MySensasi Posted: 15 Jul 2016 12:22 PM PDT Biodata Niena Baharun Posted: 14 Jul 2016 07:46 PM PDT Biodata Niena Baharun. Mungkin belum ramai mengenali pelakon wanita ini sejak muncul buat pertama kali pada tahun 2013. Mungkin faktor kurang berlakon selaku watak utama menjadikan beliau kurang dikenali. Namun kali ini Niena Baharun muncul selaku pelakon utama drama terbaru di Slot Akasia Sayangku Kapten Mukhriz bergandingan dengan seorang lagi pelakon baru Raja Afiq. BIODATA ... | |
AMMBOI DOT COM Posted: 15 Jul 2016 11:59 AM PDT |
KedahLanie.info Posted: 15 Jul 2016 10:07 AM PDT Membentuk Pakatan Besar Pembangkang Posted: 15 Jul 2016 08:59 AM PDT Pakatan Pembangkang yang lebih besar amat perlu dalam menangani peningkatan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan parti Barisan Nasional. Ia bukan sahaja soal Pakatan Harapan yang selama ini memimpin gerakan politik massa mengubah regim BN, tetapi juga kini disertai oleh kelompok yang berpecah dari Umno yang menuntut perubahan kerajaan. Termasuk dalam gelombang menolak BN ini ialah Gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Mahathir Mohamad. Sudah tiba masanya semua tenaga ini digembelingkan untuk mobilisasi rakyat ke arah mengubah kerajaan BN kepada kuasa politik baharu yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang Bersatu yang terdiri dari semua elemen yang mahukan perubahan politik lebih baik untuk Malaysia. Saya mengharapkan aset sokongan PH diperluaskan termasuk Sabah dan Sarawak lewat persefahaman yang bersifat strategik, teknikal dan taktikal bagi menghadapi BN dalam PRU ke 14 akan datang. Apa yang menjadi titik pertemuan perlu dibina momentum sehingga mampu Pakatan Besar Pembangkang melahirkan satu manifesto bersama dengan satu tujuan iaitu Selamatkan Negara dari Kediktatoran dan Korupsi. Saya amat yakin kekuatan Pakatan Harapan akan bertambah dengan kebersamaan berbagai pihak khususnya kelompok Umno yang berpecah untuk kita meneruskan usaha mengubah BN dan membina Malaysia dengan tawaran baru. Sekian, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Malaysia Naib Presiden Amanah Negara Bertarikh 15 Julai 2016 | Tanah: PAS Jerai mohon maaf kepada keluarga Pak Ya Junid Posted: 15 Jul 2016 07:15 AM PDT HARAKAHDAILY | 15 Julai 2016. KAMI Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Jerai mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Jerai, Allahyarham Tuan Guru Hj Yahya bin Junid (Pak Ya) kerana membantu menyelesaikan urusan berkenaan hartanah GM 2390 Lot 3841 Mukim Sala Besar Daerah Yan dengan keluasan 9/20 bahagian. Dengan ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Jerai memohon maaf kepada seluruh keluarga mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Jerai, Tuan Guru Hj Yahya bin Junid (Pak Ya) sekiranya terdapat sebarang kekhilafan semasa berurusan berkenaan dengan kes ini atau terhadap segala apa yang kami atau wakil kami telah nyatakan dan ucapkan melalui ceramah-ceramah, edaran surat dan lain-lain media cetak dan elektronik mengenai hartanah tersebut. USTAZ MUSODDAK AHMAD Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Jerai – HARAKAHDAILY 15/7/2016 | Karikatur 'dedak': Ku Seman tak nampak DAP hina Islam Posted: 15 Jul 2016 12:43 AM PDT Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain tidak bersetuju dengan dakwaan sesetengah pihak mengenai karikatur 'dedak' yang didakwa berkait dengan Nga Kor Ming dari DAP sebagai menghina Islam. Ku Seman yang berkhidmat lebih 32 tahun dengan akhbar Umno itu berkata, beliau membaca ia sebagai satira politik dengan perkataan 'derma' dan 'dedak' adalah kata kunci yang popular dalam situasi politik semasa. "Saya tidak jumpa elemen-elemen yang dikatakan menghina Islam yang membawa Pemuda Umno menyerbu pejabat DAP. "Kalau dikatakan karikatur ini menghina Umno atau pemimpin Umno, saya setuju. "Tetapi bab menghina Islam saya tidak nampak. Adakah ada perkataan "Aidilfitri" sudah cukup mengaitkan dengan Islam? Jangan pula ada yang mengDAPkan saya pula. Saya non-partisan," jelasnya dalam kenyataan di laman Facebook beliau, hari ini. Baru-baru ini, kira-kira 200 peserta baju merah yang diketuai oleh Pemuda Umno berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur bagi membantah kenyataan Nga yang didakwa menghina Islam. Tindakan sedemikian dipertahankan oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menegaskan bahawa tindakan melampau batas Nga perlu diajar supaya perkara yang sama tidak berulang. Sebelum ini, sumber-sumber memaklumkan Ku Seman meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat. Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mengulas lanjut, Ku Seman menambah, tindakan mengadakan demonstrasi oleh Pemuda Umno itu adalah tidak wajar dan bersikap kebudak-budakan.
"Adakah saya tidak nampak elemen menghina Islam kerana saya belum cukup Islam berbanding Pemuda Umno terutama Pemuda Umno Wilayah? Itu saya tidak ada jawapan. "Tetapi saya percaya kalau dikatakan karikatur itu menghina Umno, api kemarahan orang Islam tidak semarak. Sebenarnya menghina Umno berdasarkan dua kata kunci yang disebutkan di atas. "Saya fikir ada isu lain yang lebih tepat menunjukkan DAP menghina Islam atau Melayu. Tetapi bukan isu karikatur ini," jelas beliau lagi. Justeru, ujar Ku Seman, adalah terlalu kebudak-budakan untuk mengangkat isu berkenaan bagi menunjukkan agenda DAP menghina Islam. | Anwar alu-alukan parti baru Mahathir, anggapnya postif Posted: 15 Jul 2016 12:15 AM PDT Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara melihat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membentuk sebuah parti baru untuk menentang Umno dan BN sebagai positif. Beliau juga berpendapat bahawa adalah penting bagi parti-parti pembangkang untuk bersatu dan percaya parti baru seperti yang dicadangkan oleh Mahathir itu akan diterajui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Kami sedang menunggu keputusan Muhyiddin kerana beliau akan menentukannya. "Kami bersedia bersama mereka. Saya fikir ini adalah perkara yang positif," kata Anwar ketika ditemui di mahkamah hari ini. Anwar juga menegaskan kepentingan untuk parti-parti pembangkang bekerjasama dan memuji cadangan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya mereka mengadakan ‘gencatan senjata’. Sebelum ini, Anwar menulis sepucuk surat ‘pedas’ yang memberi amaran kepada pemimpin PKR mengenai bahaya bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu. Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1998. MK | Shane Smeltz Bongkar Rahsia Perpindahan Ke Kedah Posted: 14 Jul 2016 07:44 PM PDT Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN bza_56@yahoo.com. "SEMUANYA berlaku sekelip mata dan tanpa dirancang. Ia bermula dengan kegigihan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe." Itu jawapan pemain import baharu Kedah, Smeltz Edward Shane atau lebih dikenali sebagai Shane Smeltz mengenai perpindahannya dari Sydney FC ke skuad Helang Merah. Walaupun mempunyai pengalaman beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia pada 2010, namun bintang bola sepak New Zealand itu tetap merendah diri dan menganggap beraksi bersama Kedah akan menjadi pengalaman berharga buat dirinya. Ketika berkongsi kisah perpindahan itu Shane berkata, dia bersetuju untuk ke Alor Setar selepas 'dilamar' Cheng Hoe. Menurutnya, walaupun masih mempunyai baki kontrak selama setahun, namun Cheng Hoe telah berusaha dan melakukan banyak perbincangan bagi memastikan dia menyarung jersi hijau kuning. "Kebijaksanaan Cheng Hoe berurusan dengan ketua jurulatih Sydney FC menjadi penyebab saya mendapat pelepasan daripada baki kontrak selama setahun lagi. "Sebelum perbincangan ini berlaku, saya tidak pernah membanyangkan dapat beraksi bersama sebuah pasukan dari Malaysia. "Sebelum ini saya sudahpun mengetahui mengenai Liga Malaysia menerusi beberapa pemain Australia termasuk Billy Mahmet yang pernah mewakili Kedah, tetapi tidak pula membayangkan akan berada di sini," katanya kepada mStar Online. 
Shane menambah, walaupun baru sehari tiba di Alor Setar dan belum melakukan latihan, namun dia menerima cabaran Cheng Hoe yang ingin melihat aksinya ketika menentang Sarawak. Penjaring terbanyak Liga Australia selama dua tahun berturut-turut itu juga pernah menerima pengiktiran jaringan tercantik selain mewakili kelab gergasi China dan Austalia iaitu Shandong Luneng serta Gold Coast United. "Kenangan manis sebagai pemain bola sepak profesional ialah ketika saya dapat menjaringkan gol dengan menewaskan penjaga gol terbaik dunia semasa menentang Itali dalam pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. "Disebalik pengalaman ini, saya tidak nafikan kehebatan sejarah bola sepak pasukan Kedah yang pernah memenangi tiga kejuaraan utama dalam tempoh dua tahun berturut-turut. "Oleh itu saya perlu membantu Kedah mengulangi sejarah ini bersama rakan sepasukan yang lain," jelasnya. Shane selain itu turut teruja melihat aksi Thiago Augusto Fernandez yang berjaya menjaringkan satu gol dan membantu mendapatkan tiga jaringan lagi. Katanya, perkembangan itu dan aksi pemain muda Kedah telah menaikkan semangatnya untuk berhempas pulas demi mendapatkan kejayaan selepas ini. | Kenapa harus dibantah duhai Pemuda Pas Kelantan, cuba bagi idea bagaimana nak 'islamik' kan pawagam itu. Posted: 14 Jul 2016 07:40 PM PDT 1. Macam Pemuda Pas Kelantan juga, aku bukanlah kaki pawagam. Last aku tengok wayang rasanya 32 tahun yg lalu, di A Setar, gambar Indon, cerita lawan-lawan. Sampai sekarang pun aku tak izinkan anak-anak aku masuk pawagam. 2. Buat pawagam sama saja macam buat taman tema, taman bunga, karaoke, kedai urut yang hukum asalnya adalah harus sebab itu urusan muamalat bukan urusan ibadat. Bahkan benar buka kedai arak lebih teruk akibatnya drpd benar buka panggung wayang. Di Kelantan ada kedai jual arak kan? 3. Bagi aku pemuda Pas Kelantan tidak kreatif apabila mereka bantah buat pawagam di Kelantan. Sepatutnya mereka bukan bantah tetapi memberi idea bentuk pawagam yang 'Islamik'. Sebab, pawagam bukan tempat maksiat asalnya tapi tempat orang lepaskan tension, berehat, sama macam orang pergi taman bunga, air terjun atau masuk KFC dan McD. 4. Kalau ada jantan dan betina nak buat maksiat, depa tak perlu masuk pawagam di Kelantan. Lebih baik mereka masuk Siam ikut Sungai Golok. Sebab itu, bagi aku Pemuda Pas bantah sesuatu yg tak patut dibantah dlm keadaan itulah peluang Pemuda Pas buktikan keupayaan mereka mengislamikkan dunia seni dan hiburan. 5. Kini filem sudah jadi industri. Pembikin filem sudah buat filem hebat (kecuali pembikin filem Melayu) tentang kemanusiaan, kesenian, tamadun, tokoh yg menjadikan filem sebagai medium membina masyarakat bertamadun. Tengok wayang sama macam baca buku juga, iaitu meneroka sesuatu yg baru yg kita belum alami. Jadi, apa beza buat pawagam dgn buat perpustakaan? 6. Kalau mati dalam pawagam? Kalau pawagam itu beretika, apa bezanya dengan mati dalam restoran mamak nasi kandar? Tengok wayang bukan maksiat sama mcm tengok bola dan tengok gusti dlm rumah. Macam mana kalau mati di stadium bola atau stadium badminton? 7. Dunia semakin rencam dan keperluan manusia semakin tinggi. Manusia semakin stress. Sepatutnya Pemuda Pas tampil dgn model pawagam beretika dan menjadi model pawagam seluruh negara terutama di negeri DAP. 8. Pemuda Pas perlu melihat dunia dengan kacamata manusia global bukan melihat dunia melalui lubang yg ditebuk diketayap. Jika isu kecil spt buat panggung wayang ditangani dgn bantahan melulu, bagaimana nak tangani isu umat yg lebih besar yg memerlukan kretiviti yg lebih tinggi? 8. Anak muda habis duit tengok wayang? Depa tak tengok wayang, depa beli VCD atau pergi KL tengok wayang atau pergi Siam. Lebih kurang sajalah. 9. Apa pun, terpulanglah kpd Pemuda Pas Kelantan. Cuma jgn sampai org anggap Kelantan Serambi Mekah yg halang pawagam tapi tak cuci sampah padahal bahaya sampah lebih besar drpd bahaya pawagam. 10. Ini aku punya pandangan. Kalau lebai ada pandangan lain silakan. Zolkharnain Abidin | Kenapa nak bandingkan parti baru Tun M dengan Semangat 46, tidak dengan PAS atau PKR? Posted: 14 Jul 2016 05:54 PM PDT KENAPA BANDINGKAN PARTI BARU TUN M DENGAN SEMANGAT 46? MENGAPA TIDAK DENGAN PKR ATAU PAS? Seperti terpercik nada kebimbangan serta kegusaran, walaupun tidak dinyatakan secara langsung, apabila beberapa pemimpin UMNO memberikan reaksi berhubung penubuhan parti politik baru oleh Tun Mahathir Mohamad yang dijangka dimuktamadkan dalam waktu terdekat ini. Ismail Sabri Yaakob cuba mengingatkan Tun Mahathir mengenai nasib parti Semangat 46 yang tidak mampu bertahan lama dan akhirnya semua pimpinannya kembali semula ke pangkuan UMNO. Nazri Aziz pula seolah-olah menyindir dengan menafsirkan bahawa hasrat menubuhkan parti baru itu menunjukkan Tun Mahathir tidak diterima untuk menyertai mana-mana parti pembangkang sedia ada. Jika benar parti baru yang ditubuhkan oleh mana-mana bekas pemimpin UMNO tidak mampu bertahan lama, bukankah ia sesuatu yang seharusnya menggembirakan UMNO? Sepatutnya, biarkan saja ia ditubuhkan dan tidak perlu diperingatkan apa-apa kerana akhirnya hanya menjadi suatu pemburuan cita-cita Tun Mahathir yang tidak kesampaian ke mana-mana. Tetapi, benarkah semua parti baru yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO atau serpihan parti itu tidak mampu bertahan lama atau tidak berupaya menyaingi UMNO? Bagaimana jika parti baru inisiatif Tun Mahathir yang turut disertai oleh bekas pemimpin UMNO lain yang dipecat dan kemudian bergabung dengan Pakatan Harapan, ia kemudian mampu menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang? Kenapa sejarah Semangat 46 saja yang selalu diambil sebagai contoh untuk mengingatkan kegagalan menubuhkan parti-parti baru? Apakah Tun Mahathir tidak sedar mengenai perkara itu? Tidakkah Ismail Sabri maklum bahawa Semangat 46 ditubuhkan kerana ingin menentang Tun Mahathir dan kembalinya ahli serta pimpinan parti itu ke pangkuan UMNO adalah juga atas daya usaha dan kelicikan bekas Perdana Menteri itu? Bagaimana dengan sejarah Pas yang juga merupakan parti serpihan UMNO, tetapi masih mampu bertahan sehingga sekarang? Begitu juga dengan PKR yang ditubuhkan setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO, bukan saja sekarang dapat menguasai Selangor, bahkan terus menjadi parti yang mampan dan berkembang? Dalam pada itu, jika benar tafsiran Nazri Aziz bahawa parti baru itu menunjukkan Tun Mahathir tidak diterima menyertai mana-mana parti sedia, sudah tentu ia akan bergerak bersendirian saja untuk menentang UMNO dalam pilihanraya nanti. Namun, barangkali Nazri terlepas maklumat bahawa Pakatan Harapan amat mengalu-alukan parti baru itu dan sedia untuk bekerjasama demi mencapai matlamat yang sama memulihkan kembali imej negara yang telah dirosakkan oleh Najib. Akhirnya, kiranya Pas masih mampu bertahan sehingga sekarang dan menguasai Kelantan dan dengan PKR berkembang sehingga dapat menawan Selangor, bahkan Najib dengan segala kekuatannya pun gagal merampas negeri paling kaya itu pada pilihanraya 2013 lalu, apakah mustahil Tun Mahathir dengan parti barunya yang disertai kelicikan dan pengalamannya selama ini, bersama pula dengan Pakatan Harapan, akan mengorak satu lagi sejarah dengan mampu menakluk Putrajaya sudahnya? (SH 14/07/2016). | |
OhDunia.My Posted: 15 Jul 2016 08:18 AM PDT “Kami Tak Nak Jumpa Mama.. Kami Mahu Ayah Sahaja...” Posted: 15 Jul 2016 07:48 AM PDT PASIR GUDANG – "Terima kasih ayah kerana jaga kami empat beradik dan maafkan salah silap yang kami buat pada ayah," kata kanak-kanak berusia 11 tahun ini.Baca selengkapnya | Datuk 63 Tahun Kahwin Gadis 18 Tahun Jadi Buah Mulut Netizen Posted: 15 Jul 2016 07:30 AM PDT Makassar (Indonesia): Seorang datuk yang sudah berusia 63 tahun menjadi bualan mulut netizen di Indonesia selepas dia mengahwini seorang gadis berusia 18 tahun.Baca selengkapnya | Pelajar Malaysia Dipercayai Terlibat Kejadian Rempuhan Trak Di Nice (Video) Posted: 15 Jul 2016 07:02 AM PDT Seorang warganegara Malaysia, pelajar Singapore University of Technology and Design (SUTD) dipercayai cedera dalam insiden rempuhan trak semasa sambutan Hari Bastille di Nice, Perancis pada Khamis.Baca selengkapnya | Rakaman Jemaah Menari Dalam Masjid Di Jeddah Tersebar Posted: 15 Jul 2016 06:17 AM PDT JEDDAH - ARAB SAUDI. Imam dan muazin sebuah masjid di Jeddah dipanggil Kementerian Ehwal Islam Arab Saudi setelah rakaman video yang menunjukkan sekumpulan jemaah sedang berpesta dalam masjid tersebut sempena Aidilfitri tersebar luas, lapor Arab News.Baca selengkapnya | Geografi PT3 2016: Bahan Grafik Untuk Kajian Pengangkutan Awam Posted: 15 Jul 2016 04:40 AM PDT Geografi PT3 2016: Bahan Grafik Untuk Kajian Pengangkutan Awam. Contoh-contoh bahan grafik ialah jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran. Hasil soal selidik tentang Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Masalah-masalah dan Cadangan mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam di kawasan kajian boleh menghasilkan data.Baca selengkapnya | Geografi PT3 2016: Kerangka Perlaksanaan Tugasan Pengangkutan Posted: 15 Jul 2016 04:20 AM PDT Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Geografi 2016 kali ini mengkehendaki calon untuk menyediakan satu kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal/sekolah calon. Berikut merupakan kerangka pelaksanaan tugas sebagai panduan kepada calon. Semoga perkongsian ini bermanfaat.Baca selengkapnya | Geografi PT3 2016: Masalah-Masalah Pengangkutan Awam Di Malaysia Posted: 15 Jul 2016 04:20 AM PDT Geografi PT3 2016: Masalah-Masalah Pengangkutan Awam Di Malaysia. Di sini kami kongsikan beberapa masalah yang sering timbul dalam sistem pemgangkutan awam di Malaysia. Semoga artikel ini dapat membantu calon dalam menyiapkan tugasan Geografi PT3 2016.Baca selengkapnya | Geografi PT3 2016: Contoh Borang Soal Selidik Kajian Pengangkutan Posted: 15 Jul 2016 05:28 AM PDT Geografi PT3 2016: Contoh Format Borang Soal Selidik Kajian Pengangkutan. Soal Selidik meruapakan salah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat dalam tugasan kajian kes pengangkutan di tempat tinggal anda.Baca selengkapnya | Geografi PT3 2016: Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Posted: 15 Jul 2016 04:21 AM PDT Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Kerja Kursus Geografi PT3 2016. Berikut dikongsikan maksud, definasi, konsep dan takrifan sistem pengangkutan untuk panduan pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016. Untuk makluman, calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal / sekolah anda.Baca selengkapnya | Geografi PT3 2016: Format Jawapan Tugasan Sistem Pengangkutan Posted: 15 Jul 2016 04:21 AM PDT Berikut dikongsikan Format Jawapan Tugasan Sistem Pengangkutan Kerja Kursus Geografi PT3 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tajuk Kerja Kursus Geografi PT3 tahun 2016 : Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal / sekolah anda.Baca selengkapnya | Tradisi 'Menghidupkan' Mayat Dari Kubur Yang Mengerikan (Video) Posted: 14 Jul 2016 06:17 PM PDT Apa yang terlintas di mata kita semasa melihat mayat? Majoritinya rasa tak selesa melihat mayat, ada pula yang rasa seram sejuk dan takut. Tetapi tidak bagi satu komuniti di Indonesia.Baca selengkapnya | Polis Tembak Mati Suspek Kes Bunuh 4 Sekeluarga Di Batu Maung Posted: 14 Jul 2016 06:02 PM PDT GEORGE TOWN: Polis telah menembak mati seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan empat sekeluarga di sebuah kilang ayam di Batu Maung semalam.Baca selengkapnya | |
myartis.com Posted: 15 Jul 2016 02:41 AM PDT 28 GAMBAR - SEKALI LAFAZ, HAZIQ HOT FM SAH BERGELAR SUAMI AYUNDA PUTRI Posted: 14 Jul 2016 06:53 PM PDT Penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni, 26, telah selamat bergelar suami kepada Ayunda Putri, 26, yang berasal dari Medan, Indonesia dengan sekali lafaz sekitar jam 9 pagi tadi. Dalam majlis yang di kediaman pengantin perempuan di Al Aman, Puncak Setiawangsa, Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM208 dan sebentuk cincin kepada Putri. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | "SAYA TAK SANGGUP LAGI" - NOORKHIRIAH NEKAD 'PENCEN' Posted: 14 Jul 2016 05:32 PM PDT Pelakon Noorkhiriah, 39, yang berkecimpung dalam bidang lakonan selama 20 tahun mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada bidang seni. Keputusan tersebut dibuat Noorkhiriah selepas dia berasa kecewa selain dirinya dianggap bagaikan sampah. Bagaimanapun Noorkhiriah berkata, ia keputusan terbaik buat dirinya kerana dia tidak sanggup lagi untuk memendam rasa kecewa dipermainkan syarikat produksi yang sering memungkiri janji apabila sudah bersetuju mengambilnya berlakon. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | 7 GAMBAR - SHARNAAZ AHMAD BERCUTI DI LONDON BERSAMA KEKASIH Posted: 14 Jul 2016 03:22 PM PDT "London raaah! Hye jiran sebelah Noor Nabila," demikian kata Sharnaaz Ahmad yang kini sedang menikmati percutian bersama kekasihnya, Noor Nabila di London. Menerusi gambar tersebut, Sharnaaz dilihat begitu gembira dan teruja apabila dapat melawati tempat-tempat menarik yang ada di sana bersama buah hatinya itu. Jom tengok! << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> | |
Toknek.com RSS Feed Posted: 15 Jul 2016 02:04 AM PDT |
beautifulnara Posted: 15 Jul 2016 01:55 AM PDT Inikah Kekasih Baru Siti Saleha? Hancur Hati Para Jejaka Di Luar Sana Posted: 14 Jul 2016 10:30 PM PDT Siti Saleha sebelum ini telah pun mendedahkan kekasih barunya adalah seorang lelaki Melayu. Ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka yang telah berjaya mencuri hati gadis jelita ini. Namun identiti lelaki tersebut sehingga ke hari ini masih menjadi rahsia. Akan tetapi, baru-baru ini, dilihat Siti Saleha telah memuatnaik gambarnya dengan seorang lelaki yang tak kurang kacak dengan caption berbaur mabuk cinta. Mungkinkah ini kekasih baru Siti Saleha?  Dengan caption “Hyde Park with Love (bentuk hati)”, Abang Nara percaya ramai jejaka di luar yang luluh hatinya sekiranya benar lelaki ini adalah kekasih baru Siti Saleha. Tapi kedua-duanya memang nampak sama cantik dan sama padan. Jika benar mereka bercinta, semoga ia berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Apa pun, kalau tak silap, Siti Saleha kini berada di Mexico untuk meraikan perkahwinan kawannya di sana.  Apa kata anda? Adakah anda antara jejaka yang sedang meraung mengenang nasib tidak dapat mengorat Siti Saleha? Hehehe. | Jaslin Gayakan Koleksi Kurta “Baju Kurung” Atas Kerelaan Sendiri Posted: 14 Jul 2016 08:24 PM PDT Secara jujur, Abang Nara hampir hilang selera berbuka puasa apabila melihat Jaslin menggayakan koleksi kurta hari raya yang telah menjadi viral baru-baru ini. Mana tidaknya, sekali tengok memang bukan nampak macam kurta, tapi macam baju kurung. Abang Nara sampai menggelengkan kepala melihat ke”kreatif”an para pereka fesyen zaman sekarang. Selaku model, Jaslin dihentam teruk oleh netizen kerana bersetuju menggayakan koleksi kurta tersebut.  Malah ada suara-suara yang mendakwa Jaslin sengaja menerima “job” tersebut untuk meraih populariti segera. Popular tue memanglah popular, tapi popular sebab benda sebegini memang agak kelakar. Kata Jaslin:- Sebagai model saya hanya menjalankan tugasan yang diberikan, saya kecewa apabila kerja kami dipandang remeh dan diperkotak-katikkan. Malah komen yang dilemparkan seolah-olah mereka arif dengan kerjaya seseorang. Saya tidak faham kenapa mereka mahu memperbesarkan perkara ini. Sepatutnya mereka perlu bersikap lebih bijak dengan mendapatkan maklumat terperinci mengenai rekaan itu. Kalau sudah tahu jawapannya, terpulang mereka mahu kata apa. Apabila terlalu banyak komen negatif, siapa tidak marah? Namun saya masih boleh bersabar dengan menganggap mungkin ini cara pemikiran pengguna laman sosial di Malaysia. Saya hanya memakai kurta moden yang dipadankan dengan kain pelekat kosong. Pun begitu ramai yang menyamakan rekaan ini dengan baju kurung. Berdasarkan komen dan kritikan, ramai menyalahkan saya kerana tidak meneliti rekaan ini terlebih dahulu. Namun mereka barangkalai terlupa tentang seorang model dan menjadi tanggungjawab memperagakan rekaan ini. Kenapa saya perlu berbuat demikian (raih populariti)? Kalau betul saya mahu dikenali, ini bukan cara terbaik. Saya bukan baru dalam bidang ini, jadi saya tahu menggunakan sumber yang betul dengan usaha sendiri. Lagipun tiada istilah paksaan untuk saya menggayakan rekaan ini malah ia atas kerelaan sendiri sebagai model professional.  Walaupun anda seorang model professional, Abang Nara nasihatkan lain kali fikir dahulu sebelum menerima sebarang tugasan. Kan lagi molek kalau gayakan baju Melayu dengan wajah kacak dan badan sado anda itu. Tak perlulah ambil tugasan yang pelik-pelik sebegini. Selaku model, anda perlu ada prinsip. Tapi kalau dah terima bayaran, memang terpaksalah selesaikan tugasan. Semoga di masa hadapan, Jaslin akan lebih berhati-hati. Sumber Harian Metro. | Dilayan Seperti Sampah, Noor Khiriah Tinggalkan Dunia Seni Posted: 14 Jul 2016 07:58 PM PDT Noor Khiriah adalah seorang pelakon senior yang cukup terkenal dengan kehebatan lakonannya. Sudah pun berkecimpung selama 20 tahun dalam dunia lakonan, kali ini Noor Khiriah nekad untuk meninggalkan dunia seni selepas dilayan seperti sampah oleh pihak produksi. Kekecewaan Noor Khiriah berpunca apabila sering dipermainkan syarikat produksi yang sering memungkiri janji apabila sudah bersetuju mengambilnya berlakon. Abang Nara rasa ini mesti sekejap jadi diambil berlakon, sekejap tak jadi. Kalau Abang Nara pun confirm bengang diperlakukan sebegini.  Kata Noor Khiriah:- Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat. Kesabaran setiap manusia itu ada hadnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ini sahaja. Keputusan ini juga petunjuk daripada Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya. Saya sedar diri saya sudah ‘suam-suam kuku’ dan sekarang produksi dan stesen televisyen lebih mementingkan populariti untuk menghiasi drama terbitan mereka. Tetapi jangan salah faham, saya tiada masalah dengan pilihan mereka cuma sebagai orang lama saya sedih kerana sering dianggap macam sampah. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kerana saya banyak bertolak ansur dan bersabar sepanjang 20 tahun penglibatan saya dalam industri seni, cukuplah. Ia keputusan terbaik buat diri saya selebihnya buat masa ini saya tidak mahu ulas panjang  Hmmmm. Memang dunia lakonan sekarang dipenuhi dengan wajah-wajah baru yang lakonan tak seberapa tetapi ada pakej dari segi wajah. Pelakon otai seperti Noor Khiriah memang jarang dipandang. Kalau dapat watak pun, sekadar sampingan semata-mata. Namun sekurang-kurangnya pihak produksi haruslah memberi layanan yang adil. Janganlah diperlakukan sebegini rupa. Kesian pelakon-pelakon lama seperti Noor Khiriah. Tak gitu? Sumber Mstar Online. | Sambut Hari Raya 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu Di 11street Sepanjang Bulan Julai Ini Posted: 14 Jul 2016 07:30 PM PDT Selamat Hari Raya Aidilfitri Abang Nara ucapkan kepada semua pembaca BeautifulNara! Macam mana Raya anda? Seronok tak? Mesti kenyang perut makan lemang, ketupat, rendang dan kuih muih kan? Abang Nara tahun ini raya di KL je jadi kurang terasa kemeriahannya. Namun asalkan dapat beraya dengan isteri dan anak-anak, itu dah cukup sempurna buat Abang Nara.  Gambar sekeluarga di Hari Raya pertama hari tu Hujung minggu ini Abang Nara akan sibuk memenuhi jemputan open house. Kena pilih nak pergi mana satu sebab banyak sangat jemputannya. Wife Abang Nara kelam kabut nak cari baju raya sedondon untuk dipakai sekeluarga masa pergi open house. Last minute buat decision. Nasib baiklah www.11street.my dengan tema "Meriah Lebaran" meraikan Aidilfiri sepanjang bulan Julai ini dengan pelbagai diskaun, tawaran dan promosi hebat.  Selaku pembeli setia di www.11street.my, memang promosi sempena Aidilfitri kali ini memang super duper awesome. Antara yang paling mencuri perhatian Abang Nara ialah:- 1. Kupon Raya yang tak ada limit, semua orang boleh download bila-bila masa!  Bermula 13 Julai sehingga 31 Julai, untuk memeriahkan lagi Aidilfitri anda, 11street memberikan kupon raya tanpa had kepada semua penggunanya. Maksudnya, semua orang boleh download 1 kupon sebab jumlah kupon tidak terhad. Beli baju raya boleh pakai kupon, beli pampers anak boleh pakai kupon, beli barang elektronik boleh pakai kupon. Senang cerita semua benda boleh pakai kupon. Maksimun diskaun boleh dapat sehingga 24%. Mak aih memang berbaloi-baloi, jangan lupa dapatkan kupon Raya korang. 2. Kupon penghantaran RM6 untuk Shocking 11  Shocking 11 ini memang feveret Abang Nara. Mana taknya, semua benda yang termasuk dalam Shocking 11 dijual pada harga RM11. Gila murah kan? Untuk menambahkan lagi ke'best'an Shocking 11, 11street menyediakan kupon penghantaran bernilai RM6 yang boleh dimuatturun setiap hari. Lepas tue kalau beli 3 produk di Shocking 11, boleh terus guna kupon penghantaran RM6 ni. RM11 darab 3 baru RM33. Murah sangat-sangat nie!!! Tapi kena download kupon nie cepat-cepat setiap hari sebab ia adalah terhad. 3. Sticker LINE Zizan Razak & Elizabeth Tan Ok sila tengok video di atas. Comelnya sticker LINE Zizan Razak dan Elizabeth Tan (duta 11street) nie. Abang Nara yang jarang guna LINE pun terasa nak guna sekarang jugak. Kalau korang memang pengguna tegar LINE, silalah download sticker ini sekarang dan gunakannya sebanyak mungkin sebab ada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah best daripada www.11street.my. Kawan-kawan korang mesti kagum sebab tetiba muka Zizan dan Lizzy terpampang di handphone diorang. 4. Koleksi baju Raya #LebaranLuster untuk kaum Hawa  Inilah yang wife Abang Nara begitu tekun membuat pilihan daripada siang tadi. Cantik-cantik koleksi fesyen Raya Lebaran Luster daripada 11street ini yang menampilkan rekaan daripada SyomirIzwa GUPTA, VARIANTE, Adam Liew Melbourne dan, Ruzz Gahara. Memang rambang mata dibuatnya. Kalau pakai masa pergi open house, memang confirm ramai yang akan memuji. Paling best ada diskaun 50% serta penghantaran percuma untuk koleksi VARIANTE dan Gupta PLUS dari SyomirIzwa. Memang confirm gaya Rraya anda akan meriah dengan koleksi Lebaran Luster 11street ini.  Power kan promosi Hari Raya Aidilfitri daripada 11street ini? Nasihat Abang Nara, kalau nak berbelanja sepanjang bulan Julai ini, silalah ke www.11street.my. Nak lagi best, download applikasi 11street di smartphone anda untuk dapatkan lebih diskaun dan promosi. Selamat mencuba!! | |
ROTIKAYA Posted: 14 Jul 2016 08:20 PM PDT Produksi Layan Macam Sampah, Noor Khiriah Berhenti Berlakon Posted: 14 Jul 2016 06:47 PM PDT Tidak tahan dan juga rasa kecewa akhirnya membuatkan pelakon berbakat Noorkhairiah menarik diri daripada dunia seni malah dia juga menyifatkan dirinya sering dilayan seperti sampah oleh syarikat produksi sepanjang 20 tahun berada dalam bidang seni. “Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat. Kesabaran setiap manusia itu ada hadnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ini sahaja” “Keputusan ini juga petunjuk daripada Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya. Saya sedar diri saya sudah ‘suam-suam kuku’ dan sekarang produksi dan stesen televisyen lebih mementingkan populariti untuk menghiasi drama terbitan mereka” “Tetapi jangan salah faham, saya tiada masalah dengan pilihan mereka cuma sebagai orang lama saya sedih kerana sering dianggap macam sampah,” jelasnya kepada mStar Online. Tambahnya, perkara tersebut bukanlah berlaku kali pertama malah dia sendiri sudah banyak bertolak ansur dan bersabar sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam industri seni. (rtky/s) | Uqasha Senrose Enggan Komen Gosip Cinta Dengan Kerabat Posted: 14 Jul 2016 03:10 AM PDT Seringkali memuat naik gambar mesra bersama, Uqasha Senrose memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai gosip cinta yang mengaitkan dirinya dengan seorang jejak dari kerabat Pahang yang dikenali sebagai Tengku Bakar. Selain itu, beliau pada masa yang sama turut meminta orang ramai memahami keadaannya yang cuba berdiam diri. BACA: Uqasha Senrose Akui Sukar Bangun Sahur “Lebih elok sekiranya saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal itu. Saya berharap semua pihak dapat memahami situasi saya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai desas-desus hubungan cinta diantara beliau dan jejaka kerabat Pahang. Sebelum ini, Uqasha dan Tengku Bakar yang juga merupakan seorang ahli perniagaan sering dilihat bersama ketika diluar, malah mereka juga selalu memuat naik gambar mereka berdua menerusi akaun Instagram masing-masing. Selain itu, dikhabarkan Tengku Bakar juga antara individu penting yang merancang dan merealisasikan majlis sambutan harijadi Uqasha. Apapun, jika benar Uqasha dan Tengku Bakar mempunyai hubungan istimewa, rasanya tidak salah untuk berkongsikan berita itu dengan peminat. Pasti mereka teruja ingin mengetahui percintaan mereka berdua yang kelihatan memang sama cantik sama padan. (rkty/w) | “Saya Tak Kata Proton Kereta Orang Miskin” Posted: 14 Jul 2016 01:00 AM PDT Berikutan status merendah-rendahkan jenama kereta buatan Malaysia, Proton di laman sosial Facebook miliknya menjadi viral, Mark Adam tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk memuat naik status. Malah katanya, beliau pernah dimarahi orang ramai suatu ketika dulu kerana percayakan status palsu itu. “Itu bukan Facebook saya dan saya tak pernah buat kenyataan tentang memburuk-burukkan kereta Proton di Facebook. Saya sedar kewujudan akaun ini sejak beberapa bulan lalu dan saya rasa individu itu semakin melampau sehingga membuatkan orang ramai percaya. Saya sudah periksa Facebook itu, ternyata bahasa yang digunakan tidak seperti percakapan saya” “Pengikut laman Facebook palsu itu lebih banyak daripada Facebook saya sendiri dan saya bimbang akan berlaku perkara yang lebih teruk lagi selepas ini. Selain itu semalam juga ada wakil daripada pihak Proton yang menghubungi saya dan bertanya sama ada saya ada membuat kenyataan seperti itu,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara berkenaan. Berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab oleh individu berkenaan yang telah mengaitkan dirinya dengan status yang menimbulkan kemarahan orang ramai sebelum ini, Mark telah memberi amaran menerusi mesej berbentuk peribadi kepada akaun palsu tersebut. Namun sehingga kini individu terbabit masih berdiam diri dan tidak membalas mesej tersebut. Sebelum ini, terdapat sebuah akaun laman sosial, Facebook menggunakan nama Mark Adam telah menaikkan kemarahan orang ramai apabila status itu merendahkan kualiti kereta buatan Malaysia, Proton. Disamping itu, akaun palsu itu juga ada menulis bahawa kereta jenama Proton ini hanya diguna pakai oleh golongan yang tidak berkemampuan sahaja. (rkty/w) | Berbikini: Peminat Doa Sharifah Sakinah Berubah Posted: 13 Jul 2016 10:32 PM PDT Gara-gara bergambar dengan menampakkan pakaian dalam ketika sedang bercuti, pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini telah dikecam oleh pengkritik di laman Instagram malah dalam masa yang sama turut mendapat teguran. BACA: Sharifah Sakinah Redha Bila Kandungan Gugur  Bagaimanapun, gambar tersebut telah pun dipadam kerana telah mengundang pelbagai reaksi negatif. Sementara itu, Sharifah Sakinah sebelum itu tidak mudah melatah selain tidak melayan komen yang ditinggalkan di Instagramnya itu. Malah, himpunan doa peminat juga membanjiri komen tersebut agar pelakon ini berubah satu hari nanti. Bagaimanapun ada di antara peminat yang bergaduh selain menyifatkan Sakinah jujur dengan diri sendiri dan tidak hipokrit seperti segelintir selebriti lain. Apa pun, semoga Sharifah Sakinah selamat di bumi orang. Ramai yang tegur mungkin kerana rasa sayang. (rtky/s) | Anak Minta David Teo Mohon Maaf Depan Kubur Posted: 13 Jul 2016 08:39 PM PDT Ahli keluarga mana yang tidak terkilan apabila insan yang telah pergi dikaitkan dengan perkara yang sebaliknya. Bagi anak Allahyarham P. Ramlee iaitu Sazali, perkara tersebut ternyata membuatkan dirinya sedih walaupun telah memaafkan David Teo di atas kenyataannya yang menimbulkan kontroversi. BACA: "Kita Kena Kaya, Jangan Jadi Macam P. Ramlee" “Selama saya lahir hingga ayah meninggal (dunia) ketika usia saya 15 tahun, belum pernah kami miskin atau tidak makan. Kakak angkat saya, Dian, ada memaklumkan kepada saya David (Teo) menghubunginya bagi meminta maaf” “Bagi saya, anak arwah yang masih hidup tentu tiada masalah memberi kemaafan, tetapi bagaimana dengan bapa saya? Rasanya lebih bagus kalau dia sendiri ke kubur P. Ramlee. Buat pengetahuan semua, sepanjang saya tinggal dengan bapa, kami anak-beranak diberi kehidupan yang sangat sempurna” “Cukup makan pakai, malah bapa saya juga sentiasa menghulur bantuan kepada orang lain yang meminta pertolongan daripadanya tanpa mengharapkan sebarang balasan,” katanya dipetik daripada BH Online. Sebelum ini, kenyataan David Teo terhadap P. Ramlee yang dikatakannya sebagai hidup merempat pada penghujung usia mendapat pelbagai kritikan daripada penggiat seni dan juga warga laman sosial. (rtky/s) | |
No comments:
Post a Comment