Sunday, 3 July 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


KedahLanie.info

Posted: 03 Jul 2016 10:00 AM PDT

KedahLanie.info


UMNO Berjaya Peralatkan Ulama PAS Singkirkan Profesional

Posted: 03 Jul 2016 08:25 AM PDT

PAS selepas muktamar ke-61 kembali ke belakang – Minda Jentayu 

Jika kita menggunakan istilah "Leadership of the Clergy" untuk merujuk kepada amalan kepimpinan PAS, ia mungkin akan dirasakan janggal. Bunyinya seolah-olah satu konsep yang diambil dari agama lain di mana wujudnya pembahagian diantara golongan "clergy" dan golongan "lay" atau orang-orang biasa. Namun, itulah hakikat konsep kepimpinan ulama. Ia sangat asing pada Islam dan sebenarnya lebih hampir pada fahaman sekular yang membahagikan di antara urusan agama dan duniawi. Ia seolah satu langkah ke belakang atau "rollback' yang akan memundurkan PAS. 

Namun, implikasi dari perkembangan yang berlaku pada Muktamar PAS ke 61 bukan sekadar satu perubahan semantik semata-mata. Ia juga mempunyai implikasi strategik yang amat ketara. Malahan, ia merupakan kemuncak strategi membina kembali "containment" pengaruh PAS dan melemahkan Pakatan Rakyat. 

Sebelum PRU 1999, pengaruh PAS dilhat sebagai terbatas. Prestasi pemimpin-pemimpin PAS di luar Kelantan amat tidak menentu. Adakalanya menang dan adakalanya kalah dalam pilihanraya. Bagi Umno, PAS diterima sebagai "necessary evil". 

Dengan adanya PAS, Umno dapat memaparkan dirinya sebagai golongan sederhana. Dalam konteks hubungan antarabangsa, PAS boleh digunakan sebagai jembalang untuk mengingatkan pengkritik, sekiranya Umno lemah Malaysia akan jatuh kepada golongan fundamentalis agama. Pendekatan strategik yang digunakan dalam menanggani PAS ialah pendekatan "containment". Biarkan PAS bertapak di kawasan-kawasan tertentu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur. Biarlah PAS wujud dalam "sphere of influence" yang terbatas dan terbendong ini. 

Prestasi ulama PAS pula tidaklah begitu memberansangkan. Walau pun mampu memberi ceramah dan pidato berapi-api serta mengistiharkan berbagai hukum, mereka umumnya tidak berkesan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Kebanyakan mereka tidak mampu membahaskan isu-isu dasar dengan berkesan. Kalau ada pun, sekadar membuat saranan umum memgenai perlu kembali kepada Islam, perlu ikut sistem ekonomi dan pendidikan Islam tetapi tidak melebihi dari itu. 

Dalam isu-isu berkaitan dasar fiskal, mengenai strategi merubah ekonomi Malaysia dari ekonomi yang dipacu pelaburan kepada ekonomi yang dipacu inovasi dan bagaimana meningkatkan pelaburan, golongan ulama umumnya mati punca. Demikian juga, apabila muncul skandal-skandal mega golongan ini juga kelihatan ibarat rusa sesat di tengah pekan. Sama ada skandal BMF, Maminco, Perwaja atau skandal spekulasi matawang Bank Negara yang berlaku 20-30 tahun dahulu mahupun skandal-skandal yang mutakhir seperti skandal PKZ, MAS, 1MDB dan NFC, golongan ulama nyata tidak dapat menguasai isu-isu semasa ini. Mereka lebih selesa membisu dalam isu-isu sebegini. 

Umno menganggap adalah memadai dengan pendekatan "containment" terhadap PAS. Ini berlarutan sehinggalah dua perkembangan yang membimbangkan Umno. Pertama ialah perkembangan politik selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan pada tahun 1998. Ia menyaksikan lonjakan aktivitisma politik di kalangan rakyat Malaysia. 

PKR masih belum wujud, ramai di antara aktivis Melayu menyertai PAS. Ini termasuklah golongan professional. Penyertaaan mereka ini membawa beberapa perubahan penting kepada PAS. Golongan ini lebih canggih dari segi pemikiran politik dan keupayaan menanggani isu-isu semasa. Mereka dapat mengolah isu dan idea dalam bahasa dan gaya yang mempunyai daya tarikan kepada golongan kelas pertengahan Melayu. Golongan ini juga selesa menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam, sama ada dengan DAP atau NGO-NGO yang turut disertai bukan Islam. Golongan ulama sebaliknya lebih bersikap "insular". Mereka jarang sekali menyertai program-program bersama yang diwujudkan parti-parti Pakatan Rakyat. 

Dari segi aktivisma, golongan ulama lebih selesa dengan program-program dalaman. Sebaliknya, golongan professional lebih aktif dalam ruang lingkup kegiatan-kegiatan yang lebih luas. Ini termasuklah dalam isu-isu seperti reformasi pilihanraya dan hak asasi manusia. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin PAS dari golongan professional lebih ramai menghadapi dugaan ditangkap dan dipenjarakan. Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan professional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya. 

Perkembangan kedua ialah PRU pada 2008. Akibat dari jalinan hubungan dengan golongan bukan Islam, PAS mula diterima masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam. Semakin ramai pengundi bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS dan membolehkan PAS menang kerusi-kerusi di luar Pantai Timur dan khususnya di kawasan-kawasan bandar. 

Hasil PRU 2008 dan 2013 menunjukkan tembok "containment" yang wujud sebelum ini roboh. Perkembangan ini juga turut dirasakan DAP. Pengundi-pengundi Melayu, terutama golongan kelas pertengahan dan generasi muda, mula memberi sokongan kepada DAP. Dengan robohnya tembok "containment" ini, berlakulah tsunami yang merungkaikan penguasaan dua pertiga Parlimen BN dan menafikannya sokongan majoriti pada PRU ke 13. 

Untuk menghadapi realiti baru ini, Umno memerlukan satu strategi baru untuk menggantikan strategi "containment". Strategi ini mestilah mampu memusnahkan sumber-sumber kekuatan yang membolehkan PAS keluar dari tembok "containment" ini. 

Bagi Umno, ancaman sebenar kepada pengaruhnya bukanlah ulama PAS. Golongan ulama lama wujud di dalam PAS dan dapat di "contain" dengan mudah. Sebaliknya, ancaman utama kepada Umno ialah golongan professional. Mereka inilah yang berjaya merobohkan tembok "containment". Adalah perlu kekuatan ini dimusnahkan. 

Strategi melemahkan PAS dan PR bolehlah diistilahkan sebagai strategi "rollback". Tujuan strategi "rollback" ialah menolak kembali PAS ke ruang "containment" yang wujud sebelum 1998. Ini akan dicapai bila kepercayaan di kalangan golongan kelas pertengahan, khususnya di Pantai Barat, dan di kalangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS dapat dilunturkan. Untuk tujuan ini, umpan hudud dan sentimen perpaduan Melayu digunakan. Pada ketika yang sama, langkah untuk melemahkan PR dan PKR turut diambil. Ini adalah dengan mewujudkan fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim dan memenjarakan beliau. 

Di antara langkah yang diambil untuk menawan hati beberapa ulama PAS ialah program-program "taklimat" tertutup yang diberikan sebuah agensi perang saraf kerajaan. 

Dua perkara utama cuba dicapai dari program-program ini.Pertama, memberi gambaran, kedudukan orang Melayu dan Islam akan terjejas jika PR memerintah. Ini kerana golongan MP bukan Islam dikatakan lebih ramai dari golongan Islam dalam sebuah kerajaan PR. Ini dikatakan boleh menjejaskan kedudukan Melayu dan Islam. 

Kedua, usaha dilakukan untuk meyakinkan golongan ulama ini, Anwar Ibrahim ialah seorang peliwat dan membawa kefahaman liberal. Di antara perkara yang dilakukan dalam program-program "taklimat" tertutup ini ialah "pengakuan" dua orang bekas pemimpin ABIM dan seorang tokoh korporat yang rapat dengan PAS, mereka yakin Anwar memang seorang peliwat. Salah seorang dari ulama ini di bawa ke sebuah kilang di Thailand yang dimiliki tokoh korporat ini. Ketika di sana dia diberi sanjungan dan layanan istimewa. 

Sebelum ini, pendekatan yang hampir sama turut digunakan ke atas pemimpin-pemimpin reformasi yang ditahan di bawah ISA. Mereka diberi maklumat terpilih mengenai "salahlaku" Anwar Ibrahim. Mereka dilayan seperti mereka golongan istimewa dan diberi maklumat yang tidak didedahkan kepada orang lain. Namun, muslihat ini gagal mengubah pandangan tahanan-tahanan ISA ini. 

Kedua-dua bekas pemimpin ABIM ini dan tokoh korporat ini menggunakan pendekatan emosi dalam meyakinkan ulama PAS ini, Anwar adalah peliwat, satu ancaman kepada Islam dan harus dihalang dari menjadi Perdana Menteri. Namun, "taklimat-taklimat" ini tidak pula pernah menyebut mengenai bagaimana kepentingan Melayu dan Islam dikhianati elit Melayu melalui pembaziran dan amalan rasuah. Peranan J Lo serta kroni-kroni lain elit Melayu tidak pernah disebut. Demikian juga, penglibatan seorang warga Israel sebagai penasihat komunikasi juga tidak dibincangkan. Sesi-sesi taklimat ini berjaya menambat hidung ulama PAS. Muslihat yang gagal digunakan ke atas tahanan ISA mengena pada ulama PAS ini. Ini membuka jalan untuk membolehkan strategi "rollback" dilaksanakan sepenuhnya. 

Pergolakan MB Selangor berjaya digunakan untuk mencetuskan ketegangan di dalam PR dan PAS sendiri. Walau pun pendirian presiden PAS bercanggahan dengan keputusan yang dibuat JK Pusat PAS, yang dipersalahkan ialah golongan professional. Maka berbagai istilah pahit seperti barua, jebon, budak suruhan DAP, perosak dan pengkhianat digunakan untuk melabel golongan ini.Ketika para sahabat Rasulullah tidak menyetujui dengan perjanjian Hudhaibiah dan pada mulanya enggan membuka pakairan ihram mereka, Rasulullah tidak pula mempersoalkan wala mereka atau menggunakan bai`ah yang mereka berikan untuk memaksa mereka akur dengan keputusan baginda. Jauh sekali melabel mereka sebagai pengkhianat atau perosak. Tetapi ulama PAS bertindak sebaliknya dan membiarkan suasana memfitnah, mencaci dan mengecam berterusan seolah-olah inilah sibghah Islam yang mereka bawa. Mungkin ulama PAS tidak mempelajari tafsir surah Al Hujurat, wallahu `alam. 

Budaya taat tanpa menyoal dalam PAS turut memudahkan proses memecahbelahkan PAS dilakukan. Muhasabah bukanlah suatu yang mudah dilakukan dalam PAS, terutama apabila ia melibatkan ulama. Sebagai contoh, seorang pemimpin ulama ketika PAS memerintah Terengganu memiliki sehingga enam buah kereta rasmi. Ini kerana kedudukannya dalam Exco negeri dan beberapa jawatan dalam lembaga GLC negeri Terengganu. 

Namun, amalan yang keterlaluan ini tidak pula ditegur sesiapa. Ini semata-mata kerana pemimpin ini digelar ulama. Demikian juga, pemimpin yang sama membiarkan diri dipanggil dengan gelaran doktor sejak tahun 1980han walau dia tidak melengkapkan pengajian PhDnya. 

Nyata sekali semua asas-asas strategi "rollback" ditegakkan. Golongan professional dalam PAS yang merupakan ancaman utama kepada Umno dinyahkan. Inilah sebabnya pemimpin Umno dan media yang dikawal Umno begitu teruja dengan monopoli "leadership of the clergy" dalam PAS. Inilah sebabnya pemimpin-pemimpin Umno menunjukkan kegembiraan mereka dan cepat mengucapkan tahniah kepada ulama PAS. Mereka tahu strategi mereka berjaya. Kain kafan diikat, hanya tunggu untuk memasukkan PAS ke dalam liang lahad. Dengan ini berjayalah strategi "rollback" mereka dan pengaruh PAS akan kembali terbendung dalam ruang "containment" yang wujud sebelum 1998. 

Pada PRU ke 14 nanti, kemerosotan sokongan kepada PAS akan menyebabkan PAS kalah dibanyak kerusi yang dipegangnya ketika ini. Tidak mungkin Umno akan membiarkan PAS mengambil kerusi-kerusi yang kini dipegangnya. Apabila ini berlaku, nilai PAS kepada Umno sudah tidak wujud lagi. Malahan, lebih baik Umno bekerjasama dengan PKR pada ketika itu. Akan jelaslah ketika itu siapa sebenarnya yang merosakkan dan mengkhianati PAS. Pada ketika itu, para ulama PAS bolehlah menggunakan lutut dan siku yang terdapat di bawah jubah mereka untuk bergocoh sesama sendiri. 

ULASAN GB 

GB tak kenal penulis artikel di atas, tetapi GB ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kerana kupasan yang benar dan menarik terhadap perkembangan yang berlaku di dalam pasca muktamar ke 61. 

UMNO selama ini memang takut dengan kumpulan profesional dalam PAS. Maka itu diperalatkan ulama-ulama PAS supaya singkirkan profesional. UMNO memberi ruang besar di media mereka kepada golongan ulama PAS. Dengan tersingkirnya kumpulan profesyenal maka UMNO mereasa selamat. Apa tah lagi dengan penguasaan ulama terhadap PAS, menyebabkan Pakatan Rakyat jadi berantakan. Melompat kegembiraan UMNO hasil kebodohan ulama PAS.

Semua orang tahu kemenangan 100% golongan ulamak ke atas golongan profesyenal dalam PAS. Dan semua orang tahu kemenangan golongan ulamak itu adalah dengan cara dan taktik paling keji dan hina di dalam sejarah perjuangan PAS, sama dengan taktik-taktik UMNO di dalam pemilihan mereka. 

Nilai-nilai akhlak Islam dipijak-pijak. Pertama kali berlaku di daam muktamar PAS, wujudnya anasir-anasir syaitaniah di kalangan pro-ulamak yang dibiarkan memboo dan mengejek kumpulan profesyenal. Pertama kali dalam sejarah perjuangan PAS, media dan jentera parti seperti Harakah dan harakahdaily diperalatkan oleh kumpulan ulamak tanpa berlaku adil untuk memberi ruang kedua-dua belah pihak (misalnya wawancara dengan presiden PAS yang mentololkan orang yang tak sehaluan dengannya, tetapi lansung tiada wawancara dibuat dengan Ust Ahmad Awang). 

Semua orang tahu juga di dalam muktamar kali ini wujud "papagomo-papagomo" PAS yang lansung tiada sekatan dari sudut akhlak dan etika, melakukan serangan dan melabelkan kumpulan profesiional dengan gelaran-gelaran binatang dan lain-lain kata kejian.

Dan dengan "kertas cai" dari Dewan Ulama sendiri menunjukkan pemilihan PAS kali ini penuh dengan unsur jijik, keji, kotor, tidak berakhlak dan tidak bermaruah dilakukan oleh ulama PAS. Apakah Allah meredhai kemenangan mereka? 

Dari satu perspekktif dikatakan kononnya sekarang ini ahli-ahli PAS sedang ditapis. Sedangkan sebenarnya PAS sedang menuju kehancuran. 

GB tertarik dengan satu bahagian tulisan di atas, 

Golongan ulama lebih selesa berjuang di medan ceramah sedangkan golongan professional yang selalu berada di barisan hadapan dan menghadapi berbagai ujian dan ibtilak. Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya.

Itu sebab mengapa sebelum ini GB pernah mempersoalkan SIAPA SEBENARNYA ULAMA DALAM PAS? Bagi saya, ulama yang dipanggil ulama di dalam PAS itu bukan ulama yang sebenar. Mereka sekadar guru-guru ugama. Jika diamati maksud sebenar istilah "ulama" iaitu orang-orang berilmu - maka kumpulan profesyenal itulah yang lebih layak bergelar ulama dan mereka sebenarnya warasatul-aanbiya". Ia seiring dengan tulisan di atas .... iaitu "Sekiranya perjuangan para anbiya dipenuhi dengan dugaan dan ujian, tidak sukar untuk melihat siapakah yang lebih hampir pada perjuangan para anbiya" 

Petikan tulisan GB yang lepas:

Pemimpin PAS kini masih diuliti mimpi. Mereka memandang bahawa hanya "ulama seperti mereka" berhak memimpin parti, mereka melupakan peranan dan jasa para profesional yang selama ini telah mengangkat darjat dan mertabat PAS di aras yang ada kini. Golongan profesional inilah sebenarnya ulama (golongan berilmu) yang dimaksudkan oleh AlQuran dan Hadis Nabi iaitu sebagai "warisatul-anbiya", dan yang dikatakan sebagai golongan yang gementar hatinya bila disebut nama Allah, bukan ulamak celupan yang sebenarnya hanyalah berstatus "guru mengajar bab ugama" yang tergila-gilakan dunia sehingga sanggup merebut jawatan dengan cara paling kotor dan hina. Paling tinggi pun ulama othodox dalam PAS hanyalah ulamak feqah yang kasar budinya sehingga boleh mengkafirkan orang lain, memaki hamun dan membinatangkan mereka yang tak mereka senangi.

Dari pemerhatian dan firasat GB, PAS akan berkubur akhirnya, ia akan digantikan dengan sebuah wadah baharu, parti Islam yang baharu, yang lebih inklusif, yang lebih profesyenal, lebih berakhlak dan mengikuti serta menepati ajaran Islam sebenar. 

"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kalian yang terkeluar dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, satu puak, satu parti yang Allah cinta kepada mereka dan mereka pun cinta kepada Allah."(Al-Maaidah: 54).

Greenboc


Husam: PAS Kelantan & Selangor tentu jatuh, isunya siapa pengganti?

Posted: 03 Jul 2016 03:36 AM PDT

Husam: Kelantan tentu jatuh, isunya siapa pengganti Bukan saya usaha jatuhkan Pas Kelantan, itu keputusan mereka sendiri, kata Husam

"Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu," kata Adun Salor Datuk Husam Musa di majlis makan colek anjuran Amanah Kelantan malam tadi.

Menurut Husam kejatuhan kerajaan Pas Kelantan dan kekalahan kebanyakan kerusi-kerusi Pas seluruh negara tidak dapat dielakkan apabila Pas memilih kembali menyendiri dan membuat blok ke 3 yang terasing dari pentas politik pilihan rakyat.

Keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar katanya menunjukkan parti asal beliau itu akan kembali kalah di semua kerusi-kerusi campuran dan kerusi-kerusi 'marginal' kawasan majoriti Melayu.

"Di Selangor kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

"Saya adalah pengerusi "Road Map" Pas PRU 13 dan kita memang sasarkan untuk menang 15 kerusi di Selangor dengan memilih kerusi-kerusi campuran supaya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) waktu itu dapat melonjakkan undi bagi mengalahkan BN.

"Kini tanpa lonjakan sokongan luar Pas kita boleh baca dengan tepat kesemua 15 kerusi itu Pas akan kalah termasuk Dr. Rani dan Dr. Halimah sekalipun," ujar beliau di perkarangan pejabat Amanah Kelantan di Kota Bharu..

Berkaitan Kelantan katanya, dengan mengasingkan diri dari 'mainstream' pakatan pembangkang tidak perlu penganalisa profesional untuk mengatakan Pas tentu kalah dalam PRU akan datang.

"Yang menjadi isu sekarang, kerajaan Pas yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa," soal beliau. Umno katanya telah memasang angan-angan untuk kembali berkuasa di Kelantan.

"Tapi kena ingat dengan badai yang sedang melanda Umno sekarang, mereka pun tahu situasi telah berbeza dan kubu mereka termasuk di Johor sedang terumbang ambing dan mungkin runtuh," katanya.

Menurut beliau gerakan yang kini dipanggil 3M, iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz tidak boleh dipandang ringan dan ia boleh bangkit membentuk gegaran besar jika diatur dengan sempurna.

"Sebab itu di Kelantan ini kalau Amanah benar-benar mahu ambil alih, ia tidak pelik dengan syarat buat kerja kuat dan berstrategi dan elak perangai buruk parti lama berkelahi dengan semua orang," katanya. -

malaysiadateline

SAMM : Muhyiddin Tidak Sesuai Di Angkat Sebagai Ketua Pembangkang

Posted: 03 Jul 2016 01:57 AM PDT

Kenyataan Umum

3 Julai 2016

Muhyiddin Tidak Sesuai Di Angkat Sebagai Ketua Pembangkang

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merujuk kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah) Mazlan Aliman yang mengakui ada perbincangan dalam parti Amanah mencadangkan pelantikan Muhyidin Yasin sebagai Ketua Pembangkang Malaysia.

SAMM berpendirian ini adalah perkara yang tidak boleh dipertimbangkan.

Bagi SAMM, Muhyiddin semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri telah menyokong Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak meluluskan beberapa dasar yang menindas rakyat.

Antaranya pelaksanaan GST, Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta MKN dan belanjawan Negara yang menindas rakyat.

Soalnya, Adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?

Najib adalah Perdana Menteri yang kerap bercuti. Muhyiddin semasa memangku jawatan Perdana Menteri boleh bertindak melakukan perubahan pada dasar jika beliau faham derita rakyat.

Imbau kembali tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim berbanding Muhyiddin Yasin. Anwar semasa memangku jawatan Perdana Menteri pada tahun 1997 meminda Akta Rasuah. Akhirnya, kesan daripada tindakan tersebut telah menyebabkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan fitnah jijik jahat ke atas Anwar sehingga tercetusnya gelombang reformasi 1998.

Atas semangat demokrasi Muhyiddin boleh sertai mana-mana parti politik yang menjadi pilihannya. Namun, Apa perlunya Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang?

Pasukan Mahathir dan Muhyiddin perlu ditinggalkan tidak dibawa masuk rumah perjuangan Pakatan Harapan. Pimpinan PH perlu terus fokus mengerakan kuatkan dan mencipta momentum rakyat yang kuat menjelang PRU 14.

Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai UMNO semula , Kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama.

Sekian,

Faisal Zainal
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)

Benarkah Guan Eng jadi mangsa strategi BN alihkan perhatian

Posted: 02 Jul 2016 05:49 PM PDT

Guan Eng jadi mangsa strategi BN alihkan perhatian, kata AMANAH

Dakwaan rasuah yang mendepani Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah percubaan BN untuk mengalihkan perhatian daripada isu yang lebih penting, kata Parti Amanah Negara (AMANAH) cawangan Perak.

"Dakwaan ke atas Guan Eng adalah untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu besar seperti 1MDB, derma ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri dan pergolakan dalaman Umno," kata Ketua AMANAH Perak, Asmuni Awi dalam kenyataan, hari ini.

Umno juga mahu mengalihkan perhatian daripada isu pemecatan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan naib presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal.

AMANAH Perak tetap tegas menyokong Guan Eng, ujar Asmuni, dan menyifatkan tuduhan terhadap beliau bermotifkan politik dan berniat untuk meletakkan kepimpinan Pakatan Harapan dalam keadaan kucar-kacir.

Oleh itu, rakyat perlu memberi tekanan kepada kerajaan untuk menumpukan kepada isu-isu penting melibatkan kepentingan negara, bukan hal-hal yang membelenggu BN sahaja, tambah beliau.

Guan Eng ditahan pada Rabu yang lalu selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Beliau dibenarkan ikat jamin dengan bayaran sebanyak RM1 juta di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada hari berikutnya.

Toknek.com RSS Feed

Posted: 03 Jul 2016 02:10 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Ibu Terlantaq Sakit Nabil Ahmad Sambut Ghaya Sederhana

Posted: 03 Jul 2016 01:42 AM PDT


Kemeriahan sambutan hari ghaya tahun ni barangkali tak macam tahun tahun lepaih bagi Nabil Ahmad pasai kesihatan ibunya yang tak begitu baik Nabil memaklumkan ibunya telah disahkan menghidap pen...

Masa Ghaya Wabak Mudah Menulaq Elak Bawak Bayi Pergi Beraya

Posted: 03 Jul 2016 01:34 AM PDT


kalau hampa mempunyai bayi kecik yang baghu saja dilahiaqkan pastikan hampa peka kepada perkara perkara yang boleh diambik untuk mengelakkan bayi hampa terkena sebarang viruih atau wabak pasai um...

Lelaki Berbaju Melayu Naik Permaidani Terbang Jadi Tumpuan Di Berlin

Posted: 03 Jul 2016 01:32 AM PDT


soghang pelawak Younes Al Amayra menjadi tumpuan oghang ghamai apabila dia jengoi dengan berbaju melayu lengkap beserta sampin dan songkok sambey menaiki permaidani terbang di sekitaq Kota Berlin ...

Banglo 2 8 Juta Mampu Beli Tapi Ikat Jamin 1 Juta Tak Mampu Bayaq

Posted: 03 Jul 2016 01:02 AM PDT


Nampak sangat yang keturunan Ketua menteghi Pulau Pinang Lim Guan Eng ni memang spesih kedekut semuanya dari anak sampai la ke bapak Semua tak boleh pakai apa yang peliknya rumah bang...

Projek Lrt Tanpa Kroni Sapadia Lah Mahathir

Posted: 02 Jul 2016 11:32 PM PDT


Ya betoi dulu Madey yang melancaqkan projek LRT Satu di namakan STAR bagi kat Vincent Tan Satu lagi di namakan PUTRA bagi kat Halim Saad Kedua dua Tan Sri kroni mega Dah depa tak larat tan...

Rozita Che Wan Teringin Sambut Ghaya Di Mekah

Posted: 02 Jul 2016 10:46 PM PDT


Selepaih beberapa kali menjejakan kaki ke tanah suci Mekah masa bulan Ramadhan kali ni Rozita Che Wan teringin pulak merasai nikmat sambutan Aidilfitri di Mekah Menurut Che Ta hasratnya tu sepa...

Rotan Denda Jadi Pilihan Untuk Didik Anak

Posted: 02 Jul 2016 10:44 PM PDT


Walau sesetengah mak pak berpendapat mendidik anak menggunakan rotan adalah sesuatu yang kasaq tapi bagi pasangan artis Johan Rajalawak dan Ozlyn depa lebih selesa memegang prinsip melentoq buluh ...

Amar Baharin Amyra Rosli Bakai Nikah Lepaih Ghaya

Posted: 02 Jul 2016 10:42 PM PDT


Nampaknya masih dok belum reda lagi isu pasangan artis yang sedang hangat bercinta Amaq Baharin dan Amyra Rosli yang penah ghamai dok kata bakai mendirikan rumah tangga pada November nanti terpa...

6 Perbezaan Ghaya Dulu Dan Ghaya La La Nih No 3 Tu Memang Dah Pupuih

Posted: 02 Jul 2016 10:34 PM PDT


Kredit Gambaq GoogleTahun silih berganti terlalu banyak perbezaan yang dapat dirasai apabila menjelang hari ghaya Bagi yang lahiaq pada tahun 80an 90an konfem banyak kenangan manih yang tak d...

Tolong Jangan Buat Mak Macam Bibik Anak Bongsu

Posted: 02 Jul 2016 10:32 PM PDT


Gambaq HiasanBila tiba musim perayaan anak anak yang jauh merantau berpusu pusu pulang ke kampung halaman untuk menyambut ghaya bersama mak dan pak Tapi apa dah jadi sampai mak pun jadi tak suka...

Bomoh Di Indonesia Nikahi 39 Pompuan Guna Ilmu Pengasih

Posted: 02 Jul 2016 10:02 PM PDT


LEBAK Banten soghang bomoh pengasih di wilayah ni dilapoq penah menikah dengan 39 pompuan yang didakwa dinikahi menggunakan ilmu yang dimilikinya Hasil pernikahan tu Abah Kamad 68 berasai da...

Dipikat Lelaki Sama Tiga Tahun Rupa Rupanya Gadih Ni Hanya Dipermainkan

Posted: 02 Jul 2016 09:32 PM PDT


Aku penah ada pengalaman lebih kughang dibunuh oleh soghang lelaki Sejak dari peristiwa tu aku memang agak alergik dengan lelaki ghasa macam tak selamat kalau jumpak mana mana lelaki bapak ak...

Guan Eng Dan Dap Kencin Rakyat Pasai Cat

Posted: 02 Jul 2016 07:06 PM PDT


Lim Guan Eng diminta berundoq dari jawatannya sebagai Ketua menteghi Pulau Pinang sebagai menepati prinsip cekap teluih dan akauntabiliti yang kononnya diamalkan serta dilaungkan oleh parti DAP K...

Dap Rompak Duit Rakyat Guna Nama Derma Guan Eng

Posted: 02 Jul 2016 07:04 PM PDT


awat DAP perlu mengeksploitasi rakyat untuk mengutip RM1 juta untuk ikat jamin Lim Guan Eng Ahli Jawatankuasa Gerakan Pulau Pinang Lee Boon Ten bagitau RM1 juta bukan jumlah yang payah untuk pemba...

Ezany Nizarif Meghajok Tak Dapat Beraya Bersama Anak

Posted: 02 Jul 2016 07:02 PM PDT


Kalau artis bercerai saja mesti timboi isu hak penjagaan anak sapadia yang patut jaga anak Bila dah dapat hak penjagaan anak kalau boleh anak nak disorok teruih dari berjumpak ibu atau bapak ...

Aznil Haji Nawawi Puji Rita Rudaini Pandai Jaga Anak Anak

Posted: 02 Jul 2016 04:06 PM PDT


Program keluaran Astro Lepaknil yang dikendalikan oleh pengacara femes Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil antara satu program yang mendapat sambutan ghamai Program ni bertem...

Kepala Tertusuk Playaq Sedalam 15 Cm

Posted: 02 Jul 2016 04:04 PM PDT


Nyawa soghang pompuan di China masih dok panjang bila sebuah playaq yang terjeronoih dari bangunan tinggi menusuk kepalanya sampai menembusi tengkorak hampa semua tengok gambaq di ataih tu bai...

Pasangan Pelancong Buat Aksi Mengawan Ataih Menara Rumah Ibadat

Posted: 02 Jul 2016 04:02 PM PDT


Inilah jadinya bila tak tau malu dan takdak adab masa melawat sesuatu tempat dikunjungi tempat suci pun boleh dijadikan tempat untuk beromen Macam pasangan tak tau malu di ataih tu baik punya...

Model Dibunuh Dengan Kejam Di Hadapan Ahli Keluarganya

Posted: 02 Jul 2016 01:06 PM PDT


Pengakhiran hidup soghang model cun di Mexico berakhiaq dengan sadih apabila dia kena tembak dengan kejam dihadapan ahli keluarganya yang lain di rumahnya baghu baghu ni Seriauu lah dok dengaq...

Lapan Kali Di Saman Gara Gara Nombot Plat Cun

Posted: 02 Jul 2016 01:04 PM PDT


Miss nak kongsikan sedikit info pasai ceghita yang akan diceritakan ni Mengikut kepercayaan masyarakat cina nombot lapan ghamai dok kata membawa tuah atau ong kepada dorang Tak menghairan...

Lelaki Ni Akhiaqnya Jumpak Cinta Sejati Bersama Patung Seks

Posted: 02 Jul 2016 01:02 PM PDT


Patung seks bukan lah sesuatu yang asin lagi la la nih ni lebih lebih lagi di Jepun dan China ghamai lelaki kat sana dah taksub dan lebih suka hidup bersama dengan patung seks berbandin memili...

Pendakwaan Guan Eng Keadilan Setimpai Khiaq Toyo

Posted: 02 Jul 2016 10:32 AM PDT


Pendakwaan ke ataih Lim Guan Eng melibatkan isu rasuah berhubung pembelian rumahnya disifatkan sebagai keadilan setimpai oleh Dr Mohamad Khiaq Toyo Bekaih menteghi Besaq Selangoq tu turut meminta...

Dalang Sebenaq Penangkapan Guan Eng Ada Didalam Dap

Posted: 02 Jul 2016 10:04 AM PDT


Pergolakan dalaman DAP di Pulau Pinang semakin memuncak Mengikut sumber tertentu ada gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkiaqkan CM Lim Guan Eng dari Pulau Pinang Antara r...

Pompuan Simpanan Dibogelkan Dan Kena Ghimbok

Posted: 02 Jul 2016 10:02 AM PDT


Nampaknya drama pompuan simpanan ditaboh dan dimalukan tanpa belaih kasihan di hadapan khalayak ghamai dah tak asin lagi di China Ada ja ceghita panaih macam tu serin jengoi menarik perhati...

Jpj Periksa 20 463 Kenderaan Sempena Ops Hari Ghaya Aidilfitri 2016

Posted: 02 Jul 2016 09:34 AM PDT


Sebanyak 20 463 kenderaan telah diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ sempena Ops Hari ghaya Aidilfitri 2016 yang dilancaqkan Rabu lepaih Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron bagitau daripa...

Aliran Trafik Terkawai Kenderaan Dijangka Meningkat

Posted: 02 Jul 2016 09:32 AM PDT


Keadaan trafik di beberapa lebuh ghaya utama negara dilapoqkan terkawai setakat 5 petang tadi Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM bagitau keadaan trafik tu dijangka meningkat berikutan ogh...

Projek 22 Tahun Mahathir Berbandin 6 Tahun Najib Najibrazak

Posted: 02 Jul 2016 07:32 AM PDT


Untuk Protun Beza 22 tahun Madey dengan 6 tahun Najib yang hampa semua cerca dan fitnah tu Madey hanya hidup pasai kroni

Zahid Af Kuruih Sebab Nak Berniaga

Posted: 02 Jul 2016 07:06 AM PDT


Penyanyi Zahid AF memang dah dikenali oleh peminatnya dengan saiz jasad yang agak topui Tapi disebabkan nak menceburi bidang bisnes berat badan Zahid dan pun turun sebanyak enam kilogram Ap...

Guan Eng Juai Imej Pompuan Berhijab Dan Pakcik Berkopiah Demi Simpati

Posted: 02 Jul 2016 07:04 AM PDT


Selepaih dituduh dengan salahlaku rasuah didalam pembelian banglo mughah di jalan pinhorn Ketua menteghi DAP Lim Guan Eng la nih cuba try test untuk meraih simpati rakyat serta merayu sokongan kep...

Pas Ada Hak Untuk Memba Dengan Sapa-sapa Pun Kadiaq Sheikh Fadzil

Posted: 02 Jul 2016 07:02 AM PDT


Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia Ikatan Tan Sri Kadiaq Sheikh Fadzil yakin partinya bersama PAS akan bergerak cergaih selepaih sekretariat kedua dua parti tu dibentuk selepaih Hari ghaya Aid...

Apa Salah Cheq Hingga Kena Kanser Paru Paru Rintih Pompuan Ni Sambey Si Suami Merokok Diluaq

Posted: 02 Jul 2016 05:34 AM PDT


Setiap insan dah konfem tak menginginkan atau nak mengelak dari depa terkena penyakit walaupun ianya hanyalah penyakit bias pasai penyakit merupakan sesuatu yang menyakitkan dan memerlukan kita ber...

75 Pengguna Malaysia Pilih Perkhidmatan Uber Bukan Teksi

Posted: 02 Jul 2016 05:32 AM PDT


Kajian terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam daghat SPAD mendapati 75 peratus pengguna negara ni memilih perkhidmatan Uber berbandin teksi Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albaq bagitau kaji sel...

Mahfuz Omar Rupanya Lagi Bijak Dari Semua Peguam Dalam Dunia

Posted: 02 Jul 2016 04:04 AM PDT


Apandi Peguam Negara kena mai sebagai pendakwa dari awai hingga akhiaq jangan sekerat jalan Jangan membaziaq duit rakyat BERIKUT Kenyataan Media YB Padayappa Mahfuz DAKWA KM LEPASKAN PM TR...

Muhyiddin Nak Selamatkan Malaysia Melalui Pan

Posted: 02 Jul 2016 04:02 AM PDT


Pemimpin Amanah Johoq mempamerkan kenyataan media mempelawa Muhyiddin menyertai parti tu Setelah beberapa pihak khususnya ahli akademik menyarankan bekaih Timbalan Presiden Umno Tan Si Muhyiddin Y...

myartis.com

Posted: 03 Jul 2016 01:54 AM PDT

myartis.com


CHE TA & KELUARGA BAKAL 'BERAYA' DI LUAR NEGARA

Posted: 02 Jul 2016 08:19 PM PDT



Bertuahnya kalau bergelar insan bernama Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta ini. Manakan tidak, setiap beberapa bulan ada sahaja destinasti pelancongan luar negara yang akan dijelajahi oleh keluarga selebriti ini.

Ini kerana pelakon, pengacara, penerbit dan ahli perniagaan ini mendedahkan dia sekeluarga akan pergi bercuti ke luar negara pada musim perayaan. Aidilfitri ini, Che Ta akan bercuti selama sebulan.

"Kami sekeluarga akan terlebih dulu beraya di Kuala Lumpur, seterusnya bertolak ke Kedah pada hari raya kedua. Alhamdulillah, kami tidak pernah ada masalah mengenai isu balik kampung.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SAMBUT RAYA SEDERHANA - NABIL TUMPU IBU HIDAP SAKIT BUAH PINGGANG

Posted: 02 Jul 2016 07:39 PM PDT



Pelakon, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad memberitahu sambutan Aidilfitri pada tahun ini hanya akan disambut secara sederhana berikutan ibunya menghidap penyakit buah pinggan yang memerlukannya menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

"Tahun ini kami sekeluarga sambut sederhana sahaja kerana kesihatan ibu saya pun tidak berapa baik ketika ini.

"Tumpuan kami akan lebih kepada keperluannya selain memastikan dia menjalani rawatan dialisis pada waktu ditetapkan," ujar Nabil yang ketika ini sedang menjalani ibadah umrah di Mekah bersama isterinya dan hanya akan pula pada Isnin ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISU RUMAHTANGGA - SERINA REDZUAWAN 'KUNCI MULUT'

Posted: 02 Jul 2016 05:05 PM PDT



Belum bersedia!

Itulah kata-kata yang keluar daripada mulut anak kepada Chef Wan, Serina Redzuawan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya dengan jejaka Inggeris, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, yang kini dikatakan seperti telur di hujung tanduk.

"Apabila tiba masa, saya akan tampil menjelaskan segala isu yang berbangkit. Ketika ini, saya belum bersedia memberikan sebarang komen dan berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga saya," ujar Serina dipetik sebagai berkata.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

8 GAMBAR - MUHAMMAD SAMBUT BIRTHDAY KE-3

Posted: 02 Jul 2016 04:07 PM PDT



"You are much bigger now Abang.. happy 3rd birthday buddy.. May you always be protected by Allah SWT... babah," demikian kata Farid Kamil buat anak sulungnya, Muhammad atau lebih mesra dipanggil Chemad yang menyambut hari lahir ke-3 semalam.

Majlis sambutan hari lahir Muhammad telah diadakan di Langkawi Islands secara kecil-kecilan oleh mereka.

Kami ucapkan selamat hari dan semoga Muhammad membesar dengan sihat, panjang umur dan sentiasa comel selalu. Jadi anak yang baik buat ibu dan babah ye.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment