Friday, 29 July 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 29 Jul 2016 07:49 PM PDT

ROTIKAYA


“Saya Terima Gambar Lelaki Bogel, Panggil Saya Seksi”

Posted: 29 Jul 2016 11:56 AM PDT

Kecomelan beliau bukan sahaja menambat hati perempuan, malah kaum lelaki juga turut tertarik dengannya apabila pelawak terkenal, Abam Bocey mendedahkan beliau pernah diganggu oleh lelaki gila seks di laman sosial baru-baru ini. Individu terbabit bukan sahaja menghantar permintaan untuk menjadi rakan tetapi turut menghantar gambarnya dalam keadaan bogel.

BACA: Gadis Sabah Berjaya Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

“Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook. Lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi. Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi. Walaupun kali pertama berlaku, ia sangat membimbangkan saya. Cerita ini pun saya kongsi dengan teman rapat saja sebelum ini”

“Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih bersikap berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan di laman Facebook,” katanya kepada Berita Harian Online bercerita mengenai dirinya yang yang pertama kali menerima gangguan dari seorang lelaki yang menghantar gambar bogel serta menggodanya di laman sosial.

Menyedari hakikat dirinya seorang selebriti, bagi membendung perkara menjijikkan itu berulang, Abam mahu bersikap lebih berwaspada dengan sesiapa yang ingin menjadi rakannya di Facebook sebelum menerima permintaan itu. Apapun, semoga Abam lebih berhati-hati selepas ini kerana perkara seumpama ini memang sering terjadi kepada sesiapapun lebih-lebih lagi selebriti. (rkty/w)

Pekin Ibrahim Sorok Cinta Dengan Model Dari London?

Posted: 29 Jul 2016 11:22 AM PDT

Selepas hubungan cinta bersama Uqasha Senrose putus di tengah jalan, Pekin Ibrahim kini dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan seorang wanita dari London pula yang juga merupakan seorang model. Malah perkara itu juga disahkan oleh Pekin sendiri dan mengakui hubungan itu adalah serius, serta dimaklumkan wanita itu juga telah memeluk agama Islam.

BACA: Pekin Ibrahim Sokong Kempen Terajang Cermin Sisi Kereta

“Ya, saya memang sedang berkawan secara serius kira-kira enam bulan dengan seorang wanita yang bekerja sebagai model dan pelukis di London. Saya juga selalu jumpa dia di sana jika ada kelapangan dan dia juga sudah beberapa kali datang ke Malaysia. Alhamdulillah dia juga sudah pun memeluk agama Islam dan menggunakan nama sebagai Iman”

“Saya tidak boleh dedahkan identitinya kerana dia terikat kontrak dengan beberapa jenama terkenal. Dia juga minta saya merahsiakan perkara ini hingga dia tamat kontrak tersebut. Inysa-Allah, kalau dia dah sedia, saya tidak kisah untuk berkongsi kepada umum tentang hubungan kami,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan perkara itu.

Walaupun pernah melalui kegagalan dalam hubungan cinta terdahulu bersama Uqasha Senrose, namun ia tidak menghalang dirinya untuk bersikap terbuka mengenai hubungan peribadinya dengan seseorang. Pada masa yang sama, Pekin akui lebih selesa untuk tidak menyembunyikan sesuatu perkara yang sememangnya benar-benar berlaku terutama soal cinta. (rkty/w)

2- Pekin Ibrahim Sorok Cinta Dengan Model Dari London? - jpeg 3- Pekin Ibrahim Sorok Cinta Dengan Model Dari London? - jpeg 4- Pekin Ibrahim Sorok Cinta Dengan Model Dari London? - jpeg 5- Pekin Ibrahim Sorok Cinta Dengan Model Dari London? - jpeg 6- Pekin Ibrahim Sorok Cinta Dengan Model Dari London? - jpeg 7- Pekin Ibrahim Sorok Cinta Dengan Model Dari London? - jpeg

Ini Rupanya Rahsia Datuk Ustaz Kazim Elias Kembali Sihat Dan Cergas

Posted: 29 Jul 2016 07:07 AM PDT

Sebelum ini pada Februari lalu, negara digemparkan dengan berita Datuk Ustaz Kazim Elias yang dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada ketika sedang berceramah. Namun kini, ustaz yang popular dengan gelaran DUKE kini kembali aktif.

Rupanya Ustaz Kazim mempunyai rahsia tersendiri dalam memastikan dirinya sentiasa cergas dan juga dapat memenuhi jadualnya. Mahu berkongsi sekali dengan orang ramai tentang perkara tersebut, kini Ustaz Kazim hadir dengan 4 pilihan produk yang boleh membantu anda kembali sihat, dengan izin-Nya.

1- Ini Rupanya Rahsia Datuk Ustaz Kazim Elias Kembali Sihat Dan Cergas - ROTIKAYA

Antara produk yang dikeluarkan di bawah jenama DUKE ini ialah:

1. Minuman Botani (Ekstrak Durian Belanda)

Minuman ini mampu mencegah anda mendapat angin ahmar dan juga gastrik malah dalam masa yang sama dapat membantu wanita yang mempunyai masalah kitaran haid serta perkara berkaitan dalaman wanita.

2. Minuman Intisyam (Zaffaran, Habbatussauda, Madu)

Kaya dengan khasiat habbatussauda, zaffaran dan juga madu, minuman ini sememangnya sangat berkesan untuk melegakan sakit tekak selain bagus untuk ibu mengandung dan mampu untuk membuang angin di dalam badan.

3. Kismis Intisyam

Kaya dengan khasiat kismis yang diimport khas dari Timur Tengah, sememangnya kismis terbukti mampu untuk menguatkan daya ingatan selain dapat mencerdaskan minda seterusnya memudahkan anda untuk berhadapan dengan situasi harian.

4. Madu Lebah Asli

Dengan menggunakan madu asli, ternyata produk DUKE ini mampu memberikan yang terbaik kepada orang ramai. Ini kerana madu asli sememangnya terbukti untuk mengurangi gejala alahan dan asma, mengatasi masalah kulit kering dan mengawal kelembapan kulit.

2- Ini Rupanya Rahsia Datuk Ustaz Kazim Elias Kembali Sihat Dan Cergas - ROTIKAYA

Lebih menggembirakan, keempat empat produk DUKE ini sudah boleh didapatkan di Facebook Produk Datuk Ustaz Kazim Elias malah turut membuka peluang perniagaan kepada anda untuk menjadi agen produk ini.

Bagi anda yang berminat untuk menjadi stokis atau rakan perniagaan produk DUKE, bolehlah berhubung dengan Puan Syima di talian 012-239 9987.

Untuk pengetahuan anda, produk ini telah dilancarkan pada 23 Julai lalu di Pusat Pendidikan Al- Barakah, Ipoh Perak sempena sambutan Ulangtahun ke-10 pusat pendidikan tersebut.

“Hidup Saya Kosong Tanpa Amyra Rosli”

Posted: 29 Jul 2016 12:03 AM PDT

Sejak melangsungkan majlis pertunangan pada 22 Julai lalu, jelas terpancar kebahagiaan Amar Baharin yang tidak lama lagi bakal bernikah dengan kekasih hatinya, Amyra Rosli. Kebahagiaan itu dapat dilihat apabila Amar telah mendedikasikan sebuah lagu khas buat bakal isterinya berjudul Kita yang turut menceritakan mengenai luahan isi hatinya terhadap Amyra.

BACA: Amar Baharin, Amyra Rosli Selamat Bertunang

"Tak dinafikan kehadirannya membuatkan saya kembali bersemangat. Hari-hari yang dilalui bersama mengukuhkan lagi ikatan cinta kami berdua. Hidup saya berasa kosong tanpanya. Seboleh-bolehnya saya mahu dia sentiasa berada di sisi saya sepanjang masa. Alhamdulillah, selepas apa yang dirancang selama ini, kini akhirnya kisah dua hati ini sudah bersatu”

"Selepas mengenali Amyra saya berasakan dia sangat istimewa. Ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan saya tertarik untuk terus berkawan. Sejak itu saya perlahan-lahan mencuba untuk mengenali hati budinya sehingga terbit rasa cinta. Ditambah pula kami berada dalam satu pengurusan sama membuatkan hubungan itu lebih rapat,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, bercakap pula mengenai persiapan perkahwinan mereka, Amar memaklumkan bahawa proses persiapan masih giat dijalankan, walaupun masih mempunyai masa empat bulan lagi, banyak perkara membabitkan pihak penajaan masih dalam perbincangan. Tambahnya lagi, memandangkan masing-masing begitu sibuk, segala urusan dibuat oleh ibu Amyra.

Pun begitu, menurut Amar buat masa ini masih belum ada sebarang perincian mengenai lokasi mahupun waktu majlis yang bakal diadakan. Pada masa yang sama, Amar mengakui dirinya dapat rasakan debaran menantikan hari bahagia mereka yang bakal tidak lama lagi dan mengharapkan segala perancangan yang diaturkan bersama akan berjalan dengan lancar. (rkty/w)

Along Raja Lawak Halau Isteri Dari Rumah?

Posted: 28 Jul 2016 11:27 PM PDT

Sudah agak lama tidak mendengar pengkhabaran pasangan ini, namun tiba-tiba dimaklumkan bahawa perkahwinan diantara Zila Seeron dan suami, Along Raja Lawak sedang bergolak. Malah Zila juga dikatakan telah dihalau keluar dari rumah oleh suami dan mula tinggal berasingan sejak empat bulan lalu, kini pula beliau berdepan dengan saman nusyuz.

BACA: Tahniah! Along Cham Dan Zila AF4 Timang Cahayamata Pertama, Ahmad Dhanial

“Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu. Ketika itu, saya keluar bersama anak kami, Ahmad Danial. Namun, seminggu selepas itu, dia ambil anak kami untuk bercuti ke Legoland dan kemudian langsung tidak benarkan saya berjumpa anak lagi”

“Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Saya hanya dapat berjumpa dengan Danial hanya sebulan dua kali. Sekarang ini saya tiada apa-apa jika mahu mendapatkan hak saya. Tetapi, saya akan tuntut anak saya apabila saya stabil nanti,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan pergolakan rumah tangga beliau dan suami.

Selain itu, Zila turut berkongsi pergolakan rumah tangga beliau bersama suami, apabila masalah mula timbul daripada sikap Along yang sering mencari salahnya tanpa memberikan alasan yang kukuh. Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lima tahun. (rkty/w)

Ruhainies Dan Datuk Adnan Kekal Berhubung

Posted: 28 Jul 2016 08:15 PM PDT

Bukan sekadar digelar perosak rumah tangga malah beliau juga turut digelar playgirl berikutan kontroversi yang berterusan, namun bagi Ruhainies beliau tetap akan bersikap profesional dalam menghadapi situasi berkenaan. Baginya, video mesra bersama Dato Seri Adnan Abu tidak akan sesekali memutuskan hubungan yang terjalin diantara mereka.

BACA: Elak Kontroversi, Ruhainies Ada 'Pengawal Peribadi'

“Apabila bekerja dengan orang kalau boleh saya tidak mahu putuskan hubungan profesional itu. Mana tahu ada projek lain yang boleh membabitkan kerjasama lagi pada masa akan datang. Jika apa yang terjadi itu tidak memudaratkan dan menimbulkan fitnah untuk apa saya putuskan silaturahim. Apa yang saya boleh katakan ia hanya salah faham”

“Saya juga enggan menuding jari atau meletakkan kesalahan ke atas bahu sesiapa. Jika cuba selamatkan diri, saya seperti membuka aib pihak satu lagi. Memang orang akan nampak yang negatif termasuk diri saya seperti playgirl. Saya juga sudah tegaskan memang tiada langsung perasaan cinta diantara kami,” katanya kepada Berita Harian Plus.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Azrel Ismail tempoh hari, Ruhainies berpendapat bahawa beliau memberikan pandangan atas dasar kawan tanpa menyatakan status kekasih. Namun begitu, beliau akui dirinya antara insan yang paling rapat dengannya, sekaligus tidak menolak jika dijodohkan bersama dengan pelakon itu. (rkty/w)

1- Ruhainie Kekalkan Hubungan Dengan Datuk Adnan - jpeg 3- Ruhainie Kekalkan Hubungan Dengan Datuk Adnan - jpeg 4- Ruhainie Kekalkan Hubungan Dengan Datuk Adnan - jpeg 5- Ruhainie Kekalkan Hubungan Dengan Datuk Adnan - jpeg 6- Ruhainie Kekalkan Hubungan Dengan Datuk Adnan - jpeg 7- Ruhainie Kekalkan Hubungan Dengan Datuk Adnan - jpeg

Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Tak Kesampaian?

Posted: 28 Jul 2016 08:11 PM PDT

Baru-baru ini, kedengaran kisah keretakan hubungan cinta di antara Emma Maembong dan juga Kamal Adli dan menerusi laporan BH Online, Emma kini hanya menunggu Kamal pulang dari penggambaran di luar negara sebelum membuat keputusan terhadap hala tuju hubungan mereka.

BACA: Emma Maembong Mahu Kurangkan Lakonan Bersama Kamal Adli

“Apa yang dapat yang kongsi ketika ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan Kamal. Sekiranya tiada lagi jodoh antara kami berdua, orang ramai di luar sana tidak menjatuhkan hukuman kepada kami”

“Buat masa ini saya masih menunggu kepulangan Kamal yang sedang menjalani penggambaran di luar negara. Sebaik saja dia pulang, kami akan duduk berbincang bagi menentukan hala tuju hubungan ini”

“Oleh itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kisah percintaan kami. Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu peminat jelak dengan lambakan gosip cinta semata-mata,” jelasnya.

Ke mana arah tuju hubungan Kamal dan Emma selepas ini masihlah kabur dan pastinya Emma akan berkongsikan perkara tersebut bersama peminat setianya. Atau mungkin sebenarnya mereka mahu buat kejutan kepada peminat bahawa mereka telah bersedia melangkah ke peringkat yang lebih serius. Mungkin. (rtky/s)

7- Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Tak Kesampaian - ROTIKAYA 6- Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Tak Kesampaian - ROTIKAYA 4- Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Tak Kesampaian - ROTIKAYA 3- Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Tak Kesampaian - ROTIKAYA 2- Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Tak Kesampaian - ROTIKAYA 1- Cinta Emma Maembong, Kamal Adli Tak Kesampaian - ROTIKAYA

MySensasi

Posted: 29 Jul 2016 12:20 PM PDT

MySensasi


Siaran Langsung Melaka United vs Felda United 29 Julai 2016

Posted: 28 Jul 2016 11:06 PM PDT

Siaran Langsung Melaka United vs Felda United 29 Julai 2016. Pertembungan menarik dalam aksi kumpulan D yang membabitkan Melaka dan Felda United di Stadium Hang Jebat. Kedua pasukan memiliki mata sama selepas dua perlawanan. Tuan rumah Melaka United sudah pastinya tidak mahu keciciran mata dengan prestasi terkini dalam saingan Liga Perdana pasti mampu membuat Felda ...

Keputusan Piala Malaysia 29 Julai 2016

Posted: 28 Jul 2016 10:22 PM PDT

Keputusan Piala Malaysia 29 Julai 2016. Hari ini 29.7.2016 hanya akan berlangsung tiga perlawanan TM Piala Malaysia 2016. Ini merupakan perlawanan ketiga peringkat kumpulan bagi setiap pasukan yang terlibat. Pasti menarik perhatian adalah pertembungan pendahulu Liga Perdana, Melaka United vs Felda United di Stadium Hang Jebat dalam kumpulan D. Kedua-dua pasukan dalam prestasi terbaik dan ...

AMMBOI DOT COM

Posted: 29 Jul 2016 12:09 PM PDT

AMMBOI DOT COM


RESPON ADI PUTRA ISU ISTERI KEDUA DITAHAN KES SELUDUP WARGA ASING

Posted: 29 Jul 2016 12:27 AM PDT

Belum reda dengan isu ‘rampas’ isteri orang, pelakon Adi Putra yang baru melangsungkan pernikahan dengan isteri keduanya Nor Shahida Zolkifly, 33, pada 20 Jun 2016 lalu kini dipalit pula dengan isu baru. Menerusi sumber Berita Harian, isteri kedua Adi iaitu Nor Shahida, adalah antara yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan […]

The post RESPON ADI PUTRA ISU ISTERI KEDUA DITAHAN KES SELUDUP WARGA ASING appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 29 Jul 2016 10:28 AM PDT

KedahLanie.info


Kebenaran Draft Pendakwaan Najib Bakal Terbongkar..!

Posted: 29 Jul 2016 08:04 AM PDT


Inilah masa dan peluangnya bagi Zeti, Abu Kasim dan Gani menyatakan kebenaran..! Kalau dahulu mereka masih penjawat awam dan terikat dengan akta dan undang undang..! Kini mereka dicabar untuk menyatakan kebenaran dari fitnah yang menggejala..!

Jangan dihalang pulak mereka hadir ke Mahkamah..! Jangan dibiar pulak hakim tangguh tanguh hingga lenguh..!

Biar Mahkamah yang adil, bebas dan telus memberikan hukuman sebenar..! Bukan Mahkamah pengecut@bacul tu..!!!

Aduan Pemuda Umno: Siapa Sebenarnya Berkonspirasi?

ALHAMDULILLAH, satu peluang keemasan terbuka kepada pihak-pihak yang berpengetahuan mengenai skandal raksasa 1MDB untuk menyatakan kebenaran.

Kini, demi mempertahankan diri daripada satu tuduhan yang sangat serius, mereka terpaksa memberitahu polis apa yang mereka tahu mengenai skandal itu dan pelaku-pelakunya.

Mereka yang saya maksudkan adalah bekas Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (PSRM) (Tan Sri) Abu Kassim Mohamed dan bekas Gebenor Bank Negara, (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz.

Mereka telah dituduh dalam satu laporan polis oleh Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaan yang sah.

Ini adalah satu dakwaan yang sangat berat yang boleh ditakrifkan sebagai penderhakaan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Jadi wajib disiasat rapi.

Saya tidak tahu apa tujuan tersirat si pembuat laporan. Tetapi secara tersurat, ia nampak seolah-olah satu lagi kegiatan puji ampu oleh pemakan-pemakan dedak Umno.

Namun saya berterima kasih kepada Khairul Azwan kerana akibat laporan beliau itu, ketiga-tiga tokoh yang dituduh boleh memberi keterangan mengenai apa yang mereka tahu berkaitan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma Arab" RM2.6 bilion yang selama ini terpaksa mereka rahsiakan.

Banyak yang boleh mereka ceritakan kepada polis bagi menafikan tuduhan Pemuda Umno itu.

Misalnya mereka boleh menjelaskan sama ada benar atau tidak ura-ura bahawa Mohd Najib di ambang tangkapan dan pertuduhan di mahkamah pada akhir Julai tahun lalu bersabit kes pecah amanah duit SRC International Sdn Bhd.

Abdul Gani sendiri boleh mengesahkan sama ada betul atau tidak jawatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan secara mendadak pada 28 Julai lalu kerana beliau sedang bersiap sedia menangkap dan menghadapkan Mohd Najib ke mahkamah bersama-sama dengan Nik Faizal Ariff Kamil dalam kes penipuan SRC International.

Zeti boleh menjawab mengenai hasil penyiasatan ke atas pengaliran keluar-masuk duit 1MDB dan kaitannya dengan "derma" RM2.6 bilion yang masuk akaun peribadi Mohd Najib di AmBank.

Ambank telah pun mengaku salah atas pembabitannya dalam pemindahan wang tersebut dan membayar denda RM53.7 juta kepada Bank Negara November lepas.

Abu Kassim pun macam itu juga. Dia terpaksa menafikan tuduhan itu dengan menceritakan kepada polis apa yang SPRM telah temui dalam siasatannya ke atas SRC International, 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Rakyat Malaysia yang tidak keracunan dedak percaya bahawa SPRM telah membina kes yang cukup kuat yang melibatkan Mohd Najib dan Nik Faisal dalam pengalihan haram duit SRC International sebanyak RM42 juta.

Kempen dedak pertahankan Mohd Najib

Hanya dengan mendedahkan maklumat-maklumat ini untuk dirakamkan oleh pihak polis barulah mereka dapat mempertahankan diri daripada tuduhan Pemuda Umno itu.

Saya yakin banyak lagi maklumat yang ada dalam kepala mereka mengenai siasatan ke atas 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion yang boleh mereka ceritakan kepada polis demi membela diri.

Polis, khususnya pegawai penyiasat, tentu tidak berani main kayu tiga dengan tiga orang ternama ini kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas di segi undang-undang dan pasti akan diwakili oleh peguam yang cekap.

Abdul Gani sendiri adalah peguam cergas setelah membuka khidmat guamannya sendiri selepas dibuang kerja kononnya beliau sakit teruk. Itulah tahap propaganda pemakan dedak.

Mahkamah Pendapat Umum

Di segi pendapat umum pula, simpati adalah bersama mereka yang dituduh oleh Pemuda Umno itu. Dalam mahkamah pendapat umum, juri rakyat memihak kepada mereka.

Jadi saya hairan apa maksud tersirat Pemuda Umno membuat laporan polis dengan tuduhan yang sangat berat itu.

Perbuatan mereka boleh menjadi senjata yang menikam ketua nombor satu mereka – Mohd Najib - sendiri.

Saya tidak berani mengatakan ada konspirasi halus oleh Pemuda Umno terhadap Mohd Najib melalui laporan atau ia sekadar publisiti murahan kelas pemakan dedak.

Mungkin juga ini adalah cetusan idea gilang-gemilang Pemuda Umno untuk mengalihkan pandangan umum daripada saman sivil KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative) di Amerika Syarikat yang melibatkan ahli keluarga dan sahabat akrab "Pegawai Nombor Satu Malaysia".

Wallahuaklam.

http://politikputramerdeka.blogspot.my/2016/07/kebenaran-draft-pendakwaan-najib-bakal.html?m=1

DS Mohd Shukri - 'Politikus, hakim ingatlah akhirat'

Posted: 29 Jul 2016 06:48 AM PDT


Tahun lalu memperlihatkan pelbagai peristiwa dramatik dilalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hinggakan pada suatu ketika kakitangannya mengadakan solat hajat.

Hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sekali lagi memberi pesanan dengan mengingatkan orang ramai kepada tuhan.

Berucap di majlis perpisahan di Putrajaya beliau berkata semua orang termasuk ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Kata Mohd Shukri mereka perlu sentiasa jujur dalam tugasan masing-masing kerana pada akhirnya akan ada balasan menanti di akhirat.

"Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak - sesiapapun terlibat - satu hari nanti kita akan bertemu hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita.

"Pada waktu itu, semua orang - termasuk saya - akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, (juga) menjadi peguam bela ke atas diri kita.

"Sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi," katanya.

Sebagai agensi antirasuah SPRM sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun pada tahun lalu tumpuan itu semakin meningkat ekoran pembabitan mereka menyiasat isu berkaitan syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.

Siasatan itu menyaksikan berlaku ketegangan antara SPRM dengan polis termasuk serbuah ke atas Bahagian Operasi Khas SPRM.

Dipindah ke JPM

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan dari agensi berkenaan ke Jabatan Perdana Menteri secara mengejut.

Bagaimanapun selepas mendapat kritikan ramai perpindahan itu kemudian dibatalkan. Bahri kemudian kembali ke bahagian berkenaan.

Solat hajat dilakukan SPRM antara lain untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

Hari ini selain Mohd Shukri, ketua suruhanjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Mustafar Ali turut diraikan kakitangan agensi berkenaan.

Abu Kassim akan menamatkan perkhidmatannya mulai 1 Ogos manakala Mustafar dipindahkan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mulai tarikh sama.

Mohd Shukri kemudian melanjutkan pesanannya: "Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.

"Utamakan rakyat, berkhidmatlah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti (kerana) ingatlah satu hari nanti rakyat akan menjadi saksi apabila bertemu Pencipta kita," katanya.

Ketika itu kata Mohd Shukri tiada apa pun yang akan membantu mengubah ketetapan dibuat-Nya, termasuk jawatan atau sebarang bentuk konspirasi.

Suara Mohd Shukri kedengaran sebak ketika mengucapkan ayat berkenaan.

Orang ramai di dewan itu menjadi semakin beremosi apabila Mohd Shukri mula memberi nasihat kepada pegawainya dengan berkata mereka harus jujur menjalankan tanggungjawab dan tidak gentar melawan rasuah.

"Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.

"Peliharalah kebebasan SPRM (untuk) mencegah rasuah. (Ia) bukan kerja yang mudah (kerana) banyak cabaran dan dugaan (didepani tetapi) hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah," katanya.

Bunyi esakan daripada kakitangan SPRM dapat didengar pada ketika itu.

Penjelasan Kerajaan PAS Kelantan sebab apa mesyuarat di Krabi Thailand

Posted: 29 Jul 2016 03:34 AM PDT


Baru-baru neh kecoh di laman sosial kononnya kerajaan negeri PAS Kelantan telah mengadakan lawatan kerja sambil belajar (melancong) Krabi,  Thailand. Tindakan itu dikritik secara berleluasa di media sosial terutamanya oleh penyokong2 Parti Amanah Negara (PAN).

Dokumen yang melibatkan aturcara majlis ketika berada di Krabi turut disebarkan. Setakat ini belum ada apa-apa penafian dari kerajaan negeri tentang ketulenan kandungan dokumen tersebut oleh itu ianya dianggap benar.  Event ini dikritik kerana melibatkan jumlah peserta yang ramai serta tidak menetapkan matlamat yang jelas.  Bahkan pemilihan lokasi untuk mengadakan mesyuarat turut dikritik netizens.

Di saat ramai mangsa banjir masih lagi terabai di Kelantan wajarkah satu delegasi besar mengiringi Nik Amar ke Kelantan.  Tambahan pula segala kos dibiayai oleh rakyat jelata. Itu la yang dipersoalkan mereka.

Dan berikut adalah kemaskini susulan dari TMB kelantan selepas tersebarnya kritikan tersebut.

Delegasi Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Mohd Amar Abdullah dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada pagi ini telah mengadakan lawatan rasmi ke atas Gabenor Wilayah Krabi, Thailand. Di dalam perjumpaan mahabbah diantara pimpinan kedua wilayah ini, pelbagai perkara telah dibincangkan bersama, antaranya berkenaan industri pelancongan, ekonomi dan pembangunan produk halal. Berteraskan dasar 'Think of Thailand, Think of Krabi', pihak berkuasa Krabi sekarang ini sedang giat membangunkan tarikan-tarikan pelancongan baru yang dapat menarik segmentasi pelancong yang menekankan aspek kualiti dan bebas maksiat.

Disamping itu, wilayah Krabi juga sedang dalam proses untuk dijadikan hab penghasilan produk halal terbesar di Thailand. Menurut Gabenor Krabi, setiap tahun Krabi menerima kedatangan pelancong melebihi 10 juta orang. Tambah beliau lagi, pelancong tidak hanya datang menikmati keindahan alam, tetapi masyarakat muslim diseluruh dunia juga datang untuk menyelami kehidupan masyarakat Islam disini. Ini kerana, berdasarkan rekod, hampir separuh daripada populasi penduduk Krabi adalah beragama Islam.

Malah, kebanyakan pengusaha sektor pelancongan di Krabi pada sekarang ini dipolopori oleh masyarakat Islam dan giat mempromosikan pelancongan bebas maksiat. Hasil daripada lawatan ini, Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap kerjasama strategik dapat dijalankan diantara wilayah Krabi dan Negeri Kelantan terutamanya yang melibatkan sektor pelancongan dan pembangunan industri hub halal di kedua wilayah.

Disamping itu, beliau menegaskan, hubungan dua hala diantara wilayah ini akan terus diperkemaskan pada masa hadapan bagi memastikan pelbagai faedah dan manfaat dapat diperolehi serta diaplikasi diantara Kelantan-Krabi.

Laporan Ketua Audit Negara bakal hilang status rahsia

Posted: 29 Jul 2016 01:09 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
Adam A Kadir

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan lagi dokumen rahsia rasmi kerajaan, apabila ia jatuh ke tangan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam prosiding sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Bekas Presiden Senat, Tan Sri Adam A Kadir berkata, badan penyiasat dunia itu berupaya mendapatkan segala maklumat termasuk laporan sulit itu, bagi mendapatkan kebenaran di sebalik penglibatan lima orang yang disyaki menggunakan duit curi daripada 1MDB.

“FBI akan minta maklumat, kalau kerajaan nak bagi. Kalau kita bagi, dia mesti nak maklumat lagi. Bagi maklumat yang sebetulnya, kerana dengan maklumat itu, Amerika akan membuat kesimpulan yang lebih tepat daripada saman sivil itu.

“Amerika dapat maklumat daripada mana, itu kebijaksanaan mereka. FBI merupakan badan penyiasat nombor satu dunia. Mungkin kita pegang rahsia tertentu, bagi pihak lain, ia bukan rahsia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kemungkinan saman sivil DOJ minggu lalu akan membuka jalan kepada campur tangan kuasa asing itu dalam pentadbiran negara, terutama akses kepada dokumen rahsia kerajaan seperti laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai siasatan 1MDB.

Beliau berkata, tiada had tertentu diletakkan dalam perkongsian maklumat antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan FBI, sebaliknya bergantung kepada budi bicara serta kejujuran kerajaan Malaysia dalam membantu prosiding sivil itu.

“Hubungan ini berdasarkan saling hormat-menghormati, kalau kita tipu kawan kita atau sekat maklumat tertentu, lain kali hubungan itu tiada rasa hormat lagi, atau nanti kita tidak akan dipercayai.

“Amerika sedang menunjukkan praktisnya. Malaysia jadi kawan Amerika dalam keadaan tertentu. Tapi kita akan jadi musuh, kalau kita tidak bertindak sepatutnya, seperti mana yang mereka mahukan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, saman sivil itu tidak akan membuka jalan kepada campur tangan kuasa asing itu dalam pentadbiran negara, melainkan wujudnya kompromi, sama ada menghalang prosiding mahupun kes itu ditarik balik daripada pendakwaan di mahkamah.

“Kalau kita cuba mendapatkan sesuatu melalui pintu belakang dengan mereka, mungkin ia membawa kepada campur tangan dalam negara. Saya tak percaya Amerika akan setuju, kerana ini masalah negara kita, di mana wang kotor itu sudah mencemarkan sistem kewangan mereka.

“Kerana itu, mereka mempunyai kuasa untuk mengeluarkan wang itu daripada sistem kewangan Amerika dengan memulangkan semula kepada Malaysia selepas ditolak kosnya. Ini bermakna, orang bersalah itu tetap bersalah,” ulasnya.

Beliau berkata, Peguam Negara Amerika didakwa akan menamakan Malaysian Official 1 tidak lama lagi selepas mendapat tekanan seluruh dunia.

“Maka tindakan jenayah akan diambil. Sudah terang, lagi bersuluh, tapi orang yang kena suluh dalam terang itu masih lagi tidak mahu mengaku. Maka dia (Amerika) terpaksa kata (menamakan pesalah). Ini akan berlaku,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, wujudnya usaha untuk berunding dengan Amerika bagi mengetepikan prosiding sivil itu, terutama yang melibatkan anak tiri Perdana Menteri.

“Mungkin ada usaha-usaha untuk berunding. Berunding itu akan merosakkan integriti kita. Sekiranya berlaku, maka dunia akan tahu bahawa ada sesuatu berlaku di belakang mereka .

“Jadi timbul soal ketelusan yang penting dalam pemerintahan dan tata urus negara sudah terjejas. Itu satu dosa besar dalam pengurusan dan kerajaan dunia kalau berlaku macam itu (rundingan),” dakwanya.

Ditanya kesan kepada Amerika jika rundingan itu diterima, beliau bagaimanapun berkata, kuasa asing itu akan hilang kepercayaan dunia khususnya sebagai pusat parkir wang sedunia pada masa akan datang jika tunduk kepada permintaan itu.

“Amerika menjadi negara nombor satu dunia, orang tak percaya Russia untuk hantar duit di negara itu, orang tak percaya kepada China untuk hantar duit. Orang hanya percaya kepada Amerika, walaupun bagaimanapun dia akan dapat balik duit kalau letak duit di negara itu.

“Jadi Amerika akan menjaga amanah ini dan dia juga ingin memastikan dunia ini, menjadi bebas daripada wang kotor atau pengubahan wang haram atau wang haram daripada korupsi. Dia kena jaga perkara ini sebaik-baiknya,” katanya.

Bloomberg: ‘1MDB Officer 3’ seorang wanita

Posted: 28 Jul 2016 11:35 PM PDT

Bloomberg: '1MDB Officer 3' seorang wanita
SHAH ALAM – Agensi berita antarabangsa, Bloomberg hari ini melaporkan identiti '1MDB Officer 3' merupakan bekas Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan tersebut, kerajaan Amerika Syarikat (AS) merujuk pegawai itu sebagai seorang wanita rakyat Malaysia yang belajar undang-undang di UK dan bekerja dengan sebuah syarikat pemaju serta minyak sebelum menyertai 1MDB.

Wanita berkenaan pernah bertugas dalam bahagian undang-undang 1MDB serta menjadi pengantara 1MDB dengan Goldman Sachs Group Inc, bank antarabangsa yang membantu syarikat pelaburan strategik negara memungut, RM24.33 bilion (AS$6 bilion).

"Walaupun jumlahnya sederhana berbanding dengan yang lain dalam skim tersebut, dakwaan pindahan RM20.27 juta itu ketara.

"Penerimanya bukan sahaja seorang peguam dan pengantara 1MDB dengan Goldman Sachs tapi juga satu-satunya orang dalam 1MDB yang DoJ sebut menerima bayaran," lapor Bloomberg.

Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman (DoJ) AS dilaporkan tidak menuduh wanita ini atau mana-mana individu melakukan jenayah dalam saman yang dikemukakan.

Sebelum ini, DoJ mengemukakan saman sivil untuk menyita aset bernilai lebih RM4 bilion yang dipercayai diperoleh melalui konspirasi pengubahan wang haram daripada 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu 1MDB: Jabatan Kehakiman AS mahu rampas 17 aset]

DOJ turut menamakan individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi tersebut iaitu, anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan, Jho Low serta dua individu lagi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Ke mana hilangnya ukhuwah Pakatan Harapan?

Posted: 28 Jul 2016 09:09 PM PDT

Pimpinan DAP dan PKR patut berasa malu dengan cara mereka menangani perbezaan pendapat dalam isu pilihan raya negeri Pulau Pinang.

Kegagalan mereka untuk menangani isu ini dengan baik menyebabkan tercetusnya perbalahan di kalangan pimpinan dan akar umbi masing-masing.

Saya masih ingat apabila Pakatan Rakyat ditubuhkan pada tahun 2008, rakyat Malaysia seumpama diberi peluang menekan butang “reset” untuk negara ini.

Butang ini penting untuk menghapuskan masalah rasuah, salah guna kuasa, ekonomi yang tidak menentu dan ketegangan agama dan kaum.

Anak-anak muda teruja dengan masa depan negara ini walaupun hanya belajar di sekolah menengah pada waktu itu.

Selepas menjejaki kaki ke menara gading, saya pula berkecimpung dalam aktivisme mahasiswa dan bekerjasama dengan parti-parti, politik khususnya DAP dan PKR.

Oleh sebab aktiviti kami yang sering melibatkan demonstrasi jalan raya maka tidak hairanlah untuk kami bermalam di lokap.

Peguam-peguam yang datang tolong kami juga daripada DAP atau PKR.

Kami ditahan pada 1 Ogos 2015 di pasar raya Sogo kerana menganjurkan demonstrasi #TangkapNajib sempena skandal 1MDB yang baru meletup.

Turut ditahan bersama saya adalah aktivis-aktivis daripada kumpulan anak muda Demi Malaysia yang dipimpin oleh Adam Adli.

Kami disiasat bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang mengatakan bahawa kami melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Saya berasa hairan kerana sejak bila melaksanakan hak untuk berhimpun yang dijamin bawah Artikel 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan boleh dikatakan sebagai melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Saya masih ingat peguam-peguam kita yang datang untuk membantu kita semasa prosiding reman.

Ada di kalangan mereka pimpinan DAP dan PKR masing-masing. Gobind Singh Deo, Lim Lip Eng dan Thomas Su merupakan anggota parlimen DAP sedangkan Sivamalar Genapathy dan Melissa Sasidaran merupakan pemimpin wanita dan anak muda dalam PKR.

Saya juga tidak melupakan peguam-peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Cyrus Tiu, Rajsurian Pillai, Dinesh Munthal dan John Das.
 

Berlalu sekelip mata

Begitu juga dengan peguam-peguam daripada kumpulan masyarakat sivil seperti Datuk Ambiga Sreenevasan dan Eric Paulsen.

Mereka semua bekerjasama untuk kepentingan yang sama iaitu untuk tegakkan keadilan dan mempertahankan demokrasi.

Saya ceritakan semua ini kerana saya percaya bahawa sebagai manusia kita perlu tahu mengenang budi dan jasa orang yang pernah mwnolong kita.

Dan saya percaya kebersamaan ini pada waktu susah lebih kuat daripada faktor-faktor yang memecahbelahkan kita.

Setahun berlalu, dengan sekelip mata dan saya kini melangkah keluar ke dunia pekerjaan tetapi idealisme dan semangat saya tetap kuat dan ingin melihat perubahan di tanah air yang tercinta ini.

Namun banyak benda telah berubah belakangan ini. Pakatan Rakyat kini berkubur tanpa batu nisan manakala gabungan baru Pakatan Harapan dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) masih kurang meyakinkan rakyat jelata bahawa perubahan kerajaan pusat akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Soalan yang sering ditanya adalah ke mana hala tuju kita ataupun quo vadis dalam bahasa Latin.

Parti-parti pembangkang sudah mula menunjukkan kelemahan dalam pentadbiran masing-masing dan sering terlibat dalam perebutan kerusi, perbalahan sesama pimpinan parti dan juga serangan peribadi antara pimpinan parti-parti pembangkang.

Keadaan ini tidak dibantu dengan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga berdepan dengan pendakwaan di mahkamah.

Isu yang paling hangat di Pulau Pinang adalah spekulasi pilihan raya mengejut dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Isu pilihan raya mengejut ini kini mendapat liputan media dengan komen-komen pimpinan DAP dan PKR dengan kritikan dan tuduhan yang dilemparkan antara satu sama lain.

Isu ini pada pandangan saya, sekiranya DAP bertegas hendak menjalankan pilihan raya mengejut, hendaklah mendapatkan kebenaran rakan-rakan daripada parti PKR dan AMANAH.

Keputusan ini melibatkan semua pihak dan berdasarkan prinsip setiakawan dan solidariti.

Jikalau salah satu parti membantah keputusan tersebut pilihan raya mengejut ini tidak haruslah diteruskan.

Dedak parti 

Sekiranya DAP masih dengan egonya untuk meneruskan hasrat mereka tanpa persetujuan PKR dan AMANAH, maksudnya DAP tidaklah banyak berbeza daripada Umno.

Malang sekali pimpinan DAP dan PKR membawa perbezaan pendapat mereka ke ruang awam dan beraksikan pertunjukan yang tidak senang dilihat oleh orang awam khususnya penyokong masing-masing.

Keadaan bertambah teruk apabila macai-macai parti masing-masing ambil peluang ini untuk membodek pimpinan masing-masing dengan menyokong pendirian parti mereka.

Macai-macai ini kemudian menyerang antara satu sama lain di media sosial.

Tindakan mereka langsung tidak mencerminkan semangat ukhuwah yang ditonjolkan masing-masing pada tahun 2008 dan 2013 semasa pilihan raya umum.

Saya mengakui bahawa kini setiap parti dalam Pakatan Harapan mempunyai kepentingan masing-masing dari segi perebutan kerusi, jawatan kerajaan negeri dan berlumba-lumba mengejar habuan dalam bidang politik.

Setiap kritikan yang pernah dilontarkan oleh mereka terhadap Umno dan BN kini boleh digunakan balik terhadap mereka.

Dan di mulut rakyat jelata dan mula kami mendengar kata-kata bahawa Pakatan Harapan tiada banyak perbezaan dengan BN.

Yang menghairankan saya, ke mana perginya suara anak muda dalam parti-parti pembangkang yang selalunya menjadi suara hati nurani.

Anak muda parti pembangkang dilihat menyokong sebulat-bulatnya keputusan orang tua dalam parti.

Mungkin cara terbaik untuk mendapat dedak daripada parti adalah menjadi pak turut dalam parti.

Tetapi lama kelamaannya kita akan melihat kesan buruk yang bakal datang ke parti tersebut.

Budaya tanggungjawab kolektif dalam politik adalah untuk mewujudkan kebersamaan dalam tindakan dan bukannya budaya pak turut semata-mata.

Sekiranya kita mengikut jejak langkah anggota Umno dan BN yang membuta tuli menyokong pimpinan yang melakukan kesalahan maka kita sememangnya tiada perbezaan dengan mereka yang kita kutuk itu.

Tiba masanya pimpinan DAP dan PKR mengakui bahawa mereka tidak akan menang pilihan raya umum yang ke-14.

Akui kesilapan

Mereka perlu mengakui banyak kesilapan telah dilakukan dalam pentadbiran mereka sepanjang pilihan raya umum yang lepas hingga sekarang.

Dan selepas berani mengakui kesilapan tersebut bolehlah mereka memperbaiki kelemahan masing-masing dan kembali ke pangkal jalan.

Saya menyeru anak muda dalam parti-parti pembangkang melaksanakan peranan tradisi masing-masing sebagai suara imbang kuasa dan bersuara terhadap pimpinan parti masing-masing yang membawa kita ke arah hari ini.

Masa untuk menjadi lena dan leka dah berakhir.

Ketahuilah bahawa selepas pemenjaraan dan pendakwaan terhadap pimpinan masing-masing akan meninggalkan satu vakum atau ruang kosong yang perlu diisi untuk meneruskan perjuangan masing-masing.

Tetapi perjuangan tersebut tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya anak muda masih terikut-ikut dengan politik lama dan enggan memeluk idealisme politik baru.
----------------------------------------------------------
VINCE TAN anggota Jawatankuasa DAP cabang Medan Maktab dan bekas aktivis mahasiswa di Universiti Malaya.

Kami digelar 'Anwarinas' kerana pertahan prinsip Pakatan Rakyat

Posted: 28 Jul 2016 08:30 PM PDT

Hampir kesemua bekas pemimpin Pas yang kini menyertai Amanah komited mempertahankan prinsip dan keputusan yang dicapai dalam Pakatan Rakyat sehingga mereka digelar 'Anwarinas' dan tersingkir daripada parti itu.

Mengimbau kembali konflik dalaman Pas sehingga berkuburnya Pakatan Rakyat, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, komitmen beliau dan rakan-rakannya dalam Pas untuk mempertahankan kerjasama dalam Pakatan Rakyat mengakibatkan mereka dipandang serong sebahagian anggota Pas.

"Ketika di dalam Pas, sekumpulan pemimpin mereka diberi pelbagai gelaran hanya kerana cuba mempertahankan keutuhan Pakatan Rakyat pada setiap kali mesyuarat parti itu.

"Antara gelaran yang diberikan kepada mereka adalah 'Anwarinas'. Gelaran itu diberikan apabila kumpulan ini mempertahankan keputusan Pakatan Rakyat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah," ujarnya.

Menurut Mohamad, sebahagian pemimpin Pas tidak menyukai keputusan ini lalu gelaran 'Anwarinas' terus berkumandang setiap kali menjelang muktamar Pas.

"Paling parah pada Muktamar Pas 2015, apabila sekumpulan yang mempertahan Pakatan Rakyat dan mempertahan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri menjadi mangsa sehingga berlaku rancangan penyingkiran kumpulan ini sekaligus menguburkan muafakat Pakatan Rakyat," ujar beliau.

Kumpulan yang disingkirkan daripada Pas ini, jelas beliau kemudian menubuhkan Amanah untuk terus mendokong kerjasama politik parti-parti pembangkang bagi kebaikan rakyat.

"Kumpulan ini adalah termasuk saya dan pimpinan Amanah yang lain. Maka Pakatan Harapan muncul," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Mohamad dipercayai mengeluarkan kenyataan media bagi menjawab dakwaan segelintir pemimpin Keadilan yang mempertikaikan penubuhan Pakatan Harapan kerana masih menaruh kepercayaan terhadap Pas dan yakin Pakatan Rakyat boleh 'diselamatkan'.                                                                                                                                                    "Walaupun kami yang menjadi mangsa kerana mempertahankan konsep Pakatan Rakyat, namun kami tetap bersabar.

"Kami akan terus bekerja untuk menjayakan kerjasama parti-parti politik atas kepentingan bersama menghadapi BN," ujarnya.

Mohamad menambah kata, Amanah berazam mencorak politik baru bagi menyelamatkan negara yang sedang kecundang akibat rasuah dan salah guna kuasa.

"Rekod paling nyata apabila berlaku pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh akibat keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Maka kekekosongan itu telah diputuskan oleh PKR dan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat pada waktu itu bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah akan bertanding.

"Ketika itu sebahagian pimpinan Pas memboikot PRK tersebut. Malah Pemuda Pas membuat tunjuk perasan menentang pencalonan Wan Azizah dengan diberi perlindungan oleh pemimpin Pas," imbas beliau.

Namun beliau dan akan-rakan yang kini bersama Amanah turun berhempas pulas bagi memastikan Dr Wan Azizah menang dan kemudian dipilih sebagai ketua pembangkang.

"Pengorbanan ini bukan untuk diungkit, tetapi bagi mengorak sejarah bagaimana Amanah akhirnya lahir dan berada di arena politik Malaysia," ujarnya.

Baru-baru ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Lateefah Koya mempertikaikan penubuhan Pakatan Harapan yang kononnya dibuat secara tergesa-gesa dan mempersoalkan tindakan DAP yang mengumumkan Pakatan Rakyat sudah berkubur

Lelaki india yang menjadi Mangsa tembak merupakan orang kanan Geng Satu Hati

Posted: 28 Jul 2016 07:05 PM PDT

NURAINA HANIS & ABD. HALIM
29 Julai 2016 12:58 AM

KUALA LUMPUR 28 Julai - Pemilik syarikat peminjam wang, V. Kandasamy, 43, yang mati terkena 10 daripada 18 tembakan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, di sini semalam dipercayai orang kanan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng Satu Hati.

Difahamkan, polis kini menyiasat kemungkinan mangsa ditembak oleh anggota kongsi gelap yang lain kerana perselisihan faham antara kumpulan itu.

Sementara itu, Ke­tua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh keti­ka ditanya pemberita mengenai peng­libatan mangsa de­ngan Geng Satu Hati mengesahkan perkara tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya.

“Ya, kita boleh sahkan perkara itu,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Sehingga kini polis belum me­lakukan sebarang tangkapan dan motif pembunuhan masih disiasat.

Sementara itu, me­ngulas kes yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya percaya keempat-empat suspek yang terlibat da­lam kejadian masih berada dalam negara dan gerakan memburu mereka sedang dijalankan.

“Kita akan buru kesemua penjenayah ini, mereka tidak akan dapat lari ke mana-mana,” katanya.

Semalam, Kandasamy dibunuh selepas terkena 10 daripada 18 das tembakan dari jarak dekat oleh empat suspek di bahagian kepala, badan dan paha.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu, mangsa yang menetap di Wangsa Maju di sini sedang memberhentikan kereta Honda Accord yang dipandu bersendirian di lorong kanan jalan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota bersebelahan pusat beli-belah Setapak Sentral, Setapak di sini.

Sementara itu, Bernama mela­porkan, rakan Kandasamy yang ditemui memberitahu yang mang­sa baru dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya.

Rakan yang enggan dikenali berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan peminjam wang sejak kira-kira 10 tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.

Komplot jatuhkan Perdana Menteri, tragedi tiga Tan Sri

Posted: 28 Jul 2016 06:39 PM PDT

oleh Anak Mami di Perantauan

Pemuda Umno sudah buat laporan polis ke atas tiga orang Tan Sri yang pernah duduk dalam satu jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan aliran tunai berjumlah sekitar RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi dengan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiga orang Tan Sri ini, Zeti Akhtar Aziz, Abdul Gani Patail dan Abu Kasim, telah dituduh oleh gerombolan Pemuda Umno kononnya telah berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia.

Pemuda Umno secara ringkasnya telah menyerang bekas-bekas bos Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara dengan mempersoal taat setia mereka kepada kerajaan.

Mereka didakwa telah memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk pihak Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat, FBI.

Daripada empat orang Tan Sri yang menganggotai pasukan khas menyiasat aliran tunai ke akaun Najib Razak, hanya seorang Tan Sri sahaja yang masih selamat, iaitu Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Tan Sri KPN sekarang berhadapan tanggungjawab sukar untuk menyiasat tiga Tan Sri lain, yang dahulunya bekerjasama dengannya dalam satu pasukan.

Pemuda Umno bukan sahaja telah bertindak menyerang peribadi tiga orang Tan Sri yang telah berundur daripada jawatan masing-masing ini (secara paksa atau rela kita tidak pasti), malah Pemuda Umno telah hampir sahaja pasti mengesahkan bahawa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1’ dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika, adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri sendiri.

Seelok-eloknya, tiga orang Tan Sri ini mungkin boleh segera memohon suaka politik daripada mana-mana kedutaan terdekat, dan mohon dikeluarkan dari Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak dikekang daripada menyatakan kebenaran oleh tangan-tangan kasar aparat keamanan negara.

Kita mungkin sahaja menyaksikan Gani Patail, Zeti dan Abu Kassim ditangkap, disoal siasat, dan dikurung di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, antara lain kerana mengancam proses demokrasi dan merancang untuk menggulingkan kerajaan dengan cara salah. Komplot menggulingkan perdana menteri bukan benda main-main. Pemuda Umno pastinya tahu itu.

Kedua, mungkin kita boleh cadangkan kepada (bekas) staf-staf mereka, terutamanya yang berada di SPRM untuk segera mendedahkan segala bukti dan hasil siasatan terhadap kes-kes melibatkan pemuka-pemuka Umno yang lainnya, terutamanya yang berprofil tinggi.

Kita sangat pasti bahawa fail siasatan terhadap gerombolan Umno ini semua tebal-tebal belaka dan hanya menanti saat dan ketika untuk dibocorkan kepada pengetahuan orang ramai.

Masanya sudah amat sesuai untuk SPRM melancarkan kempen ‘buli balik’ ke atas gerombolan yang selama ini menekan dan mengawal siasatan mereka, malah sesuka hati memindah-mindah pegawai, dan terbaru mendakwa bekas bos mereka sebagai pengkhianat negara.

Baru lah rancak.

Pun begitu, kita melihat ini semua sekadar buah mula kepada siri serangan balas kartel Najib Razak terhadap pihak lawan, berkadar dengan lahirnya nanti Akta Majlis Keselamatan Negara pada 1 Ogos 2016 nanti.

1 Ogos adalah juga hari lahir Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang meski telah lama dimansuhkan, masih juga ada anasirnya yang tersisa dan kini lahir dengan wajah baru.

Akta Majlis Keselamatan Negara memberi kuasa kepada Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan ‘kawasan keselamatan’ di daerah, negeri, bandar, kawasan Parlimen tertentu mengikut suka hati pihak berkenaan, tanpa memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong, mahupun mendapat kelulusan Parlimen.

Undang-undang ngeri itu hampir pasti akan digunakan untuk memberi kelebihan kepada kerajaan United Malays National Organisation untuk membungkam sebarang cabaran daripada pihak lawan, tidak kiralah parti-parti pembangkang, mahupun Tun Dr Mahathir beserta gerombolannya.

Apabila kuasa itu mendapat nyawa 1 Ogos nanti, gigih membebel nak buat pilihanraya negeri pun tak guna dah.

UMNO-BN beri projek pada syarikat China tanpa tender terbuka untuk bayar hutang 1MDB

Posted: 28 Jul 2016 06:25 PM PDT

28 Julai 2016

KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Rakyat sekali lagi terpaksa menanggung beban hutang 1MDB, kali ini melibatkan tipu muslihat kerajaan UMNO-BN dalam menganugerahkan kontrak Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) kepada China Communications Construction Company (CCCC).

Laman pendedah maklumat, Sarawak Report dalam laporannya dua hari lalu mendakwa kerajaan UMNO-BN bersubahat dengan kontraktor terbabit untuk menaikkan kos projek berkenaan daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion bagi membayar hutang 1MDB.

Kontrak itu juga didakwa diberikan kepada CCCC tanpa melalui proses tender terbuka.

Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee dalam satu kenyataan hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak megesahkan atau menafikan dakwaan serius terbabit.

"Malah, beliau perlu memberikan alasan yang paling munasabah terhadap tindakan kerajaan menganugerahkan tender berkenaan secara langsung kepada CCCC," katanya.

Menurut dokumen yang didedahkan Sarawak Report mengenai perkara itu, Tony Pua berkata, CCCC perlu mengarahkan sebuah syarikat yang bakal dilantiknya untuk membayar RM3.4 bilion kepada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) bagi hutang pendahuluan 1MDB.

Malah, katanya, CCCC juga didakwa perlu mengambil alih hutang anak-anak syarikat 1MDB berjumlah RM19.4 bilion termasuk faedah yang telah dijamin oleh IPIC setelah menandatangani kontrak ECRL bersama kerajaan UMNO-BN yang dijangka berlaku pada Disember tahun ini.

"Lebih menarik lagi, sebahagian daripada jumlah wang dari kos-lebihan akan digunakan untuk membeli saham besar dalam syarikat Low Taek Jho, Putrajaya Perdana Bhd dan Loh & Loh Corporation Bhd yang masing-masing bernilai AS$244 juta dan AS$71 juta.

"Di samping itu, terdapat pembayaran yang dicadangkan oleh CCCC kepada syarikat 'perundingan/strategik/perkhidmatan perhubungan' dan satu lagi 'syarikat yang dilantik' untuk jumlah AS$65 juta dan AS$200 juta," katanya sambil mendakwa bahawa pembayaran "misteri" itu dibuat bagi membayar komisyen pihak-pihak tertentu.

Kos tinggi berbanding dua projek sebelumnya

Dalam pada itu, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut membandingkan kos projek ECRL dengan dua lagi projek pengangkutan awam yang lain pada tahun 2003 dan 2015.

"Sebagai perbandingan, projek trek-berkembar Ipoh-Padang Besar sepanjang 329km telah dianugerahkan kepada konsortium MMC-Gamuda dengan nilai RM14.5 bilion pada 2003.

"Baru-baru ini pada Disember 2015, projek Gemas-Johor Bahru link sepanjang 179 km telah dianugerahkan kepada China Railway Engineering Corporation dengan jumlah RM7.1 bilion.

"Secara purata, kos projek-projek berkenaan masing-masing hanya RM44 juta dan RM39.8 juta bagi setiap kilometer," ujarnya.

Oleh itu, mengambil kira projek ECRL yang melibatkan 620 km dan memakan kos RM60 bilion, Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata ia bermakna kos bagi setiap kilometer adalah RM96.8 bilion iaitu 120 peratus dan 143 peratus lebih tinggi daripada kedua-dua projek berkenaan. – Roketkini.com

OhDunia.My

Posted: 29 Jul 2016 07:52 AM PDT

OhDunia.My


Video: 2 Wanita Curi Coklat Sumbat Dalam Seluar Dalam

Posted: 28 Jul 2016 08:20 PM PDT

Moscow: Dua wanita dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mencuri gula-gula dan coklat di sebuah pasar raya dengan cara pelik apabila menyumbatnya ke dalam seluar dalam.


Video: 2 Wanita Curi Coklat Sumbat Dalam Seluar Dalam

Baca selengkapnya

Kes Seludup Warga Asing, Isteri Kedua Adi Putra Ditahan

Posted: 28 Jul 2016 06:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly, adalah antara yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


 Kes Seludup Warga Asing, Isteri Kedua Adi Putra Ditahan

Baca selengkapnya

myartis.com

Posted: 29 Jul 2016 02:28 AM PDT

myartis.com


4 BULAN TAK TINGGAL SEBUMBUNG - ZILA AF4 DITUDUH NUSYUZ OLEH ALONG CHAM

Posted: 28 Jul 2016 08:41 PM PDT



"Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu," demikian kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-4, Zila Seeron, 28, yang sudah empat bulan tidak tinggal bersama suaminya, Along Raja Lawak dan kini beliau berdepan dengan proses mahkamah yang difailkan suaminya membabitkan kes nusyuz.

Kata Zila, suaminya itu turut mengambil anak mereka, Ahmad Danial yang berusia 5 tahun bersamanya dan selepas itu tidak membenarkannya berjumpa dengan anak lelakinya itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

20 GAMBAR - RAGAM LARA ALANA BERCUTI DI JEPUN

Posted: 28 Jul 2016 07:51 PM PDT



"Back in our favourite cityyyy," demikian kata Scha Al Yahya yang sekali lagi menjejakkan kaki di negara matahari terbit iaitu Jepun bersama suami, Awal Ashaari serta anaknya, Lara Alana.

Gambar-gambar sekitar percutian ini telah dikongsikan oleh mereka di laman Instagram masing-masing.

jom lihat!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

52 GAMBAR - SUASANA MAJLIS AQIQAH ADAM & ANAS, ANAK ASHRAF MUSLIM

Posted: 28 Jul 2016 06:47 PM PDT



Baru-baru ini, Ashraf Muslim telah mengadakan majlis aqiqah buat dua anak lelakinya, Adam Ashraf iaitu anak isteri kedua, Wan Sakinah dan juga Anas Ashraf, anak isteri pertama, Noor Dayana.

Majlis yang berlangsung dengan sederhana di Zam Zam Cafe & Satay Club itu dihadiri ahli keluarga dan teman rapat pasangan ini.

"Alhamdulillah, dengan izinNya, Majlis Akikah untuk dua orang anak lelaki saya Adam Ashraf dan Anas Ashraf berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISTERI KEDUA ADI PUTRA DITAHAN SELUDUP WARGA ASING?

Posted: 28 Jul 2016 04:48 PM PDT



"Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian," kata Adi Putra atau nama sebenarnya Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 35, ketika dihubungi media melalui Whatsapp.

Ia berikutan laporan Beita Harian yang melaporkan bahawa isteri keduanya, Nor Shahida Zolkifly, antara penjawat awam yang ditahan untuk siasatan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 29 Jul 2016 02:03 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Ruhainies Tetap Akan Kekaikan Hubungan Baik Bersama Dato Red

Posted: 29 Jul 2016 01:42 AM PDT


Gara gara keh Dato Red merangkoi pinggang Ruhainies pelakon tu dihimpit dengan pelbagai gosip sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai perosak rumah tangga oghang lain dan macam macam lagi N...

Isteri Kedua Adi Putra Kena Tahan Bantu Siasatan Sindiket Penyeludupan Manusia

Posted: 29 Jul 2016 12:22 AM PDT


Isteri kedua pelakon Adi Putra Nor Shahida Zolkifly didakwa antara 15 kakitangan Imigresen yang kena tahan pada petang Selasa di Putrajaya Sumber Astro Gempak habaq isteri pelakon hat sama dok ha...

Cinta Emma Maembong Kamal Adli Tak Kesampaian

Posted: 28 Jul 2016 11:04 PM PDT


baghu baghu ni kedengaran ceghita keretakan hubungan cinta di antara Emma Maembong dan jugak Kamal Adli dan menerusi laporan BH Online Emma la nih hanya dok tunggu Kamal pulang dari penggambaran ...

Ruhainies Dan Datuk Adnan Kekai Berhubung

Posted: 28 Jul 2016 11:02 PM PDT


Bukan sekadaq digelaq perosak rumah tangga malah beliau jugak turut digelaq playgirl berikutan gosip yang berterusan namun bagi Ruhainies beliau tetap akan bersikap profesionai dalam menghadapi si...

Anak Bilionaiaq Sahut Cabaran Bapak Untuk Survive Di Tempat Asin Berbekaikan Rm423

Posted: 28 Jul 2016 10:52 PM PDT


soghang anak kepada bilionaiaq femes India telah menyahut cabaran bapanya untuk menghabihkan masa cutinya dengan bekerja di Kochi untuk paham kesusahan kehidupan yang sebenaq Jutawan yang berasa...

Pekin Ibrahim Ngaku Sedang Hangat Bercinta Dengan Model Dari London

Posted: 28 Jul 2016 10:44 PM PDT


Selepaih putuih tunang bersama Uqasha Senrose ramaiyang tertanya adakah Pekin Ibrahim dah patah hati pasai beliau seakan hidup sendiri tanpa pompuan di sisi Walaubagaimanapun sejak beberapa ha...

Dah Empat Bulan Kami Tak Tinggai Sebumbung Along Halau Cheq Zila Seeron

Posted: 28 Jul 2016 10:42 PM PDT


takdak angin takdak ribut tiba tiba kami mendapat berita bahawa rumah tangga pelakon Along Cham dan isterinya Zila Seeron la nih berantakan apabila Zila menerusi portai BH ONLINE mendedahkan beliau...

Isteri Kedua Pelakon Kena Tahan Suspek Sindiket Penyeludupan Manusia

Posted: 28 Jul 2016 10:02 PM PDT


kola LUMPUR Isteri kedua pelakon Adi Putra Nor Shahida Zolkifly adalah antara yang kena tahan polih berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asin di Lapangan Terbang Antarabangsa kola Lump...

Bedai Sebesen Mi

Posted: 28 Jul 2016 09:44 PM PDT


Beijing soghang anggota bomba terkenai di media so siall di China selepaih gambaqnya memakan satu besen mi segera tersebaq di Internet Anggota bomba berkenaan Bu Wenmin dan rakannya dilapoqkan b...

Sea Hunter Dron Memburu Kapai Selam Melepasi Ujian Pertama

Posted: 28 Jul 2016 09:42 PM PDT


Dron ialah teknologi yang akan digunakan secara lebih meluas di dalam medan peperangan masa hadapan Penggunanya bukan saja mengelakkan risiko kematian anggota tentera malah mengurangkan kos opera...

Satish Dedah Akaun Facebook Muhung Guna Gambaq Memba Dah Meninggai Dunia Untuk Respectmypm

Posted: 28 Jul 2016 09:40 PM PDT


Apabila memba baik kita meninggai dunia kita boleh meghasakan sebahagian kehidupan kita pergi bersamanya Buat Satish Ganesh ceghita persahabatannya bersama memba baik yang telah meninggai dunia...

Bakaq Rumah Pasai Disekat Pergerakan

Posted: 28 Jul 2016 09:38 PM PDT


soghang remaja pompuan memulakan kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Setapak Wangsa Maju di sini hari ni pasai ghamai dok kata tak puas hati pergerakannya disekat Ketua polih Daerah Wangsa Ma...

Prank Sampai Meninggai Dunia

Posted: 28 Jul 2016 09:36 PM PDT


BRITAIN Mayat soghang lelaki yang hilang selepaih ditolak jeronoih dari sebuah bot oleh memba membanya pada 16 Julai lepaih ditemui Jumaat lepaih Dailymail kata mangsa Nishanthan Gnanathaih be...

Kesan Keh Tembakan Semakin Berleluasa Permintaan Cermin Kenderaan Kalih Peluru Melonjak

Posted: 28 Jul 2016 09:34 PM PDT


Kita dah biasa tengok kenderaan bercermin gelap dengan alasan alahan cahaya matahari dan privasi tapi baghu baghu ni ada alasan baghu yang lebih serius kehilangan nyawa

Gajah Lempaq Batu Hingga Meninggai Dunia

Posted: 28 Jul 2016 09:32 PM PDT


Rabat Maghribi soghang kanak kanak pompuan meninggai dunia selepaih kepalanya cedera parah akibat terkena batu yang dilempaq seekoq gajah di sebuah zoo di sini baghu baghu ni Kejadian Selasa le...

Nick Johnson Pemain Pertama Berjaya Menangkap Semua Watak Pokemon Go

Posted: 28 Jul 2016 09:24 PM PDT


Aplikasi permainan peranti Pokemon Go ternyata mempunyai aura luaq biasa sehingga menjadi kegilaan seluruh dunia Buktinya tak sampai sebulan dilancaqkan soghang pemain aplikasi permainan Pok...

Makruh Kencin Bedighi Dan Sains Membuktikan Kebenarannya

Posted: 28 Jul 2016 09:22 PM PDT


dah menjadi amalan biasa bagi lelaki membuang ayaq kecik sambey bedighi dan la nih kesan perbuatan tu telah menjadi topik perbincangan dalam komuniti saintifik Gambaq hiasan soghang pengamal peru...

Diana Amir Sahkan Mengandung Anak Kedua

Posted: 28 Jul 2016 08:02 PM PDT


Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir yang baghu saja mengumumkan berita kehamilan beliau buat kali kedua berita gembira tu telah dikongsi menerusi akaun instagram beliau kemarin dengan u...

Ghamai Yang Ugut Nak Pijak Dan Macam Macam Lagi Kalau Berjumpak Dengan Cheq Suhaimi Saad

Posted: 28 Jul 2016 07:42 PM PDT


baghu baghu ni nama Suhaimi Saad tiba tiba menjadi bualan ghamai apabila memuat naik statuih tentang pasai kehidupan zuhudnya yang tak mempunyai peti ais mahupun mesin basuh didalam rumah Malah...

Mangsa Oghang Kanan Kongsi Gelap Puak Satu Hati

Posted: 28 Jul 2016 06:36 PM PDT


Pemilik syarikat peminjam wang V Kandasamy 43 yang meninggai dunia terkena 10 daripada 18 tembakan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota Setapak di sini kemarin dipercayai og...

Cheq Takdak Urusan Dengan Fam Lagi

Posted: 28 Jul 2016 06:34 PM PDT


Bola sepak tempatan bakai mendapat ketua baghu apabila Tengku Abdullah kemarin memberi bayangan akan melepaihkan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia FAM dengan bagitau beliau dalam pro...

Pkr Bimbang Hilang Kerusi

Posted: 28 Jul 2016 06:32 PM PDT


PKR diyakini akan kekai de ngan pendirian menolak hasrat DAP mengadakan pili han ghaya negeri PRN mengejut pasai menyedari kemungkinan kehilangan kesemua 10 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN sed...

8 Sebab Awatlaa Hampa Perlu Melawat Cuba Try Test

Posted: 28 Jul 2016 01:32 PM PDT


cuba try test atau nama rasminya adalah Republik cuba try test merupakan negara yang terletak di utara Caribbean tang mana laut Caribbean teluk Mexico dan lautan Atlantik bertemu Ibu negara bagi ...

Kalau Setakat Gaji Rm2 000 Tak Patut Beli Perodua Bezza

Posted: 28 Jul 2016 12:22 PM PDT


Berbeza dengan keluaran sebelum ni yang mana ianya adalah re badged daripada model keluaran Daihatsu Perodua Bezza adalah model pertama Perodua yang direka sepenuhnya oleh syarikat tempatan ni ...

Isteri Kedua Adi Putra Kena Tahan Keh Seludup Warga Asin

Posted: 28 Jul 2016 10:32 AM PDT


Isteri kedua pelakon Adi Putra Nor Shahida Zolkifly adalah antara yang kena tahan polih berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asin di Lapangan Terbang Antarabangsa kola Lumpoq KLIA S...

Ingatkan Indahnya Bercinta Selepaih Menikah Rupanya Mimpi Ngeri

Posted: 28 Jul 2016 09:22 AM PDT


ni ceghita yang ingin dikongsikan oleh soghang pengadu yang dipetik dari perkongsian di Facebook IIUM lelaki yang hanya dikenali sebagai Fadhil telah dijodohkan oleh keluarganya dengan soghang pom...

Aladdin Street Laman E Dagang Produk Halai Daripada Angkasawan Negara Mula Beroperasi

Posted: 28 Jul 2016 06:42 AM PDT


Pada awai tahun ni Dr Sheikh Muszaphaq Shukoq telah mengumumkan penyertaan beliau dalam arena internet melalui sebuah laman e dagang yang memfokuihkan kepada produk halai Ia diberikan nama Aladd...

7 Tahun Kakak Menghilang Tapi Tak Penah Miss Kirim Wang Perbelanjaan Keluarga

Posted: 28 Jul 2016 04:52 AM PDT


Salam Hai nama aku laila Aku ada 4 oghang adik beradik Tahun ni genap 7 tahun kakak menghilangkan diri ceghita bermula bergini Kami keluarga susah bapak dan abang ngah selului beghenti g...

Cheq Dan Kamal Akan Berbincang Untuk Tentukan Hala Tuju Hubungan Kami Emma Maembong

Posted: 28 Jul 2016 04:44 AM PDT


Agak lama jugak Emma Maembong dan Kamal Adli bercinta tapi depa berdua sehingga la nih tak berkongsi sebarang perkembangan lanjut pasai hubungan depa walaupun kedua duanya penah mengakui dah berse...

Aida Yusof Takmau Buka Aib Adi Putra

Posted: 28 Jul 2016 04:42 AM PDT


Statuih pernikahan kedua Adi Putra akhiaqnya telah terjawab apabila pelakon berkenaan mengadakan satu sidang media spesial baghu baghu ni Didalam sidang media berkenaan Adi admit telah menikah ...

Panduan Dan Cara Meletakkan Gambaq Pilihan Sendiri Di Kad Atm Maybank

Posted: 28 Jul 2016 03:22 AM PDT


Terbaharu selepaih memperkenaikan edisi kad debit yang menggunakan logo Superman pelanggan Maybank la nih boleh memintak untuk meletakkan gambaq sendiri pada kad ATM masing masin Pelanggan boleh...

beautifulnara

Posted: 29 Jul 2016 01:47 AM PDT

beautifulnara


Ruhainies Tetap Akan Kekalkan Hubungan Baik Bersama Dato Red

Posted: 28 Jul 2016 10:44 PM PDT

Gara-gara kes Dato Red merangkul pinggang Ruhainies, pelakon itu dihimpit dengan pelbagai kontroversi sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai perosak rumah tangga orang lain dan macam-macam lagi.

Namun, Ruhainies mengatakan beliau tetap akan mengekalkan hubungan baik bersama Dato Red dan bersikap profesional dalam setiap urusan kerja bersama usahawan tersebut.

Apabila bekerja dengan orang kalau boleh saya tidak mahu putuskan hubungan profesional itu. Mana tahu ada projek lain yang boleh membabitkan kerjasama lagi pada masa akan datang.

Jika apa yang terjadi itu tidak memudaratkan dan menimbulkan fitnah untuk apa saya putuskan silaturahim. Apa yang saya boleh katakan ia hanya salah faham.

Malah, Ruhainies juga sudah tidak kisah dengan kecaman orang ramai kerana beliau sudah pun menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Dato Red.

Saya juga enggan menuding jari atau meletakkan kesalahan ke atas bahu sesiapa. Jika cuba selamatkan diri, saya seperti membuka aib pihak satu lagi. Memang orang akan nampak yang negatif termasuk diri saya seperti playgirl. Saya juga sudah tegaskan memang tiada langsung perasaan cinta diantara kami.

Memang betul-betul profesional sikap Ruhainies yang tidak akan sesekali memutuskan hubungan baik yang terjalin antara beliau dan Dato Red. Harapnya, tiada lagi kontroversi hangat yang timbul melibatkan mereka berdua lagi.

Sumber Berita : BH PLUS

Sudah Empat Bulan Kami Tidak Tinggal Sebumbung, Along Halau Saya – Zila Seeron

Posted: 28 Jul 2016 10:27 PM PDT

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba kami mendapat berita bahawa rumah tangga pelakon Along Cham dan isterinya Zila Seeron kini berantakan apabila Zila menerusi portal BH ONLINE mendedahkan beliau dan Along sudah empat bulan tidak tinggal sebumbung.

Malah, Zila kini berhadapan dengan kes nusyuz yang difailkan oleh Along. Apa yang membuatkan Zila merasa sedih ialah beliau sama sekali tidak pernah mengingkari arahan suaminya itu tetapi beliau sebenarnya dihalau keluar rumah oleh Along.

Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial, 5 tahun). Namun, seminggu selepas itu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan kemudian langsung tidak benarkan saya berjumpa anak

Walaupun hak penjagaan anak berpihak kepada Along, beliau tetap akan mendapatkan haknya sebagai ibu apabila kehidupannya lebih stabil.

Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Saya hanya dapat berjumpa dengan Danial sebulan dua kali. Sekarang ini saya tiada apa-apa jika mahu mendapatkan hak saya. Tetapi, saya akan tuntut anak saya apabila saya stabil nanti.

Ermmh, agak sedih juga apabila Zila Seeron diperlakukan begitu oleh Along Cham. Namun, kita pun tidak tahu apa yang terjadi didalam rumah tangga mereka. Harapnya Zila kekal tabah demi anaknya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Isteri Kedua Adi Putra Ditahan Polis Bantu Siasatan Sindiket Penyeludupan Manusia?

Posted: 28 Jul 2016 08:32 PM PDT

Umum mengetahui bahawa isteri kedua pelakon Adi Putra iaitu Nor Shahida berkhidmat dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Meskipun isu rumah tangga Shahida dan Adi belum lagi reda, timbul pula satu berita yang agak memeranjatkan apabila ada pihak memberitahu Shahida ditahan pihak polis di pejabatnya kira-kita jam 4.30 petang Selasa didalam sebuah operasi khas.

Penangkapan itu dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia bagi menyiasat kes sindiket penyeledupan warga asing ke negara ini.

Menurut portal Astro Gempak, ada antara kumpulan pegawai imigresen itu menjadi orang tengah dalam pemalsuan dokumen dan menguruskan kemasukan warga asing ke Malaysia.

Siasatan awal mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama dengan penyeludupan manusia masuk utama negara dengan bantuan beberapa pegawai lain.

Dipercayai wanita berkenaan berhubung secara terus dengan sindiket haram tersebut dan menerima habuan yang agak lumayan.

Berita ini sudah menjadi viral dan Adi buat masa ini enggan mengulas perkembangan terkini kes berkenaan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian.

Adakah benar isteri kedua Adi Putra turut terlibat dalam kes berkenaan seperti yang didakwa didalam mesej WhatsApp di atas? Hmmph…lepas satu kontroversi, gosip lain pula muncul.

Sumber Berita : Astro Gempak dan BH ONLINE

Pekin Ibrahim Akui Sedang Hangat Bercinta Dengan Model Dari London

Posted: 28 Jul 2016 07:58 PM PDT

Selepas putus tunang bersama Uqasha Senrose, ramaiyang tertanya adakah Pekin Ibrahim sudah patah hati kerana beliau seakan hidup sendiri tanpa wanita di sisi.

Walaubagaimanapun, sejak beberapa hari lepas ada yang mengatakan Pekin sebenarnya sedang hangat bercinta dengan seorang wanita yang berasal dari luar negara.

Tidak mahu terus berahsia tentang kisah peribadinya, Pekin akhirnya mengakui beliau sudah lebih daripada setahun menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berasal dari London dan hubungan mereka agak serius.

Jelas Pekin, kekasihnya itu merupakan seorang model di London yang sudah memeluk Islam.

Memang betul wanita seperti yang didengar itu adalah kekasih saya yang berasal dari London. Kami sudah berkenalan lebih kurang setahun dan sudah enam bulan kami serius.

Sebenarnya saya tertarik untuk mendekatinya kerana dia sudah memeluk agama Islam dan nama Islamnya ialah Iman.

Wah, boleh tahan juga Pekin Ibrahim mengorat bukan? Boleh dapat wanita daripada luar negara lagi. Hehe..Alhamdullilah.. Semoga hubungan Pekin Ibrahim dan kekasihnya itu dapat berakhir di jinjang pelamin.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ramai Yang Ugut Nak Pijak Dan Macam-macam Lagi Jika Berjumpa Dengan Saya – Suhaimi Saad

Posted: 28 Jul 2016 07:34 PM PDT

Baru-baru ini nama Suhaimi Saad tiba-tiba menjadi bualan ramai apabila memuat naik status tentang kehidupan "zuhudnya" yang tidak mempunyai peti ais mahupun mesin basuh didalam rumah.

Malah, Suhaimi tidak berhenti memuat naik lagi beberapa status dan ada yang melabelkan beliau cuba untuk mencari publisiti murahan.

Terbaru, Suhaimi menerusi portal mStar Online memberitahu beliau turut menerima ugutan daripada beberapa individu yang menghubungi beliau melalui mesej peribadi di laman sosial.

Saya terima banyak ugutan daripada beberapa individu tidak dikenali kerana mereka tidak bersetuju dengan pendapat yang saya utarakan di Facebook.

Ramai yang ugut nak pukul, pijak dan macam-macam lagi jika jumpa saya. Saya sendiri tidak faham kerana pada saya apa yang saya tulis adalah pendapat dan cara hidup saya itu tidak menganggu kehidupan mereka.

Gara-gara isu status Facebooknya yang viral, Suhaimi juga akui ia banyak memberikan kesan terhadap kariernya kerana lebih daripada tiga persembahan beliau dibatalkan oleh pihak penganjur pada saat akhir kerana tidak mahu mengundang kemarahan penonton.

Saya tahu ramai yang tidak suka, malah ada yang kata ingin ludah saya jika jumpa di luar. Perkara itu membuatkan saya jarang keluar rumah sehinggakan ingin ke masjid pun saya kena fikir dua kali.

Sejak viral itu juga lebih tiga persembahan saya dibatalkan kerana tidak mahu kejadian tidak diingin berlaku. Sejujurnya memang sedih tetapi saya percaya ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi.

Berbicara mengenai dakwaan beliau menggunakan anak-anaknya untuk meminta sedekah, Suhaimi menjelaskan ia salah satu aktiviti untuk mendapatkan dana untuk sebuah persatuan kebajikan di Sabah. Mereka sebenarnya dilantik sebagai duta persatuan kebajikan tersebut.

Saya dan isteri menjadi duta untuk sebuah persatuan kebajikan di Sabah dan kami memang sering mengikuti aktiviti mereka untuk mengutip dana. Anak-anak saya juga selalu dibawa untuk melatih mereka berhadapan dengan orang ramai.

Kehidupan Suhaimi juga berubah kerana isu viral berkenaan. Walaubagaimanapun, beliau masih meminta agar orang ramai menghormati cara hidup beliau dan jangan cetuskan sebarang persoalan lagi.

Tidak perlu lagi kita meluahkan pendapat mengenai isu Suhaimi Saad lagi. Kalau dia gembira dengan cara hidupnya biarkan sahaja.

Sumber Berita : mStar Online

Aida Yusof Enggan Buka Aib Adi Putra

Posted: 28 Jul 2016 03:24 AM PDT

Status perkahwinan kedua Adi Putra akhirnya telah terjawab apabila pelakon berkenaan mengadakan satu sidang media khas baru-baru ini.

Didalam sidang media berkenaan, Adi mengaku telah berkahwin kali kedua pada 20 Jun lepas dengan seorang janda anak satu. Adi pada masa yang sama menafikan beliau berkahwin kerana ingin mendapatkan zuriat.

Tambah Adi lagi, isteri pertamanya Aida Yusof juga mengetahui tentang perkahwinan kedua beliau dan tiada masalah yang wujud antara kedua-dua isterinya. Dalam erti kata lain, Adi ingin memberitahu bahawa beliau mendapat kebenaran daripada Aida untuk berkahwin sekali lagi.

Walaubagaimanapun, jawapan Adi itu tidak dapat menyakinkan sesetengah pihak dan mereka mahu Aida sendiri menjelaskan perkara sebenar.

Namun, Aida tetap tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai perkara berkenaan dan enggan membuka aib suaminya.

Sebagai suami, Adi sudah jelaskan dalam sidang media. Dia mengaku sudah berkahwin lagi. Jadi, saya anggap itu benar dan segala desas-desus sudah terjawab. Selain itu, saya juga mempunyai prinsip sendiri iaitu tidak akan sesekali mengaibkan suami saya walau dalam apa juga keadaan.

Saya hormati tugas wartawan untuk mendapatkan berita. Tetapi, saya seboleh mungkin mahu elakkan untuk menjadikan sesiapa mangsa keadaan, buat waktu ini. Bagaimanapun kalau ada sesiapa mahu meramalkan apa-apa tentang kami, apa yang boleh saya katakan, tunggu sahajalah.

Sungguh bertuah Adi mempunyai seorang isteri yang kekal tabah dan masih tidak mahu membuka aib suaminya. Hmmph, tidak mengapa biarlah Aida tenang dahulu dan jangan terlaku menghimpit beliau dengan pelbagai soalan. Hanya mereka yang tahu apa yang terbaik buat masa depan rumah tangga mereka.

Sumber Berita :  Utusan Online

Saya Dan Kamal Akan Berbincang Untuk Tentukan Hala Tuju Hubungan Kami – Emma Maembong

Posted: 28 Jul 2016 03:05 AM PDT

Agak lama juga Emma Maembong dan Kamal Adli bercinta, tetapi mereka berdua sehingga kini tidak berkongsi sebarang perkembangan lanjut mengenai hubungan mereka meskipun kedua-duanya pernah mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Buat Emma, pengalaman lalu mengajar beliau untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum. Apa yang Emma harapkan ialah peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Tambah Emma, beliau dan Kamal akan berbincang mengenai hala tuju hubungan mereka sebaik sahaja Kamal pulang daripada menjalani penggambaran drama di luar negara.

Apa yang dapat yang kongsi ketika ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan Kamal. Sekiranya tiada lagi jodoh antara kami berdua, orang ramai di luar sana tidak menjatuhkan hukuman kepada kami.

Buat masa ini saya masih menunggu kepulangan Kamal yang sedang menjalani penggambaran di luar negara. Sebaik saja dia pulang, kami akan duduk berbincang bagi menentukan hala tuju hubungan ini.

Oleh itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kisah percintaan kami. Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu peminat jelak dengan lambakan gosip cinta semata-mata.

Ramai yang ingin melihat hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong berakhir di jinjang pelamin. Pada kami kalau keserasian itu sudah ada dan masing-masing boleh terima setiap baik dan buruk pasangan, janganlah ditangguh lagi benda yang baik. Soal cinta, selepas nikah juga perasaan itu boleh bertambah dari hari ke hari dan kata orang lebih indah. Ermm..Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE

No comments:

Post a Comment