artis-artis Malaysia mengenai kenyataan beliau ini yang dianggap biadap dan kurang ajar.  Sejujurnya, tiada siapa yang boleh menandingi P.Ramlee sehingga kini. Mungkin David Teo cuba untuk memberikan nasihat kepada artis Malaysia tetapi caranya tidak kena dan sekaligus membangkitkan kemarahan ramai. Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE | Kita Kena Kaya Raya, Jangan Seperti P. Ramlee Tinggal Pun Di Tepi Bukit Bintang – David Teo Posted: 10 Jul 2016 06:36 PM PDT Nasihat yang baik selalunya memang pedas dan sukar diterima. Abang Nara sebenarnya bersetuju dengan kata-kata David Teo kerana pengakhiran hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memang agak menyedihkan (berdasarkan dokumentari dan cerita-cerita di Internet yang Abang Nara baca). Menjadi selebriti sama ada pelakon, pengacara dan penyanyi memerlukan kita merancang kewangan dengan bijak. Masa tawaran tengah banyak kenalah beringat dan menyimpan. Jangan bila dah suam-suam kuku baru nak insaf serta menangis bila tengok akaun bank ada 20,30 ringgit je.  Tidak dinafikan David Teo telah berjaya membentuk ramai selebriti seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Farid Kamil, Intan Ladyana dan ramai lagi di bawah naungan syarikatnya. David Teo juga menjelaskan tentang artis naungannya yang tidak menyambung kontrak selepas beberapa tahun bersamanya. Kata David Teo:- Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang. Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perbelanjaan kenalah dikawal secara berhemat. Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit. Tak ada perkataan tinggalkan MiG cuma bila sudah dewasa, mereka kena berdikari. Lisa Surihani dan Shaheizy Sam lima tahun bersama MiG. Farid Kamil dan Yana Samsudin 11 tahun. Intan Ladyana masih sambung kontrak sejak filem 'Jangan Pandang Belakang'. Siapa yang mahu berdikari, saya persilakan tetapi pelakon baharu yang tak ada disiplin akan dipercepatkan setahun saja kontrak untuk keluar sebab kita nak cipta bintang bukan glamor yang tak ada prestasi.  Dengan ramai rakyat Malaysia yang diisytihar muflis kerana perbelanjaan yang tidak dikawal, nasihat David Teo ini seharusnya diterima pakai oleh semua golongan, bukan selebriti sahaja. Apa pula pendapat anda? Wajarkah persamaan dengan seniman agung P. Ramlee digunakan oleh David Teo? Kredit The Malay Mail Online. | |
myartis.com Posted: 11 Jul 2016 02:35 AM PDT |
Toknek.com RSS Feed Posted: 11 Jul 2016 02:21 AM PDT |
ROTIKAYA Posted: 10 Jul 2016 08:04 PM PDT Zed Zaidi: David Teo Biadap, Kurang Ajar Posted: 10 Jul 2016 05:26 PM PDT Gara-gara kenyataan David Teo kepada Malay Mail Online yang mengaitkan kehidupan seniman P. Ramlee yang didakwanya berakhir dengan kemiskinan, persatuan Seniman menyifatkan perkara tersebut sebagai biadap dan kurang ajar. BACA: "Kita Kena Kaya, Jangan Jadi Macam P. Ramlee" Presiden persatuan tersebut iaitu Zed Zaidi mendesak David Teo untuk memohon maaf bukan sahaja kepada keluarga P. Ramlee malah juga kepada seluruh seniman, seniwati dan artis-artis Malaysia. "Adakah anda tahu kebanyakan filem yang dikeluarkan oleh produksi anda mempunyai mutu yang tidak berkualiti langsung berbanding filem-filem semasa zaman P Ramlee? Adakah anda tahu banyak universiti masih lagi mengkaji mengenai filem-filem P Ramlee sebagai rujukan kerana mempunyai nilai budaya dan mesej yang sangat kaya?” "Kreativiti tidak boleh dinilai oleh wang ringgit. Adakah anda tahu semua itu, David Teo?" luah Zed Zaidi dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya. Tambah Zed, walaupun P. Ramlee tidak dilimpahi kemewahan hidup ketika di akhir hayatnya namun karya seniman tersebut sentiasa segar sepanjang zaman dengan mesej yang meninggalkan kesan sehingga kini. (rtky/s) | Isteri Alif Satar Hamil Anak Kedua Posted: 10 Jul 2016 02:53 AM PDT Disebalik kemeriahan sambutan Aidilfitri pada tahun ini, tahniah diucapkan kepada Alif Satar yang bakal menimang cahaya mata kedua mereka. Berita gembira itu telah disampaikan oleh Alif sendiri di laman sosial Instagram beliau berserta kepsyen yang begitu romantis disamping memuat naik gambar dirinya bersama anak perempuan pertamanya, Alisha. BACA: Jaga Hati Isteri Alif Satar, Siti Nordiana Elak Bersentuhan Didalam posting yang dimuat naik itu, beliau turut memohon doa dari semua peminatnya supaya segala perancangan dan urusan dalam menantikan kehadiran bayi kedua mereka akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Pada masa yang sama beliau turut berterima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakan rezeki mereka sekeluarga. Menerusi perkongsian itu, rata-rata ramai yang meluahkan rasa gembira dengan berita yang disampaikan. Ramai juga yang tidak sabar menantikan wajah isteri Aliff ketika mengandung yang pastinya akan bertambah berseri. Malah, akaun sosial pelakon Dia Semanis Honey itu juga turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada semua peminat. Apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Alif Satar dan isteri yang bakal menimanga cahya mata kedua mereka nanti selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Semoga Alif dan isteri akan diberikan kesihatan yang baik semasa hamil dan diharap segala perancangan serta urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya. (rkty/w) | “Che Ta Memang Suka Saya Pakai Baju Ketat” Posted: 09 Jul 2016 08:40 PM PDT Kemunculan Aidilfitri kali ini dimeriahkan dengan pelbagai koleksi busana daripada barisan selebriti termasuklah Zain Saidin. Zain hadir dengan rekaan baju Melayu yang ketat dan mengikut bentukbadan, sesuai untuk mereka yang bertubuh sasa dan berotot kekar. Namun, sebab rekaan itu diwujudkan oleh Zain juga sangat menarik. BACA: Zain Saidin, Che Ta Sediakan 110 Pasang Baju Raya “Che Ta, dia suka saya pakai baju yang betul-betul muat badan dan fit. Jadi saya keluarkan koleksi pakaian raya yang mana rekaan baju melayu betul-betul mengikut saiz badan. Pendek kata, baju koleksi saya ini lebih sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai badan yang sado” “Tapi bagi mereka yang badan tak berapa sado dan suka pakai, boleh ambil saiz yang lebih besar sikit. Saya buat baju ni untuk saya pakai tapi kalau ada yang nak beli, saya jual,” katanya seperti dipetik daripada Malaysian Digest. Zain Saidin dan juga Che Ta merupakan pasangan yang semakin aktif dengan bidang perniagaan dan sebelum raya lalu, Che Ta juga menjelaskan bahawa mereka sekeluarga beraya dengan 110 pasang. (rtky/s) | |
No comments:
Post a Comment