Saturday, 30 July 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 30 Jul 2016 07:55 PM PDT

ROTIKAYA


Walau Sibuk, Akim & Stacy Sedia Terima Cahaya Mata

Posted: 29 Jul 2016 09:28 PM PDT

Pasangan Akim Ahmad dan Stacy AF yang baru sahaja berkahwin pada Februari lalu menjelaskan bahawa mereka berdua tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa yang terdekat, walaupun mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.

BACA: Akim Ahmad Batal Tunai Umrah Untuk Beraya Dengan Isteri

“Sangat teruja di usia muda ni cantik lah kita mempunyai anak dalam waktu ini ianya merupakan satu masa yang bagus. Kita tak merancang tetapi semuanya bergantung pada rezeki,” ujar Stacy dan Akim kepada Rotikaya.

Dalam pada itu, ini Akim memberitahu umrah yang dibatalkannya sebelum ini, mungkin ada hikmah di Sebaliknya dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik di masa depan. Kemungkinan besar Akim berkata dia akan terus menunaikan haji sambil ditemani isteri ke sana suatu hari nanti.

“Mungkin ada sesuatu yang lebih baik. Sebelum nak pergi pun banyak perkara yang menghalang. Jadi tidak mengapalah. Lepas ini buat haji dan seelok-eloknya bawa Stacy bersama. Sebelum ini saya pernah ke sana juga pada tahun 2014 mengerjakan umrah bersama kedua-dua ibubapa saya,” jelasnya. (rtky/h)

7- Walau Sibuk, Akim & Stacy Sedia Terima Cahaya Mata - ROTIKAYA 6- Walau Sibuk, Akim & Stacy Sedia Terima Cahaya Mata - ROTIKAYA 5- Walau Sibuk, Akim & Stacy Sedia Terima Cahaya Mata - ROTIKAYA 4- Walau Sibuk, Akim & Stacy Sedia Terima Cahaya Mata - ROTIKAYA 3- Walau Sibuk, Akim & Stacy Sedia Terima Cahaya Mata - ROTIKAYA 1- Walau Sibuk, Akim & Stacy Sedia Terima Cahaya Mata - ROTIKAYA

KedahLanie.info

Posted: 30 Jul 2016 10:30 AM PDT

KedahLanie.info


Muhyiddin simpati pada Anwar, tapi samar tentang pembebasannya

Posted: 30 Jul 2016 01:13 AM PDT

Alyaa Alhadjri & Zikri Kamarulzaman
30 Jul 2016, petang 3:22 (Dikemaskini 30 Jul 2016, petang 3:48)

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan simpati dengan usaha-usaha untuk membebaskan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bersama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sisinya, Muhyiddin ditanya sama ada beliau akan menyokong pembebasan Anwar memandangkan beliau kini bekerjasama dengan pembangkang.

"Ada pihak katakan boleh ke Anwar dibebaskan. Dalam persekitaran situasi politik sekarang saya tak dapat melihat itu boleh berlaku.

"Lepas pilihan raya mungkin dengan pendirian dengan PKR, kita dah duduk semeja jadi sebahagian rakan. Apa-apa pun keputusan kita kongsi bersama.

"Saya harap anda faham apa yang saya cuba katakan," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar pertamanya dengan Wan Azizah dan pemimpin PKR lain di Subang Jaya hari ini, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau bersimpati dengan Anwar dan bimbang dengan tahap kesihatannya.

"Masa dia dipecat kerajaan, menteri yang jumpa beliau seorang-seorang ialah saya.

"Saya bersimpati, saya faham kerana saya tahu (keadaan Anwar). Yang penting sekarang soal kebajikan dan kesihatan (Anwar).

"Saya selalu tanya Kak Wan how is he (anwar) doing," katanya.

Muhyiddin sertai PKR jelajah isu 1MDB

Posted: 30 Jul 2016 01:09 AM PDT

Bekas Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin telah bergabung dengan PKR untuk memulakan siri jelajah seluruh negara bagi menjelaskan skandal 1MDB secara mudah kepada orang ramai.

Dalam penampilan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin berkata mereka akan menumpukan usaha di kawasan bandar dan luar bandar.

"Saya kira mungkin isu 1MDB kalau tak diberi penjelasan secara meluas dalam bahasa agak mudah rakyat sampai bila pun tak tau kesan dan impak ke atas negara," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Ditanya kemudian jika kerjasama ini bermakna beliau akan menyertai PKR, Muhyiddin berkata ia bukan satu isu dan beliau akan menyokong inisiatif PKR tanpa mengira parti mana yang disertainya.

Muhyiddin akhirnya dipecat daripada Umno bulan lalu selepas mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Beliau dijangka mengetuai sebuah parti baru, yang terdiri daripada 'pemberontak' Umno termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sementara itu berkata Umno mempunyai agenda untuk menipu rakyat Malaysia dalam isu 1MDB.

Beliau berkata penerangan bergerak itu akan bermula tidak lama lagi, walaupun tidak diberitahu secara spesifik pada sidang akhbar di Subang Jaya hari ini.

Shafie Afdal Yakin BN kalah dua negeri PRU depan

Posted: 29 Jul 2016 11:41 PM PDT

JAMILAH HAMZAH

KULIM - "Kali ini saya penuh yakin Umno-BN akan kalah di peringkat Negeri Kedah pada PRU akan datang, Insya-ALLAH,"demikian kata bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  pada program Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia di Karangan, malam tadi.

Malah, beliau berkata Sabah juga akan mengikut jejak langkah negeri ini yang akan bertukar kerajaan pada PRU depan.

"Dulu saya pernah jadi pengerusi perhubungan Umno di Kedah saya sudah jelajah kampung-kampung di sini,  saya penuh yakin kita akan ambil balik dari BN, bukan setakat Kedah Insya ALLAH dengan kudrat yang kita ada akan ambil alih Sabah daripada BN.

"Payung Umno sudah rosak bukan lagi melindungi bangsa melindungi agama tapi perjuangan untuk melindungi Datuk (Seri) Najib Razak," ktanya.

Beliau juga menyeru supaya rakyat tidak mensia-siakan kuasa yang ada untuk  membuang undi pada nanti.

"Saya sedar rakyat tak ada duit tapi saya sedar kuasa yang ada pada rakyat digeruni ditakui oleh pimpinan termasuk  Najib.

"Bila menjelang pilihan raya saja pemimpin tak boleh tidur pusing kampung bagi bantuan sehingga jam dua atau tiga pagi, kenapa sebab nak dapat undi daripada anda semua,"katanya.

Katanya lagi, untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama rakyat perlu memilih dan mengundi parti baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

"Terjemahkan kehadiran kepada pilihan raya ini, jangan jual kuasa undi gunakan untuk anak bangsa kita nanti kerana parti ini akan membela anak bangsa dan agama kita,"katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie juga turut menerangkan selepas melepaskan jawatan di dalam Umno membolehkannya kembali berjuang untuk rakyat, agama dan bangsa.

"Ketika saya digantung, saya rasa bersama dengan Unmo saya tak boleh bernafas, jadi bila saya keluar Umno baru boleh bernafas.

"Bukan setakat itu saya juga rujuk kepada seorang ulama yang ada di Masjid Nabawi ketika mengerjakan Umrah, saya jelaskn semua kepadanya yang berlaku slps itu ulama beritahu pada saya kemungkaran dan kezaliman perlu dibanteras,"katanya.

Muhriz Pelawa ahli Umno sertai parti baharu

Posted: 29 Jul 2016 11:36 PM PDT

MOHAMAD FAKHRI MOHD

KODIANG – Semua ahli Umno dipelawa untuk menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi untuk menyelamatkan Malaysia.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata,  beliau akan pastikan parti itu ditadbir dengan penuh integriti dan kewibawaan.

“Saya bagi jaminan parti baharu yang nak ditubuhkan ini akan pastikan tegakkan syiar Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan majukan tanah air yang kita cintakan ini. Parti dulu tidak lagi memperjuangkannya.

“Kita jangan bagi ruang langsung kepada salah guna kuasa oleh mana-mana pihak, tidak timbul masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam parti baharu ini,” katanya pada ucapan sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri Adun Ayer Hitam di Dataran Haji Salleh Lebai Junus, di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri, Datuk Mohd Shafie Apdal; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Menurutnya, walaupun penubuhan parti baharu itu terpaksa ditangguhkan, namun ia tetap akan direalisasikan dalam sedikit masa lagi.

“Maklumlah kita akan hadapi sedikit kekangan oleh pihak-pihak tertentu, tapi kami tetap nak tubuh parti. Silap-silap (mungkin) Tun Mahathir sendiri yang akan pergi bertemu dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk serah borang tubuh parti baharu.

“Saya nak minta kalau boleh bila dah ditubuhkan parti, biarlah di Kedah kita bermula di Jerlun. Kawan-kawan di luar Jerlun, sampaikan kepada kawan-kawan lain. Kalau nak jadi ahli ada satu syarat, hanya kepada ahli-ahli Umno saja, jangan jadi ahli dua parti,” katanya.

Mukhriz berkata, semua ahli Umno perlu meninggalkan parti itu sekiranya sayangkan agama, bangsa dan tanah air.

“Saya tahu ini satu keputusan cukup besar. Saya sendiri pun bila dah kena pecat terduduk juga sebab sayang (parti). Tapi bila sampai tahap dah macam ini, saya ingat tak boleh berbuat apa dan terpaksa bergerak dalam pentas baru.

“Yang akan mempelopori parti baharu ini bermula dengan Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin dan saya sendiri bersama rakan-rakan yang akan sertai kami,” katanya.

Bola Kedah : Sudah tiba masanya JURULATIH direhatkan..

Posted: 29 Jul 2016 06:52 PM PDT

Dengan keputusan seri lagi malam ini sudah tiba masanya TAN CHENG HOE berehat atau direhatkan... Kedah kena cari JURULATIH yang baru untuk mempelbagaikan semula rentak tactikal dan versi permainan... dilihat sekarang tactikal TCH seperti dah tepu dan gagal direalisasikan di atas padang....

walaupun dengan pemain yang boleh dikatakan 85% serba lengkap maka sekarang terletak pada tactikal pula untuk merencanakan corak permainan Kedah... namun itu semakin kurang diterjemahkan diatas padang dengan corak TCH ini....

Nak dikatakan corak tiki taka hendak diterapkan...sejak bila TCH belajaq rentak ini...bilamasa beliau pergi berkelana di Sepanyol sana... apa yg ada hanyalah peninggalan sisa2 bekas pemangku jurulatih kedah musim lepas iaitu Ramon Marcotte...

Jadi berehatlah duhai TCH....bukalah mata wahai pengurusan KFA.....

Mahkamah Tinggi batal keputusan UM terhadap lima siswa

Posted: 29 Jul 2016 06:29 PM PDT

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan keputusan lembaga disiplin Universiti Malaya mengenakan denda atau menggantung lima pelajarnya kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tahun lalu.

Mereka ialah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan ahli jawatankuasanya Safwan Shamsuddin, Adam Fistivil Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim.

Hakim Mohd Yazid Mustafa, dalam membenarkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan lembaga itu, memutuskan bahawa prosiding tatatertib tidak dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar) 1997.

Ia juga memutuskan bahawa apabila lembaga disiplin UM bertemu dengan lembaga rayuan, ia dilakukan tanpa kehadiran pelajar berkenaan.

Kelima-lima mereka diwakili peguam New Sin Yew.

Universiti itu menggantung Fahmi selama dua semester dan denda RM600, manakala Safwan digantung selama satu semester dan didenda. Sementara pelajar lain hanya dikenakan denda.

Exco Kedah - Ketum tidak diiktiraf bidang perubatan

Posted: 29 Jul 2016 06:24 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR – Rakyat Kedah disarankan supaya lebih berhati-hati dalam isu cadangan tanaman pokok ketum di seluruh negara kononnya untuk memenuhi permintaan pasaran luar negara.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, ia kerana isu pokok ketum masih dalam proses pindaan daripada Akta Racun kepada Akta Dadah Berbahaya.

“Saya ada dengar pihak Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) cadang tanam dan eksport pokok ketum, tapi kita tak tahu negara mana yang nak terima. Adakah Malaysia benarkan untuk tanam sebab perundangan itu pun belum selesai.

“Kita masih dalam proses pindaan Akta. Apabila Risda buat cadangan itu ia seolah-olah bercanggah dengan kerajaan. Tahun lepas kita nak letak ia dalam Akta Dadah Berbahaya, tapi tergendala sebab ada pihak kata ia mempunyai kesan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, pihak Risda sepatutnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu mengenai kesan dan kebaikan pokok ketum kepada manusia sebelum membuat cadangan untuk mengeksport ke luar negara.

“Kita sedia maklum ketum ini memudaratkan kesihatan, tapi kalau mengambilnya dengan dos atau kuantiti yang terlalu sedikit ia boleh memberi tenaga dan boleh hilangkan sakit badan.

“Tapi kalau diambil dengan dos atau kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan kesan kepada kulit menjadi kehitaman, letih, kesan kepada otak dan organ dalaman,” katanya.

Yong Kong berkata, daun ketum juga tidak pernah diiktiraf dalam bidang perubatan untuk merawat penyakit.

“Cuma ia dikatakan boleh menyembuhkan penyakit tertentu. Bagaimanapun, hasil kajian tidak membuktikan ia boleh merawat penyakit, termasuk kanser.

“Ada beberapa kawasan di utara Kedah yang dikenal pasti mempunyai tanaman pokok ketum, tapi pihak berkuasa telah menasihatkan supaya tukar tanaman itu kepada tanaman lain,” katanya.

Polis pantau facebook yang sebar kebencian dan kekecohan dikalangan penyokong

Posted: 29 Jul 2016 06:20 PM PDT


GEORGETOWN - Polis akan memantau beberapa laman sosial termasuk akaun Facebook yang menyebarkan kebencian sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan penyokong bola sepak negeri ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Mior Faridalatrash Wahid berkata, tindakan itu dibuat berikutan insiden bas penyokong Kedah dilempar batu di Jalan Datuk Keramat, di sini, yang dikatakan dirancang dan disebar lebih awal di laman Facebook.

Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan ketenteraman awam dan akan memastikan budaya ganas atau samseng bola sepak tidak berlaku di negeri ini.

"Sekarang ini kami pantau semua termasuk beberapa akaun Facebook yang dikenal pasti menyebarkan kebencian dalam kalangan penyokong bola sepak dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selasa lepas, bas yang membawa penyokong Kedah dilempar batu oleh sekumpulan lelaki bermotosikal dipercayai penyokong Pulau Pinang selepas perlawanan Liga Super antara kedua-dua pasukan itu yang menyaksikan Pulau Pinang menewaskan Kedah 3-2.

Berikutan itu, polis menahan enam lelaki yang disyaki terlibat semalam, dan kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 40 tahun itu direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan. - Bernama

Jawapan Kerajaan Negeri Pas Kelantan berkenaan hasil lawatan ke Krabi

Posted: 29 Jul 2016 05:24 PM PDT

LAWATAN KELANTAN-KRABI MENGHASILKAN HUBUNGAN POSITIF.
Oleh : Mohamad Sahrulnizam Mat Rashid
Pegawai Khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan ke Wilayah Krabi, Thailand pada hari ini diteruskan dengan mengadakan kunjung hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Krabi. Disamping berseminar berkaitan pengurusan tanah, delegasi kerajaan turut mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam disini bagi meninjau pengurusan Masjid dan pengurusan hal ehwal agama Islam di Krabi.

Didalam sesi perbincangan dua hala, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Krabi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pimpinan dan delegasi Kerajaan Kelantan kerana sudi hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam Krabi. Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat lebih 200 buah Masjid diseluruh wilayah Krabi yang diselia oleh Majlis Agama Islam disini. Berbeza dengan wilayah lain di Thailand, pengurusan Masjid disini lebih kehadapan dengan menjadikan teknologi diatas talian (IT) sebagai medium menyampaikan informasi dan maklumat berkaitan Islam kepada orang ramai malah keberkesanan sistem yang digunakan ini telah dijadikan contoh oleh wilayah-wilayah lain di Thailand. Majlis Agama Islam Krabi juga telah diberikan mandat oleh Kerajaan Thailand untuk membangunkan industri halal.

Bagi perancangan masa hadapan juga, Majlis Agama Islam Krabi sedang dalam proses untuk menghantar pelajar-pelajar Islam di wilayah ini bagi mendalami ilmu agama di pondok-pondok di Negeri Kelatan disamping membina rangkaian strategik didalam pembangunan ilmu agama diantara Kelantan-Krabi.

Dalam pada itu, Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pihak kerajaan sangat berbesar hati  dan bersedia untuk mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Krabi  bersama-sama Jabatan Agama Islam Kelantan untuk membina jaringan terutamanya melibatkan pertukaran pelajar yang ingin mendalami ilmu agama diantara kedua wilayah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Dato' Mohd Nassuruddin Daud turut diberikan penghormatan untuk menyampaikan kuliah agama di Pondok An-Harul U-Loom, Koh Klang, iaitu sebuah institusi pemulihan dadah yang terdapat di wilayah Krabi.

Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan ke Wilayah Krabi tidak hanya mengadakan seminar dan perbincangan berkaitan hal ehwal tanah, tetapi disertakan dengan pelbagai program rasmi bagi membina hubungan dan jaringan antara Negeri Kelantan dan Wilayah Krabi. Antara aspek dan sektor yang menjadi perhatian selama lawatan adalah pembangunan Islam, pelancongan, pembangunan hub halal, pemerkasaan institusi pondok dan pengajian agama serta pengurusan majlis agama Islam yang terdapat disini.

Toknek.com RSS Feed

Posted: 30 Jul 2016 02:15 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Ghega Dan Spesifikasi Xiaomi Mi Notebook Ayaq Laptop Canggih Dengan Ghega Tak Masuk Akai

Posted: 30 Jul 2016 12:22 AM PDT


Xiaomi telah melancaqkan laptop pertama depa dengan nama Mi Notebook ayaq dengan spesifikasi yang canggih serta ghega yang rendah RekabentukSekali pandang laptop Xiaomi Mi Notebook ayaq jugak dah ...

Walau Sibuk Akim Stacy Sedia Terima Anak

Posted: 29 Jul 2016 11:02 PM PDT


Pasangan Akim Ahmad dan Stacy AF yang baghu saja menikah pada Februari lepaih menjelaihkan bahawa depa berdua tak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa yang terdekat walaupun depa sibuk de...

Hotlink Dan Grab Akan Bekerjasama Untuk Memudahkan Pengguna Menangkap Pokemon

Posted: 29 Jul 2016 09:42 PM PDT


Pokemon Go telah menjadi salah satu permainan yang agak terkenai dan hangat digembaq gemboq ghamai Terkini ia dijangka akan diperkenaikan untuk pasaran tempatan tak lama lagi dan pihak Maxih m...

Bapak Kena Ambush Strok Masa Mai Konvokesyen Di London Anak Mohon Bantuan Rakyat Malaysia

Posted: 29 Jul 2016 07:52 PM PDT


bapak kepada empat anak Mohamad Sahaq Mhd Nooq 57 cukup teruja untuk menyambut Aidilfitri baghu baghu ni bersama keluarga disampin menghadiri majlih graduasi anak perempuannya yang menamatkan pe...

Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Greek Dan Yahudi

Posted: 29 Jul 2016 06:22 PM PDT


Bagi masyarakat Greek purba neraka disebut Hades sempena nama Tuhan Kematian ghamai dok kata bahawa neraka adalah tempat kediaman Hades letaknya di dalam perut bumi dan terbahagi kepada dua ba...

Memba Niaga Anak Mahathir Didakwa Keh Insider Tradin Kenchana Petroleum

Posted: 29 Jul 2016 02:32 PM PDT


soghang bekaih pengarah eksekutif Kenchana Petroleum Bhd admit tak bersalah di Mahkamah Sesyen kola Lumpoq terhadap pertuduhan mempunyai maklumat yang tak boleh didapati secara umum atau insider...

Cheq Terima Gambaq Lelaki Bogey Panggey Cheq Seksi

Posted: 29 Jul 2016 02:02 PM PDT


Kecomelan beliau bukan saja menambat hati pompuan malah kaum lelaki jugak turut tertarik dengannya apabila pelawak femes Abam Bocey mendedahkan beliau penah diganggu oleh lelaki gila seks di lama...

Cerpen Penunggu Rumah Pusaka

Posted: 29 Jul 2016 12:22 PM PDT


first time melangkah masuk ke dalam rumah peninggalan nenek buat bulu roma Izham tegak meremang tiba tiba Gambaq hiasan Sekilaih dia meghelin ke arah Rina isterinya yang kelihatan riang memasuk...

Oppo F1s Diperlihatkan Melalui Video Sebalik Tabiaq Iklan

Posted: 29 Jul 2016 09:44 AM PDT


Oppo bakai memperkenaikan Oppo F1s secara rasmi pada minggu hadapan dan diikuti di Malaysia selepaih tu la nih dalam mengekaikan momentum pemasaran untuk peranti baghu berkenaan Oppo Malaysia ...

Aksesori Untuk Galaxy Note 7 Mula Kelihatan Di Malaysia Pelancaran Pada Bulan Ogos

Posted: 29 Jul 2016 09:42 AM PDT


Samsung bakai melancaqkan Galaxy Note 7 secara rasminya pada 2 Ogos 2016 ni dan kita akan dapat mengetahui pasai penawaran peranti berkenaan untuk pasaran tempatan masa pelancarannya kelak la ni...

Keh Penyeludupan Warga Asin Isteri Kedua Adi Putra Kena Tahan Polih

Posted: 29 Jul 2016 08:44 AM PDT


tak habih dengan pergolakan rumah tangga dengan isteri pertama la nih Adi Putra sekali lagi dihimpit dengan gosip hebat apabila isteri kedua beliau Nor Shahida Zolkifly adalah antara yang kena ta...

Pogba Milik Mourinho Rekod Perpindahan Tertinggi Dunia

Posted: 29 Jul 2016 08:42 AM PDT


Paul Pogba sekali lagi menjadi milik Manchester United selepaih mencatat nilai perpindahan rekod dunia sebanyak 100 juta pound RM535 72 juta pada Jumaat Selepaih beberapa minggu rundingan Unit...

Ariana Grande Ricky Alvarez Berpisah Selepaih Setahun Bercinta

Posted: 29 Jul 2016 08:40 AM PDT


Penyanyi Ariana Grande dan teman lelakinya Ricky Alvarez dilapoqkan dah berpisah hanya selepaih setahun menjalinkan hubungan cinta E Online menceghitakan Ariana yang ambik keputusan berpisah denga...

Johan Perjelaih Isu Kenakan Bayaran Mahai

Posted: 29 Jul 2016 08:38 AM PDT


Pelawak dan penyampai radio Johan Raja lawak menyangkai dakwaan kononnya dia mengenakan bayaran yang tinggi kepada pihak produksi Super Spontan Superstaq sebelum bersetuju bertandin dalam program ...

Along Cham Failkan Saman Terhadap Isteri

Posted: 29 Jul 2016 08:36 AM PDT


Setelah enam tahun mendirikan rumah tangga jengoi ura ura menyatakan hubungan pelawak femes Along Cham bersama isterinya Zila Seeron sedang berantakan Bercakap kepada Astro Gempak Zila yang juga...

The Flyin Youth Gelaran Buat Khairul Hafiz

Posted: 29 Jul 2016 08:34 AM PDT


The Flyin Youth adalah gelaran torrrbaek buat Raja Pecut Sukma ke 18 Khairul Hafiz Jantan berdasaqkan keupayaan anak Melaka tu jengoi sebagai pelari terpantaih negara pada umoq 18 tahun kata Ket...

Gadih Ternganga Mulut Tengok Kekasih Menggatai

Posted: 29 Jul 2016 08:32 AM PDT


takdak perkataan yang dapat digambaqkan oleh soghang gadih apabila tengok buah hatinya memegang juboq pompuan lain menerusi kamera yang tersembunyi yang dipasang oleh saluran YouTube To Catch A Ch...

Ni Rupanya Rahsia Datuk Ustat Kazim Elias Kembali Sihat Dan Cergaih

Posted: 29 Jul 2016 08:02 AM PDT


Sebelum ni pada Februari lepaih negara digempaqkan dengan berita Datuk ustat Kazim Elias yang dikejaqkan ke hospitai selepaih mengadu sakit dada masa sedang berceramah Namun la nih ustat yang t...

Huawei Matebook Mai Ke Malaysia Ghega Bermula Rm3999

Posted: 29 Jul 2016 06:42 AM PDT


Huawei telah memperkenaikan komputer Windows 10 depa pada Mobile World Congress 2016 yang lepaih menjadikan Huawei turut menyertai arena perkomputeran selain daripada telefon pintaq dan tablet ...

Dikala Kita Pantaih Menyalah Guru Ni Kata Za Ba Tentang Pasai Mak Pak

Posted: 29 Jul 2016 06:22 AM PDT


Masyarakat kita adalah masyarakat yang palin pantaih sekali balaih kalau terdapat kesalahan guru terhadap anak muridnya tapi lagu mana dengan kesalahan mak pak terhadap anaknya sendiri Za ba da...

Benarkah Oghang Kelantan Dan Johoq Terlalu Kenegerian

Posted: 29 Jul 2016 05:32 AM PDT


Kita kerap tengok pelekat gheta dengan perkataan atau emblem melambangkan negeri asai pemandu tu dan simbol Kelantan dan Johoq antara palin ketara Malah di Lembah Klang ghamai yang berasai dari...

Panaih Penyanyi Suhaimi Saad Terima Ugutan

Posted: 29 Jul 2016 05:02 AM PDT


Penyanyi nasyid Suhaimi Saad mengakui menerima beberapa ugutan daripada individu tak dikenali menerusi mesej peribadi di laman so sial Suhaimi 36 bagitau perkara tu timboi selepaih beberapa st...

8 Panduan Pilihan Kerjaya Buat Graduan Makan Gaji Atau Berbisnes

Posted: 29 Jul 2016 03:22 AM PDT


Sesekali ada jugak oghang bertanya cheq tentang pasai pilihan kerjaya cheq nak bagi nasihat pun segan nanti oghang kata PhD dia pun tak lepaih lagu mana nak nasihat oghang Cuma cheq boleh sara...

Hidup Cheq Kosong Tanpa Amyra Rosli

Posted: 29 Jul 2016 02:02 AM PDT


Sejak melangsungkan majlih pertunangan pada 22 Julai lepaih jelaih terpancaq kebahagiaan Amaq Baharin yang tak lama lagi bakai bernikah dengan kekasih hatinya Amyra Rosli Kebahagiaan tu dapat d...

myartis.com

Posted: 30 Jul 2016 02:06 AM PDT

myartis.com


ABAM BOCEY DEDAH DIGANGGU LELAKI GILA SEKS

Posted: 29 Jul 2016 08:04 PM PDT



"Saya sangat terkejut sebaik saja menerima gambar bogel lelaki terbabit di Facebook. Lebih menggelikan apabila dia cuba menggoda saya dan memanggil saya seksi. Tidak tahulah bahagian mana pada saya yang seksi?" demikian kata pelawak dan pelakon, Abam Bocey yang mendedahkan bahawa dirinya diganggu lelaki gila seks menerusi laman sosial, baru-baru ini.

Tidak mahu pisang berbuah kali, pemilik nama penuh Syed Muhd Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkata, beliau kini mengambil langkah berhati-hati sebelum menerima mana-mana pihak untuk berkawan dengannya di laman sosial.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DIUSIA MUDA - AKIM AHMAD TERINGIN MENIMANG ANAK

Posted: 29 Jul 2016 07:20 PM PDT



Akim Ahmad, 25, yang baru sahaja enam bulan mendirikan rumahtangga bersama Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, sudah bersedia untuk menimang cahaya mata andai dikurniakan awal. Walau bagaimanapun, dek kerana jadual yang agak padat mereka tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana khuatir tertekan.

"Bagi saya di usia muda ini sangat cantik untuk menimang cahaya mata. Namun kita kena akur dengan ketentuan takdir Allah, rezeki dia yang berikan. Jadi, saya dan Stacy tidak mahu terlalu berharap, tambah pula jadual kami padat," ujar Akim dipetik sebagai berkata.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"SAYA TETAP AKAN KEKALKAN 'HUBUNGAN' DENGAN DATO RED" - RUHAINIES

Posted: 29 Jul 2016 05:58 PM PDT



Meskipun banyak gosip yang menghimpit dirinya termasuk baru-baru ini mengenai video mesra bersama Dato Seri Adnan Abu (Dato Red) sehingga ada yang mengelar dirinya 'perosak' rumah tangga dan juga 'playgirl', Ruhainies memberitahu bahawa dia tetap akan mengekalkan hubungan baik bersama Dato Red dan bersikap profesional dalam setiap urusan kerja bersama usahawan tersebut.

Kerana baginya, video mesra bersama Dato Red tidak akan sesekali memutuskan hubungan yang terjalin diantara mereka.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

41 GAMBAR - SEKITAR 'MEHNDI NIGHT' IKA NABELLA

Posted: 29 Jul 2016 04:20 PM PDT



Bakal melangsungkan pernikahan hari ini (30 Julai 2016), Ika Nabella semalam telah mengadakan 'Mehndi Night' bertemakan 'Bollywood'.

Majlis yang berlangsung dengan sederhana tetapi meriah itu dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat.

Ika bakal disatukan dengan pilihan hatinya, Muhammad Zaid, 29, di negeri kelahiran iaitu di Pulau Pinang

Gambar-gambar sekitar majlis ini telah dirakamkan oleh jurugambar rasmi mereka iaitu Silentz Studio.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment